tekad

2
TEKAD Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Barangsiapa yang berada pada waktu pagi dan menanamkan tekad bahawa akhirat itu adalah tujuannya, maka Allah s.w.t akan selalu memudahkan semua urusannya, Allah s.w.t akan memberi kekayaan di dalam hatinya, dan nikmat dunia akan diberikan kepadanya melalui jalan yang mudah. Barangsiapa yang berada pada pagi hari dan menanamkan tekad bahawa dunia adalah tujuannya, maka Allah s.w.t akan merumitkan semua urusannya, Allah s.w.t akan menjadikan kemiskinan selalu ada dihadapan matanya dan llah s.w.t tidak akan memberikan nikmat dunia kepadanya kecuali sekadarnya sahaja.” Apa tekad kita apabila terbuka mata seawal pagi setiap hari? Adakah terbuka mata kerana bekerja, belajar atau kerana Allah s.w.t? Sukar untuk kita selami keadaan ini. Tetapi beginilah hakikat harian kita. Hilang halatuju setiap hari kerana ia adalah perkara yang selalu dilakukan yang akhirnya, tiada matlamat atau sebab ia dilakukan. Ia tidak ubah sebagaimana kita makan dan kadangkala kepada solat kita juga. Jelas sekali di dalam hadith di atas, tekad ini perlu ditanamkan seawal kehidupan harian sebagaimana yang diajarkan Baginda Rasulullah s.a.w dengan memulakan bangun pagi dengan sebutan doa yang dimulai dengan ‘Alhamdulillah’. Memulakan setiap langkah dan perilaku dengan ‘Basmalah’ dan sentiasa berzikir mengingati Allah s.w.t. Tekad jelas sekali perlu dibulatkan hanya kepada Allah s.w.t walaubagaimana sekalipun permulaannya dan kesukarannya. Mulakanlah hari kita bersama demi Allah dan bukan untuk memenuhi kehendak manusia semata-mata. Letakkanlah segala kehendak kita di bawah kehendak Allah s.w.t.  

Upload: kamarul-azami-bin-mohd-zaini

Post on 30-May-2018

215 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tekad

8/9/2019 Tekad

http://slidepdf.com/reader/full/tekad 1/1