sabar is cool

Upload: syazwan-ahmad

Post on 03-Mar-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/26/2019 Sabar is cool

    1/4

    Sabar

    Manfaat dan hikmah sabar.

    Kesabaran adalah kunci agar kita selalu ditemani dan dibimbing Allah. Sabarmenghantarkan seseorang jadi manusia sejati , tangguh , elegan , dan bermartabat.

    Betapa banyak kerosakan yang terjadi akibat manusia tidak boleh bersabar.

    Terdapat sepuluh kebaikan yang Allah kurniakan pada hamba-hamba ya yang

    sabar.

    Pertama : Di ampunkan dosa untuknya.

    Dalam hadis qudsi berkata Syaddad bin Aus r.a. bahwasanya Nabi SAW. bersabda maksudnya :

    Allah telah berfirman: 'Sekiranya Aku uji salah seorang hamba-Ku yang mukmin, lalu ia memuji-Ku

    seraya bersabar atas (penderitaan) apa yang Aku mengujinya. Maka ia akan bangun dari tempat

    pembaringannya, bagaikan anak yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih dari dosa. Lantas Tuhan

    akan memerintahkan malaikat Pencatat Amal: Sesungguhnya Aku telah menahan hamba-Ku ini danAku telah mengujinya, maka kini catatkanlah baginya apa yang kamu selalu catatkan sebelum itu

    dari pahala-pahala amalannya. (Hadis Riwayat Ahmad)

    Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:

    "Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu,

    melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslirn)

    Kedua : Allah SWT merasa malu kepadanya semasa di neraca timbangan dan membuka buku

    catatannya diakhirat.

    Berkata Anas ra. bahawasanya Nabi SAW bersabda maksudnya : Allah telah berfirman:

  • 7/26/2019 Sabar is cool

    2/4

    'Jika Aku menimpakan suatu mushibah ke atas salah seorang hamba-Ku pada badannya, atau

    hartanya, atau anaknya, lalu dia menerima mushibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari

    kiamat Aku malu akan menegakkan baginya neraca timbangan atau membuka buku catatan

    amalnya. (Hadis riwayat Qudhai, Dailami, Hakim dan Tirmidzi) - hadis qudsi.

    Ketiga : Allah SWT ingin mendengar sendiri ucapan hamba yang diuji-Nya .

    (mukmin tersebut sentiasa memuji-muji kebesaran Allah SWT dengan dia bersabar dan tidak

    mengeluh)

    Berkata Abu Umamah ra. bahwasanya Nabi SAW bersabda maksudnya : Allah telah berfirman:

    'Wahai malaikat-ku. Pergilah kepada hamba-Ku, dan timpakan ke atasnya bala'. Maka para malaikatpun menimpakan bala ke atasnya dan orang itu memuji Allah. Para malaikat lalu kembali

    mengatakan, 'Wahai Tuhan kami ! Kami telah menimpakan atasnya sebagaimana yang Engkau

    perintahkan'. Berfirman Tuhan: 'Kembali semula kepadanya, Aku ingin mendengar apa katanya'.

    (Hadis riwayat Thabarani) - hadis qudsi.

    Keempat : Di bebaskan daripada seksaan api neraka.

    Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya ia bersama dengan Rasulullah SAW menjenguk orang yang

    sakit kerana demam, lalu Rasulullah SAW. bersabda maksuanya : Bergembiralah, kerana Allah

    telah berfirman: 'Itu adalah api-Ku, yang Aku kuasakan terhadap hamba-Ku yang mukmin di dunia

    agar menduduki (sebagai pengganti) bagian apinya di akhirat'.

    (Hadis riwayat Ibnu Majah) - hadis qudsi.

    Kelima : Di berikan kesihatan yang lebih baik daripada sebelumnya.

    Dari Abu Hurayrah r.a., bahwasanya Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : Berfirman Allah

    Taala: 'Apabila Aku menimpakan bala ke atas hamba-Ku yang mukmin, lalu ia bersabar (atas

    penderitaan itu), tiada ia mengadu atau mengeluh kepada pengunjung-pengunjungnya, nescaya

    akan Aku lepaskan dia dari tahanan-Ku (penderitaan itu), kemudian Aku tukarkan dagingnya dengan

  • 7/26/2019 Sabar is cool

    3/4

    daging yang lebih baik, dan darahnya dengan darah yang lebih baik, sehingga ia dapat bekerja

    semula (yakni: setelah semua dosa dan kesalahan yang lalu Allah ampunkan semuanya)'.

    (Hadis riwayat Hakim)

    Keenam : Di berikan ganjaran pahala tanpa batas.

    Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala

    mereka tanpa hisab (tanpa batas) " (Surah az-Zumar ayat 10).

    Dalam sebuah hadis lain Rasulullah SAW. juga pernah bersabda yang bermaksud: "Rintihan orang

    sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama

    sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain

    adalah bagaikan jihad kerana Allah SWT dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah

    dilakukan semasa sihat."

    Ketujuh : Mendapat selawat dan rahmat daripada Allah SWT.

    Allah SWT berfirman maksudnya : "Dan berilah khabar gembira kepadaorang-orang yang sabar;

    (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:

    'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka itu

    ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah

    orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya."

    (Surah al-Baqarah, ayat 155-157).

    Kelapan : Mendapat balasan syurga.

    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda didalam Hadis

    Qudsi: Allah SWT berfirman yang maksudnya :"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku

  • 7/26/2019 Sabar is cool

    4/4

    yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang

    disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari

    kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). "

    (Hadis riwayat Bukhari).

    Kesembilan : Jaminan mendapat pertolongan Allah SWT.

    Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Ya (cukup), jika kamu semua bersabar dan bertakwa. Dan

    (seandainya) mereka menyerang kamu semua seketika itu juga, nescaya Allah akan menolong

    kalian dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda." (Surah Ali-Imran ayat 125).

    Kesepuluh : Di berikan oleh Allah SWT sifat penyabar.

    Sabda Nabi SAW yang bermaksud : Dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan

    dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan

    lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.

    (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)