manual sistem ipta spm

Upload: hasbullah-awang

Post on 06-Jul-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM

    1/16

  • 8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM

    2/16

    Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

    2 | M u k a s u r a t

    1. LAMAN UTAMA PILIHAN JENIS PERMOHONAN DAN PROGRAM

    PENGAJIAN

    1.1. Pada ruangan Jenis Permohonan, pemohon perlu memilih ‘Kemasukan Ke IPTA/Politeknik

    Premier’. Pemohon boleh klik pada ikon di sebelah kanan bagi mengetahui maklumat

    lanjut mengenai Jenis Permohonan.

    1.2. Seterusnya pada ruangan Program Pengajian, pemohon perlu menentukan dan

    memilih‘Program Pengajian’ samada ‘Lepasan STPM/Setaraf’ atau ‘Lepasan SPM/Setaraf’.

    Pemohon boleh klik pada ikon di sebelah kanan bagi mengetahui maklumat lanjut

    mengenai Program Pengajian yang ditawarkan.

    1.3. Sila klik butang ‘Masuk’ untuk ke laman berikutnya.

    PERINGATAN !!!

    Sila pastikan komputer yang anda mempunyai perisian Adobe Acrobat Reader bagi tujuan

    mencetak Slip Permohonan. Jika tiada perisian ini, sila layari laman web

    http://get.adobe.com/reader   dan instalasi perisian tersebut sebelum mengemukakan

    permohonan.

    Pemohon dinasihatkan agar mengemukakan permohonan secara berasingan.

    Pemohon dikehendaki menyelesaikan permohonan terlebih dahulu sebelum mengemukakan

    permohonan untuk calon lain.

  • 8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM

    3/16

    Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

    3 | M u k a s u r a t

    2. LAMAN PANDUAN PERMOHONAN

    2.1. Pemohon diWAJIBkan untuk membaca Panduan Permohonan bagi mengetahui tatacara

    permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian iaitu Sebelum, Semasa dan Selepas

    Mengemukakan Permohonan.

    2.2. Pemohon boleh kembali semula ke Laman Utama dengan mengklik ‘Laman Utama’ pada

    Menu.

    2.3. Untuk meneruskan permohonan, sila klik ‘Permohonan’ pada Sistem.

  • 8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM

    4/16

    Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

    4 | M u k a s u r a t

    3. BORANG DAFTAR PERMOHONAN

    3.1. Pemohon wajib mengisi ‘No. Kad Pengenalan/MyKAD’ sebenar tanpa tanda ‘-‘. Pastikan

    No. Kad Pengenalan yang dimasukkan adalah   BETUL   mengikut kad pengenalan anda.

    Sebarang kesilapan boleh menjejaskan permohonan anda. Contoh: 123456789101.

    3.2. Bagi Lepasan SPM/Setaraf , pemohon wajib mengisi ‘No. Kad Pengenalan/MyKAD’ semasa

    pendaftaran peperiksaan juga tanpa   tanda ‘-‘. Maklumat ini penting sekiranya No. Kad

    Pengenalan/Mykad yang digunakan semasa pendaftaran peperiksaan berbeza dari No Kad

    Pengenalan sebenar.

    3.3. Pemohon wajib mengisi ‘No.Unik ID’. Nombor ini boleh dibeli di mana-mana cawangan

    Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai nombor pin keselamatan untuk mengisi borang

    permohonan ini.

    3.4. Pemohon wajib mengisi ‘Kata Laluan’. Kata laluan mestilah terdiri daripada gabungan

    nombor dan huruf    atau   angka dan huruf    di antara 6-8 aksara.   Contoh:

    abc123/123abc/a123b .

    3.5. Pemohon wajib mengisi ‘Pengesahan Kata Laluan’ sama seperti kata laluan yang

    telah dimasukkan di atas.

    3.6. Pemohon wajib mengisi ‘Nama Ibu’. Masukkan nama yang ringkas dan mudah diingati.

  • 8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM

    5/16

    Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

    5 | M u k a s u r a t

    3.7. Pemohon diwajibkan memilih   kategori   yang betul. Untuk makluman, sila rujuk ‘[Info

    Kategori]’.

    3.8. Pemohon wajib mengisi   ’Kod Keselamatan’. Pastikan kod yang dimasukkan sama seperti

    yang tertera. Sekiranya kod yang dipaparkan kurang atau tidak jelas, sila klik butang  Refresh

    pada browser  anda.

    3.9. Untuk meneruskan permohonan, sila klik butang ‘Seterusnya’.

    3.1. Pop-up Mesej berikut akan dipaparkan tujuan PERINGATAN. Klik ‘OK’.

    3.2. Sekiranya pemohon   SALAH   memilih Kategori, mesej berikut akan dipaparkan. Pemohon

    perlu klik butang ‘KEMBALI’ untuk membuat permohonan semula.

  • 8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM

    6/16

    Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

    6 | M u k a s u r a t

    4. BORANG MAKLUMAT PERIBADI

    4.1.  ‘No Kad Pengenalan/MyKAD’   adalah maklumat yang dimasukkan semasa pendaftaran

    sistem.

    4.2. ‘No Kad Pengenalan/MyKAD (semasa pendaftaran peperiksaan)’   adalah maklumat

    yang dimasukkan semasa pendaftaran peperiksaan. Maklumat ini penting sekiranya No.

    Kad Pengenalan/Mykad yang digunakan semasa pendaftaran peperiksaan berbeza dari No

    Kad Pengenalan sebenar.

    4.3. Pemohon wajib mengisi   ‘No Kad Pengenalan/ MyKAD Bapa & Ibu’   tanpa tanda ‘-‘.

    Contoh: 123456789101.

    4.4. Pemohon wajib mengisi ruangan   ‘Nama’   sama seperti yang tertera pada No Kad

    Pengenalan/ MyKad. Pastikan nama yang dimasukkan tepat. (Bagi Kategori C & D sahaja)

    4.5. Pemohon wajib mengisi  ‘Tarikh Lahir’. Klik pada ikon . Pop-up kalendar seperti rajah

    di bawah akan terpapar. Sila pastikan tarikh yang dipilih tepat. (Bagi Kategori C & D sahaja)

  • 8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM

    7/16

    Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

    7 | M u k a s u r a t

    4.6. Pemohon wajib mengisi ’Tempat Lahir’. Pilih maklumat negeri kelahiran dari senarai yang

    disediakan.

    4.7. Pemohon wajib mengisi ’Alamat Surat Menyurat’. Sila pastikan alamat anda adalah betul.

    Sebarang kesilapan boleh menyebabkan anda gagal dihubungi.

    4.8. Pemohon wajib mengisi ‘Bandar’.

    4.9. Pemohon wajib mengisi ‘Poskod’. Sila pastikan hanya nombor sahaja yang dimasukkan.

    4.10. Pemohon perlu mengisi ‘Telefon Rumah’ ATAU ‘Telefon Bimbit’. Pemohon wajib mengisi

    salah satu atau kedua-dua nombor telefon. Sebarang kesilapan semasa mengisi

    maklumat ini akan menyebabkan pemohon gagal dihubungi.

    4.11. Pemohon wajib mengisi ‘Emel’. Pastikan alamat emel yang dimasukkan mengikut format.

    4.12. Pemohon wajib mengisi ‘Taraf Perkahwinan’. Pilih maklumat perkahwinan dari

    senarai yang disediakan.

    4.13. Pemohon wajib mengisi maklumat ‘Kecacatan’.

    a. Adakah anda cacat? Wajib pilih ‘Ya’ atau ‘Tidak’.

    b. Jika ’Ya’, Sila pilih dari senarai yang disediakan. Seperti rajah dibawah.

    c. Jika ‘Cacat Lain’, sila isikan ruangan yang disediakan.

    d. No. Pendaftaran OKU (jika ada).

    e. Keterangan Cacat. Sila klik ’Contoh’ sebagai panduan.

    4.14 Sila klik butang   ‘Simpan & Seterusnya’   untuk ke laman seterusnya.

  • 8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM

    8/16

    Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

    8 | M u k a s u r a t

    5. BORANG MAKLUMAT PEKERJAAN DAN KELUARGA

    5.1. Pemohon wajib mengisi ‘Status Pekerjaan’.

    a.  Bapa/Penjaga - Pilih maklumat status pekerjaan dan sektor dari senarai yang

    disediakan.b.  Ibu - Pilih maklumat status pekerjaan dan sektor dari senarai yang disediakan.

    c.  Pemohon - Pilih maklumat status pekerjaan dan sektor dari senarai yang disediakan.

    5.2. Pemohon perlu mengisi ‘Tempoh Pengalaman Kerja Pemohon’. Sila pilih dari senarai

    yang disediakan.

    5.3. Pemohon wajib mengisi ‘Pendapatan Keluarga’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.

    5.4. Pemohon wajib mengisi ‘Tanggungan Keluarga’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.

    5.5. Pemohon wajib mengisi ‘Tempat Tinggal’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.

    5.6. Sila klik butang ‘Simpan & Seterusnya’ untuk ke laman seterusnya.

    Nota: Untuk kembali semula ke laman sebelumnya, pemohon boleh klik pada tab Peribadi > seperti yang

    tertera.

  • 8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM

    9/16

    Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

    9 | M u k a s u r a t

    6. BORANG MAKLUMAT AKADEMIK (SPM)

    6.1. Pemohon wajib mengisi ‘Kelayakan Pemohon’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.

    6.2. Pemohon wajib mengisi ‘Jenis Sekolah. Sila pilih dari senarai yang disediakan.

    6.3. Pemohon perlu mengisi ‘Kod Sekolah’. Sila masukkan kod sekolah jika ada.

    6.4.   Bagi Lepasan SPM, pemohon wajib mengisi   ‘Angka Gilir SPM’. Bagi Lepasan SKM,

    pemohon hanya perlu mengisi ‘Angka Gilir SPM’ jika ada.

    6.5.   Bagi Lepasan SPM Kategori D, pemohon wajib mengisi   ‘Peperiksaan SPM (Sijil

    Penuh)’. Pemohon wajib mengisi ‘Tahun ‘ dan Angka Giliran’.

    6.6.   Bagi Lepasan SPM Kategori D, pemohon wajib mengisi   ‘Peperiksaan SPM (Sijil

    Ulangan)’. Pemohon wajib mengisi ‘Tahun ‘ dan Angka Giliran’.

    6.7. Bagi Pemohon Kategori C & D hanya perlu mengisi maklumat keputusan Periksaan SPM.

    6.8. Bagi Pemohon Kategori B & C  hanya perlu mengisi  ‘English GCE O Level’ jika ada. Sila

    pilih dari senarai yang disediakan.

    6.9. Pemohon Pemohon Kategori B & C  hanya perlu mengisi   ‘BM Julai’ jika ada. Sila pilih

    dari senarai yang disediakan.

    6.10. Pemohon  Pemohon Kategori B & C   hanya perlu mengisi   ‘Matematik Julai’ jika ada.

    Sila pilih dari senarai yang disediakan.

    6.11. Sila klik butang ‘Simpan & Seterusnya’ untuk ke laman seterusnya.

    Nota: Untuk kembali semula ke laman sebelumnya, pemohon boleh boleh memilih pada tab Peribadi >

    Pekerjaan & Keluarga > seperti yang tertera.

  • 8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM

    10/16

    Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

    10 | M u k a s u r a t

    7. PILIHAN PEMOHON UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

    KEMASUKAN KE POLITEKNIK KONVENSIONAL/ METrO &

    INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA)

    7.1. Pemohon perlu menjawab soalan ‘Adakah anda BERMINAT untuk mengemukakan ke

    Politeknik Konvensional /METrO & Instituti Latihan Kemahiran Awam (ILKA)?’. Pilih samada

    ‘Ya, Saya Berminat’  atau

      ‘Tidak Berminat’. Sekiranya pilih

      ‘Ya, Saya Berminat’ dan klikbutang ‘Simpan & Seterusnya’.

    Nota: Untuk kembali semula ke laman sebelumnya, pemohon boleh boleh memilih pada tab Peribadi >

    Pekerjaan & Keluarga > seperti yang tertera.

  • 8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM

    11/16

    Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

    11 | M u k a s u r a t

    8. BORANG PILIHAN PROGRAM

    8.1. Pemohon  WAJIB  mengisi   ‘Pilihan Bidang Mengikut Keutamaan’. Sila pilih dari senarai

    yang disediakan.

    i. Bidang 1 – WAJIB diisi.

    ii. Bidang 2 – WAJIB diisi.

    iii. Bidang 3 – WAJIB diisi.

    8.2. Pemohon   WAJIB   mengisi   ‘Pilihan Program Pengajian Mengikut Keutamaan

    IPTA/Politeknik Premier’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.

    i. Pilihan 1 – WAJIB diisi.

    ii. Pilihan 2 – WAJIB diisi.

    iii. Pilihan 3 – WAJIB diisi.

    iv. Pilihan 4 – WAJIB diisi.

    v. Pilihan 5 – WAJIB diisi.

    vi. Pilihan 6 – WAJIB diisi.

    vii. Pilihan 7 – WAJIB diisi.

    viii. Pilihan 8 – WAJIB diisi.

  • 8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM

    12/16

    Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

    12 | M u k a s u r a t

    8.3. Pemohon  WAJIB  mengisi ‘Pilihan Zon Bagi Menghadiri Temuduga (Jika memilih programpengajian BERTEMUDUGA (yang bertanda ‘#’ pada nama program)). Sila pilih dari senaraiyang disediakan.

    8.4. Pemohon   WAJIB  mengisi   ‘Adakah anda bersetuju menerima tawaran selain pilihan-pilihan anda diatas?’. Sila nyatakan ‘Ya’ atau ‘Tidak’.

    8.5. Pemohon WAJIB  mengisi ‘Pilihan Program mengikut Keutamaan Kemasukan ke PoliteknikKonvensional /METrO & Instituti Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Sila pilih dari senarai yangdisediakan.

    i. Pilihan 1 – WAJIB diisi.

    ii. Pilihan 2 – WAJIB diisi.

    iii. Pilihan 3 – WAJIB diisi.

    iv. Pilihan 4.

    v. Pilihan 5.

    8.6. Sila klik butang ‘Simpan & Seterusnya’ untuk ke laman seterusnya.

    Nota: Untuk kembali semula ke laman sebelumnya, pemohon boleh boleh memilih pada tab Peribadi >

    Pekerjaan & Keluarga > Akademik > seperti yang tertera.

  • 8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM

    13/16

    Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

    13 | M u k a s u r a t

    9. BORANG MAKLUMAT TAMBAHAN (LAIN-LAIN)

    9.1. Pemohon wajib mengisi   ‘Adakah anda bersetuju untuk menerima sebarang hebahan

    maklumat melalui Sistem Pesanan Ringkas(SMS)?’. Sila pilih ‘Ya’ atau ‘Tidak’.

    9.2. Pemohon wajib mengisi   ‘Adakah anda bersetuju untuk menerima Wang Pendahuluan

    Pinjaman(WPP) PTPTN?*’. Sila pilih ‘Ya’ atau Tidak’.

    9.3. Pemohon wajib mengisi  ‘Adakah anda mengemukakan permohonan ke agensi lain selain

    Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar?*’. Sila pilih ‘Ya’ atau ‘Tidak’.

    9.4. Sila klik butang ‘Simpan & Seterusnya’ untuk ke laman seterusnya.

    Nota: Untuk kembali semula ke laman sebelumnya, pemohon boleh boleh memilih pada tab Peribadi >Pekerjaan & Keluarga > Akademik > Pilihan Program > seperti yang tertera.

  • 8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM

    14/16

    Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

    14 | M u k a s u r a t

    10.   LAMAN PENGESAHAN PERMOHONAN

    10.1. Anda diwajibkan menyemak semula semua maklumat yang telah diisi. Sekiranya terdapat

    sebarang perubahan sila klik pada tab bahagian yang diperlukan untuk mengemaskini

    maklumat sebelum pengesahan dibuat. Pastikan maklumat yang diisi adalah  TEPAT dan

    BETUL.

  • 8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM

    15/16

    Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

    15 | M u k a s u r a t

    10.2. Pemohon wajib membaca dan wajib klik pada ruangan   ‘Peringatan & Perakuan

    Pemohon’.

    10.3. Pastikan anda klik butang   ‘Sah & Hantar’  untuk memastikan maklumat anda telah

    selamat diterima oleh sistem.

  • 8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM

    16/16

    Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

    16 | M u k a s u r a t

    11. LAMAN SLIP PERMOHONAN

    11.1. Pastikan anda mencetak Slip Permohonan sebagai bukti sah permohonan.

    11.2. Bagi memastikan maklumat permohonan anda telah diterima oleh sistem, sila buat

    semakan dari menu SEMAKAN.

    11.3. Selepas mengemukakan permohonan,   tiada had ditetapkan   bagi   pengemaskinian

    m a k l u m a t permohonan sehingga tarikh tutup permohonan.

    11.4. Selepas selesai permohonan dibuat, skrin seperti dibawah akan dipaparkan.

    Contoh Slip Permohonan