manual kerja kursus 942-4 2016-edited.pdf
Post on 28-Feb-2018
235 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
1/32
TERHAD
1 TERHAD
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
(MALAYSIAN HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)
Manual Kerja Kursus (Kajian Luar)
GeografiKertas 4 (942/4)
Penggal 3 Tahun 2016
PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk kegunaan guru/calon sahaja.
__________________________________________________________________________________
Manual ini terdiri daripada 32 halaman bercetak.
Majlis Peperiksaan Malaysia 2016
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
2/32
TERHAD
2 TERHAD
Kandungan
Bil. Perkara Halaman
BAHAGIAN I : GURU
1.0 Pengenalan 3
2.0 Objektif Penilaian 3 4
2.1 Kemahiran kognitif
2.2 Kemahiran manipulatif
2.3 Kemahiran insaniah (soft skills)
3.0 Pelaksanaan Kajian Luar 4 73.1 Arahan umum
3.2 Tanggungjawab Pengetua3.3 Tanggungjawab Guru
3.4 Tanggungjawab Calon4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 7 10
5.0 Langkah Menjalankan Kajian Luar 10 11
6.0 Kaedah Kajian 12
7.0 Peralatan dan Kegunaannya 12
8.0 Format Penulisan 12 13
9.0 Struktur Penulisan 13 14
10.0 Penskoran 15
11.0 Skop Kajian Luar 16 2011.1 Alam Sekitar Fizikal
11.2 Alam Sekitar Manusia
Lampiran 21 27
BAHAGIAN II : CALON
12.0 Tanggungjawab Calon 28 29
13.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 29 30
14.0 Format Penulisan 30 31
15.0 Struktur Penulisan 31 32
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
3/32
TERHAD
3 TERHAD
1.0 Pengenalan
Manual ini disusun bagi membantu guru dan calon sekolah kerajaan dan calon sekolah
bantuan kerajaan dalam pelaksanaan dan penilaian kerja kursus (kajian luar) Geografi.
Kajian luar ini hendaklah dijalankan pada penggal 3 mengikut tempoh yang ditetapkan
oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
2.0 Objektif Penilaian
Kajian luar ini dilaksanakan untuk menilai keupayaan calon dalam kemahiran berikut.
2.1 Kemahiran kognitif,
2.1.1 mengenal pasti dan menghuraikan masalah dan isu yang berkaitan dengan
kedinamikan interaksi sesama manusia, manusia dengan alam sekitar dan
sebaliknya serta mencadangkan langkah untuk mengatasinya dalam
konteks setempat,
2.1.2 menjelaskan pelbagai bentuk, pola, dan proses dalam alam sekitar fizikal
dan alam sekitar manusia serta faktor yang mempengaruhinya,
2.1.3 mengaplikasi dan membandingkan teori yang diajar di dalam bilik darjah
dengan keadaan sebenar di lapangan, dan
2.1.4 mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang
kedinamikan interaksi sesama manusia, manusia dengan alam sekitar dan
sebaliknya.
2.2 Kemahiran manipulatif,
2.2.1 mencerap, memerhati, mengukur, melakar, merakam, merekod, dan
mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat daripada sumber primer,
2.2.2 menemu bual, melakukan pemerhatian ikut serta, dan mengkaji selidik
untuk mendapatkan data primer di lapangan,
2.2.3 mengumpul, merekod, menyalin data dan maklumat sumber sekunder
melalui kajian perpustakaan, laporan agensi kerajaan dan swasta serta
memuat turun bahan daripada sumber Internet,
2.2.4 memproses, menyusun, meringkas, mengekod, menjadual, danmenganalisis data dan maklumat yang diperoleh, dan
2.2.5 mempersembahkan data dan maklumat yang diperoleh dari lapangan ke
dalam bentuk grafik, jadual, rajah, dan carta. Calon digalakkan untuk
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi
menganalisis dan mempersembahkan data.
2.3 Kemahiran insaniah (soft skills),
2.3.1 boleh berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan,
2.3.2 boleh bekerjasama dalam kumpulan, mengorganisasi tugas, dan bekerja
sebagai satu pasukan,
2.3.3 berupaya memimpin dan mengawal selia aktiviti kajian luar yangdilaksanakan secara berkumpulan,
BAHAGIAN I : GURU
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
4/32
TERHAD
4 TERHAD
2.3.4 berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan,
2.3.5 berupaya menyelesaikan masalah,
2.3.6 berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif,
2.3.7 boleh menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik,
2.3.8 menyedari dan menghargai tentang kepentingan alam sekitar,
2.3.9 boleh menjalankan kajian dengan jujur, amanah, dan beretika, dan
2.3.10 berupaya meningkatkan keyakinan diri dan motivasi.
3.0 Pelaksanaan Kajian Luar
3.1 Arahan Umum
3.1.1 Kertas kerja kursus (kajian luar) Geografi wajib diambil oleh semua calon
sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan
3.1.2 Kertas kerja kursus (kajian luar) Geografi hendaklah dibuat dalamPenggal 3
3.2 Tanggungjawab Pengetua
3.2.1 Mempengerusikan mesyuarat kerja kursus Tingkatan Enam peringkat
sekolah
3.2.2 Memastikan Ahli Jawatan Kuasa Kerja Kursus Sekolah menyediakan Fail
Induk Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan
enam mempunyai Fail Kerja Kursus bagi mata pelajaran masing-masing
3.2.3 Memastikan calon dibimbing dan diselia oleh guru Geografi
3.2.4 Memastikan bahawa semua hasil penulisan kajian luar calon telah dinilai
dan diberikan markah oleh guru mengikut borang markah yang disediakan
3.2.5 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan calon di bawah
Peraturan Pelancongan Sekolah 1957 dipatuhi oleh guru dan calon
3.2.6 Memastikan keperluan logistik/bekalan untuk melaksanakan kajian luar
dipenuhi
3.3 Tanggungjawab Guru Geografi
3.3.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan
menjalankan kerja kursus (kajian luar) Geografi3.3.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus
(kajian luar) Geografi
3.3.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi dari lamanWeb MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan
kepada calon
3.3.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:
(a) memahami skop tugasan dan merancang
(b) mengenal pasti lokasi yang sesuai, dan
(c) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
5/32
TERHAD
5 TERHAD
3.3.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti kajian luarsemasa di lapangan, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja
kursus (kajian luar) Geografi
3.3.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh
setiap calon semasa menjalankan aktiviti kajian luar
3.3.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus (kajian
luar) Geografi secara individu
3.3.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus (kajian luar)
Geografi berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti
pada para 4.0/13.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus
(Kajian Luar) Geografi
3.3.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja
kursus (kajian luar) Geografi mengikut masa yang ditetapkan oleh guru
mata pelajaran Geografi. Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon
agar menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua drafpenulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang
berkaitan dengan kerja kursus (kajian luar) Geografi
3.3.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses
data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kajian luar)
Geografi
3.3.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran
insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan
kerja kursus (kajian luar) Geografi
3.3.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan
penulisan kerja kursus (kajian luar) Geografi
3.3.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus (kajian luar)
kepada guru Geografi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan olehguru/pihak sekolah. Muka hadapan penulisan kerja kursus (kajian luar)
hendaklah menggunakan muka hadapan yang telah ditetapkan oleh pihakMPM (Lampiran 1)
3.3.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus (kajian
luar) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon
dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kajian luar) Geografi dan tidak
mengambil kertas 942/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan kertasGeografi STPM
3.3.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang
Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama dengan
kerja kursus (kajian luar) Geografi
3.3.16 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon
3.3.17 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod
Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan
supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru
dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus (kajian luar)
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
6/32
TERHAD
6 TERHAD
3.3.18 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara gurudengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus (kajian luar)
calon
3.3.19 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus (kajian luar)
Geografi, BMKKC, dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke
sekolah calon yang baharu
3.3.20 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh
MPM ketika mentaksir kerja kursus (kajian luar) Geografi calon
3.3.21 Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus (kajian luar) Geografi
3.3.22 Menilai pembentangan calon dan memberi markah secara individu serta
mengisi Borang Penilaian Pembentangan Kumpulan Kerja Kursus
(Kajian Luar) Geografi (Lampiran 4)
3.3.23 Memeriksa/menilai/menaksir kerja kursus (kajian luar) Geografi bagisetiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus
Calon (BMKKC) (Lampiran 5)
3.3.24 Mencetak BMKKC dan membuat semakan silang (cross checking) markah
kerja kursus (kajian luar) calon bersama dengan seorang lagi guru
Geografi. Pembetulan hendaklah dibuat sekiranya terdapat kesilapan
ketika memasukkan markah calon
3.3.25 Memindahkan markah calon dari BMKKC ke dalam Borang Rumusan
Markah Kerja Kursus Calon (BRMKKC) (Lampiran 6), mendapatkan
pengesahan daripada Pengetua, dan menghantarnya ke MPM
3.3.26 Memasukkan markah kerja kursus (kajian luar) calon dengan
menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh MPM.Kegagalan menghantar markah kerja kursus (kajian luar) calon akanmenyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kajian
luar) Geografi dan tidak mengambil kertas 942/4
3.3.27 Memastikan salinan BRMKKC, kerja kursus (kajian luar) Geografi, BPC,
BRKKC, dan BMKKC bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat
(kabinet berkunci) bagi tempoh selama enam bulan dari tarikh keputusan
peperiksaan STPM keseluruhan diumumkan
3.4 Tanggungjawab Calon
3.4.1 Memahami sukatan pelajaran Geografi dan tugasan untuk melaksanakan
kerja kursus (kajian luar)
3.4.2 Melaksanakan kerja kursus (kajian luar) dalam tempoh yang ditetapkan
3.4.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa,
dan selepas kerja kursus (kajian luar) dijalankan
3.4.4 Menghasilkan penulisan kerja kursus (kajian luar) secara individu
3.4.5 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu;
(a) memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja,
(b) mengenal pasti lokasi yang sesuai, dan
(c) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
7/32
TERHAD
7 TERHAD
3.4.6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkanpenulisan kajian luar
3.4.7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa
pencarian/pengumpulan data/maklumat
3.4.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulispenulisan kerja kursus (kajian luar)
3.4.9 Menggunakan muka hadapan kerja kursus (kajian luar) yang telah
ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) pada muka hadapan kerja
kursus (kajian luar) calon
3.4.10 Menghantar hasil kerja kursus (kajian luar) kepada guru Geografi pada
masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan
menghantar kerja kursus (kajian luar) pada tarikh yang telah ditetapkan
oleh guru/pihak sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak
melaksanakan kerja kursus (kajian luar) Geografi dan tidak mengambil
kertas 942/4
3.4.11 Mengakui kerja kursus (kajian luar) Geografi yang dihasilkan ialah hasil
kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC)
(Lampiran 2)
3.4.12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus
Calon (BRKKC) (Lampiran 3)dan menyerahkan borang tersebut kepada
guru Geografi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi
membincangkan proses penghasilan kerja kursus (kajian luar) Geografi
3.4.13 Membentangkan hasil kerja kursus (kajian luar) pada sesi pembentangan
pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah
3.4.14 Memastikan kerja kursus (kajian luar) yang dihasilkan ialah hasil usahacalon sendiri dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan
dan mencatatkan sumber maklumat tersebut dengan betul dalam penulisankerja kursus (kajian luar)
3.4.15 Menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf
penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang
berkaitan dengan kerja kursus (kajian luar) Geografi
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi
4.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (kajian luar)Geografi ini bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh
MPM
4.2 Cadangan jadual perancangan dan pelaksanaan kerja kursus (kajian luar) Geografiadalah seperti berikut:
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
8/32
TERHAD
8 TERHAD
Tarikh
Perancangan dan
PelaksanaanAktiviti
Tindakan Penyelaras/Guru Tindakan Calon
10 Meihingga
10 Jun 2016
MPM memuatnaik bahan berikut
dalam portal MPM
(www.mpm.edu.
my) pada10 Mei 2016:
i. Manual Kerja
Kursus yangmengandungi
Bahagian I: Guru,
Bahagian II :
Calon
ii. Soalan tugasan
iii. Kriteriapenilaian dan
pemarkahan
Mesyuarat penyelarasanperingkat negeri antara JU
dengan guru Geografi
tingkatan enam (bermula 13Mei 2016)
Memuat turun manual kerja
kursus berserta kriteria
penilaian dan pemarkahan
Memberi taklimat tugasankepada calon
Memilih soalan danmenetapkan lokasi kajian
Merancang jadual kerja
Membuat tinjauan awallokasi
Memohon kebenaran
lawatan/kajian luar daripadaJPN (jika perlu)
Menerima soalantugasan
Memahami skop tugasankajian luar
13 Jun
hingga17 Jun 2016
Persiapan sebelum
ke lapangan Menyediakan surat-
menyurat
Menghubungi agensi yangberkaitan
Mengagihkan calonmengikut kumpulan
Menyediakan pengangkutandan guru pengiring
Menyediakan peralatan daninstrumen kajian
Mengurus sumberkewangan
Menjelaskan calon tentang
elemen kemahiranmanipulatif dan kemahiran
insaniah yang dinilai
Menilai kemahiran insaniah
Mendapatkan sumberkewangan
Mendapatkan kebenaranibu bapa/penjaga
Membincangkan jadualkerja bersama-sama ahli
kumpulan
Mengagihkan kerja dan
membentuk strukturorganisasi kumpulan
Menyediakan kerangkatugasan
Menyediakan peralatan
dan instrumen sepertiborang soal selidik
Mencari sumber rujukan
seperti sumber primerdan sekunder
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
9/32
TERHAD
9 TERHAD
Tarikh
Perancangan dan
PelaksanaanAktiviti
Tindakan Penyelaras/Guru Tindakan Calon
20 Junhingga
20 Julai
2016
Perlaksanaankajian di lapangan
Membimbing calonmelaksanakan aktiviti dilapangan
Menilai kemahiranmanipulatif
Menilai kemahiran insaniah
Mengumpul data danmaklumat melalui
pemerhatian,
pencerapan, pengukuran,
temu bual, dan kaji
selidik
Memperoleh data dan
maklumat dari sumbersekunder
21 Julai
hingga5 Ogos 2016
Penulisan kajian
setelah kembalidari lapangan
Menjelaskan item-item yang
dinilai dalam penulisankajian
Membimbing calon menulis
penulisan kajian luar
mengikut format yang
ditetapkan
Menilai progres/kemajuan
hasil penulisan calon secaraberterusan
Membaiki kelemahan dan
membimbing calonmembuat penambahbaikan
Menetapkan tarikh akhirpenghantaran laporan kajianluar mengikut arahan MPM
Menilai kemahiranmanipulatif
Menilai kemahiran insaniah
Menyusun dapatan
(data dan maklumat)mengikut keutamaan dan
struktur tugasan
Memproses, mentafsir,
manganalisis, dan
merumus data danmaklumat
Mempersembahkan datadan maklumat dalam
bentuk peta, jadual, graf,
carta, dan lain-lain yangbersesuaian
Membincangkan dapatan
hasil kajian dan
menghubungkait denganteori yang dipelajari
Menulis penulisan kajianluar yang lengkap
mengikut format yang
ditetapkan
Menyemak dan membuatpenambahbaikanpenulisan kajian luar
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
10/32
TERHAD
10 TERHAD
Tarikh
Perancangan dan
Pelaksanaan
Aktiviti
Tindakan Penyelaras/Guru Tindakan Calon
8 Ogos
hingga23
September
2016
Penilaian
laporan kajianluar
Pembentanganberkumpulan
hasil kajian luar
oleh semuacalon
Menerima penulisan kajian
luar daripada setiap calon Membuat penilaian dan
pemarkahan bagi setiap
calon mengikut kriteria
penilaian yang ditetapkan
oleh MPM
Menilai kemahiranmanipulatif
Menilai kemahiran insaniah
Menilai kebolehan dan
keupayaan setiap calondalam kemahiran yang
diperlukan
Menghantar penulisan
kajian luar masing-masing kepada guru
Membentangkan hasilkajian luar secara
berkumpulan
26
September
hingga
26 Oktober
2016
Penyemakan silang markah kerja kursus
Pengisian dan penghantaran markah kerja kursus
ke MPM melalui perisian e-submission
Penghantaran salinan (hardcopy) setiap borang
markah kerja kursus calon (BMKKC) ke MPM
Tidak berkenaan
Oktober
2017
Pelupusan evidens kerja kursus (enam bulan dari
tarikh keputusan STPM dikeluarkan)
Tidak berkenaan
5.0 Langkah menjalankan kajian luar
5.1 MPM memberikan dua soalan tugasan berdasarkan sukatan pelajaran Geografi
STPM (rujuk para 11.1 dan 11.2). Guru dan calon perlu berbincang untuk memilih
hanya satu soalan tugasan sahaja.
5.2 Kawasan yang hendak dikaji mestilah sesuai dengan tajuk yang dipilih. Hanya
satu kawasan kajian sahaja diperlukan bagi setiap soalan. Pada amnya, kawasan
kajian yang dipilih mengandungi gabungan perkara yang berikut:
5.2.1 Berskala mikro
5.2.2 Unsur alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia
5.3 Pemilihan lokasi kajian luar hendaklah mengambil kira jarak dari sekolah keranaini akan melibatkan kos pengangkutan dan masa perjalanan. Sebaik-baiknya
perjalanan pergi dan balik dari lokasi kajian itu tidak memakan masa lebihdaripada dua jam. Dengan itu, calon akan mempunyai masa sekurang-kurangnya
enam jam berada di lapangan untuk melaksanakan kajian luar.
5.4 Semasa melaksanakan kajian luar, calon dibahagikan kepada kumpulan kecil (45
orang) untuk memudahkan mereka menjalankan kajian, dan memudahkan guru
mengawasi serta menjaga keselamatan mereka.
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
11/32
TERHAD
11 TERHAD
5.5 Sebelum ke lapangan, guru membuat persiapan awal seperti berikut:
5.5.1 Menentukan lokasi kajian dan melakukan tinjauan awal yang bersesuaian
dengan soalan tugasan
5.5.2 Menentukan kumpulan calon
5.5.3 Menguruskan surat-menyurat seperti surat kebenaran penjaga, surat
kebenaran dari sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN)
5.5.4 Menghubungi agensi-agensi yang hendak dikunjungi
5.5.5 Menyediakan pengangkutan dan guru pengiring
5.5.6 Menyediakan peralatan dan instrumen yang diperlukan termasuklah
borang soal selidik
5.5.7 Memberikan taklimat kepada calon yang meliputi tugasan kumpulan,
aspek kajian, jumlah responden yang ingin ditemu bual/soal selidik,
taklimat kawalan keselamatan dan lain-lain yang bersesuaian
5.6 Semasa di lapangan, calon menjalankan pemerhatian, pencerapan, pengukuran,
temu bual, dan soal selidik mengikut item-item tugasan yang telah dipilih (calon
mesti mendapatkan data primer dalam melaksanakan tugasan kajian luar).
5.7 Sekembali dari lapangan, calon melaksanakan tugasan berikut:
5.7.1 Menyusun dapatan (data dan maklumat) yang diperoleh mengikut
keutamaan atau mengikut item yang telah dipecahkan dari soalan yang
telah dipilih
5.7.2 Memproses maklumat mentafsir, menganalisis, dan membuat hubung
kait antara dapatan yang diperoleh
5.7.3 Mempersembahkan maklumat dan data dalam bentuk jadual, graf, carta,
dan rajah bagi mana-mana item yang relevan dan sesuai
5.7.4 Membincangkan dapatan/hasil kajian menghubungkaitkan dapatan yang
diperoleh dengan teori yang telah dipelajari di dalam bilik darjah
5.7.5 Menyiapkan penulisan kajian mengikut format yang ditetapkan oleh MPM
5.7.6 Membuat kesimpulan daripada hasil kajian dalam pembentangan
5.7.7 Membentangkan hasil kajian masing-masing. Tempoh pembentangan dan
soal jawab hendaklah tidakmelebihi 20 minit bagi setiap kumpulan5.7.8 Penggunaan TMK dalam pembentangan adalah digalakkan
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
12/32
TERHAD
12 TERHAD
6.0 Kaedah kajian
6.1 Maklumat diperoleh dari dua jenis sumber, iaitu sumber primer dan sumber
sekunder
6.2 Bagi mendapatkan maklumat primer, kaedah berikut digunakan: kaedah
mencerap, memerhati, mengukur, melakar, merakam, merekod, menemu bual,pemerhatian ikut serta, dan mengkaji selidik
6.3 Bagi mendapatkan maklumat sekunder, kaedah berikut digunakan: kaedah
mengumpul, merekod, menyalin, kajian di perpustakaan, mengumpul laporan
agensi kerajaan dan swasta serta muat turun sumber Internet
7.0 Peralatan dan kegunaannya
Bagi menjalankan kajian luar, peralatan/bahan berikut boleh digunakan
7.1 Peta topografi digunakan untuk menentukan lokasi dan membuat peta lakarsesuatu kawasan kajian
7.2 Borang soal selidik yang telah disediakan sebelum ke lokasi kajian
7.3 Pancang jajar digunakan untuk menjajarkan sesuatu pengukuran linear semasa
mengukur profil, dan sekiranya yang diukur ialah profil pantai, pancang jajar iniboleh juga digunakan untuk mengukur ketinggian ombak serta tempohnya
7.4 Pita ukur digunakan untuk kerja-kerja pengukuran jarak
7.5 Kompas prismatik digunakan untuk menentukan arah
7.6 Alat GPS (Global Positioning System) digunakan untuk menentukan letakan,
ketinggian, dan arah
7.7 Higrometer putar dan air suling digunakan untuk merekodkan suhu kering dansuhu basah dan mengira kelembapan bandingan
7.8 Termometer Sixes, tolok hujan, anemometer, dan barometer digunakan untuk
mengukur unsur cuaca
7.9 Alat pengukur kecerunan (Alat Aras Abney, Klinometer, dan Teodolit digunakan
untuk merekodkan kecerunan dan ketinggian sesuatu poin yang diukur)
7.10 Kamera digunakan untuk merakam gambar foto sebagai bukti tempat itu danbahan sokongan kajian
7.11 Alat perakam suara
8.0 Format Penulisan
8.1 Calon digalakkan menggunakan TMK untuk memperoleh maklumat tambahan
8.2 Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan penulisan kajian
luar mengikut format berikut:
8.2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja
8.2.2 Tulisan: Times New Roman saiz 12 poin ditaip pada sebelah muka surat
sahaja
8.2.3 Langkau (spacing): 1.5
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
13/32
TERHAD
13 TERHAD
8.2.4 Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk secara konsisten.
Contoh:
2.0 Objektif kajian
2.1 Menghuraikan jenis kegiatan ekonomi di kawasan yang dikaji
8.2.5 Panjang penulisan: tidak melebihi 25 muka surattermasuk jadual, rajah,
graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk
lampiran
8.3 Penulisan hasil kajian luar hendaklah menggunakan laras bahasa kajian ilmiah.
Contohnya,
i. "Berdasarkan pemerhatian di kawasan kajian..."
ii. "SungaiXdidapati telah tercemar disebabkan penggunaan racun serangga..."
8.4 Penulisan hasil kajian mestilah disokong dengan pembuktian foto, data, hasil temu
bual, dan penyataan lokaliti
8.5 Susunan laporan kajian luar adalah seperti berikut:
8.5.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)
8.5.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
8.5.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
8.5.4 Borang Penilaian Pembentangan Kumpulan Kerja Kursus (Kajian Luar)Geografi (Lampiran 4)
8.5.5 Penulisan kerja kursus (kajian luar) Geografi
8.6 Penulisan kerja kursus (kajian luar) yang telah siap hendaklah diserahkan kepada
guru dalam bentuk bercetak dan berjilid.
9.0 Struktur Penulisan
Kajian luar dilakukan secara berkumpulan tetapi penulisannya mesti disediakan secara
individu. Oleh itu, satu penulisan kajian luar yang lengkap perlu dibuat setelah kembali
dari lapangan. Penulisan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
9.1 Isi kandungan
9.2 Penghargaan
9.3 Pengenalan Huraian isu semasa yang berkaitan dengan tajuk tugasan
9.4 Objektif kajian Penyataan semua objektif mengikut tugasan soalan
9.5 Lokasi kawasan kajian Huraian ringkas tentang keluasan, kedudukan, letakan
serta ciri alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang ada di kawasan kajian
9.6 Kaedah kajian Huraian tentang cara kajian dilakukan seperti pengukuran,pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian untuk memperoleh data
primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian perpustakaan, muat turun bahandari sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
14/32
TERHAD
14 TERHAD
9.7 Hasil kajian dan perbincangan Huraian tentang dapatan kajian yang telahdianalisis; merangkumi punca, proses, dan impak serta membanding,
membezakan, dan menilai tentang saling interaksi aspek-aspek fizikal denganaktiviti manusia atau sebaliknya. Data tentang hasil kajian boleh dipersembahkan
dalam bentuk jadual, rajah, graf, dan peta
9.8 Kesimpulan Kesimpulan hasil dari dapatan kajian dan cadangan untuk
penambahbaikan yang berkaitan
9.9 Senarai rujukan
9.9.1 Rujukan buku perlu merujuk format Gaya Dewan seperti contoh berikut:
Jamaluddin Md. Jahi. 1996.Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anuwar Ali dan Rajah Rasiah. 1996.Perindustrian dan Pembangunan
Ekonomi di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
9.9.2 Rujukan daripada terbitan rasmi jabatan seperti contoh berikut:Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 1990. Lembar 7002 Kuala Langat.
Majlis Daerah Tanjung Malim. 2010. Pelan Strategi Tanjung Malim 2010-2016.
Tanjung Malim: MDTM.
9.9.3 Rujukan internet seperti contoh berikut:
Clark, J.K. 1999. Humidity sensor.Journal of Physics 2(2): 9-13
Crane, N. 1997. Electronic sources: MLA style of citation.
http://www.uvm.edu/~ncrane/estyle/mla.html [31 Julai 2000].
9.9.4 Rujukan akhbar seperti contoh berikut:Gunasegaran, P.2006. Overworked students: give the kids chance to relax.NewStraits Times, 21 February: 20.
Anon. 1992b. Peningkatan kes belia tidak membayar balik pinjaman. Utusan
Malaysia, 30 Oktober: 10. (bagi yang tiada pengarang).
9.10 Borang soal selidik, foto, maklumat-maklumat lain yang penting yang tidak
dimasukkan dalam teks
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
15/32
TERHAD
15 TERHAD
10.0 Penskoran
10.1 Soalan 1
Bil. Item Penilaian Markah penuh Peratus (%)
A Penulisan
1. Pengenalan 1 2
2. Objektif kajian 1 2
3. Lokasi kawasan kajian 5 10
4. Kaedah kajian 3 6
5. Hasil kajian dan perbincangan 24 48
6. Kesimpulan kajian 1 2
7. Senarai rujukan 1 2
8. Lampiran 1 2
Jumlah Markah 37 74
B Pembentangan 5 10
C Kemahiran manipulatif 3 6
D Kemahiran insaniah 5 10
Jumlah Markah 13 26
Jumlah Besar 50 100
10.2 Soalan 2
Bil. Item Penilaian Markah penuh Peratus (%)
A Penulisan1. Pengenalan 1 2
2. Objektif kajian 1 2
3. Lokasi kawasan kajian 5 10
4. Kaedah kajian 1 2
5. Hasil kajian dan perbincangan 26 52
6. Kesimpulan kajian 1 2
7. Senarai rujukan 1 2
8. Lampiran 1 2
Jumlah Markah 37 74B Pembentangan 5 10
C Kemahiran manipulatif 3 6
D Kemahiran insaniah 5 10
Jumlah Markah 13 26
Jumlah Besar 50 100
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
16/32
TERHAD
16 TERHAD
11.0 Skop Kajian Luar
11.1 Alam Sekitar Fizikal
Kajian luar alam sekitar fizikal dikhususkan kepada empat tajuk yang berikut:
(a) Sistem geomorfologi
(b) Sistem atmosfera
(c) Sistem hidrologi
(d) Sistem ekologi
11.1.1 Kajian luar sistem geomorfologi boleh dilakukan di salah satu kawasan berikut:
(i) Lembah sungai
(ii) Cerun
(iii) Pinggir pantai
(iv) Tanah tinggi
(v) Tanah pamah
Tumpuan kajian bagi setiap sistem geomorfologi yang dipilih adalah seperti
berikut:
(i) Proses geomorfologi
(ii) Faktor yang mempengaruhi
(iii) Kepentingan kepada pembentukan bentuk muka bumi
(iv) Interaksi dan impak kepada alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia
(v) Cadangan untuk mengurangkan impak tersebut
11.1.2 Kajian luar berkaitan sistem atmosfera boleh dilakukan di stesen kaji cuaca atau
kaji iklim. Kajian perlu ditumpukan kepada aktiviti mencerap, merekod,
menganalisis unsur cuaca, menjelaskan faktor yang mempengaruhinya serta
impak ke atas alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Unsur cuaca yang
dikaji adalah seperti berikut:
(i) Suhu
(ii) Hujan
(iii) Angin
(iv) Sejatan
(v) Kelembapan bandingan
(vi) Litupan awan
(vii) Tekanan udara
11.1.3 Kajian luar berkaitan sistem hidrologi boleh dijalankan di salah satu kawasan
berikut:
(i) Luar bandar
(ii) Bandar
(iii) Perumahan(iv) Perindustrian
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
17/32
TERHAD
17 TERHAD
(v) Pertanian
(vi) Bencana
Banjir
Kemarau
Pencemaran air
Kajian luar sistem hidrologi perlu ditumpukan kepada:
(i) Aspek permintaan dan bekalan air serta faktor yang mempengaruhinya
[untuk kawasan (i) hingga (v)]
(ii) Kejadian banjir, kemarau, dan pencemaran air serta faktor yang
mempengaruhinya [untuk kawasan (vi)]
(iii) Interaksi dan impak kepada alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia
(iv) Cadangan untuk mengurangkan impak tersebut
11.1.4 Kajian luar berkaitan sistem ekologi boleh dijalankan di salah satu kawasanberikut:
(i) Hutan
(ii) Tasik
(iii) Sungai
(iv) Pinggir pantai
(v) Paya
(vi) Kawasan ekosistem buatan manusia
Kajian perlu ditumpukan kepada:
(i) Komponen asas ekosistem
(ii) Gangguan terhadap keseimbangan ekosistem
(iii) Pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem
11.2 Alam Sekitar Manusia
Kajian luar alam sekitar manusia dikhususkan kepada tiga tajuk yang berikut:
(a) Penduduk
(b) Transformasi desa dan pembandaran
(c) Pembangunan ekonomi dan impak alam sekitar
Pemilihan ketiga-tiga tajuk ini dibuat setelah mengambil kira masa, kos, logistik, dan
kesesuaian tema dengan keupayaan dan keperluan pelajar tingkatan enam.
11.2.1 Kajian luar berkaitan dengan penduduk dilakukan terhadap subtajuk berikut:
(i) Taburan penduduk
(ii) Ciri-ciri penduduk
(iii) Migrasi
(iv) Kaitan penduduk dengan aktiviti ekonomi
Tumpuan kajian bagi setiap subtajuk penduduk adalah seperti berikut:
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
18/32
TERHAD
18 TERHAD
(i) Taburan penduduk dari segi lokasi kediaman, pola, kepadatan, dankomposisi kaum
(ii) Faktor geografi setempat yang mempengaruhi pola/corak taburan
penduduk
(iii) Ciri penduduk, seperti kadar kelahiran dan kematian, struktur umur danjantina, jangka hayat, dan nisbah tanggungan
(iv) Faktor yang mempengaruhi ciri penduduk di kawasan kajian
(v) Pengaruh ciri penduduk di sesebuah kawasan ke atas pembangunan
ekonomi dan sosial setempat
(vi) Arah alir, isi padu, dan komposisi migrasi masuk dan keluar di kawasan
kajian
(vii) Faktor yang mempengaruhi migrasi masuk dan keluar di kawasan kajian
(viii) Masalah dan isu migrasi di kawasan kajian serta cadangan mengatasinya
(ix) Kaitan antara taburan dan ciri penduduk dengan aktiviti ekonomi setempat
(x) Impak aktiviti penduduk terhadap alam sekitar fizikal setempat dancadangan mengatasinya
11.2.2 Kajian luar berkaitan dengan transformasi desa dan pembandaran boleh
dijalankan di sebuah kawasan luar bandar atau bandar. Kajian di kawasan luar
bandar meliputi aktiviti ekonomi desa, interaksi desa bandar, dan pembangunan
dan pemodenan desa. Tumpuan kajian adalah terhadap perkara berikut:
(i) Pelbagai jenis aktiviti ekonomi desa di kawasan yang dikaji
(ii) Faktor yang mempengaruhi aktiviti ekonomi dan perkembangan ekonomidesa
(iii) Interaksi dan saling bergantung desa bandar daripada segi pemasaran,
penggunaan perkhidmatan, pengangkutan, dan penyebaran maklumat serta
inovasi
(iv) Impak interaksi desa bandar ke atas ekonomi dan sosial, guna tanah
kawasan desa yang dikaji
(v) Program pembangunan dan pemodenan desa yang dijalankan dari segi
ekonomi, guna tanah, prasarana, kemudahan sosial, dan pembangunan
modal insan (gunatenaga) di kawasan kajian
(vi) Masalah dan isu pembangunan desa
(vii) Kesan pembangunan desa terhadap persekitaran fizikal setempat
(viii) Langkah untuk mengurangkan kesan pembangunan desa terhadap
persekitaran fizikal setempat
Kajian di kawasan bandar meliputi pelbagai fungsi bandar, kawasan pengaruh
bandar, dan pembangunan serta perkembangan bandar. Tumpuan kajian adalah
meliputi perkara berikut:
(i) Pelbagai fungsi bandar dari segi perkhidmatan, perniagaan, pemasaran,
perindustrian, pentadbiran, penyebaran maklumat, dan inovasi
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
19/32
TERHAD
19 TERHAD
(ii) Kawasan pengaruh bandar yang dikaji berdasarkan fungsi, kepentingandan interaksi bandar tersebut dengan kawasan sekitar atau dengan bandar-
bandar lain yang berdekatan
(iii) Perkembangan bandar yang dikaji dari segi ekonomi, guna tanah,
prasarana, kemudahan sosial, dan perkhidmatan bandar
(iv) Masalah dan isu pembandaran terhadap penduduk setempat dari segi
ekonomi, sosial, dan kualiti hidup
(v) Impak pembandaran terhadap alam sekitar fizikal setempat
(vi) Langkah untuk mengurangkan impak pembandaran terhadap alam sekitar
fizikal setempat
11.2.3 Kajian luar berkaitan dengan pembangunan ekonomi dan impak alam sekitar
boleh dilakukan terhadap aktiviti ekonomi berikut;
(i) Ekonomi Primer
Pertanian
Penternakan
Perikanan
Perhutanan
Perlombongan atau kuari
(ii) Ekonomi Sekunder
Pemprosesan
Pembuatan
Pembinaan
(iii) Ekonomi Tertier
Pengangkutan dan perhubungan
Pelancongan
Perniagaan dan perdagangan
Perkhidmatan awam dan swasta
Utiliti (elektrik, air, dan gas)Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
Penyelidikan dan pembangunan (R&D)
Tumpuan kajian bagi setiap aktiviti ekonomi di atas meliputi perkara berikut:
(i) Ciri aktiviti ekonomi di kawasan kajian yang dipilih
(ii) Faktor yang mempengaruhi letakan dan perkembangan aktiviti ekonomi
yang dikaji
(iii) Kepentingan aktiviti ekonomi yang dikaji kepada penduduk dan sosio-
ekonomi setempat
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
20/32
TERHAD
20 TERHAD
(iv) Masalah dan isu yang dihadapi oleh sektor ekonomi berkenaan
(v) Program pembangunan yang dijalankan terhadap sektor ekonomi yang
dikaji
(vi) Impak alam sekitar yang ditimbulkan oleh aktiviti ekonomi yang dikaji
(vii) Langkah pengurusan alam sekitar yang boleh dilaksanakan di kawasan
yang dikaji
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
21/32
TERHAD
21 TERHAD
Lampiran 1
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS (KAJIAN LUAR)
PENGGAL 3 TAHUN 2016
MATA PELAJARAN/KOD: GEOGRAFI 4 (942/4)
TAJUK
NAMA CALON
NOMBOR
KAD PENGENALAN
ANGKA GILIRAN
ALAMAT SEKOLAH
NAMA GURU
TANDATANGAN
GURU
TARIKH
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
22/32
TERHAD
22 TERHAD
Lampiran 2
BPC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS (KAJIAN LUAR)
PENGGAL 3 TAHUN 2016
MATA PELAJARAN/KOD: GEOGRAFI 4 (942/4)
BORANG PERAKUAN CALON
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru yang memeriksa kerja kursus calon,
dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru. Kegagalan calon
menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang
markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.
Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat Peperiksaan
Makluman kepada calon:
Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja
kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau
membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, ataucalon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.
Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:
Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerjakursus (kajian luar) Geografi (942) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan
penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Geografi di sekolah.
Tandatangan Calon
Tarikh
Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:
Saya mengesahkan bahawa kerja kursus (kajian luar) Geografi (942) telah dihasilkan
mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus (kajian luar)
calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus (kajian luar)
tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.
Tandatangan Guru
Nama Guru
Tarikh
Alamat
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
23/32
TERHAD
23 TERHAD
Lampiran 3
BRKKC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS (KAJIAN LUAR)
PENGGAL 3 TAHUN 2016
MATA PELAJARAN/KOD: GEOGRAFI 4 (942/4)
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON
No. Pusat/Angka Giliran : No. Kad Pengenalan :
Tarikh
Aktiviti
Aktiviti dalam
Penghasilan
Kerja Kursus
(Untuk diisi oleh calon)
Ulasan GuruTandatangan
Calon
Tandatangan
Guru
(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)
Pengesahan Guru Geografi
Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalampenghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi STPM 2016 mengikut peraturan yang
ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Tandatangan Guru: ..
Nama Guru: ..
Tarikh : ................................
Cop Sekolah:
Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara guru-calon dan dilampirkan
pada bahagian depan (sebelum kerja kursus calon) apabila kerja kursus dihantar kepada
guru untuk dinilai.
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
24/32
TERHAD
24 TERHAD
Lampiran 4
BORANG PENILAIAN PEMBENTANGAN KUMPULAN KERJA KURSUS
(KAJIAN LUAR) GEOGRAFI
(a) Senarai Nama Ahli Kumpulan
1.
No. Kad Pengenalan:
2.
No. Kad Pengenalan:
3.
No. Kad Pengenalan:
4.
No. Kad Pengenalan:
5.
No. Kad Pengenalan:
- -
- -
- -
- -
- -
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
25/32
TERHAD
25 TERHAD
Lampiran 4
(b) Borang Penilaian Individu
Kriteria Penilaian PembentanganCalon
1 2 3 4 5
Boleh berkomunikasi secara lisan dan tulisan
dengan berkesan
Boleh bekerjasama dalam kumpulan,
mengorganisasi tugas, dan bekerja sebagai satu
pasukan
Berupaya mengurus masa mengikut jadual
pembentangan
Berupaya menunjukkan keyakinan diri dan
motivasi
Berupaya menghasilkan pembentangan secara
kreatif dan inovatif
Jumlah Markah
(c) Komen Penilai:
PENGAKUAN GURU PENGESAHAN PENYELARAS
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di
atas adalah benar.
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di
atas adalah benar.
Tandatangan Guru:............. Tandatangan Penyelaras: ......
Nama : ... Nama : ......
No. Kad Pengenalan : No. Kad Pengenalan : ..........
Tarikh : Tarikh : .......
No. Telefon (sekolah) : ...
(bimbit) : ..
No. Telefon (sekolah) : .
(bimbit) : .
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
26/32
TERHAD
26 TERHAD
Lampiran 5
BMKKC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
KERJA KURSUS (KAJIAN LUAR)
PENGGAL 3 TAHUN 2016
MATA PELAJARAN/KOD: GEOGRAFI 4 (942/4)
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON
Nama Calon : ........ Angka Giliran : ....
No. Kad Pengenalan : ..........
(Untuk diisi oleh guru & penyelaras)
Kriteria PenilaianMarkah Penuh Markah
Guru
Markah
PenyelarasSoalan 1 Soalan 2
A. Penulisan
1. Pengenalan 1 1
2. Objektif kajian 1 1
3. Lokasi kawasan kajian 5 5
4. Kaedah kajian 3 1
5. Hasil kajian dan perbincangan 24 26
6. Kesimpulan kajian 1 1
7. Senarai rujukan 1 1
8. Lampiran 1 1
Jumlah 37 37
B. Pembentangan 5 5
C. Kemahiran manipulatif 3 3
D. Kemahiran insaniah 5 5
Jumlah 13 13
Jumlah Markah Keseluruhan 50 50
PENGAKUAN GURU PENGESAHAN PENYELARAS
Saya memperakui bahawa markah dan butiran
di atas adalah benar.
Saya memperakui bahawa markah dan butiran
di atas adalah benar.
Tandatangan Guru:........... Tandatangan Penyelaras:
Nama : ..... Nama :
No. Kad Pengenalan : ...... No. Kad Pengenalan : .
Tarikh : Tarikh :
No. Telefon (sekolah) : ....
(bimbit) :
No. Telefon (sekolah) :
(bimbit) :
Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakanperisian e-submission mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
27/32
TERHAD
27 TERHAD
Lampiran 6
BRMKKC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON
PENGGAL : TAHUN: ____________
MATA PELAJARAN/KOD: GEOGRAFI 4 (942/4)
NAMA SEKOLAH/NO.PUSAT:
(Uutuk diisi oleh guru/pemeriksa)
BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN
(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)
PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di
atas adalah benar.
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di
atas adalah benar.
Tandatangan Guru:............. Tandatangan Pengetua :......................
Nama:........ Nama:.............
No. Kad Pengenalan:............. No. Kad Pengenalan:..............
Tarikh:...... Tarikh:.....
No. Telefon (sekolah) :
(bimbit) :
No. Telefon (sekolah) :
(bimbit) :
Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan
Malaysia selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian
e-submission.
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
28/32
TERHAD
28 TERHAD
12.0 Tanggungjawab Calon
12.1 Memahami sukatan pelajaran Geografi dan tugasan untuk melaksanakan kerja
kursus (kajian luar)
12.2 Melaksanakan kerja kursus (kajian luar) dalam tempoh yang ditetapkan
12.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan
selepas kerja kursus (kajian luar) dijalankan
12.4 Menghasilkan penulisan kerja kursus (kajian luar) secara individu
12.5 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu;
(a) memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja,
(b) mengenal pasti lokasi yang sesuai, dan
(c) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan12.6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan
kajian luar
12.7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa
pencarian/pengumpulan data/maklumat
12.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan
kerja kursus (kajian luar)
12.9 Menggunakan muka hadapan kerja kursus (kajian luar) yang telah ditetapkan
oleh pihak MPM (Lampiran 1) pada muka hadapan kerja kursus (kajian luar)
calon12.10 Menghantar hasil kerja kursus (kajian luar) kepada guru Geografi pada masa dan
tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar
kerja kursus (kajian luar) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak
sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus
(kajian luar) Geografi dan tidak mengambil kertas 942/4
12.11 Mengakui kerja kursus (kajian luar) Geografi yang dihasilkan ialah hasil kerja
calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC)
(Lampiran 2)
12.12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon
(BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guruGeografi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi
membincangkan proses penghasilan kerja kursus (kajian luar) Geografi
12.13 Membentangkan hasil kerja kursus (kajian luar) pada sesi pembentangan padatarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah
12.14 Memastikan kerja kursus (kajian luar) yang dihasilkan ialah hasil usaha calon
sendiri dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan
mencatatkan sumber maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan kerja
kursus (kajian luar)
BAHAGIAN II : CALON
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
29/32
TERHAD
29 TERHAD
12.15 Menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf penulisanyang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan
kerja kursus (kajian luar) Geografi
13.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi
TarikhPerancangan dan Pelaksanaan
AktivitiTindakan Calon
10 Mei
hingga
10 Jun 2016
MPM memuat naik bahan berikut
dalam portal MPM
(www.mpm.edu. my) pada10 Mei2016:
i. Manual kerja kursus yang
mengandungi Bahagian I : Guru,Bahagian II : Calon
ii. Soalan tugasan
Menerima soalan tugasan
Memahami skop tugasan kajian luar
13 Jun
hingga
17 Jun 2016
Persiapan sebelum ke lapangan Mendapatkan sumber kewangan
Mendapatkan kebenaran ibubapa/penjaga
Membincangkan jadual kerjabersama-sama ahli kumpulan
Mengagihkan kerja dan membentukstruktur organisasi kumpulan
Menyediakan kerangka tugasan
Menyediakan peralatan dan instrumenseperti borang soal selidik
Mencari sumber rujukan sepertisumber primer dan sekunder
20 Jun
hingga
20 Julai2016
Perlaksanaan kajian di lapangan Mengumpul data dan maklumat
melalui pemerhatian, pencerapan,
pengukuran, temu bual, dan kajiselidik
Memperoleh data dan maklumat dari
sumber sekunder
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
30/32
TERHAD
30 TERHAD
TarikhPerancangan dan Pelaksanaan
AktivitiTindakan Calon
21 Julai
hingga
5 Ogos 2016
Penulisan kajian setelah kembali
dari lapangan Menyusun dapatan (data dan
maklumat) mengikut keutamaan dan
struktur tugasan Memproses, mentafsir, manganalisis,
dan merumus data dan maklumat
Mempersembahkan data dan
maklumat dalam bentuk peta, jadual,
graf, carta, dan lain-lain yangbersesuaian
Membincangkan dapatan hasil kajiandan menghubungkait dengan teori
yang dipelajari
Menulis penulisan kajian luar yanglengkap mengikut format yang
ditetapkan
Menyemak dan membuat
penambahbaikan penulisan kajianluar
8 Ogos
hingga
23
September2016
Penilaian laporan kajian luar
Pembentangan berkumpulan
hasil kajian luar oleh semuacalon
Menghantar penulisan kajian luar
masing-masing kepada guru
Membentangkan hasil kajian luarsecara berkumpulan
14.0 Format Penulisan
14.1 Calon digalakkan menggunakan TMK untuk memperoleh maklumat tambahan
14.2 Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan penulisan kajian
luar mengikut format berikut:
14.2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja
14.2.2 Tulisan: Times New Roman saiz 12 poin ditaip pada sebelah muka surat
sahaja
14.2.3 Langkau (spacing): 1.5
14.2.4 Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk secara konsisten.
Contoh:
2.0 Objektif kajian
2.1 Menghuraikan jenis kegiatan ekonomi di kawasan yang dikaji
14.2.5 Panjang penulisan: tidak melebihi 25 muka surattermasuk jadual, rajah,graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk
lampiran
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
31/32
TERHAD
31 TERHAD
14.3 Penulisan hasil kajian luar hendaklah menggunakan laras bahasa kajian ilmiah.Contohnya,
i. "Berdasarkan pemerhatian di kawasan kajian..."
ii. "SungaiXdidapati telah tercemar disebabkan penggunaan racun serangga..."
14.4 Penulisan hasil kajian mestilah disokong dengan pembuktian foto, data, hasil temubual, dan penyataan lokaliti
14.5 Susunan laporan kajian luar adalah seperti berikut:
14.5.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)
14.5.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
14.5.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
14.5.4 Borang Penilaian Pembentangan Kumpulan Kerja Kursus (Kajian Luar)
Geografi (Lampiran 4)
14.5.5 Penulisan kerja kursus (kajian luar) Geografi
14.6 Penulisan kerja kursus (kajian luar) yang telah siap hendaklah diserahkan kepada
guru dalam bentuk bercetak dan berjilid.
15.0 Struktur Penulisan
Kajian luar dilakukan secara berkumpulan tetapi penulisannya mesti disediakan secara
individu. Oleh itu, satu penulisan kajian luar yang lengkap perlu dibuat setelah kembali
dari lapangan. Penulisan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
15.1 Isi kandungan
15.2 Penghargaan15.3 Pengenalan Huraian isu semasa yang berkaitan dengan tajuk tugasan
15.4 Objektif kajian Penyataan semua objektif mengikut tugasan soalan
15.5 Lokasi kawasan kajian Huraian ringkas tentang keluasan, kedudukan,
letakan serta ciri alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang ada dikawasan kajian
15.6 Kaedah kajian Huraian tentang cara kajian dilakukan seperti pengukuran,
pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian untuk memperoleh data
primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian perpustakaan, muat turun bahan
dari sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta15.7 Hasil kajian dan perbincangan Huraian tentang dapatan kajian yang telah
dianalisis; merangkumi punca, proses, dan impak serta membanding,
membezakan, dan menilai tentang saling interaksi aspek-aspek fizikal dengan
aktiviti manusia atau sebaliknya. Data tentang hasil kajian boleh
dipersembahkan dalam bentuk jadual, rajah, graf, dan peta
15.8 Kesimpulan Kesimpulan hasil dari dapatan kajian dan cadangan untuk
penambahbaikan yang berkaitan
-
7/25/2019 Manual Kerja Kursus 942-4 2016-EDITED.pdf
32/32
TERHAD
15.9 Senarai rujukan
15.9.1 Rujukan buku perlu merujuk format Gaya Dewan seperti contoh berikut:
Jamaluddin Md. Jahi. 1996.Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar.Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anuwar Ali dan Rajah Rasiah. 1996.Perindustrian dan Pembangunan
Ekonomi di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
15.9.2 Rujukan daripada terbitan rasmi jabatan seperti contoh berikut:
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 1990. Lembar 7002 Kuala Langat.
Majlis Daerah Tanjung Malim. 2010. Pelan Strategi Tanjung Malim 2010-2016.Tanjung Malim: MDTM.
15.9.3 Rujukan Internet seperti contoh berikut:
Clark, J.K. 1999. Humidity sensor.Journal of Physics 2(2): 9-13
Crane, N. 1997. Electronic sources: MLA style of citation.http://www.uvm.edu/~ncrane/estyle/mla.html [31 Julai 2000].
15.9.4 Rujukan akhbar seperti contoh berikut:
Gunasegaran, P.2006. Overworked students: give the kids chance to relax.New
Straits Times, 21 February: 20.
Anon. 1992b. Peningkatan kes belia tidak membayar balik pinjaman. Utusan
Malaysia, 30 Oktober: 10. (bagi yang tiada pengarang).
15.10 Lampiran Borang soal selidik, foto, maklumat-maklumat lain yang penting
yang tidak dimasukkan dalam teks
top related