travelog melayu : suatu pengembaraan ... - core.ac.uk · apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya...

136
i TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN INTELEKTUAL DAN SPIRITUAL LISDA MOHD AMIN @ LISDA BTE ABDULLAH A THESIS SUBMITTED FOR THE DEGREE OF MASTER IN MALAY STUDIES DEPARTMENT OF MALAY STUDIES NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE 2014

Upload: vuduong

Post on 01-May-2019

229 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

i

TRAVELOG MELAYU :

SUATU PENGEMBARAAN INTELEKTUAL

DAN SPIRITUAL

LISDA MOHD AMIN @ LISDA BTE ABDULLAH

A THESIS SUBMITTED

FOR THE DEGREE OF MASTER IN MALAY STUDIES

DEPARTMENT OF MALAY STUDIES

NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE

2014

Page 2: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

ii

DECLARATION

I hereby declare that the thesis is my original work and it has been

written by me in its entirety. I have duly acknowledged all the sources

of information which have been used in the thesis.

The thesis has also not been submitted for any degree in any

university previously.

____________________________

Lisda Mohd Amin @ Lisda Bte Abdullah

2014

Page 3: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

iii

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”

Syukur terhadap Allah S.W.T. kerana dengan izinNya, kajian ini telah dapat disiapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Assoc. Prof. Dr Jan Van Der Putten, penyelia tesis

ini yang senantiasa bersedia meluangkan masa untuk memberi nasihat serta tunjuk ajar bagi

menyiapkan tesis ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada arwah suami tercinta,

Allahyarham Hj Ghazali Bin Shariff, yang senantisa sabar dan tidak putus-putus memberi

sokongan ketika saya menghadapi tekanan semasa pembelajaran peringkat Sarjana ini.

Akhir sekali kepada rakan-rakan seperjuangan yang senantiasa memberikan

sokongan. Diharapkan hasil kerja ini dapat memberi manfaat kepada pembaca.

Page 4: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

iv

ABSTRAK

Travelog memainkan peranan penting dalam memperkenalkan masyarakat kepada

sesuatu tempat yang asing. Ia juga merupakan dokumen penting dalam memberikan

informasi mengenai budaya masyarakat yang dikunjungi. Seperti genre-genre sastera yang

lain, travelog Melayu juga mempunyai sumbangan yang tersendiri dalam membantu kita

menganalisis falsafah hidup masyarakat Melayu.

Ramai yang berpendapat bahawa travelog Melayu banyak persamaannya dengan

travelog Barat. Ada yang beranggapan bahawa travelog Melayu hanya muncul setelah adanya

pertembungan ekonomi, politik dan sosial antara dunia Melayu dengan dunia Barat, iaitu

semasa berlakunya penjajahan Barat ke atas negeri-negeri Melayu. Adakah pendapat dan

anggapan ini benar? Semua anggapan dan pendapat akan diberikan huraiannya di dalam tesis

ini. Perbincangan mengenai ciri-ciri dominan, bentuk dan gaya penulisan di dalam travelog

Barat dan travelog Melayu juga akan dikemukakan.

Di dalam tesis ini, kita juga akan dapat melihat bahawa nilai ilmu dalam budaya

Melayu Islam telah mengalami evolusi. Di dalam travelog-travelog yang dihasilkan pada

zaman kolonial, khususnya pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, ilmu yang ingin

diterapkan ke dalam kehidupan masyarakat Melayu, banyak yang menjurus kepada ilmu

Barat moden, khususnya ilmu sains. Namun, pada penghujung abad ke-20 dan awal abad

ke-21, gaya penulisan travelog Melayu semakin condong ke arah penerapan ilmu yang

bercorak islami. Tesis ini akan memberikan huraiannya.

Tesis ini, di samping menunjukkan persamaan dan perbezaan di antara travelog

Melayu dengan travelog Barat juga bertujuan membuktikan bahawa unsur-unsur keagamaan

lebih menyerlah di dalam travelog Melayu abad ke-21 berbanding travelog Melayu abad ke-

19 dan abad ke-20.

Page 5: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

v

ABSTRACT

Travelogues play a crucial role in introducing societies to unfamiliar territories. They

also serve as important documents providing information about the culture of the community

visited by the writer. As with other literary genres, the genre of Malay travelogues has made

its own unique contribution in helping us to understand the philosophy of life of the Malay

community.

It is to be surmised that Malay travelogues share many similarities with their Western

counterparts. Some assume that Malay travelogues only emerged after the economic, political

and social clash between the Malay and the Western world which occurred during the

Western invasion of the Malay states. This thesis will provide a thorough examination into

these opinions and assumptions. It will also put forward a detailed discussion on the

dominant characteristics, form and writing styles of both Western and Malay travelogues.

In this thesis it will become clear that the value of knowledge in the Islamic Malay

world has evolved. In travelogues written during the colonial period, especially near the end

of the 19th century and early 20th century, the knowledge instilled in the Malay community

tends to lean towards modern Western knowledge especially scientific knowledge. However,

by the end of the 20th century and early 21st century, Malay travelogues tend to give more

focus to knowledge of an Islamic nature. This thesis will provide an explanation for this shift.

Besides detailing the similarities and differences between Malay and Western

travelogues, this thesis also aims to prove that religious notions are more prominent in the

21st century Malay travelogues as compared to those written in the 19th and 20th century.

Page 6: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

vi

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Declaration ii

Penghargaan iii

Abstrak iv

Abstract v

BAB 1 Pengenalan 1

BAB 2 Pendahuluan 7

Definisi Konsep 8

Latar Belakang Kajian 11

Evolusi Travelog Barat 14

Konsep Travelog Melayu 24

Ciri-Ciri Dominan Travelog Melayu 26

Penutup 34

BAB 3 Pendahuluan 35

Tujuan Utama Travelog Melayu Dihasilkan 37

Penutup 56

BAB 4 Pendahuluan 58

Punca Sifat Mendidik Dalam Travelog Melayu 59

Ilmu Dalam Budaya Melayu Islam 61

Evolusi Travelog Melayu Dalam Penerapan 64

Ilmu Agama dan Ilmu Duniawi

Page 7: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

vii

BAB 5 Pendahuluan 74

Sejarah Perkembangan Ibadah Haji 77

Di Tanah Melayu

Perkembangan Teknologi Pengangkutan & 82

Teknologi Komunikasi Moden

Ciri Ciri Travelog Haji Melayu 89

Peranan Travelog Haji Melayu 98

Penutup 110

BAB 6 Rumusan dan Kesimpulan 113

Bibliografi 121

Lampiran 126

Page 8: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

1

BAB 1

PENGENALAN

Travelog memainkan peranan penting dalam memperkenalkan masyarakat

kepada sesuatu tempat yang asing. Ia juga merupakan dokumen penting dalam memberikan

informasi mengenai budaya masyarakat yang dikunjungi. Genre ini telah lama wujud

bersamaan minat manusia untuk mengembara. Dalam sesuatu pengembaraan, sebenarnya

seseorang pengembara itu mengalami ’perjalanan luaran’ dan ’perjalanan dalaman’.

‘Perjalanan luaran’ merujuk kepada pengembaraan yang bersifat fizikal di mana pengembara

itu merakamkan perkara-perkara yang tertangkap oleh derianya yang lima, iaitu penglihatan

(mata), hiduan (hidung), sentuhan (kulit), pendengaran (telinga) dan rasa (lidah).1

‘Perjalanan dalaman’ pula melibatkan pengembaraan pemikiran dan perasaan.

Pengembaraan secara dalaman berbeza antara seorang pengembara dengan pengembara yang

lain, dan lebih bersifat subjektif2.

Sebagai contoh, sekiranya seseorang pengembara itu menjelajah ke sebuah tanah

asing yang miskin, ’perjalanan luaran’nya membolehkan si pengembara ini melihat,

menghidu dan mendengar rintihan kemiskinan. Matanya melihat keadaan hidup yang daif.

Hidungnya menghidu bau hanyir dan busuk keadaan sekitar yang kotor lagi menjijikkan.

Telinganya mendengar rintihan sang ibu dan tangisan anak-anak yang meminta sesuap nasi

akibat lapar. Segala ’perjalanan luaran’nya ini kemudiannya, akan memberi kesan kepada

’perjalanan dalaman’nya. Hatinya akan berasa belas, ihsan, sayu, sedih dan insaf.

Mindanya pula mungkin akan cuba memikirkan faktor-faktor yang menyebabkan

keadaan kemiskinan itu berlaku.

1 Sila lihat Maarof Salleh, 2008. E-Mel Dari Sungai Nil: Sebuah Catatan Perjalanan, hlm. 2.

2 Ibid., hlm. 3.

Page 9: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

2

Mengembara banyak manfaatnya. Ia bukan sahaja mengajak si pengembara melihat

kesan kehidupan masa lalu atau yang sedang berlaku, tetapi ia juga dapat mengajaknya

mengambil iktibar daripadanya.

Dari masa ke semasa, semakin ramai di kalangan masyarakat Melayu keluar

mengembara. Pengembaraan mereka bukan sekadar untuk makan angin dan bersantai sahaja,

tetapi untuk memperkayakan diri dengan ilmu dan menjejak sejarah zaman silam.

Pengembaraan orang Melayu bukan hanya sekadar pengembaraan fizikal semata-mata, tetapi

meliputi juga pengembaraaan intelektual dan spiritual.

Berdasarkan travelog-travelog yang dikaji, destinasi-destinasi pengembaraan orang

Melayu abad ke-19 hingga abad ke-21 meliputi pengembaraan di negara sendiri, ke negara-

negara asing dan ke angkasa lepas. Penjelajahan yang dilakukan di tanah sendiri, termasuk

ke Johor, Melaka, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan dan Trengganu.

Pengembaraan ke luar negara pula termasuk pengembaraan ke Siam, Indonesia, India, China,

negara-negara Barat (benua Eropah, Australia dan Amerika Syarikat) dan negara-negara

Timur Tengah (Jeddah, Mekah, Madinah, Morocco, Mesir, Jordan dan Turki) dan buat

julung-julung kalinya, terdapat juga sebuah karya travelog Melayu yang telah berjaya

menyingkap pengembaraan ke angkasa lepas. Pengembaraan ke angkasa ini berlaku pada

abad ke-21.

Manfaat yang diraih dapat dirasai oleh masyarakat yang lain, seandainya segala yang

dialami ini dirakamkan dalam bentuk penulisan travelog. Menulis travelog sangat digalakkan

dalam Islam. Malah, mencatatkan apa yang dialami di dalam sesuatu pengembaraan

merupakan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Baginda sendiri adalah seorang pengembara.

Semasa mengembara, Baginda sentiasa didampingi oleh tokoh-tokoh ahli suffah3. Mereka

memainkan peranan merakamkan dalam memori mereka segala peristiwa ke mana Nabi pergi,

3 Mereka berfungsi sebagai penyimpan ilmu Al-Quran dan Al-Hadis dan juga segala jenis ilmu agama.

Page 10: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

3

segala apa yang berlaku dan yang diucapkan oleh Baginda. Rakaman memori mereka itulah

yang kemudiannya disalin secara hitam putih oleh perekod-perekod yang pandai menulis

yang dinamakan perawi.

Berbanding dengan genre-genre sastera Melayu yang lain, genre travelog merupakan

genre yang agak terpinggir. Hingga setakat ini, tiada kajian yang mendalam mengenainya

telah dilakukan. Justeru, saya memikirkan ada baiknya genre ini dikaji dengan kritikal dan

tuntas kerana seperti genre-genre sastera yang lain, travelog Melayu juga mempunyai

sumbangan yang tersendiri dalam membantu kita menganalisis falsafah hidup masyarakat

Melayu.

Travelog bukan sahaja merupakan sebuah wadah yang penting dalam memberikan para

pembaca gambaran yang jelas mengenai sesebuah tempat, tetapi ia juga menjadi cerminan

nilai, pemikiran dan perasaan masyarakat yang wujud pada zaman travelog itu ditulis. Ada

ketikanya, travelog juga digunakan sebagai alat untuk menyebarkan sesuatu ideologi dan

fahaman, dan menjadi alat penghubung atau pengantara di antara penulis dengan pembaca.

Bertolak dari hipotesis bahawa unsur-unsur keagamaan lebih menyerlah di dalam

travelog Melayu abad ke-21 berbanding travelog Melayu abad ke-19 dan abad ke-20, adalah

menjadi tujuan kajian ini untuk membuktikan kebenaran hipotesis ini yang sekaligus

menunjukkan travelog Melayu sama, tetapi tidak serupa dengan travelog Barat.

Memandangkan kajian yang dilakukan oleh para pengkaji tempatan dalam genre ini

agak suram, saya telah menggunakan kerangka teori (theoretical framework) pengkaji-

pengkaji Barat seperti Mary Louise Pratt dan Mary B. Campbell dalam kajian ini.

Perbincangan yang lebih lanjut mengenai kerangka teori ini akan dilakukan di dalam Bab 2

nanti.

Ramai yang berpendapat bahawa travelog Melayu banyak persamaannya dengan

travelog Barat. Malah, ada yang beranggapan bahawa travelog Melayu hanya wujud setelah

Page 11: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

4

adanya pertembungan ekonomi, politik dan sosial antara dunia Melayu dengan dunia Barat,

iaitu semasa berlakunya penjajahan Barat ke atas negeri-negeri Melayu. Adakah pendapat

dan anggapan ini benar? Dalam mendapatkan jawapan kepada persoalan ini, kita perlu

mengenali bentuk dan gaya penulisan travelog Barat terlebih dahulu. Setelah itu, baharu kita

dapat memberikan penilaian sama ada travelog Melayu sama ataupun tidak dengan travelog

Barat.

Untuk mengenali travelog Barat dengan lebih dekat, di dalam Bab 2 nanti, saya akan

membincangkan mengenai peranan, ciri-ciri dominan, bentuk dan gaya penulisan travelog

Barat. Adakah peranan dan gaya penulisan travelog Melayu sama seperti travelog Barat?

Persoalan-persoalan ini akan dihuraikan di dalam bab ini dan tidak secara langsung, kita akan

dapat melihat persamaan dan perbezaan antara travelog Melayu dengan travelog Barat nanti.

Perbandingan di antara travelog Melayu dan travelog Barat dirasakan perlu dilakukan

untuk melihat titik persamaan keduanya dan membuktikan bahawa walaupun mempunyai

beberapa persamaan yang dominan, travelog Melayu masih mempunyai keunikannya yang

tersendiri.

Di dalam Bab 3 pula, huraian akan diberikan mengenai tujuan-tujuan utama orang

Melayu menghasilkan travelog mereka. Apakah tujuan utama orang-orang Melayu

menghasilkan travelog? Adakah tujuan mereka sekadar mahu berkongsi ilmu dan

pengalaman ketika berada di perantauan? Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog

ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan utama

orang-orang Melayu mengembara akan diterangkan terlebih dahulu. Adakah tujuan-tujuan

masyarakat Melayu mengembara sama seperti tujuan utama pengembaraan para pengembara

Barat, iaitu untuk mendapat kekayaan, keagungan dan atas dasar keagamaan? Jika travelog

Barat abad-abad awal digunakan sebagai alat menyebarkan ideologi imperialisme, adakah

penghasilan travelog-travelog Melayu abad ke-19, iaitu Kisah Pelayaran Abdullah, Hikayat

Page 12: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

5

Perintah Negeri Benggala dan Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi juga merupakan

salah satu alat penyebaran ideologi kolonialisme Barat di Tanah Melayu? Bukankah mereka

bertiga mempunyai hubungan yang rapat dengan penjajah Inggeris? Kupasan mengenai

persoalan ini akan dibuat di dalam Bab 3 nanti.

Di dalam Bab 3 ini juga, kita akan melihat tiga peranan atau fungsi utama yang

dimainkan oleh travelog dalam masyarakat Melayu. Apakah peranan-peranan itu? Adakah

peranan-peranan ini sama dengan peranan-peranan yang dimainkan oleh travelog Barat? Di

dalam Bab 3 nanti, akan saya bincangkan persoalan-persoalan ini dengan lebih lanjut.

Sebagai pemberi maklumat mengenai dunia asing yang dikunjungi, travelog

merupakan sumber ilmu kepada si pengembara. Pengembaraan sebagai sumber ilmu, bukan

sahaja dapat memberikan ganjaran kepada pengembara itu sendiri, tetapi juga dapat

dimanfaatkan oleh masyarakat umumnya. Peranan travelog Melayu sebagai sumber ilmu

akan dibahaskan dengan lebih tuntas dan mendalam lagi dalam Bab 4, di mana kita akan

melihat perbandingan di antara ilmu duniawi dengan ilmu ukhrawi seperti yang dipaparkan di

dalam karya-karya travelog yang dikaji. Juga menarik untuk dilihat ialah apakah ada

pergeseran antara kedua jenis ilmu ini dan bila pergeseran itu berlangsung. Dalam

membincangkan persoalan-persoalan ini, kita perlu menelusuri sejarah latar belakang

pendidikan di Tanah Melayu, di sini konsep ilmu dalam budaya Melayu Islam dalam

masyarakat Melayu akan disentuh. Apakah pengertian ilmu mengikut perspektif Islam?

Adakah ilmu yang dituntut oleh Islam hanya menjurus kepada ilmu agama semata-mata?

Mengapakah kepentingan menuntut ilmu acapkali ditekankan di dalam karya-karya travelog

Melayu? Bagaimanakah orang Melayu menangani ‘serangan’ ilmu Barat moden yang datang

bertubi-tubi ekoran perkembangan ekonomi dan teknologi. Apakah reaksi orang Melayu

terhadap ilmu sekular yang dibawa oleh pihak penjajah? Semua persoalan ini akan dihuraikan

dengan lebih lanjut di dalam Bab 4 nanti.

Page 13: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

6

Di dalam Bab 5 pula, fokus akan diberikan kepada travelog haji Melayu. Apabila kita

membicarakan travelog Melayu tanpa menyentuh travelog haji, perbincangan ini dirasakan

kurang sempurna. Ini adalah kerana ibadah haji memainkan peranan yang besar di dalam

masyarakat Melayu Islam. Selain menjadi sumber ilmu mengenai pekerjaan ibadah haji,

travelog haji juga mempunyai peranan lain yang tidak kurang pentingnya bagi bakal-bakal

haji khususnya dan kepada para pembaca yang lain. Apakah peranan yang dimainkan oleh

travelog haji? Mengapakah kedudukannya begitu istimewa berbanding travelog-travelog

lain? Apakah keistimewaan yang ada pada travelog haji yang tidak terdapat pada travelog-

travelog lain?

Pada abad ke-21, travelog haji lebih menyerlah penghasilannya berbanding

keadaannya pada abad ke-19 dan ke-20. Malah, kini, apabila kita menyebut travelog Melayu

sahaja, apa yang akan terlintas di dalam fikiran kita ialah travelog haji. Mengapakah

keadaannya sebegini? Apakah punca utama kebangkitan travelog Melayu yang berunsurkan

agama ini? Adakah pengembaraan ke destinasi-destinasi lain selain ke Timur Tengah sudah

tidak dilakukan lagi? Di dalam Bab 5 ini, persoalan-persoalan ini juga akan cuba dihuraikan.

Akhir sekali, di dalam Bab 6, rumusan akan diberikan mengenai kajian yang telah

dijalankan. Adakah matlamat kajian ini, iaitu untuk membuktikan bahawa unsur-unsur

keagamaan lebih menyerlah di dalam travelog Melayu abad ke-21 berbanding travelog

Melayu abad ke-19 dan ke-20, tercapai? Adakah anggapan dan pendapat bahawa travelog

Melayu ada banyak persamaannya dengan travelog Barat itu benar? Segala persoalan ini

akan terjawab di dalam Bab 6 nanti.

Page 14: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

7

BAB 2

TRAVELOG

Pendahuluan

Sa-lama dalam perjalanan itu saya terus menchatet dengan ringkas sa-berapa banyak

yang dapat saya chatet. Tujuan saya menchatet itu ia-lah supaya apa sahaja yang saya

chatet itu ada-lah hasil dari apa yang saya pandang, saya dengar dan saya rasai ketika

itu yang benar2, bukan di-tulis dengan peringatan sa-telah beberapa hari atau beberapa

bulan kemudian…..Buku chatetan seperti ini saya pandang sangat berguna kepada

peminat2 sastera Melayu terutama kepada bangsa saya yang ingin mengembara atau

melihat negeri asing. Juga saya pandang sangat berguna kapada orang2 kita menjadi

contoh membiasakan diri menulis buku chatetan sa-hari2 yang berlaku dan di-lalui sa-

tiap hari. Buku chatetan sa-hari2, mengikut perhitongan saya ia-lah sejarah yang

tepat…4

Catatan perjalanan atau travelog memainkan peranan penting dalam memperkenalkan

masyarakat kepada sesuatu tempat yang asing. Genre ini telah lama wujud bersamaan minat

manusia untuk mengembara. Sejauh mana hasil penulisan travelog ini merupakan laporan

yang tepat, sama ada hasil daripada pengalaman autentik penulis atau hasil daripada

imaginasinya, masih dibincangkan hingga ke hari ini. Namun, travelog merupakan dokumen

penting dalam memberikan informasi mengenai budaya, masyarakat dan tempat yang

dikunjungi. Melalui travelog, generasi akan datang dapat mengetahui peristiwa silam yang

berlaku dan tempat-tempat yang pernah wujud pada zaman silam. Pendek kata, travelog

merupakan sebuah wadah yang penting dalam memberikan para pembaca gambaran yang

4 Sila lihat Harun Aminurrashid, 1960. Chatetan Ka-Tanah Suchi, hlm. Pendahuluan.

Page 15: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

8

jelas mengenai sesebuah tempat, masyarakat dan ianya juga menjadi cerminan pemikiran

dan falsafah hidup masyarakat yang wujud pada zaman travelog itu ditulis. Travelog

merupakan perakam peristiwa dan sejarah kehidupan yang berlaku mengikut sesuatu zaman.

Pengertian Travelog

Dalam memberikan pengertian bagi istilah travelog, saya telah merujuk kepada

beberapa karya kesarjanaan Barat kerana penulisan dan penyelidikan dalam genre ini amat

berkurangan dalam masyarakat bukan Barat. Datuk Johan Jaafar5

pernah memberikan

pandangannya tentang sastera jenis ini melalui tulisannya yang antaranya tercatat seperti

berikut:

Sebenarnya, sastera perjalanan merupakan genre yang terabai dalam sastera kita.

Orang Melayu ada peribahasa ‘jauh perjalanan luas pemandangan’. Golongan

penulis, terutamanya harus banyak berjalan. Penulis kita harus keluar mengembara

dan membuat catatan perjalanan. Mereka tidak harus duduk dalam kokun masyarakat

mereka, sebaliknya meninjau keluar, melihat dan memahami kebudayaan orang

lain……Kita juga mahu penulis kita melayari mayapada dan mencatatkan kisah

perjalanan mereka sehebat Marco Polo atau Ibn Battutah.6

Kenyataan di atas memang ada kebenarannya. Karya-karya travelog Melayu seakan-

akan seperti dilupakan. Ianya wujud, tetapi kelihatan seperti tidak ada.

Lain keadaannya di Barat, di mana travelog wujud bak cendawan tumbuh selepas

hujan. Penulisan travelog diberikan perhatian yang wajar. Nama-nama seperti William

Dampier (1651-1715), Laurence Sterne (1713-1768), James Boswell (1740-1795), Mary

5 Datuk Johan Jaafar merupakan pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan juga pengarah di dalam

Kumpulan New Straits Time Berhad. 6 Sila lihat Catatan Perjalanan Sebagai Bahan Sastera oleh Johan Jaaffar dalam Dewan Sastera, keluaran bulan

Julai 2003.

Page 16: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

9

Kingsley (1862-1900), Mary B. Campbell, Mary Louise Pratt, Tim Youngs dan V.S.

Naipaul sudah tidak asing lagi dalam penulisan dan pengkajian travelog. Oleh itu, untuk

memahami konsep travelog, karya-karya mereka ini telah saya gunakan untuk dijadikan

bahan rujukan.

Menurut Mary Kingsley, travelog merupakan rakaman mengenai manusia, kejadian,

pemandangan atau perasaan penulis semasa menjelajahi dunia asing sebagai nikmat kembara.

Namun, menurutnya, untuk membolehkan ia menjadi lebih signifikan daripada hanya sekadar

memaparkan tarikh dan masa serta destinasi, ia memerlukan satu naratif untuk mengikatnya,

melebihi catatan harian atau catatan perjalanan kapal. 7

Definisi travelog yang diberikan oleh Kingsley seperti di atas agak serupa dengan apa

yang telah diberikan oleh Laurence Sterne di dalam bukunya A Sentimental Journey through

France and Italy (1882)8. Namun, jika Kingsley berpendapat bahawa sesebuah travelog itu

melebihi catatan harian, Sterne pula berpendapat bahawa sesebuah travelog itu boleh terdiri

daripada sebuah catatan harian yang ringkas. Sebagaimana katanya:

A travelog is a record of events, sights and personal feelings which a traveller

experiences as they go from place to place. The format of these travelogues can be at

its simplest a diary with events listed day by day but more usually they are combined

into a more coherent narrative much more like a story.9

Di bawah ini pula, diberikan pendapat Jan Borm dan Tim Youngs mengenai travelog.

Menurut Jan Borm, dalam bukunya, Defining Travel: On the Travel Book, Travel Writing

and Terminology (2001), travelog didefinisikan sebagai:

7 Kingsley, M. H., 1989. Travel In West Africa, hlm. 34.

8 Sila rujuk lelaman web http://www.gutenberg.org/ebooks/804

9 Sila lihat lelaman web http://www.gutenberg.org/ebooks/804

Page 17: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

10

…any narrative characterized by a non-fiction dominant that relates (almost always)

in the first person journey or journeys that the reader supposes to have taken place in

reality while assuming or presupposing that author, narrator and principal character

are but one or identical.

Tim Youngs, dalam bukunya, Introduction, Studies in Travel Writing, pula ada

mengatakan bahawa travelog:

…is always controlled by the first person singular. Predictably, therefore, questions

of identity are frequently to the fore, suggesting the degree to which physical travel

often tends, in its writing, to become symbolic of interior journeys of the mind or

soul.

Melalui tukilan-tukilan di atas, mereka berdua bersependapat bahawa penulisan

travelog dikawal oleh diri orang pertama, iaitu penulisnya. Perkara ini semestinya sedemikian

kerana pusat penceritaan genre ini ialah mengenai pengalaman diri seseorang penulis itu

semasa melalui sesuatu pengembaraan, maka sudah pastilah suara naratifnya tertumpu

kepada diri orang pertama. Ciri ini merupakan ciri paling dominan di dalam penulisan

travelog. Sebagai sebuah karya ego10

(ego-document), travelog mempunyai ciri dominan

yang sama seperti memoir, autobiografi dan diari, di mana suara naratif karya-karya ini

lazimnya, terdiri daripada suara naratif diri orang pertama.

Berdasarkan kepada keempat-empat tukilan yang telah diberikan, dapat dirumuskan

bahawa travelog dari kaca mata Barat merupakan karya kreatif yang merakamkan

pengalaman seseorang penulis mengenai sesuatu tempat, masyarakat, budaya yang

dilawatinya dan peristiwa yang dilaluinya semasa pengembaraan itu. Pengalaman perjalanan

ke tanah asing ini boleh berbentuk diari, dan boleh berbentuk cerita yang berkait. Namun,

10

Penceritaan sesebuah karya yang berpusat pada diri penulisnya dan menggunakan suara naratif diri orang

pertama.

Page 18: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

11

mengapakah pengalaman pengembaraan ke dunia asing ini perlu dirakamkan? Apakah

kepentingan travelog dalam masyarakat Barat? Sebelum diberikan penjelasan kepada

persoalan-persoalan ini, saya akan membincangkan dahulu latar belakang kajian travelog.

Latar Belakang Kajian

Antara sarjana Barat yang telah memberikan tumpuan terhadap genre ini adalah Mary

Baine Campbell dan Mary Louise Pratt. Dapatan daripada kajian mereka telah mengaitkan

catatan perjalanan (travel writing) dengan projek imperial.

Dalam bukunya The Witness and The Other World: Exotic European Travel Writing

400-1600 (1988), Mary Campbell telah mengkaji karya-karya travelog para mubaligh,

pedagang dan pengembara Eropah dari abad ke-12 hingga abad ke-17. Beliau telah mentafsir

karya-karya ini berdasarkan peristiwa Perang salib dan pengembangan kuasa dan dominasi

Eropah ke atas dunia. Campbell melihat para pengembara Eropah pada abad-abad ini sebagai

agen imperialisme Eropah.11

Mary Louise Pratt bersependapat dengan Campbell bahawa catatan perjalanan

pengembara Eropah merupakan salah satu alat yang penting dalam menyebarkan ideologi

imperialisme Barat. Hal ini didukung Pratt melalui bukunya, The Imperial Eyes : Travel

Writing and Tranculturation (1992):

Studies in colonial and exploration discourse have highlighted the great

significance of travel writing as one of the ideological apparatuses of empire. 12

Pratt telah mengkaji hasil karya travelog pengembara Eropah yang telah menjelajah

ke Afrika dan Amerika Selatan pada abad ke-18 dan ke-19. Tujuan utama Pratt adalah untuk

menjelaskan dan menganalisa kemungkinan yang akan berlaku sekiranya dua budaya

11

Sila lihat Campbell, B. M., 1988, The Witness and The Other World: Exotic European Travel Writing 400-

1600, hlm. 15-20. 12

Sila lihat Pratt, M. L., 1992, The Imperial Eyes : Travel Writing and Tranculturation, hlm. 7.

Page 19: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

12

bertemu. Pratt telah memperkenalkan istilah ‘contact zone’ atau ‘zon kenalan’ di mana

apabila dua budaya bertembung, pertelingkahan sering terjadi dan hal ini akan membentuk

suatu hubungan radikal yang kukuh dan berterusan. Di samping ‘zon kenalan’, Pratt juga

turut memperkenalkan istilah ‘anti conquest’ atau ‘anti penaklukan’ di mana budaya yang

lebih berkuasa akan memperkenalkan ‘a false sense of innocence’ dan menetapkan kuasa ke

atas budaya lain.

Zon kenalan memaksa manusia untuk menentang kerana apabila dua budaya bertemu

dan apabila satu budaya cuba menguasai budaya yang lain, sudah menjadi kecenderungan

semulajadi manusia untuk menolak. Di sinilah, menurut Pratt wujudnya ‘resistance’ atau

‘penentangan’.

Beliau turut mengketengahkan isu-isu kolonialisme dan pos-kolonialisme Barat pada

abad-abad ini. Menurut Pratt, gaya penulisan travelog telah mengalami perubahan semenjak

terhasilnya Systema Naturae (The System Of Nature) hasil tulisan Carolus Linnaeus dan

pelancaran ekspedisi saintifik antarabangsa yang pertama dalam menentukan bentuk bumi

pada tahun 1735. Kedua-dua peristiwa ini telah mengandaikan bahawa dunia dalam beberapa

perkara terukur, teratur dan dapat diketahui.13

Keyakinan dalam mengetahui dan menamakan

perihal dunia dengan cara ilmiah tertanam kukuh dalam menggambarkan masyarakat dan

daerah asing. Akibat daripada peristiwa-peristiwa ini maka terhasillah travelog-travelog yang

bersifat Eurocentrik di kalangan pengembara Barat dalam jumlah yang banyak.

Pada abad ke-19, menurut Pratt lagi, terutama sekali semasa era Victoria (1837-

1901), penulisan travelog merupakan sesuatu yang amat penting kerana ianya terus

mendukung mekanisme imperialisme Barat. Banyak travelog yang dihasilkan pada zaman ini

menggambarkan penaklukan Barat bukan sebagai sebuah kemenangan ketenteraan, tetapi

lebih kepada usaha pembudayaan di mana mereka beranggapan daerah dan budaya peribumi

13

Sila lihat Pratt, M. L., 1992, hlm. 15.

Page 20: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

13

perlu diselamatkan daripada ‘kebobrokan’. Namun, pada hakikatnya, penulisan travelog

mereka pada zaman ini merupakan propaganda Barat yang mahu memperteguhkan kekuasaan

mereka ke dalam minda masyarakat peribumi.

Pratt dengan lantang menentang imperialisme Barat ke atas Amerika Latin dan

Afrika. Beliau dengan terang-terangan telah mempersenda Sir Richard Burton yang

kononnya telah ‘menemukan’ Lake Tanganyika dalam pengembaraannya ke Afrika Tengah.

Pengalaman ‘manis’ Burton ini telah dirakamkannya dalam travelognya Lake Regions of

Central Africa.

Menurut Pratt, “his ‘discovery’ involved making one’s way to the region and asking

the local inhabitants if they knew of any big lakes, etc. in the area, then hiring them to take

you there, whereupon with their guidance and support, you proceeded to discover what they

already knew.”14

Kajian yang dilakukan oleh Campbell dan Pratt ke atas travelog-travelog awal Barat

amat penting kerana kajian-kajian ini memberikan kita pemahaman yang lebih mendalam

mengenai travelog-travelog Barat pada abad-abad awal.

Namun, kedua-dua orang pengkaji ini, sebenarnya telah menyempitkan pengertian

sebenar pengembaraan kepada imperialisme Barat dan travelog sebagai alat penyebaran

propaganda imperialis hingga mereka terlupa akan peranan dan fungsi travelog dalam

konteks global. Travelog sengaja digunakan sebagai alat untuk mengesahkan kekuasaan

Barat.

Hakikatnya, travelog memainkan peranan yang lebih besar daripada hanya sekadar

menjadi alat menyebarkan ideologi imperialisme Barat. Selain, merakamkan maklumat,

pengalaman dan perasaan penulisnya semasa menjelajah ke sesebuah tempat, sesebuah

14

Sila lihat Pratt, M. L., 1992, hlm. 202.

Page 21: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

14

travelog itu juga merupakan sumber ilmu pengetahuan bukan sahaja kepada penulisnya,

tetapi juga kepada para pembaca yang membaca travelog tersebut.

Di samping itu, travelog juga ada ketikanya berperanan sebagai jentera penggerak

kemajuan, iaitu jentera yang diharapkan dapat menyuntikkan semangat kepada sesuatu

masyarakat agar berusaha dengan tekun demi mencapai kejayaan.

Bagaimana pula dengan ciri-ciri travelog Melayu? Apakah ciri yang paling menonjol

dalam travelog Melayu? Adakah wujud persamaan di antara travelog Barat dengan travelog

Melayu? Perbincangan mengenai perkara-perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut

di bahagian bawah bab ini nanti.

Evolusi Travelog Barat

Setelah memahami konsep travelog dan latar belakang kajian travelog, ada eloknya

sekiranya dijejaki pula evolusi travelog Barat dari era zaman Rom dan Yunani hingga ke

abad ke-21 ini untuk mengetahui ciri-ciri (characteristics) yang konsisten dan prominen

dalam genre ini.

Kegiatan mengembara bangsa Eropah telah dikesan sejak zaman Yunani dan Rom.

Tujuan utama kuasa Barat berlumba-lumba untuk melancarkan ekspedisi pengembaraan dan

penerokaan adalah untuk mendapat kekayaan (gold), kemegahan (glory) dan menyebarkan

agama, atas dasar keagamaan (gospel).15

Dalam menjejaki sejarah perkembangan travelog Barat, History of The Persian

Wars16

hasil karya Herodotus pada abad ke-5 SM dianggap sebagai travelog yang terawal.

Ini diikuti dengan Geographica (23 M) tulisan Strabo dan Guide to Greece (170 M) karya

Pausanias. Karya-karya travelog ini merakamkan informasi mengenai alam dan juga

masyarakat yang wujud pada masa itu. Ianya juga memberikan maklumat yang menarik

15

Sila rujuk Dyson, J, & Christopher, P., 1991. Columbus: For gold, God and glory: In Search of the Real

Christopher Columbus, hlm. 3-6. 16

Sila lihat lelaman web http://www.gutenberg.org/ebooks/16764

Page 22: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

15

mengenai perkara-perkara yang eksotik dan pengalaman-pengalaman yang pelik dan aneh

yang ditempuhi oleh penulis.17

Penemuan dunia fizikal yang baru sungguh mengasyikkan dan tujuan utama para

penulis pada ketika itu mengembara adalah untuk merekodkan segala butiran yang dilihat dan

dialami secara terperinci, baik dari segi pemandangan alam sekitar mahupun adat-istiadat

pelik masyarakat yang dikunjung.18

Sebagai contoh, Herodotus dalam bukunya The History

of The Persian Wars telah menceritakan dengan jelas mengenai upacara korban haiwan-

haiwan ternakan yang merupakan adat masyarakat Mesir pada zaman itu. Setelah

menyaksikan upacara itu dengan matanya sendiri, beliau kini yakin dengan segala cerita yang

telah disampaikan oleh pengembara-pengembara lain kepadanya.19

Pusat penceritaan travelog zaman awal ini hanya tertumpu kepada perkara-perkara

yang dilihat sahaja. Luahan perasaan, pemikiran dan reaksi penulis agak terselindung.

Segala butiran yang dilihatnya dirakamkan berdasarkan kepada fakta dan dengan cara yang

tidak dipengaruhi oleh perasaan atau kepentingan diri sendiri.. Fokus kurang diberikan

terhadap perjalanan dalaman pemikiran penulis. Butiran yang lengkap mengenai tarikh dan

masa juga kurang diberikan perhatian.20

Pada abad ke-13 dan ke-14, ramai pengembara Barat yang merantau terdiri daripada

para pedagang dan mubaligh Kristian. Tujuan utama penerokaan mereka, selain meneroka

keadaan alam sekitar, ialah untuk berdagang sambil menyebarkan ajaran agama atau

berdakwah. Dalam tradisi agama Kristian, hidup itu sendiri merupakan satu perjalanan.

Ziarah ke tempat-tempat suci merupakan perkara yang amat penting bagi penganut-penganut

17

Sila rujuk Blanton, Casey (2002), hlm. 1-2. 18

Sila lihat Columbus, C., 1992. The Voyage of Christopher Columbus, dialih bahasa oleh John Cummins,

hlm. 97. 19

Sila lihat Herodotus, 1992. The Histories, dialih bahasa oleh Walter Blanco, hlm. 78. 20

Silat lihat Stout, J. P., 1983. The Journey Narrative in American Literature: Patterns and Development,

hlm. 14-18.

Page 23: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

16

ajaran Kristian kerana ia merupakan pengampun dosa dan dapat menyelamatkan mereka

daripada kejahatan. 21

Dalam banyak hal, mubaligh Kristian pada abad-abad awal merupakan leluhur kepada

para pengembara Barat moden. Ketaatan yang mendalam terhadap agama dan keinginan

untuk menyebarkan agama menyebabkan mereka mengembara. Pengembaraan dengan

tujuan menyebarkan agama ini berterusan pada abad-abad seterusnya, terutama sekali pada

Zaman Pertengahan.

Selain mengembara dengan tujuan berdakwah, kebanyakan pengembara awal Barat

mengembara dengan tujuan untuk mengaut keuntungan. Antara pedagang dan pengembara

yang unggul pada abad ini ialah Marco Polo (1254-1324)22

. Marco Polo merupakan

pengembara Barat yang pertama memperkenalkan masyarakat Eropah kepada Asia Tengah

dan negara China. Beliau berasal dari Venice, Itali. Beliau berasal daripada keluarga Polo

yang terkenal kerana penglibatan dalam bidang perdagangan di Timur Tengah. Marco Polo

memulakan ekspedisi pertama dengan menyertai bapanya Niccolo Polo dan bapa saudaranya

Maffeo Polo ke China pada tahun 1271 M. Dalam perjalanan pulang dari China, beliau juga

melawat banyak tempat, antaranya Sumatera, Sri Lanka. Koromandel, Gujerat,

Hormuz,Parsi, Tabriz, Trebizonid dan Constantinople.

Marco Polo terkenal dengan travelognya The travels of Marco Polo23

. Buku ini

ditulisnya ketika dia berada dalam tahanan di Genoa. Maklumat yang terkandung dalam

buku ini mendorong pelayar-pelayar Eropah seperti Christopher Columbus mencari jalan laut

ke timur. Mubaligh-mubaligh Kristian seperti Friar Odoric dan John Monte Corvino tertarik

untuk pergi ke China selepas membaca buku tersebut. Penulisan Marco Polo telah merubah

pemikiran bangsa Eropah terhadap kegiatan penjelajahan dan penerokaan. Buku ini

21

Sila rujuk Hulme, P. & Youngs, T., 2002, hlm. 2. 22

Sila lihat lelaman web http://asianhistory.about.com/od/china/Biography-of-Marco-Polo.htm 23

Sila lihat lelaman web http://www.gutenberg.org/ebooks/10636 dan http://www.gutenberg.org/ebooks/12410

Page 24: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

17

menyebabkan para pemerintah mula memberi dorongan kepada pelayar-pelayar untuk

melakukan aktiviti penjelajahan dan penerokaan. Maklumat tentang dunia timur khususnya,

negara China, telah menyebabkan orang Eropah berlumba-lumba untuk melancarkan

ekspedisi ke China. Kejayaan Marco Polo telah memberi inspirasi kepada pelayar-pelayar

Eropah melancarkan ekspedisi penjelajahan dan penerokaan pada abad ke-15 dan ke-16.

Melalui travelognya ini, para pembaca dihidangkan dengan butiran yang menarik dan

luar biasa mengenai pengalamannya menjelajah negara-negara Timur. Sebagai contoh

butiran mengenai bentuk fizikal masyarakat Zanzibar yang ditemui diungkap sebagai berikut:

They are quite black and go about completely naked but for a loin-cloth. Their hair is

so curly that they can only comb it when it is wet. They have wide mouths and turned-

up noses. Their eyes and lips are so protuberant that they are a horrible sight.

Anyone meeting them in another country would mistake them for devils.24

Berdasarkan kepada tukilan di atas, tanpa berselindung Marco Polo menyamakan

bentuk wajah masyarakat Zanzibar ini dengan rupa hantu yang menakutkan. Luahan

pendapat yang sewenang-wenangnya ini merupakan satu ciri khas Orientalisme di mana

masyarakat Timur dipandang berbeza dan rendah peradabannya berbanding masyarakat

Barat. Hal ini sememangnya merupakan sesuatu yang lumrah apabila penulis-penulis

travelog Barat pada abad ini menyatakan pengalaman mereka ketika menjelajah ke Timur.

Masyarakat Timur sering diperlekatkan dengan ciri-ciri primitif, statis dan aneh secara

berlebihan. Di samping bertujuan untuk memberikan maklumat tentang tempat-tempat yang

dilawati bagi manfaat masyarakat Barat yang tidak berkesempatan menyaksikan dengan mata

sendiri akan tempat-tempat yang dilawati itu, Marco Polo seolah-olah mengesahkan

kebenaran ‘world view’ mereka mengenai masyarakat Timur atau yang lain (the Others) yang

selama ini menjadi pegangan mereka.

24

Sila rujuk Polo, M., 1984. The Travels of Marco Polo, dialih bahasa oleh Teresa Waugh, hlm. 175.

Page 25: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

18

While purpoting to write a book for the benefit of those Europeans who could not see

the wide world with their own eyes, Marco Polo merely confirms his readers’ terror

and resistance to wilderness and supports their own world view.25

Andaian Marco Polo bahawa masyarakat Timur itu seperti hantu (demon) atau

binatang (beast) merupakan permulaan kepada sejarah pencerobohan yang panjang yang

dilakukan oleh pengembara Barat ke atas masyarakat peribumi di luar Eropah.

Selepas abad ke-14, karya-karya travelog Barat terus lantang menyuarakan ‘world

view’ mereka bahawa masyarakat Timur itu ganas, primitif, tradisional dan sebagainya.

Keadaan ini menjadi lebih menonjol pada Zaman Renaissance.

Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke-14

sehingga pertengahan abad ke-16. Zaman ini telah melahirkan masyarakat Barat yang lebih

progresif dan wujud semangat ingin tahu yang kuat sehingga membawa kepada peningkatan

dalam aktiviti pengembaraan dan penerokaan. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak

ke seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia. Hasil daripada

Renaissance telah membuka jalan kepada kelahiran pelbagai aliran baru Eropah hingga abad

ke-18 seperti humanisme, rasionalisme, nasionalisme dan absolutisme.

Christopher Columbus wujud pada Zaman Renaissance. Jika Marco Polo merupakan

pengembara Barat yang tersohor pada abad ke-14, Christopher Columbus (1451-1506)

tercatit sebagai pengembara Barat yang unggul pada abad ke-15.26

Columbus merupakan

pengembara dan pedagang Itali yang telah menyeberangi Lautan Atlantik sampai ke

Amerika pada tahun 1492. Beliau telah melakukan empat pengembaraan ke seluruh

Sepanyol dan Amerika antara tahun 1492 hingga 1503. Keempat-empat pengembaraannya ini

menandakan penjelajahan dan penjajahan awal Eropah ke benua Amerika, dan ianya

mempunyai erti yang sangat besar dalam sejarah penjelajahan Barat.

25

Sila rujuk Blanton, C., 2002. Travel Writing : The Self and The World, hlm. 8. 26

Sila lihat lelaman web http://www.biography.com/people/christopher-columbus-9254209

Page 26: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

19

Melalui hasil-hasil travelog yang merupakan surat-surat yang dikirimkannya kepada

rajanya, Columbus bukan sahaja menceritakan keadaan tempat-tempat yang dijelajahi, tetapi

beliau juga dengan jelas mendedahkan sikapnya yang memandang rendah terhadap

masyarakat peribumi. Seperti Marco Polo, beliau juga turut memberikan gambaran yang jelek

mengenai masyarakat peribumi yang dilawatinya. Segala yang ada di tempat-tempat yang

dilawatinya, termasuk masyarakat peribuminya, dianggap sebagai miliknya. 27

Pada abad ke-16 hingga ke-18, naratif yang berbentuk saintifik dan sentimental

menjadi dominan dalam penulisan travelog pada ketika itu. Karya-karya travelog Barat pada

zaman ini mula menekankan pelukisan pemikiran dan perasaan penulis. Jika sebelum ini

penulisan travelog menjadikan perkara-perkara yang dilihat sebagai pusat penceritaan, kini

fokus lebih diberikan kepada perjalanan dalaman pemikiran pengembara itu sendiri. 28

Casey Blanton ada mengatakan:

…the emotions, thoughts and personal quirks of the narrator become more

accessible and more dominant within the narrative and the world itself….29

Di samping itu, selain memberikan maklumat mengenai masyarakat dan tempat-

tempat yang dikunjungi, tumpuan penceritaan travelog zaman ini turut diberikan kepada

fakta-fakta sains sebagai sumber pengetahuan.

…..a traveller’s thoughts, reactions and adventures are of paramount importance;

the scientific descriptions of the foreign land become background for the narrator’s own

story.30

27

Sila rujuk Blanton, C., 2002. Travel Writing : The Self and The World, hlm. 8. 28

Sila lihat Spengemann, W. C., 1989. The Adventure Muse: The Poetics of American Fiction 1789-1900, hlm.

67. 29

Sila rujuk Blanton C., 2002. Travel Writing : The Self and The World, hlm. 11-12. 30

Ibid., hlm. 13.

Page 27: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

20

Menurut Johannes Fabian dalam Time and the Other, “Now, secular travel was from

the centers of learning and power to places where man was to find nothing but himself…The

idea of travel as science …was definitely established towards the end of the eighteenth

century.”31

Salah satu contoh travelog yang menonjolkan fakta-fakta sains di dalamnya adalah

Systema Naturae (The System Of Nature)(1735) hasil tulisan Carolus Linnaeus. Travelog ini

asalnya ditulis dalam bahasa Latin, kemudian ianya telah diterjemahkan ke beberapa bahasa

yang lain, termasuk bahasa Inggeris. Di dalam travelognya ini, Linnaeus dengan panjang

lebar dan terperinci telah membentuk satu sistem bagi mengklasifikasikan semua jenis

tumbuhan dan haiwan yang terdapat di bumi ini. Beliau mengklasifikasikan semua haiwan

dan tumbuh-tumbuhan itu secara berhierarki dan sistematik. Sebagai contoh, alam haiwan

(animal kingdom) dibahagikan kepada lima kelas, iaitu mamalia (golongan haiwan yang

menyusukan anaknya), aves (unggas), amphibian (haiwan yang boleh hidup di air dan di

darat), pisces (haiwan yang hidup di air) dan insecta (golongan serangga), manakala alam

tumbuh-tumbuhan pula (plant kingdom) dibahagikan kepada dua puluh empat kelas,

antaranya cryptogamia, iaitu tumbuh-tumbuhan yang membiak daripada spora (spores).

Travelognya ini merupakan karya yang popular dan menjadi bahan rujukan utama dalam

bidang biologi dan zoologi pada ketika itu. Sehingga kini, sebahagian sistem ini masih

digunakan lagi.

Karya travelog yang memberikan maklumat-maklumat sains ini tidak secara langsung

telah membuka lembaran baru dalam sejarah penulisan genre ini. Karya travelog yang

berasaskan maklumat saintifik ini akhirnya menjadi model utama dalam penulisan travelog

abad-abad seterusnya. Hal ini dengan sendirinya menaikkan imej penulis-penulis travelog

31

Sila rujuk Fabian J., 1983. Time and The Other: How Anthropology Makes Its Object., hlm. 8.

Page 28: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

21

Barat ke tahap superior kerana menjadi pelopor dan pakar rujuk dalam hal-hal saintifik yang

belum pernah dipelopori oleh mana-mana bangsa sebelum itu.32

Walaupun pada abad ke-19, imperialisme dan kolonialisme Barat masih

bermaharajalela, penulisan travelog Barat telah menunjukkan perubahan haluan di mana para

penulisnya sering kali memperlihatkan imaginasi, perasaan dan sensivitinya dalam karya-

karya mereka. Kini, mereka mengembara ke daerah-daerah asing bukan hanya kerana tujuan

politik dan saintifik, tetapi lebih kepada hasrat untuk memenuhi keinginan peribadi dalaman

(inner self-fulfilment). Inilah permulaan zaman romantik dalam sejarah penulisan travelog

Barat.

Walaupun para penulis travelog Barat masih dibelenggu dengan Eurocentrisme yang

menebal dan perasaan gerun, takut dan jijik (xenophobia) yang menonjol terhadap budaya

dan cara hidup masyarakat peribumi yang dilawati, ada juga segelintir penulis Barat yang

kini mula bersifat simpati terhadap masyarakat peribumi. Malah, mereka bersedia dengan

tangan terbuka menerima dan mempelajari sesuatu yang universal daripada masyarakat yang

dahulunya dianggap bodoh, primitif dan kolot ini.

Salah satu contoh yang ingin ditampilkan di sini ialah karya travelog Mary Kingsley

(1862-1900). Kingsley seorang lagi penulis travelog Barat yang unggul di mana karya-

karyanya sering dijadikan rujukan. Beliau merupakan seorang pengembara wanita Inggeris

pertama yang telah menjejakkan kaki ke barat Afrika sebanyak dua kali, iaitu pada tahun

1893 dan 1894. Pengalamannya mengembara ke Afrika ini telah dirakamkan di dalam dua

buah travelog yang bertajuk, Travels in West Africa (1897) dan West African Studies (1899).

Dalam karyanya Travels in West Africa33

, Kingsley sanggup tinggal bersama

masyarakat kanibal Afrika yang dianggap savage oleh masyarakat umum Barat pada ketika

itu, demi memahami dengan lebih mendalam cara hidup dan budaya mereka. Ada ketikanya,

32

Sila lihat Pratt, M. L., 1992. Imperial Eyes: Travel Writing and Transculturation, hlm. 15. 33

Sila rujuk lelaman web http://www.guttenberg.org/etext/5891

Page 29: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

22

Kingsley sanggup mengharungi kesusahan demi merasakan sendiri apa yang dialami oleh

masyarakat tribal itu sehari-hari. Beliau sanggup belajar memancing di sungai yang penuh

dengan buaya untuk menangkap ikan dan beliau turut mengharungi hutan yang tebal untuk

mencari akar kayu dan sumber makanan yang lain.

Di dalam travelognya ini terakam rasa simpatinya yang mendalam terhadap

masyarakat peribumi Afrika barat ini. Walaupun hasratnya untuk mempelajari cara hidup

masyarakat ini dikritik oleh masyarakatnya sendiri, ianya tidak sedikit pun melemahkan

semangat Kingsley untuk terus mengembara ke Afrika. Hal ini terbukti apabila Kingsley

melibatkan dirinya untuk kali kedua dengan mengembara ke sana. Pengalamannya ke sana

untuk kali kedua ini dirakamkan di dalam travelognya yang kedua, iaitu West African

Studies34

(1899).

Di dalam travelognya ini, Kingsley sedikit pun tidak mempamerkan sifat Eurocentrik

yang masih berleluasa di kalangan pengembara Barat. Usaha Kingsley menjelajah ke Afrika

Barat ini telah mendapat perhatian Pratt. Pratt telah membuat perbandingan antara Kingsley

dan Burton. Berbanding Burton, Kingsley, sedikitpun tidak menonjolkan dirinya di atas

penemuan-penemuan yang dikecapi semasa mengembara ke Afrika Barat. Malahan, segala

yang dipelajarinya dikongsi bersama dengan masyarakatnya sepulangnya dari

pengembaraannya itu.

Pada abad ke-20, Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua telah

menyebabkan ramai masyarakat Barat merantau. Mereka diibaratkan pelarian yang

meninggalkan tanahair untuk mencari ketenangan dan ehsan di daerah asing. Perasaan yang

bercampur-baur, iaitu marah, sedih dan geram dicurahkan dalam travelog-travelog mereka

semasa di perantauan. Oleh kerana itu, penulisan travelog Barat pada abad ini banyak

berkisar kepada penerokaan ke dalam diri, semacam perjalanan spiritual dan bersifat

34

Sila rujuk lelaman web http://www.guttenberg.org/ebooks/38870

Page 30: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

23

simbolik. Seperti yang pernah dikatakan oleh Paul Fussell dalam bukunya Abroad:British

Traveling Between The Wars:

.....because of this feeling of discontentment and exhaustion, and because of the

modern tendency for self-examination, travel becomes the dominant literary

metaphor for the period.35

Peranan travelog Barat telah berubah. Karya-karya ini bukan lagi merupakan satu-

satunya sumber maklumat kepada tempat-tempat yang asing dan eksotik. Buku-buku

travelog abad ini, tidak lagi menjadi panduan ke tempat-tempat yang terpencil. Kemudahan

pengangkutan darat, air mahupun udara serta teknologi komunikasi yang semakin canggih

dan cepat, menyebabkan tidak ada satu daerah pun di dunia ini yang belum dijelajahi. Kini,

pengembaraan ke daerah-daerah asing boleh dilakukan di alam siber tanpa memerlukan si

pengembara menjelajah secara fizikal.

Berdakwah, menjajah dan berdagang tidak lagi menjadi tujuan utama pengembara

Barat pada abad ini. Mereka kini mengembara bukan untuk meneroka daerah-daerah yang

asing dan terpencil, tetapi lebih kepada desakan dalaman yang mahu merasakan keseronokan

pengembaraan.

Jika pada abad-abad awal fakta mengenai sesuatu masyarakat, tempat dan peristiwa

amat dipentingkan, kini isu-isu sosial dan psikologikal lebih diketengahkan.

Antara contoh-contoh karya travelog abad ini termasuk An Area of Darkness tulisan V.S

Naipaul dan Journey Without Map hasil karya Graham Greene.

Karya-karya travelog abad ini bukan sahaja memberikan deskripsi mengenai

pengembaraan zahir (exterior) seseorang penulis itu, tetapi juga melibatkan pengembaraan

dalaman (interior) penulis, pengembaraan sentimental atau temperamental.

35

Sila lihat Fussel, P., 1980. Abroad: British Literary Traveling Between The Wars, hlm. 21-22.

Page 31: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

24

Pengertian Travelog Melayu

Adakah pengertian travelog yang dikemukakan oleh para sarjana Barat ini boleh

diterima pakai dalam kesusasteraan Melayu? Menurut pengamatan saya terhadap karya-karya

travelog yang telah dikaji, rumusan yang boleh dibuat mengenai istilah travelog Melayu

adalah ia merupakan sebuah genre sastera di mana masa dan waktu, hal-hal berkaitan latar

persekitaran tempat yang dilawati (sama ada di dalam atau di luar negara), peristiwa, sejarah,

sistem sosiobudaya, ekonomi, politik tempat tersebut, pemikiran dan perasaan yang dialami

oleh seseorang penulis semasa menjelajahi dunia asing disertakan ke dalam teks sastera.

Pengalaman kembara penulisnya merupakan intipati dan mendasari teks penceritaan.

Unsur-unsur lain, iaitu kreativiti dan nilai-nilai yang bersifat didaktik merupakan perkara

yang turut disertakan dalam penulisan travelog. Gabungan ketiga-tiga unsur ini akan

menghasilkan satu proses kreatif yang menarik sehingga pembaca seolah-olah dapat melalui

pengalaman yang sama seperti penulisnya.

Secara ringkas, sesebuah karya travelog Melayu itu perlu mempunyai pengalaman

pengembaraan penulisnya, yang diolah menjadi sebuah naratif yang kreatif dan menarik serta

diselitkan unsur pengajaran di dalamnya. Travelog-travelog Melayu yang telah dikaji bukan

sahaja terserlah dengan unsur kreatif, malah padat dengan unsur didaktif.

Satu contoh yang baik yang dapat diberikan di sini ialah karya A.Samad Said, iaitu

Warkah Eropah (1991). Travelog ini terbina di atas ketiga-tiga unsur seperti yang telah

diterangkan di atas. Travelog ini memuatkan catatan perjalanan asal A.Samad Said ketika

berada di Paris, London dan Manchester yang ditulisnya dalam bentuk warkah kepada

keluarganya. Pengalaman yang berlatarbelakangkan luar negara ditulis dengan begitu kreatif

dan berkesan. Penggunaan unsur monolog atau intermonolog dalam travelog ini juga berjaya

meninggalkan kesan kepada pembaca, sehingga pembaca berasa seolah-olah dibawa arus

pengembaraan penulisnya.

Page 32: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

25

Walaupun himpunan warkah ini seperti peribadi sifatnya, tapi, saya dapati, kesan-

kesan pertembungan saya dengan tempat, manusia, buku dan ataupun mimpi asing

itu masih tetap dapat juga bercerita kepada sesiapa saja. Kerana demikian sifat dan

nadanya, maka saya harap ia masih tetap berguna kepada pembaca umum,

terutamanya, kepada mereka yang kebetulan belum lagi melihat atau menjamah

Perancis dan England.36

Unsur pengajaran turut diselitkan di dalam travelog ini, di mana pembaca diajar cara-

cara menguruskan kewangan dengan baik agar tidak berbelanja melebihi kemampuan ketika

berada di rantauan. Ternyata nilai berjimat-cermat agak ketara di dalam karya ini. Secara

peribadi, saya amat mengagumi betapa telitinya A.Samad semasa mengurus kewangannya

ketika berada di luar negara. Hal ini begitu terserlah pada halaman 26-28 travelog ini. Beliau

begitu terperinci dalam merancang setiap perjalanan semasa di dunia asing itu bagi

menjimatkan setiap sen wangnya.37

Sebelum sampai ke Paris, saya sudah bercongak-congak. Catatan ini merakamkan

beberapa ’strategi alternatifku’ untuk berjimat di kota Dickens dan Maupassant.

Antaranya, bercadang menumpang di kediaman Datuk Hassan Ahmad selama empat

hari. Kerana segan rancangan setinggan itu dibatalkan.”38

Di sebalik mencari jalan pintas untuk berjimat, saya semakin berkhayal untuk

melihat, mencium dan merasa Paris sebanyaknya.39

Selain merakamkan pengalaman semasa berada di dunia asing, travelog Melayu juga

merupakan salah satu wadah di mana para penulis tempatan mengungkapkan buah fikiran

36

Sila lihat A.Samad Said, 1991. Warkah Eropah, hlm. Pendahuluan. 37

Ibid., hlm. 26-28, 36 & 39. 38

Ibid., hlm. 25. 39

Ibid., hlm. 27.

Page 33: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

26

mereka mengenai sesuatu isu dalam masyarakat pada zaman travelog itu ditulis. Pemikiran

merupakan inti dan unsur paling penting dalam kehidupan, terutamanya dalam memberikan

penyelesaian terhadap beberapa persoalan besar.

Jika dibuat perbandingan antara travelog Barat dengan travelog Melayu, dapat dilihat

bahawa kedua-duanya merupakan rakaman mengenai masyarakat, kejadian, pemandangan,

pemikiran dan perasaan penulisnya semasa menjelajahi dunia asing. Pemindahan idea atau

ilham daripada pengalaman pengembaraan ke dalam bentuk kreatif wujud di dalam kedua-

dua jenis travelog ini. Di bahagian selanjutnya, kita akan melihat pula ciri-ciri dominan yang

dapat dikesan di dalam travelog-travelog yang dikaji. Adakah ciri-ciri dominan ini juga

wujud di dalam travelog Barat?

Ciri-Ciri Dominan Travelog Melayu

Dapatan kajian yang saya telah lakukan menunjukkan bahawa karya-karya travelog

Melayu mempunyai gaya dan nada yang pelbagai. Namun, ciri-ciri dominan yang dapat

dikesan dan agak konsisten di dalam karya-karya tersebut ada tiga.

Ciri pertama yang paling dominan dalam karya-karya travelog Melayu ialah suara

naratif dalam karya-karya ini semuanya terdiri daripada diri orang pertama.

Bermula dengan Kisah Pelayaran Abdullah yang menjadi batu tanda dalam penulisan

karya travelog Melayu, suara naratif dalam karya-karya ini terdiri daripada diri orang

pertama. Sebagaimana yang terdapat dalam Kisah Pelayaran Abdullah:

Hatta maka sahaya pun pergilah mendapatkan Baba Po Eng. Maka lalu dibawanya

sahaya ke rumah Baba Bun Tiong. Maka adalah di sana sekalian saudagar

berkampung.40

40

Sila lihat Sweeney, A., 2005. Karya Lengkap Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi, Jilid 1, hlm. 98.

Page 34: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

27

Sebagaimana yang dirakamkan oleh Za’ba dalam Pengembaraan Ke Kedah, Perlis

dan Kelantan (2008):

Pada tengah hari Jumaat 14 September saya sampai di Stesyen Kereta Api Alor Setar.

Kereta api yang membawa saya dari Tanjung Malim, pada malam itu bersalin di Bukit

Mertajam kira-kira pukul 6 pagi. Turun-turun sahaja di alor Setar didapati encik

Shamsuddin (seorang guru di Sekolah Inggeris Kerajaan Kedah) ada sedia menanti

kerana pada masa itu sekolah dalam cuti, dan lagi dalam Kedah sekolah-sekolah dan

pejabat-pejabat kerajaan semua ditutup pada hari Jumaat, maka dibawanya ke

rumahnya serta dikenalkannya dengan beberapa orang sahabat yang baru.41

Sebagaimana yang dirakamkan di dalam Salam Kembara (2007) oleh Dr Talib Samat:

Aku bangun awal-awal lagi pagi itu. Jam 5.30 pagi aku sudah bangkit dari tidur. Aku

bersiap sedia untuk meneruskan penegembaraanku yang belum selesai…..Aku

menyusuri jalan di sekitar Bandar Sandakan. Kedai-kedai ada yang masih belum

dibuka lagi ketika itu. Jam 6.30 pagi di Sandakan, hari sudah agak terang. Pagi itu

langit cerah…42

Di dalam Melawat Tanah Orang Putih (1997), Hasan Ali ada merakamkan seperti

berikut:

Aku pergi ke sebuah gerai kecil berhampiran untuk membeli setin kecil bijirin, kira-

kira segenggam banyaknya. Ketika aku masuk balik ke tempat burung-burung itu,

41

Sila lihat Za’ba, 2009. Pengembaraan Ke Kedah, Perlis dan Kelantan, hlm. 3. 42

Sila lihat Dr Talib Samat, 2007. Salam Kembara, hlm. 38.

Page 35: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

28

aku mula dikelilingi burung-burung; seperti merpati itu tahu yang aku membawa

bijirin kegemarannya. 43

Berdasarkan kepada tukilan-tukilan di atas, dapat dilihat bahawa kata ganti diri orang

pertama ‘saya’ dan ‘aku’ digunakan bagi merujuk kepada diri penulisnya. Kedua-dua ‘aku’

dan ‘saya’ mempunyai pengertian yang sama, iaitu merujuk kepada kata ganti diri orang

pertama. Penggunaan kata ganti nama diri ‘aku’ sesuai digunakan dalam suasana tidak rasmi

yang dapat menimbulkan kemesraan, khususnya individu yang akrab, seperti teman sebaya

atau teman sekumpulan, manakala penggunaan ‘saya’ merupakan amalan pemakaian biasa

yang digunakan apabila kita berinteraksi dengan orang yang lebih tua, atau yang lebih

dihormati. Di dalam konteks travelog seperti di atas, penggunaan ‘aku’ membawa nada yang

lebih informal, kasual dan akrab, dan memperlihatkan hubungan yang dekat dan intim antara

diri si penulis dengan golongan pembaca. Penggunaan ‘saya’ lebih bersifat formal, dan

barangkali digunakan oleh penulisnya sebagai penanda hormat terhadap orang yang belum

akrab, iaitu para pembaca. Penggunaan ‘aku’ kedengarannya agak kasar, manakala ‘saya’

lebih halus, lembut dan sopan.

Bukti bahawa ‘aku’ dapat menunjukkan kemesraan ialah apabila kita berhubungan

dengan Tuhan melalui kalimah doa. Orang Melayu (Islam) menggunakan ‘aku’ apabila

membahasakan dirinya dengan Tuhan dan membahasakan Tuhan sebagai ‘Engkau’. Sebagai

contoh, “Ya Allah, aku memohon pertolongan.” Namun, mungkin ada yang akan tertanya

mengapa kita membahasakan diri kita sebagai ‘aku’ ketika berdoa kepada Tuhan, dan

bukannya ‘saya’, tidakkah ianya dianggap kurang sopan atau biadap. Dengan menggunakan

‘aku’, seseorang hamba itu berasa intim dan seolah-olah dekat dengan Tuhannya.

Sesungguhnya, Allah S.W.T itu dekat dengan hambanya. Walaupun ‘aku’ dilihat kasar

43

Sila lihat Hasan Ali, 1997. Melawat Tanah Orang Putih, hlm. 35-36.

Page 36: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

29

daripada sudut masyarakat Melayu, tetapi ia tidak menimbulkan konflik ataupun

pertentangan.

Dengan adanya penggunaan suara naratif diri orang pertama, gaya penulisan karya-

karya travelog Melayu, sebagaimana yang telah dinyatakan di bahagian awal bab ini, telah

menerima pakai gaya penulisan travelog Barat, di mana penggunaan suara naratif diri orang

pertama merupakan ciri yang dominan.

Penggunaan suara naratif diri orang pertama di dalam karya-karya sastera merupakan

sesuatu yang asing dan baru dalam kesusasteraan Melayu. Karya sastera yang memerihalkan

diri penulisnya merupakan sejenis karya ego (ego-document). Sebelum terhasilnya Kisah

Pelayaran Abdullah, karya ego tidak pernah wujud di dalam sastera tradisional Melayu, di

mana ciri kekitaan (kolektif) amat diutamakan. Justeru itu, sebagai pelopor gaya penulisan

seumpama ini, tidak hairanlah Abdullah digelar sebagai ’Bapa Kesusasteraan Moden’.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Kassim Ahmad:

....dengan munculnya Abdullah lahirlah suatu konsep baru. Konsep ini merombak

anggapan-anggapan tradisional terhadap peranan seorang pengarang, terhadap

peranan kesusasteraan dan juga terhadap nilai seorang individu dalam masyarakat.44

Penggunaan suara naratif diri orang pertama ini akan dibincangkan dengan lebih

lanjut di dalam Bab 5 apabila dibincangkan ciri-ciri dominan travelog haji Melayu. Di dalam

bab 5 ini, kita akan melihat bahawa walaupun suara naratif di dalam karya-karya travelog

haji masih terdiri daripada diri orang pertama, penggunaan kata ganti diri ‘saya’ menjadi

pilihan para penulisnya berbanding kata ganti diri ‘aku’. Mengapakah keadaan ini

sedemikian? Huraiannya akan diberikan di dalam Bab 5 nanti.

44

Sila lihat Kassim Ahmad,1981. Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan Ke Judah, hlm. xiv.

Page 37: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

30

Cciri dominan kedua yang dapat dikesan di dalam travelog Melayu ialah pembubuhan

tarikh dan masa bagi sesuatu peristiwa. Apa yang dapat dikesan ialah pembubuhan tarikh dan

masa di dalam karya-karya abad ke-19 tidak dilakukan secara konsisten berbanding karya-

karya travelog abad ke-20 dan ke-21. Antara tiga buah travelog abad ke-19 yang dikaji, iaitu

Kisah Pelayaran Abdullah, Hikayat Perintah Negeri Benggala dan Kisah Pelayaran

Muhammad Ibrahim Munsyi, hanya travelog Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi

sahaja yang menyertakan tarikh dan masa sesuatu peristiwa itu dengan jelas, lengkap dan

terperinci. Sila lihat tukilan di bawah ini.

Maka adalah pada 2 April 1871, hari Ahad pukul sepuluh setengah, berbetulan

dengan 11 haribulan Muharam, Hijrah 1288 pagi, bahawa dewasa itulah aku

mengiringi Yang Mulia Ungku Abdul Rahman bersama-sama Ungku Mat dan Tuan

Imam Teluk Belanga bernama Haji Abdul Rahman serta lain-lain adalah kira-kira dua

puluh orang tua muda, bertolak dari hadapan rumahku di Teluk Belanga dengan katar

Ungku Abdul Rahman itu. Angin yahum belayar tetapi arus surut dari muka. Ada kira-

kira pukul enam lalu lepaslah Pulau Merambung....45

Tukilan di atas merakamkan peristiwa bermulanya pelayaran Ibrahim ke Melaka,

manakala tukilan di bawah ini pula merakamkan peristiwa di mana Ibrahim dan

rombongannya berlabuh di Bukit Mor, Melaka, untuk memeriksa lombong-lombong yang

ada di sana.

Maka pada hari Ahad 19 Muharram pukul dua petang, disuruhkanlah ada kira-kira

lebih dua puluh orang berjalan dahulu ke darat membawa segala makan-makan dan

periuk belanga serta tukang masak dan tikar-tikar bantal. ```````````

45

Sila lihat Muhammad Ibrahim Munsyi, 1980. Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi, hlm. 11.

Page 38: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

31

Kalakian pada esoknya, iaitu 20 Muharam 1288, berbetulan dengan bulan Inggeris

pada 10 April 1871, pagi Isnin pukul tujuh, lepas makan biskut, roti dan kahwa,

berangkatlah Yang Mulia Ungku dan aku serta lain-lain dan orang-orang Padang

mengiring- semuanya adalah kira-kira lebih seratus orang- berjalanlah kami semuanya

ke darat itu melalui Jalan Othman yang baharu dibuat, menyusur tepi Parit Jawa itu.46

Pembubuhan tarikh dan masa yang dicatatkan oleh Ibrahim begitu lengkap sehingga

pembaca dapat mengetahui segala perkara yang dilakukannya dengan jelas.

Pada abad ke-20 dan ke-21, pembubuhan tarikh dan masa ke dalam karya-karya

travelog dilakukan dengan lebih konsisten. Sebagaimana yang dirakamkan oleh Abdul

Rahim Adam di dalam Pengembaraan Ke Negeri China (1994):

Selasa, 27 Ogos 1991.

Kami merancang akan keluar dari hostel itu pada jam 12.00 tengah hari. Kami tidak

mahu menginap di hostel itu lagi. Bagi tujuan menjimatkan kos penginapan

terpaksalah kami menunggu hingga ke malamnya. Perbelanjaan yang dijimatkan itu

banyak faedahnya.

Dari hostel ke perhentian kereta api tidaklah jauh sangat. Kami menaiki teksi untuk ke

sana. Pada jam 11.57 malam itu bermulalah suatu siri perjalanan dan pengalaman

menggunakan kereta api...47

Di dalam Travelog Debu-Debu Kota 1000 Menara (2011), Farid Rashidi ada

mencatitkan:

Bumi anbia sekali lagi dikejutkan dengan berita pembunuhan kejam dan kematian

seorang pelajar iaitu Muhammad bin Ishak, Kuliah Usuluddin Tahun 3, Universiti

46

Sila lihat Muhammad Ibrahim Munsyi, 1980. Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi, hlm. 24. 47

Sila lihat Abdul Rahim Adam, 1994. Pengembaraan Ke Negeri China, hlm. 20.

Page 39: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

32

Al-Azhar cawangan Mansurah. Beliau meninggal dunia pada tarikh 13 Jun 2007.

Kejadian berlaku jam 7.00 petang waktu Mesir…48

Pembubuhan tarikh dan masa yang tepat di dalam penulisan travelog penting kerana

travelog itu boleh dijadikan sebagai bahan bukti seandainya berlaku sesuatu peristiwa penting

semasa pengembaraan itu. Selain itu, pembubuhan tarikh dan masa di dalam penulisan

travelog penting kerana ia boleh digunakan sebagai bahan rujukan pada masa-masa akan

datang.

Ciri ketiga yang dominan dalam travelog Melayu ialah terdapatnya pelukisan

pemikiran dan perasaan penulis di dalam karya-karya ini. Pusat penceritaan dalam karya-

karya travelog Melayu tidak hanya tertumpu kepada rentetan peristiwa dan keindahan

pemandangan yang dilalui penulisnya sahaja, tetapi meliputi juga pelukisan pemikiran dan

perasaan peribadi penulis tersebut. Sebagai karya ego, penulisnya bukan sahaja merakamkan

pengembaraan luaran yang dilaluinya, tetapi turut merakamkan pengembaraan dalamannya.

Ciri ini dipelopori oleh Abdullah Munsyi di dalam Kisah Pelayaran Abdullah. Sebagaimana

yang pernah dinyatakan oleh Kassim Ahmad:

Seorang pengarang bukan lagi seorang tukang tulis yang menggubah untuk keperluan

dan kesenangan tuannya, melainkan seorang manusia yang berperibadi sendiri ‘dengan

pendapatnya dan pendiriannya sendiri…49

Pandangan ini turut terakam di dalam Pengembaraan Ke Kedah, Perlis dan Kelantan,

tulisan Za’ba.

48

Sila lihat Farid Rashidi, 2011. Travelog Debu-Debu Kota 1000 Menara, hlm. 184. 49

Sila lihat Kassim Ahmad, 1981, Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan Ke Judah hlm. Xiv.

Page 40: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

33

Membuat pandangan (jika masuk dalam surat khabar) berjalan-jalan ke negeri orang

jika sekadar ditulis apa yang nampak sahaja tidak berapa berguna jika tidak dituliskan

bagaimana fikiran dan perasaan kita pada yang tempat itu...50

Pelukisan pemikiran dan perasaan di dalam karya-karya travelog Barat telah bermula

lebih awal, iaitu pada abad ke-18.

Seperti yang pernah dinyatakan oleh William Spengemann, “…it is at this time there

is a change in the apparent subject of the narrative from the things seen to the person seeing

them,….and a movement of the narrator towards the experiential center of his narrative.”51

Casey Blanton turut menambah, “…the emotions, thoughts and personal quirks of the

narrator become more accessible and more dominant within the narrative and the world

itself….”52

Oleh yang demikian, pelukisan pemikiran dan perasaan ke dalam karya-karya travelog

Melayu bukanlah suatu ciri yang baru, ia telah wujud di dalam travelog Barat lebih awal lagi.

Perbandingan Antara Travelog Barat Dengan Travelog Melayu

Berdasarkan kepada huraian yang telah diberikan, dapat dilihat bahawa kedua-dua

jenis travelog merupakan rakaman mengenai masyarakat, kejadian, pemandangan, pemikiran

dan perasaan penulis semasa menjelajahi dunia asing. Travelog Melayu merupakan sejenis

karya ego, sebagaimana keadaannya travelog Barat, di mana pusat penceritaan karya-karya

ini berkisar pada pengalaman penulisnya yang telah menjejaki, merenungi dan menghayati

sesuatu destinasi.

50

Sila lihat Za’ba, 2008. Pengembaraan Ke Kedah, Perlis dan Kelantan, hlm. Mukadimah. 51

Sila lihat Spengemann, W. C., 1989. The Adventure Muse: The Poetics of American Fiction 1789-190, hlm.

67. 52

Sila lihat Blanton, C., 2002. Travel Writing : The Self and The World, hlm. 11-12.

Page 41: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

34

Perbandingan di antara travelog Melayu dan travelog Barat dirasakan perlu dilakukan

untuk melihat titik persamaan dan perbezaan antara keduanya. Walaupun mempunyai

beberapa persamaan yang dominan, travelog Melayu masih tetap mempunyai keunikannya

yang tersendiri. Setiap karya travelog yang dihasilkan mempunyai identitinya yang

tersendiri. Keadaan ini lebih menonjol di dalam karya-karya travelog haji.

Oleh itu, pendapat yang mengatakan bahawa travelog Melayu banyak mendapat

pengaruhnya daripada travelog Barat adalah tidak benar sepenuhnya. Travelog Melayu tidak

meminjam daripada travelog Barat secara membuta tuli tanpa membuat penyesuaian,

pengubahsuaian dan pengolahan mengikut syariat Islam dan keadaan masyarakat Melayu

ketika itu.

Pengubahsuaian dan pengolahan ini perlu dilakukan agar travelog Melayu

mempunyai identitinya sendiri dan dapat melaksanakan peranan-peranannya dalam

masyarakat dengan lebih berkesan. Apakah peranan-peranan travelog Melayu yang

dimaksudkan ini? Di dalam Bab 3, akan dibincangkan dengan jelas peranan travelog dalam

masyarakat Melayu.

********

Page 42: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

35

BAB 3

PERANAN

TRAVELOG MELAYU

Pendahuluan

Sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam Bab 2, tujuan utama kuasa Barat

menjalankan ekspedisi pengembaraan adalah untuk mendapat kekayaan (gold), keagungan

(glory) dan menyebarkan agama, atas dasar keagamaan (gospel).53

Hal ini diperkukuhkan

lagi dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Mary Baine Campbell dan Mary Louise Pratt

yang telah mengaitkan catatan travelog Barat dengan projek imperial.54

Mereka berdua

bersependapat bahawa penulisan travelog Eropah merupakan salah satu alat yang penting

dalam penyebaran ideologi imperialisme Barat, khususnya pada abad ke-19. Ini adalah

kerana karya-karya travelog Barat yang dihasilkan pada abad ini banyak yang

menggambarkan penaklukan Barat bukan sahaja sebagai kemenangan ketenteraan, tetapi

lebih kepada usaha memperteguhkan kuasa mereka ke dalam minda masyarakat yang

ditakluki.55

Adakah penghasilan travelog-travelog Melayu abad ke-19, iaitu Kisah Pelayaran

Abdullah dan Hikayat Perintah Negeri Benggala dan Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim

Munsyi, juga merupakan salah satu alat penyebaran ideologi kolonialisme Barat di tanah

jajahan? Adakah tujuan-tujuan utama pengembaraan masyarakat Melayu sama seperti

pengembaraan para pengembara Barat, iaitu untuk mendapat kekayaan, keagungan dan atas

53

Sila lihat Bab 2, Bahagian Evolusi Travelog Barat. 54

Sila rujuk Campbell, B.M., 1988, The Witness and The Other World: Exotic European Travel Writing 400-

1600, hlm. 15-20 dan Pratt, M. L., 1992. The Imperial Eyes : Travel Writing and Tranculturation, hlm. 7. 55

Sila lihat Pratt (1992), hlm. 7.

Page 43: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

36

dasar keagamaan? Di dalam Bab 3 ini, akan saya bincangkan persoalan-persoalan ini

dengan lebih lanjut.

Tujuan Utama Orang Melayu Mengembara

Secara umumnya, berdasarkan kepada bahan-bahan yang dikaji, antara tujuan utama

orang Melayu mengembara adalah untuk menimba pengalaman, mencari ilmu, menjalankan

tugas dan mencerap iktibar dari kepelbagaian budaya bangsa yang hidup di muka bumi Allah

S.W.T. Namun, tidak kurang juga mereka yang mengembara atas urusan agama. Kembara

seorang hamba menuju Tuhan dalam menyahut seruan agung Penciptanya dalam

menegakkan Rukun Islam yang kelima, iaitu menunaikan ibadah haji. Pengembaraan ini

bukan sekadar kembara fizikal semata-mata, tetapi merupakan kembara ilmu dan spiritual

yang begitu menyentuh perasaan.

Berdasarkan kepada tujuan-tujuan yang telah dinyatakan di atas, kita akan dapati

bahawa salah satu tujuan utama orang-orang Melayu melakukan pengembaraan, sama ada di

tanah sendiri atau di tanah asing, adalah untuk mendapatkan kekayaan. Misi pengembaraan

orang Melayu untuk mendapatkan kekayaan, di sini, pada umumnya, adalah untuk

mendapatkan kekayaan dari segi ilmu pengetahuan, bukan untuk mendapatkan kekayaan

material seperti emas, wang ringgit dan harta benda semata-mata. Orang Melayu

mengembara untuk mendapatkan ilmu, baik ilmu duniawi atau ukhrawi, untuk

memperkayakan diri dengan pengetahuan yang bermanfaat untuk kegunaan di dunia dan di

akhirat. Dengan adanya ilmu di dada, seseorang itu diharapkan dapat melepaskan dirinya

daripada kedaifan dan kejahilan dan dapat mengecapi kehidupan yang lebih selesa dan

bermakna. Pengembaraan untuk mendapatkan ilmu akan disentuh dengan lebih mendalam

lagi di dalam Bab 4 nanti.

Page 44: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

37

Orang Melayu juga mengembara atas urusan agama. Jika pengembara awal Barat

mengembara untuk menyebarkan agama, orang Melayu mengembara untuk mendekatkan diri

mereka kepada agama, mendekatkan diri kepada Tuhan dengan mengerjakan ibadah haji dan

menziarah ke tempat-tempat suci. Pengembaraan ini bersifat spiritual dan pengalaman yang

diraih berlainan daripada seseorang individu dengan individu yang lain. Di dalam Bab 5

nanti, akan dibincangkan pengembaraan spiritual ini dengan lebih lanjut lagi.

Jika pengembara awal Barat mengembara atas tujuan untuk mendapatkan keagungan

dan kemuliaan untuk diri sendiri dan bangsa mereka, orang Melayu mengembara untuk

melihat keagungan ciptaan Tuhan. Ini adalah kerana dalam misi mengembara untuk

mendapatkan ilmu dan mendekatkan diri kepada Tuhan, tidak secara langsung, seseorang itu

juga dapat melihat keindahan alam, sekali gus melihat keagungan dan kebesaran Tuhan.

Disebabkan oleh tujuan pengembaraan yang berbeza-beza ini, maka sudah pasti

tujuan travelog-travelog ini ditulis juga berbagai-bagai. Antara tujuan yang paling menonjol

mengapa travelog Melayu dihasilkan ialah untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat. Di

samping itu, travelog ini juga dihasilkan sebagai wadah menyebarkan ajaran agama dan

platform menyedarkan masyarakat agar bangun demi mencapai kejayaan.

Tujuan Utama Travelog Melayu Dihasilkan

Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan Dengan Masyarakat Umum

Salah satu cara yang berkesan untuk berkongsi ilmu yang diraih semasa pengembaraan

ialah melalui penulisan travelog. Memandangkan penulisan travelog dalam bahasa Melayu

amat berkurangan, beberapa orang penulis tempatan telah mengambil inisiatif untuk

memperbanyakkan bahan bacaan dalam genre ini bagi santapan masyarakat Melayu pada

zaman-zaman mereka.

Page 45: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

38

Sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh Muhammad Said dalam travelognya yang

kedua, Perihal London dan Bandar-Bandar Berhampiran (1939):

...bagi menyatakan sedikit hal Bandar London yang mashor itu bagi pengetahuan

orang-orang yang tiada tahu bahasa Inggeris kerana jika tak salah belum ada karangan

seumpama ini dalam bahasa Melayu….56

Muhammad Said, tokoh kelahiran Johor, adalah antara pelopor penulis travelog

Melayu abad ke-20 yang telah merakamkan apa yang telah dilihat dan dialaminya semasa di

dunia Barat. Beliau merupakan penulis Melayu pertama yang telah mendokumentasikan

pengalaman perjalanannya ke Eropah.

Tujuan utama Muhamad Said menulis travelog ini, di samping menjadikannya

sebagai panduan bagi masyarakat Melayu yang mahu ke Eropah, adalah untuk

memperbanyakkan bilangan bahan bacaan berbahasa Melayu dalam genre ini. Ini

dirasakannya perlu kerana pada waktu itu, bahan bacaan yang berbentuk catatan perjalanan

masih amat ketandusan.

Selain Muhammad Said, A. Samad Said juga menghasilkan travelognya Diari

Kembara (1989) atas tujuan yang sama. Sebagaimana katanya dalam bahagian Prolog

travelog itu:

Memikirkan bahawa kebetulan saja karya genre ini amat jarang diamalkan, ditulis

sasterawan, maka saya bersetuju membukukannya. Betapa pun, saya mengambil

hanya catatan-catatan harian yang ada sangkut-paut dengan (atau sekitar) kembara

saja.

56

Sila rujuk Muhammad Said, 1939. Perihal London dan Bandar-Bandar Berhampiran, bahagian

Pendahuluan.

Page 46: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

39

Kepada generasi 90-an, khususnya, saya tujukan diari kembara ini juga untuk

membayangkan sejauh mana sebenarnya sesuatu kembara budaya boleh

berkembang.57

Dengan adanya usaha oleh para penulis tempatan untuk menghasilkan karya-karya

travelog, bilangan travelog dalam bahasa Melayu semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Sebagaimana yang tertulis di dalam majalah Dewan Bahasa keluaran Mei 2004:

Sejauh yang dapat ditelusuri, terdapat sekitar 50 buah buku perjalanan berbahasa

Melayu. Bilangan ini merupakan bukti bahawa penerbitan buku perjalanan sudah

menjadi tradisi dalam dunia persuratan Melayu.58

Dengan adanya lebih banyak karya travelog di pasaran, rakaman pengalaman sesuatu

pengembaraan dapat disebarkan kepada khalayak ramai.

Pada umumnya, karya-karya travelog Melayu abad ke-19 hingga abad ke-21 ini masih

terikat dengan motif utilitarian, iaitu memberikan maklumat tentang masyarakat dan tempat-

tempat yang dilawati untuk dikongsi bersama bagi manfaat masyarakat Melayu yang tidak

berkesempatan menyaksikan dengan mata sendiri akan tempat-tempat yang dilawati itu. Ini

kerana walaupun sistem pengangkutan darat, air mahupun udara serta teknologi komunikasi

semakin canggih dan cepat, tidak semua masyarakat Melayu yang masih mampu melawat ke

tempat-tempat berkenaan.

Oleh itu, dengan adanya penulisan travelog seumpama ini, sedikit sebanyak mereka

kenal akan tempat-tempat ini, supaya tidak diibaratkan ‘seperti katak di bawah tempurung’.

Atas tujuan mahu berkongsi bersama pengalaman yang dilalui semasa di tempat asing ini

maka lahirkan travelog-travelog ini.

57

Sila lihat A.Samad Said, 1989. Diari Kembara, hal. Prolog. 58

Sila lihat Dewan Bahasa, keluaran Mei 2004, hal. 25.

Page 47: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

40

Sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh A.Samad Said di dalam bahagian Debar

Pertama dalam travelognya, Warkah Eropah (1991):

...Walaupun himpunan warkah ini seperti peribadi sifatnya, tapi, saya dapati, kesan-

kesan pertembungan saya dengan tempat, manusia, buku dan ataupun mimpi asing

itu masih tetap dapat juga bercerita kepada sesiapa saja. Kerana demikian sifat dan

nadanya, maka saya harap ia masih tetap berguna kepada pembaca umum,

terutamanya kepada mereka yang kebetulan belum lagi melihat atau menjamah

Perancis dan England.59

Selain Warkah Eropah, travelog Kembara Ke Angkasa : Catatan Memoir

Angkasawan Malaysia Pertama (2007) yang menggambarkan perjalanan Sheikh Muszaphar

Shukor al-Masrie ke angkasa lepas, turut dibukukan atas tujuan mahu berkongsi maklumat

dengan masyarakat Melayu mengenai keadaan di angkasa.

Dengan terhasilnya travelog ini, walaupun tidak berpeluang menjejakkan kaki ke

angkasa, masyarakat Melayu dapat diberikan gambaran sedikit sebanyak mengenai keadaan

di dalam kapal angkasa seperti bagaimana angkasawan menjalankan kehidupan sehari-hari,

contohnya makan, tidur dan melaksanakan rukun Islam seperti bersolat.60

Karya-karya travelog Melayu juga dihasilkan agar ianya boleh dijadikan panduan oleh

pengembara akan datang yang hendak melawat ke tempat itu. Sebagaimana yang pernah

dinyatakan oleh Harun Aminurrashid di bahagian Pendahuluan travelognya Chatetan Ka-

Tanah Suchi (1960):

Chatetan2 itu saya tulis tiap2 hari yang saya perchaya tentu berguna kapada para

pembacha yang ingin mengetahui dengan terang apa yang saya buat atau bagaimana-

59

Sila lihat A. Samad Said, 1991. Warkah Eropah, hlm. Debar Pertama. 60

Sila rujuk Sheikh Muszaphar Shukor, 2010. Kembara Ke Angkasa : Catatan Memoir Angkasawan Malaysia

Pertama (2007). hlm. 241-245.

Page 48: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

41

kah yang sa-benar-nya menjalankan kerja-2 Haji itu yang di-laku-kan oleh tiap2 orang

yang pergi menunaikan fardhu haji rukun Islam yang kelima itu.

Di-dalam chatetan2 tiap2 hari ini dapat-lah sadikit sabanyak mengkaji atau

mempelajari keadaan hawa di-tanah Arab yang selalu kita dengar daripada cherita2

orang yang balek dari Tanah Haram mengatakan sangat panas, bagitu juga persiapan2

yang mustahak di-bawa untok menunaikan fardhu Haji itu dan belanja2 yang mesti di-

siapkan serta mengetahui sadikit sa-banyak suasana di-Tanah suchi itu terutama

keadaan pendudok-nya ia-itu orang2 Arab.

Walau pun buku ini bukan bertujuan menjadi sa-buah kitab Bab Haji, tetapi dapat-lah

di-ikuti dengan jelas bagaimana menjalankan pekerjaan2 Haji itu dari awal hingga

selesai.61

Harun menghasilkan travelog ini agar ianya dapat memberikan panduan kepada

jemaah haji yang akan menunaikan fardhu haji buat kali pertama. Dengan adanya panduan

yang sedemikian, jemaah haji ini dapat mempersiapkan diri, baik dari segi mental,

kesihatan mahupun wang ringgit, sebelum menjejakkan kaki mereka ke Tanah Arab yang

sudah pasti keadaannya jauh berbeza dengan keadaan di Tanah Melayu. Panduan yang

diberikan ini sangat berguna agar jemaah haji ini tidak terpinga-pinga seperti ‘rusa masuk

kampung’ apabila berada di sana.

Berdasarkan kepada tukilan-tukilan dan perbincangan di atas, dapat dilihat bahawa

travelog Melayu masih terikat dengan motif utilitarian, iaitu memberikan maklumat tentang

masyarakat dan tempat-tempat yang dilawati untuk dikongsi bersama bagi manfaat

masyarakat Melayu yang tidak berkesempatan menyaksikan dengan mata sendiri akan

tempat-tempat yang dilawati itu. Oleh yang demikian, sebagai pemberi maklumat mengenai

61

Sila lihat Harun Aminurrashid, 1960. Chatetan Ka-Tanah Suchi, hal. Pendahuluan.

Page 49: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

42

dunia asing yang dikunjungi, travelog merupakan sumber ilmu kepada si pengembara.

Pengembaraan sebagai sumber ilmu, bukan sahaja dapat memberikan ganjaran kepada

pengembara itu sendiri, tetapi juga dapat dimanfaatkan oleh masyarakat umumnya.

Namun, perkongsian ilmu yang diraih di dalam travelog Melayu bukan hanya terbatas

kepada maklumat mengenai tempat-tempat yang dikunjungi, tetapi juga merangkumi ilmu-

ilmu lain yang ingin dikongsi oleh si pengembara.

Salah satu contoh travelog seumpama ini ialah travelog Chatetan Menjelajah Ka-

Eropah (1964) tulisan Harun Aminurrashid. Harun telah ke Eropah pada tahun 1962 selama

2 bulan, iaitu pada bulan Mei hingga bulan Julai. Beliau telah ke sana bersama-sama Talib

Ali dari Malaysia Press Ltd. dan Raja Md Yusof Ahmad dari Ahmadiah Press yang antara

lain bertujuan untuk menghadiri pameran antarabangsa mesin percetakan yang diadakan di

bandar Dusseldorf, Jerman Barat.

Melalui pengembaraannya ini, selain berkongsi pengalamannya mengenai keadaan

tempat dan masyarakat yang dikunjungi, pembaca juga didedahkan sedikit-sebanyak kepada

dunia percetakan. Pembaca diperkenalkan kepada beberapa perkakas yang digunakan dalam

percetakan misalnya, mesin pencetak, mesin penapis bubuh-kayu (wood pulp), mesin angka

(numbering machine) dan dakwat pencetak. Selain itu, pembaca juga dikenalkan kepada

beberapa jenis kayu yang boleh dijadikan kertas, iaitu spruce, pine, birch dan aspen.

Di samping itu, Harun turut mengajak pembaca mempelajari beberapa perkataan dan

frasa dari bahasa-bahasa Eropah yang telah beliau pelajari. Antara bahasa-bahasa yang

berjaya dipelajarinya ialah bahasa Finnish dan bahasa Portugis. Sebagaimana katanya:

Bahasa orang Finland sangat berlainan daripada bahasa orang Inggeris, Perancis

dan Jerman. Saya dengar irama-nya saperti rentak bahasa Inggeris, kadang2

saperti bahasa Melayu. Perhatikan sadikit bahasa-nya yang dapat saya kutip:

katu = jalan

Page 50: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

43

stil = gaya62

Di Lisbon ini banyak pokok apple, limau, khorma dan zaitun. Ikan menjadi

makanan utama kapada tiap2 orang di-sini, sa-hingga pada pesta menyambut hari

chuti ini di-adakan pesta panggang ikan sa-chara besar2-an dalam Bandar. Di-

bawah ini ada sadikit bahasa Portugis yang saya pelajari sa-lama di-sini ia-itu:-

Terima-kaseh - Muito obrigado

Selamat pagi - Bons dias

Selamat petang - Boas tardes

Apa khabar - Como esta?”63

Sebuah lagi travelog yang kaya dengan ilmu ialah travelog Kembara Ke Angkasa:

Catatan Memoir Angkasawan Malaysia Pertama (2010), khususnya ilmu angkasa lepas.

Menurut Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, ilmu angkasa lepas ini

merangkumi pelbagai bidang ilmu termasuklah ilmu sains, teknologi, geografi, matematik

dan fizik.64

Di samping dua buah travelog yang telah dinyatakan, Cinta Alhambra (2005) karya

Hasan Ali juga cukup sarat dengan ilmu, iaitu ilmu sejarah. Travelog ini padat dengan

paparan kisah-kisah sejarah setiap tempat yang dilawatinya. Pembaca bukan sahaja

dihidangkan dengan penerangan yang terperinci mengenai tempat-tempat itu, tetapi mereka

turut diberikan latar belakang sejarah tempat yang dikunjungi.

62

Sila lihat Harun Aminurrashid, 1964. Chatetan Menjelajah Ka-Eropah, hlm. 28. 63

Ibid., hlm. 53. 64

Sila rujuk Sheikh Muszaphar Shukor, 2010. Kembara Ke Angkasa: Catatan Memoir Angkasawan Malaysia

Pertama, hlm. 275-283.

Page 51: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

44

Sebagai contoh, semasa menjelajahi Sepanyol, selain menceritakan keadaan

sekitarnya yang cantik dan tenang, pembaca turut disajikan dengan sejarah kota raya

Cordoba. Sila lihat contoh kisah sejarah di bawah ini:

...kota raya Cordoba ini pernah menjadi ibu kota seluruh Andalusia sekitar tahun 756.

Penemuan tiga budaya- Arab (Moorish), Nasrani dan Yahudi – tidak pernah

menggugat keharmonian penduduknya, sehingga suatu ketika berlaku perselisihan

antara puak Abasiyyah dengan puak Umayyah yang akhirnya membolehkan Putera

Mahkota Abdul Rahman mengambil alih pemerintahannya dan mendapat kebebasan

daripada pemerintahan Baghdad. Pada tahun 929, Abdul Rahman III

mengisytiharkan dirinya sebagai Khalifah agung di Cordoba yang mendapat

kemerdekaan penuh.

Pada zaman pemerintahan Abdul Rahman III, Cordoba mengalami zaman

kegemilangannya. Penduduknya meningkat kepada lebih sejuta orang dan sebanyak

1600 buah masjid telah didirikan. ......65

Catatan sejarah mengenai tempat-tempat yang dikunjungi ini memberikan manfaat

bukan sahaja kepada para pembaca zamannya, tetapi dapat juga dimanfaatkan oleh generasi-

generasi akan datang. Oleh itu, tidak keterlaluan jika dikatakan travelog Melayu merupakan

salah satu sumber sejarah yang penting. Travelog Melayu bukan sahaja mengandungi fakta

sejarah mengenai sesuatu tempat dan masyarakatnya, tetapi turut merakamkan nilai,

pemikiran dan pendapat para penulisnya, dari zaman silam hingga zaman kontemporari,

mengenai sesuatu perkara.

Sebagaimana yang pernah dikatakan oleh Harun Aminurrashid di dalam Melawat

Negara Tetangga (1962):

65

Sila lihat Hasan Ali, 2005. Cinta Alhambra, hlm. 25.

Page 52: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

45

Menulis kisah-kisah lawatan atau perjalanan kita dengan jelas dan betul, ialah sama

juga dengan menulis sejarah pada zaman kita sekarang yang akan dibaca dan dikaji

oleh anak cucu kita, bangsa kita atau manusia-manusia yang hidup pada zaman-

zaman akan datang terus-menerus.66

Di dalam karyanya yang lain, iaitu Chatetan Menjelajah Ka-Eropah (1964) pula,

Harun ada mengatakan:

Chatetan sa-hari2 yang kita lihat, dengar dan rasai kalau di-chatet dengan betul dan

jujor, itu ada-lah satu pesaka yang sangat berharga dari segi peninggalan sejarah.

Kebanyakan buku2 sejarah dunia hari ini ada-lah keumpulan dari hasil2 chatetan sa-

hari2.67

Karya-karya travelog amat penting kepada generasi akan datang. Segala catitan yang

terakam di dalam sesebuah travelog itu bukan sahaja berguna kepada masyarakat zaman

travelog itu ditulis, tetapi turut bermanfaat kepada masyarakat zaman sekarang dan akan

datang. Dengan adanya, catitan perjalanan sebegini, masyarakat dapat mengenal tempat,

masyarakat dan perkara-perkara yang pernah wujud pada zaman silam, di dalam mahupun di

luar negara.

Para pembaca bukan sahaja diperkenalkan kepada sejarah tanahair, tetapi juga kepada

sejarah negara asing. Salah satu sejarah tanahair yang dapat dikutip dari travelog-travelog

Melayu yang dikaji ialah sejarah negeri Pahang, Kelantan dan Trengganu.

Dua contoh yang ingin saya kemukakan di sini ialah travelog Kisah Pelayaran

Abdullah (2005) dan Mengesan Jejak Pelayaran Abdullah Munshi (1965). Abdullah dan

Harun telah merakamkan lawatan mereka ke Pahang, Kelantan dan Trengganu. Perbezaan

masa antara pengembaraan Abdullah dan Harun ialah 130 tahun. Dalam masa lebih 100

66

Sila lihat Harun Aminurrashid, 1962. Melawat Negara Tetangga, Bahagian Pendahuluan. 67

Sila lihat lihat Harun Aminurrashid, 1964. Chatetan Menjelajah Ka-Eropah, Bahagian Pendahuluan.

Page 53: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

46

tahun, banyak perubahan telah berlaku. Beberapa perkara yang berlaku pada zaman

Abdullah, baik dari segi politik, ekonomi dan sosial tidak lagi wujud pada zaman Harun.

Di Pahang, misalnya, pada zaman Abdullah, dengan keterangan yang dirakamkan di

dalam Kisah Pelayaran Abdullah, pembaca telah diberikan gambaran bahawa di negeri itu

pada waktu itu tidak ada tempat belajar atau sekolah.

Maka ada-lah saya tersangat dukachita ada-nya: sebab sayang hati mendengarkan

bunyi bahasa mereka itu terlalu bagus lagi dengan manis-nya kerana tiada mereka itu

mahu belajar bahasa-nya sendiri, pun tiada ia menaroh akan tempat belajar itu.68

Harapan dan impian Abdullah itu telah terlaksana juga akhirnya, kerana apabila

Harun melawati negeri Pahang pada tahun 1965, keadaannya sudah berubah.

Ketika saya membacha keterangan berkenaan kemajuan persekolahan di-negeri

Pahang, saya dapati negeri ini telah mempunyai 392 buah sekolah dalam ber-jenis2

jurusan. Di-antaranya saya dapati Sekolah Rendah Kebangsaan ia-itu dahulu-nya di-

namakan Sekolah Melayu ada sa-banyak 221 buah dan Menengah Kebangsaan ia-itu

Sekolah Menengah Melayu telah ada dua buah.69

Di negeri Terengganu pula, semasa Abdullah berkunjung ke sana, negeri itu masih

ditadbir mengikut sistem pemerintahan beraja dengan kuasa mutlak. Setiap perintah raja

mesti dijalankan dan setiap kehendak baginda mesti ditunaikan, jika tidak seseorang itu

boleh dicap sebagai penderhaka dan boleh dibunuh. Untuk melicinkan urusan pentadbiran

negeri, raja melantik beberapa orang pembesar dalam pelbagai jawatan dengan kuasa dan

tugas masing-masing.

68

Sila lihat Sweeney, A., 2005. Karya Lengkap Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi, Jilid 1, hlm. 106. 69

Sila lihat Harun Aminurrashid, 1965. Mengesan Jejak Pelayaran Abdullah Munshi, hlm. 60.

Page 54: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

47

Sesuai dengan kedudukan raja yang begitu istimewa dalam masyarakat, terdapat pula

beberapa larangan diraja yang sepenuhnya dikuatkuasakan ke atas rakyat supaya tidak ada di

antara mereka yang cuba menyamai baginda. Sebagai contoh, orang ramai tidak dibenarkan

memakai atau menggunakan kain kuning.

Maka kata sahaya,’Datuk mata-mata, bagaimana adat negeri ini, dan apa-apa

larangannya? Kerana sahaya sekalian orang baharu datang, belum tahu adat, hendak

berjalan-jalan ke pasar mencari bekal-bekal.’ Maka jawabnya,’Begini hari belum ada

pasar, kerana adat di sini petang sahaja ada pasar. Maka seperti larangan negeri ini,

apabila melalui kampung raja tiada boleh berpayung dan tiada boleh pakai kasut dan

pakaian kuning dan khasah nipis; sekalian itu larangan sekali-kali.70

Segala yang pernah ditempuhi oleh Abdullah merupakan sejarah bagi generasi-

generasi selepasnya, kerana ketika Harun menjelajahi Terengganu 130 tahun kemudian,

iaitu pada tahun 1965, larangan yang telah dinyatakan di atas, tidak wujud lagi.

Sebagaimana katanya:

Semua yang di-katakan oleh Abdullah itu sekarang tiada lagi, saya dapati banyak

orang yang berpayong dan hampir semua orang memakai kasut walau lalu di-mana

pun.71

Oleh yang demikian, tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa karya-karya travelog

Melayu merupakan salah satu sumber sejarah yang penting. Karya-karya ini wajar dianggap

sebagai sumber sejarah kerana di dalamnya terdapat catatan mengenai ekonomi, sosial dan

politik masyarakat. Justeru itu, ia boleh dijadikan panduan dalam mengetahui sejarah

masyarakat itu bagi generasi-generasi akan datang.

70

Sila lihat Sweeney, A., 2005. Karya Lengkap Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi, Jilid 1, hlm. 112-113. 71

Sila lihat Harun Aminurrashid, 1965. Mengesan Jejak Pelayaran Abdullah Munshi, hlm. 84.

Page 55: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

48

Sedangkan Sejarah Melayu yang penuh dengan mitos dan legenda dapat diterima

sebagai karya sejarah atau sumber sejarah Melayu yang penting72

, inikan pula karya-karya

travelog Melayu yang merupakan catitan dan huraian yang didasarkan pada penyaksian dan

pengalaman secara langsung oleh penulisnya. Seperti yang telah dinyatakan oleh Harun

dalam Mengesan Jejak Pelayaran Abdullah Munshi (1965):

Mungkin apa yang telah saya tulis itu ada yang tidak sesuai kapada sa-bahagian para

pembacha, tetapi apa yang telah saya tulis itu ada-lah dari pendapat dan kacha mata

saya sendiri, tidak meminjam pendapat dan kacha mata orang lain.73

Travelog Melayu di samping menjadi sumber ilmu, ianya juga merupakan sumber

sejarah yang penting dalam mengenal dan memahami ekonomi, politik dan sosiobudaya

sesuatu masyarakat.

Untuk Mengkritik Bagi Menyedarkan Masyarakat

Sejak zaman Abdullah Munsyi lagi, travelog Melayu telah digunakan sebagai salah

satu wadah untuk mengkritik masyarakat. Kritikan sinis para penulis tempatan bukan sahaja

tertuju kepada masyarakat umum, tetapi juga melibatkan golongan istana dan para pemimpin.

Kisah Pelayaran Abdullah merupakan karya Melayu pertama yang berani mengkritik

raja-raja Melayu. Antara tegurannya terhadap raja-raja Melayu adalah seperti di bawah ini:

Kerana adalah mereka itu sekali-sekali tiada ia menurut jalan Allah taala dan hukum

Allah melainkan sentiasa ia melakukan hukum nafsu dirinya. Maka adalah diluluskan

Allah akan seorang mengambil harta seorang dengan tiada redanya? Atau seorang

mengambil anak isteri seorang dengan kekerasannya? Atau seorang membunuhkan

akan seorang dengan tiada sebenarnya? Atau seorang membuat barang sekehendak

72

Sila lihat Othman Putih, 1989. Sejarah Melayu: Satu Kajian Daripada Pensejarahan Budaya, hlm. 3. 73

Sila lihat Harun Aminurrashid, 1965. Mengesan Jejak Pelayaran Abdullah Munshi, hlm. Pendahuluan.

Page 56: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

49

hatinya atas hamba Allah sebab ia raja? Maka sahaya lihat segala zalim ini adalah

dalam Negeri Melayu. Maka sebab itulah sahaya mengaku di atas diri sahaya bahawa

sesungguhnya inilah sekalian alamat negeri-negeri itu akan binasa, dengan tidak syak

lagi di dalamnya.74

Kritikan yang diberikan oleh Abdullah terhadap sistem pemerintahan dan keadilan di

negeri-negeri yang diperintah oleh Raja-Raja Melayu yang dilihatnya semasa

pengembaraannya ke Kelantan, Pahang dan Terengganu adalah hasil perbandingan yang

dibuat dengan pentadbiran dan pemerintahan Inggeris. Segala yang dilihat Abdullah dalam

masyarakat Melayu yang dilawatinya ini dibuat perbandingan dengan kehidupan orang-orang

Melayu di bawah pemerintahan Inggeris. Sebagaimana katanya lagi:

Syahdan, maka berfikir-fikirlah sahaya sendiri sambil sahaya bandingkan, lalu

terkenanglah sahaya akan hal dan adat dan kesenangan orang yang duduk di bawah

perintah Inggeris, kerana adalah hal orang itu masing-masing seperti raja juga adanya,

dengan tiada seorang takut akan seorang, dan tiada boleh seorang menganiayai akan

seorang, sebab segala perintah dan hukumannya itu menuju kepada suatu perkara

yang besar, iaitu kesenangan hati bagi segala rakyatnya juga.75

Kritikan Abdullah terhadap sikap dan pemerintahan raja-raja Melayu yang kurang

elok ini wajar. Beliau sedar ketidakadilan dan penganiayaan itu perlu dirakamkan kerana

beliau tidak mahu bersubahat dan menyaksikan sahaja kekejaman yang dilakukan oleh raja

terhadap rakyat yang tidak berdaya.

Namun, adakah karya travelognya dihasilkan semata-mata untuk mengagungkan

penjajah kolonial? Adakah karya travelognya ini ditulis untuk menyebarkan ideologi

kolonialisme Barat di Tanah Melayu? Apa yang perlu diketahui, pujian-pujian Abdullah

74

Sila lihat Sweeney, A., 2005. Karya Lengkap Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi, Jilid 1, hlm. 167. 75

Ibid., hlm. 111-112.

Page 57: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

50

terhadap pemerintahan kolonial tidak boleh dijadikan ukuran bahawa beliau mengagungkan

pihak kolonial kerana walaubagaimana banyak sekalipun pujian yang dilontarkan oleh

Abdullah terhadap pihak kolonial, ada ketikanya, Abdullah turut mengecam peri laku buruk

pihak kolonial. Sebagaimana katanya:

...maka orang-orang Melaka semuanya menutup pintu rumahnya; maka adalah

berkeliling lorong itu beberapa matrus (kelasi) itu mabuk ada yang memecahkan pintu

rumah orang, dan yang mengejar perempuan berjalan, dan ada yang berkelahi

sesama sendiri...Maka seorang perempuan pun tiada berani berjalan... jangankan

orang baik-baik hamba orang pun tiada kelihatan...sebab diperbuatnya pekerjaan

cabul...76

Abdullah turut mengecam sikap John Crawfurd. Sebagimana katanya:

Tabiatnya tiada ia menaruh sabar, maka dengan segera dia marah...barang sesuatu

perbuatannya itu berlambatan...cenderung kepada kekayaan dunia dan lagi...sangat ia

membesar-besarkan diri dan lagi tabiatnya tiada kuasa mendengar pengaduan yang

lanjut dan tiada kuasa memeriksa hal ehwal orang...77

Ternyata apabila Abdullah mengkritik feudalisme Melayu, kritikannya ini merujuk

kepada kitab Taj us Salatin yang meletakkan tanggungjawab memerintah secara adil kepada

pemegang kuasa. Sebagaimana katanya:

Adapun apabila seorang dijadikan Allah ia raja, bukannya sebab hendak memuaskan

nafsunya dan berbini sepuluh dua puluh atau mencari harta dan membunuh orang

dengan aniayanya, melainkan sebab disuruh Allah memeliharakan manusia, supaya

76

Sila lihat Hikayat Abdullah, Jilid 1(1963), hlm. 65-67. 77

Ibid., hlm. 293-294.

Page 58: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

51

tiada dianiaya oleh seorang akan seorang; itulah gunanya. Maka sebab itu, patutlah

segala raja2 itu menaruh kitab Taju ’s-Salatin dan menilik akan dia pada tiap2 hari...78

Jelasnya Abdullah menegur Raja-Raja Melayu bahawa adalah menjadi tuntutan

agama agar mereka memerintah dengan adil, menjaga kebajikan rakyat dan bukan pula

berfoya-foya dan berleka memakan candu.

Suara reformasi (reformistic voices) di dalam karya-karya travelog Melayu ini terus

meluap-luap pada tahun-tahun selepas kemerdekaan. Harun Aminurrashid turut menyelitkan

beberapa kritikan sosial terhadap masyarakat Melayu di dalam travelog-travelognya. Di

dalam Mengesan Jejak Pelayaran Abdullah Munshi (1965), misalnya, antara kritikan Harun

ialah mengenai kehidupan para nelayan Melayu. Beliau telah membuat perbandingan antara

nelayan-nelayan Melayu di Kelantan dengan para nelayan di negeri-negeri maju seperti

Eropah.

Nasib nelayan2 itu maseh macham dahulu juga, kerana tiada kelihatan perubahan

besar. Mereka maseh menangkap ikan memakai perahu, berharap ketika tedoh di-

laut, menjual kepada orang menyambut di-darat dengan harga2 yang telah di-

tentukan oleh taukeh2, keadaan rumah2 dan penghidupan mereka maseh berupa

rumah2 yang tidak memberi jaminan hidup......Tak ada-kah usaha untok menchari

jalan supaya chara2 lama itu di-ubah dengan chara2 baharu semenjak tanah-ayer kita

telah merdeka....Saya telah melihat nelayan di-negeri2 yang maju saperti di-Eropah,

saya lihat nelayan2 itu mempunyai sharikat besar, ada kapal penangkap ikan banyak,

ada kilang2 ikan untok di-tinkan, ada sekolah perikanan di-tiap2 kawasan kampong

nelayan itu. Oleh itu nelayan itu hidup-nya terator dan terjamin.79

78

Sila lihat Sweeney, A., 2005. Karya Lengkap Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi, Jilid 1, hlm. 153. 79

Sil lihat Harun Aminurrashid, 1965. Menjejak Pelayaran Abdullah Munshi, hlm. 101-102.

Page 59: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

52

Kritikan Harun ini berasas kerana niatnya adalah untuk menyedarkan orang Melayu.

Beliau mahu melihat orang-orang Melayu turut berjaya seperti orang-orang di Barat,

walaupun sumber pendapatan mereka hanyalah sebagai nelayan. Harun tidak mahu orang-

orang Melayu tetap berada di takuk lama. Negara telah merdeka. Zaman telah berubah,

walaupun mereka nelayan, mereka juga boleh mengecap kejayaan seperti yang diraih oleh

nelayan-nelayan di Eropah.

Za’ba dalam travelognya Pengembaraan Ke Kedah, Perlis dan Kelantan (2008),

turut memberikan komen dan kritikan terutamanya berkaitan dengan sikap dan tabiat

masyarakat di negeri-negeri yang dilawatinya. Sebagaimana katanya:

Pendeknya mana orang tua-tua yang mengaji di pondok-pondok seperti ini

pendapatannya hanyalah mendengar akan huraian tok guru sahaja kerana mereka tiada

tahu membaca dan menulis betapa pula hendak memahamkan kitab-kitab. Jauh sekali

hendak berfikir sendiri.80

Berdasarkan tukilan di atas, memandangkan orang-orang yang datang mengaji itu

buta huruf, apa yang mereka raih hanyalah sekadar apa yang disampaikan oleh tok guru yang

mengajar. Namun, sekiranya mereka tahu menulis dan membaca, mungkin lebih banyak lagi

ilmu yang dapat mereka raih kerana dengan adanya kemahiran menulis dan membaca,

mereka boleh mengupas dan memahami kitab yang digunakan dengan lebih mendalam lagi.

Di sini, Za’ba ingin menyedarkan masyarakat Melayu bahawa celik huruf itu penting bagi

mendapatkan lebih ilmu.

Kritikan sosial yang terdapat di dalam karya-karya travelog ini diharapkan dapat

menjadi jentera penggerak kemajuan masyarakat Melayu. Para penulis ini telah menjadikan

travelog bukan sahaja sebagai wadah untuk berkongsi ilmu, tetapi juga untuk membimbing

dan memberi petunjuk kepada orang Melayu agar bangun dan mengecap kejayaan.

80

Sila lihat Za’ba, 2008. Pengembaraan Ke Kedah, Perlis dan Kelantan, hlm. 15.

Page 60: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

53

Setelah dikaji travelog ketiga-tiga abad, apa yang dapat saya kesan ialah kritikan

sosial seperti ini, pada umumnya, lebih menonjol di dalam karya-karya zaman penjajahan dan

zaman awal kemerdekaan. Pengalaman mengembara yang mereka raih telah menjadikan

mereka lebih sensitif akan keadaan hidup masyarakat Melayu yang wujud pada zaman

mereka. Pengembaraan telah ’mencelikkan mata’ mereka mengenai kemunduran,

kemiskinan, kedaifan dan penindasan yang berlaku ke atas masyarakat Melayu. Mereka

mahu orang Melayu keluar dari belenggu kemiskinan dan kemunduran. Pengembaraan telah

membuka mata dan hati mereka untuk melakukan pembaharuan yang dapat mengarah kepada

keadaan yang lebih baik dalam kehidupan masyarakat Melayu. Mereka mahu memperbaiki

cara kehidupan masyarakat Melayu. Di sini, ingin saya tukil kata-kata Dr Mohd Asri Zainul

Abidin yang saya petik daripada travelognya, Travelog Minda Tajdid: Catatan Perjalanan

Dari Tanah Barat (2012),

Setiap kali kita mengembara, kita melihat sesuatu yang baru yang jika pun tidak

mengubah hidup, ia pasti memberi kesan. Bahkan dalam sejarah al-Imam al-Syafi’i,

beliau mengubah banyak fatwanya semasa di Iraq, apabila melihat situasi dan perkara

baru di Mesir. Sehingga pandangan beliau dibahagikan kepada qaul qadim (pendapat

lama) dan qaul jadid (pendapat baru). Beberapa tokoh revivalist Mesir berubah ketika

melawat negara Barat dan begitulah berbagai sejarah manusia berubah disebabkan

kembara.81

Konsep pembaharuan yang dipegang oleh golongan elit Melayu ini bertujuan untuk

membaiki segala hal ehwal yang berkurangan, mengubah segala sifat keadaan yang buruk

kepada baik, menggantikan segala hal manusia yang mundur dengan kemajuan mengikut

81

Sila lihat Dr Mohd Asri Zainul Abidin (2012), hlm. 201.

Page 61: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

54

zaman dan menggantikan segala fikiran yang kuno dan kolot bersendikan akal dan ilmu

pengetahuan. Sebagaimana kata Dr Mohd Asri,

Zaman sudah berubah. Minda dan cara fikir generasi baru juga sudah berbeza. Sejarah

juga akan berubah. Sesiapa yang enggan berubah, mungkin dia diubah.82

Untuk Menyebarkan Dakwah Islamiah

Di samping bertujuan mengkritik masyarakat, travelog Melayu juga memainkan

peranan dalam menyebarkan dakwah Islamiah. Berdakwah di jalan Allah S.W.T. merupakan

suatu kewajipan dan amal ibadah yang paling baik jika dibandingkan dengan amal-amal

ibadah yang lain.83

Ini memandangkan tugas berdakwah adalah satu-satunya tugas utama

yang dilaksanakan oleh para rasul yang telah diutuskan oleh Allah S.W.T. kepada umat

manusia. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 67 yang bermaksud:

Wahai Rasul! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu;

Jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bererti

engkau tidaklah menyampaikan risalah-Nya; Allah jualah akan memeliharamu

daripada (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada

kaum yang kafir.

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Allah S.W.T melarang Rasulullah S.A.W.

daripada menyembunyikan apa juga ilmu dan syariat yang telah diwahyukan oleh Allah

S.W.T. kepadanya. Bahkan menjadi tanggungjawab kepadanya untuk menyampaikan Islam

dan mengajak manusia mengabdikan diri hanya kepada Allah S.W.T. Ternyata tugas dakwah

ini tidaklah terhenti setakat kewafatan baginda Rasulullah S.A.W, sebaliknya ia menjadi

82

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ialah bekas mufti Perlis dan kini pensyarah pengajian Islam di Universiti Sains

Malaysia (USM) 83

Sila rujuk lelaman web http://www.e-jais.gov.my

Page 62: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

55

tanggungjawab umatnya untuk meneruskan tugas dakwah ini agar manusia tidak tersesat

daripada landasan Allah S.W.T. Tanggungjawab berdakwah bukan hanya terletak di bahu

para pendakwah atau para alim ulama’ sahaja, bahkan ianya menjadi tanggungjawab setiap

muslim yang mengaku beriman kepada Allah S.W.T. dan juga hari akhirat.

Justeru itu, berdakwah melalui karya travelog dapat dilihat bukan sahaja di dalam

karya-karya travelog haji, malah di dalam travelog pengembaraan ke negara-negara yang

lain. Penyebaran dakwah Islamiah di dalam karya-karya travelog ini kelihatan lebih ketara

selepas peristiwa 11 September 2001, di mana destinasi pengembaraan para penulis tempatan

lebih tertumpu pada negara-negara di Timur Tengah. Di samping merakamkan pengalaman

semasa berada di negara-negara ini, para penulis ini turut mengambil kesempatan

menyampaikan mesej dakwah.

Antara mesej dakwah yang dapat dikesan di dalam salah sebuah travelog haji yang

dikaji, iaitu Jom Hidupkan Roh Haji : Transformasi Ke Arah Manusia Sempurna, adalah

mengenai kelebihan berdoa. Sebagaimana kata Aki Abdul Wahab:

Lumrahnya manusia berdoa atas dua sebab. Pertama kerana inginkan sesuatu dan

kedua untuk menyelesaikan masalah…Melalui doalah kita merasakan bahawa Allah

itu Maha Kaya dan Maha Agung. Allah memperlihatkan keagunganNya melalui

nikmat yang diberi…Selain solat, Allah adakan doa untuk hambaNya agar kita

sentiasa berhubung denganNya. Soal cepat atau lambat doa disempurnakan, hanya

Allah yang tentukan…Yakinlah, apabila kita telah berusaha dengan kuat, Allah tidak

akan abaikan.84

Selain kelebihan berdoa, terdapat juga mesej-mesej dakwah yang lain yang bertujuan

menerapkan akhlak yang baik berpandukan ajaran Islam. Di dalam Travelog Dakwah: Meniti

84

Sila lihat Aki Abdul Wahab, 2009. Jom Hidupkan Roh Haji : Transformasi Ke Arah Manusia Sempurna,

hlm. 153-155.

Page 63: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

56

Hari Esok (2009), misalnya, pembaca diingatkan akan kelebihan sembahyang berjemaah.

Sebagaiman kata Muhd Kamil:

Pengabdian yang paling asas yang perlu dilakukan oleh manusia adalah melalui

sembahyang. Menjaga sembahyang bererti membina tiang agama…Satu dakwah bagi

diri sendiri dan anak buah supaya mengingati sembahyang. Lebih penting apabila ia

membabitkan sembahyang berjemaah.85

Jika direnungkan kembali, terdapat berbagai-bagai cara yang boleh digunakan oleh

umat Islam untuk menunaikan tanggungjawab berdakwah, bersesuaian dengan peredaran

zaman yang semakin mencabar pada hari ini. Dakwah masa kini, tidak lagi sekadar melalui

travelog dan bahan-bahan media cetak yang lain, bahkan ianya melangkaui dunia tanpa

sempadan dengan penggunaan media elektronik seperti internet, telefon pintar dan

sebagainya. Di dalam Bab 5 nanti, kita akan dapat lihat bagaimana perkembangan teknologi

dapat menyebarluaskan perkongsian ilmu ukhrawi ke seluruh pelosok dunia.

Travelog Melayu, sebagai penyebar dakwah Islamiah, tidak secara langsung

berperanan mendidik masyarakat. Unsur-unsur didaktik yang diketengahkan bermatlamat

mengajar dan membimbing pembaca, dengan harapan dapat menyumbang kepada

pembentukan masyarakat Melayu-Muslim yang baik dan sempurna. Nilai-nilai Islam ini

merangkumi beberapa aspek kehidupan masyarakat Melayu yang ada hubungan langsung

antara manusia sebagai individu dengan kewajipan yang harus ditunaikan kepada Allah

S.W.T. sebagai pencipta.

Penutup

Walaupun travelog Melayu memainkan pelbagai peranan seperti yang telah

dinyatakan di dalam bab ini, peranannya sebagai sumber ilmu pengetahuan merupakan

85

Sila lihat Muhammad Kamil Ibrahim, 2009. Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok, hlm. 27-28.

Page 64: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

57

peranan yang paling menonjol. Ilmu yang terkandung di dalam karya-karya travelog yang

dikaji bukan sahaja sarat dengan ilmu agama, tetapi juga meliputi ilmu-ilmu duniawi.

Di dalam Bab 4, peranan travelog Melayu sebagai sumber ilmu, baik ilmu duniawi

mahupun ilmu uhkrawi, akan dibincangkan dengan lebih lanjut lagi. Di dalam bab ini juga,

kita akan lihat bagaimana kedua-dua jenis ilmu ini dipaparkan di dalam travelog-travelog

yang dikaji. Adakah penekanan yang diberikan terhadap kedua-dua jenis ilmu ini seimbang?

Persoalan ini akan dikaji dengan lebih lanjut di dalam bab ini.

********

Page 65: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

58

BAB 4

TRAVELOG MELAYU

SEBAGAI

SUMBER ILMU

Pendahuluan

Sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam Bab 3 tesis ini, travelog Melayu pada

umumnya, merupakan sumber ilmu pengetahuan. Tujuan utama travelog Melayu dihasilkan

ialah untuk berkongsi dan menyebarkan ilmu pengtehuan, di mana khalayak pembaca dapat

menimba ilmu dan maklumat mengenai keadaan di negara yang jauh atau dekat serta

mengetahui pengalaman yang dialami oleh si pengembara. Apa yang menarik di dalam

travelog Melayu adalah sifat serta suara mendidiknya amat menguasai. Travelog Melayu,

bukan hanya sekadar karya yang merakam perjalanan ke tempat-tempat yang dilawati oleh

para penulisnya, tetapi juga merupakan wadah bagi si penulis mencurah dan berkongsi ilmu

dan pemikiran dengan para pembaca. Di dalam bab ini, akan dibincangkan pengajaran yang

diberi serta punca mengapa sifat travelog Melayu sedemikian.

Sebagai sumber ilmu pengetahuan, telah menjadi jelas bahawa travelog Melayu

merupakan salah satu genre sastera yang sarat dengan ilmu, baik ilmu ukhrawi mahupun ilmu

duniawi. Kedua-dua ilmu ini bukan sahaja boleh membentuk jiwa dan rohani serta

mendorong masyarakat Melayu agar lebih bersikap dinamik, tetapi turut membolehkan

mereka memiliki kecenderungan membina nilai-nilai baru dalam pemikiran masyarakat.86

Di dalam bab ini, saya akan membicarakan dari mana asalnya ‘keharusan’ sifat

mendidik serta melihat perbandingan antara ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi seperti yang

dipaparkan di dalam karya-karya travelog ini. Juga menarik untuk diteliti adalah apakah ada

pergeseran antara kedua jenis ilmu ini dan bila pergeseran itu berlangsung.

86

Sila rujuk artikel Penulisan Lirik Genre Baru Hadiah Sastera Islam dalam Utusan Malaysia, 31 Januari 2012.

Page 66: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

59

Menurut Sutan Takdir Alisjahbana87

, sesebuah masyarakat akan mencapai kemajuan

yang tinggi jika anggota-anggota masyarakatnya meletakkan nilai ilmu pengetahuan dan nilai

ekonomi di tingkat paling atas. Sebagaimana dapat diduga masyarakat Melayu dikatakan

kurang meletakkan nilai ilmu pengetahuan dan nilai ekonomi sebagai keutamaan.88

Oleh yang demikian, sebagai golongan intelektual dalam masyarakat, penting bagi

para penulis Melayu memupuk nilai cinta akan ilmu pengetahuan ke dalam kehidupan

masyarakat Melayu melalui karya-karya mereka. Atas dasar inilah maka barangkali

memburu, berkongsi dan menimba ilmu, baik ilmu duniawi mahupun ukhrawi, sering

menjadi salah satu tema yang diberikan perhatian khas dalam karya-karya travelog Melayu.

Bermula dengan karya-karya travelog Melayu abad ke-19 hingga ke karya-karya travelog

abad ke-21, isu menimba ilmu tidak pernah luput daripada menjadi salah satu isu penting

yang diketengahkan dalam travelog-travelog ini. Kesedaran akan betapa pentingnya ilmu

jelas dinyatakan di dalam karya-karya ini.

Namun, sebelum membahaskan masalah-masalah seperti yang dinyatakan di atas,

saya akan membincangkan punca sifat mendidik di dalam travelog Melayu dan konsep ilmu

dalam budaya Melayu Islam terlebih dahulu.

Punca Sifat Mendidik Dalam Travelog Melayu

Seperti yang telah dinyatakan di dalam bahagian awal bab ini, sifat mendidik

merupakan ciri yang paling menonjol di dalam karya-karya travelog Melayu, khususnya

karya-karya awal. Mengapakah keadaan ini sedemikian? Sesungguhnya persoalan ini

menjadi semakin jelas dan berasas apabila diteliti latar belakang pendidikan dan pengalaman

87

Sutan Takdir Alisjahbana merupakan seorang pemikir berwawasan luas yang menginginkan modernisasi bagi

masyarakat Indonesia. Menurutnya, modernisasi hanya dapat dicapai melalui ilmu dan teknologi yang

berkembang dengan pesat. 88

Sila lihat Sutan Takdir Alisjahbana, 1974, hlm. 6.

Page 67: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

60

hidup penulis-penulisnya, serta ditinjau keadaan hidup masyarakat Melayu ketika karya-

karya travelog ini dihasilkan.

Jika dikaji latar belakang penulis-penulis travelog ini, nama-nama seperti Abdullah

Munsyi, Muhammad Ibrahim Munsyi, Za’ba, Harun Aminurrashid memang tidak asing lagi

kepada masyarakat Melayu. Mereka merupakan golongan pendidik yang senantiasa

berpegang kepada semangat perjuangan mereka, iaitu membangunkan orang Melayu.

Mereka bukan sahaja berani melahirkan pendapat, tetapi sangat teguh mempertahankan

pendapat-pendapat mereka, meskipun mendapat tekanan dan tentangan daripada pihak-pihak

tertentu.

Abdullah Munsyi dan anaknya, Muhammad Ibrahim, merupakan penterjemah dan

guru bahasa kepada pegawai-pegawai Inggeris, manakala Za’ba dan Harun Aminurrashid

pula merupakan golongan guru. Begitu juga keadaannya dengan beberapa orang penulis

travelog abad ke-20 dan ke-21 yang lain, antaranya Hasan Ali dan Dr Muhammad Kamil

Ibrahim. Mereka juga terdiri daripada golongan pendidik atau ahli akademik. Sebagai

pendidik, maka sudah tentunya sifat mendidik ini terserlah, sama ada secara sedar mahupun

tidak, di dalam penulisan mereka.

Oleh itu, tidak menghairankan sekiranya, dalam menyampaikan sesuatu maklumat

mengenai tempat-tempat dan masyarakat yang mereka lawati ataupun ketika mengemukakan

pendapat ataupun cetusan fikiran mereka, nada yang mereka gunakan adalah nada mendidik,

nada seorang guru terhadap anak muridnya. Lebih-lebih lagi dalam menanamkan sifat

keilmuan ke dalam jiwa masyarakat, sifat mendidik ini kelihatannya lebih ketara lagi.

Sebagai golongan pendidik, mereka sedar akan pentingnya ilmu pengetahuan dan

pendidikan di dalam kehidupan seseorang. Mereka berpendapat kedudukan orang Melayu

boleh berubah melalui platform ilmu dan pendidikan. Mereka sedar “jalan keselamatan”89

89

Sila lihat Adnan Nawang,1998. Za’ba dan Melayu, hlm. 166.

Page 68: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

61

yang perlu diperjuangkan oleh orang Melayu adalah berusaha mengatasi masalah kelemahan

dalam pendidikan mereka. Mereka sedar dan yakin bahawa pendidikan merupakan agen

perubahan sosial yang penting.

Mereka juga sedar bahawa pendidikan merupakan cara yang paling berkesan untuk

mengubah masyarakat Melayu daripada kemunduran dan keterbelakangan. Taraf

pengetahuan dan pendidikan yang rendah menjadi halangan utama untuk orang Melayu lebih

membangun dan maju dalam kehidupan. Sebagai pendidik, mereka telah menggunakan mata

pena sebagai alat bagi mereka untuk menanamkan sifat cintakan ilmu demi pembangunan

bangsa dan negara.

Ilmu Dalam Budaya Melayu Islam

Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa kesan yang besar terhadap sosio-

budaya masyarakat Melayu kerana ia merupakan satu titik permulaan bersejarah dalam

peningkatan akal budi orang Melayu.90

Penerimaan terhadap ajaran Islam dan kebudayaannya menyebabkan kebudayaan

Melayu disejajarkan dengan Islam. Ilmu adalah teras sistem nilai agama Islam dan

menduduki tempat yang amat tinggi.91

Apabila kita membicarakan tentang ilmu dalam

budaya Melayu Islam, sumber utama ilmu tersebut adalah Al-Quran dan Al-Hadith.

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:

Aku tinggalkan kepada kalian dua hal yang kerananya kalian tidak akan tersesat

selamanya, selama kalian berpegang pada keduanya, iaitu Kitab Allah (Al-Quran)

dan Sunahku.

(Hadith riwayat Imam Malik)

90

Sila rujuk Wan Mohd Nor Wan Daud, 1991. Penjelasan Budaya llmu, hlm. 20. 91

Ibid., hlm. 25.

Page 69: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

62

Al-Qur'an adalah kitab suci yang diturunkan Allah S.W.T., Tuhan alam semesta,

kepada Rasul dan Nabi-Nya yang terakhir, Muhammad S.A.W melalui malaikat Jibril a.s.

untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia.92

Al-Quran adalah sumber ilmu

pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu sehingga terbentuk satu prinsip kerukunan hidup

yang serba lengkap di dunia dan akhirat kelak. Di samping itu, Al-Quran adalah kitab Allah

yang mengandungi hukum-hakam dan panduan hidup yang lengkap bagi menjamin

kelangsungan insan ke arah kesejahteraan dan kebahagiaan sejati.93

Sementara Al-Hadith

pula, yang juga dikenali sebagai Al-Sunnah, merupakan ucapan, perbuatan, pengakuan,

akhlak dan sifat-sifat kejadian Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan. Al-Hadith adalah

sumber ilmu yang terpenting selepas Al-Quran dalam pegangan dan kepercayaan Islam.

Oleh itu, segala undang-undang dan adat orang Melayu berpaksikan kepada Al-

Quran dan Al-Hadis.94

Atas dasar ini, pengajian ilmu agama, khususnya Al-Quran, amat

diberikan keutamaan dalam pendidikan masyarakat Melayu zaman-zaman awal di Tanah

Melayu dan sehingga sekarang juga masih merupakan sumber ilmu yang penting.

Dalam memberikan pengertian ilmu mengikut perspektif Islam, Prof. Syed

Muhammad al-Naquib al-Attas (1976) ada mengatakan seperti yang berikut:

Dapat memberitahu serta menjelaskan tempat yang tepat dan betul dan benar bagi

sesuatu; dapat menjelaskan batasan dan had dan kegunaan dan maksud sesuatu; dapat

menjelaskan perbezaan di antara yang benar dan hak dengan yang palsu dan bathil,

yang dapat membimbing ke arah kebenaran.95

Ilmu yang dituntut oleh Islam bukanlah yang hanya menjurus kepada ilmu agama

semata-mata, tetapi juga ilmu yang berkaitan dengan kehidupan dunia. Pemahaman yang

92

Sila rujuk Haji Osman Bin Jantan, 2003. Pedoman Ilmu Tauhid, hlm. 88. 93

Ibid., hlm. 89-95. 94

Sila rujuk Esposito, J., 1996. Islam and Democracy, hlm. 41-45. 95

Sila lihat Faham Agama dan Asas Akhlak, 1976, hlm. 57.

Page 70: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

63

jelas mengenai perlunya sifat seimbang di dalam kedua jenis ilmu ini amat penting agar umat

Islam tidak tergolong dalam golongan yang mundur dan hina di dunia. Secara ringkasnya,

konsep ilmu dalam Islam adalah konsep yang menyeluruh dan bersepadu.

Ibn Rabi’, penasihat kepada Khalifah Al-Mu’tasin, khalifah kerajaan Abbasiyah,

telah mengeluarkan fikiran yang cukup pentingnya, iaitu pentingnya ilmu dalam tamadun

Islam.

Tamadun manusia hendaklah dibina dan dikembangkan melalui tiga jenis ilmu:

pertama ilmu metafizik atau falsafah tentang segala perkara yang berlaku di luar alam

biasa, iaitu alam ghaib; kedua, ilmu kemasyarakatan, iaitu ilmu tentang manusia

dan kehidupannya dalam masyarakat; dan ketiga, ilmu teknologi, iaitu ilmu atau

kepandaian mengembangkan hasil kajian sains dan sebagainya untuk kegunaan dan

kemudahan hidup manusia.96

Dalam Islam, ketiga-tiga ilmu ini harus disatukan agar manusia dapat membentuk

peradaban yang seimbang, yang dapat menyatukan ilmu dunia dengan ilmu akhirat supaya

manusia dapat mengembangkan dan menggunakan ilmu-ilmu itu untuk beribadah kepada

Allah S.W.T., untuk kebaikan dunia dan akhirat.97

Kesatuan dalam ketiga-tiga ilmu inilah, pada paendapat saya, yang cuba diterapkan

oleh penulis-penulis travelog Melayu ke dalam kehidupan masyarakat Melayu. Lebih-lebih

lagi dalam menangani ‘serangan’ ilmu Barat moden yang datang bertubi-tubi ekoran

perkembangan ekonomi dan teknologi.

Tujuan utama mengapa kepentingan menuntut ilmu acapkali ditekankan di dalam

karya-karya travelog Melayu awal adalah, pada pandangan saya, kerana masyarakat Melayu

pada zaman itu kurang meletakkan nilai ilmu sebagai keutamaan.

96

Sila lihat Ilmu dan Nasib Bangsa, 1987, hlm. 368. 97

Ibid., hlm. 370.

Page 71: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

64

Sebagaimana yang pernah dirakamkan oleh Abdullah di dalam Kisah Pelayaran

Abdullah ke Kelantan:

Syahdan maka tiadalah tentu satu atau dua tempat orang mengajar mengaji,

melainkan adalah dalam sepuluh dua belas rumah seorang dua orang anak2 mengaji

Qur’an, bukannya bahasa Melayu, karena demikian ‘adat dalam negeri2 Melayu

dalam dunia. Maka tiadalah ia belajar bahasanya, melainkan semuanya daripada

kecilnya ia memulai mengaji Qur’an juga dengan tiada ia mengerti, melainkan

barangkali dalam seribu tiada seorang yang mengetahui erti Qur’an itu dengan

betulnya.98

Berdasarkan kepada tukilan di atas, dapat dilihat bahawa pendidikan masyarakat

Melayu pada akhir abad ke-19, pada umumnya, hanya tertumpu kepada ilmu agama.

Hakikatnya, ini merupakan salah satu fenomena yang berlaku di kalangan ibu bapa Melayu

zaman itu. Anak-anak lazimnya, hanya diberikan ilmu agama. Ibu bapa Melayu memang

memberikan perhatian terhadap pengajian ilmu Al-Quran. Namun, perhatian yang diberikan

hanya sekadar anak-anak itu tahu membaca Al-Quran. Untuk menghantar mereka belajar

ilmu-ilmu Barat jauh sekali. Persepsi yang agak negatif di kalangan orang Melayu terhadap

ilmu bukan agama, terutama ilmu sains dan bahasa Inggeris inilah yang ingin diubah.

Oleh yang demikian, tidak menghairankan jika kehadiran pihak kolonial dengan ilmu-

ilmu Barat moden amat dialu-alukan oleh Abdullah.

Evolusi Travelog Melayu Dalam Penerapan Ilmu Agama dan Ilmu Duniawi

Jika ditelusuri sejarah perkembangan travelog Melayu, kita akan dapati bahawa

pembentukan bangsa berilmu dan kepentingan menuntut ilmu sering menjadi gagasan yang

98

Sila lihat Sweeney, A., 2005. Karya Lengkap Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi, hlm. 106.

Page 72: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

65

ditimbulkan dalam karya-karya travelog ini. Oleh itu, ada eloknya sekiranya dijejaki evolusi

penerapan ilmu agama dan ilmu duniawi dalam karya-karya travelog ini untuk mengetahui

tren yang prominen dalam genre ini.

Dalam mengkaji travelog Melayu sebagai sumber ilmu, sebagaimana yang akan

dibincangkan di dalam bahagian-bahagian seterusnya, kita akan dapat lihat dengan jelas

bahawa nilai ilmu dalam budaya Melayu Islam telah mengalami evolusi. Perubahan ini

berlaku sejajar dengan perkembangan zaman. Perubahan ini dimungkinkan dengan

kemasukan pengaruh Barat ke dunia Islam.

Walaupun demikian, bagaimana kuat sekalipun pengaruh ilmu Barat ke atas

masyarakat Melayu Islam, Al-Quran dan Al-Hadith tetap diperakukan sebagai sumber ilmu

yang mutlak, abadi dan tidak berubah-ubah.

Di dalam travelog-travelog yang dihasilkan pada zaman kolonial, khususnya pada

akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, dapat dilihat dengan jelas ilmu yang ingin diterapkan

ke dalam kehidupan masyarakat Melayu, banyak yang menjurus kepada ilmu Barat moden,

khususnya ilmu sains. Penerapan ilmu agama masih digalakkan, namun pemberatannya kini

lebih kepada ilmu duniawi. Mengapakah halnya sedemikian?

Berdasarkan kepada karya-karya travelog yang telah dikaji, saya dapat mengesan

beberapa faktor mengapa pemberatan terhadap ilmu duniawi ini begitu menonjol. Salah satu

faktor ialah untuk mendapatkan pekerjaan.

Keadaan ini amat ketara pada zaman penjajahan dan tahun-tahun 1960an di mana

penguasaan dalam bahasa Inggeris dan ilmu sains diharapkan dapat memberi peluang kerjaya

kepada orang Melayu pada zaman itu. Ini adalah supaya mereka dapat pekerjaan yang lebih

baik untuk menyara kehidupan, memperoleh pendapatan bulanan yang tinggi dan tetap, dan

mengecap kehidupan yang lebih selesa dan terjamin. Mereka berharap taraf hidup mereka

dapat ditingkatkan.

Page 73: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

66

Di samping itu, dengan mempelajari ilmu-ilmu ini, orang Melayu juga diharapkan

dapat mengelakkan diri daripada ditipu atau ditindas oleh pihak penjajah dan masyarakat-

masyarakat lain.

Di dalam Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi, misalnya, semasa

Muhammad Ibrahim berkunjung ke Melaka pada tahun 1871, dengan lantang dan terang-

terangan beliau telah meluahkan rasa gusarnya apabila melihatkan anak-anak Melayu tidak

diberikan pendidikan moden. Sebagaimana katanya:

Dan kebanyakan kanak-kanak itu disuruh mengaji Quran dan berjaja. Tetapi adalah

kesusahan dan ajaib hatiku memikirkan tiada hendak mereka itu mengajar atau

keraskan anak-anaknya itu belajar ilmu tulis-menulis dan membaca surat-surat

bangsanya sendiri Melayu dan belajar ilmu kira-kira dan sebagainya supaya terang

hatinya dan tajam akalnya serta tinggi hematnya.99

Dari tukilan di atas, jelas menunjukkan bahawa Muhammad Ibrahim sangat

mementingkan ilmu ukhrawi digabung dengan ilmu duniawi, khususnya yang berkenaan

dengan ilmu moden, iaitu bidang ilmu yang boleh menaikkan taraf orang Melayu ke suatu

kedudukan yang memadai dalam jajaran kolonial atau perdagangan di lingkungan bandar.

Kedua-dua ‘dunia’ ini sememangnya tidak asing baginya kerana beliau sendiri mempunyai

latar belakang didikan agama dan sekular, dan sering berhubungan dengan pihak penjajah

Inggeris atas urusan tugas dan sentiasa terdedah kepada ilmu-ilmu moden Barat.

Kegusaran Muhammad Ibrahim ini merupakan kekesalan yang pernah dikemukakan

oleh ayahnya, Abdullah Munsyi. Menerusi Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah

Ke Kelantan, beliau tidak pernah putus menekankan kepentingan menuntut ilmu, baik ilmu

Al-Quran mahupun ilmu moden.

99

Sila lihat Muhammad Ibrahim Munsyi, 1980. Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi, hlm. 40.

Page 74: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

67

Kegusaran mereka berdua, pada pandangan saya, berasas kerana pada zaman kolonial,

ilmu moden merupakan pasport yang penting untuk mendapatkan pekerjaan.100

Perkara ini

pernah disentuh oleh Hasan Ali di dalam travelognya, Melawat Tanah Orang Putih (1997).

Sebagaimana katanya:

Ketika Aku melawat Universiti Oxford, dia teringat akan cerita Atuk tentang betapa

pentingnya sijil persekolahan, Cambridge School Certificate, bagi setiap pelajar untuk

mendapatkan pekerjaan semasa zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu.

Biasanya nama universiti ini dikembarkan dengan nama Universiti Cambridge yang

pernah mengeluarkan sijil persekolahan di negara kita zaman British dulu. Inilah

yang menjadi impian setiap pelajar di Sekolah Menengah Inggeris, iaitu mencapai

Cambridge School Certificate, yang menjadi tiket mendapatkan pekerjaan pada

zaman itu. Demikian atuk pernah memberitahu aku.101

Berdasarkan tukilan di atas, pembaca diberikan gambaran bahawa semasa zaman

kolonial, pendidikan Barat ibarat pasport yang perlu ada dalam kehidupan seseorang demi

mencapai masa depan yang cerah. Pendidikan Barat dianggap sebagai ’tiket’ yang amat

penting untuk mencari rezeki. Sesuai dengan pendapat demikian, maka para penulis travelog

zaman kolonial mahu masyarakat Melayu mempelajari ilmu moden Barat agar mereka juga

dapat merebut peluang pekerjaan yang diberikan oleh pihak penjajah.

Pada awal abad ke-20, penerapan ilmu agama masih digalakkan. Namun, pada

waktu itu, terdapat usaha untuk mengintegrasikan (menggabungkan) ilmu agama dan ilmu

Barat. Pengintegrasian kedua-dua jenis ilmu ini diharapkan dapat meningkatkan sosio-

100

Sila lihat Adnan Nawang, 1998. Za’ba dan Melayu, hlm. 166, 226-228. 101

Sila lihat Hasan Ali, 1997. Melawat Tanah Orang Putih, hlm 57.

Page 75: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

68

ekonomi masyarakat Melayu agar tidak ketinggalan dari segi kemajuan dengan bangsa-

bangsa lain yang lebih maju.102

Pengintegrasian kedua-dua ilmu ini digalakkan oleh Za’ba. Pemikiran Za’ba sealiran

dengan gaya pemikiran Gerakan Kaum Muda yang pada waktu itu yang mahukan

transformasi pendidikan agama selaras dengan pembaharuan dan pemodenan yang berlaku di

Mesir.103

Masyarakat Melayu diminta agar bersikap terbuka terhadap arus perubahan dan

proses transformasi. Saranan tersebut adalah disebabkan golongan tradisionalis yang dikenali

sebagai Kaum Tua tidak bersetuju terhadap idea pembaharuan tersebut kerana mahu

mempertahankan pendidikan pondok.

Oleh sebab itu, Za’ba amat kritis dan sinis apabila mencatatkan apa yang dilihatnya

semasa berada di salah sebuah sekolah pondok semasa berada di Kedah pada tahun 1928.

Sebagaimana katanya:

Ada sebentar datang orang itu dipanggilnya, iaitu seorang tua yang kira-kira lebih 50

tahun umurnya tetapi ia sakit sedikit... Maka daripada cahaya mukanya kelihatan ia

tiada mendapat ilmu apa-apa dalam penuntutannya di pondok itu. Pendeknya mana

orang tua-tua yang mengaji di pondok-pondok seperti ini pendapatannya hanyalah

mendengar akan huraian tok guru sahaja kerana mereka tiada tahu membaca dan

menulis betapa pula hendak memahamkan kitab-kitab. Jauh sekali hendak berfikir

sendiri. Tetapi mereka ikhlas hendak mendapat pahala dan kebajikan dan

menyediakan mati. Maka mudah-mudahan diperolehnya! Akan orang muda-mudanya

yang mengaji itu sungguhpun kebanyakan tiada juga mendapat apa-apa yang boleh

102

Sila lihat Abu Bakar Hamzah, 1981, Al-Imam: Its role in Malay society 1906-1908, hlm. 51-52. 103

Sila lihat Roff, R.W., 2003. Nasionalisme Melayu, terj.Ahmad Boestamam, hlm. 83.

Page 76: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

69

dibilangkan ’ilmu’ tapi sekurang-kurangnya mereka ada harapan yang lain apabila

balik ke kampung kelak – maklumlah lagi muda.104

Sindiran yang disampaikan oleh Za’ba seperti di atas agak tajam dan jelas

menunjukkan rasa tidak senangnya terhadap pemikiran golongan ini, terutama sekali

golongan mudanya. Sebagai seorang aktivis yang giat dalam usaha mereformasi Islam dalam

Semenanjung Melayu pada awal abad ke-20, Za’ba tidak dapat menerima pendidikan yang

hanya bertumpu pada ilmu agama tanpa mempedulikan ilmu-ilmu yang lain. Gaya pemikiran

Kaum Tua yang seolah-olah ‘membuang dunia’, bukan sahaja menyebabkan mereka buta

huruf dan mundur sampai bila-bila, malah amat merugikan bangsa.105

Pengintegrasian ilmu yang diimpikan oleh Za’ba dan Kaum Muda ialah pengajaran

ilmu agama, bahasa Arab dan bahasa Inggeris, serta ilmu-ilmu moden dalam satu

kurikulum.106

Pengintegrasian ilmu dalam pendidikan orang Melayu di Tanah Melayu ini

dirasakan penting kerana sukatan pelajaran yang terhad yang diajarkan di sekolah-sekolah

pondok merupakan hambatan kepada orang Melayu untuk mendapat pekerjaan dengan pihak

kerajaan.107

Pengintegrasian ilmu ini juga diharapkan dapat memastikan kedudukan orang

Melayu setanding dengan masyarakat lain yang lebih maju.

Walaupun penerapan ilmu agama masih dikekalkan, galakan terhadap ilmu moden

masih terus dijadikan fokus di dalam travelog-travelog Melayu abad ke-20, bermula pada

akhir tahun-tahun 1930an, apabila para penulisnya mula berubah haluan dengan memaparkan

kisah-kisah perjalanan ke dunia Barat.

Antara pelopor penulis travelog Melayu yang telah merakamkan apa yang telah

dilihat dan dialaminya semasa di dunia Barat ialah Muhammad Said Sulaiman yang telah

menghasilkan dua buah travelog, iaitu Perihal Pemergian Ke Eropah Tengah (1938) dan

104

Sila lihat Za’ba, 2008. Pengembaraan Ke Kedah, Perlis dan Kelantan, hlm. 15. 105

Sila rujuk Adnan Nawang, 1998. Za’ba dan Melayu, hlm. 17. 106

Sila lihat Li, C. S., 1966. Ikhtisar Sejarah Kesusasteraan Melayu Baru 1830-1945, hlm. 39-41, 102-104. 107

Sila rujuk Yasien Mohamed, 1996, The Educational Life and Thought of Muhammad Abduh, hlm. 27.

Page 77: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

70

Perihal London dan Bandar-Bandar Berhampiran (1939). Beliau merupakan penulis Melayu

pertama yang telah mendokumentasikan pengalaman perjalanannya ke Eropah.

Pada akhir tahun 1940an dan tahun-tahun 1950an, Shaharom Husain telah

menghasilkan empat buah travelog yang kesemuanya mengenai pengalamannya merantau di

Australia. Travelog-travelog itu ialah Melihat Australia 1 (1949), Melihat Australia 2 (1949),

Berita Hiburan dari Australia (1950) dan Mutiara dari Selatan (1952).

Dari akhir tahun 1950an sehingga tahun 1960an, Harun Aminurrashid turut

mencatatkan pengalamannya ke dunia Barat melalui travelognya Melawat Ke Paris (1953),

Terbang Ke Barat (1961), Melihat Matahari Di Tengah Malam (1963), Catatan Menjelajah

Ke Eropah (1964) dan Mengembara Ke Andalusia (1965).

Pengalaman yang diraih ketika berada di negara-negara ini sangat bermanfaat kepada

para penulis ini, khususnya penulis-penulis zaman selepas kemerdekaan. Sebagaimana kata

seorang penyair Arab, Abu Firas al-Amiri yang dikenali dengan Majad al-Arab108

:

Berpisahlah nescaya kau dapati pengganti yang kau tinggalkan. Mengembaralah di

bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu. Sekiranya singa tidak

meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah jika tidak meningalkan

busarnya tidak akan mengena sasaran.

Melalui pengembaraan, seseorang pengembara itu akan melihat sesuatu yang

baharu. Mengembara banyak manfaatnya. Walaupun apa yang dilihat itu ada kalanya tidak

mengubah hidup, ia dapat memberi kesan kepada pengembara itu. Pengembaraan yang telah

dilalui oleh penulis-penulis ini sedikit-sebanyak telah membuka mata dan fikiran serta

memberi mereka idea-idea baru bagaimana mereka dapat membangunkan dan memajukan

masyarakat sendiri di tanahair.

108

Sila lihat Mohd Asri Zainul Abidin, 2012, hlm. 206.

Page 78: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

71

Pada tahun-tahun 1970an-1990an, bahang kebangkitan Islam telah mula terasa.

Kebangkitan semula gerakan Islam atau gerakan dakwah secara global telah memberi

kesedaran dan kesan yang signifikan dalam kalangan masyarakat Melayu. Kesedaran baharu

ini menyebabkan Islam diterima sebagai ad-Deen, atau sebuah agama sempurna yang

merangkumi pelbagai aspek termasuklah dalam bidang penulisan dan sastera109

, travelog

Melayu tidak terkecuali di dalam hal ini. Kebangkitan ini telah turut mempengaruhi

penulisan travelog Melayu, di mana corak penulisannya lebih condong kepada isu-isu

keagamaan. Akibatnya, fokus lebih diberikan kepada kepentingan ilmu-ilmu agama.

Pada penghujung abad ke-20 dan awal abad ke-21, gaya penulisan travelog Melayu

semakin condong ke arah penerapan ilmu yang bercorak Islami. Karya-karya travelog yang

memaparkan pengembaraan ke dunia Barat agak berkurangan pada zaman ini. Keadaan ini

semakin menjadi-jadi selepas peristiwa 11 September 2001, di mana destinasi perjalanan

penulis-penulis travelog ini lebih tertumpu ke negara-negara di Timur Tengah, antaranya ke

Mekah, Madinah, Iran, Turki, Mesir dan Morocco. Antara tujuan utama pengembaraan ini

dilakukan adalah untuk melanjutkan pengajian ukhrawi ke peringkat yang lebih tinggi

ataupun mengerjakan haji ke Baitullah. Ada juga yang mengembara ke negara-negara ini

sekadar ingin ‘menjenguk dan mengenal’ negara-negara Islam sambil menziarahi makam-

makam ahli sufi dan para syuhadah.

Pengembaraan ke negara-negara Timur Tengah, sebenarnya telah menjadi tradisi

pengembara Barat semenjak abad ke-4 lagi. Timur Tengah merupakan the Holy Land bukan

sahaja bagi para penganut ajaran Nasrani (Christianity), tetapi juga para penganut ajaran

Yahudi (Judaism) dan Islam. Jika Palestin menjadi tumpuan penganut-penganut agama

Nasrani dan Yahudi, Arab Saudi merupakan the cradle of Islam bagi umat Nabi Muhammad

S.A.W.

109

Sila lihat Shafie Abu Bakar, 2000, hlm. 432.

Page 79: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

72

Bagi para penulis tempatan, pengembaraan ke Timur Tengah ini, terutama bagi

mereka yang mengerjakan ibadat haji, merupakan suatu perjalanan spiritual, di mana si

pengembara meneroka ke dalam diri bagi mencari sesuatu yang selama ini seakan ‘hilang’

dan diperlekehkan.

Akibat perubahan haluan ini, corak penulisan travelog Melayu juga telah berubah arah

ke topik-topik ibadah, khususnya mengenai pengerjaan ibadah haji, Rukun Islam yang

kelima. Makanya, pada tahun-tahun 2001-2011, penghasilan travelog haji Melayu tumbuh

bak cendawan selepas hujan.

Perbincangan dan penjelasan mengenai karya-karya travelog haji ini akan

dikemukakan dengan lebih mendalam di dalam Bab 5 nanti. Peranan yang dimainkan oleh

travelog haji Melayu ini dirasakan perlu diketengahkan walaupun travelog haji hanya

merupakan sub-genre travelog Melayu, kerana ianya penting dalam perkembangan ilmu,

khususnya ilmu agama, masyarakat Melayu.

Apakah keistimewaan yang ada pada travelog haji yang tidak terdapat pada travelog-

travelog lain? Persoalan-persoalan ini akan terjawab apabila peranan dan ciri-ciri dominan

travelog haji dibincangkan dengan lebih lanjut di dalam Bab 5 nanti. Kita juga akan melihat

mengapa travelog jenis ini mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam masyarakat

Melayu.

********

Page 80: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

73

BAB 5

TRAVELOG HAJI

Pendahuluan

Sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam Bab 2, travelog Melayu merupakan

sebuah genre sastera yang merakamkan pengalaman dan perasaan penulis semasa menjelajahi

dunia asing (sama ada di dalam atau di luar negara), disertai dengan catatan masa dan tarikh,

hal-hal berkaitan latar persekitaran tempat yang dilawati, peristiwa, sejarah, sistem

sosiobudaya, ekonomi, politik tempat tersebut ke dalam teks sastera. Ada kalanya, ianya

memainkan peranan sebagai buku panduan mengembara kepada pembaca yang bersedia

untuk pergi ke sesuatu tempat. Karya-karya travelog Melayu juga bukan hanya sekadar

merakamkan pengalaman pengembaraan penulis, tetapi turut diselitkan unsur pengajaran

(didaktik) di dalamnya.

Apabila kita membicarakan travelog Melayu tanpa menyentuh travelog haji,

perbincangan ini belum sempurna. Ini kerana ibadah haji memainkan peranan yang besar di

dalam masyarakat Melayu Islam. Selain menjadi sumber ilmu mengenai pekerjaan ibadah

haji, travelog haji juga mempunyai peranan lain yang tidak kurang pentingnya bagi bakal-

bakal haji. Apakah peranan-peranan lain yang dimainkan oleh travelog haji? Mengapakah

kedudukannya begitu istimewa berbanding travelog-travelog lain? Apakah keistimewaan

yang ada pada travelog haji yang tidak terdapat pada travelog-travelog lain?

Selain bertujuan menghuraikan persoalan-persoalan di atas, kajian ke atas travelog

haji Melayu ini juga telah dilakukan untuk mencari tahu mengapa penulisan travelog Melayu

berunsurkan agama lebih menyerlah pada abad ke-21 berbanding abad ke-19 dan ke-20.

Apakah punca ledakan penulisan travelog berunsurkan agama pada abad ke-21? Adakah

Page 81: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

74

perjalanan ke Barat dan negara-negara lain sudah tidak dirakamkan lagi? Mengapakah trend

ini berlaku? Adakah trend ini akan berterusan?

Segala persoalan ini akan saya huraikan di dalam Bab 5 ini.

Pengertian Perjalanan Suci

John R. Bowen di dalam bukunya, Religions in Practice : An Approach to the

Anthropology of Religion (1998), mentakrifkan perjalanan suci (pilgrimage) ini sebagai

“travel to a sacred spot for an act of religious devotion”110

Perjalanan kerohanian dan berziarah ke tempat-tempat suci, bukan sahaja diamalkan

oleh umat Islam, tetapi turut dilakukan oleh penganut-penganut agama-agama besar lain di

dunia ini. Jika Mekah dan Madinah merupakan dua kota suci yang dikunjungi oleh ribuan

Muslim dari seluruh dunia sewaktu mengerjakan ibadah haji pada setiap tahun, penganut-

penganut agama Nasrani, Yahudi, Hindu dan Buddha juga mempunyai kota-kota suci

masing-masing yang menjadi tumpuan mereka.

Vatican, di Itali dan Lourdes, di Perancis merupakan kota-kota suci penganut agama

Katolik, manakala Lopburi, di Nepal dan Lhasa, di Tibet merupakan kota-kota suci penganut

ajaran Buddha. Bagi penganut agama Hindu pula, Varanasi (Benares) di India merupakan

kota suci mereka.

Menurut Bowen lagi, perjalanan kerohanian ini dilakukan atas pelbagai tujuan –

antaranya untuk memenuhi kewajipan agama, menyucikan diri daripada dosa-dosa lalu,

membayar nazar (to pay a vow) atau mencari penawar (antidote) kepada penyakit yang

dideritai.111

Karya-karya travelog haji Melayu dianggap istimewa kerana, ianya bukan sahaja

melibatkan perjalanan fizikal ke tempat-tempat asing, seperti Paris, Australia dan Indonesia,

110

Sila lihat Bowen, J. R., 2005. Religions in Practice : An Approach to the Anthropology of Religion, hlm.

194. 111

Ibid., hlm. 194.

Page 82: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

75

tetapi turut meliputi perjalanan spiritual (kerohanian) ke tempat-tempat suci seperti ke

Mekah, Madinah dan Baitul Maqdis, semasa mengerjakan ibadah haji.

Bagi umat Islam, perjalanan suci ke Baitullah merupakan suruhan Tuhan. Tuntutan

agama yang wajib dilakukan oleh mereka yang berkemampuan. Haji bererti menuju atau

menziarahi suatu tempat. Menurut istilah fikah, ianya merujuk pada ziarah ke Baitullah di

Mekah untuk melaksanakan ibadah dengan cara tertentu, dalam waktu dan tempat-tempat

tertentu.112

Ibadah haji diwajibkan pada tahun kesembilan selepas Rasulullah S.A.W.

berhijrah ke Madinah.

Ibadah itu sudah dikenal sejak dari zaman Nabi Ibrahim A.S. bersama anaknya Ismail

yang diperintahkan Allah S.W.T. mengajak dan menyeru manusia menziarahi rumah Allah

(Baitullah al-Haram). Waktu itu bangsa Arab di sekitarnya setiap tahun berduyun-duyun

menuju Kaabah untuk melakukan ibadah haji dengan cara syariat Nabi Ibrahim A.S.

Pelaksanaan ibadah haji berjalan terus sampai zaman Nabi Muhammad S.A.W. hinggalah

hari ini.

Perjalanan mengerjakan haji merupakan suatu perjalanan yang amat istimewa

kerana menunaikan ibadah haji merupakan satu perjalanan yang diwajibkan ke atas umat

Islam yang telah memenuhi syarat-syarat haji. Haji adalah kemuncak ketakwaan seorang

hamba terhadap Penciptanya.113

Ibadah haji merupakan kemuncak penyerahan jiwa seseorang

hamba kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya di dalam ibadah haji terkandung kenikmatan dan

kerahmatan dari Allah S.W.T yang tidak ternilai banyaknya. Pengalaman haji mendidik jiwa

mengagungkan Pencipta, mengakui kebergantungan kita kepada Allah S.W.T. serta

meletakkan diri seseorang hamba pada tempat yang selayaknya. Di dalam Surah Al-Hajj,

ayat 27, Allah S.W.T. ada berfirman yang bermaksud:

112

Sila lihat Haji Osman Jantan, 1984. Pedoman Ilmu Fikeh, hlm. 283-284. 113

Sila lihat Aki Abdul Wahab, 2009. Jom Hidupkan Roh Haji: Transformasi ke Arah Manusia Sempurna,

hlm. 109-110.

Page 83: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

76

Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan

datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang

berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari pelbagai jalan (dan ceruk rantau)

yang jauh.

Di dalam Surah Al-Imraan, ayat 97 pula, Allah S.W.T. ada berfirman yang membawa

maksud:

…Dan Allah mewajibkan manusia (orang Islam) mengerjakan haji dengan

mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai

kepadanya….

Melalui Bab 5 ini, pembaca akan dibawa menyusuri perkembangan penulisan karya

travelog mengenai perjalanan menunaikan fardhu haji pada abad ke-19 hingga ke abad ke-21.

Pembaca akan dapat melihat bagaimana tanggapan (perceptions) mengenai ibadah haji

berubah mengikut perkembangan masa dan bagaimana pengalaman yang dilalui oleh para

jemaah haji berbeza antara satu abad dengan satu abad yang lain.

Perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan rukun haji, iaitu tawaf, sa’i,

wuquf dan melontar jamrah, yang telah dirakamkan oleh penulis-penulis travelog ini pada

dasarnya sama bagi semua travelog yang dikaji. Apa yang membezakan antara satu karya

travelog dengan karya yang lain ialah dari segi pandangan dan pengalaman yang dilalui oleh

mereka semasa menjalani ibadah haji ini. Ini adalah kerana pengalaman mengerjakan haji

merupakan satu pengalaman peribadi yang pasti berbeza bagi setiap individu.

Selain pengalaman peribadi sebagaimana yang telah dirakamkan di dalam karya-

karya travelog ini, keadaan masa pelaksanaan ibadah haji bersama dengan sistem

pengangkutan dan alat media massa juga berpengaruh terhadap perakaman perjalanan

kerohanian itu. Boleh diperkirakan bahawa kesenangan perjalanan menaiki kapal terbang

Page 84: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

77

yang segala sesuatu diurus oleh biro perjalanan dan agen haji menghasilkan pengalaman serta

cerita yang berbeza dengan perjalanan menaiki kapal laut yang memakan waktu beberapa

bulan sebelum sampai ke Tanah Suci.

Selain itu, jumlah dan jenis informasi yang tersedia dalam abad ke-21 dengan segala

macam kemudahan elektronik untuk merakamkan keadaan di Tanah Suci juga telah

mengubah pengalaman para jemaah haji kerana bakal-bakal haji dapat mempersiapkan diri

dengan baik dan lebih tahu keadaan yang akan mereka hadapi di Mekah dan Madinah jika

berada di sana. Dalam bab ini, saya juga akan menelaah apakah media elektronik serta alat

transportasi baharu memang telah mengubah isi serta sifat travelog Melayu yang ditulis oleh

mereka yang menunaikan haji.

Sejarah Perkembangan Ibadah Haji Di Tanah Melayu

Pelaksanaan ibadat haji ke Mekah di kalangan orang-orang Melayu di Tanah Melayu

dipercayai telah bermula semenjak kedatangan Islam ke gugusan Kepulauan Melayu pada

abad ke-13. Namun, catatan sejarah awal mengenai perkembangan haji di negara ini sukar

diperoleh secara terperinci kerana tidak banyak maklumat mengenainya.

Ketandusan maklumat mengenai hal-ehwal mengenai perjalanan ke Tanah Suci pada

abad-abad awal, pada dasarnya, berlaku disebabkan oleh kurangnya catatan berbentuk

travelog pada waktu itu. Namun, dengan kewujudan media cetak dan media elektronik,

maklumat mengenai perjalanan dan pengalaman mengerjakan ibadah haji dapat dirakamkan

dengan lebih jelas dan terperinci.

Berdasarkan buku hasil tulisan Mohd. Saleh Haji Awang (1986), dengan merujuk

kepada catatan yang dibuat oleh Tom Pires, ada dinyatakan bahawa Sultan Alauddin Riayat

Page 85: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

78

Shah (1477-1488) merupakan orang Melayu pertama dalam sejarah yang mengerjakan haji di

Mekah.114

Di dalam Hikayat Hang Tuah pula ada menceritakan bahawa Laksamana Hang Tuah

pernah menunaikan haji semasa singgah di Mekah ketika beliau dalam perjalanan ke Rom.

Satelah sudah maka datanglah pada sembilannya haribulan Dzulhijjah. Maka

berhimpunlah berjalan sakalian orang Mekah itu pergi dengan Sharif Ahmad itu

masing-masing….pergilah bersama-sama dengan orang Melah sakalian itu

mengerjakan saperti rukun haji itu. Satelah sudah habislah dikerjakannya, lalu turun

ka Mina pula melontar batu yang bernama Jamratul-akabah dan Jamratul-wusta dan

Jamratul-ula itu…115

Pada abad ke-19 pula, terdapat lebih banyak catatan yang melaporkan pemergian

orang Melayu ke Mekah. Antara karya-karya yang telah mencatatkan pemergian ke Tanah

Suci itu turut terakam di dalam Tuhfat al-Nafis yang telah ditulis sekitar tahun 1860an dan

Kisah Pelayaran Abdullah Ke Judah yang telah merakamkan pengalaman Abdullah Munshi

menunaikan haji pada tahun 1854.

Dalam abad ke-19 ini, terdapat juga catatan yang tidak kurang pentingnya yang telah

merakamkan pemergian mengerjakan haji Muhammad Yusuf Ahmad atau lebih dikenali

sebagai Tok Kenali. Tok Kenali telah ke Mekah pada tahun 1886. Tok Kenali berasal dari

Kelantan dan telah melanjutkan pengajian agama di Mekah ketika berusia 18 tahun. Tok

Kenali kemudian mengambil keputusan menetap di Mekah bagi menuntut ilmu, di samping

menunaikan umrah dan haji. Beliau kemudian kembali ke Kelantan pada usia 40 tahun dan

mengasaskan pusat pengajian Islam.116

114

Sila rujuk Mohd. Saleh Haji Awang, 1986. Haji Di Semenanjung Malaysia : Sejarah dan Perkembangannya

Sejak Tahun 1300-1405 H (1896-1985M). 115

Sila rujuk Karya Agung: Hikayat Hang Tuah, 1997, hlm. 499-500. 116

Sila rujuk Abdullah al-Qari Haji Salleh, 1988. Detik-Detik Sejarah Hidup To’ Kenali.

Page 86: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

79

Pada abad ke-20, lebih banyak catatan perjalanan mengerjakan haji di kalangan

masyarakat Melayu di Tanah Melayu telah dibukukan dan diterbitkan. Ramai golongan

terpelajar yang telah ke Mekah bagi menunaikan haji telah merakamkan pengalaman mereka

dalam bentuk tulisan bagi berkongsi ilmu dengan orang lain. Akibatnya, bilangan bahan

bercetak mengenai pengembaraan ke Tanah Suci telah meningkat. Antara mereka yang telah

mencatatkan pengembaraan ke Mekah adalah Harun Aminurashid melalui karya travelognya

Chatetan ka-Tanah Suchi (1960), Perihal Pemergian ke Mekah dan Madinah (1937) oleh

Jaafar Jusoh Al Haj, Meninjau Ka-Masir dan Mekkah (1952) tulisan Raja Muhammad

Nordin, Dari London Ke Jeddah (1974) karya Abdul Aziz Ishak dan Ke Mekah Mengikut

Jalan Darat (1975) hasil tulisan Haji Ismail Haji Ishak.

Pada abad ke-21, penghasilan karya-karya travelog haji Melayu dalam bentuk tulisan

lebih memberangsangkan. Antara karya-karya travelog haji abad ini ialah Jom Hidupkan

Roh Haji: Transformasi ke Arah Manusia Sempurna (2009) karya Aki Abdul Wahab,

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (2010) oleh Prof Dr Muhd Kamil, Mekah Kota

Suci (2011) oleh Zuhairi Misrawi, dan Kembara Dua Kota : Mendamba Cinta Illahi (2011)

oleh Nor Dalilah Abd. Rashid.

Berdasarkan kepada karya-karya travelog yang dikaji, pada abad ke-19 sehingga

tahun-tahun 1960an, para bakal haji yang berlepas dari Tanah Melayu semuanya

menggunakan kapal laut untuk ke Mekah. Mulai tahun 1970 hingga tahun 1976, sebilangan

kecil daripada mereka menaiki kapal terbang, namun kapal laut masih terus digunakan.

Hanya bermula pada tahun 1977, kapal laut tidak lagi digunakan, sebaliknya semua jemaah

haji mula menaiki kapal terbang untuk ke Mekah.117

Pada zaman kapal laut, pelayaran dari negara ini ke Mekah mengambil masa di antara

dua dan tiga bulan, selain dilihat berisiko lebih tinggi, kebanyakan jemaah yang menaiki

117

Sila rujuk Mohd. Saleh Haji Awang, 1986. Haji Di Semenanjung Malaysia : Sejarah dan Perkembangannya

Sejak Tahun 1300-1405 H (1896-1985M).

Page 87: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

80

kapal laut juga mudah terdedah kepada pelbagai penyakit dan mengalami pengalaman pahit,

termasuk dilanda ribut taufan. Malah, ada kapal laut yang terbakar ketika dalam pelayaran di

tengah samudera. Namun, semua itu dianggap sebagai dugaan dan ujian Allah.

Kesusahan semasa berada di atas kapal semasa dalam pelayaran ke Mekah ini ada

dirakamkan oleh Harun di dalam travelognya, Chatetan ka-Tanah Suchi. Harun ada

menceritakan perit getirnya sepanjang perjalanan dengan kapal diberi nama Anshun. Antara

petikan berkenaan ialah:

Susah menjadi penumpang di dalam bahagian tengah kapal…orang yang ingin

menunaikan haji mestilah sabar… di sini tiada keseronokan atau kebebasan seperti

kebiasaannya ketika di darat…kamu terpaksa menanggung kesusahan ini di sepanjang

pelayaran pergi dan balik daripada menunaikan haji, sabar ialah satu-satunya jalan

penyelesaian terbaik.118

Pada zaman-zaman awal, lazimnya kapal-kapal yang membawa jemaah haji dari

Tanah Melayu ke Tanah Suci merupakan kapal-kapal dagang, bukan kapal-kapal khusus

untuk para penumpang. Oleh itu, kapal-kapal yang sarat dengan barang-barang dagangan

ditambah pula dengan bakal jemaah haji, menyempitkan lagi keadaan di atas kapal.

Akibatnya, keadaan kapal menjadi penuh sesak dan sering kali membawa lebih muatan.

Bahkan yang lebih dahsyat lagi ada penumpang yang terpaksa membuang hajat kecil dan

besar di tempatnya bernaung. Kemudahan-kemudahan asas di atas kapal seperti tandas, bilik

makan dan bilik tidur sungguh tidak memuaskan dan kerap kali tidak menepati syarat-syarat

kesihatan yang telah ditetapkan.119

Keadaan kapal yang penuh sesak dan ditambah pula

dengan perjalanan yang memakan masa selama berbulan-bulan, menyebabkan penyakit mula

118

Sila lihat Harun Aminurrashid, 1960. Chatetan ka-Tanah Suchi, hlm. 39. 119

Sila rujuk M. Dien Majid, 2008. Berhaji Di Masa Kolonial, hlm. 50-52.

Page 88: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

81

menular. Akibatnya, ada jemaah yang uzur atau meninggal dunia di atas kapal.

Bagaimanapun, rekod sebenar mengenai kematian itu sukar diperoleh.

Namun, pada akhir abad ke-19, barulah wujud beberapa buah syarikat perkapalan

yang mengusahakan khidmat khusus membawa para jemaah haji ke Tanah Suci.120

Antara

kapal-kapal laut yang pernah membawa para jemaah haji dari Tanah Melayu itu antaranya

ialah Subulus Salam (1854), Antirorchus (1936), Bellophon (1936), Cyclops (1936) dan

Potesilaus (1936), Idomeneus (1940an), Prometheus (1950an), Anshun (1960an), Malaysia

Kita, Malaysia Raya dan Kuala Lumpur (1970an).121

Kemajuan dalam sistem pengangkutan ke Tanah Suci dari kapal laut ke kapal terbang

berjaya merubah tanggapan orang Melayu mengenai perjalanan ke Tanah Suci. Sekiranya

dulu, perjalanan menunaikan ibadah haji adakalanya dianggap sebagai perjalanan ‘maut’,

kini tanggapan sedemikian tidak wujud lagi.

Perjalanan menuju ke Baitullah yang dahulunya mengambil masa berbulan-bulan kini

hanya mengambil masa kira-kira lapan hingga sembilan jam sahaja. Perjalanan ke Tanah

Suci pada zaman kapal laut yang membawa seribu satu bahaya dan kesengsaraan kepada para

jemaah kini hanya tinggal kenangan.

Sistem pengangkutan yang semakin canggih dan efisien bukan sahaja dapat

melancarkan perjalanan ke Tanah Suci, malah turut merubah persepsi masyarakat mengenai

pekerjaan haji. Masalah berasak-asak dan penularan penyakit berbahaya tidak lagi menjadi

perkara-perkara yang boleh menghambat kelincinan pelaksanaan ibadah haji. Perjalanan dan

pengembaraan mengerjakan rukun Islam yang kelima ini bukan lagi merupakan perjalanan

yang digeruni, tetapi sesuatu perjalanan rohani yang sangat disenangi.

120

Sila rujuk Mohd. Saleh Haji Awang, 1986. Haji Di Semenanjung Malaysia : Sejarah dan Perkembangannya

Sejak Tahun 1300-1405 H (1896-1985M). 121

Sila rujuk Berita Harian, 11 November 2009.

Page 89: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

82

Perkembangan Teknologi Pengangkutan & Teknologi Komunikasi Moden

Teknologi pengangkutan telah memainkan peranan yang besar dalam pekerjaan haji.

Seperti yang telah dikatakan, bermula pada tahun 1977, kapal laut tidak lagi digunakan untuk

ke Tanah Suci, sebaliknya semua jemaah haji mula menaiki kapal terbang untuk ke Mekah.

Perubahan sistem pengangkutan yang lebih canggih dan efisien ini telah turut merubah gaya

penulisan dan isi kandungan karya-karya travelog haji Melayu, sekali gus merubah persepsi

masyarakat mengenai pekerjaan haji.

Di dalam karya-karya travelog haji abad ke-21, misalnya, tiada lagi penceritaan

mengenai pengalaman dan keadaan di kapal laut. Segala kesengsaraan dan kepahitan semasa

dalam perjalanan ke Tanah Suci tidak lagi disentuh. Perjalanan menaiki kapal terbang yang

dirakamkan, menggambarkan keadaan yang jauh lebih baik daripada keadaan semasa

pelayaran menaiki kapal laut. Perjalanan ke Tanah Suci kini lancar, tiada onak dan duri, dan

penuh dengan keselesaan. Keadaan yang lebih selesa dan masa perjalanan yang lebih singkat

ini menyebabkan tidak banyak perkara yang dapat dirakamkan semasa perjalanan ke Tanah

Suci dan penceritaan mengenai perjalanan ke Tanah Suci kini dirakamkan secara ringkas,

bahkan ada kalanya hanya memakan tidak kurang daripada lima patah ayat. Pusat

penceritaan travelog haji, kini, lebih tertumpu kepada pekerjaan haji itu sendiri.

Di bawah ini, diberikan beberapa contoh coretan pengalaman perjalanan dari tanah air

ke Tanah Suci yang terdapat di dalam karya-karya travelog haji abad ke-21. Sebagaimana

yang dirakamkan oleh Ezee Rahmani di dalam travelognya, Kembara Tetamu Allah :

Sujudku Di Hadapan Tuhan Yang Abadi (2011):

Dari KLIA kami memulakan penerbangan ke Jeddah yang mengambil masa lebih

kurang lapan jam. Makan dan minum usah diceritakan lagi. Belum sempat lapar,

hidangan dihulurkan lagi. Semuanya berjalan lancar dan selesa. Hal itu sudah cukup

membuatkan hati saya menjadi berganda pilu apabila membandingkan bagaimana

Page 90: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

83

Nabi Muhammad keluar menunaikan haji dari Madinah dengan menunggang unta dan

hanya berlapikkan pelana yang buruk dan usang. Sedangkan kami...saya meneliti

kedudukan saya yang begitu selesa.122

Dr Muhd Kamil Ibrahim turut merakamkan keadaan yang selesa dan pengurusan

perjalanan yang baik di dalam travelognya, Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman

(2009). Sebagaimana katanya:

Secara keseluruhan, perjalanan dari Kelana Jaya – KLIA – Jeddah – Mekah diurus

dengan cemerlang oleh pihak Tabung Haji, Penerbangan Saudi dan pihak

muassasah.123

Berdasarkan kepada kedua-dua travelog di atas, dapat dilihat dengan jelas bahawa

perjalanan ke Tanah Suci dengan menaiki kapal terbang ternyata lebih lancar, penuh

keselesaan dan khidmat yang diberikan oleh pihak pengurusan haji dan kapal terbang juga

memuaskan. Rakaman mengenai pengalaman ke Tanah Suci ini berbeza sekali dengan

rakaman mengenai perjalanan ke Tanah Suci di dalam karya-karya travelog haji abad ke-19

dan ke-20.

Di dalam travelog Chatetan ka-Tanah Suchi (1960), misalnya, lebih daripada 50

halaman digunakan oleh Harun untuk menceritakan pengalamannya ketika berada di dalam

pelayaran ke Mekah menaiki kapal laut yang bernama Anshun. Di dalam bab pertamanya ini,

Harun telah menceritakan dengan panjang lebar mengenai pengalamannya belayar kapal.

Bilek2 Class 1 ada sa-banyak 20 buah.....Saya bernasib baik dapat bilek No. 20

berhampiran dengan tempat makan, kerana tempat makan itu dudok-nya di-bahagian

tengah kapal, sebab itu kurang oleng dan tidak menjadi lekas terkena mabok.....

122

Sila lihat Ezee Rahmani, 2011. Travelog Hajah : Kembara Tetamu Allah, hlm. 6-7. 123

Sila lihat Muhad. Kamil Ibrahim, 2009. Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman, hlm. 47.

Page 91: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

84

Menjadi penumpang di-petak2 yang dudok-nya di-perut kapal itu satu tanggongan

yang berat. Saya rasa ini sahaja perkataan yang tepat kepada penumpang2 juma’ah

haji di-Class deck dan Class II, kerana segala kesenangan dan kebebasan saperti di-

darat tidak dapat sama sekali, umpama-nya mesti tidor di-pangkin.....Ada kawan saya

yang berkata pangkin Class deck itu sama dengan sa-keping papan long orang

mati....124

Selain menceritakan dengan panjang lebar mengenai keadaan di atas kapal, Harun

turut merakamkan beberapa perkara yang berlaku semasa pelayarannya itu di dalam travelog

hajinya ini. Salah satu perkara yang telah dirakamkannya ialah mengenai upacara di mana

beliau telah menyaksikan istiadat pengkebumian jenazah salah seorang bakal haji di laut.

Pada pukul 10.00 pagi betul saya pergi menyaksikan bagaimana orang

mengkebumikan mayat perempuan yang meninggal dunia pagi tadi di-belakang kapal

dan kapal ketika itu sedang hendak masok ka’Telok Aden yang tenang itu...Keranda

itu berwarna puteh berdinding sa-keliling-nya dengan sa-keping papan. Sa-keping

papan sa-belah kakinya boleh di-buka. Mayat di-turunkan per-lahan2 dan ketika itu

imam terus membacha Al-fateha.....mayat hampir sampai terchecah di-bueh

ayer....kapal memberhentikan engine-nya dan papan dinding sa-keping di-kaki mayat

itu di-buka dan keranda arah sa-belah kepala-nya di-angkat maka mayat pun

menggelunsor turun ka-ayer....125

Kematian di dalam perjalanan menuju ke Tanah Suci merupakan suatu perkara yang

lazim pada zaman kapal laut. Keadaan kapal yang penuh sesak dan ditambah pula dengan

perjalanan yang memakan masa selama berbulan-bulan, menyebabkan penyakit mula

menular. Akibatnya, ada jemaah yang uzur atau meninggal dunia di atas kapal. Oleh itu,

124

Sila lihat Harun Aminurrashid, 1960. Chatetan ka-Tanah Suchi, hlm. 19. 125

Ibid., hlm. 35.

Page 92: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

85

pada zaman itu, masyarakat mempunyai tanggapan bahawa perjalanan mengerjakan ibadah

haji merupakan perjalanan yang ‘tidak akan kembali lagi’.

Rakaman Harun mengenai keadaan di atas kapal ini merupakan satu isi yang penting

kerana ianya telah memberikan para pembaca gambaran yang agak jelas mengenai keadaan

yang perlu ditempuh oleh kebanyakan bakal jemaah haji pada ketika itu. Gambaran yang

diberikan oleh Harun mengenai pengalamannya di atas kapal merupakan sesuatu pengalaman

yang tidak lagi dapat dirasai oleh generasi sekarang. Oleh yang demikian, coretannya ini

merupakan sesuatu peninggalan yang sangat berharga.

Jika Harun memperuntukkan lebih kurang lima puluh halaman untuk merakamkan

pengalamannya semasa dalam perjalanan ke Tanah Suci, bagi Abdullah Munshi, hampir

keseluruhan travelog hajinya menceritakan pengalaman pelayarannya ke sana. Bahagian

terakhir travelognya menceritakan perasaannya ketika sampai di kota Mekah. Beliau tidak

sempat menyelesaikan travelognya ini kerana telah dijemput Illahi.

Seperti Harun, pelayaran yang dilalui oleh Abdullah juga penuh dengan

kesengsaraan. Sebagaimana katanya di dalam Bab 1 travelog hajinya:

Sebermula, maka kemudian daripada itu, maka angin ada kencang, lalu belayarlah

hendak menyeberang Kep Gamri. Allah, Allah, Allah! Tiadalah dapat hendak

khabarkan bagaimana kesusahannya dan bagaimana besar gelombangnya, melainkan

Allah yang amat mengetahuinya. Rasanya hendak masuk ke dalam perut ibu

kembali…Maka masing-masing dengan halnya, tiadalah lain lagi dalam fikiran

melainkan mati.126

Di dalam Bab 3 travelog ini, Abdullah turut mencatatkan perkara yang berikut:

126

Sila lihat Kassim Ahmad (ed.), 1981. Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan Ke Judah, hlm. 93-94.

Page 93: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

86

Maka adalah hal dalam kapal itu melainkan Allah sahaja yang amat mengetahui

bagaimana hal seksanya hendak makan dan duduk dan tidur sebab terlalu banyak

orang.127

Jika dikaji karya travelog hajinya ini, keadaan yang dialami oleh Abdullah jauh lebih

buruk dibandingkan dengan Harun. Ini adalah kerana kapal yang dinaiki oleh Harun

dikhususkan oleh penumpang jemaah haji, manakala kapal yang dinaiki oleh Abdullah

merupakan kapal dagang yang membawa barang-barang dagangan. Pada zaman awal,

biasanya kapal-kapal yang membawa jemaah haji dari Tanah Melayu ke Tanah Suci

merupakan kapal-kapal dagang. Oleh itu, kapal-kapal yang sarat dengan barang-barang

dagangan ditambah pula dengan bakal jemaah haji, menyempitkan lagi keadaan di atas kapal.

Akibatnya, keadaan kapal menjadi penuh sesak dan sering kali membawa lebih muatan.

Di samping harus berhimpit-himpit di atas kapal, Abdullah juga perlu bertukar-tukar

kapal untuk ke Tanah Suci. Kapal dagang pertama yang dinaikinya dari Singapura, iaitu

Sublassalam, berhenti di negeri Alfiah. Sementara menunggu kapal tumpangan yang lain,

Abdullah terpaksa berada di Alfiah selama enam hari lamanya. Kapal dagang yang akhirnya

membawa Abdullah ke Jeddah, ialah Atia Rahman. Namun, sebelum ke Jeddah, kapal

dagang ini telah berhenti untuk beberapa hari di Kalikut, Pulau Sokotora, negeri Mukha dan

Hudaidah. Setiap kali kapal ini belayar, setiap kali itulah Abdullah terpaksa berhadapan

dengan bahaya ribut taufan, angin kencang dan gelombang yang menakutkan. Sebagaimana

katanya semasa dalam pelayaran dari Pulau Sokotaro ke negeri Mukha:

Maka tiba-tiba turunlah hujan rintik-rintik; maka habislah basah orang yang tidur di

atas itu...Maka dengan hal yang demikian turunlah angin barat terlalu kencang dengan

tiada boleh membuka mata.128

127

Sila lihat Kassim Ahmad (ed.), 1981. Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan Ke Judah, hlm. 99.

Page 94: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

87

Tukilan di atas, jelas menggambarkan kesusahan yang harus dihadapi oleh Abdullah

semasa pelayarannya untuk menunaikan ibadah haji. Beliau bukan hanya mengalami masa

pelayaran yang panjang, beliau juga terpaksa berhimpit-himpit di atas kapal dan mengharungi

segala ancaman ribut.

Berdasarkan kepada tukilan-tukilan yang telah dikemukakan, dapat dilihat dengan

jelas bahawa evolusi dalam pengangkutan dari kapal laut ke kapal terbang sesungguhnya

mempunyai kesan yang besar ke atas isi kandungan travelog haji Melayu, khususnya

mengenai rakaman pengalaman perjalanan ke Tanah Suci.

Rakaman perjalanan yang berbeza-beza akibat perubahan dari segi pengangkutan ini

mewujudkan keindividualan karya-karya travelog ini. Segala pengalaman perjalanan ke

Tanah Suci yang dirakamkan oleh Harun sangat berbeza dengan apa yang diharungi oleh

Abdullah dan penulis-penulis travelog haji abad ke-21. Perbezaan ini menyebabkan karya-

karya mereka mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Ciri keindividualan ini akan

diterangkan dengan lebih lanjut di bawah nanti.

Selain perkembangan dalam teknologi pengangkutan, perkembangan teknologi

komunikasi turut memberikan impak kepada travelog haji Melayu. Teknologi komunikasi

yang diledakkan dengan penciptaan pelbagai alat komunikasi seperti telefon pintar (smart

phone), komputer tablet dan komunikasi tanpa wayar (wireless communication) seperti wi-fi,

internet mudah alih dan penciptaan laman sosial yang digilai warga dunia contohnya

Facebook, Twitter dan Yahoo Messenger, dapat menghubungkan manusia dari seluruh

pelosok dunia tanpa perlu keluar atau bergerak. Teknologi komunikasi yang semakin canggih

dan cepat kini, menyebabkan tidak ada satu daerah pun di dunia ini yang belum dijelajahi.

Pengembaraan ke daerah-daerah asing, kini boleh dilakukan di alam siber tanpa memerlukan

si pengembara menjelajah secara fizikal.

128

Sila lihat Kassim Ahmad (ed.), 1981. Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan Ke Judah, hlm. 106.

Page 95: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

88

Pengembaraan ke Tanah Suci turut dapat dilakukan oleh bakal-bakal haji di alam

siber. Pengembaraan ini sedikit sebanyak dapat memberikan pengetahuan dan gambaran

yang jelas kepada bakal-bakal haji ini akan perkara-perkara yang akan mereka tempuhi

semasa mengerjakan ibadah haji nanti.

Dahulu, bakal-bakal haji hanya sekadar mendapat maklumat dan pengetahuan

mengenai pekerjaan haji melalui cerita-cerita dan informasi-informasi yang telah

disampaikan oleh sahabat-handai yang telah ke sana. Namun kini, dengan bantuan teknologi

komunikasi yang serba moden, bakal-bakal haji lebih beruntung kerana dapat melihat ritual-

ritual haji yang akan mereka lakukan dengan hanya menonton video dan susunan grafik

secara on-line, sebelum mereka menjejakkan kaki ke sana. Gambaran yang lebih jelas ini

sedikit sebanyak dapat mempersiapkan bakal-bakal haji ini secara mental dan fizikal akan

perkara-perkara yang akan mereka tempuhi kelak.

Oleh kerana segala maklumat yang diperlukan oleh bakal haji kini, mudah diperolehi

daripada alam siber, ianya telah memberikan kesan kepada isi kandungan travelog haji. Isi

kandungan travelog haji abad ke-21 tidak lagi memberikan maklumat yang terperinci

mengenai tempat, keadaan dan masyarakat yang ditemui di Tanah Suci. Rakaman yang

dibuat di dalam travelog haji zaman moden ini lebih banyak menceritakan pengalaman para

penulisnya semasa mengerjakan ibadah haji. Akibatnya, sifat utilitarian dalam penulisan

travelog haji semakin lama semakin terhakis. Keterangan lanjut mengenai perubahan dalam

isi kandungan travelog haji akan diberikan di bawah nanti.

Secara ringkasnya, teknologi pengangkutan dan komunikasi, bukan sahaja dapat

menghubungkan manusia dari seluruh pelosok dunia tanpa perlu keluar atau bergerak, tapi

turut mengembangkan unsur-unsur budaya moden. Unsur-unsur budaya moden inilah yang

telah menyalurkan nilai-nilai dan pemikiran moden yang telah membawa perubahan terhadap

Page 96: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

89

travelog haji Melayu. Pemikiran moden ini dapat dilihat dengan jelas di dalam ciri-ciri dan

gaya penulisan, sekali gus merubah isi kandungan karya-karya travelog haji ini.

Ciri Ciri Travelog Haji Melayu

Sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam Bab 2, travelog Melayu tergolong dalam

genre sastera Melayu moden. Travelog haji Melayu tidak terkecuali di dalam hal ini. Ciri-ciri

dominan seperti penggunaan suara naratif diri orang pertama, pembubuhan tarikh dan masa,

dan pelukisan pemikiran dan perasaan penulis, juga kedapatan di dalam travelog haji.

Walaupun terdapat beberapa persamaaan antara travelog haji dengan travelog Melayu yang

lain, masih terdapat perbezaan di antara keduanya, iaitu dari segi gaya penulisan dan nada

(tone). Hal ini sudah termaklum kerana karya-karya travelog haji bukan sahaja melibatkan

perjalanan fizikal ke tempat-tempat asing, tetapi turut meliputi perjalanan spiritual

(kerohanian).

Perjalanan mengerjakan haji merupakan suatu perjalanan kerohanian yang pasti tidak

sama seperti perjalanan-perjalanan ke tempat-tempat lain. Ini adalah kerana perjalanan ke

Mekah bagi menunaikan ibadat haji merupakan satu perjalanan yang suci. Oleh yang

demikian, sudah pasti nadanya lebih beremosi dan berbau keagamaan.

Sebagaimana yang telah dirakamkan oleh Muhd Kamil melalui travelognya, Travelog

Haji: Mengubah Sempadan Iman (2009):

Sememangnya ia menyeronokkan dan menggembirakan. Tidak ada tempat lain yang

dapat memberi perasaan dan pengalaman dalaman sehebat di Masjidil Haram. Mekah

tidak sama dengan London, Amsterdam, Paris ataupun New York.

Page 97: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

90

Tidak ada bandar atau bandaraya besar dunia mampu memberi perasaan keamanan

dalaman selain daripada Madinah. Sekurang-kurangnya itulah gambaran yang diberi

oleh rakan-rakan dan sanak-saudara yang menunaikan fardhu haji.129

Walaupun tergolong dalam genre moden, travelog haji masih tetap terikat dengan

beberapa ciri tradisional yang masih dominan. Di dalam bahagian ini, akan dibincangkan

ciri-ciri moden dan tradisional yang dominan di dalam travelog haji. Saya juga akan melihat

sejauh mana perkembangan teknologi telah merubah ciri-ciri genre ini. Untuk memberikan

huraian yang lebih jelas, saya akan mengemukakan beberapa karya travelog haji dari abad

ke-19 hingga abad ke-21 sebagai sampel.

Demi kejelasan dan dalam keterbatasan tesis ini analisa dalam bab ini akan saya

fokuskan kepada sebahagian travelog haji sahaja. Pembatasan ini dilakukan kerana karya-

karya yang dipilih dianggap sudah mewakili.

Sifat Utilitarian Travelog Haji Melayu

Salah satu ciri tradisional yang masih ada pada travelog haji Melayu ialah karya-karya

genre ini masih terikat dengan motif utilitarian, iaitu memberi maklumat mengenai keadaan

dan suasana tempat-tempat yang dilawati, termasuk adat dan cara hidup masyarakat yang

ditemui. Sifat utilitarian ini lebih ketara di dalam karya abad ke-19 dan abad ke-20

berbanding karya-karya travelog haji abad ke-21.

Di dalam Kisah Pelayaran Abdullah Ke Judah (1980), misalnya, semasa kapal

dagang yang ditumpanginya berlabuh di negeri Alfiah, Abdullah telah memberikan rakaman

yang agak terperinci mengenai tempat dan masyarakat yang ditemui. Keadaan bangunan dan

adat masyarakat negeri itu telah diberikan gambaran yang jelas. Sebagaimana kata Abdullah:

129

Sila lihat Muhd. Kmil Ibrahim, 2009. Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman, hlm. 4.

Page 98: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

91

Adapun batu yang diperbuat oleh mereka itu rumah-rumah semuanya batu besi asal,

bukannya batu buatan yang berbakar….maka rumah perbuatan mereka itu rendah-

rendah. Maka jarang-jarang yang tinggi. Maka semuanya pintu dan jendelanya kecil-

kecil belaka, macam rumah keling dan Hindi, masing-masing dengan sukanya

dengan tiada beraturan; ada lorong kecil, ada lorong besar.

Maka adalah satu adat dalam negeri itu terlalu aib, iaitu tiada berjamban; semuanya

orang pergi buang air ke tepi laut berbanjar-banjar duduk dengan tiada bermalu

seorang dengan seorang. Dan lagi suatu adat orang meminta sedekah daripada laki-

laki dan perempuan, barang di mana pergi diikutnya. Maka di mana kita duduk

adalah mereka itu berkerumun.130

Di dalam travelog hajinya, Chatetan Ke Tanah Suchi (1960), Harun telah turut

memberikan deskripsi yang agak jelas mengenai tempat yang dilawati.

Jalan hendak ka-Arfah itu di-mulai dari jalan2 chara zaman dahulu di-sakeliling Kota

Mekah ia-itu sempit, bengkang-bengkok di-antara rumah2 batu lama yang tinggi2,

tetapi akhir-nya masok ka-jalan raya yang besar dan modern serta kelihatan

bangunan2 modern.131

Berdasarkan kepada tukilan-tukilan di atas dapat dilihat bahawa karya-karya travelog

haji awal masih terikat dengan motif utilitarian. Walaupun motif utilitarian masih terdapat di

dalam karya-karya travelog abad ke-21, kehadirannya sangat minimal. Punca ketandusan

atau kelenyapan sifat utilitarian di dalam karya-karya travelog haji generasi baru ini tidak

dapat disangkalkan, antaranya disebabkan oleh ledakan teknologi maklumat dan komunikasi.

Seperti yang telah dinyatakan di atas, kini, dengan bantuan teknologi komunikasi yang serba

moden, bakal-bakal haji atau mereka yang berminat mengetahui akan hal-ehwal ritual haji

130

Sila lihat Kassim Ahmad (ed.), 1981. Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan Ke Judah, hlm. 102-103. 131

Sila lihat Harun Aminurrashid, 1960. Chatetan Ka-Tanah Suchi, hlm. 111.

Page 99: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

92

boleh mendapatkan maklumat yang diingini dengan hanya menonton video, membaca bahan

bacaan elektronik (e-book) dan susunan grafik secara on-line sahaja.

Keindividualan (Individuality) Travelog Haji Melayu

Keindividualan (individuality) travelog haji Melayu agak menyerlah. Ini adalah

kerana setiap karya travelog haji mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Setiap karya

berbeza daripada yang lain, baik dari segi gaya penulisan mahupun isi kandungannya.

Karya-karya travelog haji yang dihasilkan pada abad ke 20, misalnya, berbeza daripada

karya-karya yang dihasilkan pada abad ke-21. Malah, karya-karya yang dihasilkan pada

abad yang sama juga mempunyai perbezaan antara satu sama lain. Setiap travelog haji

mempunyai keunikan yang tersendiri. Hal ini sedemikian kerana ibadah haji itu sendiri

merupakan sesuatu ibadah yang bersifat individu (individual pursuit).132

Seseorang individu itu sendiri yang mengesahkan hajinya dan tidak boleh bergantung

harap kepada orang lain, iaitu sah atau tidak sahnya haji seseorang itu adalah di atas

empunya badan. Sebagai contoh, apabila selesai bertawaf atau bersai, seseorang jemaah itu

tidak boleh bertanya kepada orang lain sama ada tawaf atau sainya sempurna atau tidak.

Dalam ibadah haji, seseorang itu tidak boleh taklifkan, iaitu menyerahkan beban pada orang

lain. Oleh itu, pekerjaan haji amat individualistik sifatnya. Sebagai rakaman pengalaman

yang bersifat peribadi, maka suara naratif travelog haji juga terdiri daripada diri orang

pertama.

Di bawah ini, saya akan berikan beberapa tukilan daripada beberapa buah karya

travelog haji yang menunjukkan suara naratif diri orang pertama - sebuah karya dari abad ke-

19, sebuah karya dari abad ke-20, dan sebuah karya dari abad ke-21.

Sebagaimana yang terakam di dalam Kembara Tetamu Allah : Sujudku Di Hadapan

Tuhan Yang Abadi (2011) tulisan Ezee Rahmani:

132

Sila lihat Powell, E. A., 1921. Where the Strange Trails Go Down, hlm. 56.

Page 100: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

93

Pada awalnya, doktor menasihatkan saya menggunakan kerusi roda bagi melakukan

tawaf memandangkan kondisi tulang belakang dan asma saya. Ia membimbangkan

para doktor yang bertugas lalu mereka menyediakan sebuah kerusi roda. Namun, saya

terus bermohon kepada Allah supaya belas dan kasihan kepada saya yang datang

dengan serba kekurangan, namun berhajat melakukan semua ibadat secara normal…133

Di dalam Chatetan Ka-Tanah Suchi (1960), Harun Aminurrashid, ada mencatitkan

seperti di bawah ini:

Sa-belum sampai waktu ‘Asar saya telah siap mandi sunat ihram kemudian saya

memakai kain ihram - ia-itu dua keeping kain puteh yang tidak berjahit. Sa-keping

men-jadi kain dan sa-keping lagi di-selempangkan ka-badan menutup bahu kiri. Tidak

boleh menutup kepala hanya boleh memai paying kalau berjalan dalam panas. Sa-telah

siap memakai ihram lalu saya sembahyang sunat ihram dua rakaat dan niat ‘Umrah.134

Di dalam Kisah Pelayaran Abdullah Ke Mekah (2005), Abdullah ada merakamkan

pengalamannya seperti yang berikut:

Syahdan, maka sehari sampai ke Judah itu, maka sahaya pun berkirimlah surat ke

Mekah mengatakan sudah sampai ke Judah memanggil syeikh turun. Maka oleh

sebab menantikan datang syeikh itu, maka berjalan-jalanlah sahaya di Judah itu serta

133

Sila lihat Ezee Rahmani, 2011. Kembara Tetamu Allah : Sujudku Di Hadapan Tuhan Yang Abadi, hlm. 28. 134

Sila lihat Harun Aminurrashid, 1960. Chatetan Ka-Tanah Suchi, hlm. 61.

Page 101: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

94

pergi mendapatkan Syeikh Abdul Ghaffar menyampaikan surat daripada Habib Abu

Bakar Masyhur yang dari Singapura.135

Berdasarkan kepada tukilan-tukilan di atas, jelas kelihatan penggunaan kata ganti diri

orang pertama di dalam karya-karya travelog haji ini. Apa yang menarik perhatian ialah

kesemua travelog ini menggunakan kata ganti diri orang pertama ‘saya’ atau ‘sahaya’

berbanding ‘aku’. Jika di dalam travelog-travelog Melayu yang lain para penulisnya

menggunakan sama ada suara naratif diri orang pertama ‘aku’ atau ‘saya’, di dalam karya-

karya travelog haji, para penulisnya lebih gemar merujuk diri mereka sebagai ‘saya’. Bahkan,

di dalam kesemua travelog haji yang dikaji, suara naratif diri orang pertama yang digunakan

ialah ‘saya’, bukan ‘aku’.

Di dalam konteks travelog haji, memandangkan ia merupakan karya sastera yang

bersifat keagamaan, saya berpendapat kata ganti diri ‘saya’ mungkin digunakan oleh para

penulis karya-karya ini sebagai salah satu strategi kesantunan berbahasa136

. Kesantunan

bahasa secara umumnya, merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab,

memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi

teman bicaranya.137

Di dalam masyarakat Melayu, orang-orang yang telah mengerjakan ibadah haji

dipandang tinggi dan dianggap mempunyai keperibadian yang baik dan berakhlak tinggi.138

Oleh yang demikian, sebagai golongan yang mempunyai ketinggian akhlak, para penulis

135

Sila lihat Sweeney. A., 2005. Karya Lengkap Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi, Jilid 1: Kisah Pelayaran Ke

Mekah, hlm. 292. 136

Dalam konteks kesantunan berbahasa, Asmah Hj. Omar (2000) mengaitkannya dengan penggunaan bahasa

sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pembaca.

Keadaan yang demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penulis dan pembaca.

Dalam masyarakat Melayu, kesantunan bukan sahaja merujuk kepada latar sosio-budaya masyarakatnya yang

berpegang pada adat resam, malah diperkukuh oleh pegangan Islam. Kesantunan berbahasa mempunyai ikatan

yang rapat dengan bahasa sopan. Bahasa sopan menunjukkan ketinggian akhlak, akal budi dan kejernihan fikiran

seseorang. 137

Sila lihat Awang Sariyan, 2007. Santun Berbahasa, hlm. 1. 138

Sila rujuk Aki Abdul Wahab, 2009. Jom Hidupkan Roh Haji:Transformasi ke Arah manusia Sempurna, hlm.

12.

Page 102: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

95

travelog haji ini menggunakan bahasa yang sopan dalam karya-karya travelog mereka. Selain

itu, ‘saya’ digunakan di dalam karya-karya travelog haji ada kemungkinan untuk

mewujudkan, keikhlasan, dan sebagai tanda hormat penulis-penulis ini terhadap para

pembaca.

Travelog Haji Melayu Sarat Dengan Emosi

Pusat penceritaan dalam karya-karya travelog haji Melayu tidak hanya tertumpu

kepada rentetan peristiwa dan keindahan pemandangan yang dilalui para penulis sahaja,

tetapi meliputi juga pelukisan pemikiran dan perasaan peribadi penulis-penulis tersebut.

Pembaca akan terkesan apabila membaca karya-karya travelog haji kerana gambaran

pengalaman dan perasaan yang dirakamkan oleh penulis-penulisnya begitu syahdu dan

sungguh menyentuh jiwa.

Cerminan emosi yang digambarkan di dalam karya-karya travelog haji ini meliputi

perasaan kagum di atas kebesaran Illahi, perasaan takut dan sedih yang meluap-luap

mengenangkan dosa-dosa yang telah dilakukan, dan pelbagai lagi perasaan yang bercampur-

aduk.

Cetusan emosi yang hadir di dalam karya-karya ini merupakan salah satu stereotaip

yang hadir dalam penulisan travelog haji Melayu. Di sini, ingin saya kemukakan konsep

topos yang terdapat di dalam penulisan travelog haji Melayu. Sebelum, dikupas konsep topos

ini dengan lebih mendalam, ada baiknya diberikan terlebih dahulu definisi topos.

Topos berasal daripada perkataan Yunani, iaitu tópos koinós. Dalam bahasa Latin

ianya disebut sebagai locus. Sebagaimana yang digunakan di dalam konteks retorik139

klasik

Yunani, topos membawa maksud kaedah yang telah ditetapkan (standardised method) dalam

139

kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan

Page 103: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

96

pembinaan sesuatu argumen. Istilah teknikal (technical term) topos dapat dialihbahasakan

sebagai topik (topic) atau perkara biasa (commonplace). 140

Topos juga membawa maksud tema atau motif tradisional, atau kaedah yang biasa

digunakan dalam karya kesusasteraan. Tema atau motif yang dimaksudkan di sini merupakan

elemen yang berulang-ulang (recurring element) di dalam sesuatu karya kesusasteraan.

Konsep topos ini diperluaskan oleh Ernst Robert Curtius bagi merujuk kepada

perkara biasa yang diulang-ulang dari satu zaman ke zaman yang lain, dan topos juga

merujuk kepada penggunaan semula material tradisional, terutama sekali dalam

pendeskripsian latar belakang sesuatu peristiwa yang telah ditetapkan.141

Beliau juga turut

memaparkan satu lagi jenis topos. Topos jenis yang kedua ini biasanya wujud dalam karya-

karya yang berkaitan dengan agama dan alam semesta, salah satu contoh yang diberikannya

ialah penggunaan topos di dalam karya-karya ketuhanan, memuji dan mengagungkan Tuhan.

Konsep topos ini terdapat di dalam travelog haji Melayu. Salah satu topos yang sering

terdapat di dalam genre travelog haji Melayu ialah luahan perasaan nikmat mengagumi

kebesaran Maha Pencipta sesaat melihat Kaabah buat pertama kalinya. Walaupun nikmat

yang dikecapi oleh penulis-penulis ini mungkin berbeza-beza dari segi darjahnya, gambaran

perasaan yang diberikan oleh penulis-penulis ini secara umumnya sama. Di bawah ini

diberikan dua buah tukilan yang diambil dari travelog haji abad ke-20 dan abad ke-21 bagi

memperlihatkan kewujudan konsep topos di dalam genre travelog haji Melayu. Topos dalam

gaya penulisan travelog haji dengan jelas dapat dilihat di dalam karya-karya awal dan juga

karya-karya terkini. Emosi yang sama diulang-ulang dari satu zaman ke satu zaman.

Sebagaimana yang dirakamkan oleh Harun Aminurrashid di dalam travelognya

Chatetan Ke Tanah Suchi:

140

Sila Curtius, E. R., 1953. European Literature and the Latin Middle Ages, terj. daripada bahasa Jerman oleh

Willard R. Trask, hlm. 92-94. 141

Sila lihat Curtius, E. R., 1953. European Literature and the Latin Middle Ages, terj. daripada bahasa Jerman

oleh Willard R. Trask, hlm. 80.

Page 104: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

97

Ta’ dapat hendak saya katakan bagaimana detik jantong saya ketika saya

memasokkan badan ka-dalam masjid yang bersejarah serta terpandang kapada

bangunan Ka’abah tersergam hitam empat persegi di-tengah2 masjid itu. Hanya

uchapan Allahu-Akbar, Allahu-Akbar terus terpanchar dari mulut saya.142

Menerusi karya travelognya, ’Jom Hidupkan Roh Haji: Transformasi ke Arah

Manusia Sempurna’ (2009), Aki Abdul Wahab juga merakamkan perasaan yang sama:

Kali pertama melihat Kaabah memberi pengalaman batin yang amat indah. Yang

pasti ia amat sukar digambarkan dengan kata-kata. Rasanya begitu syahdu...perasaan

diberi perlindungan begitu tebal. Allah itu Al-Waliyy, yang memiliki sifat Maha

Melindungi yang mutlak.143

Berdasarkan kepada tukilan-tukilan di atas, boleh dikatakan kesemua penulis

ini telah melahirkan rasa takjub dan kagum mereka apabila melihat Kaabah, sehinggakan ada

di antara mereka tidak dapat merakamkan perasaan mereka dengan kata-kata. Mereka seakan-

akan ’terpukau melihat keagungan Kaabah’, yang merupakan kiblat bagi umat Islam di

seluruh dunia.

Selain luahan perasaan nikmat seperti yang telah dinyatakan, travelog haji

Melayu juga tidak lari daripada merakamkan luahan perasaan taubat menyesali kesalahan-

kesalahan yang telah dilakukan pada masa lalu.

Sebagaimana yang dirakamkan oleh H.M. Jaluli di dalam travelognya, Satu

Perjalanan Pendek Yang Mengesankan (1979):

Aku teringatkan dosa-dosa yang telah aku lakukan selama ini…Aku teringatkan

perangaiku yang tidak pernah menyesal atas dosa yang kulakukan. Berani buat berani

142

Sila lihat Harun Aminurrashid, 1960. Chatetan Ka-Tanah Suchi , hlm. 67. 143

Sila lihat Aki Abdul Wahab, 2009. Jom Hidupkan Roh Haji: Transformasi ke Arah Manusia Sempurna, hlm.

25.

Page 105: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

98

tanggung. Aku masih muda. Baki umurku masih panjang lagi.……Itulah kata hatiku

dulu. Sekarang, tiba-tiba aku merasa gerun….144

Muhd Kamil turut merakamkan luahan penyesalannya menerusi travelog hajinya.

Ya Allah, aku memohon keampunanmu ya Allah, aku mohon keampunanmu, ya

Allah, aku memohon keampunanmu, ya Allah. Ya Allah, aku bertaubat kepadamu

daripada segala dosa yang aku lakukan.145

Para penulis ini kelihatannya selesa mencurahkan isi hati dan perasaan mereka.

Mereka bersikap terbuka dan tanpa segan silu meluahkan kekurangan diri kepada pembaca.

Cetusan emosi dan luahan perasaan yang bersifat peribadi secara terang-terangan seperti yang

telah dirakamkan oleh penulis-penulis travelog haji ini merupakan salah satu ciri sastera

Melayu moden.

Topos wujud di dalam karya sastera sesebuah masyarakat, kerana penulis-penulisnya,

rata-rata mempunyai latar belakang sejarah dan sosiobudaya yang sama. Di dalam konteks

travelog haji Melayu, pengalaman agama yang serupa yang dilalui oleh para penulisnya

menyebabkan luahan emosi yang sama diulang-ulang zaman-berzaman.

Peranan Travelog Haji Melayu

Karya-karya travelog haji Melayu, sama seperti karya-karya travelog Melayu yang

lain memainkan beberapa peranan dalam masyarakat. Selain, menjadi pembimbing bakal-

bakal haji ke Tanah Suci, travelog haji juga merupakan sumber ilmu pengetahuan kepada

para pembaca.

144

Sila lihat Jaluli, H. M., 1979. Satu Perjalanan Pendek Yang Mengesankan, hlm. 6-7. 145

Sila lihat Muhd. Kamil Ibrahim, 2009. Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman, hlm. 34.

Page 106: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

99

Sebagai karya perjalanan yang bersifat kerohanian, travelog haji juga memainkan

peranan sebagai penyemai nilai-nilai yang baik kepada pembaca. Unsur-unsur didaktif yang

terdapat di dalamnya dapat digunakan oleh pembaca sebagai mengintropeksi diri dan menjadi

warisan kepada generasi-generasi akan datang. Di dalam bahagian ini, akan dibincangkan

beberapa peranan dominan yang dimainkan oleh travelog haji Melayu. Peranan yang

dimainkan oleh travelog haji berkait rapat dengan ciri-ciri travelog haji yang telah

dibincangkan sebelum ini.

Travelog Haji Sebagai Pembimbing dan Panduan Bakal Haji Di Tanah Suci

Penulisan karya-karya travelog haji ini dirasakan penting bagi membimbing bakal-

bakal haji, lebih-lebih lagi pada zaman-zaman awal kerana sebagaimana yang dinyatakan

oleh Penerbit Pustaka Melayu, yang telah menerbitkan buku travelog Harun Aminurrashid

Chatetan Ka-Tanah Suchi (1960):

...Kita rasa segala chatetan itu sangat elok menjadi pengetahuan, sebab sa-lama ini

belum pernah di-tulis oleh mana2 pengarang dalam bahasa Melayu, berkenaan Tanah

Suchi yang sudah tentu menjadi keinginan hendak di-ketahui khas-nya oleh tiap2

orang Islam yang belum pernah sampai ka-sana.

Kita harap dengan buku ini, tersingkap-lah segala kesah yang sa-lama ini di-pandang

menjadi rahsia kapada orang2 yang belum pernah sampai ka-Tanah Suchi, dan

menjadi penggalak kapada tiap2 orang Islam supaya pergi menunaikan Rukun Islam

Yang Kelima itu jangan menantikan ketika telah tua.146

146

Sila lihat Harun Aminurrashid, 1960. Chatetan Ka-Tanah Suchi, Bahagian Kata Penerbit.

Page 107: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

100

Walaupun karya-karya travelog haji ini, bukanlah bahan-bahan bacaan utama

pekerjaan haji, dan tidak boleh sekali-kali menggantikan buku-buku manasik haji147

kerana

di dalam karya-karya travelog haji, ritual ibadah haji tidak diterangkan secara khusus, tiada

penerangan secara terperinci mengenai rukun dan wajib haji, pantang larang di dalam ihram

dan cara-cara melontar jamrah. Walaupun demikian, karya-karya travelog haji ini sedikit-

sebanyak dapat memberikan gambaran sebenar keadaan di Tanah Suci semasa musim haji

kerana perkara-perkara yang terkandung di dalam karya-karya ini merupakan panduan

berdasarkan pengalaman, cetusan pemikiran dan perasaan para penulisnya semasa

menunaikan ibadah haji. Tujuan utama travelog haji ini dihasilkan adalah untuk

mempersiapkan bakal-bakal haji secara mental sebelum mereka berada di Tanah Suci nanti.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Muhd Kamil dalam travelognya, Travelog Haji:

Mengubah Sempadan Iman (2009):

Sekiranya ada yang betanya, apakah pengalaman di Mekah? Apakah yang

seronoknya menunaikan fardu haji? Apakah pengajaran yang anda pelajari?

Bagaimana persiapan? Apakah dugaan, cabaran atau kesulitan semasa menunaikan

fardu haji?

Buku ini cuba menjawab sebahagian besar pertanyaan itu berdasarkan pengalaman

sebenarnya.148

Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada pengalaman orang lain. Lebih-lebih

lagi jika perkara yang telah dilalui oleh orang lain itu akan turut kita lakukan. Pengalaman

yang dilalui oleh para penulis travelog haji ini merupakan suatu yang berharga lebih-lebih

147

Perbandingan antara travelog haji dengan buku manasik haji akan dibincangkan di dalam Bahagian Travelog

Haji Melayu Berbanding (vis-à-vis) Buku Manasik Haji. 148

Sila lihat Muhd. Kamil Ibrahim, 2009. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, hlm. xvi.

Page 108: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

101

lagi pada zaman sebelum adanya teknologi komunikasi dan maklumat seperti yang ada

sekarang di mana maklumat mengenai ibadah haji mudah didapati dari alam siber.

Melalui rakaman pengalaman penulis-penulis ini, para pembaca yang bakal ke Tanah

Suci dapat menjangkakan perkara-perkara yang bakal mereka hadapi agar mereka dapat

membuat persiapan yang sepatutnya. Oleh yang demikian, mereka tidak bak ‘rusa masuk

kampung’ apabila di rantauan nanti.

Rakaman pengalaman ini sedikit-sebanyak dapat membimbing bakal-bakal

haji perkara-perkara yang perlu mereka ketahui kerana rakaman yang telah dibukukan ini

merupakan pengalaman langsung (first-hand experience) para penulisnya.

Travelog Haji sebagai Sumber Ilmu Pengetahuan

Oleh kerana karya-karya travelog haji masih terikat dengan motif utilitarian, iaitu

memberikan maklumat tentang masyarakat dan tempat-tempat yang dilawati untuk dikongsi

bersama bagi manfaat masyarakat Melayu yang tidak berkesempatan menyaksikan dengan

mata sendiri akan tempat-tempat yang dilawati itu, sebagai pemberi maklumat mengenai

Tanah Suci, travelog haji merupakan sumber ilmu kepada para pembaca. Sebagai sumber

ilmu, travelog haji bukan sahaja dapat memberikan ganjaran kepada bakal jemaah haji, tetapi

ilmu yang diraih dapat juga dimanfaatkan oleh masyarakat pembacanya secara umum.

Salah sebuah travelog haji yang sarat dengan ilmu pengetahuan ialah Chatetan Ke

Tanah Suchi tulisan Harun Aminurrashid. Di samping memberikan panduan dan bimbingan

mengenai pekerjaan haji, travelog ini turut menyampaikan maklumat mengenai latar sejarah

tempat-tempat yang dikunjungi Harun. Sebagaimana kata Harun:

Bukit Jabal-Rahmat itu ia-lah bukit batu besi dan batu pejal, saya mula menaiki bukit

itu mengikut tangga yang telah dibuat..Kemudian, saya naik lagi ka-kemunchak-nya

dan kata Haji Abdul Rahim di-kemunchak ini-lah di-katakan tempat Nabi Adam di-

Page 109: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

102

turunkan dari Shurga dan berjumpa dengan Siti Hawa...”Arfah” mengikut pengertian-

nya ia-lah berjumpa. Kalau kita balek kapada cherita Nabi Adam dengan Siti Hawa

berjumpa di-padang Arfah itu, boleh jadi nama padang itu mengambil sempena dari

perjumpaan bapa dan ibu sakalian manusia itu, tetapi walau macham mana pun

memang padang ’Arfah itu tempat seluroh umat Islam berjumpa tiap2 tahun.149

Selain memberikan informasi mengenai Bukit Jabal Rahmat, Harun turut

memberikan sejarah latar belakang Masjid Al-Qiblatin di Madinah. Sebagaimana katanya:

...Masjid di-atas bukit ini bernama Masjid Al-Qiblatin ia-itu di-sini-lah dahulu ketika

Nabi Muhammad s.a.w. sembahyang dan beliau dapat wahyu supaya menukarkan

hala sembahyang menghadap Qiblat yang biasa ka-Masjidil-Aqsa yang terletak di-

Baital-Maqdis (Jerusalam) itu dahulu supaya berpaling hala sembahyang menghadap

ka-Qiblat Baitullah yang ada sekarang di-Mekah. Jadi masjid itu terkenal mempunyai

dua qiblat.... Qiblat yang menghadap ka-Masjidil-Aqsa itu sudah di-tutup.

Di dalam Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman (2009), Muhd Kamil turut

berkongsi ilmu dengan pembaca mengenai cara-cara melakukan ibadah tawaf dan sa’i - cara-

cara bagaimana bakal-bakal haji dapat menjalankan ibadat tawaf dan sa’i dengan lebih mudah

dan selamat. 150

Pekerjaan haji itu sendiri merupakan sumber ilmu bagi para penulis travelog haji ini.

Dengan mengerjakan ibadah haji tidak secara langsung mereka telah meraih pelbagai ilmu.

Dengan merakamkan ilmu yang telah diraih ini ke dalam travelog, ilmu ini dapat dikongsi

bersama para pembaca.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Aki Abdul Wahab di dalam travelognya Jom

Hidupkan Roh Haji : Transformasi Ke Arah Manusia Sempurna (2009):

149

Sila lihat lihat Harun Aminurrashid, 1960. Chatetan Ke Tanah Suchi, hlm. 113-114. 150

Sila lihat Muhd. Kamil Ibrahim, 2009. Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman, hlm. 68-70

Page 110: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

103

Ibadah haji bukan setakat satu amalan. Suasana sepanjang musim haji itu sendiri

adalah ilmu yang sangat bermanfaat jika kita lakukan pengamatan. Saya masih ingat

semasa saya duduk di dataran tawaf di Mekah dan melihat keindahan Kaabah sambil

memerhatikan ratusan manusia bertawaf mengelilingi Kaabah. Ketika itu, saya

teringat kata-kata seorang ustaz,”Masa tawaf, jika bahu terpusing sedikit cepat-cepat

betulkan”.151

Apabila direnung akan tukilan di atas, ilmu yang dapat diraih daripada ritual tawaf itu

sendiri ada banyak. Salah satu ilmu itu ialah, jika kita melakukan kesalahan dalam hidup,

hendaklah kita cepat-cepat memperbetulkannya. Sekiranya kita tidak memperbetulkan

kesalahan itu, maka buruklah padahnya. Berbalik kepada ritual tawaf tadi, salah satu syarat

sah tawaf ialah apabila seseorang itu bertawaf, bahu kirinya wajib menghadap Kaabah,

sekiranya bahunya terpusing, maka perlu diperbetulkan dengan segera, jika tidak, maka

tidak sah lah tawafnya itu.

Dengan berkongsi pengalamannya ini, Aki Abdul Wahab, tidak secara langsung telah

menyebarkan ilmu kepada para pembaca. Ilmu yang diraih ini diharapkan dapat memberikan

manfaat.

Travelog Haji Sebagai Pendidik & Penyemai Nilai-Nilai Murni

Sebagai sumber ilmu, secara tidak langsung, travelog haji memainkan peranan

sebagai pendidik dan penyemai nilai-nilai yang baik kepada masyarakat. Seperti yang telah

dinyatakan di dalam Bab 2 tesis ini, unsur pengajaran merupakan unsur mendidik dan

menjadi dasar sesebuah karya travelog. Di dalam travelog haji, unsur mendidik yang

dimaksudkan, merujuk kepada unsur didaktik yang memberikan pendidikan, terutamanya

dari segi moral, etika dan soal-soal keagamaan. Hakikat bahawa travelog haji menjadi media

151

Sila lihat Aki Abdul Wahab, 2009. Jom Hidupkan Roh Haji : Transformasi Ke Arah Manusia Sempurna,

hlm. 67.

Page 111: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

104

pendidikan masyarakat adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Unsur-unsur didaktik

yang diketengahkan bermatlamat mengajar dan membimbing pembaca, dengan harapan dapat

menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang baik dan sempurna.

Oleh kerana travelog haji merupakan travelog berunsurkan agama maka sudah

pastilah unsur-unsur didaktik yang hadir merupakan nilai-nilai Islam yang merangkumi

beberapa aspek kehidupan masyarakat Melayu yang ada hubungan langsung antara manusia

sebagai individu dengan kewajipan yang harus ditunaikan kepada Allah S.W.T. sebagai

pencipta dan sesama makhluk.

Dengan merakamkan pengalaman mereka ketika mengerjakan ibadah haji, para

penulis ini barangkali berharap mereka dapat menghubungkan diri mereka dengan

masyarakat. Islam adalah cara hidup masyarakat Melayu, dengan adanya unsur-unsur agama

di dalam karya-karya mereka, karya-karya ini diharapkan dapat menjadi penghubung

(connector) emosi antara penulis dengan pembaca. Dengan adanya nilai-nilai Islam ini

diharapkan dapat dijalin hubungan emosi dan spiritual di antara penulis dengan khalayak

pembaca.

Ada beberapa nilai Islam yang terlihat dengan jelas di dalam karya-karya travelog

yang dikaji. Salah satu nilai Islam yang diberikan perhatian ialah menjaga akhlak dan

melakukan kebaikan. Sebagaimana yang terdapat di dalam travelog Jom Hidupkan Roh

Haji:Transformasi ke Arah Manusia Sempurna (2009):

….semasa hayat di dunia, janganlah kita perlekehkan atau meremehkan kebaikan-

kebaikan yang kecil. Semua kebaikan yang kecil mendatangkan hasil yang lumayan

di sisi Allah di akhirat nanti.152

152

Sila lihat Aki Abdul Wahab, 2009. Jom Hidupkan Roh Haji:Transformasi ke Arah Manusia Sempurna, hlm.

41.

Page 112: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

105

Kita juga perlu memelihara akhlak. Akhlak yang mulia menjamin kesejahteraan di

dunia dan di akhirat.153

Selain itu, nilai ilmu turut diketengahkan di dalam karya-karya travelog haji. Sebagai

golongan intelektual dalam masyarakat, para penulis travelog haji Melayu merasa penting

untuk memupuk nilai cinta akan ilmu pengetahuan ke dalam kehidupan masyarakat Melayu

melalui karya-karya mereka.

Seperti yang telah dinyatakan di dalam Bab 4, sesungguhnya Islam adalah agama

yang menghargai ilmu pengetahuan. Allah S.W.T., melalui Al-Quran meninggikan darjat

orang-orang yang berilmu dibanding orang-orang yang tidak berilmu.

…Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan

orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat…

(Surah Al-Mujaadalah, ayat 11)

Dalam bukunya ”Pandangan Hidup Muslim” (1977), Hamka ada mengatakan:

Ilmu baru sempurna kalau beragama. Agama baru cukup kalau berilmu. Keduanya

membuka rahasia alam dari seginya masing-masing. Keduanya adalah minuman yang

tak terpisah, untuk menghilangkan dahaga jiwa manusia, sehingga manusia itu

mencapai hidup yang seimbang. Tujuan dari agama yang benar dan ilmu yang benar

hanyalah satu, iaitu menuju mendekati ”kebenaran yang mutlak”. Ilmu untuk

mengetahuinya dan agama untuk merasainya. Ilmu untuk bendanya. Agama untuk

jiwanya.154

153

Sila lihat Aki Abdul Wahab, 2009. Jom Hidupkan Roh Haji:Transformasi ke Arah Manusia Sempurna, hlm.

44. 154

Sila lihat Hamka, 1977, hlm. 12.

Page 113: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

106

Sebagai perakam pengalaman, secara umumnya, bersifat tahrid (motivasi dakwah)

dan tarbiah (mendidik) dari perspektif manusia biasa dan merupakan perkongsian

pengalaman para penulisnya. Unsur-unsur didaktik amat menyerlah di dalam karya-karya ini.

Travelog haji mengajar pembaca erti kesabaran, pengorbanan dan senantiasa tabah dalam

mengharungi kehidupan ini, khususnya semasa menjalankan ibadah haji.

Melalui Chatetan Ke Tanah Suchi oleh Harun Aminurrashid, misalnya, unsur-unsur

nasihat yang bersifat didaktik jelas terpancar. Sebagaimana yang telah diungkapkan oleh

Harun:

Susah menjadi penumpang di dalam bahagian tengah kapal (laut). Orang yang ingin

menunaikan haji mestilah sabar… di sini tiada keseronokan atau kebebasan seperti

kebiasaannya ketika di darat…kamu terpaksa menanggung kesusahan ini di sepanjang

pelayaran pergi dan balik dari menunaikan haji, sabar ialah satu-satunya jalan

penyelesaian terbaik.155

Melalui tukilan di atas, Harun menyampaikan bahawa sifat sabar itu penting semasa

menjalani ibadat haji, malah sifat sabar ini amat penting dalam menjalani kehidupan. Unsur-

unsur nasihat yang diberikan oleh Harun ini mempunyai nilai didaktik di mana ianya boleh

dijadikan panduan oleh khalayak pembaca bukan sahaja semasa mereka menjalankan ibadat

haji, tetapi dalam menjalankan urusan-urusan sehari-hari. Tanpa kesabaran, manusia boleh

hilang pedoman. Tanpa kesabaran juga manusia boleh terjerumus ke lembah yang nista.

Melalui Kembara Tetamu Allah : Sujudku Di Hadapan Tuhan Yang Abadi (2011)

pula, sifat tabah penulisnya, Ezee Rahmadani, boleh dijadikan contoh kepada pembaca.

Walaupun Ezee berada dalam keadaan kurang sempurna dan perlu berkerusi roda, beliau

tabah menjalani segala rukun dan wajib haji dengan bersungguh-sungguh. Beliau tidak

155

Sila lihat Harun Aminurrashid, 1960. Chatetan Ke Tanah Suchi, hlm. 7.

Page 114: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

107

mudah patah semangat dan bersedia menjalani ibadah haji secara normal. Sebagaimana

katanya :

Pada awalnya, doktor menasihatkan saya menggunakan kerusi roda bagi melakukan

tawaf memandangkan kondisi tulang belakang dan asma saya. Ia membimbangkan

para doktor yang bertugas lalu mereka menyediakan sebuah kerusi roda. Namun,

saya terus bermohon kepada Allah supaya belas dan kasihan kepada saya yang datang

dengan serba kekurangan, namun berhajat melakukan semua ibadat secara normal.

Saya mahu tapak kaki saya menapak di dataran Kaabah. Saya mahu berada sedekat

yang mungkin. Saya mengatur langkah di halaman rumah-Nya dan bukan berkerusi

roda di tingkat atas sana. Hati saya terus merintih, meminta dan merayu supaya

berpeluang bertawaf di sisi rumah-Nya dan bukan di tingkat atas yang dikhaskan

untuk orang-orang yang tidak berkemampuan. Walaupun ternyata saya adalah salah

seorang daripada orang-orang yang tersenarai tidak berkemampuan.156

Tukilan di atas memberikan gambaran kepada pembaca bahawa penulis travelog ini

mempunyai semangat yang kuat. Walaupun dirinya kurang upaya, beliau tetap mahu

menjalankan ibadah hajinya seperti manusia normal yang lain. Walaupun beliau diberikan

kemudahan berkerusi roda, beliau tetap mahu menjalankan ibadah tawafnya dengan berjalan

kaki. Sikap cekal, tabah dan tidak mudah berputus asa ini boleh dijadikan contoh oleh kita

semua. Nilai moral yang cuba diterapkan ke dalam jiwa pembaca sedikit sebanyak

diharapkan dapat dijadikan amalan setiap masa.

156

Sila lihat Ezee Rahmani, 2011. Kembara Tetamu Allah : Sujudku Di Hadapan Tuhan Yang Abadi, hlm. 28-

29.

Page 115: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

108

Travelog Haji Sebagai Pembuka Mata & Cerminan Ke Dalam Diri

Karya-karya travelog haji merakamkan perjalanan kerohanian yang amat

mengesankan kerana perjalanan ini tidak sama seperti perjalanan-perjalanan ke luar negara

yang lain. Ia merupakan perjalanan mengenal diri dan perjalanan untuk memantapkan rohani

dan tauhid mereka kepada Allah S.W.T.

The period of the pilgrimage as a time of heightened self-awareness, leads the

individual to reflect on his values.157

Pengembaraan bagi mengerjakan ibadat haji, merupakan suatu perjalanan spiritual, di

mana si pengembara meneroka ke dalam diri bagi mencari sesuatu yang selama ini seakan

‘hilang’ atau diperlekehkan. Kesedaran ini kelihatan lebih menonjol dalam karya-karya abad

ke-21 di mana, perjalanan menunaikan haji lebih bersifat spiritual.

Perjalanan ini telah memberi kesempatan kepada mereka untuk lebih mengenali diri

dan merenung kembali nilai-nilai hidup yang menjadi pegangan mereka selama ini. Hal ini

telah dirakamkan oleh Muhd Kamil di dalam travelognya, Travelog Haji : Mengubah

Sempadan Iman (2009):

Sebagai seorang insan, saya bolehlah dianggap manusia luar biasa. Luar biasa dalam

konteks kejahilan diri. Saya tidak tahu membaca Al-Quran, sekiranya adapun, hanya

beberapa surah ringkas yang dihafal sejak kecil. Itupun kerana ayah yang mengajar

mengaji dan sembahyang. Namun, ia terputus-putus sehinggakan lebih banyak tiada

daripada ada.

Kisah latar belakang peribadi ini ditulis bagi menjadi renungan bersama. Saya ingin

menyatakan sebagai Muslim, setinggi manapun kita mampu ke atas, akhirnya tanpa

157

Sila lihat V.Matheson, 1984, The Perceptions of The Haj, hlm. 1.

Page 116: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

109

didikan agama, kita tetap berasa kesunyian, kekosongan dan kerinduan pada sesuatu

yang sukar dinyatakan.

Sepanjang 42 tahun menjalani kehidupan, ia berombak-ombak antara keinginan

menjadi manusia soleh dan kejahilan diri. 158

Tukilan di atas merupakan luahan perasaan dalaman Muhd Kamil setelah merenung

kembali perjalanan hidup yang telah beliau lalui selama 42 tahun. Beliau akur bahawa

selama ini beliau jahil tentang agama kerana terlalu memberikan tumpuan kepada pendidikan

sekular.

Semasa di sekolah rendah, saya berjaya menamatkannya dalam tempoh 5 tahun dan

saya muncul sebagai pelajar terbaik. Pelajar terbaik dan kedua terbaik kumpulan

semasa mengikuti program diploma dan sarjana muda. Malah berjaya menamatkan

pengajian di peringkat sarjana sebulan lebih awal dari masa yang sepatutnya….159

Seruan haji telah menyebabkan Muhd Kamil, yang selama ini tidak mengambil berat

akan kewajipan-kewajipan agama, mula mengenal kelemahan diri. Ibadah haji berjaya

menimbulkan kesedaran di dalam diri Muhd Kamil - kesedaran untuk menjadi insan yang

lebih baik.

Atas kesedaran inilah maka, Muhd Kamil juga telah terdorong untuk menghasilkan

buku travelognya, Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman (2009). Ibadah haji telah

mengubah hidupnya ke arah yang lebih diredhai. Perubahan ini ingin dikongsi bersama

pembaca agar mereka juga dapat menjadikan pengalaman hidupnya sebagai contoh dan

memanfaatkan ilmu yang tercatit di dalam travelognya ini agar pembaca juga mendapat

kesedaran dan menjadi insan yang lebih baik juga. Sebagaimana katanya:

158

Sila lihat Muhd. Kamil Ibrahim, 2009. Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman, hlm. 7-8. 159

Ibid., hlm. 7.

Page 117: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

110

Ibadah inilah yang mengubah seluruh penghidupan. Bermulalah episode yang

signifikan dalam hidup. Mula belajar, khatam al-Quran dan terjemahan, pandai

bersembahyang Taubat, mahu bersembahyang Tahajud dan Dhuha, pandai pula

memohon hajat, terbuka hati untuk berpuasa sunat dan yakin dengan doa…

Ia menyebabkan hati mengingati soal mati. Perasaan gentar dan takut kepadanya

mengubah arah pemikiran. Kini pandai berdoa mohon rahmat dan ihsanNya bagi

memasuki Syurga Firdaus…Hakikatnya, fardu haji seolah-olah mengubah sempadan

iman seorang insan bernama Muhd Kamil Ibrahim.

Buku ini mengisahkan tentang pengalaman, pandangan dan catatan berkaitan dengan

ibadat haji yang telah dilalui oleh seorang insan. Namun, ia dapat memberi manfaat

kepada semua orang. Ia boleh dilabelkan sebagai sebuah buku motivasi dakwah.160

Travelog haji sebagai buku motivasi dakwah sangat bersesuaian dengan peranannya

sebagai sumber ilmu. Ini adalah kerana apabila dihayati konsep dakwah itu, ia bukan semata-

mata mengajar ilmu yang diturunkan (ilmu agama), tetapi mengandungi ilmu-ilmu yang

boleh memberi faedah kepada kehidupan manusia di dunia ini.161

Penutup

Berdasarkan kepada huraian yang telah saya berikan di dalam bab ini, dapat dilihat

bahawa kedudukan travelog haji lebih istimewa dibandingkan dengan travelog-travelog

Melayu yang lain kerana ia membicarakan perjalanan mengerjakan ibadah haji. Satu

perjalanan yang suci, iaitu perjalanan yang diwajibkan ke atas umat Islam yang telah

memenuhi syarat-syarat haji. Islam itu adalah cara hidup masyarakat Melayu. Islam amat

dekat dengan kehidupan orang Melayu. Segala sesuatu yang ada kaitannya dengan agama

160

Sila lihat Muhd Kamil Ibrahim, 2009. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, hlm. xi. 161

Sila lihat Aki Abdul Wahab, 2009. Jom Hidupkam Roh Haji: Transformasi Ke Arah Manusia Sempurna,

hlm. 22.

Page 118: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

111

amat diutamakan oleh orang Melayu. Oleh yang demikian, tidak menghairankan sekiranya

travelog haji memainkan peranan yang penting di dalam penulisan travelog Melayu.

Dalam menelusuri zaman yang semakin canggih, travelogi haji Melayu turut

mengalami evolusi. Evolusi dalam teknologi pengangkutan dan teknologi komunikasi bukan

sahaja dapat menghubungkan manusia dari seluruh pelosok dunia tanpa perlu keluar atau

bergerak, tapi turut mengembangkan unsur-unsur budaya moden. Unsur-unsur budaya

moden inilah yang telah menyalurkan nilai-nilai dan pemikiran moden yang telah membawa

perubahan terhadap ciri-ciri dan isi kandungan travelog haji Melayu. Walaupun terdedah

kepada arus kemodenan, beberapa ciri tradisional travelog haji masih tetap dapat dikekalkan.

Penggunaan suara naratif diri orang pertama masih kekal utuh sebagai ciri dominan.

Selain itu, sebagai karya sastera yang bercorak Islami, travelog haji juga sarat

mengandungi unsur didaktif yang diharapkan, bukan sahaja, dapat membimbing pembaca ke

arah kebaikan, tetapi dapat membentuk pembaca, khususnya orang Melayu, agar menjadi

umat yang taat kepada Allah S.W.T. Unsur-unsur didaktif ini sememangnya merupakan ciri

dominan di dalam genre travelog Melayu, tetapi kehadirannya lebih menyerlah lagi di dalam

travelog haji.

Sebagai sumber ilmu, travelog haji, seperti travelog-travelog yang lain memberikan

banyak manfaat kepada masyarakat. Ilmu yang diberi bukan hanya terhad kepada ilmu-ilmu

mengerjakan haji, tetapi turut merangkumi ilmu-ilmu sejarah dan pembentukan akhlak.

Akhir sekali, sebelum diakhiri Bab 5 ini, ingin saya mengemukakan dapatan menarik

yang saya perolehi semasa mengkaji travelog haji Melayu. Apa yang saya dapati ialah

penulisan travelog haji lebih banyak dihasilkan pada tahun-tahun abad ke-21 berbanding

abad-abad ke-19 dan ke-20. Kecondongan travelog Melayu ke arah isu-isu keagamaan lebih

terasa selepas peristiwa 11 September 2001. Peristiwa 11 September telah merubah iklim

dunia dalam banyak aspek terutama sekali dalam bidang ekonomi, perdagangan dan

Page 119: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

112

pelancongan. Maka itu haluan pengembaraan orang-orang Melayu, kini, beralih arah ke

negara-negara di Timur Tengah. Akibatnya, penerapan ilmu yang bercorak Islami lebih

menyerlah pada abad ke-21.

********

Page 120: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

113

BAB 6

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Di dalam bab ini, saya akan membuat rumusan dan kesimpulan mengenai kajian yang

telah saya lakukan.

Tanggapan bahawa travelog Melayu banyak persamaannya dengan travelog Barat

tidak benar sepenuhnya. Meskipun mempunyai persamaan dari segi format dan beberapa ciri

utama seperti yang telah dipaparkan di dalam Bab 2, travelog Melayu masih mempunyai

keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Keistimewaan travelog Melayu terletak pada

isi kandungannya.

Travelog Melayu unik kerana ia bukan sahaja memainkan peranan sebagai penyampai

maklumat mengenai destinasi-destinasi yang dikunjungi oleh para penulisnya, tetapi ia juga

merupakan pengkritik dan pembakar semangat, penyampai ilmu, pemberi motivasi dan

nasihat, serta pendidik dan penyemai nilai-nilai murni kepada masyarakat pembacanya.

Travelog Melayu juga merupakan cerminan nilai, pemikiran dan perasaan masyarakat

yang wujud pada zaman travelog itu ditulis. Ada ketikanya, travelog Melayu juga digunakan

sebagai alat untuk menyebarkan sesuatu ideologi dan fahaman, dan menjadi alat penghubung

atau pengantara di antara penulis dengan pembaca.

Sebagai sumber ilmu pengetahuan, travelog Melayu bukan sahaja bermanfaat kepada

penulisnya, tetapi juga kepada para pembaca yang membaca travelog tersebut. Ilmu yang

terkandung di dalam karya-karya travelog bukan sahaja sarat dengan ilmu keduniaan, tetapi

juga meliputi ilmu-ilmu keagamaan. Sebagai sumber ilmu pengetahuan, telah menjadi jelas

bahawa travelog Melayu merupakan salah satu genre sastera yang sarat dengan ilmu, baik

ilmu ukhrawi mahupun ilmu duniawi. Kedua-dua ilmu ini bukan sahaja boleh membentuk

jiwa dan rohani serta mendorong masyarakat Melayu agar lebih bersikap dinamik, tetapi turut

Page 121: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

114

membolehkan mereka memiliki kecenderungan membina nilai-nilai baru dalam pemikiran

masyarakat.162

Selain menjadi wadah untuk berkongsi ilmu pengetahuan, para penulis travelog ini

juga turut menyelitkan kepentingan memburu ilmu untuk membangkitkan kesedaran

masyarakat Melayu ke arah kemajuan dan travelog telah digunakan sebagai wadah untuk

mengajak masyarakat bangkit dari kemunduran yang membelenggu mereka.

Sebagai golongan intelektual dalam masyarakat, penting bagi para penulis ini

memupuk nilai cinta akan ilmu pengetahuan ke dalam kehidupan dan menjana minda

masyarakat agar menjadi lebih dinamik. Atas dasar inilah maka barangkali memburu, dan

menimba ilmu, baik ilmu duniawi mahupun ukhrawi, sering menjadi salah satu tema yang

diberikan perhatian khas dalam karya-karya travelog Melayu. Bermula dengan karya-karya

travelog Melayu abad ke-19 hingga ke karya-karya travelog abad ke-21, isu menimba ilmu

tidak pernah luput daripada menjadi salah satu isu penting yang diketengahkan dalam

travelog-travelog ini.

Di dalam Bab 4, kita dapat melihat punca mengapa kepentingan ilmu sering

ditonjolkan di dalam karya-karya ini. Keadaan ini menjadi jelas apabila diteliti latar belakang

pendidikan dan pengalaman hidup para penulisnya, serta ditinjau keadaan hidup masyarakat

Melayu ketika itu.

Para penulis travelog Melayu rata-rata merupakan golongan pendidik yang senantiasa

berpegang kepada semangat perjuangan mereka, iaitu membangunkan orang Melayu.

Mereka bukan sahaja berani melahirkan pendapat, tetapi sangat teguh mempertahankan

pendapat-pendapat mereka, meskipun mendapat tekanan dan tentangan daripada pihak-pihak

tertentu. Abdullah Munsyi dan anaknya, Muhammad Ibrahim, adalah guru bahasa kepada

pegawai-pegawai Inggeris, manakala Za’ba dan Harun Aminurrashid pula merupakan

162

Sila rujuk artikel Penulisan Lirik Genre Baru Hadiah Sastera Islam dalam Utusan Malaysia, 31 Januari

2012.

Page 122: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

115

golongan guru. Penulis-penulis travelog yang lain juga pada umumnya, terdiri daripada

golongan pendidik atau ahli akademik. Maka itu, sudah tentunya sifat mementingkan

pelajaran ini amat terserlah, sama ada secara sedar mahupun tidak, di dalam penulisan

mereka.

Selain menyebarkan ilmu pengetahuan dan mengemukakan kepentingan ilmu dalam

hidup, travelog Melayu juga turut mengetengahkan masalah sosial orang Melayu yang

ditujukan bukan sahaja kepada masyarakat umum, tetapi juga melibatkan golongan istana dan

para pemimpin. Pada zaman-zaman penjajahan, antara perkara-perkara yang sering

diutarakan ialah mengenai pendidikan orang Melayu dan penindasan golongan istana dan

pemimpin terhadap rakyat.

Di sini, travelog Melayu juga telah dijadikan wadah oleh penulisnya untuk mengkritik

masyarakat - kritikan yang mencela sikap-sikap negatif masyarakat dengan harapan ianya

dapat dijadikan sandaran, dan memberikan kesedaran dan pengajaran kepada masyarakat.

Sekaligus berperanan sebagai jentera penggerak kemajuan, iaitu jentera yang diharapkan

dapat menyuntikkan semangat kepada masyarakat agar berusaha dengan tekun demi

mencapai kejayaan.

Karya-karya travelog ini, di samping mengemukakan nilai-nilai yang sedia ada dalam

masyarakat, juga memaparkan nilai-nilai baru yang diharapkan dapat melonjakkan diri

masyarakat Melayu pada tangga kemajuan dan kejayaan.

Sebagai contoh, kritikan yang diberikan oleh Abdullah terhadap sistem pemerintahan

dan keadilan di negeri-negeri yang diperintah oleh Raja-Raja Melayu yang dilihatnya semasa

pengembaraannya ke Kelantan, Pahang dan Terengganu adalah hasil perbandingan yang

dibuat dengan pentadbiran dan pemerintahan Inggeris.

Suara reformasi (reformistic voices) di dalam karya-karya travelog Melayu ini terus

meluap-luap pada tahun-tahun selepas kemerdekaan. Harun Aminurrashid, sebagai contoh,

Page 123: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

116

juga telah menyelitkan beberapa kritikan sosial terhadap masyarakat Melayu di dalam

travelog-travelognya. Di dalam Mengesan Jejak Pelayaran Abdullah Munshi (1965),

misalnya, antara kritikan Harun ialah mengenai kehidupan para nelayan Melayu. Beliau telah

membuat perbandingan antara nelayan-nelayan Melayu di Kelantan dengan para nelayan di

negeri-negeri maju seperti Eropah.

Kritikan Harun ini berasas kerana niatnya ialah untuk menyedarkan orang Melayu.

Beliau mahu melihat orang-orang Melayu turut berjaya seperti orang-orang di Barat,

walaupun sumber pendapatan mereka hanyalah sebagai nelayan. Harun tidak mahu orang-

orang Melayu tetap berada di takuk lama. Negara telah merdeka. Zaman telah berubah,

walaupun mereka nelayan, mereka juga boleh mengecap kejayaan seperti yang diraih oleh

nelayan-nelayan di Eropah.

Za’ba pula di dalam travelognya Pengembaraan Ke Kedah, Perlis dan Kelantan

(2008), turut memberikan komen dan kritikan terutamanya berkaitan dengan sikap dan tabiat

masyarakat di negeri-negeri yang dilawatinya. Za’ba ingin menyedarkan masyarakat Melayu

bahawa celik huruf itu penting bagi mendapatkan lebih ilmu. Kritikan sosial yang terdapat di

dalam karya-karya travelog ini diharapkan dapat menjadi jentera penggerak kemajuan

masyarakat Melayu.

Selain menyentuh hal-hal keduniaan, travelog Melayu tidak terlepas daripada

menyentuh hal-hal keagamaan. Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas di dalam karya-karya

travelog haji. Di samping menceritakan pengalaman dan memberikan maklumat dan nasihat

mengenai pekerjaan ibadah haji, travelog haji juga turut menyebarkan dakwah Islam. Unsur-

unsur didaktik yang diketengahkan bermatlamat mengajar dan membimbing pembaca,

dengan harapan dapat menyumbang kepada pembentukan masyarakat Melayu-Muslim yang

baik dan sempurna. Nilai-nilai Islam ini merangkumi beberapa aspek kehidupan masyarakat

Page 124: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

117

Melayu yang ada hubungan langsung antara manusia sebagai individu dengan kewajipan

yang harus ditunaikan kepada Allah S.W.T. sebagai pencipta.

Apabila ditelusuri evolusi travelog Melayu dalam penerapan ilmu agama dan ilmu

duniawi dalam kalangan orang Melayu, dapat dilihat bahawa travelog-travelog yang

dihasilkan pada zaman kolonial, khususnya pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20,

banyak yang memberikan penekanan kepada ilmu Barat moden, khususnya ilmu sains dan

bahasa Inggeris. Namun, penghasilkan travelog berbentuk keagamaan kelihatan lebih ketara

pada akhir abad ke-20 dan abad ke-21.

Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, penerapan ilmu agama masih digalakkan,

namun pemberatannya kini lebih kepada ilmu duniawi. Keadaan ini sedemikian kerana

semasa zaman kolonial pendidikan Barat ibarat pasport yang perlu ada dalam kehidupan

seseorang demi mencapai masa depan yang cerah. Pendidikan Barat dianggap sebagai ’tiket’

yang amat penting untuk mencari rezeki. Atas dasar inilah, maka para penulis travelog

zaman kolonial mahu masyarakat Melayu mempelajari ilmu moden Barat agar mereka juga

dapat merebut peluang pekerjaan yang diberikan oleh pihak penjajah. Namun, pada tahun-

tahun akhir 1920an, terdapat usaha untuk mengintegrasikan (menggabungkan) ilmu agama

dan ilmu Barat.

Bermula pada akhir tahun-tahun 1930an, apabila para penulisnya mula berubah

haluan dengan memaparkan kisah-kisah perjalanan ke dunia Barat, galakan terhadap ilmu

moden dijadikan fokus kembali di dalam travelog-travelog Melayu. Pengembaraan mereka

ke dunia Barat semakin rancak pada tahun-tahun 1940an dan 1960an.

Namun, pada tahun-tahun 1970an-1990an, dengan kebangkitan semula gerakan Islam

secara global, corak penulisan travelog Melayu turut berubah dan kini, lebih condong kepada

isu-isu keagamaan. Kebangkitan sastera berunsur Islam ini telah dipengaruhi oleh beberapa

faktor, antaranya ialah pengaruh gerakan Islam dari Timur tengah, tercetusnya era

Page 125: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

118

kebangkitan Islam di Asia Tenggara, dan kemunculan badan-badan berasaskan Islam seperti

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).163

Islam tidak lagi dilihat dari sudut yang sempit

yang terbatas kepada bab-bab hukum fikah dan ibadat khusus semata-mata. Kesusasteraan

bagi orang-orang Melayu yang beragama Islam tidak dilihat atas sifat, bentuk dan struktur

yang membina kesasteraannya semata-mata, tetapi ia berkait rapat dengan

penanggungjawaban di sisi Penciptanya dalam dua hubungan, iaitu hubungan hamba (para

penulis/sasterawan) sesama hamba dan hubungan hamba (para penulis/sasterawan) dengan

Allah S.W.T.

Perkembangan ini telah merubah pendirian dan sikap ramai tokoh sastera Melayu

yang sebelum ini sangat tebal dengan kesusasteraan Barat. Kamal Hassan dan Shahnon

Ahmad merupakan antara tokoh-tokoh penting di sebalik pemulihan semula sastera Islam.

Shahnon Ahmad adalah tokoh terawal yang memisahkan diri dari teori-teori Barat dan

mengisytiharkan diri sebagai peminat serta penganut sastera Islam.

Akibatnya, fokus lebih diberikan kepada kepentingan ilmu-ilmu agama. Pada akhir

abad ke-20 dan awal abad ke-21, gaya penulisan travelog Melayu semakin condong ke arah

penerapan ilmu yang bercorak Islami.

Namun, kecondongan travelog Melayu ke arah isu-isu keagamaan lebih terasa selepas

peristiwa 11 September 2001, di mana ianya telah mengubah persepsi dunia terhadap umat

Islam. Peristiwa 11 September telah merubah iklim dunia dalam banyak aspek terutama

sekali dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelancongan. Senario pelancongan global

telah banyak merubah disebabkan oleh peristiwa ini. Kebebasan kemasukan pelancong ke

destinasi-destinasi pelancongan di seluruh dunia mula terjejas apabila isu keselamatan

diperketatkan. Tambahan lagi sesetengah destinasi pelancongan utama di Barat telah

mengenakan sekatan-sekatan serta peraturan yang ketat ke atas pelancong yang masuk. Oleh

163

Sila rujuk Shafie Abu Bakar, 2000, hlm. 432.

Page 126: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

119

yang demikian, para pelancong, terutama sekali mereka yang dating dari negara-negara

Islam, lebih berhati-hati dalam memillih destinasi percutian mereka. Maka itu, haluan

pengembaraan orang-orang Melayu, kini, beralih arah ke negara-negara di Timur Tengah.

Ketandusan karya-karya travelog ke Barat digantikan dengan karya-karya yang merakamkan

pengembaraan ke negara-negara di Timur Tengah.

Kemunculan travelog haji lebih dirasakan pada abad ke-21 apabila pengembaraan

orang Melayu lebih menjurus ke negara-negara di Timur Tengah. Hal ini terbukti daripada

bilangan travelog yang saya kaji. Daripada 45 buah travelog Melayu yang dikaji, 23 buah

karya merupakan travelog berunsur agama. 19 atau 42% daripada travelog berunsur agama

ini telah diterbitkan pada abad ke-21. Hanya 1 buah (2%) sahaja karya diterbitkan pada abad

ke-19 dan 3 buah (6%) karya diterbitkan pada abad ke-20.

Senario ini jelas menunjukkan bahawa pada abad ke-21, penulisan travelog Melayu

lebih menjurus kepada hal-hal keagamaan. Tidak secara langsung, dapatan ini berjaya

membuktikan kebenaran hipotesis tesis ini bahawa unsur-unsur keagamaan lebih menyerlah

di dalam travelog Melayu abad ke-21 berbanding travelog Melayu abad ke-19 dan abad ke-

20.

Kebangkitan penulisan travelog haji Melayu pada abad ke-21 menyerlah bukan sahaja

disebabkan oleh peristiwa 11 September. Berdasarkan kepada kajian yang telah saya lakukan,

pengangkutan dan teknologi yang semakin canggih dan moden turut menyumbang kepada

meningkatnya pengembaraan ke Timur Tengah, sekaligus meningkatkan penyebaran ilmu-

ilmu agama. Perubahan sistem pengangkutan yang lebih canggih dan efisien ini telah turut

merubah persepsi masyarakat mengenai pekerjaan haji. Perjalanan dan pengembaraan

mengerjakan rukun Islam yang kelima ini bukan lagi merupakan perjalanan yang digeruni,

tetapi sesuatu perjalanan rohani yang sangat disenangi.

Page 127: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

120

Di dalam karya-karya travelog haji abad ke-21 yang dikaji, misalnya, tiada lagi

penceritaan mengenai pengalaman dan keadaan di kapal laut. Segala kesengsaraan dan

kepahitan semasa dalam perjalanan ke Tanah Suci tidak lagi disentuh. Perjalanan menaiki

kapal terbang yang dirakamkan, menggambarkan keadaan yang jauh lebih baik daripada

keadaan semasa pelayaran menaiki kapal laut. Perjalanan ke Tanah Suci kini lancar, tiada

onak dan duri, dan penuh dengan keselesaan.

Adakah tren menghasilkan travelog Melayu yang bercorak keagamaan ini akan

berterusan? Bagaimanakah corak penulisan travelog Melayu pada masa-masa akan datang?

Masa dan keadaan sahaja yang dapat menentukan arah tuju penulisan travelog Melayu akan

datang. Selagi permintaan pembaca masih ada terhadap genre jenis ini, selagi itu para

penulisnya akan terus mencoretkan pengalaman pengembaraan mereka.

SELESAI

Page 128: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

121

BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Hamid, 1975. Peristiwa-Peristiwa dari Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

A.Samad Said (ed.), 1986. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Abdullah al_Qari Haji Salleh, 1988. Detik-Detik Sejarah Hidup To’ Kenali. Kota Bahru:

Pustaka Asa.

Adnan Nawang, 1998. Za’ba dan Melayu. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.

Andaya, B.W. dan L.Y., 1991. A History of Malaysia. London: Macmillan Education Ltd.

Asmah Haji Omar, 2007. Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan, Pentadbiran dan Media.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anderson, B., 1991. Imagined Communities. New York: Verso.

Awang Sariyan, 2007. Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Blanton, C, 2002. Travel Writing : The Self and The World. New York: Routledge.

Borm, Jan, 2004. “Defining Travel: On the Travel Book, Travel Writing and Terminology”

in Perspectives on Travel Writing, Glenn Hooper & Tim Youngs (ed.). Aldershot: Ashgate.

Bowen, J.R., 1998. Religions in Practice : An Approach to the Anthropology of Religion.

Boston: Allyn and Bacon.

Braginsky, V., 1994. Nada-Nada Islam Dalam Sastera Melayu Klasik. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Campbell, B.M., 1988. The Witness and The Other World: Exotic European Travel Writing,

400-1600. Ithaca: Cornell University Press.

Columbus, C., 1992. The Voyage of Christopher Columbus, trans. John Cummins. London:

Weidenfeld and Nicholson.

Daud Che Ngah, 2009. Lambaian Kaabah : Himpunan Kisah Benar. Shah Alam: Alaf 21.

Dyson, J. and Christopher, P., 1991. Columbus: For gold, God and glory: In Search of the

Real Christopher Columbus. Ont.: Viking/Madison Press.

Fabian, J., 1983. Time and The Other: How Anthropology Makes Its Object. New York:

Columbia University Press.

Page 129: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

122

Fussel, P., 1980. Abroad: British Literary Traveling Between The Wars. New York: Oxford

University Press.

Hadijah Rahmat, 2001. In Search of Modernity: a study of the concepts of literature,

authorship and notions of self in “traditional” Malay Literature. Kuala Lumpur: Academy

of Malay Studies, University of Malay.

Haron Daud, 1989. Sejarah Melayu : Satu Kajian Daripada Aspek Pensejarahan Budaya.

Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hamid, 1985. Peradaban Melayu dan Islam. Petaling Jaya; Fajar Bakti.

___________, 1986. Perkembangan Islam Di Asia dan Alam Melayu. Kuala Lumpur:

Heinemann(Malaysia).

___________ , 1988. Masyarakat Dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

___________, 1990. Asas Kesusasteraan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kemeterian Pendidikan Malaysia.

Kassim Ahmad (ed.), 1981. Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan Ke Judah. Kuala

Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Kingsley, M. H., 1989. Travels in West Africa. Boston: Beacon Press.

Liaw, Y. F., 1975. Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik. Singapura: Pustaka Nasional.

Li, C. S., 1966. Ikhtisar Sejarah Kesusasteraan Melayu Baru. Kuala Lumpur: Pustaka

Antara.

Loh, F. S., 1975. Seeds of Separatism: Educational Policy In Malaya. Kuala Lumpur; New

York: Oxford University Press.

Marco Polo, 1984. The Travels of Marco Polo, trans. Teresa Waugh. London: Sidgwick

and Jackson.

Martheson, V. and Milner, A.C., 1984. The Perceptions of the Haj. Singapore: Institute of

Southeast Asian Studies.

Melman, B., 1995. English Women and The Middle East, 1718-1918: Sexuality, Religion

and Work. Basingstoke: Macmillan.

Metzger, L., 2007. Nilai-Nilai Melayu: Satu Sudut Pandangan Orang Luar. Tanjong Malim:

Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

M. Dien Majid, 2008. Berhaji Di Masa Kolonial. Jakarta: CV Sejahtera.

Mohd. Saleh Haji Awang, 1986. Haji Di Semenanjung Malaysia : Sejarah dan

Perkembangannya Sejak Tahun 1300-1405 H (1896-1985M). Kuala Terengganu: Syarikat

Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd.

Page 130: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

123

Muhammad Ariff Ahmad, 2007. Nilam: Nilai Melayu Menurut Adat, Singapura: Majlis

Pusat Pertubuhan-Pertubuhan Budaya Melayu.

Muhammad Rashidi Abdullah, 2011. Travelog Hidayah daripada Hidayah Kepada

Dakwah. Selangor: PTS Islamika.

Muhammad Yusoff Hashim, 1992. Pensejarahan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Othman Putih, 1989. Sejarah Melayu: Satu Kajian Daripada Pensejarahan Budaya. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Powell, E. A., 1921. Where The Strange Trails Go Down. New York: C.Scribner’s.

Pratt, M. L., 1992. Imperial Eyes: Travel Writing and Transculturation. London: Routledge.

Roff, W. R., 2003. Nasionalisma Melayu, terj. Ahmad Bustamam. Kuala Lumpur:

University Malaya.

Spengemann, W. C., 1989. The Adventure Muse: The Poetics of American Fiction 1789-

1900. New Haven: Yale University Press.

Skinner, C. (ed.), 1982. Ahmad Rijaluddin’s Hikayat Perintah Negeri Benggala. The

Hagne: Martinus Nijhoff.

Stout, J. P., 1983. The Journey Narrative in American Literature: Patterns and

Development. Westport: Greenwood Press.

Syed Muhammad Naquib al-Attas, 1990. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu.

Petaling Jaya: Angkatan Belia Islam Malaysia.

__________, 1993. Islam and Secularism. Kuala Lumpur: International Institute of Islamic

Thought and Civilization (ISTAC).

__________, 1999. The Concept of Education in Islam: a framework for an Islamic

philosophy of education. Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and

Civilization (ISTAC).

Ungku Maimunah Mohd. Tahir, 2010. Kedudukan Ilmu Dalam Kesusasteraan: Teori dan

Praktis. Kuala Lumpur: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Wan Mohd. Nor Wan Daud, 1991. Penjelasan Budaya llmu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

__________, 2005. Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed M. Naquib Al-Attas.

Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Page 131: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

124

Youngs, T., 1997. Introduction: Studies In Travel Writing, Vol. 1. Notthingham:

Notthingham Trent University.

Yahya Awang, 2008. Kapal Haji Dalam Kenangan. Kuala Lumpur: Utusan Publication and

Distributors Sdn. Bhd.

Zahari A. Rashid, 2008. Kenang-Kenangan Abdullah Munsyi. Petaling Jaya: IBS Sdn. Bhd.

Zainal Kling, 1977. Masyarakat Melayu: Antara Tradisi dan Perubahan. Kuala Lumpur:

Utusan Publications and Distributors.

Artikel

Abdul Rahman Yusof, Sastera Kembara: Bukan Sekadar Catatan Perjalanan, Dewan

Sastera, Julai 2007, hlm. 28-30.

Faisal Tehrani, Sastera Kembara di Bumi Gersang, Dewan Bahasa, Julai 2007, hlm. 36-38.

Johan Jaaffar, Catatan Perjalanan Sebagai Bahan Sastera, dalam Ruangan Sesedap Rasa,

Dewan Sastera, Julai 2003.

Shamsudin Othman, Sastera Kembara Yang Perlu Diperhalusi, Dewan Sastera, Julai 2007,

hlm. 31-35.

Lelaman Web

Columbus, C., 1992. The Voyage of Christopher Columbus, trans. John Cummins(buku

elektronik). Di lelaman web

http://www.biography.com/people/christopher-columbus-9254209

Herodotus, History of The Persian Wars (buku elektronik). Di lelaman web

http://www.gutenberg.org/ebooks/16764

Kingsley, M. H., 1989. Travels in West Africa (buku elektronik). Di lelaman web

http://www.guttenberg.org/etext/5891

Kingsley, M. H., 2012. West African Studies buku elektronik). Di lelaman web

http://www.guttenberg.org/ebooks/38870

Polo, M., 1984. The travels of Marco Polo (buku elektronik). Di lelaman web

http://www.gutenberg.org/ebooks/10636

Polo, M., 1984. The travels of Marco Polo (buku elektronik). Di lelaman web

http://www.gutenberg.org/ebooks/12410

Page 132: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

125

Sterne, L. 1882. A Sentimental Journey through France and Italy (buku elektronik). Di

lelaman web http://www.gutenberg.org/ebooks/804

The travels of Marco Polo buku elektronik Di lelaman web

http://asianhistory.about.com/od/china/Biography-of-Marco-Polo.htm

Page 133: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

126

Lampiran

Travelog-travelog Yang Digunakan Dalam Kajian

Abdul Rahim Adam, 1994. Pengembaraan Ke Negeri China. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Abdul Aziz Ishak, 1978. Dari London Ke Jedah. Singapura: Al-Ahmadiah Press.

____________,1987. Katak Keluar Dari Bawah Tempurung. Kuala Lumpur: Karya Bistari.

____________,1987. Lompat Si Katak Lompat. Kuala Lumpur: Karya Bistari.

Aki Abdul Wahab, 2009. Jom Hidupkan Roh Haji: Transformasi Ke Arah Manusia

Sempurna. Selangor: KarnaDya Solutions Sdn. Bhd.

A.Samad Said, 1965. Warkah Kapada Salmi Manja. Kuala Lumpur: Penerbitan Federal.

____________, 1989. Diari Kembara. Selangor: Marwillis.

____________, 1991. Warkah Eropah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Fatih Al-Mubaraki, 2012. Bayu Kerinduan di Bumi Haramain: Sebuah Travelog Tanah

Suci. Kuala Lumpur: Telaga Biru.

Abu Hassan Morad, 2011. Destinasi Haji dan Umrah. Selangor: PTS Islamika.

Bob Lokman, 2011. Aku, Isabella, dan Tok Kenali: Travelog Hidayah. Kuala Lumpur:

Jundi Resources.

Ezee Rahmani, 2011. Kembara Tetamu Allah. Selangor: PTS Millennia.

Dina Sulaiman, 2009. Travelog Iran: Menyingkap Misteri Bumi Ahmadinejad. Kuala

Lumpur PTS Millenia.

Farid Rashidi, 2011. Travelog Debu-Debu Kota 1000 Menara. Kuala Lumpur: Mustread

Sdn. Bhd.

Page 134: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

127

Firdaus Shaidin, 2010. Semalam Di Bumi Anbia. Selangor: Buku Prima Sdn. Bhn.

Hasan Ali, 1997. Melawat Tanah Orang Putih. Selangor: Makruf Publisher.

_____________ , 2005. Cinta Alhambra dalam Kembara Saterawan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hasrizal Abdul Jamil, 2010. Secangkir Teh Pengubat Letih. Selangor: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Harun Aminurrashid, 1947. Melihat Kalimantan Utara. Singapura: The Al-Ahmadiah Press.

_____________, 1953. Melawat Ke Paris. Singapura: Royal Press.

_____________.1960. Chatetan Ka-Tanah Suchi. Singapura: Pustaka Melayu.

_____________,1961. Terbang Ka-Barat. Singapura: Pustaka Melayu.

_____________ ,1961. Meninjau Ka-Negara Sham. Singapura: Pustaka Melayu.

_____________, 1962. Melawat Negara Tetangga. Singapura: Pustaka Melayu.

_____________ ,1963. Kunjongan Ka-Indonesia. Singapura: Pustaka Melayu.

_____________, 1964. Chatetan Menjelajah Ka-Eropah. Singapura: Pustaka Melayu.

_____________, 1965. Melawat Negara Tetangga. Singapura: Pustaka Melayu.

Jhaz Kitaro, 2010. Travelog Turki Bumi Khalifah. Selangor: Pelima Media.

Kassim Ahmad (ed.),1981. Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan Ke Judah. Kuala

Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Maarof Salleh, 2008. E-Mel Dari Sungai Nil: Sebuah Catatan Perjalanan. Singapura:

Muslimedia Bookshop.

Page 135: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

128

Mohammad Dato’ Muda al-Haj, 2008. Menjajah Ke India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Mohd Asri Zainal Abidin, 2012. Travelog Minda Tajdid: Catatan Perjalanan Dari Tanah

Barat. Selangor: PTS Islamika.

Muhammad Ibrahim Munsyi, 1980. Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Muhammad Kamil Ibrahim, 2009. Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman. Selangor:

PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd.

_____________, 2009. Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Selangor : PTS Publications

and Distributors Sdn. Bhd.

Muhammad Suhaimi Musa, 2010. Travelog Ilmu Di Bumi Balqis. Shah Alam: Pusat

Penerbitan Universiti (UPENA).

Munir Ramli, 2012. Permata Di Pintu Kaabah: Sebuah Travelog. Selangor: Grup Buku

Karangkraf.

Nor Dalilah Abd. Rashid, 2011. Kembara Dua Kota: Mendamba Cinta Illahi. Kuala

Lumpur: Mustread Sdn. Bhd.

Dr Ridzwan Bakar, 2011. Rindu Pada Baitullah. Selangor: Grup Buku Karangkraf Sdn.

Bhd.

Roslan Hamid, 2011. Travelog Wartawan Islam. Selangor: Kemilau Publika.

Sabariah Md Udin, 2012. Travelog Haji Muslimah. Selangor: PTS Islamika.

Sheikh Muszaphar Shukor, 2010. Kembara Ke Angkasa: Catatan Memoir Angkasawan

Malaysia Pertama. Selangor: MPH Group Publishing Sdn. Bhd.

Sweeney, A., 2005. Karya Lengkap Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi, Jilid 1. Jakarta:

Kepustakaan Populer Gramedia dan Ecole francaise d’ Extreme-Orient.

Talib Samat, 2007. Salam Kembara. Penang: Goal Intteigent Publishing Sdn. Bhd.

Page 136: TRAVELOG MELAYU : SUATU PENGEMBARAAN ... - core.ac.uk · Apa ada tujuan-tujuan tertentu karya-karya travelog ini dihasilkan? Namun sebelum hal ini dilakukan, huraian mengenai tujuan-tujuan

129

Talib Samat, 2012. Travelog Seychelles: Syurga Yang Hilang Bagi Sultan Abdullah dan

Tengku Menteri Ngah Ibrahim. Selangor: Pekan Ilmu Publications.

Za’ba, 2008. Pengembaraan Ke Kedah, Perlis dan Kelantan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.