fatwa dalam perundangan islam dan fungsinya menangani

24
Jurnal Undang-undang dan Masyarakat 7 (2003) 89-111 Fatwa dalam Perundangan Islam dan Fungsinya Menangani Keperluan Hukum Semasa Menurut Siasah al-Syar'iyah HASNAN KASSAN JASRI JAMAL ABSTRACT Islamic laws is practicable since the period of Muhammad (s.a.w) until the Day of Here After Thegist of its teachings covers whole aspects of human life, fits all humanactivities at any time and places. As a result to the expansion and changes in human life, however , Muslims face unsolved problems due to vagueness of Hukum Syarak. This situation generates the needfor fatwa Muftito come out with concessus of hukum. With respect to the subject, this working paper will discuss on the concept offatwa in Islamic laws and its significance according to siasah syar'iyyah. ABSTRAK Syariat Islam merupakan satu syariat yang sesuai dipraktikkan semenjak ia diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w hinggalah hari kiamat. Ajarannya merangkumi seluruh aktiviti dan kegiatan manusia dalam sebarang situasi dan zaman. Oleh kerana tabiat duniayang sentiasa berubah dan berkembang dari semasa ke semasa, makasudahpasti ada kalanya seorang Islam berdepan dengan masalah barnyang masih belum mempunyai hukum syarak yang jelas. Kebiasannya situasi seperti ini perlu kepadafatwa mufti bagi inendapatkan kepastian hukum. Oleh itukertasini akanniembincangkan tentangkonsep fatwa dalam perundangan Islam danfungsinya menurutsiasah syar'iyyah. PENDAHULUAN Fatwa berasal dari perkataan Arab him fatwa atari disebut juga dalam bahasa Arab sebagai futya. Dalam memberikan pengertian dari segi penggunaannya menurut istilah para ulama telah memberikan pengertiannya berbagai bentuk. Setelah meneliti pengertian-pengertian tersebut penulis dapat menyimpulkannya kepada dua kategori utamaiaitu: Pertama,merekayang memberikan pengertian fatwa sebagai perbuatan mufti mengeluarkan hukum. Kedua, mereka yang memberikan pengertian sebagai nama bagi hukum yang dikeluarkan. Antara ulama yang menggunakan perkataanfatwasebagaiperbuatanmufti mengeluarkan hukum syariah ialah Jamaluddin al-Qasimi yang mana dalam membuat kesimpulan tentang pengertian fatwa melalui penelitian terhadap perbincangan para ulamabeliaumenyatakan bahawafatwaitu bererti menjawab masalah yang menjadi kemusykilan di dalam hukum. Mengikut al-Misbah,

Upload: others

Post on 20-Nov-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fatwa dalam Perundangan Islam dan Fungsinya Menangani

Jurnal Undang-undang dan Masyarakat 7 (2003) 89-111

Fatwa dalam Perundangan Islam dan FungsinyaMenangani Keperluan Hukum Semasa

Menurut Siasah al-Syar'iyah

HASNAN KASSAN

JASRI JAMAL

ABSTRACT

Islamic laws is practicable since theperiod of Muhammad (s.a.w) until the Day of HereAfter Thegist ofits teachings covers whole aspects of human life, fits all humanactivitiesat any time andplaces. As a resultto the expansion and changes in human life, however, Muslims face unsolved problems due to vagueness of Hukum Syarak. This situationgenerates the needfor fatwa Muftito come out withconcessus ofhukum. With respect tothe subject, this working paper will discuss on the concept offatwa in Islamic laws andits significance according to siasah syar'iyyah.

ABSTRAK

Syariat Islam merupakan satu syariat yang sesuai dipraktikkan semenjakia diturunkankepadaNabi Muhammad s.a.w hinggalah hari kiamat. Ajarannya merangkumi seluruhaktiviti dan kegiatan manusia dalam sebarang situasi dan zaman. Oleh kerana tabiatduniayang sentiasa berubah dan berkembang darisemasa kesemasa, makasudahpastiada kalanya seorang Islam berdepandengan masalah barnyang masih belummempunyaihukum syarak yang jelas. Kebiasannya situasi seperti ini perlu kepadafatwa muftibagiinendapatkan kepastianhukum. Oleh itukertasini akanniembincangkan tentangkonsepfatwa dalam perundangan Islam danfungsinya menurutsiasah syar'iyyah.

PENDAHULUAN

Fatwa berasal dari perkataan Arab him fatwa atari disebut juga dalam bahasaArab sebagai futya. Dalam memberikan pengertian dari segi penggunaannyamenurut istilah para ulama telah memberikan pengertiannya berbagai bentuk.Setelah meneliti pengertian-pengertian tersebut penulis dapat menyimpulkannyakepadadua kategori utamaiaitu: Pertama,merekayang memberikan pengertianfatwa sebagai perbuatan mufti mengeluarkan hukum. Kedua, mereka yangmemberikan pengertian sebagai nama bagi hukum yang dikeluarkan.

Antaraulamayang menggunakan perkataanfatwasebagaiperbuatanmuftimengeluarkan hukum syariah ialah Jamaluddin al-Qasimi yang mana dalammembuat kesimpulan tentang pengertian fatwa melalui penelitian terhadapperbincangan paraulamabeliaumenyatakan bahawafatwaitu bererti menjawabmasalah yang menjadi kemusykilan di dalam hukum. Mengikut al-Misbah,

Page 2: Fatwa dalam Perundangan Islam dan Fungsinya Menangani

90 Jurnal Undang-undang dan Masyarakat 7

fatwa itu bererti seorang alim mengeluarkan satu fatwa apabila ternyata baginyahukum.1

Manakala penulis kamus al-Munjid menyatakan bahawa fatwa ataufutyaitu bermaksud perbuatan yang dikeluarkan oleh seorang alim mengenai hukum-hukum yang bersangkutan dengan syariah.2 Menurut kamus Mu'jam al-Wasitfatwa bermaksud keputusan sesuatu yang dikeluarkan oleh mufti mengenaisesuatu hukum.3

Taha Abdullah al-Dasuki menjelaskan fatwa bererti menerangkan sesuatuhukum yang dikeluarkan oleh mujtahid mutlak atau mujtahidfi al-mazhab.4Manakala ulama yang memberikan pengertian fatwa sebagai nama kepadahukum yang dikeluarkan oleh mufti ialah al-Badakhshi. Beliau menjelaskanbahawa adalah harus bagi seorang mujtahid mengeluarkan fatwa sekiranya iamemenuhi syarat-syarat tertentu mengikut kaedah usul al-fiqh.5 Melaluipenjelasan ini menunjukkan bahawa fatwa itu bermaksud hukum syariah yangdiputuskan oleh mujtahid (mufti) dan bukannya perbuatan mujtahidmengeluarkan hukum.

Dalam Encyclopedia Islam D.G Macdonald menerangkan bahawa fatwaialah satu pendapat hukum yang diberikan oleh mufti bagi menjawab soalanyang ditujukan kepadanya sama ada oleh hakim atau individu persendirian.6

Idris al-Marbawi menyatakan bahawa perkataan fatwa yang berasal dariperkataan Arab itu diistilahkan dalam bahasa Melayu sebagai fatwa yangmembawa maksud hukum syarak yang dikeluarkan oleh mufti.7 Dalam KamusDewan pula, fatwa diertikan sebagai keputusan sesuatu hukum agama (yangbelum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadith dan sumber-sumber hukum syarak yang lain termasuk ijtihadoleh mufti (atau mereka yangberwenang tentang keputusan hukum syarak).8

KEDUDUKAN FATWA DALAM PERUNDANGAN ISLAM

Fatwa merupakan salah satu unsur penting dalam perundangan Islam danperkembangan hukum-hukumnya. Ini kerana banyak persoalan yang berlaku

al-Qasimi, Jamaluddin Al-fatwa fi al-hlam, Dar al-kitab al-'ilmiah. Beirut, 1986, him. 52.Luis Ma'luf, Al-Munjid, Dar al-Mashriq, Beirut. 1986, him 569.Ibrahim Mustafa, Al-Mucjam al-Wasit, Dar al-Dakwah, Istanbul, (Juzuk Pertama), 1986, him.673.

al-Dasuki, Taha Abdullah, Usui al-fiqh, Kaherah, 1966, him. 366.al-Badakhshi, Sharkal-Badakhshimanahijal- 'uqul, Maktabah Muhammad 'Ali Sabih, Kaherah,1953, Jilid 3, him. 191-192.

D.G Macdonald, Encyklopedia Islam, Leidin, 1927, Jilid 2, him. 92.al-Marbawi, Idris, Kamus al-Marbawi, Pustaka Nasional, Singapura, t.t, Jilid 2, Cetakan Ke 4,him. 77.

Hajah Noresah bt. Baharum, Kamus Dewan,), Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1994, Edisi Ke 3,him. 350.

Page 3: Fatwa dalam Perundangan Islam dan Fungsinya Menangani

Fatwa Dalam Perundangan Islam 91

di tengah-tengah aktiviti umat Islam masih belum ada hukum yang jelas samaada di dalam al-Quran, al-Sunnah atau ijtihad para imam mujtahid yangterdahulu. Namun begitu, persoalan tersebut yang sentiasa berubah mengikutkeadaan dan suasana setempat serta keperluan masyarakat terkini perlu ditanganidemi untuk memastikan umat Islam dapat melakukan aktivitinya berlandaskanhukum syarak yang menepati kaedah hukum yang sebenar serta sesuai dengankeperluan semasa. Memandangkan penghuraian al-Quran dan al-Sunnah adalahterhad maka adalah perlu terdapat sumber lain dalam syariat Islam yang bolehmemenuhi keperluan tersebut. Keperluan semasa ini dapat ditangani oleh fatwayang sentiasa dikeluarkan dari semasa ke semasa terhasil daripada penelitianyang dilakukan oleh mufti dan pembantu-pembantunya.9

Dalam Islam, pentadbiran undang-undang dijalankan oleh seorang yangbergelar kadhi. Kadhi yang pertama dalam Islam dilantik oleh Umar bin al-Khattab. Peranan kadhi adalah untuk menjatuhkan hukuman ke atas orang yangmelakukan kesalahan serta mengembalikan hak kepada empunya. Tidak semuamasalah dapat diselesaikan hukumnya oleh kadhi. Pada ketika ini kadhi perlukepada fatwa mufti dalam membuat keputusan hukum. Oleh itu, koleksi fatwasentiasa menjadi rujukan kepada kadhi-kadhi dalam membuat satu-satukeputusan mahkamah kehakiman.10 Perkembangan perundangan Islamsepanjang zaman adalah bergantung kepada fatwa yang dikeluarkan oleh muftiberdasarkan keperluan umat Islam yang sentiasa berubah dan keilmuan merekatentang kaedah-kaedah syariat Islam.11

Para ulama usul al-fiqh bersepakat mengatakan bahawa fatwa yangdikeluarkan oleh sahabat merupakan salah satu sumber perundangan Islam.Namun demikian, mereka tidak sependapat dalam memberikan autoriti kepadafatwa sahabat tersebut dalam perundangan Islam.12 Sungguhpun Imam AbuHanifah (60-150 H bersamaan 632-722 M), Imam Malik (93-179 H bersamaan665-751 M), Imam Syafi'i (150-204 H bersamaan 722-776 M) dan Imam Ahmadbin Hanbal (164-241 H bersamaan 736-813 M) sepakat menerima fatwa sahabatsebagai salah satu sumber perundangan Islam tetapi mereka meletakkan autoritifatwa sahabat itu di peringkat atau tingkat yang berlainan.13

Imam al Syafi'i meletakkan fatwa sahabat di tempat ketiga selepas netsdan ijma'dalam perundangan Islam. Beliau membahagikansumber perundanganIslam kepada beberapa peringkat mengikut keutamaan autoriti. Peringkat

9 Ahmad bin Ibrahim, Sourcesanddevelopment ofmuslim law, Malayan Law Journal Ltd, 1965,him. 37.

m Ahmad bin Ibrahim, Islamic Law In Malaya, Malaysian Sociological Researh Institute Ltd,1965, him. 43.

11 N.J Coulson, A History of Islamic Law, Edinburgh University Press, Edinburg, 1971, him142.

12 Othman Ishak, Fatwadalamperundangan Islam, Penerbit Fajar Bakti, Kuala Lumpur, him. 6" Ibid.

Page 4: Fatwa dalam Perundangan Islam dan Fungsinya Menangani

92 Jurnal Undang-undang dan Masyarakat 7

pertama al- Quran dan al-Hadith, kedua al-ijma ', ketiga fatwa sahabat yangtidak ada percanggahan dengan fatwa sahabat yang lain, keempat fatwa sahabatyang ada percanggahan dengan fatwa sahabat yang lain, dan kelima al- qiyas.14

Dalam kitab-kitab ahli usul al-fiqh ada yang menyatakan bahawa al-Syaficidalam mazhab barunya tidak menerima fatwa sahabat. Kitab al-Um dan al-Risalah pula melalui riwayat Rabi' bin Sulaiman menyatakan bahawa Imamal-Syafi'i menerima pakai fatwa sahabat apabila mereka sepakat dalam satu-satu masalah. Manakala apabila mereka berselisih pendapat, maka beliau akanmemilih fatwa mereka yang paling hampir dengan al-Kitab dan al-Sunnah.15

Imam Abu Hanifah pula meletakkan fatwa sahabat di tempat ketiga selepasal-Quran dan al-Hadith. Akan tetapi fatwa sahabat yang dimaksudkan olehbeliau ialah fatwa yang menjadi pilihannya berdasarkan pendapatnya sendiri.Beliau telah mengkelaskan sumber perundangan Islam menurut keutamaanautoriti kepada: Pertama al-Quran, kedua al-Hadith, ketiga fatwa sahabat yangdipilihnya sendiri, keempat al-ijtihad yang dilakukan melalui al-qiyas.16

Imam Ahmad bin Hanbal pula meletakkan fatwa sahabat di tempat keduaselepas nas al-Quran dan al-Hadith. Beliau telah membahagikan sumberperundangan Islam mengikut keutamaan autoriti kepada: Pertama al-nusus iaitual- Quran dan al- Hadith, kedua fatwa sahabat yang tidak ada percanggahandengan fatwa sahabat yang lain, ketiga fatwa sahabat yang ada percanggahandengan fatwa sahabat yang lain, keempat hadis mursal dan hadis dhaif dankelima al- qiyas yang digunakan ketika darurat sahaja.17

Manakala Imam Malik meletakkan fatwa sahabat di tempat ketiga selepasal-Quran dan al-Hadith. Beliau mengklasifikasikan sumber perundangan Islammengikut autoriti kepada: Pertama al Quran, kedua al-Hadith, ketiga fatwasahabat dan keempat al Ijtihad yang dilakukan melalui al-qiyas, al-istihsan danmasalih al mursalah.ls

Imam al-Ghazali (450-505 H) mensyaratkan fatwa sahabat yang dijadikanhujah hendaklah mempunyai sandaran yang kuat seperti fatwa yang disandarkankepada Rasulullah s.a.w. Ini adalah kerana fatwa yang demikian pada hakikatnyadirujuk kepada Rasulullah s.a.w bukannya kepada sahabat yang mengeluarkanfatwa tersebut. Manakala fatwa sahabat yang dikeluarkan secara umum tanpasandaran kepada nusus iaitu al-Quran dan al-Sunnah tidak boleh dijadikanhujah.19

al-Syafi'i, al-Risalah, Maktabah Mustafa al-Babi al-Halabi, Kaherah, 1940, him. 471-476.M.A. Zahrah, Usui al-fiqh, Dar al-Fikr al- 'Arabi, Kaherah, 1948, him. 202.Ibid., him 201.

Ibnu al-Qayim, A'lam al-muwaqVin,, Maktabah al-Kulliat al-Azhariah, Kaherah, 1968, Jilid 1,him. 29-33.

al-Dahlawi, Hujjatullah al-Balighah, Dar al-Kutub al-Hadithah, Kaherah, t.t., Jilid 1, him 45.al-Ghazali, al-Mustasfa, Muassasah al-Halabi WaShaukatuhu Li al-NasyrWa al-Tauzic,Kaherah,1324H, Jilid 2, him. 66-68 dan him. 350.

Page 5: Fatwa dalam Perundangan Islam dan Fungsinya Menangani

Fatwa Dalam Perundangan Islam 93

Al-Amidi menjelaskan pula bahawa fatwa sahabat tidak bolehmembatalkan fatwa sahabat yang lain kerana kedua-duanya merupakan ijtihadyang terhasil melalui penelitian perseorangan atau kumpulan.20 Manakala autoritifatwa sahabat berhubung dengan fatwa yang dikeluarkan selepas zaman sahabatadalah diperselisihkan oleh para ulamak. Mengikut satu pendapat dalam mazhabSyafi'i, satu pendapat dalam mazhab Hanbali dan segolongan ulama dalammazhab Hanafi menyatakan bahawa fatwa sahabat adalah mengatasi autoritifatwa selepasnya yang dilakukan melalui al-qiyas. Sekiranya berlakupercanggahan antara fatwa sahabat dengan fatwa selepasnya yang terhasilmelalui al-qiyas maka hukum fatwa sahabat adalah lebih utama diamalkan.Terdapat pendapat yang mengatakan hanya fatwa Abu Bakar dan Umar sahajayang menjadi hujah. Walaubagaimanapun, pendapat yang terpilih (al muhktar)mengatakan fatwa sahabat tidak menjadi hujah ke atas orang yangkebelakangannya.21

Pendapat Syafi'i yang terakhir dan disokong oleh pengikutnya seperti al-Kurkhi dan al-Dabbusi menjelaskan bahawa fatwa sahabat tidak boleh dijadikanhujah sekiranya tidak disertai dengan dalil yang boleh memperkuatkan hujahfatwa tersebut iaitu al-Quran dan al-Sunnah.-

Al-Amidi menerangkan bahawa ulama bersepakat mengatakan bahawaorang awam haruslah mengikut fatwa sahabat itu. Akan tetapi bagi mujtahidyang terdiri daripada tabifn dan ulama selepas mereka tidak hams mengikutfatwa sahabat. Ini merupakan pendapat baru dalam mazhab Syafi'i. Manakalapendapat lama dalam mazhab Syafi'i mengatakan golongan mujtahid darikalangan tab'fin dan selepas mereka boleh mengikut fatwa sahabat.23 Al-Amidimembuat kesimpulan bahawa orang awam yang tidak mencapai tahap mujtahidwajiblah mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh mufti.24

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG FATWA

Pada zaman Rasulullah S.A.W fatwa ditangani sendiri oleh baginda denganpanduan secara langsung daripada Allah Ta'ala melalui wahyuNya. Fatwa yangdikeluarkan oleh Rasulullah s.a.w merupakan kata pemutus yang tidak ditolakoleh para sahabat dan orang yang selepas mereka. Segala masalah yang berkaitandengan syariat yang diajukan oleh umat Islam di zaman tersebut dijawab dan

20 al-Amidi, Kitab Muntaha al-Sulfi 'ilm al-usul, Maktabah Muhammad Ali Sabih, Kaherah, t.t,Bahagian iii. him. 54-55.

21 Ibid/22 Othman Ishak, Fatwadalam perundangan Islam, him.17.23 al-Amidi, al-Ahkamfi usul al-ahkam, Maktabah Muhammad 'Ali Sabih, Kaherah, 1968, Jilid

3, him. 199.

24 Ibid.

Page 6: Fatwa dalam Perundangan Islam dan Fungsinya Menangani

94 Jurnal Undang-undang dan Masyarakat 7

dijelaskan sendiri oleh baginda sama ada secara terus atau dengan bertangguh.Baginda merupakan tempat rujuk utama segala persoalan kehidupan dalamurusan dan keperluan umat Islam ketika itu.25

Dalam proses mengeluarkan fatwa bagi menjawab persoalan yangditimbulkan, kadangkala baginda menggunakan pendapatnya sendiri, kadang-kadang menunggu sehingga turunnya wahyu memberikan penjelasan dankadangkala bagindamelibatkan parasahabat untukmembincangkan persoalanyang dihadapi untuk membuat keputusan fatwa.26

Fatwayangdikeluarkan olehRasulullah s.a.wadayangdihafal olehparasahabatdan dipindahkan kepada orang lain secara lisan dan ada yang ditulis.Diriwayatkan daripada Abu Hurairah yang berkata:

Tidak ada sahabat yang lebih banyak meriwayatkan hadis berkenaan hukum berbandingdengan aku melainkan Abdullah bin Amru kerana diamencatat hukum yang didengarnyadaripada Rasulullah sedangkanaku tidak mencatatnya.

Usaha penulisan fatwa yang dikeluarkan oleh Rasulullah pada zamanbaginda adalah lebih berbentuk usaha individu dan tidak berbentuk kolektifserta tidak ada penyelarasan.27

Namun demikian, Rasulullah S.A.W juga kadang-kadang menyerahkankepada sahabat-sahabat baginda dalam urusan mengeluarkan fatwa bagimenjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh orang awam. Perkara inidilakukan olehbaginda terutama di kawasan-kawasan yang jauhdaripada kotaMadinah tempat baginda tinggal. Antara sahabat yang pernah diperakui olehbaginda untuk mengeluarkan fatwa kepada orang ramai ialah Mu'adh bin Jabalyang telah diutuskan sebagai pemimpin agama dan masyarakatdi Yaman.28

Setelah Rasulullah S.A.W. wafat urusan mengeluarkan fatwa ditangani olehpara sahabat baginda yang tinggal bertebaran di seluruh Semenanjung TanahArab sama ada lelaki atau perempuan. Zaman sahabat ini bermula sejak wafatnyaRasulullah s.a.w pada 11 Hijrah hingga wafatnya sahabat yang terakhir kira-kira penghujung kurun pertama hijrah.29

Ibnu Qayyim menyatakan bahawa parasahabat yang mewariskan fatwakepada generasi Islam ada 130 orang yang terdiri daripada lelaki dan perempuan.Sahabat yang terbanyak mengeluarkan fatwa adatujuh orang iaitu Umar binal-Khattab, AlibinAbiTalib, Abdullah binMas'ud,'Aishah Ummu al-Mukminin,

al-Qasimi, Jamaluddin, d\-Fatwafi al-Islam, him. 33.al-Dasuki, Dr Muhammad, al-ijtihad wa al-taqlid fi al-Islam, Daral-thaqafah, Qatar, 1987,him. 139.

al-Qasimi, Jamaluddin, Fatwa dalam perundangan Islam, him 34.Dr.MuhammadSayuti, Tarikh al Tasyri'al-Islami, MaktabahalAzhar,Kaherah,1989,him.52.MuhammadSalamMadkhur, Madkhal al-fiqh al-Islami, Dar al-Qaumiah Li al -Taba'ah wa al-Nasyr, Kaherah, 1964, him. 30.

Page 7: Fatwa dalam Perundangan Islam dan Fungsinya Menangani

Fatwa Dalam Perundangan Islam 95

Zaid bin Thabit, 'Abdullah bin 'Abas dan Abdullah bin Umar.30 Manakala parasahabat yang sederhana banyak mengeluarkan fatwa ialah Abu Bakar al-Siddiq,Ummu Salamah, Anas bin Malik, Abu Sa'id al-Khudri, Abu Hurairah, 'Uthman

bin 'Affan, 'Abdullah bin 'Amru bin al-'As dan beberapa orang lain.31Dasar sahabat dalam memberikan fatwa adalah pada perkara yang telah

berlaku sahaja dan tidak membincangkan perkara yang belum berlaku. Olehitu, fatwa yang diriwayatkandaripadapara sahabatadalah tidak banyak.32 Dasarini dinamakan sebagai 'maslahah 'amniah' yang bermaksud kepentingan umumkerana kepentingan ini tidak dapat dianggarkan jika sesuatu perkara itu belumberlaku. Justeru itu, para sahabat tidak membuat fatwa pada masalah yangbelum berlaku atau mereka tidak membuat ramalan hukum terhadap perkaratersebut. Mereka menganggap perbuatan seperti ini sebagai sia-sia danmembuang masa yang bernilai tinggi.33

Kaedah yang digunakan oleh para sahabat dalam mengeluarkan fatwaialah dengan merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah terlebih dahulu sekiranyamereka menerima sebarang permasalahan yang diajukan. Sekiranya tidakterdapat sebarang petunjuk ke arah penghasilan fatwa daripadanya, para sahabatakan melakukan qiyas. Sekiranya tidak dapat juga petunjuk ke arah itu denganqiyas maka mereka akan melakukan ijtihad dengan mendalami hukum-hukumyang berkaitan dan mempunyai persamaan dengan permasalahan yangditimbulkan.34 Kaedah ini dapat dilihat dalam tindakan Umar tatkala beliauberkata kepada Shuraih ketika melantiknya sebagai Kadhi di Kufah:

Lihatlah ayat-ayat yang dapat membcri petunjuk kepada engkau di dalam Kitab Allah(al-Quran). Jika al-Quran tidak ada memberi penjelasan hcndaklah engkau melihatnyadi dalam al-Sunnah. Jika al-Sunnah tidak ada memberi penjelasan maka hcndaklah engkauberijtihad dengan fikiran engkau.35

Pada zaman sahabat kebanyakan fatwa dikeluarkan berlandaskan konsepijtihad sahabat itu sendiri. Ini disebabkan kebanyakan sahabat yangmengeluarkan fatwa merupakan para mujtahid yang berkelayakan mengeluarkanfatwa melalui ijtihadperibadi mereka. Masih belum wujud keterikatan merekadengan satu-satu mazhab pada zaman itu.36

30 al-Qasimi, Jamaluddin, al-Fatwafi al-Islam, him. 42.31 Ibid., him. 43.32 Muhammad al-Khudari, Tarikh al-Tasyri'al-Islami, Maktabah al-Tijariahal-Kubra. Mcsir, 1967,

him. 95.

33 Mohammad 'Ali Sais, Tarikh al-fiqh al-Islam, Maktabah Mohammad 'Ali Sabih, Kaherah, t.t,him 36-37.

34 Mohamad Salam Madkhur, Madkhal al-fiqh al-Islami, him.78-79.35 al-Dahlawi, Waliyullah, Hujjatullah al-Balighah, him.315.3(1 al-Qasimi, Jamaluddin, al-Fatwafi al-Islam, him. 46.

Page 8: Fatwa dalam Perundangan Islam dan Fungsinya Menangani

96 Jurnal Undang-undang dan Masyarakat 7

Beberapa fatwa baru dan kadangkala berlainan dengan penjelasan al-Quranjuga telah berlaku pada zaman para sahabat. la disebabkan keadaan dankepentingan umum pada ketika itu menuntut para sahabat berbuat demikian.Sebagai contoh, Saidina Umar bin al-Khattab telah membuat fatwa yangberlainan dengan penjelasanal-Quran. Beliau telah mengeluarkanfatwa bahawatanah yang ditawan oleh tentera Islam di Iraq tidak dibahagikan kepada tenterayang berperang tetapi dikekalkan di tangan penduduk kawasan tersebut. Umarhanya mengenakan cukai tahunan terhadap mereka.37 Mengikut kehendak al-Quran pada lahirnya hartaal-fai' itu mesti dibahagikansatu per lima bagiAllah,Rasul, kerabat Rasul yang terdekat, anak yatim, orang miskin dan empat perlima lagidibahagikankepadatenterayangberperangmenawankawasantersebut.Cara ini tidak diikuti oleh Umar kerana beliau memikirkan kemaslahatan tuan-

tuan tanah yang akan hilangmatapencarianserta memikirkankestabilannegara.Jika tanah itu diberikan kepada tentera Islam yang berperang, siapakah yangakan menanggung tuan tanah yang kehilangan milik mereka. Begitu jugakeamanan Iraq sendiri siapakah yang menjaganyadenganpercuma.Atas alasanitu para sahabat yang pada mulanya menentang fatwa Umar telahmempersetujuinya.38

Pada zaman sahabat masih belum wujudjawatan mufti yang khusus dandisandang olehorangtertentu sertaditempatkan di tempatyangtertentu denganganjaran yang tertentu. Apa yang berlaku ialah fatwa dikeluarkan oleh parasahabat yang ramai bilangannya yang dikenali sebagai mujtahid. Kadang-kalamereka memegangjawatan dalam pentadbiran negara sama ada sebagai ketuanegara seperti Abu Bakar dan Umar atau sebagai gabenor seperti Mu'adh binJabal dan 'Amru bin al-'As atau sebagai kadhi seperti Zaid bin Thabit ataumereka tidak memegang apa-apa jawatan dalam pentadbiran negara tetapimemainkan peranan sebagai tempat rujukan hukum syarak seperti'Aishah danAbu Hurairah.39

PadazamantabVin (penghujung abadpertamahinggaawalabadkeempathijrah) fatwa terus berlaku. la ditangani oleh golongan tabi'in yang tinggalbertebaran di meratatempatyang telahdibukaolehorangIslam. Antaratabi'inyang termasyhur mengeluarkan fatwa pada zaman tersebut ialah Sa'id binMusaiyib diMadinah, Ibrahim al-Nakha'ei diIraq, 'Amirbin 'Ayarahbi diKufah,Yazid bin Habib di Mesir, 'Ata' bin Abi Rabah di Mekah dan Abdul Rahmanbin Ghanam al- Asha'ri di Pelastin.40

Berlandaskan sumber yang dipercayai jawatan mufti secara rasmi yangdilantik oleh pemerintah adalah bermula di awal zaman tabi'in iaitu di zaman

37 'Ali Hasbullah, Usui al-tasyri' al- Islami, Dar al-Ma'arif, Kaherah, 1964,him. 80.38 Ibid.

39 Ibid., him. 76-80.

40 al-Dasuki Muhammad Dasuki, al- ijtihad wa al- taqlid, him. 162.

Page 9: Fatwa dalam Perundangan Islam dan Fungsinya Menangani

Fatwa Dalam Perundangan Islam 97

pemerintahan 'Umar bin Abdul Aziz yang memerintah dari tahun 96-101Hijrah.41 Pada awal zaman tabi'in fatwayangdikeluarkan adalahberlandaskanijtihad mufti yang merupakan seorang mujtahid tanpa terikat dengan mana-mana mazhab fiqah. Walaubagaimanapun, mufti ketika ini ada yang denganpembawaan dan pemahaman mujtahid padazaman sahabatyanghampirdenganmereka. Namun demikian pengaruh ini tidak mengikat mereka dengan hukumyang telah diputuskan oleh sahabat tersebut.42

Percanggahan fatwapadazamantabi'in semakin meluas jika dibandingkandengan zaman sahabat. Ini berlaku keranasuasana tempat yangjauh di antarasatu sama lain, tidak adanya ijma' antara mereka dan perpecahan umat Islamdari segi politik kepada pelbagai puak.43 Bermula pada awal kurun keduasehinggapertengahan kurunkeempatfatwa-fatwa yangdikeluarkan oleh tabi 'inmula terikat dengan mazhab-mazhab yang tertentu seperti mazhab Imam al-Auza'i di Sham, mazhab Imam al- Laith di Mesir dan mazhab yang empat iaitumazhab Maliki, Syafi'i, Hanafi dan Hanbali. Tradisi fatwa mengikut mazhabtertentu berterusan sehingga ke hari ini.44

SYARAT DAN ADAB MUFTI

Ibnu al-Sam'ani berkata dalam kitab Irshad al-Fuhul karangan al-Shaukanibahawa mufti ialah orang yang mempunyai tiga syarat kelayakan iaitu ijtihad,'add dan tidak mempermudah-mudahkan atau memperingan-ringankan dalammenentukan hukum.45 Imam Shatibi dalam kitab al-Muawafaqat menyatakanbahawa mufti ialah seorang yang boleh memandu manusia dengan fatwanyakepada perlaksanaan yang sederhana dan sesuai dengan keadaan orang ramai.Mufti tidak boleh berpegang kepada mazhab yang terlalu ketat sehinggamenyempitkan kehidupan manusia. Mufti juga tidak boleh terlalu mengambilmudah dan ringan sehingga menyelewengdaripada roh syariat Islam. Ini adalahkerana tujuan Allah menurunkan syariat kepada manusia yang mukallaf\ah\hsupaya mereka dapat hidup secara sederhana dan pertengahan tanpamenyempitkan diri dan tidak juga terlalu longgar. Perkara ini dibuktikan dizaman sahabat di mana Rasulullah s.a.w berkata kepada Muadh tatkala beliaumemanjangkan sembahyang ketika menjadi imam yang berbunyi:

"Adakah engkau ingin menjadi pembawa fitnah wahai Mu'adh?".46

Othman Haji Ishak, Fatwadalamperundangan Islam, him. 28.al-Dasuki, Muhammad, al-Ijtihadwa al- taqlid, him. 165.Ibid.

Ibid., him. 166.

al-Qasimi, Jamaluddin, al- Fatwa fi al- Islam, him. 52.As-Syatibi, Ibrahim binMusa, al-Muafaqat, Daral-Macarif, Lubnan, t.t.,Jilid4, him. 172-173.

Page 10: Fatwa dalam Perundangan Islam dan Fungsinya Menangani

98 Jurnal Undang-undang dan Masyarakat 7

Imam Abu Ishak al-Shairazi dalam kitab al-Lumak berkata:

Mufti hendaklah seorang yang tahu sumber hukum iaitu al-Kitab. Perkara yang perludiketahui daripada al-Kitab ialah ayat-ayat yang berkaitan dengan hukum-hukum halaldan haram,bukannyaayat-ayatyangtidakberkaitandengannyasepertiayat-ayattentangkisah para Nabi. Mufti mesti mengetahui hadith-hadith yang diriwayatkan daripadaRasulullahs.a.w yang menjelaskanhukum-hukum syarak.Muftijuga mesti mengetahuijalan-jalan atau perkara-perkarayang membolehkan seseorangmemahamial-Kitabdanal-Sunnah. Ini merangkumi ilmu berkenaan makna sebenar dan majaz, am dan khas,mujmaldan mufassal, mutlaqdan muqaiyad, mantuq dan mafhum, mengetahui kaedah-kaedah bahasa Arab yang membolehkan seseorang itu memahami kehendak ayat al-Quran dan al-Sunnah. Mufti juga mesti mengetahuihukum perbuatan Rasulullah s.a.w,nasikhdan mansukh, ijma' dan perselisihan pendapat di kalangan salaf,bagaimana caramengasingkan 'illah,mengetahui tertibsusunan dalil-dalil syarakdanbentuktarjih. Muftijuga mestilahseorangyangdipercayai danamanah sertatidakmempermudah-mudahkanatau tidak sambil lewa dalam urusan agama.47

Imamal-Nawawi dalammukaddimah kitabSharahal- Muhadhdhab pulamengatakan :

Mufti hendaklah seorang yang dikenali sebagai seorang yang warak dankuatberpegangteguh dengan agama. Syarat mufti hendaklah seorang yang dipercayai, jauh daripadaperbuatan yang boleh menjadikan dia seorang fasiq, tidak melakukan perbuatan yangmenjatuhkan maruah,mempunyai pendapatdan istinbatyangsahih.Samasahajasamadamufti itu seorangyang merdeka atau hamba, perempuan, buta,bisu apabila tulisannyaatau isyaratnya boleh difahami.48

Sheikh Abu 'Amru bin Solah menyatakan bahawa mufti hendaklah bersifatseperti seorang perawi hadith yang tidak akan terpengaruh dengan sebab talipersaudaraan atau permusuhan, mendapat manfaat atau mudarat dalamprosesmengeluarkan fatwa. Ini kerana mufti terangkum dalam hukum seorang yangmenyampaikan hukum syarak yangtidakmempunyai apa-apa kepentingan.49

Sementara itu, al-Asnawi pula menjelaskan bahawa mufti hendaklahseorang mujtahid sama ada mujtahid mutlak, mujtahid mazhab atau mujtahidfatwa. Mujtahid mutlak ialah mereka yang memenuhi syarat-syarat yang telahditetapkan oleh ulamak usul al- fiqh iaitu hendaklah menguasai ayat-ayat al-Quran danal-Sunnah yang berkaitan dengan hukum-hukum syarak, menguasaiilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Quran seperti 'Ulum al-Quran, 'Ulum al-Hadith dan Bahasa Arab. Manakala Mujtahid mazhab pula ialah mereka yangberupaya mentarjih dan menghuraikan nas-nas syarak yangdikemukakan oleh

47 al-Qasimi, Jamaluddin, a\-Fatwa fi al-Islam, him. 60.48 al-Nawawi, al-Majmu\ Daral-Shuruq, Kaherah, Jilid 1,him. 75.49 al-QasimiJamaluddin, Fatwafi al-Islam, him. 62.

Page 11: Fatwa dalam Perundangan Islam dan Fungsinya Menangani

Fatwa Dalam Perundangan Islam 99

imam mereka. Mujtahid mazhab tidak menggunakan/a/vvfl yang sedia ada disisi imam mereka, akan tetapi mereka mengeluarkan fatwa melalui proses danpenelitian yang mereka lakukan sendiri dengan berpandukan nas-nas dankaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh imamnya. Mujtahid ini hendaklahmengetahui apakah sumberyangdigunakan oleh imamnya dalammengeluarkanfatwa. Sekiranya sumberitumerupakan hadith makadiamesti mengetahui sanaddan riwayatnya.Sekiranya sumber itu merupakanqiyas maka apakah 'illah danhalangan-halangan yang boleh membatalkan proses qiyas tersebut. Mujtahidketagori ini ialah seperti ImamAbuYusufdalam MazhabHanafi dan ImamAl-Rafici dalam Mazhab Shafi'i. Manakala mujthidfatwa pula ialah mereka yangmahir dalam mazhab imam mereka serta berupaya mentarjihkan mana-manapendapat imam tersebut tetapi tidak berupaya mengeluarkan pendapat sendiri.50

Mujtahid mutlak boleh mengeluarkan fatwa mengikut hukum yangdiputuskan olehnya sendiri berdasarkan ijtihadnya. Ini telah disepakati olehsemua ulama. Sekiranya mujtahid mutlak itu mahir dalam beberapa masalahsahaja, dia juga boleh mengeluarkan fatwa mengikut hukum yang diputuskanmelalui ijtihadnya tetapi hanya terbatas dalam lingkungan aspek yangdikuasainya sahaja.

Manakala mujtahid mazhab boleh mengeluarkan fatwa berdasarkanmazhab mujtahid yang dikuasainya tentang sumber pengambilan hukum.Mujtahid mazhab harus mengeluarkan fatwa berlandaskan mazhab imamnya.Perkara ini telah berlaku berulang kali dalam sejarah umat Islam.51

Namun demikian, al-Imam al-Asnawi pernah menyebut beberapa pendapatlain berkenaandengan keharusan mujtahid mazhab mengeluarkan fatwa.Wujudpendapat yangmengatakan bahawa mujtahid mazhab hanyaboleh mengeluarkanfatwa sekiranya tidak wujud mujtahid mutlak pada ketika itu. Ini adalah keranadia diperlukan untuk memberikan panduankepada umat Islam pada ketika itu.Terdapatsatu pendapatlainyang mengatakan seorangmuqalIid(penglkui sesuatumazhab) boleh mengeluarkan fatwa sekalipun dia tidak berupaya mentarjih ataumenghuraikan mazhab imamnya kerana dia hanyalah sebagai pemberitahuhukum yang telah diputuskan oleh imamnya dan bukannya berijtihadmewujudkan hukum yang baru. Ini banyak berlaku pada zaman akhir-akhirini.52

Ali Hasbullahmenyebut dalamkitabnya Usui al-tashh'al-Islami bahawaImam Ahmad pernah berkata:

Seseorang itu tidakharus menceburkan dirinya dalam mengeluarkan fatwa sehinggalahdia mempunyai lima ciri berikut: Pertama: Mempunyai niat yang tepat iaitu mencari

50 al-Asnawi, Nihayat al-sulfi 'ilmu al-usul„ Jam'iyahNayral-Kutub al-Arabiah, Kaherah, 1345H,Jilid 4, him. 579.

51 Ibid.

52 Ibid, him. 580.

Page 12: Fatwa dalam Perundangan Islam dan Fungsinya Menangani

100 Jurnal Undang-undang dan Masyarakat 7

keredhaan Allah dalam memberikan panduan hukum kepada manusia. Mufti tidak bolehmengeluarkan fatwa kerana hendak mendapatkan pangkat atau ganjaran atau keranatakut kepada pihak pemerintah. Kedua: Mempunyai ilmu, sifat lemah lembut, berhati-hati dan tenang. Keperluan kepada ilmu amat jelas kerana sesiapa yang mengeluarkanfatwa tanpa ilmu maka dia telah terdedah kepada azab Allah. Sifat berhati-hati dan lemahlembut pula mencerminkan kematangan dan kebijaksanaan orang yang berilmu.Ketenangan dan berhati-hati pula penting dalam membuat sesuatu hukum kerana hukumyang diputuskan dengan gopoh dan tidak teliti adalah lebih cenderong kepada tidaksempurna. Ketiga: Mempunyai sifat teguh dan mantap terhadap ilmu dan keputusanyang dibuat. Dengan sifat ini mufti tidak dapat dipengaruhi oleh orang lain atau faktor-faktor sekeliling dalam proses menetapkan fatwa. Keempat: Mempunyai bekalankehidupan di duniayangcukuptanpamengharapkan sesuatu ataupertolongan daripadaorang lain. Ini keranamufti yang masih mengharapkan bantuan hidupdaripada oranglaintidakakandihormati sepenuhnya olehorangramai sertakewibawaannya juga tidakteguh. Kelima: Mempunyai pengetahuan tentang keadaan dan perkembangan semasayang sedang dihadapi oleh manusia. Mufti yang tidak tahu keadaan dan realiti semasasertatidakmemahami keperluan manusia tidakakanberupaya membuat keputusan fatwadengan tepat serta ia boleh membawa kepadakerosakan kepadamasyarakat.53

Dalam menegaskan syarat mufti hendaklah mengetahui realiti hidupsemasa masyarakat, Dr. Yusuf al-Qardhawi berkata:

Mufti yang sebenar hendaklah celikdanmahir tentang realiti hidup semasa supaya diadapat menghubungkan fatwanya dengan kahidupan manusia. Mufti tidak boleh hanyamenulis teori-teori kosong sahaja dan tidak boleh memberikan fatwa yang terawang-terawang tanpa berjejak di bumi. Dengan meneliti dan memahami realiti semasakehidupan masyarakat mufti dapat membuat batasan yang tertentu serta menetapkankepentingan-kepentingan yang perlu dijaga.54

Syarat ini juga disebut oleh Profesor Tan Sri Ahmad Ibrahim. Beliaumengatakan bahawa fatwa yang dikeluarkan oleh mufti adalah bersandarkankelayakan keilmuan yang betul-betul mantap serta digandingkan denganpengetahuan realiti semasa umat Islam bagi memenuhi keperluan mereka yangsentiasa berubah dari semasa ke semasa.55

Jamaluddin al-Hasan meletakkan syarat kepada mufti yang bukan seorangmujtahid mutlak atau mujtahid mazhab dengan berkata :

Apabila mufti yang bukan mujtahid memberikan fatwa yang dipindahkan atau diambildaripada seorang mujtahid, maka untuk mengamalkan fatwa tersebut adalah bergantung

Ali Hasbullah, Usui al- tasyri' al- Islami, him 89-90.al-Qardhawi, Yusuf, Al-fatwa baina al-indhibat wa al- tasaiyub, Daral- Sahwah li al-nasyr,1988, him 36.

Ahmad Ibrahim, Sources anddevelopment ofmuslim law, Singapore, 1965, him. 43.

Page 13: Fatwa dalam Perundangan Islam dan Fungsinya Menangani

Fatwa Dalam Perundangan Islam 101

kepada hidup atau mati mujtahid tersebut serta ada percanggahan atau tidak denganfatwa lain. Sekiranya mujtahid tersebut sudah mati dan ada pendapat mujtahid lain yangmencanggahi fatwanya maka fatwa mujtahid yang telah mati itu tidak boleh digunakan.Sekiranya mujtahid tersebut masih hidup dan didcngarnya terus atau melalui tulisanyang boleh dipercayai maka fatwa tersebut boleh digunakan.56

Pada pendapat penulis, bagi menggunakan sesuatu fatwa bukanlahbergantung kepada hidup atau mati seseorang mujtahid yang mengeluarkan fatwatersebut. Akan tetapi penggunaan sesuatu fatwa oleh mereka yang bukanmujtahid adalah bergantung kepada kesesuaian dan ketepatan fatwa yang hendakdigunakan. Sekalipun seorang mujtahid telah meninggal dunia dan fatwa yangdikeluarkannya berlawanan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh mujtahid yangmasih hidup, jika fatwanya lebih sesuai dan menepati dengan roh syariat Islamdan keadaan semasa maka penulis menganggap fatwa yang telah dikeluarkanoleh mujtahid yang telah mati itu adalah lebih sesuai digunakan.

Sebagai tambahan kepada syarat mufti, Dr. Yusuf al-Qardhawi telahmenyebut beberapa adab yang sepatutnya diamalkan oleh mufti dalammengeluarkan fatwa. Antaranya ialah mufti hendaklah mempraktikkan agamadalam kehidupannya. Mufti hendaklah menyuruh mustafti (orang yang memintafatwa) yang datang kepadanya supaya pergi bertanya kepada mufti yang lebiharif tentang topik yang hendak ditanya. Mufti hendaklah bertanya dan berbincangdengan rakan-rakan ulamak yang arif tentang persoalan yang dikemukakan.Mufti hendaklah memberi fatwa berlandaskan kebenaran dan teguhmempertahankan fatwa yang telah diputuskan. Mufti hendaklah merasakankeperluan kepada Allah dengan memohon pertunjuk kepada jalan kebenarandan menjauhkannya dari sebarang penyelewengan dalam usahanya menetapkansesuatu fatwa.57

Imam al-Haramain58 menyatakan syarat mufti yang layak mengeluarkanfatwa secara bebas ialah seorang yang mengetahui dan menguasai bahasa Arab,tafsir, hadith dengan mengikut penjelasan yang telah sedia ada dengan merujukkepada kitab-kitab hadith yang telah sedia tersusun, usul al-fiqh, fiqh dan diabersifat adil kerana orangfasiq tidak boleh diterima fatwanya sebagaimana budakkecil. Beliau menjelaskan maksud menguasai ilmu-ilmu tersebut bukanlahsemestinya menghafal segala-galanya, tetapi memadai seorang itu berupayamengetahuinya apabila diperlukan walaupun hanya berkenaan dengan satu-satupecahan masalah fiqah.59

al-Hasan, Jamaluddin bin Yusuf, Mabadi al-usul ila 'ilmu al-usul, Dar al-Adhwa, Beirut, 1986,him. 248,241-243.al-Qardhawi, Yusuf, al-fatwa baina al-indhibat wa al-tasaiyub, him. 41-46.Beliau ialah Abi Ma'ali Abdul Malik bin Abdullah bin Yusuf419-478H.Abdul Malik bin Abdullah, al-Burhanfi usul al-fiqh, Percetakan Dauhah, Qatar, 1399H, Juzuk2, him. 1330-1332.

Page 14: Fatwa dalam Perundangan Islam dan Fungsinya Menangani

102 Jurnal Undang-undang dan Masyarakat 7

KATEGORI DAN PERLANTIKAN MUFTI

Dalam perbahasan usul al-fiqh dan sejarah perundangan Islam serta tulisan yangberkaitan dengan fatwa telah dibincangkan tentang kategori mufti yang wujudsemenjak zaman sahabat hingga ke zaman kini.

Jamaluddin al-Qasimi ketika membincangkan kategori mufti menyatakanbahawa mufti terbahagi kepada dua kategori iaitu yang pertama mufti mustaqildan yang kedua mufti ghairu mustaqil. Mufti mustaqil ialah mufti yang bebasdalam melakukan ijtihad mengikut pendekatan masing-masing tanpa terikatpada mana-mana mazhab. Mufti mustaqil ialah mufti yang berpengetahuan luasserta mahir mengenai dalil-dalil syarak yang termaktub dalam al-Quran danhadith serta memahami perkara yang bersangkutan dengan ijma' dan qiyas.Mufti juga merupakan orang yang mahir dalam Bahasa Arab dan kaedah-kaedahnya yang membolehkan mereka memahami kehendak dan maksudsebenar ayat al-Quran dan al-Hadith.60

Manakala mufti ghairu mustaqil ialah mufti yang berpegang pada satu-satu mazhab yang tertentu. Mufti ghairu mustaqil merupakan seorang yangmengetahui dalil-dalil syarak secara umum serta memahami hal-hal yangberhubung dengan agama sekeluruhannya. Ketika hendak mengeluarkan fatwamufti ini tetap berpegang kepada mazhab yang dipegangnya. Mufti ini hanyalayak mengeluarkan fatwa berdasarkan kaedah dan nas yang ada dalam mazhabyang diikutinya sahaja.61

Ibnu 'Abidin menganggap mufti merupakan orang yang memberitahuhukum syarak kepada orang lain. Beliau mengkategorikan mufti yang layakmemberikan fatwa kepada tujuh jenis iaitu:1. Mufti bertaraf mujtahid yang telah mewujudkan kaedah perundangan

Islam sendiri (qawa'id al-usul) dan cara mengeluarkan hukum furu'melalui al-Quran, alHadith, ijma' dan al-qiyas tanpa berpegang kepadamana-mana dasar yang diamalkan oleh seseorang imam mujtahid lain.Imam mazhab yang empat termasuk dalam kategori ini.

2. Mufti yangmampumengeluarkan hukummelaluidali-dalil dankaaedah-kaedah yang telah diterangkan oleh imam mereka yang bertaraf mujtahid.Kadang-kadang mereka mengeluarkan hukum furu' yang bercanggahdengan hukum yang telah ditetapkan oleh imam yang mereka ikuti. Namundemikian mufti jenis ini masih berpegang dengan kaedah perundanganyang telah ditetapkan oleh imam mereka yang bertaraf mujtahid.

3. Mufti yang hanya mengeluarkan fatwa mengenai masalah furu' tanpamenyanggah fatwa yang telah ditetapkan oleh imam mereka serta tidak

al-Qasimi, Jamaluddin,al- Fatwa fi al-Islam, him. 63.Ibid, him. 64.

Page 15: Fatwa dalam Perundangan Islam dan Fungsinya Menangani

Fatwa Dalam Perundangan Islam 103

lari dari kaedah-kaedah perundangan yang telah dijelaskan oleh imammereka. Fatwa yang dikeluarkan oleh mufti jenisini hanyalah berkenaanmasalah yang belum jelas hukumnya dengan berlandaskan kaedah yangtelah ditetapkan oleh imam mereka.

4. Mufti yang bertaraf muqallid. Mereka tidak boleh melakukan ijtihad tetapikerana mereka menguasai kaedah-kaedah dan tempat sandaran hukumyang telah ditetapkan oleh imam mereka maka mereka boleh mentafsirkanhukum yang tidak jelas dan yang ada andaian dua tafsiran yang diasaskanoleh imam mereka. Mufti kategori ini boleh mengeluarkan hukumberdasarkan al-qiyas terhadap masalah yang berlaku atau berdasarkanpenghuraian terhadap kaedah imam mereka.

5. Mufti yang tidak boleh melakukan ijtihad tetapi berupaya mentar/7/zkanpendapat imam yang manakah perlu diutamakan dan sesuai dengankepentingan masyarakat yang ada.

6. Mufti yang bertaraf muqallid. Mufti ini tidak boleh melakukan ijtihaddan tidak dapat mengeluarkan fatwa secara sendiri. Mereka hanya mampumembezakan tingkatan pendapat imam mereka. Mereka lebih mirip kepadaorang yang memberitahu fatwa yang telah ditetapkan oleh imam mereka.

7. Mufti muqallid yang tidak boleh melakukan ijtihad dalam mengeluarkanfatwa serta tidak berupaya langsung membezakan antara tingkatanpendapat imam mereka serta tidak mengetahui kaedah perundangan dandalil yang digunakan oleh imam mereka. Mufti jenis ini adalah tidakdiiktiraf oleh syarak dan orang awam dilarang mengikut fatwa yangdikeluarkannya.62

Pada zaman sahabat sehingga penghujung kurun yang pertama hijrahperlantikan mufti secara rasmi oleh pemerintah masih belum berlaku lagi. Orangawam yang mempunyai masalah agama dan perlu diselesaikan demi untukmembolehkan mereka menjalankan aktiviti harian berdasarkan fatwa yangdiperolehi akan merujuknya kepada mana-mana mujtahid yang mereka kenalidari kalangan para sahabat. Orang ramai bebas memilih sahabat mana yanghendak diambil fatwa daripadanya asalkan sahabat itu terkenal dan diiktirafsebagai seorang mujtahid. Pemilihan ini bergantung kepada keyakinan dankepercayaan mereka terhadap sahabat tersebut. Sahabat yang bertaraf mujtahidpula bebas mengeluarkan fatwa tanpa terikat dengan mana-mana aliran mazhabserta tidak adasuatu kuasa yang boleh menghalang mereka.63

Para pemerintah pada masa itu sama ada khalifah atau gabenorkebanyakannya adalah bertaraf mujtahid. Sekiranya mereka menghadapi

62 Ibid, him. 12-13.63 OthmanIshak, Fatwa dalam perundangan Islam, him. 19.

Page 16: Fatwa dalam Perundangan Islam dan Fungsinya Menangani

104 JurnalUndang-undang dan Masyarakat 7

kesamaran dalam masalah hukum syarak maka mereka akan melakukan ijtihadsendiri atau memanggil sahabat lain yang bertaraf mujtahid untukmembincangkan perkara tersebut.64 Perlantikan mufti secara rasmi sertawujudnya jawatan mufti bagi sesebuah negeri hanya berlaku pada zamanpemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz (98 -101H). Namun demikian,orang awam padaketika itumasih bebas hendak bertanya kepada mujtahid lainyang mereka yakin mempunyai kelayakan melakukan ijtihad dalammengeluarkan fatwa. Semua mujtahid pada masa itu juga masih bebasmengeluarkan fatwa melalui ijtihadnya sendiri tanpa ada halangan.65

Ibnu al-Qaiyim mengkategorikan mufti kepada empat berdasarkankelayakan yang dimilikinya. Pertama, mufti yang alim tentang al-Quran, al-Hadith, pendapat para sahabat serta perkara-perkara yang berkaitan dengan nas-nas syarak. Mufti kategori ini bebas mengeluarkan fatwa mengikut ijtihadnyasendiri. Sekiranya mufti jenis ini berpegang kepada pendapat mujtahid lain iahanyalah merupakan perkongsian ilmu sesama mereka. Mufti seperti inimempunyai autoriti mengeluarkan fatwa melalui ijtihad tersendiri tanpa terikatdengan mana-mana imam mujtahid.

Kedua, mufti yang mahir tentang satu-satu mazhab. Mufti seperti inidinamakan sebagai mujtahid mazhab. Mufti ini mengetahui semua fatwa,pendapat, sandaran hukum dan kaedah perundangan Islam yang digunakan olehimam mazhab yang mereka ikuti. Bidang kuasa yang dimiliki oleh mufti iniialah mereka bebas mengeluarkan fatwa sekalipun bercanggah dengan fatwayang diputuskan oleh imam mereka selagi mana mereka berada dalamlingkungan sumber dan kaedah perundangan imam tersebut. Contoh muftikategori ini ialah al-Kadhi Abu'Ali bin Abu Musa dari mazhab Hanbali, IbnuSuraij dari mazhab Syafi'i, Abu Yusuf dari mazhab Hanafi dan Ibnu AbdulHikam dari mazhab Maliki.

Ketiga, mufti yang berpegang teguh dengan satu mazhab, mengetahuiserta yakin terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh imam mereka dan menyokongkuat dalil-dalil yang digunakan oleh imam tersebut. Akan tetapi mufti ini tidakmahir dengan sumber dan kaedah perundangan imamnya. Mufti ini tidak layakmengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan fatwa yang telah dikeluarkan olehimamnya. Mufti kategori ini hanya layak menyampaikan fatwa yang telahdikeluarkan oleh imamnya kepada orang awam yang memerlukan penjelasanhukum syarak.

Keempat, mufti yang alim tentang berbagai mazhab serta menguasai semuafatwa serta hukum furu' mazhab yang diikutinya. Mufti sebegini lebih sukabepegang dengan fatwa imamnya daripada berpegang dengan hadith sahih. Pada

al -Qardhawi, Yusuf, Ijtihad dan taqlid, him. 153.Othman Ishak, Fatwa dalam perundangan Islam, him. 19.

Page 17: Fatwa dalam Perundangan Islam dan Fungsinya Menangani

Fatwa Dalam Perundangan Islam 105

hakikatnya mufti inihanyalah sebagai pemberitahu tentang fatwa imamnya danbukannya fatwa yang dikeluarkannya sendiri.66

Jamaluddin al-Hasaan menyatakan bahawasebenarnya seseorang mujtahidbolehjadi mahirdalam melakukan ijtihad dalam satu ilmu tetapi tidak mampumelakukan ijtihad dalam ilmu yang lain. Malah boleh jadi dia hanya mampumelakukan ijtihad dalam satu-satu masalah sahaja tetapi tidak boleh berbuatdemikian dalam masalah yang lain.67

PROSEDUR RUJUKAN FATWA

Sekiranya seseorang mufti menerima persoalan hukum syarak yang masih belumjelas hukumnya maka adalah menjadi kewajipannya menyelesaikan masalahtersebut ataumenyuruh orangyangbertanyakan soalan tersebut bertanya kepadamufti yang lain. Ini kerana menyelesaikan persoalan yang memerlukanpenjelasan hukum itu merupakan fardhu kifayah ke atas para mufti yangmempunyai kelayakan.68 Sekiranya mufti hendak menyelesaikan masalahtersebut maka dia hendaklah melihat ke dalam al-Kitab terlebih dahulu.Sekiranya terdapat ayat yang menyentuh masalah tersebut, mufti tidak bolehmengamalkan terus zahir ayat melainkan setelah meneliti ada atau tidakniukhassis kepada zahirayattersebut. Sekiranya terdapat mukhassis maka tidakboleh digunakan zahir ayat. Sebaliknya, jikatidak ada mukhassis maka hendaklahditetapkan hukum berlandaskan zahir ayat.

Apabila tidak terdapat ayat al-Quran yang boleh dijadikan rujukan makahendaklah ditinjau zahir hadith-hadith mutawatir dengan syarat tidak adamukhassis kepada zahir hadith mutawatir tersebut. Dalam keadaan yang manatidak terdapat juga dalil yang boleh menghasilkan hukum setelah melaluiperingkat-peringkat di atas maka hendaklah diteliti matlamat dan maslahahsyariat Islam yang diturunkan oleh Allah kepada manusia serta hendaklah ditelitikepentingan umiim yang boleh menjamin kesejahteraan hidup manusia secaraindividu dan masyarakat. Sekiranya tidak didapati kepentingan umum makahendaklah dihasilkan hukum secara ijma1. Sekiranya tidak juga didapati makahendaklah dilakukan qiyas iaitu mencari persamaan hukum di antara masalahyang baru dengan masalah lama yang telah sedia adahukumnya dengan syaratada persamaan fllah.M

Ibnu Qaiyim, A1lam al-muwaqtin, Kaherah, 1955, Jilid4, him. 212-214.al-Hasan, Jamaluddin, Mabadial-usul ila "ilmu al-usul, him. 243.Ibid, him. 247.

Abdul Malik bin Abdullah, al-Burhanfi usul al-fiqh, him. 1338.

Page 18: Fatwa dalam Perundangan Islam dan Fungsinya Menangani

106 Jurnal Undang-undang dan Masyarakat 7

PERCANGGAHAN FATWA

Perbezaan antara fatwa-fatwa yang dikeluarkan telah berlaku sejak zaman parasahabat lagi. Pada zaman tersebut perbezaan fatwa berlaku disebabkan olehbeberapa faktor. Antara faktor terkuat ialah perbezaan sumber hadith yangditerima. Ini adalah kerana terdapat setengah sahabat yang menerima hadithtertentu tetapihadith yangsamatidakditerima olehsahabat yang lain.70

Sekiranya berlaku percanggahan fatwa antara duaorang mufti ataulebihdi dalam masalah yang sama maka mustafti hendaklah mengikut fatwa yangdiputuskan oleh mufti yang lebih 'alim dan lebih warn'. Jika kedua-duanyamempunyai persamaan dalam sifat-sifat tersebut maka mustafti hendaklahmengikut fatwa yang diputuskan oleh mufti yang lebih tegas dan berhati-hatidalam mengeluarkan fatwa. Jikalau kedua-dua mufti itumempunyai keilmuan,sifat warn' dan ketegasan yang sama maka pada ketika itu mustafti bolehlahbertanya kepada dirinya sendiri mufti manakah yang hendak diikut fatwanya.71

Apabila mufti yang diikut fatwanya meninggal dunia dan dilantik muftibaru lalu mengeluarkan hukum fatwa yang berbeza dengan mufti yangsebelumnya dalam masalah yang sama, maka para usuliyun telah berselisihpendapat untuk menentukan adakah mustafti perlu mengikut hukum fatwa yangtelah ditetapkan oleh mufti yang telah mati atau hukum yang ditentukan olehmufti yang baru. Bagi yang berpendapat mustafti perlu mengikut mufti yangtelah meninggal duniamemberikan alasan bahawa hukum yang telah difatwakanoleh mufti yang telah meninggal itu tidak terbatal dengan kematiannya keranayang mati adalah mufti dan bukannya fatwanya. Manakala mereka yangberpendapat mustafti perlu mengikut hukum yang ditetapkan oleh mufti yangbaru memberikan alasan bahawa mufti yang ada pada masa itu adalah lebihmengetahui tentang suasana dan keperluan semasa.72 Penulis berpendapat hidupataumati seorang mufti bukannya faktor utama dalam menggunakan fatwa atautidak menggunakannya. Akan tetapi faktor utama dalam menentukan sesuatufatwa boleh digunakan atau tidak adalah kesesuaiannya dengan roh syariat Islamdan keadaan semasa.

Jamaluddin al-Qasimi menyatakan bahawa para usuliyun mempunyai limapendapat dalam masalah iniiaitu pertama, mustafti hendaklah mengambil fatwayang paling ketat. Kedua, mustafti hendaklah mengambil fatwa yang palingringan. Ketiga, mustafti hendaklah berijtihad untuk menentukan mufti manayang lebih utama diikut. Keempat, mustafti hendaklah bertanya kepada muftilain dan mengikut salah satu mufti yang berbeza tersebut yang menepati fatwa

70 al-Amidi,al-Ahkamfi usulal-ahkam, him. 114.71 Abdul Malik bin Abdullah, al -urbanfi usul al-fiqh, him. 1544.72 Ibid., hlm.1537.

Page 19: Fatwa dalam Perundangan Islam dan Fungsinya Menangani

Fatwa Dalam Perundangan Islam 107

yang ketiga. Kelima, mustafti boleh memilih mana-mana fatwa yangdisukainya.73

Perbezaan fatwajuga kadang-kadangberlakuhasildaripada seorang mufti.Ini berlaku apabila perubahan pada fatwa yang dikeluarkannya. Jamaluddin al-Hasan menyatakanbahawasekiranyaseorangmufti telahmelakukansatu ijtihaddan menetapkan hukum bagi satu-satu masalah, kemudian ijtihadnya berubahlalu menetapkan hukum yang berlainan dengan hukum yang telah diputuskansebelumnya maka pada ketika itu mustafti hendaklah mengikut fatwa keduayang ditetapkan oleh mufti tersebut.74

MASALAH YANG SAMA BERULANG

Apabilaberlakudua kes yangsamadalam waktuyangberlainan,menurutImamal-Haramain (419 - 478 H) sekiranya fatwa tehadap kes yang pertama dahuluberlaku telah disokong dengan dalil-dalil yang qat'i maka tidak perlu lagiseseorang itu merujuk kepada mufti untuk inendapatkan fatwa bagi kes yangsama berlaku buat kali ke dua. Alasan yang diberikan oleh Imam al-Haramainialah hukum yang telah ditetapkan melalui nas qat'i tidak akan berubah padawaktu yang lain. Imam al-Haramain memberikan alasan bahawa pada zamansahabat hukum bagi masalah yang berulang disamakan dengan hukum masalahyang telah pernah berlaku sebagai mencontohi mufti yang dahulu dalammelakukan ijtihad. Manakala setengah ulamak lain berpendapat jika berulangmasalah yang sama buat kali ke dua atau lebih maka mustafti hendaklahmerujuknya kepada mufti dan tidak boleh menyamakannya dengan hukummasalah pertama yang telah berlaku. Alasannya ialah ijtihad boleh berubah,maka bolehjadi masalahyangsama mempunyai hukumyang berlainanterutamaapabila suasana dan keperluan juga turut berubah.75

Jamaluddin al-Qasimi pula menyatakan sekiranya masalah yang samaberulang di masa yang lain maka mustafti perlu bertanyakan fatwa buat kali kedua kerana kemungkinan pendapat mufti berubah berdasarkan keadaan semasayang sentiasa berubah. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawamustaftihendaklah terus berpegang kepada fatwa yang telah ditetapkan bagi masalahyang pertama berlaku kerana hukum masalah itu sudah sediadimaklumi sertahukum asal menyatakan bahawa mufti akan tetap terus dengan hukum yangtelah ditetapkannya.76

73 al-Qasimi, Jamaluddin, Fatwafi al-Islam, him. 105.74 al-Hasan, Jamaluddin, Mabadi' al-usul Ha 'ilmual -usul, him 247.75 Abdul Malik bin Abdullah, al-Burhanfi usul al-fiqh, him 1338.76 al-Qasimi, Jamaluddin, Fatwa fi al-Islam, him 108.

Page 20: Fatwa dalam Perundangan Islam dan Fungsinya Menangani

108 Jurnal Undang-undang dan Masyarakat 7

KEDUDUKAN FATWA DI MALAYSIA

Fatwa dikeluarkan oleh mufti setiap negeri di Malaysia yang dilantik oleh Sultanatau Yang Dipertuan Agong. Mufti berperanan membantu dan menasihati Sultanatau Yang Dipertuan Agong berkenaan dengan semua perkara Hukum Syaraksama ada melalui perintah Sultan atau Yang Dipertuan Agong, atas kehendaksendiri atau atas permintaan mana-mana melalui surat yang ditujukan kepadaMufti.Fatwa di Malaysiasebenarnyaberadadi bawahbidangkuasasetiapnegeriyang mempunyai Jawatankuasa Fatwa yang sepertimana yang diperuntukkandalam Enakmen Pantadbiran Hukum Syarak (enakmen induk). JawatankuasaFatwa ini mempunyai nama yang berlainan disetiap negeri seperti Johordipanggil LujnahFatwa,negeri Terengganu, Kedah danSarawak disebutsebagaiJawatankuasa Fatwa, Kelantan dikenali sebagai Jama'ah Ulama, SelangordikenalisebagaiJawatankuasaPerundingHukumSyarak,WilayahPersekutuandan Sabah disebut sebagai Jawatankuasa Undang-Undang Majlis manakala diNegeri Sembilan, Pahang, Pedis, Perak, Pulau Pinang dan Melaka dikenalisebagai Jawatankuasa Syariah.77 Melihat kepada nama Jawatankuasa Fatwa dinegeri-negeri di Malaysia, tergambar kepada kita bahawa bidang kuasamengeluarkanfatwaini adalahdi bawahbidangkuasanegeri-negeri sepertimanayang telahdi tetapkandalamPerlembagaan Persekutuan. la juga menggambarkanketidakseragaman di dalam membuat sesuatu fatwa kerana ia bergantungsepenuhnya kepada negeri-negeri yang ada dalam Malaysia.

Akta Pentadbiran Undang-undangIslam (Wilayah-WilayahPersekutuan)1993 (Akta 505) dalam Bahagian 111 dari seksyen 32 sehingga 39memperuntukkan secara khusus tentang perlantikan Mufti, kuasa Hal EhwalAgama dan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak. Seksyen 37memperuntukkan tentang penubuhan satu jawatankuasa yang dikenali sebagaiJawatankuasa Perundingan HukumSyarakyanghendaklah terdiri daripada muftisebagaipengerusi,Timbalan Mufti, dua oranganggotaMajlisyang dinamakanoleh Majlis, tidak kurang dua orang yang dilantik oleh Majlis dan seorangpegawai Jabatan Agama Islam Wilayah-Wilayah yang dilantik olehMajlis yanghendaklah menjadi Setiausaha kepada Jawatankuasa Perundingan HukumSyarak.

Dalam seksyen 34(2)Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor1989 (no. 2 tahun 1989) , Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' hendaklahterdiri Mufti sebagai Pengerusi, Timbalan Mufti, Penasihat Undang-undangNegeriSelangor, seorangpegawai dariJabatanAgamaIslamyangmahirdalamHukum Syara' yang dilantik oleh Majlis dan sekurang-kurangnya dua orang

Suwaid Tapah, 'Undang-undang pentadbiran Fatwa di Malaysia' [1993] 1 : 2 Jurnal Syariah348

Page 21: Fatwa dalam Perundangan Islam dan Fungsinya Menangani

Fatwa Dalam Perundangan Islam 109

tetapi tidak lebih daripada lima orang yang dilantik oleh Majlis terdiri daripadaorang yang mahir dalam Hukum Syarak.

Menurut peruntukkan undang-undang pentadbiran Islam negeri-negeri,jika Mufti hendak membuat fatwa, dia hendaklah memanggil suatu mesyuaratJawatankuasa ini dan membuat kajian-kajian atau penyelidikan bagi tujuanperbincangan tentang sesuatu isu yang dicadangkan itu serta menyediakan satukertas kerja mengenainya. Ini bermakna, ijtihad jamaie atau ijtihad beramai-ramai atau ijtihad jawatankuasa penting dan telah diperundangkan diMalaysiakerana pada masa kini memang sukar untuk inendapatkan orang yang sampaike tahap mujtahid.78

Semasa mengeluarkan fatwa atau pendapat, Mufti atau JawatankuasaFatwa hendaklah mengikut qaul muktamad Mazhab Syafi'i. Walaubagaimanapun, jikaMufti atau Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa denganmengikut qaul muktamad daripada mazhab Syafi'i, iaakan bertentangan dengankepentingan awam, maka mereka boleh mengikuti qaul muktamad MazhabHanafi, Mazhab Maliki atau Mazhab Hambali. Jika Mufti berpendapat tiadasuatu daripada qaul Mazhab yang empat ini yang boleh diikuti, maka Muftiboleh memutuskan masalah itu mengikut pendapatnya dengan syaratpendapatnya itu tidak berlawanan dengan kepentingan awam.79

Sesuatu Fatwa yang dikeluarkan sendiri oleh Mufti atau JawatankuasaFatwa hendaklah membuat dan memberitahu dalam Warta kerajaan berkenaansesuatu persoalan atau pertikaian Hukum Syarak tersebut. Jika sesuatu fatwaitu telah diwartakan dalam Warta maka sesuatu fatwa itu akan mengikat danmenjadi suatu undang-undang kepada orang Islam yang tinggal dinegeri tersebut.Jika seseorang Islam mengingkarinya setelah fatwa itu diwartakan maka iabolehdikenakan tindakan di dalam enakmen kesalahan jenayah syariah keranamelanggari fatwa yang dikeluarkan oleh mufti atau Jawatankuasa Fatwa. Halini dapat dilihat di dalam kes Pendakwa Syarie Iwn. Fahyu Hanim bt. Ahmaddan Iain-lain, kes Jenayah bil. 511 di Mahkamah Tinggi Syariah Selangormengekalkan hukuman denda yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah SyariahPetaling Jayaterhadap kesalahan melanggar fatwa Mufti yang dinyatakan dalamwarta yang telah diwartakan pada tarikh 11/5/1995:

Adalah haram bagi vvanita Islam menyertai apa-apa jenispertandingan ratu cantik

Mahmud Saedon, Institusi pentadbiran undang-undang dan kehakiman Islam, Dewan BahasaDan Pustaka, Kuala Lumpur, 1998, him. 163.Ahmad Mohaad Ibrahim, Acara Mufti membuat fatwa, dalam Abdul Monir Yaacob & WanRoslili Abd. Majid (peny.), Mufti dan fatwa dinegara-negara Asean, Institut Kefahaman IslamMalaysia, Kuala Lumpur, 1998, him. 96.

Page 22: Fatwa dalam Perundangan Islam dan Fungsinya Menangani

110 Jurnal Undang-undang dan Masyarakat 7

Fatwa yang telah dikeluarkan oleh mufti terdahulu boleh dibuat pindaan,ubah suaian atau dibatalkan oleh mufti atau Jawatankuasa Fatwa yang baru.Pindaan, perubahan atau pemansuhan itu hendaklah diisytiharkan dalam wartakerajaan dan dengan itu, ia akan mengikat semua orang Islam dalam negeritersebut. Di Wilayah Persekutuan dan Selangor sesuatu fatwa hendaklah diiktirafoleh semua Mahkamah Syariah dalam negeri tersebut sebagai autoritatifberhubungsemuaperkarayangdinyatakandi dalamnya. Walau apapunundang-undang bertulis yang berlawanan, mufti tidaklah boleh dipanggil untukmemberikan pendapatnya atau keterangan berhubung hukum syarak diMahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah. Akan tetapi, jika persoalan hukumsyarak perlu diputuskan di mahkamah selain daripada Mahkamah Syariah,mahkamah itu boleh meminta pendapat Mufti tentang persoalan tersebut danmufti boleh memperakukan pendapatnya kepada mahkamah yang memintapendapat tersebut.Situasi ini boleh dilihat dalambeberapakes yang dibicarakandi Mahkamah Sivil seperi kes ReDatoBentara Luar Haji Yahya bin Yusof &Anorv. Hassan binOthman &Anor™ MajlisAgama Islam PulauPinang v. IsaAbdul Rahman &Satu Yang Lain?1 Dalip Kaur v. PegawaiPolis Daerah, BalaiPolis Daerah Bukit Mertajam & Anor?2 Halimahtussadiah v. Public ServiceCommission** serta banyak kes lagi di Mahkamah Sivil yang memintapandangan Mufti berhubung dengan sesuatu perkara Hukum Syarak.84Disamping itu, sesuatu fatwa hendaklah disiarkan dalam bahasa kebangsaandalam tulisan rumi tetapi teks fatwa dalam tulisan Jawi juga boleh disiarkan.

Bagi tujuan penyelarasan dan penyelaragaman fatwa di antara negeri-negeri di Malaysia, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan elah ditubuhkan padatahun 1970 di bawah pentadbiran Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal UgamaIslam Malaysia. KemudiannyaJawatankuasaFatwa Kebangsaanini diletakkandibawah pentadbiran Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan PerdanaMenteri pada tahun 1984. Akhirnya pada tahun 1997, Jawatankuasa FatwaKebangsaan ini diletakkan pula di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM),Jabatan PerdanaMenteri. Di antara perananJawatankuasaini adalahbertujuan untuk membincangkan sesuatu isubesar yang berkehendak jawapandari sudut Islam. Selain itu, jawatankuasa ini juga bertujuan untukmenyeragamkan semua fatwa yang terdapat di Malaysia supaya tidak tibulkepelbagaian fatwa di setiap negeri.

[1982]2MLJ264.[1992]2MLJ244.[1992] 1 MLJ7.

[1992] 1MLJ513.

FaridSufian Shuaib, Tajul Aris& Mohd Hisham, Administration ofIslamic lawinMalaysia .Text and material, Malayan Law Journal, Kuala Lumpur, 2001, him. 277-282

Page 23: Fatwa dalam Perundangan Islam dan Fungsinya Menangani

Fatwa Dalam Perundangan Islam III

Beberapa kajian telah dibuat tentang perbezaan fatwa antara negeri-negeriberhubung isu yang timbul. Antaranya ialah tentang isu mengenai KumpulanWang Simpanan Pekerja terhadap waris atau penama, adakah dianggap wasiatatau penama dan harus dibahagikan selepas itu. Walaubagaimanapun, semuakerajaan negeri telah bersetuju untuk mewartakan fatwa yang dikeluarkan olehMajlis Fatwa Kebangsaan berhubung dengan pengharaman aqidah auratMuhammadiyyah yang dibawa oleh kumpulan al-Arqam dahulu.

Sebagai contoh, Jawatankuasa Syariah Negeri Melaka menerusi WartaKerajaan Negeri Melaka Jilid 44/No 14, bertarikh 25 hb. Mei 2000 telahmewartakan bahawa zakat ke atas pendapat bagi pengajian adalah wajibdikeluarkan oleh setiap orang Islam yang layak bagi seluruh Negeri Melaka.Fatwa yang telah diwartakan ini adalah mengikat setiap orang Islam yangbermastautin di negeri Melaka untuk mengeluarkan zakat gaji yang merekaperolehi berdasarkan syarat-syarat yang tertentu.

KESIMPULAN

Tugas mengeluarkan hukum adalah tugas yang diwarisi daripada NabiMuhammad S.AAV. dan diikuti oleh para sahabat serta tabi'in sehinggalah kehari ini. Para mufti berperanan untuk mengeluarkan hukum berdasarkanpersoalan semasa yang banyak timbul sekarang ini walaupun para mufti tidakmencapai taraf mujtahid sepertimana yang telah dibincangkan di atas. Ini adalahberasaskan kaedah fiqh iaitu kaedah darurat dan ijtihad yang mana persoalansemasa perlu dijawab oleh mereka yang mahir tentang hukum syarak supayamasyarakat Islam tidak terkeliru dengan persoalan-persoalan semasa. Apatahlagi jawatan mufti ini telah dilantik oleh pemerintah sendiri bagi tujuanmenerangkan permasalahan hukum yang timbul sama ada berdasarkan pendapatmufti itu sendiri atau secara musyuarah di kalangan pakar-pakardalam bidangmasing-masing. Oleh yang demikian, tidak timbul permasalahan fiqh yang statikkerana mereka yang diberi tanggungjawab untuk mennyelesaikan permasalahanhukum sentiasa membuat kajian yang rapi selaras dengan kehendak al-Qurandan al-Sunnah.

Hasnan Kassan

Pusat Pengajian UmumUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM Bangi, Selangor D.E.

Malaysia

Jasri Jamal

Fakulti Undang-undangUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM Bangi, Selangor D.E.

Malaysia

Page 24: Fatwa dalam Perundangan Islam dan Fungsinya Menangani