reformasi finalize
Post on 03-Apr-2018
247 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 Reformasi Finalize
1/18
GMGA 3013REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA
SOALAN : Apakah Yang Perlu Dilakukan Untuk Mereformasikan
Pentadbiran Organisasi Anda Berdasarkan Pendekatan Prosedur
Struktur Dan Tingkah Laku
1.0 Pengenalan
Sebagai sebuah negara yang membangun, Malaysia telah mencapai
kemajuan sosioekonomi yang boleh dibanggakan kerana telah Berjaya
membawa hasil pembangunan kepada rakyat yang merdeka. Ekonomi
negara tumbuh dengan pesat dari tahun ke tahun berbanding negara lain
di rantau ini yang mengalami kadar pertumbuhan yang jauh lebih rendah
manakal negara maju mengalami krisis ekonomi yang teruk.
Dalam usaha mencapai kejayaan tersebut, banyak faktor yang perlu
ditekankan seperti kestabilan politik, tenaga kerja mahir yang baik,
kekayaan sumber asli, pembangunan infrastruktur yang kukuh dan sistem
perkhidmatan awam yang mantap. Ini selaras dengan usaha kerajaan
dalam menuju ke arah negara yang menghasilkan modenisasi ekonomi,
sosial, dan anjakan reformasi politik.
Reformasi dalam pentadbiran merupakan suatu keperluan yang dapat
memberi sumbangan yang berkesan terhadap pembangunan negara.
Perkara utama yang diberikan penekanan adalah untuk mencapai sasaran
dan objektif yang terkandung dalam dasar serta matlamat pembangunan
negara. Wawasan Negara adalah untuk mencapai status negara maju
sepenuhnya dari segi intelek, rohaniah dan kebendaan dalam tempoh
yang telah ditetapkan. Pencapaian ini memerlukan tindakan dankerjasama yang penuh keazaman dan kecekapan oleh semua pihak yang
terlibat.
Kami telah memilih untuk membincangkan mengenai sebuah organisasi
awam yang akan dijadikan sebagai rujukan bagi tugasan ini. Organisasi
awam tersebut adalah sebuah jabatan kerajaan di daerah Lundu.
2.0 Definisi Reformasi Pentadbiran
1 194542195192193261194725194707
-
7/28/2019 Reformasi Finalize
2/18
GMGA 3013REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA
Menurut Kamus Oxford, reformasi pentadbiran adalah mengenai semua
pembaikan dalam pentadbiran, membaik pulih keseluruhan pentadbiran
dalam keadaan yang sukar, pembaikan-pembaikan yang tertentu dalam
perkara yang salah di dalam pentadbiran dan sebarang cadangan yang
lebih baik untuk kerajaan.
(A.A Hussain,
2010)
Bagi Maizatul Haizan Mahbob (2001) menyifatkan pembaharuan
pentadbiran sebagai perubahan, pemodenan, pembaikan atau
pembangunan yang membawa maksud peralihan daripada keadaan atau
cara lama kepada keadaan atau cara yang lebih baik.
Gerald Caiden (1969) menakrifkan pembaharuan pentadbiran sebagai
usaha yang dibuat untuk mendorong perubahan pentadbiran yang
ditentang. Usaha tersebut merupakan sebahagian reformasi masyarakat
dan perlu dibezakan daripada perubahan pentadbiran yang biasa.
Yehezkel Dror (1970-1971) menyifatkan reformasi berkaitan dengan usaha
yang menyeluruh dan membawa pembaharuan dan bukannya dengan
butir-butir tatacara dalam amalan pentadbiran sehari-hari.
Manakala Leemans (1976) menyifatkan reformasi pentadbiran sebagai
sebarang reformasi jentera pentadbiran pada peringkatan kerajaan negara
dan lebih rendah, oleh itu ia difikirkan sebagai tindakan-tindakan yang
terarah.
Sementara Hahn-Been Lee (1976) menekankan soal pembaharuan dalam
takrifnya tentang reformasinya ialah reformasi dilihat sebagai proses
generik atau umum melangkau kesemua peringkat pentadbiran. Ianya
pula digarapkan sebagai satu keupayaan yang utama serta dikehendaki
untuk mengenal pasti kreativiti dalam matlamat-matlamat pentadbiran .
Dalam erti kata lain, reformasi pentadbiran juga boleh didefinisikan
sebagai suatu usaha bersepadu untuk membawa perubahan dalam
2 194542195192193261194725194707
-
7/28/2019 Reformasi Finalize
3/18
GMGA 3013REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA
pentadbiran awam demi meningkatkan keupayaan pentadbiran awam
dalam mencapai matlamat pembangunan nasional.
Berdasarkan definisi yang telah diutarakan, maka pembaharuan
pentadbiran adalah merupakan sesuatu unsur pembangunan yang penting
bagi sesebuah negara yang sedang membangun sepertimana pentadbiran
organisasi tanpa mengira hala tuju perubahan, masa dan kecepatan.
3.0 Latar Belakang Pejabat Daerah Lundu
Lundu secara rasminya diiktiraf sebagai Daerah apabila PegawaiMenguasa Daerah yang pertama, iaitu Henry Fitzgibbon Deshon, dilantik
pada 22 Jun 1877. Semenjak tarikh itu sehingga hari ini, iaitu dalam
tempoh 135 tahun, Lundu sudah mempunyai 44 orang Pegawai Daerah.
Pejabat Daerah Lundu merupakan salah sebuah peneraju utama dalam
pentadbiran dan pembangunan daerah Lundu. Ia telah wujud semenjak
dari zaman pemerintahan Charles Brooke iaitu pada tahun 1877. Ini
bermakna Pejabat Daerah Lundu telah wujud selama 135 tahun.
Selepas kemerdekaan, pelbagai pencapaian dan pembangunan yang telah
dicapai selaras dengan visinya iaitu untuk menjadi Pejabat Daerah yang
terbaik dan dicontohi di Sarawak. Kawasan Pentadbiran di bawah bidang
kuasa Majlis Daerah Lundu adalah seluas 16.08 KM Persegi.
Ini ditambah lagi dengan misinya iaitu untuk menjadi Pentadbir barisan
hadapan yang akan memberi perkhidmatan secara menyeluruh serta
bertindak sebagai pemangkin pembangunan sosio-ekonomi yang
menepati dasar dan aspirasi Kerajaan. Setiap perkhidmatan yang
dihulurkan dan tindakan yang diambil adalah berlandaskan kecekapan dan
keberkesanan dengan penekanan kepada profesionalisme, integriti dan
akauntabiliti.
3 194542195192193261194725194707
-
7/28/2019 Reformasi Finalize
4/18
GMGA 3013REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA
Manakala objektif organisasi ini pula adalah untuk memberi perkhidmatan
secara menyeluruh ke arah mencapai kesejahteraan dan peningkatan
kualiti hidup masyarakat setempat selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk
mencapai status Negara Maju menjelang Tahun 2020.
3.1 Carta Organisasi PDL
Rajah 2 : Carta Organisasi PDL
3.2 Perkhidmatan PDL
Jentera pentadbiran kerajaan adalah ditakrifkan sebagai satu sistem
yang melaksanakan pembangunan dan memberi kemudahan serta
perkhidmatan kepada rakyat. Sistem pentadbiran dan perlaksanaan
yang cekap dan berkesan merupakan satu sistem yang dapat
menjalankan tanggungjawab dengan teratur, cepat dan ekonomik
bagi mencapai matlamat kerajaan dalam memenuhi keperluan
rakyat dan negara keseluruhannya. Ini bermakna jentera pentadbiran
kerajaan perlu sentiasa menambah keupayaan untuk memainkan
peranan yang lebih luas, berat dan mencabar.
Bagi memenuhi kehendak rakyat, PDL sebagai salah satu saluran
perkhidmatan daripada kerajaan telah berusaha untuk memberi
4 194542195192193261194725194707
-
7/28/2019 Reformasi Finalize
5/18
GMGA 3013REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA
yang terbaik bagi memuaskan hati pelanggan yang berurusan dengan
PDL.
Antara perkhidmatan yang disediakan oleh PDL adalah seperti
permohonan pendaftaran anak angkat, pendaftaran nama-nama
perniagaan, permohonan hak milik senapang patah, permohonan
permit membeli peluru, permohonan pindah hak milik tanah,
permohonan lesen kutipan derma awam, pendaftaran dan
pengeluaran surat kuasa pentadbir harta pusaka, perkhidmatan atas
talian kami dan perkhidmatan mobile kami.
Perkhidmatan-perkhidmatan ini telah melalui proses pembaharuandan pembaikan yang mana ia telah membantu meningkatkan prestasi
organisasi dengan lebih terurus dan sistematik.
4.0 Perubahan Struktur & Prosedur
Pembaharuan struktur dalam sesebuah organisasi juga mewujudkan
kerangka asas yang mana pelbagai kedudukan dan bahagian yang
berfungsi itu dihubungkaitkan antara satu sama lain. Objektif utamaperubahan struktur adalah termasuk untuk mengurangkan pertindihan
fungsi, mengkaji semula tanggungjawab, mengurangkan kuasa kawalan
dan menyusun semula organisasi dan intitusi.
Pembaharuan struktur berkesan dalam 2 bentuk organisasi iaitu tradisi &
moden. Ia telah diperkenalkan oleh Max Weber (ideal-type of Weber).
Perkhidmatan Awam Malaysia menggunakan banyak ciri organisasi yang
unggul namun tiada persamaan yang dominan kerana :
i) Ia bertindak untuk merekrut kakitangan yang berpendidikan dan
berkelayakan dengan fungsi umum dan ini akan mengkhususkan lagi
peranan mereka.
ii) Tindakan bebas diwakilkan kepada pegawai lebih rendah sementara
pengawasan dan kawalan yang dilaksanakan oleh pihak autoriti yang
lebih tinggi.
5 194542195192193261194725194707
-
7/28/2019 Reformasi Finalize
6/18
GMGA 3013REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA
iii) Pemilihan calon untuk memasuki Perkhidmatan Awam berdasarkan
kepada kelulusan teknikal yang ditentukan oleh peperiksaan,
temuduga dan lain-lain kriteria. Walau bagaimanapun pemilihan calon
tidaklah
didasarkan kepada kecekapan teknikal dan kelulusan semata-mata
tetapi juga berdasarkan kepada kriteria yang bersifat askriptif.
iv) Fungsi pembuatan keputusan bertambah penting apabila seorang
pegawai awam itu berada di kedudukan yang lebih tinggi.
v) Penekanan akauntabiliti meyumbang kepada percambahan
peraturan-peraturan, undang-undang dan prosedur-prosedur.
vi) Pengurangan fungsi yang samar dan bertindih.
vii) Penafsiran semula tanggungjawab.
viii) Pengurangan jangkaan kawalan.
ix) Merekabentuk semula organisasi
x) Pembaharuan struktur biasanya dilakukan oleh pemimpin politik
untuk memperkukuhkan negara dan kedudukan mereka.
xi) Pembaharuan Prosedur biasanya berlaku diperingkat rendah
melibatkan amalan rutin dalam pentadbiran.
(www.repo.uum.edu.my)
4.1 Fungsi - Fungsi Utama PDL
Sepertimana Pejabat-pejabat Daerah lain di Sarawak, fungsi Pejabat
Daerah Lundu adalah serupa. Namun, dari segi pendekatan
pengurusan Pejabat Daerah Lundu membahagikan fungsi-fungi utama
ini kepada 5 seperti berikut:
6 194542195192193261194725194707
http://www.repo.uum.edu.my/http://www.repo.uum.edu.my/ -
7/28/2019 Reformasi Finalize
7/18
GMGA 3013REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA
Rajah 1 : Fungsi fungsi utama Pejabat Daerah Lundu
a) Projek dan Pembangunan
Fungsi ini adalah berkenaan pengurusan khususnya
merancang, melaksana, memantau dan menilai projek-projek
pembangunan dalam aspek-aspek seperti berikut :
i) Projek-projek Kecil Infrastrukturii) Projek-projek infrastruktur pembasmian kemiskinan
iii) Geran daripada Wakil-wakil rakyat
iv) Penilaian projek serta kontraktor
v) Input keperluan projek pembangunan berskala besar
b) Pembangunan Komuniti
Fungsi ini memberi tumpuan kepada penglibatan komuniti
melalui pendekatan empowerment (menyerahkan kuasa
kepada seseorang untuk bertindak bagi pihak pengurusan atau
organisasi) kepada pemimpin-pemimpin akar umbi dan
terutama sekali di dalam aspek pembasmian kemiskinan.
Fungsi ini melibatkan perancangan, pelaksanaan, pemantauan
7 194542195192193261194725194707
-
7/28/2019 Reformasi Finalize
8/18
GMGA 3013REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA
dan penilaian program-program dan aktiviti yang berkaitan
dengan :
i) Pendaftaran Ketua Isi Rumah Miskin (KIRM) di dalam
sistem e-Kasih
ii) Memastikan integriti data dan maklumat di dalam
sistem e-Kasih
iii) Focus Group Daerah dan Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung(JKKK)
iv) Skim Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat (SPKR)
dan Program 1AZAM
v) Program-program pembangunan sosial
c) Mahkamah dan Fungsi Statutori
Fungsi ini adalah berdasarkan penurunan kuasa oleh Ordinan
tertentu kepada Pegawai Daerah dan antara yang terpenting
adalah berkaitan dengan:
i) Pentadbiran Harta Pusaka
ii) Anak Angkat
iii) Pendaftaran Nama-nama Perniagaan
iv) Akta Mahkamah Rendah 1972
v) Kanun Acara Jenayah, terutama sekali Seksyen 117
vi) Mahkamah Adat Negeri
vii) Kanun Tanah Negeri
d) Hal Ehwal Korporat
Selaras dengan aspirasi untuk mengubah pendekatan
pentadbiran organisasi kepada pengurusan organisasi, maka
fungsi Hal Ehwal Korporat diwujudkan untuk mengurus aspek-
aspek berikut:-
8 194542195192193261194725194707
-
7/28/2019 Reformasi Finalize
9/18
GMGA 3013REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA
i) Pelan Strategik termasuk Key Focus Area (KFA) dan Key
Perfomance Index (KPI)
ii) Aktiviti-aktiviti Pengururan Kualiti Menyeluruh (TQM)
dan Inovasi
iii) Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia
iv) Pembangunan organisasi
v) Media dan Hubungan Korporat
vi) Khidmat Pelanggan
vii) Ketua Masyarakat dan hal ehwal komuniti
viii) Hubungan antara Jabatan dan Agensi Kerajaan dan
ix) Majlis/Acara Rasmi & Perayaan.
e) Pentadbiran dan Akaun
Fungsi ini memainkan peranan sebagai tonggak kepada
keempat-empat fungsi yang telah dinyatakan seperti di atas,
khususnya di dalam menyediakan perkhidmatan sokongan
dalam aspek-aspek seperti berikut:
i) Pengurusan Sumber Manusia
ii) Penyediaan serta mengawalselia peruntukan dan akaun
iii) Urusan perolehan dan pembayaran
iv) Pengurusan Aset dan Inventori
v) Keselamatan dan sekuriti kemudahan dan dokumen
serta
vi) Penyelenggaraan aset dan kemudahan
vii) Pengurusan Bencana
Berhubung dengan fungsi-fungsi di atas, maka Pejabat Daerah Lundu
(PDL) telah melalui pembaharuan pentadbiran dari segi pembaharuan
struktur. Pembaharuan struktur dalam organisasi ini telah
mewujudkan kerangka asas iaitu pelbagai kedudukan dan bahagian
9 194542195192193261194725194707
-
7/28/2019 Reformasi Finalize
10/18
GMGA 3013REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA
yang berfungsi itu dihubungkaitkan antara satu sama yang lain.
Secara tidak langsung, sedikit sebanyak ia telah membantu dalam
mengurangkan kos pentadbiran disamping bertanggungjawab
memperbaiki prosedur-prosedur organisasi.
(http://www.lundudo.sarawak.gov.my)
5.0 Pembaharuan Tingkahlaku
Herbert Kaufman menakrifkan bahawa pembaharuan tingkah laku adalah
memindahkan kelakuan manusia ke dalam organisasi. Sementara itu,
menurut Arthur Lewis pula adalah ia dianggap sebagai satu syarat yang
penting untuk pembangunan sesebuah negara. Secara praktiknya
rancangan pembangunan adalah sukar sehinggalah sesebuah negara itu
menubuhkan sebuah perkhidmatan awam yang mampu melaksanakan
rancangan-rancangan pembangunan.
Pembaharuan kelakuan boleh diklasifikasikan kepada dua dimensi iaitu
pembaikan personel dan pembaikan kelakuan atau sikap peronel. Bagi
pembaikan personel, ia menekankan kepada kepentingan kebajikan
pekerja dalam perkhidmatan awam itu sendiri seperti kemudahan-
kemudahan pekerja termasuklah latihan staff, pelajaran dan kenaikan
pangkat. Sementara itu, pembaikan kelakuan atau sikap personel pula
adalah ia lebih mementingkan pembaikan kelakuan pegawai-pegawai
perkhidmatan awam dari segi nilai, kepercayaan, sikap dan tindakan
individu-individu itu.
Seiring dengan perubahan sikap dan kelakuan pegawai-pegawai itu, maka
dengan ini diharap kecekapan, keberkesanan dan produktiviti dapat
ditingkatkan. Melalui perubahan tingkahlaku dan sikap kakitangan awam,
ia secara automatik akan memberi kesan kepada pekerjaan mereka.
5.1 Pembaikan Sikap Personel
10 194542195192193261194725194707
-
7/28/2019 Reformasi Finalize
11/18
GMGA 3013REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA
Menurut Kamus Ensiklopedia Psikologi sikap dianggap sebagai
bentuk- bentuk kelakuan yang diterima, yang mana diperkenalkan
dalam analisis kelakuan sosial sebagai pembinaan hipotesis bagi
menghitung atau mengenal pasti pembolehubah- pembolehubah
kelakuan yang kelihatan di dalam keadaan yang sama.
Manakala Kamus Sains Kelakuan pula mendefinisikan sikap itu
sebagai sesuatu yang diketahui atau dipelajari untuk bertindak secara
konsisten dalam sesuatu keadaan terhadap orang-orang tertentu, objek-
objek atau konsep-konsep.
Pendekatan kelakuan boleh diklasifikasikan kepada dua modelutama iaitu Strategi Manupulatif dan Strategi Penukaran Nilai.
Strategi Manipulatif telah diperkenalkan oleh Kurt Lewin, manakala
Strategi Penukaran Nilai pula diperkenalkan oleh Argyris.
Strategi Manipulatif lebih menekankan mengenai bagaimana hendak
mendorong manusia melakukan perkara yang diinginkan dan
memanipulasi pekerja agar menyertai dan melakukan tujuan atau
matlamat perubahan organisasi.
Terdapat beberapa ciri-ciri utama Model Penukaran Nilai iaitu :
i) Nilai birokrasi dalam organisasi moden dengan mengabaikan
hubungan kemanusiaan kecuali aspek-aspek yang membantu
menggilap objektif-objektif organisasi. Sementara kelakuan
manusia adalah rasional dan perasaan yang bersifat personeladalah tidak sah. Begitu juga dengan ukuran-ukuran pengaruh
berdasarkan kepada paksaan dan kawalan.
ii) Input-input (nilai) birokrasi membawa kepada hubungan yang
tidak sah, ketidakcekapan hubungan antara perseorangan
dan pengurangan mutu output (keputusan)
11 194542195192193261194725194707
-
7/28/2019 Reformasi Finalize
12/18
GMGA 3013REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA
iii) Empat langkah penukaran nilai iaitu memfokuskan kumpulan
eksklusif ke atas nilai-nilai mereka, mewujudkan sesi
maklumbalas, merancang serta melaksanakan latihan dan
menghasilkan latihan selari atau tidak selari dengan matlamat
organisasi.
Dalam konteks negara Malaysia, kerajaan cuba menghapuskan
beberapa nilai dan sikap negatif di dalam pentadbiran awam dengan
memperkenalkan sikap-sikap dan nilai-nilai baru dalam usaha untuk
mencapai keberkesanan dan kecekapan.
Nilai ketimuran diperkenalkan dengan pendekatan budaya kerjaJepun seperti kepimpinan melalui tauladan, persyarikatan Malaysia,
penswastaan, konsep kerajaan bersih, cekap dan amanah, anugerah
perkhidmatan cemerlang, amalan 5S dan sebagainya.
6.0 Pembaharuan Tingkah Laku bagi PDL
Melalui nilai bersama
yang
ditekankan dalam
organisasi PDL,
12 194542195192193261194725194707
-
7/28/2019 Reformasi Finalize
13/18
GMGA 3013REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA
terdapat tujuh kriteria yang diketengahkan. Antaranya adalah seperti
berikut :
Rajah 2 : Nilai Bersama PDL
Pencapaian Visi dan Misi sesebuah organisasi banyak bergantung kepada
ciri-ciri pengurusan serta budaya yang diamalkan. Dalam aspek ini, PDL
menetapkan agar satu set nilai harus ditanam dan diterimapakai oleh
setiap anggota organisasi. Satu set nilai ini adalah nilai bersama yang
didokong oleh anggota organisasi, PDL :
i) Menyeluruh
Memberi perkhidmatan yang lengkap dan menyeluruh, bahkan
sanggup walk the extra mile untuk kepuasan dan kebaikan semua
pelanggan di samping peka terhadap keperluan mereka.
ii) Cekap
Cekap di dalam memberi perkhidmatan dan bantuan serta
menyelesaikan tanggungjawab dalam masa yang ditentukan dan
dengan sumber yang sedia ada.
iii)Berkesan
13 194542195192193261194725194707
-
7/28/2019 Reformasi Finalize
14/18
GMGA 3013REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA
Memberi perkhidmatan yang berkesan untuk mencapai objektif dan
sasaran yang ditetapkan di samping peka terhadap keperluan,
perubahan semasa.
iv) Profesional
Bertindak dengan penuh komitmen berdasarkan peraturan dan
panduan yang sedia ada dengan kepekaan terhadap keperluan dan
keadaan semasa.
v) Integriti
Melaksanakan tugas, tanggungjawab dan kuasa yang ada dengan
jujur, adil dan saksama.
vi) Akauntabiliti
Bertanggungjawab ke atas segala tindakan yang diambil dan
keputusan yang dibuat.
vii) Kerja Berpasukan
Menggembleng tenaga, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
dengan sikap bertolak ansur, sifat setiakawan dan muafakat untuk
melaksanakan misi dan mencapai visi organisasi.
7.0 Pencapaian PDL
Reformasi yang dijalankan dari segi struktur dan tingkah laku melibatkan
usaha seluruh sistem di samping usaha khusus seperti penambahbaikan
pada subsistem pentadbiran dan latihan personel. Sesetengahnya
membawa kepada pembaharuan, dan ada pula yang bersifat penyesuaian.
Perkhidmatan Awam mengalami pelbagai perubahan dan pembaharuan. Ia
terbukti dengan pembentukan dasar-dasar seperti Dasar Pandang ke
Timur, Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran, Konsep
14 194542195192193261194725194707
-
7/28/2019 Reformasi Finalize
15/18
GMGA 3013REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA
Pensyarikatan Malaysia, dan Dasar Penswastaan yang telah
diperkenalkan.
Begitu juga dengan Pejabat Daerah Lundu yang telah dinobatkan sebagai
Johan Kategori Pejabat Daerah di dalam Anugerah Kualiti Perkhidmatan
Awam Negeri Sarawak (AKPANS) 2010. Anugerah telah disampaikan oleh
Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri
Sarawak pada 30 November 2011 sempena Perhimpunan Hari
Perkhidmatan Awam. Kemenangan ini menjadi lebih bermakna apabila
Majlis Daerah Lundu juga dinobatkan sebagai Johan Kategori Majlis Daerah
Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2010.
Selain daripada itu, pencapaian terbaharu PDL adalah menjuarai
Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dengan tajuk projek 'Penambahbaikan
Kaedah Pelaksanaan Projek Program Bantuan Rumah (PBR) Baikpulih' di
Mini Konvensyen anjuran Pentadbiran Bahagian Kuching.
Ia merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan kerana PDL
merupakan salah satu agensi perkhidmatan awam yang memberi
kerjasama padu kepada kerajaan untuk melaksanakan reformasi bagi
menuju Wawasan 2020.
8.0 Kesimpulan
Selepas kemerdekaan tidak banyak yang dilakukan terhadap perubahan
pentadbiran awam. Jika adapun ia hanya dilakukan secara ad-hoc dan
15 194542195192193261194725194707
-
7/28/2019 Reformasi Finalize
16/18
GMGA 3013REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA
berkesan untuk tempoh tertentu sahaja. Pembaharuan dalam pentadbiran
amat diperlukan oleh kerajaan semasa terlibat secara langsung dalam
proses pembangunan negara. Dengan perkembangan ini, peranan
perkhidmatan awam telah berubah.
Peranan perkhidmatan awam bukan sekadar menjaga keamanan dan
ketenteraman rakyat melalui penguatkuasaan, peraturan dan undang-
undang, tetapi ia juga sebagai pemangkin dan ejen pembangunan dan
perubahan, perancangan dan pelaksana pembangunan serta peneraju
dalam mencapai matlamat dan objektif negara.
Reformasi pentadbiran yang berlaku di Malaysia adalah didorong olehfaktor dalaman dan luaran. Salah satu pemangkin kepada reformasi
pentadbiran awam di Malaysia disebabkan oleh kemajuan teknologi
maklumat. Sebagai contoh, zaman penggunaan mesin taip kepada
komputer, pengenalan email, facebook dan lain-lain jaringan maklumat.
Aspirasi, harapan dan permintaan rakyat juga meningkat unjuran
peningkatan taraf pendidikan yang tinggi.
Pembaharuan struktur yang berlaku mendorong kepada pembaharuan
prosedur yang bertujuan memudahkan kerja-kerja pentadbiran.
Sehubungan itu, setiap agensi kerajaan seperti PDL berupaya menjalankan
fungsinya secara khusus dan berkerjasama dengan agensi lain bagi
mencapai matlamat pembangunan. Kerajaan tersebut memberi lebih
ruang kepada kerajaan membabitkan diri dalam pentadbiran yang
mencakupi pembangunan ekonomi dan sosial. Pembabitan kerajaan
secara meluas ini menyebabkan struktur organisasi pentadbiran berubah
yakni menjadi lebih besar melalui proses pembinaan institusi dan
penubuhan pelbagai perbadanan awam.
Konsep pentadbiran kerajaan besar sebagai agen pembangunan negara
yang diamalkan sebelum ini amat berat untuk diteruskan oleh kerajaan. Ini
kerana pihak kerajaan tidak mempunyai sumber kewangan, negara
mengalami pertambahan penduduk yang pesat, keinginan rakyat yang
tinggi dan masalah organisasi yang semakin tidak terurus.
16 194542195192193261194725194707
-
7/28/2019 Reformasi Finalize
17/18
GMGA 3013REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA
Pada masa yang sama, kerajaan juga berhasrat untuk membuka peluang
kepada pihak swasta mengurus dan mentadbir pembangunan negara.
Kerajaan berpendapat pihak swasta mampu untuk mengurus sebahagian
sumber negara dengan cekap di samping memberi perkhidmatan yang
lebih baik kepada rakyat. Langkah kerajaan ini telah membawa negara ke
arah penswastaan pentadbiran.
Justeru itu, PDL telah berusaha untuk melakukan pelbagai inisiatif untuk
meningkatkan kualiti dan perkhidmatan mereka. Selain daripada memberi
perkhidmatan seperti yang telah disenaraikan sebelumnya, PDL juga turut
memberi peluang kepada syarikat-syarikat luar untuk bekerjasama dalam
usaha untuk berkhidmat kepada masyarakat. Antaranya seperti dengan
memberi syarikat-syarikat swasta kontrak untuk memperbaiki
infrustruktur-infrustruktur kerajaan ataupun perkara yang berkaitan
dengan kebajikan masyarakat setempat.
Dengan kaedah ataupun cara ini, maka tanggungjawab dan beban yang
dipikul oleh PDL itu sendiri dapat dikurangkan. Malahan tanggapan-
tanggapan negatif sesetengah rakyat mengenai perkhidmatan yang
diberikan oleh kerajaan dapat juga disangkal dengan adanya inisiatif
seperti ini. Sebelum ini, banyak kritikan yang dilontarkan kepada kerajaan
khususnya yang melibatkan mengenai pengurusan-pengurusan dalaman
kerajaan.
Antara kritikan yang sering dilemparkan kepada pentadbiran awam ialah
organisasi awam terlalu terikat dengan undang-undang, peraturan dan
prosedur, pembahagian autoriti adalah secara formal, pelbagai dan
melambatkan proses membuat sesuatu keputusan, aktiviti awam terlalu
teliti dan terikat dengan pengaruh politik serta agen tidak formal seperti
media dan kumpulan pendesak, mempunyai matlamat yang tidak jelas
dan sukar untuk diukur, mempunyai matlamat politik dan bukan
bermatlamatkan keuntungan serta kecekapan dan memonopoli barangan
dan perkhidmatan serta tidak tertakhluk kepada pengaruh pasaran.
17 194542195192193261194725194707
-
7/28/2019 Reformasi Finalize
18/18
GMGA 3013REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA
Namun begitu, semenjak kemerdekaan sehinggalah ke saat ini , ternyata
rakyat semakin memahami akan peranan perkhidmatan awam dalam
mentadbir negara. Tanggungjawab utama sektor awam adalah untuk
membentuk satu persekitaran atau suasana yang sesuai sebagai
pemangkin dalam menggalakkan dan mendorong bagi pembangunan dan
pertumbuhan ekonomi yang pesat. Bagi sektor swasta pula, peranannya
sebagai jentera utama dan barisan hadapan pembangunan ekonomu.
Maka ia hendaklah kukuh, dinamik, cekap dan tanpa pergantungan dalam
usaha-usaha ekonomi mereka.
Kesimpulannya, untuk kebaikan semua pihak, kedua-dua pemangkin
negara ini haruslah bergabung dan bekerjasama bagi mencapai objektif
untuk kemajuan dan pembangunan negara. Tanpa salah satu dari
pemangkin-pemangkin ini, amatlah mustahil untuk sesebuah negara
mencapai apa-apa bentuk kemajuan mahupun pembangunan dan
sekaligus akan menyebabkan rakyat menjadi mangsa keadaan.
18 194542195192193261
top related