department of agriculture and water resources rayap kayu ... wood termite... · berhenti lihat...

2
BERHENTI LIHAT BERTINDAK Kawalan Rayap Kayu Kering KEPULAUAN COCOS (KEELING) RAYAP KAYU KERING Department of Agriculture and Water Resources Rayap kayu kering misalnya Cryptotermes dudleyi dan C. domesticus mengakibatkan kerosakanbesar pada bangunan, perahu, perabot dan lain-lain barangan kayu. Rayap kayu kering mudah terangkut dalam kayu yang berayap, biasanya apabila sebuah alat perabot/kayu dipindahkan. Ratu rayap juga boleh terbang dari kayu berayap, dan menambah penyebaran rayap. Rayap kayu kering sedang menyebabkan kerosakan pada struktur kayu di Kepulauan Cocos (Keeling). Bantulah mengurangkan penyebaran rayap dan melindungi rumah dan bangunan anda daripada kerosakan. Serangan rayap pada bangunan boleh memberi kesan terhadap nilai hartanah, potensi pelaburan pada masa hadapan dan keselamatan bangunan di Kepulauan Cocos (Keeling). CARA MENGENALPASTI Rayap kayu kering mempunyai pinggang tebal, kaki pendek dan sesungut lurus. Rayap pengerumun kayu kering (juga dikenali sebagai alate atau rayap reproduktif) mempunyai sayap sepanjang dua kali panjang tubuh. Rayap tentera mempunyai bahagian mulut seperti sepit dengan kapsul kepala yang gelap dan keras (lihat gambar di kiri). Rayap kayu kering beraneka warna, bergantung pada kematangan dan peranan dalam koloni. Rayap pekerja berwarna krim dan kelihatan putih pada kayu. Rayap tentera berwarna antara dari krim ke coklat. Rayap pengerumun boleh berwarna coklat atau hitam. Rayap kayu kering (Cryptotermes dudleyi)

Upload: dangdang

Post on 10-Apr-2019

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Department of Agriculture and Water Resources RAYAP KAYU ... wood termite... · BERHENTI LIHAT BERTINDAK Kawalan Rayap Kayu Kering KEPULAUAN COCOS (KEELING) RAYAP KAYU KERING Department

BERHENTILIHAT BERTINDAKKawalan Rayap Kayu KeringK E P U L A U A N C O C O S ( K E E L I N G )

RAYAP KAYU KERING

Department of Agricultureand Water Resources

Rayap kayu kering misalnya Cryptotermes dudleyi dan C. domesticus mengakibatkan kerosakanbesar pada bangunan, perahu, perabot dan lain-lain barangan kayu. Rayap kayu kering mudah terangkut dalam kayu yang berayap, biasanya apabila sebuah alat perabot/kayu dipindahkan. Ratu rayap juga boleh terbang dari kayu berayap, dan menambah penyebaran rayap.

Rayap kayu kering sedang menyebabkan kerosakan pada struktur kayu di Kepulauan Cocos (Keeling). Bantulah mengurangkan penyebaran rayap dan melindungi rumah dan bangunan anda daripada kerosakan.

Serangan rayap pada bangunan boleh memberi kesan terhadap nilai hartanah, potensi pelaburan pada masa hadapan dan keselamatan bangunan di Kepulauan Cocos (Keeling).

CARA MENGENALPASTIRayap kayu kering mempunyai pinggang tebal, kaki pendek dan sesungut lurus. Rayap pengerumun kayu kering (juga dikenali sebagai alate atau rayap reproduktif) mempunyai sayap sepanjang dua kali panjang tubuh. Rayap tentera mempunyai bahagian mulut seperti sepit dengan kapsul kepala yang gelap dan keras (lihat gambar di kiri).

Rayap kayu kering beraneka warna, bergantung pada kematangan dan peranan dalam koloni. Rayap pekerja berwarna krim dan kelihatan putih pada kayu. Rayap tentera berwarna antara dari krim ke coklat. Rayap pengerumun boleh berwarna coklat atau hitam.

Rayap kayu kering (Cryptotermes dudleyi)

Page 2: Department of Agriculture and Water Resources RAYAP KAYU ... wood termite... · BERHENTI LIHAT BERTINDAK Kawalan Rayap Kayu Kering KEPULAUAN COCOS (KEELING) RAYAP KAYU KERING Department

KEROSAKAN APA BOLEH DIAKIBATKAN?Kerosakan sering meluas kerana perosak ini hidup di dalam barangan kayu dan mengunyah terowong yang melemahkan kayu tersebut dari dalam. Serangan boleh terhad di satu tempat di rumah atau boleh meluas.

TANDA-TANDA SERANGAN Boleh mengambil masa 5-7 tahun untuk kerosakan rayap menjadi kelihatan. Tanda-tanda serangan ialah:

f najis kurap, yang dikenali sebagai fras, merupakan butir kecil, sepanjang 1mm, yang dibuang melalui lubang ‘tendang keluar’

f pelepasan sementara serangga bersayap di rumah anda atau sayap terbuang daripada rayap pengerumun dekat tingkap, sarang labah-labah atau sumber cahaya

f kayu yang kedengaran kosong apabila diketuk

f cat retak atau menggelegak (lihat gambar di atas).

CARA UNTUK MELINDUNGI PULAU ATAU RUMAH ANDA f Ketahuilah tanda-tanda serangan.

f Gunakan hanya kayu yang telah dirawat menurut piawaian pembinaan Australia apabila membina atau memperbaiki rumah.

f Jangan membawa kayu yang dipulih guna ke dalam rumah anda, termasuk karya seni atau kayu dari pantai. Sekiranya anda telah membawa sebarang kayu ini ke dalam rumah anda, pastikan diperiksa supaya rumah anda dilindungi daripada kerosakan.

f Atur pemeriksaan harta secara tetap untuk memeriksa serangan dan/atau kerosakan rayap.

f Jika ragu, sila panggil pakar yang berlesen.

Najis rayap (fras) Lubang ‘tendang keluar’ (bahagian bawah kiri)

Rayap dan kayu rosak. Bekas menunjukkan rayap dan fras

RAYAP KAYU KERING

, www.agric.wa.gov.au/drywood-termite

Anggota reproduktif bersayap (alate)

Telur

Tentera

Pekerja

Nimfa muda

Nimfa tua

Anggota reproduktif yang kehilangan sayap

Raja

Ratu

Anggota reproduktif nimfa

KITARAN HIDUP RAYAP