mini research

18
1  ABSTRAK Dalam kajian ini, pengkaji melihat corak hubungan persahabatan di antara mahasiswa/I melayu, cina, dan bumiputera sabah dalam kalangan mahasiswa/I Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPKS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu. Terdapat tiga persoalan yang telah dikaji dan hasil daripada data yang di perolehi memberikan jawapan yang baik terhadap ketiga-tiga persoalan. Keseluruhannya, keputusan kajian mendapati bahawa corak persahabatan yang berlaku dalam ketiga-tiga etnik menunjukkan perbezaan yang ketara sesuai dengan budaya dan pegangan masing-masing Kata kunci  : corak hubungan, etnik 1.0 PENGENALAN Dalam kehidupan seharian, kita tidak dapat lari daripada terlibat dalam pergaulan dan interaksi dengan orang lain. Tanpa berinteraksi dengan orang lain, seseorang itu akan merasa kesunyian. Perasaan adalah merupakan gabungan antara emosi yang negatif seperti tekanan, kebimbangan, perasaan tidak gembira, perasaan ketidakpuasan hati, dan perasaan malu. Oleh kerana hakikat bahawa manusia itu tidak dapat hidup secara bersendirian, maka seseorang manusia itu akan berinteraksi dengan orang lain. Di dalam kehidupan seharian, seseorang itu lebih cenderung untuk berinteraksi dan bekerjasama dengan individu yang lain yang mempunyai sikap yang sama di antara satu sama lain, maka ianya akan membawa kepada wujudnya suatu hubungan yang dinamakan persahabatan. Perasaan ingin bersosial adalah sangat penting kepada seseorang individu dalam usaha untuk mewujudkan dan mengekalkan hubungan persahabatan dan hubungan persahabatan biasanya diwujudkan oleh apa-apa bentuk kerjasama di antara seseorang individu dengan individu lain bagi memperolehi sebarang faedah. Hubungan persahabatan terbentuk adalah atas kehendak manusia itu sendiri. Mengikut Beverly Fehr (1974), terdapat tiga jenis persahabatan atau tiga cara bagaimana hubungan persahabatan boleh terbentuk iaitu persahabatan yang berasaskan  utility  atau kepuasan,

Upload: steffennus-aming

Post on 12-Oct-2015

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

not good but this is roles to make improvement

TRANSCRIPT

  • 5/21/2018 mini research

    1/18

    1

    ABSTRAK

    Dalam kajian ini, pengkaji melihat corak hubungan persahabatan di antara mahasiswa/I

    melayu, cina, dan bumiputera sabah dalam kalangan mahasiswa/I Sekolah Psikologi dan Kerja

    Sosial (SPKS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu. Terdapat tiga persoalan yang

    telah dikaji dan hasil daripada data yang di perolehi memberikan jawapan yang baik terhadap

    ketiga-tiga persoalan. Keseluruhannya, keputusan kajian mendapati bahawa corak

    persahabatan yang berlaku dalam ketiga-tiga etnik menunjukkan perbezaan yang ketara sesuai

    dengan budaya dan pegangan masing-masing

    Kata kunci: corak hubungan, etnik

    1.0 PENGENALAN

    Dalam kehidupan seharian, kita tidak dapat lari daripada terlibat dalam pergaulan dan interaksi

    dengan orang lain. Tanpa berinteraksi dengan orang lain, seseorang itu akan merasa

    kesunyian. Perasaan adalah merupakan gabungan antara emosi yang negatif seperti tekanan,

    kebimbangan, perasaan tidak gembira, perasaan ketidakpuasan hati, dan perasaan malu.

    Oleh kerana hakikat bahawa manusia itu tidak dapat hidup secara bersendirian, maka

    seseorang manusia itu akan berinteraksi dengan orang lain. Di dalam kehidupan seharian,

    seseorang itu lebih cenderung untuk berinteraksi dan bekerjasama dengan individu yang lain

    yang mempunyai sikap yang sama di antara satu sama lain, maka ianya akan membawa

    kepada wujudnya suatu hubungan yang dinamakan persahabatan. Perasaan ingin bersosial

    adalah sangat penting kepada seseorang individu dalam usaha untuk mewujudkan dan

    mengekalkan hubungan persahabatan dan hubungan persahabatan biasanya diwujudkan oleh

    apa-apa bentuk kerjasama di antara seseorang individu dengan individu lain bagi memperolehisebarang faedah.

    Hubungan persahabatan terbentuk adalah atas kehendak manusia itu sendiri. Mengikut

    Beverly Fehr (1974), terdapat tiga jenis persahabatan atau tiga cara bagaimana hubungan

    persahabatan boleh terbentuk iaitu persahabatan yang berasaskan utility atau kepuasan,

  • 5/21/2018 mini research

    2/18

    2

    keseronokan, dan untuk kebaikan. Dalam hubungan persahabatan yang berasaskan utility,

    kita akan berinteraksi dengan orang lain disebabkan mereka boleh memberikan sesuatu kepada

    kita. Dalam persahabatan yang berasaskan kepada keseronokan, kita akan berinteraksi dengan

    orang lain kerana kita gembira bergaul dengannya manakala dalam persahabatan yang

    berasaskan kepada kebaikan, kita akan berinteraksi dengan orang lain kerana orang itu

    mempunyai keperibadian yang baik.

    Hubungan persahabatan merupakan interpersonal yang rapat di antara individu.

    Hubungan persahabatan biasanya dikaitkan dengan perkongsian ruang hidup bersama sahabat

    iaitu seseorang individu yang rapat. Di dalam hubungan persahabatan berlakunya pertukaran

    pendapat, perkongsian amalan hidup, proses pengaruh mempengaruhi, kerjasama, kompromi

    dan persaingan. Biasanya sahabat dipilih berdasarkan persamaan latar belakang, umur, minat

    dan personaliti. Di antara sifat-sifat persahabatan termasuklah saling mempercayai, mesra,

    konflik, dingin dan sebagainya.

    1.1 TUJUAN KAJIAN

    Kajian ini dijalankan adalah bertujuan bagi memenuhi dan mencapai matlamat kajian seperti

    yang telah ditetapkan dibawah.

    1. Melihat corak atau bentuk hubungan persahabatan yang wujud antara mahasiswa/IMelayu, Cina dan bumiputera Sabah

    2. Melihat perbezaan corak hubungan persahabatan yang wujud di kalangan mahasiswa/IMelayu, Cina dan bumiputera Sabah dari segi jantina

    3. Melihat persepsi setiap etnik terhadap rakan etnik yang lain dalam corak hubunganpersahabatan.

    1.2 KEPENTINGAN KAJIAN

    Seperti yang telah dibincangkan dalam bahagian yang lepas, terdapat banyak kajian yang cuba

    mengkaji tentang sebab-sebab wujudnya hubungan persahabatan, namun tidak banyak kajian

    yang cuba melihat corak hubungan yang wujud di kalangan mahasiswa/I terutamanya bagi

    yang berlainan etnik dan jantina. Seperti yang ditunjukkan pada rangka teori atau model

    tersebut ia menerangkan corak hubungan persahabatan yang wujud dan adakah ia dapat

  • 5/21/2018 mini research

    3/18

    3

    membezakan antara seseorang mahasiswa/I dengan mahasiswa/I lain dengan merujuk kepada

    pembolehubah bangsa dan jantina.

    Pemilihan pembolehubah jantina sebagai salah satu pembolehubah dalam kajian ini

    adalah bagi menjawab persoalan perbezaan jantina yang mungkin wujud. Ini kerana isu jantinadalam disiplin psikologi merupakan suatu isu yang besar yang boleh membezakan atau

    mempengaruhi sesuatu keputusan kajian.

    Dapatan daripada ini adalah sangat berguna memandangkan tidak banyak kajian yang

    cuba melihat pembolehubah corak hubungan persahabatan dan apa hubungannya dengan

    bangsa dan jantina. Dapatan kajian ini kelak boleh digunakan untuk tindakan lanjut oleh

    pelbagai pihak yang terbabit dalam usaha meningkatkan persefahaman, perpaduan dan

    kerjasama dalam kalangan mahasiswa/I pelbagai kaum khususnya dalam kalangan

    mahasiswa/I SPKS.

    1.3 SOROTON KAJIAN LEPAS

    Kajian yang dijalankan oleh Jalis Sina(1989) yang bertajuk Hubungan etnik di kampung Likas,

    Kota Kinabalu, Sabah dijalankan ke atas hubungan etnik di antara kaum Kadazan/Dusun, Bajau,

    Cina dan Brunei melalui aspek-aspek seperti peluang-peluang interaksi, pola-pola interaksi,

    sikap sesuatu etnik yang merangkumi etnosentrisme, dan prasangka yang negatif walaupun

    peratusannya adalah kecil, namun tetap dipercayai bahawa sikap ini berkaitan dengan kegiatan

    politik yang bersifat perkauman di sabah.

    Kajian yang dijalankan oleh Evelyn Tay Yen Li (1992) yang bertajuk Hubungan etnik di

    kalangan pelajar sekolah, di SMK Green Road, Kuching Sarawak adalah bertujuan untuk

    meninjau keadaan hubungan etnik di kalangan pelajar berbilang kaum. Dalam kajian ini, satu

    angkubah yang diandaikan penting dalam mempengaruhi hubungan etnik diambil kira iaitu

    faktor etnik. Hasil kajian menunjukkan bahawa pergaulan di kalangan pelajar-pelajar sekolah

    yang berlainan kaum merentasi garis etnik dari segi penglibatan dalam aktiviti dan pertubuhan

    sekolah. Dalam hubungan yang bersifat personel, kesemua sampel melakukannya dengan etnik

    sendiri. Tingkat pergaulan di luar sekolah adalah sederhana bagi kesemua sampel dan sikap

    prasangka pula wujud dalam keadaan tertentu sahaja.

  • 5/21/2018 mini research

    4/18

    4

    Kajian yang dijalankan oleh Hew Soon Kiong (1992) yang bertajuk satu tinjauan

    mengenai keadaan hubungan etnik dikalangan pelajar di SMK Maktab Sabah. Di antara aspek

    yang ditinjau ialah pola-pola interaksi sosial, sikap pelajar terhadap kumpulan etnik, dan faktor

    yang mempengaruhi pembentukan sikap positif atau negatif dalam kalangan pelajar. Hasil

    kajian ini mendapati wujudnya pola-pola interaksi sosial yang merentasi garis etnik serta

    wujudnya sikap positif atau jarak sosial yang sempit di kalangan pelajar.

    Kajian daripada Halijah Mohd. Yasin (1983) mendapati bahawa gejala polarisasi begitu

    ketara dalam kalangan mahasiswa universiti. Selain daripada latar belakang penempatan, aliran

    pembelajaran, dan bidang pengkhususan, terdapat juga faktor-faktor prasangka dan stereotaip

    yang memainkan peranan penting.

    Kajian daripada Hamid bin Roslan (1989) yang bertajuk integrasi antara etnik: satu

    kajian kes di daerah keningau sabah. Hasil kajian ini menyatakan bahawa walaupun isu etnik

    lebih penting daripada isu kelas sosial tetapi status sosio-ekonomi dan politik telah melakukan

    kesan yang berbeza di antara kelompok-kelompok etnik.

    1.4 PENDEKATAN TEORI

    Pendekatan teori merupakan elemen yang sangat penting dalam menjalankan kajian atau

    penyelidikan terutamanya bagi kajian dan eksperimental. Baron, Byrne, dan Johnson (1998)

    mengatakan bahawa teori akan menjawab persoalan kenapa, membantu memerihalkan

    tingkah laku sosial, dan sebagai satu metod saintifik. Dalam kajian ini, corak perhubungan atau

    attachment pattern yang dikemukakan oleh Bartholomew dan Horowits akan digunakan

    sebagai rangka ramalan.

    1.4.1 Teori Corak Hubungan Attachment Pattern Bartholomew dan Horowitz

    (1991)

    Mengikut Bartholomew dan Horowits (1991), terdapat empat corak perhubungan berasaskan

    dua underlying dimensions iaitu penilaian diri sendiri yang positif dan negetif serta penilaian

    diri orang lain yang positif dan negatif. Dua penilaian ini terdiri daripada kesedaran penilaian diri

    sendiri seseorang dan persepsi seseorang terhadap orang lain sebagai boleh dipercayai atau

    tidak boleh dipercayai seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah:

  • 5/21/2018 mini research

    5/18

    5

    Rajah 1 :Teori atau model yang dikemukakan oleh Bartholomew dan Hoeowitz (1991).

    1.4.2 Teori Peneguhan- Berpura-pura Byrne dan Clore (1974)

    Teori ini adalah teori yang cuba untuk memahami kelakuan manusia yang sentiasa tidak stabil

    apabila berhubung atau berinteraksi dengan orang lain. Byrne dan Clore (1974) menyedari

    bahawa suatu fenomena yang kompleks seperti daya tarikan interpersonal tidak boleh

    dijelaskan dengan hanya satu prinsip peneguhan yang ringkas seperti kita suka pada orang

    yang memberi ganjaran kepada kita dan tidak suka kepada orang yang menghukum kita,

    Mengikut teori ini, kelakuan individu terhadap individu yang lain tidak selalunya positif atau

    negatif. Kadang-kala seseorang itu baik dan kadang-kala seseorang itu boleh jadi jahat. Byran

    dan Clore telah mereka satu formula yang berbunyi;

    Attraction toward a person is a positive linear function of the sum of the weightedpositive reinforcements associated with him, divided by the total number of weighted

    positive and negative reinforcements associated with him (Byran & Clore, 1974)

    Bryan dan Clore (1974) juga menyimpulkan bahawa peneguhan adalah penghasilan

    stimulus tidak multak dan reaksi multak yang dinamakan sebagai perasaan positif. Mereka

    Imej positif terhadap

    orang lain

    Imej kendiri

    negetif

    Imej negatif terhadap

    orang lain

    Imej Kendiri

    Positif

    Corak Perhubungan Secure Kebimbangan rendah Tidak mengelak dari orang

    lain

    Terlibat dalamhubungan

    Corak PerhubunganPreoccupied Kebimbangan tinggi Tidak mengelak dari orang

    lain

    Terlibat dalam hubunganCorak PerhubunganDimissing

    Kebimbangan rendah Mengelak dari orang lain Tidak terlibat dalam

    hubungan

    Corak Perhubungan Fearful

    Kebimbangan tinggi Mengelak dari orang lain Tidak terlibat dalam

    hubungan

  • 5/21/2018 mini research

    6/18

    6

    membuat keputusan bahawa sesiapa sahaja yang bekerjasama dengan orang lain kerana

    dipengaruhi oleh stimulus yang tidak mutlak akan menimbulkan reaksi yang tidak mutlak.

    1.5 PERSOALAN KAJIAN YANG INGIN DI KAJI

    Kajian yang dijalankan oleh kami mendapati bahawa wujud polarisasi yang jelas. Tiap-tiap

    kumpulan etnik yang terdiri daripada pelajar Melayu, Cina, dan India hanya merujuk kepada

    mahasiswa/I dari kaum sendiri untuk menjalankan aktiviti mereka. Kajian yang dijalankan oleh

    Halijah Mohd. Yasin (1983) mendapati gejala polarisasi adalah sangat ketara dalam kalangan

    pelajar. Selain daripada latar belakang pertempatan dan aliran pembelajaran, terdapat juga

    faktor-faktor prasangka dan stereotaip yang memainkan peranan penting. Perbezaan latar

    belakang kebudayaan dan agama juga merupakan penghalang utama kepada proses integrasi

    mahasiswa/I di SPKS.

    Melihat kepada kajian tersebut, maka tiga hipotesis di bawah telah dibentuk:

    Persoalan 1 : Terdapat perbezaan corak hubungan persahabatan di Antara pelajar Melayu,

    Cina, dan Bumiputera Sabah.

    Persoalan 2 : Terdapat polarisasi yang jelas di Antara pelajar Melayu, Cina, dan Bumiputera

    Sabah.

    Persoalan 3 : Terdapat perbezaan corak hubungan persahabatan di antara pelajar yang

    berlainan jantina.

    2.0 KAEDAH KAJIAN

    2.1 Reka bentuk

    Kajian ini merupakan kajian empirikal yang berbentuk diskriptif iaitu melihat persoalan kajian

    yang berkaitan dengan pembolehubah kajian. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan

    data primer. Pengumpulan data primer akan dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauselidik. Ia akan dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik yang diperolehi oleh

    George Kelly iaitu Repertory Grid.

  • 5/21/2018 mini research

    7/18

    7

    2.2 Subjek Kajian

    Seramai 30 orang mahasiswa/I SPKS, Universiti Malaysia Sabah digunakan sebagai subjek

    kajian. Subjek kajian dipilih menggunakan kaedah snowball untuk mendapatkan data. Masing-

    masing 10 subjek daripada setiap etnik Melayu, Cina dan Bumiputera Sabah yang terdiridaripada lelaki dan perempuan. Pemberatan subjek bagi setiap jantina adalah seramai 15 orang

    lelaki dan 15 orang perempuan.

    2.3 Tempat Kajian

    Kajian ini dijalankan di Universiti Malaysia Sabah dengan memfokuskan di Sekolah Psikologi dan

    Kerja Sosial.

    2.4 Alat Kajian

    Data dikumpulkan menggunakan kaedah survey sampel. Teknik Repertory Grid oleh Kelly

    (1955) melalui Teori Gagasan Diri (Personal Construct Theory) akan digunakan sebagai

    instrumen kajian. Repertory Grid direkabentuk oleh Kelly atau nama penuhnya George Kelly

    yang merupakan seorang jurutera Amerika yang kemudiannya muncul sebagai seorang ahli

    psikologi klinikal yang di kagumi. Repertory Grid telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh

    Kelly dalam buku tulisannya bertajuk The psychology of Personal Constructs,1955 ( Zimbardo,

    1992), dan selepas itu Kelly melakukan kajian dan penyelidikan lagi sehinggalah beliau benar-

    benar pasti bahawa Repertory Grid itu sesuai digunakan.

    2.5 Tatacara Kajian

    Sebelum kajian dibuat, satu pra-uji telah pun dijalankan terlebih dahulu terhadap 18 orang

    mahasiswa/I tahun 2 dimana masing-masing enam orang pelajar melayu, cina dan bumiputera

    sabah. Setiap bangsa di bahagikan kepada 3 lelaki dan 3 perempuan mengikut etnik. Pra- uji

    ini dijalankan bagi melihat masa, komen dan cadangan, kefahaman subjek, dan gambaran

    kasar terhadap kajian yang akan dijalankan.

    Pengumpulan data dijalankan selama seminggu tetapi pentadbiran soal selidik tidak

    menggunakan masa yang ditetapkan oleh pengkaji untuk soal selidik. Masa digunakan untuk

    menjawab soal selidik antara 5-10 minit berdasarkan pra-uji dijalankan. Bagi mentadbirkan

  • 5/21/2018 mini research

    8/18

    8

    borang soal selidik kepada 30 orang subjek kajian, pengkaji akan menggunakan khidmat

    bantuan daripada tiga orang yang terdiri daripada rakan mahasiswa/I.

    2.6 Analisis Data

    Buku kod digunakan sebagai panduan pengkaji dalam proses menganalisis data. Data

    dikumpulkan dianalisis secara manual dengan merujuk jumlah kekerapan subjek menanda

    jumlah positif (+) atau negatif (-) pada borang soal selidik dan terus ditukar bentuk peratusan.

    Daripada bentuk peratusan ini seterusnya akan ditukar ke dalam bentuk gambar rajah

    berpandukan corak hubungan persahabatan dikemukakan oleh teori Bartholomew dan Horowitz

    (1991). Seterusnya rumusan keseluruhan akan dibuat.

    2.7 Pemarkatan Soal Selidik

    Cara permarkatan bagi menganalisa borang soal selidik ini ialah jika ingin melihat perbezaan

    corak hubungan persahabatan antara kaum dan corak hubungan persahabatan di antara pelajar

    lelaki dan perempuan, maka pengkaji akan menilai jumlah kekerapan berbentuk tanda atau nilai

    positif atau negatif (+/-) yang telah tandakan oleh subjek kajian.( (-/+) x 100 )

    3.0 KEPUTUSAN

    Data yang diperolehi di analisis menggunakan metod statistik asas iaitu statistik deskriptif yang

    dilakukan berdasarkan peratusan. Dalam bahagian pengujian persoalan pula, keputusan yang

    diperolehi akan dihuraikan bersama dengan jadual mengikut urutan persoalan yang telah di

    bina. Jadual disertakan bertujuan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas lagi tentang

    keputusan yang diperolehi.

    Perbezaan Corak Hubungan Persahabatan Di Antara Pelajar Melayu, Cina, Dan

    Bumiputera Sabah

    Persoalan Pertama

    Terdapat perbezaan peratusan corak hubungan persahabatan di antara pelajar Melayu, Cina,

    dan Bumiputera Sabah

    Jadual 3.1: Skor yang di perolehi oleh setiap etnik bagi setiap dimensi dalam

    bentuk peratusan

  • 5/21/2018 mini research

    9/18

    9

    Dimensi item melayu cina Bumiputera Saba

    kebimbangan

    + - + % - % + % - % + % -

    1 1 9 30 1 3.3 6 20 4 13.3 8 26.6 2

    2 2 4 13 6 20 4 13.3 6 20 4 13.3 6

    3 3 6 20 4 13.3 5 16.6 5 16.6 6 20 4

    jumlah 19 63 11 37 15 50 15 50 18 60 12

    Dimensi item melayu cina Bumiputera Saba

    Perhubungan

    + - + % - % + % - % + % -

    1 1 8 26.6 2 6.6 6 20 4 13.3 9 30 1

    2 2 7 23.3 3 10 7 23.3 3 10 8 26.6 2

    3 3 7 23.3 3 10 8 26.6 2 6.6 6 20 4

    Jumlah 22 73 8 27 21 70 9 30 23 77 7

    Melalui jadual 3.1, kita dapat melihat bahawa pelajar Melayu mempunyai tahap kebimbangan

    yang rendah iaitu sebanyak 37% berbanding dengan dua etnik lain. Bagi dimensi mengelak

    pula, bangsa Melayu dilihat paling kurang mengelak iaitu sebanyak 17% manakala dalamdimensi perhubungan pula, pelajar Melayu kecenderungan untuk terlibat dalam hubungan

    sebanyak 73%.

    Bagi pelajar cina pula, mereka mempunyai tahap kebimbangan yang sederhana iaitu

    sebanyak 50%. Bagi dimensi mengelak pelajar cina menampakkan ciri-ciri yang kurang

    mengelak daripada orang lain iaitu sebanyak 43%. Pelajar cina juga didapati lebih cenderung

    untuk terlibat dalam hubungan iaitu sebanyak 70%.

    Bagi Bumiputera Sabah pula, tahap kebimbangan hanya sebanyak 40%. Dalam dimensi

    mengelak pula, pelajar bumiputera sabah adalah paling kurang mengelak iaitu hanya sebanyak

    17% sahaja manakala dalam dimensi perhubungan pula, pelajar bumiputera sabah lebih

    cenderung untuk terlibat dalam perhubungan dengan orang lain iaitu sebanyak 77%. Daripada

    keputusan dalam jadual 3.1, dapat di simpulkan bahawa orang Melayu dan orang Bumiputera

    Dimensi item Melayu Cina Bumiputera Saba

    Mengelak

    + - + % - % + % - % + % -

    1 1 9 30 1 3.3 6 20 4 13.3 8 26.6 2

    2 2 8 26.6 2 6.6 5 16.6 5 16.6 8 26.6 2

    3 3 8 26.6 2 6.6 6 20 4 13.3 9 30 1

    Jumlah 25 83 5 17 17 57 13 43 25 83 5

  • 5/21/2018 mini research

    10/18

    10

    Sabah mempunyai corak perhubungan yang berbentuk secure, orang Cina berbentuk

    preoccupied.

    Daripada keputusan yang ditunjukkan, jelas menunjukkan terdapat perbezaan peratusan

    corak hubungan persahabatan di antara pelajar Melayu, Cina, dan Bumiputera Sabah. Oleh itu,persoalan pertama diterima.

    Persoalan Kedua

    Terdapat peratusan polarisasi yang jelas di antara pelajar Melayu, Cina, dan Bumiputera

    Sabah

    Jadual 3.2: Jumlah skor yang diberikan oleh subjek Melayu terhadap orang

    Melayu, Cina, dan Bumiputera Sabah

    Subjek N + % - %

    Melayu 10 7 23 3 10

    Cina 10 3 10 7 23

    Bumiputera Sabah 10 5 17 5 17

    Jumlah 15 50 15 50

    Jadual 3.2 menunjukkan subjek melayu memberikan nilai positif sebanyak 23% kepada orang

    Melayu manakala hanya memberikan 10% untuk nilai negatif. Bagi orang cina, subjek Melayu

    hanya memberikan nilai positif sebanyak 10% manakala memberikan 23% untuk nilai negatif.

    Sementara itu, subjek melayu memberikan nilai positif dan negatif yang sama rata kepada

    orang bumiputera sabah iaitu sebanyak 17%. Secara keseluruhannya, subjek melayu

    memberikan nilai positif yang tinggi kepada orang melayu sendiri dan bumiputera sabah.

    Sementara itu, orang cina dipandang oleh orang melayu sebagai lebih cenderung mempunyai

    nilai-nilai yang negatif dalam corak hubungan persahabatan.

    Jadual 3.3: Jumlah skor yang diberikan oleh subjek Cina terhadap orang Melayu,

    Cina, dan Bumiputera Sabah

    Subjek N + % - %

    Melayu 10 6 20 4 13

    Cina 10 8 27 2 7

    Bumiputera Sabah 10 6 20 4 13

    Jumlah 20 67 10 33

  • 5/21/2018 mini research

    11/18

    11

    Jadual 3.3 menunjukkan skor daripada subjek cina bagi ketiga-tiga etnik. Subjek cina

    memberikan 20% nilai positif dan 13% nilai negatif kepada orang melayu. Bagi orang cina,

    subjek cina diberikan nilai positif tertinggi iaitu sebanyak 27% dan 7% untuk nilai negatif. Bagiorang bumiputera sabah pula, subjek cina memberikan sebanyak 20% untuk nilai positif

    manakala 13% untuk nilai negatif. Secara keseluruhannya, subjek cina cenderung ke arah

    positif dalam penilaian mereka terhadap orang bumiputera sabah dan orang melayu berhubung

    dengan corak persahabatan yang wujud.

    Jadual 3.4: Jumlah skor yang diberikan oleh subjek Bumiputera Sabah terhadap

    orang Melayu, Cina, dan Bumiputera Sabah

    Subjek N + % - %

    Melayu 10 7 23 3 10

    Cina 10 6 20 4 13

    Bumiputera Sabah 10 8 27 2 7

    Jumlah 21 70 9 30

    Jadual 3.4 menunjukkan nilai positif dan negatif subjek bumiputera sabah terhadap kedua-dua

    etnik. Bagi orang Melayu, subjek bumiputera memberikan nilai positif sebanyak 23% dan nilai

    negatif sebanyak 10%. Bagi orang cina pula, subjek bumiputera lebih cenderung untuk

    memberikan nilai negatif yang paling tinggi iaitu sebanyak 20% manakala hanya 13% untuk

    nilai positif. Sementara itu, subjek bumiputera sabah memberikan nilai positif tertinggi iaitu

    27% dan nilai 7% untuk nilai negatif kepada orang bumiputera sabah.

    Persoalan Ketiga

    Terdapat perbezaan peratusan corak hubungan persahabatan di antara pelajar lelaki dan

    perempuan

    Jadual 3.5: Skor yang diperolehi oleh pelajar lelaki & perempuan bagi setiap

    dimensi dalam bentuk peratusan

  • 5/21/2018 mini research

    12/18

    12

    Jantina Item Lelaki

    Dimensi + - + % - %

    Kebimbangan 1 1 9 20 6 13

    2 2 7 15.6 8 17.8

    3 3 8 17.8 7 15.6

    Jumlah 24 53 21 47

    Jantina Item Lelaki

    Dimensi + - + % - %

    Mengelak 1 1 12 27 3 7

    2 2 11 24 4 9

    3 3 11 24 4 9

    Jumlah 34 75 11 25

    Jantina Item Lelaki

    Dimensi + - + % - %

    Perhubungan 1 1 11 24 4 9

    2 2 12 27 3 7

    3 3 9 20 6 13

    Jumlah 32 71 13 29

    Jantina Item Perempuan

    Dimensi + - + % - %

    Kebimbangan 1 1 12 27 3 7

    2 2 5 11 10 22

    3 3 9 20 6 13

    Jumlah 26 58 19 42

  • 5/21/2018 mini research

    13/18

    13

    Jantina Item Perempuan

    Dimensi + - + % - %

    Mengelak 1 1 12 27 3 7

    2 2 10 22 5 11

    3 3 13 29 2 4

    Jumlah 35 78 10 22

    Jantina Item Perempuan

    Dimensi + - + % - %

    Mengelak 1 1 12 27 3 7

    2 2 10 22 5 11

    3 3 10 22 5 11

    Jumlah 32 71 13 29

    Daripada jadual 3.5, dapat di lihat bahawa pelajar lelaki mempunyai dimensi kebimbangan yang

    kurang iaitu hanya sebanyak 53%. Bagi dimensi mengelak pula, pelajar lelaki menunjukkan ciri-

    ciri kurang mengelak iaitu hanya 25% kecenderungan untuk mengelak dari orang lain.

    Sementara itu, bagi dimensi perhubungan pelajar lelaki mereka lebih cenderung untuk terlibat

    dalam hubungan di mana peratusannya adalah 71%.

    Bagi pelajar perempuan, mereka turut mempunyai dimensi kebimbangan yang rendah

    iaitu hanya sebanyak 42%. Bagi dimensi mengelak pula, pelajar perempuan lebih cenderung

    untuk kurang mengelak daripada orang lain iaitu hanya sebanyak 22%. Peratusan

    kecenderungan pelajar perempuan untuk terlibat dalam hubungan juga agak tinggi iaitu

    sebanyak 71%.

    Keseluruhannya, daripada kajian ini di dapati bahawa tidak terdapat peratusanperbezaan dalam corak persahabatan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Oleh itu,

    persoalan ketiga di tolak. Ini bermakna corak hubungan persahabatan di antara pelajar lelaki

    dan pelajar perempuan adalah hampir sama dan tidak menunjukkan sebarang perbezaan.

    Kedua-dua menggunakan konsep corak persahabatan yang berbentuk secure.

  • 5/21/2018 mini research

    14/18

    14

    Kesimpulan daripada keputusan kajian ini ialah, kita jelas melihat bahawa setiap etnik

    cenderung untuk memberikan tanggapan yang positif terhadap etnik masing-masing.

    3.1 PERBINCANGAN

    Corak Hubungan Persahabatan Di Antara Pelajar Melayu, Cina, Dan Bumiputera

    Sabah

    Melalui keputusan kajian yang telah di perolehi, bangsa atau etnik boleh mempengaruhi corak

    hubungan persahabatan yang wujud. Corak hubungan persahabatan yang wujud di antara

    kaum adalah berbeza disebabkan oleh persepsi sesuatu bangsa terhadap rakan dari bangsa

    yang lain adalah berbeza berbanding dengan persepsi sesuatu bangsa terhadap rakan yang

    sebangsa dengannya. Contohnya, persepsi orang melayu dan bumiputera sabah terhadap rakan

    dari bangsa cina adalah berbeza dengan rakan mereka dari bangsa atau keturunan melayu dan

    bumiputera sabah sendiri.

    Persepsi ini mungkin boleh dirujuk kepada persepsi individu dan rakan-rakan sebaya

    yang bersifat etnosentrisme atau semangat kekitaan. Menurut Chew Thye (1975), semangat

    kekitaan yang wajib yang untuk semua kelompok dipupuk oleh etnosentrisme. Ianya sering

    menjadikan kebaikan kepada kelompok dalaman manakala keburukan bagi kelompok luar.

    Keadaan ini jelas kerana orang melayu dan bumiputera sabah mempersepsikan orang

    cina sebagai mempunyai corak hubungan persahabatan yang mempunyai unsur-unsur yang

    negatif seperti mempunyai perasaan kebimbangan yang tinggi semasa berinteraksi iaitu yang

    bercorak preoccupied. Keadaan ini wujud kerana beberapa faktor. Antaranya ialah, adat

    resam, pola keluarga, tingkah laku, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, kegiatan

    ekonomi, dan pola hiburan. Kenyataan ini menyokong kajian oleh Hamid bin Roslan (1989)

    yang menunjukkan faktor status sosio-ekonomi yang berbeza-beza di antara kelompok etnik.

    Namun begitu, hanya terdapat sedikit sahaja perbezaan dalam corak hubungan

    persahabatan di antara pelajar Melayu, Cina, dan Bumiputera Sabah iaitu dari segi tahap

    kebimbangan yang tinggi terdapat pada orang Cina dalam menjalinkan hubungan

    persahabatan mereka dengan rakan yang berlainan bangsa dan keturunan. Ini di sebabkan oleh

    faktor tempat tinggal serta matlamat sebagai seorang pelajar iaitu pelajar Melayu, Cina, dan

  • 5/21/2018 mini research

    15/18

    15

    Bumiputera Sabah adalah tinggal di kawasan yang sama iaitu di sekolah dan tujuan mereka

    juga adalah sama iaitu belajar.

    Tambahan pula, pelajar yang berlainan kaum dan keturunan terpaksa bergaul serta

    bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti pembelajaran seperti membuat tugasan secaraberkumpulan dan sebagainya. Kenyataan ini menyokong kajian oleh Evelyn Tai Yen Li (1992)

    yang mendapati bahawa pergaulan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah yang berlainan

    kaum merentasi garis etnik dari segi penglibatan dalam aktiviti dan pertubuhan sekolah. Kajian

    Hew Soon Kiong (1992) juga memperolehi keputusan yang sama iaitu wujudnya pola-pola

    interaksi garis social yang merentasi garis etnik serta wujudnya sikap positif atau jarak sosial

    yang sempit dalam kalangan pelajar.

    Kenyataan serta keputusan kajian diatas adalah sesuai dan selari dengan pendapat

    Beverly Fehr (1996) yang mengatakan bahawa hubungan persahabatan boleh diwujudkan oleh

    pelbagai faktor dan antaranya ialah jika dua orang atau lebih individu yang terlibat adalah

    tinggal berhampiran (berjiran, tinggal satu bangunan yang sama, dan persekitaran tempat

    belajar seperti sekolah, universiti, dan sebagainya. Jadi tidak hairanlah jika terdapat jurang

    perbezaan yang sangat ketara dalam corak hubungan persahabtan diantara pelajar Melayu,

    Cina dan Bumiputera Sabah. Hal ini demikian, walaupun terdapat interaksi yang agak baik

    dalam kalangan pelajar tersebut, namun hal tersebut hanyalah disebabkan oleh keterpaksaan

    dan dengan tujuan-tujuan tertentu seperti untuk sama-sama belajar di IPT yang memerlukan

    kerjasama sesama mereka.

    Jadi jelaslah disini bahawa sesebuah hubungan persahabatan dilakukan adalah

    berasaskan tujuan tertentu untuk memeperoleh sebarang faedah. Kenyataan ini sesuai dengan

    pendapat Allen (1994) yang menyatakan bahawa hubungan persahabatan biasanya diwujudkan

    oleh apa-apa bentuk kerjasama diantara mereka untuk memperolehi faedah. Jika dilihat dalam

    suasana kehidupan sebagai seorang mahasiswa/I sememangnya mempunyai pelbagai corak

    perhubungan yang sudah pasti akan memberikan perbezaan sesuai dengan tujuan utamaseorang itu berkawan dengan orang lain. Maka dalam keadaan tersebut sudah pasti dapat kita

    lihat akan perbezaan tujuan sesuatu hubungan itu terjalin terutamanya dalam kalangan

    masyarakat yang berbilang bangsa dan keturunan.

  • 5/21/2018 mini research

    16/18

    16

    Polarisasi Di Antara Pelajar Melayu, Cina, Dan Bumiputera Sabah

    Hasil daripada keputusan kajian mendapati bahawa wujud gejala polarisasi yang jelas di antara

    pelajar Melayu, Cina, dan Bumiputera Sabah. Kenyataan ini jelas di mana sebahagian bear

    daripada subjek kajian lebih cenderung untuk mempersepsikan rakan yang sama bangsa atauketurunan dengan mereka sebagai mempunyai nilai-nilai positif yang lebih tinggi berbanding

    dengan rakan dari bangsa atau keturunan dengan mereka sahaja dalam proses interaksi serta

    menjalinkan hubungan persahabatan berbanding dengan rakan dari bangsa lain. Chin Soo Lin

    (1982) juga memperolehi hasil keputusan yang sama iaitu wujud polarisasi yang jelas dalam

    kalangan mahasiswa Melayu, Cina, dan India. Setiap kumpulan etnik dalam kalangan

    mahasiswa hanya merujuk kepada mahasiswa dari kaum mereka sendiri untuk menjalankan

    aktiviti mereka. Menurutnya lagi, gejala polarisasi ini tidak dipengaruhi oleh faktor tempat

    tinggal mahasiswa.

    Perbezaan Corak Hubungan Persahabatan Di Antara Pelajar Lelaki Dan Perempuan

    Corak perhubungan yang di kaji di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan adalah merujuk

    kepada corak hubungan yang dijalinkan oleh pelajar perempuan terhadap sahabat perempuan

    dan begitulah sebaliknya. Menurut empat corak perhubungan persahabatan yang dikemukakan

    oleh Bartholomew dan Horowitz (1991), memang tidak terdapat perbezaan.

    Namun terdapat percanggahan pendapat daripada Sapadin (1988) iaitu persahabatan di

    antara perempuan dengan perempuan adalah lebih intim jika dibandingkan dengan lelaki.

    Namun demikian, menurut Reis (1985), beliau mengatakan bahawa orang lelaki juga

    mempunyai darjah keintiman yang setanding dengan orang perempuan tetapi hanya berlaku di

    antara sahabat karib sahaja.

    Pendapat Walker (1994) juga hampir sama dalam hal ini di mana beliau mengatakan

    bahawa orang lelaki adalah sama intimnya dengan orang perempuan. Tetapi lelaki kurang

    menunjukkan ciri-ciri keintiman dengan sahabatnya melalui kata-kata tetapi lebih kepada aktivitiyang dilakukan secara bersama seperti memancing bersama dan bermain bola.

  • 5/21/2018 mini research

    17/18

    17

    4.0 KESIMPULAN

    Kajian ini mengkaji tentang corak hubungan persahabatan di antara pelajar Melayu, Cina, dan

    bumipetera Sabah. Seramai 30 orang subjek yang terdiri daripada pelajar dari Sekolah Psikologi

    dan Kerja Sosial,Universiti Malaysia Sabah telah diambil. Aspek-aspek yang dikaji dalam kajianini adalah melihat corak hubungan persahabatan yang wujud dalam kalangan pelajar Melayu,

    Cina, dan bumiputera Sabah. Corak-corak hubungan persahabatan yang dilihat ialah corak

    secure, preoccupied, dismissing, dan corak fearful yang telah dikemukakan oleh

    Bartglomew dan Horowitz (1991). Dalam kajian ini, pembolehubah sampingan seperti faktor

    jantina juga diambil kira. Ini adalah bertujuan untuk melihat pengaruh faktor ini ke atas

    hubungan persahabatan yang wujud.

    Hasil Kajian menunjukkan perbezaan corak hubungan persahabatan di antara pelajar

    Melayu, Cina, dan bumiputera Sabah. Perbezaan corak ini adalah begitu ketara di antara pelajar

    yang tergolong dalam golongan bumiputera iaitu Melayu dan bumiputera Sabah dengan pelajar

    yang bukan bumiputera iaitu pelajar Cina. Corak hubungan persahabatan yang wujud pada

    pelajar Melayu dan Bumiputera Sabah adalah lebih cenderung untuk mempunyai corak

    hubungan yang sama iaitu yang bercorak secure manakala bagi pelajar Cina adalah lebih

    cenderung ke arah yang bercorak preoccupied.

    Dari segi faktor jantina pula, hasil kajian telah mendapati bahawa fakor jantina tidak

    memainkan peranan ke arah perbezaan corak hubungan persahabatan yang wujud. Dengan

    kata lain, faktor jantina tidak mepengaruhi corak hubungan persahabatan yang wujud.

    4.1 Limitasi Kajian

    Dalam menjalankan kajian ini, kami telah menghadapi pelbagai masalah. Antaranya ialah kami

    tidak dapat memperoleh perisian computer yang dikenali sebagai INGRID untuk digunakan bagi

    menganalisis data dengan menggunakan komputer. Perisian ini adalah sepatutnya digunakan

    oleh kami untuk menganalisis data daripada soal selidik yang berbentuk grid seperti yangdigunakan oleh kami dalam kajian ini. Oleh itu, kami hanya menganalisis data kajian ini dengan

    menggunakan statistik asas iaitu analisis deskriptif yang menggunakan teknik manual dan hasil

    keputusan hanya boleh diperolehi dalam bentuk peratusan sahaja.

  • 5/21/2018 mini research

    18/18

    18

    Selain itu, kami menghadapi masalah kekurangan bahan rujukan iaitu kajian lepas

    terutamanya kajian tentang corak hubungan persahabatan dalam kalangan pelajar berbilangan

    bangsa dan keturunan. Hal ini mungkin kerana masyarakat kita masih belum menyedari tentang

    pentingnya corak-corak hubungan persahabatan yang wujud terumatanya dalam kalangan

    masyarakat di Sabah.

    Dari segi bilangan subjek yang diambil juga masih lagi dianggap sangat terhad.

    Tambahan pula, subjek kajian adalah tidak menggambarkan keseluruhan kaum bumiputera

    Sabah kerana kami tidak membuat pengasingan bagi setiap kaum yang terdapat di Sabah. Kami

    merasakan penemuan kajian ini adalah agak terhad dan sukar untuk digeneralisasikan kepada

    semua pelajar di Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial.

    4.2 Saranan Kajian

    Sesuai dengan limitasi kajian, kami ingin mengemukakan beberapa saranan agar dapat

    dipertimbangkan oleh pengkaji yang akan datang yang berminat untuk mengkaji kajian ini. Ini

    boleh dijadikan sebagai panduan kepada pengkaji yang akan datang untuk mengkaji kajian ini

    dengan lebih mendalam lagi.

    Statistik yang digunakan untuk menganalisis data dalam kajian ini hanyalah statistik

    deskriptif yang menggunakan teknik manual. Teknik ini adalah tidak mencukupi untuk

    digunakan. Oleh itu, diharap supaya pengkaji yang akan datang akan turut menggunakan

    statistik inferensi di samping statistikdeskriptif iaitu dengan menggunakan program perisian

    INGRID.

    Populasi sampel subjek yan digunakan dalam kajian ini adalah kecil. Oleh itu, adalah

    diharapkan agar pengkaji yang akan datang menggunakan populasi sampel yang lebih besar

    lagi. Ini adalah supaya keputusan kajian yang diperolehi adalah lebih sahih. Pengkaji yang akan

    datang juga boleh mengambil kira dan menguji tentang corak hubungan persahabatan dalam

    kalangan pelbagai suku kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak seperti Kadazan dusun,Iban dan sebagainya.