kampung - kampung kota samarahan
DESCRIPTION
Buku ini mengenai kampung - kampung di Kota Samarahan. Selain itu, buku ini menceritakan tentang keunikan di setiap kampung.TRANSCRIPT
KAMPUNG KAMPUNG
KOTA SAMARAHAN
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, transmitted and published in any kind of forms, without permission from the publisher. This E book is designed from Visual
Etnography comittee of Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak.
ISI KANDUNGAN
KAMPUNG ENDAP
KAMPUNG TANJUNG PARANG
KAMPUNG PINANG
KAMPUNG MUARA TUANG
KAMPUNG BARU
Sebuah kampung yang mempunyai populasi 5500 orang dan
983 buah rumah mempunyai sejarah penempatannya tersendiri.
Melalui penceritaan penghulu Kampung Baru, Encik Sarip bin
Adin mengimbas kembali peristiwa Kampung Baru yang telah diserang
penyakit taun dan menyebabkan berlakunya kematian setiap hari
membuatkan seluruh penduduk kampung bertekad untuk berhijrah ke
tempat baru.
Oleh yang demikian, kampung yang berasalanya terletak di
Muara Tuang ini, dikenali sebagai Kampung Baru dan berada di
kawasan Kota Samarahan pada masa sekarang.
KAMPUNG BARU
PERKAHWINAN Bagi penduduk Kampung Baru, amalan bergotong-royong
masih diamalkan dalam menyediakan menu untuk para jemputan
yang hadir pada majlis tersebut. Mereka bergotong-royong dalam
sesi menyembelih dan melapah lembu.
Semasa kajian dijalankan, penduduk sedang membakar kulit
lembu, kemudian kulit lembu tersebut dikikis dan direndam. Selain
itu, adat perkahwinan yang masih dikekalkan adalah belulut.
Belulut bermaksud pengantin perempuan berhias dengan pelbagai
jenis pakaian iaitu 4- 5 pasang persalinan baju.
Di samping itu, tuan rumah yang berkemampuan akan
menghidangkan santapan tengahari manakala bagi yang kurang
berkemampuan akan menghidangkan juadah kuih-muih.
Insfrastruktur yang terdapat di Kg. Baru adalah Sekolah Rendah Kg. Baru, Klinik
Kesihatan Kg. Baru, dua buah masjid dan sebuah surau. Menurut En. Surip, selaku
penghulu kampung, masjid baru (Masjid Darul Naim) merupakan masjid yang sering
digunakan untuk tujuan solat jumaat, pernikahan dan aktiviti kemasyarakatan.
INFRASTRUKTUR
Penduduk Kampung Baru kebanyakkannya terlibat dalam bidang
perniagaan kecil-kecilan untuk meningkatkan aktiviti ekonomi mereka.
Perniagaan kecil-kecilan seperti runcit dan juga perkhidmatan untuk
menjana pendapatan mereka.
Sebagai contoh, seorang daripada penduduk yang dikenali sebagai
Puan Ana membuka kedai gunting rambut yang bernama “Aina
Hairdressing Salon”.
EKONOMI
Di samping itu, terdapat juga aktiviti penternakan burung walid
yang diusahakan oleh seorang penduduk berbangsa cina. Menurut
Encik Zambiah, Harga sarang burung walid boleh mencecah
harga yang tinggi setelah diproses dan dibersihkan.
Sebuah perkampungan yang dibuka sekitar tahun 1905 mempunyai
kedudukan yang strategik iaitu terletak diantara Kota Samarahan dengan
Siburan yang menjadi daya tarikan kepada pengunjung.
Sejarah nama kampung yang menjadi refleksi sebagai kawasan
persembunyian, mengintip dan mengendap pihak musuh iaitu tentera
Jepun pada ketika itu. Pelbagai cara telah dilakukan untuk membenteng
daripada serangan musuh.
KAMPUNG ENDAP
Apabila benteng yang dibina semakin kukuh dan selamat menyebabkan
berlakunya penambahan penduduk untuk mendiami kawasan tersebut.
Kini kampung yang aman dan indah ini telah berusia lebih satu abad dan
mencapai kemajuan demi kesejahteraan penduduk.
PERKAHWINAN
Adat perkahwinan penduduk Kampung Endap diserikan dengan adat
bergendang pada masa dahulu. Namun, adat tersebut semakin
kurang diamalkan dan ada diantaranya lupaa dan tidak tahu tentang
kewujudan sdat tersebut. Selain itu, adat berbanding yang dikenali
sebagai adat bersanding masih dikekalkan dengan paluan hadrah
atau kompang.
AGAMA DAN KEPERCAYAAN
Berdasarkan dari sudut pandangan penduduk Kg. Endap, sesetengah
penduduk masih memegang kepercayaan bahawa mengadakan upacara
menghanyutkan makanan dalam perahu kecil akan dapat mencegah
daripada perkara yang tidak diingini seperti serangan buaya serta untuk
keselamatan para penduduk di sekitar itu. Upacara ini dilakukan sekali
setahun oleh segelintir penduduk yang masih mempercayainya.
EKONOMI
Selain itu, terdapat 4 buah kedai runcit di Kampung Endap. Kedai
runcit di kampung itu tidak seperti kedai-kedai lain kerana penduduk diseki-
tarnya berniaga di dalam rumah manakala dari segi harga
barangan yang dijual adalah berpatutan.
Seterusnya, dari sudut pekerjaan terdapat penduduk yang
menjalankan pekerjaan secara persendirian seperti bengkel kimpalan,
perkhidmatan pemandu van dan teksi, dan sebagainya. Majoriti
penduduk kampung bekerja di bandar samada dalam sektor kerajaan
INFRASTRUKTUR
Infrastruktur yang disediakan di kampung ini adalah sekolah, masjid,
tadika kemas, jambatan, perhentian bas, telefon awam, perpustakaan
dan banyak lagi. Selain itu, kemudahan perkhidmatan jalur lebar yang
dibekalkan oleh pihak kerajaan bagi kegunaan penduduk kampung
untuk melayari internet dan meneroka maklumat agar tidak ketinggalan
dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini.
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN
Menurut wakil penghulu, En. Haji Awang Mohamad bin
Awang Jamel, kampung ini terletak di bawah pentadbiran Dewan
Undangan Negeri N15 Muara Tuang, manakala bahagian
pentadbiran persekutuannya pula di bawah Parlimen P197 Kota
Samarahan.
KAMPUNG TANJUNG PARANG Kampung Tanjung Parang ditubuhkan pada tahun 1940 dan dikenali sebagai Kampung Hulu
Separangpadaketikaitu.Perletakangeografiyangberdekatandengantanjungmenambahkan
keindahan suasana kampung yang indah dan permai. Penceritaan sejarah kampung yang unik
bermula dengan peristiwa pertarungan antara pahlawan hebat dan kuat berlawan dengan lanun yang
ingin menawan kawasan tersebut.
Namun, percubaan pihak lanun tersebut gagal setelah ditewas-
kan dan mati ditangan pahlawan tersebut. Mayat-mayat lanun
diikat dengan parang sebelum dibuang kedalam sungai. Oleh
sebab itu, Kampung Tanjung Parang dinamakan sebagai Hulu
Separang pada ketika dulu kini. Kini, Tanjung
Parang dari Kota Samarahan didiami oleh penduduknya
dengan aman dan damai.
ADAT DAN KEBUDAYAAN Adat dan kebudayaan di Kampung Tanjung Parang begitu ketara kerana masyarakat
atau penduduk di Kampung tersebut adalah majoriti masyarakat melayu Sarawak
iaitu sebanyak 99% dan agama yang dianuti ialah agama islam. Selebihnya adalah
masyarakat iban selain itu terdapat juga kaum Cina.
Namun begitu, kaum Cina tidak dianggap sebagai penduduk tetap kerana mereka
hanya menyewa rumah daripada kaum iban sahaja. Menurut kajian yang dijalankan
khususnya dari segi adat dan kebudayaan di kampung tersebut hanyalah memfokuskan
kepada adat perkahwinan kaum Melayu di kampung tersebut.
EKONOMI Dari sudut perspektif ekonomi, penduduk Kampung Tanjung Parang
menjalankan aktiviti pertanian seperti penanaman nenas, padi huma,
buah-buahan, penternakan kelulut dan aktiviti Industri Kecil Sederhana (IKS).
Hasil tanaman nenas secara besar-besaran dan manga harum manis akan dijual
kepada pembekal untuk mendapatkan hasil pendapatan mereka.
Selain itu, aktiviti Industri Kecil Sederhana (IKS) juga merupakan salah satu
aktiviti ekonomi penduduk Kampung Tanjung Parang. Antara produk IKS yang
dihasilkan adalah pelbagai jenis kerepek keladi. Di samping itu, penternakan madu
kelulut yang menjadi daya tarikan orang luar untuk mengetahui proses
pengurusan dan hasil madu kelulut tersebut.
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN
Haji Ali bin Odik selaku ketua masyarakat dan
penghulu bagi Kg. Tg. Parang menyatakan bahawa
kampung tersebut terletak di bawah Dewan Undangan
Negeri 14 Asajaya, Daerah Samarahan serta di bawah
Parlimen P-197 Daerah Samarahan.
Kampung Tg. Parang ini terbahagi kepada enam blok
yang mempunyai logo atau simbol masing-masing seperti
simbol limau manis, mangga, pisang, kelapa dan sebagainya.
Perancangan dan proses dalam penambahbaikan
infrastruktur dan pentadbiran di kampung ini telah
dijalankan seperti pembinaan masjid, dewan, rumah
tumpangan termasuk rumah tumpangan untuk kebajikan
dan kesejahteraan penduduk kampung.
Penerokaan oleh tujuh buah keluarga sekitar tahun 1930 an di sebuah kampung
kawasan hulu Sungai Tuang dan menamakan tanah mereka masing-masing sempena
ciri-ciri yang terdapat dikawasan tersebut. Salah satu daripada keluarga tersebut
telah menamakan kawasannya sebagai Kampung Pinang disebabkan kawasan
tersebut dikelilingi oleh pokok-pokok pinang.
Selain nama Kampung Pinang, mereka menamakan
kampung mereka dengan nama Kampung Budong, Kampung Tandas
dan sebagainya. Selepas itu, mereka semua berpakat untuk bersatu
dan mewujudkan sebuah kawasan perkampungan sahaja. Persetujuan
untuk mengambil Kampung Pinang sebagai nama rasmi kerana
popularity pokok pinang telah menjadi tumpuan penduduk pada ketika
itu. Kini, setelah hampir tempoh seabad, banyak perubahan dan
kemajuan yang telah berlaku berbanding ketika penubuhan kampung ini
yang hanya menggunakan batang pinang dan pelepahnya untuk
dijadikan rumah.
Dari sudut perkahwinan, penduduk Kampung Pinang masih berpegang kepada adat
makan selamat selama tiga hari dan tidak dibenarkan untuk tidur pada waktu siang
hari selepas hari perkahwinan untuk kebaikan pengantin.
Selain itu, adat tarian ‘nopeng’ yang ditarikan oleh golongan lelaki diadakan
semasa hari perkahwinan untuk menyambut pengantin baru yang memulakan hidup
baru mereka.
ADAT DAN KEBUDAYAAN
AGAMA DAN KEPERCAYAAN Penduduk Kg. Pinang masih mempercayai kepercayaan larangan semasa
berkebun iaitu tidak boleh mengambil hasil buah dan memakannya semasa berjalan
kerana dipercayai kebun mereka akan diganggu oleh burung atau serangga perosak.
Selain itu, mereka turut mempercayai semasa penanaman padi pula, tuan tanah
haruslah melakukan pembukaan penanaman tersebut sebelum mengarahkan peker-
ja-pekerjanya melakukan penanaman kerana dipercayai membawa semangat padi.
Kemudahan yang jelas kelihatan di kampung ini adalah kemudahan ketersampaian iaitu jalan raya, bekalan air bersih, tenaga elektrik, kemudahan infrastruktur serta taraf perumahan.
INFRASTRUKTUR
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN
Menurut Tuan Haji Semawi selaku penghulu Kg. Pinang, terdapat sebanyak
hampir 300 buah rumah dan dianggarkan seramai 1800 orang penduduk yang
terdiri daripada 100% masyarakat Islam.
Menurut beliau lagi, kampung tersebut mempunyai sistem pentadbiran yang
sistematik dengan mewujudkan zon-zon dalam perkampungan tersebut.
Terdapat 11 zon dan mempunyai ketua yang dilantik pada setiapnya bertujuan
untuk mengawal serta menyampaikan maklumat kepada penduduk di zon
masing-masing.
Kampung Muara Tuang terletak di daerah Kota
Samarahan, Sarawak. Ia terletak 20.3 kilometer dari
bandar Kuching dan mengambil masa selama 29 minit untuk
sampai dengan menaiki pacuan empat roda. Nama Muara
Tuangberasaldaripada faktorgeografinyayangberadadi
muara Sungai Batang Samarahan.
Perkataan “Tuang” pula diambil kerana menurut cerita
warga emas kampung tersebut, air sungai muaranya
seolah-olah keluar mengalir ke anak-anak sungai
berhampiran. Kampung ini dipimpin oleh penghulu yang
bernama Haji Sanyut Shazali Bin Haji Lias. Pada tahun 2008,
jumlah penduduk di kampung ini seramai 1068 orang
penduduk dan terbahagi kepada 117 buah keluarga.
KAMPUNG MUARA TUANG
ADAT DAN KEBUDAYAAN
Terdapat pelbagai adat dan kebudayaan yang diterapkan di kampung ini, antaranya adalah adat dalam majlis perkahwinan seperti majlis berlulut (berinai), upacara makan nasi temuan, bertandak (menari) dan menopeng. Namun, tidak semua adat tersebut diamalkan pada masa ini. Majlis berlulut dilakukan pada malam sebelum bernikah bagi pengantin perempuan. Upacara makan nasi temuan dilakukan selepas pasangan pengantin bersanding, upacara ini dilakukan oleh kedua-dua pengantin serta diketuai oleh wanita yang berusia. Hidangan nasi temuan ini akan ditutup dengan tudung saji, kemudian wanita yang berusia itu (sebagai juri pertandingan) akan membuat kiraan sambil membuka tudung saji.
Kemudian, pengantin lelaki dan perempuan akan berebut untuk memberi
suapan kepada pasangan masing-masing sebanyak tiga kali pusingan. Pihak
pengantin perempuan dan lelaki yang berjaya menyuap pasangan terlebih
dahulu akan menang dalam pertandingan tersebut. Istilah “menopeng” pula
sebenarnya bermaksud bermain topeng. Hal ini demikian kerana, pada zaman
dahulu masyarakat melayu Sarawak akan memakai topeng ketika menari.
Kadangkala, aktiviti ini juga disebut sebagai bertandak atau menari.
Di semenanjung, pemberian hantaran diberi oleh kedua-dua belah
pihak pengantin semasa bertunang dan bernikah. Namun, di kawasan Muara
Tuang ini hanya memberi hantaran semasa bertunang sahaja, semasa
bernikah pula hanya pemberian mas kahwin dan barang kemas.
Langkah bendul pula bermaksud apabila pengantin terlebih dahulu
kahwin sebelum adik beradik yang berusia itu kahwin. Apabila bakal
pengantin langkah bendul, pengantin haruslah memberi cincin kepada
adik-beradik yang lebih berusia (yang belum berkahwin).
EKONOMI
Kawasan perkampungan Muara Tuang ini adalah salah satu kawasan yang sedang
membangun dan maju. Hal ini disebabkan faktor ekonominya yang membawa
perubahan terhadap pendapatan penduduk setempat. Walaupun skala kawasan kampung
ini kecil dan kapasiti penduduk tidak terlalu ramai serta dikategorikan sebagai kawasan luar
bandar tetapi taraf hidup penduduknya tidak mencapai tahap miskin tegar. Ekonomi adalah
salah satu faktor kampung ini menjadi tumpuan orang ramai. Kebanyakan penduduk Kg.
Muara Tuang terlibat dalam sektor kerajaan dan swasta. Sesetengah penduduk lebih
selesa bekerja sendiri.
COPYRIGHT 2014 - VISUAL ETNOGRAFI