technology integrated planning (tip)

Upload: nisah82

Post on 07-Mar-2016

214 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

steps in Technology Integrated Planning TIP

TRANSCRIPT

PHASE 1: ANALYZING LEARNING AND TEACHING NEEDS

PHASE 1: ANALYZING LEARNING AND TEACHING NEEDSStep 1: Determine Relative AdvantageMenulis merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh semua pelajar.Kemahiran membina ayat adalah salah satu aspek penting dalam subjek bahasa samada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris mahupun bahasa tambahan seperti Bahasa Arab.Banyak kajian yang telah dijalankan mendapati kebanyakan pelajar menghadapi masalah dalam penulisan terutamanya dari aspek membina ayat dengan betul dan lengkap. Kebanyakan pelajar menghadapi masalah menyusun idea dalam penulisan dan tidak dapat mengekspresi dengan baik untuk memastikan penulisan mereka disiapkan mengikut tujuan yang telah ditetapkan. Penulisan terus menjadi kelemahan paling ketara pelajar-pelajar sekolah. Walaupun skor pencapaian standard telah meningkat dalam beberapa aspek, penulisan yang lemah terus menjadi masalah yang menonjol.Hal ini kerana, semasa berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi kemahiran menulis, didapati pelajar menghadapi masalah dalam pembinaan ayat jika bantuan seperti gambar, kosa kata atau rangkai kata tidak disertakan. Masalah ini dikenal pasti apabila pelajar tidak dapat membina ayat tentang sesuatu topik ketika sesi pengajaran dan juga berdasarkan semakan buku latihan mereka. Setelah meneliti masalah yang dihadapi, saya merasakan masalah utama yang perlu difokuskan ialah meningkatkan kemahiran membina ayat. Bagi memastikan pelajar dapat membina ayat dengan baik, pelajar perlu mempunyai pengetahuan serta maklumat berkenaan topik yang perlu ditulis untuk membolehkan pelajar menulis dengan lebih baik. Di antara cara yang dilakukan untuk menambahkan ilmu pengetahuan pelajar, pelajar dibawa ke perpustakaan untuk membaca bahan-bahan yang ada di situ dan menulis di dalam buku catatan Nilam . Program Nilam ini merupakan program galakan membaca untuk membina minat pelajar dalam membaca. Tetapi, saya dapati apabila pelajar berkunjung ke perpustakaan, mereka agak malas untuk membaca bahan-bahan yang tersedia di situ. Jika mereka menjumpai perkataan-perkataan yang sukar, mereka hanya membiarkan sahaja perkataan itu tanpa mencari makna di dalam kamus. Perkara ini adalah kurang membantu untuk pelajar menambahkan kosa kata dalam membina ayat. Saya merasakan perlu digunakan teknik lain dalam menarik perhatian pelajar untuk menambahkan ilmu seterusnya membolehkan mereka membina ayat yang baik dalam penulisan di sekolah.Step 2: Assess Tech- PACK

Memandangkan generasi sekarang merupakan generasi Y, maka mereka lebih terdedah kepada teknologi. Ini dapat dilihat semasa kelas Literasi Komputer yang diajar oleh saya, pelajar akan menumpukan perhatian yang lebih berbanding dengan subjek-subjek lain dan sentiasa menanti peluang untuk mereka dapat masuk ke dalam makmal komputer. Minat pelajar yang mendalam dalam penggunaan teknologi ini dapat digunakan untuk menambahbaik kemahiran mereka dalam subjek-subjek lain terutama subjek bahasa dalam penghasilan karangan yang lebih baik. Saya merasakan penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah menerapkan teknologi ke dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini akan dapat menarik minat pelajar untuk sama-sama memainkan peranan dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran tersebut. Selain itu, untuk menerapkan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran guru perlu memastikan bahawa pengetahuan sedia ada guru tentang teknologi adalah tidak terbatas. Guru perlu lebih tahu tentang teknologi terkini. Dalam hal ini, saya kira saya beruntung kerana semasa pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dahulu, saya telah mengikuti pengajian sains komputer. Pengetahuan tentang dunia teknologi akan dapat saya pergunakan dalam melonjakkan prestasi pelajar dalam bidang lain seperti bidang penulisan ini. Di samping itu juga, guru perlu mengetahui kandungan pelajaran yang ingin diajar serta kaedah pengajaran yang ingin diterapkan mengikut kesesuaian teknologi yang ingin digunakan. Dalam kes ini, saya perlu mengetahui jenis penulisan yang ada, serta mengetahui cara untuk mengajarnya di dalam bilik darjah. Setiap jenis penulisan mempunyai pendekatan yang berlainan untuk diajar kepada para pelajar. Penerapan bilik darjah abad ke-21 ini lebih berpusat kepada murid, di mana guru hanya sebagai penunjuk cara dan juga sebagai tempat rujukan. Oleh itu penggunaan teknologi amatlah sesuai digunakan dalam keadaan seperti ini. Dalam pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran saya, saya akan menggunakan medium internet untuk pencarian bahan dengan menggunakan enjin carian seperti Google dan perisian Microsoft Office Word 2010 untuk pengolahan data yang dicapai dari internet dan laman pembelajaran maya Frog untuk simpanan fail iaitu dengan menggunakan satu widget di dalam laman itu yang dipanggil File Drop. Manakala hasil kerja pelajar akan dicetak menggunakan pencetak yang disediakan di makmal komputer. PHASE 2: PLANNING FOR INTEGRATIONStep 3: Decide On Objectives, Assessment

Dalam fasa pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran ini, menetapkan objektif atau hasil yang ingin dilihat selepas menggunakan teknologi amatlah penting supaya keberkesanan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran ini dapat dinilai. Menetapkan objektif adalah suatu langkah yang baik untuk menjelaskan jangkauan bagi kaedah baru yang berasaskan teknologi. Dalam kes ini, saya menetapkan sasaran dari penggunaan teknologi ini 95% pelajar akan dapat menulis 1 perenggan karangan lebih dari 5 ayat. Mereka dapat menghuraikan maklumat yang diperolehi dengan lebih jelas dan bernas. Jika mereka dapat membuat lebih dari 5 ayat untuk satu perenggan karangan, ini akan dapat membuktikan yang kewujudan teknologi dalam pembelajaran membantu mereka lebih fokus dalam mencari maklumat untuk menghasilkan karangan yang lebih baik berbanding dengan kaedah tradisional sebelum ini, bahan rangsangan seperti gambar tidak dapat membuatkan mereka berjaya menjana idea dengan baik dan pemikiran mereka terbatas dalam suatu ruang lingkup tertentu sahaja kerana pengetahuan mereka berkenaan bahan tersebut amatlah terhad.Saya akan menilai keberkesanan penggunaan teknologi ini dari hasil kerja pelajar yang dihantar. Pelajar akan mencetak hasil kerja karangan mereka dan menghantar kepada saya untuk semakan. Proses pengintegrasian ini saya akan lakukan dengan menggabungkan pengetahuan sedia ada pelajar tentang perisian Microsoft Office Word 2010 dan pembelajaran maya menggunakan laman frog yang dipelajari dalam subjek literasi komputer bagi melancarkan proses penyiapan tugasan yang diberikan.

Step 4: Design integration Strategies

Pelajar akan menyiapkan tugasan secara individu kerana dalam kemahiran menulis, cara berfikir dan melontarkan idea adalah berbeza antara individu. Oleh sebab itu, menilai secara individu adalah lebih baik berbanding kerja berkumpulan kerana potensi individu dapat dinilai satu persatu. Jika penghasilan tugasan ini dibuat secara berkumpulan, saya sukar untuk menilai kebolehan setiap dari pelajar itu kerana hasil kerja dalam kumpulan telah dijana menggunakan idea dari beberapa ahli di dalam kumpulan tersebut dan saya tidak dapat menilai siapa yang memberikan idea yang lebih dan siapa yang kurang memberikan sumbangan idea.

Bagi memastikan kelancaran tugasan yang diberikan, saya akan terlebih dahulu mendemonstrasikan cara untuk mendapatkan atau mencari maklumat di internet dengan menggunakan enjin carian yang tersedia seperti Google. Setelah maklumat diperolehi, saya akan menunjukkan cara untuk mereka menyimpan maklumat atau gambar yang telah diperolehi. Setelah kesemua maklumat telah berjaya diperolehi, saya akan mengimbas kembali penggunaan perisian Microsoft Office Word 2010 yang telah dipelajari sebelum ini di dalam kelas Literasi Komputer untuk mereka menaip karangan berdasarkan maklumat yang mereka ada dan memasukkan gambar yang berkenaan dengan topik. Setelah selesai penghasilan karangan tersebut, saya akan menunjukkan cara bagaimana untuk menyimpan fail mereka di laman pembelajaran maya Frog yang bertindak sebagai drive untuk mereka bagi proses cetakan. Setelah karya mereka di simpan di laman Frog, pelajar akan bergerak ke komputer yang dilengkapkan dengan pencetak untuk proses cetakan hasil kerja. Di sini, saya akan menunjukkan cara untuk mengambil kembali fail yang telah disimpan di laman Frog tersebut dengan login ke laman itu dan muat turun fail yang disimpan di dalam file drop di dashboard mereka.Setelah hasil kerja mereka dicetak, pelajar perlu menampal karya mereka di dalam buku karangan untuk dihantar kepada saya bagi proses semakan. Step 5: Prepare The Instructional Environment

Di dalam makmal komputer yang terdapat di sekolah saya, bilangan komputer yang dibekalkan adalah sebanyak 35 unit, manakala bilangan pelajar hanya 25 orang. Oleh sebab itu, tidak menjadi masalah untuk tugasan ini dilaksanakan secara individu kerana semua pelajar berpeluang menggunakan komputer secara individu tanpa perlu berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Ini akan memberikan kebebasan kepada pelajar untuk menghasilkan karya terbaik masing-masing. Jika ada perkakasan komputer yang mengalami masalah di satu dua komputer pun, masih ada lagi lebihan 10 buah komputer yang boleh digunakan oleh pelajar untuk menjayakan tugasan ini. Semua komputer yang terdapat di makmal ini telah dibekalkan dengan perisian Microsoft Office 2010 dan pelayan internet seperti Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet Explorer. Oleh sebab itu, pelajar boleh menggunakan perisian-perisian ini untuk menghasilkan dan menyiapkan tugasan dengan jayanya. Untuk pelajar menyimpan fail yang dihasilkan, mereka tidak lagi perlu bergantung kepada pendrive, cd dan lain-lain kerana saya menggunakan medium laman pembelajaran maya Frog sebagai drive mereka yang berperanan sebagaimana Google Drive.Oleh kerana penghasilan tugasan ini akhirnya memerlukan pelajar mencetak karya mereka, saya perlu memastikan yang kelancaran di bahagian cetakan tidak ada masalah seperti kekurangan dakwat, kertas yang tidak mencukupi dan pencetak tidak dapat berfungsi. Sebelum kelas bermula, saya akan menyemak dan menyediakan bahan secukupnya untuk tidak mengganggu proses kelancaran pengajaran dan pembelajaran.

Bagi isu keselamatan dalam penggunaan medium internet dalam tugasan ini, saya tidak risau kerana semua rangkaian di sekolah menggunakan talian 1 bestarinet yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui YTL Networks. Pihak kementerian telah menyekat laman web tertentu seperti laman sosial facebook dan lain-lain. Oleh sebab itu, pelajar akan melaksanakan tugasan dengan baik kerana mereka tidak leka dengan laman sosial kegemaran mereka dan fokus pada pencarian maklumat yang diperlukan untuk menjayakan tugasan yang diberikan.Bagi memastikan kelancaran pengajaran dan pembelajaran menggunakan pengintegrasian teknologi, sebelum kelas bermula, saya akan memastikan semua komputer yang hendak digunakan adalah dalam keadaan baik dan boleh diakses oleh pelajar. Manakala bagi talian internet, saya juga akan menjalankan ujian rangkaian untuk memastikan kelajuan internet yang dibekalkan dapat menampung penggunaan pelajar-pelajar yang akan mencari maklumat di internet dan memuat turun maklumat-maklumat tertentu dari internet. Jika terdapat masalah dalam rangkaian internet, saya akan menghubungi pihak yang bertanggungjawab untuk membaik pulih rangkaian dan memastikan kelajuan internet berada pada tahap optimum bagi memberikan gambaran positif kepada pelajar semasa melayari internet untuk mendapatkan bahan. Jika kelajuan tidak optimum, ini akan mengganggu kelancaran proses carian bahan dan membuatkan pelajar akan merasa bosan dan secara tidak langsung akan menurunkan tahap motivasi mereka dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Ini adalah kerana, semasa saya memberitahu pelajar-pelajar yang kelas seterusnya untuk kemahiran menulis akan dilaksanakan di makmal komputer, pelajar sangat teruja untuk membuat apa sahaja yang akan diarahkan dan saya tidak akan menghampakan harapan mereka dalam menggunakan teknologi dengan masalah kelajuan intenet yang perlahan.Jika berlaku kegagalan internet semasa pengajaran dan pembelajaran, saya akan menyediakan pelan kedua iaitu dengan menyediakan slides yang mengandungi bahan-bahan rangsangan dan maklumat yang berkenaan untuk pelajar-pelajar mengolah penulisan mereka berdasarkan bahan-bahan tersebut. Slides tersebut akan ditayangkan dan pelajar akan menggunakan maklumat yang diperolehi dan menaip karangan di dalam perisian Microsoft Office 2010. Jika mereka telah selesai menaip karangan, sebelum ini, saya menyatakan akan menggunakan medium pembelajaran maya Frog sebagai drive simpanan hasil kerja mereka untuk tujuan cetakan karya, tetapi ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa internet. Maka saya akan menggunakan pendrive untuk menyimpan karya pelajar dan membuat cetakan di komputer yang disambungkan dengan pencetak. Maka, ada atau tiada internet, proses pengajaran dan pembelajaran tetap dapat dilaksanakan.PHASE 3: POST-INSTRUCTION ANALYSIS AND REVISIONS

Step 6: Analyze ResultsSetelah proses pengintegrasian teknologi dilaksanakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, saya dapati objektif yang dinyatakan pada fasa perancagan pengintegrasian teknologi telah dapat dicapai di mana 95% daripada pelajar-pelajar tersebut dapat menulis 1 perenggan karangan dengan lebih dari 5 ayat. Dapatan dari objektif ini saya perolehi semasa menyemak karangan yang dihantar kepada saya. Saya sangat kagum dengan hasil karya mereka kerana mereka dapat mengolah maklumat yang diperolehi dengan baik, tidak seperti sebelum-sebelum ini, ayat-ayat yang dihasilkan pendek-pendek sahaja dan terlalu terikat dalam satu pemikiran yang terhad. Mereka sukar untuk menghuraikan dengan lengkap maklumat yang dibekalkan.Sebelum mengakhiri sesi pengajaran dan pembelajaran, saya sempat bertanya kepada pelajar tentang proses pengajaran dan pembelajaran yang mereka alami hari ini . Rata-rata menyatakan keseronokan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan kerana mereka dapat mencari idea untuk ditulis di dalam karangan mereka kerana mereka dapati terlalu mudah untuk medapatkan maklumat tambahan di internet. Maklumat-maklumat itu pula ada yang mereka baru tahu dan secara tidak langsung dapat menambahkan pengetahuan mereka. Satu lagi yang diberitahu pelajar-pelajar, aktiviti pengintegrasian teknologi ini dapat mengelakkan mereka dari merasa mengantuk. Mereka tidak sedar masa berlalu kerana terlalu asyik mencari maklumat dan menggunakan komputer yang disediakan. Mereka memohon untuk diadakan lagi pengajaran dan pembelajaran sebegini di masa akan datang dan masa yang diperuntukkan untuk mereka ditambah lagi supaya mereka dapat melaksanakan tugasan dengan lebih baik lagi.

Step 7: Make RevisionsJika ada ruang untuk penambahbaikan dalam pelaksanaan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran ini, saya kena lebih menekankan supaya pelajar-pelajar tidak terlalu membuang masa untuk mencari dan terus mencari gambar dan maklumat dan secara tidak langsung membuang masa yang terhad untuk mereka. Apa yang saya dapat lihat semasa pelajar-pelajar menyiapkan tugasan, bagi pelajar yang terlalu memilih gambar-gambar yang hendak disertakan dalam tugasan tersebut dan terus mencari dan mencari maklumat, mereka tidak sempat untuk menyiapkan proses menaip karangan mereka di dalam perisian Microsoft Office Word 2010. Ini menyebabkan mereka tidak dapat mencetak karangan mereka kerana masa pengajaran dan pembelajaran telah pun tamat. Mereka perlu ke makmal di masa lain untuk proses cetakan tersebut dan ini akan menyulitkan mereka atau mereka perlu menulis dengan tulisan tangan bagi memastikan karangan tersebut dapat dihantar pada masa yang telah ditetapkan.Satu lagi penambahbaikan yang boleh dilaksanakan adalah saya perlu mengecilkan skop carian bahan bagi tajuk ini iaitu barang yang ingin saya beli kepada skop kecil seperti terus menetapkan barang seperti pakaian, barang kelengkapan sekolah dan sebagainya berbanding membiarkan pelajar bebas memilih apa sahaja barang yang mereka hendak beli supaya pelajar tidak membuang masa terlalu lama dalam memikirkan bahan yang hendak dibeli dan mencari dan terus mencari di internet. Secara keseluruhan, pengintegrasian teknologi yang terancang memang dapat membantu meningkatkan keupayaan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran jika ia dapat dipandu oleh guru dengan baik dan mendapat kerjasama dari pelajar-pelajar. Implementation Of Technology Integration Planning At SchoolPage 8