speech yb pehin ibte 22nd convo 160615

13
TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA SERI KERNA DATO SERI SETIA (DR) HAJI AWANG ABU BAKAR BIN HAJI APONG MENTERI PENDIDIKAN MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT PENDIDIKAN TEKNIKAL BRUNEI KALI KE-22 29 SYA’ABAN 1436/ 16 JUN 2015 9.OO PAGI DEWAN MUSYAWARAH, PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA, BERAKAS

Upload: buidieu

Post on 29-Jan-2017

229 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Speech YB Pehin IBTE 22nd Convo 160615

TEKS UCAPAN

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA SERI KERNA

DATO SERI SETIA (DR) HAJI AWANG ABU BAKAR BIN HAJI APONG

MENTERI PENDIDIKAN

MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT PENDIDIKAN TEKNIKAL BRUNEI KALI KE-22

29 SYA’ABAN 1436/ 16 JUN 20159.OO PAGI

DEWAN MUSYAWARAH, PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA, BERAKAS

Page 2: Speech YB Pehin IBTE 22nd Convo 160615

EMBARGOCHECK AGAINST DELIVERY

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen Sayyidina Muhammadin, Wa’alaa Alihie Wasahbihie Ajmaeen.

Yang Mulia Dr Chin Wei Keh,Pengarah Pendidikan Teknikal Brunei Selaku Pengerusi Majlis

Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yusoff bin IsmailTimbalan Menteri Pendidikan

Yang Mulia Setiausaha Tetap - Setiausaha Tetap , Timbalan Setiausaha Tetap - Timbalan Setiausaha Tetap, Ahli-Ahli Lembaga Tadbir Urus, Institut Pendidikan Teknikal Brunei, Pengarah-Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan dari jabatan-jabatan Kerajaan dan pihak industri.

Yang Mulia,Ahli Lembaga Tadbir Urus Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE)

1

Page 3: Speech YB Pehin IBTE 22nd Convo 160615

EMBARGOCHECK AGAINST DELIVERY

Para Jemputan Khas, Pengetua-pengetua, Para tenaga Pengajar, Para Graduan yang diraikan, Ibubapa, Penjaga, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

1. Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izinNya jua kita dapat sama-sama hadir di Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Teknikal Brunei kali ke-22 pada pagi ini.

2. Saya sukacita merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Teknikal Brunei kali ke-22 pada pagi ini kerana mengungkayahkan Majlis seperti ini.

3. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka pada tahun ini. Ucapan syabas dan penghargaan jua ditujukan kepada ibu bapa, pengetua dan tenaga akademik di atas sokongan dan bantuan yang telah diberikan.

2

Page 4: Speech YB Pehin IBTE 22nd Convo 160615

EMBARGOCHECK AGAINST DELIVERY

4. Pada konvokesyen kali ini, saya dimaklumkan seramai 256 orang graduan terdiri daripada 13 graduan di peringkat Diploma Kebangsaan; 25 graduan di peringkat Diploma; 10 graduan di peringkat Sijil Kemahiran 2, dan seramai 208 graduan di peringkat kursus Sijil Kelayakan Kemahiran Perindustrian (ISQ) akan menerima Diploma dan Sijil masing-masing.

Kita gembira mengetahui bahawa, lebih dari 96 peratus dari jumlah graduan ini telah mendapat pekerjaan dan dari jumlah tersebut, 100 peratus graduan di bawah program ISQ telah ditawarkan pekerjaan bersyarat. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua graduan yang telah berjaya.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

5. Employability graduan adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam langkah mentransformasi pendidikan teknik

3

Page 5: Speech YB Pehin IBTE 22nd Convo 160615

EMBARGOCHECK AGAINST DELIVERY

di negara ini. Kemahiran dan kecekapan tenaga kerja bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara di mana pendidikan teknikal dan vokasional adalah salah satu elemen penting dalam memberikan tenaga kerja bagi meningkatkan produktiviti ekonomi.

6. Alhamdulillah, IBTE kini menjalani proses transformasi yang telah membawa pelbagai perubahan yang ketara. Penubuhan Lembaga Tadbir Urus IBTE baru-baru ini bertujuan untuk memberikan hala tuju strategik dan nasihat bagi IBTE dan pendidikan teknikal dan vokasional secara menyeluruh di Negara Brunei Darussalam. Saya percaya komposisi Ahli Lembaga Tadbir Urus yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan dan sektor swasta akan membawa IBTE mencapai visinya untuk menjadi sebuah institusi lepasan menengah yang terkemuka bagi pendidikan dan latihan teknikal di Negara Brunei Darussalam menjelang tahun 2018. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapakan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengerusi dan ahli-

4

Page 6: Speech YB Pehin IBTE 22nd Convo 160615

EMBARGOCHECK AGAINST DELIVERY

ahli Lembaga Tadbir Urus bagi perlantikan tersebut.

Di samping itu, perlaksanaan perubahan struktur organisasi yang berorientasikan tadbir urus korporat bagi IBTE ini adalah diharapkan akan menggalakan IBTE untuk memperkembangkan kerjasama dengan pelbagai stakeholder termasuk pihak industri, komuniti, ibu-bapa, penjaga, para pelajar dan akademik serta profesional yang lain.

7. Dengan ini, kerjasama yang erat antara pihak yang berkepentingan termasuk industri dan sektor awam adalah salah satu kunci kejayaan program-program IBTE. Kita telah melihat contoh kerjasama bagi program Sijil Kelayakan Kemahiran Industri atau yang lebih dikenali sebagai Industrial Skills Qualification atau singkatannya ISQ. Program ini adalah program yang ditawarkan oleh IBTE dengan kerjasama dengan Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri dan pihak industri minyak dan gas di negara ini melalui inisiatif Energy Industry Competency Framework, (EICF).

5

Page 7: Speech YB Pehin IBTE 22nd Convo 160615

EMBARGOCHECK AGAINST DELIVERY

8. Di sini, kerjasama termasuk dalam perancangan, pembangunan dan penyampaian kurikulum. Dengan keyakinan, para majikan telah menawarkan tawaran kerja bersyarat atau ‘Conditions of Employment’ kepada pelajar-pelajar walaupun mereka belum menamatkan kursus masing-masing. Saya mengambil maklum bahawa sebilangan besar dari pelajar-pelajar yang akan menerima sijil-sijil mereka pada hari ini adalah pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian ISQ. Saya harap ini akan dapat diteruskan dan dikembangkan lagi kepada sektor-sektor industri yang lain.

9. Saya juga ingin menyeru kepada pihak industri supaya akan meneruskan komitmen yang tinggi dalam menyumbangkan tenaga dan buah fikiran serta bersedia untuk berganding bahu dengan pihak IBTE bagi membentuk rangka kerja kemahiran industri atau ‘Industry Competency Framework’. Di samping itu, pihak industri akan dapat membantu dalam menyediakan maklumat berkenaan sumber tenaga manusia yang diperlukan demi memastikan kursus-kursus yang

6

Page 8: Speech YB Pehin IBTE 22nd Convo 160615

EMBARGOCHECK AGAINST DELIVERY

ditawarkan oleh IBTE sentiasa relevan dan menepati dengan keperluan industri itu sendiri.

10. Dalam kita menawarkan program pendidikan teknikal yang menepati keperluan industri terkini, saya penuh percaya bahawa tenaga pengajar IBTE perlu mempunyai pengetahuan terkini dan kemahiran yang sentiasa relevan. Dengan ini, saya menyarankan agar semua tenaga pengajar di institusi pendidikan teknik didedahkan dengan pengalaman industri yang berkaitan. Ini akan dapat memberikan keyakinan dalam diri para pengajar khususnya dalam memberikan tunjuk ajar dari segi kemahiran dan kompetensi yang bertepatan dengan keperluan pihak industri.

Para hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

11. Dalam menyediakan anak-anak kita bagi keperluan industri, adalah tidak mencukupi kita menyediakan mereka dengan kemahiran yang spesifik sahaja. Persekitaran kerja pada masa ini memerlukan pekerja untuk menjalankan skop kerja yang lebih meluas. Oleh itu, pendidikan secara holistik adalah

7

Page 9: Speech YB Pehin IBTE 22nd Convo 160615

EMBARGOCHECK AGAINST DELIVERY

perlu. Pendidikan teknikal dan vokasional dijangka menghasilkan, tenaga kerja yang mempunyai lebih daripada pengetahuan, dan kemahiran. Ciri-ciri seperti motivasi, kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan kreatif, penyelesaian masalah dan kemahiran keusahawanan adalah juga kemahiran-kemahiran yang perlu dimiliki. Saya sarankan agar ini diambil kira dalam menyediakan para pelajar kita supaya mereka lebih “employable” dan “marketable”.employable.

12. Saya ingin juga menasihatkan kepada para graduan supaya akan terus berusaha dan menanamkan semangat yang tinggi dengan berbekalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk diaplikasikan dalam pekerjaan dan seterusnya dapat memberi sumbangan yang signifikan kepada pembangunan dan kemajuan ekonomi negara. Saya juga berharap agar para graduan membina kerjaya masing-masing dengan mengutamakan nilai-nilai kerohanian, nilai-nilai etika dan moral tinggi

8

Page 10: Speech YB Pehin IBTE 22nd Convo 160615

EMBARGOCHECK AGAINST DELIVERY

dengan sentiasa menghayati nilai-nilai Melayu Islam Beraja.

13. Bagi mengakhiri ucapan saya, sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada para graduan yang diraikan, dan seterusnya kepada tenaga pengajar dan ibu bapa yang telah berusaha dalam memberikan sokongan dan dorongan sehingga kita dapat menyaksikan kejayaan mereka pada pagi ini. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga turut diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa majlis dan sesiapa saja yang terlibat dalam mengendalikan majlis ini, semoga usaha yang bermanfaat ini akan diberkati dan mendapat rahmat dari Allah S.W.T jua.

Wabillahittawfik walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Thank you.

9