assignment gangguan emosi
Post on 03-Apr-2018
243 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 Assignment Gangguan Emosi
1/17
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH
RENDAH (PGSR) AMBILAN 2008
TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK (KKP)
NAMA:
ANGKA GILIRAN :
NO. K/P :
KUMPULAN / KURSUS :
MATA PELAJARAN : GURU DAN CABARAN SEMASA
KOD MATA PELAJARAN : EDU 3109
NAMA PENSYARAH :
-
7/28/2019 Assignment Gangguan Emosi
2/17
TARIKH SERAHAN :
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan.. 2
2.0 Pendahuluan. 5
3.0 Jenis-jenis Gangguan Emosi.. 6
4.0 Punca-punca Gangguan Emosi.8
5.0 Langkah Mengatasi Gangguan Emosi.. 10
6.0 Penutup. 13
7.0 Rujukan. 14
8.0 Lampiran 15
2
-
7/28/2019 Assignment Gangguan Emosi
3/17
1.0 PENGENALAN
Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi
kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan
mengira.
Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan
imbuhan.Ianya juga disebut sebagai Remedial education di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu
bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau
kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.Pendidikan Pemulihan
berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. dan
Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas
pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan
juga khas iaitu menepati kehendak menjadikan pulih .
Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang
kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat.
Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik Barat dan tempatan
mengenai takrifan pendidikan pemulihan.
Secara lebih khusus, takrif pendidikan pemulihan itu telah diberi dengan pelbagai definisi,
antaranya ialah :
i) Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983 : 371
satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang
mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat
khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada
sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.
ii) Ishak Harun & Koh Boh Boon, 1983 : 191
Perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapimasalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa .
iii) Pringle (1966)
3
-
7/28/2019 Assignment Gangguan Emosi
4/17
pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang
mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui
latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka.
iv) Albertwhite (1977)
pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang
bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi .
v) Tansley (1967)
pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah
yang benar-benar teliti dan sistematis bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan
secara tersusun.
vi) Collins (1961)
pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran
asas. Malah beliau menegaskan pengajaran ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa
bagi murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca,menulis
dan mengira.
vii) Evans (1995)
pengajaran pemulihan dianggap sebagai the ambulance of educational system . Dengan
sebab itu pengajaran pemulihan ini tidak boleh diambil kira sebagai satu pekerjaan atau
pengajaran yang dilakukan secara mengejut, mendadak atau digunakan pada waktu
kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan disusun dengan rapi berdasarkan
aspek aspek kelemahan murid.
viii) Blair (1956)
pengajaran pemulihan adalah satu bentuk pengajaran yang bertujuan untuk membaharui
teknik pengajaran dan pembelajaran untuk mengikis segala kebiasaan-kebiasaan dan amalan-
amalan yang tidak sesuai bagi murid-murid lambat.
ix) Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan dalam pekeliling KP (BS)
8502/5/PK/Jld. V (26) bertarikh 8 Januari 1986.
pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah
pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada
4
-
7/28/2019 Assignment Gangguan Emosi
5/17
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang
telah menerima latihan khas dalam bidang ini.
x)Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1984)
dalam konteks KBSR Program Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang
dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik
sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.
xi) Koh (1979)
pengajaran pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuan untuk memulihkan kelemahan-
kelemahan yang dikesan pada murid lambat dengan tujuan untuk meningkatkan taraf
pencapaian mereka agar setaraf dengan pencapaian murid-murid normal .
xii) Chua (1977)
pendidikan pemulihan sebagai satu pengajaran yang bertujuan untuk membantu murid yang
lemah, melalui pendekatan perseorangan dalam kelas yang kecil bilangan muridnya.
Pengajaran ini menggunakan kurikulum yang diubahsuaikan dengan menitikberatkan perkara
yang praktis dan latih tubi, tunjuk cara yang melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang
dimudahkan serta disampaikan dengan teratur serta dikendalikan oleh kakitangan ikhtisas
(profesional)yang terdiri daripada Guru Pemulihan dengan kerjasama doktor, pekerja sosial,
pakar jiwa dan pihak-pihak lain yang berkaitan.
Secara kesimpulannya, pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang
dijalankan untuk membantu murid-murid lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka
tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf
dengan rakan mereka yang lain.
5
-
7/28/2019 Assignment Gangguan Emosi
6/17
2.0 PENDAHULUAN
Gangguan emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih tingkah laku
oleh murid-murid. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka telah memberi maksud kepada gangguan emosi
sebagai gangguan emosiadalah akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan
sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. seterusnya gangguan emosi juga dapat ditakrifkan
sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka menyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Antara gangguan
personaliti yg berlaku ialah antisosial. Ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-
faktor intelektual, kesihatan juga menjadi definisi kepada gangguan emosi. secara ringkasnya gangguan emosi
boleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang menyebabkan emosi murid
tersebut tidak stabil. Gangguan emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang
murid. Gangguan emosi adalah satu perkara yang amat serius pada usia persekolahan. Mereka akan
mengalami gangguan emosi yang serius dan ini menyebabkan stress atau tekanan kepada murid-murid.
Mengikut kajian di negara lain, kekerapan kemurungan teruk dan sederhana adalah dua
hingga empat peratus di kalangan kanak-kanak manakala 10 peratus di kalangan remaja dan
15 hingga 20 peratus di kalangan dewasa. Dan mengikut kajian yang dilakukan oleh pakar turut
mendapati 10.5 peratus daripada pelajar sekolah rendah mengalami tekanan emosi dan
kemurungan.
Gangguan atau tekanan emosi di kalangan kanak-kanak tidak boleh dibiar berlarutan
dan perlu diberi perhatian segera. Setiap kanak-kanak mungkin mempamerkan emosi yang
berbeza ketika mereka mengalami tekanan. Ia juga sukar dikesan dalam masa singkat kerana
simptomnya tidak jelas
6
-
7/28/2019 Assignment Gangguan Emosi
7/17
-
7/28/2019 Assignment Gangguan Emosi
8/17
-
7/28/2019 Assignment Gangguan Emosi
9/17
4.0 PUNCA-PUNCA GANGGUAN EMOSI
Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi dalam
kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan emosi dalam kalangan murid ialah persekitaran
sekolah, peristiwa dalam keluarga,pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain lagi.
Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak kondusif.
Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah kesesakan didalam kelas yang boleh
mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Ini selaras dengan pendapat yang
diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecendurungan
ke arah perlakuan negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud
murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan
mengganggu emosi mereka.
Keadaan ini berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan membawa kepada fizikal kelas padat
dan menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Malah keadaan ini
menjadi lebih ketara jika ada murid nakal yang sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini
secara langsung akan mengganggu murid yang ingin belajar dan menyebabkan mereka mengalami gangguan
emosi. Melalui pemerhatian saya terhadap dua orang murid saya iaitu Muhammadd Danish dan Muhammad
Najib, mereka berdua mengalami masalah yang berikut. Kelas Tahun 1 pada tahun 2011 yang padat dan sesak
telah menyebabkan keadaan ini berlaku. Guru-guru agak sukar mengawal murid-murid ini terutamanya
Muhammad Najib kerana murid ini lebih minat bermain dan selalu merayau-rayau di dalam kelas ketika aktiviti
pengajaran berlangsung.
Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca murid mengalami gangguan emosi.
Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan
murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yang
tersayang. Contoh peristiwa hidup yang negatif adalah penderaan, penceraian, kemalangan, kematian, muflis
atau hilang pekerjaan, dipenjara, krisis kewangan dan lain-lain. Keadaan ini pula berlaku terhadap seorang
murid saya iaitu Siti Aisyah yang mengalami masalah keluarga iaitu penceraian ibu dan bapanya. Kesannya
9
-
7/28/2019 Assignment Gangguan Emosi
10/17
murid ini sukar untuk memberikan tumpuan di dalam kelas dan sering menyendiri serta mengasingkan diri dari
rakan-rakannya.
Di samping itu, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra,tidak menaruh minat
terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan gangguan emosi
dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Pengaruh keluarga menjadi punca keadaan in berlaku. Dari
segi tingkah laku,murid berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara satu dengan lain. Sesetengahnya
ada yang menjadi kaku, ada juga yang meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan
sebarang emosi. Keluarga yang mesra antara satusama lain, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi
keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang melihat
dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan
dalam melaksanakan sesuatu perkara.
Pada peringkat kanak-kanak, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sikit berbanding dengan
zaman remaja yang mempunyai peranan yang besar. Namun begitu, pengaruh rakan sebaya juga menjadi
salah satu punca gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Minat kanak-kanak lebih mirip kepada minat
rakan daripada ibu bapa. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang itu mengikut pandangan rakan-
rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya. Mereka juga akan suka membantu, bijak
bertoleransi dan melibatkan diri dengan merancang dan memulakanaktiviti kumpulan yang menarik dan
menyeronokkan.
Murid yang diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria, bersemangat, baik hati, boleh berjenaka,
mempunyai daya usaha, dorongan dan sering memberikan ideayang baik. Murid yang tidak disanjung dan
disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan mereka yang popular. Murid ini
akan berasa kurang yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan sebaya. Murid sebegini
akan menunjukkan sikap agresif, sombong dan terlalu mendesak. Murid yang disukai oleh kawan-kawannya
akan berasa inferior, rasa iri hati, benci muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya.
Semua ini menunjukkan tanda-tanda gangguan emosi yang perlu diketahui oleh guru dalam menguruskan
tingkah laku murid di dalam kelas. Keadaan ini pula berlaku pada murid yang bernama Nurizdihar. Murid ini
sering tidak dihiraukan oleh rakan-rakannya di dalam kelas. Kesannya, murid ini lebih banyak mendiamkan diri
ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Guru-guru juga mengalami masalah dalam
berkomunikasi dengan murid ini kerana murid ini kurang menunjukkan minat dalam pelajarannya.
10
-
7/28/2019 Assignment Gangguan Emosi
11/17
5.0 LANGKAH MENGATASI GANGGUAN EMOSI
Sebagaimana ahli falsafah Yunani Aristotle menegaskan, setiap individu mudah mengalami gangguan
emosi sekiranya seseorang itu tidak menguruskan sesuatu perasaan itu dengan sebaiknya. Kini kebanyakan
murid telah mengalami gangguan emosi kerana mereka tidak menguruskan emosinya secara berpatutan
dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya. Antara-antara langkah-langkah yang boleh
diambil oleh guru adalah seperti berikut:
Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik
Sebagaimana yang telah yang kita kepimpinan guru bersifat demokratik boleh mewujudkan interaksi dua hala
dan membawa suasana sosio-emosi yang sihat,mesra dan harmonis di antara guru dengan murid-muridnya.
Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid
berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat mereka.
Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid-murid berinteraksi di antra satu sama lain, dan
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan.
Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan
memberi banyak peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus
berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid-murid
menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi permainan pertandingan atau kerja projek.
11
-
7/28/2019 Assignment Gangguan Emosi
12/17
-
7/28/2019 Assignment Gangguan Emosi
13/17
kemenangan, dan bukan membimbang atau bersedih kerana kekalahan. Murid belajar untuk memandang
segala perkara secara optimistic kerana ia merupakan cara yang paling berkesan untuk menentang emosi yang
kurang sihat ini.
Guru sepatutnya tidak harus memukul murid yang mempunyai tingkah laku yang tidak diingini seperti
murid yang seringkali ponteng sekolah. Murid tersebut perlu diberi peluang untuk guru mengenalpasti
dan menyiasat sebab murid tersebut melakukan kesalahan disiplin atau tingkah laku yang tidak diingini.
Seterusnya diberi ruang untuk memperbaiki tingkah laku yang tidak diingini itu. Ini kerana sekiranya guru
memukul murid tersebut wujudnya perasaan benci dan marah terhadap guru yang memukulnya dan
murid itu tidak akan memperbaiki tingkah lakunya. Ini akan meyebabkan murid itu mengalami
gangguan emosi.
13
-
7/28/2019 Assignment Gangguan Emosi
14/17
6.0 PENUTUP
Gangguan emosi boleh dialami oleh kanak-kanak tanpa mengira usia. Manifestasi yang
ditunjukkan berbeza-beza mengikut tahap perkembangannya. Ibu bapa perlu memahami dan
mengenali ciri-ciri gangguan emosi di kalangan anak-anak tersebut. Kadangkala, keluhan
dikalangan kanak-kanak itu perlulah diperiksa dengan teliti supaya segala punca boleh
dikaitkan dengan penyakit organik dapat dikenal pasti sebelum perhatian ditumpukan kepada
masalah psikososial kanak-kanak itu.
Oleh yang demikian, seseorang guru pula perlu sentiasa saling menerima antara satu
sama lain dan menyediakan emosi pelajar. Ini penting supaya semua pelajar melibatkan diri
dalam setiap kegiatan keilmuan yang diadakan di sekolah. Emosi pelajar perlu dikekal atau
dipertingkatkan dengan pengajaran guru lebih bersifat pembimbing di sisi. Guru perlu
memahami emosi pelajar kerana perbezaan tingkah laku, sosial dan rohani dalam kalangan
pelajar sememangnya mempengaruhi ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Apabila gangguan emosi di kalangan pelajar dapat dikawal serta dibendung ini akan
meningkatkan penumpuan pelajar tersebut ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung dan
seterusnya pencapaian pelajar tersebut dalam aspek akademik, sahsiah mahupun kokurikulum
mencapai pada tahap yang memuaskan.
Melalui Kelas Pemulihan di Sekolah Kebangsaan Dato Klana Putra, Lenggeng, Negeri
Sembilan, murid-murid yang memerlukan pemulihan khas seperti yang telah saya nyatakan
iaitu Muhammad Danish, Muhammad Najib, Nurizdihar dan Siti Aisyah tidak lagi ketinggalan
dalam pembelajaran mereka dengan rakan-rakan mereka. Apa yang penting kemahiran asas
iaitu membaca, mengira, menulis dan menaakul (4M) mereka mencapai tahap yang baik.
Melalui didikan guru yang bertauliah dan terlatih, diharapkan mereka dapat menumpukan
perhatian mereka terhadap pelajaran di samping dapat mengawal emosi dan tingkah laku ketika
di sekolah. Usaha ini memerlukan kerjasama dan jalinan yang erat antara pihak sekolah, guru-
guru dan ibu bapa murid bagi memastikan objektif dan tujuan Kelas Pemulihan ini tercapai dan
dapat direalisasikan dengan jayanya.
14
-
7/28/2019 Assignment Gangguan Emosi
15/17
7.0 RUJUKAN
Azman Wan Chik (1979). Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1: Perkaedahan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Isahak Harun (2004). Laporan Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu. Tanjung
Malim: UPSI.
Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: EdisiGuru 1. Shah
Alam: Penerbit Fajar Bakti.
Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 2. Shah
Alam: Penerbit Fajar Bakti.
Rohayati Haroun. Mari Baca e-Xra. Modul Bacaan 1-7. (2008). E-xra Centre.
Bandar Baru Bangi Selangor.
Surya Abdullah.(2008). Kaedah Membaca Mudah. Adikku Bijak Membaca.
Sasbadi, Kula Lumpur.
Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan
Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://www.hamidarshat.com/anak-penjagaan-informasi-167/204-tekanan-emosi-pada-kanak-
kanak.html
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Kawalgejalamurungdiperingkatawal/Article/i
ndex_html
http://www.ukm.my/penerbit/emosi.pdf
15
http://www.hamidarshat.com/anak-penjagaan-informasi-167/204-tekanan-emosi-pada-kanak-kanak.htmlhttp://www.hamidarshat.com/anak-penjagaan-informasi-167/204-tekanan-emosi-pada-kanak-kanak.htmlhttp://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Kawalgejalamurungdiperingkatawal/Article/index_htmlhttp://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Kawalgejalamurungdiperingkatawal/Article/index_htmlhttp://www.ukm.my/penerbit/emosi.pdfhttp://www.hamidarshat.com/anak-penjagaan-informasi-167/204-tekanan-emosi-pada-kanak-kanak.htmlhttp://www.hamidarshat.com/anak-penjagaan-informasi-167/204-tekanan-emosi-pada-kanak-kanak.htmlhttp://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Kawalgejalamurungdiperingkatawal/Article/index_htmlhttp://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Kawalgejalamurungdiperingkatawal/Article/index_htmlhttp://www.ukm.my/penerbit/emosi.pdf -
7/28/2019 Assignment Gangguan Emosi
16/17
-
7/28/2019 Assignment Gangguan Emosi
17/17
17
top related