Download - THN 6 BM SIBER WORDS.doc
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
1/66
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
2/66
UJIAN BULANAN PERTAMA
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan,
iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih
satu jawapan sahaja.
Soalan 1 - 17
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Sebagai rakyat Malaysia kita harus ___________
bakti kepada negara.
A melahirkan C meluahkan
B mencurahkan D menerbitkan
Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.
2 Julia sedang sibuk mengulang kaji ___________
kerana dia akan menghadapi ujian pada bulan
hadapan.
A diajar C mengajar
B pelajaran D belajar
3 Pihak polis telah ___________ sepucuk pistol di
dalam rumah itu.
A mengesyaki C melupai
B menjumpai D menghadapi
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.
4 Ibu ___________ baju itu supaya bersih.
A melipat C menjemur
B memegang D mencuci
5 Beberapa ________ pokok langsat di belakang
rumah Aiman telah tumbang akibat ribut pada
malam tadi.
A buah C rumpun
B butir D batang
6 Lela __________ sayur-sayuran dan buah-
buahan itu ke dalam peti sejuk.
A dimasuki C memasukkan
B memasuki D dimasukkan
Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.
7 __________ hujan turun dengan lebat__________ pertandingan bola sepak itu tetap
diteruskan.
A Walhal ... tetapi
B Semakin ... semakin
C Walaupun ... namun
D Sama ada ... ataupun
Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.
8 Penduduk Kampung Tiung bergotong-royong
membersihkan kawasan kampung mereka_______ pagi ________ petang.
A dari ... hingga
B hingga ... dari
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
3/66
C hingga ... sampai
D daripada ... sehingga
9 Dali duduk di beranda rumah ___________
menyirat jalanya yang koyak.
A dan C sambil
B tetapi D malahan
10 Amirul bercadang untuk ___________ pasukan
hoki sekolah jika diberi peluang.
A menyertai C memasuki
B melibatkan D menganjurkan
11 ____________ guru dikehendaki hadir ke
mesyuarat PIBG pada petang esok.
A Banyak C Semua
B Suku D Segala
12 Rahimah mempunyai ramai kawan kerana dia
seorang yang __________.
A pisau cukur C ringan mulut
B ringan kepala D ringan tangan
13 __________, ambillah wang ini!
A Nah C Amboi
B Wah D Wahai
14 Hasyimah akan menjaga keluarganya
__________ hayat dikandung badan.
A hingga C meskipun
B selagi D andai kata
15 ____________ itu sedang mengagihkan makanan
kepada beberapa orang mangsa kebuluran.
A Seniwati C Olahragawati
B Peragawati D Sukarelawati
16 Adik menangis kerana kakinya tersepit pada
____________ basikal.
A jejari C lelangit
B kekuda D bebola
17 Yani ____________ menyertai kejohanan
tersebut jika diberitahu tentang hadiah lumayan
yang bakal diperoleh.
A harus dapat C mesti mahu
B mesti telah D harus sudah
Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.
18 Persahabatan antara Nizam dan Anand amat
erat sejak di bangku sekolah lagi.
Perkataan seerti bagi erat ialah
A rapat C jujur
B mesra D hampir
19 Shamsul sering sahaja kesempitan wang kerana
dia seorang yang boros.
Perkataan berlawan bagi boros ialah
A kumpul C kedekut
B simpan D jimat
Soalan 20 - 22
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan
bergaris dengan betul.
20 I Samad duduk di haluan perahu.
II Bumi sentiasa berhaluan mengelilingi
matahari.
III Tanpa disedari, rel kereta api itu telah keluar
dari haluan asalnya.
IV Zainuddin belum lagi memikirkan haluan
hidupnya.
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
21 I Ayah Faizul jadi ke Mekah pada tahun ini.
II Pada hujung minggu ini, Aini akan
mengadakan majlis hari jadinya yang ke-2
III Kuih yang dibuat oleh kakak tidak jadi kerana
adunannya tidak betul.
IV Zarina anak jadi negeri Johor.
AI, II dan III
CI, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
22 I Rumah Encik Fahmi beratapkan genting.
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
4/66
II Izham selalu berfikir genting tentang
nasibnya pada masa hadapan.
III Nyawa Nadhirah berada dalam keadaan
genting jika tidak dibedah dengan segera.
IV Di antara Semenanjung Malaysia dengan
negara Thai, terdapat tanah genting yang
dikenali sebagai Segenting Kra.
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
23 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di
bawah.
Mengapakah banjir sering berlaku di kampung
saudari?
A Banjir telah menyebabkan pelbagai wabak
penyakit.
B Banjir memang selalu berlaku di kampung
saya.
C Saya tidak tahu yang kampung ini sering
dilanda banjir kerana saya baru dua bulan
menetap di sini.
D Kerana sistem perparitan di tempat saya tidak
baik.
24 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di
bawah.
Seorang gadis telah ditemui mati di taman itu
tiga hari yang lepas.
A Bilakah gadis itu telah meninggal dunia?
B Bagaimanakah keadaan gadis itu ketika
ditemui?
C Siapakah yang menjumpai mayat gadis itu?
D Apakah peristiwa yang berlaku di taman itu
tiga hari yang lepas?
Soalan 25 - 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang
diberikan.25 “Ayah pergi ke hospital kerana abang
kemalangan,” beritahu Nadia kepada kakaknya.
A Nadia dan ayahnya pergi ke hospital kerana
kakaknya kemalangan.
B Nadia memberitahu kakaknya bahawa ayah
mereka pergi ke hospital kerana abang
mereka kemalangan.
C Nadia meminta kakaknya pergi ke hospital
kerana ayah dan abangnya kemalangan.
D Nadia meminta ayah dan kakaknya pergike hospital kerana abangnya kemalangan.
26 Cikgu Hisham dan Cikgu Selva sedang
merancang untuk mengadakan satu majlis amal
di sekolah itu.
A Di sekolah itu, mencadangkan supaya
diadakan satu majlis amal oleh Cikgu
Hisham dan Cikgu Selva.
B Satu majlis amal bakal dianjurkan di sekolahitu oleh Cikgu Hisham dan Cikgu Selva.
C Satu majlis amal akan diadakan oleh Cikgu
Hisham dan Cikgu Selva di sekolah itu yang
telah dirancang.
D Satu majlis amal sedang dirancang oleh Cikgu
Hisham dan Cikgu Selva untuk diadakan di
sekolah itu.
Soalan 27 - 30
Pilih ayat yang betul.
27 A Baju Amira berkedut kerana tidak
menggosok.
B Pahlawan yang gagah itu telah gugur di
medan perang.
C Semua murid menumpukan perhatian ketika
Cikgu Hamdan mengucap.
D Suraya sedang menanam pokok bunga raya
pada halaman rumahnya.
28 A Kain yang dipakai oleh Nasha itu sungguh
jarang amat sekali.
B Ayam serama yang dipelihara oleh Nazri
telah terlepas daripada kandangnya.
C Jenna sangat lemah di dalam mata pelajaran
Matematik.
DAniza kecewa kerana gagal melanjutkanpelajarannya ke universiti.
29 I Ayah memandu kereta dengan berhati-hati.
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
5/66
II Tulisan Azman kemas dan segak.
III Pemburu itu berjaya menembak dua ekor
rusa.
IV Emak membeli sesikat pisang dan sebiji
tembikai di pasar raya itu.
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
30 I Shira dan Nisa berkawan baik sejak dua
tahun yang lalu.
II Batang pokok rambutan itu sudah lembik dan
rapuh.
III Dedaun kering berkecai di halaman rumah
Rosnah.
IV Kapal terbang itu akan berlepas sebentar lagi.
A I dan II C I dan IV
B II dan III D III dan IV
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
6/66
Soalan 31 - 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Wartawan : Assalamualaikum, saudara Johari.
Johari : Waalaikumusalam.
Wartawan : Saya Fairuz Zulkarnain, wakil daripada ‘Majalah Wawasan’ mengucapkan tahniah atas kejayaan
saudara merangkul Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri.
Johari : Terima kasih.
Wartawan : Bolehkah saudara menjelaskan apakah rahsia yang melayakkan saudara menerima Anugerah
Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri?
Johari : Sebenarnya tidak ada apa-apa rahsia. Mungkin disebabkan pencapaian saya yang baik dalam
bidang kokurikulum dan kurikulum.
Wartawan : Bagaimanakah penglibatan saudara di peringkat sekolah?
Johari : Pada peringkat sekolah, saya menjadi pengawas dan memegang banyak jawatan penting dalam
persatuan.
Wartawan : Bagaimanakah saudara mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR?
Johari : Saya belajar bersungguh-sungguh dan memberi tumpuan sepenuhnya ketika cikgu mengajar.
Selain itu, saya mematuhi waktu belajar.
Wartawan : Apakah nasihat saudara kepada rakan-rakan yang lain?
Johari : Jika kita inginkan kejayaan, kita perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh. Jangan jadikan
impian kita seperti hangat-hangat tahi ayam. Kita mesti rajin belajar.
Wartawan : Terima kasih kerana saudara sudi diwawancara. Semoga saudara terus berjaya.
Johari : Terima kasih kembali.
31 Apakah pekerjaan Fairuz Zulkarnain dalam
petikan ini?A Guru sekolah
B Murid sekolah
C Wartawan majalah
D Pemberita akhbar
32 Apakah anugerah yang telah diterima oleh Johari?
A Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat
Sekolah
B Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri
C Anugerah Pelajar Terbaik Peringkat Daerah
D Anugerah Pelajar Contoh Peringkat
Kebangsaan
33 Apakah jawatan yang dipegang oleh Johari di
peringkat sekolah?
A Menjadi ketua pengawas dan pemberita
majalah sekolah
B Menjadi ketua darjah dan memegang jawatan
pengerusi pelbagai persatuan
C Menjadi pengawas dan memegang banyak
jawatan penting dalam persatuan
D Menjadi pengawas dan memegang banyak
jawatan penting dalam bidang sukan
34 Antara berikut, pernyataan manakah yang tidak
berkaitan dengan kejayaan Johari mendapat
keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR?
A Beliau sering belajar bersungguh-sungguh
B Beliau sering mematuhi waktu belajar
C Beliau sentiasa memberi tumpuan
sepenuhnya ketika pengajaran guru
D Beliau sering meniru dalam peperiksaan
35 Apakah nasihat Johari kepada rakan-rakan yang
ingin berjaya sepertinya?
A Mereka mesti rajin membuat latihan dan
memberikan tumpuan semasa cikgu mengajar
B Mereka mesti berusaha dengan bersungguh-
sungguh dan rajin belajar
C Mereka mesti aktif dalam persatuan dan
belajar bersungguh-sungguh
D Mereka mesti mematuhi waktu belajar dan
mesti berani
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
7/66
Soalan 36 - 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Jumaat, 5 Mei 2009
6.30 pagi - Aku terjaga daripada tidur. Lena sungguh aku tidur. Sedar-sedar jarum jam dinding menunjukkan pukul
6.30 pagi. Aku mengejutkan isteriku dan seorang putera tunggal kami. Aku memberitahu isteriku bahawa sebelum
Sang Suria memancarkan sinarannya ke bumi, aku harus keluar mencari rezeki. Isteriku faham akan maksudku. Entah
mengapa daripada raut wajahnya yang ayu, terlihat sedikit kesuraman. Dia seperti tidak mengizinkan aku pergi
mencari rezeki pada pagi itu.
6.45 pagi - Aku selamat sampai di sebuah dusun buah-buahan. Suasana masih sunyi. Titisan embun semalam pada
dedaun hijau masih belum hilang. Keadaan sekeliling aman dan damai. Lega hatiku kerana aku dapat memetik buah
pisang, betik, ciku, rambutan, dan jambu untuk dibawa balik buat santapan keluargaku. Tentu mereka gembira apabila
melihat aku membawa balik banyak makanan.
7.30 pagi - Sang Suria mula meninggi. Pak Tani mula tiba untuk menjalankan tugas harian. Bunyi deruan motosikal
dan kereta kian jelas. Suasana tidak sunyi lagi. Aku bercadang hendak pulang.
8.00 pagi - Bunyi tembakan tiba-tiba bergema di angkasa. Jantungku berdegup kencang. Di hadapanku, gugurnya
mayat isteri dan puteraku ditembak pemburu. Malang tidak berbau! Tidak kusangka, pagi ini aku kehilangan dua insan
yang paling aku sayangi dalam sekelip mata. Sedih, pilu, perasaanku ketika itu tidak dapat terbayangkan dek kata-
kata. Apakan daya, kini aku hidup sebatang kara dan keseorangan.
36 Mengapakah ‘aku’ mengejutkan anak dan
isterinya?
A Kerana ‘aku’ ingin mengajak mereka keluar
mencari makanan
B Kerana ‘aku’ ingin mengajak mereka
bersarapan
C Kerana ‘aku’ ingin memberitahu bahawa dia
akan keluar mencari makanan
D Kerana ‘aku’ ingin memberitahu mereka
bahawa hari sudah siang
37 Di mana tempat ‘aku’ mencari makanan?
A Di sebuah kampung
B Di sebuah dusun
C Di sebuah sungai
D Di kawasan penanaman padi
38 Bagaimanakah suasana di tempat ‘aku’ mencari
makanan ketika mula-mula sampai?
A Bising dengan bunyi deruan motosikal
dan kereta
B Hujan lebat dan kilat sambar-menyambar
C Sunyi dan keadaan sekeliling aman damai
D Mula panas kerana matahari mula meninggi
39 Apakah sebabnya ‘aku’ bercadang untuk pulang
ke rumah?
A Kerana waktu semakin gelap
B Kerana matahari sudah meninggi dan suasana
sudah tidak sunyi lagi
C Kerana ‘aku’ mendengar bunyi tembakan
bergema di angkasa
D Kerana ‘aku’ terdengar isteri dan anaknya
ditembak oleh musuh
40 Mengapakah jantung ‘aku’ berdegup kencang?
A Kerana ‘aku’ melihat pemburu sedang
mengacukan senapang ke arah anak danisterinya
B Kerana ‘aku’ melihat mayat anak dan isteri di
hadapannya
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
8/66
C Kerana ‘aku’ melihat mayat pemburu yang
telah ditembak oleh musuh
D Kerana ‘aku’ mendengar bunyi motosikal dan
kereta yang bising
UJIAN BULANAN PERTAMA
Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Kamu dikehendaki
menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B , kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2
atau Soalan 3.
Bahagian A
(Masa dicadangkan : 15 minit)
(10 markah)
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.
1 _____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
9/66
2 _____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
3 _____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
4 _____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
5 _____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
Bahagian B
(Masa dicadangkan : 40 minit)
(30 markah)
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80
patah perkataan.
1 Gambarkan suasana di pasar malam di tempat anda.
ATAU
2 Industri pelancongan dapat menaikkan nama negara Malaysia. Cadangkan bagaimana industri pelancongan dapat
menaikkan nama negara kita.
ATAU
3 Selaku pegawai bomba anda dikehendaki menyampaikan ceramah tentang langkah-langkah keselamatan bagi
mencegah kebakaran.
Tuliskan ceramah tersebut selengkapnya.
Bahagian C
(Masa dicadangkan : 20 minit)
(20 markah)
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan.
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
10/66
Sesi persekolahan sudah sampai ke penghujungnya. Tidak lama lagi cuti persekolahan akan tiba. Sebelum cuti
persekolahan bermula, peperiksaan akhir tahun akan diadakan. Semua murid perlu menduduki peperiksaan itu. Ravi
merupakan murid tahun lima yang amat terkenal dengan kenakalan dan kemalasannya. Cikgu Amir telah
mengumumkan peperiksaan akhir tahun akan diadakan pada bulan hadapan. Ravi hanya mendengar dan tidak
mengambil apa-apa tindakan selepas Cikgu Amir membuat pengumuman itu. Ravi masih lagi bermain-main dan
malas mengulang kaji pelajaran. Sedangkan kawan-kawannya yang lain tekun mengulang kaji pelajaran. Hari
peperiksaan telah tiba. Ketika di dalam dewan peperiksaan, Ravi menjadi cemas. Ravi mula memandang ke kiri dan
kanan kerana dia tidak dapat menjawab soalan. Perasaan menyesal tiba-tiba datang dalam dirinya. Namun, semuanya
sudah terlambat. Akhirnya dia bertanya kepada rakan baiknya, Mazlan yang duduk di sebelahnya. Mazlan bersimpati
lalu menghulurkan secebis kertas yang bertulis jawapan kepada Ravi. “Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya
jatuh ke tanah jua”. Perbuatan mereka telah disedari oleh guru lalu mereka ditangkap. Perbuatan mereka telah
dilaporkan kepada guru besar. Mereka dimarahi oleh guru besar dan digantung daripada menduduki peperiksaan. Ravi
menyesal. Dia juga berasa bersalah terhadap Mazlan. Gara-gara perbuatannya, Mazlan turut digantung daripada
menduduki peperiksaan. Mereka berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. Peristiwa tersebut telah menjadi
pengajaran yang bermakna buat dirinya. Ravi berjanji akan mengubah sikapnya yang malas dan nakal itu.
UJIAN BULANAN KEDUA
Tiap-tiap soalan diikuti oleh em pat pilihan jawapan,
iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih
satu jawapan sahaja.
Soalan 1 - 17
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Laila menolong bapanya __________ semak
di belakang rumahnya.
A menebas C mengibas
B mencantas D menggunting
2 Pokok rambutan yang __________ di hadapan
rumah Zulkifli sesuai untuk dijadikan tempat
berteduh.
A ranum C tebal
B subur D rendang
3 __________ Puan Salmi ialah ibu tiri saya,__________ dia melayan saya seperti anak
kandungnya.
A Jangan ... pun
B Baik ... mahupun
C Walaupun ... namun
D Bukan sahaja .. malah
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah
4 Razali sedang mencari maklumat ___________
penyakit malaria di perpustakaan.
A untuk C tentang
B seperti D sebagai
5 ___________, pahlawan-pahlawan negaraku,
berjuanglah demi negara tercinta!
A Hai C Wahai
B Wah D Syabas
6 ____________ orang pemuda di kampung itu
telah ditangkap kerana disyaki mengedar dadah.
A Seluruh C Beberapa
B Semua D Pelbagai
7 __________ itu melayan pesakit-pesakit di Wad
Tiga Intan dengan senyuman yang manis.
A Juruacara C Jurucakap
B Jururawat D Jurufoto
8 Walaupun Nandhini anak perempuan tunggal
dalam keluarga Encik Nathan, namun dia tidak
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
11/66
_________ dimanjakan.
A telah C mesti
B sudah D pernah
9 Mata Fairuz tidak ________ apabila melihat
Datuk Siti Nurhaliza lalu di hadapannya.
A merayau-rayau C tersengih-sengih
B terpadam-padam D berkelip-kelip
Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.
10 Gerakan menyelamat dilakukan dengan segera
untuk mencari mangsa yang terperangkap
_______ tragedi runtuhan bangunan itu.
A tengah C dalam
B sudut D atas
Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.
11 Cikgu Fatin mengarahkan __________
menumpukan perhatian sewaktu di dalam kelas.
A kita C kami
B patik D hamba
12 Walaupun Norlina sudah bertugas di London
selama 10 tahun namun dia masih lagi
_________ Malaysia.
A sukarela C warganegara
B kakitangan D jawatankuasa
13Kami tidak dapat mengesan kedudukan bangkaipesawat itu dalam keadaan yang ___________.
A riuh-rendah C gilap-gemilap
B gelap-gelita D hiruk-pikuk
14 Pesakit jantung berlubang itu dihantar ke
Amerika Syarikat untuk mendapatkan
__________ lanjut.
A dirawat C merawat
B rawatan D
perawatan
15 Kakak memasukkan tiga __________ telur ayam
ke dalam adunan kek.
A ekor C ketul
B butir D buah
16 Intan Shafinaz menghadiahkan sejambak bunga
kepada _________ orang penyanyi luar negara
itu.
A dua C kedua-kedua
B kedua D berdua
17 Dari __________ kah asalnya benih pokok getah
yang ada di Malaysia pada hari ini?
A bila C mana
B siapa D berapa
18 Persahabatan antara Laili dengan Rini amat akrab
walaupun mereka baru dua minggu berkenalan.Perkataan seerti bagi akrab ialah
A jauh C sempit
B rapat D renggang
19 Suasana di dalam dewan begitu riuh selepas
penceramah itu keluar.
Perkataan berlawan bagi riuh ialah
A mesra C bising
B kecoh D senyap
Soalan 20 - 22
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan
bergaris dengan betul.
20 I Suara Cikgu Aida agak keras apabila berkata-
kata.
II Ezuan seorang yang keras kepala.
III Pak Hasyim memberi keras sebanyak RM 50
kepada tok dukun itu.
IV Tindakan keras akan diambil terhadap
kakitangan yang tidak mematuhi peraturan
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
12/66
syarikat.
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
21 I Ayah masih belum pulang meskipun hari
sudah larut malam.
II Garam larut di dalam air.
III Hati Aizan larut mendengar kata-kata
ayahnya.
IV Usia Mak Limah sudah larut.
A I dan II C I dan IV
B II dan III D III dan IV
22 I Zamri berasa segar setelah selesai beriadah.
II Gelak ketawa Mazni masih segar dalam
ingatan saya.
III Tingkah laku Mastura sangat segardipandang.
IV Sayur sawi itu masih segar kerana baru sahaja
dipetik dari kebun.
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
23 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di
bawah.
Sudah berapa lamakah encik terlibat dalam projekpenternakan ikan air tawar ini?
A Sejak muda lagi saya berminat untuk
melibatkan diri dalam projek penternakan ikan
air tawar ini.
B Kawan-kawan menggalakkan saya terlibat
dalam bidang penternakan ikan air tawar ini.
C Sudah hampir lapan tahun saya terlibat dalam
projek penternakan ikan air tawar ini.
D Saya akan bergiat dalam penternakan ikan airtawar ini selama lapan tahun.
24 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Ya, Datuk Faizul akan melancong ke Korea
pada minggu hadapan.
A Adakah Datuk Faizul masih berada di Korea
pada minggu hadapan?
B Adakah Datuk Faizul akan membatalkan
niatnya untuk melancong ke Korea pada
minggu hadapan?
C Adakah Datuk Faizul akan melancong ke
Korea pada minggu hadapan?
D Ke manakah Datuk Faizul akan melancong
pada minggu hadapan?
Soalan 25 - 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang
diberikan.
25 “Kakak menyuruh saya mengemas bilik agar saya
dapat tidur dengan nyenyak,” kata Zureen kepada
Aisyah.
A Zureen memberitahu Aisyah bahawa kakak
menyuruhnya mengemas bilik agar dia dapat
tidur dengan nyenyak.
B Zureen memberitahu Aisyah bahawa kakak
menyuruh mereka berdua mengemas bilik agar
dapat tidur dengan nyenyak.
C Zureen menyuruh kakaknya mengemas bilik
agar Aisyah dapat tidur dengan nyenyak.
D Zureen mengingatkan Aisyah agar mengemas
bilik supaya kakaknya dapat tidur dengan
nyenyak.
26 “Mengapakah adik awak menangis?” Liyana
bertanya kepada Laila.
A Liyana bertanya kepada Laila mengapa adikkamu menangis.
B Mengapa adik kamu menangis tanya Liyana
kepada Laila.
C Liyana bertanya kepada Laila mengapa
adiknya menangis.
D Laila bertanya kepada Liyana mengapa
adiknya menangis.
Soalan 27 - 30Pilih ayat yang betul.
27 A Supaya meraikan kedatangan pengurus yang
baru, satu jamuan yang meriah dianjurkan
oleh syarikat itu.
B Pedalaman longkang itu mengambil masa kira-
kira dua hari lamanya.
C Encik Zamarul memutuskan perhubungan
wanita itu dan anaknya.
D Ai Leen telah memulangkan kad pengenalanyang dijumpainya kepada tuannya.
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
13/66
28 A Majlis persandingan penyanyi terkenal itu
akan diadakan di sebuah hotel.
B Azlin mendapat sehelai kad jemputan daripada
Zaimah.
C Kasih sayang Puan Zainora terhadap anak-
anaknya memang tidak akan berbelah-belah
bagi.
D Kapal mainan itu terumbang-ambing disedut
angin.
29 I Kebakaran itu berlaku pada pukul 3.00 pagi.
II Kapal itu sudah menetap di pelabuhan itu
sejak seminggu yang lalu.
III Buku itu bukan sesuai dibaca oleh kanak-
kanak.
IV Hakimi lebih suka berkawan dengan Razi daripada Razlan.
A I dan II C I dan IV
B II dan III D III dan IV
30 I Budak perempuan yang comel itu tidak adik
saya.
II Bermacam-macam mainan terdampar di atas
lantai kerana disepahkan oleh adik.
III Nasya menempah sehelai gaun untuk majlis
hari jadinya.
IV Zila meraba-raba mukanya yang bengkak itu.
A I dan II C I dan IV
B II dan III D III dan IV
Soalan 31 - 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Wakaf Dua,
77000 Jasin,
Melaka.
Puan Rasyidah bt. Hassan,
Sekolah Kebangsaan Taman Maju,
77000 Jasin,
Melaka. 5 OGOS 2009.
Puan,
Jemputan Menjadi Pengadil Pertandingan Syarahan
Saya selaku Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Wakaf Dua ingin menjemput puan menjadipengadil bagi pertandingan yang disebut di atas.
2. Penyertaan untuk pertandingan ini hanya terbuka untuk murid tahap dua sahaja. Tujuan pertandingan ini
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
14/66
diadakan adalah untuk memilih wakil sekolah ke pertandingan syarahan antara Sekolah-sekolah Rendah Negeri
Melaka.
3. Berikut adalah butir-butir lanjut pertandingan:
(a) Tarikh : 22 Ogos 2009
(b) Hari : Sabtu
(c) Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Wakaf Dua(d) Masa : 10.00 pagi
(e) Jumlah peserta : 16 orang
4. Oleh sebab itu, pihak persatuan sangat berharap agar puan dapat memberikan jawapan sebelum 12 Ogos 2009.
Hal ini bagi memudahkan kami mencari pengganti sekiranya puan menolak tawaran kami.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,Fahmi
(AHMAD FAHMI BIN JUNAIDI)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Wakaf Dua, Jasin, Melaka.
31 Siapakah yang mengirim surat di atas?
A Setiausaha persatuanB Pengerusi persatuan
C Guru penasihat persatuan
D Guru penolong persatuan
32 Apakah tujuan surat di atas dikirim?
A Untuk menjemput Puan Rasyidah menjadi
peserta syarahan
B Untuk mengundang Puan Rasyidah menjadi
pengadil pertandingan syarahan
C Untuk meminta kebenaran daripada Puan
Rasyidah untuk mengadakan pertandingan
syarahan
D Untuk meminta Puan Rasyidah memberikan
senarai nama peserta yang akan bertanding
33 Antara berikut, yang manakah tidak benar
tentang pertandingan syarahan yang akan
diadakan tersebut?
A Pertandingan syarahan ini akan diadakan di
dewan Sekolah Kebangsaan Wakaf Dua,
Jasin
B Pertandingan syarahan ini akan diadakan
pada 22 Ogos 2009C Puan Rasyidah merupakan peserta
pertandingan syarahan
D Pemenang pertandingan ini akan mewakili
sekolah ke pertandingan syarahan antara
Sekolah-sekolah Rendah Negeri Melaka
34 Mengapakah pengirim berharap Puan Rasyidah
dapat memberikan jawapan sebelum tarikh 12
Ogos?
A Supaya pertandingan syarahan itu dapat
dilaksanakan pada hari yang ditetapkan
B Supaya bilangan peserta untuk menyertai
pertandingan itu mencukupi
C Supaya pihak pengirim dapat mencari
pengganti jika Puan Rasyidah menolak
tawaran itu
D Supaya pihak pengirim dapat menempah
dewan untuk mengadakan majlis itu dengansegera
35 Berapa orang pesertakah yang akan menyertai
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
15/66
pertandingan itu?
A 8 orang
B 12 orang
C 16 orang
D 20 orang
Soalan 36 - 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Di dalam kelas, Safuan lebih suka berkhayal dan tidak memberi tumpuan sepenuhnya ketika guru mengajar.
Tidak hairanlah, setiap kali ada ujian atau peperiksaan, Safuan akan gagal. Keputusannya amat mengecewakan. Sudahbanyak kali gurunya memberi nasihat supaya dia memberi perhatian ketika guru mengajar namun Safuan tidak pernah
mengendahkan nasihat tersebut. Safuan juga sudah tidak berminat lagi untuk belajar.
Kini, Safuan sudah berani ponteng sekolah. Dia akan berpura-pura pergi ke sekolah namun di pertengahan
jalan dia akan menyimpang ke kebun pisang ayahnya. Di situlah dia bersembunyi dengan berpakaian sekolah. Apabila
waktu tengah hari, dia akan pulang ke rumahnya. Jadi, ibu dan ayahnya tidak tahu tentang perbuatan Safuan itu.
Sudah hampir satu minggu, Safuan tidak pergi ke sekolah dan selama itulah juga tiada sesiapa yang tahu Safuan telah
ponteng sekolah. Safuan hanya memberitahu kawan karibnya iaitu Arif bahawa dia demam.
Pada suatu hari, ketika Safuan asyik duduk termenung di bawah sebatang pokok pisang, tiba-tiba dia terlihat
seekor siput sedang berusaha memanjat sebatang pokok pisang. Batang pokok pisang itu licin. Walaupun telah banyak kali siput itu jatuh namun ia tetap berusaha memanjatnya. Siput itu tidak kenal erti putus asa. Akhirnya siput itu
berjaya memanjat pokok pisang itu.
Setelah melihat kejadian itu, timbul rasa keinsafan dalam diri Safuan. Dia terus pulang ke rumah dengan azam
baru. Bermula dari hari itulah, dia telah belajar bersungguh-sungguh. Perubahan sikapnya itu telah menggembirakan
banyak pihak terutama guru-guru, ibu bapa dan juga kawan-kawannya. Akhirnya, dalam peperiksaan akhir tahun,
Safuan telah mendapat keputusan yang cemerlang.
36 Mengapakah Safuan sering gagal dalam ujian?A Dia selalu ponteng sekolah
B Dia selalu demam dan sakit
C Dia tidak memberikan tumpuan semasa guru
mengajar
D Dia tidak suka mengulang kaji pelajaran di
rumah
37 Di manakah Safuan akan bersembunyi apabila
ponteng sekolah?
A Di belakang rumahnyaB Di dalam gua berhampiran sekolah
C Di kebun pisang ayahnya
D Di dalam rumah kosong
38 Apakah alasan yang diberikan oleh Safuan
kepada Arif apabila dia tidak hadir ke sekolah
selama satu minggu?
A Sakit C Malas
B Demam D Tidak minat untuk
belajar
39 Apakah peristiwa yang telah menginsafkan diriSafuan?
A Safuan melihat air yang tidak berhenti
menitik di atas batu
B Safuan melihat siput yang berusaha
memanjat sebatang pokok pisang
C Safuan melihat burung yang terbang dari satu
tempat ke tempat yang lain untuk mencari
makanan
D Safuan melihat sekumpulan semut yangsedang mengusung makanan
40 Apakah perubahan diri Safuan selepas
menyaksikan peristiwa tersebut?
A Safuan berazam untuk mendapat tempat
pertama di dalam kelasnya
B Safuan berazam untuk belajar bersungguh-
sungguh
C Safuan berazam untuk menjadi contoh
terbaik kepada kawan-kawannya
D Safuan berazam untuk masuk ke
sekolahberasrama penuh
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
16/66
UJIAN BULANAN KEDUA
Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Kamu dikehendaki
menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B , kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2
atau Soalan 3.
Bahagian A
(Masa dicadangkan : 15 minit)
(10 markah)
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
17/66
1 _____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
2 _____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
3 _____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
4 _____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
5 _____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
Bahagian B
(Masa dicadangkan : 40 minit)
(30 markah)
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80
patah perkataan.
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
18/66
1 Anda selaku seorang Setiausaha Persatuan Pengguna sekolah.
Tuliskan satu laporan tentang aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan tersebut.
ATAU
2 Guru disiplin sekolah anda telah memberi ucapan pada majlis tahunan di sekolah anda.
Tulis semula ucapan tersebut.
ATAU
3 Anda berpeluang mengikuti keluarga bapa saudara anda menghabiskan cuti hari minggu di kampung datuk anda.
Tuliskan diari pengalaman anda sehari suntuk berada di kampung datuk anda dengan selengkapnya.
Bahagian C
(Masa dicadangkan : 20 minit)
(20 markah)
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan.
Zana merupakan seorang murid yang malas dan nakal. Dia suka mengusik kawan-kawannya yang
sedang belajar di dalam kelas. Semua kawan sekelasnya tidak menyenangi sikap Zana. Pada suatu hari, Cikgu Adibah
telah mengadakan ujian bulanan bagi mata pelajaran Matematik. Zana tidak terkejut dengan hal itu, walaupun dia
tidak mengulang kaji pelajaran tersebut. Ketika ujian berlangsung, Zana tidak dapat menjawab soalan yang diberikan.
Lalu dia meniru kertas jawapan kawannya. Tanpa disedari, Cikgu Adibah ternampak perbuatan Zana. Akibatnyakeputusan ujian Zana digantung. Zana sungguh kecewa dan marah dengan tindakan Cikgu Adibah. Selepas tamat
waktu persekolahan, Zana terus pulang ke rumah dengan menunggang basikal. Dia asyik memikirkan cara untuk
membalas dendam terhadap Cikgu Adibah. Tiba-tiba tayar basikalnya pancit sedangkan rumahnya masih jauh. Jadi,
dia terpaksa mengheret basikalnya. Ketika itu, cuaca amat panas terik. Kepanasan itu menyemarakkan lagi kemarahan
Zana. Nasib Zana ibarat, ‘Sudah jatuh ditimpa tangga’. Di sekolah, keputusan ujian Zana digantung, pulang dari
sekolah pula, basikalnya meragam.
P EP ERIK S AAN P ERTENG AH AN TAH UN - SET 1
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
19/66
Tiap-tiap soalan diikuti oleh em pat pilihan jawapan,iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih
satu jawapan sahaja.
Soalan 1 - 17
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Sejak kecil lagi Iskandar tinggal ____________
dengan keluarganya.
A dijauhkan C berjauhan
B berjauh D menjauhkan
2 Segala pesanan __________ akan patik
sampaikan kepada rakyat jelata.
A kau C tuanku
B kamu D hamba
3 ___________ caranya untuk menggunakan
komputer ini?
A Apakah C Bagaimanakah
B Berapakah D Di manakah
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.
4 Berita tentang kebakaran itu telah mendapat
liputan daripada beberapa orang __________.
A budayawan C sejarawan
B wartawan D hartawan
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.
5 Cikgu Zaki sedang berbincang _________ Guru
Besar di bilik mesyuarat.
A oleh C dengan
B antara D tentang
6 __________, susah betul soalan Matematik ini!
A Cis C Huh
B Aduh D Amboi
7 Zuhairi ingin memenangi pertandingan menyanyi.
___________, setiap hari dia berlatih dengan
bersungguh-sungguh.
A Sungguhpun C Oleh itu
B Meskipun D Sedemikian
Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.
8 Datuk sedang ______ kayu itu dengan sebilah
kapak.
A mengerat C membelah
B memotong D menghiris
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.
9 Pendaki itu berusaha ___________ gunung yang
tinggi itu.
A menaiki C menuruni
B mendaki D merenangi
10 Polis menjumpai se ___________ pisausemasa menyiasat kes pembunuhan penyanyi
terkenal itu.
A batang C bilah
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
20/66
B buah D laras
11 Usaha mencari mangsa helikopter yang
terhempas itu telah dihentikan _________ cuaca
buruk.
A kerana C semasa
B hingga D selagi
12 Lee Ming mendapat tempat __________ dalam
pertandingan Kuiz Sains itu.
A berdua C kedua
B dua-dua D kedua-kedua
13 Rambut pemuda itu __________ dan bau
badannya sungguh meloyakan kerana sudah
berbulan-bulan dia tidak mandi.
A compang-camping C kurus-kurus
B kusut-masai D jarang-jarang
14 Juara pertandingan memancing itu akan
menerima sebuah kereta ___________ tiket
percutian melancong ke luar negara.
A lalu C serta
B atau D tetapi
15 Se __________ buaya ditemui mati di tepi sungai
itu semalam oleh penduduk kampung.A ekor C pasukan
B kawan D gugus
16 “________ akan sampai ke Muzium Negara
sebentar lagi,” kata Cikgu Rohani kepada murid-
muridnya.
A Kamu C Kita
B Anda D Engkau
17 Azli terjaga daripada tidur apabila terdengar
bunyi sudu yang jatuh ___________ ke lantai.
A berdentum C berdering
B berdenting D berdecit
18 Pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak kerajaan
untuk membanteras gejala lumba haram di negara
ini.
Perkataan seerti bagi membanteras ialah
A mencegah C meranap
B menghindar D menghabiskan
19 Azri segera menelan ubat batuk itu apabila
disuruh oleh ibu.
Perkataan berlawan bagi menelan ialah
A menyedut C menggigit
B menghirup D meluah
Soalan 20 - 22
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataanbergaris dengan betul.
20 I Murid yang melanggar peraturan sekolah
akan dihukum.
II Sebuah kereta telah melanggar tiang lampu
di jalan itu pada pagi tadi.
III Nenek sedang melanggar tikar mengkuang.
IV Sebagai pelajar kita haruslah sanggup
melanggar cabaran dan rintangan.
A I dan II C I dan IV
B II dan III D III dan IV
21 I Budak itu masih lagi berada dalam ketakutan.
II Jenny datang daripada keluarga yang berada.
III Pak Long duduk di berada rumahnya sambil
membaca surat khabar.
IV Ayah masih berada di luar negara kerana
urusan perniagaannya belum selesai.
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
22 I Pak Utih menanam sayuran di belakang
rumahnya.
II Encik Zarul bersedia untuk menanam modal
sebanyak RM 5 juta dalam syarikat
pembinaan.
III Bom itu telah menanam dua buah kereta.
IV Masalah itu sentiasa menanam fikirannya.
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV
23 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di
bawah.
Sudahkah kamu membeli barang yang dipesan
oleh ibu pada petang tadi?
A Ya, barang yang dipesan oleh ibu telah saya
beli.
B Barang yang dipesan oleh ibu akan
digunakan pada malam nanti.
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
21/66
C Tidak mungkin dia dapat membeli barang
yang dipesan oleh ibu pada petang tadi.
D Barang-barang itu telah dibeli oleh ibu.
24 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di
bawah.
Puan Shahima menasihati anak-anaknya supaya
belajar bersungguh-sungguh.
A Apakah nasihat Puan Shahima kepada anak-
anaknya?
B Bagaimanakah caranya Puan Shahima
menasihati anak-anaknya?
C Mengapakah Puan Shahima menasihati anak-
anaknya?
D Siapakah yang menasihati anak-anak Puan
Shahima?
Soalan 25 - 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang
diberikan.
25 “Saya akan bertolak ke kampung pada petang
ini,” kata Zetti kepada Sofia.
A Zetti berkata bahawa dia akan balik dari
kampung pada petang nanti kepada Sofia.
B Zetti diberitahu oleh Sofia bahawa dia akan
balik dari kampung pada petang nanti.
C Zetti mengatakan kepada Sofia bahawa dia
akan balik ke kampung pada petang nanti.
D Sofia memberitahu Zetti bahawa dia akan
balik ke kampung pada petang nanti.
26 Kerja-kerja menghias dewan itu telah dilakukan
oleh murid-murid Tahun Enam Cempaka.
A Murid-murid Tahun Enam Cempaka telah
diarahkan untuk menghias dewan itu.
B Murid-murid Tahun Enam Cempaka yang
telah menghias dewan itu.
C Murid-murid itu telah menghias bilik darjah
Tahun Enam Cempaka.
D Murid-murid Tahun Enam Cempakalah yang
telah menyiapkan kerja-kerja di dalam dewan
itu.
Soalan 27 - 30
Pilih ayat yang betul.
27 A Pengawal keselamatan itu duduk di situ
daripada pagi sampai petang.
B Di petang ini saya akan pergi ke rumah
nenek.
C Bangunan itu dibina pada tahun 1974.
D Baju itu milik mana?
28 A Kakak sedang meraut rumput di halaman
rumah.
B Abang sedang mandi dan menyanyi di dalam
bilik air.
C Hassan merupakan juara amat termuda sekali
dalam acara itu.
D Pemuda itu kelihatan kacak apabila memakai
baju Melayu.
29 I Anggota tentera itu menggunakan sebilah
senapang untuk menembak pengganas.
II Hisham membawa seberkas kayu api dari
dalam hutan.
III Farisya masih berjaga meskipun hari sudah
larut malam.
IV Kawannya ayah undang ke rumah.
A I dan II C I dan IV
B II dan III D III dan IV
30 I Nenek sedang menganyam ketupat ketika
kami tiba di kampung.
II Parut di muka Rusdi tidak akan hapus sampai
bila-bila.
III Bakti Samad tidak berkira di kampung ini.
IV Amin dan Veelu dalam perjalanan ke sekolah
sewaktu kemalangan itu berlaku.
A I dan II C I dan IV
B II dan III D III dan IV
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
22/66
Soalan 31 - 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
No. 526, Jalan Sentosa,
Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
18 April 2009.
Ke hadapan Ahmad Faiz yang berada di Kampung Nibong, semoga berada dalam keadaan sihat. Bagi diri saya
dan keluarga di sini sentiasa sihat.
Saudara,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu saudara sekeluarga bahawa saya dan keluarga akan
menziarahi saudara pada cuti persekolahan nanti, iaitu pada 29 Mei. Kami akan tiba di rumah saudara pada petang
tersebut. Setahu saya, keluarga saya telah memaklumkan tentang hal ini kepada keluarga sa
Bagaimanakah dengan pelajaran saudara? Tentu saudara telah banyak membuat persiapan untuk menghadapi
peperiksaan. Saya di sini sentiasa berusaha untuk meningkatkan pencapaian saya dalam akademik. Saya berharapsemoga saudara akan berjaya dalam setiap usaha yang telah saudara lakukan.
Saya amat berharap ketika saya sekeluarga datang menziarahi saudara nanti, saudara berada di rumah, dapatlah
kita berborak panjang. Lagipun sudah terlalu lama kita tidak berjumpa. Banyak cerita yang ingin saya bualkan dengan
saudara. Jadi, saudara tunggulah kedatangan kami nanti.
Nampaknya cukuplah sampai di sini dahulu buat kali ini. Semoga kita bersua lagi di lain lembaran. Sekian,
terima kasih.
Sepupumu,
Hafz Azizi
31 Di manakah penulis tinggal?
A Di Kampung Nibong
B Di Taman Sentosa
C Di Taman Sri Gombak
D Di Kampung Selangor
32 Apakah tujuan penulis menulis surat ini kepada
Ahmad Faiz?
A Untuk mengajak Ahmad Faiz dan
keluarganya datang ke rumahnya
B Untuk mengajak Ahmad Faiz belajar
bersama-sama
C Untuk memberitahu bahawa penulis dan
keluarganya akan datang melawat Ahmad
Faiz sekeluarga
D Untuk menyuruh Ahmad Faiz menyambutpenulis dan keluarganya
33 Bilakah penulis dan keluarganya akan datang
menziarahi Ahmad Faiz sekeluarga?
A Pada pagi esok
B Pada petang nanti
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
23/66
C Pada hujung minggu nanti
D Pada cuti persekolahan nanti
34 Maksud pencapaian dalam petikan ini ialah
A prestasi
B anugerah
C penghargaan
D kemenangan
35 Apakah harapan penulis apabila datang ke rumah
Ahmad Faiz?
A Ahmad Faiz dapat belajar dengannya
B Semua saudara-mara menyambut kedatangan
mereka
C Ahmad Faiz berada di rumah
D Ahmad Faiz membawanya bersiar-siar disekitar kampung
Soalan 36 - 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
L aporan Tentang Pertandingan Syarahan
S ekolah Kebangsaan Sri Nilam, Selangor
Sekolah Kebangsaan Sri Nilam telah mengadakan pertandingan syarahan antara kelas-kelas di sekolah ini.
Pertandingan itu diadakan pada 26 Mac 2009 di dewan sekolah.
Tujuan pertandingan syarahan ini diadakan adalah untuk memilih wakil sekolah ke pertandingan syarahan di
peringkat sekolah. Selain itu, pertandingan syarahan tersebut dapat mencungkil bakat murid serta melatih murid
menjadi berani dan pandai berpidato. Pertandingan ini terbuka kepada murid tahap dua sahaja.
Pertandingan ini dihakimi oleh Guru Penolong Kanan, Cikgu Zalia bt Zubir, Guru Kanan Bahasa Malaysia,
Cikgu Aisyah bt Abd Salam, dan Guru Kanan Sains dan Matematik, Cikgu Amran bin Awang. Tajuk syarahan yang
disampaikan ialah ‘Disiplin Asas Kejayaan’.
Juara syarahan dimenangi oleh Amira bt Mukmin dari Tahun Lima Anggerik manakala pemidato terbaik
disandang oleh Shahril bin Abu Bakar dari Tahun Enam Melati. Pihak sekolah berjaya mencungkil bakat murid serta
memilih wakil murid ke pertandingan syarahan di peringkat sekolah nanti.
Harapan kami agar wakil sekolah akan dapat mencipta kejuaraannya dalam pertandingan tersebut.
Yang menjalankan tugas, 28 Mac 2009.
Fahrin
(FAHRIN BIN RASHDAN)Ketua Pengawas,
Sekolah Kebangsaan Sri Nilam,
Selangor.
36 Bilakah pertandingan syarahan tersebut
diadakan?
A 22 Mac 2009
B 24 Mac 2009
C 26 Mac 2009D 28 Mac 2009
37 Siapakah yang layak menyertai pertandingan
syarahan tersebut?
A Murid-murid tahun 1, 2, dan 3 sahaja
B Murid-murid tahun 3, 4, dan 5 sahaja
C Murid-murid tahun 4 dan 5 sahaja
D Murid-murid tahun 4, 5, dan 6 sahaja
38 Antara berikut, yang manakah bukan merupakan
tujuan pertandingan syarahan ini diadakan?
A Untuk mencungkil bakat murid
B Untuk melatih murid menjadi berani dan
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
24/66
pandai berpidato
C Untuk menggalakkan murid-murid menyertai
pelbagai pertandingan yang diadakan di
peringkat sekolahD Untuk memilih wakil sekolah ke
pertandingan syarahan di peringkat sekolah
39 Siapakah yang telah memenangi pertandingan
syarahan tersebut?
A Murid Tahun Enam Melati
B Murid Tahun Lima Anggerik
C Murid Tahun Empat Melati
D Murid Tahun Enam Anggerik
40 Apakah harapan pihak sekolah dengan
penganjuran pertandingan tersebut?
A Pertandingan tersebut berjalan lancar
B Pertandingan tersebut mendapat sambutanhangat daripada murid-murid
C Wakil sekolah akan dapat mencipta kejayaan
dalam pertandingan tersebut
D Dapat memupuk semangat berkerjasama di
antara semua pihak yang terlibat dalam
pertandingan itu
P EP ERIK S AAN P ERTENG AH AN TAH UN - SET 1
Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Kamu dikehendaki
menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B , kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2
atau Soalan 3.
Bahagian A
(Masa dicadangkan : 15 minit)
(10 markah)
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
25/66
1 _____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
2 _____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
3 _____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
4 _____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
5 _____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
Bahagian B
(Masa dicadangkan : 40 minit)
(30 markah)
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80
patah perkataan.
1 Anda bersekolah dan tinggal di asrama penuh. Tuliskan sepucuk surat kepada keluarga anda di kampung.
Ceritakan tentang keadaan anda dan beritahu mereka bahawa anda akan pulang pada cuti persekolahan akan
datang.
ATAU
2 Tuliskan sebuah syarahan yang bertajuk ‘Kepentingan Disiplin dalam Hidup Setiap Manusia.’
ATAU
3 Aktiviti pertanian mempunyai potensi yang cerah jika diusahakan dengan gigih. Para petani akan mendapat
faedah yang banyak jika mengusahakannya dengan bersungguh-sungguh. Bincangkan.
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
26/66
Bahagian C
(Masa dicadangkan : 20 minit)
(20 markah)
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan.
Ramli mempunyai sebuah gerai ikan bakar di Kajang. Ramli membuka gerai tersebut dengan modal
permulaan sebanyak RM 500. Gerai ikan bakar Ramli memang dikenali ramai. Gerainya sentiasa mendapat sambutan
hangat bukan sahaja daripada penduduk setempat malahan daripada penduduk luar. Mereka datang dari jauh semata-
mata ingin menikmati kesedapan dan keenakan ikan bakar Ramli. Gerai Ramli menjadi sebutan dan tidak hairanlah
jika gerainya sentiasa dipenuhi pengunjung pada setiap malam. Setelah perniagaan Ramli maju, dia tidak mampu lagi
untuk menguruskan gerai ikan bakarnya sendirian. Ramli mengambil beberapa orang pekerja untuk membantunya.
Walaupun Ramli sibuk dan letih, namun dia tetap memberi layanan yang baik kepada para pelanggannya. Kepuasan
hati pelanggan merupakan kepuasan bagi dirinya. Pada tahun berikutnya, perniagaan Ramli tidak tertumpu pada ikan
bakar sahaja tetapi disediakan juga sotong bakar dan kerang bakar. Idea untuk menjual sotong dan kerang bakar
adalah cadangan daripada seorang pelanggannya yang sering kali berkunjung ke gerainya. Ramli bercita-cita ingin
membuka gerai ikan bakar yang lebih besar pada suatu hari nanti. Jika dia berusaha dengan gigih, impiannya pasti
akan menjadi kenyataan.
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
27/66
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN - SET 2
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan,iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu
jawapan sahaja.
Soalan 1 - 17
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.
1 Hanif tidak terdaya untuk ___________ meja
yang diperbuat daripada kayu jati itu sendirian.
A menarik C mengangkat
B menjulang D mendukung
2 Beberapa orang __________ sedang
memperagakan pakaian batik dari butik yang
terkenal di ibu kota.
A seniwati C olahragawati
B sukarelawati D peragawati
3 Cikgu Razali terpaksa _________ untuk
meleraikan pergaduhan antara Nazrul dengan
Hakimi.
A cari fasal C campur gaul
B beri muka D campur tangan
4 Rasa kuih ini sangat ________ .
A masin C manis
B payau D masam
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.
5 Penghibur itu bukan sahaja bersuara merdu
______ pandai berkomunikasi dengan penonton.
A seraya C serta
B malahan D manakala
6 ________ itu sedang berusaha mencari maklumat
tentang kejadian tanah runtuh itu.
A Hartawan C Wartawan
B Sukarelawan D Usahawan
7 Pihak polis telah mengadakan sekatan jalan raya
_______ menangkap banduan yang berjaya
melepaskan diri dari Penjara Kajang semalam.
A dalam C akan
B atau D untuk
8 Ibu menggunakan pisau yang ________ untuk
menghiris bawang.
A tajam C licin
B runcing D licik
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.
9 Sebanyak dua ________ kereta bomba
digunakan untuk memadamkan kebakaran yang
melibatkan sepuluh buah rumah di Taman
Sentosa semalam.
A biji C butir
B buah D batang
Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.
10 Aidil sering tertinggal bas untuk ke sekolah.
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
28/66
_______ dia bercadang untuk tinggal di asrama.
A Oleh itu C Namun demikian
B Sungguhpun D Walaupun demikian
11 Pameran lukisan di Balai Seni Lukis Negara itu
telah berjaya _________ perhatian orang ramai
untuk mengunjunginya.
A ditarik C penarikan
B tarikan D menarik
12 Reza ________ roti canai yang diminta oleh
pelanggannya itu sambil bersiul.
A menebas C merentang
B melibas D menebar
13 Ah Seng terserempak dengan Mona ________
pulang dari sekolah.
A kerana C seketika
B sewaktu D selagi
14 Semenjak Kamil berhijrah ke kota _________
hendak menjenguk, menulis surat __________
dia tidak mahu.
A kian ... kian
B walaupun ... namun
C jangankan... pun
D sama ada... ataupun
15 Kamal sentiasa dikelilingi oleh ahli keluarganya
sewaktu dia __________ keadaan koma.
A untuk C hingga
B dalam D dengan
16 Di dalam makmal tersebut terdapat pelbagai jenis
___________ berasid yang digunakan untuk
tujuan uji kaji.
A cecair C pepejal
B bebalang D tetangga
17 Sudah _______ nenek tidak menjamah makanan
kerana mengenangkan perbuatan cucunya yang
biadab itu.
A berhari-hari C berpuluh-puluh
B berdekad-dekad D berabad-abad
18 Haris Fadzilah tidak menyatakan alasan
ketidakhadirannya sewaktu latihan hoki
semalam. Perkataan seerti bagi
alasan ialah
A saranan C andaian
B jawapan D sebab
19 Nurul bukan sahaja kaya malahan juga seorang
yang beradab sopan.
Perkataan berlawan bagi beradab ialah
A boros C biadap
B bongkak D sombong
Soalan 20 - 22
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan
bergaris dengan betul.
20 I Encik Zahid ialah pengurus bank di Eon
Bank Seri Kembangan.
II Baju itu ialah kepunyaan abang yang dibeli
oleh ayah semalam.
III Berita kematian penyanyi terkenal yang
disiarkan di muka depan akhbar itu ialah
tidak benar.
IV Gunung Kinabalu ialah gunung yang
tertinggi di Malaysia.
A I dan II C I dan IV
B II dan III D III dan IV
21 I “Encik, jalan yang manakah menuju ke
Wisma Putra?” Tanya wanita itu.
II Zana cuba mencari jalan bagi mengatasi
masalah tersebut.
III Camelia mengucapkan selamat jalan kepada
abangnya.
IV Perbuatan mencuri adalah hina di jalan
undang-undang.
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
22 I Tingkah laku dan tutur kata guru adalah
cermin kepada para pelajar.
II Pemuda yang bercermin mata itu sering
mengekori kakak.
III Air mukanya cerah seperti cermin setelah
mendengar berita baik itu.IV Kala membelek-belek raut mukanya di
hadapan cermin.
A I, II dan III C I, III dan IV
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
29/66
B I, II dan IV D II, III dan IV
23 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di
bawah.
Apakah rancangan kamu pada hujung minggu
ini?
A Rancangan saya selepas memancing ialah
mengadakan satu jamuan ringan di rumah.
B Saya bercadang hendak pergi memancing
pada hujung minggu ini.
C Rancangan tentang memancing di laut akan
disiarkan pada hujung minggu ini.
D Saya dan bapa berasa gembira kerana dapat
memancing pada hujung minggu ini.
24 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di
bawah.
Latihan bagi pemain-pemain bola sepak di
bawah umur 12 tahun itu akan diadakan di
Stadium Shah Alam.
A Siapakah yang akan melatih mereka di
Stadium Shah Alam?
B Berapa orangkah pemain yang akan
menyertai latihan itu?
C Di manakah mereka akan menjalani latihan
bola sepak?
D Mengapakah latihan bola sepak itu diadakan
di Stadium Shah Alam?
Soalan 25 - 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang
diberikan.
25 Budak lelaki itu lari lintang-pukang apabila
dikejar oleh anjing.
A Apabila dikejar oleh anjing, budak lelaki itu
lari lintang-pukang.
B Apabila ternampak anjing, budak lelaki itu
lari lintang-pukang.
C Anjing itu lari lintang-pukang kerana
mengejar budak lelaki itu.
D Budak lelaki itu lari lintang-pukang kerana
mengejar anjing.
26 “Saya akan bercuti ke Pulau Tioman padabulan hadapan,” kata Anis kepada Jessie.
A Anis dan Jessie mengatakan bahawa mereka
akan bercuti ke Pulau Tioman pada bulan
hadapan.
B Anis bertanya kepada Jessie tentang
keindahan Pulau Tioman.
C Anis memberitahu Jessie bahawa dia akan
bercuti ke Pulau Tioman pada bulan hadapan.
D Jessie memberitahu Anis bahawa dia akan
bercuti ke Pulau Tioman pada bulan hadapan.
Soalan 27- 30
Pilih ayat yang betul.
27 A Tulisannya terlalu hodoh sehingga sukar
dibaca.
B Mata Zaidi cerah semula selepas menjalani
pembedahan.
C Ubi yang direbus oleh kakak terlalu empuk.
D Malam ini bulan nampak kelam dan tidak
bermaya.
28 A Adik menghalau anak ayam itu masuk ke
dalam reban.
B Otak-otak yang sihat bermula daripada badan
yang segar.
C Kamarul cukup pandai di dalam seni mempertahankan diri.
D Perabot itu diperbuat dari rotan.
29 I Pekerja itu sedang baiki longkang yang
tersumbat itu.
II Hanis sedang kursus di Universiti Malaya.
III Beribu orang telah terkorban dalam bencana
itu.
IV Dawai yang lurus itu melembut kerana terlalupanas.
A I dan II C I dan IV
B II dan III D III dan IV
30 I Hassan sering berkasar terhadap isterinya.
II Ayam jantan itu berkokok pada waktu pagi.
III Ramona memetik sehelai bunga mawar putih.
IV Atikah tinggal bergelapan semenjak bekalan
elektrik ke rumahnya terputus.
A I dan II C I dan IV
B II dan III D III dan IV
Soalan 31 - 35
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
30/66
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Aku merupakan sebuah pantai yang indah, nyaman, dan damai. Nama aku ‘Pantai Intan Baiduri’. Aku terletak di
Kemaman, Terengganu. Daerahku terkenal dengan keropok lekor.
Aku terkenal sebagai sebuah pantai yang bersih dan masih belum tercemar. Hal ini kerana pengunjung yang
menziarahiku pada setiap tahun tidaklah begitu ramai berbanding sahabatku yang lain. Contohnya, Pantai Chendor,
Pantai Rantau Abang, Pantai Batu Buruk, Pantai Cherating, Pantai Batu Hitam dan lain-lain lagi. Mereka sering
menjadi tumpuan para pengunjung tanpa mengira waktu. Bentuk badanku yang luas, pasirku yang memutih bersih danpersekitaran yang aman menjadikan aku kelihatan menawan. Setiap hari aku hanya bertemankan Sang Ombak yang
sering datang dan pergi tanpa jemu.
Sekali-sekala aku dikunjungi oleh penulis atau dikenali juga sebagai pencinta alam. Mereka datang ke sini untuk
mencari ilham. Mungkin persekitaranku yang aman dan pemandanganku yang indah menjadikan aku destinasi pilihan
mereka. Aku suka melihat gelagat mereka. Mata pena tak lekang di tangan mereka. Ada juga pengunjung yang datang
ke sini untuk melepaskan kebosanan menjalani aktiviti seharian dengan memancing ikan. Sang Ombak pernah
menceritakan kepadaku bahawa di perutnya penuh dengan pelbagai jenis ikan dan hidupan laut yang tidak diketahui
oleh manusia.
Pada suatu hari, aku dikejutkan dengan kedatangan sekumpulan remaja. Mereka datang untuk berkelah. Suasana
aman bertukar menjadi bising dan merimaskan aku. Mereka memasang radio dengan kuat dan menari mengikut rentak
iramanya. Selepas itu, mereka bermandi-manda di laut. Sang Ombak terus membelai mereka tanpa mempedulikan
perasaanku. Sisa-sisa makanan seperti kertas, plastik, botol minuman, dan sebagainya berselerakan di atas dadaku.
Walaupun tong sampah telah pun disediakan tetapi mereka masih membuangnya di merata-rata. Kini aku telah
menjadi kotor dan tidak cantik lagi. Aku berasa sungguh sedih dan marah dengan sikap remaja tersebut. Tanpa
kusedari, Sang Ombak dapat menyelami perasaanku lalu ia mengheret semua kotoran ke laut. Aku kembali bersih dan
segar seperti sediakala.
Terima kasih, Sang Ombak. Hanya engkau sahaja yang mengerti hati dan perasaanku. Aku gembira dan aku tidak
pernah sunyi walaupun tidak ada sesiapa yang menjengukku di sini. Aku ingin menjadi sebuah pantai yang bersih dan
terpelihara daripada kotoran.
31 Di manakah letaknya ‘aku’ dalam petikan di
atas?
A Di Terengganu
B Di Kelantan
C Di Johor
D Di Negeri Sembilan
32 Antara berikut, yang manakah bukan kelebihan diri ‘aku’?
A Mempunyai kawasan yang luas
B Mempunyai pasir memutih bersih
C Mempunyai persekitaran yang aman
D Mempunyai pelbagai jenis ikan di dalam
perutnya
33 Apakah yang sering menemani ‘aku’?
A Sang Ombak
B Pencinta alam
C Sekumpulan remaja
D Ikan-ikan dan pelbagai jenis hidupan laut
34 Apakah maksud merimaskan dalam petikan di
atas?
A Merunsingkan C Mengganggu
B Memenatkan D Menghalang
35 Mengapakah ‘aku’ sangat marah dengan sikap
remaja tersebut?
A Kerana mereka memasang radio dengan kuat
dan menari di atas ‘aku’
B Kerana mereka membuang sampah di atas
‘aku’
C Kerana mereka mandi-manda di laut
D Kerana Sang Ombak membelai mereka tanpa
mempedulikan perasaan ‘aku’
Soalan 36 - 40
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
31/66
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Musim tengkujuh muncul lagi. Kedatangan musim tersebut sedikit sebanyak meninggalkan kesan kerana lautlah
sumber rezeki kami. Ayahku bekerja sebagai nelayan sejak berbelas-belas tahun yang lalu. Ibuku sudah lama
meninggal dunia. Tinggallah aku dan ayah meneruskan hidup. Ayah akan tetap turun ke laut walaupun laut bergelora.
Di kelas akulah murid yang paling lemah. Semenjak kematian ibuku tiga tahun yang lalu, aku sudah tidak
berminat untuk meneruskan persekolahan lagi. Tetapi ayah tidak suka aku berhenti sekolah kerana katanya hanya
dengan pendidikan sahaja dapat mengubah taraf hidup seseorang. Bagi aku, sudah tiada ertinya aku meneruskan
persekolahan jika orang yang aku sayangi sudah tidak ada lagi. Lantaran itu, aku sering ponteng sekolah. Aku lebih
suka menghabiskan masa merayau-rayau di pusat membeli-belah. Aku juga tidak suka menolong ayah membuat kerja
walaupun ayah pernah mengajak aku ke laut untuk merasai betapa peritnya untuk mendapat sesuap nasi. Bagi aku, ini
bukan masanya kerana aku masih budak dan hidupku perlu terisi dengan keseronokan.
Perasaan belas terhadap ayah tidak pernah wujud dalam diriku kerana pada pendapatku, sudah menjadi
tanggungjawab ayah mencari nafkah. Apa yang aku inginkan selalunya ayah akan tunaikan. Jadi, aku boros berbelanja
dan selalu menipu ayah. Aku tahu ayah ingin melihat aku berjaya dalam pelajaran. Katanya tanpa pelajaran, kita akan
dipandang rendah dan sentiasa ketinggalan. Di sekolah aku selalu bergaduh dengan kawan sekelas dan menyebabkan
aku dipulau oleh kawan-kawan.
Pada suatu hari, hujan turun dengan lebat menyebabkan aku malas untuk bangun. Ayah tetap bersiap untuk turunke laut walaupun laut masih bergelora. Ayah mengejutkan aku untuk pergi ke sekolah. Aku bangun juga walaupun
diulit rasa malas yang amat sangat. Sebelum pergi, ayah sempat berpesan kepadaku supaya aku belajar bersungguh-
sungguh kerana aku seorang sahaja harapannya. Selepas ayah pergi, aku menyambung semula tidurku dan tidak pergi
ke sekolah. Tidak sedikit pun rasa bersalah mengundang dalam diriku. Sehari suntuk aku menghabiskan masa dengan
tidur.
Hari hampir senja, ayah masih belum pulang. Hujan dan ribut semakin menjadi-jadi. Entah mengapa, ketika itu
hatiku diusik rasa bersalah yang amat sangat. Aku terus menunggu ayah sehingga lewat malam. Tapi bayangnya pun
masih belum kelihatan. Tiba-tiba dari jauh aku lihat beberapa orang kampung menuju ke rumahku. Perkhabaran yang
aku terima cukup memeranjatkan. Ayahku telah hilang di laut. Sekali lagi aku kehilangan tempat bergantung. Baru
kini aku faham akan kata-kata ayahku dahulu. Tetapi itu semua sudah terlambat. Ayah kini sudah tiada lagi.
Tinggallah aku sebatang kara untuk meneruskan kehidupan yang semakin mencabar.
36 Siapakah yang menjaga ‘aku’ selepas kematian
ibunya?
A Abangnya
B Ayahnya
C Sepupunya
D Datuknya
37 Mengapakah ‘aku’ tidak berminat untuk
meneruskan persekolahan?
A Kerana kesusahan hidup keluarganya
B Kerana tidak mahu menyusahkan ayahnya
C Kerana kehilangan ibu yang disayanginya
D Kerana ‘aku’ lebih suka menghabiskan masa
dengan berseronok
38 Apakah yang selalu diingatkan oleh ayahnyakepada diri ‘aku’?
A Supaya sentiasa mengikutnya ke laut untuk
mengetahui kesusahan nelayan mencari
rezeki
B Supaya tidak merayau ke tempat-tempat yang
tidak sepatutnya
C Supaya belajar bersungguh-sungguh kerana
dengan pelajaran sahaja dapat mengubah
nasib dirinya
D Supaya berjimat cermat dengan wang
pemberiannya
39 Antara berikut, yang manakah bukan sifat diri
‘aku’?
A Mudah berputus asa
B Tidak suka menolong ayahnya
C Suka menipu dan boros berbelanja
D Taat pada bapanya
40 Apakah pesanan terakhir ayah kepada ‘aku’
sebelum hilang di laut?
A Supaya ‘aku’ rajin pergi ke sekolah
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
32/66
B Supaya ‘aku’ menjaga diri
C Supaya ‘aku’ belajar bersungguh-sungguh
D Supaya ‘aku’ terus pulang ke rumah setelah
tamat waktu persekolahan
P EP ERIK S AAN P ERTENG AH AN TAH UN - SET 2
Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Kamu dikehendaki
menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B , kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2
atau Soalan 3.
Bahagian A
(Masa dicadangkan : 15 minit)
(10 markah)
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
33/66
1 _____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
2 _____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
3 _____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
4 _____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
5 _____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
Bahagian B
(Masa dicadangkan : 40 minit)
(30 markah)
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80
patah perkataan.
1 Tuliskan sebuah karangan bertajuk ‘Aku Seorang Pramugari’.
ATAU
2 Tuliskan sebuah karangan berpandukan peribahasa “Mendengar Guruh di Langit, Air Tempayan Dicurahkan”.
ATAU
3 Alam yang ceria sudah pasti dapat menenangkan fikiran kita.
Nyatakan langkah-langkah untuk memelihara persekitaran sekolah.
Bahagian C
(Masa dicadangkan : 20 minit)
(20 markah)
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan.
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
34/66
Aku dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Kehidupan keluargaku umpama ‘kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang’. Bapaku seorang penoreh getah manakala ibuku seorang suri rumah. Aku bercita-cita tinggi iaitu ingin
menjadi seorang doktor. Aku berhasrat pada suatu hari nanti aku akan dapat membela nasib keluargaku yang miskin.
Setiap hari, aku berjalan kaki ke sekolah. Walaupun perjalanan ke sekolah agak jauh namun itu tidak melemahkan
semangatku untuk belajar. Ayahku tidak mampu membelikan sebuah basikal untukku berulang alik ke sekolah. Di
dalam kelas ketika guru mengajar, aku amat tekun dan memberi sepenuh perhatian pada pelajaran. Aku juga tidak
menghiraukan rakan-rakan yang suka berbual kosong dan bermain-main ketika guru tiada di dalam kelas. Aku terus
berusaha dan akhirnya usahaku selama ini tidak sia-sia. Aku mendapat 11A dalam peperiksaan SPM dan dinobatkan
sebagai pelajar cemerlang. Aku sungguh gembira apatah lagi kedua orang tuaku. Ibu menitiskan air mata kerana
terlalu gembira dengan kejayaanku. Dengan kecemerlangan ini aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke
Universiti Malaya dalam jurusan perubatan. Di universiti aku teruskan usahaku dan menumpukan sepenuh perhatian
pada pelajaran untuk merealisasikan impianku. Aku bersyukur kerana cita-cita dan impianku untuk menjadi seorang
doktor telah tercapai dan bukan lagi angan-angan. Kini, aku sudah bergelar doktor. Aku mahu berbakti kepada
masyarakat.
UJIAN BULANAN KETIGA
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan,
iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu
jawapan sahaja.
Soalan 1 - 17
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Nadhirah _________ baju-baju kurung yang sudah
dilipat itu ke dalam almari supaya tidak
_________.
A meletakkan ... berkedut
B memasukkan ... bersepah
C menggantungkan ... berkemas
D menyangkut ... berkeliaran
2 Rumah nenek _________ dengan suara ______nya
yang pulang ke kampung.
A hiruk-pikuk ... ipar duai
B riuh-rendah ... cucu-cucu
C haru-biru ... saudara-mara
D hingar-bingar ... jiran tetangga
3 Ayah menghadiahi ibu se _________ anting-
anting dan se _________ bunga sempena ulang
tahun perkahwinan mereka.A utas ... bait C pasang ... jambak
B helai ... rawan D bentuk ... untai
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.
4 ________, berani kamu mempermain-mainkan
aku!” kata Aina kepada adiknya Aini dengan
marah.
A Eh C Hai
B Oh D Cis
5 Jambatan _________ merupakan jambatan yang
terpanjang di Malaysia.
A Kelantan C Negeri Sembilan
B Melaka D Pulau
Pinang
6 Puan Mona tidak tidur semalaman kerana bimbang
akan _________ anaknya yang masih belum
pulang setelah ke bandar sejak semalam.
A menyelamat C diselamatkan
B keselamatan D terselamat
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
35/66
7 “_________ kamu suka _________ tidak, saya
tetap akan memberitahu perkara itu kepada
bapa,” kata Amira kepada adiknya.
A Sungguhpun ... dan C Sama ada ... atau
B Walaupun ... dan D Ketika ... atau
Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.
8 Wajah pengantin itu __________ kerana menahan
malu sewaktu bersanding di atas pelamin.
A kebiru-biruan
C kemerah-merahan B
kehairan-hairanan D kecil-kecilan
9 Zarina melompat ke _________ kerusi apabila
seekor tikus tiba-tiba melintas di hadapannya.
A barat C penjuru
B atas D tengah
10 “__________ mesti belajar bersungguh-sungguh
untuk mencapai kejayaan yang cemerlang,”
nasihat Cikgu Hazil kepada murid-muridnya.
A Kami C Kamu
B Engkau D Saudara
11 Abang menyangkut _______ kunci pada
penyangkut di pintu.
A segugus C seberkas
B serumpun D setangkai
12 Kawasan perkelahan di Ulu Yam menjadi tumpuan
ramai kerana air sungainya yang _______ dan
suasana sekelilingnya yang _________.
A cetek ... hangat C jernih ... nyaman
B deras ... padat D sejuk ... gelap
13 Zila tidak __________ berani berjalan seorang diri
setelah disamun oleh seorang lelaki beberapa
hari yang lalu.
A jua C juga
B lagi D sahaja
14 Pemenang __________ teka silang kata yang
dianjurkan oleh Berita Media itu telah
menerima cek dan tiket percutian
melancong ke luar negara.
A pertandingan C perlawananB peraduan D pertarungan
Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.
15 “__________ jangan lupakan _________ apabila
sudah berpindah ke bandar nanti,” kata Ayuni
kepada Mimi.
A Kau ... hamba C
Tuanku ... patik
B Awak ... saya D Engkau ... beta
16 ________, cantiknya pemandangan di kawasansawah padi ini!
A Eh C Wah
B Oh D
Aduhai
17 Kebanyakan kaum _________ di Sabah tinggal di
kawasan pedalaman.
A peribumi C pancanegara
B peribahasa D purbakala
18 Kegiatan kokurikulum memberi banyak faedah
kepada murid-murid.
Perkataan seerti bagi faedah ialah
A baik C pandai
B penting D manfaat
19 Jenny berasa sangat takut apabila berada di dalam
bilik yang gelap itu.
Perkataan berlawan bagi takut ialah
A lemah C benci
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
36/66
B kecut D berani
Soalan 20 - 22
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris
dengan betul.
20 I Ibu meniup api itu untuk memarakkannya.
II Kami menghentikan permainan sebaik sahaja
pengadil meniup wisel.
III Pakar motivasi itu berusaha meniup semangat
ke dalam diri setiap pelajar untuk terus
berusaha.
IV Pemuda itu bekerja sebagai meniup trompet.
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
21 I Buku cerita itu baik dibaca oleh kanak-kanak.
II Arif dan Hamdan berkawan baik sejak di
sekolah rendah lagi.
III Kecederaan lama yang dialami oleh Farid
masih belum baik lagi.
IV Abang menyisir rambutnya supaya kelihatan
baik.
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
22 I Masa depan Roslan menjadi gelap selepas
kejadian itu.
II Pengurus syarikat itu gelap wang syarikat
sebanyak RM 80,000.
III Suasana di dalam rumah kosong itu agak gelap.
IV Fazli seorang mata-mata gelap.
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
23 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di
bawah.
Di manakah kamu membeli buku rujukan Sains
ini?
A Saya nampak buku rujukan Sains ini dijual di
Kedai Buku Saujana.
B Buku rujukan Sains ini saya beli dengan harga
RM 15.
C Saya membeli buku rujukan Sains ini di Kedai
Buku Saujana.
D Kedai Buku Saujana sahaja yang menjual buku
rujukan Sains ini.
24 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Ya, Cikgu Zakri yang akan mengendalikan majlis
Hari Guru nanti.
A Bilakah majlis Hari Guru ini akan diadakan?
B Di manakah majlis Hari Guru ini akan
berlangsung?
C Adakah Cikgu Zakri yang akan mengendalikan
majlis Hari Guru nanti?
D Apakah tema Hari Guru pada tahun ini?
Soalan 25 - 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang
diberikan.
25 “Saya tidak mahu mengingati peristiwa itu lagi,”
kata Ida kepada Nurul.
A Ida memberitahu Nurul bahawa dia tidak mahu
mengingati peristiwa itu lagi.
B Nurul memberitahu bahawa Ida tidak mahu
mengingati peristiwa itu lagi.
C Ida memberitahu bahawa Nurul tidak mahu
mengingati peristiwa itu lagi.
D Ida memberitahu saya bahawa Nurul tidak mahumengingati peristiwa itu lagi.
26 “Tauke Chong, berapakah harga sekilo ikan bilis
yang terdapat dalam raga itu?” tanya Puan
Mariam.
A Tauke Chong ditanya oleh Puan Mariam harga
sekilo ikan bilis itu.
B Puan Mariam menanyakan harga raga yang
berisi ikan bilis itu kepada Tauke Chong.
C Tauke Chong memberitahu harga sekilo ikan
bilis yang terdapat dalam raga itu.
D Puan Mariam bertanya kepada Tauke Chong
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
37/66
harga sekilo ikan bilis yang
terdapat dalam raga itu.
Soalan 27 - 30
Pilih ayat yang betul.
27 A Berapa nama awak?
B Hujan menurun dengan
lebat sekali di Kampung Meranti.
C Rumah di tepi sawah itu sudah usang.
D Azli merasa sihat setelah selesai bersenam.
28 A Rumah kuning telah menjadi juara dalam
pertandingan tarik tali.
B Zaliza menerima dua keping surat daripada
sahabat lamanya yang berada di Melaka.
C Kisah sedih itu sudah longgar daripada
ingatannya.
D Air muka Leong nampak kelat selepas dituduh
mencuri.
29 I Setelah bersara, Pak Rais bekerja sebagai
pengawal keselamatan di sebuah kilang.
II Pahlawan yang gagah berani itu telah gugur di
medan perang.
III Ah Chong membeli dua bentuk mata kail.
IV Suasana di persekitaran pulau itu sungguh damai
amat sekali.
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
30 I Adik menangis semalaman kerana sakit perut.
II Devi mencuci pakaian sekolahnya pada hujung
minggu.
III Pak Ali penduduk tertua sekali di kampung ini.
IV Ayah sedang membaca surat khabar di
beranda rumah.
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
Soalan 31 - 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Putrajaya, 3 Jun - Fiesta Makanan dan Buah-buahan 2009 yang dilancarkan semalam diharap dapat merealisasikan
hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga pelancongan makanan yang unggul di dunia.
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang merasmikan fiesta itu berkata, kerajaan menyedari bahawa negara ini
mempunyai banyak masakan yang unik daripada pelbagai kaum dan ia merupakan aset untuk menarik kedatangan
pelancong.
Katanya, selain itu, Malaysia juga mempunyai buah-buahan tropika antara yang terbaik di dunia dan ini
menjadikan tarikan tambahan kepada pelancong asing.
Fiesta Makanan dan Buah-buahan 2009 yang dirasmikan semalam menandakan bermulanya pesta yang akan
diadakan selama sebulan di seluruh negara.
31 Bilakah Fiesta Makanan dan Buah-buahan
2009 diadakan?
A 4 Jun C 2 Jun
B 8 Jun D 3 Jun
32 Apakah maksud perkataan merealisasikan?
A Menyampaikan
B Mencadangkan
C Mengimpikan
D Menjadikan kenyataan
33 Berapa lamakah fiesta tersebut berlangsung?
A 40 hari C 16 hari
34 Di manakah fiesta ini berlangsung?
A Kuala Lumpur C Seremban
B Putrajaya D Melaka
35 Siapakah yang merasmikan fiesta tersebut?
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
38/66
A Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
B Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
C Tun Dr. Mahathir Mohamad
D Datuk Seri Azalina Othman Said
B 30 hari D 10 hari
Soalan 36 - 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
36 Jadual di atas menunjukkan jumlah
A penagih dadah di ibu kota
B tangkapan penagih dadah di ibu kota
C tangkapan penagih dadah di seluruh Malaysia
D kawasan penagihan dadah di ibu kota
37 Tangkapan penagih dadah di ibu kota ini
merangkumi kawasan
A Dang Wangi, Brickfields, Sungai Besi,
Sentul
B Dang Wangi, Brickfields, Cheras, Sentul
C Dang Wangi, Chow Kit, Brickfields, Cheras
D Dang Wangi, Bangsar, Cheras, Sentul
38 Jumlah keseluruhan penagih dadah yang dihantar
ke pusat pemulihan ialah seramai
A 2412 orang C 1819 orang
B 2316 orang D 593 orang
39 Jadual di atas menunjukkan tangkapan dari bulan
A Januari hingga Julai 2009
B Januari hingga Jun 2009
C Februari hingga Jun 2009
D Mac hingga Julai 2009
40 Kesimpulan yang didapati daripada jadual ini
ialah
A masalah penagihan dadah masih lagi meluasdi ibu kota
B Cheras menjadi sarang penagihan dadah
C tangkapan dibuat dalam bulan Januari hingga
Julai 2009
D masalah penagihan dadah bukanlah suatu
masalah yang besar
UJIAN BULANAN KETIGA
Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Kamu dikehendaki
menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B , kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2
atau Soalan 3.
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
39/66
Bahagian A
(Masa dicadangkan : 15 minit)
(10 markah)
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.
1 _____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
2 _____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
3 _____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
4 _____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
5 _____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
Bahagian B
(Masa dicadangkan : 40 minit)
(30 markah)
-
8/20/2019 THN 6 BM SIBER WORDS.doc
40/66
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80
patah perkataan.
1 Anda telah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang. Dalam majlis tersebut, anda diminta menyampaikan ucapan.
Tuliskan ucapan tersebut.
ATAU
2 Anda terpaksa tinggal bersama pak cik dan mak cik anda ketika ibu bapa anda pergi ke London untuk
menjenguk abang anda yang sakit. Gambarkan suasana kehidupan anda ketika bersama mereka.
ATAU
3 Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ‘Banjir di Kampung Saya’.
Bahagian C
(Masa dicadangkan : 20 minit)
(20 markah)
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan.
Pada suatu hari, Ali dalam perjalanan pulang dari sekolah. Kali ini Ali pulang menggunakan jalan pintas yang
jarang dilaluinya. Tiba-tiba dia ternampak suatu objek hitam dalam semak di tepi jalan. Ali mendekati objek hitam
tersebut. Ali menarik keluar objek hitam itu. Rupa-rupanya objek hitam itu merupakan sebuah beg hitam yang besar
dan berat. Lalu, Ali membuka zip beg hitam itu dengan berhati-hati. Ali tergamam apabila melihat wang kertas yang
memenuhi beg itu. Ali tidak tahu apakah tindakan yang harus diambil olehnya. Namun selepas beberapa lama berfikir,
Ali mengambil keputusan untuk menghantarkannya kepada pihak polis. Ali menyerahkan beg hitam berserta wang
tersebut kep