sains matematik dan pengurusan - ukm.my · pdf filesains matematik dan pengurusan 2 only the...

45
Journal of Quality Measurement and Analysis JQMA 1(1) 2005, 1-45 Jurnal Pengukuran Kualiti dan Analisis SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN SHAHARIR MOHAMAD ZAIN ABSTRAK Perhubungan tabii, sejarah dan perkembangan kedua-dua bidang ilmu yang biasanya dipisahkan, iaitu matematik dan pengurusan dibicarakan. Saratnya nilai ilmu dalam matematik dan juga dalam sains pengurusan atau matematik pengurusan dibicarakan dengan penilaian kritis terhadap pengoptimuman, matematik kewangan dan pemodelan matematik dalam penilaian prestasi dan pengurusan universiti. Oleh itu perlunya sistem nilai sendiri terlakur dengan tersuratnya dalam matematik dan pengurusan baru ditonjolkan bagi menggantikan nilai-nilai asing dalam prinsip matematik dan pengurusan sekarang, dan oleh itu dalam teorem, teori dan al-Khuwarizmi yang sedia ada. Kewujudan matematik dan pengurusan dalam Tamadun Melayu (Purba atau sebelum Penjajah) mendahului tamadun- tamadun sezamannya yang lain, khususnya Eropah, dipaparkan dengan bukti-bukti karya bidang ini di prasasti-prasasti yg menjangkau ke abad sebelum 700M dan manuskrip- manuskrip Melayu Islam abad ke-17M. Perbincangan ini mengubah tanggapan terhadap status sains dalam tamadun Melayu. Mandala pengurusan kualitatif yang lebih jelas pergantungannya pada sistem nilai juga dibicarakan. Oleh itu disyorkan supaya pendekatan pengajaran pengurusan dan penggalian prinsip pengurusan yang biasanya berpusatkan Eropah itu dipindahkan supaya berpusatkan Melayu Islam sahaja, manakala tamadun Eropah dan lain itu menjadi unsur perbandingan kita. Ini mengubah paradigma pendidikan dan penyelidikan bidang ini dan serentak dengan itu juga, jika paradigma baru ini dilaksanakan, maka ditunjukkan kegiatan penyelidikan di dalam bidang ini menjanjikan satu program perolehan ilmu matematik dan pengurusan dalam acuan kita sendiri yang mampu menyaingi ilmu-ilmu ini sekarang yang terlampau berpusatkan kepada Eropah itu. Kata kunci: Matematik pengurusan, pengurusan bermatematik, matematik niaga, pengoptimuman, sejarah matematik, Etnomatematik Melayu ABSTRACT The natural, historical and developmental relationship of mathematics and management, the two fields of knowledge which are normally assumed to exist separately, are discussed. It is shown that mathematics and management science or management mathematics are value laden. This is done by a critical evaluation of the fields of optimization, mathematics of finance, and mathematical modelling in performance evaluation and university management. Therefore the need for our own values to be implicitly infused in a new mathematics and management for replacing the alien values in the present mathematical and management principles and hence in the present theorems, theories and algorithms is highlighted. The existence of mathematics and management in the (Ancient or Pre-colonial) Malay Civilization that precedes other civilizations in the same period of time, particularly the European Civilization, is illustrated by providing proofs of writings on inscriptions dated before 700 AD, and in the Islamic Malay manuscripts of the 17 th century. This in turn changes our perception on the status of science in the Malay Civilization. The value dependence in the domain of qualitative management , which is more obvious than in the quantitative management, is also discussed. It is therefore suggested that the teaching of the subject and the search for principles of management which had hitherto been Eurocentric should shift towards being Malay-Islamocentric, whilst taking the European and other civilizations as elements of comparison. This shift in our educational and research paradigms promises not

Upload: hoangnguyet

Post on 05-Feb-2018

260 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Journal of Quality Measurement and Analysis JQMA 1(1) 2005, 1-45 Jurnal Pengukuran Kualiti dan Analisis

SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN

SHAHARIR MOHAMAD ZAIN

ABSTRAK

Perhubungan tabii, sejarah dan perkembangan kedua-dua bidang ilmu yang biasanya dipisahkan, iaitu matematik dan pengurusan dibicarakan. Saratnya nilai ilmu dalam matematik dan juga dalam sains pengurusan atau matematik pengurusan dibicarakan dengan penilaian kritis terhadap pengoptimuman, matematik kewangan dan pemodelan matematik dalam penilaian prestasi dan pengurusan universiti. Oleh itu perlunya sistem nilai sendiri terlakur dengan tersuratnya dalam matematik dan pengurusan baru ditonjolkan bagi menggantikan nilai-nilai asing dalam prinsip matematik dan pengurusan sekarang, dan oleh itu dalam teorem, teori dan al-Khuwarizmi yang sedia ada. Kewujudan matematik dan pengurusan dalam Tamadun Melayu (Purba atau sebelum Penjajah) mendahului tamadun-tamadun sezamannya yang lain, khususnya Eropah, dipaparkan dengan bukti-bukti karya bidang ini di prasasti-prasasti yg menjangkau ke abad sebelum 700M dan manuskrip-manuskrip Melayu Islam abad ke-17M. Perbincangan ini mengubah tanggapan terhadap status sains dalam tamadun Melayu. Mandala pengurusan kualitatif yang lebih jelas pergantungannya pada sistem nilai juga dibicarakan. Oleh itu disyorkan supaya pendekatan pengajaran pengurusan dan penggalian prinsip pengurusan yang biasanya berpusatkan Eropah itu dipindahkan supaya berpusatkan Melayu Islam sahaja, manakala tamadun Eropah dan lain itu menjadi unsur perbandingan kita. Ini mengubah paradigma pendidikan dan penyelidikan bidang ini dan serentak dengan itu juga, jika paradigma baru ini dilaksanakan, maka ditunjukkan kegiatan penyelidikan di dalam bidang ini menjanjikan satu program perolehan ilmu matematik dan pengurusan dalam acuan kita sendiri yang mampu menyaingi ilmu-ilmu ini sekarang yang terlampau berpusatkan kepada Eropah itu.

Kata kunci: Matematik pengurusan, pengurusan bermatematik, matematik niaga, pengoptimuman, sejarah matematik, Etnomatematik Melayu

ABSTRACT

The natural, historical and developmental relationship of mathematics and management, the two fields of knowledge which are normally assumed to exist separately, are discussed. It is shown that mathematics and management science or management mathematics are value laden. This is done by a critical evaluation of the fields of optimization, mathematics of finance, and mathematical modelling in performance evaluation and university management. Therefore the need for our own values to be implicitly infused in a new mathematics and management for replacing the alien values in the present mathematical and management principles and hence in the present theorems, theories and algorithms is highlighted. The existence of mathematics and management in the (Ancient or Pre-colonial) Malay Civilization that precedes other civilizations in the same period of time, particularly the European Civilization, is illustrated by providing proofs of writings on inscriptions dated before 700 AD, and in the Islamic Malay manuscripts of the 17th century. This in turn changes our perception on the status of science in the Malay Civilization. The value dependence in the domain of qualitative management , which is more obvious than in the quantitative management, is also discussed. It is therefore suggested that the teaching of the subject and the search for principles of management which had hitherto been Eurocentric should shift towards being Malay-Islamocentric, whilst taking the European and other civilizations as elements of comparison. This shift in our educational and research paradigms promises not

Page 2: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Sains Matematik dan Pengurusan

2

only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with the present knowledge which is too Eurocentric.

Keywords: management mathematics; mathematical management; business mathematics; optimisation; history of mathematics; Malay ethnomathematics

1. Prabicara

Matematik (atau matematika di Indonesia) terkenal dalam kamus-kamus biasa bahasa Melayu (Malaysia/Indonesia) sebagai ilmu berkenaan dengan angka/bilangan/nom(b)or dan manipulasinya sahaja (Kamus Dewan 1989, Kamus Besar Bahasa Indonesia 1995, Kamus Pelajar 1995). Tidak hairanlah jika sebahagian besar ahli masyarakat kita sukar melihat adanya hubungan atau peranan sains matematik dalam pengurusan selain daripada untuk rekod jual-beli, perakaunan dan sebagainya. Takrif-takrif matematik yang lain yang agak berlainan dengan takrif di atas yang dikumpulkan di dalam Kamus Matematik (1990) juga tidak menampakkan adanya hubungan matematik dengan pengurusan, kecuali mungkin yang menyatakan matematik itu dalam sebutan pemodelan.

Istilah sains matematik pula walaupun sudah dipakai oleh USM sejak universiti itu ditubuhkan pada 1970-an dahulu tetapi sehingga tahun 1990-an pun penulis mendapati guru-guru sekolah sekalipun masih tidak memahami maksudnya, besar kemungkinannya kerana di sekolah “sains dan matematik” sentiasa terpisah entitinya, sehingga ada yang beranggapan “sains matematik” itu hanyalah ringkasan kepada “sains dan matematik” sahaja seperti perkataan “ibu bapa”. Di kalangan “ahli matematik” pun ramai yang menganggap matematik itu bukannya sains, walaupun dalam pengelasan matematik oleh American Mathematical Society (AMS) sejak awal kurun ke-20 lagi begitu banyak judul dalam fizik dan ekonomi disenaraikan sebagai sub-bidang matematik! Ini menjadikan citra dan anggapan dunia terhadap “matematik” itu hanyalah “matematik tulen” sahaja dan matematik gunaan, statistik, sains komputer, dan sebagainya itu terabai dalam AMS dan penubuhan persatuan matematik gunaan seperti SIAM dan persatuan statistik dan sebagainya adalah kejadian yang tabii sahaja, walaupun semuanya dikelaskan kemudiannya (dan disahkan oleh pembuat dasar dan penyedia wang penyelidikan sains negara Amerika Syarikat) sebagai sains matematik. Inilah juga sebabnya “Persatuan Matematik Malaysia” diubah namanya kepada “Persatuan Sains Matematik Malaysia” sejak 1995 dan pengelasan sains matematik oleh persatuan ini yang dipaparkan dalam setiap isu Warkah Berita PERSAMA sejak 2000 dan pengelasan ilmu ini oleh MASTIC yang dipaparkan dalam Warkah Berita PERSAMA sejak 2003 itu dengan lebih jelasnya lagi menunjukkan hasrat penghayatan baru “ilmu matematik” di Malaysia.

Jika dilihat takrif pengurusan (atau “manajemen” di Indonesia, walaupun dalam Kamus Besarnya ada menyenaraikan “pengurusan” sebagai istilah sinonimnya yang menunjukkan dahulunya, mungkin sekali sebelum 1970-an, Indonesia juga memakai istilah yang sama dengan Malaysia: urus, mengurus, pengurus, pengurusan sebagainya itu) itu sebagai usaha atau akal yang bersabit dengan hubungan kemanusiaan bagi menyiapkan sesuatu kerja atau mencapai sesuatu matalamat (ejaan Kamus Dewan: matlamat) yang berhubung dengan nilai, adab dan hal-hal kualitatif sahaja, maka takrif matematik dalam sumber-sumber yang tersebut di atas itu lagi jelas tiadanya hubungan pengurusan dengan matematik kerana dalam takrif-takrif itu, sesuai dengan tanggapan umum pula, matematik dianggap tiada hubungan dengan nilai dan sebagainya itu. Hanya takrif pengurusan yang dipengaruhi oleh aspek bukan kualitatif dalam pengurusan, atau takrif matematik yang lebih baru yang mengambil kira kesedaran baru terhadap tabii matematik selama ini yang menampakkan hubungan antara dua bidang ilmu ini. Aspek bukan kualitatif dalam pengurusan sudah begitu melebar sehingga

Page 3: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Shaharir Mohamad Zain

3

wujud bidang kaedah kuantitatif (dalam) pengurusan atau lebih berprestij lagi sains pengurusan, dan matematik pengurusan atau sains keputusan dan banyak nama lain lagi itu. Cakupan bidang ini tidaklah menarik lagi dibicarakan di sini kerana hampir setiap universiti di Malaysia kini sudah pun menawar program, jabatan atau sekurang-kurangnya mata kuliah bidang ini di peringkat prasiswazah atau siswazah, selain daripada menyatakan yang penulis ini pernah membicarakan perkara ini dengan panjang-lebarnya dalam Warkah Berita PERSAMA 1999 (Shaharir 1999a). Yang ingin diperkatakan di sini ialah bagaimanakah takrif baru matematik dan pengurusan (lebih am daripada sains pengurusan) sebenarnya saling melengkapi dan bagaimanakah sumber ilmu matematik dan pengurusan perlu dipelbagaikan dengan sumber sendiri yang tidak kurang menjanjikan hasilnya dan sekaligus mampu mewujudkan bentuk matematik dan pengurusan yang tersendiri pula bagi menandingi bentuk yang sedia ada atau mengatasinya. Makalah ini juga bertujuan meneguhkan lagi tesis penulis selama ini (selewat-lewatnya sejak penglibatan aktifnya dalam ASASI dalam 1980-an) tentang simbiosis dan sinergi antara matematik dengan sistem nilai sepanjang zaman (Shaharir 1990), khususnya di sini dengan nilai-nilai dalam pengurusan, dengan contoh-contoh matematik yang diterokai oleh penulis dan pelajarnya sejak lebih sedasawarsa ini. Akhirnya dibahaskan dua citra biasa matematik, iaitu “matematik sebagai permaisuri/ratu sains” dan “seni dan indahnya matematik” , serta perbincangan tentang keperluan anjakan paradigma sikap dan penglibatan ahli dan lulusan sains matematik.

2. Matematik dan Pengurusan Mengikut Etimologi

Persepsi masyarakat umum terhadap matematik seperti yang digambarkan di atas agak jauh bezanya dengan makna sebenar matematik segi bukan sahaja fungsinya tetapi segi etimologinya. Yang ingin diperkatakan di sini ialah segi yang kedua itu dan selepas itu ditumpukan kepada segi fungsinya dalam pengurusan. Isu etimologi matematik memang telah menjadi sandaran kepada agenda penulis selama ini dalam pengembangan matematik dan pengurusan atas nama “pemeribumian ilmu”, dan “pengIslaman ilmu” itu (Shaharir 2003a) dan oleh itu sudah banyak kali diperkatakan tetapi dengan penambahan fakta dan pengolahannya. Perbincangan kali ini pun rasanya bukanlah suatu ulangan sahaja. Matematik berasal daripada perkataan Inggeris, mathematics; manakala matematika di Indonesia berasal daripada bahasa suku bangsa bukan Inggeris di Eropah termasuk Belanda, mathematica, yang lebih awal daripada Inggeris itu. Kedua-dua perkataan Melayu ini (Melayu Malaysia dan Melayu Indonesia) amat baru, iaitu muncul hanya tahun 1970-an sahaja terutamanya selepas kerjasama kebahasaan antara Malaysia dengan Indonesia mulai 1972 dengan penubuhan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) untuk kerja-kerja penyelarasan bahasa serumpun ini. Sebelum tahun 1970-an itu, terutamanya di Malaysia, istilah hisab atau ilmu hisab (ilmuhisab), yang berasal daripada bahasa Arab, dipakai dengan meluasnya; manakala ilmu pasti dipakai di Indonesia mungkin sekali selepas terbitnya negara Indonesia 1948, kerana sekurang-kurangnya dalam abad ke-19 istilah “ilmu hitung” (di samping ilmu hisab) digunakan di seluruh Alam Melayu ini sebagaimana yang terbukti pada manuskrip Melayu yang tertua (setakat ini) dalam bidang ini dengan judul “Ilmu Hitung” bertarikh 1826 (yang pertama kali disedarkan kewujudannya oleh Dr. Mat Rofa dalam tahun 1990-an, dan manuskripnya ada di Perpustakaan Negara Malaysia) yang tiada pula catatan nama pengarangnya. Manuskrip astronomi/falak (sebahagian daripada bidang matematik mengikut pengelasan matematik Amerika Syarikat dan Malaysia) yang tertua bertarikh 1761 hasil karya Ibn Syaddad al-Himyari (yang kewujudannya pertama kali dimaklumkan oleh Dr. Mohammad Alinor termasuklah adanya manuskrip itu di Bodlein Library, England dan juga

Page 4: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Sains Matematik dan Pengurusan

4

salinannya pada beliau), tidak terdapat istilah “hitung”, tetapi buku tertua dalam bidang ini, Siraj al-Zhalam fi Ma‘rifat al-Sa‘di wa al-Nahasi fi al-Syuhuri wa al-Aiyam (ringkasnya Siraj al-Zhalam) bertarikh 1266H/1849M oleh Syeikh ‘Abbas Kutakarang menggunakan istilah “hisab” dengan ungkapan “hisab falak” seperti yang dilaporkan oleh Wan Mohd Shaghir (2000).

Pada tahun 1970-an itu, ahli matematik Malaysia dan matematikawan Indonesia mengakui tidak tepatnya istilah ilmu hisab, ilmu hitung dan ilmu pasti untuk menyatakan ilmu yang terangkum dalam mathematics (Inggeris) atau mathematica (Belanda) itu. Umpamanya, hisab bermakna “hitung” (“calculate” atau “reckoning” dalam bahasa Inggeris) dan perkataan al-hisab dalam bahasa Arab yang asal itu pun, sejak daripada awal-awal Tamadun Islam dahulu lagi hinggalah sekarang, memang tidak mampu memikul maksud ilmu yang dalam bahasa-bahasa ilmu dewasa itu: bahasa Yunani, mathematikos, atau bahasa Latin, mathematica. Tidak hairanlah, ilmu ini (mengikut Mat Rofa 1995 umpamanya) dalam Tamadun Islam (hingga kini) terkenal sebagai al-‘Ulum al-Riadhiyat (yang bermakna ilmu untuk bersenam/beriadah otak) dan al-hisab itu hanya satu kaedah, atau suatu cabang dalam ilmu ini sahaja, selain daripada kaedah penilaian Al-Lah kepada setiap manusia di Akhirat kelak seperti yang banyak kali disebut di dalam al-Qur-aan itu. Malah satu daripada nama Al-Lah (al-asma al-husna) ialah al-Hasib (yang selalu diterjemah sebagai mahapenghitung, walaupun Abdul Latif 1997 menterjemahnya sebagai Ahli Matematik Agung). Pada zaman awal Tamadun Islam dahulu ada juga golongan yang menamai ilmu matematik sebagai al-‘Ulum al-Ta‘alim (yang bermaksud ilmu pengajaran) ciptaan al-Farabi (mengikut Mat Rofa 1995 umpamanya), tetapi ternyata istilah ini tidak popular. Tegasnya mathematics (bahasa Inggeris) atau mathematica (Latin dan Belanda) bukan sahaja ilmu menghitung terutamanya di peringkat yang tinggi; manakala ilmu pasti pula berupa salah faham Indonesia tentang tabii mathematica yang mereka kenali dari Belanda itu yang sebenarnya bukanlah seperti yang disangkakan itu. Sebahagian besar mathematica di peringkat tinggi membicarakan ilmu ketidakpastian (iaitu kebarangkalian atau probabilitas di Indonesia, dan statistik atau statistika di Indonesia), malah sejak 1960-an menjangkau kepada benda-benda kabur yang melahirkan sub-bidang matematik yang besar, iaitu matematik kabur, yang antara lainnya melahirkan teori kemungkinan yang dianggap lebih berkenyataan (“tepat”) daripada “teori kebarangkalian” itu. Kesilapan ini juga mungkin ada hubungan dengan terjemahan harafiah perkataan asal mathematica Belanda (daripada Latin dan Yunani) yang dibicarakan nanti.

Asal-usul perkataan matematik dan mathematics segi etimologinya dibicarakan beberapa kali oleh penulis ini seperti dalam Shaharir (1999b), tetapi diulangi lagi di sini dengan penyesuaian terhadap makalah ini dan tambahan maklumat baru lagi. Perkataan Inggeris, mathematics (dengan kata sifatnya mathematical) itu muncul hanya dalam kurun ke-17 sahaja dan berasal daripada bahasa Perancis, mathematiques (kata sifatnya, mathematique) yang berasal daripada Latin, mathematica (dengan kata sifatnya mathematicus), di-Jerman-kan kepada mathematik, dan di-Belanda-kan sebagai mathematica (dengan kata sifatnya bagi kedua-dua bahasa ini ialah mathematisch) sekadar menyebut beberapa bahasa ilmu kini di Eropah, selain daripada Inggeris itu. Hampir semua kamus etimologi bahasa Inggeris ada menyatakan bahawa perkataan Latin, mathematica (yang menjadi perantaraan semua bahasa di Eropah) itu berasal daripada mathematikos, perkataan Yunani, walaupun mengikut Kirkeby (2000: 169) perkataan itu berasal daripada Yunani versi lain lagi, mathesis (kata kerjanya manthanein), yang bermakna pembelajaran. (Dalam konteks inilah terbitnya perkataan Inggeris, polymath, daripada perkataan Yunani, polumathes, yang bermaksud secara harafiahnya, “banyak belajar”, (tetapi makna fungsiannya “banyak bidang kepakaran”); dan tidak syak lagi, konteks inilah yang mendorong al-Farabi, seorang daripada sarjana agung

Page 5: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Shaharir Mohamad Zain

5

pada Zaman Tamadun Islam dahulu, menamakan ilmu ini sebagai al-Ta‘alim itu). Etimologi perkataan mathematikos yang lebih terkenal itu ialah yang terbentuk daripada dua perkataan Yunani yang lebih asas lagi: mathema dan techne. Mathema itu bermakna memahami, menerangkan/menjelaskan, mentelaah, mengkaji, mempelajari, menangani, dan mengurus persekitaran tabii, sosial dan politik; manakala manthanein bermakna “ketepatan”, “kejituan” dan sebagainya di samping “belajar”. Perkataan mathematikos yang dianggap oleh sesetengah pihak berasal daripada manthanein inilah dipercayai menjadi landasan kepada istilah “ilmu pasti” di Indonesia itu, selain daripada persepsi mereka kepada kelumrahan pemaparan mathematica dalam buku-buku Belanda di Indonesia. Sebenarnya, etimologi matematik ini ada dalam kamus-kamus besar bahasa Inggeris seperti Webster’s dan Oxford Dictionaries tetapi nampaknya ditonjolkan dengan jayanya kira-kira baru sedasawarsa ini sahaja oleh D’Ambrosio (1989) menerusi projek penyelidikan pendidikan matematiknya di bawah tajaan IMU atas nama ciptaannya, etnomatematik, walaupun sebelum itu, seabad dahulu, Hursell (1900/1970) telah pun menggunakan makna matematik segi etimologi ini bagi membina falsafah matematiknya yang terkenal dengan nama falsafah fenomenologi itu. Cukup menarik juga dicatatkan di sini bahawa Turing menamakan masalah kebolehkiraan yang diselesaikannya pada 1937 menerusi sebuah teoremnya yang begitu terkenal di kalangan pelajar mantik, falsafah dan sains komputer dengan nama “mesin Turing” itu sebagai Entscheidungsproblem (bahasa Jerman yang bermaksud “Masalah Keputusan”) yang menunjukkan masalah tersebut, padanya, ialah suatu masalah pengurusan!

Techne pula menerbitkan perkataan Inggeris, technique (yang diMelayukan kepada “teknik” yang juga diterima di Indonesia walaupun suatu masa dahulu ejaannya sebagai “tehnik”, daripada Belanda, techniek), yang bermakna semacam ilmu juga, walaupun tarafnya agak lebih rendah (biasanya dianggap tiada unsur teori). Jika di dalam tradisi Islam, ‘ilm dibezakan dengan ma`rifaht (lihat umpamanya perbincangan panjang lebarnya dalam Rosenthal 1970/1992 dan al-Attas 1989/1995), maka dalam tradisi Barat warisan Yunani, techne dibezakan dengan episteme dan logos. Kirkeby (2000: 106, 129) umpamanya menghuraikan istilah-istilah ini untuk tujuan perbincangan falsafah pengurusannya yang cukup menarik. Mengikutnya, techne memiliki logos yang berbeza daripada episteme. Perkataan logos ini diInggeriskan kepada logo, -logy, logic atau konteks lain lagi, ratio (Latin), pemikiran dan penalaran/pentaakulan. Kerby menyatakan, Techne merujuk kepada kebolehan mengamal sesuatu pada suatu takatnya kerana tabiinya yang mengimbau kita memperoleh pengalaman perkara berkenaan dari dalamnya (isinya atau rohnya) atau “menikmati harmoni bentuknya”. Oleh yang demikian, katanya lagi, techne itu “mendemonstrasikan keimanenan daripada ketransidenan” (iaitu “menunjuk-jelaskan kehadiran hakikat secara semestanya daripada keadaan yang melampaui duniawi atau terlampau abstrak, tetapi tidak pula memaksa kita menghadapi keimanenan ini dengan persoalan mantik fungsinya dan bentuknya, tidak seperti episteme itu.”). Yang menarik lagi Kirkeby (2000:35 dan selanjutnya) membicarakan adanya hubungan antara techne dengan falsafah pengurusan yang baru, yang dibinanya sendiri bagi mengganti falsafah-falsafah sebelumnya yang memang terkenal banyak kelemahan itu (Shaharir 2003b). Tegasnya, karya Kirkeby itu semakin mengakrabkan lagi matematik dengan pengurusan yang sebahagiannya dibicarakan lagi selepas ini dalam makalah ini.

Jelaslah segi etimologinya, matematik(a) bererti “teknik atau sejenis ilmu/logi atau rasio/aqal bagi memahami, menerang/ menjelaskan, mentelaah, mengkaji, mempelajari, menangani, dan mengurus persekitaran tabii, sosial dan politik menerusi proses-proses yang khusus (menjuzuki kaedah matematik itu) seperti pembilangan, penyukatan, pengisihan, penertiban, penstrukturan, penganalisisan, penggeometrian, pensintesisan,

Page 6: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Sains Matematik dan Pengurusan

6

pengurusan dan pentadbiran”, yang begitu tertonjol kaitannya dengan ilmu pengurusan itu. Pendeknya, matematik memanglah menjuzuki sebahagian besar “ilmu pengurusan” sejak awal perkataan matematik dalam bahasa Yunani itu diwujudkan lagi. Sebahagian besar matematik kini memang bukan hanya mengkuantitikan atau menghitung sesuatu kuantiti yang dicipta untuk memahami, menjelas benda yang diminati, tetapi juga mengkualitatifkan benda menerusi dua bidang matematik yang terkenal, iaitu topologi dan analisis sejagat itu. Malah hampir semua konsep matematik berasal daripada idea dalam bentuk kualitatif dan satu daripada tujuan matematik ialah untuk menjelaskan konsep kualitatif itu dalam bentuk kualitatif yang lebih baik lagi (lihat Shaharir 2002a). Matematik bukan juga sesuatu yang diperoleh dengan tepatnya sehingga layak diterjemahkan sebagai “ilmu pasti” itu walaupun dalam bidang matematik(a) tulen/murninya, kerana tabii bidang topologi dan analisis sejagat itu bukanlah bidang ilmu yang tepat, apatah lagi bidang matematik ketidakpastian (yang melahirkan kebarangkalian dan statistik) dan kekaburan (yang melahirkan kemungkinan), walaupun matematik memanglah lebih tepat daripada ilmu-ilmu lain. Takrif matematik daripada segi etimologi ini sebenarnya bukan sahaja mendorong Hursell (1900/1970) memformulasikan falsafah matematik yang terkenal sebagai falsafah fenomenologi itu, dan D’Ambrosio (1989) memperkenalkan falsafah pendidikan matematik barunya dalam bahasa Portugis yang diInggeriskannya sebagai ethnomathematics, tetapi juga takrif ini jugalah rasanya yang menginspirasi Livingston (1986) memperkenalkan kaedah dan falsafah matematik baru yang dinamainya ethnomethodology itu. Kemudian, istilah-istilah ini diMelayukan oleh penulis ini masing-masingnya sebagai etnotatakaedah dan etnomatematik dan diperluaskan makna dan skopnya sebagai satu daripada pengisian gagasan pempribumian/ pemeribumian ilmu tajaannya sekurang-kurangnya sejak 1995 (lihat perinciannya dalam Shaharir 2000/2002, 2003a).

Jika kita mengikut makna matematik daripada perspektif etimologi ini, maka matematik itu seharusnya/semestinya dan sewajarnyalah bukan sekadar ilmu yang diperoleh dengan mendekati sesuatu secara mantik/lojik, analisis, rasional atau kuantitatif, tetapi termasuklah yang kurang disebut (dan kurang ditekankan dalam pengajaran dan pendidikannya) seperti daya cipta, kritis, kualitatif, sintesis, empirik/empiris, dan lain-lain itu serta nilai sains matematik yang lebih tidak disedari wujudnya, iaitu nilai daripada ideologi/fahaman/isme, sistem kepercayaan, dan kemanusiaan amnya, di samping nilai niskala/mujarad/abstrak, itlak, bersahaja, simpel/ringkas dan sebagainya lagi. Perkara-perkara nilai ini dibicarakan lagi selepas ini yang cukup banyak persilangannya dengan pengurusan.

Memanglah, persoalan “apakah matematik?” menjadi masalah falsafah yang masih belum selesai secara muktamadnya sehingga melahirkan pelbagai mazhab matematik seperti yang diperkatakan oleh Shaharir (1999b), dan sekaligus menerbitkan takrif matematik yang pelbagai seperti yang dirakam dalam Kamus Matematik (1990) itu, dan takrif segi etimologi dengan beberapa falsafah baru yang terbit daripadanya yang disebut di atas itu. Tetapi persoalan “apakah pengurusan?” juga belum terjawab dengan muktamadnya seperti yang ditunjukkan dalam Shaharir (2003b) walaupun diakui umum kini adanya dua aspek pengurusan: aspek kualitatif (nilai, moral, etika dan adab) yang dianggap aspek klasiknya, dan aspek kuantitatif atau aspek matematik, seolah-olah matematik itu tiada aspek kualitatifnya. Sungguhpun kedua-dua aspek ini biasa juga dianggap saling melengkapi tetapi anggapan itu tidak sampai ke tahap menegaskan adanya simbiosis dan sinergi antara dua aspek itu. Sebahagian besarnya kerana sikap dan kepercayaan orang (termasuk sebahagian besar sarjana) terhadap keneutralan matematik yang belum atau tidak mahu sedar dan insaf lagi kesilapannya itu. Aspek simbiosis dan sinergi antara unsur kualitatif dengan kuantitatif dalam matematik dan pengurusan inilah yang diperincikan lagi dalam makalah ini

Page 7: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Shaharir Mohamad Zain

7

nanti. Oleh itu takrif-takrif matematik dalam Kamus Matematik (1990) itu pun, yang memang mengandungi takrif popular matematik yang diperturunkan pada awal makalah ini sebagai satu daripadanya, tidak sepatutnya menjadi titik-tolak pendekatan seseorang guru/pengajar/penulis/penyelidik matematik, terutamanya jika citra tidak tepat dan tidak adil terhadap ilmu ini terpapar megah sehingga peranannya kepada masyarakat (khususnya kepada pengurusan) selalu terhalang seperti yang dihuraikan lagi di bawah ini.

3. Sains dan Pengurusan

Dalam sejarah perkembangan ilmu pengurusan Barat (dan juga Timur), seperti yang biasa disebut dalam buku-buku piawai sains pengurusan, terutamanya buku sejarah ilmu tersebut seperti George (1972), pada mulanya ilmu pengurusan dianggap hanya ilmu kemanusiaan sahaja, malah pengurusan disekutukan dengan moral dan etika sahaja yang dianggapnya tidak memenuhi ciri-ciri sains (Barat), iaitu rasionalis, turunis/reduksionis dan kuantitatif. Barat menganggap Taylor di Amerika Syarikat (A.S) dan Fayol di Perancis sebagai bapa pensains pengurusan kerana pada 1910 mereka ini gigih mengutarakan persoalan baru dalam pengurusan seperti “Apakah kerja yang baik?” “Apakah masa piawai bagi menyiapkan sesuatu kerja?” “Apakah output piawai, lokasi terbaik bagi loji atau kilang, kecekapan, dan cara terbaik memilih pekerja untuk sesuatu tugas?”, dan “Bagaimanakah pekerja diselia?”. Setiap persoalan ini dianalisis dan dikuantitatifkan, iaitu penerapan dua ciri sains Barat itu. Model (matematik) Taylor dan Fayol tentang persoalan-persoalan ini memang terbukti gagal, tetapi persoalan-persoalan itu terus dijawab menerusi model-model (matematik) yang lebih baik sehingga ada yang mendatangkan penambahbaikan kepada amalan pengurusan.

Tetapi pengurusan bersains di dunia Barat blok bukan komunis yang lebih berjaya ialah setelah matematik pengoptimuman baru muncul di Amerika Syarikat dan di United Kingdom ketika tentera Bersekutu menghadapi masalah penyediaan makanan seimbang dan penggunaan kapal terbang penyerang dengan banyaknya secara ekonomi yang menerbitkan bidang pengurusan bermatematik yang dinamai “penyelidikan operasi” (terjemahan kepada “operations research” atau “operational research” terutamanya di United Kingdom (U.K) dan “sains pengurusan” (terjemahan kepada “management science”) di A.S. Kejayaan besar tercapai menerusi penyelesaian masalah ini menerusi matematik pengoptimuman linear yang dikenali sebagai “pengaturcaraan linear” itu. Kemudian kaedah pengurusan ini diperluaskan kepada pelbagai masalah dalam ekonomi, perniagaan, pembuatan dan sebagainya dengan jayanya. Fakta ini biasanya ada dalam buku-buku penyelidikan operasi piawai.

Perlu ditegaskan, ekonomi sebenarnya banyak membabitkan isu pengurusan kerana satu daripada takrif ekonomi yang terkenal ialah “peruntukan sumber terhad atau barangan yang langka dengan sebaik-baiknya”, malah kini ramailah pihak yang mentakrifkan ekonomi sebagai selok-belok pengoptimuman sahaja; dan oleh itu tidak hairanlah pada peringkat awalnya ilmu pengurusan diterokai oleh para ahli ekonomi sahaja, terutamanya sebelum revolusi industri apabila pengurusan mula diterokai oleh para jurutera, ahli matematik dan ahli sains amnya. Begitu juga perniagaan memanglah penuh dengan pengurusan kerana takrif perniagaan sudah semestinya antara lainnya membabitkan persoalan merancang, melaksana, mengawal dan menilai yang menjadi satu daripada takrif pengurusan yang popular. Tidak hairanlah “ekonomi dan pengurusan” dan yang menjadi dua bidang ilmu yang amat sukar dipisahkan, dan “pengurusan perniagaan” telah menjadi bidang ilmu yang besar. Kejayaan pengaturcaraan linear dalam “ekonomi dan pengurusan” dapat disaksikan dengan kejayaan beberapa orang sarjana dari A.S (iaitu Samuelson 1970) dan Rusia (iaitu Leontif 1973, Kantrovich & Koopmans 1975) mendapat Hadiah Nobel Sains Ekonomi pada tahun yang dinyatakan di sebelah nama masing-masing itu kerana sumbangannya yang besar dalam

Page 8: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Sains Matematik dan Pengurusan

8

memahami isu-isu ekonomi dan pengurusan dengan menggunakan kaedah pengaturcaraan linear ini (lihat Internet1). Pengurusan menerusi penyelidikan operasi dan pengaturcaraan linear ini tidaklah menjadikan pengurusan itu lebih objektif, seobjektif yang difahami umum itu, kerana matematik pengurusan itu semuanya berasaskan pertimbangan nilai (unsur kualitatif) dalam pengurusan itu, dan aspek inilah yang dibicarakan di sini kemudian ini.

Pengurusan bersains yang disetarakan dengan gaya pengurusan berstrategi atau bermatalamat dan optimum ini berkembang kepada pengurusan bermulti-matalamat dan optimum yang menerbitkan pelbagai konsep optimum yang semakin sarat nilai kemanusiaan. Isu inilah dibicarakan dengan lebih mendalam lagi selepas ini. Buat masa ini, lagi sekali ingin ditegaskan betapa besarnya kejayaan matematik ini dalam pengurusan dapat dilambangi dengan kejayaan yang dicapai oleh seorang pemenang Hadiah Nobel lagi pada tahun 1978, iaitu Simon, seorang polimates moden (ahli sains pengurusan, ahli sains komputer, dan ahli ekonomi). Matematik pengoptimuman dalam pengurusan ini hampir serentak berkembang kepada matematik pengurusan bermatalamat fungsian yang menjuzuki bidang matematik pengurusan yang dinamai pengurusan kawalan atau teori kawalan dengan kemajuan besarnya tercapai di Rusia pada tahun 1960-an oleh kumpulan sarjana yang diketuai oleh Pontriagin/Pontryagin yang hanya diketahui di Blok Barat Anglo-Saxon dan Sekutunya hampir 10 tahun kemudiannya.

Sekitar tahun 1960-an itulah juga dunia menyaksikan kehebatan matematik yang canggih-manggih (analisis dan topologi) menjadi peneroka sains ekonomi (dan pengurusan) sehingga ramai pula yang dianugerah Hadiah Nobel (lihat internet1) kerana sumbangan masing-masing seperti Hicks dan Arrow pada 1972 dengan teori keseimbangan ekonominya; Debreu pada 1983 kerana teori keseimbangannya teori utilitinya (yang canggih matematiknya sehingga kepada analisis atas manifold); Solow pada 1987 dengan teori pertumbuhan ekonomi; dan Fogel dan North pada 1993 dengan penerapan teori ekonomi dan kaedah kuantitatif dalam kajian sejarah ekonomi (yang sekaligus mengakrabkan lagi hubungan kualitatif dengan kuantitatif); dan Nash pada 1994 dengan teori pertarungan (“permainan”) tanpa kerjasama yang diciptanya dalam tahun 1957-1960-an yang berkongsi Hadiah tersebut dengan Harsanyi dan Seltin yang menyumbang lagi kepada teori keseimbangan menerusi matematik Nash itu. Pengurusan dalam suasana ketidak-pastian pula mula mendapat kejayaan besar menerusi matematik kuantiti yang jelas takrifnya tetapi tidak pasti sukatannya, iaitu kaedah statistik dan kalkulus stokastik yang dalam pengurusan Barat Eropah mulai dipakai pada abad ke-20 menerusi sarjana Denmark, Erlang dalam tahun 1917 yang cuba menyelesaikan masalah dalam syarikat telefon tempat beliau bekerja menerusi teori giliran itu, dan di sekitar tahun 1920-an oleh sekumpulan pekerja di Bell Telephone Laboratories A.S menggunakan kaedah pentaabiran untuk menyelesaikan masalah kawalan mutu, walaupun Quettellet (Sarjana Belgium yang mati 1874) berpendirian yang setiap fenomenon sosial (dan ini tentunya termasuk dalam pengurusan) tertakluk kepada hukum matematik seperti sains jasmani/fizis juga, suatu pendirian yang diperkukuhkan oleh John Stuart Mill (Sarjana Inggeris yang sezamannya) dan Karl Pearson (Sarjana agung statistik di Eropah yang meninggal 1936) yang dianggap sebagai pembela utama kaedah aruhan statistik dalam sains sosial. Tidak hairanlah kaedah statistik dalam pengurusan mendapat tempat yang hebat selepas Pearson ini. (Fakta-fakta dalam perenggan ini dipetik daripada George 1972).

Sejak 1960-an juga matematik stokastik mendapat tempat yang unggul dalam bidang sains pengurusan selepas berjayanya teori kawalan stokastik (teori penurasan) karya Kalman dan Bucy pada tahun 1960-an dan pada masa yang sama oleh Staranovich dan Kushner (pengoptimuman fungsian stokastik tertakluk kepada persamaan terbitan stokastik atau persamaan pembeza stokastik atau persamaan beza stokastik) dan seterusnya kejayaan bidang

Page 9: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Shaharir Mohamad Zain

9

ini dalam pengurusan portfolio pada tahun 1980-an sehingga pada 1997 Merton dan Scholes merangkul Hadiah Nobel dalam bidang sains ekonomi (kerana tiadanya Hadiah Nobel atas nama bidang sains matematik, sains pengurusan, pengurusan, pengurusan perniagaan, atau perniagaan dan sebagainya itu) atas sumbangannya dalam pengurusan Portfolio itu. Pengiktirafan dunia terhadap bidang sains pengurusan stokastik atau tidak keruan begitu menonjol sehingga ramai lagi sarjana bidang ini yang mendapat Hadiah Nobel (atas nama Sains Ekonomi, lihat Internet1) seperti Klein pada 1980 kerana model ekonometri terhadap ganjatan/fluktuasi ekonomi; Allais pada 1988 kerana teori pasaran dan utilisasi sumber cekap; Markowitz, Havelmon pada 1989 kerana teori berkebarangkalian dalam landasan ekonometri; Miller dan Sharpe pada 1990 kerana teori ekonomi kewangan (portfolio, leverej, dan harga aset modal); Heckman dan McFaddey pada 2000 kerana teori dan kaedah menganalisis sampel pilihan atau pilihan diskret; Kahneman dan Smith pada 2002 kerana sumbangannya dalam pembuatan keputusan dalam suasana ketidakpastian, dan Engle dan Granger pada 2003 kerana kaedah menganalisis siri masa data ekonomi dan pengurusan. Satu contoh isu pengurusan dalam suasana stokastik ini dibicarakan dengan lebih terperinci nanti.

Pengurusan dalam suasana kabur mula mencapai kejayaan menerusi matematik kuantiti yang tidak jelas takrifnya dan tidak jelas sukatannya, iaitu kaedah matematik kabur yang diperkenalkan dalam tahun 1960-an oleh Zadeh (suatu fakta yang hampir pasti dinyatakan dalam hampir setiap buku matematik kabur), seorang ahli matematik kejuruteraan berketurunan Iran di A.S yang kini sudah berkembang seluas matematik stokastik itu juga. Hampir semua isu pengurusan bermatematik stokastik itu dapat diurus semula dengan lebih berjaya lagi menerusi pemodelan kabur ini. Oleh sebab penulis belum pernah melaksanakan model kabur dalam masalah pengurusan yang diminatinya, maka dalam makalah ini, tiadalah isu pengurusan kabur ini dibicarakan lagi selepas ini.

Walau apapun, pada amnya, matematik pengoptimuman memang sarat dengan nilai termasuklah makna optimum itu sendiri yang dibicarakan dengan terperincinya di bawah ini. Tempat lainnya, sistem nilai berperanan pada pengecaman masalah (iaitu penentuan perkara yang menarik perhatian seseorang khususnya pengecaman pemboleh ubah yang relevan, perkara yang hendak dioptimumkan), penentuan fungsi matalamat/prestasi/pencapaian dan sebagainya, penentuan kekangan, kaedah penyelesaian (bergantung pada takrif optimum yang disukai), dan pemilihan penyelesaian (biasanya penyelesaian tidak bitara/unik). Perkara tabii pemodelan fungsi matalamat pada mula-mula masalah pengoptimuman muncul dalam sejarah pembangunan bidang ini yang jelas bergantung pada kegiatan ekonomi, dan falsafah sarjana berkenaan telah dibincangkan oleh penulis ini dahulu (Shaharir 2002b) dan oleh itu tidak lagi diulangi di sini. Hanya aspek-aspek yang lain itulah yang dibicarakan di sini.

4. Makna Optimum

Optimum ialah perkataan Latin, yang bermakna “benda terbaik”, dan kata sifatnya optimus, yang bermakna “terbaik” yang penuh subjektif itu, diInggeriskan sebagai optimal. Namun, seperti biasa, istilah optimum dalam matematik dibincangkan dalam buku-buku teks matematik atau dalam ekonomi dan pengurusan bermatematik hanyalah dalam sebutan simbol/lambang yang tidak menampakkan hubungannya dengan asal-usulnya, iaitu perkataan “baik” atau “terbaik” yang amat subjektif itu. Umpamanya, di dalam buku-buku matematik pengurusan pun, optimum ditakrifkan sebagai keadaan nilai fungsi f (biasanya mewakili prestasi/pencapaian/matalamat/…) satu atau beberapa pemboleh ubah keadaan (biasanya dirujuki alat atau dasar) yang nilainya paling tinggi, dinamai maksimum, atau paling rendah, dinamai minimum, (biasanya dilupakan keadaan nilai yang tidak tertinggi dan tidak terendah,

Page 10: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Sains Matematik dan Pengurusan

10

tetapi ini bukannya menjadi isu dalam perbincangan ini), tertakluk kepada kekangan K yang berupa set persamaan atau ketidaksamaan,

1{ : ( ) , ( ,..., ), 0}, rK x k x b b b b x iaitu *x keadaan maksimum jikka *( ) ( )f x f x untuk semua x dan *x dalam K mandala f itu. Tiada apa yang perlu atau boleh diperkatakan lagi. Begitu betul dan begitu objektifnya takrif ini! Tetapi “terbaik” itu begitu subjektif. Kenapa tiba-tiba menjadi begitu objektif?

Sebenarnya ramailah yang terlupa yang takrif di atas itu hanya model kepada “terbaik” itu sahaja, oleh itu pastinya tidaklah tepat mewakili “terbaik” itu. Persoalannya, di manakah tempat yang tidak objektifnya/tepatnya? Pertamanya, yang menjadi masalahnya ialah fungsi f itu sendiri. Fungsi f itu mungkin tiada tetapi diada-adakan untuk sesuatu masalah yang

diminati itu. Ini masalah falsafah, iaitu “Adakah semua perkara dalam pengurusan boleh dimodelkan/dimatematikkan dengan suatu fungsi?” Bagi setengah ahli sains pengurusan (atau lebih am lagi ahli matematik dan ahli sains amnya) berpendapat semua perkara boleh dimodelkan/dimatematikkan tetapi ramai juga yang mengatakan tidak demikian walaupun di kalangan sekularis sekalipun apatah lagi mereka yang beragama (Islam terutamanya). Golongan yang pertama itulah yang selalu menegaskan bahawa ilmu sains ialah ilmu yang tertinggi dan tahap kesainsan sesuatu subjek itu ialah tahap banyaknya matematik dalam subjek tersebut. Ini amat merbahaya kepada masyarakat beragama samawi yang tidak ternoda, kerana dalam ajaran Islam umpamanya, sehingga kini pun, ilmu wahyulah yang paling tinggi dan ketinggian ini tidak bergantung pada matematik, walaupun tiadalah salahnya kegiatan mematematikkan sesuatu konsep atau prinsip yang diwahyukan. Malah itulah satu daripada kegiatan “pengIslaman ilmu” yang dimulai sekitar tahun 1980-an dahulu dan masih berterusan, walaupun beberapa orang ideolognya “sudah hilang”. Persoalan ini jelas boleh diselesaikan dengan memasukkan ungkapan “jika f wujud” dalam takrif itu dengan tidak melupakan huraian isu yang dibicarakan di atas.

Isu lainnya dalam takrif optimum itu, dan ini lebih menonjol lagi ialah kewujudan f yang tidak bitara yang memerlukan pilihan pembuat keputusan atau pengamal matematik ini. Pilihan f ini bergantung pada cita rasa atau pendirian falsafah seseorang. Umpamanya dalam pengoptimuman pembuatan, sekurang-kurangnya ada beberapa fungsi f yang perlu ditimbang, iaitu fungsi yang menyukat prestasi keuntungan, kerugian, kos, pengeluaran, dan peringkat lebih tinggi (tidak sesuai untuk peringkat sekolah) fungsi utiliti. Pemilihan fungsi pengeluaran umpamanya adalah tindakan seseorang yang dipengaruhi oleh atau sesuai dengan falsafah yang kurang mementingkan kebendaan (wang-ringgit) sahaja seperti falsafah yang berasaskan Islam, atau mengikut falsafah vedanta dalam agama Hindu yang mementingkan kepada daya pengeluaran individu itu. Bagi pengurus yang menghayati pascamodenisme pula, oleh sebab falsafah ini tidak lagi memberi penekanan kepada organisasi pengeluaran tetapi kepada pengeluaran organisasi (lihat Cooper dan Burell 1988: pp106), maka fungsi pengeluaran tidak mungkin menarik perhatiannya dalam usaha memperbaiki prestasi syarikatnya. Pascamodernisme juga menganggap penilaian terhadap sesuatu barangan tidak lagi kepada kepuasan diri (yang diwakili oleh fungsi utiliti yang dibicarakan lagi di bawah itu) tetapi kepada keuntungan daripada penggunaan barangan tersebut (Internet2). Oleh itu pengoptimuman fungsi utiliti tidak akan diminati oleh seseorang pengguna pascamodenis.

Yang lebih menarik lagi dibicarakan, ialah fungsi utiliti kerana kewujudan fungsi ini begitu jelas bergantung pada sistem nilai, kepercayaan, atau kebudayaan kerana fungsi itu

Page 11: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Shaharir Mohamad Zain

11

diketengahkan untuk mewakili cita rasa dan tahap kepuasan seseorang (pengurus, pembuat keputusan) yang diasaskan juga kepada falsafah utilitisme tajaan Bentham abad ke-17 dan pengukuhannya oleh Mills abad ke-18. Tetapi seperti biasa, buku-buku teks hanya menyatakan fungsi utiliti ialah peta f bernilai nyata yang memenuhi beberapa sifat (aksiom) yang berikut (lihat umpamanya Debreu 1983 dan Rubenstein 2005):

(u1): ( ) ( ), ,f x f y x LS y yang LS mewakili lebih disukai/dikenani atau sama sahaja dan sebagainya dan kesamaan hanya berlaku apabila x LS y , yang

LS “sama sahaja”; iaitu f peta berekanada atau peta mengawet tertib (u2): ( ) ( ) ( ), 1, f x y f x f y fungsi cembung atau sebaliknya, cekung;

atau lain-lain lagi. (u3): f terbezakan dua kali selanjar

Setiap satu sifat ini adalah model sifat manusia (yang semestinya kualitatif) seperti “manusia bertindak rasional dan tidak mengikut keinginan sahaja” (untuk u1), ada manusia yang suka mengambil risiko (utiliti cembung), atau mengelak risiko (utiliti cekung) dan sebagainya; manakala sifat keterbezaan fungsi utiliti itu ialah andaian sifat kemahuan manusia yang super-rasional sehingga dapat membezakan kemahuannya terhadap apa juga komoditi yang ada di hadapannya, walau bagaimana kusut sekalipun perbezaannya sifat-sifat komoditi itu. Tidak hairanlah perkara yang lebih asasinya ialah mendapatkan sifat-sifat manusia terhadap daya pemilihan dan pembuatan keputusannya, iaitu menyenaraikan aksiom keutamaan/keberkenanan manusia yang menjamin sahnya berlaku (u1) hingga u(3) yang memang subjektif itu. Set aksiom yang terbaik sehingga kini ialah yang diutarakan oleh Debreu (pemenang Hadiah Nobel itu) dalam tahun 1980-an dahulu, iaitu 5 aksiom: (UD1) manusia rasional (boleh membuat perbandingan/penertiban setiap pasangan komoditi yang berhadapannya, dan perbandingan/penertiban itu transitif), (UD2) manusia rakus atau tidak jemu-jemu (lagi banyak lagi bagus), (UD3) komoditi selanjar (set komoditi boleh diberi topologinya dalam sebutan jarak J sehingga jika a LS b maka wujud 0 sedemikian rupa

, ( , )x LS y J x a dan ( , ) ;J y b atau mengikut cara lainnya, jika a LS b dan b LS c maka [ (1 ) ] ,a c LS b bagi suatu nilai 0 1), (UD4) cembung (jika x LS y maka [ (1 ) ] ,x y LS y atau { : }xK y y LS x cembung ), dan (UD5) terbezakan (terbezakan pada x jika wujud ( ) 0v x , yang ditafsirkan sebagai “nilai subjektif komoditi”, sehingga

. ( ) 0,a v x bagi semua arah a yang menambah-baik kedudukan x , iaitu ( )x a LS x untuk suatu 0; atau {( , ) : ,G x y K K y LS x K set komoditi} adalah manifold terbezakan dua kali dalam n n,n ialah n rangkap set nombor nyata).

Kelemahan setiap aksiom di atas itu memang terkenal di kalangan sarjana Barat sekalipun semata-mata atas pertimbangan kaedah deduksi dan sifat manusia Barat seperti yang dipaparkan dalam makalah kami itu. Dalam hal ini Debreu (seorang ahli matematik Perancis yang mengorientasikan dirinya kepada ekonomi, katanya selama 2 tahun sahaja, lalu menjadi seorang ahli ekonomi matematik terkenal malah menjadi seorang pemenang Hadiah Nobel bidang tersebut pada 1983) itu membuktikan aksiom tidak jemu-jemu itu cuma syarat cukup untuk membuktikan keterbezaan fungsi utiliti itu. Sarjana Islam, Kahf (1980/1981, 1992, 1996), Zaman (1991) dan Khan (1984,1992) membicarakan kelemahan teori utiliti Barat daripada perspektif Islam dan mengesyorkan supaya fungsi utiliti digantikan dengan fungsi yang berjiwa Islam yang dinamainya falah (oleh Kahf) dan maslahah (oleh Khan) dan

Page 12: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Sains Matematik dan Pengurusan

12

membincangkan secara kualitatifnya implikasinya kepada teori pengguna Islam. Zaman (1987) memaparkan 4 aksiom baru bagi menggantikan set aksiom komoditi Barat itu (tetapi istilah fungsi utiliti masih dikekalkan, walaupun fungsi utilitinya sudah agak berbeza daripada fungsi utiliti Barat itu), namun satu daripadanya (yang dinamainya aksiom keekanadaan lemah) masih menghayati aksiom kerakusan itu di samping tidak cukupnya set aksiomnya itu untuk menjamin keterbezaan fungsi utilitinya itu untuk menjadi saingan atau alternatif teori utiliti Barat itu. Oleh itu kami mengesyorkan supaya dibina teori falah ke atas set berkas hasil darab Cartesan komoditi duniawi dan ukhrawi dengan setiap komponen komoditi ini ada dua subkomponennya sehingga membentuk 4 komponen komoditi, iaitu komoditi keperluan asasi dan komoditi mewah bagi komoditi duniawi, serta perkhidmatan wajib dan perkhidmatan sunat bagi komoditi ukhrawi. Fungsi falah itu dianggap terdiri daripada dua komponen, iaitu dinamai al-falah primer dan al-falah sekunder, dan memenuhi 3 aksiom bagi menggantikan 3 aksiom pertama daripada set aksiom komoditi Debreu, dan set aksiom komoditi Zaman (1987) itu, dan yang tidak lagi menghayati aksiom kerakusan itu ke atas komoditi duniawi tetapi dihayati untuk komoditi ukhrawi. (lihat Shaharir & Rohani 1996). Natijahnya, banyaklah isu matematik yang perlu diselesaikan berasaskan set aksiom fungsi utiliti yang baru ini yang selari dengan program Debreu itu, tetapi sehingga kini isu-isu ini masih tinggal impian sahaja kerana ketiadaan penyelidik yang berminat kepadanya. Layanan sistem nilai Islam lagi terhadap fungsi al-falah ini ialah perlunya konsep wustdo yang sering diterjemah sebagai sederhana (mengikut pengertian Melayu Malaysia yang sama dengan “sedang”), pertengahan, seimbang dan adil; tetapi tidaklah benar maknanya sama dengan mediocre Inggeris yang padanan Melayunya ialah, mengikut kamus Winstedt, semejana/semenjana itu, di kalangan pengguna kerana menegaskan dalam al-Baqarah (2):143 yang bermaksud “Begitulah Kami menjadikan kamu umat wustdo” (Wa kadza lika ja‘alnakum ummatan washatdan” dan hadith Nabi Muhammad S.A.W. menyatakan “sebaik-baik pekerjaan ialah yang wustdo” (khairul umiiru aushootuha). Fungsi utiliti Islam yang mengambil kira konsep wustdo ini wajar dinamai fungsi utilis sahaja (ringkasan kepada utiliti Islam). Setakat ini, kami anggap kami telah berjaya memberi satu contoh yang konkrit yang menunjukkan sistem nilailah yang menentukan set aksiom dan seterusnya berpotensi menjadi agenda besar dan menjana matematik yang baru.

Isu yang lebih menarik lagi ialah yang berhubung dengan sifat manusia sebenar dalam keputusan sebagaimana yang dibicarakan oleh Simon pemenang Hadiah Nobel 1978 itu. Simon berhujah bahawa manusia hanya membuat keputusan terbaik setakat yang memuaskannya sahaja sehingga beliau memperkenal satu istilah baru dalam bahasa Inggeris (bahasa perantaraan karyanya) yang terbit daripada gabungan “satisfying” dengan “optimising” lalu diciptanya perkataan “satisficing” dan diterjemah oleh penulis ini sebagai “mengoptimuaskan” (daripada “mengoptimumkan” dan “memuaskan”) sejak kursus perancangan multimatalamat di peringkat Sarjana dikendalikan oleh penulis ini mulai 1980-an dahulu, dan seterusnya Simon menegaskan yang manusia ini tidak bersifat rasional sepenuhnya tetapi bersifat rasional terbatas (Simon 1957). Satu kaedah pelaksanaan prinsip Simon ini ialah menerusi konsep optimum gol (ciptaan Charnes & Cooper 1977), iaitu fungsi matalamat/prestasi dan sebagainya itu dianggarkan terlebih dahulu pada tahap yang memuaskan hati seseorang atau kumpulan pembuat keputusan (yang tentunya amat subjektif) dan seterusnya menganalisis pencapaian batas kepuasan ini tertakluk kepada kekangan mutlak K itu. Jelas di sini betapa tidak objektifnya konsep dan penyelesaian optimum Simon ini. Bukan itu sahaja, adakalanya penyelesaian optimum Simon ini berbeza dengan penyelesaian pengaturcaraan biasa itu (walaupun hakikat ini belum dibuktikan dengan telitinya lagi), dan seseorang terpaksa membuat keputusan berpihak kepada sesuatu fahaman keoptimuman itu.

Page 13: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Shaharir Mohamad Zain

13

Walau bagaimanapun prinsip optimum Simon itu masih belum memenuhi keperluan sistem nilai Islam yang mementingkan wustdo itu yang boleh diistilahkan sebagai rasional wustdo, yang jika dimodelkan konsep Islam ini akan mengubah lagi matematik optimum fungsi matalamat tunggal itu, yang mungkin juga ada kalanya memberi penyelesaian yang berbeza lagi daripada optimum Simon menerusi optimum gol yang terkenal itu, yang boleh diistilahkan sebagai optimum wustdo atau ringkasnya optiwus bagi menggantikan optimuas itu.

Bagi fungsi matalamat/prestasi f yang pelbagai, iaitu f menjadi fungsi vektor bernilai vektor, iaitu 1( ,..., ), mf f f konsep optimum lebih menyerlah lagi kebergantungannya pada sistem nilai sehingga melahirkan puluhan konsep optimum (lihat Hwang & Masud 1979, tetapi sama dengan buku-buku yang setaraf dengannya, tiadalah perbincangan hubungan nilai dengan konsep optimum) termasuklah optimum utiliti itu, iaitu optimum terhadap suatu fungsi utiliti yang pemboleh ubahnya ialah nilai fungsi matalamat/prestasi itu. Kajian hubungan yang lengkap antara setiap konsep optimum yang sarat nilai ini masih belum dilakukan dengan tuntasnya, walaupun perkara yang dipaparkan dalam makalah ini tidaklah asing bagi pelajar yang mengikuti mata kuliah Sarjana, “Perancangan Multimatalamat”, di UKM seperti yang disebut di atas).Yang lainnya, yang terkenalnya, ialah “terbaik segi kompromi” (yang jelas subjektif), iaitu berkompromi antara dasar optimum unggul x* bagi setiap matalamat yang sukatan komprominya *[ ( )] p

i i if f x b sehingga masalah optimum f itu dianggap setara dengan meminimumkan hasil tambah sukatan kompromi semuanya

tunggal:

*( ( ) ( )) ( ) , pi i imini f x f x b x x dalam K itu, p nombor genap yang disukai

(subjektif lagi), dan b suatu pemberat kompromi (subjektif lagi). Biasanya, ib diambil * *( ( ) ) i if f x i (nilai optimum unggul fungsi matalamat if tersendiri)

yang titik optimumnya *( ) .x i Tetapi ib boleh diambil kuantiti lain lagi. Konsep optimum lain lagi yang banyak dikaji natijahnya ialah optimum gabungan linear semua matlamat/prestasi yang ada itu:

[ ( )], i ioptim a f x dengan pilihan a sehingga 1 ia yang subjektif

dan memerlukan andaian sah berlakunya keadaan matalamat/prestasi/pencapaian/… yang terbandingkan sehingga ai itu dapat dianggarkan (subjektif) sebagai nisbah kepentingan antara setiap matalamat/prestasi/ pencapaian/… itu. Konsep optimum yang lebih terkenal lagi ialah “terbaik segi gol”, iaitu optimum terhadap “keutamaan matalamat yang dianggarkan golnya” (tajaan Charnes & Cooper 1977), yang berupa pelaksanaan konsep optimum rasional terbatas tajaan Simon itu yang telah diperihalkan untuk matlamat tunggal di atas. Di sini unsur subjektifnya bertambah lagi berbanding dengan kasus satu matlamat tunggal dahulu, iaitu penentuan prioriti di kalangan matalamat itu. Oleh sebab banyaknya konsep optimum untuk perancangan pelbagai matalamat ini maka pilihan konsep optimum yang lebih sesuai untuk dilaksanakan juga melibatkan sistem nilai seseorang. Umpamanya Spash dan Hanley (1995) membuktikan dalam pengurusan ekologi, kaedah gol yang melibatkan penertiban leksikografi itu lebih sesuai daripada menerusi utiliti terbezakan itu.

Page 14: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Sains Matematik dan Pengurusan

14

Satu lagi konsep optimum Barat yang paling terkenal ialah yang dirujuk dengan pelbagai nama seperti “penyelesaian cekap”, “penyelesaian tidak terdominasi”, “penyelesaian tidak inferior”, dan “optimum Pareto” (sempena penyumbang utamanya, seorang bangsa Italia dan berkarya dalam bahasa tersebut dan juga bahasa Perancis). Tiga istilah yang terawal itu menutup kelemahan yang ada dalam konsep optimum ini, akibat keyakinan yang berlebihannya para sarjana dalam bidang ini. Konsep optimum ini berasaskan pada “konsep agihan terbaik” yang diutarakan oleh Pareto (seorang ahli ekonomi matematik dan juga ahli politik Italia yang meninggal 1923, setahun selepas Mussolini berkuasa di Italia hingga tamat Perang Dunia II, 1945, yang pernah menyokong beberapa dasar Mussolini sehingga menimbulkan fitnah yg kononnya beliau juga seorang Fascis). Pareto menegaskan agihan yang terbaik ialah agihan yang memastikan adanya sekurang-kurangnya seorang ahli masyarakat itu lebih baik daripada yang dialaminya kini dan tiada seorang pun ahli masyarakat itu beroleh akibah yang lebih buruk daripada yang dialaminya sekarang. Konsep ini telah dimodelkan sebagai berikut:

Titik *x ialah dasar optimum (sebenarnya maksimum) Pareto jika tiadanya x lain yang menyebabkan *( ) ( )f x f x dan *( ) ( )i if x f x untuk sekurang-kurangnya satu i .

Lagi sekali konsep ini sarat nilai ideologi Barat totok, iaitu dasar/ekonomi/perdagangan liberal laissez-faire, liberalisme dan elitisme yang sewajarnya tidak semestinya dipersetujui oleh semua pihak, terutama mereka yang berpegang kepada ideologi lain lagi seperti dasar ekonomi kebajikan Barat sekalipun (sepatutnya), apatah lagi mereka yang insaf dengan kebaikan dasar Islam yang memang mementingkan ummah daripada kumpulan, atau suku-sakat sahaja. Manifestasi daripada serasinya takrif optimum ini dengan elitisme itu ialah betapa x* yang mengoptimumkan satu daripada komponen fungsi matalamat/prestasi/agihan itu ialah optimum Pareto. Memang kebanyakan dasar negara yang cuba mengamalkan demokrasi Barat menjalankan polisi Pareto. Umpamanya, dasar-dasar Mahathir, yang masih banyak diteruskan sekarang, boleh difahami berasaskan ideologi ini. Beliau umpamanya mengatakan secara terbuka, yang dia lebih suka menumpukan kepada mewujudkan jutawan daripada menumpukan kepada rakyat umum; dan dasar terakhir beliau memaksa rakyat menerima dasar mengajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris dengan pelbagai sebab/dalih yang sentiasa berubah, tidak betul dan tidak rasional itu sebenar manifestasi elitismenya sahaja, iaitu atas kepercayaan (menisbahkan dirinya atau kumpulannya) ada sekitar 10% rakyat Malaysia (yang memang menghayati bahasa Inggeris dalam kehidupannya) yang dijangka akan menerima nikmatnya dan mungkin ada jutawan yang muncul daripada dasar itu dan selebihnya dijangka tidak akan berubah nasibnya lebih buruk daripada yang dialami selama ini. Jelaslah suatu takrif optimum yang lebih baik daripada optimum Pareto itu amatlah diperlukan dan pengarah besar ke arah pentakrifan baru ini tentunya aspek kualitatif konsep “terbaik” itu khususnya “terbaik mengikut perspektif Islam”. Ini satu daripada cabaran sarjana sejagat! Satu pembaikan dasar Pareto ialah dengan mengambil kira prinsip Islam yang mementingkan ummah bukannya kelompok atau suku-sakat sahaja. Ini mengubah takrif optimum Pareto itu kepada takrif baru yang berikut:

Titik *x ialah dasar optimum (sebenarnya maksimum, dan layak dinamai optimum ummah, atau ringkasnya optumah) jika tiadanya x lain yang menyebab-kan *( ) ( )f x f x dan *( ) ( )i if x f x untuk majoriti (sekurang-kurangnya separuh) daripada bilangan komponen i itu.

Page 15: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Shaharir Mohamad Zain

15

Dengan konsep optimum yang baru ini, optumah, banyaklah teorem dalam optimum Pareto itu perlu berubah dan diubah, dan sekaligus kaedah pengiraan titik optumah bagi masalah linear (pengaturcaraan linear multimatalamat) dengan menggunakan kaedah simpleks terbuka luas untuk diformulasikannya semula.

5. Pengurusan Kualitatif dan Kaedah Aksiom

Sebagaimana yang telah disebut beberapa kali sebelum ini pengurusan kualitatif disetarakan dengan nilai, moral, adab, dan etika amnya; manakala pengurusan kuantitatif dimaksudkan sebagai pengurusan menggunakan matematik yang terpisah daripada pengurusan kualitatif itu. Tetapi ini fahaman biasa tentang pengurusan dan matematik. Bertentangan dengan fahaman biasa tentang kualitatif lawan kuantitatif, bukan-matematik lawan matematik, sebelum ini pun sudah dibicarakan bagaimana matematik dalam pengurusan itu datangnya daripada aspek kualitatif dalam pengurusan itu juga (konsep optimum dan seterusnya matematik lain lagi yang dibicarakan kemudian). Di sini penulis ingin membentangkan bagaimana kaedah matematik, yang tidak asing lagi khususnya bagi mereka yang berpegang kepada falsafah matematik yang terkenal dengan nama formalisme, iaitu kaedah aksiom sudah meresap masuk dalam kajian pengurusan kualitatif itu. Ini menambahkan lagi sukarnya membezakan aspek kualitatif dan kuantitatif dalam pengurusan itu, dengan menumpukan bukan sahaja terhadap kajian pengurusan di dunia Barat tetapi juga di dunia Islam dan di Alam Melayu khususnya. Oleh sebab kaedah aksiom adalah landasan utama rasionalis dan kaedah ini memang dianggap satu daripada cara sains dibina atau dibangunkan, maka aspek kualitatif pengurusan boleh dikatakan sudah menjadi bidang sains juga.

Karya pengurusan kualitatif Barat yang pertama ialah buku karya Machiavelli (seorang sarjana-pentadbir Italia yang ejaan asalnya Machiavelus) dalam bahasa Italia “Il Principe” yang ditulisnya pada tahun 1513 (tetapi terbit 1532, selepas kematiannya) yang diterjemah kepada Inggeris pada pertengahan abad ke-17 (kebanyakannya mengatakan 1640, mengikut internet) dan beberapa terjemahan lainnya dalam abad-abad berikutnya dengan judul “The Prince”; manakala terjemahan ke dalam bahasa Melayu Indonesia dilakukan pada 1959 dengan judul “Kepala Negara” terbitan di Djakarta, dan bahasa Melayu Malaysia hanya pada 1989 dengan judul “Penguasa: Surat Seorang Negarawan kepada Pemimpin Republik” terbitan DBP, dan beberapa terjemahan kepada bahasa Melayu Indonesia yang lain lagi dilakukan dalam 1990-an. Gaya penulisannya sama dengan karya-karya sarjana Islam pada Zaman tamadun Islam seperti al-Mawardi, “Kitab Nasihat al-Mulk” (1040-an), al-Ghazali, “Nasihat al-Mulk” (1080-an), kerana buku-buku itu memang pun diketahui kewujudannya di Eropah ketika itu, malah diterjemah ke dalam bahasa Latin dan bahasa-bahasa Eropah lain kemudiannya, termasuklah lama kemudiannya ke bahasa Inggeris (tetapi nampaknya kedua-dua “buku Islam” ini belum diterjemah kepada bahasa Melayu Malaysia atau Indonesia), walaupun isi buku Machiavelli itu amat jauh berbeza kerana Machiavelli berasaskan kepada nafsu serakah kekuasaan sedangkan sarjana-sarjana Islam itu berasaskan prinsip-prinsip kepemimpinan dan kekuasaan dalam ajaran Islam. Unsur matematik dalam karya-karya ini ialah penerapan kaedah aksiom, iaitu mereka ini secara tidak sedarnya menyenaraikan sifat-sifat pemimpin (oleh itu setengahnya menjadi sifat-sifat pengurus juga) yang unggul yang dianggapnya lengkap.

Tamadun Hindu mungkin yang tertua menghasilkan karya pengurusan kualitatif. Karya Hindu dalam pengurusan berjudul Rajasastras, iaitu tentang pengurusan negara nampaknya diketahui benar oleh sarjana-sarjana Melayu purba sekurang-kurangnya sejak 4M (zaman kerajaan Funan masih gagah perkasa). Mengikut Maspero (1920/2002), seseorang bakal raja

Page 16: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Sains Matematik dan Pengurusan

16

zaman itu (dapat disetarakan dengan bakal pemimpin sekarang) diajar menguasai pengetahuan pengurusan daripada 4 buah buku Anviksiki, Dandaniti, Trayi dan Varta. Yang menariknya juga karya seperti ini di Alam Melayu yang terawal setakat ini ialah karya sarjana yang tidak diketahui namanya pada Zaman Kerajaan Campa peringkat awalnya (abad ke-2 hingga ke-8M, Zaman Gelap Eropah) yang dicatatkan pada sebuah prasasti (batu bersurat dalam bahasa Melayu Purba, Funan-Khmer/Kunlun-Mon) tentang sifat-sifat pemimpin (raja zaman itu) yang unggul di bawah prinsip yang dinamainya Cakravantin (Pemimpin Alam; istilah “batin” dalam “tok batin” itu daripada vantin Sanskrit, bukannya daripada “batdin” Arab itu) yang diperincikan kemudian. Kemudian karya pengurusan rumpun Melayu kedua yang tertua yang dijumpai setakat ini ialah karya Prapanca (seorang sarjana Zaman Kerajaan Majapahit, pada 1365 dalam bahasa Jawa Purba) berjudul, “Nagarakritagama” yang antara lainnya menghuraikan tentang 18 sifat pengurus yang unggul kerana katanya itulah sifat-sifat yang dihayati oleh Patih Gajah Mada (Perdana Menteri Kerajaan Majapahit termasyhur, yang boleh dipadankan dengan pengurus kini) yang dinamai Pustaka Asta Dasa Parateming Prabu (daripada Internet3). Pada Zaman Tamadun Melayu-Islam pula karya pengurusan yang tertua yang dijumpai setakat ini ialah karya Bukhari al-Jauhari/al-Johori, “Taj al-Salatin” (Mahkota Sultan) yang siap ditulisnya pada 1603 (dalam bahasa Melayu Jawi yang telah diRumikan oleh beberapa orang di Indonesia dan Malaysia secara berasingannya hanya dalam tahun 1990-an dan khususnya yang diterbitkan oleh DBP pada 1992 ialah berjudul Taj us-Salatin). Semua ini dibicarakan lagi kemudian dalam makalah ini. Yang ingin ditegaskan di sini, karya pengurusan dalam bahasa Melayu atau rumpun Melayu itu (di Alam Melayu) jauh lebih awal daripada buku pengurusan kualitatif pertama dalam bahasa-bahasa di Eropah, terutamanya bahasa Inggeris (yang cuba menjawab apakah yang sepatutnya dalam pengurusan, etika dan ketanggung-jawaban sosial), iaitu satu bab dalam buku ekonomi Adam Smith 1793, “An Inquiry into the Nature and Causes of the Wealth of Nations” yang biasa diringkaskan judulnya dengan merujuk ungkapan terakhir judul asal itu, “The Wealth of Nations”, manakala penulisan yang berfalsafahnya ialah oleh Sheldon (di England) yang berjudul “The Philosophy of Management” pada 1921 (Fakta daripada George 1972). Yang berbezanya ilmu pengurusan di Barat terus berkembang hingga kini tetapi statik di dalam Tamadun Islam dan Tamadun Melayu itu sejak tamadun-tamadun itu runtuh masing-masingnya abad ke-14M dan abad ke-19M (termasuklah tamadun Islam ‘Uthmaniah berpusat di Turki itu). Kandungan ilmu pengurusan dalam Tamadun Islam dan Tamadun Melayu itu dibicarakan lagi dengan lebih terperincinya kemudian ini.

Ilmu pengurusan Barat yang berfokus kepada nilai, moral dan etika berkembang pesat mulai abad ke-19 hingga kini dan membawa kepada kajian sifat-sifat manusia mengikut falsafah-falsafah rekaan mereka seperti Marxisme, Freudisme, wujudisme Sartre, kelakuanisme Skinner, Darwinisme, Heideggerisme, atau yang lebih am lagi sekularisme, modenisme, dan pascamodenisme, yang semuanya banyak bertentangan dengan sifat manusia mengikut ajaran Islam (Islamisme?). Contoh huraian yang agak baik tentang manusia daripada perspektif –isme Barat ini dapat ditelaahi dalam buku Stevenson (1974/1988) dan satu contoh buku pengurusan kualitatif ini ialah karya Hosmer berdua (2005) yang cukup laris itu (kini snt ke-5) .

Sejak kebelakangan ini ada aliran pengurusan Barat yang menjurus kepada soal kerohanian pula sehingga muncul dua istilah sebutan orang ramai, iaitu pengurusan emosi yang telah pun dimodelkan secara matematik oleh Mayer & Solvey pada tahun 1990-an dan berjaya dipopularkan oleh Goleman (1998) menerusi buku laris jualannya, dengan sukatan NE (Nisbah Emosi) atau EQ (Emotional Quotient); dan pengurusan rohani yang telah juga dimodelkan secara matematik oleh Zohar & Marshal (2001) dengan NR (Nisbah Rohani) atau

Page 17: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Shaharir Mohamad Zain

17

SQ (Spiritual Quotient) yang terinspirasi daripada implikasi teori mekanik kuantum (bidang pengkhususan Zohar awalnya) terhadap sifat manusia. Kedua-dua sukatan, NE dan NR, ini sudah menenggelami sukatan kepintaran NP (Nisbah Pintar) atau IQ (Intelligence Quotient) ciptaan awal abad ke-20 Binet & Simon itu. Buku-buku pengurusan Inggeris yang berjudul dengan awalan “Self-” (atau Swa- atau Kendiri dalam bahasa Melayu), atau berungkapan “Value Based” (Berasaskan Nilai), seperti “Self-Management” (Swa-pengurusan), “Self-Realisation (Swa-realisasi) memang membicarakan pengurusan mengikut perspektif kemanusiaan ini.

Memang ada teori pengurusan kualitatif yang dibangunkan berasaskan sifat manusia ajaran keagamaan, iaitu yang berasaskan ajaran Plato dan ajaran Kristian Barat. Pada masa ini, Covey (1989/1994) merupakan seorang “guru pengurusan Barat” yang sentiasa menonjolkan nilai Kristian dalam teori pengurusannya dan bukunya menjadi buku laris jualan dan diterjemah ke dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa Melayu Indonesia 1994 dan bahasa Melayu Malaysia 1996. Nilai dan etika yang berbeza membawa kepada ilmu pengurusan yang berbeza. Seringlah berlaku ilmu pengurusan yang terbangun kukuh berasaskan pada sesuatu sistem nilai dan etika itu akhirnya tidak lagi dikenali adanya nilai dan etika itu, kecuali ditonjolkan oleh seseorang yang kritis terhadap ilmu itu. Inilah yang menimbulkan mitos umum bahawa ilmu pengurusan itu bebas nilai, sehingga ramailah yang mengeluarkan pendapat untuk menegakkan ilmu pengurusan semasa itu yang dianggapnya neutral sahaja; khusus menyangkal adanya ilmu pengurusan lain daripada ilmu pengurusan Barat itu. Ilmu pengurusan lain, katanya hanya segi amalan atau praktisnya sahaja! Ilmu pengurusan Islam umpamanya sama sahaja dengan ilmu pengurusan semasa (Barat). Yang berbezanya ialah amalannya sahaja, seperti orang Islam tidak mengurus benda-benda yang dilarang oleh Islam. Ini pandangan yang dangkal tentang ilmu. Selain daripada buku Covey itu, Ilmu pengurusan Barat yang jelas berasaskan aliran falsafah kemanusiaan Barat memang terkenal wujudnya. Umpamanya buku Salaman (1981) berasaskan Marxisme, dan Kelly (1998) berasaskan wujudisme Sartre, manakala pengurusan berasakan aliran-aliran yang lain lagi itu dapat dilihat dalam Hyles (1986) dan Reed (1989), dan pengurusan berasaskan falsafah mutakhir dan kontroversi kini, iaitu pascamodenisme dapat dilihat contohnya dalam Boje et al. (1995).

Ilmu pengurusan Barat masih dibangunkan dengan percubaan demi percubaan berasaskan nilai dan etika yang baru nukilan sarjana-sarjana; dan yang menariknya pembinaannya terus menerus berasaskan kaedah sains khusus, iaitu kaedah aksiom. Umpamanya, yang agak barunya, Kirkeby, menerusi karya-karyanya dalam bahasanya sendiri (bahasa Sweden) di samping dalam bahasa Inggeris telah menghasilkan kumpulan tulisan-tulisannya selama ini dalam bentuk sebuah buku dalam bahasa Inggeris yang terbit dalam tahun 2000, memaparkan enam unsur “mahmudah” atau “sila” (padanan penulis dengan virtue, yang dibezakannya dengan “nilai” atau “value”) yang patut menjadi asas pengurusan atau pemimpinan. Namun demikian, walaupun pemimpinan dan pengurusan terkenal dianggap berbeza segi bahasa dan fungsiannya, beliau tidak pula membezakan mahmudah/sila pengurusan dengan mahmudah/sila pemimpinan. Antara hujah-hujah perbezaan mahmudah/sila dengan nilai yang ditegakkan oleh beliau ialah: (1) Mahmudah/Sila itu keadaan minda dan sikap emosi yang bersifat individu dan hanya sebahagiannya sahaja yang tercapai menerusi bahasa; sedangkan nilai semestinya dipupuk. (2) Mahmudah/Sila dimiliki secara tabii oleh seseorang, dan tidak mungkin diperoleh sepenuhnya menerusi kuasa sahaja. (3) Mahmudah/Sila menerbitkan sesuatu tindakan seseorang yang boleh dilegitimasikan/diabsahkan dengan berasaskan falsafah. Kirkeby menggali mahmudah/sila pada zaman Yunani (khususnya daripada falsafah Stoik) dan ajaran Kristian Katholik dalam Trimurti/Trisakti/Triniti sehingga senarai istilah mahmudahnya/silanya (yang dibezakan dengan nilai) itu hampir semuanya dalam bahasa

Page 18: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Sains Matematik dan Pengurusan

18

Yunani. Enam unsur tersebut ialah (PK1) Euboulia yang bermaksud kebolehan berfikir dengan totalnya dan memerinci dengan menyeluruhnya; (PK2) Euforia dan keghairahan; (PK3) Hipomon yang bermaksud kemampuan bersabar; (PK4) Prolepsis yang bermaksud mengantisipasi, mencermin kemampuan memperkayakan pengetahuan lazim dengan kuasa-kuasa pengalaman peribadi; (PK5) Epibol yang hampir setara dengan intuisi; (PK6) Maieutik yang bermaksud seni kebidanan dan kebolehan merangsang orang lain supaya mencari kebenaran, merasakan keinginan mencari watak adabnya sendiri malah “nafs” (atau ‘self”) dirinya. Aksiom mahmudah/sila ini rasanya hampir pasti tidak semuanya sesuai dengan mahmudah/sila dalam pengurusan Islam (yang masih belum diterokai oleh sesiapa lagi) kerana falsafah Stoik dan Trimurti yang menjadi asas pertimbangan penerbitan aksiom ini terkenal pertentangannya dengan falsafah Islam.

Sementara itu ada aliran pengurusan Barat yang begitu berfokuskan kepada kemanusiaan sehingga pengurusan disamakan dengan pemuisian yang pengurusnya diumpamakan seperti pemuisi yang tugasnya memahami dan mencipta pemikiran atau keputusan dan sebagainya yang seanalogi dengan pemuisi yang mencipta sajak dan metafora amnya. Seorang peneroka besar teori pengurusan ini, Lennie (1999), mengejutkan ramai pihak apabila beliau menyatakan dengan penuh yakinnya bahawa falsafah pengurusan berasaskan tabii pemuisi inilah yang menjanjikan pengurusan yang dapat mengatasi segala kelemahan falsafah-falsafah pengurusan yang lain itu. Tetapi pemuisian juga banyak aliran falsafahnya termasuklah falsafah wujudisme Sartre dan falsafah pascamodenisme itu. Oleh itu sukarlah diterima pandangan seperti Lennie (1999) itu. Namun mengikut perspektif lainnya pula penyamaan pengurusan dengan pemuisian itu sama sahaja dengan pandangan Feyerabend dalam tahun 1970-an bahawasanya sains matematik itu dicipta sepertilah juga dengan seseorang pemuisi mencipta karyanya, iaitu “tiada kaedahnya” selain daripada inspirasi dan cuba-cuba. Oleh itu, secara tidak langsungnya, pandangan tabii pengurusan seperti Lennie itu meletakkan bidang ilmu lebih mendampingi tabii sains matematik mengikut aliran falsafah Feyerabend itu. Tetapi isu kefalsafahan kedua-dua bidang ini ditinggalkan dahulu di sini, untuk kembali kepada isu kaedah perolehan ilmu pengurusan kualitatif di dunia Islam pula.

6. Kaedah Aksiom dalam Pengurusan Kualitatif Islam

Perkembangan ilmu pengurusan Islam agak lambat kerana terhentinya sarjana Muslim seluruh dunia daripada berkarya menyambung kerja sarjana-sarjana terdahulunya dalam Zaman Tamadun Islam itu (seperti karya al-Farabi, Ibnu Sina, al-Ghazali, al-Mawardi, dan Ibnu Khaldun) atau menyambung karya sarjana Islam di Alam Melayu pada abad ke-17M seperti Bukhari al-Jauhari dan Nuruddin al-Raniri itu. Tetapi dengan kebangkitan kesedaran Islam seluruh dunia mulai tahun 1970-an, maka Rennaisance Muslim pun berlaku. Khususnya muncullah sarjana yang memperkatakan semula pengurusan dan kepimpinan Islam, iaitu menyenaraikan sifat-sifat murni (nilai atau mahmudah/sila) dalam pengurusan Islam.

Syed Othman Alhabshi (1994) menyenaraikan 14 nilai pengurusan Islam: (PSO1) Tindakan yang berwawasan/berhajat; (PSO2) Itqan, iaitu kesungguhan dan berilmu pengetahuan dalam setiap usaha yang diurusi atau dipimpini; (PSO3) Ihsan, iaitu kecekapan dan kefasihan atau kelancaran; (PSO4) Ikhlas; (PSO5) Asyik kepada kecemerlangan; (PSO6) Muhasabah (swa-penilaian) selanjar; (PSO7) Sentiasa ingat akan Al-Lah; (PSO8) Keadilan; (PSO9) Kebenaran; (PSO10) Sabar; (PSO11) Kesederhanaan khususnya dalam kecintaan kepada dunia, kekayaan dan pengaruh; (PSO12) Amanah; (PSO13) Pemurah; dan (PSO14) Kebanggaan. Beliau tidak merujuk kepada karya-karya sarjana agung sebelumnya dan oleh itu tidak hairanlah senarai beliau ini lebih banyak daripada (dan mungkin sekali lebih inferior

Page 19: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Shaharir Mohamad Zain

19

daripada) senarai al-Farabi (sebelas), al-Ghazali (delapan), al-Mawardi (tujuh) dan sarjana agung Melayu, Bukhari al-Jauhari (delapan); walaupun kurang daripada senarai Nuruddin al-Raniri (dua puluh dua). Ternyata senarai Syed Othman itu nampaknya masih tidak semantap senarai Bukhari al-Jauhari (sarjana Agung Melayu awal abad ke-17 itu): (PBJ1) Berbudi/Budiman (tahu membezakan zalim dengan adil). (PBJ2) Bijaksana. (PBJ3) Perkasa. (PBJ4) Berkhabar. (PBJ5) Berbicara. (PBJ6) Sabar. (PBJ7) Berinsaf. (PBJ8) Berbangsa. Sekurang-kurangnya “kesungguhan” dalam sebahagian daripada (SO2) dan seluruh (SO5) itu bukannya nilai tetapi sikap yang terbit daripada suatu nilai, dan nilai itulah yang perlu dicari. Sebenarnya kajian karya-karya sarjana Islam pada Zaman Tamadun Islam kurun ke-10/ke-11 dan sarjana Melayu kurun ke-17M itu masih belum dikaji daripada perspektif kaedah aksiom walaupun nampaknya senarai Bukhari al-Jauhari itu lebih lengkap secara aksiomnya berbanding dengan senarai yang lain itu.

Sementara itu, Faisal (1994) juga dalam antologi makalah yang sama dengan terdapatnya makalah Syed Othman itu, dan yang juga tanpa rujukan karya-karya lain sebelumnya, menyenaraikan 10 mahmudah/sila pengurusan Islam: (PF1) Amanah. (PF2) Ikhlas. (PF3) Tanggung peri atau Akauntabiliti. (PF4) Dedikasi. (PF5) Kesyukuran. (PF6) Kesederhanaan. (PF7) Ketekalan. (PF8) Kebersihan. (PF9) Disiplin kerjasama. (PF10) Keadilan. Beliau memilih istilah “virtues” (mahmudah/sila) dan bukan “values” (nilai) semata-mata pilihan kesukaannya sahaja bukannya berasaskan ilmiah seperti Kirkeby itu. Sepertilah dengan Syed Othman, Faisal juga tidak merujuk karya-karya agung yang terdahulu tentang kepemimpinan Islam dan mengupasnya sebelum memberi senarainya yang tersendiri ini.

Ringkasnya, pendapat Syed Othman dan Faisal memang perlu dihalusi lagi dalam beberapa aspek yang berikut: (1) Segi istilah nilai dan mahmudah/sila yang tidak dibezakan, umpamanya ikhlas, keadilan, dan kesederhanaan menjadi nilai dan mahmudah; (2) Segi perbezaan antara pemimpin dengan pengurus yang akan memendek atau menambahkan lagi senarai nilai atau mahmudah/sila mereka itu, malah bagi pandangan Faisal itu perbezaan antara mahmudah/sila dan nilai eksekutif dengan pentadbir amat perlu dilakukan; (3) Segi penyatuan dua pendapat mereka ini untuk mendapat satu senarai nilai pengurusan dan satu senarai pemimpinan Islam dan perbandingan dengan karya-karya sebelum ini terutamanya dengan karya-karya agung pada Zaman Tamadun Islam dan Tamadun Melayu itu.

Dalam pada itu, mengikut risalah “Negara Islam” oleh PAS (2003), nilai pengurusan atau pemimpinan Islam boleh juga disimpulkan kepada 5 nilai atau sila: (PAS1) Khilaafah. (PAS2) Taqwa. (PAS3) Ber-syura. (PAS4) Al-‘Adaalah dan al-Musaawaah (Keadilan dan Kesamaan). (PAS5) Al-Hurriyyah (Kebebasan); manakala mengikut UMNO (2004) dengan 10 “Prinsip Islam Hadhari” nilai/sila kepengurusan/kepemimpinan Islam dapat disimpulkan sebagai (UMNO1) beriman dan bertaqwa (UMNO2) adil dan amanah; (UMNO3) berjiwa merdeka; (UMNO4) berilmu pengetahuan; (UMNO5) berprinsipkan pembangunan ekonomi yg seimbang dan komprehensif; (UMNO6) perihatin kualiti hidup; (UMNO7) membela hak kumpulan minoriti dan wanita; (UMNO8) mempertahankan keutuhan budaya dan moral; (UMNO9) perihatin alam sekitar; (UMNO10) berperihatin pertahanan dan perpaduan. Kedua-dua penulisan ini sememangnya bukanlah karya ilmiah tetapi masih dapat membayangkan kefahaman para sarjana kepartian di Malaysia tentang kepemimpinan Islam, dan masih wajar menjadi satu daripada sumber kajian ilmiah kepemimpinan Islam. Oleh itu kajian yang sama seperti yg digariskan untuk Syed Othman dan Faisal di atas perlu dilakukan terhadap pandangan PAS dan UMNO ini dan perbahasan ke arah mendapat kesatuan dengan pandangan Syed Othman, Faisal, dan sarjana-sarjana sebelum mereka ini. Umpamanya, menarik juga ditonjolkan sebab yang diberi oleh PAS (2003) itu tentang perlunya Taqwa menjadi nilai pengurusan atau pemimpinan Islam, iaitu kerana adanya Ayaht al-Qur-aan Suraht al-Tdalaq, Ayat 4, yang diterjemah-tafsirnya sebagai “…Sesiapa yang ber-taqwa

Page 20: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Sains Matematik dan Pengurusan

20

kepada Al-Lah nescaya Al-Lah memudahkan baginya segala urusan”, sedangkan dalam Ayaht 3 Suraht yang sama ada pula dinyatakan, yang terjemahan-tafsirannya, “…Sesiapa yang ber-tawakkal kepada Al-Lah nescaya Al-Lah memberinya jalan keluar” tetapi tawakkal tidak ditonjolkan sebagai satu nilai pengurusan yang penting, dan sekali imbas nampaknya ini suatu persoalan dalam senarai PAS itu. Tetapi ternyata PAS telah menggunakan Ayaht al-Qur-aan 3:122,166 umpamanya, yang menegaskan beriman mengimplikasikan ber-tawakkal ; dan 2:177 menegaskan ber-taqwa itu mengimplikasikan beriman. Oleh itu betullah tawakkal tidak perlu dalam senarai PAS itu. Jelas juga jika kaedah aksiom diterapkan kepada senarai nilai kepemimpinan Islam UMNO (2004) itu, dengan mudahnya senarai itu dapat dipendekkan kepada 8 sahaja kerana (UMNOm), m=5,6 dan 7 dapat disatukan, di samping sifat (UMNO1) dapat diringkaskan kepada taqwa sahaja (yg ada juga dalam senarai (PASm) kerana taqwa mengimplikasikan iman di samping tersematnya juga iman dalam “ilmu pengetahuan” itu. Kajian seperti ini masih boleh diteruskan untuk memendekkan senarai (UMNOm) yang nampaknya tidak perlu sebanyak itu. Kemudian hasilnya bolehlah dibandingkan dengan senarai (PASm) dan senarai sarjana-sarjana lain sebelum ini.

Satu lagi aspek pengurusan Islam secara kualitatif yang belum dilakukan ialah dengan berasaskan sifat-sifat manusia yang ditegaskan di dalam al-Qur-aan (lawan –isme rekaan manusia Barat itu). Kajian ini untuk tujuan membina psikologi Islam telah dilakukan oleh al-Attas (1995) yang banyak menumpu kepada wujudnya komponen rohani dan jasmani manusia; wujudnya 4 komponen rohani: aql, qalb/fu’ad, nafs, dan roh; serta wujudnya tiga kategori nafs: nafs al-amarah, nafs al-lawwamah dan nafs al-mutmainnah Ini tidak mencukupi lagi kerana dalam membina teori pengurusan kualitatif Islam yang akan menjadi saingan teori pengurusan kualitatif Barat, seseorang sarjana pengurusan berkenaan perlu mendapatkan sifat-sifat manusia yang lebih terperinci lagi seperti yang dilakukan oleh para sarjana pengurusan Barat menerusi isme-isme mereka itu. Penulis telah memberi contoh sifat manusia daripada al-Qur-aan dalam makalahnya yang terdahulu (Shaharir 2003d), tanpa pengetahuan karya Al-Mo‘taz (2003) yang telah membincangkan puluhan sifat manusia yang dicungkilnya daripada al-Qur-aan seperti bertanggungjawab yang besar, kufur dan zalim termasuk pada dirinya sendiri, mudah menerima bisikan kejahatan, bertungkus lumus untuk keduniaan, pelupa, tidak bersyukur, tergesa-gesa, boleh lebih rendah daripada haiwan, kedekut, dan gembira dan bangga dengan kebahagiaan. Tetapi nampaknya senarai Mo‘taz (2003) itu masih belum tuntas, umpamanya beliau tidak menyebut sifat-sifat manusia sebagai khalifah di muka bumi; beribadaht; ingkar nikmat; cinta wanita, anak dan harta; menganggap dimuliai Tuhan pada masa senang dan dihinai Tuhan pada masa susah; dan lain-lain lagi yang perlu diselidiki dalam al-Qur-aan dengan telitinya. Penulis yakin beberapa teori pengurusan kualitatif dapat diutarakan daripada sifat-sifat azali manusia ini yang akan menyaingi teori pengurusan kualitatif Barat yang berasaskan sifat-sifat manusia yang bersandar sesuatu –isme itu. Seperti biasa, teori kuantitatif pengurusan juga berpotensi terbit daripada teori kualitatif baru itu.

Perlu ditegaskan lagi bahawa senarai aksiom nilai atau sila/mahmudah dalam pengurusan Islam pastinya akan mempengaruhi bentuk teori dan matematik pengurusan Islam nanti. Tegasnya, pengurusan kualitatif dan kuantitatif sebenarnya tidak boleh atau tidak wajar dipisahkan.

7. Sumber Ilmu Pengurusan

Pada mulanya Barat memang mengenali penulisan ilmu pengurusan daripada para sarjana Tamadun Islam yang telah disebut sebelum ini, malah karya-karya itu diterjemahnya kepada bahasa Latin dan bahasa-bahasa Eropah kemudiannya. Tetapi mereka juga bertekad tidak mahu ilmu pengurusan berada di bawah lindungan Islam. Lantas mereka pun mula meniru

Page 21: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Shaharir Mohamad Zain

21

gaya penulisan sarjana Islam itu tetapi menggali prinsip-prinsip pengurusan bangsa mereka sendiri. Pertamanya mereka cuba membina teori pengurusan berasaskan amalan pengurusan para gerejawan yang dianggapkan berjaya, amalan pengurusan wira atau pahlawan Yunani dan Roma, amalan pengurusan dalam persekitaran perindustrian di Eropah dan Amerika Syarikat, dan amalan pengurusan pahlawan dari tamadun China, dan Jepun tetapi tidak daripada tokoh-tokoh dalam Tamadun Hindu, Tamadun Melayu dan Tamadun Islam di mana jua pun. Prinsip pengurusan daripada pahlawan China yang bernama Sun Tzu (yang meninggalkan catatan pengurusan tenteranya pada kurun ke-6 SM dan dianggap catatan ketenteraan yang tertua di dunia) umpamanya sentiasa dicungkil oleh sarjana Eropah sejak abad ke-18M lagi hinggalah sekarang, tetapi melonjak popularnya di Amerika Syarikat dalam tahun 1970-an. Catatan pengurusan ketenteraan Sun Tzu (dan beberapa versi ejaan yang lain lagi termasuklah Sunzi dan Sun-Zi) itu memanglah diterjemah kepada pelbagai bahasa (Perancis dalam abad ke-18 dan Inggeris awal abad ke-20 dengan judul “The Art of War”) malah kepada bahasa Melayu pada 1986 dengan judul “Seni Ketenteraan Sun-Zi” terbitan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia dan terjemahan oleh beberapa orang secara berasingan dalam tahun 1990-an khususnya yang diterbitkan oleh DBP 1993 berjudul “Seni Peperangan”; di samping terdapatnya beberapa buah buku pengurusan dan perniagaan yang dicungkil daripada buku Sun Tzu dan diterbitkan di Malaysia, contohnya oleh Khoo (1990) yang pernah laris jualannya. Sementara itu baru-baru ini pula ada buku baru tentang pengurusan (khusus tentang “kesenian strategi” dan “kepengurusan tahan” ) yang dicungkil daripada kisah-kisah pemerintahan seorang pahlawan agung dunia, Iskandar Dzulqarnayn (Alexander Agung) itu yang ditulis oleh Bose (2003) dan Kurke (2004) walaupun Iskandar sendiri tidak meninggalkan sebarang karya secara bertulis seperti Sun Tzu. Riwayat hidup Iskandar ditulis ratusan tahun selepas kematiannya oleh ramai orang Barat dan Timur termasuklah oleh beberapa orang sarjana Yunani sendiri seperti Plutarch (75M) yang semuanya diterjemah kepada bahasa Inggeris sejak abad ke-19 dan prinsip pengurusan Raja-Pahlawan-Nabi agung ini sudah masuk dalam buku-buku teks sejarah dan/atau falsafah pengurusan Barat pun. Dalam hal ini, penerbitan buku Muhammad Khair (2000) tentang kisah Iskandar Dzulqarnayn mengikut sumber Islam, dan sumber Melayu asli menerusi buku karya abad ke-17M (Jawi) yang telah diRumikan dengan judul “Hikayat Iskandar Zu’l Karnain” terbitan DBP 1967 dan secara berasingan terbitan Balai Pustaka Jakarta 1991 cukup menarik untuk dijadikan asas kajian perbandingan dan penyungkilan prinsip pengurusan yang mungkin baru pula. Sehubungan dengan ini juga, kajian kepengurusan Nabi Sulaiman daripada “Hikayat Nabi Sulaiman” karya sasterawan Melayu abad ke-17 (Jawi, di National Library of Singapore) patut dilakukan di samping menggunakan sumber-sumber Islam yang lain pula.

Sarjana pengurusan Malaysia kini tidak sepatutnyalah mengekori jejak-langkah sarjana Barat itu tetapi, di samping menggali ilmu pengurusan daripada sumber Wahyu (al-Qur-aan) yang diperkatakan lagi selepas ini, mereka perlulah juga meneruskan kaedah kajian prinsip pengurusan yang dimulai oleh Nuruddin al-Raniri, sarjana Melayu abad ke-17 yang mendapatkan sifat-sifat sultan, khalifah dan nabi pilihan (yang boleh disetarakan dengan pemimpin) dan menteri dan sebagainya (yang boleh disetarakan dengan pengurus) yang diingini dalam bukunya Bustan al-Salatin (Taman Sultan) itu. Untuk ini, tumpuan perlu dilakukan kepada sejarah tamadun dan tokoh-tokoh besar Alam Melayu pada zaman pra-Islam dan Islam (sebelum dijajah), Tamadun India, dan Tamadun Timur Tengah (terutamanya Tamadun Islam). Nuruddin al-Raniri bolehlah dianggap seorang daripada peneroka (kalaupun bukan peneroka terawal di dunia) ilmu pengurusan menerusi kajian kasus

Page 22: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Sains Matematik dan Pengurusan

22

tokoh-tokoh pengurus agung yang selama ini dikenali sebagai suatu kaedah kegiatan yang diterokai oleh sarjana pengurusan Barat.

Sejarah pengurusan negara di Alam Melayu tidak kurang hebatnya. Umpamanya segi perakaunan yang memerlukan sistem angka yang cukup baik, khususnya sistem perpuluhan, ternyata muncul pertama kali di Alam Melayu, iaitu selewat-lewatnya awal abad ke-6 Masehi (lihat Shaharir 1998/2000) lagi, walaupun dalam buku-buku sejarah sains/matematik yang popular atau piawai masih lagi mengatakan sistem perpuluhan ini ciptaan Tamadun Hindu atau Tamadun Islam atau sintesis kedua-duanya. Maspero (1920/2002) dan Briggs (1951/1999) juga menghuraikan kehebatan pengurusan negara dalam Zaman Kerajaan Melayu Funan dan Campa (sebelum Islam). Umpamanya kerajaan Funan ada sistem kehakiman tersendiri, walaupun dipengaruhi oleh Hindu, dan ada sistem percukaian tersendiri, dan perakaunan yang cukup mantap kerana ternyata Funan mempunyai sistem angka perpuluhannya yang tersendiri yang mengandungi angka (simbol nombor) sifar/kosong yang tertua di dunia (iaitu sudah pun ada di prasasti bertarikh 523M). Raja Khmer-Funan yang bernama Rajendravarman II (meninggal 968) membuat pembaharuan pentadbiran negaranya dengan membahagi-bahagikan kawasan kepada beberapa provinsi berautonomi yang dinamainya Vishaya. Gaya pemerintahan sebegini mendahului kerajaan-kerajaan lain sebelumnya seluruh dunia termasuk Tamadun Islam, kecuali yang terjadi tanpa rancang. Yang menariknya juga kerajaan Khmer-Funan begitu prihatin kepada ilmu dan mutu sehingga ada jawatan Pustakarakshaka (Ketua Pustakawan Negara) dan Gunadosaparikshaka (Inspektor Mutu dan Cacat Negara). Unit-unit sukatan asasi yang tersendiri termasuklah sukatan berat juga ada tetapi sayangnya para pengkajinya tidak menonjolkan nama-nama unit itu dalam bahasa asalnya (Khmer-Funan) .

Pencapaian pengurusan pada Zaman Kerajaan Campa peringkat awalnya (kurun ke-2M hingga ke-8M) diketahui dengan lebih terperinci lagi (dari Maspero 1920/2002) seperti selain daripada adanya pegawai perakaunan dan juru audit negara, unit-unit sukatan asasi wujud dengan jelasnya seperti sukatan panjang/jarak dengan unitnya dinamai li dan chang (10 kaki atau kira-kira 3 meter) selain daripada sukatan beras dan sebagainya dinamai yak atau jak yang masih dipakai di kalangan petani di Kelantan hingga sekarang, iaitu satu saiz bakul kecil yang piawai; sukatan luas dengan unit yang dinamai sinjol, makik, malau dan satam; sukatan berat am dalam unit tael (ejaan Melayu kini ialah “tahil”, dan dipakai hingga sekarang walaupun sudah semakin tidak dikenali kerana penggunaan sistem gram dan kg itu sejak tahun 1970-an dahulu), thil atau tei untuk emas (yang juga masih dipakai sekurang-kurangnya di Malaysia kini dengan ejaan “tahil” juga; pada Zaman Kesultanan Melaka dahulu unitnya 1 tahil = 16 mas) dan benda-benda yang berharga seperti itu, karsa atau kar untuk benda lain yang seberat thil juga , dan unit-unit berat yang lebih tinggi lagi: pala = 4 karsa, tula = 100 pala dan bhara = 20 tula. (ejaan Melayu sekarang “bahara” yang diRumikan daripada tulisan Melayu Jawi dahulu; pada Zaman Kesultanan Melaka dahulu “bahara” juga digunakan untuk menyukat rempah-ratus). Unit-unit lain lagi yang belum diketahui kuantitinya mengikut sukatan moden ialah panda, kattika dan pana.

Dalam tamadun Melayu juga wujud perakaunan yang hebat apabila mengenangkan adanya imbuhan unit bilangan yang besar-besar (yang ada unit yang tidak terdapat dalam tamadun Eropah-Inggeris dan yang lainnya wujud lebih awal daripada tamadun tersebut) seperti yang dipaparkan pada catatan di bawah ini dan dalam jadual 1 di bawah bermula dengan unit se/eka hingga juta, dan bilion hingga wisyilion itu:

Imbuhan se-/eka- hingga dasa- (yang padanan Inggeris-Latinnya mono- hingga deca-/deci- muncul hanya dalam abad ke-13M) telah wujud sekurang-kurangnya pada abad ke-5M lagi.

Page 23: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Shaharir Mohamad Zain

23

Istilah ratus (yg padanan Inggerisnya hundred/centi) telah ada dalam sekurang-kurangnya abad ke-5M lagi; walaupun senti- dijadikan imbuhan Melayu setelah barat menjajah Alam Melayu.

Istilah ribu (yg padanan Inggerisnya thousand/kilo) wujud sekurang-kurangnya abad ke-5M lagi; walaupun kilo- dijadi unit Melayu sejak 1950-an di Malaysia tetapi mungkin sejak abad ke-18 di Indonesia).

Istilah laksa (=104 yg padanan Inggerisnya myriad wujud mulai abad ke-14M sahaja) sudah ada sekurang-kurangnya sejak abad ke-8M lagi).

Istilah keti (=105 yang tiada padanan nama unit Inggerisnya) sudah wujud sebelum abad ke-14M lagi kerana asalnya daripada Sanskrit, kotyi (mengikut kamus Melayu (Malaysia/Indonesia) dan Sanskrit susunan de Casparis yang disenaraikan dalam internet) yang terbukti daripada penggunaannya dalam buku-buku agama lama Melayu (Jawi) dengan ungkapan “satu keti dua laksa enam ribu tiga ratus orang” (iaitu 126,300) bagi menyatakan bilangan nabi seluruhnya, dan ungkapan “berketi-keti banyaknya” dalam karya-karya Melayu lama.

Istilah juta (=106 yg padanan Inggerisnya million wujud pada akhir abad ke-14M sahaja, dan kemudiannya diwujudkan imbuhan mega-) wujud dalam bahasa Melayu sebelum abad ke-14M juga asalnya daripada Sanskrit, ayuta (mengikut kamus de Casparis yang disebut di atas), malah pada awal abad ke-16M lagi Pegafetta (pencatat Magellan yang bersama-sama sampai di Philippina sekarang pada 1519) menunjukkan betapa biasanya perkataan juta digunakan di Alam Melayu pada abad tersebut sehingga beliau mencatat perkataan itu dalam kamus Melayu-Sepanyol, bersama-sama dengan bilangan/nombor Melayu yang lain, mengikut ejaannya “iuta”; manakala perkataan milion/miliun menjadi unit Melayu Malaysia/Indonesia baru yang sinonim dengan juta itu agak sukar ditentukan permulaannya kerana siri –ilion yang agak pelik pada jadual 1 di bawah ini. Imbuhan mega- diterima sebagai imbuhan Melayu (Malaysia dan Indonesia) dalam akhir abad ke-20 ini sahaja.

Istilah bilion/biliun/milyar (=109 yg padanan Inggeris-Amerika-nya billion wujud pada abad ke-18M, manakala Inggeris hanya pada 1970-an sahaja, dan dalam abad ke-20 ini juga diperkenalkan imbuhan giga-) wujud dalam bahasa Melayu Malaysia/Indonesia yang lagi sekali sukar ditentukan permulaannya walaupun yang pastinya bukannya daripada Inggeris kerana unit billion Inggeris sehingga 1970-an ialah 1012, sedangkan istilah ini sudah ada dalam bahasa Melayu (Malaysia/Indonesia) sekurang-kurangnya abad ke-19M lagi; manakala milyar itu jelas baru diambil oleh Indonesia (abad ke-20M) menerusi Belanda-Perancis milliardt yang dicipta oleh sarjana Perancis dalam abad ke-16M bersekali dengan billiardt, trillliart dan seterusnya sehingga nonilliardt tetapi semua tidak tersebar ke luar Perancis pun kerana lebih awal daripada itu lagi (pada abad ke-15M) sarjana Perancis juga mencipta x-illion itu dan paradigma istilah ini yang menawan hati Eropah seluruhnya dan dunia amnya). Imbuhan giga- diterima sebagai imbuhan Melayu (Malaysia dan Indonesia) dalam akhir abad ke-20 ini sahaja.

Siri istilah x-ilion/-iliun seterusnya sehingga nukilion/nukiliun (= 1030 yg yang padanan Inggerisnya nonillion wujud mulai kurun ke-17 sahaja), dan akhirnya wisyilion/wisyiliun (=1033 yg padanan Inggerisnya decillion yang semuanya baru dicipta dalam abad ke-20M ini sahaja) wujud dalam bahasa Melayu (Malaysia/Indonesia) sebelum abad ke-19M lagi sedangkan siri imbuhan berkenaan itu sebahagiannya diketahui wujud sejak abad ke-8M dan tidak melebihi abad ke-12M lagi. Senarai penuhnya ada dalam jadual 1 di bawah. Unit bilion sehingga wisyilion dalam bahasa Melayu itu sudah pun ada dalam buku matematik karya Syeikh Ahmad bin Abdul Latif al-Khatib al-Minangkabawi (ringkasnya al-Khatib) 1303H (kira-kira l898M), “ ‘Alam al-Hussab fi ‘amal al-Hisab” (dalam bahasa Melayu, walaupun

Page 24: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Sains Matematik dan Pengurusan

24

judulnya dalam bahasa Arab) dan tidaklah diketahui dengan pastinya sejak bila unit ini sudah ada dalam Tamadun Melayu. Namun berdasarkan kajian pada batu-batu bersurat di alam Melayu yang dikumpul oleh penulis ini (Shaharir 1998/2000) dapatlah juga disimpulkan bahawa dalam kebudayaan Melayu juga sudah ada imbuhan unit yang mewakili gandaan dari satu sampai sepuluh kali ganda seperti Jadual 1 di bawah ini sejak abad ke-7M lagi. Siri unit –illion dalam bahasa Inggeris di Jadual 1 itu semuanya menggunakan imbuhan Latin dan baru dipersetujui dalam persidangan di Perancis pada tahun 1960-an kerana siri –illion dengan menggunakan imbuhan Yunani juga pernah disyorkan seperti tetrillion bagi menggantikan quadrillion itu. Ini manifestasi peranan pengaruh kebudayaan dalam matematik Eropah, iaitu nampaknya kebudayaan Latin lebih berpengaruh daripada kebudayaan Yunani. Unit-unit yang lebih besar daripada nonillion dalam bahasa Inggeris telah disyorkan dalam abad ke-20 menggunakan imbuhan Latin lagi sehingga kepada vigintillion (=1063) sebelum menjadi istilah- istilah yang tidak menarik lagi selepas itu (perinciannya dapat ditelaah pada Internet4).

Yang lebih menarik lagi ialah penulisan pengurusan pada batu bersurat zaman Kerajaan Campa (Kala Mi-Son antara 200M hingga 800M) yang tercatat konsep kepemimpinan (yang tentunya bersilang dengan kepengurusan) yang terkenal sebagai Cakravantin (Pemimpin Alam) yang merujuk kepada 32 sifat yang perlu ada pada seseorang raja Campa yang unggul (contoh raja tersebut pada batu bersurat itu bernama Sri Jayaindravarmadesa). Namun ciri-ciri itu yang dapat dicami daripada tulisan Maspero (1920/2002) masih memerlukan kepastiannya kerana ringkasnya dan kaburnya catatan pada prasasti yang diterjemah oleh Maspero itu dan berikut ini ialah terjemahan-tafsiran penulis kepada 32 sifat tersebut: (1) ridhwan/berseri, (2) tampan/cantik, (3) muda, (4) berkebolehan, (5) cerdik, (6) bermutu baik sepenuhnya, (7) azali berani, (8) pandai bermain semua jenis senjata, (9) amat gagah-berani, (10) selalu mengucar-ngacir semua pasukan musuh, (11) mengetahui aturan dan kenyataan mutlak, (12) tanpa egoisme, (13) memiliki ketenangan jiwa, (14) belas kasihan semua makhluk, (15) murah hati yang hebat, (16) keteguhan hati, (17) tinggi darjah bestari, (18) saksama dalam aspek kebergunaan, kebaikan, dan keseronokan, (19) menggunakan 4 cara bertindak terhadap kawan, lawan dan orang yg tidak peduli apa pun mengikut kesesuaiannya: negosiasi, serangan, perselisihan, dan rasuah, (20) menentang habis-habisan kepada 6 kumpulan musuh: nafsu syahwat, marah, hasad dengki, berdosa, angkuh, dan dendam berahi, (21) mengetahui 6 pandangan yang baik, (22) mengetahui 18 cara manusia, (23) kalyuga yang berupa mahapurusa yang menikmati kuasa diraja dengan guna yang bitara, (24) kali yang mengamal yoga (riadhah ruhani), (25) kali yang mengamalkan dhyana (pertapaan/meditasi), (26) kali yang mengamalkan samadhi (semacam istisyam/takrim/ta‘zim), (27) membina kemuliaannya di dunia dan akhirat, (28) menyedari bahawa jasad dan segala keseronokan ini bersifat sementara, (29) memperoleh semua sokongannya daripada tenaga, yoga (riadhah ruhani), dhyana (pertapaan/meditasi), dan samadhi (istisyam/takrim/ta‘zim), (30) mempunyai segala mutu pengamal yoga, dhyaan dan samadhi, (31) menikmati kuasa diraja sepenuhnya, (32) mengamalkan mahmudah selengkapnya.

Ciri-ciri pemimpin daripada cakravantin ini cukup menarik dikaji (selain daripada melengkapkan/memastikan bilangan 32 ciri itu dan maknanya yang jelas) dan dikupas dalam konteks perbandingan dengan sifat-sifat pemimpin daripada zaman Kerajaan Melayu selepas Kerajaan Campa hingga dalam konteks teori kepimpinan sekarang.

Cakravantin itu perlu juga dibandingkan dengan 18 sifat pemimpin, “Pustaka Asta Dasa Parateming Prabu” dalam “Nagarakritagma” oleh Parapanca (1365) Zaman Majapahit itu yang sudah diRumikan pada 1902 (Edisi Brandes) dan kini mudah dicapai di Internet3: (1)

Page 25: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Shaharir Mohamad Zain

25

Wijaya: jiwa tenang, sabar, bijaksana dan tidak lekas menggelabah. (2) Mantriwira: berani membela dan menegakkan kebenaran dan keadilan. (3) Natangguan: mendapat kepercayaan daripada rakyat dan menjaga kepercayaan itu sebagai satu tanggungjawab dan kehormatan. (4) Satya Bhakti Prabhu: kesetiaan kpd kepentingan pihak yang lebih tinggi. (5) Wagmiwak: mampu mengutarakan pendapat dan pandai berbicara dengan penuh adab dan mampu pula menggugah semangat rakyat. (6) Wicaksaneng Naya: bijak berdiplomasi, mengatur strategi dan siasah/politik. (7) Sarjawa Upasama: rendah hati, dan tak sombong. (8) Dhirotsaha: rajin dan tekun, memusat rasa, cipta, karsa dan karya. (9) Tan Satrsna: tidak pilih kasih dan mampu mengatasi segala fahaman golongan semasa. (10) Masihi Samasta Bhuwana: mencintai alam semesta dan oleh mengurusnya dengan sebaik-baiknya sebagai sebuah kurnia Tuhan. (11) Sih Samasta Bhuwana: dicintai dan mencintai rakyat. (12) Nagara Gineng Pratijna: mengutamakan kepentingan Negara. (13) Dibyacitta: lapang dada dan bersedia menerima pendapat daripada orang lain (atas atau bawah). (14) Sumantri: tegas, jujur, bersih dan berwibawa. (15) Nayaken musuh: menguasai musuh-musuh luar dan dalam termasuk dalam diri sendiri. (16) Ambek Parama Artha: bijak menentukan prioriti. (17) Waspada Purwa Artha: waspada dan melakukan introspeksi. (18) Prasaja: berpola hidup yang sederhana

Antara tokoh/wira rumpun Melayu purba atau dahulu kala yang patut dikaji gaya pengurusannya untuk mendapat prinsip-prinsip pengurusannya yang gemilang itu ialah seorang raja Kerajaan Funan yang agung seperti Rudravarman 514-539, seorang raja Kerajaan Campa yang agung seperti Bharavarman I kurun ke-6M, seorang raja Kerajaan Khmer-Funan tersohor seperti Rajendravarman II abad ke-10, seorang raja Kerajaan Srivijaya yang agung seperti Sri Jayanas atau Divakara (yang diberi gelaran “Jeneral Agung” oleh Maharaja China), seorang pemimpin atau pengurus agung pada zaman Kerajaan Majapahit yang tidak syak lagi rajanya yang bernama Hayam Wuruk 1350-1381 dan Perdana Menterinya Patih Gajah Mada, Raja Sanjaya (raja tersohor Kerajaan Hindu Mataram 732-750), Raja Kartanagara (raja tersohor Kerajaan Hindu Kediri 1168-1192), tokoh-tokoh terkenal pada zaman Kerajaan Melaka yang tidak syak lagi Laksamana Hang Tuah (terutamanya daripada buku lama “Hikayat Hang Tuah” yang dianggarkan ditulis pada abad ke-17M dalam Jawi tetapi telah pun diRumikan oleh beberapa orang di Malaysia, Singapura dan Indonesia secara berasingan; yang terawalnya yang diterbitkan oleh Balai Pustaka, Batavia (Jakarta sekarang) 1924, dan yang terbarunya terbitan Sarjana Interprise, K.Lumpur 1980) dan Bendahara Tun Perak yang kisahnya telah ditulis oleh Shepard (1976).

Umpamanya, dalam buku Salalaht al-Salatin (Sejarah Melayu) karya Tun Sri Lanang 1612 (asalnya dalam Jawi, dan diRumikan oleh beberapa orang di Malaysia, Singapura dan Indonesia secara berasingan; yang terawalnya 1896 oleh Shellabear dan diterbitkan oleh Malaya Pub. House, Singapura 1948, dan yang terbarunya terbitan Inst. Kajian Sejarah & patriotisme, Melaka 1998), terdapat cerita sumpahan raja pertama Melayu di Palembang, Sang Utama Sri Tri Buana dengan Demang Lebar Daun (Menterinya, yang mewakili pegawai-pegawai kerajaan dan rakyat jelata) yang sekaligus memberi satu daripada sifat pemimpin Melayu yang masih relevan sekarang, iaitu pemimpin tidak boleh sekali-kali memalukan orang bawahnya walau sebesar mana sekalipun kesalahan orang bawahannya itu. Contoh yang lebih menarik lagi ialah kisah Patih Gajah Mada yang sudah ada dalam Internet4 yang memetik buku sasterawan terkenal Majapahit bernama Prapanca (1365) dalam bahasa Jawa abad ke-14 tentang Patih Gajah Mada. Berdasarkan sifat Patih Gajah Mada, seseorang pengurus sepatutnya petah bercakap, tegap, kuat bertekad dan tenang. Kekuatan tekad Patih Gajah Mada itu terpancar daripada sumpahnya yang terkenal “Sumpah Palapa” yang dikatakan beliau tidak akan makan palapa (=rempah) selagi beliau belum menawan

Page 26: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Sains Matematik dan Pengurusan

26

seluruh Nusantara ini. Patih Gajah Mada dikatakan juga mengamalkan 18 prinsip kepimpinan atau kepengurusan (“Pustaka Asta Dasa Parateming Prabu”) yang sekurang-kurangnya sebahagiannya boleh diungkapkan semula untuk dijadikan prinsip ilmu pengurusan.

Jadual 1: Unit bilangan Melayu purba dan padanan Inggerisnya

Melayu Purba/Lama (mulai abad ke-7M?) Inggeris-Amerika (wujud selepas abad ke-16M) eka-/se- dwi- /bi-, contohnya bilion=109 sebagai unit baru kepada ribu juta yg wujud lebih awal lagi. Unit juta wujud sekurang-kurangnya sebelum abad ke-16M lagi kerana Pegafetta yang menjadi pencatat Magellan itu sudah pun mencatatkan perkataan juta dengan ejaan Sepanyolnya “iouta”. Kemudian, milion juga diterima sesuai dengan siri –ilion itu (lihat di bawah). Unit juta =109 Melayu dipercayai lebih awal daripada million = 109 Eropah. tera- /tri-, contohnya trillion/teralion =1012

catur-/kater-/kuater-/sruti- , contohnya katerlion/kuaterlion =1015 sanki-/panca-/indra-/indriyas-, contohnya sankilion=1018

sisi-/rasas-/carana-, contohnya sisilion = 1021

siti-/sita-/munis-, contohnya sitilion = 1024

witi-/asta- , contohnya witilion = 1027 nuki-/nuka-/nanda-/nandanta-/nardanta-/navan-, contohnya nukilion = 1030

wisyi-/waisyi-/vaisya-/vaisyi-/dasa-/dasi, contohnya wisyilion = 1033 dwidasa-/dwidasi-/patanga- , contohnya patangalion/patangaliun (syor penulis)

mono- bi-/di-/du-/duo-, contohnya billion =109 (“billion Inggeris” ialah million million =1012 daripada Perancis dipakai sehingga 1974. Perancis mengubah kepada billion yang lebih kecil itu mulai abad ke-17 yang diambil oleh Amerika Syarikat. Istilah million dicipta pada abad ke-13 oleh sarjana Perancis dan diterima menjadi perkataan Inggeris hanya pada abad ke-14M. Siri -illion selanjutnya sehingga nonillion, lihat di bawah, mula disyorkan oleh sarjana Perancis dalam abad ke-15 berasaskan 1012 itu sebelum berubah kepada 109 pada abad ke-17) tera-/tri-, contohnya trillion quadra-/quadric-/tetra-, contohnya quadrillion quinti-/penta-, contohnya quintillion sexta-/sexti-/sexa-/hexa-, contohnya sextillion septa-/septi-, contohnya septillion octa-/octi-, contohnya octillion nona-/nano-, contohnya nonillion deca-/deci-, contohnya decillion (baru disyorkan pada abad ke-20) duodeca-/dudeca-/dudeci-,contohnya dudesilion (baru disyorkan dalam abad ke-20)

Pengurusan Melayu juga boleh dikaji menerusi etimologi “urus” (selari dengan kajian sarjana pengurusan Inggeris terhadap etimologi “manage”). Dalam Kamus Dewan, Kamus Besar Bahasa Indonesia dan Kamus Winstedt perkataan “urus” diberi makna pujuk, pegang,

Page 27: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Shaharir Mohamad Zain

27

gembala, jinak, kelola, sanggup, tanggar, jalan, perintah yang sudahpun menarik dikupas yang ada sedikit perbezaan dengan makna “manage”. Mungkin kajian ini lebih menarik lagi jika asal-usul perkataan “urus” itu dapat diketahui, dan setakat ini belum ada kamus lengkap etimologi Melayu (Malaysia atau Indonesia, termasuk tidak lengkapnya kamus etimologi Melayu Malaysia oleh Chong 1997). Setakat ini penulis mendapat tahu daripada kamus Sutan Mohammad Zain (1950an?/1962) yang menyatakan “urus” itu daripada bahasa Jawa (walaupun bunyinya semacam perkataan Latin, urus atau Arab ‘urf ; urus dalam Latin diambil oleh Inggeris sebagai uorus bermaksud sejenis lembu di Afrika, dan ‘urf bahasa Arab itu bermaksud adat resam). Kamus Jawa-Indonesia (Mangunsuwito 2002, Pratwiroatmodjo 1957 umpamanya) menyatakan “urus” itu bermakna peraturan yang baik, teratur dengan baik, atau tahu adat; tetapi kamus terkenal Zoetmulder (1982/2000) JawaKuno-Indonesia memberi makna melimpah atau meluap; dan kamus Kawi-Jawa oleh Winter & Ranggawarsita (1987) menyatakan urus bermakna tata. Takrif-takrif ini mampu memberi teori atau falsafah baru pengurusan. Sama juga dengan perkataan yang ada hubungan dengan “urus”, iaitu “pimpin” yang memang cukup berbeza maknanya dengan “lead” yang sekaligus memberi teori kepimpinan Melayu seharusnya berbeza dengan teori kepimpinan Inggeris. Perkataan pimpin juga nampaknya bukan daripada Sanskrit, Latin, atau Arab yang diketahui penulis setakat ini, malah tiada dalam senarai Melayu-Indonesia-Sanskrit oleh de Casparis 1997, dan dalam Gonda 1973). Namun mengikut Sugiarto et al. (1993) an Tryson (1994), pimpin itu perkataan Jawa, Sunda (dengan ejaan “pingpin”) dan Minangkabau (“bombing”) walaupun tidak dinyatakan demikian dalam Kamus Moderen Bahasa Indonesia yang disebut di atas, dan dalam kamus-kamus Jawa/Kawi/Jawa Kuno yang tersebut di atas. Sugaiarto et al. serta Tryson tidak memberi makna asal perkataan pimpin Yang menariknya, kamus Iban-Inggeris oleh Vinson & Sutlive (1994) memberikan makna pimpin sebagai “menyeberang dari kiri ke kanan, arah penerbangan burung ketika menerima sesuatu alamat buruk”. Pendeknya, isu etimologi “urus” dan “pimpin” setakat ini pun cukup menjanjikan terbitnya pengertian yang agak baru tentang pengurusan. Setakat maknanya sekarang, segi matematiknya, nampaknya kedua-dua pemimpin dan pengurus (Melayu) mestilah berada dalam set berkait dalam topologi itu. Ini cerapan awal penulis setakat ini. Ini satu contoh jelas perkara yang sejak dua-tiga tahun ini penulis berulang kali menyatakan bahasa pengantar dalam pendidikan atau pengajaran ilmu (termasuk sains dan matematik) mewarnai ilmu yang sedia ada dan pengaryaan ilmu. Pendidikan ilmu dalam bahasa Inggeris umpamanya yang sedang kita sanjungi sekarang ini hanya mampu mewarnai ilmu itu mengikut acuan Inggeris sahaja, dan oleh itu selamanya kita berada di belakang Inggeris!

Pengurusan Melayu juga dapat dicungkil menerusi peribahasa Melayu. Umpamanya pengurusan Melayu adalah pengurusan perundingan kerana tali yg tiga lembar itu tak suang-suang putus; tak ada kusut yg tak selesai, tak ada keruh yg tak jernih. Pengurusan Melayu mementingkan pengurusan kebijaksanaan dan keadilan kerana kaitan jangan sekah, buluh jangan pukah, kayu pemukul jangan patah, tanah dipalu jangan lembang/lekuh; pengurusan dalam kelembutan dalam ketegasan: tegang berjela-jela, kendur berdenting-denting; pengurusan kerja yang berhati-hati dan adil: seperti menarik/menghela rambut (di) dalam tepung; rambut jangan putus, tepung jangan berserak; pengurusan peraturan: umpama sirih; menjalar dahulu baru melilit, barulah memanjat puncak junjung; pengurusan ilmu: ilmu katak, serta teringat serta terlompat; pengurusan pengalaman: umur setahun jagung, darah setampuk pinang; pengurusan feudal: tak kan lebih pucuk daripada pelepah rapat ke batang; pengurusan yang sanggup menanggung segala risiko: bujur lalu, melintang patah (sudah menjadi judul sebuah buku pengurusan popular karya Mohd Ali, Ketua Eksekutif PKNJ) Banyak lagi ilmu pengurusan Melayu yang boleh didapati daripada peribahasa. Prinsip

Page 28: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Sains Matematik dan Pengurusan

28

pengurusan dan mungkin sekali matematiknya juga dapat dirumuskan menerusi amalan perniagaan dan kebudayaan Melayu amnya seperti perihal opsyen yang diperkatakan lagi di bahagian lain makalah ini.

8. Matematik sebagai Pemimpin, Pengarah Bersama, Perunding, Penimbang Tara, Pembela dan Peguamcara Pengurusan

Matematik memang sering berperanan mengukuhkan, mencantikkan, mencanggih, meranggikan, dan menganggunkan sesuatu hasil uji kaji sains, hipotesis, kepercayaan, rekaan, kraf dan sebagainya. Dalam konteks ini nampaknya matematik layak menjadi permaisuri (terjemahan biasa “queen”) ilmu sastera atau sains, termasuklah pengurusan, atau malah ada yang mengesyorkan menjadi beti/dayang/hamba ilmu sahaja (terjemahan “handmaiden” yang terdapat dalam Bell (1951/87) dan Eliezer (1969) umpamanya). Gelaran matematik ini dibincangkan lagi kemudian. Tetapi kenapa kita mahu menonjolkan aspek yang bertaraf rendah ini, dan sekaligus mengajar atau berkarya matematik mengikut konteks ini? Mungkin matematik sebagai rakan kongsi ilmu yang akrab lebih baik daripada sebagai permaisuri atau beti/dayang/hamba itu? Peranan matematik dalam sains atau lebih am lagi hubungannya dengan ilmu lain adalah jauh lebih bermakna dan mudah diterima lagi jika matematik ditonjolkan sebagai pemimpin atau pengarah bersama (atau pemimpin atau pengarah bersama kedua selepas al-Qur-aan, sebagai al-Furqaan) dan pengarah bersama atau perunding, pembela dan peguambela ilmu, bukan hanya dalam dunia ilmu sains, kesihatan, kejuruteraan dan teknologi atau ringkasnya SAKTI, tetapi sains sosial seperti pengurusan, dan malah kadang-kadang menjadi penimbang tara, pembela dan peguambela dalam kemanusiaan). Ini bersesuaian pula dengan pengelasan sains Islam yang sudah meletakkan ilmu wahyu (sekurang-kurangnya fardhu ‘Ain) itu sebagai “raja ilmu”, sedangkan ilmu-ilmu lain termasuk matematik dan pengurusan itu hanya ilmu ‘aqli/cendekia yang kadang kala menjadi pembela atau peguamcara ilmu wahyu dan masa yang lain lagi menjadi saingan ilmu wahyu itu yang perlu disingkir. Ini selaras pula dengan pendapat al-Ghazali (seorang daripada sarjana agung Islam abad ke-12M dan paling dihormati hingga sekarang terutama di Alam Melayu) yang meletakkan matematik sebagai ilmu tertinggi dalam hierarki ilmu aqli walaupun atas sebab yang tidak dapat kami bersetuju, iaitu kononnya kerana ketepatannya dan tiada salahnya. Contoh peranan kepengurusan (kepemimpinan, keperundingan dan kepenimbangtaraan) matematik terlampau banyak dan di sini penulis hanya memilih beberapa sahaja.

Dalam pengurusan memang hampir semuanya bersifat sistem dinamik tidak linear. Untuk memahami sesuatu telatah sistem tidak linear ini matematik yang dibangunkan oleh Rene Thom (sarjana Perancis tahun 1960-an yang karyanya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris kira-kira 7 tahun kemudiannya, Thom (1968/1975) dan dikembangkan oleh ramai sarjana lain seluruh dunia pada tahun-tahun berikutnya seperti yang terkenalnya Zeeman (1973), matematikawan besar Inggeris yang diberi gelaran Sir oleh kerajaan United Kingdom menerusi Ratu Elizabeth (matematikawan ke-2 menerima gelaran ini yang masih hidup; pertamanya Michael Atiyyah), sebagai “Teori Malapetaka” yang terbit daripada keperluan mengetahui secara kualitatifnya apakah kemungkinan yang hampir pastinya (“bersukatan satu” atau “berkebarangkalian satu” akan berlaku juga akhirnya terhadap sesuatu fenomenon tidak linear yang tidak diketahui hukumnya itu? Ternyata, matematik ini amat luas penerapan/kegunaannya termasuklah bidang-bidang yang dahulunya dianggap matematik tidak mungkin berperanan di dalamnya seperti bidang kemanusiaan yang menjadi ciri penting juga dalam bidang pengurusan itu. Contohnya, matematik ini boleh dipakai untuk memahami tahap-tahap mogok industri atau dinamik ketidakpuasan pekerja, kerana persoalan ini boleh dipadankan dengan penerapan matematik ini dalam kefahaman dinamik pembangunan

Page 29: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Shaharir Mohamad Zain

29

sesebuah tamadun dan telatah kemarahan seseorang (lihat Zeeman 1973). Di sini jelaslah peranan matematik malapetaka ini menjadi pemimpin dalam contoh aspek pengurusan itu. Matematik sistem dinamik tidak linear yang menumpu kepada persoalan apa yang akan terjadi tanpa pertimbangan “sukatan keboleh-jadian” juga berupaya menjadi pemimpin bersama ke arah membuat dasar negara yang lebih menjanjikan hasil yang lebih baik dan saksama. Sudah tentu dalam konteks ini peranan matematik sebagai pemimpin bersama itu semakin jelas kerana kebersamaannya dengan pegangan sistem nilai yang berhubung dengan isu negara itu. Umpamanya isu pendidikan yang lebih menjanjikan lahirnya bakal ahli sains pengurusan yang berdaya karya yang tinggi sehingga menjadi penghampar agenda gaya, teknik atau kaedah pengurusan yang menjadi ikutan seantero dunia. Kepercayaan umumnya, pengurusan itu tidak bebas budaya. Data-data sepanjang zaman pula nampaknya membuktikan mereka yang prihatin kepada kebudayaan sendiri sahajalah kebanyakannya yang mampu menyerlahkan agenda baru dalam menangani masalah pengurusan yang sarat budaya itu. Teori yang menyokong data dan sistem kepercayaan yang mengungguli kebudayaan sendiri ini dapat dibina menerusi matematik sistem dinamik tidak linear dengan mentafsirkan ketidak-bitaraan penyelesaian persamaan terbitan tidak linear yang menuju kepada kekalutan itu berupa siri inovasi dan daya pengaryaan seseorang yang prihatin kepada kebudayaannya sendiri itu (lihat perinciannya lagi dalam Shaharir 2005). Hasil ini mampu memberi kekuatan kepada pemimpin negara untuk membuat dasar pendidikan multi-budaya atau multi-bahasa bagi sesebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia ini.

Kedua-dua contoh peranan matematik di atas, mungkin lebih bersifat kecendekiawanan sahaja, dan oleh itu tidak akan begitu disanjung tinggi oleh masyarakat umum di negara membangun seperti Malaysia. Jika demikianlah halnya, maka contoh penerapan aljabar linear (aljabar vektor dan matriks) ke dalam isu pengurusan/pembuatan “yang terbaik” untuk sesuatu keadaan sumber atau teknologi yang ada, yang terkenal dalam matematik sebagai pengaturcaraan linear (tekanan menyelesaikan persamaan serentak puluhan pemboleh ubah dengan pantasnya), sepatutnya cukup jelas peranan positif dan terasanya kemanfaatannya secara kebendaannya/ materinya (iaitu untung dalam ringgit). Matematik dalam bidang ini pun sebenarnya sarat nilai yang berhubung dengan perkara yang diminati, persoalannya, matalamatnya, kekangannya, konsep terbaiknya, dan pilihan dasarnya (penyelesaian model) seperti yang dibincang sebelum ini.

Satu lagi contoh yang ingin disebut di sini kerana pengurusan matematik (atas nama persamaan pembeza/terbitan stokastik dalam pengurusan perniagaan dsbnya) dalam bidang yang luar biasa lagi, iaitu dalam pengurusan kewangan, apabila Black, Scholes dan Merton dalam tahun 1970-an berjaya mendedahkan rahsia kegiatan porfolio sehingga Scholes dan Merton memperoleh Hadiah Nobel pada 1997 (Black pun tentunya turut menerima Hadiah ini jika beliau tidak meninggal dunia dua tahun sebelum itu). Matematik pengurusan kewangan ini sebenarnya satu lagi contoh pengurusan yang jelas dipengaruhi oleh nilai dan kebudayaan setempat dan apabila dimatematikkan menjadi kaedah pengurusan sejagat. Opsyen yang diakui sekarang ialah berasaskan amalan jual-beli orang-orang Amerika Syarikat, dan orang-orang Eropah sahaja; lalu diistilahkan sebagai opsyen Amerika Syarikat dan opsyen Eropah. Opsyen Amerika ialah satu perjanjian jual-beli yang boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sehingga tarikh yang dipersetujui, manakala opsyen Eropah mestilah dilaksanakan pada tarikh yang dipersetujui sahaja. Sejak 2004, atas kesedaran bahawa dinamik pelaburan dan opsyen secara Islam semestinya berbeza matematiknya dengan yang diutarakan oleh Merton, Black dan Scholes itu, maka dengan izin Al-Lah, kami berjaya mengutarakan model pelaburan saham Islam yang berasaskan prinsip mudharabah dan musyarakah (lihat Maheran et al.

Page 30: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Sains Matematik dan Pengurusan

30

2005). Model pelaburan lazim (berasaskan sistem nilai Barat) ke atas satu saham tunggal ialah satu persamaan pembeza stokastik skalar, yang teringkasnya,

d d d , x kx t rx W

dengan x ialah harga saham,W proses Wiener piawai, t masa, k kadar perubahan relatif harga saham jika tiada ganjatan/fluktuasi yang diwakili oleh ungkapan dalam sebutan proses Wiener W itu, dan r ialah kadar kemeruapan saham. Mengikut perspektif Islam persamaan ini tidak lagi sah berlaku dan perlu digantikan oleh persamaan vektor (jika tiada “pinjaman kewangan” dilakukan)

d d d ,X AX t cBX W

1 2( , )trX x x mewakili ekuiti pelabur dan rakan kongsinya (pihak penjual saham, bank, sekuriti dsbnya), A suatu matriks yang mengandungi pulangan pelaburan bersama itu, dan c suatu skalar (faktor sepunya bagi kadar kemeruapan saham bersama) manakala B ialah sebuah matriks yang mengandungi sebahagian daripada faktor kemeruapan saham bersama itu. Model dinamik sesuatu pelaburan saham Islam ini mengesyorkan seseorang mentafsirkan “pembelian satu saham secara Islam” samalah dengan “pembelian dua saham secara lazim yang berinteraksi” dengan kadar pulangan dan kadar kemeruapan yang berbeza daripada saham lazim itu; seterusnya opsyen Amerika dan opsyen Eropah yang diberikan oleh rumus opsyen Black-Scholes itu dapat digunakan untuk mendapat opsyen Amerika dan opsyen Eropah untuk pelaburan saham Islam itu. Sudah tentu kajian ini dapat diteruskan lagi dengan menggunakan budaya jual-beli Melayu yang masih diamalkan hingga sekarang yang dikenali sebagai “gadai janji”, iaitu tarikh pelaksanaan jual-beli ditetapkan dan jika pembeli tidak mampu melaksanakannya, maka “bunga” dikenakan atau harta/barang yang dijual itu lelap. Sejauh mana amalan “gadai janji” ini direstui Islam memang menjadi suatu lagi penyelidikan asas sebelum matematiknya dibina. Begitu juga dengan jual-janji Melayu yang dikenali sebagai “pawah”, iaitu perjanjian yang membolehkan seseorang pembeli (pemegang pawah) menikmati semua hasilnya sehinggalah penjualnya membelinya dengan harga yang telah ditetapkan dahulu. Tetapi katalah hukum “gadai janji” dan “pawah” ini haram hukumnya, matematiknya masih boleh dibangunkan juga untuk mengukuhkan lagi rasional hukum haram itu. Ini menjadi contoh konkrit betapa matematik menjadi pemimpin, pengarah bersama, perunding dan penimbang tara; atau pengukuh sesuatu fahaman atau ideologi; atau menjadi simbiosis dan sinergi dengan pengurusan kualitatif. Semua ini dibicarakan lagi di bawah ini.

Di sini dibincangkan lagi bagaimana nilai yang terbit daripada prinsip Islam dalam perniagaan “pinjaman” mampu menerbitkan matematik baru dalam “pinjaman Islam” itu, yang lain daripada amalan Bank Islam pun, yang ternyata matematik ini mampu mencipta masyarakat yang lebih adil daripada sistem perbankan lazim/Islam sekarang (Maheran & Shaharir 2004). Secara kualitatifnya “pinjaman Islam” ialah suatu urusan perkongsian perniagaan antara “peminjam” (yang miskin wang tetapi kaya idea!) dengan “pemberi pinjam” (yang kaya tetapi sentiasa masih memerlukan idea baru yang lain!). Perkongsian perniagaan ini dinamai mudharabah (atau ejaan kaedah LC/DBP, mudarabah dan/atau musyarakah, dengan “d titik di bawah” yang tidak teramalkan itu). Bank Islam seluruh dunia memang beretorik dengan prinsip Islam ini, tetapi ternyata matematik yang diamalkannya atau urusan “peminjaman” diperoleh daripada “matematik bunga” yang lazim itu juga, iaitu

d d d ,x ax t b t

Page 31: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Shaharir Mohamad Zain

31

dengan x di sini mewakili hutang peminjam dengan bunga/faedah bulanan a dan b bayaran balik bulanan hutang, tetapi istilah kuantiti-kuantiti yang penting itu ditukar kepada perkataan yang nampaknya tidak bertentangan dengan Islam seperti “bunga” atau “faedah” a ditukar kepada “pulangan”, “bayaran balik” b ditukar kepada “jualan saham” atau “jualan ekuiti” x oleh “usahawan” (padanan “peminjam” ) dan sebagainya. Namun konsep mudharabah dan/atau musyarakah tiada dalam persamaan itu yang menjadikan tiadanya perubahan dengan matan matematik itu. Keadaan inilah sebenarnya yang menyebabkan “muslim yang terpelajar” tidak bersetuju dengan adanya “perbankan Islam” atau sekurang-kurangnya begitu sinis kepada “bank Islam” amnya sehingga pengurus besar “bank Islam” pun terpaksa mengatakan perbezaan “bank Islam” dengan bank biasa itu seperti “ayam sembelih” dengan “ayam tak sembelih” sahaja! Pembela dan peguambela bank Islam amat diperlukan; dan dalam hal ini matematiklah yang paling layaknya. Jika mudharabah itu diambil kira maka persamaan pembeza yang mengawal kerjasama antara dua pihak itu seanalog dengan sistem ekologi dua spesies, iaitu satu persamaan vektor

d d d ,X AX t B t dengan

1 2( , )trX X X ekuiti masing-masing; dan

( ), , (1 )ij ij ji iiA a a a rk a r k ialah matriks pekali pulangan perkongsian perniagaan ( r kadar pulangan pelaburan/perniagaan bersama, ok P H pecahan pulangan milik pemodal, oP modal asal perniagaan/pelaburan bersama daripada pihak usahawan, H jumlah modal perniagaan /pelaburan bersama), dan

( ) ( , ) , (1 ), (1 ) , ( ) (1 )tro oB t t t rb k rH k rP rk P b b r

yang mewakili pertambahan/pengurangan ekuiti masing-masing hasil sumbangan bulanan b kepada modal perniagaan rakannya yang mengalami kerugian kos melepas, sambil beliau sendiri beroleh sebahagian daripada pulangan menerusi modal pinjaman daripada rakannya itu. Penyelesaian model mudharabah dan musyarakah sebenar ini menerbitkan “pengurusan pinjaman” yang berbeza, iaitu rumus “bayaran bulanan” yang berbeza yang nilainya kurang sedikit daripada “bayaran bulanan” kepada bank lazim atau bank Islam sekarang, tetapi mencipta keadilan yang lebih tinggi dan lebih memenuhi kehendak Islam.

9. Contoh-Contoh Konkrit yang Lain Lagi tentang Simbiosis dan Sinergi Matematik dengan Pengurusan

Dalam pengurusan kenaikan pangkat ahli akademik universiti, persoalan kriteriumnya tidak lagi banyak dipertikaikan sehingga itulah yang menjadi asas penilaian seseorang yang dipertimbangkan kenaikan pangkatnya, iaitu pengajaran, penyelidikan dan/atau perundingan, penerbitan, sumbangan kepada masyarakat, pentadbiran dan/atau sumbangan kepada universiti, dan sahsiah. Yang mula dipertikaikan ialah kepentingan setiap unsur pertimbangan itu, dan yang lebih dipertikaikan lagi ialah perincian makna setiap unsur itu. Inilah unsur-unsur kualitatif dalam pengurusan kenaikan pangkat itu. Namun ini tidak menghalang pengurusan ini dimatematikkan, dan pematematikan ini belum selesai hingga sekarang. Pada tahun 1988-89 dahulu penulis telah memodelkan kriterium kenaikan pangkat untuk UKM

Page 32: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Sains Matematik dan Pengurusan

32

dengan hanya menggunakan rumus purata berpemberat (lihat pada borang penilaian tahunan atau kenaikan pangkat kakitangan akademik UKM sehingga sekurang-kurangnya tahun 2002). Beberapa tahun selepas dilaksanakan di UKM, beberapa buah universiti awam lain juga menggunakan rumus yang sedemikian itu, tetapi selama manakah rumus itu dipakai atau ditambah-baiknya lagi tidaklah diketahui. Namun sejak 2004 ada ahli sains matematik pengurusan di UKM yang ditugaskan untuk menambah-baik penyelesaian masalah ini dengan matematik yang lebih canggih lagi menerusi kaedah analisis hierarki ciptaan Saaty & Erdener (1979) tetapi lebih dikenali dengan ciptaan Saaty sahaja (kerana siri sumbangan Saaty dalam 1980-an hingga 1990-an yang mengagumkan, dan bukunya 1980) dan/atau matematik kabur Zadeh itu, tetapi penulis tidaklah mengetahui hasilnya.

Dalam tahun 1992 penulis juga mematematikkan perancangan pembangunan UKM dengan menyiapkan “Tekad 2002” yang berupa rancangan strategi UKM yang sesuai untuk penilaian prestasinya menerusi matematik kawalan, iaitu yang memastikan matlamat dan gol universiti yang boleh disukat. “Tekad 2002” itu berupa rancangan strategi universiti yang pertama yang terhasil di Malaysia, tetapi nampaknya penilaian universiti secara matematik masih belum dilakukan oleh mana-mana universiti di Malaysia; walaupun kini setiap universiti awam ada menghasilkan “rancangan strategi” masing-masing. Sudah tentu matematiknya nanti sarat nilai.

Sejak 2001 seorang pelajar penulis menilai model-model peruntukan sumber universiti seluruh dunia menerusi pengoptimuman linear gol dengan mengandaikan universiti sebagai institusi melahirkan siswazah bakal inteligensia atau bijak pandai negara, iaitu model klasik sesebuah universiti, dan kemudiannya mengubahsuainya sesuai dengan struktur universiti di Malaysia. Hasilnya ialah sebuah model pengoptimuman linear pelbagai matalamat dengan 18 pemboleh ubah (14 bilangan kakitangan pelbagai jenis dan 4 jenis kos termasuk kos gaji dan kos pembangunan pekerja), 18 matalamat (termasuk memaksimumkan professor, dan nisbah pengajar dengan pelajar, serta meminimumkan kakitangan yg kurang berkelayakan, dan beza kos dengan peruntukan) dan 9 kekangan (termasuk mematuhi nisbah pelajar dengan kakitangan, nisbah pelajar dengan penyelia, dan kakitangan yang mencukupi) yang semuanya berasaskan unsur-unsur kualitatif yang berupa kepercayaan dan impian/idealisme peruntukan sumber sesebuah universiti. Penyelesaiannya menunjukkan selama ini universiti Awam di Malaysia tidak melaksanakan peruntukan sumbernya dengan sebaik-baiknya (Shaharir & Abdul Halim 2002a, Abdul Halim 2005). Kemudian kami mengubah sistem nilai kami terhadap tabii universiti, sesuai dengan kehendak sesetengah pihak yang mahu menganggap universiti kini seharusnya sebuah kilang: kilang pengeluaran tenaga kerja. Dalam model ini pelajar tidak lagi dianggap produk tetapi menjadi kelayan/pengguna setanding dengan majikan, kerajaan, pefrancais, pengguna ilmu (pembiaya projek/penyelidikan/perundingan, ilmuwan, orang awam); manakala pensyarah tidak lagi sumber tetapi menjadi alat pengeluaran setanding dengan prasarana universiti yang lain lagi; manakala kursus/program menjadi produk universiti setanding dengan penerbitan, persidangan, reka cipta dan sebagainya (sesuai dengan kriterium penilaian kakitangan akademik selama ini yang modelnya telah dibicara sebelum ini). Hasilnya ialah suatu masalah pengoptimuman linear pelbagai matalamat yang besar dengan lebih daripada belasan pemboleh ubah (termasuklah 4 produk dan inventorinya, 4J bahan mentah untuk J jenis bahan mentah dan inventorinya, 4U bilangan kakitangan untuk U kategori kakitangan, 4S masa operasi mesin untuk S jenis mesin, 4R masa penggunaan ruang untuk R jenis ruang), 3 matalamat (memaksimumkan keuntungan, kapasiti mesin, dan meminimumkan masa penggunaan ruang,) dan puluhan kekangan linear daripada 3 jenis kekangan (kekangan pasaran produk, inventori bagi setiap produk, keupayaan mesin dan ruang) (Shaharir & Abdul Halim 2002b,c). Penyelesaiannya

Page 33: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Shaharir Mohamad Zain

33

masih sedang diusahakan kerana pemalar-pemalar yang terbabit cukup banyak dan perlu dianggarkan dengan saksamanya, tetapi dijangka dilaporkan dalam tesis Abdul Halim (2005). Namun, kami percaya matematik ini akan mengukuhkan lagi “keunggulan” konsep universiti sebagai sebuah industri.

Penilaian rancangan Malaysia memang dilakukan setiap akhir rancangan tersebut, tetapi setahu penulis penilaian itu tidaklah dilakukan dengan model matematik yang canggih seperti teori kawalan. Seorang pelajar penulis pernah melakukan penilaian sebuah Rancangan Malaysia menerusi model kawalan dan didapati rancangan Malaysia tersebut banyak yang tidak mencapai matalamat yang diidami (lihat Shaharir et al. 1986). Tetapi “nasi sudah menjadi bubur”, kata orang. Yang terbaiknya penilaian sebegini dilakukan setiap tahun oleh agensi berkenaan kerana dengan cara itulah hasil matematiknya dapat menambah-baik pelaksanaan rancangan itu. Ini tentunya memerlukan ahli sains pengurusan memasuki “politik peyakinan” ahli politik semasa tentang pulangan baiknya kaedah matematik ini.

Dengan adanya program Sarjana Sains Pengurusan, dan Program Sarjana Kualiti dan Produktiviti di UKM sejak 1996, banyaklah tesis Sarjana dalam bidang ini yang dihasilkan. Sebagai contohnya, di sini diberi dua contoh tesis tersebut yang diseliai oleh penulis, iaitu tentang pengurusan pengambilan pelajar universiti yang terbukti lebih saksama menerusi pengaturcaraan linear gol (Norsida & Shaharir 2003), penilaian prestasi bank-bank di Malaysia menerusi pengaturcaraan linear (Vicky & Shaharir 2003). Sebelum “politik peyakinan” kepada pihak berkuasa berkenaan pengambilan pelajar universiti (sekarang ini secara kebetulan seorang Felo PERSAMA yang tidak semestinya lebih memudahkan!) kajian kaedah pengambilan pelajar universiti menerusi pengaturcaraan linear gol itu perlu disimulasikan dengan data yang lebih besar lagi. Kajian prestasi bank itu pula sepatutnya sudah diketahui oleh para juru bank negara untuk menyemak kedudukan seperti yang dibayangkan di dalam kajian itu. Kajian seperti ini memang bersifat maklumat daripada pemerhati sahaja dan boleh berfungsi jika para juru bank kita juga rajin membaca di pelbagai media.

10. Penonjolan Popular Dua Citra Matematik yang Meleset Kesannya

Ada banyak citra matematik yang ditonjolkan selama ini yang penulis ini menganggapnya sebagai perbuatan yang tidak membantu menarik perhatian sesuatu sektor masyarakat menilai adanya peranan yang relevan dengan keperluannya khususnya dalam pengurusan. Di sini penulis memilih dua daripada citra tersebut dan menghuraikan sebab-sebab penonjolan citra tersebut meleset kesannya.

10.1 . Matematik sebagai Permaisuri/Ratu/Raja Sains

Bagi sesetengah pihak mungkin sekali melihat peranan matematik mengukuhkan atau sebaliknya sesuatu intuisi, hipotesis, kepercayaan dan sebagainya itu melayakkan tempat duduk matematik yang mulia di samping ilmu yang diperkukuhkan itu lalu dengan pantasnya akan bersetuju sahaja dengan terjemahan gelaran Gauss (ahli matematik Jerman abad ke-19 yang mendapat jolokan “Raja Mahkota Matematikawan” itu) kepada matematik sebagai “permaisuri sains” seperti yang telah diperkatakan sebelum ini. Gelaran “permaisuri” kepada matematik yang terbarunya juga dibicarakan oleh Abu Osman (2004) yang turut digusarinya kerana gelaran itu hanya mampu merendahkan status matematik sahaja, yang katanya samalah dengan akibat daripada perbuatan mereka yang menganggap matematik sebagai “hamba sains” sahaja. Pandangan beliau itu memang penuh kewajarannya. Tetapi tidaklah diketahui apakah pertimbangan dan maksud Gauss apabila beliau mengatakan, mengikut terjemahan

Page 34: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Sains Matematik dan Pengurusan

34

Inggerisnya, “mathematics is the queen of sciences” itu. Dalam makalah ini penulis membicarakan isu ini daripada perspektif bahasa dan semantik di samping kedudukan sebenar sains matematik dalam konteks contoh-contoh yang dibicarakan dalam makalah ini.

Perkataan “queen” di sini boleh dipadankan dengan ratu, apabila “queen” itu memang menjadi raja seperti “queen” U.K sekarang, walaupun biasanya “queen” wajar dipadankan dengan “permaisuri” ketika “queen” itu hanya isteri seorang raja. Tetapi ada juga kemungkinannya, “queen” digunakan untuk merujuk kepada raja juga tetapi raja bagi bukan manusia, raja metafora. Ini terutamanya berlaku dalam bahasa yang ada perbezaan morfologi perkataan, dan struktur ungkapan dan ayat untuk lelaki dan perempuan (yang diistilahkan sebagai “gender” dalam bahasa Inggeris yang menyebabkan ada bentuk “masculine” dan “feminine” untuk semua kata benda dan kata kerja; atau “jinsa” dalam bahasa Arab sehingga ada bentuk “rijal” dan “muannath” untuk semua benda dan kata kerja). Dalam hal ini “science” dalam bahasa Inggeris itu biasanya dianggap benda feminine dan oleh itu rajanya diistilahkan sebagai “queen”. Kesimpulannya padanan “queen” dalam “queen of sciences” itu ke dalam bahasa Melayu ialah ratu, raja dan permaisuri yang bergantung pada anggapan/tafsiran seseorang terhadap peranan atau kedudukan matematik dalam sains. Yang jelasnya, seperti yang disebut sebelum ini, istilah permaisuri untuk matematik tidaklah menguntungkan citra/status matematik yang sebenar dalam sains seperti yang ditunjukkan dalam sains pengurusan di dalam makalah ini. Gelaran itu memang merendahkan taraf matematik. Gelaran “ratu” juga tidak sehebat gelaran “raja” walaupun dalam sejarah di Alam Melayu dan sejarah Islam ada juga “ratu” yang mencipta sejarah kehebatannya seperti “Cik Siti Wan Kembang” dan “Puteri Saadong” di Kelantan, dan ratu-ratu yang memerintah Kerajaan Aceh dalam pertengahan abad ke-17 hingga akhir abad ke-17, dan yang terkenal hebatnya Ratu Sufiyatuddin dengan gelaran “Puteri Seri Alam Permaisuri”, “Ratu Kali-Nyamat” kerajaan Demak abad ke-16M, “Puteri Balqis” pada zaman Nabi Sulaiman (di dalam al-Qur-aan, Suraht al-Naml: 35-37) dan “Puteri Syajaratuddur” atau “Shajar al- Dur” atau “Shagrat al-Durr” Zaman Mamluk di Mesir pertengahan abad ke-13 (lihat Internet5). Lagi pun gelaran “ratu” pada zaman ini terpaksa dikongsi citranya dengan “ratu cantik” pula. Jadi jika kita ingin meneruskan gelaran “queen of sciences” tajaan Gauss ini maka terjemahan yang terbaiknya ialah “raja sains”. Tetapi bolehkah gelaran ini digondoli oleh matematik dan diiktiraf umum kerana cukup banyak ilmu lain yang ditakhtakan oleh sarjananya sebagai “raja sains”, setengahnya lebih terkenal dan lebih berpengaruh daripada Gauss itu, yang mengisytiharkan ilmu lain lagi sebagai ratu/raja sains sehingga menggerhana ratunya/rajanya matematik, seperti yang diperturunkan di bawah ini? Maklumat-maklumat di bawah ini dipetik daripada sumber internet dan diolah semula dengan maklumat-maklumat daripada sumber lain lagi bagi tujuan perbahasan selanjutnya dalam makalah ini.

Dalam tradisi keilmuan Barat/Eropah, terutamanya dalam zaman Kristian berpengaruh besar dalam kehidupannya, lebih-lebih lagi dalam zaman skolastikisme atau Zaman Pertengahannya (abad ke-10 hingga ke-14), yang timbul akibat pertembungannya dengan tamadun Islam, teologi Kristian dianggap raja ilmu kerana sepertilah dengan hierarki ilmu Islam, ilmu berkenaan ketuhanan sudah tentulah mengatasi segala-galanya. Dalam masa yang sama, tentunya ada golongan ilmuwan Barat yang mewarisi pandangan Aristoteles (Inggerisnya, Aristotle), sarjana agung Yunani abad ke-4 SM, bahawa ilmu berkenaan dengan kepemimpinan dan kepemerintahan (iaitu sains politik dan sebahagian besar daripada ilmu pengurusan sekarang) adalah raja sains. Namun apabila pengaruh Kristian/Skolastik merosot, maka bibit sains berasaskan uji kaji/pancaindera mulai mengambil tempatnya. Seorang sarjana Eropah pada pertengahan zaman skolastik yang terkenal berdakwah (setelah dipengaruhi oleh Tamadun Islam) tentang kehebatan sains uji kaji ialah Roger Bacon, dan

Page 35: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Shaharir Mohamad Zain

35

oleh itu beliau mendapat gelaran bapa sains moden Barat, dan beliaulah yang dikatakan mengucapkan “raja sains ialah sains uji kaji”. Sejak itu angin perubahan kepada pentakhtaan sains pun berlaku. Selewat-lewatnya, sejak abad ke-18M lagi, Barat pada amnya menganggap sains ialah ilmu yang lebih tinggi darjatnya daripada sastera kerana ketepatan ramalan daripada sains jauh melebihi yang dalam sastera, walaupun ada golongan yang berpendapat sebaliknya yang mewarisi pandangan Leornado Da Vinci (akhir kurun ke-15M & awal kurun ke-16) seniman agung Renaisans Eropah (bangsa Italia) itu mengatakan “seni tampak adalah raja sains”, mungkin kerana kesemestaannya dan kemampuannya dinikmati oleh semua orang. Yang lainnya (dalam kurun ke-12 M, masih dalam zaman skolastik) mengatakan “nahu/tatabahasa adalah raja sains”, mungkin atas pertimbangan keperluannya untuk semua orang yang berilmu mengatasi ilmu-ilmu lain.

Kant, seorang ahli falsafah agung Eropah (Perancis) abad ke-18M menegaskan metafizik (tidak semestinya agama, tetapi agamawan menanggap metafizik sebagai penjelmaan agama sahaja) sebagai raja sains; tetapi William Whewell, seorang ahli falsafah Eropah (Inggeris) terkenal dalam abad ke-19M menegaskan bahawa astronomi (sub-bidang sains matematik gunaan/terapan) adalah raja sains; Comte, ahli sosiologi terkenal, mengatakan sosiologi adalah raja sains. Para sosialis, komunis atau kebendaanisme tertarik kepada geometri, lalu Engels (seorang jaguh kebendaanisme yang terkenal) pada akhir abad ke-19 menegaskan bahawa geometri adalah raja sains. Nietzsche, ahli falsafah Jerman abad ke-19 hingga awal abad ke-20, memberi hujah-hujah yang kuat dalam pewajarannya psikologi sebagai raja sains. Kemudian dalam abad ke-20, muncul sarjana-sarjana yang menegaskan falsafah sebagai raja sains (dimulai oleh Russell, seorang matematikawan dan ahli falsafah agung abad ke-20 ini dan pemenang Hadiah Nobel, dan baru-baru ini oleh seorang pasca-modenis terkenal, Rorti). Ada juga sarjana (dimulai oleh Dunbar 1996) menegaskan bahawa biologi adalah raja sains (terutamanya biologi molekul), sedangkan pihak lain (yang terbarunya Cole 1999) menegaskan fizik adalah raja sains, tetapi pada masa yang sama Dresher (1999) melaungkan fonologi adalah raja sains. Yang lain lagi mengisytiharkan sendiri-sendiri bahawa ekonomi, geologi, komunikasi (terutamanya TMK), dan pemasaran masing-masingnya menjadi raja sains. Tiga puluh tahun yang lepas, Driesch (1975), seorang ahli biologi dan falsafah Jerman terkenal, meramalkan parapsikologi akan menjadi raja sains dan kini nampaknya ramalannya itu semakin diterima umum juga mengenangkan begitu banyak buku popular bidang ini dan popularnya siri TV, “The X-File” itu!

Dalam keadaan persaingan menjadi ratu/raja ilmu ini, siapakah yang masih mahu menegakkan diktum Gauss bahawasanya matematiklah ratu/raja sains, terutamanya apabila mempertimbangkan satu daripada kriterium ratunya/rajanya ilmu itu nampaknya ialah penerimaan masyarakat terhadap kepentingan ilmu itu dalam segala aspek kehidupannya. Perebutan kuasa di kalangan bidang-bidang ilmu yang tersebut di atas itu tidak mungkin memihak kepada kemenangan matematik. Mungkin juga inilah sebabnya sudah ada lama juga sarjana sains matematik yang sudah pun lari daripada diktum Gauss itu dengan mengutarakan diktum baru lagi, iaitu matematik itu beti/dayang atau hamba sains (Bell 1951/1987, Eliezer 1969), dan matematik adalah raja kesenian (Eliezer 1969). Tetapi cogan kata pertama itu lebih merendahkan lagi sains matematik dan memang patutlah tidak laku; manakala cogan kata kedua itu tentunya sukar diyakini berbanding dengan seni lukis (yang taraf rajanya sudah pun diisytiharkan oleh Leornado Da Vinci itu sejak abad ke-16M lagi itu), muzik atau puisi bahasa tabii yang dapat dinikmati oleh semua orang itu! Lebih baik perebutan menjadi raja ini dilupakan sahaja!

Dalam bidang ilmu sains itu sendiri, sains tabii atau sains jasmani/fizis dianggap lebih tinggi tarafnya daripada sains kelakuan atau sains hayat, apatah lagi berbanding dengan sains

Page 36: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Sains Matematik dan Pengurusan

36

sosial dan kemanusiaan, atas sebab yang sama (ketepatan dan kuasa ramalannya yang tinggi). Unsur yang menyebabkan sesuatu ilmu itu tinggi tahap keboleh-percayaan/keandalannya, atau kuasa ramalannya yang tinggi ketepatannya itu, nampaknya dilakukan oleh penggunaan atau kewujudan matematik di dalam ilmu itu. Dalam konteks ini, sains yang banyak menggunakan matematik atau ringkasnya, sains bermatematik (atau sains matematik) itu dianggap lebih tinggi martabatnya atau darjatnya. Ringkasnya, tahap kesainsan sesuatu ilmu itu dianggapnya berkadaran langsung dengan tahap matematik di dalamnya; dan oleh itu matematik boleh dianggap sebagai “pentakhta raja”, pihak yang memartabat/mendarjatkan sesuatu ilmu. Dalam konteks ini, wajarlah dilaungkan slogan baru : “matematik pentakhta raja sains”.

10.2. Seninya dan Indahnya Matematik

Dalam hal yang berhubung dengan citra sains matematik terutamanya matematik tulen juga ialah perihal “kesenian matematik” itu yang sering menjadi kebanggaan sebahagian besar ahli sains matematik terutamanya ahli sains matematik tulen itu. Citra kesenian ini memang banyak dicurahkan oleh ahli-ahli matematik besar dan penulis-penulis matematik tulen. Contohnya, dalam penyetaraan matematik dengan muzik, sehingga Sullivan (1925) umpamanya berpendapat matematik sama seperti muzik atau seni lain, iaitu satu cara seseorang mencapai “swa-keinsafan yang lengkap”; manakala Russell (1967) seorang ahli matematik yang begitu berpengaruh di dalam bidang kemanusiaan sehingga beroleh Hadiah Nobel dalam kesusasteraan pada 1950, menyebut betapa matematik itu kecemerlangan kesenian yang mengatasi muzik dalam pembinaan alam unggulnya; dan Lang (1985) berkata keindahan membuat matematik ialah kerana “matematik ialah manipulasi nombor dan struktur” yang setaraf dengan “muzik ialah manipulasi nota-notanya”. Dalam menyanjung keindahan matematik, Dyson (1956), seorang ahli sains matematik fizik umpamanya menyatakan Weyl (seorang ahli sains bidang yang sama yang banyak memberi sumbangan dalam teori kumpulan) pernah berkata bahawa beliau melakukan kerja-kerjanya (dalam matematik fizik) untuk menyatukan kebenaran dengan keindahan tetapi jika beliau diberi pilihan antara dua ini nescaya beliau akan memilih keindahan (matematik); manakala Newman (1956) melaporkan bahawa Goethe pernah berkata bahawa matematikawan berhenti berkarya dalam sesuatu perkara yang diminatinya apabila dia dapat merasai keindahan kebenarannya; Russell (1967) menyebut betapa matematik itu bukan sahaja kebenaran tetapi keindahan yang agung; dan Poincare, seorang ahli sains matematik yang terkenal (dilaporkan dalam Huntley 1970) menyatakan seseorang menelaah matematik kerana menceriakan dan keindahannya. Dalam penyetaraan matematik dengan kepuisian, Bronowski (1970) umpamanya menyatakan matematik itu sejenis puisi; dan Hardy (1994), seorang ahli matematik tulen terkenal, menyatakan karya ahli matematik, sepertilah dengan karya pelukis atau pemuisi.

Sanjungan-sanjungan tabii sains matematik sebagai “kesenian” atau “seni” sebenarnya tidaklah menjadikan sains matematik itu popular seperti muzik kerana kesenian matematik hanya boleh dinikmati oleh ahli sains matematik sahaja, sedangkan muzik dapat dinikmati oleh sesiapa sahaja! Oleh itu langkah mempopularkan sains matematik sebagai kesenian sebenarnya tidak membantu keterlestarian (keboleh-terusan tanpa perubahan) matematik malah mengukuhkan sifat haktulor/steriotip matematik itu sahaja. Malang sekali, dalam kurikulum matematik sekolah pun nampaknya aspek “kesenian” dan “keindahan” mata pelajaran tersebut yang hendak dijadikan satu daripada matalamat pengajaran mata pelajaran itu.

Page 37: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Shaharir Mohamad Zain

37

11. Keperluan Anjakan Paradigma Sikap Pengajar dan Pelajar Matematik

Perubahan sikap pengajar/guru/pensyarah sains matematik amatlah diperlukan jika simbiosis dan sinergi sains matematik dengan pengurusan hendak ditonjolkan dan kesedaran terhadap tabii ini dipupuk dan seterusnya sewajarnya dihayati yang dibicarakan oleh penulis ini dalam tahun 1980-an hingga 1990-an (contohnya Shaharir 1992). Tabii sains matematik yang sebenar inilah yang berpotensi besar, malah lebih besar daripada potensi daripada ilmu lain, iaitu sains matematik sebagai ilmu yang bernilai luaran/eksternal, zahiriah/ekstrinsik, dan memang/intrinsik yang sebahagiannya telah dibincang sebelum ini. Selebihnya dibincangkan lagi di sini.

Di peringkat pengembangan ilmu matematik yang sedia ada ini, para penulis buku teks atau guru bertanggungjawab memaparkan matematik dengan kaedah yang dilalui oleh seseorang penyelidik, iaitu menjawab persoalan “bagaimanakah setiap unsur matematik itu dibangunkan pada asalnya?” Jika ini dapat dilakukan, maka tentunya berbagai-bagai nilai ekstrinsik dan intrinsik matematik, malah nilai luaran, banyak terserlah berperan(an) membangun matematik itu. Nilai zahir/ekstrinsik ialah nilai-nilai biasa dalam kaedah sains, iaitu bukan milik matematik sahaja (cuma lebih banyak/dominan dalam matematik), iaitu intuisi, heuristik, mantik, rasional, analisis, inovasi dan sebagainya; manakala nilai memang/intrinsik ialah nilai yang sentiasa menjadi motivasi penciptaan/pengaryaan matematik, iaitu kesimpelan (ringkas, mudah = sederhana Indonesia, tidak kusut, tidak kelekek, dan sebagainya), keindahan, kecanggihan, keanggunan (eligan), keitlakan (keadaan lebih am atau luas jangkauannya), keniskalaan/keabstrakan, kesatuan, dan lain-lain lagi. Nilai-nilai ini masih belum ditapis untuk membezakannya dengan mahmudah yang dibincangkan di atas tetapi peranannya sudah dijelaskan dengan agak terperincinya dalam makalah penulis ini beberapa tahun yang lepas (Shaharir 2003c). Nilai luar/eksternal yang sering ada simbiosis dan sinergi dengan sains matematik ialah ideologi, kebudayaan, pandangan hidup, doktrin kosmologi, dan sebagainya yang ada dalam pengurusan dan seterusnya dalam matematiknya seperti yang ditunjukkan sebelum ini. Walaupun kepentingan “nilai merentas kurikulum” menjadi teras KBSM, tetapi hanya satu-dua nilai daripada KBSM ini (keadilan dan kerjasama) sahaja yang dapat ditunjukkan bersimbiosis dengan matematik selama ini, dan itu pun dengan tafsiran yang berbeza daripada yang dihuraikan oleh Kementerian Pendidikan dalam risalah-risalah berkenaannya. Ini ialah kerana kebanyakan nilai kemanusiaan/sosial am KBSM itu bukannya nilai utama pencetus ilmu, iaitu bukannya nilai-nilai yang menjadi motivasi atau mangkin pembangunan matematik (lihat Shaharir 2001a, 2002b). Isu nilai dalam pendidikan sains pengurusan tiada bezanya dengan yang di dalam sains matematik amnya yang banyak dibicarakan oleh penulis ini sejak 1980-an lagi dan yang terbarunya dalam Shaharir (2003c). Kesimpulan intinya daripada perbincangan itu segi pendidikannya ialah perlunya pendekatan persejarahan (bersumber asli) diamalkan dalam pengajaran/pendidikan sains matematik amnya apatah lagi khususnya dalam sains pengurusan.

Ekorannya, pendekatan sesuatu judul sains matematik tentunya perlu diubah daripada yang biasa itu kerana penonjolan nilai-nilai memang/intrinsik, zahiriah/ekstrinsik dan luaran/eksternalnya (menerusi pendekatan biasa itu) amatlah sedikit kerana terlampau mementingkan formalisme, mantikisme, dan simbolisme. Oleh itu pendekatan yang perlu dihindari ialah yang tidak sejajar dengan sejarah perkembangan matematik itu sendiri sehingga tidaklah terlampau mementingkan mantik dan rasional sahaja, yang tidak hanya mementingkan sogokan takrif, bukti lema dan teorem tanpa motivasi dan sebab asal mengikut sejarahnya, yang prihatin kepada nilai yang mendesak/ mempengaruhi/tercetusnya idea, konsep, prinsip, takrif dan sebagainya. Dengan pendekatan baru itu kelak maka tidak/sukarlah

Page 38: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Sains Matematik dan Pengurusan

38

tertonjolnya tabii palsu matematik, iaitu kononnya matematik itu bebas nilai dan tidak bergantung pada kebudayaan dan sebagainya yang berhubung dengan kemanusiaan. Aspek ini telah diperkatakan sebelum ini. Oleh itu setiap pengajar matematik (di semua peringkat) perlu mempersoalkan banyak perkara yang dahulunya tidak pernah dihiraukannya, seperti apakah asal-usul takrif, aksiom dan sebagainya sehinggalah kepada persoalan tujuan meng-am atau mengitlakkan dan seterusnya meniskalakan sesuatu perkara dan bagaimana terbitnya sesuatu lema, teorem dan sebagainya. Jawapan kepada soalan-soalan inilah yang kaya dengan nilai daya pengaryaan, kecendekiawanan, dan nilai pendidikan amnya yang malangnya hampir tidak dihiraukan oleh hampir semua guru/pensyarah dan penulis buku teks matematik. Pendekatan dan bentuk soalan latihan, ujian atau peperiksaan juga perlu dihindarkan daripada bentuk yang memerlukan ingatan/hafalan tetapi direka bentuk dan diperantikan supaya menggalakkan berfikir, berdaya karya (kurang mantik), kritis (terbuka), berintuisi (rasa, tidak formal, tidak teliti, tidak mantik), berheuristik (ikut tanda-tanda yang menjanjikan sesuatu yang dicari-cari, walaupun tidak teliti atau banyak persoalannya) dan sebagainya. Pendeknya, pendekatan yang kaya dengan nilai-nilai pendidikan ini (nilai dalam matematik, terutamanya yang pentingnya nilai bukan nilai sosial am itu) adalah dengan cara mengulangi sejarah penemuan/pembinaan matematik itu, atau cara penyelidikan matematik. Contoh pendekatan sebegini dalam pengoptimuman dan pengurusan ada dalam karya Shaharir (2002b).

Isu pemodelan bukan sahaja ditimbulkan dalam pengajaran/pendidikan “matematik gunaan” sahaja seolah-olah pemodelan bukannya ciri matematik tulen (Pillow 1965) tetapi semestinya ketika pemaparan “matematik tulen” juga. Contohnya, aljabar set dikaitkan dengan model manusia berfikir menerusi “dan” dan “atau” yang memang belum selesai hingga sekarang, walaupun kemajuannya yang tinggi telah tercapai menerusi matematik kabur yang di negara kita diterokai oleh Prof Abu Osman. Teori Kumpulan (dalam matematik) itu terbit dengan hebatnya menerusi pertimbangan nilai estetik (keindahan) yang terkenal, iaitu simetri. Jika kita dapat meleraikan persoalan-persoalan pemodelan matematik ini, maka barulah isu matalamat kursus atau mata kuliah yang amat lemah dipaparkan pada masa ini bolehlah diperbaiki. Setiap mata kuliah matematik malah bolehlah diadakan matalamat yang lebih tinggi/murni hasratnya daripada yang biasa ditulis dalam buku-buku bersifat program (pendekatan kelakuanis/behaviuris) atau dalam modul-modul PJJ (Pendidikan Jarak Jauh) itu yang hanya bersifat kemahiran dan bukan pendidikan. Isu-isu ini pernah dibicarakan oleh penulis ini sejak hampir dua dasawarsa dahulu (terawalnya, Shaharir 1978) dalam konteks kebergunaan matematik di dalam sektor industri, pembebasan minda terserkap, penerapan dan penonjolan nilai pemangkin pembangunan matematik merentasi kurikulum, dalam konteks pempribumian sains matematik (suatu gagasan yang diutarakan oleh penulis ini sejak 1995 (lihat Shaharir 2003a,c), dan pengIslaman sains matematik itu (gagasan am yang terkenal di Malaysia sejak 1977 dengan penubuhan ASASI tetapi dengan rasional tegasnya diutarakan oleh Shaharir dan Abdul Latif 1988 dan banyak siri makalah Shaharir dan penulis-penulis lain selepas ini). Satu model pendekatan matematik yang mengandungi unsur-unsur yang diperkatakan ini sudah dimulai oleh sekumpulan ahli matematik yang digerakkan oleh penulis ini di bawah naungan PERSAMA dan model ini dinamai matemadesa. Prinsip dan konsep serta garis panduan pelaksanaan model ini ada dalam antologi Shaharir (2001a,b). Program ini masih jauh perjalanan pengisiannya dan penulis berharap kegiatan ini patut diperluaskan kepada mandala pendidikan/pengajaran di peringkat universiti seperti yang cuba dilakukan oleh penulis menerusi penerbitan buku teks universiti Siri Pelandok di PPSM, UKM.

Page 39: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Shaharir Mohamad Zain

39

12. Keperluan Anjakan Paradigma Sikap Haktulor Ahli Sains Matematik dan Lulusan Sains Matematik

Selama ini kebanyakan ahli sains matematik dan lulusan sains matematik dianggap umum bercitra negatif yang tidak serasi dengan keperluan dunia kepengurusan seperti konservatif, tidak dinamik, tidak bersosial, tidak lentur dan lain-lain lagi. Ini sudah menjadi gambaran dan anggapan haktulor (stereotip) terhadap mereka ini yang perlu dihakis oleh mereka sendiri, jika mereka mahu peluang penyumbangan yang lebih lagi kepada masyarakatnya, atau diterima dengan lebih menyeluruh lagi oleh masyarakatnya khususnya dalam dunia kepengurusan. Untuk menghakis haktulor ini, pendekatan pengajaran sains matematik yang haktulor itu seperti yang diperaku oleh ramai sarjana pendidikan matematik termasuklah sarjana yang terkenal Polya (1973) dan yang terbarunya Krantz (1998) yang begitu diwar-war oleh American Mathematical Society (AMS), tanpa diadunkan dengan isu nilai dan kebudayaan amnya yang dibincangkan dalam makalah ini perlulah dihakisi. Penggubal dan pelaksana kurikulum sains matematik perlulah merevolusikan matalamat penawaran sesuatu unsur sains matematik dengan lebih bermakna lagi, dan bukannya bersifat kelakuanisme seperti “supaya mengetahui takrif, teorem dan sebagainya” itu. Ahli sains matematik juga perlu mengambil langkah membina minatnya di dalam bidang di luar daripada bidang pengkhususan sempitnya, dan bergaul dengan orang di bidang lain sehingga dengan para korporat dan ahli politik sekali pun. Isu ini sudah lama dibicarakan oleh penulis ini seperti yang disebut di atas tetapi hingga kini pun nampaknya perkara-perkara yang menjadi isu itu masih banyak lagi yang tinggal menjadi isu walaupun perubahan yang agak banyak juga telah berlaku sejak itu. Perubahan sikap ahli sains matematik ini termasuklah juga keberanian pemimpin-pemimpin akademik sains matematik di universiti untuk menamakan semula kebanyakan mata kuliah sesebuah program sains matematik sehingga menampakkan kerelevanannya dengan kemanusiaan dan kemasyarakatan. Lulusan sains matematik pula perlu keluar memberanikan dirinya (sebahagiannya kerana menyahut cabaran dan galakan pensyarahnya) bekerja di luar bidang tradisinya, kerana jenis-jenis pekerjaan yang lain itu cukup banyak seperti yang dibincangkan oleh Shaharir (1996).

Hingga kini betapa sains matematik dan ahlinya masih tidak diberi peluang yang seadilnya untuk berperan(an) di dalam arus pembangunan Negara dapat disaksikan dalam tinjauan yang dibuat oleh Aziz et al. (1982) dan Ku Ruhana (1996) yang menunjukkan syarikat-syarikat pembuatan, perniagaan, pengurusan, kewangan dan sebagainya amat sedikit menggunakan kaedah-kaedah sains matematik. Yang lainnya masih menganggap lulusan sains matematik tidak sesuai bekerja dalam bidang selain daripada perguruan. Pendeknya imbauan terkenal daripada sarjana Yunani abad ke-4SM, Pithagoras, “Berikanlah daku tempat berpijak, aku akan menggerakkan bumi ini” (terjemahan penulis kepada ungkapan yang dipetik daripada buku Freudenthal 1967) masih belum begitu diendahkan oleh masyarakat di negara membangun, termasuklah juga di negara kita ini, walaupun tawaran-tawaran bekerja di swasta yang ditujukan kepada lulusan sains (yang seharusnya termasuklah juga lulusan sains matematik) amnya sudah semakin bertambah. Malah mengikut tinjauan Shaharir (1996) terdapat banyak jenis pekerjaan di swasta, yang sebahagian besarnya boleh dikatakan bidang pengurusan, yang sesuai direbut oleh lulusan sains matematik. Para pensyarah sains matematik amnya dan pengurusan amnya perlulah mengetahui profil pekerjaan-pekerjaan ini dan seterusnya meyakinkan pelajarnya yang lulusan sains matematik dan pengurusan khususnya memang layak mencebur ke dalamnya.

Page 40: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Sains Matematik dan Pengurusan

40

13. Penutup

Sains matematik diperkenalkan untuk mempertahankan makna dan skop matematik daripada terus tersasar dan terseleweng daripada yang asal mulanya. Sains matematik termasuklah sebahagian besar pengurusan sudah tidak dipertikaikan tetapi matematik segi etimologinya juga jelas termasuk pengurusan. Oleh itu segala hujah teori dan falsafah tentang adanya simbiosis dan sinergi antara [sains] matematik dengan nilai/sila dipaparkan menerusi bidang pengurusan dengan secara yang konkritnya. Sekaligus ditunjukkan betapa kebudayaan Melayu mampu dijadikan tunggak pembinaan [sains] matematik dan pengurusan yang boleh menyaingi tabii ilmu-ilmu ini dari sumber Barat selama ini.

Citra, dongengan atau kenyataan [sains] matematik, lulusannya, dan ahlinya yang selama ini dianggap dan mungkin diterima dengan pasifnya akan ketidak-relevanannya ilmu dan ilmuwan ini dengan arus perdana masyarakat dan negaranya, terutamanya yang tidak bersilang dengan teknologi maklumat atau statistik gunaan, sebenarnya sedang terhakis di negara kita ini tetapi kadar penghakisannya dapat dipesatkan menerusi simbiosis dan sinergi matematik dengan pengurusan. Oleh itu disyorkan supaya perubahan ini dilakukan oleh lulusan, pengajar/pendidik dan ahli sains matematik itu sendiri dengan bertindak bijak memilih bidang lain lagi sehingga ada yang dilihat relevannya dengan cita rasa masyarakatnya. Untuk mengubah keadaan para pendidiknya, para ahlinya dan lulusannya perlulah menghayati makna sains matematik yang sebenarnya, iaitu sejenis ilmu pengurusan, ilmu yang penuh nilai dan kebudayaan bangsa yang setengahnya perlu disesuaikan dengan nilai dan kebudayaan kita sendiri. Pengajaran dan penyelidikan [sains] matematik yang menimbulkan simbiosis dan sinergi dengan nilai khususnya dengan nilai-nilai daripada pengurusan ditunjukkan begitu akrab terjadinya dan oleh itu disyorkan supaya kegiatan ini terus dipertingkatkan penghayatannya. Tindakan baru ini dibayangkan akan menghakis segala citra dan dongengan/mitos haktulor [sains] matematik itu dalam tabii ilmu itu [seperti kononnya sebagai ilmu indah dan penuh seni atau menjadi ratu/permaisuri ilmu], dan kerjaya yang berlandaskan kepada ilmu ini.

Rujukan

Abdul Halim A. 2005. Peruntukan Sumber Universiti Klasik dan Universiti sebagai Sebuah Industri. Tesis D. Fal. yang akan diserahkan kepada Pusat Pengajian Sains Matematik, UKM.

Abdul Latif S. 1997. Falsafah Matematik. K.Lumpur: DBP. Abu Osman M.T. 2004. Deria Pemikiran Matematik. Daripada Konkrit ke Niskala. K.Terangganu: Penerbit

KUSTEM. Al-Attas S.M.N. 1989/1995. Islam & Filsafat Sains. Bandung: Al-Mizan (Terj. karya asalnya “Islam and

Philosophy of Science”, K. Lumpur: ISTAC 1989). --------------------. 1995. The Nature of Man and the Psychology of the Human. K. Lumpur: ISTAC, UIA. Al-Mo‘taz S.A.b.M. 2003. The Man. A Strange Creature with Diverse Qualities. 2nd ed. N.York: Darussalam. Aziz A.H., Hamdan A. & Raja Noorani R.S. 1982. Management science in Malaysia. Jurnal Pengurusan 1(1): 55-

61. Bangley F.R.C. 1964. Ghazali’s Book of Council for King (Nasihat al-Mulk). London: Oxford Univ. Press Bell E.T. 1951/1987. Mathematics Queen and Servant of Science. Washington: Tempus 1987, London: G.Bell &

Sons 1951. Boje D., Gephart R.P. & Thatchenkery T.J. (Pyt.). 1995. Postmodern Management and Organisation Theory. Sage

Pub. Bose P. 2003. Alexander The Great’s Art of Strategy. N.York: Gotham Books Briggs L.P. 1951/1999. The Ancient Khmer Empire. Bangkok: White Lotus Press. Terjemahan karya asal dalam

bahasa Perancis 1951.

Page 41: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Shaharir Mohamad Zain

41

Bronowski J. 1964. Science and Human Values. Los Angelis: Pelican Books Bukhari al-Jauhari. 1603/1966. Taj al-Salatin (Jawi, di Perpustakaan UM & Perpustakaan Negara). DiRumikan

1966 oleh Khalid Hussian dgn judul “Tajus Salatin” terbitan DBP dan diulang cetak beberapa kali sehingga yang terbarunya 1992; Yumsari Yusuf 1979 dgn judul “Tajussalatin” terbitan Departmen Pendidikan & Kebudayaan, Jakarta.

Charnes A. & Cooper W.W. 1977. Goal programming and multiple objective optimization. Euro. J. OR 1: 39-54. Chong M.W. 1997. Kamus Etimologi Bahasa Melayu. Shah Alam: Fajar Bakti. Cole K.C. 1999. First You Build a Cloud, and Other Reflections on Physics as a Way of Life. Harcourt: Harvest. Cooper R. & Burell, G. 1988. Modernism, Postmodernism and Organizational Analysis. An Introduction.

Organization Studies 9(1): 91-112 Covey S. 1989/1994. Tujuh Kebiasaan Manusia yang Sangat Efektif. Jakarta: Binarupa Aksara. Terj. 1994 kpd

karya asal dalam bahasa Inggeris 1989. Kemudian ada pula terj. ke dlm. bahasa Melayu Malaysia 1996 berjudul “Tujuh Tabiat Orang yang Amat Berkesan Memulihkan Etika Akhlak” terbitan P.Jaya: Prentice Hall.

D’Ambrosio U. 1989. On ethnomathematics. An Internet. Jour. for Philosophy of Modern Maths. Second series

4(1): 3-14. de Casparis J. 1997. Sanskrit loan words in Indonesian/Malaysian language. Dlm internet: http://

crcl.th.net/indic/sktbyin.htm , atau minta “malay-indonesian Sanskrit roots”. (4 Mei 2005). Debreu G. 1983. Economic theory in the mathematical mode. Nobel Memorial Lecture.

http://www.nobleprize.org/economics/laureates/1983/debreup-lecture.pdf; atau minta “differentiable pre-ference” (4 Mei 2005).

Dresher E. 1999. GLOT International 4 : 9 Driesch H. 1975. Physical Research: The Science of the Supernormal. N.York: Arno Press Dunbar R.I.M. 1996. The Trouble with Science. Cambridge, Mass.: Harvard Univ. Press Dyson F. 1956. Nature. 10 March. Eliezer C.J. 1969. Mathematics Queens of the Arts, Handmaiden of the Sciences. La Trobe Univ. Inaugural

Lecture, Australia. Faisal Haji Othman. 1994. Attributes of virtuous executives and administrators, dalam Aidit Haji Ghazali & Syed

Othman Alhabshi (Pyt), Islamic Values and Management, K.Lumpur: IKIM. Freudenthal H. 1967. Mathematics Observed. World Univ. Library/McGraw Hill George C.S. 1972. The History of Management Thought. Prentice Hall. Goleman D. 1998. Working with Emotional Intelligence. N.York: Bantam Books. Gonda J. 1973. Sanskrit in Indonesia. N.Delhi: International Academy of Indian Culture Hardy G.H. 1994. A Mathematician’s Apology. Cambridge, U.K: CUP Hikayat Hang Tuah. Abad ke-17M? (Jawi, di Perpustakaan UM dan dicetak di K.L & Singapura 1949,

1951,1956,1957,1959,1960)/1924 (Rumi). Transkripsi ke Rumi yang pertama 1924 terbitan Balai Poestaka, Batavia/Jakarta dan diulang cetak sekurang-kurangnya 3 kali, umpamanya 1956, cet. ke-3. Trinskripsian ke Rumi yang lainnya oleh Shellabear dan diterbitkan oleh Pustaka Antara, Singapura 1950-an, umpamanya cet. ke-3-nya 1963; Datuk Pamuntjak Nan Sati terbitan Jambatan dan Gunung Agung, Jakarta 1960; Kasim Ahmad 1964 terbitan DBP 1964,1966,1975 (cet. Ke-5), dan 1991 berpengenalan baru serta yang terbarunya 1997; Lembaga Pembinaan Kesatuan Bangsa, Djakarta 1965; Abu Hassan Sham 1975 terbitan Utusan Melayu; Bot Genoot Schap 1978 terbitan Dept. Pend. & Kebudayaan, Jakarta; Abu Hassan Sham terbitan UM 1975 dan Sarjana Interprise , K.Lumpur 1980; Rubaidin Siwar terbitan Longman, Malaysia 1980; dan terbarunya terbitan DBP dgn judul “Karya Agung Hikayat Hang Tuah” 2005. Terjemahan kepada bahasa Inggeris 1956.

Hikayat Iskandar Zu’l Karnain. Abad ke-17M? (Jawi, di Perpustakaan Negara)/1967(Rumi) transkripsian Khalid Hassan terbitan DBP dan cet. keduanya 1986; Judul yg sama transkripsian Siti Chamamah Soeratno diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta; dan terbarunya terbitan Perpustakaan Nasional Indonesia 2002.

Hikayat Nabi Sulaiman. Abad ke-17?. Namun ada judul Hikayat ini bertarikh 1832, Karangan Ishak Peuteua Gam (Jawi, ada di Perpustakaan Negara & National Library of Singapore) yang ditranskripsi ke Rumi oleh Ramli Harun 1982 dan diterbitkan oleh Departmen Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia.

Hosmer L.R.T.& L.R. 2005. The Ethics of Management. 5th ed. Boston: McGraw Hill

Page 42: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Sains Matematik dan Pengurusan

42

Huntley H.E. 1970. The Devine Proportion. N.York: Dover Pub. Hursell E.1900/1970. Logical Investigations. London: Routledge & Paul.Terjemahan daripada buku asalnya dalam

bahasa Jerman terbitan 1900. Hwang C.L. & Masud A.S.M. 1979. Multiple Objective Decision Making. Methods and Applications. A State of

the Art Survey. N.York: Springer. Hyles R. 1986. What do managers do? A critical review of the evidence. Jour. of Management Studies 23(1): 88-

115. Internet1. Dlm. internet. Minta “Nobel prize” atau “hadiah Nobel”. (5 Mei 2005). Internet2. Dlm. internet. Minta “postmodernism and the deconstruction of social explanation”. (5 Mei 2005). Internet3. Dlm. internet. Minta “Prapanca”, atau terus ke lubuk http://sastrajawa_arwan.blogspot.com/. (5 Mei

2005). Internet4. Dlm. internet. Minta “illion numbers”. (5 Mei 2005). Internet5. Dlm. internet. Minta “gajah mada” atau terus ke lubuk http://sastrajawa_arwan.blogspot.com/. (5 Mei

2005). Internet 6. Dlm. internet. Minta nama-nama berkenaan atau terus ke lubuk:

http://www.mail-archive.com/[email protected]/msg01606.html, http://www.thingsasian.com/goto_article/article.1245.html, http://www.womeninworldhistory.com/heroine1.html. (5 Mei 2005).

Kahf M. (1980/1981). A Contribution for the Theory of Consumer Behaviour in an Islamic Society. Dlm. Ahmad

K. (Pyt.), 1980, Studies in Economics of Islam, Arab Saudi: International Centre for Research and Islamic Economics, King Abdul Aziz Univ. Karya ini juga diterbitkan oleh Islamic Foundation, Leicester, U.Kingdom 1981; dan diterbitkan juga di Delhi, India 1987. Karya beliau yang mengandungi isu yang sama juga muncul dlm. buku snt. Ahmad K. & Awan K.R., 1987, Lectures on Islamic Economics, Jedah: Islamic Dev. Bank, dgn judul “Theory of consumer behaviour in Islamic perspective” yg juga muncul dlm buku Tahir A., Ghazali A & Agil S.O.S (Pyt.), 1992, Reading in Micro-economics. An Islamic Perpective, K.Lumpur: Longman. Karya beliau yg lebih baru lagi tentang perkara ini tetapi masih tiada perubahan aksiomnya muncul dlm bab 4 dan 5 buku snt. Ghazali A. & Agil S.O.S., 1996, Principles of Islamic Economics, K.Lumpur: IIUM.

Kamus Besar Bahasa Indonesia. 1995. Snt. ke-2. Jakarta: Balai Pustaka. Kamus Dewan. 1989. Snt. baru, cet. 1. K. Lumpur: DBP. Kamus Matematik. 1990. K.Lumpur: DBP. Kamus Moderen Bahasa Indonesia. 1950-an?/1962. oleh Sutan Mohammad Zain Yayasan Dharma. Snt.

Pertamanya 1950-an? Muncul juga dalam internet http:// truevis.com/indon/ety.html. Kamus Pelajar. 1995. Cet. Ke-12. K. Lumpur: DBP. Kelly L. 1998. An Existential-Systems Approach to Managing Organizations. Wesport, Conn: Quorum Books. Khan F. 1984. macro consumption function in an Islamic framework. J. of Research in Islamic Economics 1(2): 1-

2. ---------. 1992. Theory of consumer behaviour in an Islamic perspective. Dlm. Sayyid Tahir et al.. (Pyt.). Readings

in macroeconomics: An Islamic Perspectives. K.Lumpur: Longman. Khoo K.H. 1990. War at Work: Applying Sun Tzu’s Art of War in Today’s Business World. P.Jaya: Pelanduk Pub. Kirkeby O.F. 2000. Management Philosophy. A Radical-Normative Perspective. New York: Springer Verlag. Krantz S.G. 1998. How to Teach Mathematics. 2nd ed. Providence, A.S: AMS. Ku Ruhana Ku Mahamud. 1996. The extent of image of quantitative techniques in Malaysian business firms.

Analisis 4(1): 1-11. Kurke L.B. 2004. Wisdom of Alexander The Great: Enduring Leadership Lessons from The Man Who Created an

Empire. N.York: American Management Assoc. Lang S. 1985. The Beauty of Doing Mathematics. N. York: Springer Verlag. Lennie I. 1999. Beyond Management. London: Thousand Oaks. Livingston E. 1986. The Ethnomethodological Foundation of Mathematics. London: Routledge & Kegan Paul. Machiavelli, N. 1532/1959. Kepala Negara. Djakarta: Lembaga KRISM 1959. terjemahan 1959 kpd buku asalnya

dalam bahasa Italia, “Il Principe” 1513. Terjemahan lainnya terbitan DBP 1989 dgn judul “Penguasa: Surat Seorang Negarawan kepada Pemimpin Republik”; terbitan Gramedia, Jakarta 1991 dgn judul, “Sang Penguasa: Surat Seorang Negarawan kepada Pemimpin Republik”; dan Gramedia lagi 2004 dgn judul “Politik Kekuasaan”. Terjemahan ke bahasa Inggeris pertama kali dilakukan pada 1680 dgn judul, “The

Page 43: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Shaharir Mohamad Zain

43

Prince” dan diikuti puluhan terjemahan baru selepas itu hingga tahun 2000-an ini pun ada terjemahannya yang dapat disaksi dalam internet.

Maheran M.J. & Shaharir M.Z. 2004. Mudharabah model for business loan based on equity. Kumpulan Kertas Kerja Sem. on Non-Bank Financial Institutionns: Islamic Alternatives. 1-3 Mac 2004, K.Lumpur , 1-10. Susunan Habib A.

Maheran M.J., Shaharir M.Z,, Abdul Aziz J. & Zaidi I. 2005. Model pelaburan saham tunggal terbuka mengikut perspektif Islam. Seminar Kebangsaan Sains Matematik ke-13, UUM, 31 Mei .

Mangunsuwito S.A. 2002. Kamus Lengkap Jawa-Indonesia. Bandung (Margahayu Permai): Yrama Widya. Maspero G. 1920/2002. The Champ Kingdom. The History of an Extinct Vietnamese Culture. Bangkok: White

Lotus Press. Terjemahan 2002 kpd karya asal dlm bahasa Perancis 1920. Mat Rofa Il. 1995. Sejarah Aritmetik dan Aljabar Islam. Serdang: UPM. Muhammad Khair Ramadhan Yusof. 2000. Iskandar Zulkarnain: Panglima Perang, Penakluk dan Pemerintah

yang Soleh. Kajian Terperinci menurut al-Qur-aan, Sunnah dan Sejarah. K.Lumpur: Jasmin Enterprise. Terjemahan karya asalnya dalam bahasa Arab.

Newman J. 1956. The World of Mathematics. New York: Simon & Schuster. Norsida H. & Shaharir M.Z.. 2003. Kaedah pemilihan Pelajar masuk universiti menerusi pengaturcaraan linear

gol: kajian kasus UPSI. Bul. of the Malay. Math. Sc. Soc. 26: 129-139. Nuruddin al-Raniri. 1638/2002. Bustan al-Salatin (Jawi, di Perpustakaan UM & Perpustakaan Negara). Bab 3,

yang diRumikan oleh Mohd Jalaini Harun 2002 (belum terbit). Beberapa bab lain sudah diRumikan dan diterbitkan oleh DBP 1966 (Bab 2, Fasal 13 oleh T.Iskandar), 1992 (Bab 2 sepenuhnya oleh Siti Hawa Haji Salleh); 2004 (Bab 1 & 2 oleh Jelani Harun). Buku asalnya ada 7 Bab. Terjemahan kpd Inggeris 1974 dilakukan terhadap bab 4 fasal 1 terbitan DBP.

PAS 2003. Negara Islam. PAS Pusat, Jalan Melawati, K.Lumpur. Pillow A.F. 1965. What is Applied Mathematics? Inaugural Lecture. Brisbane: Univ. of Queensland Press. Plutarch. 75M/2004. Life of Alexander The Great. N.York: Modern Library. Terj. Karya asal dalam bahasa Yunani

75M. Polya G. 1973. How to Solve It. 2nd ed. Princeton: Princeton Univ. Press. Prapanca. 1365. Nagarakritagama. Edisi Brandes J.L.A. 1902. Prawiroatmodjo S. 1957. Bausastra Djawa-Indonesia. Surabaja: Penerbit Express & Marfiah. Reed M. 1989. Sociology of Management. N.York: Harvester Wheatsheaf. Rosenthal F. 1970/1992. Keagungan Ilmu. Kuala Lumpur: DBP. Terjemahan 1992 kpd buku asalnya dalam bahasa

Inggeris terbitan 1970. Rubeinstein A. Lecture 4: Consumer preference. http://www.Google.com/ search?q=%22differentiable+

utility+function%22&btnG=search8hl=en&k= ; atau minta “differentiable utility function” (5 Mei 2005). Russell B. 1967. Autobiography. London: George Allen & Unwin: 158. Saaty T.L. 1980. The Analytic Hierarchy Process. McGraw Hill. Saaty T.L. & Erdener E. 1979. A new approach to performance measurement: The analytic hierarchy process.

Design Methods and Theories 13(2). Salalatussalatin/Sulalat al-Salatin/Sulalatus Salatin/Sejarah Melayu 1612 (Tun Sri Lanang, Jawi)/1948 (Rumi,

transkripsi Shellabear 1896). Singapura: Malaya Pub. House. Diulang cetak beberapa kali seperti cet. ke-4-nya 1950, dan terakhirnya 1961, dan kemudiannya diterbitkan pula oleh Fajar Bakti, P.Jaya 1970-an (cetakan ke-2-nya 1975) serta diulang cetak lagi mungkin lebih daripada belasan kali kerana cet. ke-17-nya 1987. Transkripsi lainnya oleh Datuk Madjoindo Aman 1952 terbitan Jambatan dan Gunung Agung, Djakarta yg diulang cetak 1959; Situmorang T.D, TeeuwA. & Amal Hamzah 1958 terbitan Djambatan, Jakarta; Zainal ‘Abidin Wahid 1966 terbitan Quezon City, Philippina; Abdul Samad Ahmad 1979 terbitan DBP; Putri Minerva Mutiara 1993 terbitan Departmen Pendidikan & Kebudayaan, Jakarta; Muhammad Haji Salleh 1997 terbitan Yayasan Karyawan & DBP; Muhamad Yusoff Hashim 1998 terbitan Inst. Kajian Sejarah dan Patriotik Malaysia, Melaka; Cheah B.K. 1998 terbitan MBRAS .Terjemahan kpd Inggeris 1960-an, snt. baru terbitan OUP 1967.

Salaman G. 1981. Class and the Corporation. London: Fontana. Shaharir M. Z. 1978. Should we emphasize on application of mathematics particularly its application in industry.

Dlm Shaharir B.M.Z. et al.. (Pyt.). The Role of Mathematics in Industry. Proc. of 3rd South East Asian Math. Sympos. Bangi: UKM. 15-21.

Page 44: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Sains Matematik dan Pengurusan

44

-----------------------------------. 1984. Daya pengkaryaan bahasa dalam bidang bukan sastera. Dewan Bahasa. Sept.: 552-554.

---------------------------------. 1990. Simbiosis antara Sistem Nilai dengan Matematik. Bangi: Pusat Penerbit, UKM. ---------------------------------. 1992. Pengaruh budaya ke atas sains matematik. Kesturi. 2(2): 30-43. ---------------------------------. 1996. Isu pemasyarakatan matematik di Malaysia. Berita Harian. 6 Feb; dan Menemui

Matematik 18(1): 15-20. ----------------------------------. 1998/2000. Sistem Angka Melayu sebelum Kedatangan Islam. Bull. Malaysian Math.

Soc. 23(1): 1-34. Asalnya sebuah laporan Cuti Sabatikal UKM 1998. ---------------------------------.1999a. Satu tanggapan tentang sains matematik pengurusan. Warkah Berita PERSAMA

5 (1&2). --------------------------------. 1999b. Sorotan buku Abdul Latif “Falsafah Matematik”. Bull. Malaysian Math.

Soc.22(2): 193-206. -------------------------------.2000/2002. Etnomatematik Melayu. Seminar UNRI-UKM, 6 Mei, 2000, dan

kemudiannya muncul dalam Jurnal Sari 2002 (2): 97-112. -------------------------------. 2001a. A need for an indigenised curiculum in school mathematics. Internat. Sem. on

School Science & Mathematics. Akademi Sains Malaysia, 22 Okt. ----------------------------. 2001b. Garis Panduan Prinsip dan Pelaksanaan Matemadesa. Bangi: PERSAMA. ------------------------------. 2002a. Untung Nasib unsur Kualitatif dalam Sains Matematik. Seminar Sehari Falsafah

dan Sejarah Matematik, anjuran Jabatan Matematik UPM. Muncul dalam Kesturi 12. -------------------------------. 2002b Kaedah pengajaran dan pendidikan pengoptimuman yang mendekati Nilai Islam.

Pros. Simpos. Kebangsaan Sains Matematik ke-9. Bangi: Pusat Pengajian Sains Matematik, UKM: 313-320. -------------------------------. 2003a. Kaedah pemeribumian sains, teknologi dan perubatan. Makalah Khas Pusat

Penerbit dan Teknologi Pendidikan UKM. ------------------------------------. 2003b. Management Philosophy. A Radical-Normative Perspective (ulasan buku).

Jurnal Pendidikan Islam. ABIM 10(3): 69-79. ---------------------------------. 2003c. Penyerlahan nilai sains matematik hampir di mana-mana Seminar Sehari Nilai

dalam Sains Matematik” anjuran INSPEM, UPM, 1 April 2003. 20pp. ---------------------------------. 2003d. Teori Kepemimpinan-Kepengurusan dalam Tamadun Melayu dan Tamadun

Islam Vis a Vis Eropah. Mimeograf. ----------------------------------. 2005. Beberapa Akibat daripada Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa

Inggeris di Malaysia: Suatu Penilaian Empiris dan Teori. Kumpulan kertas kerja Kongres Melayu 2. Shaharir M.Z. & Abdul Latif S. 1988. PengIslaman sains matematik. Jurnal Pendidikan Islam ABIM. 2(7): 13-135. Shaharir M.Z. & Abdul Halim A. 2002a. Peruntukan sumber akademik universiti: sorotan model jangka pendek

yang menggunakan pengaturcaraan gol. Prosid. Simpos. Kebangsaan Sains Matematik ke-9. Bangi: PPSM, UKM: 303-312.

-------------------------------------------------------------.2002b. Pemodelan universiti berkonsepkan pada industri pembuatan. Dlm. Faridah et al.. (Pyt.). Pemodelan Ekonomi, Aplikasi Kepada Pembentukan Dasar. K. Lumpur: Univision Press Sdn. Bhd., pp. 215-242.

-------------------------------------------------------------. 2002c. Matalamat pemodelan industri pembuatan, isu kakitangan akademik, dan hubungan di antara keduanya dalam penghasilan program pengajian di universiti. Dalam Zuria M. et al.. (Pyt.). Pros. Sem. Profesion Perguruan. Bangi: Fakulti Pend. UKM, pp. 417-440.

--------------------------------------------------------------. 2005a. Peruntukan sumber bagi sesebuah universiti klasik. Mimeograf.

--------------------------------------------------------------. 2005b. Peruntukan sumber bagi sesebuah universiti yang dianggap sebagai sebuah industri pembuatan. Mimeograf .

Shaharir M.Z. & Rohani A. R. 1996. Pengaruh sistem nilai dalam pengoptimuman utiliti berketentuan: Ke arah teori yang lebih serasi dengan Islam. Pros. Simpos. Kebangsaan Sains Matematik ke-VII. Shah Alam: ITM: 290-296.

Shaharir M.Z., Shaikh Dawood & Mohamad A. 1986. Satu Penilaian Prestasi Ekonomi Malaysia, dlm Abu Osman B. M. T. et al. (Pyt.). Ke Arah Peningkatan Penyelidikan dan Pengajaran Sains Matematik. Bangi: Pusat Pengajian Kuantitatif. 458-481.

Sheppard M. 1976. Tun Perak, Bendahara Melaka Termasyhur. K.Lumpur: Longman. Simon H.A. 1957. Models of Man. Social and Rational. N.York: JWiley. Spash C. & Hanley N. 1995. Preferences, information and biodiversity. Ecological Economics 12: 191-208. Stevenson L.F. 1974/1988. Tujuh Teori tentang Sifat Manusia. P.Jaya: Pustaka Cipta. Terj. 1988 kpd karya asal

dalam bahasa Inggeris 1974. Sugiarto et al. 1993. Kamus Indonesia-Daerah. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama.

Page 45: SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN - ukm.my · PDF fileSains Matematik dan Pengurusan 2 only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at par with

Shaharir Mohamad Zain

45

Sullivan J.W.N. 1925. Aspects of Science. N.York: A.A. Knopf. Sun Tzu. 500SM/1986. Seni Ketenteraan Sun-Zi. Yayasan Penerbitan Sastera, Persekutuan Persatuan-Persatuan

Hokkien Malaysia. Terj. karya asal dalam bahasa China yang dianggarkan bertarikh 500SM. Terjemahan lainnya, terbitan DBP 1993 dgn judul “Seni Peperangan” oleh Sunzi. Dalam bahasa Inggeris diterjemah sebagai “The Art of War” pertama kalinya dalam 1905 atas nama Sonshi dan diterbitkan di Jepun (maklumat daripada internet).

Syed Othman A. 1994. Islamic values: its universal nature and applicability” dalam Aidit Haji Ghazali .& Syed Othman Alhabshi (Pyt), Islamic Values and Management, K.Lumpur: IKIM.

Tekad 2002. Perancangan Strategi UKM. Bangi: Pusat Penerbit UKM. Thom R. 1968/1975. Structural Stability and Morphogenesis. San Francisco: Benjamin Cummings. Terj 1975 kpd

karya asalnya dalam bahasa Perancis 1968. Tryson D.T. (Pyt.). 1994. Comparative Austronesian Dictionary. N.York: Mouton de Gruyter. UMNO 2004. internet , “Islam Hadhari”. Viky P. N. & Shaharir M.Z.. 2003. Efficiency of the local commercial Bank in Malaysia. Malaysian Management

Rev. 38(2): 9-19. Vinson & Sutliv J. (Pyt.). 1994. Dictionary of Iban and English. Kuching: Tun Jugah Foundation. Wan Mohd. Shaghir A. 2000. Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara. Jilid 1. Kuala Lumpur: Persatuan

Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah. Winter C.F.Sr. & Ranggawarsita R.Ng. 1987. Kamus Kawi-Jawa. Yogyakarta: Gadjah Mada Univ. Press Zaman A. 1987. Essays in Islamic Analysis. N. Delhi: Nice Printing Press. Zaman A. 1991. Towards foundation for an Islamic theory of consumer behaviour. Dlm Faridi F.R. (Pyt.), Essays

in Islamic Economic Analysis, N.Delhi: Genuine Pub. Zeeman S.C. 1973. Applications of Catastrophe Theory. Preprint. Maths. Inst, Univ. of Warwick, U. Kingdom. Zoetmulder P.J. 1982/2000. Kamus Jawa Kuna – Indonesia. Cet. Ke-3. (Cet. Pertamanya 1995). Jakarta:

Gramedia Pustaka Utama. Terj. Karya asalnya “Old Javanese-English” 1982. Zohar D. & Marshall I. 2001. SQ: Spiritual Intelligence. The Ultimate Intelligence. N.York: Bloomsbury. %%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%% Makalah ini ialah hasil suntingan makalah yang dibentangkan di Sem. Keb. Sains Matematik XIII di Alor Setar,

anjuran UUM-PERSAMA pada 31 Mei 2005 sebagai ucap utama. Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Malaysia Mel-e: [email protected]