12. battery charging and testing is20

18
Institut Kemahiran MARA Jasin, Melaka INFORMATION SHEET PROGRAMME : A14 - SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN SESSION : SEMESTER : 2 CODE/COURSE : TAB 2042 / BASIC AUTOMOTIVE ELECTRICAL AND ELECTRONIC SHEET NO : A14/M04/ IS03 LECTURER : MD HAFIZI BIN MOHAMAD WEEK : 13 TOPIC : M04 BATTERIES SUB-TOPIC : 04.01 SAFETY HANDLING PROCEDURES 04.02 TYPE OF BATTERIES 04.03 BATTERIES CARE & MAINTENANCE 04.04 BATTERIES CHARGING 04.05 BATTERIES TESTING LEARNING OUTCOME : Pelajar-pelajar mesti boleh: 1. Terangkan jenis-jenis mengecas bateri. 2. Jelaskan kaedah mengecas bateri. 3. Huraikan ujian yang dilakukan pada bateri TAJUK : UJI DAN CAS BATERI TUJUAN : Mengecas dan menguji bateri merupakan salah satu cara untuk mengetahui dan memastikan bateri sentiasa dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan. Ini membolehkan bateri membekalkan tenaga elektrik yang mencukupi bagi keperluan komponen elektrik dan elektronik agar dapat berfungsi dengan sempurna. Kertas penerangan ini akan menerangkan maksud tersebut. 1

Upload: md-hafizi-mohamad

Post on 19-Jun-2015

6.073 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 12. battery charging and testing is20

Institut Kemahiran MARAJasin, Melaka

INFORMATION SHEET

PROGRAMME : A14 - SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN

SESSION : SEMESTER : 2

CODE/COURSE :TAB 2042 / BASIC AUTOMOTIVE ELECTRICAL AND ELECTRONIC

SHEET NO : A14/M04/IS03

LECTURER : MD HAFIZI BIN MOHAMAD WEEK : 13

TOPIC : M04 BATTERIES

SUB-TOPIC :

04.01 SAFETY HANDLING PROCEDURES04.02 TYPE OF BATTERIES04.03 BATTERIES CARE & MAINTENANCE04.04 BATTERIES CHARGING04.05 BATTERIES TESTING

LEARNING OUTCOME :

Pelajar-pelajar mesti boleh:

1. Terangkan jenis-jenis mengecas bateri.2. Jelaskan kaedah mengecas bateri.3. Huraikan ujian yang dilakukan pada bateri

TAJUK : UJI DAN CAS BATERI

TUJUAN :

Mengecas dan menguji bateri merupakan salah satu cara untuk mengetahui dan memastikan bateri sentiasa dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan. Ini membolehkan bateri membekalkan tenaga elektrik yang mencukupi bagi keperluan komponen elektrik dan elektronik agar dapat berfungsi dengan sempurna. Kertas penerangan ini akan menerangkan maksud tersebut.

1

Page 2: 12. battery charging and testing is20

PENERANGAN

MENGECAS BATERI

Pengecas bateri yang terdapat di pasaran mempunyai julat muatan yang luas. Umumnya setiap pengecas bateri boleh dipilih sama untuk mengecas bateri 12 volt atau 6 volt dan mempunyai keluaran arus (kadar cas) boleh ubah. Pengecas untuk kegunaan di rumah mempunyai ciri-ciri yang minimum sahaja mungkin tidak mempunyai kawalan keluaran boleh ubah. Sebaliknya pula, pengecas bateri untuk kegunaan industry seperti yang digunakan dibengkel boleh mempunyai keluaran berubah dengan julat 2 A hingga 60 A. Kadar cas sebaik-baiknya dihadkan pada kadar 7 hingga 10 peratus dari muatan ampere jam bateri. Sebagai contoh, untuk bateri 61 A/jam kadar cas yang baik adalah lebih kurang 6 A. Kadar cas yang melebihi 10 peratus dari kadaran bateri tidak mendatangkan kesan mekanik yang ketara. Walaupun begitu, kenaikan suhu di dalam bateri mesti diawasi dan kadar cas mesti dikurangkan serta merta jika suhu meningkat melebihi 125°F (51.7°C). Bateri boleh dicas satu demi satu atau secara berkelompok. Bilangan bateri yang boleh dicas serentak secara berkelompok bergantung kepada muatan pengecas bateri.

JENIS-JENIS MENGECAS

Dua jenis sambungan yang biasa digunakan untuk mengecas ialah :

i. Sambungan secara siri atau secara arus sekata. ii. Sambungan secara selari atau kaedah voltan tetap.

1. Mengecas secara siri atau secara arus sekata

Cara mengecas ini mempunyai kaedah suis yang membenarkan secara manual atau automatic untuk mengawal arus pada kadar yang sekata. Kadar cas sebaik-baiknya dihadkan pada kadar 7 hingga 10 peratus dari muatan ampere jam bateri jadi bateri yang mempunyai 80 A/jam hendaklah dicas dengan kadar cas 8 A. Bateri akan disambungkan secara siri untuk memastikan setiap bateri mendapat arus yang sama.Kaedah sambungan secara siri membolehkan bateri dicas sehingga kepada muatan maksima pengecas dalam satu masa. Arus pengecas yang sama nilaiannya melalui kesemua bateri yang sedang dicas dan dikawal secara manual nilai arusnya melalui suis di pengecas. Kadar mengecas boleh diubah dari sifar (kosong) kepada arus maksima muatan mengecas.

Mengecas siri mempunyai beberapa kebaikan :

i. Arus mengecas boleh dilaras pada had yang terhampir bersesuaian dengan bateri di dalam litar.

ii. Bateri boleh ditinggalkan tanpa dijaga untuk jangka masa yang panjang pada kadar mengecas yang rendah, terutamanya diwaktu malam. iii. Bateri yang berkadaan bersulfat(sulfated) boleh diletakkan bersama di dalam litar.

2

Page 3: 12. battery charging and testing is20

Keburukan utama mengecas siri ialah kadar cas maksima ditentukan oleh muatan bateri (battery capacity) yang paling kecil diantara bateri di dalam litar. Sebaik sahaja ia sudah bercas penuh, mestilah di keluarkan dari litar dan pengecas dilaras sesuai dengan beban semasa.

2. Mengecas secara selari atau secara voltan sekata

Mengecas secara voltan sekata memberikan keluaran voltan yang bersesuaian dengan voltan penuh bagi sesebuah bateri yang bercas penuh. Sebagai contoh, 14.4 V untuk 12 V bateri. Apabila bateri yang discas disambungkan dengan pengecas, arus yang masuk adalah tinggi tetapi akan mula menurun sehingga sifar selepas 6 hingga 8 jam. Bateri selalunya disambungkan secara selari untuk jenis mengecas ini.

Dalam sambungan secara selari pengecas memberikan arus dalam keadaan voltan yang tetap terhadap berbilang bateri dalam litar iaitu sama ada enam volt atau dua belas volt sahaja. Sistem ini telah digunakan dengan meluas pada masa kini disebabkan pengecas voltan rendah arus tinggi dari jenis ‘dry rectifier’ boleh dibeli pada harga yang ekonomi.

Pengecas ini senyap dalam operasi dan berkesan serta kurang senggaraan sepanjang umurnya. Mengecas selari mempunyai beberapa kebaikan :

i. Tiada arus yang dibazirkan disebabkan arus yang diambil sebagai yang diperlukan sahaja oleh setiap bateri yang sedang dicaskan.

ii. Bateri boleh ditinggalkan bercas tanpa bahaya kemungkinan berlakunya lampau cas dan menjadi rosak.apabila bateri sudah bercas penuh, hanya sejumlah kecil arus yang diambilnya. Sedangkan dalam mengecas siri, bateri akan menerima sejumlah arus yang sama banyak sama ada ia sudah bercas penuh ataupun tidak mengakibatkan bateri boleh menjadi lampau cas.

iii. Masa yang diambil untuk mengecas bateri adalah pendek.iv. Seberapa banyak bateri pun boleh disambung dalam selari dan dicas pada masa yang

sama tanpa perlu mengawal arus sebagai yang diperlukan oleh bateri yang paling kecil dalam litar mengecas siri.

3

Sambungan Siri

Alat Pengecas

Bateri

Page 4: 12. battery charging and testing is20

KAEDAH MENGECAS

Tiga kaedah mengecas yang biasa dibuat ialah :i. Cas cepatii. Cas perlahaniii. Cas trikel

1. Cas Perlahan

Cas perlahan ialah kaedah mengecas bateri dengan sedikit arus dalam jangkamasa yang panjang (14 – 16 jam atau lebih) dengan menggunakan arus dalam julat 5 hingga 7 amp. Cas perlahan lebih baik jika dibandingkan dengan cas cepat sekiranya mempunyai masa yang sesuai. Kaedah ini adalah munasabah untuk bateri menjadi penuh cas dan adalah cara yang terbaik untuk mengecas bateri. Ini adalah kerana kita tidak mengetahui keadaan sebenar sesebuah bateri itu, oleh yang demikian cas perlahan ini boleh mengurangkan risiko kerosakan yang mungkin berlaku. Arus mengecas semasa cas perlahan ialah pada kadar satu per sepuluh muatan bateri. Ketumpatan bandingan elektrolit diukur untuk mendapatkan jangkamasa mengecas seperti yang ditunjukkan dalam rajah yang di bawah.

Gambarajah 1 : Ketumpatan bandingan elektrolit melawan masa mengecas.

4

Sambungan Selari

Alat Pengecas

Bateri

Page 5: 12. battery charging and testing is20

Jadual 2 menunjukkan kadar dan masa cas perlahan untuk mengecas bergantung kepada muatan tentu bateri.

2. Cas Cepat

Cas cepat ialah kaedah mengecas bateri dengan jumlah arus yang besar lebih kurang 50 hingga 60 amp dalam jangkamasa yang pendek dalam 1 atau 2 jam. Arus mengecas semasa cas cepat mestilah tidak lebih daripada setengah muatan bateri (battery capacity) dalam tempoh 30 minit. Kaedah ini jika digunakan akan meningkatkan suhu elektrolit sehingga boleh merosakkan plat-plat di dalam bateri. Dengan ini akan memendekkan jangka hayat bateri. Tambahan pula mengecas cepat tidak boleh menjadikan bateri itu cas penuh, ia perlulah di cas dengan alternator atau pengecas perlahan kemudiannya.

3. Cas Trikel

Apabila sesebuah bateri tidak digunakan dalam tempoh yang lama, bateri itu akan mengalami luput cas dengan sendiri (self-discharge) dan menjadi bersulfat. Bateri perlulah dijaga dengan cas trikel supaya kuasanya tidak berkurangan. Arus mengecas adalah arus yang rendah di mana cas trikel ialah antara ½ hingga 1 ampere dalam jangkamasa yang tiada had.

CAS BATERI BARU

Bateri baru di dalam pasaran berada dalam 3 kategori :i. Dipek basah (wet packed)ii. Dipek kering (dry packed)iii. Dicas kering (dry charged)

5

Page 6: 12. battery charging and testing is20

Setiap jenis memerlukan cara cas yang berbeza sebelum digunakan.

i. Bateri yang dipek basah ialah bateri yang telah disikan eletrolit. Ia dicas mengikut kaedah cas perlahan seperti yang dilakukan terhadap bateri biasa. Jika ia tidak digunakan untuk beberapa minggu ia perlulah di cas secara trikel untuk mencegah dari menjadi ‘self-discharge’ dan sulfation’.

ii. Bateri yang dipek kering ialah bateri yang dipasang dan tidak dicas. Ia memerlukan kekuatan eletrolit yang betul diisi ke dalam dan dicas dengan cas perlahan dalam tempoh 24 jam untuk pembentukan plat.

iii. Bateri yang dicas kering ialah bateri yang diisikan letrolait di kilang untuk pembentukan plat. Akhirnya eletrolit dikeluarkan dan sel bateri dikeringkan serta dipekkan. Jenis ini boleh disimpan lama tanpa rosak. Ia dijual bersama denga eletrolit yang diasingkan. Walaupun bateri ini boleh terus digunakan sesudah diisikan eletrolitnya, adalah disyorkan dicas terlebih dahulu dengan cas selama 10 hingga 15 minit.

MENGUJI BATERI

Tujuan utama menguji bateri ialah untuk mengetahui samada bateri boleh digunakan atau berkehendak cas ataupun perlu diganti. Pengujian bateri boleh dilakukan dengan cara berikut : -

1. Ujian Ketumpatan Bandingan – untuk bahan cecair2. Ujian Beban Ringan (Light Load Test) – untuk perbezaan tiap-tiap sel3. Ujian Luput Cas Kadar Tinggi (High Rate Discharge) – untuk kemampuan bateri4. Ujian Voltan Litar Terbuka – ujian tanpa beban5. Ujian Kebocoran Arus Bateri – untuk litar pintas6. Uijan Beban – Kekuatan bateri menyimpan arus

1. UJIAN KETUMPATAN BANDINGAN ELEKTROLIT.Ujian ini dijalankan dengan menggunakan hidrometer. Elektrolit bagi sesebuah bateri yang bercas penuh mengandungi 40% asid dan 60% air di mana bersesuaian dengan gravity tentu 1.270 dan bagi bateri luput cas pula elektrolitnya mengandungi 15% asid dan 85% air. Graviti tentu adalah berat bagi sesuatu cecair dibahagikan dengan berat air. Air tulen mempunyai graviti tentu sebanyak 1.000, manakala elektrolit bateri sepatutnya mempunyai graviti tentu di antara 1 .260 sehingga 1.280 pada suhu 80°F (26.7°C). Dalam kata lain elektrolit bateri mesti mempunyai graviti tentu dari 1 .260 hingga 1.280 lebih berat daripada air.Graviti tentu bateri akan menurun apabila bateri dalam keadaan luput cas. Oleh kerana itu mengukur graviti tentu elektrolit dengan menggunakan hidrometer merupakan cara yang mudah dan tepat untuk mengetahui berapa banyak cas bateri yang hilang. Jadual di bawah menunjukkan senarai graviti tentu dipelbagai peringkat di mana kekuatan cas bateri untuk menghidupkan enjin pada suhu 80°F (26.7°C).

6

Page 7: 12. battery charging and testing is20

Semasa mengambil bacaan perlu ditambah atau dikurangkan dengan 4 mata (0.004) untuk setiap 10°F (-12°C) di atas atau dibawah pada suhu yang standard 80°F (26.7°C) untuk membetulkan suhu. Kebanyakkan hydrometer telah dibina di dalamnya thermometer untuk mengukur suhu elektrolit. Bacaan hydrometer boleh tersasar jika tidak dilaraskan dengan sempurna. Sebagai contoh, bacaan 1.260 diambil pada suhu 20°F (-6.6°C) akan menjadi 1.260 - (6 x 0.004 or 0.024) = 1.236. Bacaan yang rendah ini menunjukkan sel bateri mempunyai cas yang kurang daripada yang ditunjukkan pada skala. Ini adalah penting untuk membuat pelarasan pada suhu yang tinggi atau rendah bergantung kepada tahap sebenar cas bateri.

Graviti tentu bateri yang mempunyai cas penuh sepatutnya menghampiri 1.265 apabila pelarasan telah dibuat pada suhu bateri. Cas semula bateri apabila gravity tentu bateri berkurangan dalam lingkungan 1.230. Perbezaan lebih daripada 50 kali graviti tentu antara sel bateri merupakan penunjuk yang bagus untuk bersedia menukar kepada bateri yang baru.

Rajah menunjukkan hidrometer dengan skala pembetulan untuk melaras suhu elektrolit.

7

Page 8: 12. battery charging and testing is20

2. UJIAN BEBAN RINGAN (LIGHT LOAD TEST)Sebelum menjalankan ujian, pastikan kotak bateri dan tudung sel tidak retak dan elektrolit berada pada parasnya.

1. Pusingkan motor penghidup selama 3 saat, matikan enjin sekiranya hidup.2. Nyalakan lampu depan bim rendah dan selepas satu minit dengan lampu masih

menyala, baca tiap-tiap sel dengan volmeter.

Ujian beban ringan akan menunjukkan salah satu keadaan di bawah :-

1. Bateri dalam keadaan baik.2. Bateri dalam keadaan baik tetapi perlu dicas.3. Bateri perlu dicas dahulu sebelum ujian dijalankan (luput cas).4. Bateri tidak boleh digunakan.

1. Bateri dalam keadaan baik.Jika bacaannya daidapati dari semua sel 1.95 volt ke atas dan perbezaan antara sel-sel tidak melebihi 0.05 volt, ini menunjukkan bateri dalam keadaan baik.

2. Bateri dalam keadaan baik tetapi perlu dicas.Sekiranya bacaan yang didapati tinggi dan rendah dari 1.95 volt, perbezaan antara sel tidak melebihi 0.05 volt. Ini menunjukkan bateri baik tapi perlu dicas.

3. Bateri perlu dicas dahulu sebelum ujian dijalankan (luput cas)Jika bacaan ke semua sel didapati kurang dari 1.95 volt, bateri tersebut tidak sesuai untuk jalankan ujian dan perlu dicas terlebih dahulu.

4. Bateri tidak boleh digunakan.Walaupun ada sel didapati melebihi 1.95 volt dan ada yang kurang dari 1.95 volt dan perbezaan antara sel-sel melebihi 0.05 volt, bateri tersebut tidak boleh digunakan dan perlu diganti.

3. UJIAN LUPUT CAS KADAR TINGGI (HIGH RATE DISCHARGE)

1. Gunaka beban sebanyak 200 amp. Dan ambil bacaan dengan voltmeter selepas 15 saat.

2. Voltan bateri mestilah tidak rendah dari 9.5 volt untuk menunjukkab bateri itu di dalam keadaan yang baik.

4. UJIAN VOLTAN LITAR TERBUKA – UJIAN TANPA BEBAN

Menguji voltan litar terbuka juga boleh digunakan untuk menggantikan ujian graviti tentu yang menggunakan hidrometer. Semasa bateri dalam keadaan bercas atau nyahcas, selalunya terdapat perubahan pada voltan bateri. Jadi ujian voltan bateri tanpa beban boleh dijalankan untuk menunjukkan paras cas sesebuah bateri.Suhu bateri mestilah di antara 60° dan 100°F (15.5° and 37.7°C). Voltan mestilah dibiarkan dalam keadaan stabil lebih kurang dalam 10 minit dengan tanpa beban disambungkan. Pada kenderaan yang mempunyai pengaliran arus yang tinggi (kawalan komputer, jam dan

8

Page 9: 12. battery charging and testing is20

aksesori yang lain menggunakan arus yang rendah), sebolehnya tanggalkan wayar pembumian. Bateri yang baru dicas semula, sambungkan dengan beban yang tinggi selama 15 saat untuk menghilangkan cas pada permukaan. Kemudian biarkan bateri dalam keadaan stabil. Apabila voltan telah stabil, gunakan voltmeter untuk mengukur voltan bateri yang berhampiran 1-10 daripada volt.

Cuba lihat jadual di atas di mana cas yang kecil pada bateri semasa ujian voltan litar terbuka menunjukkan cas yang besar dalam level setiap peringkat cas bateri. Jika ujian voltan litar terbuka menunjukkan paras cas di bawah 75% daripada cas penuh, cas semula bateri dan lakukan ujian kapasiti (beban) untuk mengetahui keadaan bateri.

5. UJIAN KEBOCORAN ARUS BATERI – UNTUK LITAR PINTAS

Untuk melakukan ujian ini, gunakan voltmeter. Laraskan voltmeter pada DC julat voltan rendah. Sambungkan terminal negatif penguji dengan terminal negatif bateri. Kemudian letakkan terminal positif bateri pada bahagian atas atau sisi kotak bateri. Jika terdapat bacaan pada voltmeter menunjukkan terdapat arus yang mengalir keluar dari kotak bateri. Bateri hendaklah dibersihkan dan diperiksa semula. Jika masih terdapat kebocoran selepas dibersihkan, ini menunjukkan mungkin berlaku keretakan atau bateri mengelembung dan bateri tersebut harus ditukar.

9

Page 10: 12. battery charging and testing is20

Rajah menunjukkan cara menguji kebocoran arus bateri

6. UIJAN BEBAN – KEKUATAN BATERI MENYIMPAN ARUS

Ujian beban atau ujian kapasiti boleh menunjukkan bateri dalam keadaan baik atau tidak bagi semua jenis bateri, binaan yang rapi atau tidak dan bateri boleh berfungsi dalam keadaan ada beban. Dalam kata lain, ujian ini menunjukkan kekuatan sesebuah bateri untuk menyimpan arus elektrik dan boleh mengekalkan voltan untuk menghidupkan enjin. Ujian ini boleh dilakukan samada bateri di dalam kenderaan atau diluar kenderaan. Bateri mestilah mempunyai cas yang penuh atau berhampiran dengan cas penuh. Untuk mendapatkan keputusan ujian yang baik, suhu elektrolit mestilah berhampiran dengan 80°F (26.7°C) sebolehnya. Bateri yang bersuhu sejuk akan menunjukkan kapasiti yang kurang. Jangan lakukan ujian beban ini jika suhu bateri di bawah 60°F (15.5°C).

Rajah menunjukkan jenis penguji dengan penyangkuk untuk membuat ujian beban pada bateri.

10

Page 11: 12. battery charging and testing is20

Jadual 2 : Suhu bateri yang menunjukkan jumlah cas minima sesebuah bateri

Jika bacaan voltan dibawah suhu yang betul diparas minima, sambung ujian dengan voltmeter selepas beban diputuskan. Jika bacaan meningkat melebihi 12.4 volt, bateri dalam keadaan tidak baik. Bateri tersebut boleh menyimpan cas tetapi tidak boleh menghidupkan enjin dalam suhu yang rendah. Bateri tersebut boleh dicas semula dan diuji tetapi keputusannya adalah sama.Jika ujian voltan di bawah paras minima dan volmeter tidak menunjukkan peningkatan di atas 12.4 volt apabila beban diputuskan, mungkin berlaku masalah semasa mengecas perlahan bateri dan lakukan ujian beban semula. Jika voltmeter tiada motor penghidup boleh digunakan sebagai alat beban untuk menghasilkan beban semasa ujian beban dijalankan dengan mengambil bacaan voltan selepas dan sebelum motor penghidup beroperasi, keadaan bateri boleh dikenalpasti. Pastikan enjin tidak hidup.

11

Page 12: 12. battery charging and testing is20

A Battery Troubleshooting Flowchart

12

Check water level

Above plates

Below plates

Add water and charge

Hydrometer test

1.265 or greater with less than 0.050 variation

1.265 or greater with more than 0.050 variation

Below 1.265

Load test

PassBattery OK

FailReplace battery

Replace battery Fast Charge Test

Pass Fail

Slow Charge Battery

Replace Battery

Load Test

Pass

Battery OK

Check ChargingSystem

Fail

Replace Battery

Page 13: 12. battery charging and testing is20

CARTA KEROSAKAN BATERI

KEROSAKAN PUNCA KEROSAKAN TINDAKAN1. Cas Lampau a) Cas voltan tinggi

b) Suhu tinggi

a) Periksa sistem regulator janakuasa.b) Kurangkan graviti bateri dan kurangkan voltan regulator.

2. Bateri menggunakan elektrolit yang berlebihan

a) Cas lampau

b) Kotak bateri retak

a) Periksa seperti bahagian 1.b) Ganti bateri.

3. Bateri luput cas a) Janakuasa, regulator atau alternator rosakb) Litar Pendawaian rosakc) Menggunakan alat-alat elektrik berlebihand) Luput cas sendiri, terlalu tinggie) Bateri terlalu lama atau rosak

a) Periksa janakusa, regulator atau alternator.b) Periksa pendawaian.c) Kurangkan penggunaan alat-alat elektrik.d) Caskan baterie) Cas, uji atau gantikan jika rosak.

4. Kotak Bateri retak a) Pemegang bateri longgar

b) Memasang pemegang bateri terlalu ketat

c) Kotak bateri terkena batu

a) Pasangkan bateri baru dan ketatkan pemegang bateri.b) Gantikan dengan bateri baru dan jangan memasang pemegang bateri terlalu ketat.c) Pasangkan pelindung disekeliling bateri.

5. Kotak Bateri Mengelembung

a) Bateri panas

b) Memasang pemegang bateri terlalu ketat.

a) Jika disebabkan oleh cas lampau, kurangkan voltan regulator.b) Jangan memasang pemegang bateri terlalu ketat.

6. Pengapit bateri karat a) Mengisi air suling berlebihan

b) Cas lampau

a) Jangan mengisi air suling berlebihan. Tukar atau bersihkan dan cat pengapit bateri.b) Laraskan voltan regulator.

13

Page 14: 12. battery charging and testing is20

KESIMPULAN

Pengujian bateri mestilah dilakukan untuk memastikan bateri berada di dalam keadaan baik dan sempurna. Keadaan baik ini bermaksud bateri mempunyai cas yang mencukupi untuk membekalkan tenaga elektrik ke semua peralatan elektrik kenderaan khususnya motor penghidup. Ini adalah kerana motor penghidup memerlukan sekurang-kurangnya 75% cas daripada bateri untuk menghidupkan enjin. Oleh yang demikian penjagaan dan pengujian bateri dapat memastikan bateri boleh beroperasi dengan sempurna dan memanjangkan jangka hayat bateri.

EXERCISE

1. Jenis mengecas secara ________________________ memberikan keluaran voltan yang

bersesuaian dengan voltan penuh bagi sesebuah bateri yang bercas penuh.

2. Bateri akan disambungkan secara siri untuk memastikan setiap bateri mendapat arus

yang sama adalah jenis mengecas secara ______________________.

3. Terdapat 3 kaedah yang digunakan untuk mengecas bateri. Nyatakan ketiga-tiga kaedah

tersebut.

a) _________________________________________

b) _________________________________________

c) _________________________________________

4. Alat yang digunakan untuk mengecas bateri sama ada di dalam atau diluar kenderaan.

a. High Rate Discharge Tester

b. Voltmeter

c. Battery Tester

d. Battery Charger

2. Sambungan secara siri boleh juga dikenali sebagai mengecas

kaedah arus tetap.

3. Cas cepat ialah kaedah mengecas bateri dengan jumlah arus

yang besar lebih kurang 50 hingga 60 amp dalam jangkamasa

yang pendek dalam 1 atau 2 jam

4. Penutup pengisi elektrolit hendaklah dibuka semasa mengecas

supaya udara boleh masuk ke dalam bateri.

14

Betul Salah

Betul Salah

Betul Salah

Page 15: 12. battery charging and testing is20

REFERENCE1. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Information Sheet, Shah Alam, Selangor:

Edaran Otomobil Nasional Berhad.2. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Work Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran

Otomobil Nasional Berhad.3. Tom Denton, Automobile Electrical & Electronic Systems4. DTAF IKM Jasin, Information Sheet Auto-Electric5. Toyota Service Training 1989, Fundamentals of Electricity, Vol 14(Step 2), Toyota Motor

Corporation.6. V.A.W. Hillier1986, Fundamentals of Automotive Electronics, Croydon College: Stanley Thornes

Ltd. System7. Automotif Electrical/electronic System

15