13. power window

12
Institut Kemahiran MARA Jasin, Melaka INFORMATION SHEET PROGRAMME : A14 - SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN SESSION : SEMESTER : 2 CODE/COURSE : TAB 2042 / BASIC AUTOMOTIVE ELECTRICAL AND ELECTRONIC SHEET NO : A14/M01/ IS04 LECTURER : MD HAFIZI BIN MOHAMAD WEEK : 14 TOPIC : M01 BASIC AUTOMOTIVE ELECTRIC SUB-TOPIC : 01.01 DIRECT ELECTRICAL COMPONENT 01.02 ELECTRONIC CONTROL COMPONENT LEARNING OUTCOME : Pelajar-pelajar mesti boleh: 1. Terangkan fungsi tingkap kuasa 2. Nyatakan komponen-komponen tingkap kuasa 3. Jelaskan operasi tingkap kuasa. TAJUK : TINGKAP KUASA (POWER WINDOW) TUJUAN Tingkap kuasa merupakan salah satu sistem elektrik yang terdapat pada sesebuah kenderaan. Sistem ini membolehkan cermin kenderaan diturunkan dan dinaikkan dengan mudah. Kertas penerangan ini akan menerangkan maksud tersebut. 1

Upload: md-hafizi-mohamad

Post on 19-Jun-2015

6.348 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: 13. power window

Institut Kemahiran MARAJasin, Melaka

INFORMATION SHEET

PROGRAMME : A14 - SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN

SESSION : SEMESTER : 2

CODE/COURSE :TAB 2042 / BASIC AUTOMOTIVE ELECTRICAL AND ELECTRONIC

SHEET NO : A14/M01/IS04

LECTURER : MD HAFIZI BIN MOHAMAD WEEK : 14

TOPIC : M01 BASIC AUTOMOTIVE ELECTRIC

SUB-TOPIC :01.01 DIRECT ELECTRICAL COMPONENT01.02 ELECTRONIC CONTROL COMPONENT

LEARNING OUTCOME :

Pelajar-pelajar mesti boleh:

1. Terangkan fungsi tingkap kuasa2. Nyatakan komponen-komponen tingkap kuasa3. Jelaskan operasi tingkap kuasa.

TAJUK : TINGKAP KUASA (POWER WINDOW)

TUJUAN

Tingkap kuasa merupakan salah satu sistem elektrik yang terdapat pada sesebuah kenderaan. Sistem ini membolehkan cermin kenderaan diturunkan dan dinaikkan dengan mudah. Kertas penerangan ini akan menerangkan maksud tersebut.

1

Page 2: 13. power window

PENERANGAN

Tingkap kuasa menggunakan motor elektrik, penggerak mekanikal, suis dan wayar untuk menggerakkan tingkap. Tingkap kuasa menggunakan motor arus terus yang kecil untuk menaikkan dan menurunkan cermin tingkap. Tingkap kuasa yang dipasang pada sesebuah kenderaan boleh dinaikkan dan diturunkan hanya dengan butang atau suis yang sebelum ini hanya menggunakan pemutar tangan. Dalam pemasangan tingkap kuasa, setiap tingkap mempunyai suisnya sendiri dan hanya bahagian pemandu sahaja yang mempunyai keempat-empat suis untuk menggerakkan tingkap. Tingkap kuasa hanya akan boleh beroperasi apabila suis penyalaan dihidupkan.

FUNGSI

Tingkap kuasa direkabentuk untuk memudahkan penumpang untuk membuka dan menutup tingkap kenderaan dengan hanya menekan butang sahaja dan dipusatkan kendaliannya pada tempat pemandu bagi semua tingkap. Kebanyakkan kenderaan sekarang menggunakan sistem automatik untuk menurunkan tingkap dibahagian pemandu, di mana dengan hanya sekali tekan tingkap akan turun sehingga habis.

KOMPONEN TINGKAP KUASA

Tingkap kuasa menggunakan motor arus terus yang kecil untuk menaikkan dan menurunkan cermin tingkap. Bahagian-bahagian tingkap kuasa adalah seperti berikut :

1. WINDOW SWITCH (spring-loaded, normally-off switch that controls current flow to window

motors).

Gambarfoto 4.1 Suis tingkap kuasa

2. WINDOW MOTOR (reversible electric motor that drives gearbox).

Gambarfoto 4.2 Motor arus terus tingkap kuasa

2

Page 3: 13. power window

3. WINDOW MOTOR GEARBOX (gear mechanism mounted on window motor for increasing

torque applied to window regulator gear).

Gambarfoto 4.3 Kotak gear motor arus terus untuk tingkap kuasa

4. WINDOW REGULATOR (gear and lever mechanism for sliding window up and down in its

track). Look at Fig. 19-2. It shows a window regulator.

Gambarfoto 4.4 Regulator tingkap kuasa

5. WINDOW MOTOR HARNESS (wiring that connects switches to window motors).

Gambarfoto 4.5 Gumpulan wayar bagi tingkap kuasa

6. BREAKER POINTS (small points in window motors that protect motor from damage if switch is

held too long after full glass travel).

3

Page 4: 13. power window

Gambarajah 4.6 Motor dan regulator power window

KENDALIAN TINGKAP KUASA

Motor elektrik digunakan untuk menaikkan dan menurunkan cermin pintu, mengganti cara mekanikal ( diputar dengan tangan ). Dalam sistem ini, menggunakan empat unit motor AT magnet kekal, pemutus litar, geganti dan suis pengawal. Suis jumpelang dengan tiga kedudukan supaya pengutuban boleh ditukar untuk menaikkan dan menurunkan cermin pintu. Pada pemandu terdapat empat suis utama, satu suis untuk setiap pintu dan satu suis berasingan untuk memutuskan bekalan arus pada pintu belakang. Pada setiap pintu dipasang dengan motor elektrik untuk memutar mekanisme menaik dan menurun cermin pintu. Motor boleh memacu pada dua arah yang bertentangan. Apabila motor berputar, rangkaian yang disambung ke cermin pintu akan mengatur menaik atau menurun. Dalam litar yang terlibat untuk mekanisme menaikkan dan menurunkan cermin pintu, apabila suis pintu ditekan pada arah yang dikehendaki, gegelung dalam geganti akan bergerak dan motor akan beroperasi dan seterusnya akan menaikkan dan menurunkan cermin. Arus dibekalkan ke geganti melalui solenoid pada litar pemula. Motor jenis siri yang biasa digunakan dengan menggunakan arus 40A dan laju putaran 2500 putaran per minit.

Arus melalui suis dan kabel berkaitan dikurangkan dengan memasang dua geganti untuk mengawal arus pada setiap motor, geganti ini dibekalkan dengan sumber yang sama. Arus yang mengalir dalam geganti biasanya rendah, boleh menggunakan saiz kabel kecil, berbanding dengan saiz kabel yang digunakan pada sumber bekalan daripada bateri. Pemacu antara motor dan cermin pintu menggunakan kotak gear untuk menghasilkan kilas yang sesuai terutama ketika

4

Page 5: 13. power window

menaikkan cermin pintu dibandingkan menurunkan cermin. Keluaran gear pemacu kotak gear sama ada melalui rak boleh lentur atau secara terus pada pemutar cermin pintu sama seperti sistem pemutar dengan tangan. Suis pemutus jenis terma dipasang dalam litar dan dalam motor, untuk menghadkan arus yang mengalir dalam litar jika berlaku beban lebih. Suis pemutus akan terbuka apabila cermin pintu telah sampai ke atas atau ke bawah atau apabila terdapat halangan pada perjalanan cermin tersebut.Dalam litar untuk operasi cermin pintu belakang, motor yang digunakan dibekalkan terus melalui suis pencucuh. Suis pintu belakang tambahan dipasang membolehkan penumpang melaras pintu tetapi hanya boleh beroperasi apabila pemandu menekan atau menutup suis pemisah. Cermin pintu boleh naik atau turun dengan suis berkaitan supaya arus mengalir ke dalam motor pada arah tertentu. Suis itu digunakan untuk memutar motor pada arah yang dikehendaki.

Gambarajah 4.7 Tingkap dinaikkan secara mekanikal dengan menggunakan motor dan pergerakkan gear

Dalam sistem ini, kuasa akan dihantar ke pintu pemandu melalui pemutus litar berarus 20-amp. Kuasa akan memasuki suis tingkap yang terdapat pada papan kendalian dan diagihkan kepada penyentuh yang terdapat ditengah-tengah suis tingkap keempat-empat pintu. Dua penyentuh, satu pada sebelah penyentuh kuasa akan dibumikan dan satu ke motor. Arus juga akan mengalir melalui suis pengunci kepada suis yang sama pada setiap pintu. Apabila pemandu menekan salah satu suis, satu daripada penyentuh akan akan terputus dari dibumikan dan akan bersambung dengan penyentuh kuasa, sementara itu satu lagi penyentuh kekal dibumikan. Ini kan membekalkan arus kepada motor. Jika suis ditekan pada sebelah lain, arus akan melalui motor pada arah yang bertentangan.

5

Page 6: 13. power window

Gambarajah 4.8 Tingkap kuasa menggunakan motor elektrik ulang alik yang kecil. Suis mengawal pengaliran arus ke motor. Sistem ini juga menggunakan unit pengawal dan pemutus litar.

LITAR TINGKAP KUASA

Sistem Asas

Dalam sistem ini, kuasa akan dihantar ke pintu pemandu melalui pemutus litar berarus 20-amp. Kuasa akan memasuki suis tingkap yang terdapat pada papan kendalian dan diagihkan kepada penyentuh yang terdapat ditengah-tengah suis tingkap keempat-empat pintu. Dua penyentuh, satu pada sebelah penyentuh kuasa akan dibumikan dan satu ke motor. Arus juga akan mengalir melalui suis pengunci kepada suis yang sama pada setiap pintu. Apabila pemandu menekan salah satu suis, satu daripada penyentuh akan akan terputus dari dibumikan dan akan bersambung dengan penyentuh kuasa, sementara itu satu lagi penyentuh kekal dibumikan. Ini kan membekalkan arus kepada motor. Jika suis ditekan pada sebelah lain, arus akan melalui motor pada arah yang bertentangan.

6

Page 7: 13. power window

A simple power-window circuit

Gambarajah 4.9 Litar power window

7

Page 8: 13. power window

Gambarajah 4.10 Pergerakan power window

8

Page 9: 13. power window

Litar Tingkap Kuasa

Litar tingkap kuasa

Gambarajah 4.11 Litar power window

9

Suis untuk menaik cermin pintu

Dari geganti auto pencucuh

Ke motor menaik sebelah kanan depan

Suis ke pintu belakang sebelah kanan

Motor pintu belakang sebelah kiri

Bumi

Pemutus Litar ke Solenoid

Geganti

Suis pintu

Suis pintu belakang

Ke Motor menaik sebelah kiri depan

Motor

A - Angker, B – Bateri, C – Suis, F - Medan

Page 10: 13. power window

KESIMPULAN

Tingkap kuasa direka bagi tujuan untuk memudahkan penumpang sesebuah kenderaan membuka dan menutup tingkap. Selain itu juga ia merupakan aksesori yang membolehkan sesebuah kenderaan itu nampak mewah dan mengikuti perkembangan serta pembangunan sesebuah kenderaan.

EXERCISE

1. Apakah tujuan tingkap kuasa digunakan.

2. Nyatakan 6 bahagian tingkap kuasa.

3. Terangkan kendalian tingkap kuasa secara ringkas.

REFERENCE

1. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Information Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran Otomobil Nasional Berhad.

2. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Work Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran Otomobil Nasional Berhad.

3. Tom Denton, Automobile Electrical & Electronic Systems4. DTAF IKM Jasin, Information Sheet Auto-Electric5. Toyota Service Training 1989, Fundamentals of Electricity, Vol 14(Step 2), Toyota Motor

Corporation.6. V.A.W. Hillier1986, Fundamentals of Automotive Electronics, Croydon College: Stanley Thornes

Ltd. System7. Automotif Electrical/electronic System8. James E.Duffy 1998, Auto Electricity and Electronics Technology : The Goodheart-Willcox

Company, Inc

10