titas full assyment

55
8/8/2019 Titas Full Assyment http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 1/55 SEKALUNG PENGHARGAAN PEMBUKA BICARA… Bismilahirrahmanirrahim Segala puji bagi Allah S.W.T yang maha pemurah lagi maha penyayang. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW, seluruh ahli keluarga dan para sahabatnya. Assalamualaikum WBT…… Terlebih dahulu kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan kesyukuran kerana dengan izin dan kurnianya maka dapatlah kami menyiapkan tugasan berkumpulan yang bertajuk Islam dalam Tamadun Melayu. Semoga dengan adanya tugasan ini akan dapat memberi serba sedikit penerangan berkaitan Islam dalam Tamadun Melayu berdasarkan maklumat yang telah kami perolehi selama beberapa minggu ini. Tujuan sebenar tugasan ini dibuat adalah untuk membuat penerangan dan laporan mengenai Islam dalam Tamadun Melayu. Tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan yang diberikan oleh pensyarah kepada pelajar bagi subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (UWA 10302) Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada mereka yang sanggup meluangkan masa dalam membantu kami menyiapkan tugasan ini terutamanya kepada rakan-rakan seperjuangan kami. Tidak lupa juga kepada pensyarah kami Dr. Rafiuddin Afkari Hj. Abdul Fattah, yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan dalam mendapatkan maklumat yang sahih dan betul dalam menghasilkan tugasan yang baik. Akhir sekali kami ingin memohon seribu kemaafan seandainya ada tersilap kata atau terdapat kelemahan pada tugasan yang kami sediakan. Segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari kami sendiri. Segala

Upload: efatimah1

Post on 10-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 1/55

SEKALUNG PENGHARGAAN

PEMBUKA BICARA…

Bismilahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah S.W.T yang maha pemurah lagi maha penyayang. Selawat dan

salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW, seluruh ahli keluarga dan para

sahabatnya.

Assalamualaikum WBT……

Terlebih dahulu kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan kesyukuran

kerana dengan izin dan kurnianya maka dapatlah kami menyiapkan tugasanberkumpulan yang bertajuk Islam dalam Tamadun Melayu. Semoga dengan adanya

tugasan ini akan dapat memberi serba sedikit penerangan berkaitan Islam dalam

Tamadun Melayu berdasarkan maklumat yang telah kami perolehi selama beberapa

minggu ini.

Tujuan sebenar tugasan ini dibuat adalah untuk membuat penerangan dan laporan

mengenai Islam dalam Tamadun Melayu. Tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan

yang diberikan oleh pensyarah kepada pelajar bagi subjek Tamadun Islam dan

Tamadun Asia (UWA 10302)

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada mereka yang sanggup meluangkan

masa dalam membantu kami menyiapkan tugasan ini terutamanya kepada rakan-rakan

seperjuangan kami.

Tidak lupa juga kepada pensyarah kami Dr. Rafiuddin Afkari Hj. Abdul Fattah, yang

telah banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan dalam mendapatkan maklumat yang

sahih dan betul dalam menghasilkan tugasan yang baik.

Akhir sekali kami ingin memohon seribu kemaafan seandainya ada tersilap kata

atau terdapat kelemahan pada tugasan yang kami sediakan. Segala yang baik itu

datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari kami sendiri. Segala

Page 2: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 2/55

kritikan yang dibuat adalah untuk kebaikan semua pihak. Semoga ianya dapat memberi

manfaat bersama dan kenangan bagi kami semasa menyiapkan tugasan ini.

Sekian terima kasih.

Wassalam.........

Page 3: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 3/55

PENGENALAN

Tamadun melayu adalah satu tamadun yang telah lama bertapak di rantau asiatenggara. Tamadun ini telah berkembang dari kebudayaan orang melayu, yangtergolong dalam kumpulan penduduk asal rantau ini. Tamadun melayu adalah satukonsep yang kompleks. Ianya tidak boleh disamakan dengan konsep-konsep yang lainseperti ras, kebudayaan dan bahasa. Keempat-empat konsep di atas merujuk kepadaperkara-perkara yang berbeza dan pada waktu yang sama mempunyai pertalian yangbegitu rapat sekali antara satu sama lain. Sebagai contoh, bahasa melayu tidaksemestinya dituturkan oleh orang-orang yang datangnya dari ras dan kebudayaan yangsama.

Tamadun melayu telah mengalami proses perkembangan yang lama dan melaluibeberapa manifestasi yang berbeza. Manifestasi-manifestasi ini penting dalampembentukan tamadun melayu. Penerimaan agama islam sebagai asas tamadunmelayu merupakan perkembangan yang paling penting dan membentuk sebuahtamadun melayu islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Tamadun melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk olehsekelompok manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayutertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai namaseperti gugusan kepulauan melayu (Malay Archipelago), gugusan Kepulauan melayumewarnai tamadun wilayah ini ialah bahasa melayu, yang menjadi bahasaperhubungan luas (lingua franca) di seluruh kawasan ini dan agama islam yang menjadipelengkap kepada pembentukan tamadun melayu.

Page 4: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 4/55

1.0 KONSEP ALAM MELAYU

Tamadun Melayu dikenal berdasarkan jenis bangsa yang menjalankan tamadun

tersebut bukan berdasarkan kepada anutan masyarakat terhadap sesuatu agama

sebagaimana kewujudan Tamadun Islam. Dalam konteks in Tamadun Melayu bermakna

tamadun yang dimiliki oleh bangsa melayu yang menduduki sebuah wilayah yang

dikenali sebagai alam melayu atau kepulauan melayu. Wilayah ini merangkumi satu

rantau geografi yang meliputi Malaysia, Indonesia, borneo, singapura, selatan thai,

selatan Filipina, indo-china dan mencecah kepulauan pasifik di bahagian timur, malagasi

di barat dan Taiwan di bahagian utara.

1.1 PANDANGAN SEMESTA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS KEDATANGANISLAM

Pandangan semesta masyarakat melayu berpusat kepada manusia berdasarkan

tanggapan mereka terhadap alam, samaada alam nyata ataupun alam ghaib, dan

mengenai kehidupan mereka sama ada segi sosial ataupun bukan sosial. Konsep ”

hukum alam” merupakan contoh terbaik pandangan semesta melayu. Apabila mereka

berinteraksi dengan alam, ia melahirkan konsep yang sungguh penting dalam kehidupan

mereka, iaitu ” pengalaman”. Interaksi dengan alam membolehkan manusia melayu

memahami persoalan kosmologi mereka.

Kedatangan Islam ke alam melayu telah memantapkan pandangan semesta melayu dan

berlakunya proses pentakrifan semula tentangnye. Ayat-ayat dalam kitab suci al-quran

bukan saja menjelaskan segala rahsia tersembunyi dlaam kejadian alam semesta,

bahkan juga telah mengukuhkan keyakinan, ketaqwaan dan ketauhidan mereka kepada

Allah S.W.T. Konsep tauhid mengandungi Tauhid uluhiyyah iaitu penyembahan,

pemujaan, pengharapan dan pemohonan hanya kepada allah, tuhan yang satu, bukan

kepada dewa-dewa, roh dan semangat, juga tauhid Rububiyyah iaitu mempercayai Allah

sebagai penciptaan , pemilik dan pentadbir tunggal alam ini.

Konsep tauhid juga mengandungi prinsip kejadian alam semesta sebagai ciptaan tuhan

untuk dimanfaat manusia di dunia ini serta menjadi tanda atau bukti wujudnya tuhan.

Juga dikaitkan dengan konsep kejadian manusia sebagai hamba tuhan dan sebagai

wakil tuhan ’ khalifah’ di dunia. Kepercayaan kepada alam akhirat ” hereafter” sebagai

Page 5: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 5/55

hasil daripada kehidupan manusia di dunia ini juga merupakan pandangan semesta

melayu. Amalan baik akan membawa kebaikan kepada pelakunya di dunia dan juga

akhirat sebagai balasan muktamadnya. Begitu juga dengan amalan buruk dan jahat.

Pandangan semesta melayu juga turut dibentuk berasaskan hubungan manusia dengan

Allah S.W.T dan hubungan manusia dengan manusia.

2.0 TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU

Alam Melayu sering kali dirujuk sebagai kawasan yang diduduki oleh orang Melayu.

Oleh yang demikian maka dalam konteks Asia Tenggara, Alam Melayu hanya

merupakan sebahagian daripada entity rantau Asia Tenggara tersebut. Alam Melayu

merangkumi wilayah selatan Thailand, Selatan Filipina, Malaysia, Indonesia, Brunei, danSingapura. Kawasan ini merupakan antara wilayah yang paling menonjol dalam melihat

kewujudan masyarakat Islam dan rantau ini dikatakan mempunyai jumlah penduduk

Islam yang paling besar di dunia. Sejarah Islam di Alam Melayu telah berlangsung

dalam jangka masa yang panjang dan telah melalui berbagai rupa bentuk peristiwa.

Alam Melayu sebelum kedatangan Islam lebih merupakan sebuah kawasan yang

dipengaruhi dengan agama Hindu-Buddha. Selain itu, sebahagian masyarakatnya juga

dikatakan mengamal animisme. Pengembang-pengembang agama Hindu-Buddha telah

berusaha untuk mengembangkan agama tersebut, namun di Alam Melayu,

perkembangan kedua agama ini sangat berbeza dengan apa yang berlaku di India. Ini

kerana kedua-dua agama ini bukan saja dilihat ‘bergabung’ dan lengkap melengkapi

antara satu sama lain, malah ia juga turut dipengaruhi oleh animism seperti yang

digambarkan melalui kebudayaan megalitik. Berdasarkan perkembangan sejarah,

didapati bahawa masyarakat di Kepulauan Melayu (orang Melayu) lebih mudah

menerima Islam dan ia berkemungkinan daripada amalan serta anutan agama Hindu-

Buddha itu yang hanya bersifat luaran saja. Keadaan ini berbeza dengan masyarakat di

Tanah Besar Asia Tenggara dilihat mempunyai dan mengalami pengaruh Hindu-Buddha

yang mendalam hingga sebarang amalan baru sangat sukar diterima terutama dipusat

Negara tersebut. Masyarakat yang mendiami kepulauan Asia Tenggara (Alam Melayu)

inilah yang kemudiannya membentuk “ummah Islamiah” dan membuat hubungan

dengan saudara-saudara seagama di seluruh dunia.

Page 6: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 6/55

2.1 KEDATANGAN ISLAM

Satu perihal yang menarik dalam melihat perkembangan Islam ke Alam Melayu adalah

kemampuannya untuk bertapak dan seterusnya menjadi bahagian penting di dalam

kehidupan masyarakatnya. Ini kerana jika difikirkan sekali imbas adalah mustahil untuksebuah agama yang bermula di sebuah kawasan yang jaraknya ribuan kilometer

dengan Alam Melayu bertapak dan mengukuh. Malah lebih penting lagi kedua-dua

kawasan ini bukan saja dibezakan dengan jarak yang jauh tersebut, tetapi juga sejarah,

bahasa, tradisi, serta budaya yang berbeza. Selain itu perkembangan Islam di Alam

Melayu juga unik kerana tidak terdapat sebarang bukti penggunaan kekerasan atau

ekspedisi-ekspedisi ketenteraan yang motif utamanya mengembangkan Islam. Hakikat

ini menegaskan bahawa Islam tersebar ke Alam Melayu dengan cara yang aman.

Tarikh sebenar kedatangan Islam ke Alam Melayu masih lagi menjadi bahan pertikaiandan perdebatan. Terdapat beberapa bahagian di Alam Melayu yang telah menerima

Islam sejak abad yang ke-7 atau ke-8 Masihi seperti di Sumatera sementara di Tanah

Melayu pula sejak abad ke-9 atau ke-10 Masihi. Ramai juga sarjana yang meletakkan

bahawa kemasukkan Islam ke Sumatera dan Tanah Melayu sebenarnya lebih lewat dari

itu dan mengatakan bahawa di Sumatera sekitar abad ke-13 sementara di tanah Melayu

pada abad ke-14. Malahan di Sumatera sendiri terdapat pertikaian manakah yang lebih

awal menerima Islam antara Perlak ataupun Aru. Mereka yang berpegang kepada

tulisan Marco Polo akan menegaskan bahawa Perlak merupakan kawasan yang lebihawal menerima Islam sementara mereka yang berpegang kepada tulisan Tomes Pires

akan menyatakan bahawa Aru yang lebih awal menerima Islam. Hikayat Raja-raja

Pasai pula menegaskan bahawa Pasailah yang lebih awal menerima Islam sementara

sumber Sejarah Melayu menyatakan bahawa kawasan yang mula-mula menerima Islam

ialah Pangsir, Lamri, Aru dan Perlak dimana ia di islamkan oleh Nakhoda Ismail dan

Fakir Muhamad. Salasilah Aceh pula menyatakan bahawa Aceh telah menerima Islam

pada tahun 1204. Di Tanah Melayu pula terdapat dua pusat penerimaan Islam yang

terawal iaitu Melaka dan Terengganu. Jika Melaka lebih banyak berpegang kepadasumber-sumber asing dan sumber bertulis termasuklah daripada catatan China dan

sebagainya sementara Terengganu pula berpegang kepada Batu Bersurat Terengganu

yang meletakkan bahawa Islam telah datang ke kawasan tersebut pada abad ke-14.

Umumnya terdapat tiga teori dalam melihat kedatangan Islam ke Alam Melayu iaitu:

Page 7: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 7/55

a) Teori kedatangan Islam secara langsung dari Tanah Arab

b) Teori kedatangan Islam dari India

c) Teori kedatangan Islam dari China dan Champa

2.1.1 Teori kedatangan Islam secara langsung dari Tanah Arab

Hubungan perdagangan antara Alam Melayu dengan Tanah Arab teah pun terjalin

sebelum kedatangan Islam lagi dan ianya berterusan selepas kelahirannya.

Penyebaran Islam di Tanah Melayu telah begitu meluas termasuklah di Yaman yang

mempunyai pelabuhan perdagangan yang penting. Pedagang-pedagang Islam yang

bertumpu di Yaman turut menjalankan aktiviti perdagangan dengan Asia Tenggaraterutamanya untuk mendapatkan barangan seperti kapur barus, kemenyan dan

sebagainya.

Malahan pada zaman Khalifah Umar (634-44) yang mampu menguasai Parsi telah

menyebabkan ramai pedagang-pedagang Parsi memeluk agama Islam. Pembabitan

pedagang Arab di perairan Asia Tenggara turut dicatatkan oleh sumber-sumber

China. Misalnya, menurut sumber China, orang Arab telah pun ada di Sumaterapada abad ke-7 Masihidan membuat perkampungan di bahagian barat pulau

tersebut.

Pemerintahan Khalifah Sulaiman Bin Ab.Malik (715-17) juga dikatakan telah

menghantar armada sebanyak 35 buah kapal ke muara Sabak di Jambi. Armada

inilah yang dikatakan bertolak dari Ceylon menuju ke Palembang pada 717 Masihi

sebelum meneruskan perjalanan ke China. Sehingga tahap ini, penyebaran Islam keAsia Tenggara telah diterajui oleh pemerintahan Bani Umaiyyah. Meskipun demikian,

Islam turut berkembang di Asia Tenggara dengan usaha yang dilakukan oleh

golongan Syiah. Kesan dari usaha ini telah terdapat golongan Syiah di Kepulauan

Sila di Sulu, Sulawesi dan Kalimantan.

Page 8: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 8/55

Pada zaman pemerintahan Khalifah Al- Makmun (813-33) Masihi telah berlaku satu

pemberontakan Syiah Alawiyyin yang dipimpin oleh Muhammad bin Jaafar Al-Siddiq

namun ia dapat dipatahkan sehingga menyebabkan mereka diperintahkan untuk

meninggalkan Tanah Arab. Mereka dikatakan telah menuju ke Asia Tenggara

dengan diketuai oleh Nakhoda Khalifah dan sampai ke Perlak. Ali bin Muhamad IbnJaafar, salah seorang dari ahli rombongan telah dikahwinkan dengan Puteri

Makhdum Tanshuri iaitu adik perempuan raja Perlak. Hasil daripada perkahwinan ini

lahirlah seorang putera bernama Syed Abdul Aziz yang menaiki takhta Perlak pada

tahun 840 Masihi dengan gelaran Sultan Ala-al-Din Syed Maulana Abdul Aziz Shah.

Bandar Perlak diberi gelaran bandar Khalifah mengenangkan jasa Nakhoda Khalifah.

Perkembangan Syiah di Sumatera dikatakan sampai ke penghujungnya apabila iadihapuskan oleh Malik Al-Salih pada abad ke-13. Terdapat juga laporan mengenai

kedatangan seorang ulama iaitu Syeikh Ismail yang mengembangkan Islam ke Barus,

Lamri, Aru, Perlak dan Pasai. Pengislaman yang dibawa dari Tanah Arab juga turut

berlaku di Tanah Melayu. Maharaja Derbar iaitu raja Kedah telah memeluk Islam

pada tahun 1136 Masihi oleh Syeikh Abdullah bin Sheikh Ahmad al-Qaumiri dari

Yaman dan selepas Islam menggunakan nama Sultan Muzafar Shah. Pengislaman

raja Melaka pula dikatakan dilakukan oleh Sheikh Abdul Aziz dari Judah.

Selain itu, teori kedatangan Islam ke Alam Melayu dari Tanah Arab turut disokong

oleh Sir John Crowford dengan hujah orang-orang Islam di kepulauan Melayu

kebanyakannya bermazhab syafe’i sejak mula mereka memeluk Islam, iaitu mazhab

yang lahir di negeri Arab. Dengan kata lain dakwah islamiah di Kepulauan Melayu

berlaku selepas kurun ke 8M kerana Imam al-Syafe’i memulakan pembelajarannya di

Mekah dari tahun 800 hingga 810 M. namun terdapat juga para sarjana sejarah yang

menegaskan bahawa dari abad ke 7M hingga kea abad ke 13M, pendakwah-pendakwah Islam di Kepulauan Melayu kebanyakannya terdiri dari orang-orang Arab

sendiri ( K.H.Saifuddin,1975: 245 )

Page 9: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 9/55

Malah masyarakat Melayu sangat fasih membaca Al-Quran dan kebanyakan

perkataan di dalam bahasa Melayu dan tulisan jawi diambil dari perkataan Arab.

Begitu juga terdapat kitab-kitab agama yang dikarang dalam bahasa Melayu dengan

gaya bahasa dan susunan mengikut versi bahasa Arab. Disamping itu juga, terdapat

beberapa adat resam dan kebudayaan masyarakat Melayu dipengaruhi oleh corakbudaya masyarakat Arab (Qiblat, 975: 3-5)

2.1.2 Teori kedatangan Islam dari India

Teori kedatangan Islam dari India ini pada awalnya dikemukakan oleh kalangan

orientalis barat seperti Snuck Hurgronje dan Brian Harisson. Mereka menyatakan

bahawa masyarakat Alam Melayu memandang India bagi mendapatkan khidmat

nasihat dan bimbingan termasuklah akhirnya dalam persoalan agama. Pesamaan

mazhab iaitu mazhab Shafie antara masyarakat Asia Tenggara dengan Malabar

menyebabkan Thomas Arnold dalam bukunya The Preacing of Islam meletakkan

bahawa Islam di Asia Tenggara dibawa oleh pedagang dan pendakwah dari

Malabar.

Selain Malabar, Gujerat juga menjadi pusat perbincangan. Sarjana orientalis seperti

Jasollin den Jong misalnya menyatakan penyebaran Islam dimainkan oleh

pedagang-pedagang Gujerat. Ia turut disokong daripada kajian yang dilakukan oleh

G.P Moguette terhadap batu nisan Maulana Malik Ibrahim di Gersik bertarikh 1419

dan batu nisan Umar Ibn Ahmad Kazaruni di Gujerat. Menurut kajian ini terdapat

persamaan dari segi struktur yang jelas antara kedua-dua batu nisan.

Walaubagaimanapun pandangan ini masih kurang jelas dan banyak kelemahannya

termasuklah hakikat bahawa 1042 yang diletakkan sebagai tarikh kerajaan Pasai

memeluk Islam, Gujerat masih lagi belum menerima Islam kerana Islam hanya tiba

di Gujerat pada 1032 dengan kemunculan Kesultanan Delhi.

Page 10: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 10/55

Selain Gujerat dan Malabar, Bengal dan Koromandel juga menjadi perhatian. Ini

dikuatkan dengan hakikat bahawa mazhab di antara penduduk di Bengal juga sama

dengan penduduk Asia Tenggara iaitu Shafie sementara di Gujrat lebih kepada

Hanafi. S.Q Fatimi misalnya menyokong hujah bahawa Islam dibawa dari Bengal,

malah menyatakan bahawa Sultan Malikul Salih yang menjadi raja pertama di Pasaimerupakan seorang pedagang India berketurunan Benggali.

Secara keseluruhannya, teori yang melihat bahawa Islam datang ke Asia Tenggara

mealui India ini mempunyai banyak kelemahan. Namun ia tidak menghalang hakikat

bahawa pedagang dan pendakwah dari India turut sama memainkan peranan di

dalam mengembangkan agama Islam di Alam Melayu.

Peta Nusantara

Page 11: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 11/55

Laluan perdagangan yang digunakan oleh pedagang-pedagang

Makam Sultan Malik Al-Salleh Dinar Emas Aceh

2.1.3 Teori Islam datang dari China dan Champa

Islam di Alam Melayu juga disebut dibawa dari China ataupun Champa. Islam telahpun datang ke China sejak zaman pemerintahan Dinasti Pang sekitar tahun 650

Masihi. Canton menjadi tumpuan bukan saja pedagang Islam malah Saad ibn

Waqqas juga dikatakan pernah sampai ke China sebagai utusan Islam. Qutaibah

ibn Muslim pula telah sampai ke sempadan Negara China pada tahun 713 Masihi

malah sepanjang zaman Abbasiyah telah dilaporkan banyak utusan islam yang

Page 12: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 12/55

sampai ke China. Dalam masa yang sama catatan Dinasti Sung pula menyatakan

bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu melalui sepanjang pantai laut China

selatan dan dibawa oleh pedagang-pedagang Islam dari China pada awal 977

Masihi.

R.A Kern pula berpendapat bahawa Islam datang dari Champa atau Kemboja pada

abad ke-8 Masihi seiring dengan perkembangan Islam di wilayah tersebut. Di

Champa telah ditemui inskripsi yang mempunyai tulisan khat khufi bertarikh 1039

Masihi dan sebuah monumen bertarikh 1025 Masihi. Monumen tersebut

mencatatkan hukum-hukum Islam.

Selain itu, teori kedatangan Islam dari China juga dikemukakan oleh seorang saintis

Sepanyol iaitu Emaruel Gadinho de Eradia yang menyatakan bahawa penduduk

Kepulauan Melayu mula menerima Islam dari Patani dan Timur Semenanjung TanahMelayu. Teori ini menegaskan bahawa saudagar-saudagar Arab Islam datang ke

Kepulauan Melayu melalui negeri China iaitu melalui jalan darat. Malah penduduk

China telah menerima Islam lebih awal dari Asia Tenggara iaitu semenjak

pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan lagi. Pada abad ke-9 Masihi, ramai

penduduk selatan China telah memeluk Islam terutama di daerah Yunan.

Bagi Marshall Broomhall ( Abdul Rahman, 1981:239 ), perhubungan antara orang-

orang Arab dengan China berlaku pada pertengahan abad ke 5 M dan berpengaruhdi zaman Tang (618-907 M) sehingga mencetuskan pemberontakan pada tahun 758

M. Bagaimanapun pada tahun 878M, tercetus satu pemberontakan petani di

Conton di bawah pimpinan Huang Chao yang mengakibatkan antara 120 000 hingga

200 000 orang-orang Islam terkorban.

Pemberontakan ini juga telah menggugat kestabilan politik di Conton. Akibatnya

pedagang-pedagang Muslim yang terdiri orang Arab dan Parsi telah berhijrah ke

Nusantara ( Omar Amir, 1962:69 ). Akan tetapi kesan daripada pembunuhan orangIslam secara beramai-ramai di Canton pada tahun 878 M telah menyebabkan orang-

orang Islam dari Tenggara China berhijrah keAlam Melayu. Ada juga pendapat

mengatakan terdapat seorang sahabat bernama As’ad bin Labib telah tiba di Conton

pada tahun ke 5 selepas Rasulullah SAW diutuskan, iaitu kira-kira tahun 615 M dan

menyebarkan Islam di sana.

Page 13: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 13/55

Sementara Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas merumuskan pertelingkahan

teori-teori di atas dengan menegaskan bahawa para pendakwah datang dari satu

tempat yang sama iaitu Timur Tengah. Namun, sebelum mereka sampai ke daerah

Nusantara atau Kepulauan Melayu, ada kemungkinan mereka melalui India dan jalan-jalan lain termasuk China. Pandangan beliau adalah berasaskan kepada

kefahaman agama yang dibawa oleh semua pendakwah adalah bersifat Timur

Tengah, cara penghuraian persoalan agama, bentuk dan teknik tulisan jawi dan

beberapa perkara perkara penting yang lain adalah menjurus kepada cirri-ciri

bangsa Arab sebagai pembawa dan penyebar asli agama Islam di Kepulauan

Melayu ( Abdul Halim el-Muhammady,t.t:2 )

.

Batu Bersurat di Terengganu tarikh 1303M yang menyamai batu nisan di ChampaSelatan .

Page 14: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 14/55

(Batu Bersurat Terengganu muka 1) ( Batu Bersurat Terengganu muka 2.)

(Batu Bersurat Terengganu muka 3) (Batu Bersurat Terengganu muka 4.)

3.0 FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ALAM MELAYU

Antara faktor-faktor pemangkin islamisasi di Alam Melayu adalah seperti :

a) Perlumbaan penyebaran agama

Abad ke 15 dan 16, kuasa-kuasa Barat seperti Potugis telah memulakan

pelayaran ke timur dan bertemu dengan kuasa Islam dimana telah lama bertapak

sehingga melahirkan pertentangan terbuka dan persaingan untuk menyebarkan

agama Islam dan Kristian.

Page 15: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 15/55

b) Perkahwinan

Merujuk kepada perkahwinan antara kalangan perdagang dan ulama Islam

dengan wanita-wanita tempatan. Malah perkahwinan antara seorang raja yang

telah memeluk islam dengan anak raja yang bukan Islam turut

memperkembangkan Islam.

Dalam menunggu perubahan angin berbulan lamanya, terdapat di kalangan

pedagang yang berkahwin dengan penduduk tempatan. Untuk itu sebelum

berkahwin, wanita tersebut telah diislamkan terlebih dahulu. Ini mudah dilakukan

kerana pedagang-pedagang tersebut merupakan orang kaya dan sering

dikagumi oleh penduduk tempatan.

Setelah berkahwin, pada kebiasaannya keluarganya turut juga memeluk agama

Islam. Terdapat juga pedagang yang akan berkahwin dengan puteri pemerintah

tempatan dan ini memudahkan Islam tersebar dengan pesatnya. Malah terdapat

juga perkahwinan dengan wanita Islam dengan lelaki bukan Islam seperti

perkahwinan Megat Iskandar dengan Puteri Pasai.

c) Perdagangan

Page 16: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 16/55

Alam melayu yang mempunyai sejumlah hasil yang penting dalam perdagangan

menjadi tarikan utama pedagang-pedagang Arab. Dalam menjalankan aktiviti

perdagangan, mereka terutamanya dari Hadhramaut Yaman turut menjalankan

aktiviti menyebarkan Islam.

Anjuran hadis ada menyatakan bahawa : “Sampaikan dariku walaupun satu

ayat”. Ini membuktikan bahawa selain berdagang, pedagang turut berdakwah

mengembangkan agama Islam. Walaupun pada peringkat awal pedagang Arab

berdagang ke China, mereka terpaksa singgah ke Tamadun Melayu atau Alam

Melayu untuk menunggu angin yang sesuai sebelum ke China atau pulang ke

Arab. Dengan demikian peluang untuk bergaul dan berdakwah dapat diluaskan.

Walaubagaimanapun, cara ini adalah tidak terhad kerana hanya tertumpu dikalangan pedagang dan kota pelabuhan sahaja.

Cara ini ada dijelaskan oleh Marco Polo tentang pengislaman Perlak 1292 Masihi

iaitu pedagang berjaya memujuk Perlak memeluk agama Islam. Selain itu,

peranan pegawai pedagang dalam negeri Islam di Tamadun Melayu atau Alam

Melayu seperti peranan Syahbandar Melaka menyebabkan ramai pedagang

memeluk agama Islam. Pedagang Islam yang berdagang di Melakakebiasaannya mendapat layanan istimewa daripada Syahbandar. Justeru itu,

untuk mendapat layanan istimewa ini ramai pedagang dari Kepulauan Melayu

seperti Brunai, Ternate, Jawa dan Sulawesi memeluk agama Islam.

d) Politik dan penaklukan

Penguasaan Melaka ke atas beberapa kawasan di Semenanjung Tanah Melayu

seperti Perak, Pahang dan sebaginya membawa kepada tersebarnya Islam.

Selain itu, peperangan bukanlah satu cara untuk menyebarkan agama Islam

sebagaimana pendapat para orientasi walaupun secara kasarnya ia kelihatan

begitu. Sebagai contoh, penaklukan Melaka ke atas Pahang bukanlah bertujuan

Page 17: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 17/55

untuk mengislamkan Pahang tetapi lebih kepada matlamat politik. Ini keran

Pahang dikatakan kaya dengan emas. Oleh itu, pengislaman yang berlaku ke

atas negeri yang ditakluk adalah berlaku kerana usaha dakwah dan pedagangan

antara kedua negeri tersebut lebih mudah di bawah pemerintahan yang sama.

Selain itu, konsep taatkan pememrintah atau raja menyebabkan mereka mudahmemeluk agama Islam dan ini ada dicatatkan di dalam buku Sejarah Melayu.

Begitu juga, contohnya setelah Demak menawan Majapahit dan mengambil alih

pemerintahan kerajaan Jawa, hampir keseluruhan rakyatnya memeluk agama

Islam. Ini bukan berlaku keran paksaan tetapi faktor kesetiaan terhadap pemeri

ntah iaitu mengikut agama raja mereka.

e) Peranan ahli-ahli sufi

Pendakwah merupakan ahli sufi menjalankan usaha penyebaran Islam dan telah

meninggalkan kesan mendalam terhadap kerajaan-kerajaan Islam Melaka, Aceh,

Demak dan sebagainya.

Pendakwah, para ulama dan ahli sufi cara penyebaran agama Islam adalah lebih

meluas dan berkesan. Bermula sejak pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul

Aziz lagi, beliau telah menghantaran atau mengutusan para pendakwah ke

seluruh pelusuk termasuk AM. Pada 720 Masihi, kerajaan Suwarnabhumi atau

Melayu Jambi (San – fo – tsi) berjaya diislamkan dan dikenali sebagai Sribuza

Islam selepas pengislaman. Seterusnya penyebaran agama Islam diteruskan lagi

iaitu pada tahun 820 Masihi dimana rombongan itu diketuai oleh Nakhoda

Khalifah ke Perlak.

Pada abad 10 Masihi, dunia Islam mula kucar kacir dan menyebabkan

kerajaan Abasiyah lemah dan wujud masyarakat yang mengasingkan diri kerana

kecewa. Dengan situasi ini, menyebabkan mereka menjadi ahli sufi dan

kemudian berdakwah keluar dari Tanah Arab. Golongan inilah yang memainkan

Page 18: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 18/55

peranan penting dalam penyebaran dakwah di Tamadun Melayu atau Alam

Melayu pada abad 13 Masihi dan selepasnya. Ahli sufi ini telah menjalankan

pendidikan formal yang dikenali sebagi zawiyah, khawanik dan rabt. Apabila

mereka sampai di Tamadun Melayu atau Alam Melayu, mereka mengajar di

masjid atau di rumah mereka sendiri kemudiannya berkembang menjadi sekolahtersendiri yang dikenali sebagai pindok atau pesantren dimana di Acheh aktiviti

ini dikenali sebagai dayah. Maka, melalu dayah ini lahirlah para ulama di

Tamadun Melayu atau Alam Melayu seperti Hamzah Fansuru, Abdul Rauf al–

Singkeli, Wali Songo dan lain-lain.

f) Hubungan diplomatik

Menurut teori Islam ke Tamadun Melayu atau Alam Melayu dari China,

berdasarkan catatan sejarah pada abad ke 15 Masihi Melaka telah membuat

hubungan diplomatik dengan China pada 1404. Pada tahun-tahun berikutnya

Melaka telah menerima beberapa utusan dan begitu juga sebaliknya. Tujuan

Melaka menjalinkan hubungan baik dengan China adalah untuk melindungi

Melaka dari ancaman Siam. Pada awal hubungan ini, China telah menghantar

Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam bagi melaksanakan tujuan ini.

Dasar perlindungan China terhadap negeri-negeri di Tamadun Melayu atau Alam

Melayu adalah atas tujuan politik dan menyebarkan agama Islam. Ini secar tidak

langsung mengembangkan dakwah Islam. Perlindungan terhadap Melaka

memberikan impak yang sama terhadap negeri-negeri di Kepulauan Melayu

yang lain seperti Kedah, Johor, Kampar dan sebaginya.

g) Keunggulan dan kemurniaan islam

Page 19: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 19/55

Islam adalah agama yang mudah difahami dan bukan merupakan satu agama

yangkompleks seperti Hindu Buddha – contoh konsep keesaan Tuhan

berbanding dengan Konsep Trimrti dalam agama Hindu.

Islam juga menekankan aspek kesamarataan dimana semua manusia adalah

sama kecuali taqwa, malah tiada istilah sistem kasta dalam agama Islam. Malah

Islam adalah satu agama yang bersifat rasional dan praktikal dalam pelbagai

bidang samada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial. Keunggulan dan

kemurniaan Islam juga adalah tertakluk kepada pengutamaan akhlak dan

kehalusan budi. Contohnya anjuran bantu-membantu, bersifat adil dalam

menyelesaikan sesuatu masalah dan lain-lain. Selain itu, aspek kebersihan dan

kesucian jasmani dan rohani turut diterapkan dalam Islam.

h) Pengislaman raja-raja atau pemerintah

Konsep pendewaan terhadap pemerintah dari doktorin dewaraja yang dibawa

oleh agama Hindu iaitu konsep daulat dan derhaka adalah tertanam dalam jiwa

masyarakat Melayu. Apabila pemerintah atau raja memeluk agama Islam, rakyat

turut memeluk agama Islam.

Ini dilihat dapat dengan pengislaman rakyat Melaka, Kedah dan Patani. Sejarah

Melayu mengesahkan apabila Raja Kecil Besar memeluk agama Islam, para

pemvesar dan rakyatnya turut memeluk agama Islam (cerita Hikayat Merong

Mahawangsa – pengislaman Kedah, Hikayat Patani – pengislaman Patani).

PUSAT TAMADUN MELAYU ISLAM

Pusat-Pusat Tamadun Islam Di Asia Tenggara

Page 20: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 20/55

Kemunculan pusat-pusat Tamadun Melayu tradisi telah meninggalkan kesan yang

mendalam kepada pembinaan kerajaan-kerajaan yang seterusnya. Dengan kemunculan

pusat-pusat Tamadun Melayu tradisi telah berjaya menaikkan martabat bangsa Melayu

sama ada di peringkat rantau Kepulauan Melayu atau antarabangsa. Pusat-pusat

Tamadun Melayu tradisi berjaya mencapai tahap kegemilangan hasil daripada perananBahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran serta perantaraan dan ini secara tidak

langsung telah memperkukuhkan jati diri bangsa Melayu serta mencerminkan identiti

Tamadun Melayu yang sebenarnya.

Perlak

Kerajaan Perlak adalah sebuah kerajaan Islam awal yang terletak di Perlak, Aceh .

Perlak merupakan sebuah daerah di pesisir timur daerah Aceh . Raja dan rakyat

penduduk daerah negeri Perlak adalah keturunan dari Maharaja Pho He La Syahir Nuwi

(Meurah Perlak Syahir Nuwi) dan keturunan dari pasukan-pasukan pengikutnya.

Beberapa abad kemudian, pada tahun 173 H (800 M) tibalah sebuah kapal

saudagar Islam ke Bandar Perlak yang datang dari Teluk Kambey (Gujarat). Mereka

diketuai oleh Nakhoda Khalifah (ulama beraliran Syiah). Akibat kekalahan aliran Syiah di

zaman Bani Abasiyyah, beliau telah pergi ke Perlak 820M bersama 100 orang ulama.

Ketika ini Perlak merupakan sebuah pelabuhan dan petempatan yang dikuasai olehOrang Parsi. Di bandar Perlak mereka dapati bahan perniagaan yang banyak. Menurut

A.Hasjmy, Perlak merupakan kerajaan Islam tertua di Asia Tenggara. Atas usaha ulama

didirikan beberapa zawiyah atau dayah sebagai tempat belajar dan mendalami ilmu

agama. Antara pemerintah terkenal adalah:

i) Sultan Syed Maulana Abdul Aziz Syah – sultan pertama

ii) Sayyid Maulana Abbas Shah

iii) Sultan Sayyid Maulana Ali Mughayat Shah

iv) Sultan Makhdum Alaidin Malik Abdul Qadir Syah Johan

v) Sultan Makhdum Alaidin Malik Abdul Aziz ( sultan terakhir )

Page 21: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 21/55

Page 22: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 22/55

iii. Sosial dan budaya - Masyarakat Melayu mempunyai hierarki sosialnya yang

mana Raja mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kerajaan dan diikuti

oleh golongan pegawai, pemimpin-pemimpin tempatan dan seterusnya

rakyat biasa. Dari aspek kebudayaan ditonjolkan adat istiadat Melayu seperti

adat menyambut kelahiran putera raja, adat pertabalan raja dan sebagainya.

iv. Sumber Ekonomi - Hikayat Raja Pasai menunjukkan kegiatan ekonomi tradisi

masyarakat Melayu tradisi seperti memungut hasil hutan, memburu dan

menternak binatang serta bertani (padi huma). Masyarakat Melayu juga pada

ketika itu telah ada aktiviti perdagangan dan perlombongan emas.

Pasai sebagai pusat intelektual Melayu-Islam terus berkembang walaupun Melaka

kemudiannya mengambil alih sebagai pusat Tamadun Melayu. Pasai terus menjadi

sumber rujukan kepada Melaka khususnya yang berkaitan dengan hal-hal agama Islam.

Umpamanya Kitab Durr al-Mandhum telah dihantar ke Pasai untuk diterjemahkan ke

dalam BM atas perintah Sultan Mansur Syah.

Acheh

Kerajaan Aceh terletak di Sumatera Utara. Sebelum Islam, rakyat dipengaruhi agama

Hindu dan Buddha, kepercayaan animisme dan nenek moyang iaitu percaya hantu dan

tempat yang dianggap sakti yang kemudiannya dipuja. Menerima Islam 1204M tetapi

mencapai zaman kegemilangannya abad ke16M.

Acheh telah menjadi kuasa pemegang politik dan muncul sebagai pusat islam yang

penting selepas kejatuhan Melaka pada abad ke-16 M.Merupakan tempat ulama

berkumpul dan tempat menyelesaikan masalah agama.Para pedagang luar turutberdakwah serta menggalakkan kemajuan ilmu agama seperti Usuluddin, Fekah dan

Tasawwuf. Lebih ramai ulama seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin as-Sumtrani,

Nuruddin ar-Raniri, dan Abdurrauf dari Singkil.

Page 23: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 23/55

Dalam kehidupan ekonomi, Aceh berkembang dengan pesat pada masa kejayaannya.

Dengan menguasai daerah pantai barat dan timur Sumatra, Aceh menjadi kerajaan

yang kaya akan sumber daya alam, seperti beras, emas, perak dan timah serta rempah-

rempah.

Corak pemerintahan di Aceh terdiri atas dua sistem iaitu pemerintahan sipil di bawah

kaum bangsawan, disebut golongan teuku dan pemerintahan atas dasar agama di

bawah kaum ulama, disebut golongan tengku atau teungku.

Sebagai sebuah kerajaan, Aceh mengalami masa maju dan mundur. Aceh mengalami

kemajuan pesat pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Muda (1607- 1636). Pada

masa pemerintahannya, Aceh mencapai zaman kegemilangan. Bahkan dapat

menguasai Johor, Pahang, Kedah, Perak di Semenanjung Melayu dan Indragiri, PulauBintan, dan Nias. Di samping itu, Iskandar Muda juga menyusun undang-undang tata

pemerintahan yang disebut Adat Mahkota Alam.

Setelah Sultan Iskandar Muda, tidak ada lagi sultan yang mampu mengendalikan Aceh.

Aceh mengalami kemunduran di bawah pimpinan Sultan Iskandar Thani (1636- 1641).

Dia kemudian digantikan oleh permaisurinya, Putri Sri Alam Permaisuri (1641- 1675).

Sejarah mencatat Aceh makin hari makin lemah akibat pertikaian antara golongan teuku

dan teungku, serta antara golongan aliran syiah dan sunnah sal jama’ah. Akhirnya,Belanda berhasil menguasai Aceh pada tahun 1904.

Patani

Merupakan sebuah kerajaan melayu yang terletak di Selatan Thailand. Di percayai kira-

kira pada abad ke-10 atau 11M Islam masuk ke Patani dan setelah 300 tahun ianya

dianut dan berkembang di kalangan rakyat jelata barulah ia mempengaruhi golongan

atasan. Terdapat beberapa pendapat mengenai kedatangan islam:

i) abad ke-14M – penemuan Batu Bersurat Terengganu 1303Mii) abad ke-15M – menerima Islam dari Melaka

iii) Pengislaman dari Pasai – kerajaan ulama dari Pasai ( Syaikh

Said ) mengubati penyakit Raja Patani ( Raja Phyu Tu Nakpa ) – raja

peluk Islam memakai gelaran Sultan Ismail Zillullah fi al-Alam.

Page 24: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 24/55

Sebagaimana Pasai dan Aceh, Patani juga terkanal sebagai pusat pengajian Islam

melalui intitusi pondok yang ditubuhkan di sana, serta tokoh-tokoh ulama yang giat

berdakwah baik secara lisan mahupun tulisan.Maka, terlahirlah tokoh ilmuan seperti

Hamzah al-Fansuri, Shamsuddin al-Sumatrani, Bukhari al- Jauhari, Daud al-Fatani dll.

Melaka

Kesultanan Melaka diasaskan oleh Parameswara ,

seorangbangsawan Srivijaya dari Palembang , berketurunan Majapahit , pada tahun

antara 1400 hingga 1403 . Melaka muncul sebagai sebuah kuasa atau empayar yang

terpenting di Alam Melayu khususnya sebagai Pusat penyebaran agama Islam

menjelang pertengahan abad ke-15. Pemerintah pertama yang memeluk Islam ialah

Megat Iskandar Syah manakala Sultan Muzaffar Syah pula telah menjadikan Islamsebagai agama rasmi Kerajaan Melaka.Antara cara-cara penyebaran agama Islam di

Melaka ialah melalui perkahwinan, penaklukan wilayah, perdagangan dan kegiatan

mubaligh/pendakwah.Melaka muncul sebagai pelabuhan entreport antarabangsa yang

sibuk dan maju disebabkan oleh kedudukannya yang strategik iaitu terletak di tengah-

tengah jalan perdagangan Timur-Barat. Melaka ketika itu telah mempunyai sistem

ekonomi yang sistematik dan teratur.Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pendakwah

yang mana ia telah digunakan bagi menyebarkan agama Islam.

Bahasa Melayu juga telah menjadi bahasa 'lingua franca' melalui kegiatan perdagangan.Bahasa Melayu telah dituturkan oleh pedagang-pedagang asing untuk berkomunikasi

sama ada dengan pihak pemerintah mahupun sesama mereka.

Terdapat 2 kanun undang-undang Melaka iaitu Hukum kanun Melaka dan Undang-

undang laut Melaka yang menjadi elemen utama didalamnya.

1. Hukum Kanun Melaka• Dikenali juga dengan Undang-undang Darat Melaka atau Risalat Hukum

Kanun.

• Mengandungi 44 fasal .Berkuatkuasa di Malaka pusat dan Kawasan

Jajahannya.Antara kandungannya yang terpenting ialah:- Tanggunjawab raja dan Pembesar.- Pantang larang di kalangan anggota masyarakat.

Page 25: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 25/55

- perhukuman kesalahan jenayah dan awam.- undang-undang keluarga.- permasalahan ibadat dan muamalat.- hukum perhumaan.

• Undang-undang Islam yang terdapat di dalamnya secara jelas ialah undang-

undang keluarga. Dalam hal lain terdapat percampuran antara hukum adat

dan hukum syara’.

• Contohnya kesalahan jenayah membunuh sering ada pilihan antara hukum

adat dengan hukum syara’. dalam fasal 14.2, bersabit dengan pembunuhan

hakim mempunyai kuasa untuk menentukan samada hukum adat atau syarak

yang harus digunakan ke atas pesalah.

• Dalam hukum kanun melaka ini juga, terdapat perbezaan antara kelas-kelas

bangsawan(raja), orang merdeka dan hamba. Ini bertentangan dengan hkum

islam.

• Walaupun terdapat kepincangan, terdapat juga perundangan yang mengikut

hukum syarak antaranya:

a) perwalian seorang perempuan.(Fasal 25.1)

b) syarat dan ijab kabul dalam perkahwinan. (Fasal 25.2)

c) hukum dan syarat saksi dalam pernikahan. (Fasal 26)

d) hukum-hukum tentang penceraian dan perpisahan antara suami isteri.

(Fasal 27-28)

e) hukum riba (Fasal 30)

f) hukum jual beli (Fasal 31.1-31.3)

• Selain itu juga terdapat beberapa fasal lain yang jelas menampakkan hokum

syariah di dalamnya.

2. Undang-undang laut Melaka• hanya satu fasal sahaja yang mengandungi hukum syarak iaitu tentang zina,

yang lain merupakan hukum adat.• walaupun hukuman kesalahan zina dalam Undang-undang Laut Melaka lebih

kurang sama dengan Hukum Kanun Melaka, tetapi ia lebih alternatif dengan

Hukum Adat.

• W/pun hukum Islam sepenuhnyatidak dijalankan di Melaka tetapi hukum

tersebut memang disedari oleh rakyat Melaka ketika itu. Para kadi dan

Page 26: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 26/55

undang-undang Islam telah memainkan peranan penting dalam pentadbiran

negeri Melaka.

• Kekuasaan Melaka telah berjaya menguasai wilayah-wilayah di pesisiran

semenanjung, pesisiran selat Melaka, dan timur Sumatera.

Champa / Tanah Besar

Berbanding tempat-tempat lain, inilah kawasan di mana pengaruh hindu buddha paling

kuat lagi abadi pula sifatnya. boleh dikatakan setiap kawasan di tanah besar muncul

kerajaan-kerajaan hindu-buddha. Bukti awal kedatangan dan penyebaran Islam ialah

dua buah batu nisan. Salah satu nisan adalah bertarikh antara 1025M dan 1035M,

sedang lagi satu bertarikh 1039M yang ditemui di Phanrang. Pada abad ke-17,paderi

Escalona O.F.M. ketika melalui pantai Champa pada tahun 1640, kapalnya telahdiserang oleh penduduk islam.

Pada tahun 1675, seorang paderi bernama M.Haingues ketika melalui kawasan

Champa untuk kegitan agamanya mendapati ramai orang beragama islam, sungguhpun

mereka agak jahil, dan kurang mengamalkan ajaran islam.

Keunggulan Islam bagaimanapun berkurang pada akhir abad ke-17 dengan kehadiran

orang-orang Eropah dan Kristian. Faktor ini menyebabkan keunggulan orang-orang

islam didalam bidang perdagangan telah digugat dan diambil alih oleh orang Eropah.

Pusat Islam di Jawa

Antara pusat paling awal bertapaknya islam di Tanah Jawa ialah Giri,Demak, Pajang

dan Mataram. Giri Merupakan markas bagi perkembangan Islam dan menjadi

pendorong kelahiran Demak. Tokoh yang paling terpenting ialah Sunan Gfiri yang

pertama, iaitu RadenPaku yang meninggal tahun 1506. Demak Bangkit selepas

kejatuhan Majapahit dan islam dibawa melalui rampasan takhta. Sesungguhnya jasaterbesar kerajaan Demak ialah percubaannya untuk melaksanakan ajaran Islam dengan

tegas. Kejatuhan demak disebabkan mengubah kepercayaan rakyat yang masih terikat

dengan kepercayaan tradisional atau Hindu-Buddha. Kesungguhan para

ulamasemacam tiada ertinya dengan kehadiran kerajaan-kerajaan Pajang dan Mataram

kemudiannya.

Page 27: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 27/55

Pajang didirikan oleh Joko Tingkir pada tahun 1568 selepas kejatuhan kerajaan Demak

dan bermulalah percubaan untuk menghidupkan kembali ajaran tasawuf pantheisme.

Kerajaan Mataram II didirikan oleh Sutowijoyo. Pada zaman Mas Rangsang atau lebihterkenal dengan nama Sultan Agung (1613-1645), Mataram II mencapai kemuncak

kejayaan. Sultan Agung sangat berjaya dari segi poltiknya dengan keberaniannya

menghadap kekuasaan Balanda. Sultan Agung beragama islam tetapi masih masih

mempertahan fahaman pantheisme.

PENGARUH DAN KESAN TAMADUN ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memberi pengaruh yang besar. Profesor S.M

Naquib al-Attas: menyatakan bahawa Islam telah membawa ‘zaman baru’ di Nusantara,

dan berjaya mengubah “jiwa dan wajah” Tamadun Melayu Alam Melayu.

Antara aspek perubahannya adalah:

a. Agama atau kepercayaan

Page 28: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 28/55

Kepercayaan tahyul dan khurafat iaitu kepercayaan animisme, dinamisme dan

penyembahan nenek moyang atau hyang serta kepercayaan Hindu-Buddha

digantikan dengan akidah tauhid.

Islam telah menghapuskan kepercayaan sinkritisme Hindu-Biddha-Hyang. Antara

golongan yang memainkan peranan ialah ahli sufi dan para mubaligh. Dengan itu

agama Islam menjadi agama rasmi dan kekuatan pegangan agama telah

menimbulkansemagat jihad menentang penjajah.

Kesan utama yang dibawa oleh Islam ialah terhadap akidah dan kepercayaan.

Sebahagian daripada masyarakat Melayu telah meninggalkan ajaran agama Hindu-

Buddha dan kepercayaan animisme. Mereka percaya kepada konsep ketuhanan,

hormat-menghormati antara manusia dan menitikberatkan soal persamaan taraf.

Cara kehidupan mereka juga telah berubah kepada cara hidup beragama dengan

mengamal dan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan mereka.

Kepercayaan dan agama merupakan dua aspek sosial yang agak sukar untuk

dipisahkan kerana sebahagian besar daripada kepercayaan termasuk dalam agama.

Kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat permulaan adalah berbentuk

animisme. Dalam kepercayaan ini mereka menganggap benda-benda mempunyaisemangat dan kuasa ghaib. Sehubungan dengan itu, wujudlah pemujaan atau

penyembahan kepada batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai dan fenomena alam

yang lain. Kuasa ghaib itu disifatkan sebagai hantu, jembalang atau jin yang menjadi

penunggu objek tersebut (Haron Daud, 1989 : 26).

Islam mengubah pandangan masyarakat Melayu daripada mempercayai roh,

semangat dan dewa-dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa, percaya

adanya nabi-nabi, rasul-rasul, malaikat dan kitab-kitab. Keimanan mereka diikuti

dengan amal ibadat seperti sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat dan

menunaikan rukun haji. Masyarakat Melayu juga merayakan hari-hari kebesaran

Islam seperti mengadakan sambutan Maal Hijrah, sambutan Maulidur Rasul dan

Nuzul al-Quran.

Page 29: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 29/55

Perubahan yang paling utama ialah daripada sudut kepercayaan yang mana

masyarakat Melayu telah diperkenalkan dan diyakinkan dengan keyakinan yang

berteraskan tauhid. Fahaman tauhid telah mengubah pandangan orang Melayu

daripada zaman Hindu-Buddha dengan metodologinya, penyembahan rajanya, ciritertentu dan masyarakatnya, alam khayalannya, penyembahan berhalanya, kepada

ajaran tauhid yang murni (Muhammad Uthman, 1977 : 185).

Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa banyak perubahan sebagaimana

yang disebut oleh Syed Naquib al-Attas sebagai mencetuskan suatu zaman baru.

Perubahan yang dibawa merupakan perubahan menyeluruh berteraskan al tauhid.

Impak tauhid ini menyebabkan berlakunya perubahan terhadap 'rupa dan jiwa' Alam

Melayu ini. Ledakan tauhid ini telah meninggalkan zaman kehidupan, Hinduisme dan

Buddhisme yang tiba pada abad ke 4 Masihi dan ke 5 Masihi, dimana perintah-

perintah dan ajaran Islam itu diterima melalui jenis-jenis aktiviti pendidikan yang

formal (Azhar Hj. Md Aros, 2003 : 304).

Agama Islam di Melaka dihayati oleh masyarakat ketika itu sejak agama ini diterima

oleh Raja Mahkota Iskandar Shah. Masyarakat Melaka telah rela menerima agama

Islam yang telah dianuti oleh raja mereka. Dengan penerimaan ini, mereka berusaha

pula untuk mengamalkan serta menghayati ajaran dan hukum Islam dengansebaiknya. Kegiatan kemasyarakatan telah berubah dan menggambarkan

penerimaan dan penghayatan mereka terhadap ajaran Islam. Kegiatan keagamaan

diadakan seperti muzakarah, kuliah dan ceramah. Perayaan dalam Islam disambut

dengan penuh penghayatan seperti sambutan Hari Raya Haji dan Hari Raya Puasa.

Mereka sudah mula mempelajari al-Quran dan ilmu tafsir daripada ulama yang ada di

Melaka ketika itu. Anak-anak pula dididik dengan cara hidup Islam (Zainal Abidin bin

Abdul Wahid, 1992 : 29).

Penyerapan ajaran Islam juga berlaku tanpa mengganggu masyarakat yang ada

sehingga akhirnya menjadikan orang Melayu di Alam Melayu beragama Islam. Tauhid

juga membuahkan kehidupan beribadah, menghiasi akhlak serta mencetus

perubahan lain dalam bidang politik, perundangan, pendidikan dan sebagainya.

Page 30: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 30/55

Berasaskan konsep tauhid ini juga lahirlah hubungan antara manusia dengan

manusia dan manusia dengan Pencipta.

Walau bagaimanapun, kepercayaan-kepercayaan dan tradisi lama tidak dihapuskan

sama sekali. Sebagai contoh, dapat dilihat pada petikan mantera di bawah: (Samri

Sainuddin, 2004 : 38)

Kabul aku menawar ubat pontianak si anu

Kabul Allah

Kabul Muhammad

Kabul Baginda Rasulullah

Kabul berkat guru La ila ha ilallah, Muhammadar

Rasulullah

Mentera ini masih diamalkan oleh masyarakat Melayu dalam perubatan. Ia tidak

bertentangan dengan ajaran Islam. Perubahan sosial berlaku dengan adanya revolusi

mental yang diketengahkan oleh Islam dan masyarakat. Beberapa aspek pemikiran

yang wujud dapat membuktikan hakikatnya. Ajaran Islam mengandungi unsur-unsur

rasionalisme, di mana Islam telah menekankan konsep persamaan taraf sesama

manusia di sisi Allah SWT. Semua manusia adalah berasal dari Adam as dan Adam

as djadikan dari tanah. Berpandukan kepada konsep rasionalisme inilah masyarakat

Nusantara dengan sendirinya menolak kepercayaan tahyul Hindu dan fahaman

animisme (Abdullah Ishak, 1990 : 133-134).

b. Sosial dan budaya

Budaya, cara hidup dan pemikiran turut mempengaruhi Alam Melayu. Kepercayaan

kepada kekuasaan Allah telah memberi setiap individu harga diri kerana tiada

perbezaan antara sesama manusia di sisi Allah kecuali taqwa.

Page 31: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 31/55

Pengaruh akidah, syariah dan akhlak telah memberi kesan dalam kehidupan. Namun

begitu, berlaku asimilasi antara ajaran islam dan budaya setempat. Islamsasi berlaku

secara beransur-ansur tanpa ada pertentangan secara terbuka.

c. Ekonomi

Ekonomi Islam adalah berlandaskan hukum syarak seperti konsep halal haram.

Kegiatan perdagangan masih lagi diteruskan dan segala tindak tanduk bukan sahaja

dikawal oleh keikhlasan hati tetapi juga oleh undang-undang negara seperti Risalat

Hukum Kanun dan Undang-Undang Laut Melaka.

d. Politik dan perhubungan

Pengislaman raja-raja membawa arus perubahan dalam sosio-politik. Pada 674

Masihi, kerajaan Melayu-Islam, pertama di Alam Melayu Ta-shih di Sumatera

tertubuh. Kemudian diikuti oleh Perlak, Samudera-Pasai, Sribuza Islam, Champa,

Melaka, Acheh dan lain-lain.

Sistem kesultanan adalah berbeza dengan sebelumnya sistem pemerintahan beraja

dimana konsep dewaraja dihapuskan. Islam telah berjaya memanusiakan raja-raja

yang dianggap dewa sebelum ini. Begitu juga, Islam telah membawa transformasi

nilai dan etika pemerintahan kepada raja-raja. Contohnya terdapat karya

ketatanegaraan yang meunjukkan dengan jelas pemikiran Islam dalam politik Islam di

Alam Melayu seperti kitab Tajul Salatin karya Bukhari al-Jauhari. Kitab ini

memperincikan tatasusila serta kod etika yang harus dipakai oleh raja-raja seperti

harus bersifat adil, amanah dan sebagainya.

Watak dan peribadi Sultan turut berubah kepada seorang yang cintakan ilmu serta

mendampingi ulama seperti Sultan Malik Zahir Shah di Melaka, Sultan Mahkota Alam

di Acheh dan lain-lain. Kerajaan-kerajaan Melayu Islam ini memainkan peranan

penting sebagai pusat tamadun.

Page 32: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 32/55

Selain itu, sistem pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah di Turki menjadi contoh dalam

pebtadbiran iaitu:

i. Sultan sebagai ketua negara dan ketua agama

ii. Mufti atau alim ulama sebagai penasihat

Wujud juga asimilasi undang-undang tempatan dengan undang-undang Islam. Malah,

wujud juga undang-undang Islam bertulis bagi menggantikan undang-undang Melayu

tempatan (Malay Local Law) seperti di Melaka terdapat:

i. Hukum Kanun Melaka – undang-undang negeri

ii. Undang-undang Melaka – undang-undang negeri

iii. Undang- undang Laut Melaka – undang-undang yang berhubung dengan

peraturan laut serta jenayah perdagangan.

Manakala Kanun Mahkota Alam – di Acheh.Mufti dan kadi bertindak sebagai

penasihat Sultan menggantikan para sami sebelumnya menjadi penasihat Raja

Hindu-Buddha.

Penerangan selanjutnya:

Kedatangan Islam telah memberi perubahan terhadap sistem politik. Contohnya,

agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka. Sehubungan itu,

beberapa institusi Islam didirikan bagi membantu mengukuhkan sistem pentadbiran

berasaskan Islam. Antara institusi yang didirikan adalah Jabatan Agama Islam dan

Syariah. Selain itu, kitab Undang-undang Laut dan Hukum Kanun Melaka dihasilkan

untuk panduan masyarakat. Beberapa jawatan seperti kadi, imam dan sebagainya

Page 33: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 33/55

diwujudkan bagi melaksanakan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Setelah Islam

datang dan tersebar di seluruh Nusantara, sistem politik dan pentadbiran masyarakat

Melayu telah berubah dan dipadankan dengan ajaran Islam. Gelaran raja bertukar

kepada sultan dan disamakan dengan khalifah seperti yang diperkenalkan dalam

sistem politik Islam. Dengan kedatangan Islam juga, terdapat suatu unsur kekuasaanrakyat dalam menentukan penubuhan sistem beraja. Rakyat boleh mengubah

perjanjian jika syarat-syarat dilanggar oleh raja. Keadaan ini bertentangan dengan

asas penubuhan yang disarankan oleh Tajus-Salatin dan Bustanus Salatin yang

menekankan fardhu bagi penubuhan sistem beraja sebagai kurniaan Tuhan kepada

manusia dan merupakan suatu pekerjaan yang hanya dapat ditanggung oleh orang

yang terpilih sebagai pewaris kedudukan khalifah.

Konsep dewaraja bertukar kepada konsep sultan. Ia merupakan suatu gelaran

kepada orang yang diamanahkan mentadbir sesebuah negeri dan pada masa yang

sama berperanan sebagai khalifah Allah SWT di bumi. Kepatuhan dan ketaatan pada

sultan adalah kepatuhan yang bersyarat, bukan kepatuhan mutlak seperti konsep

dewaraja. Dalam konteks sosial, Islam mengajar tidak ada pengkastaan dalam

masyarakat seperti dalam pengaruh Hindu-Buddha, sebaliknya pembentukan

masyarakat mestilah diasaskan pada keadilan yang bersendikan agama. Raja dan

rakyat, tua dan muda, kaya dan miskin semuanya mempunyai peranan dalammasyarakat (Mifah Abu Yazid, 2003: 54).

Dari segi pentadbiran, kerajaan Melayu Melaka ditadbir oleh seorang sultan yang

mempunyai kuasa penuh dalam urusan pentadbiran negara. Sultan juga berperanan

sebagai ketua dalam agama Islam dan ketua negara. Sultan juga bertanggungjawab

mempastikan pentadbiran dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Buktinya, di

zaman pemerintahan Melayu Melaka, kerajaan amat maju dan stabil. Antaralangkah-langkah yang diambil untuk menjadikan Melaka makmur, aman dan stabil

termasuklah (Zulkefli Haron, 2005: 81):

Page 34: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 34/55

a) Penghulu Bendahara memastikan kelicinan perbelanjaan negara, pengutipan

cukai berjadual, perbelanjaan juga perlu berhemah

b) Bendahara menjadi penasihat utama kepada sultan

c) Temenggung dilantik sebagai Ketua Pasukan Keselamatan

d) Laksamana dilantik sebagai Ketua Angkatan Tentera

e) Para pembesar membantu sultan dalam pentadbiran

f) Syahbandar menguruskan pentadbiran pelabuhan dan perdagangan asing

Menurut sejarah, Kerajaan Melaka telah menyediakan tapak yang subur bagiperkembangan Islam di Tanah Melayu. Bukti-bukti sejarah menjelaskan bahawa

Islam bertapak di Tanah Melayu seawal kurun ke 9 Masihi dan selewat-lewatnya

pada kurun ke 15 Masihi. Islam telah bertapak di Kelantan, Terengganu dan Kedah

sebelum terbentuknya Kerajaan Melaka. Keagungan Melaka mula terserlah apabila ia

mengamalkan dasar luar yang pragmatik iaitu dasar berbaik-baik dengan kuasa

besar asing pada ketika itu seperti Siam, Majapahit dan China. Dasar ini mampu

menstabilkan politik Melaka serta memberi peluang kepada perkembangan ekonomi

dan pentadbirannya (Afifah Abu Yazid, 2003: 3).

e. Perundangan

Kedatangan agama Islam telah mempengaruhi sistem perundangan di Alam Melayu.

Sistem perundangan tempatan turut mengalami perubahan seperti yang tercatat

dalam Hukum Kanun Melaka, Adat Pepatih dan Adat Temenggung. Undang-undang

adat yang tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam dikekalkan. Contohnya

hakim boleh menggunakan budi bicaranya sama ada menjatuhkan hukuman potong

tangan bagi kesalahan mencuri ataupun didenda dan dipenjara sahaja.

Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara sistem perundangan

masyarakat Melayu juga berubah kepada sistem adat dan Islam. Contohnya Melaka

mempunyai Hukum Kanun Melaka yang meliputi tanah, sungai, dusun dan setiap

tanah jajahan takluk Melaka. Undang-undang Laut Melaka meliputi perusahaan

perkapalan, perdagangan di laut dan di darat dan kegiatan yang berkaitan

Page 35: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 35/55

dengannya. Kedua-dua kumpulan undang-undang ini adalah berdasarkan kepada

hukum syariah dan juga hukum adat yang telah wujud sejak dahulu lagi (Zainal Abidin

Abdul Wahid, 1992 : 29).

Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan Islam dilanjutkan dalampemerintahan Malaysia hari ini. Perlembagaan Malaysia menjadikan urusan Islam

sebagai urusan negeri. Bidang kuasa tersebut sangat terbatas dan dinyatakan secara

terperinci satu persatu. Manakala di peringkat negeri terdapat beberapa undang-

undang yang telah dikuatkuasakan seperti undang-undang pentadbiran Islam,

undang-undang mahkamah syariah, undang-undang pentadbiran keluarga Islam,

undang-undang prosedur dan keterangan, undang-undang sivil, jenayah Islam dan

lain-lain lagi.

Oleh kerana Hukum Kanun Melaka adalah undang-undang induk yang meliputi

undang-undang lain di dalam negeri-negeri Melayu, amatlah tepat jika ianya dijadikan

contoh tentang wujudnya pengaruh Islam dalam perundangan. Menurut beberapa

orang sarjana barat seperti William R. Roff dan Alfred P. Rubin, Hukum Kanun

Melaka atau Undang-Undang Melaka pada dasamya berasaskan Undang-undang

Islam di samping berpegang kepada hukum akal dan hukum adat. Pendapat-

pendapat tersebut adalah sejajar dengan perkataan-perkataan yang terdapat di

dalam undang-undang tersebut antaranya menyebut, "...Mengikut hukum Allah, padahukum Allah, menurut dalil al-Quran dan menurut amar bi al-ma'ruf wa nahyi'ani al-

munkar". Terdapat juga undang-undang yang berhubung dengan jenayah,

muamalah, kekeluargaan, keterangan dan acara yang berpandukan undang-undang

Islam (Afifah Abu Yazid, 2003 : 41).

f. Bahasa dan Kesusasteraan

Bahasa Melayu telah menerima pengaruh ajaran Islam bermula abad ke 14 Masihi

dan berkembang sehingga akhir abad ke 18 Masihi. Pada awal abad ke 14 Masihikedudukan agama Islam semakin teguh dan penyebarannya semakin meluas di Asia

Tenggara. Bukti keteguhan kedudukan agama Islam di daerah ini dapat dilihat

daripada kewujudan penggunaan tulisan Jawi oleh orang-orang Melayu ketika itu.

Pada era kerajaan Melayu Melaka (1400 Masihi-1511 Masihi) misalnya, bahasa

Melayu menjadi bahasa lingua franca bagi lapan puluh empat bahasa yang dituturkan

Page 36: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 36/55

oleh masyarakat Melaka ketika itu. Tahap perkembangan bahasa Melayu daripada

bahasa Melayu klasik kepada bahasa yang mempunyai nilai peradaban yang tinggi

berlaku pada dua zaman iaitu zaman peralihan (abad ke 19 Masihi) dan zaman

moden (abad ke 20 Masihi) (Mahayudin Hj. Yahya, 1998: 91).

Tulisan Arab mulai diperkenalkan setelah kedatangan Islam. Dari segi bahasaperubahan besar berlaku apabila masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab

kepada bahasa Melayu. Perubahan ini dipermudahkan setelah tulisan Arab

diubahsuai dan dikenali sebagai tulisan Jawi. Melalui sistem tulisan ini bahasa

Melayu dapat memainkan peranan lebih penting apabila digunakan untuk menulis

kitab-kitab agama, hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran.

Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa pengantar persuratan dan juga sebagai

alat penyebaran dan penyampaian agama Islam di seluruh Alam Melayu. Tulisan jawi

telah digunakan oleh bahasa Melayu semasa permulaan kedatangan Islam. Antarafaktor yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar penyebaran,

penyampaian persuratan Islam di Alam Melayu ialah sifat dalaman bahasa Melayu

dan juga peranan yang dimainkan oleh wilayah dan daerah Melayu di Sumatera dan

di Semenanjung Tanah Melayu dalam penyebaran agama Islam ke seluruh

kepulauan Melayu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar agama

Islam telah menaikkan taraf, kecekapan dan kewibawaannya. Antara sumbangan

terbesar Islam kepada masyarakat di Alam Melayu adalah pengaruhnya terhadap

perkembangan bahasa Melayu. Sebagai bahasa komunikasi di Tanah Melayu,bahasa Melayu merupakan aspek terawal menerima pengaruh Islam. Pemindahan

ilmu berupa ajaran Islam daripada al-Quran dan al-Hadis yang kedua-duanya dalam

bahasa Arab berlaku dalam gerakan dakwah secara langsung yang dijalankan oleh

pendakwah-pendakwah dari negara Arab, India dan China.

Pemindahan ilmu dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu telah menyebabkan

berlakunya perkembangan keilmuan yang pesat di Alam Melayu. Kedatangan Islam

mengangkat martabat bahasa Melayu ke arah mengungkapkan sesuatu yang bersifatilmiah dan saintifik sehingga mencapai taraf lingua franca yang digunakan secara

meluas di Alam Melayu. Terdapat penggunaan kata dari bahasa Arab yang dipinjam

dan digunapakai dalam bahasa Melayu.

Kedatangan agama Islam juga telah membawa perubahan yang besar terhadap

Page 37: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 37/55

warisan kesusasteraan Melayu. Banyak hasil kesusasteraan Melayu ditulis seperti

Hikayat Nabi Muhammad SAW, Hikayat Para Nabi dan Rasul, Hikayat Para Sahabat,

Hikayat Para Pahlawan Islam dan Hikayat Ahli-ahli Sufi dan Orang-orang Yang

Soleh. Manakala puisi terkenal yang dipengaruhi oleh sastera Islam contohnya ialah

Syair Perahu, Syair Burung Pingai oleh Hamzah Fansuri dan Syair Makrifat olehAbdul Rauf Fansuri.

Melalui tulisan jawi agama Islam telah dapat diperkembangkan. Bahasa dan

kesusasteraan Melayu juga berkembang melalui tulisan jawi. Dalam pada itu bahasa

Melayu itu telah diperkayakan dengan kata-kata pinjaman serta istilah daripada

bahasa Arab. Perkembangan ini dapat dilihat bukan sahaja dalam kitab serta karya

sastera semasa pada zaman selepas itu, malah buku-buku Sejarah juga mempunyai

tajuk asal dalam bahasa Arab seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis, Bustanus-

Salatin dan lain-lain lagi (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992: 28).

Kedatangan Islam ke Alam Melayu selain membawa perubahan dari sudut akidah, ia

juga membawa perubahan dari sudut kesusasteraan. Kesusasteraan Melayu bukan

sahaja mengalami perubahan dari aspek pendokumentasian, malah turut mengalami

perubahan dari aspek tema, bentuk, genre malah matlamat sastera itu sendiri. Para

sasterawan menghasilkan karya-karya yang sangat luas bidangnya bukan sahaja

bercorak fiksyen, tetapi turut meliputi cabang-cabang ilmu fekah, ilmu tasawwut ilmukalam, falsafah dan sebagainya (Ismail, 1985 : 101). Pelbagai hasil kesusasteraan

telah dipengaruhi oleh ajaran Islam yang bertemakan sejarah Islam atau ajaran Islam

itu sendiri. Antara contoh sastera prasa ialah Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan

Berbelah, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Nabi Mikraj.

g. Pendidikan

Islam membawa perubahan dalam sistem pendidikan. Selepas kedatangan Islamgolongan bawahan menerima pendidikan yang sama seperti golongan atasan. Sistem

pendidikan yang bermula di istana mula beralih ke beberapa institusi pendidikan

Islam seperti pondok dan madrasah. Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh Islam

telah mengembangkan pula tradisi pendidikan dan pengajaran secara lebih tersusun.

Dorongan belajar bermula dengan pengajaran membaca al-Quran dan kitab-kitab.

Page 38: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 38/55

Golongan pemerintah dan pembesar-pembesar berperanan penting dalam

mengembangkan ilmu pengetahuan.

Melalui sistem pengajian ilmu tersebut lahirlah para cendiakawan dan ulama-ulama

Melayu yang menjadi pegawai-pegawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama.Antara tokoh-tokoh Melayu yang terkenal ialah Syeikh Abdul Malik Abdullah, Sheikh

Wan Hasan Wan Ishak dan ramai lagi (Hashim Hj. Musa, 2004 : 46). Tokoh-tokoh ini

telah banyak menyumbang ke arah perkembangan ilmu pengetahuan di Tanah

Melayu.

Dalam bidang intelektual dan keilmuan, Islam memberi kedudukan yang begitu tinggi

dengan memperkenalkan “method” ilmu berteraskan ilmiah dan rasional sejajar

dengan tuntutan Islam. Keilmuan rasional dan intelek yang diperkenalkan oleh Islamadalah pendekatan baru dalam cara berfikir iaitu meninggalkan sesuatu yang bersifat

tahyul serta memuja sesuatu yang bersifat estetik, kepada sesuatu yang

mementingkan akal, pemahaman ilmu metafizik serta pandangan hidup yang

munasabah pada akal yang sihat (Rasid Muhammad, 1996 : 140).

Kedatangan Islam membawa pengaruh yang besar terhadap sistem pendidikan. Di

Melaka contohnya, aktiviti pendidikan berlangsung di istana yang juga berfungsi

sebagai perpustakaan atau tempat penyalinan dan terjemahan. Di samping itutempat-tempat lain yang digunakan sebagai tempat pengajian ialah rumah-rumah

ulama, masjid, madrasah dan surau. Kebanyakan guru-guru agama pula terdiri dari

bangsa Arab. Ilmu-ilmu yang dipelajari ialah ilmu usuluddin, fiqh dan tasawwuf. Kitab-

kitab utama yang menjadi pegangan masyarakat di Melaka ketika itu ialah al-Manzum

oleh Abu Ishak al-Shirazi, Ihya Ulumuddin oleh al-Ghazali dan Minhaj al- Talibin oleh

al-Nawawi.

Bersama dengan kedatangan Islam di mana-mana sahaja maka berkembanglah ilmupengetahuan dan pendidikan. Di Melaka sendiri, sultan yang pertama bermula dari

Megat Iskandar Shah (1414 Masihi) hingga sultan-sultan terakhir sebelum 1511

Masihi, begitu mengambil berat tentang perkembangan pendidikan. Pengajian Islam

tidak sahaja berlaku di rumah-rumah, masjid-masjid dan surau-surau, bahkan juga di

istana sultan. Ulama-ulama asing yang datang ke Melaka sejak awal hingga zaman

Page 39: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 39/55

kejatuhannya seperti Makhdum Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Qadi Yusuf,

Qadi Menus, Qadi Menawar Syah, Maulana Sadar Johan, Maulana Jalal al-Din dan

lain-lain bukan sahaja dijadikan sebagai seorang guru bahkan diberi kedudukan yang

tinggi dalam hierarki sosial di Melaka, setaraf dengan pembesar dan pentadbir

(Abdullah Ishak, 1990 : 142).

h. Sistem Kekeluargaan

Kedatangan Islam telah memantapkan lagi sistem kekeluargaan masyarakat Melayu.

Dalam masyarakat Melayu, pembentukan jati diri dan peribadi Melayu yang baik,

beragama, berakhlak dan berbudi bahasa menjadi keutamaan. Keluarga sebagai

agen sosialisasi utama dalam masyarakat menjalankan tanggungjawab ini dan turut

dibantu untuk komuniti yang melaksanakan kawalan serta tekanan sosial. Tujuanutamanya ialah mendidik dan mengajar supaya seseorang anak itu akan menjadi

anggota masyarakat yang baik.

Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu berteraskan Islam dan adat. Sejak lahir lagi

seseorang itu dididik berteraskan Islam dan adat sehinggalah mereka dewasa.

Contohnya sebaik sahaja seseorang itu dilahirkan, bapa atau datuk akan

mengazankan bayi lelaki, atau mengkamatkan bayi perempuan. Tujuannya ialah

untuk memperdengarkan buat pertama kalinya kepada bayi itu seruan azan dankalimah syahadah dan meniupkan roh dan semangat Islam kepada bayi tersebut.

Proses sosialisasi pada tahap kanak-kanak juga memperlihatkan penerapan unsur-

unsur Islam yang berterusan. Seseorang kanak-kanak sejak kecil lagi diajar konsep-

konsep dosa, pahala, haram dan sebagainya. Setelah meningkat umur lima tahun ke

atas kanak-kanak juga diajar bersembahyang, berpuasa dan lain-lain. Selain itu

mereka juga diajar supaya hormat-menghormati, bertolak ansur dan mengamalkan

nilai-nilai murni dalam menjalani kehidupan seharian.

Kedatangan Islam ke Melaka telah merubah sistem kekeluargaan dalam masyarakat

Melayu. Dalam sistem perkahwinan, didapati hukum syarak mempunyai pengaruh

yang besar malah ianya dicatat di dalam Hukum Kanun Melaka. Contohnya perkara-

perkara yang berkaitan dengan syarat pernikahan, yang menetapkan adanya wali

bagi pengantin perempuan dinyatakan dalam Fasa I 25.1, hadirnya saksi Fasal26,

Page 40: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 40/55

upacara ijab dan kabul Fasal 25.2, kontrak perkahwinan Fasal 27, talak Fasal 28.1,

dan wanita-wanita yang boleh dikahwini Fasal 28.2 (Azmah Abdul Manaf, 2001: 217).

Islam menyusun institusi kekeluargaan dengan meletakkan pembentukan keluarga

sebagai asas kepada kehidupan. Ini digambarkan di dalam surah al-Tahrim (66) ayat61 yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api

neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-

malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhaka kepada Allah terhadap apa

yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang

diperintahkan."

Perkahwinan merupakan suatu mekanisma pemeliharaan maruah dan

pengembangan zuriat dan keturunan. Ibu bapa berperanan penting dalam

pembentukan institusi keluarga. Ajaran Islam telah menggariskan peranan ibu bapa

dalam menjaga dan mendidik anak-anak dengan didikan Islam. Selain memberikan

perhatian dan kasih sayang anak-anak hendaklah dididik dengan ajaran agama

seperti bersembahyang, berpuasa, menghormati orang tua dan sebagainya.

Kedatangan Islam juga telah menyusun institusi kekeluargaan masyarakat Melayu

dengan lebih teratur. Islam telah menentukan garis panduan dalam membinakeluarga berasaskan ajaran Islam. Contohnya dalam pemilihan jodoh, tanggungjawab

suami, tanggungjawab isteri dan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa. Selain

itu pelbagai adat dan budaya Islam perlu dihayati oleh ibu bapa dalam mendidik

anak-anak seperti meletakkan nama yang baik kepada anak mereka, mengadakan

akikah, menyusukan anak sehingga berumur dua tahun, mendidik anak-anak supaya

menjadi manusia yang beriman, bertaqwa, berakhlak mulia dan menghormati kedua

ibu bapa mereka.

i. Adat dan Cara Hidup

Tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam yang

dilakukan sejak individu itu lahir di dunia hinggalah hari kematiannya. Islam telah

mengubah corak hidup masyarakat Melayu di dalam segala aspek kehidupan

manusia. Adat resam masyarakat Melayu diperkemaskan lagi dengan ajaran Islam.

Page 41: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 41/55

Walau bagaimanapun, setelah kedatangan ajaran Islam, adat dan cara hidup

masyarakat Melayu yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam masih terus

diamalkan.

Adat adalah suatu perbuatan atau perlakuan menurut kebiasaan masyarakat ataubangsa. Masyarakat Melayu menganggap adat sebagai undang-undang hidup.

Mereka mematuhi adat serta menghormatinya dengan keyakinan bahawa melanggar

adat dianggap sebagai suatu sikap atau perbuatan buruk dan akibatnya akan

merosakkan diri dan sekaligus mencemarkan kesejahteraan hidup masyarakat

(Asmad, 1990: 4).

Adat resam pula ialah kebiasaan cara hidup individu dan masyarakat yang secara

nyata menggambarkan corak budaya sesuatu bangsa.Sebelum kedatangan Islam masyarakat Melayu mengamalkan adat tradisi warisan

nenek moyang mereka. Apabila masyarakat Melayu mula menganuti ajaran Islam

adat-adat dalam masyarakat Melayu mula diubahsuai supaya tidak bertentangan

dengan ajaran Islam. Adat masyarakat Melayu juga telah mengalami perubahan

dengan kedatangan ajaran Islam di rantau ini. Selain daripada mengubah sistem

kepercayaan kita, Islam juga telah mengenepikan adat yang dianggap bercanggah

dengan akidah dan kepercayaan Islam.

Dalam proses sosialisasi masyarakat Melayu, tradisi animisme dan Hinduisme telah

diganti dengan adat Islam yang dilakukan sejak individu itu lahir sehinggalah hari

kematiannya. Contoh-contoh Perubahan Adat dan Cara Hidup adalah seperti berikut:

a) Kelahiran bayi disambut dengan persiapan tujuh lapis kain kuning

b) hiasan katil berwarna kuning, pulut kuning dan putih

c) Kelahiran bayi disambut dengan azan dan kamat

d) Perkahwinan dilakukan oleh kadi dan dua orang saksi,upacara khatam al-

Quran dan berzanji

e) Mengadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat

f) Membaca ayat-ayat al-Quran untuk mengelak gangguan syaitan

Page 42: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 42/55

Perubahan yang jelas telah berlaku terhadap masyarakat Melayu dari segi adat

resam dalam kehidupan. Islam telah mengatur kehidupan masyarakat agar

kehidupan yang dilalui itu berlangsung dalam suasana aman dan harmoni. Islam

telah merubah adat resam masyarakat Melayu dengan adat-adat Islam. Tujuannyaadalah untuk kesejahteraan dan keharmonian hidup masyarakat. Kesan daripada

perubahan adat ini telah mewujudkan suasana hidup yang lebih teratur, seperti adat

berkeluarga, berjiran tetangga, adat menuntut ilmu, adat berkampung dan

sebagainya. Adat Melayu yang bersendikan agama menjadi amalan masyarakat

Melayu. Contohnya pantun Melayu ada menyebut:

Bunga cempaka baunya harum

Pelbagai kembang digubah indah

Adat bermula dengan hokum

Hukum bersandar di kitab Allah

Islam telah mengangkat taraf manusia dan menyamakan kedudukan mereka di sisi

Allah SWT. la membentuk suatu sistem masyarakat yang saling mengasihi dan

menghormati. Sejajar dengan realiti tersebut, kedatangan Islam ke Alam Melayu

menjadikan golongan bawahan mula mendapat perhatian dan penghormatan. Tiada

lagi sistem kasta yang berasaskan ajaran agama Hindu diamalkan dalam masyarakat

Melayu. Komunikasi antara kelompok masyarakat berjalan dengan baik menerusi

sifat hormat-menghormati, bergotong-royong dan bantu-membantu.

5.0 PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUNMALAYSIA

Page 43: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 43/55

Malaysia sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dengan tiga kaum utama iaitu

melayu,cina dan india. Kemajuan dan pencapaian Malaysia sehingga hari ini

merupakan proses pengukuhan dan pemantapan kepada perkembangan sejarah yang

berkesinambungan daripada peradaban bangsa Melayu setelah kedatangan dan

penerimaan agama Islam oleh orang Melayu. Pembangunan masyarakat Melayu danbumiputera adalah pekara penting dalam pembentukan tamadun Malaysia.

Pembentukan tamadun Malaysia melalui perlaksanaan dasar-dasar kerajaan.

3 bukti tamadun Melayu menjadi asas utama dalam pembinaan tamadun Malaysia

• Orang Melayu merupakan penduduk asal di nusantara sebelum kedatangan

kaum-kaum lain. Penamaan Malaysia ialah dari perkataan Melayu atausemenanjung Tanah Melayu.

• Perjuangan memerdekakan Tanah Melayu adalah dari hasil cetusan dan

gerakan sepenuhnya daripada orang Melayu yang merasa terpanggil untuk

mempertahankan tanah airnya

• Ketuanan Melayu-Islam di iktiraf dari perlembagaan persekutuan.

5.1 PEMBUDAYAAN ILMU & PENGUKUHAN BAHASA

• Tamadun Melayu berperanan memberikan makna yang tepat terhadap konsep

dan budaya ilmu yang perlu diamalkan oleh sesebuah masyarakat yang

bertamadun.

• Dengan kedatangan dan penerimaan Islam, golongan ilmuan mendapat tempat

yang wajar dalam masyarakat malah diberikan penghormatan yang cukup tinggi

oleh semua lapisan masyarakat.

• Kedatangan Islam juga berjaya memartabatkan orang Melayu dari segi keilmuan

dan pendidikan. Ini dapat dibuktikan menerusi, kewujudan pusat-pusat keilmuan

seperti di Acheh dan Pattani, di samping melahirkan ramai tokoh ilmuan.

Page 44: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 44/55

• Penubuhan beberapa institusi pengajian dan pendidikan. Antara yang terpenting

ialah istana, masjid, madrasah dan pondok. Istilah-istilah meunasah, rangkang

dan dayah bagi masyrakat Acheh merupakan tahap-tahap atau peringkat-

peringkat pendidikan yang diamalkan (Azyumardi,2000:156).

• Hal ini disingkap oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradwi (1990:16) dengan mengatakan

bahawa jika umat hari ini mahu kembali kepada Islam,nescaya kita mampu

menegakkan peradaban moden seperti, pasti kita akan mampu membangun

peradapan moden seperti yang dikecapi oleh zaman kegemilangan Islam

dahulu.

5.2 PEMBINAAN JATI DIRI & MODAL INSAN

• Konsep kemuliaan insan dan ketinggian taraf sebagai nadi utama masyarakat

bertamadun perlu diterapkan dalam rangka pembinaan tamadun Malaysia.

• Istilah peradapan yang diperjuangkan oleh masyrakat Melayu merangkumi

ketinggian akhlak dan budi.jati diri manusia Melayu ini ia memerlukan

kebudayaan bangsa yang selari dengan prinsip-prinsip Islam.

• nilai-nilai kemuliaan insan ini semakin terhakis akibat gelombang modenisasi dan

globalisasi yang melanda umat Melayu Islam di negara kita khususnya.

• Ia juga dapat diperincikan menerusi:

1. Pengaruh nilai individualistik. Fahaman ini tidak memberi

penekanan kepada kehidupan bermasyarakat.

2. Meluaskan fahaman meteralisme. Fahaman yang bersifat

kebendaan yang menjadikan kekayaan sebagai ukuran

dalam kehidupan.

Page 45: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 45/55

• Hubungan antara manusia dilihat kepada nilai benda yang diberi dan diterima

dan hubungan sesama manusia tidak lagi bersifat sacral(Zulkiflee & Mohd

Nasir, 2005:89).

5.3 SISTEM PEMERINTAHAN

• Tamadun Malaysia yang wujud hari ini merupakan hasil dari satu proses sejarah

yang berkesinambungan yang dapat dibuktikan melaluai pelbagai sumber

sejarah dan kaedah arkeologi.

• Politik-politik Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari beberapa buah

kerajaan atau pusat tamadum Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Melaka, Johor-

Ria, Lingga dan sebagainya(Zainal Abidin, 2001:196;Abdul Aziz, 2001, 23-33).

• Malaysia merupakan sebuah negara bangsa berbentuk persekutuan yang

mengandungi kompenen beberapa buah negeri Melayu yang pernah menjadi

Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan

Negeri-negeri Selat.

• Politik Melayu diperintah oleh raja atau sultan atau Yang di-Pertua. Sistem

pemerintahan beraja (srkarang ini sistem pemerintahan raja

berpelembagaan)adalah sumbangan utama tamadun Melayu kepada tamadun

Malaysia.

• Pelembagaan Malaysia memaktubkan dua intitusi beraja iaitu Yang di-Pertua

Agong dan Majlis Raja-raja Melayu sebagai komponen penting dalam

pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita

LAIN-LAIN PERANAN

5.4 SISTEM PERUNDANGAN

Page 46: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 46/55

• Sistem perundangan malaysia ialah kesinambungan dari sistem perundangan

tamadun melayu. Contohnya :

a. Batu bersurat mengandungi beberapa cacatan tentang hukum Islam yang

perlu dilaksanakan, iaitu tentang tanggungjawab pemerintahan

melaksanakan dan menguatkuasa ajaran Islam, pemberian dan

penerimaan hutang dan banyak lagi

b) Satu lagi warisan yang membuktikan undang-undang Islam telah

diamalkan dalam kerajaan Melayu ialah Undang-undang Pahang yang

disusun Pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah

(1592:1614) di bawah pengaruh Undang-undang Melaka.

c) Dalam era penjajahan misalanya di era British, mereka tidak

banyak merosakkan kepercayaan atau keimanan orang Melayu terhadap

Islam, tetapi dapat melemahkannya. Bahkan tiada bantahan daripada

orang Melayu apabila British memperkenalkan undang-undang mereka.

5.5 AGAMA DAN ADAT ISTIADAT

• Islam dan adat Melayu secara khususnya talah menjadi salah satu struktur dan

elemen penting kemelayuan dalam tamadun Malaysia.

• Islam terus menjadi faktor definiti Melayu iaitu orang Melayu sebagai orang yang

mengamal istiadat Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam.

• Islam menjadi indentiti sosial dan budaya orang Melayu.

• Dengan termaktubnya agama Islam sebagai agama bagi Perskutuan Malaysia,

tidak bermakna agama-agama lain tidak boleh dianuti atau diamalkan oleh

orang bukan Melayu atau bukan Islam.

Page 47: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 47/55

5.6 BAHASA, KESENIAN DAN KESUSTERAAN

• Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa tertua di rantau Asia Tengara.

• Bahasa Melayu sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai bahasa Melayu

Kuno iaitu hasil pencampuran bahasa Melayu Kuno dengan bahasa Sanskrit.

• Bahasa Melayu Kuno inilah yang digunakan untuk menulis batu-batu bersurat

memakai huruf yang berasal dari huruf Kawi dan Nagari yang berasal dari

Palava.

• Menurut de Caparis, bahawa Melayu Kuno yang ditulis dalam bentuk tulisan

Palava ini telah digunakan oleh orang Melayu di kawasan SumateraSelatan(Mahayudin, 1998:59).

• Atas dasar inilah sarjana Inggeris, John Crawfurd mengatakan tamadun Melayu

bermula di bahagian pendalaman Sumatera, tetapi tanah asal itu tidak lebih dari

pantai dan sungai-sungai yang boleh diharungi (Asmah, 1987:543).

• bahasa Melayu dan tulisan jawi diangkat sebagai bahasa ligua franca dan

wahana ilmu.

o Sebelum tulisan Jawi,beberapa tulisan lain telah digunakan seperti

tulisan Pallava,Kawi,Sunda Kuno,Batak dan Rencong.

o Kedatangan Islam memperkenalkan huruf Arab dan diterima oleh orang

Melayu setelah dibuat penyesuaian dengan tulisan Melayu.

o Setelah Islam datang ke Melaka, penulisan karya berkembang.

o Terbahagi kepada bentuk prosa dan puisi

• Akta Pelajaran 1961 juga telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar utama dalam sistem pendidikan negara

Page 48: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 48/55

5.7 KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA

Pembentukan Pelembagaan Persekutuan merupakan hasil toleransi yang cukup

tinggi oleh kaum Melayu terhadap kaum bukan Melayu semasa penubuhan

Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 dahulu. Persetujuan melongarkan

syarat-syarat kewarganegaraan oleh para peminpin Melayu telah membolehkan

peminpin-peminpin bukan Malayun mengakuai kedudukan istimewa orang Melayu

dan orang Islam.Dengan pembentukan gagasan persekutuan Malaysia pada 16

September 1963, taraf kedudukan istimewa ini telah diperluaskan kepada kaum

bumiputera di Sabah dan Sarawak. Kedudukan istimewa orang Melayu dan

bumiputera ini telah dimaktubkan menurut Pekara 153 Perlembagaan Persekutuan

Malaysia (Zainal Abidin, 2001:198).Selain itu, Pelembagaan Persekutuan juga

mengiktiraf peranan undang-undang adat yang dapat dilaksanakan di kalangan

orang Melayu dan juga masyarakat bumiputera atau peribumi di Sabah dan

Sarawak. Undang-undang adat yang dapat lama berkembang iaitu semenjak adanya

undang-undang bertulis telah lama diamalkan, namun dari segi perlaksanaannya

dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Zainal Abidin,

2001:198).

• Di Tanah Melayu, Melaka menjadi pusat perdagangan utama.

• Kedah,Kelantan,Terengganu,Pahang dan Johor juga merupakan pusatperkembangan Islam.

5.8 PENGARUH ISLAM TERHADAP POLITIK

Berlaku terutamanya dalam Institusi Kesultanan dan Perundangan.

Pentadbiran: Istilah Sultan, Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh yang bermakna

bayangan Allah di muka bumi.

Konsep ini menjadi teras institusi raja. Pengesahan berlandaskan Islam terhadap

kewibawaan seseorang raja itu.

Page 49: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 49/55

Gelaran seperti Khalifah Mukminin yang bermakna pemimpin orang mukmin.

Contoh: Sultan mahmud Shah di Melaka, Sultan Abdul Ghaffur Muhyidin di

Pahang.

Tokoh seperti Iskandar Zulkarnain dirujuk sebagai asas nasab keturunan sultan.

Selepas kedatangan Islam, institusi sultan di tanah Melayu kekal sebagai institusi

berdasarkan perwarisan.

Sistem ini meletakkan raja@sultan sebagai kuasa tertinggi.

Negeri Sembilan;Adat Pepatih. Tunjang kuasa bukan terletak pada sultan tetapi

pada Yang Di-Pertuan Besar.

Institusi kesultanan Melayu mempunyai hubungan erat dengan ulama. Golongan

pemerintah di Melaka contohnya, mendapatkan nasihat dari golongan ulama

seperti Makhdum Sayid Abdul Aziz,Maulana Abu Bakar,Maulana Sadar

Jahan,Maulana Jalaludin.

Konsep daulat. bermaksud bahawa seseorang raja atau sultan itu mempunyai

kuasa tertentu yang membolehkan sesiapa sahaja melanggar

arahannya(derhaka) akan menerima akibat(tulah).

Bagi mengukuhkan konsep ini, pelbagai adat istiadat diwujudkan.

Contohnya, adat istiadat membabitkan cara berpakaian dan jenis

pakaian,bahasa dan pengucapan,tingkah laku dan sebagainya.

Perundangan

Terbahagi dua; undang-undang bertulis dan undang-undang tidak bertulis.

Page 50: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 50/55

Undang-undang tidak bertulis juga dikenali sebagai adat.

Terdapat dua jenis adat,iaitu Adat Pepatih dan Adat Temenggung.

Adat Pepatih diguna oleh orang Melayu Minangkabau di Negeri Sembilan dan

Naning,utara Melaka.

Undang-undang Bertulis

Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, dan sebagainya.

Hukum Kanun Melaka terdapat 44 fasal,Undang-undang Laut pula mengandungi

24 fasal.

Kehadiran Islam telah memperkembangan undang-undang bertulis seperti

Undang-undang Laut Melaka,Hukum Kanun Melaka,Undang-undang

Pahang,Undang-undang Kedah,Undang-undang Perak dan Undang-undang

Johor.

Pendidikan

Pendidikan bercorak formal telah berkembang pesat dan tidak terhad kepadagolongan atasan sahaja.

Menekankan keagamaan. Dilaksanakan di istana,masjid,rumah,surau,madrasah

serta pondok.

Istana berperanan sebagai tempat menyimpan buku hikayat yang penting seperti

Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhamad Ali Hanafiah.

Pendidikan bukan sahaja melibatkan keagamaan tetapi juga hal pentadbirannegara dan sistem politik.

Di masjid dan surau, kanak-kanak diajar ilmu formal seperti fikah, tajwid,cara dan

bacaan sembahyang serta lain lagi.

Page 51: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 51/55

Di sebelah malam, kandungan pengajian merangkumi ilmu

fikah,usuludin,hadis,tasawuf dan sebagainya untuk orang dewasa.

Sistem pendidikan formal lebih teratur ialah pendidikan pondok.

Sistem ini meluas di negeri Kedah,Kelantan,Terengganu,Perlis dan Pattani.

Bahasa dan kesusasteraan

Terdapat hikayat tentang Nabi Muhammad s.a.w seperti Hikayat Nur Muhammad

dan Hikayat Bulan Berbelah.

Hikayat nabi lain seperti Hikayat Nabi Yusuf dan Hikayat Nabi Musa a.s.

GLOBALISASI DAN WAWASAN 2020

Dalam usaha untuk memajukan negara sebagai sebuah negara maju dan negara

industry didalam acuannya sendiri, Malaysia berusaha untuk mewujudkan satu bangsa

Malaysia yang bersatu menjelang tahun 2020.

Page 52: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 52/55

Page 53: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 53/55

Page 54: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 54/55

KESIMPULAN

Islam memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat dan tamadun Melayu. Proses

penyerapan Islam ini berlaku secara berperingkat-peringkat di kalangan masyarakat

Melayu yang bermula daripada golongan istana, pembesar sehinggalah kepada rakyat

biasa. Proses Islamisasi ini menjadikan masyarakat Melayu akhirnya dapat menerima

ajaran Islam dengan baik. Ini kerana keistimewaan ajaran Islam yang sederhana dan

tiada paksaan.

Kedatangan Islam bukan sahaja mengubah pegangan hidup masyarakat Melayu, malah

telah membentuk cara hidup baru dalam amalan seharian masyarakat. Amalanamalan

Islam yang berunsur tahyul dan khurafat telah ditinggalkan secara beransur-ansur oleh

masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu juga telah berubah daripada masyarakat yang

buta huruf kepada masyarakat yang mengamalkan tradisi keilmuan. Contohnya galakan

daripada golongan pemerintah telah menjadikan Melaka suatu ketika dulu sebagai pusat

pembudayaan ilmu.

Dengan berlakunya penyebaran agama Islam ini, agama Islam dijadikan sebagai teras

dalam pembinaan tradisi budaya Melayu. Orang-orang Melayu yang menganut agama

Islam menyedari dan memahami nilai-nilai yang telah ditetapkan oleh Islam dan

berusaha menyesuaikan warisan tradisi budaya dan kehendak-kehendak Islam. Mereka

menekankan usaha memupuk nilai-nilai Islam sebagaimana yang dikehendaki dari satu

generasi kepada generasi seterusnya. Malah, institusi-institusi sosial dan agama dalam

masyarakat memainkan peranan penting dalam usaha memupuk dan mempertahankan

nilai-nilai sosial dan agama yang mereka bina.

Page 55: Titas Full Assyment

8/8/2019 Titas Full Assyment

http://slidepdf.com/reader/full/titas-full-assyment 55/55