4. relay

4
Institut Kemahiran MARA Jasin, Melaka INFORMATION SHEET PROGRAMME : A14 - SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN SESSION : SEMESTER : 2 CODE/COURSE : TAB 2042 / BASIC AUTOMOTIVE ELECTRICAL AND ELECTRONIC SHEET NO : A14/M03/ IS05 LECTURER : MD HAFIZI BIN MOHAMAD WEEK : 4 TOPIC : M03 CIRCUIT AND TERMINALS SUB-TOPIC : 03.01 WIRE HARNESS 03.02 COLOR CODING 03.03 TERMINALS AND SOCKET 03.04 RELAYS, SWITCHERS AND SOLENOIDS 03.05 EARTH 03.06 POWER WINDOW LEARNING OUTCOME : Pelajar-pelajar mesti boleh: 1. Nyatakan lokasi relay. 2. Terangkan binaan relay 3. Terangkan jenis-jenis relay. 4. Jelaskan operasi relay 5. Terangkan operasi relay 5 kaki TAJUK : RELAY TUJUAN 1

Upload: md-hafizi-mohamad

Post on 19-Jun-2015

5.182 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4. relay

Institut Kemahiran MARAJasin, Melaka

INFORMATION SHEET

PROGRAMME : A14 - SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN

SESSION : SEMESTER : 2

CODE/COURSE :TAB 2042 / BASIC AUTOMOTIVE ELECTRICAL AND ELECTRONIC

SHEET NO : A14/M03/IS05

LECTURER : MD HAFIZI BIN MOHAMAD WEEK : 4

TOPIC : M03 CIRCUIT AND TERMINALS

SUB-TOPIC :

03.01 WIRE HARNESS03.02 COLOR CODING03.03 TERMINALS AND SOCKET03.04 RELAYS, SWITCHERS AND SOLENOIDS03.05 EARTH03.06 POWER WINDOW

LEARNING OUTCOME :

Pelajar-pelajar mesti boleh:

1. Nyatakan lokasi relay.2. Terangkan binaan relay3. Terangkan jenis-jenis relay.4. Jelaskan operasi relay5. Terangkan operasi relay 5 kaki

TAJUK : RELAY

TUJUAN

Litar elektrik amat penting dalam sistem elektrikal kenderaan. Ia membolehkan komponen-komponen elektrik kenderaan berfungsi dengan sempurna. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk membuat penyambungan dalam pendawaian elektrik kenderaan. Setiap sambungan mestilah sempurna dan berkesan. Kertas penerangan ini akan menerangkan maksud tersebut.

1

Page 2: 4. relay

PENERANGAN

RELAYS

Binaan di dalam relay terdiri dari struktur mekanikal seperti satu suis. Untuk menggerakkan suis tersebut, satu gegelung yang bertindak sebagai magnet (elektromagnet) menggerakkan struktur suis di dalamnya. Jadi, apabila terdapat daya magnet yang dihasilkan dari pengaliran arus seterusnya menghasilkan daya elektromagnet, ia kemudian menarik plat suis di dalam relay tersebut. Tindakan tersebut menyebabkan plat yang ditarik menyentuh kepada terminal yang lain. Proses tersebut boleh disamakan dengan satu suis slide dua hala. Kenderaan biasa mempunyai 20 relays atau lebih

Gambarajah 5.1 Relay boleh ditempatkan dimana-mana pada kenderaan.

Gambarfoto 5.1 Relay

2

Page 3: 4. relay

KEDUDUKAN RELAYSRelays terdapat diserata tempat dalam badan kenderaan. Relay blocks, kedua-duanya besar dan kecil biasanya terletak dalam bahagian enjin ,di belakang kanan atau kiri kick panels atau di bawah dashboard. Relay biasanya diletakkan bersama atau bersama-sama dengan komponen-komponen yang lain seperti fius atau diletakkan bersendirian.

Gambarfoto 5.2 Kedudukan relay

Mengenal Pasti Kedudukan RelayPenutup Relay/ Fuse biasanya terdapat label dan kedudukan dan posisi setiap fius, relay atau elemen-elemen fius yang lain serta kegunaannya.

Gambarfoto 5.3 Lokasi relay mengikut kegunaannya

3

Page 4: 4. relay

BINAAN RELAYAliran biasa melalui litar pengawal di mana wayar pengalir membaluti mengelilingi batang besi. Batang besi akan menguatkan medan magnet. Medan magnet menarik titik sesentuh dibahagian atas dan menariknya ke bawah dan menyentuh titik sesentuh. Sentuhan titik sesentuh ini membenarkan kuasa dari punca kuasa.

1. Control Coil2. Switch Contact points3. Iron Core4. Terminal

Gambarajah 5.2 Binaan sesebuah relay

4

Page 5: 4. relay

JENIS-JENIS RELAY

a. Normally Open Relay (NO)b. Normally Closed Relay (NC)

a. NORMALLY OPEN RELAY (NO)

Relay ini mempunyai suis atau sesentuh yang sentiasa terbuka sehingga diaktifkan di mana terdapatnya pengaliran arus melalui litar utama relay.

Gambarajah 5.3 Normally open relay

b. NORMALLY CLOSED RELAY (NC)

Operasi relay ini adalah sama sahaja seperti normally open relay (NO) tetapi pergerakkannya terbalik. Apabila litar utama tidak dialirkan arus elektrik, titik sesentuh relay akan sentiasa tertutup. Apabila terdapat pengaliran arus titik sesentuh tersebut akan terpisah.

Gambarajah 5.4 Normally closed relay

5

Page 6: 4. relay

OPERASI RELAYRelays ialah alat kawalan suis elektrik yang dikawal oleh suis yang lain seperti horn switch atau komputer seperti dalam modul kawalan kuasa. Relays membolehkan pengaliran litar kecil untuk mengawal litar besar. Sesetengah rekabentuk relays biasa digunakan 3-pin, 4-pin, 5-pin dan 6-pin, suis ‘single’ atau suis berkembar.

Gambarajah 5.5 Contoh litar yang menggunakan relay

6

Page 7: 4. relay

Semua relays beroperasi menggunakan prinsip asas yang sama. Contoh dibawah menunjukkan relay 4-pin digunakan. Relays mempunyai 2 litar iaitu litar kawalan(merah) dan juga litar load (hijau). Litar kawalan mempunyai dawai penebat yang kecil manakala litar ‘load’ mempunyai suis. Dawai penebat mengawal operasi suis.

Gambarajah 5.6 Litar di dalam relay

Relay Energized (On)Pengaliran biasa melalui litar kawalan (pin 1 dan 3) menghasilkan medan magnet yang kecil di mana akan mengakibatkan suis tertutup antara pin 2 dan 4. Suis adalah sebahagian daripada litar ‘load’ digunakan untuk mengawal litar elektrik yang mungkin disambungkan dengannya. Aliran biasa yang berlaku melalui pin 2 dan 4 apabila relay diaktifkan

Gambarajah 5.7 Relay yang telah diaktifkan

7

Page 8: 4. relay

Relay De-Energized (OFF)Apabila arus berhenti mengalir melalui litar kawalan pada pin 1 dan pin 3, relay menjadi tidak aktif. Tanpa kehadiran medan magnet, sius atau titik sesentuh akan terbuka dan menghalang arus melalui pin 2 dan pin 4.

Gambarajah 5.8 Relay yang tidak diaktifkan

RELAY 5 KAKI

Relay terdapat 5 kaki. Dua kaki untuk disambungkan ke terminal voltan bagi menggerakkannya. Tiga kaki lagi untuk keluaran, sebagai suis. Tiga kaki yang bertindak sebagai suis mempunyai tiga nama yang biasa digunakan pada mana-mana relay. Antara nama tersebut adalah NO (normally open), NC (normally close) dan C (center). Ketiga-tiga nama ini sebenarnya terdiri dari dari asas satu suis dua hala. Simbol C adalah tengah, iaitu terminal tengah yang mesti disambung dan perlu digunakan untuk penyambungan dengan litar lain. NC adalah kedudukan suis pada keadaan sediakala adalah bersentuhan dengan C. Jika diukur keterusan antara C dan NC dengan multimeter pada julat OHM, terdapat bacaan atau meter akan naik. Bermakna, C dan NC terdapat sambungan. NO adalah terminal yang pada keadaan asalnya tiada sentuhan dengan mana-mana terminal. Jika diukur dengan multimeter pada julat Ohm antara NO dengan C, tiada bacaan ditunjukkan. Bermakna NO tidak bersentuh dengan C.

8

Page 9: 4. relay

Gambarajah 5.9 Operasi relay 5 kaki

Apa akan jadi jika voltan dikenakan pada dua terminal masukan voltan? Jika voltan masuk dikenakan, plat sesentuh yang pada asalnya berada pada C dan NC, akan bergerak kepada NO. Jadi, pada keadaan voltan dikenakan, ia menjadi C dan NO bersentuhan dan manakala C dan NC tidak bersentuhan lagi.

Jika ingin membuat penyambungan dengan litar lain seperti litar kipas atau lampu, bahagian terminal mana yang mesti disambungkan. Jawapannya adalah terminal C dan NO. Apabila voltan masukan dikenakan, C dan NO akan bersentuhan dan seterusnya mengaktifkan litar kipas atau lampu. Bagaimana pula caranya untuk mematikan litar lain seperti lampu atau kipas. Jawapannya dalah dengan penyambungan antara C dan NC. Pada keadaan sedia, tiada voltan masuk dikenakan, litar lampu atau kipas akan aktif atau ON. Apabila voltan masukan relay dikenakan, suis dalam relay akan bergerak dan mematikan lampu atau kipas tersebut.

Seperti gambarajah di atas ini menunjukkan pada keadaan pertama iaitu keadaan sedia tanpa kemasukan voltan, NC dan C bersentuhan. Pada gambarajah kedua apabila voltan kemasukan dikenakan, plat sesentuh akan bergerak dan C dan NO pula bersentuhan.

Fungsi diod yang dipasang adalah sebagai melindungi relay. Jika tiada diod dipasang, relay masih boleh berfungsi. Hanya apa yang perlu adalah perlindungan sahaja.

Apa yang ditunjukkan di atas tadi merupakan asas binaan dan kendalian relay yang sebenar.

9

Page 10: 4. relay

Terdapat juga relay yang mempunyai lebih dari lima kaki seperti lapan kaki. Walau banyak mana pun kaki yang ada, asasnya tetap sama cuma bilangan NO,NC dan C mungkin bertambah.

KESIMPULANRelay merupakan satu komponen yang bertindak sebagai suis untuk menghubungkan arus elektrik dari sumber kuasa iaitu bateri ke unit tenaga. Ia berkerja hasil daripada medan magnet yang terhasil apabila arus elektrik mengalir melalui satu teras besi yang dililitkan dengan wayar pengalir.

EXERCISE

1. Berikan jenis-jenis relay yang anda ketahui.

2. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan N.O relay dan lakarkan secara ringkas rajah relay tersebut?

3. Jelaskan bagaimana relay berfungsi?

REFERENCE

1. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Information Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran Otomobil Nasional Berhad.

2. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Work Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran Otomobil Nasional Berhad.

3. Tom Denton, Automobile Electrical & Electronic Systems4. DTAF IKM Jasin, Information Sheet Auto-Electric5. Toyota Service Training 1989, Fundamentals of Electricity, Vol 14(Step 2), Toyota Motor

Corporation.6. V.A.W. Hillier1986, Fundamentals of Automotive Electronics, Croydon College: Stanley Thornes

Ltd. System7. Automotif Electrical/electronic System8. James E.Duffy 1998, Auto Electricity and Electronics Technology : The Goodheart-Willcox

Company, Inc.

10

Page 11: 4. relay

11