submit oumm3203professional ethics

Upload: kim-yeng-leong

Post on 03-Jun-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Submit OUMM3203Professional Ethics

    1/21

    Fakulti Pendidikan Dan Bahasa

    SMP Khas Ambilan

    Semester 8 Mei 2013

    OUMM 3203

    ETIKA KERJA PROFESSIONAL

    MATRICULATION NO : 680915106906001

    IDENTITY CARD NO. : 680915106906

    TELEPHONE NO : 0126626202

    E-MAIL : [email protected]

    LEARNING CENTRE : Seremban, NSDK

  • 8/12/2019 Submit OUMM3203Professional Ethics

    2/21

    Type text] OUMM 3203

    680915106906001

    2

    ISI KANDUNGAN

    BIL TAJUKMUKA

    SURAT

    1.1.0 Pengenalan

    1.1 Definisi Rasuah3 - 4

    2. 2.0 Analisis Rasuah Dalam Perspektif Ekonomi

    2.1 Kesimpulan5 - 8

    3. 3.0 Analisis Rasuah Dalam Perspektif Undang-undang3.1 Kesimpulan

    9 - 13

    4

    4.0 Analisis Rasuah Dalam Perspektif Etika

    4.1 Eternal Law (Undang-undang Abadi)

    4.2 Classical Teleological Ethical Theory: Utilitarianism4.3 Classical Deontological Ethical Theory: Universalis

    4.4 Distributive Justice Theory

    4.5 Kesimpulan

    14 - 17

    5 5.0 Penutup 18 - 19

    6 6.0 Rujukan 20

    7 7.0 Keratan Akhbar 21

  • 8/12/2019 Submit OUMM3203Professional Ethics

    3/21

    Type text] OUMM 3203

    680915106906001

    3

    1.0 Pengenalan :

    Dalam usaha menuju era modenisasi, negara kita terpaksa berhadapan dengan suatu penyakit

    sosial yang sungguh berbahaya sehingga boleh meranapkan peradaban bangsa kita, yakni

    gejala rasuah. Rasuah merupakan isu yang hangat diperkatakan dewasa ini samaada dalam

    bidang Rasuah dilihat semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat Malaysia kini. Ia dilihat

    sebagai masalah sosial yang semakin hari semakin parah.

    Rasuah boleh diertikan sebagai amalan makan suap dan kegiatan memberikan dan menerima

    sogokan kebendaan untuk mencapai matlamat tertentu. Rasuah boleh berlaku dalam

    berbagai-bagai bentuk dan situasi. Misalnya, rasuah dalam politik, sukan, mendapat sesuatu

    projek, mengelakkan diri daripada ditahan oleh pihak berkuasa, dan seumpamanya. Setiap

    hari ada sahaja berita yang melaporkan tentang gejala rasuah ini.

    Sumber :http://thafiexq.files.wordpress.com/2008/05/duit.jpg

    1.1 Definisi Rasuah :

    Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah. Di dalam al-

    Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah

    lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Dalam al-Quran sendiri telah

    mendefinisikan perkataan rasuah ini adalah berkaitan dengan sesuatu yang tidak baik dan

    dilaknat. Rasuah dalam bahasa Latin: corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk,

    rosak, menggoyahkan, memutar balik, menyogok.

  • 8/12/2019 Submit OUMM3203Professional Ethics

    4/21

    Type text] OUMM 3203

    680915106906001

    4

    Mengikut Law Ensyclopedia, rasuah didefinisikan sebagai crime of giving a benefit ( eg.

    Money) in order to influence the judgment or conduct of perperson in a position of turst.

    DidalamBahasaInggeris,memberirasuahdanmenerimarasuahdiberi istilah berbezaiaitucorruptionbagimenerimarasuahmanakala member rasuah diistilahkansebagai bribery.

    Walau bagaimanapun ada beberapa definisi yang telah diberi oleh beberapa pihak yang

    pakar dalam bidang ini. Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi

    definisi bribery and corruption sebagai perbuatan giving or offering any reward to any

    person to influence his conduct; or the receipt of such reward.

    John B. Saunders pula menulis dalam kamus Mozley and Whiteleys Law Dictionary

    memberi definisi corruption is the taking or giving of money for the performance or non-

    performance of a public duty.

    Menurut Transparency International pula, rasuah ialah perilaku buruk di jabatan-jabatan

    atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara

    tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya

    kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan

    awam yang diberi kepada mereka.

    Akta Pencegahan Rasuah mendefinisikan rasuah sebagai menerima apa-apa suapan sebagai

    upah ,dorongan ,atau galakan daripada seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan atau

    tidak melakukan sesuatu perbuatan. Sebagai contoh,suapan tersebut termasuklah wang

    ringgit, hadiah ,komisen, tanah, lesen dan sebagainya. Manakala Profesor Syed AlAttas pula

    mentakrifkan rasuah sebagai sesuatu yang mencakupi penyuapan, nepotisme dan pemerasan,

    iaitu merujuk kepada perlantikan saudaramara yang tidak layak untuk sesuatu jawatan.

    Kronisme pula merujuk kepada peluang yang diberikan kepada penyokongnya. Gejala ini

    akan menyebabkan kerosakan kepentingan sesuatu institusi serta mereka yang layak. Justeru

    itu, amalan rasuah adalah korupsi yang berupaya menjatuhkan kredibiliti sesebuah negara.

  • 8/12/2019 Submit OUMM3203Professional Ethics

    5/21

    Type text] OUMM 3203

    680915106906001

    5

    2.0 Analisis Rasuah Dalam Perspektif Ekonomi

    Ekonomi ialah ilmu mengkaji bagaimana manusia menggunakan sumber ekonomi

    yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.Teori makro dan Mikro

    ekonomi bergantung kepada pasaran terbuka, perbekalan dan permintaan seharusnya boleh

    membantu di dalam sebahagian permasalahan etika.

    Sektor swasta sebagai salah satu institusi ekonomi penting menjadi jentera pembangunan

    ekonomi sesebuah negara. Namun begitu jenayah rasuah , penyelewengan dan fraud akan

    mengakibatkan suatu impak negatif terhadap pelbagai aspek termasuk masa dan kos

    pengurusan . The 4th

    Biennial Globa Ecinomic Crime Survey yang dijalankan oleh Price

    Water House Coopers seperti di Rajah 3 di bawah, jelas memperlihatkan kesan ini.

    Sebaliknya, syarikat-syarikat yang mematuhi garis panduan etika dan melaksanakan

    program pematuhan melaporkan jenayah ekonomi, termasuk isu-isu rasuah dalam syarikat

    akan lebih kecil kebarangkalian berlakunya jenayah ekonomi dalam syarikat-syarikat

    berkenaan(Rajah4)

    .

    Sumber:PriceWaterHouseCoopers

  • 8/12/2019 Submit OUMM3203Professional Ethics

    6/21

  • 8/12/2019 Submit OUMM3203Professional Ethics

    7/21

    Type text] OUMM 3203

    680915106906001

    7

    Sumber :http://transparency.org.my/

    Projek Iskandar: Satu lagi skandal penyumbang indeks rasuah negara menjunam

    Sebuah syarikat pemaju yang terlibat dalam projek mega membangunkan Iskandar Malaysia,

    Johor disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan

    wujudnya unsur penyelewengan dalam perolehan kontrak dan beberapa projek antaranya

    pembinaan infrastruktur, pusat pendidikan, kawasan perumahan, jalan, lebuh raya serta

    Pusat riadah yang bernilai ratusan bilion ringgit.

    Setiausaha Agung Pertubuhan Malaysia bagi Ketelusan dan Integriti, Josie M Fernandez

    menunjukkan bahawa rasuah dalam dunia korporat membawa implikasi buruk terhadap

    http://transparency.org.my/http://transparency.org.my/http://transparency.org.my/http://1.bp.blogspot.com/-FYKKy9hQAmQ/Tvk2qJ7tH0I/AAAAAAAAGPQ/25Yc1Iscj7I/s1600/iskandar+malaysia.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-FYKKy9hQAmQ/Tvk2qJ7tH0I/AAAAAAAAGPQ/25Yc1Iscj7I/s1600/iskandar+malaysia.jpghttp://transparency.org.my/
  • 8/12/2019 Submit OUMM3203Professional Ethics

    8/21

    Type text] OUMM 3203

    680915106906001

    8

    negara. Menurut beliau amalan seperti ini membawa kepada peningkatan dalam kos

    menjalankan perniagaan di negara dan dengan itu pelabur tidak akan menunjukkan minat

    dalam menjalankan perniagaan di sini. "Syarikat-syarikat tidak akan melabur jika mereka

    tidak melihat margin keuntungan yang baik dalam mana-mana urusan perniagaan, jadi

    apabila ditambah dengan kos rendah margin keuntungan merosot lagi. Jadi rasuah

    perniagaan boleh menjejaskan ekonomi negara kita, katanya.

    Implikasi gejala rasuah terhadap ekonomi adalah nyata. Rasuah mempengeruhi kadar dan

    pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Semakin tinggi kadar rasuah,

    semakin kurang kadar pelaburan yang diterima.

    2.1 Kesimpulan :

    Persaingan terbuka ini amat penting dalam sistem ekonomi bebas kerana ianya akan

    meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan, sedangkan amalan rasuah tidak

    mengambil kira aspek kualiti asalkan barangannya dibeli atau pun projeknya diluluskan.

    Kebanyakan kajian tentang kesan rasuah menunjukkan bahawa amalan rasuah boleh

    menyebabkan kadar pertumbuhan ekonomi yang rendah. Ini kerana unsur rasuah

    menghalang penyertaan pelaburan tempatan dan menyekat kemasukan pelaburan asing ke

    sesebuah negara. Fenomena ini secara langsung memberi impak negarif terhadap

    pembangunan ekonomi sesebuah negara.

    http://i147.photobucket.com/albums/r299/malaysianunplug/gdp.gif
  • 8/12/2019 Submit OUMM3203Professional Ethics

    9/21

    Type text] OUMM 3203

    680915106906001

    9

    3.0 Analisis Rasuah Dalam Perspektif Undang-undang

    Undang-undang didefinasikan sebagai satu set peraturan yang konsisten dan menyeluruh

    diterbitkan secara meluas, diterima secaraa umum dan biasa dikuatkuasakan. Peraturan ini

    menjejaskan bagaimana kita bertingkahlaku dalam berinteraksi dengan ahli masyarakat yanglain. Dalam kata lain, undang-undang ialah apa yang meati kita lakukan. Undang-undang

    didefinasikan sebagai set peraturan yang konsisten, menyeluruh, diterima dan

    dikuatkuasakan. Ini bermakna jika ada yang melanggar undang-undang, didapati bersalah

    dan sekiranya berjaya dibuktikan akan menerima hukuman.

    Di Malaysia, dari segi undang-undang, segala perkataan yang membawa maksud kepada

    memberi dan menerima suapan adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah

    rasuah. Kes-kes rasuah biasanya membabitkan pihak-pihak yang mempunyai kuasa untuk

    menentukan atau meluluskan sesuatu perkara.

    Bagi memerangi jenayah rasuah, undang-undang digubal dan diwartakan. Di Malaysia, bagi

    melaksanakan fungsi pencegahan rasuah berdasarkan undang-undang secara berkesan,

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwujudkan bagi menggantikan Badan

    Pencegah Rasuah (BPR), selaras dengan hasrat masyarakat yang mahukan entiti pencegahan

    rasuah yang lebih bebas, telus dan profesional. Dengan itu juga, Akta Badan Pencegah

    Rasuah 1982 telah digantikan dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

    (Akta SPRM 2009) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mula beroperasi secara

    rasminya pada 1 Januari 2009.

    Secara umumnya jenis-jenis kesalahan rasuah mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan

    Rasuah Malaysia 2009 ( ASPRM 2009) sebagai akta induk (Akta 694), terdapat empat

    kesalahan rasuah yang utama iaitu:

    a. Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009]

    b. Memberi suapan [seksyen 17(b) ASPRM 2009]

    c. Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 ASPRM 2009]

    d. Salah guna kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009]

    Di samping itu, terdapatakta-aktalainyangturutmenyediakan peruntukanberhubung

  • 8/12/2019 Submit OUMM3203Professional Ethics

    10/21

    Type text] OUMM 3203

    680915106906001

    10

    kesalahanjenayahrasuahsepertiAktaBankdan, Institusi-institusiKewangan1989,AktaPertaruhan1953,AktaRumah PerjudianTerbuka1953,AktaHakcipta1987,AktaKastam1967,Akta DadahBerbahaya1952,AktaDadahBerbahaya(PelucuthakanHarta) 1988danAktaBahanLetupan1957. Antaraciri-cirirasuahialahia dilakukansecarasulit.melibatkanpecahamanah.memperolehkeuntunganataukepentinganperibadi,penyalahgunaankuasadanpenyelewengan.Di Malaysia, pelbagai pendekatan melalui penguatkuasaan undang-undang dan penubuhan

    badan penyelia (regulatory body) diwujudkan untuk mengatasi masalah rasuah. Antara lain

    seperti Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Bank

    Negara. Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan seperti bukan

    kerajaan (NGO) yang berkaitan seperti Malaysia Institute of corporate Governance (MICG).

    Business Ethics Institute of Malaysia ( BEIM), Dewan-dewan Perniagaan, Badan-badan

    Ikhtisas dan lain-lainnya juga turut menyokong dalam usaha bekerjasama memastikan gejala

    rasuah dibendung, takbir urus koporat dan etika perniagaan dipatuhi dan etika perniagaan

    dikawal selia dan dipertingkatkan.

    Program Tranformasi Kerajaan (GTP) - Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

    Dalam Membenteras Rasuah

    Pada tahun 2010, YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji

    Abdul Razak telah memulakan Program Transformasi Kerajaan (GTP), program yang nekad

    untuk mentransformasikan secara radikal cara bekerja Kerajaan agar dapat menghasilkan

    penyelesaian sebenar bagi isu-isu sebenar agar Kerajaan bersama dengan rakyat dapat mara

    ke hadapan dengan langkah yang teguh sebagai sebuah Negara. Keseluruhan program ini

    adalah berlandaskan premis bagi komitmen Kerajaan di bawah sepanduk 1Malaysia "Rakyat

    didahulukan, pencapaian diutamakan".

    NKRA Membanteras Rasuah adalah salah satu daripada (6) Bidang Keberhasilan Utama

    Negara di dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP). Tujuan NKRA Membanteras

  • 8/12/2019 Submit OUMM3203Professional Ethics

    11/21

    Type text] OUMM 3203

    680915106906001

    11

    Rasuah dibangunkan adalah untuk membendung gelombang rasuah yang menurut tanggapan,

    melanda masyarakat Malaysia. Berdasarkan skor dan kedudukan Malaysia dalam Indeks

    Persepsi Rasuah (Corruption Perception Index- CPI) Transparency International (TI)

    dalam tempoh satu dekad yang lalu, telah menunjukkan persepsi negatif dalam komuniti

    perniagaan antarabangsa dan pakar-pakar negara terhadap Negara Malaysia iaitu

    mencatatkan peningkatan dalam CPI secara beransur-ansur di negarakita ini. Kedudukan

    skor Malaysia dalam carta CPI yang menunjukkan kemerosotan daripada 5.0 pada tahun

    2001 kepada 4.4 pada tahun 2010 mencerminkan perihal wujudnya peningkatan gejala

    rasuah di negara ini. Jadual 2 menunjukkan kedudukan dan skor CPI Malaysia berbanding

    negara-negara lain hasil tinjauan yang dijalankan oleh Transparency International-CPI bagi

    Tempoh 2001 hingga 2010.

    Tahun Kedudukan Malaysia Skor - CPI

    Jumlah

    NegaraDikaji

    2001 36 5.0 91

    2002 33 4.9 102

    2003 37 5.2 133

    2004 39 5.0 1462005 39 5.1 159

    2006 44 5.0 163

    2007 43 5.1 179

    2008 47 5.1 180

    2009 56 4.5 180

    2010 56 4.4 178

    Jadual 2: Kedudukan dan skor CPI Malaysia Oleh Transparency Internationalbagi tempoh2001 hingga 2010.

    Sehubungan itu, pada tahun 2010, tiga sub-bidang telah dikenal pasti dalam NKRA

    Membanteras Rasuah dalam menangani isu-isu rasuah selain menambahbaik persepsi

  • 8/12/2019 Submit OUMM3203Professional Ethics

    12/21

    Type text] OUMM 3203

    680915106906001

    12

    terhadap rasuah di Malaysia (mengikut skor CPI dan tinjauan Global Corruption

    Barometeroleh Transparency International) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3 iaitu:-

    Jadual 3 : Aspirasi Kerajaan dan Tiga Sub-Bidang NKRA Membanteras Rasuah.

    i. Penguatkuasa Undang-undang Dan Agensi Pengawalseliaan

    Persepsi negatif terhadap agensi penguatkuasa dan pengawalseliaan boleh ditangani dengan

    memastikan bahawa rasuah tidak mempengaruhi para pegawai dan agensi-agensi ini serta

    menghalang mereka daripada menjalankan tugas dan kewajipan mereka dengan berkesan.

    Lima (5) agensi penguatkuasa utama yang bertanggungjawab dalam Sub-Bidang

    Keberhasilan NKRA Membanteras Rasuah adalah Polis DiRaja Malaysia (PDRM),

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan

    Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Ia berikutan agensi

    tersebut merupakan agensi kerajaan yang mencatat bilangan kes rasuah tertinggi di bawah

    Siasatan SPRM.

    ii. Perolehan Kerajaan (Projects and Procurement)

    Objektif dalam Sub-Bidang ini adalah untuk mengurangkan salah tadbir dalam proses

    perolehan Kerajaan, Indeks Akauntabiliti Perolehan (Procurement Accountability Index)

    telah diwujudkan dan kemajuannya diukur menerusi bilangan Kementerian yang

  • 8/12/2019 Submit OUMM3203Professional Ethics

    13/21

    Type text] OUMM 3203

    680915106906001

    13

    memperolehi skor 90%. Selain itu, ianya juga adalah untuk mewujudkan ketelusan, keadilan

    dan kesaksamaan serta akauntabiliti lebih baik dalam penganugerahan dan pelaksanaan

    kontrak.

    iii. Rasuah Besar

    Pelaksanaan dalam Sub-Bidang "Rasuah Besar (Grand Corruption)" yang dimaksudkan

    dalam Jadual 3 adalah untuk meraih semula keyakinan orang ramai dengan meningkatkan

    keberkesanan, pendakwaan dan hukuman terhadap rasuah, tumpuan diberikan kepada

    peratusan perbicaraan rasuah yang berjaya diselesaikan dalam tempoh setahun dan bilangan

    orang yang disenaraikan dalam pangkalan data SPRM yang mengandungi pesalah yang

    disabitkan. Selain itu, ianya juga adalah untuk menepis persepsi negatif rakyat bahawa

    tindakan undang-undang dalam jenayah rasuah hanya diambil terhadap 'ikan bilis' manakala

    'jerung (big fish)' (kalangan individu yang berpengaruh atau berkuasa) terlepas daripada

    hukuman atau hukuman yang dikenakan pula dilihat tidak memadai bagi mereka yang

    mempunyai kuasa dan pengaruh.

    3.1 Kesimpulan :

    Undang-undang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Undang-undang

    digunakan untuk mengawal ahli-ahli masyarakat daripada melakukan sebarang tindakan

    yang salah dan memudaratkan diri dan orng ramai tanpa mengira pangkat, warna kulit,

    agama, ideologi politik dan sebagainya.

    Langkah-langkah untuk menbendung gejala rasuah ini ialah kerajaan perlu memperketat

    undang-undang dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Sistem perundangan negara ini

    masih kurang mampu untuk menghadapi masalah rasuah kerana hukuman ke atas

    penjenayah ini tidak setimpal dengan perbuatan keji mereka. Kerajaan harus menggubalkan

    undang-undang yang lebih ketat dengan mengenakan hukuman berat, seperti melanjutkan

    tempoh hukuman penjara, mengenakan hukuman rotan atau merampas harta benda yang

    dimiliki oleh mereka yang terbabit dalam rasuah atau melesapkan sumber kewangan syarikat.

  • 8/12/2019 Submit OUMM3203Professional Ethics

    14/21

    Type text] OUMM 3203

    680915106906001

    14

    Tindakan yang berat nescaya akan menyedarkan orang ramai supaya mereka tidak

    melibatkan diri daripada perbuatan maksiat ini.

    4.0 Analisis Rasuah Dalam Perspektif Etika

    Etika berasal daripada bahasa Inggeris ethic. Perkataan ethic itu pula diambil dari bahasa

    Greek ethos yang membawa maksud sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu

    golongan. Ia terbahagi kepada dua iaitu:

    (i) Normatik iaitu panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku

    yang baik dan jahat.

    (ii) Mataetik iaitu yang terbahagi kepada dua : analitik yang berfungsi

    menganalisis semua peraturan yang berkaitan tingkah laku baik dan jahat dan

    kritikal yang berfungsi untuk mengkritik terhadap apa-apa yang telah

    dianalisis. Tujuannya ialah untuk memperkukuhkan lagi etika.

    Etika boleh didefinisikan sebagai suatu set prinsip-prinsip moral yang membezakan apa

    yang betul daripada apa yang salah. Ia merupakan suatu perkara normatif, kerana ia

    menjelaskan apa yang perlu dilakukan atau menahan diri daripada melakukannya. Selain

    daripada itu etika juga boleh ditafsirkan sebagai prinsip kelakuan individu-individu yang

    boleh diterima dari segi akhlak. Sama ada perbuatan tersebut betul atau salah dan ianya

    tidak serupa untuk setiap individu.

    Masalah etika terdapat di semua peringkat apabila adanya individu yang mengambil

    tindakan bersifat mengutamakan kepentingan diri sehingga memberi kesan negatif kepada

    orang lain. Sebagai contoh, rasuah umpamanya telah mula meyusup ke peringkat

    pentadbiran negara.

    Kes rasuah ini adalah satu kes yang sangat berkait-rapat dengan masalah etika dan moral.

    Orang atau individu yang terlibat dengan gejala tersebut sama ada memberi atau menerima

    rasuah adalah orang yang tidak beretika serta kurang nilai-nilai moral. Mereka yang

  • 8/12/2019 Submit OUMM3203Professional Ethics

    15/21

    Type text] OUMM 3203

    680915106906001

    15

    menjalankan kegiatan tersebut adalah bertujuan semata-mata untuk kepentingan diri sendiri

    serta tidak mengambil-kira hak dan kepentingan orang lain.

    Sebenarnya, sikap manusia yang ingin mengejar kekayaan dan kemewahan telah

    menyebabkan berlakunya gejala rasuah ini. Masyarakat semakin bersikap individualistik dan

    materialistik. Maka, mereka boleh menggunakan apa-apa cara sahaja untuk mencari wang

    termasuklah rasuah. Sikap mereka sendiri yang tamak dan tidak bertanggungjawab sanggup

    menerima sogokan yang diberi tanpa berfikir panjang. Sikap jujur dan amanah sudah

    ditepikan. Pada zaman ini, kita sering melihat berita rasuah yang menghiasi dada akhbar.

    Oleh yang demikian, kita harus mewujudkan kaedah-kaedah analitik yang konsisten untuk

    tujuan pengelasan betul atau salah dalam tindakan kita. Sejarah intelektual sejak 2400

    tahun yang lalu dipenuhi dengan percubaan-percubaan untuk memartabatkan standard nilai-

    nilai moral dan mewujudkan sistem-sistem etika. Tidak ada satupun sistem atau teori etika

    yang benar-benar berkesan dalam memartabatkan standard nilai moral atau etika setakat ini.

    Bagaimanapun, adalah dipercayai bahawa pada masa kini terdapat sekurang-kurangnya

    empat sistem atau teori etika yang memainkan peranan penting dalam membuat keputusan

    etika dalam sesuatu pengurusan pentadbiran:-

    1. Eternal Law (Undang-undang Abadi)

    2. Classical Teleological Ethical Theory: Utilitarianism

    3. Classical Deontological Ethical Theory: Universalism

    4. Distributive Justice Theory

    4.1. Eternal Law ( Undang-undang Abadi)

    Undang-undang Abadi ialah hukum atau etika yang berkait rapat dengan agama dan

    kepercayaan. Apa yang betul dan salah dalam teori ini adalah bergantung kepada pegangan

    agama dan kepercayaan sesebuah masyarakat atau kaum . Setiap satu agama telah

    menetapkan hukum untuk kaumnya dan mereka harus mematuhi hukum itu . Kelebihan

    yang ada pada teori hukum ini ialah , ia di terima oleh semua golongan yang berpegang pada

    agama dan ia di terima sepanjang zaman. Namun apa yang menjadikan teori ini tidak

  • 8/12/2019 Submit OUMM3203Professional Ethics

    16/21

    Type text] OUMM 3203

    680915106906001

    16

    sempurna ialah, ia tidak universal kerana setiap agama mempunyai pegangan, pemahaman

    dan kepercayaan masing-masing, jadi mereka mempunyai moral,etika dan nilai murni yang

    berbeza.

    4.2. Classical Teleological Ethical Theory : Utilitarianism

    Teologikal adalah terma yang wujud dalam bahasa Greek yang bermaksud hasil keputusan

    atau kesan. Sistem teologi etika ini memberi fokus kepada kesan sekarang berbanding niat

    seseorang individu. Terma inilah yang dikatakan Utilitarianism. Ahli falsafah barat yang

    terkenal Jeremy Bentham dan J.S. Mill menegaskan bahawa nilai moral seseorang individu

    diputuskan oleh masyarakat melalui akibat atau kesan daripada tindakannya. Teori ini

    bergantung kepada kesan hasil daripada tindakan seseorang. Jika tindakan seseorang atau

    sesebuah masyarakat itu betul, maka ia akan membawa faedah dan jika tidak ia membawa

    kepada keburukan kepada ramai orang. Pengagihan kesaksamaan dalam teori ini

    menggunakan suara majoriti. Namun teori ini masih kurang sempurna kerana ia hanya

    mengutamakan suara majoriti, dan mengabaikan serta mengekploitasi suara minoriti . Tidak

    ada keseimbangan faedah yang terima oleh minoriti berbanding majoriti.

    4.3. Classical Deontological Ethical Theory : Universalism

    Pendekatan deontologi adalah membawa maksud tugas dan komitmen terhadap seseorang

    individu di dalam bahasa Greek. Teori ini berdasarkan kepada niat seseorang itu dan

    bukannya bergantung kepada hasil dari tindakan. Dalam teori ini, jika niat seseorang itu baik,

    maka kesan hasil dari tindakannya itu akan menjadi baik, dan begitu juga sebaliknya. Teori

    ini juga menganggap bahawa semua manusia tidak terpengaruh antara satu sama lain dan

    tidak kelamkabut serta dengan menggunakan teori ini semua orang akan di beri layanan

    yang sama rata. Oleh yang demikian teori ini menganggap bahawa jika seseorang itu berniat

    baik selalunya akan membawa kepada hasil yang baik dan jika seseorang itu berniat baik,

    maka ia semestinya untuk kebaikan semua pihak. Namun ada kekurangan terhadap teori ini

    kerana kita sebagai manusia tidak tahu menilai sejauh manakah niat baik seseorang, dan

    bagimana mahu menginterprestasinya. Selain itu, adalah mustahil untuk memberikan

  • 8/12/2019 Submit OUMM3203Professional Ethics

    17/21

    Type text] OUMM 3203

    680915106906001

    17

    layanan yang sama rata kerana setiap orang mempunyai perasaan, nilai, moral dan pemikiran

    yang berbeza.

    4.4. Distributive Justice Theory (Teori Pengagihan Adil)

    Teori ini telah diilhamkan oleh John Rawls dan berdasarkan kepada suatu nilai iaitu keadilan.

    Ia menekankan kepada pengagihan yang adil kepada semua manusia dan ia berdasarkan

    kepada keadilan dan nilai murni sesebuah masyarakat. Ia mementingkan kerjasama antara

    satu institusi atau masyarakat, Pengagihan keadilan ini adalah berdasarkan kepada

    kesamarataan, keperluan, kebolehan dan sumbangan seseorang. Namun teori ini masih

    kurang berkesan kerana teori ini menidakkan kelebihan seseorang individu. Sebagai contoh

    walaupun seseorang itu tidak banyak menyumbang untuk sesuatu perkara itu, tetapi dia

    mempunyai kebolehan dan kemahiran yang tinggi, berbanding pada seseorang yang banyak

    menyumbang tetapi tidak mempunyai kemahiran dan kebolehan. Jadi pengagihan yang adil

    tidak dapat di lakukan.

    4.5 Kesimpulan

    Seperti yang telah dibincangkan, walaupun teori-teori tersebut pada dasarnya tidak

    menimbulkan konflik di antara satu dengan yang lain, ianya tidak boleh disatukan menjadi

    satu sistem atau teori yang secara logiknya digunapakai mewakili kesemua teori tersebut.

    Setiap sistem atau teori tersebut hanya menjelaskan sebahagian daripada teori tersebut yang

    benar, dan setiap satu teori tersebut tidak lengkap atau mencukupi untuk kita menghakimi

    nilai moral yang mengiringi setiap tindakan atau keputusan etika yang dilakukan oleh

    seseorang individu seperti dalam kes rasuah.

    Di sebalik penggunaan satu-satu jenis teori, kita seharusnya menggunakan kesemua sistem

    tersebut dan memikirkan sepenuhnya akibat atau kesan daripada tindakan yang

    dilakukan. Moral reasoning, yang menjadi asas sistem etika tersebut, bukannya mudah

    dilaksanakan tetapi ianya tetap berjaya atau berkesan terutamanya apabila menggabungkan

    kedua-dua kedudukan, atau keadaan ekonomi dan analisa yang sah dari segi undang-undang.

  • 8/12/2019 Submit OUMM3203Professional Ethics

    18/21

    Type text] OUMM 3203

    680915106906001

    18

    5.0 Penutup

    Rasuah ialah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara dan rakyatnya .

    sebagaimana pelacuran yang disifatkan sebagai kerjaya tertua sejak wujudnya peradaban

    manusia, perbuatan rasuah juga telah wujud sekian lama, malah semakin menjadi amalan

    biasa. Apa apa pun amalan biasa terutama yang buruk, seharusnya tidak menjadi amalan

    yang berterusan sehingga sukar dibendung dan dibanteras. Rasuah jika diterima sebagai

    amalan biasa, akan membawa kehancuran kepada seluruh masyarakat, bangsa dan negara

    seperti yang berlaku dalam sejarah tamadun besar dunia.

    Kita terpaksa mengakui bahawa Malaysia juga tidak terkecuali dalam fenomena ini.

    Walaupun gejala ini belum begitu berleluasa, kesedaran seluruh masyarakat amat diperlukan,

    terutama dalam suasana pertumbuhan ekonomi yang kian pesat .

    Rasuah sememangnya akan mendatangkan banyak masalah. Bukan sahaja terhadap individu

    yang melakukannya, bahkan kepada masyarakat sekeliling dan lebih parah apabila mula

    melibatkan negara kita. Kegiatan rasuah boleh melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu

    organisasi. Pentadbiran sesebuah negara juga boleh menjadi kucar-kacir. Akibatnya, ia bolehmenimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan

    masyarakat dan sebagainya. Akhirnya boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan

    sesebuah negara. Contohnya, di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan

    presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak dapat

    dikawal lagi.

    Etika dan undang-undang merupakan dua unsur terkuat dan sempurna yang

    bertanggungjawab memastikan unsur dalaman itu berjaya mengawal dan menguasi diri dan

    jiwa dari melakukan jenayah.Malah kedua-dua unsur itu tadi bertanggungjawab menjauhkan

    diri seseorang dari sebarang jenayah apatah lagi melakukannya.

  • 8/12/2019 Submit OUMM3203Professional Ethics

    19/21

    Type text] OUMM 3203

    680915106906001

    19

    Melihat kepada akibat daripada amalan rasuah ini, langkah-langkah membanteras perlu

    dilakukan dengan tegas dan konsisten. Semua pihak harus bekerjasama bagi menjayakan

    langkah pencegahan ini. Antaranya adalah dengan komitment masyarakat. Masyarakat perlu

    peka terhadap masalah rasuah yang berlaku di negara ini. Masyarakat perlu ada jatidiri yang

    kuat untuk menghindarkan diri dari melakukan rasuah. Selain itu, Peranan ibubapa dalam

    didikan agama dan moral tentang keburukan terhadap perlakuan rasuah perlu diterapkan ke

    dalam diri anak-anak sejak kecil lagi supaya gejala rasuah ini tidak wujud dalam generasi

    akan datang.

  • 8/12/2019 Submit OUMM3203Professional Ethics

    20/21

    Type text] OUMM 3203

    680915106906001

    20

    6.0 Rujukan

    AntiCorruptionResourceCenter.IslamicApproachestoCorruption. BeritaPerak.EtikadanUsahawan`SikapTamakSelaluRugi.

    Callahan, J.C. ( 1988 ).Ethical Issues In Professional Life.New York : Oxford University

    Press.

    JagirSingh.(1994).LawofBriberyandCorruptioninMalaysiawith Commentaries.KualaLumpur:InternationalLawBookServices.

    Malaysia, Open University. (2007). OUMM 3203Professional Ethics. Kuala Lumpur:

    UNITEM Sdn. Bhd

    Nor Hashima Jalaluddin & Rozaimah Rashidin. 2008.Rasuah dalam Karya SasteraMelayu Klasik:Satu Analisis Semantik Kognitif. Jurnal e-Bangi.3 (1):1-32

    Pelan Integriti Nasional, Jawatankuasa Pelaksana Penubuhan Pelan Integriti Nasionaldan Institut Integriti Malaysia, Putrajaya, 23 April 2004.

    Syed Hussein Alatas. 1995.Rasuah: sifat,sebab dan fungsi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

    dan Pustaka.

    Dari laman internet :

    http://www.utilitarian.net/bentham/

    http://www.utilitarianism.com/jsmill.htm

    http://voices.yahoo.com/philosophy-summary-explanation-john-rawls-theory-5594246.html

    www.oecd.org/corruption/asiapacific http://www.answers.com/topic/bribery

    http://transparency.org.my/

    http://www.sprm.gov.my/

    http://www.utilitarian.net/bentham/http://www.utilitarian.net/bentham/http://www.utilitarianism.com/jsmill.htmhttp://www.utilitarianism.com/jsmill.htmhttp://voices.yahoo.com/philosophy-summary-explanation-john-rawls-theory-5594246.htmlhttp://voices.yahoo.com/philosophy-summary-explanation-john-rawls-theory-5594246.htmlhttp://www.oecd.org/corruption/asiapacifichttp://www.oecd.org/corruption/asiapacifichttp://www.answers.com/topic/briberyhttp://www.answers.com/topic/briberyhttp://transparency.org.my/http://transparency.org.my/http://www.sprm.gov.my/http://www.sprm.gov.my/http://www.sprm.gov.my/http://transparency.org.my/http://www.answers.com/topic/briberyhttp://www.oecd.org/corruption/asiapacifichttp://voices.yahoo.com/philosophy-summary-explanation-john-rawls-theory-5594246.htmlhttp://www.utilitarianism.com/jsmill.htmhttp://www.utilitarian.net/bentham/
  • 8/12/2019 Submit OUMM3203Professional Ethics

    21/21

    Type text] OUMM 3203

    680915106906001

    21

    Lampiran : Keratan Akhbar