laporan latihan “ mock drill code blue ” bil 1 / 2011 hospital tampin

13
0 LAPORAN LATIHAN MOCK DRILL CODE BLUE ” BIL 1 / 2011 HOSPITAL TAMPIN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS “ THE CHOKING BABY ” TEMPAT : UNIT HAEMODIALISIS TARIKH : 27 SEPTEMBER 2011

Upload: buianh

Post on 12-Jan-2017

278 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: laporan latihan “ mock drill code blue ” bil 1 / 2011 hospital tampin

0

LAPORAN LATIHAN “ MOCK DRILL CODE

BLUE ” BIL 1 / 2011

HOSPITAL TAMPIN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

“ THE CHOKING BABY ”

TEMPAT : UNIT HAEMODIALISIS TARIKH : 27 SEPTEMBER 2011

Page 2: laporan latihan “ mock drill code blue ” bil 1 / 2011 hospital tampin

1

1. PENGENALAN

Latihan “Code Blue” diadakan adalah untuk memastikan semua anggota terutama Pegawai Perubatan dan paramedik di jabatan kecemasan, wad-wad dan unit-unit lain mempunyai ilmu dan pengalaman dalam mengendalikan kes kecemasan ‘cardiac arrest’. Oleh itu, untuk memastikan semua anggota memahaminya, maka latihan atau ‘Mock Drill Code Blue’ ini akan diadakan setiap tahun mengikut kawasan/zon yang telah ditetapkan oleh Polisi Code Blue.

2. OBJEKTIF

i. Meningkatkan ilmu pengetahuan anggota dalam Basic Cardiac Life Support. ii. Memberi latihan dan pengalaman kepada anggota dalam mengendalikan kes-

kes kecemasan’cardiac arrest’. iii. Melihat keberkesanan dalam pengaktifan Code Blue. iv. Mengenal pasti kelemahan dalam sistem dan membuat tindakan

penambahbaikan.

3. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

a) 19/09/2011 : Perbincangan dan mesyuarat di antara Puan Pengarah, Dr. Siti Faridah dan semua ketua unit yang terlibat untuk

mengadakan mock drill code blue di Unit Hemodialisis (HDU).

b) 23/09/2011 : Mesyuarat dan taklimat untuk pelakon yang mengambil bahagian dalam latihan code blue.

c) 26/09/2011 : Mengadakan rehersal mock drill code blue. d) 27/09/2011 : Mock Drill Code Blue dilangsungkan. e) 27/09/2011 : Post mortem bersama Puan Pengarah, Pegawai

Perubatan, para pemerhati jemputan, ketua unit, operator dan semua anggota yang terlibat.

Page 3: laporan latihan “ mock drill code blue ” bil 1 / 2011 hospital tampin

2

4. PEMERHATI : 5 ORANG 1. Unit Haemodialisis (HDU) - Dr. Siti Faridah bte Jusoh

- Matron Salomah bte Sidek - En. Wong Swee Wan (dari HTAN)

2. Jabatan Kecemasan dan Trauma - KJ Soo Kam Lin

3. Bilik Operator - KJ Nooraini bt Ismail

5. SENARIO PADA HARI KEJADIAN Pada 27/9/2011 jam 3.00 petang, seorang wanita berlari dari arah Tadika Sri Mutiara dalam keadaan cemas menuju ke Unit Hemodialisis (HDU) Hospital Tampin. Wanita tersebut mendukung seorang kanak-kanak berusia 2 tahun sambil menjerit meminta pertolongan. Wanita itu mendapati kanak-kanak tersebut pengsan dan tidak sedarkan diri .

DR. SITI FARIDAH EN. WONG

KJ SOO KAM LIN KJ NOORAINI

MATRON SALOMAH

Page 4: laporan latihan “ mock drill code blue ” bil 1 / 2011 hospital tampin

3

Sampai di depan Unit HDU, wanita itu terus meluru masuk ke dalam dan PPP Fizhan terus menyambut kanak-kanak tersebut, baringkan di atas katil dan memeriksanya dengan segera. Tiba-tiba PPP Fizhan memberitahu kepada Ketua Unit, PPP Zakaria untuk mengaktifkan Code Blue dan mohon bantuan dari anggota HDU yang lain. PPP Zakaria terus membuat panggilan telefon kepada operator yang bertugas untuk mengaktifkan Code Blue pada jam 3.05 petang.

Pada jam 3.06 petang, operator yang bertugas menerima panggilan dan terus mengaktifkan Code Blue dengan menghubungi doktor dan paramedik dari wad yang berdekatan (wad 1, 2 dan 3) serta Code Blue Team dari Jabatan Kecemasan. Semasa menunggu pasukan bantuan dari Wad 1, 2 dan 3 serta pasukan Code Blue, PPP Fizhan mengambil sejarah pesakit (mangsa) daripada wanita tersebut yang merupakan ibu mangsa mengenai apa yang berlaku. Mengikut keterangan ibu mangsa, anaknya tiba-tiba pengsan dan seluruh mukanya menjadi biru. PPP Fizhan menyuruh S/N Nallini membawa ibu mangsa ke dalam bilik menunggu untuk ditenangkan dan menyuruhnya bersabar.

PPP Fizhan memeriksa mangsa jika ada bendasing di dalam mulut. Semasa memeriksa dengan teknik A(airway), B(breathing) dan C(circulation), didapati pesakit tiada pernafasan dan tiada nadi. Seterusnya beliau memulakan CPR dengan teknik 30 tekanan dan 2 pernafasan.

Page 5: laporan latihan “ mock drill code blue ” bil 1 / 2011 hospital tampin

4

Pada jam 3.15 petang, semasa membuat CPR pusingan kedua, Dr. Sau sampai bersama dengan paramedik dari Wad 1, 2 dan 3. PPP Fizhan memaklumkan kepada Dr. Sau perkara yang berlaku. Dr.Sau mengarahkan staf yang ada supaya memasang i/v drip, chest lead dan membuat persiapan untuk intubation. Semasa memasukkan endotracheal tube, Dr. Sau mendapati ada bendasing (bebola ikan) di dalam trakea mangsa. Beliau membuang bendasing tersebut dan melakukan intubation, seterusnya menyambung CPR.

Code Blue Team (CBT) dari Jabatan Kecemasan &Trauma tiba pada jam 3.20 petang. Setelah mendapat penerangan daripada Dr. Sau, mereka terus memberikan bantuan Advanced Cardiac Life Support (ACLS) diketuai oleh Dr. Nur Ain bte Musa dan dibantu PPP Fadzullah Suhaimi bin Mohd Noor. Selepas AED dipasang, didapati mangsa mengalami VF (ventricular fibrillation) dan CBT terus melakukan prosedur defibrillation. Defib kali kedua telah berjaya ‘menghidupkan’ semula mangsa. Setelah mangsa stabil, keadaan semasa diterangkan kepada ibunya dan prosedur rujukan ke hospital berpakar dilakukan oleh Dr. Nur Ain pada jam 3.40 petang.

Page 6: laporan latihan “ mock drill code blue ” bil 1 / 2011 hospital tampin

5

6. POST MORTEM Post mortem telah dilangsungkan pada jam 4.00 petang, dipengerusikan oleh Pengarah, Dr. Hjh Hatijah bt Hj Mohd Tan bertempat di Bilik Mesyuarat Bangunan Warisan dengan kehadiran seramai 23 orang. KOMEN PEMERHATI :

1. Dr. Siti Faridah bte Jusoh (Unit Hemodialisis)

◘ Pada keseluruhannya perjalanan di Unit Hemodialisis memuaskan dan

berjalan dengan lancar.

◘ ‘Code Blue Team’ dari Jabatan Kecemasan & Trauma dapat

menghadirkan diri dengan segera apabila dihubungi oleh operator dan tiba di

lokasi kejadian dalam masa 3 minit.

◘ Paramedik di Unit Hemodialisis melakukan tindakan yang segera apabila

sesuatu kecemasan berlaku.

2. Matron Salomah bte Sidek (Unit Hemodialisis)

◘ Pengurusan kecemasan dapat dilaksanakan dengan pantas dan cekap.

◘ Memberi latihan dan pengalaman kepada anggota dalam mengendalikan kes-

kes kecemasan “cardiac arrest”.

◘ Waris kepada pesakit perlu ditenangkan kerana dalam keadaan kecemasan,

emosi waris akan terganggu. Oleh itu soft skil diperlukan dalam

menenangkan situasi ibu.

◘ Semasa melakukan CPR ke atas kanak-kanak tersebut, mangsa perlu di

letakkan di atas cardiac board untuk memudahkan proses resuscitasi

dijalankan.

Page 7: laporan latihan “ mock drill code blue ” bil 1 / 2011 hospital tampin

6

3. En. Wong Swee Wan (Unit Hemodialisis)

◘ Mengucapkan tahniah kerana telah berjaya melakukan latihan Mock Drill Code

Blue walaupun pertama kali diadakan.

◘ Latihan ini adalah sebagai persediaan kecemasan dalam mengendalikan kes

cardiac arrest dan memastikan semua anggota memahaminya.

◘ Pegawai Perubatan dan anggota unit berjaya dalam mengendalikan kes

cardiac arrest.

4. KJ Soo Kam Lin (Jabatan Kecemasan &Trauma )

◘ Ada koordinasi di antara Dr. Nur Ain dan PPP Fadzullah semasa menerima

panggilan kecemasan daripada operator untuk mengaktifkan Code Blue.

◘ Code Blue Team bertindak pantas dengan penuh keyakinan

menuju ke lokasi kejadian (Unit Hemodialisis) dalam masa 3 minit dengan

membawa peralatan kecemasan seperti :

- Intubation Kid for Child

- Automated External Defibrilation (AED)

- Set Ambulance Call Bag

◘ Syabas !! kepada Code Blue Team Jabatan Kecemasan & Trauma.

5. KJ Noraini bte Ismail ( Bilik Operator )

◘ Mengucapkan tahniah kepada anggota Unit Hemodialisis kerana berjaya

mengadakan Mock Drill Code Blue.

◘ Pada keseluruhannya,syabas dan tahniah kepada operator kerana mereka

bertindak pantas dalam urusan komunikasi untuk menjayakan Mock Drill Code

Blue.

◘ Operator telefon berjaya menghubungi pasukan Code Blue Team tepat pada

masanya dan memberitahu masa dan lokasi kejadian berlaku.

Page 8: laporan latihan “ mock drill code blue ” bil 1 / 2011 hospital tampin

7

7. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1. Semasa melakukan resuscitation terhadap kanak-kanak, perlu diletakkan diatas cardiac board bagi memastikan CPR yang dilakukan adalah berkesan.

2. Emergency trolley mesti dikemaskini dan diperiksa setiap hari terutama dalam memastikan bateri laryngoscope berfungsi untuk melancarkan proses intubation.

3. Clear history of patient perlu didapatkan semasa kes-kes kecemasan seperti cardiac arrest.

4. Hand rub perlu diletakkan di Emergency trolley bagi memastikan hand hygiene sentiasa diamalkan.

8. UCAPAN PENUTUP

Puan Pengarah, Dr. Hjh. Hatijah bte Hj Mohd Tan sebagai pengerusi,

mengucapkan terima kasih kepada PPP U36 HTAN, En. Wong Swee Wan yang sudi

hadir sebagai pemerhati dan kepada semua yang telah memberikan kerjasama dalam

menjayakan Mock Drill Code Blue. Diharap pada masa akan datang, kelemahan –

kelemahan yang telah dikenalpasi akan dapat diperbaiki dan diatasi. Post mortem

berakhir pada jam 5.00 petang.

DISEDIAKAN OLEH:-

DR. SITI FARIDAH BTE JUSOH

PEGAWAI PERUBATAN UD54

HOSPITAL TAMPIN

DISEMAK OLEH :-

DR. HATIJAH BINTI HJ.MOHD.TAN

PENGARAH HOSPITAL

HOSPITAL TAMPIN

Page 9: laporan latihan “ mock drill code blue ” bil 1 / 2011 hospital tampin

8

SENARIO BERGAMBAR

Pintu masuk ke HDU Tadika yang berhampiran Tolong ! Tolong !!

Tolong ! Anak saya pengsan !! Encik ! Tolong selamatkan anak saya encik !!

Kami sedia membantu !

Budak ni dah tak bernafas ni. Dah biru muka dia..

En. Zack ! Call operator, aktifkan code blue. Saya nak

buat CPR ni !!

Chest compression 30, breathing 2.

Page 10: laporan latihan “ mock drill code blue ” bil 1 / 2011 hospital tampin

9

tx

Dr. Sau ! CPR dah masuk cycle kedua, tapi masih tak berjaya.

Staff Nurse ! Prepare IV drip and equipment for intubation.

Fizhan ! Continue bagging and compression.

OK !! Saya nak buat intubation ni !!

Haiyya… ada fish ball dalam throat dia. Patutlah buat CPR

tak berjaya.

Intubation success !! Kenapa baby masih tak bernafas ??

Code Blue Team dah sampai !! Apa masalah ni?

Baby coking, collapes !! Dah intubate dan CPR tapi masih

tak berjaya.

Fadzullah !! Pasang AED dan prepare for defib.

Page 11: laporan latihan “ mock drill code blue ” bil 1 / 2011 hospital tampin

10

.

AED menunjukkan baby ada VF. Kita teruskan dengan defib.

Nah doctor ! Baby’s pad for defib.

OK clear ? Everybody clear ?

Alhamdulillah ! Baby dah dapat balik degupan jantungnya.

Ya Allah ! Selamatkanlah anakku !!

Anak Puan Berjaya diselamatkan tapi kita kena rujuk Hospital

Seremban untuk rawatan lanjut.

Ambulan dah sampai !! Belakang sikit lagi bang !! Cepat sikit bang ye! Baby kat dalam tu dah ready !!

Page 12: laporan latihan “ mock drill code blue ” bil 1 / 2011 hospital tampin

11

Kak, kita akan hantar anak akak ke seremban sebentar

lagi.

OK ! Boleh tolak baby ni naik ambulan sekarang.

Pastikan oksigen dan semua peralatan berfungsi dengan

baik ye !!

Doktor ! Keadaan baby stabil. Kita akan bertolak sekarang.

Semua dah over, kita ke bilik mesyuarat untuk post

mortem.

TAMAT

Page 13: laporan latihan “ mock drill code blue ” bil 1 / 2011 hospital tampin

12

POST MORTEM

POST MORTEM

DI BILIK MESYUARAT, BANGUNAN WARISAN

SECARA KESELURUHANNYA, MOCK DRILL CODE BLUE INI TELAH

BERJAYA DILAKUKAN.