peramal unlkdisires remajaetnikiranun,sabah rosnah … · yang penting dalam penyesuaian...

19
PERAMAL UNlKDISIRES REMAJAETNIKIRANUN,SABAH ABSTRACf Ferlis B. Bullare @Bahari Rosnah Ismail The main objective of this study was to examine the predictor of adolescent distress of ethnic Iranun in Kota Belud and Kota Kinabalu. Sabah. The respondents comprised of 129 mothers (57 urban and 72 rural) and 129 adolescents (55 male and 74 female) aged between 13 to 17 years old who have been selected. The Economic Strain Questionnaire (ESQ) instrument had been used to measure economic hardship. Dyadic Adjustment Scale (DAS) to measure marital relationship. Parent s Report (PR) to measure maternal parenting behavior and Clinical Anxiety Scale (CAS) and Beck Depression Inventory-II (BDI-Il) to measure adolescent distress. The results of the study show no significant relationship between economic hardship. marital relationship and maternal parenting behavior with adolescent distress. The results also indicate that household income. length of ma"iage. economic hardship and marital relationship are the strongest predictor of adolescent distress. PENGENALAN Faktor kesulitan ekonomi seperti tidak memiliki sebarang pekerjaan dan tahap pendapatan yang rendah boleh memberi kesan negatif ke atas remaja dari segi kesihatan mental, tingkah laku dan kesejahteraan emosi (Takeuchi, Williams, & Adair, 1991; Adler et al., 1994; Klebanov, Brooks-Gunn & Duncan, 1994; MacFadyen, MacFadyen & Prince, 1996; Demo & Cox, 2000; Seccombe, 2002). Remaja daripada keluarga yang mengalami kesulitan ekonomi juga mempunyai risiko tinggi dalam menghadapi masalah tingkah laku dan mempunyai penghargaan kendiri yang rendah (Coopersmith, 1967; Isralowitz & Singer, 1986; Voydanoff & Wilson, 1990; Conger, 1992). Selain itu, remajajuga mengalami pencapaian pendidikan yang lebih rendah (Conger & Elder, 1994). Jika keadaan ini tidak ditangani, ia boleh menimbulkan distres yang kronik dalam kalangan remaja (McNamara, 2000). Beberapa kajian secara konsisten menunjukkan terdapat perkaitan di antara kesulitan ekonomi dengan kesejahteraan emosi seperti tekanan, depresi, marah, anxieti dan kesihatan fizikal yang negatif(pearlin et al., 1981; Kessler, House, & Turner, 1987; Hamilton, 1990; Keith, 1993; Peirce et al., 1994; Vmokur, Price, & Caplan, 1996).

Upload: others

Post on 12-Mar-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERAMAL UNlKDISIRES REMAJAETNIKIRANUN,SABAH

ABSTRACf

Ferlis B. Bullare @Bahari Rosnah Ismail

The main objective of this study was to examine the predictor of adolescent distress of ethnic Iranun in Kota Belud and Kota Kinabalu. Sabah. The respondents comprised of 129 mothers (57 urban and 72 rural) and 129 adolescents (55 male and 74 female) aged between 13 to 17 years old who have been selected. The Economic Strain Questionnaire (ESQ) instrument had been used to measure economic hardship. Dyadic Adjustment Scale (DAS) to measure marital relationship. Parent s Report (PR) to measure maternal parenting behavior and Clinical Anxiety Scale (CAS) and Beck Depression Inventory-II (BDI-Il) to measure adolescent distress. The results of the study show no significant relationship between economic hardship. marital relationship and maternal parenting behavior with adolescent distress. The results also indicate that household income. length of ma"iage. economic hardship and marital relationship are the strongest predictor of adolescent distress.

PENGENALAN

Faktor kesulitan ekonomi seperti tidak memiliki sebarang pekerjaan dan tahap pendapatan yang rendah boleh memberi kesan negatif ke atas remaja dari segi kesihatan mental, tingkah laku dan kesejahteraan emosi (Takeuchi, Williams, & Adair, 1991; Adler et al., 1994; Klebanov, Brooks-Gunn & Duncan, 1994; MacFadyen, MacFadyen & Prince, 1996; Demo & Cox, 2000; Seccombe, 2002). Remaja daripada keluarga yang mengalami kesulitan ekonomi juga mempunyai risiko tinggi dalam menghadapi masalah tingkah laku dan mempunyai penghargaan kendiri yang rendah (Coopersmith, 1967; Isralowitz & Singer, 1986; Voydanoff & Wilson, 1990; Conger, 1992).

Selain itu, remajajuga mengalami pencapaian pendidikan yang lebih rendah (Conger & Elder, 1994). Jika keadaan ini tidak ditangani, ia boleh menimbulkan distres yang kronik dalam kalangan remaja (McNamara, 2000). Beberapa kajian secara konsisten menunjukkan terdapat perkaitan di antara kesulitan ekonomi dengan kesejahteraan emosi seperti tekanan, depresi, marah, anxieti dan kesihatan fizikal yang negatif(pearlin et al., 1981; Kessler, House, & Turner, 1987; Hamilton, 1990; Keith, 1993; Peirce et al., 1994; Vmokur, Price, & Caplan, 1996).

Ferlu B. Bullare @ Bahari & Rosnah Ismail

Menurut Gans (1990) (dim. Jas Laile Suzana Jaafar, 1996), hampir separuh rernaja rnenghadapi kesukaran daya tindak dengan situasi-situasi rnenekan sama ada di sekolah atau di rurnah. Keadaan yang rnenekan ini tennasuklah perubahan yang besar dalam kehidupan (seperti ibu bapa bercerai, bertukar sekolah, seseorang yang penting dan disayangi dalam keluarga sakit atau rneninggal dunia), situasi-situasi yang menekan (seperti kesulitan ekonomi, kesempitan hidup, kecacatan, konflik keluarga) dan tekanan-tekanan harian (peperiksaan, diusik atau disindir kawan, bergaduh dengan adik-beradik atau ibu bapa).

Keadaan tertekan ini menimbulkan kecelaruan mental dan fizikal seperti stres, anxieti, depresi, sakit kepala dan sakit perut. Kece1aruan ini akan menjadi lebih berat apabila ditambah dengan sumber-sumber distres yang lain. Namun demikian, sekiranya remaja diberi sokongan sosial terutamanya daripada ibu bapa, adik-beradik, rakan dan saudara-mara semasa menghadapi sesuatu masalah, mereka akan terhindar daripada kesan-kesan yang aversif(Hauser & Bowlds, 1990) (dim. Jas Laile Suzana Jaafar, 1996).

Terdapat beberapa kajian menunjukkan kesan kesulitan ekonomi terhadap stres di kalangan suami dan isteri serta anak-anak (McLoyd & Flanagan, 1990; Ho, Lempers & Clark-Lempers, 1995). Abli keluarga yang mengalami rnasalah kesulitan ekonomi menghadapi tahap stres yang tinggi dan keadaan ini boleh menjejaskan hubungan di antara ibu bapa dengan remaja (McLoyd et al., 2000; McKenry & Price, 2000). Conger et al. (1992, 1993) mendapati tekanan ekonomi menyebabkan depresi dalam kalangan ibu bapa meningkat, ibu kurang cekap rnendidik anak dan menjejaskan penyesuaian diri remaja.

Ibu bapa yang rnengalami tekanan kewangan mempunyai kebarangkalian yang tinggi mengalami depresi,lebih mudah marah, kurang mempamerkan sokongan dan didikan dalam interaksi dan komunikasi seharian dengan remaja serta gagal menjalankan fungsinya dengan baik (Stern, Smith & Jang, 1999). Remaja akan merasa tertekan kerana sifat ibu yang mudah marah, mudah menimbulkan konflik dan kurang terlibat dalam rnengasuh atau rnemberi sokongan kepada remaja (Larson, 2001). Keadaan sedemikian memberi kesan yang tidak sihat seperti wujud hubungan yang renggang, tidak mesra, tidak ingin terlibat dalam hal-ehwal remaja serta mengelak daripada terlibat dengan kehidupan seharian (Maccoby & Martin, 1983; Patterson, 1982) (dim. Lempers & Clark-Lempers, 1997).

Kesulitan ekonomi juga boleh menimbulkan pelbagai cabaran dan tekanan bidup kepada ibu, bapa serta anak-anak (Kim, Hong & Rowe, 2000). Tambahan pula, remaja yang berada dalam suasana keluarga yang tidak memiliki sebarang pekerjaan dilaporkan lebih berkonflik dengan ibu bapa mereka. Keadaan ini merumitkan lagi hubungan mesra dan rapat antara ibu bapa dengan remaja (McLoyd et al., 2000).

28

Peramal Unik Distres Remaja Emik Iranun. Sabah

Oleh itu, Shek (1998) menegaskan bahawa keluarga memainkan peranan yang penting dalam penyesuaian psikososial dan kesihatan mental remaja. Kajian di peringkat tempatan (Rozumah et al., 1999) dan Barat (Hartos & Power, 1997; Stem, Smith & Jang, 1999) menunjukkan keluarga yang gagal menangani tekanan ekonomi boleh mewujudkan perlakuan devian dan eara kehidupan antisosial dalam kalangan remaja.

Proses keluarga yang merujuk kepada sifat dan kualiti keluarga dan perhubungan seperti sokongan keibubapaan serta konflik keluarga boleh mempengaruhi perkembangan mental, emosi dan kognitif remaja (Salem, Zimmer & Notaro, 1998). Seperti yang disarankan Wahlroos (1983) (dIm. Noller & Fitzpatrick, 1993) iaitu • The greatest happiness and the deepest satisfaction in life, the most intense enthusiasm and the most profound inner peace, all come from being a member of a lovingfamily' (hIm. 19).

Field et al. (1995) telah mendapati remaja yang mempunyai tahap penghargaan kendiri yang tinggi, tahap depresi dan skor penglibatan risiko yang rendah mempunyai hubungan yang intim dengan ibu dan bapa mereka. Sementara itu, remaja yang berasal daripada golongan keluarga kelas atasan dan pertengahan menunjukkan kesejahteraan emosi kerana mempunyai hubungan yang lebih mesra dengan ibu bapa disebabkan pemilikan harta yang lebih baik dan saiz keluarga yang keeil berbanding remaja daripada golongan kelas bawahan.

Dapatan kajian oleh Gonzales, Pitts dan Hill (2000) ke atas kesan konflik ibu bapa kepada depresi remaja dan tingkah laku bermasalah di perantara oleh tiga dimensi keibubapaan (penerimaan, disiplin yang tidak konsisten dan kawalan yang ketat). Hasil anal isis mendapati penerimaan ibu bapa, disiplin yang tidak konsisten serta kawalan yang ketat boleh menentukan hubungan konflik ibu bapa dengan depresi dan tingkah laku bermasalah bagi remaja. Hasil kajian ini menyarankan konflik ibu bapa atau ibu bapa yang kurang berinteraksi memberi kesan kepada tahap depresi dan tingkah laku bermasalah yang dialami oleh remaja.

Secara umumnya, kajian ini dijalankan untuk menentukan perkaitan antara kesulitan ekonomi dan distres remaja. Oleh kerana keluarga memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan distres remaja, kajian ini cuba menentukan perkaitan antara hubungan perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan ibu dengan distres remaja. Akhir sekali, kajian ini cuba mengenal pasti peramal unik yang merangkumi ciri personal ibu, kesulitan ekonomi, hubungan perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan ibu ke atas distres remaja bagi keluarga etnik Iranun, Sabah.

29

FeTlu B. BullaTe @ Baharl & Ros1Iah Ismail

METOOOLOGI

Reka Bentuk Kajian

Kajian tinjauan ini bersifat korelasi. Ia bertujuan untuk mengkaji perkaitan antara kesulitan ekonomi, hubungan perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan ibu dengan distres remaja bagi keluarga etnik Iranun di daerah Kota Belud dan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Selain itu, kajian inijuga cuba mengenal pasti peramal unik (eiri personal responden ibu, kesulitan ekonomi, hubungan perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan ibu) ke atas distres remaja.

SampeJ Kajian

Seramai 129 orang responden ibu (57 bandardan 721uarbandar) dan 129 remaja(55 lelaki dan 74 perempuan) yang berumur antara 13 hingga 17 tahun telah dipilih sebagai subjek kajian iaitu melalui kaedah persampelan bertujuan.

AlatKajian

Dalam kajian ini, satu set soal selidik yang merangkumi lima bahagian digunakan. Bahagian A mengandungi ciri personal respond en ibu dan remaja. Bahagian B berkaitan dengan kesulitan ekonomi Economic Strain Questionnaire (ESQ). Bahagian C adalah mengenai hubungan perkahwinan Dyadic Adjustment Scale (DAS). Bahagian D adalah mengenai tingkah laku keibubapaan ibu Parent:r Report (PR) dan bahagian E adalah mengenai distres remaja Clinical Anxiety Scale (CAS) dan Beck Depression Index-II (BDI-Il) telah digunakan.

Anallsis Data

Data dianalisis menggunakan kaedah korelasi Pearson untuk menguji perkaitan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dikaji. Manakala analisis regresi berganda digunakan untuk menentukan peramal unik pemboleh ubah terikat (distres remaja) dan menerangkanjumlah sumbangan varians pemboleh ubah peramal (ciri personal ibu, kesulitan ekonomi, hubungan perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan ibu) ke atas distres remaja. Data mentah kajian dianalisis dengan bantuan SPSS for windows 10.05.

30

Peramal Unik Distres Remaja Elnik lranun, Sabah

KEPUfUSAN

Latar Belalulng Subjek

Dalam kajian ini, seramai 129 subjek ibu dan 129 subjek remaja etnik Iranun tinggal di Kota Belud (luar bandar) dan Kota Kinabalu (bandar) menjadi responden kajian. Seramai 57 (55.8 peratus) orang tinggaI di bandar manakala 72 (44.2 peratus) orang tinggal di luar bandar.

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa min bagi tempoh perkahwinan ibu ialah 22.98 tabun. Separuh daripada keseluruhan respond en ibu tidak bersekolah (51.2 peratus) dan taraf pendidikan tertinggi adalah setakat STPMlHSC (0.8 peratus), manakala seramai lima responden (3.9 peratus) terdiri daripada mereka yang berpendidikan Sekolah MenengahAtas. Purata bagi tempoh pendidikan keseluruhan responden ibu adalah 3.42 tabun. Dapatan kajianjuga menunjukkan bahawa purata jumlah pendapatan bulanan keluarga adalah sebanyak RM477.71, bilangan anak (6.62 orang) dan bilangan ahli isi rumah (8.80 orang).

lika dilihat ciri personal remaja dari aspekjantina, remaja perempuan lebih ramai daripada lelaki iaitu 74 orang (57.4 peratus) berbanding remaja lelaki hanya 55 orang (42.6 peratus). Purata umur bagi keseluruhan remaja ialah 14.86 tabun. Dari segi taraf pendidikan, lebih separuh daripada responden remaja bersekolah di peringkat menengah rendah iaitu seramai 84 orang (65.1 peratus) dan selebihnya seramai 45 orang (34.9 peratus) bersekolah di peringkat menengah atas.

Min skor bagi pemboleh ubah bebas merangkumi kesulitan ekonomi, hubungan perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan ibu, masing-masing mencatat 22.84,46.67 dan 65.72. Bagi pemboleh ubah terikat pula, min bagi distres remaja mencatat 31.1 S dan dua aspekoya iai tu anxieti dan depresi mencatat nilai min skor masing-masing, iaitu 14.25 dan 16.90.

Perlulitan Kesulitan Ekonoml dan Distres Remaja

Berdasarkan Jaduall, ringkasan korelasi Pearson mendapati kesulitan ekonomi tidak berhubung secara signiflkan dengan distres remaja, r = - 0.08, k > 0.05 dan dua aspeknya iaitu anxieti, r = 0.04, k> 0.05 dan depresi, r = - 0.12, k > 0.05. lelas bahawa tidak terdapat perkaitan antara kesulitan ekonomi dan distres (anxieti dan depresi) bagi remaja etnik Iranun.

31

Ferlis B. Bul/are @ Baharl & Rosnah Ismail

Jaduall : Ringkasan analisis korelasi Pearson bagi perkaitan antara kesulitan ekonomi dan distres remaja (anxieti dan depresi)

Pemboleh ubah

Kesulitan Ekonomi Distres Remaja Anxieti Depresi

Nota. *** k ~ .001.

Kesulitan Distres Ekonomi Remaja

·0.08 0.04

- 0.12 0.69*** 0.95"*

Anxieti Depresi

0.43***

Perkaitan Hubungan Perkahwinan dan Tingkab Laku Keibubapaan Ibu dengan Distres Remaja

Ringkasan korelasi Pearson dalam Jadua12 juga mengesahkan hubungan perkahwinan tidak berkait secara negatif dan signifikan dengan distres remaja, r:o: - 0.12, k> 0.05 dan dua aspeknya iaitu anxieti, r a - 0.13, k> 0.05 dan depresi, r= - 0.10, k> 0.05. Sementara tingkah laku keibubapaan ibu dilihat tidak berkait secara negatif dan signifikan dengan distres remaja, r = 0.08, k > 0.05, anxieti, r = 0.08, k> 0.05 dan depresi, r"" 0.06, k> 0.05. Jelas bahawa hubungan perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan tidak berkait secara songsang dengan distres remaja dan dua aspeknya.

Jaduall : Ringkasan analisis korelasi Pearson bagl perkaitan antara hubungan perkahwlnan dan tingkah laku keibubapaan Ibu dengan distres

remaja (anxieti dan depresi)

Pemboleh uhah Hubungan TIngkah Laku Distres Anx" D . letl epresl Perkahwinan Keibubapaan Remaja Hubungan Perkahwinan TmgkahLaku Keibubapaan Distres Remaja Anxieti Depresi

Nota. .* * k ~ .001.

0.37**·

·0.09

·0.16 - 0.05

0.08

0.06 0.08

Keputusan Peramal Unik Distres Remaja

0.69*** 0.95"· 0.43**.

Hasil analisis regresi berganda (stepwise) ke atas distres remaja bandar pada Jadual 3 menunjukkan jumlah tahun perkahwinan ibu, b = • 0.46, k ~ O.OS mempunyai

32

Peramal Unik Distres Remaja Etnik Iranun. Sabah

hubungan negatifyang signifikan dengan distres remaja bandar sementara bilangan ahli isi rumah mempunyai hubungan positifyang signifikan, p = 0.30, k $ 0.05. Modell yang dibina adalah signifikan (F(3,53) = 4.92, k $ 0.05) dan menerangkan sebanyak 21.8 peratus daripada varians skor distres remaja bandar yang dikaji. Jelas bahawa ibu yang mempunyai jumlah tahun perkahwinan yang lebih lama dijangka berupaya mengurangkan distres remaja. Selain itu, keputusan juga menggambarkan pertambahan bilangan ahli isi rumah menyebabkan peningkatan distres remaja bandar.

Jadual3: Ringkasan analisis regresi berganda stepwise distres remaja, anxieti dan depresi sampel ban dar

Pemboleh ubah bebas

eiri Personal Ibu JumIah tahun bcrkahwin

Bilangan ahli isi rumah If F

Nota. ·k$ .OS

Dishes Remaja

(13)

0.455· 0.301· 0.218 4.922·

DistI"es Remaja

Anxieti (13)

Depresi (13)

Hasil analisis regresi berganda (stepwise) ke atas anxieti remaja lelaki pada Jadual4 menunjukkanjumlah pendapatan keluarga sebulan, p = 0.47, k$ 0.01 dan kesulitan ekonomi, p = 0.52, k ~ 0.00 I mempunyai hubungan positifyang signifikan dengan anxieti remaja lelaki sementara persetujuan pasangan ibu mempunyai hubungan negatifyang signifikan, p = - 0.25, k $ 0.05. Modell yang dibina adalah signifikan (F(3,5 1) = 7.46, k $ 0.001) dan menerangkan sebanyak 55.2 peratus daripada varians skor anxieti remaja lelaki yang dikaji. Jelas bahawa semakin tinggi pendapatan bulanan keluarga dan tahap kesulitan ekonomi, maka semakin tinggi anxieti remaja yang dialami oleh remaja lelaki. Selain itu, keputusan juga menggambarkan apabila tahap persetujuan yang tinggi ditunjukkan oleh ibu, ia dapat mengurangkan anxieti remaja lelaki.

33

FerliJ B. Bullare @ Bahari & Rosnah Ismail

Jadual4: Ringkasan analisis regresi berganda stepwise distres remaja, andetl dan depresi sampel remaja lelaki

Pemboleh ubah bebas

Ciri Personal Ibu lumlah pendapatan keluarga sebulan Kesulitan ekonomi Persetujuan pasangan

Rl F

Distres Remaja

<B)

Nota. • k~ .05 . •• k~ .01. ••• k~ .001.

Distres Remaja

Anx ieti (J3)

0.465"

0.515·" - 0.246·

0.552 7.462···

Depresi (P)

Hasil analisis regresi berganda (stepwise) ke atas distres remaja perempuan pada Jadual5 menunjukkan terdapat dua pemboleh ubah iaitujumlah tahun perkahwinan ibu, 13 = - 0.30, k ~ 0.05 dan kesulitan ekonomi P = - 0.24, k ~ 0.05 mempunyai hubungan negatif yang signifikan dengan distres remaja perempuan. Modell yang dibina adalah signifikan (F(2,71) = 5.30, k ~ 0.05) dan menerangkan sebanyak 13.0 peratus daripada varians skor distres remaja perempuan yang dikaji. Jelas menunjukkan bahawa ibu yang mempunyai jumlah tahun perkahwinan dan tahap kesulitan ekonomi yang tinggi, dijangka berupaya mengurangkan distres remaja perempuan.

Bagi model 2 pula, analisis regresi berganda (stepwise) menunjukkan jumlah tahun perkahwinan ibu mempunyai hubungan negatif yang signifikan dengan anxieti remaja perempuan, 13 = - 0.37, k ~ 0.01. Model 2 yang dibina adalah signifikan (F(l,72) = 11.65, k ~ 0.01) dan menerangkan sebanyak 13.9 peratus daripada varians skor anxieti remaja perempuan yang dikaji.

34

Peramal Unik Distres Remaja Etnik lranun. Sabah

JaduaJS: Ringkasan analisis regresi bergandastepwise distres remaja, anxieti dan depresi sampeJ remaja perempuan

Distres Remaja

Pemboleh ubah bebas Distres

Depresi Remaja Anxieti (13) (~)

(13)

Ciri Personal Ibu Jumlah tahun -0.299· -0.373·· perkahwinan ibu Kesulitan ekonomi -0.240·

~ .130 .139 F 5.302· 11.654**

PERBINCANGA~

Perkaitan Kesulitan Ekonomi dan Distres Remaja

Analisis korelasi Pearson mendapati kesulitan ekonomi tidak berkait dengan distres remaja (anxieti dan depresi). Sekali gus, dapatan kajian ini tidak dapat menyokong beberapa kajian lepas seperti yang dilakukan oleh Elder, Van Nguyen dan Caspi (1985), McLoyd dan Flanagan (1990), Voydanoff dan Wilson (1990), Conger et al. (1992), Lempers dan Clark-Lempers (1997), McLoyd et al. (2000), Kim, Hong dan Rowe (2000) dan Demo dan Cox (2000). Mereka mendapati kesulitan ekonomi berhubung secara positif dengan distres remaja. Namun begitu, kajian ini selari dengan kajian Lempers dan Clark-Lempers (l990), Mayhew dan Lempers (1998) dan Conger el al. (1993) yang mendapati tidak terdapat perkaitan di antara kesulitan ekonomi dengan distres remaja

Keputusan kajian pengkaji ini menyokong kajian Conger et al. (1993) yang mendapati tidak terdapat perkaitan signifikan di antara pendapatan keluarga dan depresi remaja, r = 0.07, pekerjaan yang tidak stabil dan depresi remaja, r = 0.15, kehilangan pendapatan dan depresi remaja, r == - 0.01, keperluan asas dan depresi remaja, 0.06, keperluan kebendaan dan depresi remaja, r = 0.04 dan penyesuaian ekonomi dengan depresi remaja, r = 0.13. Keputusan ini jelas menunjukkan aspek-aspek kesulitan ekonomi tidak berkait rapat secara signifikan dengan depresi remaja. Nilai korelasi yang diperoleh adalah rendah dan perkaitannyajuga tidak signiflkan selari dengan dapatan pengkaji.

Selain itu, kesulitan ekonomi sederhana yang dialami oleh keluarga seperti pemilikan wang yang sederhana cukup untuk memperolehi makanan, rawatan, perubatan, pakaian, tempat tinggal dan kenderaan tidak menghasilkan distres remaja

35

Ferlis B. Bullare @ Bahari &: Rosnah Ismail

yang tinggi. Hal ini kerana keluarga yang terlibat dalam kajian ini hanya mengalami kesulitan yang sederhana untuk mendapatkan keperluan-keperluan asas seperti makanan. pakaian dan tempat tinggal. Analisis deskriptif menunjukkan sebanyak 61.3 peratus responden menyatakan mereka mempunyai wang yang cukup untuk membeli makanan keluarga seperti yang diperlukan. Manakala sebanyak 55.8 peratus menyatakan mereka mempunyai wang yang mencukupi untuk pakaian keluarga mengikut keperluan. Keadaan kesulitan ekonomi yang sederhana ini tidak menimbulkan distres remaja pada tahap yang tinggi. Sebaliknya, remaja hanya mengalami tahap distres yang sederhana.

Di samping itu, remaja juga dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan situasi keluarga yang mengalami kesulitan ekonomi pada tahap sederhana. Keadaan hidup yang serba sederhana dari aspek ekonomi dalam keluarga adalah perkara biasa bagi remaja. Menurut Bandura (1977) (dim. McLoyd, 1989), remaja sering kali belajar untuk bertingkah laku dalam situasi yang berbeza dan mereka menyedari kesan dari suatu peristiwa (kesulitan ekonomi) yang berlaku kepada diri mereka. Keadaan ini tidak menimbulkan distres yang tinggi dalam jangka masa panjang. Terdapat juga sesetengah remaja yang menjadikan kesulitan ekonomi ini sebagai perangsang untuk lebih beIjaya dalam kehidupan (Seccombe, 2002). Hasil kajian menunjukkan sebanyak 70.5 peratus remaja menyatakan mereka tidak berasa sedih terhadap perkara yang berlaku pada diri mereka. Malahan sebanyak 67.4 peratus remaja menyatakan mereka yakin dengan diri sendiri dan tidak kecewa dengan nasib yang menimpa mereka.

Kualiti diri dan kesejahteraan emosi yang diterap melalui didikan ibu bapa telah diaplikasi oleh remaja dalam berdepan dengan kesulitan ekonomi yang sederhana dalam ke1uarga. Remaja masih mempamerkan ketenangan hati dan yakin pada diri sendiri. Hasil deskriptif menunjukkan sebanyak 92.2 peratus remaja menyatakan mereka berasa tenang dan yakin tentang masa hadapan yang akan mereka lalui kelak. Hasil kajian juga menunjukkan sebanyak 72.9 peratus remaja menyatakan mereka tidak putus asa terhadap masa depan. Berbekalkan kualiti ini, remaja melihat kesulitan ekonomi sebagai suatu cabaran dan bukan suatu tekanan. Mereka tidak berasa bimbang dengan keadaan tersebut dan sentiasa mengharungi situasi mencabar dengan tenang dan tidak mudah berputus asa.

Menurut McNamara (2000), kumpulan sebaya remaja memberi pengaruh terpenting dalam menentukan penyebab dan kesan suasana kehidupan yang tertekan terhadap remaja. Kumpulan sebayajuga memberi potensi kepada kewujudan konflik dalam nilai remaja. Merujuk kepada Coleman (1961) (dIm. McNamara, 2000), tekanan daripada kumpulan sebaya merupakan sumber utama lahimya distres remaja. Keadaan ini memberi petunjuk kesulitan ekonomi bukanlah faktor utama mempengaruhi tahap distres remaja. Sebaliknya, pelbagai faktor lain yang mempengaruhi distres remaja.

36

Peramal Unik Distres Remaja Etnik lranun, Sabah

Perkaitan Hubungan Perkahwinan dan Tingkab Laku Keibubapaan Ibu Dengan Distres Remaja

Dapatan kajian pengkaji selari dengan kajian Lempers dan Clark-Lempers (1997) yang mendapati tidak terdapat perkaitan seeara langsung antara kebahagiaan perkahwinan ibu dan distres remaja perempuan. Kebahagiaan perkahwinan ibu tidak dapat mengurangkan tahap distres yang dialami remaja perempuan. Kajian lain yang dijalankan oleh Ho, Lempers dan Clark-Lempers (1995) menunjukkan perkaitan perkahwinan antara suami isteri mempunyai kesan yang negatif dengan kesulitan ekonomi tetapi tidak ada perkaitan seeara langsung dengan hubungan ibu bapa dengan anak-anak dan penghargaan kendiri remaja.

Hasil kajian Ho, Lempers dan Clark-Lempers (1995) adalah konsisten dengan teori distres keluarga iaitu kesulitan ekonomi mengurangkan sokongan keluarga dan juga membawa kepada penilaian yang negatifke atas penghargaan kendiri remaja. Namun demikian, hubungan perkahwinan tidak memberi kesan negatifyang signiflkan terhadap distres remaja. Hubungan perkahwinan ibu gagal berperanan mengurangkan distres yang sederhana dialami remaja. Hubungan yang tidak signiflkan ini perlu difahami dengan merujuk kenyataan yang diutarakan oleh Gryeh dan Fincham (1993) (dim. Ho, Lempers dan Clark-Lempers, 1995).

Menurut Gryeh dan Fincham (1993) (dim. Ho, Lempers dan Clark-Lempers, 1995), penilaian kepada konflik perkahwinan dipengaruhi oleh kegagalan dan kurang komitmen pasangan dalam perkahwinan dan sebab-sebab berlaku konflik dalam perkahwinan. Ketiga-tiga aspek ini menjadi penentu penting kepada implikasi dan kesan terhadap remaja. Walau bagaimanapun, apabila remaja memahami bahawa mereka bukanlah penyebab kepada kewujudan konflik dan penyebab kepada ketidakbahagiaan perkahwinan antara ibu bapa mereka, maka remaja tidak berasa bersalah, tidak takut kepada keadaan konflik tersebut dan tidak menyalahkan diri sendiri. Analisis deskriptif menunjukkan sebanyak 38.8 peratus remaja menyatakan mereka tidak berasa bersalah terhadap perkara yang berlaku dalam diri masing-masing dan hanya 10 peratus remaja menyatakan mereka bersalah sepanjang masa. Dapatan kajian menunjukkan 37.2 peratus remaja tidak menyalahkan diri mereka dan sebanyak 40.3 peratus remaja tidak berasa takut tanpa alasan yang munasabah.

Hasil kajian pengkaji juga selari dengan kajian Holahan, Valentiner dan Moos (1995) yang mendapati sokongan keibubapaan ibu tidak berkait seeara negatif dan signiflkan dengan distres remaja. Kajian ini adalah berkaitan dengan hubungan antara sokongan ibu bapa dan strategi daya tindak dengan penyesuaian psikologikal remaja yang melibatkan seramai 241 remaja. Dapatan kajian pengkaji yang mendapati !ingkah l~u keibubap~ i?u tidak berkait seeara signifikan dengan distres remaja Juga selan dengan hasll kaJlan Lempers, Clark-Lempers dan Simons (1989) yang

37

Fer/is B. Bul/are @ Bahart & Rosnah Ismail

mendapati tidak terdapat perkaitan negatif yang signifikan di antara gaya asuhan keibubapaan dengan penggunaan dadah dan tingkah laku delinkuen remaja.

Kajian pengkajijuga selari dengan kajian Conger et al. (1993) yang mendapati konflik perkahwinan dan gaya keibubapaan ibu tidak berkait seeara signifikan dengan depresi dan keyakinan diri remaja. Hasil kajian Conger et al. (1993) menunjukkan tidak terdapat perkaitan yang signifikan di antara konflik perkahwinan ibu dengan depresi remaja dan konflik perkahwinan ibu dengan keyakinan diri remaja. Selain itu, keputusan juga menunjukkan aspek keibubapaan merangkumi asuhan dan disiplin ibu tidak berkait seeara signifikan dengan depresi dan keyakinan diri remaja.

Tahap kepuasan perkahwinan dan tingkah laku yang sederhana yang dipamerkan oleh ibu juga merupakan salah satu sebab tidak wujudnya perkaitan negatif yang signifikan dengan distres remaja. Analisis deskriptif menunjukkan kepuasan perkahwinan meneatat sebanyak 53.5 peratus dan tingkah laku keibubapaan ibu (36.4 peratus). Walaupun kepuasan perkahwinan berhubung seeara negatif dengan distres remaja, pekali korelasi adalah rendah dan tidak signifikan, r = - 0.12, k >0.05.

Berbeza dengan hubungan perkahwinan, tingkah laku keibubapaan ibu berhubung secara positif dengan distres remaja namun pekali korelasijuga rendah dan tidak signifikan, r = 0.08, k> 0.05. Menurut Dayang Suria (1990), terdapat elemen­eIemen autoritarian dalam hubungan ibu bapa dengan remaja etnik Iranun. Anak remaja jarang dibawa berunding mengenai sesuatu perkara danjarang membantah kehendak ibu bapa walaupun kadangkala melibatkan masa depan mereka. Analisis deskriptif menunjukkan sebanyak 55.6 peratus ibu bereakap dengan tegas semasa mengajar remaja bertingkah laku.

Perlu diketahui bahawa dalam etnik lranun, ahli-ahli keluarga tidak hanya menumpukan hubungan dalam sistem keluarga itu sendiri bahkan wujud hubungan setiap keluarga dan jaringan keluarga dengan saudara mara, j iran-j iran dan kawan­kawan. Menurut Dayang Suria (1990), keluarga dihubungkan kepada individu atau kumpulan lain yang berada di luar Iingkungan ahli-ahli keluarga itu sendiri. Oleh itu, tahap distres sederhana yang dialami remaja lranun tidak dipengaruhi oleh hubungan perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan ibu semata-mata.

Sehubungan itu, kesejahteraan emosi remaja dipengaruhi oleh banyak faktor dan bukan hanya faktor sokongan keibubapaan ibu. Menurut Crean (1994) (dIm. Holahan, Valentiner & Moos, 1995), sokongan daripada ahli-ahli keluarga, guru-guru dan rakan-rakan berkait rapat dengan penyesuaian psikologikal remaja seeara langsung dan tidak lang sung melalui strategi daya tindak.

38

Peramal Unik Distres Remaja Etnik Iranun. Sabah

Peramal Unik Distres Remaja

HasH analisis regresi berganda (stepwise) menunjukkan terdapat sumbangan peramal ke atas distres bagi sampel remaja yang tinggal di bandar, sampel remaja lelaki dan perempuan. Sebaliknya, tidak terdapat sumbangan peramal ke atas distres remaja bagi sampel keseluruhan dan sampelluar bandar.

Bagi peramal unik distres remaja di bandar, dapatan menunjukkan terdapat perkaitan negatif yang signifikan di antara jumlah tahun perkahwinan ibu dengan distres remaja bandar sementara bilangan ahli isi rumah mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan distres remaja bandar. Data deskriptif menunjukkan min jumlah tahun perkahwinan ibu iaitu 22.98 tahun. Tempoh masa yang lama dalam mendirikan rumahtangga ini mampu menghasilkan kesejahteraan emosi remaja yang tinggal di bandar. Dalamjangka masa yang lama ini, mereka banyak mempelajari dan berpengalaman mengasuh dan mendidik anak remaja dengan berkesan. Dengan kualiti dan kelebihan ini, rernaja tidak mengalami kesengsaraan emosi yang tinggi sebaliknya kajian mendapati remaja hanya mengalami distres pada tahap yang sederhana.

Namun, dari satu aspek pula bilangan ahli isi rumah yang ramai dijangka meningkatkan distres rernaja. Bagaimanapun, tahap distres yang dialami oleh remaja berlaku pada tahap sederhana dan tidak terlalu tinggi. Analisis deskriptif kajian ini mendapati min bilangan anak seramai enam orang dan bilangan ahli isi rumah seramai lapan orang. Keadaan ini berlaku terutamanya bagi keluarga yang memiliki rumah yang kecil dan menimbulkan keadaan yang tidak selesa terutamanya dalam kalangan remaja. Hal ini berlaku disebabkan kesukaran ibu bapa memiliki rumah yang selesa untuk keluarga. Mereka tidak mampu membeli rumah kos rendah atau tinggi memandangkan pendapatan yang diperolehi sebulan adalah di bawah RM68S.00. Tambahan lagi, terdapat hanya dua hingga tiga bilik dalam sebuah rumah yang mereka duduki. Kesesakan dan persekitaran yang tidak selesa ini dijangka menghasilkan distres remaja di tahap sederhana.

Sementara itu, bagi sampel remaja lelaki dapatan menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan di antara jumlah pendapatan keluarga sebulan dengan anxieti rernaja lelaki dan hubungan di antara kesulitan ekonomi dengan anxieti remaja lelaki. Manakala persetujuan pasangan ibu mempunyai hubungan negatif yang signifikan dengan anxieti remaja. Analisis deskriptif mendapati min pendapatan bulanan responden adalah sebanyak RM470.27. Min pendapatan tersebut melepasi garis termiskin iaitu RM342.00. Kajian ini hanya memberi fokus kepada responden yang mempunyai pendapatan bulanan kurang dari RM68S.00.

Walaupun tingkat pendapatan tinggi dalam konteks keluarga di bawah pendapatan RM68S.00 sebulan, wang yang diperolehi digunakan untuk perbelanjaan rumah. membayar hutang, membayar bi! elektrik dan air. Baki wang yang ada tidak

39

Fer/is B. Bullare @ Bahari & Rosnah Ismail

banyak selepas dibe1anjakan. Justeru, mereka sudah pasti tidak mampu menampung perbelanjaan yang tinggi terutamanya mereka yang tinggal di bandar. Denganjumlah pendapatan yang sedikit, sudah pasti remaja lelaki berasa tertekan kerana mereka memerlukan wang untuk perbelanjaan sekolah dan keperluan-keperluan lain. Meskipun tingkat pendapatan yang diperolehi adalah tinggi, tahap anxieti remaja masih berada pada tahap yang sederhana.

Hasil kajian pengkaji yang mendapati kesuIitan ekonomi yang dialami keluarga dijangka meningkatkan tahap anxieti remaja disokong oleh beberapa kajian seperti Elder, Van Nguyen dan Caspi (1985), Ho, Lempers dan Clark-Lempers (1995), Lempers dan Clark-Lempers (1997), Kim, Hong dan Rowe (2000), Demo dan Cox (2000) dan Seccombe (2002). Remaja lelaki melihat kesulitan ekonomi yang dialami ibu mereka sebagai suatu yang menyukarkan mereka. Perasaan bimbang dan gelisah timbul pad a diri remaja lelaki kerana tidak memiliki situasi ekonomi yang mantap sebaliknya hanya berada pada tahap yang sederhana. Segala keperluan dan kehendak yang ingin diperolehi oleh remaja tidak kesampaian.

Data deskriptif menunjukkan scbanyak 85.5 peratus remaja lelaki berasa gemuruh atau berdebar dalam hati dan sebanyak 78.2 peratus remaja berasa bimbang. Selain itu. rarnai ibu yang terlibat dalam kajian ini adalah suri rumahtangga (81.8 peratus). Hal ini menimbulkan kesukaran untuk meningkatkan tarafhidup keluarga se1ain usaha yang dilakukan oleh suami. Keadaan ini juga dijangka meningkatkan tahap anxicti pada tahap sederhana bagi remaja le1aki.

Kajian pengkaji yang mendapati terdapat perkaitan negatifyang signifikan di antara persetujuan pasangan dalam kalangan ibu dengan anxieti remaja juga selari dengan kajian Grych dan Fincham (1990) dan Rodgers dan Rose (2002) iaitu mendapati hubungan perkahwinan mampu mengurangkan distres remaja ke tahap sederhana. Hubungan perkahwinan ibu yang harmoni menjadi teras kepada hubungan kekeluargaan yang kukuh dan mantap di antara suarni isteri dan hubungan ibu bapa dengan remaja.

Kesejahteraan emosi remaja lahir dari persepsi mereka terhadap hubungan perkahwinan ibu mereka yang baik. Tiada pertengkaran dan pergaduhan serius antara ibu dan bapa. Malah ibu bapa saling bersependapat dan bersetuju dalam hal mengendalikan kewangan atau perbe1anjaan keluarga (92.7 peratus), perkara-perkara yang berkaitan dengan keagamaan (100 peratus), peluahan perasaan (94.S peratus) dan hala tuju, matlamat dan perkara yang difikirkan penting (92.7 peratus). Data deskriptif ini menunjukkan hubungan positif yang terbentuk antara suami isteri merupakan aspek penting dalam usaha menghasilkan kesejahteraan emosi dan mengurangkan anxieti remaja.

40

Peramal Unik Distres Remaja Etnik Iranun. Sabah

Akhir sekali bagi sampel remaja perempuan, dapatan menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan di antara jumlah tahun perkahwinan ibu dengan distres (b= - 0.30, Ie < 0.05) dan anxieti remaja perempuan (b= - 0.37, k < 0.0 1) sementara dapatan berbeza diperolehi bagi hubungan di antara kesulitan ekonomi dengan distres remaja perempuan (b= - 0.24, Ie < 0.05). Min jumlah tabun perkahwinan ibu iaitu 22.93 tabun merupakan satu jangka masa yang lama dalam mendirikan rumahtangga. Tempoh yang lama ini mematangkan ibu dalam mempamerkan tingkah laku keibubapaan terhadap remaja dan seterusnya dapat membantu mewujudkan kesejahteraan emosi remaja. Selain itu, ibu yang mengalami kesulitan ekonomi pada tahap sederhana dijangka mengurangkan distres dan anxieti remaja perempuan. Remaja perempuan tidak menganggap kesulitan ekonomi sebagai suatu yang negatif dan menyukarkan. Tidak timbul perasaan bimbang yang kronik dalam diri remaja perempuan.

Peranan seorang ibu lebih banyak tertumpu di rumah. Oleh itu, anak-anak khususnya remaja perempuan lebih rapat dengan ibu mereka (Dayang Suria, 1990). Mereka meluangkan banyak masa membantu ibu mereka di rumah (McLoyd, 1990) dan sudah biasa dengan keadaan ibu yang mengalami kesulitan ekonomi. Anak perempuan lebih banyak mencurahkan masalah mereka dengan ibu (Dayang Suria, 1990). Malah, ibu mereka selalu memberi sokongan sosial kepada remaja perempuan.

Menurut Gjerde (1986) dan Steinberg (1990) (dim. Mayhew & Lempers, 1998), remaja perempuan memiliki kerapatan emosi yang tinggi berbanding remaja lelaki. Data deskriptif menunjukkan ibu sering memikirkan perkara yang menggembirakan anak remaja mereka (95.5 peratus), mengambil berat keadaan anak remaja (94.6 peratus) dan sebanyak 93.2 peratus ibu membiarkan anak remaja meluahkan perasaan apabila dikenakan peraturan. Ik.atan dan hubungan intim di antara ibu dengan remaja perempuan yang wujud membolehkan mereka memperlihatkan tabap sosioemosi yang sihat.

KESIMPt:I.A. "'i

Sebagai rumusan, kajian ini mendapati ibu yang mengalami kesulitan ekonomi pada tahap sederhana tidak membawa kepada distres yang tinggi dalam kalangan remaja Iranun. Selain itu, tahap sederhana hubungan perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan ibu hanya menyebabkan distres remaja berada pada tahap yang sederhana dan tidak menimbulkan kesengsaraan psikologi yang tinggi. Remaja etnik Iranun masih mempamerkan kesejahteraan emosi dan dapat menjalani kehidupan dengan baik.

Sungguhpun secara empirikalnya keluarga etnik Iranun yang mengalami kesulitan ekonomi pada tahap sederhana, pengabaian kajian berterusan terhadapnya memungkinkan impak negatif yang serius terutamanya bagi kesejahteraan emosi remaja. Meskipun kajian ini mendapati distres remaja Iranun berada pada tahap

41

Ferlis B. Bul/are @ Bahari & Rosnah Ismail

sederhana, ia perlu diberi perhatian supaya tidak memberi impak negatifyang lebih serius dan kritikal pada masa hadapan.

01eh yang demikian, seharusnya ada kajian lanjutan yang tidak hanya mementingkan penekanan kepada faktor ekonomi dan hubungan kekeluargaan dalam konteks hubungan ibu dengan remaja, sebaliknya kepada sistem atau faktor luaran (faktor agama, nilai dan moral, sekolah, rakan sebaya, dalaman diri remaja, komuniti dan media massa). Perkara ini penting supaya usaha untuk mengenal pasti penyebab distres remaja dapat diketahui secara menyeluruh dan komprehensif. Justeru, pihak­pihak tertentu sarna ada kerajaan ataupun bukan kerajaan perlu berusaha merangka prograrn intervensi bagi memastikan golongan remaja memiliki tahap kesejahteraan psikologikal yang sihat dan sejahtera.

Adler, N. E., Boyce, T., Chesney, M. A., Cohen, S., Folkman, S. & Kahn, R. L. 1994. Socioeconomic status and health: The challenge of gradient. American Psychologist. 49: 15-25.

Conger, R. D., Conger, K. J., Elder, G H., Jr., Lorenz, E. 0., Simons, R. L. & Whitbeck, L. B. 1992. A family process model of economic hardship and adjustment of early adolescent boys. Child Development. 63: 526-541.

Conger, R. D., Conger, K. J., Elder, G H., Jr., Lorenz, E. 0., Simons, R. L. & Whitbeck, L. B. 1993. Family economic stress and adjustment of early adolescent girls. Developmental Psychology. 29: 206·219.

Conger, R. D. & Elder, G H. Jr. 1994. Families in Troubled limes. New York: Aldine de Gruyter.

Coopersmith, S. 1967. The Antecedents o/Self-Esteem. San Francisco: Freeman. Dayang Suria Hj. Mulia. 1990. Kehidupan keluarga dalam komunili Illanun: Satu

kajian kes di Kampung Rampayan Laut. KOla Belud. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Demo, D. H. & Cox, M. J. 2000. Families with young children: A review of research in the 1990's. Journal o/Marriage and Family. 62(4): 876·896.

Elder, G., Van Nguyen, T. & Caspi, A. 1985. Linking family hardship to children's lives. Child Development. 56: 361-375.

Field, T., Lang, C., Yando, R. & Bendell, D. 1995. Adolescents' intimacy with parents and friends. Journal 0/ Adolescence. 30(117): 133-139.

Garmezy, N. 1993. Children in poverty: Resilience despite risk. Psychiatry. 56: 127-136.

Gonzales, N. A., Pitts, S. C. & Hill, N. E. 2000. A mediational model of the impact of interparental conflict on child adjustment in a multi ethnic, low- income sample. Journal o/Family Pscyhology. 14: 365 - 379.

42

Peramal Unik Distres Remaja Etnik Iranun. Sabah

Grych, 1. H. & Fincham, F. D. 1990. Marital conflict and children's adjustment: A cognitive-contextual framework. Psychological Bulletin. 108: 267-290.

Hamilton, V. L. 1990. Hard times and vulnerable people: Initial effects of plant closing on autoworker's mental health. Journal o/Health and Social Behavior. 31: 123-140.

Hartos, 1. L. & Power, T. G 1997. Mother's awareness of their early adolescent's stressor: Relation between awareness and adolescent adjustment Journal o/EarlyAdolescence. 17(4): 371-390.

Ho, C. S., Lempers, 1. D. & Clark-Lempers, D. S. 1995. Effects of economic hardship on adolescence self-esteem: A family mediation model. Adolescence. 30: 117-131.

Holahan, C.l., Valentiner, D. P. & Moos, R. H. 1995. Parental support, coping strategies, and psychological adjustment: An integrative model with late adolescents. Journal o/Youth and Adolescence. 24(6): 633-647.

Isralowitz, R. & Singer, M. 1986. Unemployment and its impact on adolescent work values. Adolescence. 21: 145-158.

las Laile Suzana Jaafar. 1996. Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Keith, V. M. 1993. Gender, financial strain and psychological distress among adults. Research on Aging. 15: 123-147.

Kessler, R. C., House, J. S. & Turner, J. B. 1987. Unemployment and health in a community sample. Journal of Health and Social Behavior. 28: 51-59.

Kim, S. Y., Hong, G & Rowe, B. R. 2000. The impact of family economic hardship and parental commitment on children's outcomes. Consumer Interest Annual. 46: 17-24.

Klebanov, P. K., Brooks-Gunn, J. & Duncan, G 1. 1994. Does neighborhood and family poverty affect mother's parenting, mental health, and social support? Journal o/Marriage and the Family. 56: 441-455.

Larson, R. 2001. Facilitating adolescent's constructive use of time in one-parent families. Applied Developmental Sciences. 5(3): 143-158.

Lempers, 1. D., Oark-Lempers, D. & Simons, R. 1... 1989. Economic hardship, parenting, and distress in adolescence. Child Development. 60: 25-39.

Lempers, J. D. & Oark-Lempers, D. 1990. Family economic stress, maternal and paternal support and adolescent distress. Journal of Adolescence. 13: 217-229.

Lempers, 1. D. & Oark-Lempers, D. S. 1997. Economic hardship, family relationship, and adolescent distress: An evaluation of a stress-distress mediation model in mother-daughter and mother-son dyads. Adolescence. 32: 339-357.

MacFadyen, A. J., MacFadyen, H. W. & Prince, N. J. 1996. Economic stress and psychological well-being: An economic psychology framework. Journal of Economic Psychology. 17: 291-311.

43

Ferlis B. Bullare @ Bahari & Rosnah Ismail

Mandara, J. Murray, C. B. 2000. Effects of parental marital status, income and family functioning on African American adolescent self-esteem. Journal of Family Psychology. 14(3): 475-490.

McKenry, P. C. & Price, S. J. 2000. Families coping with problems and change: A conceptual. DIm. P. C. McKenry & S. J. Price (pnyt.). Families and change: Coping with stressful events and transitions. (2ad edition). Thousand Oaks, CA: Sage. 1-17.

McLoyd, V. C. 1989. Socialization and development in a changing economy. American Psychologist. 44(2): 293-302.

_____ .. 1990. The impact of economic hardship on black families and children: Psychological distress, parenting, and socioemotional development. Child Development. 61: 311-346.

McLoyd, V. C. & Flanagan, C. A. 1990. Economic stress: Effect on family life and child development. New Directionfor Child Development. 46: 71-86.

McLoyd, V.C., Cauce, A. N., Takeuchi, D. & Wilson, L. 2000. Marital processes and parental socialization in families of color: A decade review of research. Journal of Marriage and Family. 62(4): 1070-1094.

McNamara, S. 2000. Stress in Young People: What s New and What Can We Do? New York: Continuum.

Noller, P. & Fitzpatrick, M. A. 1993. Communication in Family Relationships. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall, Inc.

Pearlin, L. I., Lieberman, M. A., Menaghan, E. G. & Mullan, J. T. 1981. The stress process. Journal of Health and Social Behavior. 22: 337-356.

Peirce, R. S., Frone, M R., Russel, M. & Cooper, M L. 1994. Relationship of financial strain and psychosocial resources to alcohol use and abuse: The mediating role of negative affect and drinking motives. Journal of Health and Social Behavior. 35: 291-308.

Rodgers, K. B. & Rose, H. A. 2002. Risk and resiliency factors among adolescents who experiences marital transitions. Journal ofMa"iage and Family. 64(4): 1024-1038.

Rozumah, B., Siti Nor, Y.,AbdullahAl-Hadi, M., Rojanah, K.,Aidah, M. T. dan Koh, K. H. 1999. Impak pelbagai struktur keluarga terhadap kehidupan anak. Kertas Projek Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.

Salem, D. A., Zimmerman, M.A. & Notaro, P.C. 1998. Effects of family structure, family process, and father involvement on psychosocial outcomes among American Adolescents. Family Relation. 47: 331-341.

Seccombe, K.. 2002. Beating the odds versus changing the odds: Poverty, resilience and family policy. Journal of Marriage and Family. 64(2): 384-395.

Shek, D. T. L. 1998. Linkage between marital quality and parent-child relationship: A longitudinal study in the Chinese culture. Journal of Family Issues. 19(6): 687-704.

44

Peramal Unik Distres Remaja Etnik Iranun, Sabah

Stern, S. B., Smith, C. A. & Jang, S. J. 1999. Urban families and adolescent mental health. Social Work Research, 15-33.

Takeuchi, D. T., Williams, D. R. & Adair, R. K. 1991. Economic stress in the family and children's emotional and bevioral problems. Journal of Marriage and the Family. 53: 1031-1041.

Vinokur, A. D., Price, R. H. & Caplan, R. D. 1996. Hard times and hurtful partners: How financial strain affects depression and relationship satisfaction of unemployed persons and their spouses. Journal of Health and Social Behavior. 71: 166-179.

Voydanoff, P. & Wilson, L. 1990. Maternal behavior, social support and economic condition as predictor of distress in children. V. C. McLoyd & C. A. Flanagan (pnyt.). Economic stress: Effects onfamily life and child development. San Francisco: Josey-Bass. 49-69.

45