ringkasan eksekutifspppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_ltahunan/... · prakata ringkasan...

7
Laporan Tahunan Cawangan Audit Dalam 2011 vii RINGKASAN EKSEKUTIF Sepanjang tahun 2011, Cawangan Audit Dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merancang untuk melaksanakan urusan pengauditan melibatkan aspek seperti berikut: i. Pengauditan Pengurusan Kewangan; ii. Pengauditan Susulan; iii. Pengauditan Prestasi; dan iv. Pengauditan Khas/Siasatan. Perancangan Audit telah diluluskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia pada bulan Januari 2011. Sehubungan dengan itu, Cawangan Audit Dalam KKM telah melaksanakan sebanyak 186 urusan pengauditan seperti berikut: i. Pengauditan Pengurusan Kewangan Cawangan Audit Dalam telah menjalankan pengauditan pengurusan kewangan terhadap 142 Pusat Tanggungjawab. Aspek pengauditan yang diliputi adalah kawalan pengurusan, kawalan terimaan, kawalan perbelanjaan dan kawalan aset alih Kerajaan. ii. Pengauditan Susulan Cawangan Audit Dalam menjalankan pengauditan susulan terhadap 10 Pusat Tanggungjawab bagi memastikan teguran Audit terdahulu telah diambil tindakan penambahbaikan.

Upload: others

Post on 05-Feb-2021

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Laporan Tahunan Cawangan Audit Dalam 2011

    vii

    Place your message here. For maximum impact, use two or three sentences. Place your message here. For maximum impact, use two or three sentences. Place your message here. For maximum impact, use two or three sentences.

    PRAKATA

    RINGKASAN EKSEKUTIF

    Sepanjang tahun 2011, Cawangan Audit Dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

    telah merancang untuk melaksanakan urusan pengauditan melibatkan aspek seperti

    berikut:

    i. Pengauditan Pengurusan Kewangan;

    ii. Pengauditan Susulan;

    iii. Pengauditan Prestasi; dan

    iv. Pengauditan Khas/Siasatan.

    Perancangan Audit telah diluluskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan

    Malaysia pada bulan Januari 2011. Sehubungan dengan itu, Cawangan Audit Dalam

    KKM telah melaksanakan sebanyak 186 urusan pengauditan seperti berikut:

    i. Pengauditan Pengurusan Kewangan

    Cawangan Audit Dalam telah menjalankan pengauditan pengurusan kewangan

    terhadap 142 Pusat Tanggungjawab. Aspek pengauditan yang diliputi adalah

    kawalan pengurusan, kawalan terimaan, kawalan perbelanjaan dan kawalan

    aset alih Kerajaan.

    ii. Pengauditan Susulan

    Cawangan Audit Dalam menjalankan pengauditan susulan terhadap 10 Pusat

    Tanggungjawab bagi memastikan teguran Audit terdahulu telah diambil

    tindakan penambahbaikan.

  • Laporan Tahunan Cawangan Audit Dalam 2011

    viii

    RINGKASAN EKSEKUTIF

    iii. Pengauditan Prestasi

    Cawangan Audit Dalam telah melaksanakan tujuh pengauditan prestasi seperti

    berikut:

    a. Kajian Audit Terhadap Pengurusan Blood Bank Information System (BBIS).

    b. Kajian Audit Terhadap Pengurusan Sisa Klinikal Oleh Syarikat Konsesi Di

    Hospital KKM.

    c. Kajian Audit Terhadap Perkhidmatan Flying Doctors Di Negeri Sabah.

    d. Kajian Audit Terhadap Pengurusan Bayaran Biasiswa Kepada Pelatih Di

    Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 2.

    e. Kajian Audit Terhadap Pengurusan Stor Perubatan Di Hospital KKM.

    f. Kajian Audit Terhadap Bayaran Penyenggaraan Facility Engineering

    Maintenance Services (FEMS) Kepada Syarikat Konsesi Di Hospital KKM.

    g. Kajian Audit Terhadap Bayaran Penyenggaraan Facility Biomedicals

    Engineering Maintenance Services (BEMS) Kepada Syarikat Konsesi Di

    Hospital KKM.

    iv. Pengauditan Khas/Siasatan

    Cawangan Audit Dalam telah menjalankan 27 pengauditan khas/siasatan

    sepanjang tahun 2011 di mana kes-kes adalah berdasarkan arahan Menteri

    Kesihatan, Ketua Setiausaha, pengurusan tertinggi, Suruhanjaya Pencegahan

    Rasuah Malaysia dan Laporan Ketua Audit Negara.

  • Laporan Tahunan Cawangan Audit Dalam 2011

    ix

    PRAKATA

    RINGKASAN EKSEKUTIF

    Hasil daripada pengauditan yang telah dijalankan, rumusan penemuan yang telah

    dikenal pasti adalah seperti berikut:-

    i. Pengauditan Pengurusan Kewangan Di 142 Pusat Tanggungjawab

    a. Kawalan Pengurusan – Surat kuasa berkaitan terimaan, perbelanjaan dan

    aset tidak disediakan, carta organisasi tidak disediakan dan dikemas kini;

    Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja tidak disediakan dan dikemas kini;

    pengurusan kad perakam waktu; daftar pinjaman perumahan, kenderaan

    dan komputer tidak disediakan, lengkap dan kemas kini serta pengurusan

    buku rekod perkhidmatan.

    b. Kawalan Terimaan – Penyelenggaraan rekod terimaan dan pematuhan

    terhadap kawalan terimaan.

    c. Kawalan Perbelanjaan – Penyelenggaraan rekod dan pematuhan terhadap

    kawalan perbelanjaan, pembayaran dan perolehan.

    d. Kawalan Aset Alih Kerajaan – Penyelenggaraan rekod aset, stor dan

    pengurusan kenderaan Kerajaan.

    ii. Kajian Audit Terhadap Pengurusan Blood Bank Information System

    (BBIS)

    a. Media backup tidak pernah diuji (restore) bagi memastikan bahawa data

    yang disalin berfungsi dengan baik.

    RINGKASAN PENEMUAN

  • Laporan Tahunan Cawangan Audit Dalam 2011

    x

    RINGKASAN EKSEKUTIF

    b. Pelan pemulihan bencana (disaster recovery plan) tidak disediakan dan

    diperuntukkan bagi penyimpanan data-data kritikal PDN di lokasi off-site.

    c. Tiada ciri-ciri audit trail bagi semua modul BBIS yang dibangunkan,

    kecuali bagi 2 modul yang telah dinaiktaraf pada tahun 2010, iaitu Donor

    Management Versi 2 dan Mobile Management Versi 2.

    d. Bilik server telah dijadikan tempat menyimpan 2 kabinet besi dan 21 unit

    komputer riba yang tidak digunakan.

    e. Maklumat jumlah penderma adalah berbeza bagi laporan yang dikeluarkan

    dari Modul Donor Management iaitu Yearly Statistical Report, Reports For

    Donors By Race & Gender dan Yearly Reports For Donation bagi bulan

    Mac 2011.

    iii. Kajian Audit Terhadap Pengurusan Sisa Klinikal Di Hospital KKM

    a. Kelemahan dalam mengasingkan sisa klinikal seperti jarum atau sisa

    klinikal tajam tidak dimasukkan dengan sempurna ke dalam sharp bin,

    tidak menutup sharp bin dengan ketat dan sempurna dan sisa panjang

    dimasukkan ke dalam sharp bin.

    b. Kekurangan tong kuning menyebabkan kakitangan Hospital menggunakan

    tong sisa domestik dan sharp bin untuk membuang sisa klinikal.

    c. Sharp bin yang digunakan tidak mengikut spesifikasi dan tidak berlabel

    serta tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

    d. Tidak menyediakan wheel bin di luar dewan bedah.

    e. Sharp bin yang telah pecah dan rosak serta penutupnya telah tertanggal

    masih digunakan.

  • Laporan Tahunan Cawangan Audit Dalam 2011

    xi

    PRAKATA

    RINGKASAN EKSEKUTIF

    f. Wheel bin yang dihantar dari pusat pelupusan tidak dibersihkan dan

    dikeringkan dengan sempurna.

    g. Sisa klinikal dimasukkan terlebih muatan ke dalam wheel bin yang

    menyebabkan wheel bin tidak dapat ditutup dengan sempurna.

    h. Beg plastik berisi sisa klinikal tidak diikat dan dilabelkan serta sharp bin

    tidak dimasukkan ke dalam beg plastik kuning.

    i. Kerja-kerja mencatat timbangan setiap wheel bin hanya dibuat oleh

    syarikat konsesi dan tidak dihadiri oleh wakil hospital bagi tujuan

    pengesahan catatan timbangan sebelum bayaran dibuat.

    j. Sisa klinikal disimpan di dalam stor dalam tempoh yang lama sehingga sisa

    tersebut berulat.

    k. Kenderaan yang digunakan untuk menghantar sisa klinikal oleh klinik

    kesihatan ke hospital tidak dikhaskan dan tidak mempunyai lesen daripada

    Jabatan Alam Sekitar.

    iv. Kajian Audit Terhadap Perkhidmatan Flying Doctors Di Negeri Sabah

    a. Kontrak perkhidmatan doktor udara lewat diperbaharui.

    b. Garis Panduan Perkhidmatan Doktor Udara tidak disediakan.

    c. Purata tempoh masa penerbangan bulanan kurang 40 jam.

    d. Data Kehadiran Pesakit tidak digunakan untuk perancangan jadual

    penerbangan bulanan.

    e. Tiada penglibatan pegawai perubatan dalam Unit Perkhidmatan Doktor

    Udara.

    f. Bayaran sewa pesawat menggunakan peruntukan aktiviti berlainan.

    g. Potongan tidak dibuat bagi kegagalan syarikat mematuhi syarat kontrak.

    h. Mesyuarat berkala tidak diadakan bagi menjalankan pemantauan.

  • Laporan Tahunan Cawangan Audit Dalam 2011

    xii

    PRAKATA

    v. Kajian Audit Terhadap Bayaran Biasiswa Kepada Pelatih PRE-2

    a. Perjanjian dengan Institusi Latihan Swasta lewat ditandatangani.

    b. Bon pelaksanaan lewat ditandatangani.

    c. Bon pelaksanaan tidak mengikut tempoh keseluruhan kontrak.

    d. Penempatan pelatih secara outsourcing di Institut Latihan Swasta tidak

    mencapai sasaran ditetapkan.

    e. Bayaran sebenar biasiswa pelatih yang mengikuti program outsourcing tidak

    dapat ditentukan.

    vi. Kajian Audit Terhadap Pengurusan Stor Perubatan Di Hospital KKM

    a. Pesanan Kerajaan dikeluarkan selepas bekalan diterima.

    b. Bekalan lewat diterima.

    c. Ruang penyimpanan stor tidak mencukupi.

    d. Stok botol ubat kosong yang belum digunakan.

    e. Penyimpanan ubat dan bukan ubat telah luput/hampir luput.

    f. Penyimpanan reagent telah luput.

    g. Lebihan stok Antiviral H1N1.

    h. Baki fizikal stok ubat/bukan ubat berbeza dengan baki HIS dan kad petak.

    vii. Kajian Terhadap Bayaran Penyenggaraan Facility Engineering

    Maintenance Services (FEMS) Kepada Syarikat Konsesi Di Hospital KKM

    a. Tiada klausa yang menyatakan jumlah kakitangan yang sepatutnya

    ditempatkan di sesebuah hospital bagi menjalankan kerja-kerja

    penyenggaraan.

    b. Aset FEMS tidak mempunyai pelekat terkini.

    c. Aduan kerosakan lewat diambil tindakan.

    RINGKASAN EKSEKUTIF

  • Laporan Tahunan Cawangan Audit Dalam 2011

    xiii

    PRAKATA

    d. Buku aduan tidak dilengkapkan oleh pengguna.

    e. Penyenggaraan aset tidak mengikut jadual Plan Preventive Maintenance

    (PPM).

    f. Penyenggaraan tidak sempurna tetapi dibayar.

    viii. Kajian Terhadap Bayaran Penyenggaraan Facility Biomedicals

    Engineering Maintenance Services (BEMS) Kepada Syarikat Konsesi

    Di Hospital KKM

    a. Daftar Laporan Kerosakan tidak lengkap dan kemas kini.

    b. Bayaran ke atas peralatan yang tidak ditemui di Hospital Banting.

    c. Aksesori aset didaftar sebagai aset baru di Hospital Banting.

    d. Bayaran ke atas aset yang rosak di Hospital Langkawi dan Hospital Batu

    Pahat.

    e. Aset tidak digunakan dibayar yuran perkhidmatan di Hospital Langkawi.

    f. Peralatan perubatan tidak berfungsi dengan baik di Hospital Langkawi.

    g. Peralatan dalam stor tidak disusun dengan kemas dan teratur.

    h. Peralatan perubatan rosak di Hospital Langkawi.

    RINGKASAN EKSEKUTIF