jabatan hal ehwal agama islam negeri sembilan …ekhutbah.ns.gov.my/upload/2784-strategi pembangunan...

12
1 ڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو بها جابتن حال إ حمم اسڬا ول ا سمبيلن دار نڬري الوص خصJABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TAJUK : “STRATEGI PEMBANGUNAN UMMAH30 OKTOBER 2015M / 17 MUHARRAM 1437H ____________________________________________________________ (Surah Ali ̒Imran :110) شَ أٓ ّ ن لَ أُ دَ ه ـَ ل حَ وُ ا ل ل َ هُ هَ د وُ هَ َ يك ل رَ شَ ل و شَ أَ ، و ا نَ أُ دَ ه بَ ا عً د ا مَ حُ مُ هُ د وُ هُ وُ سَ رَ و و م لّ لَ سَ و لّ لَ ص ا مُ ه ال . ا صَ أَ و ل ه ل ى آَ لَ عَ وٍ د ا مَ حُ ا مَ ن ل د لّ يَ ى سَ لَ ع ل ه ل ابَ ح نَ مَ و ح ل إ ل م بُ هَ ع ل بَ ت وَ ى يَ ل ل ٍ انَ س. َ ين لّ د ا ل م

Upload: others

Post on 12-Mar-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/2784-STRATEGI PEMBANGUNAN UMMAH.pdfFirman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah, ayat 143: ... Islam sebagaimana

1

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TAJUK : “STRATEGI PEMBANGUNAN UMMAH”

30 OKTOBER 2015M / 17 MUHARRAM 1437H

____________________________________________________________

(Surah Ali Imran :110)

شأ

ن ل

هد أ

ــ ل هللا وح

ال ل ه ودهه

رليك

ش

ول

ش

، وأ نا

دا عب هد أ ودهمحما

هم وورسو ل

هما صلل وسل

ا . ال ص

هل وأ ل ى آ

د وعل ا محما

ن دل ى سيل

عل هل ومن ےحابل

ح إل عهم بل بلى يو ت

ل ل ين.سان مل ادل

Page 2: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/2784-STRATEGI PEMBANGUNAN UMMAH.pdfFirman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah, ayat 143: ... Islam sebagaimana

2

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

ا بع ماأ هل اتل

ق

قوا هللا حقا ت تا باد هللا، ال يا عل

ےد، ف نا

موت

ت

نتم ، ول

وأ

ال ل

س مون. م لل

SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T,

Khatib memperingatkan diri ini dan sidang jemaah yang dimuliakan

sekalian, marilah kita bersama-sama bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan

sebenar-benar taqwa, dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan

menjauhi segala tegahan-Nya. Bermula di dalam rumah Allah s.w.t yang

penuh barakah ini, marilah bersama kita berpegang kepada agama Allah

s.w.t yakni dengan menjaga hubungan kita sebagai hamba-Nya dan juga

hubungan sesama insan, agar penyatuan ummah dapat direalisasikan.

Nikmat Islam yang dikecapi dan hamparan luas keamanan yang kita

nikmati selama ini, seharusnya kita syukuri dengan meningkatkan amal

ibadah bagi memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta

lagi Maha Berkuasa serta menjalin eratkan hubungan kita sesama

manusia. Semoga, hidup kita sentiasa dicucuri rahmat serta kebahagiaan

di dunia dan di akhirat.

Firman Allah s.w.t di dalam surah Ali ‘Imran petikan ayat 103:

Maksudnya : “Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada agama Allah,

dan janganlah berpecah belah”.

Page 3: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/2784-STRATEGI PEMBANGUNAN UMMAH.pdfFirman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah, ayat 143: ... Islam sebagaimana

3

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk

“STRATEGI PEMBANGUNAN UMMAH”.

SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN,

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah, ayat 143:

Maksudnya: “Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin

kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad)

satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang

memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang

salah), dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang

menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya qiblat kamu ialah

Page 4: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/2784-STRATEGI PEMBANGUNAN UMMAH.pdfFirman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah, ayat 143: ... Islam sebagaimana

4

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan qiblat yang engkau mengadapnya

dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi

melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar

mengikut rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling

tadah (berbalik kepada kekufurannya). Dan sesungguhnya (soal peralihan

arah qiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-

orang yang telah diberikan Allah pertunjuk hidayah. Dan Allah tidak akan

menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah amat melimpah

belas kasihan dan rahmat-Nya kepada orang-orang (yang beriman).”

Allah s.w.t menegaskan bahawa umat cemerlang adalah umat

pertengahan, iaitu umat yang adil, tidak berat sebelah dan mengimbangi

kehidupan di dunia dan di akhirat. Sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w,

telah memperlihatkan Baginda s.a.w memimpin masyarakat Madinah ke

arah kecemerlangan. Antara ciri-ciri umat yang cemerlang adalah:

1. Melakukan amar makruf.

2. Mencegah kemungkaran.

3. Ikhlas dalam setiap perlakuan dan perjuangan yang berteraskan

keimanan kepada Allah s.w.t.

Islam menggesa umatnya agar menyeimbangkan tuntutan antara

kehidupan di dunia dan di akhirat. Kehidupan di dunia ini perlu dijalani

dengan tanggungjawab dan amanah sebagai khalifah. Peluang dan ruang

yang ada perlu digunakan sebaik-baiknya dengan niat yang baik dan

dalam batasan syarak yang dibenarkan. Melalui pendekatan inilah umat

Page 5: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/2784-STRATEGI PEMBANGUNAN UMMAH.pdfFirman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah, ayat 143: ... Islam sebagaimana

5

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

Islam mampu menyelesaikan segala permasalahan ummah, memberi

fokus kepada mempertingkatkan kualiti hidup ummah melalui

pembangunan insan, pembangunan ilmu pengetahuan, perpaduan,

kestabilan ekonomi dan keamanan serta keselamatan.

SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T,

Peristiwa hijrah telah memberi kesan kepada kecemerlangan ummah pada

masa ini. Catatan sejarah perjuangan Baginda s.w.t terbukti atas

perpaduan yang dibina tatkala Baginda mula berhijrah ke Madinah pada

tahun 622 Masihi. Seterusnya proses meninggikan syiar Islam di negara

ini bermula sejak zaman kemerdekaan.

Islam telah menjadi tunjang kepada falsafah dan wawasan negara. Islam

adalah agama sempurna yang menggariskan beberapa asas dalam

menjaga perpaduan dan persefahaman, amalan kesederhanaan dalam

pelbagai aspek kehidupan, kefahaman keagamaan sehinggalah hubungan

individu dengan masyarakat sekelilingnya yang berbeza agama, adat dan

budaya.

Dalam meraikan kepelbagaian ini, prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam tidak

pernah dipinggirkan, sebaliknya Islam tetap dijunjung dan dimartabatkan

keunggulannya di mata dunia. Rasulullah s.a.w tidak pernah menunjukkan

sikap yang melampau dalam setiap aspek sama ada dakwah,

pemerintahan negara, kehakiman, hubungan diplomatik mahupun amalan

adat resam dan kebudayaan.

Page 6: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/2784-STRATEGI PEMBANGUNAN UMMAH.pdfFirman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah, ayat 143: ... Islam sebagaimana

6

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

Islam sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran dan sunnah

Rasulullah s.a.w, menjadi panduan yang jelas. Justeru, sebagai umat yang

bermaruah, Islam tidak akan membiarkan ummah menyimpang daripada

hala tuju, dipandang remeh dan diperkotak-katikkan kerana tidak

berkemampuan menyelesaikan permasalahan ummah.

SIDANG JUM‘AT YANG BERBAHAGIA,

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Anbiyaa’ ayat 107:

Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai

Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam.”

Kehebatan Rasulullah s.a.w dalam mencipta kegemilangan ummah telah

terbukti. Marilah kita mencontohi perjuangan Baginda s.a.w dalam

menyelesaikan permasalahan ummah. Antara perjuangan Baginda yang

perlu diberi tumpuan adalah melalui:

1. Keimanan dan ketaqwaan.

Iman dan taqwa adalah teras utama umat Islam. Ia membawa kejayaan

dan kecemerlangan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat sebagaimana

firman Allah s.w.t dalam surah al-A’raf ayat 96:

Page 7: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/2784-STRATEGI PEMBANGUNAN UMMAH.pdfFirman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah, ayat 143: ... Islam sebagaimana

7

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

….

Yang bermaksud : “Dan (Tuhan berfirman lagi): Kalau sekiranya

penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan

membukakan kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah

berkatnya, daripada langit dan bumi...”

Keimanan dan ketaqwaan menjamin kerukunan hidup meskipun bersama

dengan mereka yang tidak mengamalkan ajaran Islam. Dengan

berpegang kepada keimanan dan ketaqwaan, Rasulullah s.a.w

membuktikan bahawa Piagam Madinah yang didasari dengan keimanan

dan ketaqwaan kepada Allah tidak menjejaskan hak dan kedudukan

penduduk Madinah yang berlainan bangsa, agama dan budaya ketika itu.

2. Memelihara persaudaraan dan perpaduan.

Islam adalah agama persaudaraan dan mengutamakan konsep

berjema‘ah.

Hadis Nabi s.a.w:

ال ىل صلى هللا عليه وسلم ق بل

س عنل انانى :عن أ م حتا

حدك

ن أ مل

ل يؤ

با لل يحل هل نفسل ل ب يهل ما يحل .خل

Page 8: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/2784-STRATEGI PEMBANGUNAN UMMAH.pdfFirman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah, ayat 143: ... Islam sebagaimana

8

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

Maksudnya: Daripada Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Tidak

sempurna iman seseorang daripada kamu, sehinggalah dia mengasihi

saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”

(Hadis Bukhari Dan Muslim).

Antara perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w apabila

berhijrah ke Madinah ialah membina masjid sebagai pusat aktiviti umat

Islam dan mempersaudarakan dua golongan, iaitu Muhajirin dan Ansar.

Strategi menyatupadukan penduduk Islam Madinah adalah cara terbaik

menghindari sikap perkauman melalui semangat kabilah dan kesukuan

dalam kalangan mereka.

Perbezaan pendapat tidak menjadi kelemahan kepada umat Islam.

Bersikap terbuka dalam setiap perkara, jalinan erat persaudaran Islam dan

persaudaraan kemanusiaan mampu membendung sikap pentingkan diri

sendiri. Ummah akan hancur andainya persaudaraan dan perpaduan lebur.

Bertepatan dengan pepatah Melayu yang mengungkapkan, “Bersatu teguh,

bercerai roboh”.

SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T,

Strategi pembangunan ummah seterusnya ialah:

3. Menguasai bidang keilmuan.

Termaktub dalam al-Quran, Allah s.w.t mengangkat darjat dan kedudukan

orang-orang yang berilmu.

Page 9: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/2784-STRATEGI PEMBANGUNAN UMMAH.pdfFirman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah, ayat 143: ... Islam sebagaimana

9

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

Allah berfirman melalui ayat 11 surah al-Mujadalah:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada

kamu memberi lapang daripada tempat duduk kamu (untuk orang lain),

maka lapangkanlah seboleh-bolehnya, supaya Allah melapangkan (serba

serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah,

supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman antara kamu;

dan (Allah meninggikan) orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama

(dalam kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah amat

Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.”

Ummah yang cemerlang adalah ummah yang mempunyai ilmu

pengetahuan, berketrampilan, berkemahiran tinggi dan menguasai bidang

sains dan teknologi yang inovatif dan kreatif. Dalam mendalami ilmu

pengetahuan, masyarakat Islam perlu bersikap terbuka dan positif. Ilmu

pengetahuan adalah anugerah Ilahi yang dikurniakan kepada sesiapa yang

rajin berusaha mencari dan mendalaminya.

Page 10: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/2784-STRATEGI PEMBANGUNAN UMMAH.pdfFirman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah, ayat 143: ... Islam sebagaimana

10

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

4. Memperkukuhkan sistem ekonomi.

Sistem muamalat Islam dapat mengukuhkan ekonomi ummah. Fokus

utama adalah dengan membasmi kemiskinan tegar dan meningkatkan taraf

sosio ekonomi umat Islam. Projek-projek yang dilaksanakan seperti

transaksi perbankan Islam yang bebas daripada riba dan gharar

(penipuan), memartabatkan institusi baitul mal, pengurusan zakat,

pengurusan wakaf dan sebagainya akan memberi kesan positif dalam

pembangunan ummah.

5. Melaksanakan keadilan.

Adil dan tidak melakukan kezaliman adalah keindahan Islam. Allah s.w.t

menitikberatkan soal keadilan dan mengharamkan hamba-Nya melakukan

kezaliman. Perkataan ‘adil’ itu sendiri telah disebut dalam al-Quran

sebanyak lebih 20 kali, yang mana ia melambangkan satu perintah yang

sangat diberi tumpuan oleh Allah s.w.t dan perlu diberi perhatian oleh umat

Islam. Antaranya dalam surah al-Ma’idah ayat 8:

Page 11: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/2784-STRATEGI PEMBANGUNAN UMMAH.pdfFirman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah, ayat 143: ... Islam sebagaimana

11

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu semua

sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah,

lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu

terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan

keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap

adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah,

sesungguhnya Allah amat Mengetahui dengan mendalam akan apa yang

kamu lakukan.”

Sebagai anggota masyarakat, setiap orang bertanggungjawab memastikan

orang lain turut menikmati keselesaan hidup. Rasulullah s.a.w

mengibaratkan hubungan antara sesama muslim itu seperti satu bangunan

yang saling menyokong antara satu sama lain.

SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T,

Mengakhiri khutbah, mimbar sekali lagi menyeru agar kita bersatu hati dan

bersama dalam memastikan hala tuju pembangunan ummah ke arah

kecemerlangan. Kehebatan Islam bermula dari zaman Rasulullah. Namun

sebagai umat Islam adalah tanggungjawab kita memastikan ikatan

persaudaraan Islam terus kukuh dan Islam tetap hebat di serata pelusuk

dunia.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Qasas ayat 77:

Page 12: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/2784-STRATEGI PEMBANGUNAN UMMAH.pdfFirman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah, ayat 143: ... Islam sebagaimana

12

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

Maksudnya: “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah

dikurniakan oleh Allah kepada kamu akan pahala dan kebahagiaan hari

akhirat, dan janganlah engkau melupakan bahagiaanmu (keperluan dan

bekalanmu) daripada dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba

Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu (dengan pemberian

nikmat-Nya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan

kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-

orang yang berbuat kerosakan.”

م ك

في ا بارك هللا لي ول

ل ر

ق

م ءان ال

اك عني وإي

ف

بما فيه من عظيم، ون

ال ك

ك وال يا

م ر ال

ي ومنك

كل من ب

ق

ميع حكيم، وت ه هو الس

ه إن

وت

تل

و ال

ول ق

ق

عليم، أ س

ا وأ

لي ه

غ

ت

م فر هللا ال

ك

ئر عظيم لي ول

، ولسا

ال س

وال

لمين س

، وال لما

ؤ

وال

منين

ؤ اس

، ف ا

من

غ

يات

و فروه ف

ف

ز

ال س

غ

ت

ا الت

جاة

.فرين ويا ن

ئبين