-
Circular No 409/2020
Dated 21 Nov 2020
To Members of the Malaysian Bar and pupils in chambers
Notification of Court Operations During the
CMCO Period in Kelantan and Cessation of CMCO in Terengganu, Johore (except
Kota Tinggi and Mersing Districts), Kedah (except Kulim District) and Melaka
We draw Members’ attention to the announcement by Senior Minister (Security) and Defence
Minister, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, yesterday (20 Nov 2020), on the enforcement of
the Conditional Movement Control Order (“CMCO”) in Kelantan beginning from today, 21
Nov 2020 to 6 Dec 2020, and the cessation of the CMCO in Terengganu, Johore (with the
exception of the Kota Tinggi and Mersing districts), Kedah (with the exception of Kulim
district) and Melaka.
The Chief Registrar of the Federal Court of Malaysia has issued a media statement (see pages
5 to 8) today entitled “Pemakluman Pengendalian Kes-Kes di Mahkamah-Mahkamah di Negeri
Kelantan Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Pengendalian
Kes-Kes di Mahkamah-Mahkamah di Negeri Terengganu, Johor (Kecuali Daerah Kota Tinggi
dan Mersing), Kedah (Kecuali Daerah Kulim) dan Melaka Selaras dengan Penamatan Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)”, pertaining to Court operations in Kelantan,
Terengganu, Johor (with the exception of Kota Tinggi and Mersing districts), Kedah (with the
exception of Kulim district) and Melaka.
As regards Kelantan, effective from 21 Nov 2020 (Saturday) until 6 Dec 2020 (Sunday), all
Courts in Kelantan will adhere to the following:
(a) Suspension and Postponement of Hearings of All Civil and Criminal Cases
Cases are to be handled in accordance with “Panduan Pengendalian Kes-Kes di Mahkamah
Seluruh Malaysia Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit 1988 dan Akta Polis 1967” (Guidelines A, see pages 9 to 11), which was
issued on 17 Mar 2020.
(b) Online Hearings
Online hearings for court proceedings are to be handled in accordance with “Pemakluman
Pendengaran Kes Secara Dalam Talian Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Tahun
2020” (Guidelines B and C, see pages 12 to 15), which were issued on 26 Mar and 24 Apr
2020.
(c) Operations at Offices and Counter Services at the Courts
Operations at offices and counter services at the courts are to be handled in accordance with
“Garis Panduan Pengendalian Kes dan Tatacara Pengendalian Piawai Pencegahan Wabak
COVID-19 Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Pasca
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” (Guidelines D, see pages 16 to 18), which was issued on
3 May 2020.
https://www.malaysianbar.org.my/document/members/circulars/2020---2024/2020&rid=40802https://www.malaysianbar.org.my/document/members/circulars/2020---2024/2020&rid=40802https://www.malaysianbar.org.my/document/members/circulars/2020---2024/2020&rid=40802https://www.malaysianbar.org.my/document/members/circulars/2020---2024/2020&rid=40802
-
However, the use of the above-mentioned Guidelines would need to be adjusted according to
the needs of the Courts in Kelantan and the duration of the CMCO.
As regards the cessation of the CMCO in the states of Terengganu, Johore (with the exception
of the Kota Tinggi and Mersing districts), Kedah (with the exception of Kulim district) and
Melaka, today (21 Nov 2020), the Chief Justice of Malaysia, YAA Tun Tengku Maimun binti
Tuan Mat, has instructed that all the Courts in these states no longer adhere to the above-
mentioned Guidelines, with the exception of Guidelines D.
Should you need assistance, please contact the following Court officers:
Mahkamah Tinggi Malaya
Puan Hasbi binti Hasan
Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya
03-8880 3702 / 012-209 8648 / [email protected]
Mahkamah Rendah Malaya
Tuan M. Bakri bin Abd Majid
Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya
03-8880 9418 / 019-985 1333 / [email protected]
Mahkamah Negeri Kelantan
Tuan Zaman bin Mohd Noor
Pengarah Mahkamah Negeri Kelantan
014-3381110 / [email protected]
Puan Norfauzani binti Mohd Nordin
Timbalan Pendaftar (Pentadbiran) Mahkamah Tinggi Kota Bharu
019-656 6890 / [email protected]
Puan Tuan Ruzuaini binti Tuan Lah
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya (Kelantan)
013-288 2323 / [email protected]
Mahkamah Negeri Terengganu
Tuan Haji Jamaludin bin Haji Mat
Pengarah Mahkamah Negeri Terenganu
018-961 4191 / [email protected]
Tuan Nik Mohd. Tarmizie bin Nik Mohd. Shukri
Timbalan Pendaftar (Pentadbiran) Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu
013-949 4294 / [email protected]
Puan Norina binti Zainol Abidin
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya (Terengganu)
016-206 0768 / [email protected]
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]
-
Mahkamah Negeri Johor
Tuan Mohamad Haldar bin Abd. Aziz
Pengarah Mahkamah Negeri Johor
012-769 6352 / [email protected]
Puan Azureen Sahira binti Sauffee Afandi
Timbalan Pendaftar (Pentadbiran) Mahkamah Tinggi Johor Bahru
019-310 8313 / [email protected]
Puan Noor Shahidah binti Saharom
Timbalan Pendaftar (Pentadbiran) Mahkamah Tinggi Muar
012-922 3800 / [email protected]
Tuan Mohd Zulhilmi bin Ibrahim
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya (Johor Bahru)
012-723 4443 / [email protected]
Puan Amalina Basirah binti Md. Top
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya (Muar)
017-762 3386 / [email protected]
Mahkamah Negeri Kedah
Tuan Syed Faisal bin Syed Amir
Pengarah Mahkamah Negeri Kedah
017-728 6918 / [email protected]
Puan Nurzafirah binti Mohamed Ali
Timbalan Pendaftar (Pentadbiran) Mahkamah Tinggi Alor Setar
012-466 9496 / [email protected]
Puan Hizween Azleena binti Othman Kamal
Timbalan Pendaftar (Pentadbiran) Mahkamah Tinggi Sungai Petani
013-488 1130 / [email protected]
Puan Rashidah binti Adzmi
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya (Kedah)
017-414 1499 / [email protected]
Mahkamah Negeri Melaka
YBhg. Dato’ Mohd Nasir bin Nordin
Pengarah Mahkamah Negeri Melaka
012-251 4483 / [email protected]
Tuan Mohd Firdaus bin Saleh
Timbalan Pendaftar (Pentadbiran) Mahkamah Tinggi Melaka
012-920 0380 / [email protected]
Puan Siti Khairiah binti Abd Razak
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya (Melaka)
019-657 6878 / [email protected]
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]
-
We hope that the information provided here is of assistance.
Stay safe.
A G KALIDAS
Secretary
Malaysian Bar
-
1
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
ISTANA KEHAKIMAN PUTRAJAYA
KENYATAAN MEDIA
PEMAKLUMAN PENGENDALIAN KES-KES DI MAHKAMAH-MAHKAMAH DI NEGERI
KELANTAN SELARAS DENGAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT
(PKPB) DAN PENGENDALIAN KES-KES DI MAHKAMAH-MAHKAMAH DI NEGERI
TERENGGANU, JOHOR (KECUALI DAERAH KOTA TINGGI DAN MERSING), KEDAH
(KECUALI DAERAH KULIM) DAN MELAKA SELARAS DENGAN PENAMATAN
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)
Selaras dengan pengumuman oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail
Sabri bin Yaakob pada 20 November 2020 berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB) di Negeri Kelantan, YAA Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun
binti Tuan Mat telah mengarahkan agar Mahkamah-Mahkamah di Negeri Kelantan
berkuat kuasa 21 November 2020 hingga 6 Disember 2020, arahan-arahan berikut
adalah terpakai:
(a) Bagi Prosiding Pendengaran Kes-kes di Mahkamah
Panduan Pengendalian Kes-Kes di Mahkamah Seluruh Malaysia
Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit 1988 dan Akta Polis 1967 yang dikeluarkan oleh
Pejabat ini bertarikh 17 Mac 2020;
(b) Pendengaran Kes Secara Dalam Talian
Pendengaran Kes Secara Dalam Talian Semasa Tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan Tahun 2020 yang dikeluarkan oleh Pejabat ini bertarikh
26 Mac 2020 dan 24 April 2020; dan
(c) Bagi Operasi Kerja di Pejabat dan Kaunter-kaunter Perkhidmatan Mahkamah
Garis Panduan Pengendalian Kes dan Tatacara Pengendalian Piawai
Pencegahan Wabak COVID-19 Semasa Tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat Dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan yang
dikeluarkan oleh Pejabat ini bertarikh 3 Mei 2020.
-
2
Walau bagaimanapun, pemakaian Panduan-panduan ini perlu diubah suai dengan
mengambil kira keperluan Mahkamah-Mahkamah di Negeri Kelantan dan tarikh
PKPB.
Selain itu, berikutan dengan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(PKPB) di Negeri Terengganu, Johor (kecuali Daerah Kota Tinggi dan Mersing),
Kedah (kecuali Daerah Kulim) dan Melaka pada 21 November 2020, YAA Ketua
Hakim Negara Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat telah mengarahkan bagi
Mahkamah-Mahkamah di Terengganu, Johor (kecuali Daerah Kota Tinggi dan
Mersing), Kedah (kecuali Daerah Kulim) dan Melaka, panduan-panduan yang
dikeluarkan melalui kenyataan media bertarikh 8 November 2020 adalah dibatalkan
berkuat kuasa 21 November 2020 (Sabtu) dan Kenyataan Media Pejabat ini
bertarikh 3 Mei 2020 bertajuk Pemakluman Operasi Mahkamah Semasa Tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Pasca Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dan Garis Panduan Pengendalian Kes dan Tatacara
Pengendalian Piawai Pencegahan Wabak COVID-19 Semasa Tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan
(dilampirkan) adalah terpakai.
Sekiranya agensi kerajaan, peguam dan orang awam mempunyai sebarang
pertanyaan mengenai perkara di atas, bolehlah menghubungi Pendaftar dan pegawai-
pegawai berikut:
(a) Mahkamah Tinggi Malaya
Puan Hasbi binti Hasan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya 03-88803702 / 012-2098648 / [email protected]
(b) Mahkamah Rendah Malaya
Tuan M. Bakri bin Abd Majid Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya 03-88809418 / 019-9851333 / [email protected]
(c) Mahkamah Negeri Kelantan
Tuan Zaman bin Mohd Noor Pengarah Mahkamah Negeri Kelantan 014-3381110 / [email protected]
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]
-
3
Puan Norfauzani binti Mohd Nordin Timbalan Pendaftar (Pentadbiran) Mahkamah Tinggi Kota Bharu 019-6566890 / [email protected] Puan Tuan Ruzuaini binti Tuan Lah Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya (Kelantan) 013-2882323 / [email protected]
(d) Mahkamah Negeri Terengganu
Tuan Haji Jamaludin bin Haji Mat Pengarah Mahkamah Negeri Terenganu 018-9614191 / [email protected] Tuan Nik Mohd. Tarmizie bin Nik Mohd. Shukri Timbalan Pendaftar (Pentadbiran) Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu 013-9494294 / [email protected] Puan Norina binti Zainol Abidin Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya (Terengganu) 016-2060768 / [email protected]
(e) Mahkamah Negeri Johor
Tuan Mohamad Haldar bin Abd. Aziz Pengarah Mahkamah Negeri Johor 012-7696352 / [email protected] Puan Azureen Sahira binti Sauffee Afandi Timbalan Pendaftar (Pentadbiran) Mahkamah Tinggi Johor Bahru 019-3108313 / [email protected] Puan Noor Shahidah binti Saharom Timbalan Pendaftar (Pentadbiran) Mahkamah Tinggi Muar 012-9223800 / [email protected] Tuan Mohd Zulhilmi bin Ibrahim Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya (Johor Bahru) 012-7234443 / [email protected] Puan Amalina Basirah binti Md. Top Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya (Muar) 017-7623386 / [email protected]
(f) Mahkamah Negeri Kedah
Tuan Syed Faisal bin Syed Amir Pengarah Mahkamah Negeri Kedah 017-7286918 / [email protected]
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]
-
4
Puan Nurzafirah binti Mohamed Ali Timbalan Pendaftar (Pentadbiran) Mahkamah Tinggi Alor Setar 012-4669496 / [email protected]
Puan Hizween Azleena binti Othman Kamal Timbalan Pendaftar (Pentadbiran) Mahkamah Tinggi Sungai Petani 013-4881130 / [email protected] Puan Rashidah binti Azmi Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Alor Setar 017-4141499 / [email protected]
(g) Mahkamah Negeri Melaka
YBhg. Dato’ Mohd Nasir bin Nordin Pengarah Mahkamah Negeri Melaka 012-2514483 / [email protected] Tuan Mohd Firdaus bin Saleh Penolong Kanan Pendaftar (Pentadbiran) Mahkamah Tinggi Melaka 012-9200380 / [email protected] Puan Siti Khairiah binti Abd Razak Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya (Melaka) 019-6576878 / [email protected]
Sekian, terima kasih.
Pejabat Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Istana Kehakiman
Putrajaya
Tarikh: 21 November 2020
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]
-
1
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
ISTANA KEHAKIMAN PUTRAJAYA
KENYATAAN MEDIA
PANDUAN PENGENDALIAN KES-KES DI MAHKAMAH SELURUH MALAYSIA
BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DI BAWAH AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT 1988 DAN AKTA POLIS 1967
Bagi memastikan akses kepada keadilan (access to justice) dan selaras dengan
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan
Penyakit 1988 dan Akta Polis 1967 yang telah diumumkan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji
Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 yang melibatkan
penutupan premis kerajaan, berikut adalah panduan pengendalian kes-kes di mahkamah
seluruh Malaysia bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020:
a) Perbicaraan / Pendengaran Kes Sivil dan Jenayah
Semua perbicaraan / pendengaran kes sivil dan jenayah sepanjang tempoh 18
Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 adalah ditangguhkan dan penetapan tarikh
perbicaraan / pendengaran yang baharu akan dimaklumkan kemudian.
b) Pemfailan / Pengurusan Kes Sivil
i) Bagi mahkamah yang menggunakan sistem eKehakiman, pemfailan kes-kes
sivil baharu / notis rayuan dan dokumen-dokumen akan berjalan seperti biasa
melalui sistem eFiling.
ii) Bagi mahkamah yang tidak mempunyai sistem eKehakiman, pemfailan kes-
kes sivil baharu dan dokumen-dokumen akan hanya diterima mulai
-
2
1 April 2020. Bagi kes-kes Mahkamah Sesyen yang memerlukan kesegeraan,
pemfailan boleh dibuat di mahkamah berdekatan yang mempunyai sistem
eKehakiman di negeri berkenaan. Sebagai contoh, bagi kausa tindakan di
Bangi, kes tersebut boleh difailkan melalui sistem eKehakiman di Mahkamah
Shah Alam.
iii) Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Persekutuan, Timbalan
Kanan Pendaftar / Timbalan Pendaftar akan mengendalikan dokumen
perakuan segera dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada YAA Ketua
Hakim Negara.
iv) Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Rayuan, Pendaftar
Mahkamah Rayuan / Timbalan Kanan Pendaftar akan mengendalikan
dokumen perakuan segera dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada
YAA Presiden Mahkamah Rayuan.
v) Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Tinggi, Timbalan Pendaftar
(Pentadbiran / Pengurus) atau Penolong Kanan Pendaftar (Pentadbiran /
Pengurus) akan mengendalikan dokumen perakuan segera dan mendapatkan
arahan selanjutnya daripada YA Hakim / Pesuruhjaya Kehakiman yang
bertugas.
vi) Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Sesyen, Penolong Kanan
Pendaftar Mahkamah Rendah akan mengendalikan dokumen perakuan
segera dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada Pengarah Mahkamah
Negeri.
vii) Pengurusan kes sivil secara eReview akan terus dijalankan seperti biasa
secara dalam talian (online) manakala pengurusan kes sivil secara manual
akan ditangguhkan dan akan diberikan tarikh yang baharu.
-
3
c) Pengurusan Kes Bagi Kes-Kes Jenayah di Mahkamah Persekutuan dan
Mahkamah Rayuan
Pengurusan kes jenayah di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan
adalah ditangguhkan dan penetapan tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian.
d) Pengurusan Kes Bagi Kes-Kes Jenayah di Mahkamah Rendah
i) Permohonan Reman
Permohonan untuk tahanan reman di bawah seksyen 117 Kanun Tatacara
Jenayah, seksyen 259 Kanun Tatacara Jenayah dan di bawah Akta Imigresen
1959/1963 akan dijalankan seperti biasa mengikut jadual bertugas yang telah
ditetapkan.
ii) Pendaftaran Kes-Kes Baharu
Jika terdapat keperluan untuk pendaftaran kes baharu, Pegawai Penyiasat
hendaklah memaklumkan lebih awal kepada Hakim Mahkamah Sesyen dan
Majistret yang bertugas bagi tujuan persediaan oleh mahkamah. Pengarah
Mahkamah Negeri hendaklah menyediakan jadual bertugas pegawai dan
kakitangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa.
Sesalinan jadual bertugas tersebut hendaklah dikemukakan kepada Ketua
Polis Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri masing-masing.
iii) Permohonan Jamin
Bagi kesalahan yang boleh dijamin, Pengarah Mahkamah Negeri hendaklah
memastikan urusan jamin dapat diproses seperti biasa.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh: Unit Komunikasi Korporat Istana Kehakiman PUTRAJAYA 17 Mac 2020
-
1
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
ISTANA KEHAKIMAN PUTRAJAYA
KENYATAAN MEDIA
PEMAKLUMAN PENDENGARAN KES SECARA DALAM TALIAN SEMASA
TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (MOVEMENT CONTROL ORDER) TAHUN 2020
Selaras dengan tempoh lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement
Control Order) sehingga 14 April 2020 yang telah diumumkan oleh YAB Tan Sri Dato’
Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan
memaklumkan bahawa Kenyataan Media bertarikh 17 Mac 2020 hendaklah terpakai
sehingga 14 April 2020.
Bagi memastikan akses kepada keadilan (access to justice) semasa tempoh lanjutan
Perintah Kawalan Pergerakan tersebut, semua pihak boleh memohon kepada
Mahkamah yang berkenaan untuk pendengaran kes sivil secara dalam talian (online
hearing) dengan menggunakan sistem e-Review, pertukaran e-mel atau sidang video
atas syarat-syarat berikut:
(i) dengan persetujuan pihak-pihak; dan
(ii) kebenaran permohonan ini adalah tertakluk kepada budi bicara
Mahkamah.
Prosiding yang boleh dipohon untuk didengar secara dalam talian adalah:
(a) Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Rendah di Semenanjung
Semua permohonan pendengaran permohonan ex-parte atau inter-partes
yang difailkan bersama perakuan segera.
-
2
(b) Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah di Sabah dan Sarawak
Semua prosiding termasuk sebutan, permohonan, bicara, rayuan, mediasi,
pengurusan kes, klarifikasi dan keputusan yang mana tarikh telah ditetapkan
adalah secara e-Review atau sidang video.
Permohonan untuk pendengaran secara sidang video hendaklah dibuat kepada pihak
Mahkamah melalui e-mel sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh pendengaran atau
sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.
Pihak-pihak hendaklah berpakaian sopan dan yang bersesuaian semasa prosiding
secara sidang video.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh: Unit Komunikasi Korporat Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Istana Kehakiman PUTRAJAYA 26 Mac 2020
-
1
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
ISTANA KEHAKIMAN PUTRAJAYA
KENYATAAN MEDIA
PEMAKLUMAN PENDENGARAN KES SECARA DALAM TALIAN SEMASA
TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) TAHUN 2020
Selaras dengan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 29 April
2020 sehingga 12 Mei 2020 yang telah diumumkan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji
Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan
Malaysia memaklumkan bahawa kenyataan media bertarikh 17 Mac 2020 dan 26 Mac
2020 adalah terpakai sehingga 12 Mei 2020.
Bagi memastikan akses kepada keadilan adalah berterusan semasa tempoh lanjutan
Perintah Kawalan Pergerakan ini, adalah dimaklumkan bahawa bagi kes-kes di
Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan, pihak-pihak boleh memohon agar
kes didengar secara dalam talian.
Manakala bagi Mahkamah Tinggi Malaya, terdapat tambahan senarai prosiding yang
boleh didengar secara dalam talian bermula 4 Mei 2020 iaitu:
a) Atas Permohonan Pihak-Pihak:
(i) Bicara rayuan interlokutori (Kod 11A dan 12A);
(ii) Permohonan interlokutori yang tidak dicabar;
(iii) Permohonan interlokutori yang dicabar tetapi ringkas dan pendek; dan
(iv) Rayuan kepada Hakim dalam kamar terhadap keputusan Timbalan
Pendaftar / Penolong Kanan Pendaftar.
-
2
b) Bagi penyampaian keputusan selepas perbicaraan, Mahkamah Tinggi Malaya
akan memaklumkan kepada pihak-pihak tarikh keputusan yang akan disampaikan
secara dalam talian; dan
c) Atas inisiatif Mahkamah atau atas permohonan mana-mana pihak, semua mediasi
boleh dikendalikan secara dalam talian.
Sekian, terima kasih.
Unit Komunikasi Korporat
Pejabat Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Tarikh: 24 April 2020
-
1
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
ISTANA KEHAKIMAN PUTRAJAYA
KENYATAAN MEDIA
PEMAKLUMAN OPERASI MAHKAMAH SEMASA TEMPOH KAWALAN PERGERAKAN
BERSYARAT (PKPB) DAN PASCA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
Sehubungan dengan Perutusan Khas yang telah diumumkan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji
Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia pada 1 Mei 2020 dan surat
YBhg. Datuk Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
bertarikh 2 Mei 2020 mengenai operasi Pejabat Kerajaan dan sebagai mematuhi Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat, YAA Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua
Hakim Negara telah mengarahkan bahawa bermula 4 Mei 2020, perkhidmatan-
perkhidmatan di Mahkamah seluruh negara akan beroperasi seperti berikut:
(a) Perkhidmatan
(i) Pejabat Pendaftaran;
(ii) Kaunter Setempat;
(iii) Kaunter Pesuruhjaya Sumpah;
(iv) Kaunter Surat Kuasa Wakil;
(v) Kaunter Biro Perkhidmatan e-Filing; dan
(vi) Bahagian Pengurusan dan Kewangan di semua Pusat Tanggungjawab dan
Pusat Kos.
-
2
(b) Kes yang telah ditetapkan untuk pendengaran di Mahkamah Terbuka akan
bermula secara berperingkat mulai 13 Mei 2020.
(c) Satu garis panduan pengendalian kes dan tatacara pengendalian piawai
pencegahan wabak Covid-19 semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
dan pasca Perintah Kawalan Pergerakan akan dikeluarkan.
(d) Mahkamah akan memastikan garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis
Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) sentiasa dipatuhi sebagai langkah pencegahan penularan
wabak Covid-19 dalam menjalankan operasi Mahkamah.
(e) Semua pihak yang berurusan dengan Mahkamah adalah dimohon untuk
mematuhi arahan dan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah, MKN dan
KKM.
(f) Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, pihak-pihak boleh menghubungi
Pejabat Pendaftaran Mahkamah/ Bahagian melalui e-mel seperti berikut:
i) Mahkamah Persekutuan e-mel: [email protected] No telefon: 03-8880 3561
ii) Mahkamah Rayuan e-mel: [email protected] No telefon: 03-8880 4045
iii) Mahkamah Tinggi Malaya e-mel: [email protected] No telefon: 03-8880 3704
iv) Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak e-mel: [email protected] No telefon: 088-286100
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]
-
3
v) Mahkamah Rendah Malaya e-mel: [email protected] No telefon: 03-8880 9418
vi) Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak e-mel: [email protected] No telefon: 082-442228
vii) Media dan Perhubungan Awam e-mel: [email protected] No telefon: 03-8880 4607
Sekian terima kasih.
Unit Komunikasi Korporat
Pejabat Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Tarikh: 3 Mei 2020
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]
Circular No 409-2020Kenyataan Media - Pengendalian Kes di Mahkamah Kelantan Kelantan Selaras PKPB dan Pengendalian Kes di Mahkamah Negeri Terengganu, Johor, Kedah dan Melaka Selaras Penamatan PKPBguidelines Aguidelines Bguidelines Cguidelines D