publications - guide on employment laws for employees (malay)_updated as of sept 2014_0

Upload: tia-fathiah-hj-ismail

Post on 08-Jul-2018

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 Publications - Guide on Employment Laws for Employees (Malay)_Updated as of Sept 2014_0

    1/24

    PANDUAN MENGENAI

    UNDANG-UNDANG

    PEKERJAAN UNTUK

    PEKERJA 

  • 8/19/2019 Publications - Guide on Employment Laws for Employees (Malay)_Updated as of Sept 2014_0

    2/24

    Panduan ini diterbitkan oleh Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan yang Adil sebagai usaha untuk menggalakkan amalan pekerjaanyang adil dan bertanggungjawab.  Anda juga boleh muat turun salinan Panduan ini dari lelaman web Kementerian Tenaga Manusia dan Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaanyang Adil, di www.tafep.sg Semua maklumat di dalam Panduan ini adalah tepat pada September 2014. Maklumat yang ditulis di dalam panduan ini ditulis secara umumdan bukan sebagai huraian lengkap bagi undang-undang yang berkaitan. Jika terdapat keraguan, sila rujuk kepada Akta Pekerjaan atau hubungiKementerian Tenaga Manusia.

    www.mom.gov.sgHubungi Kementerian Tenaga Manusia di 6438 5122Email: [email protected]

    www.tafep.sg

    Diterbitkan Bersama oleh:

    Untuk Maklumat Lanjut

     

  • 8/19/2019 Publications - Guide on Employment Laws for Employees (Malay)_Updated as of Sept 2014_0

    3/24

    Isi Kandungan  Page

    Akta Pekerjaan 3

    1) Adakah saya dilindungi di bawah Akta Pekerjaan? 3

    2) Pada seksyen manakah dalam Akta Pekerjaan berkaitan dengan saya? 3

    Kontrak Perkhidmatan 4

    3) Senarai Semak Pekerjaan Asas 4

    4) Bolehkah majikan saya menukar terma dan syarat pekerjaan selepas saya

    menandatangani Kontrak Perkhidmatan? 4

    5) Apakah perbezaan diantara Kontrak Perkhidmatan dengan Kontrak untuk 

      Perkhidmatan? 4

    Hal Berkaitan Gaji 5

    6) Bilakah saya patut menerima gaji? 5

    7) Bagaimanakah caranya saya mengira gaji untuk kerja lembur? 5

    8) Bolehkah majikan saya menggantikan bayaran lembur dengan cuti

      berbayar atau cuti ganti? 6

    9) Adakah majikan saya dibenarkan membuat pemotongan daripada gaji saya? 6

    10) Apa yang perlu saya lakukan jika gaji saya tidak dibayar tepat pada masa atau

      selepas saya berhenti bekerja? 7

    11) Bagaimanakah caranya saya mengira gaji untuk kurang daripada sebulan bekerja? 7

    Jam Bekerja 9

    12) Berapa jam saya dijangka bekerja dalam sehari/seminggu? 9

    13) Adakah terdapat had kepada bilangan jam yang boleh saya bekerja dalam sehari? 9

    14) Adakah terdapat had kepada bilangan jam lembur yang boleh saya

      bekerja dalam sebulan? 9

    Hari Rehat 10

    15) Berapakah hari rehat yang layak untuk saya dalam seminggu? 1016) Adakah saya dibenarkan untuk bekerja pada hari rehat? 10

    17) Adakah saya akan dibayar jika bekerja semasa hari rehat? 10

    Cuti Sakit 12

    18) Bilakah seorang pekerja layak mendapat cuti sakit berbayar? 12

    19) Adakah majikan saya perlu membayar perbelanjaan perubatan saya? 13

    20) Adakah saya layak untuk mendapat cuti sakit berbayar semasa cuti

      tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja? 13

    Cuti Tahunan 14

    21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar yang akan saya dapat? 14

  • 8/19/2019 Publications - Guide on Employment Laws for Employees (Malay)_Updated as of Sept 2014_0

    4/24

     Panduan Mengenai Undang-undang

    Pekerjaan Untuk Pekerja

    22) Saya telah berkhidmat untuk majikan selama lebih daripada tiga bulan

    tetapi kurang daripada setahun. Bagaimanakah caranya saya mengira

     jumlah cuti tahunan berbayar yang harus saya dapat? 15

    23) Bagaimanakah caranya saya untuk mengira kelayakan cuti tahunan jika

    saya bekerja separuh masa? 15

    Cuti Bersalin dan Cuti Penjagaan Anak 16

    24) Apakah faedah cuti bersalin yang layak untuk pekerja wanita? 16

    25) Adakah terdapat sebarang sekatan mengenai masa cuti bersalin? 16

    26) Adakah majikan dibenarkan untuk memecat pekerja sewaktu dia dalam

    cuti bersalin? 16

    27) Adakah majikan dibenarkan untuk memecat pekerja wanita yang sedang

      mengandung? 16

    28) Adakah saya layak untuk cuti penjagaan anak? 17

    Penamatan Kontrak 18

    29) Jika saya memutuskan untuk berhenti kerja, perlukah saya maklumkan kepada

      majikan saya? 18

    30) Bolehkah saya berhenti kerja tanpa memberikan notis? 18

    31) Bilakah kontrak pekerjaan dianggap telah dilanggar? 18

    32) Adakah saya dibenarkan bercuti sakit sewaktu berkhidmat dalam notis? 19

    33) Bolehkah majikan saya menamatkan kontrak perkhidmatan saya semasa saya

      sedang berkhidmat dalam notis? 1934) Bolehkah majikan saya menamatkan kontrak perkhidmatan saya semasa saya

      masih dalam tempoh percubaan? 19

    Sumbangan CPF 20

    35) Adakah majikan saya bertanggungjawab membayar sumbangan CPF ke

    atas gaji bulanan saya? 20

    Nasihat dan Bantuan  20

  • 8/19/2019 Publications - Guide on Employment Laws for Employees (Malay)_Updated as of Sept 2014_0

    5/24

    3Panduan Mengenai Undang-undang

    Pekerjaan Untuk Pekerja

    Akta PekerjaanMatlamat panduan ini ialah untuk memberikan pekerja di Singapura maklumat asasmengenai Akta Pekerjaan (Bab 91). Akta Pekerjaan merupakan perundangan buruhutama di Singapura. Ia menggariskan terma dan syarat asas pekerjaan di Singapura

    dan hak serta tanggungjawab majikan dan pekerja di bawah kontrak perkhidmatan.

    Untuk majikan yang juga menggaji tenaga kerja asing, mereka perlu mematuhi AktaPengambilan Tenaga Kerja Asing (Bab 91A) dan peraturannya. Untuk mendapatkanmaklumat lanjut mengenai perkara ini, sila rujuk laman web Kementerian TenagaManusia di www.mom.gov.sg atau hubungi mereka di talian 6438 5122.

    Sila maklum bahawa panduan ini bukan penyataan lengkap undang-undang danmungkin tidak meliputi keperluan dalam perundangan lain mengenai isu tertentu.Dimaklumkan juga bahawa maklumat ditulis dalam istilah umum sebagai panduan untukpekerja dan mungkin tidak diguna pakai dalam situasi khusus. Untuk mendapatkan

    nasihat khusus, anda perlu merujuk bantuan undang-undang profesional. Setiap usahatelah dibuat untuk memastikan maklumat yang disediakan adalah tepat dan terkini,tiada jaminan diberikan bahawa ia bebas daripada ralat atau kesilapan.

     1) Adakah saya dilindungi di bawah Akta Pekerjaan? Akta Pekerjaan melindungi setiap pekerja (tanpa mengira kewarganegaraan) yangtertakluk di bawah kontrak perkhidmatan dengan seseorang majikan, kecuali:• Pengurus dan eksekutif yang memperoleh gaji pokok melebihi $4500 sebulan;• Pelaut;• Pekerja domestik; dan• Kakitangan lembaga berkanun dan pemerintah.

     Akta Pekerjaan melindungi kedua-dua pekerja tempatan dan asing. Ia tidak membezakansama sekali pekerja sementara, pekerja kontrak, pekerja kadar harian mahu pun pekerjadalam tempoh tertentu.

    Nota:• Kontrak perkhidmatan ialah sebarang perjanjian, sama ada bertulis atau lisan, tersurat atau

    tersirat, yang satu mana seorang individu bersetuju untuk menggaji seorang individu lainsebagai pekerja dan individu lain ini bersetuju untuk memberi perkhidmatan kepada majikansebagai seorang pekerja.

    • Pengurus dan eksekutif adalah pekerja dengan fungsi eksekutif atau penyeliaan, seperti kuasauntuk mempengaruhi dan membuat keputusan. Mereka termasuk profesional dengan pendidikan

    tinggi dan pengetahuan/kemahiran khusus dan mereka yang memiliki terma pekerjaan yangsetanding dengan pengurus dan eksekutif, contohnya, peguam, doktor dan akauntan.

     2) Pada seksyen manakah dalam Akta Pekerjaan berkaitan dengan saya?Secara umum, semua seksyen Akta Pekerjaan berkuat kuasa ke atas anda jika andadilindungi di bawah Akta Pekerjaan. Bagaimanapun, Bahagian IV Akta Pekerjaan, yangmenetapkan peruntukan mengenai jam bekerja, hari rehat, cuti tahunan, kerja syif dansyarat perkhidmatan yang lain, hanya berkuat kuasa ke atas pekerja yang memperolehgaji pokok tidak melebihi $4500 dan pekerja lain yang bukan pengurus atau eksekutif dengan gaji pokok tidak melebihi $2500 sebulan.

    Nota:• Buruh ialah pekerja, yang kerjanya biasanya melibatkan kerja kasar dan sama ada mahir atautidak mahir. Beberapa contoh buruh termasuk tukang bersih, pekerja di tapak pembinaan,buruh kasar dan pemandu.

  • 8/19/2019 Publications - Guide on Employment Laws for Employees (Malay)_Updated as of Sept 2014_0

    6/24

    4 Panduan Mengenai Undang-undang

    Pekerjaan Untuk Pekerja

    K ontrak Perkhidmatan 3) Senarai Semak Pekerjaan AsasUntuk mengelakkan sebarang salah faham, anda dinasihatkan untuk memiliki kontrak perkhidmatan bertulis (dalam bentuk kontrak pekerjaan atau surat pelantikan) yangmenyatakan terma dan syarat pekerjaan anda. Anda perlu jelas mengenai terma dansyarat pekerjaan utama yang berikut sebelum anda menerima tawaran kerja:• Nama jawatan• Skop kerja, iaitu tugas untuk dilakukan• Tarikh mula pelantikan/permulaan tugas• Gaji dan elaun jika ada• Tempoh pembayaran gaji• Sumbangan CPF• Jam bekerja setiap hari/minggu/syif • Kadar bayaran lembur• Hari rehat

    • Faedah, contoh cuti tahunan, cuti sakit dan cuti dimasukkan ke hospital• Penamatan kontrak pekerjaan dan tempoh notis

     4) Bolehkah majikan saya menukar terma dan syarat pekerjaan selepas sayamenandatangani Kontrak Perkhidmatan?Majikan anda tidak boleh menukar terma dan syarat pekerjaan, melainkan anda bersetujudengannya. Jika anda tidak bersetuju dengan perubahan itu, anda perlu berbincangmengenai hal ini bersama majikan anda dan cuba mencapai persetujuan yang boleh

    diterima bersama. Jika persetujuan tidak boleh dicapai, salah satu pihak boleh memilihuntuk menamatkan perkhidmatan dengan memberikan notis perkhidmatan yang sesuaikepada pihak satu lagi.

     5) Apakah perbezaan diantara Kontrak Perkhidmatan dan Kontrak untuk Perkhidmatan?Kontrak perkhidmatan ialah sebarang persetujuan di mana seorang individu bersetujuuntuk menggaji seorang individu lain sebagai pekerja dan dia bersetuju untuk memberiperkhidmatan kepada majikan sebagai seorang pekerja. Majikan perlu menyumbang CPFdan menyediakan faedah berkanun yang relevan seperti cuti tahunan dan cuti sakit.

    Manakala, kontrak untuk perkhidmatan ialah perjanjian di mana seorang individu terlibatsebagai kontraktor bebas, seperti individu yang bekerja sendiri atau vendor dengan bayaranuntuk menjalankan tugasan atau projek untuk syarikat. Di bawah persetujuan ini, tiadahubungan majikan-pekerja dan individu tersebut tidak dilindungi di bawah Akta Pekerjaan.

     Tiada ujian muktamad untuk membezakan kontrak perkhidmatan daripada kontrak untukperkhidmatan. Beberapa faktor untuk dipertimbangkan dalam mengenal pasti kontrakperkhidmatan termasuk:

    a) Kawalan• Siapakah yang menentukan pengambilan pekerjaan dan pemecatan seseorang?• Siapakah yang membayar gaji pekerja? Apakah bentuk bayaran?• Siapakah yang menentukan proses pengeluaran, pemasaan dan kaedah pengeluaran?• Siapakah yang bertanggungjawab untuk peruntukan kerja?• Apakah tahap kawalan dan penyeliaan terhadap kerja seseorang?

     Terma pekerjaan tidak boleh kurang memuaskan daripada apa yang dinyatakan dalam AktaPekerjaan.

  • 8/19/2019 Publications - Guide on Employment Laws for Employees (Malay)_Updated as of Sept 2014_0

    7/24

    5Panduan Mengenai Undang-undang

    Pekerjaan Untuk Pekerja

    Jenispekerja

    Dikadark an secarabulanan

    $1200setiapbulan

    $40

    setiaphari

    Dikadark 

    an secarabulanan

    Gaji Pengiraanbayaran asasmengikut jam

    Bilangan jamkerja lembur

    Bayaranlembur

    Contoh Pengiraan Bayaran Lembur (Buruh)

    12 x Kadar bayaran

    gaji pokok bulanan

      52 x 44

    12 x $120052 x 44= $6.30

    $6.30 x 1.5x 2 jam= $18.90

    2 jam

    4 jam$40

    8= $5

    $5 x 1.5

    x 4 jam= $30

    Bayaran harian

    pada kadar asasJam bekerja harian

    Hal Berkaitan Gaji 6) Bilakah saya patut menerima gaji?Majikan anda perlu membayar gaji anda sekurang-kurangnya sekali sebulan dan dalammasa tujuh hari selepas tamat tempoh pembayaran gaji. Tambahan lagi, semua bayaranuntuk kerja lembur hendaklah dibuat dalam masa 14 hari selepas tamat tempoh pem-bayaran gaji.

     7) Bagaimanakah cara saya mengira gaji untuk kerja lebih masa lembur?

    Jika anda diperlukan bekerja melebihi jam bekerja di dalam kontrak, anda hendaklahdibayar sekurang-kurangnya 1.5 kali kadar gaji pokok mengikut jam untuk waktubekerja lembur. Bayaran lembur dikira seperti berikut:Untuk buruh yang digaji mengikut kadar gaji bulanan:1.5 x jam bekerja lembur x (12 x kadar gaji pokok bulanan) / (52 minggu x 44 jam)Untuk pekerja yang mana kadar bayaran gaji pokok bulanan kurang daripada $2250:1.5 x jam bekerja lembur x (12 x kadar gaji pokok bulanan) / (52 minggu x 44 jam)Untuk pekerja yang mana kadar bayaran gaji pokok bulanan sebanyak $2250 atau lebih:1.5 x jam bekerja lembur x (12 x $2250) / (52 minggu x 44 jam)

    Formula untukmengira kadar gajipokok mengikut jam

    b) Pemilikan faktor pengeluaran• Siapakah yang menyediakan perkakas dan peralatan?• Siapakah yang menyediakan tempat bekerja dan bahan?

    c) Pertimbangan ekonomi• Adakah individu tersebut menjalankan perniagaannya sendiri atau menjalankan

    perniagaan untuk majikan?• Adakah individu tersebut terlibat dalam sebarang prospek keuntungan atau

    bertanggungjawab terhadap sebarang risiko kerugian?• Bagaimanakah pendapatan individu tersebut dikira dan keuntungan diperolehi?• Adakah individu tersebut mempunyai hak meletakkan “harga” atau nilai kerja?

  • 8/19/2019 Publications - Guide on Employment Laws for Employees (Malay)_Updated as of Sept 2014_0

    8/24

    6 Panduan Mengenai Undang-undang

    Pekerjaan Untuk Pekerja

    Dikadark 

    an secarabulanan

    Dikadark an secarabulanan

    Dikadark an secarabulanan

    $1600

    setiapbulan

    $2250setiapbulan

    $2400setiapbulan

    Jenispekerja

    Gaji Formula untuk mengirakadar gaji pokokmengikut jam

    Pengiraanbayaran asasmengikut jam

    Bilangan jamkerja Lembur

    BayaranLembur

    Contoh Pengiraan Bayaran Lembur (Pekerja)

    12 x Kadar bayaran

    gaji pokok bulanan52 x 44

    12 x Kadar bayarangaji pokok bulanan

    52 x 44

    12 x $225052 x 44

    12 x $1600

    52 x 44= $8.40

    12 x $225052 x 44= $11.80

    12 x $225052 x 44= $11.80

    $8.40 x 1.5

    x 4 jam= $50.40

    $11.80 x 1.5x 2 jam= $35.40

    $11.80 x 1.5x 2 jam= $35.40

    4 Jam

    2 Jam

    2 Jam

     8)  Bolehkah majikan saya menggantikan bayaran lembur dengan cuti berbayaratau cuti ganti?

     Tidak, semua kerja lembur perlu dibayar dalam bentuk wang.

     9)  Adakah majikan saya dibenarkan membuat pemotongan daripada gaji saya?Majikan anda tidak dibenarkan membuat sebarang pemotongan selain daripada apayang dibenarkan di bawah Akta Pekerjaan, melainkan majikan anda diperlukan untukmelakukan demikian (a) dengan perintah mahkamah atau pihak berkuasa lain yanglayak untuk membuat arahan seperti ini; (b) jika majikan anda disytihar sebagai ejendiiktiraf untuk pemulihan cukai pendapatan, cukai hartanah, atau cukai barangan

    dan perkhidmatan yang dibayar oleh anda; atau (c) dengan arahan Pengawal CukaiPendapatan. Pemotongan gaji yang dibenarkan di bawah Akta adalah: a) Kerana tidak hadir bekerja.b) Kerana kerosakan atau kehilangan barangan atau wang yang diamanahkan kepada

    anda, di mana kerosakan atau kehilangan disebabkan oleh kecuaian atau kesilapananda. Jumlah yang akan dipotong tidak boleh melebihi 25% daripada gaji sebulandan pemotongan hanya boleh dibuat selepas mengira kehilangan atau kerosakanbenar-benar disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan anda.

    c) Untuk kos makanan yang diberikan oleh majikan atas permintaan anda.d) Untuk penginapan atau kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan oleh majikan

    dan yang telah anda terima. Jumlah yang dipotong untuk penginapan rumah,kemudahan dan perkhidmatan tidak boleh melebihi 25% daripada gaji sebulan anda.

    e) Untuk mendapatkan semula pendahuluan, pinjaman atau pelarasan lebihan bayarangaji. Jumlah yang dipotong tidak boleh melebihi 25% daripada gaji sebulan dalamkes pemotongan bagi pendahuluan dan pinjaman;

     f) Untuk sumbangan CPF.g) Untuk sumbangan pada skim persaraan atau kumpulan wang simpanan atau

    sebarang skim lain atas permintaan bertulis anda. Walau bagaimanapun, skim inihendaklah diiktiraf mengikut undang-undang bagi faedah pekerja dan diluluskan olehSuruhanjaya Buruh.

    h) Untuk bayaran kepada mana-mana kerjasama masyarakat berdaftar dengankebenaran bertulis daripada anda.

      i) Untuk sebarang tujuan lain yang boleh diluluskan semasa permohonan daripadamasa ke semasa oleh Kementerian Tenaga Manusia.

  • 8/19/2019 Publications - Guide on Employment Laws for Employees (Malay)_Updated as of Sept 2014_0

    9/24

    7Panduan Mengenai Undang-undang

    Pekerjaan Untuk Pekerja

     10) Apa yang perlu saya lakukan jika gaji saya tidak dibayar tepatpada masa atau selepas saya berhenti daripada pekerjaan?Jika anda merupakan seorang ahli kesatuan, anda hendaklah mendapatkan bantuandaripada kesatuan anda.

    Jika anda bukan seorang ahli kesatuan, anda boleh melaporkan tuntutan tunggakangaji kepada Kementerian Tenaga Kerja Manusia dengan membuat temu janji di:

    www.mom.gov.sg > Quick Links (Pautan Pantas) > Appointment@MOM (TemuJanji@MOM)

    Sila ambil perhatian bahawa anda perlu mematuhi syarat yang berikut:

    a) Anda dilindungi oleh Akta Pekerjaan.b) Tuntutan tidak timbul untuk lebih daripada satu tahun daripada tarikh laporan.c) Tuntutan untuk gaji sebagai ganti notis perlu dibuat, dalam masa 6 bulan dari tarikh

    berhenti kerja.

     11) Bagaimanakah caranya saya mengira gaji untuk kurang daripadasebulan bekerja?Gaji yang dibayar kepada pekerja yang dikadarkan secara bulanan bagi bulan bekerjayang tidak lengkap dikira menggunakan formula di bawah:

    Gaji yang dibayar untuk bulan bekerja yang tidak lengkap =

    Kadar bayaran kasar bulanan1

    x Jumlah hari pekerja bekerja dalam bulan tersebut

    3

    Jumlah hari bekerja dalambulan tersebut2

    1 Merujuk kepada jumlah wang termasuk elaun yang dibayar kepada pekerja untuk bekerja selama sebulan, tidak termasuk:a) Bayaran tambahan dengan cara::

    • Bayaran lembur;  • Bayaran bonus; atau;  • Tambahan Gaji Tahunan;b) Sebarang jumlah yang dibayar kepada pekerja untuk pembayaran balik perbelanjaan khas yang

    dikenakan olehnya sepanjang pekerjaan;c) Bayaran insentif produktiviti; dand) Elaun perjalanan, makanan atau perumahan.

    2 Tidak termasuk hari rehat, hari tidak bekerja tetapi termasuk cuti umum.

    3 Termasuk cuti umum, cuti dimasukkan ke hospital atau cuti tahunan jika layak.

    Jika bilangan jam bekerja dalam mana-mana hari bekerja ialah lima jam atau kurang, iaakan dianggap sebagai separuh hari bekerja. Jika lebih daripada lima jam, ia akandianggap sebagai satu hari bekerja.

  • 8/19/2019 Publications - Guide on Employment Laws for Employees (Malay)_Updated as of Sept 2014_0

    10/24

    8 Panduan Mengenai Undang-undang

    Pekerjaan Untuk Pekerja

    Contoh Pengiraan Gaji untuk Bulan Bekerja Tidak LengkapSulaiman bekerja 5 hari seminggu dari Isnin hingga Jumaat. Kadar bayaran gaji pokokbulanannya adalah $700 dan kadar bayaran gaji kasar adalah $800. Sulaiman telahmengemukakan surat perletakan jawatan dan hari terakhir beliau bekerja adalahpada 26 Ogos. Sepanjang bulan Ogos, Sulaiman mengambil empat hari cuti tahunan

    berbayar

    Jumlah hari bekerja dalam bulan Ogos= 31 – 5 Sabtu – 5 Ahad= 21 hari bekerja

    Bilangan hari bekerja dalam bulan Ogos

    = 13 hari (dalam warna hijau) + 4 hari cuti tahunan berbayar + 1 cuti umum= 18 Hari

    Gaji untuk bulan Ogos= $800 (kadar bayaran kasar bulanan)

    X18 hari (bilangan hari 

    21 (bilangan hari bekerja dalam bulan Ogos) bekerja dalam bulan Ogos)

    = $685.71

    Mon Tues Wed Thurs Fri Sat Sun

    Hari

    Kebangsaan

    Cuti tahunan Cuti tahunan Cuti tahunan

    Hari terakhir

    Cuti tahunanCuti menggantikan

    Hari Kebangsaan

    31 1 2

    3 4 5 6 7 8 9

    10 11 12 13 14 15 16

    17 18 19 20 21 22 23

    24 25 26 27 28 29 30

  • 8/19/2019 Publications - Guide on Employment Laws for Employees (Malay)_Updated as of Sept 2014_0

    11/24

    9Panduan Mengenai Undang-undang

    Pekerjaan Untuk Pekerja

     12) Berapa jam saya dijangka bekerja dalam sehari/seminggu? Anda tidak perlu, di bawah Kontrak Perkhidmatan anda, untuk bekerja lebih daripadalapan jam sehari atau 44 jam seminggu (seminggu bermakna tempoh berterusan selamatujuh hari bermula Isnin dan berakhir pada Ahad). Jam bekerja ini tidak termasuk wakturehat teh/makan atau berehat. Semua kerja berlebihan bagi jam bekerja mengikut

    kontrak akan dianggap sebagai kerja lembur.

     13) Adakah terdapat had kepada bilangan jam yang boleh saya bekerjadalam sehari?

     Ya, secara umumnya anda tidak dibenarkan untuk bekerja lebih daripada 12 jam sehari.

    14) Adakah terdapat had kepada bilangan jam lembur yang boleh sayabekerja dalam sebulan?

     Ya, anda dibenarkan untuk bekerja sehingga had 72 jam lembur dalam sebulan.Had boleh dilebihi hanya jika pengecualian telah diberikan kepada majikan anda oleh

    Pesuruhanjaya Buruh menerusi Kementerian Tenaga Manusia.

    Jam Bekerja

  • 8/19/2019 Publications - Guide on Employment Laws for Employees (Malay)_Updated as of Sept 2014_0

    12/24

    10 Panduan Mengenai Undang-undang

    Pekerjaan Untuk Pekerja

    Hari Rehat

    *Kadar lembur yang dibayar kepada pekerja tertakluk kepada tahap gaji pokok bulanan sebanyak $2250.

     

    Tempoh Bekerja

    Tidak lebihdaripada separuh

     jam bekerjamengikutkontrak harian

    Separuh hari gajipokok

    Sehari gaji pokok a) Sehari gaji pokok danb) Bayaran lembur* sekurang-

    kurangnya 1.5 kali kadarasas bayaran x bilangan

     jam melebihi jam bekerjamengikut kontrak 

    a) Dua hari gaji pokok danb) Bayaran lembur*

    sekurang-kurangnya 1.5kali kadar asas bayaran xbilangan jam melebihi jambekerja mengikut kontrak 

    Sehari gaji pokok Dua hari gajipokok 

    Pekerja bekerjapada hari rehatdi atas

    permintaannyasendiri

    Pekerjabekerja padahari rehat diataspermintaanmajikan

    Lebih daripadaseparuh, tetapitidak melebihi jambekerja mengikutkontrak harian

    Lebih daripada separuh jam bekerja mengikutkontrak harian

    15) Berapakah hari rehat yang layak untuk saya dalam seminggu? Anda layak untuk satu hari rehat setiap minggu tanpa bayaran. Hari rehat boleh samaada Ahad atau mana-mana hari lain dalam minggu yang sama. Jika anda bekerja syif,

    hari rehat boleh menjadi tempoh 30 jam berterusan jika majikan anda membenarkansatu hari penuh sebagai hari rehat.

    16) Adakah saya dibenarkan untuk bekerja dalam hari rehat? Ya, anda boleh meminta untuk bekerja pada hari rehat.

    17) Adakah saya akan dibayar jika bekerja semasa hari rehat? Ya, anda akan dibayar jika bekerja semasa hari rehat. Jumlah yang akan anda terimaakan berdasarkan kepada tempoh kerja dan sama ada permintaan untuk bekerjaberasal daripada majikan anda.

  • 8/19/2019 Publications - Guide on Employment Laws for Employees (Malay)_Updated as of Sept 2014_0

    13/24

    11Panduan Mengenai Undang-undang

    Pekerjaan Untuk Pekerja

    12 x kadar bayaran gaji pokok bulanan

    52 x purata bilangan hari seorang

    12 x kadar bayaran gaji pokok 

    52 x 44

    Contoh Bayaran untuk Kerja Yang Dilakukan pada Hari Rehat:John dibayar gaji pokok bulanan sebanyak $1000. Dia perlu bekerja 5.5 hari semingguselama lapan jam setiap hari daripada Isnin hingga Jumaat dan empat jam pada hari

    Sabtu. Dia diminta oleh majikannya untuk bekerja selama 10 jam pada hari Ahad yangmerupakan hari rehatnya. Bayaran untuk kerja yang dilakukan pada hari Ahad dikiraseperti berikut:

    a) Untuk lapan jam waktu bekerja biasa, John perlu dibayar dua hari gaji pada kadar asas:

    b) Untuk dua jam tambahan kerja lembur, John perlu dibayar 1.5 kali daripada gaji dua jam pada kadar asas:

    Oleh itu, John perlu dibayar sejumlah $99.65 ($83.92 + $15.73) untuk bekerja selama10 jam pada hari rehatnya.

    12 x $1000

    52 x 5.5

    12 x $1000

    52 x 44

    $83.92

    $15.73

    x 2 =

    x 2 =x 1.5 x 2x 1.5

    x 2

    =

    =

    pekerja perlu bekerja dalam seminggu

  • 8/19/2019 Publications - Guide on Employment Laws for Employees (Malay)_Updated as of Sept 2014_0

    14/24

    12 Panduan Mengenai Undang-undang

    Pekerjaan Untuk Pekerja

    Cuti Sakit

    18) Bilakah seorang pekerja layak mendapat cuti sakit berbayar? Anda layak dibayar cuti sakit jika anda memenuhi yang berikut: a) Bekerja dengan majikan untuk sekurang-kurangnya 3 bulan;b) Mendapatkan sijil perubatan daripada doktor syarikat anda. Jika doktor syarikat tidak

    ada (contohnya doktor syarikat ditutup atau terletak jauh), pekerja boleh mendapatkansijil perubatan daripada doktor kerajaan*; dan

    c) Memaklumkan majikan anda mengenai cuti sakit dalam masa 48 jam.

    Bilangan hari cuti sakit yang layak bagi anda bergantung kepada tempoh perkhidmatananda:

    * Lawati www.mom.gov.sg untuk senarai institusi perubatan awam yang diluluskan.** Termasuk mana-mana cuti sakit pesakit luar jika diambil.

    Bilangan bulanperkhidmatan

    3 bulan

    4 bulan

    5 bulan

    6 bulan dan seterusnya

    Cuti Sakit Pesakit LuarBerbayar (hari)

    5

    8

    11

    14

    Cuti Dimasukkan KeHospital Berbayar (hari)**

    15

    30

    45

    60

  • 8/19/2019 Publications - Guide on Employment Laws for Employees (Malay)_Updated as of Sept 2014_0

    15/24

    13Panduan Mengenai Undang-undang

    Pekerjaan Untuk Pekerja

    19) Adakah majikan saya perlu membayar perbelanjaan perubatan saya?Jika anda telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya tiga bulan dan telah merujuksama ada dengan doktor syarikat atau doktor pemerintah, majikan anda perlumembayar bayaran konsultasi perubatan anda. Untuk kos perubatan lain seperti ubat,rawatan atau kemasukan ke wad, majikan bertanggungjawab untuk menanggung kostersebut bergentung kepada faedah perubatan yang disediakan untuk pekerja menurutkontrak pekerjaan atau persetujuan kolektif di antara syarikat dan kesatuannya.

    20) Adakah saya layak untuk mendapat cuti sakit berbayar semasa cutitahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja?

     Anda tidak layak untuk cuti sakit berbayar pada hari-hari tersebut kerana anda tidak

    perlu bekerja pada hari tersebut.

  • 8/19/2019 Publications - Guide on Employment Laws for Employees (Malay)_Updated as of Sept 2014_0

    16/24

    14 Panduan Mengenai Undang-undang

    Pekerjaan Untuk Pekerja

    21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar akan saya dapat?Jika anda berkhidmat untuk majikan selama sekurang-kurangnya tiga bulan, anda layak 

    untuk cuti tahunan berbayar. Bilangan hari cuti tahunan berbayar bergantung kepadaapa yang dinyatakan dalam pekerjaan anda tetapi tidak boleh kurang daripada yangberikut:

    Tahun Perkhidmatan Berterusan

    Pertama

    KeduaKetiga

    Keempat

    Kelima

    Keenam

    Ketujuh

    Kelapan danseterusnya

    Hari Cuti

    7

    89

    10

    11

    12

    13

    14

    Cuti Tahunan

  • 8/19/2019 Publications - Guide on Employment Laws for Employees (Malay)_Updated as of Sept 2014_0

    17/24

    15Panduan Mengenai Undang-undang

    Pekerjaan Untuk Pekerja

    Bilangan bulandalam perkhidmatan

    12

    612 7

    3.5, digenapkan kepada 4 hari1

    22) Saya telah berkhidmat untuk majikan selama lebih daripada tiga bulan tetapikurang daripada setahun. Bagaimanakah caranya saya mengira jumlah hari cuti

    tahunan berbayar yang harus saya dapat?Jika anda telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya tiga bulan tetapi kurangdaripada setahun, anda layak mendapat cuti tahunan dalam kadar bilangan bulan andaberkhidmat pada tahun tersebut.

    Contohnya, jika anda telah bekerja selama enam bulan, anda layak untuk empathari cuti tahunan berbayar yang dikira seperti berikut:

    23) Bagaimanakah caranya saya mengira kelayakan cuti tahunan jika saya bekerjaseparuh masa?Pekerja separuh masa yang telah berkhidmat selama tiga bulan layak mendapat cuti

    tahunan berbayar pada kadar kelayakan tahunan yang sama dengan pekerja sepenuhmasa berdasarkan jam bekerjanya.

    Kelayakan cuti dikira seperti berikut:

    1Dalam mengira kelayakan cuti prorata, sebarang pecahan hari yang kurang daripada satuseparuh hari akan diabaikan dan di mana pecahan hari melebihi satu separuh atau lebih akandianggap sebagai satu hari.

    x

    x

    x x

    Kelayakan cuti tahunandalam tahun semasa

    Bilangan hari cutitahunan berbayar

    Bilangan jam bekerjasetiap tahun pekerjaseparuh masa

    Bilangan cutitahunan pekerjasepenuh masadengan tempohperkhidmatan yangsama

    Bilangan jam bekerjasehari pekerjasepenuh masaBilangan jam bekerja

    setiap tahun pekerjasepenuh masa

    =

    =

    =

  • 8/19/2019 Publications - Guide on Employment Laws for Employees (Malay)_Updated as of Sept 2014_0

    18/24

    16 Panduan Mengenai Undang-undang

    Pekerjaan Untuk Pekerja

    24) Apakah faedah cuti bersalin yang layak untuk pekerja wanita?Pekerja yang dilindungi di bawah Akta Pekerjaan layak mendapat 12 minggu cuti bersalin.

    Lapan minggu pertama cuti bersalin akan dibayar jika pekerja memenuhi syarat berikut:

    a) Bekerja selama sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh bersalin;b) Mempunyai kurang daripada dua orang anak semasa bersalin (melainkan anak-anak

    ini kesemuanya dilahirkan dalam kelahiran yang sama, cth. kembar dua atau tiga); danc) Memberikan majikan sekurang-kurang notis satu minggu sebelum cuti bersalin dan

    memaklumkan majikan mengenai kelahiran apabila boleh. Jika tidak, pekerja hanyalayak mendapat separuh bayaran gaji semasa dalam cuti bersalin.

    Di bawah Akta Simpanan Bersama Pembangunan Kanak-Kanak (Bab 38A), satu

    perundangan berkanun untuk menggalakkan orang yang telah berkahwin di Singapuramempunyai lebih ramai anak dan melibatkan pengurus dan eksekutif, seorang pekerjalayak mendapat 16 minggu cuti bersalin berbayar jika: a) Anaknya merupakan Warganegara Singapura;b) Ibu bapa anak berkahwin secara sah; danc) Pekerja telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh bersalin.

    25) Adakah terdapat sebarang sekatan mengenai masa cuti bersalin? Pekerja yang layak mendapat 12 minggu cuti bersalin di bawah Akta Pekerjaanboleh untuk tidak hadir bekerja selama empat minggu serta-merta sebelum bersalin dan

    lapan minggu serta-merta selepas bersalin. Dengan kebenaran majikan, empat mingguterakhir boleh diambil secara eksibel dalam tempoh 12 bulan daripada kelahiran anak.

    Pekerja yang layak mendapat 16 minggu cuti bersalin di bawah Akta SimpananBersama Pembangunan Anak boleh untuk tidak hadir bekerja selama empat mingguserta-merta sebelum bersalin dan 12 minggu serta-merta selepas bersalin. Di manaterdapat persetujuan bersama dengan majikan, lapan minggu terakhir (minggu ke-9hingga 16) cuti bersalin boleh diambil secara eksibel dalam tempoh 12 bulan selepaskelahiran anak.

    27) Adakah majikan dibenarkan untuk memecat pekerja wanita yang sedangmengandung?Majikan perlu membayar faedah cuti bersalin kepada pekerja jika dia dipecat tanpasebab yang kukuh atau diberhentikan semasa mana-mana tahap kandungannya.Pekerja wanita layak jika:

    a) Dia telah berkhidmat untuk majikan secara berterusan selama sekurang-kurangnya

    tiga bulan sebelum menerima notis pemecatan atau pemberhentian kerja; danb) Dia disahkan mengandung oleh pengamal perubatan berdaftar sebelum menerimanotis pemecatan atau pemberhentian kerja.

    26) Adakah majikan dibenarkan untuk memecat pekerja sewatu dia dalam cuti bersalin? Tidak, ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pekerjaan.

    Cuti Bersalin dan Cuti Penjagaan Anak 

  • 8/19/2019 Publications - Guide on Employment Laws for Employees (Malay)_Updated as of Sept 2014_0

    19/24

    17Panduan Mengenai Undang-undang

    Pekerjaan Untuk Pekerja

    28) Adakah saya layak untuk cuti penjagaan anak?

    Cuti Penjagaan Anak di bawah Akta PekerjaanIbu bapa bagi anak-anak bukan warganegara yang dilindungi di bawah Akta Pekerjaanlayak untuk dua hari cuti penjagaan anak setiap tahun jika dua ciri ini dipenuhi:

    a) Anak (termasuk anak angkat atau anak tiri yang sah) berusia bawah tujuh tahun; danb) Pekerja telah berkhidmat untuk majikan selama sekurang-kurangnya tiga bulan.

    Cuti penjagaan anak untuk setiap ibu bapa hanya dua hari setahun tidak mengirabilangan anak yang layak.

    Cuti Penjagaan Anak di bawah Akta Simpanan Bersama Pembangunan Kanak-Kanak 

    Seorang pekerja layak mendapat enam hari cuti penjagaan anak-anak setiap tahun jika dia dilindungi di bawah Akta Simpanan Bersama Pembangunan Kanak-Kanak. Akta Simpanan Bersama Pembangunan Kanak-Kanak melindungi semua ibu bapawarganegara Singapura, termasuk kakitangan pengurusan dan eksekutif jika tigasyarat berikut dipenuhi:

    a) Anak kurang daripada tujuh tahun;b) Anak merupakan Warganegara Singapura; danc ) Ibu bapa telah berkhidmat untuk majikan secara berterusan selama sekurang-kurangnya

    tiga bulan.

     Tiga hari pertama cuti penjagaan anak akan dibayar oleh majikan dan tiga hari terakhirakan dibayar oleh pemerintah (sehingga $500 sehari, termasuk CPF). Tidak kira bilangananak, kelayakan cuti penjagaan anak untuk setiap ibu bapa hanya enam hari setahun.

    Cuti Penjagaan Anak Dilanjutkan di bawah Akta Simpanan BersamaPembangunan Kanak-Kanak Seorang pekerja dilindungi di bawah Akta Simpanan Bersama Pembangunan Kanak-kanak dan layak untuk lanjutan dua hari cuti penjagaan anak setahun jika semua tigaciri berikut dipenuhi:

    a) Anak paling muda berusia tujuh – 12 tahun (termasuk);b) Anak merupakan Warganegara Singapura; danc) Ibu bapa telah berkhidmat untuk majikan secara berterusan selama sekurang-kurangnya

    tiga bulan.

    Lanjutan dua hari cuti penjagaan anak akan dibayar oleh Kerajaan (sehingga $500sehari, termasuk sumbangan CPF). Bagi ibu bapa yang mana anaknya merupakanWarganegara Singapura dalam kedua-dua kumpulan usia (iaitu (1) bawah tujuh tahundan (2) di antara tujuh dan 12 tahun), jumlah cuti penjagaan anak berbayar untuk setiapibu bapa ialah maksimum enam hari setahun.

  • 8/19/2019 Publications - Guide on Employment Laws for Employees (Malay)_Updated as of Sept 2014_0

    20/24

    18 Panduan Mengenai Undang-undang

    Pekerjaan Untuk Pekerja

    Penamatan Kontrak 

    29) Jika saya memutuskan untuk berhenti kerja, perlukah saya memaklumkankepada majikan saya?Jika anda mahu berhenti kerja, anda perlu memberikan notis perletakan jawatanbertulis kepada majikan anda. Tempoh notis sejajar dengan kontrak pekerjaan anda.Majikan anda perlu memberikan tempoh notis yang sama dan secara bertulis jika diamemberhentikan anda.

    Jika kontrak pekerjaan anda tidak menyatakan tempoh notis, yang berikut akandigunakan:

    30) Bolehkah saya berhenti kerja tanpa memberikan notis?Dalam kebanyakan situasi, anda perlu memberi notis perletakan jawatan bertulis.Jika anda meletak jawatan tanpa notis atau tanpa menunggu tempoh notis tamat, andaperlu membayar gaji ganti notis kepada majikan.

    31) Bilakah kontrak pekerjaan dianggap telah dilanggar?Majikan dianggap telah melanggar kontrak pekerjaan jika dia gagal membayar gajikepada pekerja dalam masa tujuh hari selepas tarikh gaji. Pekerja dianggap telahmelanggar kontrak pekerjaan jika dia tidak hadir secara berterusan selama lebih daripadadua hari bekerja tanpa kebenaran atau sebab yang wajar, atau tanpa memaklumkanatau cuba memaklumkan majikan mengenai sebab ketidakhadiran.

    Tempoh PerkhidmatanKurang daripada 26 minggu

    26 minggu sehingga kurangdaripada 2 tahun

    2 tahun sehingga kurangdaripada 5 tahun

    5 tahun dan ke atas

    Tempoh Notis

    1 hari

    1 minggu

    2 minggu

    4 minggu

    Notis boleh dilepaskan dengan persetujuan bersama daripada kedua-dua majikandan pekerja.

  • 8/19/2019 Publications - Guide on Employment Laws for Employees (Malay)_Updated as of Sept 2014_0

    21/24

    19Panduan Mengenai Undang-undang

    Pekerjaan Untuk Pekerja

    32) Adakah saya dibenarkan bercuti sakit sewaktu berkhidmat dalam notis?Jika anda dalam cuti sakit (sama ada berbayar atau tidak) semasa tempoh notis, cutisakit yang diambil perlu dianggap sebagai sebahagian daripada tempoh notis anda.Majikan anda tidak boleh menuntut pampasan terhadap sebarang kekurangan dalamtempoh notis.

    33) Bolehkah majikan saya menamatkan Kontrak Perkhidmatan saya semasasaya sedang berkhidmat dalam notis?

     Ya, majikan anda boleh menamatkan perkhidmatan anda tanpa menunggu tempohnotis tamat dengan membayar jumlah yang sama dengan gaji yang anda perolehisemasa tempoh notis. Jika anda melakukan kesalahan semasa tempoh notis, majikananda boleh memecat anda tanpa membayar gaji untuk baki tempoh notis.

    34) Bolehkah majikan saya menamatkan Kontrak Perkhidmatan saya semasa sayamasih dalam tempoh percubaan?

     Ya, perkhidmatan anda boleh ditamatkan semasa dalam tempoh percubaan. AktaPekerjaan tidak mengandungi sebarang peruntukan mengenai tempoh percubaan atau

    pengesahan. Anda perlu merujuk kepada terma yang dinyatakan dalam kontrakpekerjaan anda untuk butiran khusus mengenai tempoh percubaan dan pengesahan.

  • 8/19/2019 Publications - Guide on Employment Laws for Employees (Malay)_Updated as of Sept 2014_0

    22/24

    20 Panduan Mengenai Undang-undang

    Pekerjaan Untuk Pekerja

    35) Adakah majikan saya bertanggungjawab membayar sumbangan CPF pada gajibulanan saya?

    Sebagai Warganegara Singapura atau Penduduk Tetap, kedua-dua anda dan majikanperlu membuat sumbangan bulanan dalam CPF jika anda bekerja di Singapura dibawah kontrak perkhidmatan. Jumlah sumbangan CPF yang dibayar bergantungkepada usia, gaji dan kewarganegaraan (Warganegara Singapura atau Penduduk

     Tetap Singapura tahun pertama, kedua atau ketiga).

    Jika anda memerlukan bantuan selanjutnya berkenaan hal berkaitan gaji dan termadan syarat pekerjaan yang lain di bawah Akta Pekerjaan, anda digalakkan untukmelawat laman web Kementerian Tenaga Manusia di www.mom.gov.sg dan ketikpada pangkalan data lanjutan Q&A. Alternatif lain, anda boleh menghubungi 6438 5122atau buat temu janji di:

    www.mom.gov.sg > Quick Links > Appointment@MOM

    Sumbangan CPF

    Nasihat dan Bantuan

  • 8/19/2019 Publications - Guide on Employment Laws for Employees (Malay)_Updated as of Sept 2014_0

    23/24

    21Panduan Mengenai Undang-undang

    Pekerjaan Untuk Pekerja

  • 8/19/2019 Publications - Guide on Employment Laws for Employees (Malay)_Updated as of Sept 2014_0

    24/24