kandungan - kimia.gov.my · occupational safety & health award 2015 dinner”yang telah...

32

Upload: vunhan

Post on 16-Jul-2019

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa
Page 2: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

Editor :

Pn. Asfarina Binti Jamal Mohideen

En. Haznan Bin Hashim

Pn. Norlela Binti Shaf ie

En. Janti Anak Lanyon

Penaung:

Tn. Hj. Ismail Bin Talib

Penasihat:

Tn. Hj Mohamed Zaini Bin Abdul Rahman

Ketua Editor :

Pn. Siti Aishah Binti Che Ani

Graf ik:

En. Mohd Af iq Bin Mohd Puzi,

En. Mohamad Faizal Bin Mohammad

Page 3: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

KANDUNGAN

MSOSH Occupational Safety And Health Awards 2015

m/s 1 – m/s 2

Tragedi 8 September

m/s 3 – m/s 9

Merkuri

m/s 10

Virus & Bacteria

• Hepatitis

• Difteria

Safe Work Practice

• Handling & Disposal Of Sharps in Laboratory

• Confined Space

CSR

Aktiviti OSH

• JKMC Johor

• JKMC Pulau Pinang

Page 4: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

MSOSH OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH AWARDS 2015

Buat julung kalinya, Jabatan Kimia Malaysia telah menyertai “MSOSH OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

AWARDS 2015” yang dianjurkan oleh Malaysian Society For Occupational Safety And Health (MSOSH).

Jabatan Kimia Malaysia antara pemenang kategori “Gold Class 1”

Jabatan Kimia merupakan satu-satunya jabatan kerajaan yang menyertai “MSOSH OCCUPATIONAL SAFETY

AND HEALTH AWARDS 2015” dan telah berjaya memenangi “Gold Class 1 Award” bagi kategori “Public

Sectors & Statutory Bodies”. Bagi kategori “Gold Class 1”, sebanyak 139 organisasi telah bertanding dan

hanya 63 organisasi berjaya memuaskan hati juruaudit. Ketua Pengarah, Jabatan Kimia Malaysia, Tuan Haji

Ismail bin Talib telah mewakili Jabatan Kimia Malaysia untuk menerima anugerah tersebut semasa “MSOSH

Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner” yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu.

Jabatan Kimia Malaysia telah melalui dua peringkat audit iaitu “Documentation Audit” pada bulan Februari

2016 dan “Site Verification Audit” pada bulan Jun 2016. Dalam “Site Verification Audit”, pihak MSOSH telah

menjalankan lawatan ke tempat kerja serta menjalankan temubual dengan kakitangan jabatan berkaitan

sistem keselamatan dan kesihatan pekerjaan di jabatan ini.

Site Verification Audit pada 20 Jun 201601

Page 5: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama semua warga Jabatan Kimia Malaysia yang telah memberikan

komitmen kepada kepatuhan dalam Sistem OHSAS 18001:2007. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak

pengurusan kerana memberikan sokongan sepanjang proses audit berjalan.

Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, Tuan Haji Ismail bin Talib menerima anugerah “Gold Class 1”

Tahniah Jabatan Kimia Malaysia!!

02

Page 6: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

8.9.2015, Pada waktu senja yang tenang, semua kakitangan telah pulang ke rumah masing-masing kecuali dua

orang kakitangan yang masih tekun menyiapkan tugasan.. Manakala Pengawal Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa mengetahui pada hari itu satu tragedi bakal berlaku...

Tiba-tiba saja loceng kecemasan berbunyi..

En. Haznan & En. Mohd Afiq, dua kakitangan yang masih belum pulang segera bergegas turun ke Pondok Pengawal untuk bertanya kepada Pengawal Keselamatan bertugas.

“Dahlia, loceng kecemasan berbunyi..”

“Loceng kecemasan berbunyi? Tak dengar pun..”

“Tak dengar..??”

Selepas memasang telinga sekejap, memang betul tidak kedengaran bunyi loceng kecemasan.

“Kalau hangpa tak bagitau loceng kecemasan berbunyi, kami pun tak tau.. Loceng kecemasan dok ada dalam bangunan ja, sebab tu kat luar tak dengar..” ujar Dahlia, KP11 yang bertugas pada hari itu.

Kami terfikir, memang kena pasang juga loceng kecemasan di Guard Post, baru pengawal keselamatan boleh alert kalau berlaku apa-apa...

“Takpa, kami call En.Teoh atau En. Azwadi sat, suruh depa tutup alarm..”

Sementara menunggu ketibaan En. Teoh, En. Afiq bercadang untuk melihat panel Penggera Kebakaran di Bilik Kawalan.

“Lia, boleh tolong buka Bilik Kawalan tak? Saya nak tengok kat mana punca Fire alarm bunyi..”

“Kejap, Lia ambil kunci..”

Bilik Kawalan di buka.. Mereka terkejut melihat perkataan “MAKMAL DNA” tertera pada display Panel Penggera Kebakaran..

“En. Nan turun tadi ada apa-apa tak? Nampak asap ke api ke..?” Tanya En. Afiq cemas kerana setahu beliau tidak pernah penggera berbunyi berpunca dari makmal DNA.

“Tak dak apa-apa.. Jom kita check balik tengok..”

Mereka berdua bergegas ke Makmal DNA sambil membayangkan Instrumen GA dan peralatan-peralatan lain terbakar dan menelan kerugian hampir satu juta Ringgit.. Harap-harap tidaklah!

TRAGEDI 8 SEPTEMBER

03

Page 7: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

“Ada apa-apa yang terbakar tak En. Nan..?” “takdak.. tapi ada bau macam benda plastik terbakar kan..?”“Ha’a lah, bau macam plastik cover CPU terbakar, tapi tak kuat sangat.. “Buntu mencari punca di dalam makmal, mereka mula meluaskan skop pencarian di luar makmal sehingga En. Afiq ternampak sesuatu yang mencemaskan.“En. Nan! Ada asap keluar ikut lubang aircond!” “Ha’a lah! Asap hitam..”“Kalau dah ada asap, maknanya mesti dah ada benda terbakar ni..” En. Afiq mengesyaki api berpunca dari bilik AHU terdekat dan cuba untuk membuka pintu..“Hati-hati Afiq, takut bukak-bukak pintu ja api keluar..”En. Afiq menyentuh tombol pintu perlahan-lahan.. Sejuk.. pintu pun dibuka dengan berhati-hati tetapi tiada apa-apa yang berlaku..

Masih buntu mencari punca api, mereka membuat keputusan untuk menghubungi BOMBA dan Pengarah JKMPP, Tn. Hj Mohamad Zaini.

Jam 1957,BOMBA sampai ke JKMPP, diikuti oleh En. Azwadi selang beberapa saat kemudian.

Berpandukan maklumat yang diterima, mereka bergegas ke Makmal DNA untuk mencari punca api. Pada waktu itu, asap hitam mula memenuhi seluruh makmal DNAdan ruang LobiForensik.

Walaupun bersama 2 anggota BOMBA, punca api masih tidak ditemui.. Tanpa PPE, pernafasan menjadi semakin sukar..

Ketika ini, mereka mula mengesyaki punca sebenar asap ini adalah dari makmal bersebelahan..

Siapa pegang kunci lab Narkotik..?

Jam 2020, pintu Makmal Narkotik sudahdibuka dan asap tebal telah memenuhi seluruh makmal narkotik dan lobi forensik. Lalu

En. Azwadi dipakaikan alat bantuan pernafasan

untuk memandu anggota BOMBA di

dalam Makmal Narkotik

bagi mengesan punca kebakaran.

“..macam pakai sut Ironman..” 04

Page 8: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

Selain kakitangan JKMPP, berita mengenaikebakaran ini juga telah sampai ke pengetahuanpihak media, namun paling dikesali adalahada pihak media yang tidak bertanggungjawabtelah menyiarkan berita yang tidak tepat bertajuk“Bilik Simpan Bahan Kimia Bocor”

Besar tak api kebakaran tu..?

Tak tau, sebab asap terlampau

tebal..

Komputer terbakaq..

Komputer terbakaq..??

En. Azwadi yang memandu anggota BOMBA juga telahselesai menjalankan tugas.. Turut mendengarpengalaman beliau adalah Tn. Hj. Mohamed Zaini.

Asap tebal

sungguh,

tak nampak

apa-apa..

Sidang media juga telah selesai..

“..komputer

terbakaq..”

Habislah lab aku..

..asap di dalam

terlampau

tebal,, kita

sedang buat

ventilation..

Bagaimana agaknya keadaan makmal selepas semua asap dikeluarkan..?

Hampir 30 minit kemudian, tugas anggota BOMBA yang mencari punca kebakaran telahselesai dan punca kebakaran telah dikenalpasti..

05

Page 9: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

Jam 2311. Setelah semua asap dikeluarkan, Tn. Hj. Mohamed Zaini bersama anggota polis dan kakitangan JKMPP naik ke tempat kejadian.Kesan jelaga dilihat memenuhi seluruh kawasan lobi Forensik..

Begitu juga sepanjang laluan koridor bahagian Forensik

Lantai Makmal DNA digenangi air.. Dengan keadaan makmal yang tidak terurus, Makmal Narkotik& DNA tidak dapat beroperasi buat sementara waktu.. Kerja pembersihan perlu dilakukan segera..

Esok mintak semua pakai

pakaian sukan..

Baik..

Jam 2344, tugas anggota BOMBA dalam misi memadam kebakaran telah selesai dan bergerak meninggalkan JKMPP..

Namun tugas untuk kakitangan JKMPP baru sahaja bermula seawal esok pagi..

06

Page 10: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

9/9/2015. Punca kebakaran dipercayai berlaku di dalam bilik instrumen Makmal Narkotik..

Lalu merebak ke seluruh makmal Narkotik..

Melalui saluran udara, asap lalu merebak ke Makmal DNA, Lobi forensik, koridor dan bilik ketua bahagian Forensik.

Setelah kerja-kerja siasatan selesai..

21.9.2015, ketika Tn. Hj. Ismail bin Talib melawat JKMPP, makmal Narkotik telah dipindahkan sementara ke Makmal Mikotoksin.

Setelah api dipadamkan, asap disedut keluar melalui tingkap Makmal DNA menggunakan kipas berkuasa air.

kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh mula dijalankan peringkat demi peringkat.

6.10.2015, Lawatan TKSU Dr. Zulkifli Mohamad Hashim melawat tempat kejadian yang masih belum pulih sepenuhnya. 07

Page 11: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

16.4.2016, selepas 6 bulan Makmal Narkotik dalam keadaan tidak terurus, ini adalah hari di mana Makmal Narkotik & DNA bakal berubah wajah. Mesti la dik, macam nak

pindah rumah baru..!

Biarpun bergotong-royong pada hari Sabtu, semuanya bekerja dengan ceria dan gembira..

Yeay yeeah..!!!

9.5.2016, dengan Lawatan Ketua Pengarah JKM, maka rasmilah sudah Makmal Narkotik dan DNA Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Pulau Pinang yang berwajah baharu..

Nak teh o ais dua..

Sungguh tragedi 8 September telah membuka mata ramai pihak supaya lebih berhati-hati dan berwaspada pada setiap masa bagi mengelak tragediyang lebih buruk terjadi.

-tamat-20/7/2016

08

Page 12: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

Menyediakan “All Access Card”Untuk pegawai/pengawal

membuka makmal yang terlibatuntuk pemeriksaan awal.

Memasang Loceng Kebakarandi pondok pengawal.

Memasang CCTV di pondok pengawal.

Menyediakan PPE di kaunter aras bawah.• Respirator• Gloves

• SCBA (Self Circulation Breathing Apparratus)

Meletakkan Pelan Lantaidi Pondok Pengawal.

Extension cord ditukar baharu.Elak overload

Memastikan penyelenggaraan bangunanmengikut jadual.

09

Page 13: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

TAHUKAH ANDA ?

MERKURI diklasifikasikan sebagai bahan yang sangat berbahaya dan toksik kepada kesihatan? Pendedahan

kepada Merkuri boleh menyebabkan kerosakan kepada Sistem Saraf dan Kegagalan Fungsi Organ. Langkah

pencegahan yang betul perlu diambil apabila berhadapan dengan situasi tumpahan Merkuri.

26 Mei 2016, BUKIT MERTAJAM:sumberSeramai 56 pelajar Sekolah MenengahKebangsaan (SMK) Guar Perahuterpaksa dikuarantin selepas berlakutumpahan cecair logam merkuri di salahsebuah blok bangunan sekolah itu.

13 Jun 2016, KUALA PILAH: sumber

Klinik ibu dan kanak-kanak di KlinikKesihatan Padang Lebar, Batu Kikir,di sini terpaksa dikosongkanberikutan berlaku tumpahan cecairmerkuri daripada alat termometer.

25 Jun 2016, KAPIT: sumber

Bilik guru Sekolah Kebangsaan (SK)Kampung Baru di sini, ditutup selamasetengah jam berikutan berlakutumpahan merkuri dari termometeryang pecah.

24 Jul 2016, TANJUNG MALIM: sumber

Sepasukan anggota Bomba TanjungMalim dan Unit Hazmat mengambil masakira-kira enam jam untuk membersihkancecair merkuri yang tertumpah di KlinikKesihatan Tanjung Malim, kelmarin.

10

Page 14: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

11

2Restrict area

Contain Spill1

Page 15: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

12

Temporary Control3

Specialty Wipes4

Mercury Vapor Analyzer5

Special Care6Sulfur Impregnated Cloths7

Page 16: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

Spill Response Personnel

Disediakan Oleh : Seksyen Alam Sekitar/Air/Buangan Terjadual, JKMPC Pulau Pinang 13

8Special Consideration9

Page 17: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

HEPATITIS ialah penyakit hati (radang hati) yang yang disebabkan

oleh ubat-ubatan termasuk ubat herbal, alkohol, sistem immune badan

seseorang dan lain-lainnya.

Sebab yang biasa penyakit hepatitis di Malaysia ialah jangkitan virus

hepatitis. Virus hepatitis boleh diklasifikasikan kepada lima jenis utama iaitu

A, B, C, D dan E.

Daripada lima jenis ini, hanya B dan C yang akan berkembang menjadi

penyakit kronik, manakala A dan E secara umumnya akan terhenti atau pulih

dengan sendiri. Bagi jangkitan hepatitis D hanya berlaku dalam kehadiran

jangkitan hepatitis B.

Hepatitis Aberpunca dari virus HAV

(Hepatitis A Virus). Biasanya ia bolehdidapati daripada

makanan dan minumanyang tercemar,

homoseksual, penagihdadah, minuman

beralkohol dan ibumengandung.

Hepatitis Bdibawa oleh virus HBV. Iaboleh dijangkiti melaluihomoseksual, biseksual, penagih dadah, pekerja

hospital/makmal, melaluiair liur, air mani, darah, ibu kepada anak semasalahir, suntikan dadah dan

pemindahan darah.

Hepatitis Cdisebabkan oleh virus HCV. Ia berpunca dari

berkongsi jarumsuntikan, permindahan

darah, melalui lukadengan alat peribadiseperti pisau cukur, akupuntur dan tatu.Hepatitis D

disebabkan oleh virus HDV. Seseorang itu

hanya dijangkiti virus tersebut sekiranya ia

pernah mendapathepatitis B.

Hepatitis Epula dijangkitkan

oleh virus HEV yang boleh didapati

melalui makananyang tercemar. Ia

juga berpuncadaripada proses

pemindahan darah.

BAHAGIAN 1

14

Page 18: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

Sumber rujukan: 1) http://www.myhealth.gov.my/

2) http://www.hmetro.com.my/node/2947

Daripada: Pusat Forensik DNA, Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Pulau Pinang

BAHAGIAN 1

15

Page 19: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

BAHAGIAN 2

Kumpulan Berisiko Tinggi

Rutin beberapa Seksyen di Jabatan Kimia Malaysia

mengendalikan sampel-sampel yang melibatkan

bendalir badan seperti seperti darah, air liur, air mani

dan lain-lain lagi.

Petua Pencegahan

Terdapat 2 jenis produk yang dapat mencegah

jangkitan Hepatitis B:

i. Vaksin Hepatitis B yang dapat memberi

keimunan aktif yang diberi secara

suntikan otot sebanyak 3 kali dalam

beberapa bulan untuk memberi

perlindungan sepenuhnya.

- Suntikan pertama

- Selepas sebulan - Suntikan kedua

- Selepas 6 bulan - Suntikan ketiga

ii. Antibodi Hepatitis B dan HBIG (Hepatitis

B Immunoglobulin) yang dapat memberi

keimunan pasif sementara. HBIG hanya

digunakan sebagai pencegahan selepas

terdedah kepada kuman virus Hepatitis B.

Praktik di Jabatan Kimia Malaysia

Cawangan Pulau Pinang

Bagi kakitangan yang terlibat dengan Seksyen

Toksikologi, Pusat Forensik DNA dan

Kriminalistik, perlu menjalani ujian

pengesanan Hepatitis B Surface Antibody

(HBsAb or anti-HBs).

- HBsAb (Positif): Tidak perlu vaksinasi

Hepatitis B

- HBsAb (Negatif): Perlu vaksinasi Hepatitis

B

Sumber rujukan: 1) http://www.myhealth.gov.my/

2) http://www.hepb.org/

Daripada: Pusat Forensik DNA, Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Pulau Pinang

Relevan Vaksinasi Hepatitis B Kepada Kakitangan Jabatan Kimia Malaysia

Apakah itu Hepatitis B

Penyakit Hepatitis B merupakan jangkitan pada organ

hati oleh kuman virus Hepatitis B (HBV). Penyakit ini

boleh merebak. Pembawa kuman hepatitis B yang

kronik mempunyai 200 kali ganda risikonya untuk

mendapat kanser hati berbanding dengan mereka yang

normal.

16

Page 20: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

Apa itu difteria?

• Difteria adalah jangkitan kuman oleh

bakteria “Corynebacterium diphtheria”.

• Bakteria ini mengeluarkan toksin berbahaya kepada

pengidapnya yang boleh menyebabkan kegagalan

fungsi jantung, kegagalan fungsi saraf dan

kegagalan pernafasan, justeru membawa maut.

• Ia boleh menghasilkan

pembentukan seakan

lapisan selaput nanah

berwarna

kelabu-kehijauan pada

saluran kerongkong

pesakit sehingga jauh ke dalam bahagian laluan

pernafasan atas (larynx), yang mana boleh

menyebabkan kesukaran pesakit bernafas.

PENYAKIT DIFTERIA

Siapa yang cenderung mendapat jangkitan difteria?

Umumnya terjadi pada mereka yang tidak diberi suntikan

vaksin pencegahan difteria.

Bagaimana jangkitan difteria dapat dikesan?

Difteria dapat dikenalpasti apabila pihak doktor mengambil sampel kuman

pada tekak pesakit dan mengenalpasti kuman tersebut di makmal. Namun

rawatan awal akan sentiasa diberikan pada kali pertama berjumpa pesakit

biarpun kuman belum dapat dikenalpasti. Ini kerana, penyakit difteria ini

boleh menjadi teruk dalam masa yang singkat.

Bagaimanakah jadual imunisasi difteria di Malaysia?

Pemberian imunisasi vaksin di Malaysia adalah diberi

serentak dengan imunisasi penyakit polio dan tetanus yang

diberikan pada bayi berusia 2 bulan, 3 bulan dan 5 bulan

(keseluruhan 3 dos) dan mendapat dos booster pada usia 18

bulan dan 7 tahun.

Bagaimana jika anak saya tidak pernah mendapatkan

imunisasi difteria?

Imunisasi difteria boleh diberikan biarpun anda sudah

menjangkau usia kanak-kanak, remaja mahupun dewasa

dan tidak pernah mendapatkan vaksin difteria. Silalah

mendapat maklumat lanjut dari pihak doktor anda untuk

maklumat lanjut vaksin tersebut.

Rujukan:

http://www.cdc.gov/diphtheria

Textbook – General practice John Murtagh

http://www.cdc.gov/vaccines/schedules/downloads/adult

www.myhealth.gov.my > bayi & kanak-kanak

Daripada: Pusat Forensik DNA, Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Pulau Pinang

Apakah cara terbaik mencegah difteria?

Cara terbaik mencegah difteria adalah

mendapatkan imunisasi vaksin difteria.

Bolehkah difteria berulang?

Ya, jangkitan difteria boleh berulang biarpun anda pernah menghidapi

jangkitan difteria. Justeru, setiap individu perlulah mengambil langkah

pencegahan dengan mendapatkan imunisasi difteria yang berkesan melalui

suntikan vaksin dan mampu menurunkan risiko mendapat jangkitan difteria.

17

Page 21: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

18

Page 22: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

19

Page 23: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

20

Page 24: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

21

Page 25: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

22

Page 26: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

23

2 5

1 6

8

4

3 7

9

10

1- Bakteria penyebab Difteria.2- Pasukan Kebakaran & Tumpahan Bahan Kimia JKMC Johor.3- Penyakit hati (Radang hati).4- Salah seorang saksi terawal kebakaran.5- Program Gotong Royong Gempur ............6- Hepatitis A Virus Classification.7- Hygiene Tech II (Unit OSH).8- Unit BOMBA.9- Makmal terlibat kebakaran.10- Anugerah MSOSH.

Page 27: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL (CSR)

MENGENAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI SEKOLAH

TEMPAT: MAKTAB RENDAH SAINS MARA, KUALA KUBU BHARU,

SELANGOR.

TARIKH: 5 APRIL 2016

1.0 TUJUAN

Buat julung kalinya, Unit OSH, Jabatan Kimia Malaysia telah bekerjasama dengan

Bahagian Pemantauan & Inspektorat, Ibu Pejabat MARA dengan mengadakan CSR

bertempat di MRSM Kuala Kubu Baru. Seramai 30 orang warga MARA terdiri daripada

pensyarah, guru, pembantu makmal dan pelajar terlibat dengan program ini.

2.0 OBJEKTIF

I) Pengurusan bahan kimia dengan betul

II) Pengenalan dan cara-cara menggunakan kelengkapan keselamatan diri yang betul

III) Pemeriksaan terhadap kebuk wasap.

3.0 Program telah dimulakan dengan sesi

ceramah bertajuk pengurusan bahan kimia

yang disampaikan oleh Pn Wan Shahida bt

Wan Ali (Unit OSH) kepada semua peserta

dan disusuli dengan penerangan dan

praktikal penggunaan alat kelengkapan

keselamatan (PPE) dengan betul dan

berkesan oleh En Saiful Anuar bin Mohd

Kesah (Unit OSH). Di akhir ceramah telah

dibuat pembentangan laporan terhadap

pemeriksaan kebuk wasap di makmal

sekolah yang telah dijalankan oleh Encik

Khairul Faizi bin Yusoff (Unit OSH) yang

merupakan Juruteknik Higien II yang

berdaftar dengan JKKP.

Sesi terakhir program adalah membuat

lawatan ke makmal kimia sekolah bagi

melihat tahap keselamatan dan alat

keselamatan yang ditempat di kawasan

makmal berkenaan.

24

Page 28: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

25

Page 29: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

26

Page 30: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

27

Page 31: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

LAPORAN KURSUS PERTOLONGAN CEMAS ASAS DAN CPR

Kursus Pertolongan Cemas Asas dan CPR telah dianjurkan oleh Jawatankuasa

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) pada 28 hingga 29 Mac 2016 di Bilik

Gerakan, Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Pulau Pinang.

Kursus tersebut telah dihadiri oleh 30 orang ahli Pasukan Pertolongan Cemas Jabatan

yang terdiri daripada 22 orang ahli sedia ada dan tambahan 8 orang ahli baru yang telah

disampaikan oleh Encik Ng Kah Boon yang merupakan pegawai jemputan daripada Bulan

Sabit Merah Malaysia, Cawangan Pulau Pinang.

Tujuan kursus ini diadakan untuk memberikan pengetahuan asas kepada kakitangan di

Jabatan mengenai peringkat-peringkat tindakan awal pertolongan cemas kepada mangsa

sebelum ketibaan pasukan perubatan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan

kesedaran dan pengetahuan kepada kakitangan Jabatan mengenai pentingnya

pembelajaran tatacara dan peranan pertolongan cemas.

Kursus ini amat berguna bagi persediaan kepada kakitangan dalam menghadapi situasi

kecemasan dan diharapkan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

Disediakan oleh:

Norhaiza Bt Jamaluddin

Ketua Pasukan Pertolongan Cemas

Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Pulau Pinang

28

Page 32: KANDUNGAN - kimia.gov.my · Occupational Safety & Health Award 2015 Dinner”yang telah diadakan pada 5 Ogos 2016 yang lalu. ... Keselamatan menjalankan tugas seperti biasa, tanpa

AKTIVITI OSH 2016J a b a t a n K i m i a P u l a u P i n a n g

PELUPUSAN SISA BAHAN KIMIA (21,22 & 28 Mac 2016)

LATIHAN KAWAD KEBAKARAN (25 April 2016)

29