folio teknologi masakan
TRANSCRIPT
-
8/11/2019 Folio Teknologi Masakan
1/24
PENGENALAN
Mata pelajaran Pengurusan Makanan dan Teknologi (RBT 3111) atau Teknologi
Pemakanan adalah satu mata pelajaran yang merangkumi aspek penghasilan
makanan yang menitikberatkan daripada aspek pengurusan sajian yangmerangkumi merancang, memasak dan menghidang. Ini bermaksud subjek ini
bukan memasak semata-mata malah perlu mereka bentuk sesuatu yang baru
atau penghasilan sesuatu yang lebih baik dari barang yang sedia ada yang
bermaksud inovasi.
Perancangan menu merangkumi faktor-faktor yang tersendiri supaya
dapat menghasilkan sesuatu hasil makanan yang dapat di makan. Antara faktor
tersebut ialah tujuan sajian, keperluan, kegemaran, keseimbangan sajian,sumber dan bilangan tetamu. Ini penting supaya masakan yang dimasak sesuai
dengan suasana yang dikehendaki dan mencukupi mengikut bilangan tetamu. Ini
bangi mengelakkan pembaziran jika berlaku lebihan makanan. Selain daripada
itu, perancangan ini dapat mengawal kos bahan selain dapat menarik minat
supaya produk masakan dapat dikembangkan pada pasaran luar.
Saya melihat teknologi pemakanan ini menarik kerana dapat mempelajari
cara masakan bukan sahaja daripada masakan timur dan barat, malah makanan
yang sedia ada dapat diinovasi supaya nampak lebih menarik. Saya juga melihat
bahawa mata pelajaran masakan ini dapat melahirkan individu yang peka
terhadap pemakanan, menarik minat dalam bidang keusahawanan yang kian
mencabar, dan dapat menerapkan sifat-sifat positif seperti sabar, tekun, berani,
tabah, cekal, berdaya saing, berjimat cermat, dan menyedari keagungan Tuhan.
Pendokumentasian ini merupakan rujukan kepada produk masakan yang
saya inovasikan. Pendokumentasian ini menghuraikan perancangan menu,
pelaksanaan masakan, dan penyediaan makanan yang telah siap. Semoga
penghasilan dokumentasi ini menambahkan ilmu saya dalam dunia pemakanan
selain daripada asas menjadi seorang guru.
-
8/11/2019 Folio Teknologi Masakan
2/24
MATLAMAT PENYEDIAAN
Antara matlamat penyediaan makanan adalah untuk :
Penghasilan menu mengikut kesesuaian majlis.
Menambahkan lagi ciri-ciri inovasi kepada makanan.
Merancang pembelanjaan dalam masakan.
Dapat menghasilkan makanan yang bermutu.
Menghasilkan menu yang dapat dipasarkan pada pasaran.
OBJEKTIF PENYEDIAAN
Dalam projek ini, saya mempunyai objektif projek untuk mencapai matlamat yang
telah dirancang. Antara objektif saya dalam merealisasikan matlamat saya ialah:
Dapat memperkenalkan menu masakan yang baru.
Dapat menyiapkan masakan mengikut perancangan menu.
Menyelesai dan mengkaji kebaikan dan kelemahan masakan yang sedia ada.
Merancang sajian mengkut faktor-faktor penyediaan makanan.
Supaya masakan yang dihasilkan menarik minat dan dapat diterima.
-
8/11/2019 Folio Teknologi Masakan
3/24
Pada pembelajaran teknologi makanan ini saya telah ditugaskan untuk
menginovasi makanan berasaskan minum petang atau Hi-Tea. Antara menu
untuk minum petang ialah dessert, bater, pastri, biskut, kuih tradisional dan kek.
Manakala air yang sesuai bagi minum petang ialah air yang menyegarkan atau
merangsangkan. Tugasan yang saya terima ialah untuk menginovasikan menu
sajian daripada desert, bater, pastri, biskut, kuih tradisional dan kek serta
minuman.
DESSERT
Dessert ialah merupakan hidangan penutup ( dessert) dan hidangan yang
disajikan selepas hidangan utama ( main course ) sebagai hidangan penutup
atau biasa disebut dengan istilah pencuci mulut. Dessert biasanya mempunyai
rasa manis dan menyegarkan, terkadang ada yang berasa masin atau
kombinasinya. Ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis panas dan jenis
sejuk. Bater sadur merupakan makanan yang bercelup tepung seperti sukun
goreng tepung dan goreng pisang. Manakala kek coklat ialah kek yang
berasaskan coklat. Menu minuman yang diberi adalah bebas dan bersesuaian
dengan menu makanan yang telah ditugaskan.
Untuk itu saya hendaklah membuat tinjauan untuk memilih menu sajian yang
bersesuaian untuk diinovasikan ke atas tugasan yang diberikan. Ini supaya hasil
daripada tinjaun saya dapat menghasilkan menu masakan yang dapat diterima.
-
8/11/2019 Folio Teknologi Masakan
4/24
Daripada penyataan masalah tersebut, saya telah membuat sedikit tinjauan dan
mencari maklumat di laman sesawang untuk menghasilkan menu masakan bagi
tugasan yang diberikan. Selain daripada itu, saya bertanya kepada tukang
masak bagi mendapat idea yang menarik bagi menu masakan saya terutama
bater sadur.
Hasil daripada tinjaun, pencarian maklumat dan temuramah saya telah
memilih kurma goreng sebagai menu bater sadur. Ini merupakan satu menu
yang diinovasikan daripada buah kurma. Selain daripada bulan ramadhan yang
membuatkan saya merasakan menu ini dapat menarik minat.
Bagi kek coklat saya telah mencari asas untuk mebuat kek coklatmenggunakan kaedah yang mudah. Hiasan kek coklat tersebut saya
menggunkan kacang, bunga dan cip coklat bagi menambah tarikan terhadap kek
coklat tersebut.
Bagi minuman saya telah memilih barli kasturi dimana air buah barli saya
telah inovasikan bersama buah limau kasturi. Air ini dapat dihidangkan dalam
bentuk panas atau sejuk. Saya telah memilih dihidangkan secara panas kerana
ia lebih sesuai dihidangkan bersama kek coklat dan kurma goreng.
Diharapkan pencetusan idea daripada hasil tinjauan, laman sesawang
dan temuramah ini dapat menarik minat untuk menjamu menu sajian yang
disajikan.
-
8/11/2019 Folio Teknologi Masakan
5/24
PROSES REK CIPT D N INOV SI
REKA CIPTA INOVASI
Mengenalpasti masalah yang hendak
diselesaikan.
Idea permulaan.
Apa yang hendak dicipta untuk
Mendapatkan maklumat untuk
Objek yang sedia ada.
Mengenalpasti kelemahan,
kekurangan, peluang dan menambah
nilai.
Tujuan sajian.
Bilangan hidangan.
Bahan.
Kos anggaran.
Tekstur.Rasa.
Ciri-ciri istimewa.
Memilih menu masakan yang
dirasakan terbaik / sesuai
Beberapa bentuk menu makanan yang
hendak dihasilkan.
Membuat tinjauan
Temuramah.
Laman Sesawang
PengujianNO OK
Jadual kerjaAlatanBahanLangkah proses kerja
Perancangan menu untuk masakan
Hasil masakan
NO
Tidak dapat menyelesaikan
masalah
Membuat perancanganmenu masakan
-
8/11/2019 Folio Teknologi Masakan
6/24
PERANCANGAN KERJA
MENGIRA KOS
Kos sajian melibatkan pengiraan jumlah kos bahan mentah, kos upah dan
kos sampingan.
MENYEDIAKAN SUSUNAN KERJA
Susunan kerja perlu dirancang dengan teliti supaya kerja dapat dijalankan
dengan sistematik.
Susun kerja mengikut keutamaan :
- Masakan yang mengambil masa yang lama untuk disediakan dimasak
dahulu.
- Masakan yang perlu dibekukan atau disejukkan seperti agar-agar perlu
dimasak dahulu.
- Masakan yang perlu disajikan dalam keadaan yang panas disediakan
pada akhir sekali.
- Ambil kira masa untuk mengemas, membasuh alatan dan menghidang
masakan.
PERANCANGANKERJA
MEMILIH MENU
MENYENARAIKANBAHAN DAN
PERALATAN YANGDIGUNAKAN
MENGIRA KOSMENYEDIAKAN
SUSUNAN KERJA
-
8/11/2019 Folio Teknologi Masakan
7/24
PENYEDIAAN MAKANAN
Melibatkan aktiviti menyedia, memasak, menyaji, mengemas dan
mencuci.Penyediaan makanan hendaklah mengikut perancangan kerja yang dibuat
dan dijalankan dengan sistematik dan teliti. Semasa menyaji makanan
pastikan :
- Alatan sesuai dengan menu.
- Alatan bersih dan kering.
- Peranggu meja mengikut jenis sajian.
- Kain alas meja dan napkin bersih dan diseterika.
- Gubahan bunga sesuai dan menarik.
- Kad menu sesuai.
-
8/11/2019 Folio Teknologi Masakan
8/24
PENILAIAN HASIL MAKANAN
ALATAN
PERANGGUMEJA
KUANTITI
HIASAN
PERSEMBAHAN
RUPA
WARNA
TEKSTUR
RASA
NUTRIEN
NOTA:
Masakan yang dihasikanhendaklah dinilai. Dinilai denganmenggunakan aspekpersembahan dan masakan.
MASAKAN
-
8/11/2019 Folio Teknologi Masakan
9/24
1. REKACIPTA MASAKAN JENIS BATER (pekat)
resipi asal
Pisang goreng
Bahan bahan:
2 sikat pisang
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
Secubit garam
Sedikit serbuk kunyit
Air secukupnya
Cara cara:
1. Satukan kesemua bahan dan dituangkan air sedikit demi sedikit sehingga
mencapai kepekatan yang bersesuaian. Jangan terlalu pekat, nanti ianya
menjadi kurang rangup.
2. Panaskan minyak dan celup pisang yang telah dibelah dua ke dalam
adunan tepung dan gorenglah sehingga masak dan keperangan.
3. Tos dan bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas.
-
8/11/2019 Folio Teknologi Masakan
10/24
(inovasi)
Roti karipap sosej goreng
Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
cawan tepung gandum
5 sudu besar santan pekat (santan kotak)
sudu besar baking powder
sudu pewarna kuning
1 biji telur dan air secukupnya
1 sudu besar marjerin (dicairkan)
Garam secukup rasa
8 keping roti sandwich
4 batang sosej (dipotong 4 bahagian)
Cara-cara
1. Cairkan marjerin dalam periuk dengan api yang kecil dan disejukkan.
Pastikan tidak disejukkan terlalu lama kerana ia cair sekejap sahaja.
-
8/11/2019 Folio Teknologi Masakan
11/24
2. Masukkan kesemua bahan tersebut ke dalam bekas adunan kecuali
marjerin cair dan air
3. Gaul dengan menggunakan tangan kemudian masukkan air sedikit demi
sedikit. Gaul sehingga sebati dan kepekatannya sama seperti santan
kotak.
4. Masukkan marjerin cair dan kacau hingga sebati. Pastikan marjerin tidak
terlalu panas.
5. Letakkan 1 bahagian sosej yang dipotong tadi ke atas sekeping roti dan
tekan dengan menggunakan pencetak karipap. (ulang sehingga habis roti
dan sosej)
6. Panaskan minyak untuk menggoreng. Celupkan roti satu persatu ke
dalam adunan bater dan goreng sehingga garing dan kekuningan.
7. Angkat dan toskan.
-
8/11/2019 Folio Teknologi Masakan
12/24
2. REKACIPTA MASAKAN JENIS KUIH TRADISIONAL
Resipi asal
Kuih lapis
Bahan-Bahannya :
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi kayu
1 cawan gula pasir
600ml santan pekat
800ml air
sedikit garam
1 sudu teh esen ros
sedikit pewarna merah
Cara-caranya :
1. Masukkan tepung beras,tepung gandum,gula,,garam,santan dan air dalam
sebuah mangkuk. Gaul hingga adunan sebati. Tapiskan supaya adunan tidak
bergentel.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian..warnakan merah dan hijau.
-
8/11/2019 Folio Teknologi Masakan
13/24
1. 3.Panaskan loyang dalam pengukus..tuangkan 2 senduk adunan hijau ke dlm
loyang..kukus dlm 10minit.
3. Tuangkan adunan merah - kukus 10 minit..buat berselang seli hingga adunan
habis..lapkan penutup kukus setiap kali hendak menutupnya semula.
4. Apabila kuih telah masak,angkat dan sejukkan.
-
8/11/2019 Folio Teknologi Masakan
14/24
Resipi inovasi
Kuih Lapis Jagung
Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat
dengan 1 cawan air)
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
cawan gula pasir- boleh kurangkan jika ingin kurang manis
sudu teh garam
2 cawan jagung manis
Cara-cara
1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan
santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku.
Tutup api.
2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam
ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih
kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Campurkan
satu bahagian dengan jagung manis.
4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna
ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan
-
8/11/2019 Folio Teknologi Masakan
15/24
pertama masak, tuang 100ml adunan jagung. Kukus lagi. Ulang proses
sehingga adunan habis
5. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong.
-
8/11/2019 Folio Teknologi Masakan
16/24
3. REKACIPTA MASAKAN JENIS PASTRI (Manis)
Resipi asal
Tart Telur
Bahan-bahan
250gm tepung gandum
120gm buttercup
40gm gula aising
1 biji kuning telur
Inti tart
250ml susu cair
2 biji telur - dipukul sedikit
60gm gula kastor
sudu teh garam
1 sudu makan tepung kastard
Cara-cara:
1. Pukul sebentar buttercup dan gula aising, masukkan kuning telur. Pukul sekadar
meratakan adunan saja.
-
8/11/2019 Folio Teknologi Masakan
17/24
2. Masukkan tepung gandum, uli guna tangan hingga menjadi doh yang tidak lekat di
tangan atau mangkuk adunan.
3. Ambil sekepal, tekan ke dalam acuan tart (jangan terlalu tebal). Potong lebihan
supaya kemas. Cucuk sedikit menggunakan garpu pada permukaan crust tadi.
4. Bakar shell/crust pada suhu 110C selama 20-25 minit.
5. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk, guna api kecil dan kacau selalu hingga
ianya berbuih di tepi periuk.
6. Angkat dan masukkan ke dalam jug (supaya senang nak tuang), sejukkan sebentar
dan boleh lah di tuang ke dalam crust tadi.
7. Bakar lagi tart selama 10 minit.
-
8/11/2019 Folio Teknologi Masakan
18/24
Resipi inovasi
Tart Beri berlaici
Bahan-bahan:
125 gm tepung gandum
60 gm marjerin
1/8 tsp garam
1 biji telur
1 tsp gula
1-2 tbs air sejuk
Inti
tin buah laici
3 tbs jem strawberi
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan, kecuali telur, gula dan air.
2. Gaul ramas tepung dan lemak sehingga menjadi serbuk roti.
3. Masukkan gula. Kemudian campurkan telur yang telah dibancuh dengan 1 tbs air
sejuk, gaul hingga menjadi doh. Jika doh kering, tambahkan sedikit air sejuk.
Rehatkan doh 30 minit dalam peti sejuk sebelum digunakan.4. Canai doh 1/2 cm dan terap menggunakan penerap bulat.
5. Letakkan dalam acuan pembakar yang telah digriskan dan dialas dengan acuan
kertas.
6. Cucukkan dengan garfu.
7. Bakar separa masak 10 minit pada suhu 180C
-
8/11/2019 Folio Teknologi Masakan
19/24
8. Sediakan adunan inti tart.
9. Toskan buah laici. Caritkan buah laici kepada cebisan kecil.
10. Gaul buah laici dengan jem strawberi.
11. Keluarkan tart dan tuang adunan inti kedalam tart.
12. Bakar semula 5 minit.
13. Sejukkan sebelum dihidangkan.
-
8/11/2019 Folio Teknologi Masakan
20/24
3.1. REKACIPTA MASAKAN JENIS PASTRI (Pedas)
Resipi asal
Sardin gulung bakar
Bahan-bahan:
150 gm tepung gandum
75 gm butter
secubit garam
4-5 sb air ais
Inti sardin
1 tin sardin sederhana
biji cili merah di cincang
biji bawang besar di cincang
1 sudu kecil jus limau nipis
sudu teh garam / secukup rasa
Sedikit lada sulah
Cara-cara:
1. Adunkan dahulu tepung,garam dan butter hingga mcm serbuk roti kemudian
lembutkan dengan air ais dan diuli hingga sebati dan lembut.
-
8/11/2019 Folio Teknologi Masakan
21/24
2. Canai pastri. potong dgn pisau cutter kepada segi empat bujur 2in x 2.5 inci.
3. Isikan inti kemudian basahkan tepinya dengan air lalu digulung kemas.
4. Susun di atas dulang pembakar bergris,sapukan egg wash ( telur yg dicampur
dgn susu ) dan bakar hingga kekuningan.
-
8/11/2019 Folio Teknologi Masakan
22/24
Resipi inovasi
Roll daging burger
Bahan-bahan:
300 gm tepung gandum
120gm marjerin
sudu teh garam
3 sudu besar air ais (air dari peti sejuk)
Inti
5 keping daging burger (digoreng dan dicincang)
1 biji cili merah didadu
1biji bawang besar didadu
sedikit serbuk lada hitam
50gm mayonis
1 biji telur
Cara-cara:
1. Gaul ramas marjerin ke dalam tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan sedikit garam dan air sejuk dan uli hingga menjadi doh.
2. Canai pastry hingga 3mm tebal dan potong persegi 4 x 4in. isikan setiap
potongan pastri dengan inti sardin.
-
8/11/2019 Folio Teknologi Masakan
23/24
3. Sapu tepi pastri dengan putih telur dan gulung kemas. Letakkan ke atas dulang
pembakar dan gris atasnya dengan dengan kuning telur. Buat 2 atau 3
cucukan di atas permukaan pastri dengan garpu.
4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180c
selama 10 minit. Kemudian keluarkan dari oven dan sapu lagi dengan kuning
telur (supaya warna lebih terang) kurangkan suhu kepada 130c dan bakar lagi
selama 15 minit atau hingga masak.
-
8/11/2019 Folio Teknologi Masakan
24/24
4. DESSERT SEJUK
Resipi asal
Jel i Kelapa
fght
5.