n h a h founder of naluri early excellence system nli ... filethis education approach that mirrors...

14
PREPARING OUR CHILDREN FOR GLOBAL CITIZENSHIP NOOR HAYATI ABDUL HAMID Founder of NALURI Early Excellence System NLI Education Sdn Bhd [email protected] www.nalurikreatif.com.my Abstract: The skills needed in the post era are definitely different set of skills of yester years, even though not totally new. The basic skill of a leader and being responsible individual and citizen remains core. The very nature of human being, a social entity, needing love and care, appreciating friendship, families and others, thinking, being creative and involved with the society are the basics and core values that are needed even in the digital age. Success in the new era means children are being taught to connect to themselves and their environment. They should be taught not just how to count, but also how to count to win. Life is a journey that the children need to learn from, since early stages. Learning should be a habit; learning new things, new vocabs while enjoying the company of friends and inspiring adults that opens the wide world of learning through good communication and insightful strategies. Solving early acquaintance problem, how to get the blocks that one needs to complete one’s construction, how to get teacher’s attention without misbehaving. Learning should not be limited to only the four-wall classrooms. In fact, learning spaces should be limited at all, it could be in the garden: Mathematics garden, or having English program at the mall, while integrating issues such as the importance of safety while shopping for raya cookies ingredients. Children learn a great deal from the experience that they went through. This experiential learning and project based coupled with thoughtful strategies has been practiced at NALURI, a system that has been practiced at home and had achieved success is now available for the masses. This education approach that mirrors children’s life and their real world is the way ahead in getting our children to be able to grasp their life and its challenges. Technical knowledge can easily be learned and mastered. The need for the basics of planning, managing, disciplined and hard work remains. Parents, teachers, the community, the government agencies, the policy makers, and all stake holders need to be on board for changes to take place effectively and sustainably. Doing it the right way saves time and money, besides the human values and integrity. They woud grow and have strong basis for being the global citizen that the world needs. It’s high time that the children are passionately nurtured to find the wisdom in their thoughts and not only excellence in the limiting exam grades. Keywords: communication, creativity, leadership, humanity, connection. PENGENALAN Kehidupan dan Cabaran Dalam era dunia tanpa sempadan kini, kehidupan di atas muka bumi semakin hari semakin mencabar. Kalau dahulu wanita tidak perlu keluar bekerja, kini seolah-olah mereka tidak ada pilihan lagi. Tenaga dan kemahiran wanita perlu digembleng bersama untuk mengimbangi keperluan tenaga pakar dan sebagainya. Seiring dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, gaya hidup yang serba pantas ini meletakkan nilai dan kualiti kehidupan seolah- olah terancam. Kepesatan kemajuan sains dan teknologi telah banyak memudahkan cara manusia berhubung, cara bekerja menjadi lebih pantas dan meningkatkan produktiviti. Namun kemajuan ini juga membawa bersama ketidak seimbangan dalam budaya kehidupan. Ancaman kesihatan Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018 Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018

Upload: dangkhanh

Post on 23-Apr-2019

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1265 | MEDC 2018

PREPARING OUR CHILDREN FOR GLOBAL CITIZENSHIP

NOOR HAYATI ABDUL HAMID

Founder of NALURI Early Excellence System

NLI Education Sdn Bhd

[email protected]

www.nalurikreatif.com.my

Abstract: The skills needed in the post era are definitely different set of skills of yester years, even

though not totally new. The basic skill of a leader and being responsible individual and citizen remains

core. The very nature of human being, a social entity, needing love and care, appreciating friendship,

families and others, thinking, being creative and involved with the society are the basics and core values

that are needed even in the digital age. Success in the new era means children are being taught to connect

to themselves and their environment. They should be taught not just how to count, but also how to count

to win. Life is a journey that the children need to learn from, since early stages. Learning should be a

habit; learning new things, new vocabs while enjoying the company of friends and inspiring adults that

opens the wide world of learning through good communication and insightful strategies. Solving early

acquaintance problem, how to get the blocks that one needs to complete one’s construction, how to get

teacher’s attention without misbehaving. Learning should not be limited to only the four-wall classrooms.

In fact, learning spaces should be limited at all, it could be in the garden: Mathematics garden, or having

English program at the mall, while integrating issues such as the importance of safety while shopping for

raya cookies ingredients. Children learn a great deal from the experience that they went through. This

experiential learning and project based coupled with thoughtful strategies has been practiced at

NALURI, a system that has been practiced at home and had achieved success is now available for the

masses. This education approach that mirrors children’s life and their real world is the way ahead in

getting our children to be able to grasp their life and its challenges. Technical knowledge can easily be

learned and mastered. The need for the basics of planning, managing, disciplined and hard work remains.

Parents, teachers, the community, the government agencies, the policy makers, and all stake holders need

to be on board for changes to take place effectively and sustainably. Doing it the right way saves time and

money, besides the human values and integrity. They woud grow and have strong basis for being the

global citizen that the world needs. It’s high time that the children are passionately nurtured to find the

wisdom in their thoughts and not only excellence in the limiting exam grades.

Keywords: communication, creativity, leadership, humanity, connection.

PENGENALAN

Kehidupan dan Cabaran

Dalam era dunia tanpa sempadan kini, kehidupan di atas muka bumi semakin hari semakin

mencabar. Kalau dahulu wanita tidak perlu keluar bekerja, kini seolah-olah mereka tidak ada

pilihan lagi. Tenaga dan kemahiran wanita perlu digembleng bersama untuk mengimbangi

keperluan tenaga pakar dan sebagainya. Seiring dengan kos sara hidup yang semakin

meningkat, gaya hidup yang serba pantas ini meletakkan nilai dan kualiti kehidupan seolah-

olah terancam.

Kepesatan kemajuan sains dan teknologi telah banyak memudahkan cara manusia

berhubung, cara bekerja menjadi lebih pantas dan meningkatkan produktiviti. Namun kemajuan

ini juga membawa bersama ketidak seimbangan dalam budaya kehidupan. Ancaman kesihatan

Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018

Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah

eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1266 | MEDC 2018

kronik, kesihatan mental, kehancuran rumah tangga, makanan yang terhad, isu mangsa pelarian,

pencemaran alam sekitar, kadar belia menganggur yang tinggi, gejala sosial dalam masyarakat

yang timbul menunjukkan betapa perlunya diwujudkan keseimbangan kemajuan sains dan

teknologi serta kemanusiaan.

Dengan kemudahan sains dan teknologi kini, manusia perlu mendapat manfaat dan

mengurus sains dengan bijak, bukan sebaliknya seperti apa yang berlaku sekarang. Seorang ahli

Pakar Fizik terkemuka dunia, Prof Michio Kaku dalam bukunya yang berjudul The Physics of

the Future, mengatakan bahawa kemajuan sains dan teknologi kini berlaku lebih pantas dari

kemajuan ‘human wisdom’. Tidak hairanlah Malaysia mempunyai bangunan pencakar langit

yang disegani, namun malangnya nilai budayanya merudum jatuh. Persoalannya, di manakah

silap kita?

LANGKAH KE HADAPAN DALAM MENDIDIK ANAK BERTARAF DUNIA

Masa depan anak kita bergantung kepada apa yang kita lakukan sekarang. Pendekatan

pendidikan yang cenderung menyamaratakan, menyeragamkan pemikiran anak dan pencapaian

sudah lama berlalu. Apa agaknya wajah dunia dalam lima belas tahun akan datang?

Saya bertanya soalan yang sama semasa anak-anak saya kecil dahulu. Kini anak saya

yang bongsu berumur 23 tahun, sulung 38 tahun tahun, 7 orang kesemuanya. Anakanak didik

saya lebih 1000 orang, dalam jangka perkhidmatan saya yang bermula sebagai guru prasekolah

tahun 1985 sehingga kini. Pemerhatian yang saya kongsikan adalah berdasarkan ”what works

with children” dan konsep ‘from children to children’’ dan menggunakan pendekatan ”projek-

based learning”(PBL), kaedah reflektif dan meransang kreativiti anak.

Saya berkongsi di sini beberapa tonggak utama dalam menyediakan anak-anak kita

sebagai pewaris dunia yang bertanggungjawab, berdasarkan hasil idea, praktis serta pengamatan

dan analisa yang kami telah lalui bersama kumpulan saya, kini dikenali sebagai NLI Education

Sdn Bhd dipusat-pusat kecemerlangan kami NALURI (NALURI Excellence Centre).

PARADIGMA BARU DALAM MENDIDIK ANAK

1. Tujuan Mendidik Anak

Kita mulakan perbincangan kita dengan persoalan utama: Apakah tujuan kita mendidik anak?

Pada pendapat kami, tujuan mendidik anak adalah untuk membina tabiat yang cemerlang dalam

diri anak-anak ini. Kejayaan seseorang itu adalah hasil dari apa yang dilakukan mereka setiap

hari.

Soalan kedua ialah bagaimana caranya? Ini dapat dilakukan melalui penglibatan anak

dalam kehidupan mereka secara bertahap dan lengkap, seawal mungkin.

Hasil kajian dari Centre on the Developing Child, Harvard University yang mengkaji

tentang ’The Brain Architechture’1 mendapati bahawa pengalaman yang dilalui, kemahiran

yang diperolehi dan ilmu yang dipelajari itu akan membentuk otak seseorang manusia. Disaat

mereka mempelajari kemahiran baru, struktur sel - sel otak mereka akan berubah menjadi

semakin baik.

Kejayaan adalah hasil daripada apa yang kita lakukan setiap hari. Justeru, pengalaman

anak- anak bermain dan berinteraksi dengan orang dewasa dan teman sebaya akan membina

kefahaman tentang persekitaran mereka. Membina kejayaan yang hakiki adalah hasil dorongan

dalaman yang tinggi untuk mencapai sesuatu misi dan hasrat. Penglibatan mereka dalam

menyiapkan projek atau bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu tugasan di rumah atau di

sekolah akan melahirkan rasa tanggungjawab di mana mereka akan berusaha untuk

menyelesaikan masalah yang dihadapi sebaik mungkin.

1 https://developingchild.harvard.edu

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1267 | MEDC 2018

Tabiat yang cemerlang ini meliputi pendidikan untuk membina kepimpinan insan yang

bukan sahaja mampu memimpin diri dan keluarga, tetapi juga menyumbang kepada komuniti

dan negara. Ilmu dan kebijaksanaan mereka dapat dirasai dan dimanfaatkan dalam komuniti dan

masyarakat. Dalam kerangka membina tabiat cemerlang ini, aspek pendidikan yang

mementingkan pembinaan insan yang mempunyai kerangka pemikiran yang kreatif dan inovatif

agar berupaya serta berani untuk mengambil langkah yang benar. Bagi mendapatkan impak

positif yang maksima dari konsep luas ini, kurikulum anak harus dijalankan secara selari di

rumah, di sekolah serta dalam komuniti.

Ken Robinson, dalam bukunya yang berjudul ‘The Creative Schools, The Grassroot:

Revolution that’s Transforming Education’, menjelaskan bahawa anak-anak harus belajar

tentang kehidupan itu sendiri dan menggunakan istilah ‘Life Literacy’, yang sangat selari

dengan amalan dan falsafah kami di NALURI. Sebagai contoh, anak-anak belajar dari kecil

bagaimana ingin memberitahu penjaganya bahawa mereka kelaparan; iaitu dengan menangis.

Mereka juga mempunyai pelbagai jenis tangisan untuk menyatakan kemahuan mereka.

Sekiranya mereka mendapat respon yang positif dari ibu, ayah atau penjaga, anak ini akan

membina kepercayaan terhadap persekitaran mereka. Mereka akan berasa selamat dan akan

mengulangi strategi tersebut.

Namun, apakah yang akan jadi sekiranya perkara sebaliknya berlaku? Anak-anak ini

akan mula merasakan persekitaran itu tidak boleh dipercayai dan berasa tidak selamat. Mereka

akan mula resah kerana mendapat mesej bahawa keperluannya tidak difahami, tidak dapat

merasai kasih sayang yang diperlukannya dan jauh sekali untuk membina keyakinan diri serta

merasakan dirinya cukup.

Pola pembelajaran mencuba strategi berjaya dan sebaliknya ini sentiasa berlaku dalam

kehidupan seharian mereka. Anak-anak akan mencuba cara yang dirasakan sesuai dan akan

menukar strategi apabila tidak mendapat hasil yang diharapkan. Konsep kajian tingkah laku ini

berlaku secara bertahap sehingga akhirnya anak dapat melihat corak bagaimana hendak

menyelesaikan masalah dalam kehidupan mereka. Justeru, sekiranya mereka dibesarkan dalam

suasana kasih sayang yang dapat dirasai, tugasan bersama diselesaikan dengan adil, peraturan

dan nilai budaya sama-sama dihormati, anak-anak akan lebih senang untuk dididik, dibimbing

kerana rasa dendam dan tidak puas hati adalah minimal. Komunikasi ikhlas dari hati ke hati

secara tidak langsung akan menarik perhatian anak-anak untuk mendengar dan memberi

kerjasama

2. Anak Yang Berdikari

Anak-anak perlu dilatih untuk berdikari secepat mungkin agar keyakinan diri mereka dapat

dibina lebih awal. Komoditi paling berharga yang perlu ada pada diri seseorang insan ialah

keyakinan pada diri sendiri. Kepercayaan kepada keupayaan sendiri walaupun diduga halangan

tertentu boleh dan perlu dibina dari awal lagi. Lebih awal ianya dibina, lebih banyak peluang

untuk pengukuhannya berlaku.

Kurikulum membina keyakinanan dan keupayaan diri adalah sebahagian daripada

silibus membimbing anak. Secara fitrahnya, anak –anak dalam peringkat umur satu (1) tahun

dan ke atas sudah mula ingin melakukan banyak perkara secara sendiri. Ibu bapalah yang

bertanggungjawab mengembangkannya atau menghadkannya.

Sebagai contoh, mereka akan mula berdikari untuk makan sendiri, membasuh pinggan,

menuang air, memakai kasut sehinggalah ingin memandu kereta, membasuh kereta dan kerja-

kerja orang dewasa yang menarik perhatian mereka untuk dilakukan kerana mereka ibarat

pokok yang baru bertunas lebat. Sayangnya, semarak rasa ingin berdikari ini dibiar begitu

sahaja tanpa dibaja, malah dicantas dek kerana usaha mencuba untuk berdikari oleh anak ini

seringkali menyusahkan ibu ayah; langsir tergunting, sofa terkotor, dinding terconteng lukisan,

pinggan dan gelas terpecah, air tertumpah dan sebagainya. Makin parah lagi apabila situasi ini

ditambah dengan ledakan emosi ibu ayah yang cemas, akan mematikan usaha anak untuk terus

meneroka dan mencuba.

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1268 | MEDC 2018

Keyakinan diri harus dipupuk

Perasaan ”saya boleh” dalam banyak perkara adalah amat penting. Rasa yakin diri, saya boleh

buat itu dan ini, dapat belajar dari implikasi idea dan usaha dapat menghasilkan kepercayaan

terhadap kebolehan diri mereka dan seterusnya memberi motivasi untuk terus mencuba. Selain

itu, kegagalan dan cabaran juga menjadi sebahagian dari norma kehidupan anak yang diberi

peluang untuk belajar mengurus diri. Saban hari, mereka akan menjadi semakin cekap dalam

mengorak langkah untuk berjaya. Kini, pokok yang bertunas semakin kukuh dan matang.

Semangat untuk melakukan sendiri, untuk terlibat dan menajdi aktif Bersama harus

digunakan sehabisnya untuk membina kemahiran anak bergaul, berbual bicara membina minda,

membina silaturrahim bergurau senda, membina akal fikiran mereka, membina hati budi, nilai

dan budaya. Latihan membina keupayaan anak harus disusun dan dirancang oleh ibu bapa dan

pendidik semua.

Apabila keyakinan dalam diri mereka berjaya dipupuk, anak bukan sahaja akan

berupaya makan sendiri atau ke tandas dengan yakin, malah mereka ingin menolong masak di

dapur, ingin menolong membasuh kereta dan kerja- kerja lain orang dewasa.

Bukankah satu hari nanti anak juga perlu menjadi seorang dewasa? Mereka

berkemungkinan akan memainkan peranan sebagai seorang ahli bomba yang membantu orang,

seorang tauke restoran yang melayan pengunjung, seorang penjual burger dan seumpamanya.

Justeru, membina kefahaman tentang peranan mereka, membina sikap ’autonomous care’ dan

empati adalah sangat penting untuk dipupuk sejak kecil, seperti yang telah kami saksikan

berlaku di pusat NALURI. Projek seperti Farmers Market, Building Your Town And City,

Taking Care Of Our Growing Vegetables, Keeping Ourselves Healthy dan seumpamanya

berpeluang membina pengalaman dan kemahiran tersebut. Projek ini sedikit sebanyak telah

berjaya membina self-esteem, self-efficacy dan self-confidence yang diperlukan untuk berjaya

dimana sahaja terutama dalam dunia tanpa sempadan ini.

3. Komunikasi Jiwa Yang Tenang, Minda Yang Pintar

NALURI mendapati bahawa gaya komunikasi guru serta ibu bapa dengan anak akan

mempengaruhi keberkesanan rutin, aktiviti, mutu pergaulan dengan anak-anak serta tingkahlaku

mereka. Komunikasi dan bual bicara yang betul juga dapat membina kemahiran penggunaan

bahasa dengan baik, daya mempengaruhi rakan dan minda yang pintar kreatif.

Bilakah anak-anak ini mula belajar berkomunikasi? Adakah semasa mereka mula

melangkah kaki ke tadika atau darjah satu? Kajian dan dapatan menunjukkan anak-anak belajar

dari dalam alam rahim lagi. Ransangan positif yang diterima oleh bayi akan memberi manfaat

kepada kemahiran berfikir dan bersosial mereka. Dapatan dari para psikologis dari University of

York menunjukkan bahawa caragaya ibu berkomunikasi dengan anak , 0- 3tahun mendapati

anak ini lebih bijak daripada anak yang mempuyai pendedahan bahasa dan komunikasi yang

terhad.

Komunikasi yang tersusun dan terarah akan dapat membina tahap kefahaman dan

kepintaran anak – anak seperti yang telah diamalkan di NALURI. Terdapat tujuh (7) tahap

pemikiran yang dapat dilihat dalam situasi ini; bagaimana penggunaan bahasa yang mudah

difahamai oleh anak – anak dapat membina kefahaman tentang makna dan frasa yang pada

mulanya mengelirukan mereka.

Contohnya, dalam aspek penggunaan bahasa ke arah memahami makna dan frasa yang

telah kami lakukan adalah seperti berikut. Perkataan yang dibincangkan adalah Telur.

Senario 1 : Anak yang berumur 4 tahun, pertama kali melihat telur puyuh di dalam peti ais.

Anak : Eh kecilnya telur ini. Ini telur apa, Ma?

Ibu : Ini telur puyuh namanya, Yam.

Anak : Oh dulu dia besar eh, pastu dia jadi kecil ya ma?

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1269 | MEDC 2018

Wajah si Ibu jelas terpinga – pinga. Ibunya berfikir sejenak bagaimana ingin memberi respons

yang terbaik pada si anak.

Ibu : Oh, yang besar selalu Yam tengok tu telur ayam, ini pula telur burung. Burung

itu kecil, jadi telurnya pun kecil.

Si Anak yang tadinya kehairanan sudah mula tersenyum.

Anak : Burung ada telur juga ya, Ma?

Ibu : Betul Yam. Nanti mama tunjuk buku tentang burung. Yam nak tengok?

Setelah itu, ibunya (yang pernah mengikuti kursus keibubapaan dan gemar menimba

ilmu dalam bidang berkenaan) membuka ensaiklopedia, mengongsikan gambar telur ayam, telur

burung, telur dinasour dan lain-lain. Terdapat telur yang boleh dimakan dan ada sebahagiannya

yang tidak boleh dimakan. Persoalannya, mengapakah Yam mengatakan telur itu dahulunya

besar kemudian menjadi kecil?

Apakah yang anak ini ingin ketahui? Salahkah persoalannya? Soalan ini menunjukkan

bahawa Yam sedang membuat perbandingan antara pengalamannya yang terdahulu untuk

menyelesaikan persoalannya yang terkini; Telur apakah ini?

Perbualan ini menunjukkan pada permulaanya, anak sudah mengetahui nama-nama

benda. Seperti telur ayam yang sudah biasa dipegang dan dimakan olehnya. Ilmu baru dapat

dibina berdasarkan perbandingan pengalaman terdahulu yang sudah berdaftar dalam memori

anak-anak. Akhirnya mereka membuat kesimpulan yang baru setelah melihat ciri - ciri telur

burung. Akhirnya, kefahaman dan ilmu baru tentang telur burung puyuh berjaya diperolehi oleh

Yam: Burung juga ada telur. Telur burung lebih kecil daripada telur ayam. Burung lebih kecil

dari ayam, jadi telurnya pun kecil juga.

Komunikasi yang tersusun dapat membina kefahaman yang baru tentang apa yang

dialaminya. Apakah akan terjadi sekiranya pertanyaan Yam tadi tidak diendahkan oleh orang

tua atau gurunya? Apa yang dilalui oleh Yam boleh dirumuskan seperti di bawah (Diagram 1).

Komunikasi untuk mempengaruhi tingkahlaku anak

Bagaimana pula komunikasi boleh digunakan untuk membina jiwa yang tenang? Kami

menggunakan pendekatan ‘active listening’ dan ’reflective message’ sebagai langkah pertama

dalam menangani cabaran perasaan dan tingkah laku anak di NALURI. Berdasarkan

pengalaman saya, apabila anak - anak merasakan perasaan mereka difahami, mereka akan

berasa lebih tenang.

Dalam keadaan anak yang sedih kerana ditinggalkan ibunya untuk ke pejabat, ikutilah

perbualan lazim yang dilakukan.

Senario 2 : Langkah berhadapan dengan Anak Yang Sedih Berpisah Dengan Ibunya

DIagram

1 : Problem solving with

kids

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1270 | MEDC 2018

1. Membenarkan perasaannya dengan menunjukkan simpati

Guru : Adik sedih ya?

Si Anak mengangguk dan kemudiannya sambung menangis. Si Guru akan memeluk Si

Anak (4 tahun) sambil berkata

Guru : Adik nak mummy ya? Adik sayang mummy ya?

Anak : Mummy gi mana?

Guru : Mummy go work.

2. Guru berkongsi kenyataan dan status situasi dengan Si Anak.

Guru : Adik work kat NALURI with friends ok?

Anak : Tak nak

Guru : Ok sayang, Adik sedih mummy tiada ya, nanti petang mummy habis

work, mummy datang ambil Adik ya?

3. Guru menunjukkan air muka gembira untuk melayan anak dan memberi

cadangan yang menarik perhatian anak

Si Guru tersenyum sambil mengangguk untuk menunjukkan mesej ‘nothing to worry’

kepada Si Anak. Si Anak mulai reda, Si Guru mengambil dan menawarkan buku cerita

yang disukainya.

Guru : Mana buku owl Adik tu?

Anak : Adik nak owl, teacher tolong bacakan boleh?

Tamat episod Si Anak menangis apabila ibunya bekerja. Dari segi pengurusannya, Si

Guru harus menyediakan buku owl dan kertas serta permainan lego yang digemari

anak ditempatkan berdekatannya.

Komunikasi membina kefahaman anak dalam melaksanakan sesuatu projek.

Anak – anak akan dapat membina kefahaman tentang kehidupan dan proses membuat kerja

sekiranya ibu bapa, guru dan orang dewasa bijak menggunakan komunikasi yang sesuai dan

membina. Sekiranya mereka dilatih dan dibiasakan dengan projek sebenar dan ‘role play’.

Senario 3: Projek Cheese Pizza

Anak- anak yang terlibat: 6 tahun seramai 10 orang

Anak- anak sudah teruja pada pagi itu kerana guru sudah berkongsi agenda pada awal

kelmarin untuk membuat pizza, iaitu projek kegemaran mereka. Guru sudah menyediakan resipi

Projek Cheese Pizza di atas papan putih.

Doh pizza yang telah sedia digunakan. Kotak pizza telah disediakan serta bahan keperluan

disusun dengan teratur. Anak-anak dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk melancarkan

pengurusan projek.

Anak- anak telah diberikan penerangan tentang langkah-langkah untuk membuat buat PROJEK

CHEESE PIZZA

Si Guru mula menerangkan satu per satu langkah untuk menyiapkan pizza.

Guru : Mula- mula, kita akan buat kotak dulu, hiaskan kotak ini cantik- cantik ya?

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1271 | MEDC 2018

Anak- anak dibimbing untuk menghias kotak mereka. Ayat berbentuk divergen digunakan

oleh Si Guru

Guru : Apa kita nak lukis pada atas kotak kita?

Si Guru menunggu respon-respon daripada anak- anak

Si Anak memberikan pelbagai idea, seperti nama mereka, gambar pizza, butterfly, riben, love,

superhero dan sebagainya.

Guru : Sekarang, mari kita mulakan membuat pizza langkah demi langkah.

Guru memerhatikan bagaimana anak menggunakan sudu untuk mengambil bahan dan

mengajar anak bagaimana cara yang lebih senang. Sebagai contoh, bagaimana hendak

menyapu sos dengan ambil sedikit dahulu, sapu sos itu sehingga ke tepi, dan kemudian ulang

lagi, sehingga selesai.

Guru : Seterusnya kita letak tomato, nenas dan sosej di atas pizza.

Sambil anak- anak menjalankan proses ini, guru memantau dan membantu mereka untuk

lalukan tugasan dengan lebih baik dengan bertanyakan soalan seperti ’Dimana nak letak

tomato tu? dan ’Nak letak berapa keping tomato?’.

Guru : Akhir sekali kita taburkan cheese dan bakar piza di dalam oven.

Si Guru juga menekankan langkah keselamatan yang perlu diambil.

Melalui projek seperti ini, anak- anak akan berpeluang membuat kerja bersama dengan

rakan-rakan, berbincang sesama mereka, mengeluarkan pendapat dan juga membuat pilihan

sendiri seperti ingin banyak cheese, atau sebaliknya. Anak akan bertindak secara otomatis,

memberi respons spontan dan bertolak ansur mengambil giliran untuk membakar piza mereka.

Anak juga rasa teruja apabila berjaya membuat piza sendiri. Dengan menjalankan projek seperti

ini, perasaan ’saya boleh’ dapat terbina.

Komunikasi yang baik, berstrategi dan berhemah dapat membina minda untuk

memahami persekitaran mereka, membina kosa-kata yang kaya, kemahiran berbicara dan

bertanya soalan untuk menyelesaikan masalahnya. Selain itu, komunikasi juga berperanan untuk

membina dan mempengaruhi tingkah laku yang baik dan juga untuk mendidik anak dalam

psikomotor apabila membuat sesuatu perkara dan projek.

4. Sinergi ’First’

Anak- anak dilatih untuk beroperasi dalam kerangka minda ’FIRST’ yang didasari oleh

fitrahnya, memenuhi keperluan anak sebagai hamba Allah yang suci, sentiasa dahagakan ilmu,

mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi, kreatif dan bertenaga. FIRST ialah akronim untuk

Fitrah, Ilmu, Roh & Semangat dan Tindakan.

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1272 | MEDC 2018

Diagram 2: Kitaran Sinergi FIRST

Sekiranya anak- anak dan para pelajar dapat dididik dalam kerangka besar kitaran

FIRST ini, maka mereka akan dapat beroperasi di mana jua mereka berada di atas muka bumi

ini. Mereka diibaratkan seperti biji benih yang terjatuh ke darat menjadi gunung, dan dicampak

ke laut menjadi pulau. Ilmu adalah sesuatu yang akan dapat membina masa depan anak-anak

dan keluarga.

Langkah pertama: Menjalankan projek bersama anak- anak

Pancaindera seseorang insan akan dimanafaatkan sepenuhnya untuk menimba ilmu di NALURI.

Ilmu yang dipraktis di NALURI dapat ditimba melalui deria-deria anak itu sendiri, iaitu deria

lihat, dengar, rasa, sentuh dan hidu. Dengan menggunakan kaedah projek dalam pelbagai tema

pula akan membuka peluang anak-anak untuk meneroka ilmu dalam bidang yang luas, seperti

contoh yang berikut:

• My Dream City

• Naluri Restaurant

• Naluri Airways

• Naluri Bank

• Keeping it Tidy

• Naluri Corner Shop

• Lawatan ke Rumah Allah

• Lawatan ke Tasik Cempaka

• Lawatan ke Klinik Dr Smile

• Abang Bomba Bercerita

Dunia pembelajaran yang luas ini dapat membina paradigma pembelajaran yang meluas

kepada mereka walau di mana sahaja akan sentiasa tercetusnya persoalan:

Ada apa disini?

Siapa yang buat ini?

Bagaimana nak gunakan peralatan ini?

Bagaimana bomba menolong orang?

Peralatan apakah yang digunakan?

Apakah persiapan yang perlu dilakukan

untuk menjadi seorang doktor, abang bomba,

peniaga, tukang masak, jurutera yang baik?

Alam fikiran, alam perasaan, alam gerak fisikal anak-anak semuanya dapat

dicantumkan dalam satu pengalaman pembelajaran yang sebenar dan meluas.

Langkah kedua: Maklum balas antara guru dan anak-anak tentang pengalaman mereka

Dalam langkah ini, anak-anak akan diajak berbincang tentang pengalaman mereka dan guru

akan membimbing dari segi persembahan idea secara lisan. Antaranya, guru akan melihat impak

projek tersebut terhadap perasaan mereka; adakah mereka teruja, bagaimana hasil projek boleh

diperbaiki dan apa akan terjadi jika mereka diberi peluang membuatnya sendiri nanti?

Ilmu

Semangat Tindakan

Fitrah

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1273 | MEDC 2018

Langkah ketiga: Natural Reading

Langkah terakhir dalam pembelajaran kerangka ’FIRST’ ini adalah segala pengalaman dan

cadangan akan dibukukan dalam bentuk ’Natural reading’ dan jurnal anakanak. Jurnal ini

menggabungkan elemen estetika bila mana mereka digalakkan menghias sendiri buku jurnal,

dan ianya juga berbentuk refleksi tentang pengalaman yang dilalui oleh mereka. Anak-anak

gemar membaca apa yang ditulis oleh mereka daripada pengalaman lawatan atau apa jua projek

yang telah mereka lakukan. Selain itu, kemahiran literasi bahasa yang lengkap juga dapat

berlaku pada peringkat ini.

Selain itu, ilmu pengetahuan yang ditimba dapat mendidik anak - anak untuk menjaga

kesihatan mereka agar dapat beribadah dengan sempurna dan akan mengambil langkah sebaik-

baiknya untuk menjaga kesihatan mereka. Segala perkara yang diketahui, difahami dan

diamalkan adalah selari. Setelah diamalkan, anak - anak akan lebih berkeyakinan terhadap

manfaatnya dan seterusnya meningkatkan lagi komitmennya. Namun, masalah yang dihadapi

oleh kita sekarang adalah disebabkan wujudnya jurang besar antara ilmu dan tindakan dalam

kehidupan seharian.

Secara fitrahnya, manusia berupaya untuk belajar secara ’otodidak’, seperti yang dunia

dapat saksikan dari bijak pandai dalam dunia seperti Buya Hamka, Albert Einstein dan Jack Ma

dari Alibaba.com. Mereka merupakan contoh manusia yang belajar diatas kemahuan sendiri,

berusaha menyelesaikan masalah yang timbul, mencari alternatif agar sesuatu situasi boleh

diperbaiki dan mencetus idea tentang sesuatu perkara yang perlu dihasilkan bagi memudahkan

kehidupan seharian.

Kini, sistem yang diamalkan untuk mendidik insan ini lebih menjurus kepada

menghadkan pemikiran dan peluang anak. Jadual waktu yang mengekang masa dan pengurusan

pembelajaran yang dibuat mengikut subjek ini amat tidak mengikuti fitrah anak – anak yang

melihat perkara dalam konteks yang berkait antara satu sama lain. Misalnya dalam projek

berkebun; alam fikiran sains, ketuhanan, kemahiran membilang, susunan pokok, kesenian dan

kemanusiaan dapat digarap bersama. Apabila anak-anak berinteraksi dengan seimbang dalam

kepelbagaian tunjang pembelajaran seperti ini, jiwa anak-anak akan menjadi lebih seimbang dan

tenteram.

Sistem pendidikan NALURI meraikan keinginan pembelajaran secara otodidak dan

tabii menggunakan alam fikiran yang menggerakkan insan. Kami percaya dengan menawarkan

peluang kepada anak-anak untuk merasai melalui pancaindera, mereka mampu memahami ilmu

sehingga menggerakkan mereka untuk melakukan sesuatu. Jika anak-anak didedahkan tentang

lembu, mereka akan mengetahui bunyi, ciri-ciri, habitat, fungsi dan manfaatnya kepada

manusia, sehinggakan mereka boleh belajar bagaimana untuk memerah susu lembu juga.

Pembelajaran juga akan terkait dengan apa yang Allah telah sebutkan tentang lembu di dalam

Al-Quran.

5. Hubungan Yang Mesra

Anak –anak akan berjaya sekiranya mereka mendapat perhatian dan sokongan penuh daripada

penjaga mereka, ibubapa, guru-guru dan juga komuniti masyarakat.

Peranan bapa

Dapatan kami yang telah mengendalikan program CAD, Children Activity Day, sejak dari tahun

2016 menunjukkan bahawa anak-anak yang mempunyai hubungan baik dengan bapa mereka

akan menunjukkan prestasi yang lebih baik. Mereka lebih senang memberikan kerjasama, lebih

responsif terhadap sesuatu soalan dan arahan serta mereka dapat melakukan tugasan dengan

baik sekali. Lain pula halnya dengan anak-anak yang mendapat perhatian daripada ibu sahaja

walaupun ayah ada bersama. Mereka lebih sukar menumpukan perhatian dan seringkali hilang

fokus terhadap aktiviti mereka. Ini adalah paten yang dapat kami simpulkan apabila

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1274 | MEDC 2018

menjalankan program bersama ibubapa seramai 800 orang berserta sejumlah anak-anak yang

seramai 1200 orang.

Peranan ibu

Peranan ibu yang sentiasa mendoakan dan memberikan harapan serta kata-kata positif kepada

anak-anak, lebih memudahkan mereka untuk berjaya berbanding dengan ibu yang cemas,

khuatir dan menzahirkan ketidakpercayaan mereka kepada anak-anak. Gaya bahasa badan,

pandangan mata, mimik muka dan lisan yang diucapkan oleh ibu sudah cukup untuk anak-anak

membuat kesimpulan bahawa susahnya untuk memuaskan hati ibu mereka. Anak-anak dapat

merasakan yang ibu tidak menaruh harapan kepada mereka, tidak yakin akan kebolehan mereka

dan perasaan ini membuatkan mereka berasa sukar untuk melakukan sesuatu aktiviti atau

penambahbaikan dalam kehidupan mereka.

Hubungan yang mesra antara ibubapa dan anak-anak akan memberikan ketenangan jiwa

kepada anak-anak. Statistik menunjukkan pesakit mental semakin meningkat di Malaysia

dengan seramai 4.2 juta rakyat menghidapinya dan trend menunjukkan bilangan ini semakin

meningkat. Anak - anak yang membesar dalam suasana yang penuh kemarahan dan kekerasan

akan melahirkan anak - anak yang jiwanya memberontak, berdendam dan sukar untuk

mendengar kata orang tuanya. Merujuk kepada The Heartmaths Institute yang menjalankan

kajian tentang emotional physiology, optimal function, resilience dan stress management

research. Heartmaths mengetengahkan kajian yang menunjukkan bahawa manusia mempunyai

medan elektromagnetik tersendiri yang boleh dirasai dalam jarak tujuh (7) kaki radius. Ibu bapa

atau guru hendaklah memanfaatkan hakikat ini sebaik mungkin; terpulanglah kepada

kesungguhan kita untuk memupuk diri kita menjadi magnet yang membina kecemerlangan atau

sebaliknya?

Buya Hamka dalam bukunya yang berjudul Falsafah Hidup VIII ada berkongsi:

”…dasar yang saya dapat dari dua orang besar, yang seorang telah dikenali sebab

hidupnya yang mulia dan matinya yang mulia, iaitu ayah saya Dr H.A.Karim Amrullah.

Kehidupan agama yang meliputi dan melingkungi saya dari kecil, di rumah beliau, pada waktu

sangat hangatnya pertentangan kaum muda yang beliau menjadai pelopornya mempertahankan

susunan berfikir cara lama, telah timbulkan tanda tanya besar di hatiku pada waktu kecil.

Tetapi entah apa sebabnya, dari umur sepuluh tahun, telah nampak jiwa saya melawan beliau.

Jiwa beliau adalah jiwa diktator. Dari sinar matanya terbayang jiwa memerintah. Kalau

sekiranya cara beliau mendidik itu sajalah, mahulah saya jadi orang terbuang, menjadi anak

tidak berguna. Saya tidak mahu pulang ke rumah, tidak mahu mengaji….”

Estrak di atas menunjukkan bahawa Buya Hamka, seorang ulama terkenal, tidak

terlepas daripada fitrah manusiawi dan menunjukkan betapa pentingnya pendidikan dari ibu

bapa yang mempunyai jiwa yang tenang. Allah berfirman dalam Al Quran, Surah Al-Maarij

Ayat 19-22:

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa

kesusahan, ia berkeluh-kesah. Apabila ia mendapat kebaikan, ia amat kikir, kecuali orang-

orang yang mengerjakan solat, yang tetap mengerjakan solatnya”

Menginsafi sikap keluh kesah ini, kita perlu mengawasi, membimbing dan

mencorakkan anak- anak di peringkat usia yang masih rebung lagi, iaitu pada peringkat anak

ingin mengenal dunia agar yang disemai dan dilatih dapat tumbuh dengan baik.

Sebagai pengakhiran perjalanan pulang, Allah memanggil jiwa-jiwa yang tenang seperti

yang terdapat dalam Surah Al-Fajr 27-30, yang bermaksud:

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1275 | MEDC 2018

“Hai jiwa yang tenang tenteram(muthmainnah)! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan

redha dan diredhai! Masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam

syurgaKu”

Berdasarkan dua firman Allah di atas, ianya dapat disimpulkan bahawa matlamat

membimbing anak dan memimbing manusia ialah agar jiwa yang secara fitrahnya dalam

keadaan keluh kesah, ke arah mencapai ketenangan jiwa sehingga kita kembali ke syurgaNya.

Pengalaman kami membuktikan bahawa jika anak-anak mendapat perhatian sewajarnya,

mereka akan dapat memberikan tumpuan yang lebih baik kepada tugasannya. Mereka akn

memberi lebih dari yang diminta.Ibu bapa yang mendengar dengan hatinya dan mendidik atas

dasar taqwa dan amanah bukan sahaja anak-anak akan mendapat manafaat akan juga kepada diri

sendiri serta ummah.

Sehubungan dengan itu, kami mengadakan kursus keibubapaan dengan tajuk ‘Do It

Right’ Parenting. Kursus ini meliputi cara komunikasi dengan anak, kepentingan melibatkan

diri dalam dunia anak-anak, berbual bicara untuk mengenali dan menyelesaikan masalah

bersama dan aktiviti melibatkan anak-anak. Selain itu, penekanan penting juga diberikan pada

topik, ‘Apakah imej anda dengan anak-anak ini?’

6. Rutin Yang Membina Jati Diri Dan Kepimpinan

Anak-anak memerlukan panduan terhadap apa yang perlu mereka lakukan, apa yang mereka

perlu diutamakan, bagaimanakah cara melakukan sesuatu dan apakah kesan sekiranya ianya

tidak dilakukan dengan baik?

Rutin harian yang mereka lakukan akan menjadi sebahagian daripada sikap dan nilai

hidup mereka. Persoalannya, mengapakah rutin sangat penting dalam kehidupan seseorang

anak? Anak- anak akan lebih terarah apabila mereka tahu apa yang boleh dilakukan dan

sebaliknya. Anak-anak ada pilihan sendiri samada untuk membuat sesuatu tugasan atau tidak.

Pilihan berada di tangan mereka. Dalam konsep ini, anak akan membuat pilihan dalam

tingkahlaku mereka, aktiviti apakah yang mereka ingin lakukan dan kesan daripada pilihan yang

mereka lakukan. Contohnya, jika seseorang melengahkan untuk membuat sesuatu kerja, anak

tersebut akan ketinggalan untuk projek seterusnya.

Konsep rutin di NALURI adalah untuk membina kemahiran kendiri anak dan budaya

bertanggungjawab untuk diri, kawan dan persekitaran. Anak-anak dilatih rutin adab makan,

prosedur membuat kerja, tamat kelas, menjaga kebersihan, rutin pagi, rutin petang dan juga

rutin penjadualan pakaian ke sekolah.

Senario 4: Rutin pagi dan tamat kelas

Si Guru bertindak sebagai fasilitator dan pencetus tindakan sewajarnya oleh anakanak. Secara

rutinnya, Si Anak akan tiba di sekolah pada pagi hari dan menyusun kasutnya.

Setelah menjemput anak di pagar, guru akan membantu anak dalam langkah yang seterusnya.

Guru : Ya Abg Amin. Di mana kita nak letak kasut ya?

***************

Apabila tamat kelas, Si Guru akan memainkan peranan penting dengan mengajukan soalan

kepada anak- anak

Guru: Anak- anak, kita nak buat apa ya selepas ini?

Pelaksanaan rutin akan menjadi tegang sekiranya tidak diambil kira cara

berkomunikasai yang mesra minda dan perasaan. Rutin dan peraturan harus berlaku secara

seiring dan anak-anak dilatih secara bertahap. Rutin ini juga harus dipraktikkan di rumah agar

anak terbiasa dengan hidup berperaturan, berdisiplin dan sekaligus hidup mereka akan menjadi

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1276 | MEDC 2018

lebih matang. Secara realitinya, anak yang tidak terbiasa dengan rutin mengurus diri ini sukar

untuk menyesuaikan diri mereka di tempat baru.

7. Pendedahan Pelbagai Dan Kaedah Pembelajaran

Lebih banyak kepelbagaian aktiviti yang anak - anak alami, lebih banyak peluang pembelajaran

yang bermakna untuk mereka. Mereka yang diberi peluang berinteraksi dengan pelbagai bahan,

pengalaman, aktiviti, bacaan, pendedahan secara tidak langsung akan menjadi lebih yakin.

Berdasarkan pengalaman kami di NALURI, anak-anak akan menjadi lebih responsif dan berani

apabila mereka diberi peluang meneroka persekitaran mereka sambil dipandu oleh guru.

Penerokaan dalam menggunakan bahan seperti tanah, air, benih, buih sabun, kotak, screw,

alatan kraf, masakan, binaan dan seumpama dapat membantu meningkatkan kefahaman dan

pengetahuan anak tentang ciri-ciri bahan dan perkara di sekeliling mereka. Penglibatan mereka

seperti dalam lawatan ke ladang, pasaraya, balai bomba, masjid, istana negara dan

seumpamanya telah memberi pengetahaun secara dekat kepada mereka tentang keadaan sebenar

dan mengetahui adab-adab, peranan dan tanggungjawab mereka sebagai seorang ahli komuniti.

Mereka diberi penerangan, taklimat dalam bahasa yang mudah mereka faham.

Pendedahan dan penggunaan bahan ini harus dikendalikan dalam konteks membina

ilmu, kemahiran kritis dan menyelesaikan masalah. Pandangan mereka diambil kira untuk

menggalakkan keberanian dalam mengeluarkan pendapat dan pandangan tentang sesuatu

perkara. Bagi memastikan perkara bual bicara ini dapat berlaku dengan baik, NALURI

menghadkan ratio guru kepada pelajar 1:15 untuk anak berumur enam tahun dan 1:10 untuk

anak 4-5 tahun.

Pendedahan pelbagai juga termasuk ruang-ruang di tadika yang berbentuk terbuka.

Anak-anak tidak dihadkan kepada satu ruang pembelajaran sahaja tetapi mempunyai pelbagai

ruang untuk digunakan. Bentuk kerusi meja yang kreatif, rekabentuk yang menarik dan selamat

digunakan dan memberi mesej kepada anak tentang penggunaan ruang yang kreatif. Misalnya,

disamping menyiram pokok di luar, anak - anak juga boleh membuat projek kraf dan membuat

lukisan menggunakan cat air di luar.

Kaedah pembelajaran yang teliti dan mendalam

Anak-anak boleh menjadi lebih teliti dalam pemerhatian mereka sekiranya dilatih secukupnya

dalam suasana sebenar. Sebagai contoh, anak kecil dalam lingkungan umur 2 tahun yang

bermain bola boleh dipelbagaikan bentuk mainannya, sebagai seperti membina kemahiran

fisikalnya dan kecekapannya menangkap bola. Selain itu, bermain bola boleh digabungkan

dengan pengalaman berbahasa inggeris. Anak – anak boleh belajar untuk “catch the ball , pass

the ball, kick the ball ,bounce it, twist It and roll it”. Seterusnya pengalaman itu boleh

ditingkatkan ke aras yang lebih tinggi dengan memasukkan elemen masa seperti baling bola

laju-laju dan juga elemen jarak; baling bola dekat, baling bola jauh. Strategi mengajar dan

membimbing dari mudah ke lebih sukar secara bertahap amat diperlukan untuk anak membina

dan mengukuhkan kefahaman mereka yang terdahulu. Apabila berinteraksi dan berbual dengan

anak haruslah menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami. Anak yang sudah mengetahui

apa itu labah-labah dan burung serta cirinya boleh di bawa pemerhatiannya kepada Spider vis a

vis Spider Lily dan Burung pula vis a vis Pokok Burung. Kefahaman asal kini menjadi sesuatu

ekplorasi kreatif bahasa dan kaitannya dengan alam serangga dan alam tumbuhan.

Kepekaan dan tanggungjawab sosial dapat dilihat dari kata-kata anak yang terlontar

semasa mereka memerhatikan pokok burung, seperti ”Lepaskanlah burung tu, kesian dia”.

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1277 | MEDC 2018

Kepada anak yang cenderung dengan angka pula, ibu bapa digalakkan untuk berkongsi

perbualan berbentuk matematik atau angka dan aplikasi dalam kehidupan seharian.

Senario 5: Anak membaca buku berkisar angka.

Si Anak yang berumur 7 tahun sedang melihat buku bertajuk “1 million Facts and more2”.

Buku ini berkongsikan fakta menarik tentang angka dalam dunia seperti ayam melahirkan 400

billion telur setahun, 300 juta manusia diserang oleh ikan yu, manusia mempunyai 100 billion

sel otak dan lain- lain.

Sedang Si Anak (Nawfal) asyik meneliti buku tersebut, tiba-tiba dia bertanya kepada opahnya.

Anak : Umur opah berapa ya?

Opah menjawab sambil berasa agak hairan dengan pertanyaan itu

Opah : Oh, umur opah 53 tahun, Nawfal.

Anak : Wah, banyaknya. (Respon Nawfal sambil tersenyum )

Anak : Tak boleh dah la.

Opah : Tak boleh apa?

Anak : Tak boleh dah nak jadi peserta olimpik!

Si Anak dengan serius berkongsi fakta yang dibaca dalam buku tersebut.

Opah : Oh ya? Tak boleh dah ya? Umur berapa yang boleh?

Anak : Bawah 23 tahun opah…hehe.

Opah : Ohh Opah dah tua dah, olimpik ni selalunya untuk orang muda-muda yang

kuat. Macam Nawfal kalau nak boleh la, tunggu besar nanti.

Anak : Boleh juga..

Rupanya, anak itu sedang memahami peluang untuk menjadi peserta olimpik

disebabkan buku tersebut ada menceritakan tentang penyertaan dan sejarah olimpik.

Contoh di atas mencerminkan bahawa bentuk perbincangan dengan anak - anak yang

berlaku di rumah, di tadika, pusat kecemerlangan atau di mana sahaja harus menjadi platform

untuk mereka membuat penerokaan baru dan juga melatih mereka untuk menjadi lebih teliti.

Berdasarkan pemerhatian saya, seorang anak yang berusia dua setengah tahun, boleh

belajar menjadi teliti menerusi amalan hariannya seperti dia mampu menggulung getah paip air

dengan baik setelah selesai sesi potty training apabila kerap ditunjukkan caranya dan dia diberi

peluang dengan tenangnya untuk mencuba sendiri dan mengulangi usahanya.

2 Mariel Maron et al, TecTum Publishers, 2009

Diagram 3 : Pokok Burung ini mempunyai bunga yang berbentu seperti

seekor burung

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1278 | MEDC 2018

Anak- anak yang gemar membantu bercucuk tanam akan mendapat peluang melihat

cacing di dalam tanah. Secara fitrahnya, mereka mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi

dan sekaligus akan bertanya pelbagai jenis soalan; Apa ini? Kenapa dia duduk dalam ni?

Macam mana dia hidup? Anak ini membuat koleksi cacing-cacingnya setelah diberikan bekas

oleh atuknya. Akhirnya, anak ini mengatakan bahawa dia ingin masuk ke dalam rumah kerana

ingin menonton video di Youtube tentang “Earthworm”. Anak ini terus minta memasangkan

Youtube dan terus menontonnya dengan begitu asyik. Si Anak juga membuat permintaan

istimewa supaya adiknya tidak menganggunya. Pengalaman berharga ini berakhir dengan

melukis cacingnya dan bercerita tentang pengalaman mencari cacing dibawah pokok mulberry.

Keseluruhannya, Si Anak berjaya untuk fokus melakukan proses pembelajaran ini selama lebih

dari satu jam.

Kaedah belajar seperti ini bukan sahaja mampu membantu anak- anak untuk mendapat

ilmu baru tentang cacing, tetapi mereka juga boleh meneroka alam pengetahuan dengan lebih

jauh sekiranya dijadikan sebagai satu budaya di kalangan orang dewasa apabila bergaul dan

membimbing anak-anak mereka. Langkah ini harus dilakukan, samada bimbingan di rumah, di

institusi formal atau dimana sahaja yang melibatkan anak-anak dalam komuniti. Orang dewasa

yang bergaul dengan anak-anak untuk meneroka kebolehan mereka harus berhati- hati untuk

tidak membatasinya dengan rasa cemas dan lebih parah lagi kalau orang dewasa sering

merasakan anak tidak harus bermain dan meneroka, mereka lebih baik berdiam diri dan ikut

arahan ibu bapa sahaja.

KESIMPULAN

Dalam usaha memberi yang terbaik kepada generasi milienium, ibu bapa, orang dewasa,

pembimbing, ahli masyarakat, pemimpin dan pembuat dasar perlu mengambil langkah berani

untuk mempengarauhi jiwa insan suci ini dengan nilai abadi kemanusiaan agar mereka berupaya

membimbing diri, masyarakat dan dunia. Mereka berupaya mengurus dan mengemudi kemajuan

sains dan teknologi, STEM dengan nilai murni kemanusiaan yang tidak terhakis. Namun

realitinya, gajet dan pengaruhnya sedang mencabar budaya ideal yang di gambarkan di atas.

Kini, perjuangan untuk “close the gap between knowledge and practise, between

science and humanity, technology and wisdom” semakin diperlukan. Untuk menjadi warga

dunia yang bertanggungjawab, kita perlu merombak paradigma mendidik anak sebagai bahan

untuk dinilai atau dipertandingkan dengan rakus kepada membimbing anak agar terbina jatidiri

pembela ummah yang bijaksana. Membimbing anak adalah membimbing akal dan perasaan,

membina jiwa yang kental. Tabiat meneroka alam, tabiat berfikir, dan sentiasa mencari hikmah

di sebalik apa yang nampak, yang didengar dan yang diketahui. Malaysia kini berada di

persimpangan tamaddun, sesuai dengan semangat Malaysia Baru serta keinsafan ajal maut yang

mungkin tiba bila-bila masa sahaja seharusnya memantapkan usaha dan perjuangan

membimbing anak untuk menjadai warg dunia. Sama-sama kita ambil tindakan dan melakukan

perubahan dalam skala yang kita mampu. Semoga kita kukuh istiqamah dan sentiasa

beristighfar untuk dapatkan kekuatan membina impian yang hakiki.