ghl
TRANSCRIPT
-
8/8/2019 GHL
1/116
hani sofea
1
CAHAYA alam masih lagi
kelam. Naas Fatini
kencang, sekencang
kakinya berlari meredah hutan tebal. Sedang peluh
membasahi badan. Dia tidak tahu di manakah dia berada kini
dan dia juga tidak hiraukan lagi kakinya yang berkaki ayam
itu sudah luka teruk kerana terpijak duri dan ranting kayu
tajam. Tidak sedikit pun dia menoleh ke belakang. Malah
sesekali dia tersungkur lantaran tersepak banir pokok yang
menghalangi laluannya. Adham hanya melihat dan ketawa
besar.
Lari lagi! Lari Tini! jerit Adham dengan lantang.
Sambil mengejar Fatini yang sudah tidak bermaya dia ketawaterbahak-bahak.
Ha ha ha!
Air mata Fatini mengalir laju. Fatini tidak sanggup
p r o l o g
-
8/8/2019 GHL
2/116
gerhana hati lara
2
melihat pisau penoreh yang berada dalam genggaman tangan
Adham itu menembusi perutnya.
Cepat Tini, lari laju lagi. Aku nak bunuh kau!
jerkah Adham yang mula bertindak agresi.
Suara Adham tiba-tiba lenyap, bunyi tapak kaki
Adham di belakang juga sudah tidak kedengaran lagi. Fatini
semakin cemas dan badannya sudah mengigil kesejukan.
Sedang menahan naasnya yang penuh sesak di dada, dia
batuk mengokol, lantas muntah. Kabus melitupi pandanganmata. Fatini mula berhenti berlari dan segera menoleh ke
belakang. Tekaannya tepat Adham sudah tiada. Emosinya
berkecamuk memikirkan ke mana perginya Adham. Belum
sempat Fatini berlari lagi, tiba-tiba Adham muncul di
hadapannya.
Hah!Fatini terperanjat apabila disergah oleh Adham
yang muncul secara mendadak.
Ha ha ha! Adham mencengkam lengan Fatini.
Tolong! Lepaskan aku! jerit Fatini. Dia meronta-
ronta untuk melepaskan dirinya daripada cengkaman tangan
Adham yang kasar lagi besar itu.
Apa yang kau mahu daripada aku?
Aku...aku mahu hati kau tu! Hati yang aku idam-
idamkan sejak dulu.
Tuih! Fatini meludah ke muka Adham dengan
penuh kebencian. Adham mengesat sisa air ludah Fatini yang
meleleh turun ke birai pipinya,. Adham tersenyum sinis.
Bodoh! Lepaskan aku, binatang!
Kau nak lari ke mana, Tini? Hutan inikan kawasan
aku.
-
8/8/2019 GHL
3/116
hani sofea
3
Pang! Satu tamparan hinggap pada pipi Fatini.
Fatini yang keletihan dan lemah itu terkulai. Adham
tersengih melihat mangsanya sudah berada dalam
genggamannya kini.
-
8/8/2019 GHL
4/116
gerhana hati lara
4
1b a b
KEH! Keh! Keh!
Suara orang
yang sedang ketawa
di belakang NurAin Fatini itu mengganggu perbualannya
dengan Najwa. Semakin rancak dan nyaring pula bunyinya.
Dia berasa jengkel, begitu juga dengan Najwa dan beberapapelajar yang lain.
Uhhhh! Jijik aku tengok! Dahlah kasut buruk,
pakaiannya pun bertampal-tampal macam nenek kebayan.
Eemeluat aku! Ada hati nak datang sekolah, sindir Zila
dengan memek muka mengejek. Keningnya diangkat
berulang kali sedangkan beberapa kawannya yang lain
tersengih.
Menggeleng Najwa mendengarnya. Dia sedar suara
sumbang itu sedang mengata Fatini sahabat karibnya. Begitu
bersungguh-sungguh kumpulan pelajar tersebut bercerita,
-
8/8/2019 GHL
5/116
hani sofea
5
kemudian ketawa berdekah-dekah. Lepas satu topik, topik
yang lain pula diborakkan. Mereka usik-mengusik, bergelak-
ketawa sambil menepuk meja dengan lagak nakal.
Uwek! Uwek! Nak muntah aku tengoknya. Kau orang
tahu tak, mak aku pesan jangan makan kuih yang dijaja
olehnya sebab kotor macam tuannya, cantas Zila pula.
Hish! Itu kamu belum tengok rumahnya lagi. Kalau
kamu tengok, huh! Boleh muntah hijau dibuatnya, sampuk
seorang pelajar lagi. Lantas berderai ketawa mereka serentak.Fatini menjeling ke sisi kanannya. Beberapa
kumpulan pelajar lain juga sedang memerhatikannya.
Sesetengahnya hanya tersenyum tawar, malah segelintirnya
pula mengetap bibir. Hatinya tersayat pilu. Wajahnya tunduk
ke bawah. Bebola matanya tertumpu pada kakinya. Kasutnya
koyak?
Ah! Memang pun koyak. Malah nampak ketaraterjengul ibu jari di kaki kiri dan kanan kasutnya seperti yang
dikatakan oleh pelajar-pelajar itu. Kemudian matanya
berkalih pada pakaiannya pula. Kesan tampalan jelas
kelihatan. Matanya berkaca. Hatinya sebak mengenangkan
kemiskinan hidupnya yang tiada noktah. Tanpa disedari
olehnya setitis air jernih dari kolam matanya mengalir halus.
Fatini tertunduk pilu mengenangkan nasibnya yang miskin.Siapa jijik? sergah Najwa dengan jelingan mata yang
tajam. Diperhatikannya satu persatu insan-insan itu dari atas
ke bawah. Dia sudah hilang sabar apabila ada orang mencela
sahabatnya.
Eleh! Menyibuk pulak. Kawan di sebelah kamulah.
Busuk macam sampah, getus Zila keras.
Najwa bengang. Mahu direntap rambut Zila yang
menggerbang itu. Lebih baik berkawan dengannya daripada
berkawan dengan orang mulut busuk macam kau tu, bidas
Najwa yang sudah hilang sabar.
-
8/8/2019 GHL
6/116
gerhana hati lara
6
Woi, Najwa! Jangan masuk campur! Ini urusan aku
dengannya, pintas Zila melepaskan geramnya.
Ha ha ha! Mereka terus mengekek-ngekek,
menyebabkan semua yang melihat gelagat kumpulan itu
hilang sabar.
Hish! dengus seorang pengawas lelaki yang secara
kebetulan baru sampai di kantin itu. Hal itu mencemaskan
mereka.
Kamu semua, ke sini cepat! arah pengawas yangbernama Azuan itu dengan tegas. Mereka hanya menoleh ke
arahnya. Namun arahan itu hanya dipandang sepi.
Azuan bengang lalu segera memberikan amaran.
Cepat pergi minta maa kepada mereka. Kalau tidak, saya
lapor kepada guru disiplin.
Zila dan rakan-rakannya diam. Kaku tiada reaksi.
Tapi dia yang mula dulu, kami.Kami, apa? tegurnya lagi dengan keras. Azuan
kelihatan begitu bengis memandang pelajar-pelajar di
hadapannya. Pandangannya terlontar kepada dua orang
pelajar yang mula mengangkat kaki tidak jauh daripadanya.
Kamu!
Langkah Fatini dan Najwa terhenti. Dada mereka
berombak kencang.Tunggu dulu. Azuan menoleh pula ke arah Zila dan
rakan-rakannya. Pergi minta maa cepat!
Kelam-kabut Zila dan rakan-rakannya menghampiri
Fatini dan Najwa.
Maakan kami! Mereka bergilir berjabat tangan
dengan Fatini dan Najwa. Kemudian tiba giliran Rina.
Balik sekolah nanti siap kau, aku kerjakan, bisik
Rina ke telinga Fatini sambil tersenyum sinis.
Darahnya tersirap ke muka. Rina terus
mempertahankan keegoannya. Hatinya mendidih setelah
-
8/8/2019 GHL
7/116
hani sofea
7
dimalukan di hadapan pelajar lain yang berada di situ. Semua
mata memandang mereka. Badan Fatini mengigil setelah
diugut oleh Rina. Fatini tidak senang hati, lidahnya kelu
untuk bersuara. Hinggakan dia lupa mengucapkan terima
kasih kepada pengawas itu. Nasib baiklah Najwa mewakilinya.
DIPANDANG wajah emaknya yang berladung air matakemudian kepada ayahnya yang sudah menapak turun ke
penyangga. Dari jauh, emaknya jelas berduka.
Sabar Abang Long, pinta Fatini yang terkejut besar
dengan tindakan Adham yang sudah mengepal penumbuknya.
Perkara di sekolah siang tadi amat mengaibkan keluarganya.
Sabar? Mata Adham terjegil. Ini soal maruah kita.
Nasi lemak kita di sekolah satu pun tak terjual. Suara Adhamsayu.
Suasana sepi seketika. Yang kelihatan hanyalah wajah-
wajah muram dan sedih. Kehangatan angin malam sudah
tidak terasa bahangnya. Tumpuan tetap kepada satu perkara
itu. Kenapa maruah keluarganya telah diaibkan?
Sabar! tegas Pak Mail keras.
Dia tahu darah anak muda itu bukan mudah disimbahdengan nasihat di saat maruah adiknya digadai ke sana sini,
sedang keluarganya masih berpeluk tubuh.
Macam-macam tohmahan di sekolah tu. Am boleh
buat keluarga kita lebih kaya daripada mereka. Am akan
buktikan ayah! radang Adham yang sudah menanam benih
dendam di hatinya.
Am! Cukup! perintah Pak Mail lagi tersangat marah.
Tini, cakap apa yang sebenarnya telah berlaku.
Nak dengar apa lagi ayah! Telinga ni dah panas. Pedih
hati apabila dia dihina macam kucing kurap.
-
8/8/2019 GHL
8/116
gerhana hati lara
8
Pang! Satu tamparan hinggap di pipi Adham. Dia
tersungkur di kaki lawang rumah. Tangannya menahan pedih
di pipi sedang dia menarik naas panjang-panjang. Perasaan
sebak serta geram ditahankan sebaik mungkin. Keberanian
dan kebenaran perlu ditegakkan. Dia sempat menoleh ke araj
adiknya yang tidak berkata sepatah pun sejak dari tadi. Jelas
wajah comel itu tersentak. Murung sekali wajah itu.
Kemudian dia mengilas pandangannya pula kepada ayah yang
dadanya bergoncang hebat dan kepada emak yang menundukmuka.
Jangan jadi anak biadab. Aku ini masih hidup! Biar
aku yang selesaikan hal ini. Faham! Suara Pak Mail lantang
sambil menghadap pohon-pohon getah yang gagah berdiri di
muka tanah.
Pak Mail sedar saat ini, hati Adham keras. Apatah lagi,
ia melibatkan maruah keluarga dan adik perempuantunggalnya. Fatini sudah lemah. Dia hampir merasakan dunia
ini tiba-tiba menjadi gelap-gelita tanpa segaris cahaya sudi
menemaninya.
Sudah! Jangan bergaduh. Ini dugaan Allah terhadap
kita, bukannya rezeki kita. Mak Lijah meluahkan
perasaannya yang tersekat di kerongkong sejak dari tadi. Dia
sembunyikan tangisannya di dalam hati. Nampak jelas MakLijah sudah lama berduka. Dia sedut hingusan yang sudah
tidak dapat diseka lagi.
-
8/8/2019 GHL
9/116
hani sofea
9
2b a b
CUACA pada petang itu
terlalu panas. Bahang
panas dari turap jalan itu
telah meruap naik ke muka. Terasa muka seperti disalai-salai
oleh sinaran mentari yang tegak terpacak di atas kepala.
Tetapi Fatini terus gagahkan juga meredah kepanasan itudengan penuh sabar. Kampung Sungai Som sudah hampir di
hadapan matanya. Cuma dia perlu menyeberangi jalan besar
tersebut sebelum masuk ke lorong kampungnya. Dipandang
ke kiri kanan jalan untuk melintas.
Bukkk!
Satu hentaman keras terkena tepat pada dahinya.
Aduh! Sakit! Tolong! jerit Fatini kuat.Beberapa orang yang berada di gerai di seberang jalan
tersentak setelah mendengar jeritannya dan mereka segera
berlari mendapatkannya.
-
8/8/2019 GHL
10/116
gerhana hati lara
10
Tuihh!
Mampus kau di situ, ludah Rina ke muka tanah.
Hei!, Tompok! Kau nak ni? getusnya pula sedang tangannya
menunjukkan seketul batu lain yang lebih besar dari tadi ke
arah Fatini
Fatini mengadu kesakitan tanpa henti. Darah yang
mengalir dari dahinya sudah membasahi pakaian sekolahnya.
Pandangan matanya juga sudah kabur dan berbalam-balam.
Kemudian kelam dan dia jatuh tersungkur di bahu jalan.Rina terus mengayuh basikalnya dengan laju tanpa menoleh
ke belakang lagi, setelah menyedari orang ramai mula berlari
mendapatkan Fatini yang sudah tidak sedarkan diri itu.
Allah! anak siapa ni? laung seorang lelaki separuh
usia. Pantas tangannya memegang tubuh Fatini yang kecil.
Cepat Malik tahan kereta tu, pinta lelaki itu lagi
dengan cemas.Mata Malik melingas ke sana ke mari. Beberapa saat
kemudian sebuah kereta lalu. Kereta itu berhenti setelah
mendapati orang ramai berada di bahu jalan. Ah, kemalangan
ke? Desis hati pemandu tersebut. Pemandu kereta yang
bernama Haji Ghazali itu bergegas keluar membuka pintu
keretanya.
Cepat masuk.Terus kereta itu menyusur ke arah hospital Kuala
Krai.
FATINI menerima tiga jahitan. Perlahan-lahan kelopak
matanya dibuka. Kepalanya pening. Fatini cuba bangkit dari
katil sambil tangannya memegang dahi. Namun pantas
ditegah oleh seorang jururawat. Melihat jururawat itu, maka
dia mula menyedari yang kini dia berada di hospital.
Kemudian matanya berkalih ke sisi. Dilihat seorang lelaki
-
8/8/2019 GHL
11/116
hani sofea
11
berserban sebaya ayahnya tersenyum memandangnya. Ah,
siapakah lelaki ini? Gumam hati Fatini berulang kali.
Pakcik panggil Fatini perlahan.
Kamu cedera. Tunggu! Pakcik nak ke kaunter ubat
sekejap.
Belum sempat dia bertanya, lelaki itu telah
meninggalkannya termangu-mangu di katil. Siapakah dia?
soalnya perlahan. Berbagai-bagai soalan bermain di
kirannya.Fatini menunggu di bilik kecemasan dengan debaran
resah di hati. Bagaimana kalau pakcik ini orang jahat? Boleh
percayakah? Sepantas itu terlintas di kirannya nasihat
daripada ayahnya dan emaknya supaya berhati-hati jika
ditegur oleh orang yang tidak dikenali. Terutama ketika pergi
dan balik dari sekolah.
Sepintas lalu wajah Rina mengganggu emosinya.Kepalanya berdenyut-denyut masih menahan sakit.
Aduhhh! Jeritan kecil Fatini menyedarkan Haji
Ghazali yang sedang menuju ke arahnya. Kelihatan kedua-
dua belah tangan kecil itu sedang memegang kepala.
Sakit?
Fatini mengangguk lemah. Haji Ghazali mengeluh
berat. Dia memandangnya dengan penuh simpati. Siapanama kamu?
Fatini. Lembut dan halus suaranya.
Dah nak Maghrib ni. Mari pakcik hantar balik.
Fatini diam dan wajahnya serta-merta berubah. Fatini
gugup kerana dia tidak menyangka masa sudah jauh berlalu.
Sudah pasti kedua-dua ibu bapanya sedang resah
menunggunya di rumah. Haji Ghazali sedar perubahan wajah
Fatini. Cepat-cepat dia memujuk.
Pakcik...Haji Ghazali. Imam Kampung Sungai
Durian. Haji Ghazali tambah bersimpati tatkala melihat
-
8/8/2019 GHL
12/116
gerhana hati lara
12
Fatini menyarung kasut buruknya itu. Jangan takut. Dalam
perjalanan nanti tunjuk saja di mana rumah kamu, ujarnya
memujuk. Fatini tersenyum manis.
BINTANG sudah lama menyepikan diri. Cahaya rembulan
yang keluar dari rekahan awan sudah tidak kelihatan. Awan
berarak perlahan dan bergumpal menjadi awan hitam yang
maha besar. Langit tadi sudah menjadi gelap-gelita.Cahayanya sudah tenggelam daripada gugusan-gugusan awan
yang bertaut rapat menyelimuti alam.
Tini dah tak nak ke sekolah, ayah, jelas Fatini
dengan suara menggeletar.
Terbeliak mata Mak Lijah dan Pak Mail mendengarnya.
Rokok daun yang berada di bibir Pak Mail jatuh ke atas
pahanya. Pantas jari-jemari Pak Mail mengambil rokoktersebut dan menyedutnya kembali. Mata Pak Mail masih
tajam menoleh kepada Fatini yang berada di muka pintu
rumah. Adham dan adik-adik kembarnya yang sedang
menulis di bawah cahaya pelita juga tersentak. Tangan Mak
LIjah yang sedang melipat pakaian juga terhenti tiba-tiba.
Kenapa? Takut? tengking Pak Mail.
Adham yang sejak dari tadi membisu terkejut. Hendakmendekati adiknya di muka pintu bimbang ditegah emaknya
pula. Hendak menegur ayahnya, risau kena penampar besar
lagi nanti. Ah, gila dibuatnya.
Dia belum aham entah kenapa sejak bersekolah, ayah
dan emaknya melarang keras agar dia tidak mendekati Fatini.
Tambahan pula ketika mereka berada di sungai. Setiap kali
Fatini didekatinya, pasti batang rotan menjilat belakang dan
betis mereka. Ah, kalau dia juga bersekolah pada sesi pagi
pasti budak-budak nakal sebaya adiknya itu sudah diajarnya
cukup-cukup. Pasti juga adiknya tidak selemah ini.
-
8/8/2019 GHL
13/116
hani sofea
13
Barangkali nasib belum menyebelahinya.
Huh! dengus Pak Mail kuat. Bukannya boleh bawa
mati pun dihina macam tu, bentak Pak Mail lagi dengan
suara keras.
Kolam mata Fatini sudah sarat digenangi air mata.
Jauh di hati Pak Mail dan Mak Lijah tidak mahu melihat
anak-anaknya dihina. Perasaan Mak Lijah sudah terluka
tatkala memandang dahi anaknya yang masih berbalut itu.
Saya tak takut, ayah. Tapi saya malu. Malu sebabselalu dihina di sekolah tu, ujar Fatini menyeka sebak. Pak
Mail menelan air liurnya namun tersekat di tengah
kerongkong.
Mereka gelakkan saya ramai-ramai. Saya sedih. Saya
dah tak tahu nak letak di mana muka saya ni. Mereka ejek
saya Tompok Budak Sampah. Sedang berkata-kata air
matanya mengalir. Wajah Adham berubah. Pantas dia mengalih
pandangan ke arah lain setelah ayah memandangnya secara
tiba-tiba itu. Hish! Sedar tidak ayah akan perasaanku? Huh!
Geram! Bentak hati kecil Adham.
Hatinya meronta-ronta mahu memujuk adiknya itu.
Namun ditahan perasaannya supaya tidak disedari oleh
emaknya sekalipun oleh ayahnya di penyangga rumah. Diatahu bagaimana tindak balas ayahnya jika dia bersuara.
-
8/8/2019 GHL
14/116
gerhana hati lara
14
3b a b
DUMMM!
Bunyi dentuman
guruh mengejutkan mereka. Keindahan alam pada malam itu
cuma seketika. Kedinginan mula mendakap diri. Setitis demi
setitis air hujan jatuh menimpa perabungan atap nipah. Kianlama, kian lebat.
Cepat-cepat Pak Mail dan Mak Lijah mencari bekas
untuk menadah titisan air hujan yang mengalir dari atap
nipah yang bocor. Manakala anak-anaknya membantu mereka
memerhatikan mana-mana tempat yang bocor.
Kalau ikutkan hati, saya kerjakan budak tu cukup-
cukup.Am, biarlah mereka lempar najis pada kita. Asal kita
jangan berdendam, nasihat Mak Lijah lembut memberi
kiasan.
-
8/8/2019 GHL
15/116
hani sofea
15
Adik kau tu perempuan. Bila-bila masa saja orang
boleh tuduh dirinya tak baik. Kalau orang dah sakit hati,
semua boleh ditnah nanti, pujuk Mak Lijah lagi dengan
suara separuh berbisik, tidak setuju dengan pendirian Adham
tadi.
Di sudut hati Mak Lijah, dia masih bersyukur. Rahmat
Tuhan pasti ada di sebalik kejadian ini.
Keadaan sepi seketika. Fatini terbaring kesedihan
sambil memasang telinga. Dia pura-pura tidur. Dalam diamair matanya mengalir tanpa surut. Sedang ayah dan adik-adik
kembarnya, sudah lama lena didakap dingin malam setelah
hujan lebat yang turun mencurah-curah di luar. Yang
menemani hati mereka hanyalah bunyi katak dan kodok,
titisan air hujan dan deruan air sungai yang mengalir deras
membelah bumi tidak jauh dari rumah mereka.
KETIKAmatahari sepenggalah tingginya, seorang lelaki yang
sudah mencecah usia 45 tahun kelihatan berada di penyangga
sebuah pondok sambil berdiri dengan tangannya bersilang ke
belakang. Sementara wajahnya memandang ke arah bukit-
bukau dan gunung-ganang. Dia berkain pelekat lusuh tanpa
berbaju.Seorang tetamu yang amat dikenali oleh Fatini, juga
berada di penyangga pondok tersebut. Sekejap lelaki itu
duduk, sekejap dia berdiri di belakang ayahnya. Gelisah betul
gayanya. Tidak berani Fatini menghampiri mereka, meskipun
dia baru saja pulang dari sekolah.
Mereka risau. Apatah lagi aku, keluh Ngah Daud
kesal. Suaranya lantang, cukup jelas didengar oleh Fatini
yang berada tidak jauh dari pondok itu.
Kamu pun nak nasihatkan aku supaya jangan ke
sungai tu? Nak ajar aku supaya jangan masuk ke hutan dan
-
8/8/2019 GHL
16/116
gerhana hati lara
16
ke dalam kebun getah tu? bidas Pak Mail keras sambil
menggenggam jemarinya yang sudah berusia itu.
Ngah Daud tersentak. Hanya desiran daun getah
ditiup angin sahaja yang menjawabnya.
Apa mereka nak makan kalau aku tak masuk ke
hutan dan ke kebun getah tu? Semuanya itu ialah hasil untuk
keperluan aku anak-beranak, keluh Pak Mail lagi, lantas
menarik naas dalam.
Setelah suasana kembali sepi, Pak Mail bersuara lagi.Kali ini suaranya lebih tinggi dan keras. Ke mana lagi kami
nak mandi, buang air dan basuh baju? Nak cari air di mana
lagi untuk Kak Long kau tu masak, kalau tak dengan air dari
sungai? tengking Pak Mail kepada adik iparnya lagi.
Aku sedar ajal dan maut di tangan Tuhan. Tapi aku
cuma nak kamu hati-hati saja, balas Ngah Daud sebak.
Hatinya kian terhiris melihat sikap abang iparnya yang terlalukeras kepala.
Dahi ayah berkerut seribu. Berlurah keningnya
apabila mendengar bicara itu. Ngah, sanggup kamu tengok
Kak Long dan anak saudara kamu nanti hidup merempat ke
sana dan ke mari?
Terpukul Ngah Daud mendengarnya. Ternyata
kenyataan itu telah menjahit mulut Ngah Daud. Lama PakMail merenung mata adik iparnya itu. Beberapa minit
kemudian dia menyambung lagi. Tetapi kata-katanya amat
memukul perasaan Ngah Duad.
Hanya ini saja yang aku dapat berikan kepada Kak
Long kamu. Jangan kamu lupa. Dulu kamu dengan Usu pun
membesar di sini jugak! sergahnya lagi kepada Ngah Daud.
Tatapi... dah acap kali Si Hassan tu nampak kelibat
haharimau di kebun getahnya, tukas Ngah Daud tergagap-
gagap. Majid anak Osman pun pernah lihat tapak kaki
binatang tu di hujung bukit ini. Long sekeluarga boleh
-
8/8/2019 GHL
17/116
hani sofea
17
tinggal di rumah Ngah dan Usu sebulan dua, rayu Ngah
Daud lagi. Suaranya terketar-ketar. Dipaut tangan abang
iparnya dengan kemas.
Terima kasih sajalah. Kamu pun bukannya senang
sangat, perli Pak Mail sinis lalu direntap tangan daripada
pautan Ngah Daud dengan kuat.
Kecewa Ngah Daud melihat sikap abang iparnya yang
tidak terduga itu. Perasaan Ngah Daud terpukul hebat. Ta
tapi Long.Ah, cukup! Cukup Ngah. Jangan pandai-pandai kau
nak mengajar aku pulak. Pak Mail terus mencapai sehelai
kain di sebelahnya dan meninggalkan Ngah Daud termangu-
mangu di penyangga bersama naas kecewa yang bergelora.
Terhinggut-hinggut ayah meredah kebun-kebun
getah, kemudian menghala ke arah anak Sungai Som.
Naasnya tercungap-cungap kerana menahan lelah. Sesekaliberhenti dan melangkah kaki penuh hati-hati. Ah, selalunya
begitulah keadaannya. Pantang bersua muka sikit dengan
Ngah Daud pasti tercetus perang mulut. Dahulu bukan begitu
sikapnya. Senang dibawa berbincang. Entah apa yang buat
dia panas baran.
-
8/8/2019 GHL
18/116
gerhana hati lara
18
4b a b
M AK LIJAH mundar-
mandir di muka lawang
pondoknya. Begitu juga
adiknya iaitu Ngah Daud dan Usu Fuad.
Aku datang tadi cuma mahu nasihatkannya saja.
Bukannya aku datang nak cari gaduh, cemas suaranya.Fikirannya berlari kencang mengejar kenangan bersama Pak
Mail tengah hari tadi.
Betul, Kak Long! Kami bimbang keselamatan Kak
Long sekeluarga, tegas Usu Fuad pula menyebelahi Ngah
Daud.
Kau dah carinya di rumah Hassan? Nada Mak Lijah
cemas berbaur sebak.Dah Kak Long! jawab Ngah Daud lalu mengeluh
kecil.
Rumah Si Jamal tu pun Usu dah pergi. Kata mereka,
-
8/8/2019 GHL
19/116
hani sofea
19
tak nampak muka Long pun hari ni, celah Usu Fuad pula.
Hish! Macam mana ni? Nak tunggu sampai cerah
tanah ke? soal Mak Lijah berasa amat geram dengan perkara
itu.
Resah hati Mak Lijah menanti suaminya. Mak Lijah
yakin suaminya sudah merajuk. Tanpa diduga air matanya
mengalir perlahan.
Jangan-jangan, duga Mak Lijah spontan. Namun
kata-katanya terhenti. Rasa sebak tiba-tiba menyelinap haluske sanubarinya.
Mungkin dia ke pondok si Salleh tadi. Lagipun anak
Kak Long nampak dia menuju ke sana, ujar Usu Fuad
bersama keluhan panjang.
TAP! TUP! TAP! TUPP!Bunyi buah getah gugur menimpa rabung nipah
mencuri perasaan. Berkecamuk emosi Mak Lijah. Peluh
dingin mula mengalir ke birai dagu. Namun dibiarkan hingga
menitis begitu sahaja. Sesekali bunyi tapak tangan menepuk
dan menampar nyamuk yang hinggap ke badan. Bunyi
nyamuk berterbangan sesekali singgah ke telinga mereka.
Hampir pukul 7.00 malam, Pak Mail masih belumpulang. Semua sudah resah menantinya di pondok. Hish!
Mana ayah pergi ni? Keresahan sudah lama bersarang di hati
Fatini dan juga hati Adham. Apatah lagi, emak mereka yang
resah sejak dari tadi. Setelah puas menanti, tiba-tiba Pak Mail
muncul di kaki tangga pondok dengan wajah yang kusam dan
keruh.
Mak! Ayah dah balik, jerit Faris dan Ali hampir
serentak. Anak kembarnya yang berusia empat tahun sudah
lama menanti ayah di penyangga rumah.
Terjengul kepala Fatini dan kepala Adham di antara
-
8/8/2019 GHL
20/116
gerhana hati lara
20
muka jendela melihat ke luar halaman. Ternyata benar, ayah
mereka sudah balik. Ke mana agaknya ayah menghilang sejak
dari tadi?
Abang ni dari mana? Puas kami cari. Kalau nak
marah sekalipun janganlah sampai menyusahkan orang
pula, bebel Mak Lijah tanpa menghiraukan semua yang ada.
Ayah hanya diam. Dia terus mencapai tuala mandinya.
Kakinya mencengkam kemas lantai-lantai pondok yang sudah
berongga itu.Saya nak ke sungai. Mandi! Menonong Pak Mail
turun rumah tanpa menoleh ke arah mereka yang ada.
Seolah-olah tiada tetamu yang berada di teratak buruknya
itu.
Aku ikut, ujar Ngah Daud selamba dan berterus-
terang.
Tak payah! Aku dah biasa dengan hutan. Lagipun,kamu penakut, sindir Pak Mail selamba.
Usu Fuad yang sejak dari tadi tidak bersuara
menghulurkan pelita kepada Pak Mail. Lalu katanya dengan
suara tersangkut-sangkut, Long! Pelita. Sungai, gelap.
Pak Mail tersengih mengejek. Nak suluh apa? Buta?
Simpan saja pelita tu. Hutan dah kenal aku.
Ayahhh! Saya nak ikut. Nak buang air. Sambiltangannya menahan perut Fatini melangkahkan kakinya.
Adham merenung tajam adiknya. Dia juga bimbang
keadaan di muka hutan ini. Dia hanya mampu menelan kata-
kata. Tidak sanggup berdepan muka dengan ayah yang garang
itu.
Yalah! Kalau nak ikut cepat sikit, balas Pak Mail
tegas. Lijah, sediakan nasi. Lepas mandi saya nak makan,
laung Pak Mail lagi di halaman pondok.
Terpempan semua yang ada. Mereka sedar akan
bahayanya. Namun mereka terpaksa menelan kata-kata.
-
8/8/2019 GHL
21/116
hani sofea
21
Bimbang Pak Mail merajuk lagi.
SUDAH lama masa berlalu, namun kelibat Pak Mail dan
anaknya Fatini masih belum kelihatan di perkarangan
pondok. Hati Mak Lijah resah begitu juga dengan yang lain.
Masing-masing bergelut dengan naas sesak dan hanya
menanti mereka dengan penuh kebimbangan.
Embun jantan merintis turun. Kabus bukitmenyelimuti alam. Deruan air Sungai Som mengalir lesu.
Mak Lijah sekejap berada di penyangga kemudian berada di
tengah halaman pondok. Sesekali kelihatan kepalanya
terjengul keluar di antara muka jendela. Sesekali dia keluar
ke penyangga. Hatinya diburu resah.
Anak kembarnya itu sudah lama lena. Sudah hampir
satu jam suami dan anaknya berada di sungai. Selama itujuga mereka menanti dengan penuh gelisah. Ngah Daud dan
Usu Fuad juga bimbang dengan keselamatan Pak Mail dan
Fatini yang masih belum pulang ke pondok. Lantas bergegas
turun dan menuju ke sungai.
Hish! Apa yang dibuat mereka di sungai? Suara Mak
Lijah resah.
Sabariah dan Maimunah yang sejak dari tadi hanyaasyik memerhati kegelisahan kakak ipar mereka cuma
mampu menenangkannya.
Alah, sekejap lagi baliklah mereka, tegur Maimunah
menenangkan gelodak resah Mak Lijah. Namun sebaliknya
dia juga gemuruh dan cemas. Sengaja dibiarkan begitu, agar
tidak menambahkan beban kerisauan kakak iparnya.
-
8/8/2019 GHL
22/116
gerhana hati lara
22
CUACApada malam itu sungguh hening. Tiada tanda-tanda
hari akan hujan. Bunyi deruan air terjun setinggi pohon
kelapa mencuri perasaan. Daun-daun getah berdesiran tatkala
ditiup angin. Tiba-tiba bunyi unggas rimba terhenti dan
lenyap serta-merta. Suasana berubah. Hish, takkan cengkerik
pun dah jadi bisu? Apa kenanya dengan hutan ni? Desis hati
Pak Mail dihimpit resah.
Kedamaian itu mencuri hati Pak Mail, begitu juga
dengan Fatini yang sedang bertinggung di atas batang balakmenghala ke hilir sungai itu. Bunyi lalang hutan dan pohon-
pohon kayu diredah dari perut hutan berdekatan mula
mencengkam perasaan mereka. Mata Pak Mail kelihatan
melingas ke sana dan ke mari.
Keesekk, prapp!
Bunyi serpihan ranting-ranting kayu dan gesekan
daun-daun kering memahat perasaan mereka. Wajahnyasudah tegang dan lututnya sudah pun menggigil-gigil
ketakutan.
Ayahhhh! panggil Fatini yang sudah berubah wajah.
Syyy! Jari Pak Mail menutup bibir. Dipandang ayah
dari jauh dengan wajah yang pucat lesi.
Prap! Prap! Prap.
Tersirap darah ke muka. Pak Mail segera menangkapbunyi tersebut sekali lagi dengan penuh debaran di dadanya.
Semakin diamatinya semakin dekat bunyi serpihan ranting-
ranting kayu dipijak dan menghampiri telinganya. Wajah Pak
Mail mulai tegang.
Auumm! Aum! Uwrggg!
Dengan sepantas kilat Pak Mail segera mencapai
sebatang kayu sebesar lengannya. Wajah Pak Mail semakin
berubah. Badan Fatini sudah pun menggeletar. Dapat dirasai
suasana sekitar mereka berbeza dari sebelumnya. Apatah lagi,
-
8/8/2019 GHL
23/116
hani sofea
23
bunyi itu sudah semakin menghampiri mereka.
Tini! Naik ke atas tebing cepat! Naik atas, cepat Tini!
jerit Pak Mail dengan keras dan lantang. Nada yang cemas
dan berbaur takut.
Fatini tersentak dengan sergahan ayahnya, lantas
berlari laju memijak anak-anak batu yang licin dan tajam.
Buk! Blup!
Aduh, Sakit! Fatini tergelincir ke dalam air dan
berusaha bangkit. Meskipun kakinya sudah luka, dia terpaksameredah juga arus sungai itu untuk sampai ke tebing
seberang sungai. Namun sempat dia menoleh ke arah
ayahnya sambil berlari melawan arus anak sungai yang tohor
itu. Sedang anak-anak batu yang tajam menghiris kaki
kecilnya.
Tini, cepat! jerit Pak Mail lagi.
Masih sempat dia menoleh ke arah ayahnya.Kemudian beralih melihat seekor harimau belang setinggi
paras pinggang ayahnya yang sedang merenung tajam. Gaya
harimau itu seperti ingin menerkam ayahnya. Cemas
menyelubungi perasaan.
-
8/8/2019 GHL
24/116
gerhana hati lara
24
5b a b
AUUUMM! AUMM! UWRG!
AUMMMM! AUM!
UWRGGG!
Harimau tersebut terus menerkam sebaik sahaja
melihat Pak Mail cuba berlari ke dalam air. Pergelutan
berlaku.Argh! Hrghhh! Allah! pekik Pak Mail begitu kuat.
Suaranya sayup-sayup membelah hutan.
Eh, apa tu? Kau ada dengar tak, Munah? Mak Lijah
menyoal.
Maimunah menggeleng.
Bunyi apa, Kak Long? Sabariah yang baru selesai
solat Isyak dan masih berkain sembahyang bertanya hairan.
Soalannya dibiarkan tergantung. Sabariah langsung bergegas
ke muka lawang menghampiri Kak Longnya sambil matanya
turut sama melengas ke sana dan ke mari ke halaman pondok
-
8/8/2019 GHL
25/116
hani sofea
25
tersebut.
Mak, bunyi apa mak? Suara ayah kan, mak? jerit
Adham yang berada di penyangga rumah dengan cemas.
Aku nak ke sungai! Aku rasa tak sedap hati saja. Aku
pun agak itu suara Abang Mail tadi, ujar Mak Lijah tergagap-
gagap.
Jangan Kak Long, bahaya! Barangkali bunyi burung
hutan agaknya tu, duga Sabariah cuba menenangkan
perasaan Kak Longnya itu.Hati Mak Lijah masih dicengkam rasa bimbang. Baju
Mak Lijah sudah basah dengan percikkan peluh. Fikirannya
berkecamuk memikirkan suaminya dan Fatini yang masih
belum pulang ke pondok. Apatah lagi, adik-adiknya yang
mengekori mereka juga turut sama hilang. Suara cemas di
sungai tenggelam bersama bunyi deruan air terjun.
Totolong, Pak Ngah. Ayah! Suara Fatini lemahdan bibirnya terketar-ketar. Sementara badannya menggigil
ketakutan.
Astaghrullahalazim! Allahuakbar! Mata Ngah Daud
dan Usu Fuad terbeliak.
Auuummm! Auummm! Uwrgg! Harimau itu terus
mengaum dan Pak Mail sudah pun berada di bawah perut
harimau itu. Jeritan Pak Mail tenggelam bersama bunyideruan air sungai yang mengalir pantas.
Allahuakbar! Allahuakbar! laung Ngah Daud
berulang kali. Tangan kanannya segera mencapai seketul batu
yang terdapat di tebing sungai itu dan melontar ke arah
haiwan tersebut dengan kuat.
Usu, panggil Hassan bawa senapang. Cepat Usu! jerit
Ngah Daud kepada adiknya yang masih kaku di atas tebing di
seberang sungai.
Auuum! Auumm! Uwrgggg!
-
8/8/2019 GHL
26/116
gerhana hati lara
26
Pergi, pergi! Hoi binatang! sergah Ngah Daud
kepada haiwan tersebut sambil tangannya mencapai batu
yang ada di sekelilingnya dan melontar ke arah harimau itu.
Melihat akan kedegilan haiwan tersebut, Ngah Daud pantas
mengalunkan azan dengan lantang.
Allahuakbar! Allahuakbar!
Allahuakbar! Allahuakbar!
Tatkala mendengar suara azan yang sayup-sayup
membelah hutan, mereka yang berada di pondok tergamam.Rasa sebak mula merasuk perasaan mereka.
Azan? soal Maimunah terkedu.
Azan mak! tukas Adham pula.
Ya Allah, kau selamatkanlah mereka.
Tanpa menoleh ke belakang, Mak Lijah terus menuju
ke tangga sambil berkata, Sabariah hulurkan pelita tu. Kau
dengan Munah tolong tengok Faris dan Ali sekejap. Am, ikutmak!
Dada Mak Lijah bergelora kencang dan naasnya tidak
menentu. Fikirannya bercelaru, terbayang wajah suami dan
anaknya Fatini yang masih lagi berada di sungai. Kemudian
wajah Ngah Daud dan Usu Fuad datang silih berganti.
Ayah lari ayah! Lari ayah! jerit Fatini .
Usu Fuad memeluk Fatini dengan erat. Fatinimenangis teresak-esak di dalam pelukan Usu Fuad. Kemudian
dia meronta-ronta mahu mendapatkan ayahnya, namun dia
tidak mampu meleraikan pelukan Usu Fuad. Tangan Usu
Fuad mencengkam lengan kecilnya dengan kuat. Usu Fuad
menarik tangan Fatini dan segera membawa lari Fatini
meredah kebun getah bagi mendapatkan pertolongan.
Suara Ngah Daud terketar-ketar bersama alunan azanyang lantang. Air matanya mengalir laju tanpa henti sederas
aliran Sungai Som yang mudik ke hilir Sungai Durian.
Sesekali matanya dipejamkan dan bibirnya bergetar-getar.
-
8/8/2019 GHL
27/116
hani sofea
27
Tatkala alunan azan sampai di Asyhaduallaa ilaa
haillaallah Dengan izin Allah SWT, tiba-tiba harimau itu
melepaskan mangsanya dan terus masuk ke dalam perut
hutan. Beberapa saat kemudian hilang daripada pandangan.
Ngah Daud tercengang melihat keajaiban yang baru dilihat
dengan matanya. Dia terus berlari menyeberangi sungai
mendapatkan abang iparnya itu.
Astaghrullah, Long! Ngah Daud menangis sekuat-
kuatnya. Membuak-buak darah segar mengalir dari badan PakMail.
Allahuakbar!
Terhinggut-hinggut badan Ngah Daud sambil dia
mengangkat sebahagian daripada badan Pak Mail dan
meribanya. Dia meratapi Pak Mail yang sudah tidak sempurna
lagi. Hanya mata Pak Mail saja terbuka sedang mulutnya
terkumat-kamit seolah ingin memberitahu sesuatu. Darahkeluar tiada surut dari segenap tubuh badannya yang sudah
ditembusi dengan gigi dan kuku harimau itu.
Arghh, Allah! ucap Pak Mail lemah dan perlahan.
Darahnya mengalir dari mulut dengan banyak sekali.
Laa illaa haillallah...laa illaaha illallah...laa illaaha
illallah! Ngah Daud terus membisikkan kalimah Allah itu di
telinga Pak Mail. Sebak Ngah Daud melihat sebelah kakinyahampir terputus, sedang urat berjuntaian bersama titisan
darah segar yang mengalir kehitaman.
Arghh...laa illaaha illallah. Pak Mail melaazkan
dengan sempurna kalimah Allah ketika nyawanya hampir
melayang dicabut oleh Malaikat Maut.
Innalillahiwainnalillahnirrajiuun! Long sudah tiada,
ucap Ngah Daud perlahan sambil tangannya menutupkan
mata Pak Mail yang masih terbuka itu.
Tangannya menggenggam pasir. Sudah tidak ada
suara lagi yang keluar dari mulut Pak Mail. Hanya darah
-
8/8/2019 GHL
28/116
gerhana hati lara
28
segar saja yang keluar dari mulut, mata dan telinganya.
Arrrrghh, Uwwrghh! Ngah Daud melepaskan
tekanan. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Badannya
terhenjut kerana menahan tangisan. Astaghrullahalazim,
Astaghrullahalazimberat dugaan yang aku tanggung ini
ya, Allah! Ngah Daud terus beristighar agar tabah
menghadapi dugaan dan tidak meratapi kematian abang
iparnya itu. Dia masih sedar sesungguhnya meratapi
kematian adalah haram. Dia memicit hujung hidungnyamenahan sebak yang tidak terhingga.
MAK LIJAH dan Adham terserempak dengan Usu Fuad
bersama Fatini yang berjalan tercungap-cungap di dalam
kebun getah. Wajah mereka berubah. Pasti ada sesuatu yangberlaku di sungai itu. Jika tidak, masakan Usu Fuad dan
Fatini berada di dalam kebun getah itu tanpa Ngah Daud dan
suaminya? Di manakah mereka?
Kenapa Usu? Mana Long kau? Mana Ngah? Mana
mereka, Usu?
Wajah Mak Lijah pucat lesi. Bibir Usu Fuad bergetar-
getar. Jari telunjuknya hanya menuding ke arah sungai. MakLijah secara tiba-tiba hilang separuh kudratnya untuk
melangkah. Terus dipangku oleh Adham yang melihatnya
hampir tumbang. Mereka bergegas menuju terus ke sungai
sedangkan Usu Fuad berlari ke pondok bersama Fatini untuk
mendapatkan pertolongan daripada orang kampung. Mata
Mak Lijah dan Adham terbeliak memandang keadaan Pak
Mail yang amat ngeri itu.
Ayah! jerit Adham pilu. Sambil berlari meredah arus
sungai yang bercampur darah itu dengan kiran kosong.
Subhanallah, abang! To tolong jangan tinggalkan
-
8/8/2019 GHL
29/116
hani sofea
29
saya macam ni.
Mata Mak Lijah tertumpu pada sekujur jasad yang
terbaring di atas ribaan Ngah Daud. Lalu dia jatuh tertiarap
bersama-sama pelita di tangannya. Hanya cahaya bulan
menyuluhi alam. Darah membasahi badan suaminya. Mata
suaminya terbuka namun sudah tidak berkelip-kelip.
Beberapa anggota badannya sudah bercerai entah ke mana.
Barangkali sudah dibawa arus sungai yang mengalir deras.
Adham kaku membisu. Hanya esakan kedengaran. Sejarah itusudah berlalu.
SEORANG PENOREH GETAH MAUT DISERANG
HARIMAU
Kuala Krai, Ahad 24 Mei. Seorang penoreh getah berusia
45 tahun maut diserang harimau. Kejadian berlaku di
Kampung Sungai Som, Kuala Krai, Kelantan. Ketikakejadian berlaku, mangsa dikatakan bersama dengan
seorang anaknya berada di sungai tersebut untuk mandi.
Mengikut saksi yang juga adik ipar mangsa melihat
sendiri mangsa bergelut bersama haiwan setinggi paras
pinggangnya. Beliau yang terkejut, pantas melaungkan
azan dan secara tiba-tiba haiwan itu berlari kembali
masuk ke dalam hutan. Namun mangsa sudah kehilanganbanyak darah kerana sebahagian daripada anggota
badannya tercerai daripada badan. Terdapat banyak lubang
gigitan dan cengkaman binatang itu di seluruh
anggotanya. Pihak Jabatan PERHILITAN sedang membuat
operasi untuk menangkap harimau itu.
Berita mengenai tragedi itu terpampang di muka
hadapan surat khabar bahasa Melayu dan Inggeris. Peristiwa
tragis itu masih segar dalam ingatan penduduk kampung.
-
8/8/2019 GHL
30/116
gerhana hati lara
30
Apatah lagi kepada dirinya, emak dan keluarga walaupun
sudah dua tahun Pak Mail meninggal. Dua tahun juga tragedi
yang menyayat hati itu hampir membuat Ngah Daud jadi
sasau. Usu Fuad pula menjadi pendiam dan tidak banyak
keluar rumah. Tragedi ngeri itu memberi kesan yang
mendalam kepada mereka dan juga kepada penduduk
kampung tersebut.
-
8/8/2019 GHL
31/116
hani sofea
31
6b a b
DAUN kalendar
berguguran sehelai demi
sehelai, membawa bulan
yang silih berganti dan kemudian menjemput tahun. Masa
berjalan dengan jarum saat yang tiada hentinya.
Karipap! Nasi lemak! Karipap panas-panas Sambilmenjinjit bakul berisi karipap Fatini menjerit. Kemudian
diikuti oleh Adham pula yang menjinjit bakul berisi nasi
lemak.
Nasi lemak! Nasi lemak panas-panas! Karipap panas-
panas! Suara mereka silih berganti.
Mereka berhenti setelah tiba di sebuah gerai
berdekatan sawah padi. Gerai itu milik Pak Hassan. Begitulahrutin harian mereka sebelum sampai ke gerai tersebut.
Mereka menjaja kuih dan nasi lemak sehingga tiba ke gerai
itu. Kadang kala, belum sempat tiba di gerai itu, bakul mereka
-
8/8/2019 GHL
32/116
gerhana hati lara
32
sudah pun kosong. Namun berbeza pada hari tersebut, sebiji
kuih pun tidak terusik. Begitu juga dengan nasi lemak yang
masih tidak tersentuh oleh tangan penduduk kampung.
Bagaimana, habis? soal Pak Hassan.
Adham dan Fatini menggeleng sayu. Rasa hairan
bertunas di benak mereka. Pelik! Selalu tidak macam ini. Apa
yang tidak kena dengan nasi lemak dan kuih Mak Lijah dalam
dua tiga hari ini? Bentak hati kecil Pak Hassan sedikit hairan.
Letak saja di sini bakul tu. Petang nanti, pakcikhantar balik bakul ni ke rumah kamu.
Bakul itu segera diletakkan di atas meja. Pak Hassan
yakin kuih Mak Lijah pasti habis terjual juga apabila penoreh
dan peladang datang minum di gerainya nanti.
SEPERTI biasa juga di hujung minggu Adham bersama Ngah
Daud ke bandar menjual getah sekerap. Manakala Fatini pula
menolong emaknya di kebun. Begitulah kehidupan mereka
pada hujung minggu. Hari itu sebelum pulang ke pondoknya,
Fatini sempat singgah ke kedai runcit Pak Seman.
Tergamak kau makan kuih Makcik Lijah tu? Tanpa
sedar suara sumbing itu sampai ke telinga Fatini.Hiss! Loya anak tekak aku ni. Tak payahlah!
Membazirkan duit saja, ucap Rina dengan nada menyindir.
Beberapa rakan sebayanya menyebik bibir seraya
ketawa terbahak-bahak. Jelas kelihatan ekor mata mereka
menjeling ke arah Fatini yang sedang menjinjit plastik berisi
garam dan sebotol minyak tanah ketika melangkah keluar
dari kedai runcit tersebut. Hatinya mendidih. Kini sedarlah
dia, kenapa kuihnya tidak laris seperti biasa.
-
8/8/2019 GHL
33/116
hani sofea
33
SABARLAH, ini mungkin ujian daripada Allah terhadap
kita.
Takkan kita nak biarkan saja mereka? ujar Fatini
menahan rasa di dada.
Mak Lijah diam. Melihat emak yang masih diam,
gelora di dadanya semakin bertambah pedih. Habis siapa nak
beli lagi nasi lemak mak? kata Fatini lagi, lantas mengeluh
dalam dan menambah katanya lagi dengan sebak, Tini dah
tak tahan mak.,Dulu, kalau ayah marahkan mereka tentu hal begini
tak jadi! sampuk Adham dengan suara yang geram.
Pangg!
Mak! jerit Adham sambil memegang pipinya yang
terasa perit ditampar Mak Lijah.
Mak Lijah tidak tahan mendengar apabila arwah
suaminya dihina. Adham tergamam melihat sikap emaknya yang tiba-tiba agresi terhadapnya. Tanpa sedar dia telah
melukai perasaan Mak Lijah.
Kamu jangan biadap, anak derhaka! Ayah kamu dah
mati. Tapi kamu masih nak mencaci arwah, Mak Lijah
menyeringai ke arah Adham. Mulut Adham terkumat-kamit,
namun lidahnya kelu untuk bersuara. Dasar anak tak sedar
diri! tohmah Mak Lijah lagi.Air mata Adham berlinangan sambil memohon ampun
dan mencium tangan Mak Lijah. Tetapi pantas Mak Lijah
mengelak. Hati Mak Lijah sudah terhiris. Suara Mak Lijah
tenggelam timbul. Fatini mengisyaratkan dengan tangan agar
Adham keluar dahulu dan membiarkan kolam hati Mak Lijah
tenang. Adham membawa langkah berat keluar dari rumah.
Mak Lijah terduduk. Badannya bergegar, sedarlah Fatini,
emaknya sedang menahan sendu.
Mak! Fatini segera mendapatkan emaknya. Mak!
-
8/8/2019 GHL
34/116
gerhana hati lara
34
Ampunkanlah Abang Long tu, mak.
Namun Mak Lijah diam, kaku dan tiada reaksi. Hanya
linangan air matanya mengalir lesu. Sedang dia memujuk
Mak Lijah yang hatinya sudah dilukai oleh Adham tanpa
sedar.
Biar dia pergi. Tengok lama mana dia boleh hidup di
luar tu. Senja nanti baliklah dia. Suara Mak Lijah
menggeletar. Lantas Mak Lijah menyapu air mata Fatini yang
masih berlinangan. Terasa kehangatan tangan emaknyamenular di mana-mana. Fatini jadi serba salah kerana
mengeluarkan kenyataan tersebut kepada Adham.
Mak kesal. Mak Lijah tersedu. Bicara Mak Lijah
tersangkut. Mak sedih ia berlaku lagi kepada kita. Mak Lijah
kembali menangis. Diusap ubun-ubun Fatini beberapa kali.
Mak sanggup terima semua ni. Fikiran Mak Lijah terus
kepada arwah suaminya.Terlalu banyak dugaan terpaksa dia terima setelah
arwah suaminya pergi ketika mereka sedang dirundung derita
caci maki orang. Mak tak nak buat lagi nasi lemak dan
karipap! Suara Mak Lijah lagi, lemah bercampur sebak.
Terpukul Fatini mendengarnya.
Tapi mak, bulan depan si kembar tu perlukan duit.
Fatini cuba menyedarkan emak. Suaranya yang lembutmemukul hati Mak Lijah. Terpempan Mak Lijah
mendengarnya. Mak Lijah merenung jauh nasib anak-
anaknya. Mak Lijah masih diam. Suasana sepi kembali.
Mak, kalau kita tak jual kuih dan nasi lemak, macam
mana kami nak sekolah? Terpacul soalan itu dari mulut
Fatini. Namun soalannya masih dibiarkan sepi oleh Mak
Lijah. Sedangkan laut kiran Mak Lijah berombak entah ke
mana.
Yuran UPSR Faris dan Ali tu siapa nak bayar? Tini
tak nak...Tini tak nak mereka tu nanti jadi macam Abang
-
8/8/2019 GHL
35/116
hani sofea
35
Long, ujar Fatini memujuk emaknya.
Terbutang mata Mak Lijah mendengar kenyataan
anaknya itu. Kenapa aku boleh lupa asal yuran mereka?
Sudah acap kali juga si kembar bertanya mengenai yuran
mereka. Dia mengakui kata-kata Fatini itu dan jauh sekali
ingin melihat anak kembarnya menerima nasib seperti
Adham. Beberapa titis air matanya kembali mengalir hangat.
Tini, jaga rumah. Mak nak ke rumah Imam Suib.
Belum sempat Fatini bertanya, Mak Lijah sudah punmelangkah jauh. Apa kena dengan emak? Buat apa dia ke
rumah Pakcik Suib? Seribu pertanyaan menghentam hati
kecil Fatini.
MALAM kian merangkak. Sejak petang lagi Mak Lijah hanyamembisu. Sepatah ditanya sepatah juga dijawabnya. Meskipun
hati Mak Lijah sudah sejuk, sikap Mak Lijah masih tidak
memuaskan hati anak-anaknya.
Mak, Am dengar tadi mak ke rumah Imam Suib. Mak
buat apa? soal Adham lembut. Sebolehnya dia tidak mahu
lagi peristiwa siang tadi berulang lagi. Dia juga cuba
mendekati hati emaknya pada saat begini.Mak, mak buat apa ke sana? tukasnya lagi.
Dup dap, dup dap, jantung Fatini berdegup kencang.
Dicuitnya belakang Adham dengan batang penselnya, pantas.
Syyy! Batang penselnya diletakkan ke bibir, sambil
kepalanya menggeleng.
Adham aham isyarat daripada adiknya itu supaya
tidak terus bertanya dan mengganggu perasaan Mak Lijah.
Adham bangun ke luar, ke tengah penyangga sambil
menghirup udara malam. Fikirannya buntu dan berkecamuk.
-
8/8/2019 GHL
36/116
gerhana hati lara
36
Hatinya resah. Entah apa yang bermain di kiran Mak Lijah
kini. Malam dibiarkan merangkak sepi.
PAGI itu alam diselimuti oleh awan yang kelabu. Barangkali
sekejap lagi, hujan akan turun. Desis hati Mak Lijah sedang
kolam hatinya diserbu rasa resah yang tiada surut.
Mak! Mak nak ke mana? Dah nak hujan. Lagipun,angin kencang sekarang ni, soal Fatini penuh hairan.
Sememangnya dia resah melihat Mak Lijah bergegas
hendak turun meskipun dia sedar sekejap lagi alam
menjemput hujan. Dia juga risau kalau-kalau dahan reput
jatuh menimpa Mak Lijah nanti. Hish, takkan nak pergi
menoreh pula? Getus Fatini.
Mak, panggil Fatini lagi. Tercengang dia di kepalatangga sambil matanya melihat Mak Lijah sudah pun
memijak muka tanah.
Kau jaga rumah dan adik-adik tu sekejap. Mak nak
pergi menebas. Mak Lijah terus mencapai batang penyabit
dan parang yang terselit di dinding pondoknya itu. Terjegil
biji mata Fatini.
Mak, sekejap lagilah mak. Tunggu Abang Long balikdulu, pujuk Fatini lagi sambil giginya mengetap bibir.
Langkah Mak Lijah terhenti, matanya bulat bersaga
merah. Ah, tak boleh! Mak tak nak terlepas nanti. Kalau dah
terlepas susah. Mak dah janji petang semalam dengan Imam
Suib tu. Adik kembar kau tu, nak pakai duit, jelas Mak Lijah.
Fatini hampir terduduk. Tersirap darah ke mukanya.
Perbualan mereka petang semalam terimbas kembali. Hish!
Silap aku juga. Bentak hati Fatini dengan jutaan rasa
bersalah.
Tapi, mak! Mak, Fatini ikut. Biar Fatini yang tolong
-
8/8/2019 GHL
37/116
hani sofea
37
mak menebas, ujar Fatini lemah.
Jaga rumah dan adik kembar kau tu. Sekejap lagi,
Adham balik nak makan apa? rungut Mak Lijah.
Mak dah masak nasi di dapur tu. Tolong jaga api. Mak
tak mahu nanti nasi tu hangus lagi macam semalam.
Fatini akur dengan kehendak Mak Lijah. Dia pasrah
dengan ketentuan Ilahi. Sejauh itukah pengorbananmu,
mak? Kenapa harus begini jadinya? Kenapa mak, kenapa
begini nasib kita? Jerit hati kecil Fatini. Air matanya mengalirlagi tiada surut.
-
8/8/2019 GHL
38/116
gerhana hati lara
38
7b a b
SUASANA alam semakin
mendung. Dumm! Petir
dan kilat sambung-
menyambung. Fatini kian resah. Sementara Mak Lijah dan
Imam Suib sedang berkira-kira.
Macam mana, Suib?Luas tanah tu. Larat ke kamu nak menebas dan
melalas lalang di kebun tu? Risau aku. Lapan ekar Lijah!
Lapan ekar tu bukannya kecil, ujar Imam Suib sedikit keliru.
Serba salah dia melihat kehendak Mak Lijah yang seolah-olah
sedang terdesak itu.
Aku larat. Mak Lijah tetap berdegil. Alah, luas mana
pun aku sanggup! Kamu bagi aku sajalah menebasnya.
Lagipun aku dah bawa penyabit dan parang ni. Aku dah
bersedia Suib. Cakap saja kat mana tanahnya, tegas Mak
Lijah lagi bersungguh-sungguh.
-
8/8/2019 GHL
39/116
hani sofea
39
Kak, bukannya kami tak nak bagi. Cuma kami
bimbang kesihatan Kak Lijah saja. Lagipun Mata Rokiah
menjeling suaminya yang hanya mengisyaratkan memek
muka sahaja agar dia tidak terus bersuara.
Lagipun apa, Kiah? Sebab aku ni perempuan ke? Aku
masih bertenaga. Tubuh aku pun masih lagi sihat. Kamu
nampak tak? cantas Mak Lijah sedikit marah sambil
tangannya menepuk lantai papan rumah Imam Suib.
Wajahnya sudah tegang. Imam Suib dan isterinyatersentak. Terkedu mereka melihat sikap Mak Lijah yang
tidak terduga itu. Hish, adakah kerana duit? Gumam hati
Imam Suib kebingungan.
Lijah! Kau perlukan duit? Kami sanggup tolong. Tapi
bukan dengan cara begini. Err kata Imam Suib dicantas
oleh Mak Lijah.
Kamu nak bagi ke tak aku menebas di kebun tu?pintas Mak Lijah dengan suara sedikit tinggi. Kalau kamu
tak nak bagi, sudah! ugut Mak Lijah lagi, lantas bangun dan
mengangkat penyabit dan parang kontot yang diletakkan di
kaki anak tangga.
Belum sempat dia melangkah jauh, Imam Suib
tercungap-cungap menahannya. Imam Suib akhirnya
bersetuju dengan kehendak Mak Lijah yang sanggupmengambil upah untuk menebas semak lalang di kebun milik
adik iparnya itu. Bukan Mak Lijah sahaja, Imam Suib dan
isterinya Rokiah sama-sama akan menolong Mak Lijah.
Mereka suami isteri tidak sanggup melihat wanita cekal itu
bertarung nyawa di dalam kebun yang terletak di atas bukit
seorang diri. Tambahan pula dengan cuaca yang tidak
mengizinkan.
-
8/8/2019 GHL
40/116
gerhana hati lara
40
TUP BUK! TUP BUK!
Anak-anak batu menampar lembut ke permukaan air
Sungai Som. Ketenangan permukaan air berubah wajah.
Matanya redup memandang perut air sungai yang sedang
memakan anak-anak batu yang dilemparkannya. Segala
perasaan bercampur baur di dasar hatinya. Semuanya sudah
berlalu. Kejadian itu menjahit hatinya.
Dedaun kayu getah yang ditiup angin petang
berdesiran menari-nari di reranting kayu, bunyi kicauanunggas rimba berdecip-decip, seiring mengikut aliran Sungai
Som yang mudik ke hilir. Dari arah jauh, kelihatan kilauan
air terjun setinggi pohon kelapa menikam ganas ke dasar
Sungai Som. Hanya alam sekeliling menemani Fatini pada
petang itu sedangkan laut kirannya telah melayang jauh.
Dia menempatkan punggungnya di atas batu besar
yang berlumut hijau. Sesekali kakinya mencium air. Dinginair sungai itu meresap hingga ke tulang. Sudah lama dia
tidak menikmati kesejukan daripada air sungai itu. Sungai
tersebut pernah menjadi saksi alam kanak-kanak dan alam
remajanya. Terlalu banyak nostalgia usang memahat hatinya.
Menyedari masa sudah jauh berlalu, mengajak hatinya
untuk memanggil Adham dan adik-adiknya pulang ke rumah.
Abang Long, dah lah mandi. Mari kita balik. Ajak Faris dan Ali sekali. Bibirnya sudah kebiruan. Kedua-dua tangannya
memeluk badannya yang sudah menggigil kesejukan. Fatini
hanya mampu memandang adik kembarnya dan Adham
mandi dari tebing sungai.
Sesekali terdengar suara keceriaan daripada Ali dan
Faris yang masih asyik mandi manda. Jarang-jarang sekali
kelihatan adik kembarnya tenggelam timbul di permukaan
sungai. Suara Fatini membuatkan Adham yang sedang mandi
tersentak.
Faris! Ali! Mari kita balik. Dah lewat ni, ujar Adham
-
8/8/2019 GHL
41/116
hani sofea
41
yang sudah sampai ke tebing sungai sambil mengusap
mukanya yang basah.
Belum sempat Faris dan Ali bangun, satu sebatan
hinggap di belakang Adham, kemudian ke belakang Fatini.
Aduh! Sakit ayah! jerit Adham kesakitan.
Ayah! Ampunkan Tini ayah. Aduh! Sakit ayah!
Mereka menangis dan meronta-ronta kesakitan tatkala
dipukul oleh ayah mereka.
Wajah Mak Lijah di gigi air menjahang merah padam.Hancur luluh hati Pak Mail. Berkopah darah segar mengalir
dari belakang badan anak-anaknya.
Itulah mak kan dah pesan, kenapa degil? Tak reti
bahasa, marah Mak Lijah.
Minyak gamat pemberian Usu Fuad disapu oleh Mak
Lijah ke liang luka Fatini dan ke liang luka Adham dengan
perlahan-lahan. Bengkak mata mereka kerana menangis.Sakitnya sungguh azab. Pak Mail yang berada di pinggir pagu
merenung jauh. Sesekali anak matanya menjeling ke arah
Fatini dan Adham di tepi dinding.
Tini, Fatini! Lamunan Fatini tiba-tiba lenyap apabila
dikejutkan oleh satu suara yang mendayu-dayu memanggil
namanya dari arah belakang. Tanpa disedari pipinya telah
basah. Lalu tangkas dia mengesat kesan tangisannya itu. Ah! Aku menangis? Bentak hati kecilnya lagi. Dia
terus bingkas bangun, lalu memukul punggungnya yang
berdebu pasir itu. Peluh yang memercik di dahi masih
mengalir masin di birai dagunya. Kepenatannya ketika
mengutip susu getah pagi tadi masih lagi bersisa.
Ya, di sini, sahutnya dengan suara nyaring, supaya
insan yang memanggilnya itu datang menuju ke arahnya.
Eh! Tak takut hantu ke kau duduk sendirian di
sungai ni? Biasanya orang bunian suka berkampung di sini,
-
8/8/2019 GHL
42/116
gerhana hati lara
42
cabul mulut Mastura mengusik Fatini.
Fatini menyambut lingkaran tangan Mastura yang
halus mulus itu dengan erat. Lantas dia menggeleng dan
berkata, Masya-Allah, celupar betul mulut kau ni. Memang
kau ni tak sayang mulut. Tempat macam ni kau tak boleh
cakap besar tahu!
Jari-jemari Fatini mengaru-garu betis yang telah
digigit nyamuk ketika berada di kebun getah tadi. Harum
minyak wangi yang dipakai oleh Mastura semerbak menusukke rongga hidung yang sesekali menyekat pernaasannya.
Alah, bergurau saja. Sensiti betul. Kenapa pula tak
boleh?
Ini hutan Mas. Lain kali kau tunggu saja aku di
rumah. Tak payah susahkan diri mencari aku di sungai ini.
Kalau kau digigit pacat baru tahu. Cabul pula mulutnya
mengusik Mastura.Alah, setakat pacat, aku boleh gentel saja dengan jari.
Buat apa nak takut? Aku pun dari tanah lumpur juga.
Mastura mengangkat keningnya dengan megah. Lantas
mereka ketawa kecil.
Oh ya, Tini ! Aku ada bawa buah cempedak dan
durian. Aku dah bagi pada mak kau, terang Mastura lagi
dengan naas yang tersekat-sekat. Agaknya penat selepasmeredah hutan getah itu tadi masih belum hilang.
Alah! Menyusahkan kau saja. Terima kasih Mas.
Kalau macam ni, bolehlah nanti kita makan cempedak goreng
sama-sama, ya!
Dia menghargai budi Mastura. Baginya persahabatan
itu diibaratkan sebutir permata. Sebolehnya dia tidak mahu
permata yang digenggam tangannya itu tercicir, tercalar dan
hilang begitu sahaja.
-
8/8/2019 GHL
43/116
hani sofea
43
8b a b
SEORANG wanita yang
sudah dimamah usia
duduk di muka lawang
pondok. Rambutnya yang memutih jarang itu disanggul rapi.
Wanita itu tersenyum manis dan terus mempelawa tetamunya
naik ke teratak buruknya.Duduklah Mas. Pondok makcik ni, memang tak ada
kerusi. Mas tak kisah duduk di atas lantai? Nanti aku alaskan
tikar, ya! ujar Fatini berterus terang.
Hish, tak payahlah susah-susah, gumam Mastura
serba salah. Macamlah kau tak tahu. Aku pun dari anak
kampung juga dulu. Mastura menabur senyuman kepada
Fatini dan Mak Lijah.Simpati agaknya Mastura apabila anak matanya asyik
merenung cahaya yang datang dari celah atap nipah itu. Kruk
krek, kruk krek. Ngilu anak telinga Mastura apabila lantai
-
8/8/2019 GHL
44/116
gerhana hati lara
44
kayu yang sudah usang itu dipijak oleh kaki mereka. Sepapan
daripada lantai kayu yang dipijak oleh kaki Mastura
terjongket sedikit ke atas.
Mastura hati-hati dengan lantai tu, tegur Fatini
separuh menjerit.
Terkedip mata Mastura tatkala melihat lantai yang
sudah berongga lagi usang itu.
Rumah dah senget. Kalau hari hujan jenuh anak
mata makcik nak intai lubang yang bocor. Sugul wajah MakLijah memberitahu. Garis-garis kedut di mukanya
menyembunyikan sejuta rahsia hidupnya pada masa lalu.
Fatini cuma diam, kelu lidah untuk dia meluahkan
segala kekurangan hidup yang wujud dalam keluarganya
selama ini kepada Mastura.
Makciksaya asalnya bukan daripada keluarga
senang. Saya sekeluarga tinggal di Kampung Pasir Hor, KotaBharu. Mastura membuka kisah perjalanan hidup
keluarganya. Lalu dia menambah katanya lagi, Waktu itu,
abah saya kerjanya cuma menoreh getah dan ibu saya
kerjanya hanyalah mencanting batik di kilang batik
berdekatan. Dia diam sebentar sebelum menyambung
kembali bicaranya. Lepas abah saya dapat modal, baru kami
berpindah ke Kuala Lumpur. Abah dengan mak saya cantingbatik sendiri.
Mak Lijah hanya mengangguk dan tersenyum manis.
Dia senang mendengar tutur bicara anak gadis di hadapannya
itu.
Saya tak pilih kawan makcik. Saya senang berkawan
dengan anak makcik ni.
Bau hampak getah sekerap, yang busuk tersidai kering
di bawah rumah sesekali menyelinap masuk melalui ruang-
ruang lubang lantai rumah yang kian reput dan terus hinggap
ke deria bau mereka.
-
8/8/2019 GHL
45/116
hani sofea
45
Musim kemarau begini memang panas. Masak daging
kita kalau tak biasa dengan cuaca panas di dalam rumah ni.
Tambah pula rumah ni menanti hari saja nak tumbang, ujar
Mak Lijah mengeluh singkat. Siapa berani duduk lama-lama
di dalam rumah ni kalau berjalan sana senget, duduk di sini
pun terjongket, suara Mak Lijah lagi.
Wajah Mak Lijah sentiasa kelihatan tenang dan ceria
membesarkan anak-anaknya. Pemergian arwah suaminya
langsung tidak menghalang Mak Lijah meneruskankehidupan. Dia perlu membesarkan anak-anaknya selagi
termampu. Pesanan daripada arwah dahulu tersimpul kemas
dalam ingatan Mak Lijah. Hatinya sentiasa berserah kepada
Allah SWT dan reda kepada ketentuan Ilahi.
Penat Mak Lijah kini sudah digalas oleh Adham.
Adham telah meringankan bebanannya selepas kematian
arwah. Adham sedar adik-adiknya lebih memerlukan duitdaripadanya. Dia rela cita-citanya hangus dibakar oleh rasa
simpati yang mendalam.
Sunyi saja.
Mak Lijah mengangguk dan hanya tersenyum.
Adik aku ke sekolah, ujar Fatini tidak teragak-agak.
Abang kau? Lengang macam ni, tentu sunyi kan,
makcik?Mak Lijah hanya mengangguk lemah tanpa baris kata
yang terbit dari bibirnya. Namun Fatini sedar, ketika ini
kiran emaknya sedang melayang jauh.
Abang aku tu, kalau pagi-pagi begini tentulah keluar
dengan abang sepupu kami.
Belum sempat dia terkir untuk bangun ke dapur,
emaknya sudah bingkas bangun. Dia terus berlalu
meninggalkan Fatini dan Mastura berdua-duaan di tengah
lawang. Tidak beberapa lama kemudian Mak Lijah kembali
keluar dari perut dapur dan membawa sedulang air kopi
-
8/8/2019 GHL
46/116
gerhana hati lara
46
kosong.
Mastura, Kopi kosong saja. Jemputlah minum,
pelawa Mak Lijah berbaur segan.
BUNYI deruman enjin kereta mengejutkan perhatian mereka
yang sedang asyik berbual. Pandangan mereka tertumpah ke
luar halaman. Mak Lijah menjenguk ke tengah halaman.Kelihatan Adham dan anak saudaranya Rosli berada tidak
jauh dari perkarangan pondok.
Fatini pula tersenyum kelat memandang ke arah
Adham yang sedang menuju ke pondok. Luka di sudut
hatinya masih lagi terasa pedih. Namun dia cuba
sembunyikan kekeruhan yang berkelodak dalam dirinya
daripada disedari oleh Mastura dan juga Mak Lijah. Cubaberlagak tenang merupakan satu lakonan yang teramat bodoh
dirasakan olehnya. Masih jelas di ingatannya pada peristiwa
Adham mahu menghancurkan maruahnya di kebun getah
beberapa hari yang lalu amat menganggu perasaannya. Rasa
marah dan serba salah terhadap Adham semakin bercampur
baur dalam hatinya. Marahnya kerana memikirkan Adham
sedikit pun tanpa rasa bersalah mahu menyentuhnya. Tetapitanpa sedar Fatini serba salah mahu membenci Adham
kerana di hatinya itu juga wujud sejalur rasa kasih kepada
Adham melebihi kasih kepada saudara kandung sendiri. Dia
juga hairan kenapakah perasaan cinta sedemikian itu harus
wujud dalam hatinya, meskipun itu bukanlah kemahuannya.
Adham melangkah malas menuju ke anak tangga
rumah. Dia memberi salam. Tubuh Adham yang tegap, tinggi
dan berkumis nipis itu mengingatkan Fatini kepada arwah
ayahnya. Tidak hairanlah kalau ada gadis-gadis di kampung
ini yang tergila-gilakannya. Tanpa disedarinya, dalam diam-
-
8/8/2019 GHL
47/116
hani sofea
47
diam, ketampanan Adham juga turut mendapat tempat di
hati Mastura.
Dia yang berseluar biru muda kusam dan berbaju T
putih lusuh itu perlahan-lahan menaiki anak tangga dengan
langkah kaki yang lemah. Adham dengan mata yang bulat
bersinar menoleh dan berdiri tegap menghadap ke arah
mereka. Raut wajahnya seolah-olah terkejut kerana ada
tetamu di dalam pondoknya.
Assalamualaikum! Adham memberi salam buat kalikedua apabila salamnya tadi tidak berbalas.
Waalaikumsalam! Serentak mereka membalasnya.
Mana Rosli? soal emak penuh hairan.
Dah balik. Pak Seman minta dia hantarkan buah
kelapa ke bandar Guchil petang ni, jawab Adham ringkas.
-
8/8/2019 GHL
48/116
gerhana hati lara
48
9b a b
SESEKALI anak mata
Adham menjeling ke arah
tetamu yang berada di sisi
adiknya. Tetamunya itu hanya tunduk dan diam membisu.
Mastura pula tidak tahu bicara apa yang harus dimulakannya
setelah Adham berada di hadapannya. Mastura tertundukmalu apabila menyedari dirinya telah mula menjadi santapan
mata Adham.
Siapa ni mak? bisik Adham kepada emaknya. Tetapi
jelas kedengaran.
Mastura, kawan adik kamu dari Kuala Lumpur, balas
Mak Lijah perlahan.
Errr, Mastura anak saudara Imam Suibkan?Mastura mengangguk tanpa kata.
Datang dengan apa tadi? soal Adham lagi, lantas
tersenyum nipis. Segunung keceriaan bergayutan di pelapis
-
8/8/2019 GHL
49/116
hani sofea
49
matanya. Fatini tertegun sedetik.
Datang dengan kereta. Tapi, macam mana awak tahu
saya anak saudara Imam Suib? Wajah Mastura berkerut.
Berita ibarat seperti sepohon kayu. Di mana ia ditiup
angin, di situlah ia condong, balas Adham.
Mak Lijah dan Mastura tergelak kecil. Sedangkan
Fatini terkedu menyaksikannya.
Kereta yang di depan rumah Abang Jamal tu, kereta
awak?Mastura hanya mengangguk tanpa suara.
Isyk, banyak tanya pula, tegur Mak Lijah.
Tak apalah, makcik. Mas tak kisah. Lagipun, lain kali
Mas datang, tak adalah terasa janggal sangat, jawab Mastura
dengan suara manjanya. Kemudian membalas senyuman
Adham yang sudah lama menguntum kepadanya.
Fatini sedar, saat ini Mastura agak tercanggung maluapabila ditegur sapa oleh Adham tadi. Di benaknya bertunas
perasaan cemburu.
Adham mula merasai hubungannya dengan Fatini
semakin ketara kerenggangannya lantaran peristiwa beberapa
hari yang lalu. Adham juga pasti dia bukanlah bertepuk
sebelah tangan. Daripada pemerhatiannya dan gerak mata
Fatini terhadapnya cukup jelas mengambarkan mereka sama-sama mempunyai perasaan cinta. Mungkin hal itu mendorong
Adham cuba bertindak di luar batasannya sebagai abang
kandung kepada Fatini. Sekarang dia pasti, Fatini
membencinya, kerana dia dapat menangkap riak di wajah
Fatini yang hambar dan sedikit pun tidak mahu menoleh ke
arah wajahnya. Masih marahkah Fatini terhadapku? Tak
apalah, itu hak dia. Bisik hati Adham sekadar memujuk diri
sendiri.
Selalunya apabila dia pulang dari bandar, Fatinilah
orang pertama yang datang berlari-lari menyambut dan
-
8/8/2019 GHL
50/116
gerhana hati lara
50
menyapanya sehingga ke muka pintu lori satu tan milik
sepupu mereka. Dia menghela naas yang panjang bersama
perasaan bersalah yang bertimpa-timpa. Hatinya
menggenggam keresahan.
Fatini cuba berlagak seolah-olah tiada sengketa
dengan Adham. Dia tidak mahu kerana sikap Adham yang
ingin merosakkan maruahnya itu akan memusnahkan
keluarga mereka. Mulut Fatini seolah-olah terkunci. Sampai
bila keadaan akan berterusan begini? Sampai bila? Jiwa Fatinimula memberontak.
Dah minum? soal Adham.
Mastura mengangguk sambil menahan getar di
dadanya. Adham bagaikan terpesona memandang diri
Mastura. Dia sudah kegelisahan.
Dengar kata awak jual pisang. Pisang apa? soal
Mastura.Pisang tembatu. Pemborong di Pasar Siti Aishah
yang selalu ambil pisang kami. Di sini tak ada orang yang nak
membelinya. Maklumlah, penduduk kampung ni rata-ratanya
berkebun. Tak ada harga kalau dijual di dalam kampung ni,
balas Adham.
Bebola mata Adham terlontar kepada adiknya. Serta-
merta wajah Fatini berubah. Ternyata Adham terlalu rinduuntuk mendengar suara lembut adiknya, gelak ketawa,
mengukirkan senyuman manja dan bergurau senda
dengannya seperti selalu.
Saya minta diri dulu. Hari dah petang.
Mastura sering datang ke kampung Fatini. Namun ia
hanya setakat di rumah Imam Suib sahaja. Apatah lagi,
rumah Iman Suib berdekatan dengan rumah Usu Fuad yang
juga merupakan bapa saudara di sebelah emaknya.
-
8/8/2019 GHL
51/116
hani sofea
51
DAUN kering yang berselerakan di halaman pondok
disapunya dan kemudian dikumpulkan di satu tempat untuk
dibakar. Kain batik lepas dan baju T biru muda yang dipakai
olehnya dipeluk erat oleh bayu senja tambah menyerlahkan
susuk tubuhnya. Adik kembarnya kelihatan sedang berjalan
menuju ke rumah.
Kak Tini, tadi Kak Mas datang, ya? tanya Faris
sambil meletakkan bukunya di penyangga. Fatini tersentak.
Hm. jawab Fatini sambil mengangguk. Penyapu lidiyang berada di dalam genggaman tangannya, terus diletakkan
di tepi pokok nangka.
Kami terserempak dengan dia di depan pintu pagar
sekolah tadi. Dia bagi duit tau! terang Faris.
Sekali lagi Fatini tersentak. Dia menggelabah. Duit?
Berapa dia bagi?
ErrrRM50, ujar Ali.Hish, mak datuk, banyaknya! Terbeliak matanya
mendengar kenyataan itu. Apa tidaknya? Dia sendiri pun
tidak pernah memegang duit sebanyak itu. Kalau ada pun
jumlahnya tidak lebih daripada sepuluh ringgit.
Habis kamu nak buat apa dengan duit tu? duga
Fatini mengetil perasaan adik kembarnya.
Kami nak bagi emak RM30. Selebihnya kami nakbeli kasut baru, ujar Faris berterus-terang dan bersungguh-
sungguh.
Pantas pandangan Fatini terus tumpah pada kasut
adiknya yang berada di kaki tangga. Hatinya yang ceria
bertukar menjadi sebak dan simpati.
Ah! Dah koyak rabak rupanya kasut mereka. Getus
hati kecil Fatini. Sememangnya mereka adik-beradik tidak
pernah mendapat kasut dan pakaian baru. Semuanya
merupakan sedekah dan ihsan daripada jiran tetangga dan
saudara mara mereka.
-
8/8/2019 GHL
52/116
gerhana hati lara
52
10b a b
BUNYI cengkerik malam
dan salakan anjing liar
dari perut hutan
menggamit suasana sepi pada malam itu. Fatini menghempas
kepalanya ke bantal. Angin malam menerpa dingin, menggigit
hingga terasa ke tulang. Badannya penat selepas seharisuntuk berada di kebun. Dia menumbuk pangkal lengannya
bertubi-tubi.
Pada ketika ini, dia sedang menanti Mak Lijah masuk
tidur ke dalam bilik. Fikirannya mulai hanyut. Tertumpu pada
suasana sewaktu tengah hari di kebun getah.
Abang Long, makan.
Fatini meletakkan mangkuk tingkat di atas pangkalbalak yang sudah tua tidak jauh dari tempat Adham berada.
Sambil memerhatikan tangan kasar Adham yang tangkas
menuang susu-susu getah yang masih segar ke dalam baldi
-
8/8/2019 GHL
53/116
hani sofea
53
besi.
Lauk apa?
Singgang ikan dan pucuk ubi rebus, balas Fatini
sambil membuka mangkuk tingkat. Abang Long! Tadi Imam
muda datang. Dia ajak kita semua ke surau malam ni.
Sembahyang sunat hajat.
Alhamdulillah. Rezeki kita Tini. Makan apa agaknya?
Hish! dengus Fatini. Tahu nak melahap saja. Dia
ajak kita sembahyang hajat, bukannya mengajak kita makan.Buangkan niat tu, keluh Fatini sambil menjeling ke sisi
Adham.
Adham merapatinya. Lalu menangkap tangan Fatini
yang sedang menyusun mangkuk tingkat. Dada Fatini mula
berombak kencang. Naasnya tidak sekata. Dia cuba menarik
naas sedalam yang mungkin. Badannya menggigil. Dia
cukup sedar insan yang berada di hadapannya itu ialah abangkandungnya sendiri.
Adham mula menyentuh rambut Fatini yang panjang
hingga ke paras bahu itu. Tidak pernah hayatnya Adham
berkelakuan pelik sedemikian. Apatah lagi menyentuh
rambutnya. Fatini panik dan di hatinya timbul keraguan.
Kenapa dengannya? Desis hati Fatini.
Kelakuan aneh Adham di kebun getah dua hari yanglalu bukanlah satu gurauan bagi dirinya. Malah mungkin
juga bukan ilusi bagi diri Adham sendiri. Fatini mula terasa
bagaikan ada sesuatu yang tidak kena dengan Adham. Secara
tiba-tiba Adham cuba menyentuh bahunya pula. Kali ini
Fatini kebingungan.
Aku sayang kau, Tini! Adham cuba mencium pipi
adiknya.
Pangggg!
Satu tamparan hinggap ke pipi Adham. Adham
-
8/8/2019 GHL
54/116
gerhana hati lara
54
memegang pipinya yang terasa perit itu.
Abang mengucap! Naasnya berombak kencang
sambil memandang Adham yang tiba-tiba bernasu buas itu.
Fikirannya buntu dan sudah suntuk. Dia cuba mengumpul
kata-kata seberapa banyak yang mungkin sedang matanya
mencari arah untuk lari.
Kenapa Tini? Kau malu? Aku sedar dari dulu lagi,
kau pun ada pendam kasih kepada aku, kan? bentak Adham
sambil mengheret naas panjang. Matanya bulat bersinarmemandang Fatini dari atas hingga ke hujung kaki.
Kelihatan raut wajahnya semakin redup. Ada air
jernih berjurai turun dari kelopak matanya.Sudah hilangkah
keimanan yang ditanam oleh arwah ayah ke dalam dirimu
itu? Gumam Fatini geram. Adham cuba menyentuh tangan
Fatini lagi, namun pantas disentap kuat olehnya.
Aku meluat! Benci! marah Fatini hilang sabar.Kalau dah gatal sangat nak berbini, kau kahwin sajalah. Tapi
bukan dengan buat tidak senonoh dengan adik sendiri! jerit
Fatini dengan perasaan marah.
Abang ingatlah Allah. Abang dah lupa? Arwah ayah
tentu marah kalau dia nampak tadi, suaranya tercungap-
cungap. Dirasakan hari yang bakal dilaluinya kini bagaikan
kelam dan perit.Arwah ayah dah tak ada, Tini. Orang lain boleh
sentuh tangan adiknya, kenapa pula abang tak boleh?
Suasana sepi seketika. Terpukul Fatini mendengarnya.
Adham menarik naas dalam. Huh! Kalau benci
kenapa baru sekarang, kenapa tak dari dulu lagi? Kenapa kau
menangis apabila emak dan arwah ayah memukul aku? Cakap
Tini? Kenapa? Bertalu-talu soalan diajukan. Seumpama
sebutir bom sudah meledak dan membakar hatinya.
Fatini terduga seketika. Dia keliru mengulas emosi
Adham.
-
8/8/2019 GHL
55/116
hani sofea
55
Kamu ni dah hilang waras agaknya! balas Fatini
menjebik bibirnya. Dia melontarkan pandangan matanya ke
arah lain. Jauh ke muka bukit. Tidak sanggup melihat wajah
Adham. Adham memandangnya dengan pandangan mata
yang tajam.
Berlambak lagi betina dalam kampung ni. Pilih
sajalah, janji bukan adik sendiri! Kolam matanya sarat
digenangi air dan ia terus mengalir tanpa henti membasahi
pipinya.Tuih! Ludah Adham ke muka tanah melepaskan rasa
geram. Badan Fatini tambah menggeletar.
Mak, tolong Tini mak!Rintih Fatini cemas sedang
matanya melengas ke sana dan ke mari mencari arah untuk
melarikan diri.
Huh! Bukannya baru kenal. Parut dan tahi lalat pada
badan kau semuanya aku simpan di sini, ujar Adhamperlahan sambil jarinya menuding ke kepalanya.
Fatini rasakan, harga dirinya sudah tergadai. Kaki
Fatini perlahan-lahan mengundur ke belakang. Manakala
Adham perlahan-lahan mara ke hadapan menghampirinya.
Dah, hentikan! Cukup. Aku tak mahu dengar.
Jauhkan diri kau daripada aku. Kalau tak, aku jerit kuat-
kuat, ugut Fatini ketakutan. Dia lantas menolak Adhamdengan kuat. Hingga Adham jatuh tersungkur ke tanah.
Fatini puas hati melihat Adham berkeadaan begitu.
Tini! Kau pasti menyesal! Ingat, menyesal kau Tini!
jerit Adham berulang kali.
Akhirnya, manik-manik jernih mengalir laju. Fatini
kemudian berlari menuju ke arah anak Sungai Som, meredah
pokok-pokok getah sambil membawa sejuta persoalan. Kata-
kata Adham itu mengheretnya jauh dari alam realiti pada
malam itu. Tanpa disedari, dia tertidur dalam esakan sendu.
Malam itu dan beberapa malam sebelumnya tidurnya
-
8/8/2019 GHL
56/116
gerhana hati lara
56
terganggu kerana jiwanya sudah dirobek. Fatini terkenang
waktu-waktu yang mereka tempuhi bersama.
-
8/8/2019 GHL
57/116
hani sofea
57
11b a b
SUNGGUH cepat masa
berlalu, kini Fatini sudah
pun berada di sebuah IPT
di Shah Alam,. Dia juga sedar hatinya sedang merindukan
emaknya. Rindunya juga sering bertandang di lubuk hati
untuk bergurau senda dengan kedua-dua adik kembarnya.Ingatannya terhadap Adham juga semakin kuat di jiwanya.
Tetapi, peristiwa di kebun getah duhulu telah meracuni jiwa
gadisnya. Namun pada masa yang sama, dia tidak mahu
merobek hancur hati emaknya.
Mak, maakan Tini. Getus hati kecilnya.
Tiba-tiba wajah Adham muncul dengan wajah yang
muram. Wajah itu seakan menggamit dia untuk pulang kekampung. Tetapi kehibaannya semacam menolak Adham
jauh-jauh daripadanya. Sejak kejadian itu entah kenapa tiba-
tiba dia pula yang mengharap. Dia juga menghitung persoalan
-
8/8/2019 GHL
58/116
gerhana hati lara
58
yang masih bermain di dalam dirinya kini. Tanpa memikirkan
natijah yang bakal mengundang.
Hai Tini, jauh mengelamun! Ingat pakwe di kampung
ke? Haida teman sebiliknya cuba menyakat.
Hish! Awakkalau tak menyakat saya dalam sehari
tak boleh ke?
Haida tergelak kecil melihat reaksi Fatini. Dia
menjebik bibir. Haida terkekeh-kekeh ketawa. Alangkah
riangnya Haida. Tetapi kenapa aku tak mampu secerianya?Awak menangis? Awak ada masalah? Boleh saya
bantu? tegur Haida.
Agak terkejut dia melihat mata Fatini sudah
kemerahan itu. Matanya tepat memandang Fatini. Pertanyaan
itu telah mematikan lamunan Fatini. Fatini bangun
membuang pandangannya keluar tingkap melihat
pemandangan indah yang cukup tenang. Tetapi kenapa jiwanya tidak setenang cuaca di luar sana? Haida cuba
merapati Fatini perlahan-lahan. Dia mengarah pandangan
keluar tingkap sambil mengomel.
Cuaca hari ni nampak elok saja. Ribut pun saya tak
nampak. Tiba-tiba hujan turun. Woi, berangan pula dah. Ini
apa kenanya dengan awak, Tini? Kalau ribut sekalipun,
biasanya pohon kayu bergoyang juga. Angin apa yang dahmelekat dalam diri awak ni, Tini? ujarnya berbaur
menyindir.
Fatini tersenyum halus mendengar usikan itu. Ah,
berjaya juga Haida menyakatnya pada saat itu. Pandai juga
dia meneka perasaannya yang sedang gundah. Namun adakah
Haida mengerti?
Erm! Sebetulnya banyak perkara yang saya kirkan,
Haida, keluhnya.
Walau bagaimanapun, terima kasih kerana prihatin
dengan keadaan saya. Tapi awak takkan mengerti, Haida. Dia
-
8/8/2019 GHL
59/116
hani sofea
59
merebahkan dirinya ke dada tilam dan menghempap
mukanya ke bantal.
Dia membiarkan saja jemari Haida yang runcing gebu
mengelus lembut belakangnya. Semakin lama sentuhan
daripada Haida, semakin membuak-buak rasa rindunya
terhadap emaknya di kampung. Haida menghela naas yang
panjang. Kemudian dia mengambil sebuah bantal di sisinya
dan menghempas-hempas ke badan Fatini dengan nakal.
Kemesraan itu membuatkan ingatan Fatini terhadap emaknyasemakin bertambah. Lupa Fatini akan Haida yang berada di
sisinya. Fatini kembali diam dan termenung lagi. Malah
wajah Haida di sebelahnya mula bertukar wajah emaknya.
Fatini hanyut lagi dalam lamunannya. Tetapi tidak lama,
kerana suara halus Haida menyedarkannya.
Dahlah tu. Macam mana saya nak aham kalau awak
tak cakap. Awak rindu keluarga di kampung?Fatini tidak menjawab sebaliknya dia hanya merenung
kipas meja yang berputar ke sana sini. Fikirannya ternyata
tidak berada di situ.
Alah, biasalah tu. Tengok tu, buat muka seposen saja.
Look at me, Tini! pujuk Haida manja. Lantas mengangkat
mukanya dan memandang tepat ke arah Haida. Dah makan?
Kalau belum, kita keluar makan! Saya belanja. Haida begitughairah mengajaknya.
Fatini sudah mula terasa bosan dengan suasana pada
hujung minggu begini, rasa kosong tanpa diisi oleh aktiviti-
aktiviti berguna. Jika dia berada di kampung lewat waktu
begitu sudah pasti masanya terisi di kebun pisang dan di
sungai menjoran ikan. Namun saat tersebut, Kampus Puteri
digamit kesunyian. Suasana sunyi hanya membuatkan dirinya
hanyut mengingati kampung dan juga keluarga. Lagipun
beberapa tugasan untuk minggu tersebut telah pun
-
8/8/2019 GHL
60/116
gerhana hati lara
60
disiapkan.
Sudah tentu! Lagipun perut saya dah lapar, jawab
Fatini riang.
Alah, tak seronok pula kalau kita berdua saja yang
keluar. Apa kata kalau kita ajak Mastura sekali. Tadi saya ada
nampak dia sedang lepak di lobi bawah. Kesian saya tengok
dia bersendirian di bawah tu, cadang Haida pula.
Okay, saya tak kisah. Selagi awak belanja, nak jemput
satu kampus pun saya ikut!Fatini memilih pakaian yang sesuai. Hanya beberapa
helai baju kurung yang tersangkut di dalam almari: Kain
pemberian Mak Ngahnya dan tiga pasang kain lagi Adham
beli di pasar malam. Semua kain-kain itu dia buat baju
kurung. Fikirannya masih melayan jauh ke kampung.
Kerunsingannya kepada keluarga di kampung
semakin mencengkam dan menyesakkan dada. Dia tertanya-tanya tentang kesihatan emaknya.
Kenapa Tini, muncung saja? Kau tak sihat? tegur
Mastura ketika berada di lobi. Mungkin dia menyedari
perubahan air muka Fatini ketika itu. Rasa rendah diri mula
membuatkan Fatini jadi serba salah.
Saya rasa berat hati pula nak keluar makan, luahnya
teragak-agak. Terjegil mata mereka apabila mendengarpenjelasan daripada Fatini yang agak spontan itu.
Hish! Come on Tini, jangan cakap macam tu. Saya
dah janji nak belanja awak dengan Mastura, ujar Haida
beria-ia sambil menarik tangan Fatini sehingga masuk ke
dalam perut keretanya.
Terima kasih, Haida. Saya terhutang budi kepada
awak, bisik Fatini ke telinga Haida.
Dia mengetap bibir dengan penuh rasa malu sambil
meraup wajah. Haida tersenyum manis apabila mendengar
kata-katanya. Manakala Mastura hanya melemparkan
-
8/8/2019 GHL
61/116
hani sofea
61
pandangan biasa kepada mereka.
DI DALAM kereta yang dipandu oleh Haida hanya Fatini yang
banyak berdiam diri. Kadang kala dia mengangguk
mengiakan sahaja perbualan yang berjalan secara tidak
langsung itu. Sedangkan dia merenung jauh mengenangkan
nasib keluarganya di kampung.Apakah yang sedang keluarga aku makan pada waktu ini? Desis hatinya berulang kali,
sekali gus rasa serba salah bertunas di sudut hatinya.
Do you know any good restaurant? Hari ni aku
belanja tau, jangan berlagak nak keluar duit pula nanti.
Cakap saja nak makan apa, tukas Haida berulang-ulang kali
dengan bangga.
Tidak dapat mereka nakan Haida sememangnya,anak ahli perniagaan. Baginya duit yang mengalir ke luar dari
poketnya itu hanyalah bagaikan mengepal pepasir halus yang
kering dan gugurnya dengan mudah dari celah jari. Katanya
berbelanja ialah salah satu kemestian dalam hidupnya.
Kemewahan hidup yang membaluti kehidupan Haida itu
berlawanan dengan kehidupan Fatini.
Are you sure? Mastura melonjak gembira. Baginya,itu peluang peluang dan hari yang terbaik dalam hidupnya
lebih-lebih lagi Fatini yang amat jarang keluar ke bandar.
Erm, apa kata kita makan saja di Seksyen 2? cadang
Mastura lagi.
Kita makan di Restoran Syed Seksyen 3, okay?
cantas Haida pula.
Fatini menjongket bahu. Kereta mewah Haida
membelah jalan raya menuju ke Restoran Syed di Seksyen 3
seperti yang di katakan olehnya tadi.
-
8/8/2019 GHL
62/116
gerhana hati lara
62
Okay, what shall we have? tanya Haida kepada
Fatini dan Mastura.
Beginilah, rasanya kita makan nasi campur sajalah,
jawab Mastura spontan.
Saya setuju. Mereka memandang serentak kepada
Fatini.
Layan diri. Special punya! ujar pelayan yang
menanti pesanan mereka dengan sopan.
Mereka lantas mengangkat punggung dan mengikutpelayan ke bahagian lauk-pauk.
Tini, Mas, awak berdua pilihlah sendiri lauk apa yang
awak nak makan. Saya nak makan nasi Bukhari. Dah lama
saya tak rasa nasi ni, ujar Haida dengan wajah yang ceria.
Terusik hati Fatini apabila mendengar pelawaan
ramah daripada Haida. Fatini menguntumkan sebuah
senyuman lebar kepada Haida. Alangkah gembira danbahagia jikalau keluargaku berada bersama-sama aku ketika
ini. Bisik hati Fatini.
-
8/8/2019 GHL
63/116
hani sofea
63
12b a b
AM nak menebas, mak!
M e n e b a s ?
Mak Lijah terperanjat. Serta-merta wajahnya keruh tatkala
mendengar kenyataan itu.
Kesedaran Ngah Daud terhadap hati kakaknya itumembuatkan dia pantas memujuk. Biarkanlah Am tu ambil
upah menebas, Kak Long. Lagipun upah menebas sekarang ni
mahal, tak macam zaman kita dulu-dulu, Kak Long, jelas
Ngah Daud dengan berani.
Usu Fuad yang baru lepas meneguk secawan air pula
menambah. Betul! Mana ada orang lain nak ambil upah
menebas sekarang ni? Tambah-tambah lagi anak muda zaman
sekarang semuanya memilih kerja.
Kalau setakat di kaki bukit ni aku tak bimbang. Tapi
aku takut dia pergi sampai masuk ke dalam perut hutan tebal
-
8/8/2019 GHL
64/116
gerhana hati lara
64
tu! Aku takut langkahnya makin panjang, potong Mak Lijah
tidak berpuas hati.
Sudah acap kali Mak Lijah menyatakan kerisauannya
tentang Adham. Tambahan pula Mak Lijah bimbang kalau-
kalau Adham pergi masuk ke dalam perut hutan tanpa
kebenarannya terlebih dahulu. Sesungguhnya mereka sedar
Mak Lijah bimbang sejarah pahit yang terpalit kepada
keluarganya duhulu berlaku ke atas Adham pula.
Aku ada. Ngah pun ada. Kami boleh tengokan dia,sampuk Usu Fuad pula sambil menambah air kopi ke dalam
cawannya yang sudah kering.
Ngah Daud menghulurkan sekeping roti bakar kepada
Mak Lijah. Mak Lijah diam. Untuk menghalang keinginan
anaknya itu, dia sudah tidak sanggup. Lagipun Mak Lijah
sedar akan sikap anak sulungnya itu yang susah makan
nasihat.Am kasihankan mak. Am dah tak sanggup lagi tengok
mak kerja teruk. Am dah tak tahan mak, suara Adham
menahan sebak.
Mak tahu. Mak Lijah cuba mengawal getaran
suaranya. Lama juga keadaan sepi menguasai hati.
Mak! Am buat salah ke? suara Adham mendatar.
Dia bimbang perasaan Mak Lijah terhiris lagi. Bahkandia juga bimbang jikalau Mak Lijah hanya menurut
kehendaknya semata-mata tidak mahu mengecilkan hatinya.
Jasa seorang emak kepada anaknya terlalu besar.
Tak, balas Mak Lijah sebak. Sayu sekali hati Mak
Lijah.
Am janji, mak. Am akan kumpulkan duit untuk Tini,
Ali dan Faris, ulas Adham bersungguh-sungguh.
Takkan Am tak nak beri yang terbaik untuk mereka,
mak! Lagipun Am dah serik dengar orang caci maki keluarga
-
8/8/2019 GHL
65/116
hani sofea
65
kita ni.
Adham cepat sebak jika Mak Lijah sudah sedih
perasaannya. Sebab itu juga membuatkan dirinya segera
mendadak marah jika melihat adik-adik mempersia-siakan
nasihat Mak Lijah. Mak Lijah membesarkan