masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah dalam bilik

Upload: sheildtox

Post on 16-Jul-2015

447 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAHNORLIANA BT JAPIRIN NUR AKMA BT PAHIN SITTI NUUR KHAIRUNNISA BT SAMSUDIN1

OBJEKTIF Di akhir topik ini anda akan dapat: Menerangkan jenis-jenis masalah disiplin. Menjelaskan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah. Menghuraikan sebab-sebab berlaku masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah.

2

SKOP PEMBENTANGANJenisJenis-jenis Masalah Disiplin Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah Dalam Bilik Darjah SebabSebab-sebab Berlaku Masalah Disiplin & Tingkah Laku Bermasalah

Pengenalan

Tingkah Laku Bermasalah di dalam Bilik Darjah

3

PENGENALANMasalah disiplin dan tingkah laku murid di dalam bilik darjah sudah lama menjadi perhatian. Hal ini merupakan perhatian. satu realiti yang menganggu P&P, menjelaskan suasana sosioemosi di dalam bilik darjah serta menimbulkan tekanan kepada guru. Situasi ini kadangkala menyebabkan guru guru. hilang harapan dan putus asa terhadap prestasi anak muridnya. muridnya.

4

TAKRIF DISIPLINSedia maklum Disiplin berkaitan dengan tingkah laku seseorang. seseorang. Takrif Disiplin

Hukuman bersifat NEGATIF dan mengajar kanakkanak perkara yang tidak harus dilakukan oleh mereka

Boleh ditafsirkan sebagai latihan yang bertujuan membentuk tingkah laku yang dikehendaki. dikehendaki. PENTING !! Disiplin tidak boleh ditafsirkan sebagai 5 hukuman

Disiplin juga boleh dijelaskan sebagai:sebagai: a. Latihan b. Kepatuhan c. kawalan

TAKRIF DISIPLIN Disiplin mengajar cara hidup yang selamat dan harmoni dalam masyarakat. Disiplin mengajar kita berkongsi, berkerjasama, mengawal diri dan emosi. Disiplin melibatkan peneguhan positif, pujian serta ajaran tentang perlakuan yang diterima dan cara mengawal tingkah laku. Disiplin juga suatu yang berterusan.6

KONSEP DISIPLINSekolah-sekolah di Malaysia

Konsep disiplin memberikan penekanan kepada cara-cara mencegah masalah disiplin dan tingkah laku daripada berlaku di dalam bilik darjah agar P&P dapat dilaksanakan dengan lancar.

Cara-cara mencegah: Dimaklumkan ketika mendaftar Buku peraturan Peringatan ketika perhimpunan Peraturan dalam bilik darjah7

JENIS DISIPLIN DI DALAM BDTerbahagi kepada 4, iaitu:

Disiplin Arahan Guru

Disiplin Arahan Diri

Disiplin Arahan Kerja

Disiplin Arahan Kumpulan

Disiplin Arahan Guru Disiplin arahan guru adalah cara dan tugas guru menentukan arahan dan peraturan, mengawal dan memastikan setiap pelajar mematuhinya. Tindakan akan diambil kepada pelajar yang melanggar sebarang peraturan yang telah ditetapkan. Sebagai pengurus bilik darjah, guru bertanggungjawab dalam merancang, mengelola, mengarah dan mengawal hal-hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar.

Disiplin Arahan Guru Guru mungkin bersikap autokratik dalam mengawal disiplin pelajar. Namun guru perlu membuat pertimbangan sebaik mungkin dalam hal berkaitan disiplin supaya ia tidak menjejaskan hubungan antara guru dan pelajar atau menyebabkan mereka takut untuk mencuba sesuatu yang baru atau bertindak memberontak. Motivasi kendiri berkaitan disiplin sangat perlu digalakkan.

Disiplin Arahan Kerja Disiplin arahan kerja wujud apabila sesuatu tugasan yang diberikan diberikan oleh guru kepada murid dan perlu diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

Disiplin ini dibentuk berdasarkan kesedaran keperluan dan tanggungjawab dan mempunyai kebaikan kepada pelajar-pelajar yang mematuhi arahan dan dapat menyiapkan tugasan mengikut jadual yang ditetapkan.

Disiplin Arahan Kerja Disiplin ini mempunyai ciri motivasi yang positif. Hal ini kerana ia menggalakkan pelajar menyelesaikan tugasan demi kebaikan dan kepentingan sendiri. Namun,tidak semua pelajar dapat mnyelesaikan tugasan seperti yang dijadualkan.

Disiplin arahan kerja ini dapat diwujudkan apabila tugasan yang diberikan itu menarik, bermakna, sesuai dengan umur dan keupayaan pelajar dan dapat disiapkan dalam tempoh yang diberikan.

Disiplin Arahan Kumpulan Disiplin arahan kumpulan merujuk kepada disiplin yang dihasilkan daripada kawalan rakan-rakan dalam kumpulan yang sedia ada atau kumpulan yang dibentuk untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Pembentukan biasanya berasaskan kepada nilai,

kepercayaan dan norma yang sama antara ahli kumpulan. Mana-mana ahli kumpulan yang tidak dapat mematuhi nilai kumpulan akan disingkirkan.

Disiplin Arahan Kumpulan Kumpulan sebegini boleh digunakan oleh guru untuk membantunya mengawal disiplin bilik darjah. Ketua kumpulan yang dilantik berperanan dalam mengawal disiplin kerja ahli kumpulannya yang lain.

Disiplin Arahan Diri Disiplin arahan diri berlaku apabila pelajar dapat mematuhi peraturan sekolah secara sukarela. Disiplin ini diwujudkan atas kesedaran bahawa mematuhi peratuan-peraturan sekolah adalah untuk kebaikan pelajar sendiri. Ia wujud secara tidak sedar apabila pelajar telah mencapai tahap kematangan iaitu boleh berfikir secara rasional.

Disiplin Arahan Diri Nilai disiplin jenis ini juga dapat dibentuk oleh guru melalui latihan dan bimbingan seperti menerangkan kebaikan mematuhi peraturan yang ditetapkan, menerapkan nilai-nilai murni seperti adil,saling hormatmenghormati, bertimbang rasa, toleransi dalam sebarang aktiviti samada aktiviti pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti kokurikulum. Disiplin arahan diri ini adalah yang paling berkesan dalam pengurusan bilik darjah. Masalah disiplin di sekolah dapat diturunkan ke paras minimum apabila mereka sedar kepentingan mematuhi disiplin.

TAKRIF MASALAH DISIPLINBoleh dilihat sebagai keadaan atau tingkah laku yang menunjukkan ketidakpatuhan kepada peraturan atau nilai yang diterima masyarakat.

Sebagai keadaan yang tidak terkawal misalnya, keadaan bising dan tidak terurus di dalam BD yang menunjukkan berlakunya masalah disiplin.

17

MASALAH DISIPLINBersifat Destruktif Maksud Menghancur atau memusnahkan Bersifat Disruptif Maksud Suatu tindakan yang mengganggu, mengganggu, mengacau atau menggendalakan aktiviti atau pelaksanaan P&P.18

JENISJENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN DESTRUKTIF Melawan Memukul Mencederakan Mengedar dadah /pil ekstasi / gambar lucah Mengambil dadah/ dadah/menghidu gam Merosakkan harta benda (vandalisme) vandalisme) Mencuri Mengugut rakan sebaya / guru Menggunakan perkataan lucah Ponteng kelas / sekolah19

20

21

22

JENISJENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN DISRUPTIFMengganggu pelaksanaan P&P Tidak memberikan perhatian, iaitu mengganggu rakan, bercakap, makan atau tidur di dalam kelas. Keluar dari BD tanpa kebenaran Kerap lewat masuk ke kelas. Kerap tidak membawa buku latihan / buku teks Tidak menyiapkan tugasan dan sering perlu ditegur.23

JENISJENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN DISRUPTIFMengganggu pelaksanaan P&P Menunjukkan sikap biadap terhadap guru Melepak, berlari dan menjerit di koridor bilik darjah semasa P&P. Membuli rakan sedarjah, misalnya mengambil bahan kepunyaan rakan atau menconteng buku latihan rakan.24

JENISJENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN DISRUPTIFMasalah Kekemasan Diri Tidak memakai lencana sekolah / tanda nama / stoking. Murid perempuan tidak menggunakan kancing butang pada baju kurung. Ada yang tidak menggunakan anak baju apabila memakai baju kurung yang agak transparen. Kuku panjang dan kadangkal diwarnakan Pelajar lelaki dengan rambut panjang atau skinhead. Mewarnakan rambut. Bbaju, seluar, kasut sekolah dan pakaian untuk PJ tidak mengikuti spesifikasi.25

KESIMPULANBukan semua murid menimbulkan masalah disiplin di dalam bilik darjah. Dalam pada itu, bukan semua masalah disiplin darjah. itu, berpunca daripada murid. Oleh itu, para guru dan sekolah murid. itu, memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana harmoni dalam bilik darjah agar pelaksanaan P&P berjalan dengan lancar. lancar.

26

SOALAN KUIZ1. Mengapakah disiplin tidak boleh ditafsirkan sebagai hukuman? 2. Berikan 4 jenis disiplin di dalam bilik darjah? 3. Apakah maksud destruktif dan disruptif? 4. Berikan contoh masalah disiplin destruftif dan disruptif?

27