kertas penerangan(jenis2 corak)

Upload: rafiah-n-kamal

Post on 07-Apr-2018

308 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Kertas Penerangan(Jenis2 Corak)

    1/9

    KOD DAN NAMAPROGRAM / PROGRAMCODE AND NAME

    A06-02-02JURUFOUNDRI KANAN

    TAHAP / LEVEL LEVEL 2

    NO DAN TAJUKMODUL/ MODULE NOAND TITLE

    M02 PATTERN MAKING 2

    NO DAN PERNYATAANTUGASAN / TASK(S) NOAND STATEMENT

    LE1 CONSTRUCT BASIC PATTERN AND CORE BOXDRAWINGS.

    LE2 SET (ASSEMBLE) GATING SYSTEM AND CAVITY.LE3 FIX PATTERN TO PATTERN PLATE

    OBJEKTIF MODUL/MODULE OBJECTIVES

    PRODUCE PATTERN BY USING TOOLS ANDINSTRUMENT, EQUIPMENT AND MATERIAL, SOFTWAREAPPLICATION, ETC SO THAT THE DRAWINGGENERATED MEETS SPECIFIED DRAWINGSTANDARD, THE PATTERN ASSAMBLED AND SECUREDIN ACCORDANCE TO PATTERN DRAWING,THE DRAGPATTERN IS FIXED SECURELY AT THE SPECIFIED ANDCOINCIDE WITH THE COPE PLATE.

    NO KOD / CODE NO A06-02-02/M02/PM(1/2) Muka : 1 Drp : 10

    TAJUK : JENIS-JENIS CORAK

    TUJUAN :

    Kertas penerangan ini akan menerangkan lebih lanjut mengenai jenis-jenis corak

    (pattern) yang akan digunakan mengikut kegunaan dan keperluan serta untuk

    memudahkan pembuatan mould.

    INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA TEMERLOHINSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA TEMERLOH

    (KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN)(KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN)

    KG. BONGSU, 28500 LANCHANG,KG. BONGSU, 28500 LANCHANG,

    PAHANG DARUL MAKMURPAHANG DARUL MAKMUR

    KERTAS PENERANGAN

  • 8/6/2019 Kertas Penerangan(Jenis2 Corak)

    2/9

    NO KOD / CODE NO A06-02-02/M02/P(1/1) Muka: 2 Drp: 9

    PENERANGAN :

    1. Pengenalan

    Komponen utama untuk tuangan pasir (sand casting) adalah corak (pattern) yang

    digunakan untuk mewujudkan rongga acuan. Corak (pattern) adalah bahagian model

    berskala penuh yang membuat rongga di dalam acuan pasir. Walau bagaimanapun,

    sesetengah komponen dalaman tidak boleh dimasukkan di dalam corak (pattern), jadi

    teras(core) akan diwujudkan berasingan. Corak (pattern) ini sebenarnya dibuat dengan

    saiz lebih besar daripada produk sebenar kerana tuangan logam / casting akan

    mengecut di dalam rongga acuan. Selain itu, beberapa corak yang sama boleh

    digunakan untuk membuat pelbagai bahagian mengikut acuan pasir, sekali gus

    mewujudkan pelbagai rongga yang akan menghasilkan bahagian-bahagian yang lain di

    dalam proses tuangan logam.

    Beberapa bahan yang berbeza boleh digunakan untuk membuat corak (pattern),

    termasuk kayu, plastik, dan logam. Kayu biasa digunakan kerana ia adalah mudah untuk

    dibentuk dan murah, walau bagaimanapun ia mudah berubah bentuk dan meleding.

    Kayu juga akan haus lebih cepat daripada pasir. Sebaliknya, logam (metal) adalah lebih

    mahal tetapi akan bertahan lebih lama dan mempunyai toleransi yang lebih tinggi. Corak

    (pattern) boleh digunakan semula untuk menghasilkan produk yang sama menggunakan

    acuan yang berbeza. Oleh itu, satu corak yang tahan lebih lama akan mengurangkan kos

    peralatan. Corak (pattern) boleh dibuat dengan cara yang berbeza, yang mana ianya

    boleh diklasifikasikan kepada lapan jenis. Antaranya adalah:

    2. Jenis-Jenis Corak (Pattern)

    i. One piece @ solid pattern

    ii. Two piece @ split pattern

    iii. Match plate pattern

    iv. Cope and drag pattern

    v. Gate pattern

    vi. Sweep pattern

  • 8/6/2019 Kertas Penerangan(Jenis2 Corak)

    3/9

    NO KOD / CODE NO A06-02-02/M02/P(1/1) Muka: 3 Drp: 9

    vii. Skeleton pattern

    viii. Multi piece @ loose piece pattern

    2.1 One Piece @Solid pattern

    Solid Pattern (corak pepejal) adalah model komponen atau produk dalam bentuk

    sebongkah bahan. Ianya lebih mudah untuk dibentuk, tetapi boleh menyebabkan

    kesukaran di dalam proses membuat acuan (pattern). Garisan pemisah (parting line) dan

    sistem pelari (runner) mesti ditentukan secara berasingan. Solid Pattern (corak pepejal)

    biasanya digunakan untuk bahagian geometri mudah yang dihasilkan dalam kuantiti

    yang rendah.

    Rajah 1: Solid pattern

    2.2 Split pattern

    Pattern ini dibuat dari dua (2) bahagian yang terpisah. Pattern ini dipisahkan dan

    bahagian yang boleh dipisahkan dipanggil garisan pemisah (parting line). Biasanya

    cantuman di antara keduanya dibuat cemat penetap (dowel pin) supaya cantumannya

    selari. Garisan pemisah ini berfaedah untuk memudahkan pengeluaran pattern dari

    acuan. Corak split biasanya digunakan untuk bahagian geometri yang kompleks dan

    dihasilkan dalam kuantiti yang sederhana.

    http://www.custompartnet.com/wu/images/sand-casting/pattern-solid.png
  • 8/6/2019 Kertas Penerangan(Jenis2 Corak)

    4/9

    NO KOD / CODE NO A06-02-02/M02/P(1/1) Muka: 4 Drp: 9

    Rajah 2: Split pattern

    2.3 Match-plate pattern

    Pattern ini dihasilkan dari sebelah pattern belah. Ia diset di atas satu kepingan

    kayu atau logam dan sebelah lagi diset di sebelah kepingan tersebut. Kedudukan di atas

    dan bawah pattern ini mestilah selari bertentangan (berpadan). Biasanya salur

    masuk(sprue) dan batang pengalir (runner) dibuat sekali di permukaan tersebut. Pattern

    ini digunakan dengan mesin acuan. Match plate pattern digunakan untuk kuantiti

    pengeluaran yang lebih besar dan sering digunakan pada proses mesin acuan

    automatik.

    Rajah 3: Match-plate pattern

    http://www.custompartnet.com/wu/images/sand-casting/pattern-match-plate.pnghttp://www.custompartnet.com/wu/images/sand-casting/pattern-split.png
  • 8/6/2019 Kertas Penerangan(Jenis2 Corak)

    5/9

    NO KOD / CODE NO A06-02-02/M02/P(1/1) Muka: 5 Drp: 9

    2.4 Cope and drag pattern

    Cope and Drag pattern adalah serupa dengan Match-Plate Pattern kecuali

    separuh daripada corak (pattern) dihasilkan pada plat yang berasingan dan acuandibuat secara berasingan. Sama seperti match-plate pattern ,plat digunakan untuk

    memastikan plat corak (plate pattern) selari dengan rongga acuan pada acuan (cope

    and drag flask) dan sistem pelari (runner system) turut disertakan pada plat.

    Cope and drag pattern sering digunakan untuk tuangan yang lebih besar, di mana

    match-plate pattern akan menjadi terlalu berat dan rumit. Ia juga digunakan untuk

    pengeluaran kuantiti yang lebih besar dan sering digunakan di dalam prosesautomatik.

    Rajah 4: Cope and drag pattern

    http://www.custompartnet.com/wu/images/sand-casting/pattern-cope-drag.png
  • 8/6/2019 Kertas Penerangan(Jenis2 Corak)

    6/9

    NO KOD / CODE NO A06-02-02/M02/P(1/1) Muka: 6 Drp: 9

    2.5 Sweep pattern.

    Pattern ini digunakan untuk membentuk acuan yang besar dan berbentuk

    bulat. Ia digunakan secara memusingkan kepingan pencontoh di atas satu tiang.Biasanya pencontoh ini diperbuat daripada kayu atau besi.

    Rajah 5: Sweep pattern.

    2.6 Gated pattern.

  • 8/6/2019 Kertas Penerangan(Jenis2 Corak)

    7/9

    NO KOD / CODE NO A06-02-02/M02/P(1/1) Muka: 7 Drp: 9

    Pattern jenis ini dibuat untuk menghasilkan tuangan/casting yang banyak.

    Pattern ini disambungkan dengan ingate dan runner bar dan kebanyakkannya

    dibuat dengan adanya gate dan runner bar. Ia berfaedah untuk mengurangkanpemotongan gate dan runner bar menggunakan tangan.

    Rajah 6 : Gate pattern (Pandangan Atas)

    2.7 Skeleton Pattern (Pattern Rangka)

    Pattern jenis ini digunakan untuk membuat acuan yang tidak banyak dan

    bersaiz besar. Ia lebih menjimatkan jika dibandingkan dengan solid pattern

    kerana bahan yang hendak digunakan banyak pada pattern solid. Cara

    membuatnya ialah dengan memadatkan pasir ke dalam pattern seperti membuat

    core biasa. Dengan menggunakan papan / kepingan pengikis dilongsorkan di

    atas pattern tersebut untuk membuang pasir yang berlebihan.

  • 8/6/2019 Kertas Penerangan(Jenis2 Corak)

    8/9

    NO KOD / CODE NO A06-02-02/M02/P(1/1) Muka: 8 Drp: 9

    Rajah 7: Skeleton Pattern (Pattern Rangka)

    2.8 Multi piece (loose piece pattern)

    Pattern jenis ini dihasilkan daripada pattern yang banyak di mana bentuk yang

    susah dan rumit yang tidak dapat diperbuat daripada one piece pattern (solid

    pattern) dan two piece pattern (split pattern). Pattern ini diperbuat daripada

    beberapa bahagian yang berasingan.

    Rajah 8: Multi piece (loose piece pattern)

  • 8/6/2019 Kertas Penerangan(Jenis2 Corak)

    9/9

    NO KOD / CODE NO A06-02-02/M02/P(1/1) Muka: 9 Drp: 9

    SOALAN :

    1. Berikan tiga jenis pattern yang kamu tahu.

    a) _______________________________________________________b)________________________________________________________c)________________________________________________________

    2. Nyatakan kaedah pattern Follow Board.

    a)________________________________________________________b) ________________________________________________________

    c)_________________________________________________________

    3. Namakan jenis pattern yang digunakan untuk membentuk acuan yang besar dan

    berbentuk bulat.

    a) _______________________________________________________

    RUJUKAN :

    1. S. Kalpakjian and S. R. Schmid, 2001, Manufacturing Engineering and

    Technology, Fourth Edition, Prentice-Hall.

    2. M. P. Groover, 2002, Fundamentals of Modern Manufacturing: materials,

    processes, and systems, Second Edition, John Wiley & Sons.

    3. AFS Pattern Making Guide.

    4. AFS Pattern Making Manual.