edisi september & updates oktober 2018 · kerana sisipan utama yang bertemakan sambutan hari...

16
BEST STORIES Sambutan HARI INOVASI 2018 MENARIK DI DALAM MAJLIS PERASMIAN Forum Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Empangan di Malaysia (MyDAMS) COMBO‘18 ISSN 2229 - 824X SEPTEMBER & OKTOBER 2018 EDISI JPS Updates

Upload: ngothien

Post on 10-Jul-2019

214 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BESTSTORIES

SambutanHARI

INOVASI2018MENARIK DI DALAM

MAJLIS PERASMIANForum Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Empangan di Malaysia (MyDAMS)

COMBO‘18ISSN 2229 - 824X

SEPTEMBER & OKTOBER 2018

EDISI JPSUpdates

We make the world we live in and shape our environment

StopGLOBAL WARMING

KANDUNGANMENARIK

04Dari Tinta

07Sambutan Hari SungaiSedunia dan PelancaranAplikasi River of Life Citizen’sEye

“Creativity is thinking up new things.

Innovation is doing new things.“

08Pra-pelancaran KajianPenghasilan Prototaip Dinding/ Tembok Penahan Banjir MudahAlih (MFWB)

09Hari Inovasi JPS Tahun 2018

11Forum MyDams(Malaysia Dam SafetyManegement Guidelines)

12Poster September 2018

13Malaysia Water ResourcesManagement (MyWRM)Forum 2018

14Program River of LifePublic Outreach ProgrammeBersempena Hari SungaiSedunia 2018 - RediscoverOur City River

15Pertandingan KumpulanInovatif dan Kreatif JPSTahun 2018

KETUA EDITORDARI TINTA

4Edisi Combo 2018

SIDANG REDAKSI

Dato’ Ir. Hj. Mohd Azmi bin Ismail

PENASIHATYBhg. Dato’ Ir. Dr. Hj. Md Nasir bin Md Noh

PENYELARAS

Nadiah binti Abd. KadirMohammad Hakim bin HasnulNur Afifah Amalin binti Mohd Ladin

KETUA EDITORHj. Mat Supri Bin Kasa

EDITORNorazizah binti Abdul Kadir

PENOLONG EDITOR

Istimewanya keluaran JPS Updates pada edisi ini adalah kerana sisipan utama yang bertemakan Sambutan Hari Sungai Sedunia yang telah diadakan pada 14 Oktober 2018. Sambutan Hari Sungai Sedunia ini telah dihadiri oleh YB Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) dan YB Menteri Wilayah. Sambutan Hari Sungai Sedunia ini merupakan satu inisiatif yang diwujudkan bagi menggalakan orang ramai agar lebih peka dan menghargai kepentingan sungai dalam kehidupan kita. Sejak tahun 1993 lagi, JPS telah memperkenalkan pelbagai kempen kesedaran masyarakat terhadap sungai. Antaranya adalah Program Cintailah Sungai Kita, JPS@Kominiti, 1 Negeri 1 Sungai dan beberapa program lain bagi menerapkan semangat cintai sungai di kalangan masyarakat Malaysia. Di samping itu, terdapat juga Public Outreach Programme (POP) yang melibatkan JPS sebagai pelaksana di bawah inisiatif utama Projek River Of Life (ROL) sehingga tahun 2020. JPS Updates Edisi ini turut menampilkan Majlis Pelancaran (Soft Launching) Kajian Penghasilan Prototaip Dinding/ Tembok Penahan Banjir Mudah Alih (Mobile Flood Wall Barrier – MFWB) yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kajang, Selangor. Produk berkenaan adalah hasil cetusan idea daripada kerjasama kedua-dua pihak JPS dan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan telah mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan yang terlibat.

Selain dari menjadi wadah penyampaian maklumat, seperti kebiasaannya juga buletin rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran ini turut merakamkan aktiviti-aktiviti penting JPS mengikut peristiwa yang berlaku pada setiap bulan untuk sebaran dalaman dan perkongsian bersama agensi awam yang lain. Saya juga mengharapkan agar artikel berbentuk ilmiah yang dimuatkan dalam buletin ini dapat mencambah serta menjana potensi dan kompetensi di kalangan warga JPS Malaysia serta pembaca dalam melaksanakan amanah dan tugas yang telah diberi.

Akhir kata, sebelum pembaca melangkah pembacaan ke helaian yang seterusnya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua penganut beragama Hindu. Selamat membaca, selamat berkongsi maklumat dan Selamat Maju Jaya.

Sekian, terima kasih

Hj. Mat Supri Bin Kasa

May the Divine Light of DeepavaliSpread into your Life Peace,

Prosperity, Happiness and Good Health

HappyDeepavali

KETUA EDITORDARI TINTA

4

2018OktoberSambutan Hari Sungai

Sedunia

Pelancaran Mobile Flood Wall Barrier

“ Water is life, and clean water means health “

Sambutan Hari

Peringkat

&

“Hari Sungai Sedunia adalah satu bentuk usaha dalam

memberi kesedaran mengenai kepentingan menjaga sumber

air“

Kebangsaan 2018

Pelancaran AplikasiRiver of Life Citizen’sEye

Sambutan Hari Sungai Sedunia dan Pelancaran Aplikasi River of Life Citizen’s

Eye telah dijalankan di Pejabat Lembangan Sungai Klang. Majlis telah disempurnakan

oleh YB Menteri KATS dan Pelancaran Aplikasi telah disempurnakan oleh YB

Menteri Wilayah.

Sungai Sedunia

8Edisi Combo 2018

Kajian Penghasilan Prototaip Dinding/ Tembok Penahan Banjir Mudah Alih (MFWB)Oleh: Bahagian Korporat

Pra - Pelancaran

MAKLUMAT AKTIVITISatu Majlis Pra-Pelancaran Kajian Penghasilan Prototaip Dinding/ Tembok Penahan Banjir Mudah Alih (MFWB) telah diadakan pada 13 Oktober 2018 bertempat di Sekolah Kebangsaan Kajang, Selangor. Majlis ini telah disempurnakn oleh Ketua Setiausaha Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, Dato’ Dr. Tan Yew Chong. Majlis yang diadakan bersama-sama hari kokurikulum sekolah berkenaan telah turut dihadiri oleh Pengarah Kanan JPS, Dato’ Ir. Mohd Azmi bin Ismail bersama-sama Pengarah-pengarah Bahagian dan PPSN Selangor serta Pegawai-pengawai kanan NAHRIM.

Produk Inovasi Nadi (Mobile Flood Wall Barrier) hasil ciptaan JPS dan NAHRIM telah memenangi Anugerah Pingat Emas dan Gangsa di Instanbul International Invention Fair (ISIF’18) di Turki baru-baru ini dan Sekolah Kebangsaan Kajang telah dipilih untuk dijadikan tapak kajian untuk produk inovasi tersebut.

Sesi Melawat Pameran

Penyampaian Cenderahati

Sesi Bergambar

8 9Edisi Combo 2018

HARI INOVASIJPS TAHUN 2018Oleh: Bahagian Korporat

The best innovation comes frominclusive work environmentsthat foster diverse ideas, nurture people with diversetalent and backgrounds, and create strongrelationship with diverse communities. - Mark Parker -

Hari Inovasi Peringkat JPS Tahun 2018 ini telah disempurnakan oleh Puan Azizah binti Ariffin, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembetungan) pada 25 Oktober 2018. Seramai 150 peserta yang terdiri daripada Pengurusan Atasan JPS serta pegawai-pegawai kanan telah menyertai perasmian majlis ini.

Penganjuran Hari Inovasi ini jelas menunjukkan komitmen dan inisiatif JPS ke arah membudayakan inovasi dan kreativiti di kalangan warga JPS yang mana bertepatan dengan tema yang dipilih pada Sambutan Hari Inovasi JPS pada kali ini iaitu BUDAYA INOVASI PEMANGKIN KECEMERLANGAN.

Budaya inovasi ini perlu diterapkan kepada semua pegawai dan seluruh kakitangan kerajaan sebagai pemangkin kecemerlangan perkhidmatan awam. Penerapan budaya inovasi termasuklah

Sesi Perasmian

Ucapan aluan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembetungan)

Penyampaian Hadiah

Pra - Pelancaran

perubahan cara berfikir serta keperluan dan kebolehan untuk berfikir di luar kotak oleh setiap penjawat awam bermula daripada pihak peringkat tertinggi sehingga kepada kakitangan sokongan. Inovasi tidak hanya terhad kepada sistem dan prosedur kerja sahaja, namun begitu kita sebagai penjawat awam mestilah sentiasa mempunyai sikap berinovasi dalam berfikir, daya menyelesaikan masalah, berfikiran terbuka, dinamik dan sentiasa kreatif dan selari dengan arus perubahan semasa yang memudahkan penjawat awam melaksanakan sistem penyampaian secara cepat dan efektif.

PERSARAAN

“Warga Jabatan Pengairan dan Saliran ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti Kapt. (B) Dato’ Ir. Haji Anuar bin Haji Yahya di atas sumbangan dan bakti sepanjang perkhidmatan di Jabatan Pengairan dan Saliran.“

Kapt. (B) Dato’ Ir. HajiAnuar bin Haji YahyaTimbalan Ketua Pengarah

(Sektor Pakar)

”The Journey is the Destination”

11Edisi Combo 2018

FORUM

MyDAMSMalaysia Dam Safety Management Guidelines

MaklumatAktivitiPada 23 Oktober 2018 yang lalu telah diadakan satu forum MyDAMS di Putrajaya International Convention Centre. Forum ini telah disempurnakan oleh Puan Azizah binti Ariffin, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembetungan). Turut serta adalah Ketua Pengarah JPS Malaysia, Pengarah Kanan dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB. Antara objektif MyDAMS ialah:

• Memastikan Pengurusan Keselamatan Empangan-Empangan di Malaysia dilaksanakan secara sistematik dan berkualiti

• Mewujudkan amalan pengurusan keselamatan yang seragam dan piawai

• Memastikan integriti keselamatan empangan dikekalkan dan kelestarian fungsi sebagaimana direkabentuk

Oleh: Bahagian Korporat

Sesi Perasmian

2018SEPTEMBER

MyWRMLawatan YBTM ke PRABN

River of Life (ROL)

Lawatan ke Stesen Pam Teluk Kumbar, P. Pinang sempena Lawatan

Kerja YBM.

13Edisi Combo 2018

Oleh: Bahagian Korporat

Pada 25 dan 26 September 2018 yang lalu, JPS Malaysia dan MyWP telah menganjurkan Forum Pengurusan Sumber Air Malaysia 2018 yang bertemakan ‘Berkongsi Air’ (Sharing Water) di Dewan Sri Melati, Perbadanan Putrajaya. Forum yang disertai seramai 150 orang itu telah dirasmikan oleh YB Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar. Turut serta dalam forum ini juga ialah

Oleh: Bahagian Korporat

Program Secara Bersiri yang akan diadakan sebagai suatu Penghargaan Pengurusan Tertinggi kepada pesara dan bakal pesara atas khidmat bakti yang telah diberikan kepada Kerajaan.

Memberi peluang kepada pegawai dan kakitangan mengenali YBhg. Dato’ KP dengan lebih dekat dan berbincang secara terbuka.

Malaysia Water Resources Management(MyWRM) Forum 2018

Ketua Setiausaha Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, Dato’ Dr. Tan Yew Chong yang turut memberikan ucaptama pada sesi forum berkenaan. Turut menyampaikan ucaptama di forum ini ialah Ketua Pengarah JPS Malaysia, Dato’ Ir. Dr. Md. Nasir bin Md. Noh, Pengerusi MyWP, Dato’ Ir. Nor Hisham bin Ghazali, dan Mantan Ketua Pengarah JPS Malaysia, Dato’ Paduka ir. Dr. Keizrul bin Abdullah.

Program YBhg. Dato’KPBersama Pesara BulanOgos hingga Disember 2018

14Edisi Combo 2018

PUBLIC OUTREACHPROGRAMME (POP)Program River Of Life Public Outreach Programme Bersempena Hari Sungai Sedunia 2018 - Rediscover Our City River

Oleh: Ikmal Khairullah AlBakri bin Mustafa AlBakri, Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai (BPLS)

Pada 30 September 2018 yang lalu, satu Program Outreach Programme (POP) di Taman Rekreasi Bukit

Lagong, Selayang telah diadakan yang melibatkan seramai 250 orang. Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan

Mohd Sany bin Hamzan, ADUN Taman Templer dan turut hadir ialah YBhg. Dato’ Juhairi bin Ahmad, Timbalan

Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Tuan Hj. Md Khairi bin Selamat, Pengarah Bahagian

Pengurusan Lembangan Sungai (BPLS).

Program River Of Life Public Outreach Programme Bersempena Hari Sungai Sedunia 2018 – Rediscover Our

City River merupakan satu program Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dengan kerjasama Majlis Perbandaran

Selayang (MPS) di bawah projek Implementation Of Public Outreach Programme (POP) Phase 3b & 4 River Of Life

(ROL) yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan.

Tujuan/ Objektif Program

Acara Menanam Pokok Oleh YB Adun Taman Templer, Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Timbalan YDP Majlis

Perbandaran Selayang (MPS)

Faedah Program

YB Tuan Mohd Sany bin Hamzan (ADUN Taman Templer) menandatangani buku pelawat di booth Pameran ROL Bahagian

Pengurusan Lembangan Sungai.

Tujuan program ini adalah untuk memupuk semangat cintai sungai dan menggalakkan amalan sikap bertanggungjawab terhadap sungai di kalangan pelajar dan penduduk setempat. Selain itu para peserta akan diberi peluang untuk berintereksi dengan sungai yang bersih melalui aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di samping mempelajari cara-cara penjagaan sungai dan memantau kualiti air sungai.

- Pelajar dan penduduk setempat dapat mempelajari cara penilaian dan pemantauan kualiti air sungai melalui pengumpulan data sungai secara fizikal, kimia dan biologikal.

- Pelajar dan penduduk setempat dapat memahami punca-punca pencemaran sungai, kepentingan ekosistem sungai dan impak pencemaran akibat tindakan manusia.

15Edisi Combo 2018

PUBLIC OUTREACHPROGRAMME (POP)

Oleh: Maslina binti Abdul Kadir, Bahagian Audit Prestasi

Pada 4 September 2018 telah berlangsung Penilaian Pembentangan Laporan Outcome Program/Projek JPS Malaysia Tahun 2018. Lapan (8) program/projek yang mewakili lapan (8) Bahagian di Ibu Pejabat JPS Malaysia telah mengambil bahagian.

Oleh: Maslina binti Abdul Kadir, Bahagian Audit Prestasi

Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif JPS 2018 telah jalankan selama dua (2) hari iaitu pada 19 - 20 September 2018 bertempat di Dewan Auditorium, JPS Ampang.

Tiga (3) orang panel telah dilantik sebagai juri bagi pertandingan ini yang diketuai oleh Ir. Amiruddin bin Alaldin (SMART, JPS), Dr. Wan Norhayati binti Wan Othman (Kolej Universiti Islam Melaka) dan Puan Noor Diana Hayati Binti Kamudin

Penilaian Pembentangan Laporan Outcome Program/ Projek JPS Malaysia Tahun 2018

Panel Penilai terdiri dari :-

# Pn. Yang Zarma binti Abdul Rahman – Bahagian Pembangunan KATS# En. Mat Supri bin Kasa – Pengarah Korporat, JPS Malaysia# Ir. Hjh. Norlida binti Mamad @ Samad - Pengarah Audit Prestasi

Keputusan penuh serta penyampaian sijil penghargaan kepada tiga (3) pembentangan terbaik disempurnakan semasa Hari Inovasi JPS Malaysia pada Oktober 2018

Pertandingan KumpulanInovatif dan Kreatif JPS Tahun 2018

(Kolej Universiti Islam Melaka) dan Puan Noor Diana Hayati Binti Kamudin (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya). Sebanyak 22 penyertaan telah diterima terdiri daripada pejabat JPS Bahagian dan Negeri.

Majlis perasmian telah diadakan pada 19 September 2018 dan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Dr. Hj. Md Nasir Bin Md Noh, Ketua Pengarah JPS Malaysia.

STOP ENERGYWASTE

TURN OFF THE LIGHTS