pembentangan refleksi latihan mengajar

36
AMALAN REFLEKSI DALAM PROSES P&P Nor Hasniza Ibrahim Prof. Madya Dr. Mohammad Yusof Arshad

Upload: chrise-raj

Post on 18-Dec-2015

241 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

fp utm

TRANSCRIPT

  • AMALAN REFLEKSI DALAM PROSES P&PNor Hasniza Ibrahim Prof. Madya Dr. Mohammad Yusof Arshad

  • Fokus PembentanganApa itu refleksi?Kenapa perlu refleksi?Ruangan Refleksi KendiriContoh-contoh penulisan refleksi pelajarRuangan Refleksi Mingguan

  • Apa Itu Refleksi?Dewey (1933)Active, persistent and careful consideration of any belief or supposed form of knowledge in the lights of grounds that supports itHanipah (2004)Proses merenung, menganalisis masalah, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri

  • Refleksi: aktiviti kognitifMinda Kognitif

    Masalah yang sedang direfleks

    Pemikiran APemikiran DPemikiran CPemikiran BPemikiran tidak relevanPemikiran tidak relevanPemikiran tidak relevanPemikiran tidak relevanRefleksi sebagai alat untuk menggambarkan tumpuan pemikiran ke atas sesuatu masalah yang direfleks (Gelter, 2003)

  • Refleksi: Penyelesaian MasalahKitaran pembelajaran(melibatkan beberapa langkah refleksi)Dapat menghubungkaitkan teori dan praktikPertimbangan rasionalMelihat kembali maklumat . Menguji idea-idea. Menganalisis tindakan lalu. Masalah terleraiKorthagen, 1998; Korthagen dan Wubbles, 1995; Mackinnon,1987; Ross, 1989.

  • Refleksi Sebagai Proses PenambahbaikanGuru: Pengamal RefleksiProses RefleksiMengenalpasti masalahMerancang strategi perlaksanaanMengumpul maklumat dan bahanAnalisis dataPerbincangan bersama rakan dan pakarPerlaksanaan tindakan terbaikBerjaya menjadi guru sains yang berkesan lagi efektif

  • Refleksi Sebagai Proses Meningkatkan KefahamanMenganalisa sesuatu masalah secara kritikalMaklumat yang diperolehi dinilai dan disusun kembaliMelihat maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sudutMelakukan perdebatan atau perbincangan terhadap idea yang diterimaHasilnya membantu guru memperolehi sesuatu maklumat atau idea dalam bentuk yang baru sekaligus meningkatkan kefahaman guru tersebut dalam bidang yang dikuasai.

  • Refleksi Sebagai Proses Menukarkan Pengalaman kepada Pembelajaran yang Berkesan

    *Tingkahlaku *Idea *Perasaan*Kembali kepada pengalamanPenggunaan perasaan positif Membuang perasaan negatif *Menilai kembali pengalaman*Persepsi baru terhadap pengalamanPerubahan dalam tingkahlakuKomited terhadap tindakanKomited untuk bertindakPengalaman-pengalamanHasil daripada amalan refleksiProses-proses refleksi

  • Refleksi merupakan aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran guru.

  • Kenapa Perlu Refleks?Dari Syadad bin Aus r.a., dari Rasulullah saw., bahwa beliau berkata, Orang yang pandai adalah yang menghisab (muhasabah/merefleksi) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah swt. (HR. Imam Turmudzi)

  • Pelaksanaan amalan refleksi adalah kunci utama dalam proses pengajaran yang berkesan, ia membantu pendidik untuk sentiasa peka dengan masalah yang dihadapi, menganalisisnya dengan kritikal dan menstrukturkannya semula sekiranya perlu (Korthagen, 2001).

  • Refleksi adalah teras utama bagi guru untuk meningkatkan keprofesionalan diri (Garcia dan Roblin, 2008). alat untuk menyelesaikan pelbagai isu dan permasalahan dalam pengajaran (McAlpine et al., 1999). membantu mengintegrasikan teori dan praktik, meningkatkan kefahaman yang berkesan (Orland-Barak dan Yinnon, 2007).

  • Jelaslah pentingnya perlaksanaan amalan refleksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang sangat berperanan untuk membantu mempertingkatkan prestasi mengajar dan sekaligus berupaya memartabatkan diri sebagai guru yang kreatif dan inovatif.Justeru itu ia telah diserapkan ke dalam program latihan mengajar menerusi ruangan refleksi kendiri harian dan mingguan

  • Ruangan Refleksi Kendiri HarianPerlu diisikan oleh guru pelatih setiap kali selepas melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.Markah sebanyak 5% akan diberikan oleh pensyarah dan guru pembimbing semasa perlaksanaan penilaian pengajaran.

  • Ruangan Refleksi Kendiri Harian

    Ianya sangat berupaya untuk membantu guru dalam mengenalpasti critical episode dalam proses pengajaran dan kelemahan diri sendiri (Schon, 1987; Pollard et al.,2008)

  • Penulisan Refleksi Kendiri Yang BaikMengemukakan permasalahan yang berkaitan dengan pengetahuan pedagogi kandungan bagi mata pelajaran yang diajar;Isi kandungan yang disampaikanKepentingan konsep yang disampaikan dengan kehidupan seharianKesukaran pelajarStrategi pengajaranTeknik penilaian yang digunakanMenyatakan sebab dan akibat sesuatu isu yang berlaku

  • Contoh Refleksi Kendiri HarianKebanyakan pelajar masih keliru bagaimana mendapatkan satu persamaan kimia yang seimbang. Hal ini mungkin disebabkan 1) masalah matematik dalam menyeimbangkan persamaan, 2) gagal memahami makna bagi setiap simbol-simbol dalam setiap persamaan. Guru bercadang menggunakan teknik pengajaran yang lain bagi mengatasi masalah ini.

  • Contoh-contoh Refleksi Kendiri Harian yang lepasObjektif PengajaranPelajar datang lewat menyebabkan objektif tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.Objektif tercapai.Objektif tidak tercapai sebab pelajar lewat salin nota

    Tingkahlaku PelajarPelajar pasif.Pelajar tak berikan tumpuan.Pelajar di belakang tidur dan ada yang bising sangat mengganggu pengajaran.

  • Contoh-contoh Refleksi Kendiri Harian yang lepasStrategi Pengajaran Umum Guru perlu memanggil nama pelajar untuk menjawab soalan yang diberikan berbanding meminta pelajar menjawab secara sukarela.Guru sepatutnya menjelaskan prosedur langkah demi langkah semasa kelas akan datang.Cara penerangan guru kepada pelajar tidak jelas.Guru perlu menerangkan proses yang berlaku menggunakan gambarajah.Guru perlu menggunakan kaedah pengajaran yang lain bagi menarik minat pelajar.Guru perlu kurang silibus pengajaran dan memperbanyakkan visual bagi memudahkan pelajar faham.

  • Rubriks Penilaian Refleksi KendiriAdaptasi daripada Hatton dan Smith (1995) dan Magnusson et al., (1999)

  • Ruangan Refleksi Kendiri MingguanSatu ruangan yang disediakan bagi perlaksanaan amalan refleksi secara mingguanTujuannya untuk menggalakkan pelajar melaksanakan amalan refleksi secara berterusan dan memperbaiki kelemahan pengajarannya.

  • Ruangan Refleksi Kendiri MingguanMemilih satu kritikal episod yang telah direfleks dalam refleksi harian untuk diambil tindakan. Menganalisis dan menilai keberkesanan pengajaran (kelemahan dan kekuatan) secara berterusan.Masalah tersebut akan melalui tiga prosedur utama untuk diselesaikan.

  • Ruangan Refleksi Kendiri MingguanTiga bahagian utama;Kenalpasti masalah pengajaranMemahami masalah pengajaranPerlaksanaan Tindakan

  • Perlaksanaan Refleksi Secara Berterusan

  • 1.Kenalpasti Masalah PengajaranPermasalahan utama yang perlu diselesaikan beserta penghuraian secara kritikal)

    Apakah masalah yang seringkali dihadapi semasa perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran? (isu-isu dalam pengetahuan pedagogi kandungan)konsep pengajaran yang disampaikankepentingan konsep dalam kehidupan sehariankesukaran pelajar dalam memahami konsep yang disampaikanstrategi pengajaran yang digunakan teknik penilaian yang digunakan bagi mengukur kefahaman pelajar

  • Contoh kenalpasti masalah pengajaranMasalah saya pada minggu pertama adalah berkaitan dengan strategi pengajaran. Saya rasa pengajaran saya berpusatkan kepada guru, proses elektrolisis yang saya cuba sampaikan tidak difahami oleh pelajar. Bila saya tanya soalan, hanya beberapa orang pelajar sahaja yang menjawab manakala yang lain hanya mendiamkan diri. Saya rasa sangat perlu mengatasi masalah ini.

  • 2. Memahami Masalah PengajaranMengenalpasti punca dan akibat permasalahan melalui pembacaan dan perbincangan

    Apakah yang perlu dilakukan bagi menghadapi masalah tersebut;Perancangan untuk mencari penjelasan (mendapatkan maklum balas)pembacaanperbincangan secara formal (pensyarah pembimbing dan guru pembimbing) atau tidak formal (rakan guru pelatih dan guru yang lain)

  • Contoh memahami masalahSaya cuba merancang untuk mengatasi masalah ini dengan mendapatkan komen daripada guru pembimbing. Saya juga cuba memberi kertas kosong kepada pelajar di akhir kelas dan meminta pelajar menyatakan apa yang telah dipelajari pada hari tersebutSaya berusaha untuk mencari bahan rujukan tentang perbezaan antara pengajaran saya dengan pengajaran yang dikatakan aktif dan melibatkan pelajar

  • Guru pembimbing berpandangan bahawa kelas saya dimonopoli sepenuhnya oleh penyampaian saya, beliau menekankan bahawa cara penyoalan yang saya gunakan perlu diubah. Soalan yang dilontarkan perlu berupaya mengajak pelajar berfikir. Beliau juga menyatakan saya agak kurang yakin semasa menyampaikan pengajaran. Beliau berpesan supaya mempelbagaikan strategi pengajaran sayaSaya akui saya masih tidak mahir mengajar topik ini disebabkan saya masih belum menguasai konsep ini dengan sebaiknya. Saya juga tidak tahu teknik-teknik pengajran secara aktif

  • 3. Perlaksanaan TindakanMelaksanakan tindakan yang disertai dengan penambahbaikan berterusan. Apakah tindakan yang terbaik untuk mengatasi permasalahan tersebutAnalisis dengan terperinci segala maklumat yang telah diperolehi melalui perbincangan dan pembacaanMembuat satu keputusan bagi menentukan tindakan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebutSentiasa melaksanakan pemantauan yang berterusan bagi memastikan keberkesanan tindakan yang dilakukan.

  • Contoh perlaksanaan tindakan penambahbaikanHasil analisis menunjukkan saya;Lemah dalam menyoal pelajarKurang penguasaan isi kandungan pengajaranTeknik pengajaran saya tidak pelbagaiSaya merasakan saya perlu memperkukuhkan teknik pengajaran saya pada pengajaran akan datangSaya berazam untuk menguasai dan mengaplikasikan pengajaran secara inkuiri dalam kelas.

  • Sekian.Terima KasihSemoga dapat menghadapi segala keperitan dan kemanisan perjalanan sesi latihan mengajar dengan hati yang tabah.Semoga mendapat gred yang cemerlang pada semester ini.Selamat Maju Jaya

  • Dapatan yang diperolehi

  • Contoh penulisan refleksi guru pelatih yang lepasSepanjang pemerhatian saya terhadap kelas yang diajar oleh saya ini dalam subjek-subjek yang diajar oleh guru yang lain, mereka sering tidur dan membuat bising. Saya akan bersikap lebih tegas dan menerapkan disiplin dalam diri mereka.

  • Contoh penulisan refleksi guru pelatih yang lepas1)sesetengah pelajar untuk kelas subjek sains juga dilihat tidak berdisiplin. 2)Pelajar-pelajar kelas sains ini merupakan antara yang tercorot dalam susunan kelas tingkatan empat. Mereka sering bercakap-cakap dan membuat bising dalam kelas dan sering mengganggu pelajar yang lain. Hal ini sering mengganggu proses pengajaran saya.Bagi saya, kawalan kelas adalah sangat penting dan saya merasakan saya perlu mengawal mereka supaya lebih berdisiplin dalam kelas dan menghormati guru mereka.

  • Contoh memahami masalahBagi mengatasi masalah ini, saya berusaha untuk melakukan pemerhatian di waktu lain dan berbincang dengan guru kelas tersebut. Guru kelas turut berhadapan dengan masalah yang sama. Beliau meminta saya mengunakan pendekatan hukuman atau denda.