proceedings template - word j03 dl.doc · web viewmalaysian education development blueprint (pppm)...

26
Persepsi Guru Terhadap Kepemimpinan Distributif Pengetua Di sekolah Menengah. 1 Azhar Harun, 2 Ramli Basri Phd, 3 Profesor Zaidatol Amaliah Lope Pehei Phd & 4 Soaib Asimiran Phd 1 Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah 2,3,4 Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia [email protected] Abstrak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) melalui anjakan ke-5 (Guru dan Pemimpin Sekolah) dalam gelombang ke-2 yang akan bermula 2016, iaitu memartabatkan profesion keguruan dan menganjak ke arah kepemimpinan distributif. Berdasarkan anjakan tersebut, satu kajian tentang amalan kepemimpinan distributif yang membuka ruang kepada pengetua dalam perkongsian kepemimpinan dengan guru sebagai satu bentuk baru kepemimpinan yang perlu diterokai (Chamberland, 2009). Justeru itu objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap amalan kepemimpinan distributif pengetua; menentukan perbezaan persepi berdasarkan demografi terhadap kepemimpinan distributif pengetua; dan seterusnya menentukan perbezaan amalan kepemimpinan distributif pengetua antara Sekolah Berprestasi tinggi (SBT) dengan sekolah bukan SBT. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik iaitu Distributed Leadership Readiness Scale (DLRS) oleh Bahagian Pendidikan Connecticut State (CSDE). Responden kajian terdiri daripada 400 responden dalam kalangan guru sekolah menengah di zon timur Semenanjung Malaysia. Statistik diskriptif dan inferensi telah digunakan bagi menganalisis data kajian. Dapatan kajian menunjukkan amalan kepemimpinan distributif pengetua di sekolah menengah adalah pada tahap yang tinggi (M = 4.12, SP = .48). Berdasarkan faktor demografi, guru pasca siswazah mempunyai persepsi

Upload: trannhan

Post on 29-Mar-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proceedings Template - WORD J03 DL.doc · Web viewMalaysian Education Development Blueprint (PPPM) through the fifth shift (teachers and school principals) in the second wave, which

Persepsi Guru Terhadap Kepemimpinan Distributif Pengetua Di sekolah Menengah.1Azhar Harun, 2Ramli Basri Phd, 3Profesor Zaidatol Amaliah Lope Pehei Phd & 4Soaib Asimiran Phd

1Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah2,3,4 Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia

[email protected]

Abstrak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) melalui anjakan ke-5 (Guru dan Pemimpin Sekolah) dalam gelombang ke-2 yang akan bermula 2016, iaitu memartabatkan profesion keguruan dan menganjak ke arah kepemimpinan distributif. Berdasarkan anjakan tersebut, satu kajian tentang amalan kepemimpinan distributif yang membuka ruang kepada pengetua dalam perkongsian kepemimpinan dengan guru sebagai satu bentuk baru kepemimpinan yang perlu diterokai (Chamberland, 2009). Justeru itu objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap amalan kepemimpinan distributif pengetua; menentukan perbezaan persepi berdasarkan demografi terhadap kepemimpinan distributif pengetua; dan seterusnya menentukan perbezaan amalan kepemimpinan distributif pengetua antara Sekolah Berprestasi tinggi (SBT) dengan sekolah bukan SBT. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik iaitu Distributed Leadership Readiness Scale (DLRS) oleh Bahagian Pendidikan Connecticut State (CSDE). Responden kajian terdiri daripada 400 responden dalam kalangan guru sekolah menengah di zon timur Semenanjung Malaysia. Statistik diskriptif dan inferensi telah digunakan bagi menganalisis data kajian. Dapatan kajian menunjukkan amalan kepemimpinan distributif pengetua di sekolah menengah adalah pada tahap yang tinggi (M = 4.12, SP = .48). Berdasarkan faktor demografi, guru pasca siswazah mempunyai persepsi yang lebih tinggi dan signifikan terhadap kepimpinan distributif pengetua berbading guru siswazah. Seterusnya faktor tempoh perkhidmatan dan tempoh berkhidmat di sekolah semasa juga yang menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap kepemimpinan distributif pengetua. Kajian ini memberikan gambaran tentang amalan kepemimpinan distributif untuk menghasil kepemimpinan pendidikan yang berkualiti dan berkesan selaras dengan aspirasi PPPM 2013 – 2025. Kata kunci: Pengetua, kepemimpinan distributif

Abstract Malaysian Education Development Blueprint (PPPM) through the fifth shift (teachers and school principals) in the second wave, which will begin in 2016, namely to

uphold the profession and moving towards a distributed leadership. Thus, creating a culture of professional excellence colleagues in the 3rd wave (2021-2025). Based

on this shift, a study on distributed leadership practices that pave the principals in partnership with teacher leadership as a new form of leadership that should be explored (Chamberland, 2009). Therefore, the main objective of this study was to determine the level of practice of principal distributed leadership, to determine differences perception of principals distributed leadership based on demographic; and to determine the difference practice of principal distributed leadership between the High Performance Schools (SBT) and non SBT. The study used a survey method through a questionnaire about the Distributed Leadership Readiness Scale (DLRS) by the Connecticut State Education Department (CSDE). The respondents consisted of 400 respondents among secondary school teachers in the eastern zone of Peninsular Malaysia. Descriptive and inferential statistics were used to analyze study data. The findings show that the practice of principal distributed leadership in secondary schools is at a high level (M = 4.12, SD = .48). Based on demographic factors, post-graduate teachers have higher perception and significant on principal distributed leadership compared to graduate teachers. The next factor is the length of service and length of service in the school while also showing a significant difference to the principals distributed leadership. This study provides an overview of the practice of distributed leadership to produce quality educational leadership and effective in line with the aspirations of PPPM 2013-2025. Keywords: Principals, distributed leadership.

Pengenalan

Selari dengan peredaran zaman dan tuntutan keperluan negara, sistem pendidikan di Malaysia sentiasa mengalami perubahan. Sistem pendidikan adalah tidak statik, isu-isu yang timbul seiring dengan perubahan tersebut menarik perhatian umum terutamanya dalam kalangan cendekiawan dan ahli akademik. Namun, isu pendidikan adalah isu

Page 2: Proceedings Template - WORD J03 DL.doc · Web viewMalaysian Education Development Blueprint (PPPM) through the fifth shift (teachers and school principals) in the second wave, which

nasional, fenomena ini bukan perkara asing atau bersifat negatif. Profesion keguruan adalah satu-satunya wadah yang dapat meningkatkan ilmu pengetahuan yang dapat mengangkat martabat rakyat Malaysia. Dunia pendidikan juga adalah wadah istimewa, lebih-lebih lagi bagi membentuk bangsa yang maju.

Apabila disoroti sejarah sistem pendidikan di negara ini, untuk berada pada kedudukan kini, beberapa refomasi pendidikan telah dilakukan. Segalanya tidak hanya berlaku secara tiba-tiba namun melalui proses-proses yang sedia dilalui berdasarkan keperluan semasa. Reformasi tersebut berjalan lancar atas landasan perancangan yang teratur dan mantap. Menyedari dunia pendidikan yang semakin rencam dan mencabar memerlukan tenaga pendidik yang benar-benar mantap, berdedikasi dan mempunyai komitmen tinggi terhadap tugas. Pada masa yang sama, golongan pentadbir atau pengurus sekolah juga perlu memperlengkapkan diri dan meningkatkan tahap profesionalisme. Kepemimpinan pengetua dalam era pendidikan kini, perlu benar-benar mantap untuk memastikan sekolah dan golongan pendidik dapat menjalankan fungsi dan peranan mereka dengan berkesan. Tanpa kepemimpinan pengetua yang berkesan, harapan membentuk sekolah berkesan ataupun sekolah cemerlang sukar untuk dicapai.

Menurut Kamaruzaman dan Norasmah (2008), peranan yang penting perlu dimainkan bagi membentuk nilai kepemimpinan dan pengupayaan pengurusan di peringkat sekolah. Dalam hal tersebut hala tuju sekolah dan penyelesaian masalah-masalah oleh pengetua dapat membantu mengatasi cabaran bagi memenuhi kehendak Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006 - 2010). Justeru, sokongan dan perhatian yang sewajarnya perlu diberi untuk menepati PIPP dan mewujudkan sekolah yang berkesan melalui kepemimpinan unggul di peringkat sekolah. Langkah awal secara menyeluruh tersebut merupakan ke arah transformasi sistem pendidikan. Proses reformasi sistem pendidikan yang sedia ada disamping program penting dirancang. KPM berhasrat untuk menghasilkan sistem pendidikan yang terbaik di peringkat dunia, namun banyak perkara yang perlu dilakukan bagi meningkatkan

kualiti sistem pendidikan di Malaysia untuk merialisasikan hasrat berkenaan. Pelaburan masa dan tenaga terhadap elemen-elemen pengajaran akan menentukan kejayaan pelajar di sekolah.

Dalam bidang pendidikan, sebagai hub pendidikan yang berkualiti adalah merupakan hasrat KPM untuk meletakkan Malaysia pada tahap tersebut di Asia Tenggara. Matlamat tersebut dapat direalisasikan melalui kecemerlangan pengurusan dan kepemimpinan pendidikan yang merupakan teras utama kepada pembangunan pendidikan berkualiti melalui kepemimpinan pengetua. Kemantapan kepemimpinan di peringkat sekolah merupakan faktor utama menentukan kualiti pendidikan yang dihasilkan. Secara jelas, premis di atas mengambarkan individu yang diamanahkan untuk merealisasi aspirasi dan pembangunan pendidikan negara adalah guru besar/pengetua (Abas Awang & Balasundran, 2002).

Kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah, secara umumnya amat bergantung kepada pengurusan berkualiti yang perlu disertakan dengan kepemimpinan pengetua yang dapat menjana modal insan. Dalam hal ini, McNulty et al. (2005) menyifatkan segala bentuk sumber perlu digerakkan terutamanya tugas pengetua di sekolah tidak terhad hanya kepada tanggungjawab pentadbiran manakala guru-guru perlu berkhidmat dengan komited dan efektif. Ubben dan Hughes (1997) serta Drake dan Roe (1999) menyatakan bahawa pengetua bertanggungjawab mencipta iklim sekolah yang kondusif untuk guru, pelajar dan proses pembelajaran serta setiap yang berlaku di sekolah tersebut. Kepemimpinan pengetua yang cemerlang dan berkesan merupakan pemangkin kepada sekolah efektif ( Drake dan Row, 1999).

Pada 2010, Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) merupakan suatu pengiktirafan diberikan kepada sekolah terbaik di Malaysia melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Muridnya berupaya bersaing pada peringkat antarabangsa dan sangat cemerlang dalam bidang akademik termasuk juga bidang bukan akademik serta mempunyai ciri terserlah. Semua aspek pendidikan terserlah dan mampu berdaya saing di persada dunia dengan ciri-

Page 3: Proceedings Template - WORD J03 DL.doc · Web viewMalaysian Education Development Blueprint (PPPM) through the fifth shift (teachers and school principals) in the second wave, which

ciri unik yang dipunyai oleh SBT seperti etos, watak, dan mempunyai identiti yang tersendiri. Bagi mengekalkan dan meningkatkan tahap prestasi, tahap autonomi dan akauntabiliti lebih tinggi sekolah diberikan kepada sekolah yang dianugerah status SBT (PPPM, 2013). Tanpa usaha yang bersungguh-sungguh dari semua pihak dalam sesebuah organisasi kejayaan sebagai sekolah yang berprestasi tinggi sukar untuk dicapai. Faktor utama yang mendorong kepada pencapaian kejayaan ini adalah kepemimpinan pengetua. Menurut Jamilah dan Yusof (2011), kepemimpinan adalah satu proses dan tingkahlaku dimana seseorang pemimpin itu mengambil tindakan-tindakan tertentu untuk mempengaruhi individu lain supaya berusaha secara sukarela dan bekerjasama untuk mencapai visi organisasi tanpa mengutamakan kepentingan peribadi. Ciri-ciri dan amalan kepemimpinan pengetua atau guru besar SBT ini patut dijadikan rujukan oleh pemimpin sekolah lain di Malaysia (Jamilah & Yusof, 2011).

Cabaran-cabaran tersebut dilihat mampu ditangani oleh kepemimpinan distributif dalam kalangan pengetua. Merujuk kepada tema Seminar Nasional Kepemimpinan Dan Pengurusan Ke 16 anjuran Institut Aminuddin Baki pada tahun 2009 adalah "Distributed Leadership". Seminar juga telah mendapati tiada istilah yang sesuai untuk menterjemahkan 'distributed' di dalam bahasa Melayu. Kebanyakan pembentang menggunakan kepemimpinan teragih sebagai terjemahan yang agak relevan. Namun Ishak (2009) menterjemahkannya dengan lebih tepat iaitu sebagai “Kepemimpinan Distributif”. Kepemimpinan distributif secara konsepnya boleh dikatakan sebagai kesediaan pemimpin untuk berkongsi kepemimpinan dengan orang bawahan secara sukarela membangunkan kapasiti setiap individu di dalam organisasi. Kepemimpinan distributif ini lebih merupakan kepada amalan pemimpin yang bersedia menyebarluaskan dan mengagihkan tugasan, membuat keputusan, tanggungjawab dan akauntabiliti (Ishak, 2009).

Pernyataan Masalah

Proses kepemimpinan di sekolah dewasa ini memerlukan anjakan paradigma yang bersifat kontemporari daripada pengetua, perubahan kepemimpinan tidak dapat dilakukan dalam masa yang singkat. Tren perubahan kepemimpinan di sekolah ini dipengaruhi oleh perubahan minda. Suasana kini menunjukkan semua tanggungjawab sebagai pemimpin sekolah tidak hanya dipikul oleh pengetua bersendirian. Malah tumpuan yang lebih diberi kepada bagaimana satu budaya kebertanggungjawaban sepunya dihasilkan dan budaya pembelajaran dikongsi serta membangunkan keupayaan kepemimpinan di sekolah (Harris, 2002).

Harapan yang tinggi diletakkan oleh masyarakat kepada sekolah dalam usaha melahirkan warga berilmu yang berkualiti, berkemahiran tinggi serta bermoral (Donaldson, 2006). Pengetua adalah penjawat awam yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin sekolah supaya berfungsi dengan lebih teratur dan berkesan bagi merealisasikan aspirasi negara,. Hal ini melibatkan perubahan dalam sikap, kesedaran dan kesediaan serta memerlukan pengubahsuaian sumber kuasa kepada pengupayaan kuasa kepada guru. Walaupun konsep kepemimpinan ini menghadapi cabaran dalam menghubungkan guru dengan kualiti kepemimpinan yang diperlukan bagi penambahbaikkan sekolah, tetapi pemimpin tradisi sekolah perlu bersedia berkongsi kuasa dan kawalan. Pendekatan ini cuba meneroka dan mencipta ruang peralihan tanggungjawab berkonsepkan kepemimpinan hierarki kepada kepemimpinan berpusatkan kumpulan (Abdul Ghani, 2009).

Mutakhir ini perbincangan serta kajian dalam bidang kepemimpinan dan pengurusan pendidikan telah berganjak kepada kepemimpinan distributif. Perubahan ini berlaku kerana realitinya peranan sebagai pemimpin sekolah telah menjadi semakin kompleks dan mencabar. Justeru pengetua atau guru besar tidak mampu lagi mengurus dan memimpin sekolah mereka secara bersendirian. Peranan yang berkesan dimainkan oleh kumpulan guru dilihat akan menyokong perlaksanaan kepemimpinan distributif oleh pengetua. Struktur formal dan aktiviti, seperti kerjasama kumpulan guru dan kepemimpinan distributif berlaku secara sosial merujuk kepada interaksi di kalangan ahli organisasi.

Page 4: Proceedings Template - WORD J03 DL.doc · Web viewMalaysian Education Development Blueprint (PPPM) through the fifth shift (teachers and school principals) in the second wave, which

Melalui PPPM 2013 – 2025, kepemimpinan berkualiti dalam setiap peringkat organisasi di sekolah akan ditingkatkan kementerian dengan beranjak ke arah model kepemimpinan distributif. Pada gelombang perubahan ke-2 bermula 2016, KPM akan menganjak ke arah kepemimpinan distributif (PPPM, 2013). Sudah semestinya satu kajian yang akan menyokong matlamat yang digariskan oleh KPM tersebut diperlukan. Institut Aminuddin Baki sebagai unit latihan yang diberi tanggungjawab oleh KPM bagi menyediakan modul-modul latihan berkaitan kepemimpinan berkenaan juga memerlukan maklumat tentang amalan sedia ada di Malaysia. Keperluan kepada perubahan tersebut mendorong pengkaji untuk mengkaji tentang amalan kepemimpinan distributif pengetua yang membuka ruang kepada pengetua dalam perkongsian kepemimpinan dengan guru sebagai satu bentuk baru kepemimpinan yang perlu diterokai (Chamberland, 2009).

Tujuan Kajian

Dalam usaha untuk melahirkan pemimpin yang berkesan bagi memimpin organisasi pentadbiran sekolah yang sedia ada, maka kajian difokuskan kepada dua tujuan utama; Pertama, kajian dilakukan untuk mengenalpasti tahap amalan kepemimpinan distributif pengetua di sekolah menengah.

Objektif Kajian

1. Menentukan perbezaan persepi berdasarkan demografi (jantina, tahap pendidikan, kategori sekolah, jawatan, tempoh perkhidmatan dan tempoh berkhidmat di sekolah semasa) terhadap kepemimpinan distributif pengetua.

2. Menentukan perbezaan amalan kepemimpin distributif pengetua antara Sekolah Berprestasi tinggi (SBT) dengan sekolah bukan SBT.

3. Mengenal pasti tahap amalan kepemimpinan distributif pengetua.

Persoalan Kajian

1. Adakah terdapat perbezaan persepsi berdasarkan demografi (jantina, tahap pendidikan, kategori sekolah, jawatan, tempoh perkhidmatan dan tempoh berkhidmat di sekolah semasa) terhadap kepemimpinan distributif pengetua?

2. Adakah terdapat perbezaan amalan kepemimpin distributif pengetua antara Sekolah Berprestasi tinggi (SBT) dengan sekolah bukan SBT?

3. Apakah tahap amalan kepemimpinan distributif pengetua?

Metodologi

Bagi kajian ini, populasi kajian adalah meliputi semua guru sekolah menengah di zon timur Semenanjung Malaysia mengikut kategori Sekolah Berprtestasi Tinggi (SBT) dan sekolah bukan SBT. Berdasarkan data yang diperolehi daripada EMIS KPM 2013 yang dikemaskini pada Nov 2013, bilangan populasi guru sekolah menengah di zon timur Semenajung Malaysia ialah seramai 33 808 orang sebagai yang di tunjukkan dalam Jadual 3.3.

Pemilihan sampel merujuk kepada syarat yang ditetapkan oleh pengkaji berdasarkan tempoh perkhimatan pengetua dan guru di sekolah yang sama melebihi tiga tahun. Sampel yang dipilih

Page 5: Proceedings Template - WORD J03 DL.doc · Web viewMalaysian Education Development Blueprint (PPPM) through the fifth shift (teachers and school principals) in the second wave, which

daripada guru di sekolah menengah mengikut kategori Sekolah Berprtestasi Tinggi (SBT) dan sekolah bukan SBT. Pemilihan sampel yang akan dipilih daripada guru adalah bagi generalisasi keseluruhan sekolah menengah di Malaysia.

Sampel adalah dipilih secara convenience sampling. Ary et al (2002) menyatakan dua kriteria utama yang mesti ada pada sampel ialah sampel mestilah mewakili populasi (representative) dan sampel juga mestilah dapat mengambarkan ciri-ciri poppulasi (adequancy) yang dikaji. Oleh itu kajian ini telah menggunakan sampel dan memastikan bahawa sampel tersebut adalah mewakili dan menggambarkan ciri-ciri populasi yang dikaji.

Jadual 1. Pembahagian Negeri Ikut ZonZon Negeri

Utara Perlis, Kedah, Pulau Pinang. Selatan Negeri Sembilan, Melaka, Johor .Tengah Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.Timur Kelantan, Terengganu dan Pahang

Sebagai langkah pertama, pengkaji telah membahagi negeri-negeri Semenanjung Malaysia kepada 4 zon mengikut KPM (Jadual 1). Langkah kedua, setelah mengambil kira faktor kos dan masa untuk menjalankan kajian, pengkaji telah memilih untuk membuat kajian di zon timur Semenanjung Malaysia. Negeri-negeri yang berada dalam zon timur mengikut KPM ialah Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Jadual 2. Bilangan Sekolah Menengah Zon Timur

Kategori Sekolah Kelantan Terengganu Pahan

g Jum

SBT 2 4 5 11Bukan SBT 133 131 175 339

Jumlah 135 135 180 350Dikemaskini Nov 2013, EMIS KPM 2013

Langkah ketiga ialah pengiraan bilangan responden untuk setiap negeri di zon timur berkenaan. Pengiraan bilangan sampel tidak dapat dibuat menggunakan formula berasaskan populasi memandangkan pihak-pihak berperanan dalam dasar yang menjadi populasi adalah besar dan tidak dapat

dianggarkan dengan tepat. Maka bilangan sampel kajian ditentukan dengan berpandukan kepada saranan-saranan berikut. Sudman (1976) menyarankan bagi kajian tinjauan yang melibatkan beberapa sub kumpulan, saiz sampel 200 – 500 adalah menjadi kebiasaan. Saiz ini juga termasuk dalam julat yang disarankan oleh Krejcie dan Morgan (1970) (dalam Sekaran (1992); Wiersma (2000)) yang mendasarkan saiz sampel kepada saiz populasi.

Jadual 3. Bilangan Guru Sekolah Menengah Zon Timur

Jantina Kelantan Terenggan

uPahan

gJumla

hL 5 096 3 285 3 721 12 102P 7 765 6 674 7 267 21 706Jum 12 861 9 959 10 988 33 808

Dikemaskini Nov 2013, EMIS KPM 2013

Bagi tujuan kajian ini empat buah sekolah di Kelantan, empat buah sekolah di Terengganu dan empat buah sekolah di Pahang. Pemilihan Sekolah Berprestasi Tinggi adalah tetap kerana setiap buah negeri zon timur tersebut mempunyai dua atau lebih buah sekolah SBT dalam negeri berkenaan. Maka pengkaji telah menetapkan bahawa sebanyak 12 buah sekolah (6 buah sekolah SBT dan 6 buah sekolah bukan SBT) di zon timur. Bagi membantu memudahkan pengkaji memunggut data, sekolah bukan SBT yang dipilih adalah berada dalam daerah yang sama dengan sekolah SBT di negeri masing-masing. Nisbah 2:2 bagi bilangan sampel sekolah yang dipilih adalah berdasarkan nisbah bilangan sekolah SBT berbanding sekolah bukan SBT. Bilangan sekolah bukan SBT lebih besar berbanding sekolah SBT kerana jumlah sekolah bukan SBT menghampiri 2300 buah sekolah berbanding jumlah sekolah SBT iaitu 91 buah sahaja di seluruh Malaysia.

Jadual 4. Anggaran Bilangan Populasi dan Sampel

Populasi Bil. Sampel Bil.

Sekolah Menengah Zon Timur Semenajung

Sekolah Menengah

Zon Timur

SBT Bukan SBT

Jum

Kelantan 2 2 4

Page 6: Proceedings Template - WORD J03 DL.doc · Web viewMalaysian Education Development Blueprint (PPPM) through the fifth shift (teachers and school principals) in the second wave, which

Malaysia.

1.SBT

2.Bukan BT

11

339

Terengganu 2 2 4

Pahang 2 2 4

Jumlah 350 Jumlah 6 6 12

Populasi Guru 33 808 Sampel Guru

(35 X 12) 420

Dikemaskini Nov 2013, EMIS KPM 2013.

Pengkaji akan menghubungi pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah bagi mendapatkan maklumat sekolah kajian yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Pengkaji menetapkan pengetua sekolah kajian mestilah dalam kalangan pengetua yang menjawat jawatan tiga tahun dan ke atas. Responden bagi setiap sekolah kajian ialah 35 orang maka jumlah keseluruhan 420 orang guru. Responden yang dipilih adalah terdiri daripada pentadbir sekolah iaitu penolong kanan, guru ketua bidang, guru ketua panitia dan guru penolong. Tiada sebarang syarat diberikan bagi pemilihan responden yang dibuat secara rawak bebas. Merujuk kepada senarai nama guru bagi setiap sekolah kajian, pengkaji telah memilih secara rawak senarai responden kajian berkenaan.

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan rentasan (cross-sectional survey designs) yang menggunakan kaedah pungutan data, iaitu kaedah kuantitatif yang menggunakan soal selidik tinjauan. Pemilihan dan kesesuaian instrumen telah dijelaskan dalam bahagian sebelumnya, set soal selidik adalah untuk mengkaji hubungan kepemimpinan distributif pengetua dan kepemimpinan guru mengikut persepsi responden guru. Bahagian A – Maklumat Responden, Bahagian B – Kepemimpinan Distributif Pengetua (Distributed Leadership Readiness Scale (DLRS)) dan Bahagian C – Kepemimpinan Guru (Teacher Leadership School Survey (TLS Survey)).

Jadual 5. Taburan Item Soal Selidik

Bahagian Item Bil. Item

A Demografi 5

B Kepemimpinan Distributif 44

Bagi mengetahui status kewujudan kepemimpinan distributif di Malaysia, pengkaji telah mengadaptasi instrumen yang telah digunakan oleh Rosnarizah (2009). Instrumen tersebut dikenali sebagai Distributed Leadership Readiness Scale (DLRS). CSDE telah melancarkan reformasi pendidikan 2004 - 2007 dengan melancarkan State Action for Education Leadership Project II dan membangunkan instrumen DLSR berdasarkan kajian longitudinal oleh Elmore (2003), bagi mengukur kesediaan dan keterlibatan sekolah-sekolah dalam kepemimpinan distributif di Connecticut. Skala penilaian kendiri yang berkenaan telah direka untuk menyediakan profil individu bagi penglibatan sekolah dalam kesediaan amalan kepemimpinan bersama. Skala adalah berdasarkan penyelidikan yang di lakukan ke atas kepemimpinan sekolah yang direka untuk meningkatkan keupayaan sekolah awam iaitu membangunkan struktur kepemimpinan sekolah (Elmore, 2000).

Gordon (2005), telah mengkaji kandungan psychometric DLRS berdasarkan 1,257 kes dan mendapati instrumen ini mempunyai kadar kebolehpercayaan (internal-consitency reliability) yang tinggi iaitu Cronbach’s alpha .84 hingga .94. Penyelidik memilih instrumen ini kerana kandungan psychometricnya yang baik dan ia merupakan instrumen yang menggunakan dimensi kepemimpinan distributif yang menjadi fokus kajian ini. Dimensi-dimensi tersebut ialah (1) misi, visi dan matlamat, (2) budaya sekolah, (3) perkongsian tanggungjawab, (4) amalan kepemimpinan (Rosnarizah dan Zulkifli, 2009). Guru-guru yang terlibat dalam kajian itu diminta untuk bertindak balas terhadap kenyataan dalam soal selidik DLRS. Lima pilihan telah diberikan untuk setiap pernyataan bagi menentukan dimensi dalam sekolah masing-masing.

Jadual 6. Dimensi dan Item DLRS

Dimensi No. Item Bil. Item

1. Misi, Visi dan Matlamat

Sekolah

1,2,3,4,5,6,7,8,9,10

10

2. Budaya Sekolah 11,12,13,14,15, 10

Page 7: Proceedings Template - WORD J03 DL.doc · Web viewMalaysian Education Development Blueprint (PPPM) through the fifth shift (teachers and school principals) in the second wave, which

16,17,18,19,20

3. Perkongsian

Tanggungjawab

21,22,23,24,25,26,27,28,29,30,31,32,33,34

14

4. Amalan Kepemimpinan

n = 4435,36,37,38,39,40,41,42,43,44

10

Pengkaji telah mendapat khidmat penterjemah professional bagi memurnikan penterjemahan instrumen tersebut dan pandangan dua pakar dalam bidang kepemimpinan telah dirujuk bagi memastikan instrumen mempunyai kesahan kandungan yang baik. Analisis faktor di lakukan bagi menentukan struktur instrumen dengan menggunakan principal component extraction dan varimax rotation. Koefisien kebolehpercayaan α-Cronbach instrumen adalah 0.953. Setelah melalui proses kajian rintis, pengkaji telah memurnikan item-item asal dengan mendapatkan pengesahan dua orang pakar. Bilangan item telah ditambah daripada 40 item kepada 44 item bagi menjelaskan item-item yang mengukur dua aspek secara serentak.

Dapatan Kajian

Responden kajian ini terdiri daripada 400 orang guru di sekolah menengah di zon timur Semenanjung Malaysia. Sebanyak 12 buah sekolah menengah terlibat dalam kajian ini. Profil responden adalah seperti dalam Jadual 4.1. Jumlah responden adalah mewakili sampel daripada negeri Pahang seramai 115 orang (28.8%), negeri Kelantan seramai 137 orang (34.3%) dan negeri Terengganu 148 orang (37.0%). Sampel kajian adalah taburan dari lima jenis sekolah iaitu seramai 118 orang (29.5%) dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP), 57 orang (14.3%) Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), 77 orang (19.3%) Sekolah Menengah Imtiaz, 77 orang (19.3%) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan seramai 71 orang (17.8%) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Harian (SMKH).

Seramai 146 orang (63.5%) ialah responden lelaki dan 254 orang (36.5%) responden perempuan.

Merujuk kepada kelulusan akademik seramai 367 orang (91.8%) daripada siswazah dan 33 orang (8.3%) daripada pascasiswazah. Didapati bilangan responden adalah terdiri daripada kalangan Penolong Kanan seramai 12 orang (3.0%), Guru Kanan Matapelajaran seramai 31 orang (7.8%), Ketua Panitia seramai 89 orang (22.3%) dan seramai 268 orang (67.0%) dalam kalangan Guru Penolong.

Berdasarkan tempoh perkhidmatan seramai responden, seramai 7 orang (1.8%) berkhidmat kurang daripada setahun, 15 orang (3.8%) berkhidmat antara satu hingga tiga tahun. 138 orang (34.5%) berkhidmat antara tiga hingga 10 tahun dan seramai 240 orang (60.0%) yang telah berkhidmat melebihi daripada 10 tahun. Bagi tempoh bertugas di sekolah semasa, seramai 18 orang (4.5%) bertugas kurang daripada setahun, 55 orang (13.8%) bertugas antara satu hingga tiga tahun. 188 orang (47.0%) bertugas antara tiga hingga 10 tahun dan seramai 139 orang (34.8%) yang telah bertugas melebihi daripada 10 tahun di sekolah semasa.

Jadual 7. Profil Responden Kajian

Demografi KategoriKekerapa

n (n=400)

Peratus (%)

Negeri Pahang

Kelantan

Terengganu

115

137

148

28.8

34.3

37.0

Jenis Sekolah Sekolah Berasrama Penuh

(SBP)

Sekolah Berasrama Penuh

Integrasi (SBPI)

Sekolah Menengah Imtiaz

Sekolah Menengah

Kebangsaan Agama (SMKA)

Sekolah Menengah

118

57

77

77

71

29.5

14.3

19.3

19.3

17.8

Page 8: Proceedings Template - WORD J03 DL.doc · Web viewMalaysian Education Development Blueprint (PPPM) through the fifth shift (teachers and school principals) in the second wave, which

Kebangsaan Harian (SMKH)

Kategori Sekolah

Sekolah Berprestasi

Tinggi (SBT)200 50

Sekolah Bukan SBT 200 50

Jantina Responden

Lelaki

Perempuan

146

254

36.5

63.5

Kelulusan Akademik

Siswazah

Pasca Siswazah

367

33

91.8

8.3

Jawatan Di sekolah Penolong Kanan

12 3.0

Guru Kanan Matapelajaran 31 7.8

Ketua Panitia 89 22.3

Guru Penolong/ Lain-lain 268 67.0

Tempoh Dalam Perkhidmatan

< 1 tahun

1 – 3 tahun

3 tahun < x < 10 tahun

> 10 tahun

7

15

138

240

1.8

3.8

34.5

60.0

Tempoh Di sekolah Semasa

< 1 tahun

1 – 3 tahun

3 tahun < x < 10 tahun

> 10 tahun

18

55

188

139

4.5

13.8

47.0

34.8

Amalan Kepemimpinan Distributif Berdasarkan Faktor Demografi (t-test)

Bahagian ini akan menggunakan analisis Independent sample t-test bagi menentukan perbezaan persepsi responden terhadap amalan kepemimpinan distributif pengetua berdasarkan demografi (jantina, kelulusan akademik dan kategori sekolah).

Amalan Kepemimpinan Distributif Berdasarkan Jantina

Jadual 1 menunjukkan dapatan bagi Independent sample t-test bagi kepemimpinan distributif pengetua berdasarkan kepada jantina responden.

Jadual 8. Analisis t-test antara jantina terhadap amalan kepemimpinan distributif

Pembolehubah Jantina n M SP t nilai-p

Kepemimpinan Distributif

Lelaki 146

4.12 .50 .006 .995

Perempuan 254 4.12 .47

Nota * Tahap signifikan, p< .05, df = 398, SP = Sisihan Piawai, dua hujung

Jadual 8 menunjukkan keputusan independent sample t-test terhadap kepemimpinan distributif pengetua berdasarkan jantina responden. Dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min kepemimpinan distributif pengetua (t = .006, p = .995) bagi guru lelaki dan perempuan di sekolah menengah. Ini menunjukan jantina responden tidak mempengaruhi persepsi terhadap amalan kepemimpinan distributif pengetua.

Amalan Kepemimpinan Distributif Berdasarkan Kelulusan Akademik

Jadual 9 menunjukkan dapatan bagi Independent sample t-test bagi kepemimpinan distributif pengetua berdasarkan kepada kelulusan akademik responden.

Jadual 9. Analisis t-test antara kelulusan akademik terhadap amalan kepemimpinan distributif

Pembolehubah

Kelulusan Akademik N M SP t nilai-

p

Kepemimpina Siswazah 367 4.10 .48

2.07

.039

Page 9: Proceedings Template - WORD J03 DL.doc · Web viewMalaysian Education Development Blueprint (PPPM) through the fifth shift (teachers and school principals) in the second wave, which

n Distributif Pasca Siswazah 33 4.28 .3

8

Nota * Tahap signifikan, p< .05, df = 398, SP = Sisihan Piawai, dua hujung

Jadual 9 menunjukkan keputusan independent sample t-test terhadap kepemimpinan distributif berdasarkan kelulusan akademik responden. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min kepemimpinan distributif pengetua (t = 2.07, p = .035) berdasarkan kelulusan akademik guru. Guru pasca siswazah mempunyai persepsi yang lebih tinggi dan signifikan terhadap kepimpinan distributif pengetua berbading guru siswazah (M=4.28, SP=.38). Ini menunjukan kelulusan akademik responden mempengaruhi persepsi terhadap amalan kepemimpinan distributif pengetua.

Amalan Kepemimpinan Distributif Berdasarkan Faktor Demografi (ANOVA)

Bahagian ini akan menggunakan ANOVA sehala bagi menentukan perbezaan persepsi responden terhadap amalan kepemimpinan distributif pengetua berdasarkan demografi (jawatan, tempoh perkhidmatan dan tempoh berkhidmat di sekolah semasa).

Kepemimpinan Distributif Berdasarkaan Jawatan

Jadual 10 menunjukkan dapatan bagi analisis ANOVA sehala bagi mengenalpasti perbezaan signifikan amalan kepemimpinan distributif pengetua berdasarkan kepada jawatan responden di sekolah mereka berkhidmat.

Jadual 10. Analisis ANOVA sehala antara jawatan responden terhadap amalan kepemimpinan distributif

Pembolehubah Jawatan di sekolah N M SP F nilai-

p

Kepemimpinan Penolong Kanan

12 4.19

.51 1.063 .365

DistributifGuru Kanan

Matapelajaran 31 4.25 .38

Ketua Panitia 89 4.08 .52

Guru Penolong 268

4.11 .47

Total 400

4.12 .48

Nota * Tahap signifikan, p< .05

Analisis ANOVA sehala terhadap kepemimpinan distributif berdasarkan jawatan responden. Dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min kepemimpinan distributif pengetua (F (400) = 1.063, p = .365) berdasarkan persepsi guru mengikut jawatan di sekolah masing-masing. Ini menunjukan jawatan responden tidak mempengaruhi persepsi terhadap amalan kepemimpinan distributif pengetua.

Amalan Kepemimpinan Distributif Berdasarkan Tempoh Perkhidmatan

Jadual 11 menunjukkan dapatan bagi analisis ANOVA sehala bagi mengenalpasti perbezaan amalan kepemimpinan distributif pengetua berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan responden. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min kepemimpinan distributif pengetua (F(400) = 7.633, p = .000) berdasarkan tempoh perkhidmatan masing-masing. Ini menunjukkan terdapat perbezaan persepsi terhadap amalan kepemimpinan distributif pengetua berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan responden. Skor min bagi tempoh perkhidmatan kurang daripada satu tahun (M = 4.30, SP = .36), satu hingga tiga tahun (M = 4.02, SP = .46), tiga hingga sepuluh tahun (M = 3.97, SP = .48) dan lebih daripada sepuluh tahun (M = 4.20, SP = .48) berdasarkan persepsi responden yang ditunjukkan dalam Jadual 11.

Jadual 11. Analisis ANOVA sehala antara tempoh perkhidmatan responden terhadap amalan kepemimpinan distributif

Page 10: Proceedings Template - WORD J03 DL.doc · Web viewMalaysian Education Development Blueprint (PPPM) through the fifth shift (teachers and school principals) in the second wave, which

Pembolehubah Tempoh perkhidmatan N M SP F nilai-p

Kepemimpinan Distributif

< 1 tahun 7 4.30 .36 7.633 .000*

1 – 3 tahun 15 4.02 .463 tahun<X<10

tahun138 3.97 .48

> 10 tahun 240 4.20 .46

Total 400 4.12 .48

Nota * Tahap signifikan, p< .05

Jadual 12 menunjukkan dapatan bagi analisis Post Hoc LSD bagi mengenalpasti perbezaan min signifikan amalan kepemimpinan distributif pengetua berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan responden. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan berdasarkan tempoh perkhidmatan responden bagi yang berkhidmat antara tiga hingga sepuluh tahun dan yang berkhidmat lebih daripada sepuluh tahun terhadap amalan kepemimpinan distributif pengetua di sekolah mereka. Ini menunjukkan guru-guru yang berkhidmat sepuluh tahun dan ke atas mempunyai perbezaan persepsi yang lebih tinggi (min=4.20, SP=.46) terhadap amalan kepemimpinan distributif pengetua sekolah masing-masing berbanding dengan guru yang berkhidmat antara tiga hingga sepuluh tahun (min=3.97, SP.48).

Jadual 12. Analisis Post Hoc LSD antara tempoh perkhidmatan responden terhadap amalan kepemimpinan distributif

Pembolehubah (I) Tempoh Perkhidmatan

(J) Tempoh Perkhidmatan

Perbezaan Min (I – J) Sig(p)

Kepemimpinan Distributif

< 1 tahun 1 – 3 tahun .284 .1853 tahun<X<10

tahun.330 .069

> 10 tahun .100 .576

1 – 3 tahun < 1 tahun -.284 .185

3 tahun<X<10 tahun

.046 .719

> 10 tahun -.184 .140

3 tahun<X<10 tahun

< 1 tahun -.330 .069

1 – 3 tahun -.046 .719

> 10 tahun -.230 .000*

> 10 tahun < 1 tahun -.100 .576

1 – 3 tahun .184 .140

3 tahun<X<10 tahun

.230 .000*

Perbezaan min pada tahap signifikan, p< .05

Amalan Kepemimpinan Distributif Berdasarkan Tempoh Berkhidmat Di sekolah Semasa

Jadual 13 menunjukkan dapatan bagi analisis ANOVA sehala bagi mengenalpasti perbezaan signifikan amalan kepemimpinan distributif pengetua kepada tempoh responden berkhidmat di sekolah semasa. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min kepemimpinan distributif pengetua (F (400) = 6.224, p = .000) berdasarkan tempoh berkhidmat di sekolah semasa. Ini menunjukkan terdapat perbezaan persepsi terhadap amalan kepemimpinan distributif pengetua merujuk kepada tempoh mereka berkhidmat di sekolah semasa.

Jadual 13. Analisis ANOVA sehala antara tempoh berkhidmat di sekolah semasa terhadap amalan kepemimpinan distributif

Pembolehubah

Tempoh berkhidmat di

sekolah semasaN M SP F nilai-p

Kepemimpinan Distributif

< 1 tahun 18 4.21 .35 6.224 .000*

1 – 3 tahun 55 3.97 .503 tahun<X<10

tahun188 4.06 .47

> 10 tahun 139 4.24 .46

Total 400 4.12 .48

Nota * Tahap signifikan, p< .05

Jadual 14. Analisis Post Hoc LSD antara tempoh berkhidmat di sekolah semasa

Page 11: Proceedings Template - WORD J03 DL.doc · Web viewMalaysian Education Development Blueprint (PPPM) through the fifth shift (teachers and school principals) in the second wave, which

terhadap amalan kepemimpinan distributif

Pembolehubah

(I) Tempoh Berkhidmat Di

sekolah Semasa

(J) Tempoh Berkhidmat Di

sekolah Semasa

Perbezaan Min (I – J) Sig(p)

Kepemimpinan Distributif

< 1 tahun 1 – 3 tahun .240 .0613 tahun<X<10 tahun

.154 .183

> 10 tahun -.029 .805

1 – 3 tahun < 1 tahun -.239 .061

3 tahun<X<10 tahun

-.085 .237

> 10 tahun -.269 .000*

3 tahun<X<10 tahun

< 1 tahun -.154 .183

1 – 3 tahun -.085 .237

> 10 tahun -.184 .001*

> 10 tahun < 1 tahun -.029 .805

1 – 3 tahun .269 .000*3 tahun<X<10 tahun

.184 .001*

Perbezaan min pada tahap signifikan, p< .05

Merujuk kepada Jadual 14 menunjukkan dapatan bagi analisis Post Hoc LSD bagi mengenalpasti perbezaan min signifikan amalan kepemimpinan distributif pengetua berdasarkan kepada tempoh berkhidmat di sekolah semasa responden. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan berdasarkan tempoh berkhidmat di sekolah semasa responden bagi yang berkhidmat di sekolah semasa antara satu hingga tiga tahun, yang berkhidmat antara tiga hingga sepuluh tahun dan yang berkhidmat lebih daripada sepuluh tahun terhadap amalan kepemimpinan distributif pengetua di sekolah mereka. Ini menunjukkan guru-guru yang berkhidmat di sekolah semasa sepuluh tahun dan ke atas mempunyai perbezaan persepsi yang lebih tinggi (min=4.24, SP=.46) terhadap amalan kepemimpinan distributif pengetua sekolah masing-masing berbanding dengan guru yang berkhidmat di sekolah semasa antara tiga hingga sepuluh tahun (min=4.06, SP.47) dan yang berkhidmat antara satu hingga tiga tahun (M=3.97, SP=.50).

Perbezaan Amalan Kepemimpinan Distributif Berdasarkan Kategori Sekolah

Bahagian ini menggunakan analisis independent t-test bagi menentukan perbezaan persepsi responden terhadap amalan kepemimpinan distributif pengetua berdasarkan kategori sekolah (SBT dan bukan SBT). Jadual 15 menunjukkan dapatan bagi Independent sample t-test bagi kepemimpinan distributif pengetua dan kepemimpinan guru berpandukan kepada kategori sekolah responden berkhidmat.

Jadual 15. Analisis t-test Antara Kategori Sekolah Berkhidmat Terhadap Amalan Kepemimpinan Distributif

Pembolehubah

Kategori Sekolah

Berkhidmat

N M SP t nilai-p

Kepemimpinan Distributif

SBT 200 4.11 .44 -.328 .743

Bukan SBT 200 4.12 .52

Nota * Tahap signifikan, p< .05, df = 398, SP = Sisihan Piawai, two tailed

Dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min kepemimpinan distributif pengetua (t = .006, p = .995) bagi guru yang berkhidmat di sekolah berprestasi tinggi (SBT) dan guru yang berkhidmat di sekolah bukan SBT. Ini menunjukan kategori sekolah responden berkhidmat tidak menunjukkan perbezaan persepsi terhadap amalan kepemimpinan distributif pengetua di sekolah masing-masing.

Tahap Amalan Kepemimpinan Distributif

Jadual 16 menunjukan persepsi responden terhadap kepemimpinan distributif pengetua. Kepemimpinan distributif terdiri daripada 4 dimensi; visi, misi dan matlamat; budaya sekolah; perkongsian tanggungjawab; dan amalan kepemimpinan.

Jadual 16. Tahap Kepemimpinan Distributif Pengetua

Statistik Diskriptif Min SP

FrekuansiTahapRenda

hSederhan

aTinggi

Page 12: Proceedings Template - WORD J03 DL.doc · Web viewMalaysian Education Development Blueprint (PPPM) through the fifth shift (teachers and school principals) in the second wave, which

Visi, Misi dan Matlamat 4.23 .5

31

(0.2%)59

(14.8%)

340(85.0%

)Tinggi

Budaya Sekolah 4.08 .5

1 - 78(19.5%)

322(80.5%

)Tinggi

Perkongsian Tanggungjawab

4.18 .57 - 58

(14.5%)

342(85.5%

)Tinggi

Amalan Kepemimpinan 3.98 .5

73

(0.7%)112

(28.0%)

285(71.3%

)Tinggi

Keseluruhan 4.12 .48 Tinggi

Nota: Rendah (1 – 2.33), Sederhana (2.34 – 3.66), Tinggi (3.67 – 5),

Berdasarkan persepsi guru-guru sekolah menengah terhadap kepemimpinan distributif pengetua, keempat-empat dimensi dinyatakan pada tahap yang tinggi. Didapati bahawa dimensi visi, misi dan matlamat menunjukkan tahap amalan paling tinggi, M =4.23, SP = .53. Diikuti yang kedua, dimensi perkongsian tanggungjawab, M = 4.18, SP = .57. Seterusnya yang ketiga dimensi budaya sekolah, M = 4.08, SP = .51. Kemudian dimensi amalan kepemimpinan, M = 3.98, SP = .57. Secara keseluruhan, persepsi guru-guru terhadap amalan kepemimpinan distributif adalah pada tahap tinggi (M = 4.12, SP = .48). Ini menunjukkan bahawa keseluruhan pengetua sekolah menengah di zon timur Semenanjung Malaysia melaksanakan kepemimpinan distributif di sekolah masing-masing pada tahap tinggi.

Rumusan Tahap Kepemimpinan Distributif Pengetua

Secara keseluruhan dapatan menunjukkan tahap amalan kepemimpinan distributif pengetua di sekolah menengah adalah pada tahap tinggi. Keempat-empat dimensi kepemimpinan distributif yang diamalkan oleh pengetua adalah pada tahap yang tinggi. Didapati dimensi visi, misi dan matlamat adalah merupakan dimensi yang paling tinggi, diikuti dimensi perkongsian tanggungjawab, budaya sekolah dan amalan kepemimpinan yang diamalkan oleh pengetua sekolah menengah. Berdasarkan dapatan

yang diperolehi, faktor kelulusan kelulusan akademik, tempoh perkhidmatan dan tempoh perkhidmatan berkhidmat di sekolah semasa yang menunjukkan perbezaan persepsi terhadap tahap amalan kepemimpinan distributif pengetua. Manakala faktor jantina, jawatan dan kategori sekolah pula tidak menunjukkan perbezaan persepsi terhadap kepemimpinan distributif pengetua di sekolah menengah di zon timur Semenanjung Malaysia.

Perbincangan Kajian

Demografi Responden dan Kepemimpinan

Berdasarkan objektif kajian yang kedua, menentukan perbezaan amalan kepemimpinan distributif berpandukan faktor demografi responden. Pemilihan faktor demografi adalah merujuk kepada kajian oleh Smith (2007) yang menjalankan kajian deskriptif kuantitatif untuk memahami penglibatan guru terhadap empat dimensi kepemimpinan distributif. Antara faktor demografi yang dikaji ialah jantina, kelulusan akedemik, jawatan di sekolah, tempoh perkhidmatan dan tempoh berkhidmat di sekolah semasa bagi responden kajian. Faktor-faktor demografi tersebut juga dikaji dalam kajian ini terhadap responden guru di sekolah menengah.

Berdasarkan dapatan menunjukkan bahawa faktor jantina dan jawatan di sekolah tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi persepsi responden terhadap kepemimpinan distributif. Didapati kelulusan akademik responden menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap kepemimpinan distributif pengetua. Seterusnya faktor tempoh perkhidmatan dan tempoh berkhidmat di sekolah semasa juga yang menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap kepemimpinan tersebut. Perkara yang sama diperolehi dapatan kajian Smith (2007) yang menyatakan bahawa guru yang berkhidmat lebih daripada 7 tahun menunjukkan penglibatan yang lebih terhadap kepemimpinan distributif.

Didapati bahawa guru-guru pasca siswazah lebih menunjukkan perbezaan persepsi terhadap kepemimpinan distributif pengetua di sekolah

Page 13: Proceedings Template - WORD J03 DL.doc · Web viewMalaysian Education Development Blueprint (PPPM) through the fifth shift (teachers and school principals) in the second wave, which

masing-masing. Didapati juga guru-guru yang berkhidmat sepuluh tahun dan ke atas mempunyai perbezaan persepsi yang lebih tinggi terhadap amalan kepemimpinan distributif pengetua di sekolah masing-masing berbanding dengan guru yang berkhidmat antara tiga hingga sepuluh tahun. Seterusnya didapati guru-guru yang berkhidmat di sekolah semasa sepuluh tahun dan ke atas mempunyai perbezaan persepsi yang lebih tinggi terhadap amalan kepemimpinan distributif pengetua di sekolah masing-masing berbanding dengan guru yang berkhidmat di sekolah semasa antara tiga hingga sepuluh tahun dan yang berkhidmat antara satu hingga tiga tahun.

Perbezaan Min Berdasarkan Kategori Sekolah

Berdasarkan objektif kajian; ketiga, menentukan perbezaan min kepemimpinan distributif pengetua antara sekolah berprestasi tinggi (SBT) dengan sekolah bukan SBT, dan keenam, menentukan perbezaan min kepemimpinan guru antara sekolah berprestasi tinggi (SBT) dengan sekolah bukan SBT. Dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min kepemimpinan distributif pengetua bagi guru yang berkhidmat di sekolah berprestasi tinggi (SBT) dan guru yang berkhidmat di sekolah bukan SBT. Ini menunjukan kategori sekolah responden berkhidmat tidak mempengaruhi persepsi terhadap amalan kepemimpinan distributif pengetua dan kepemimpinan guru.

Dapatan kajian adalah berbeza dengan dapatan oleh Gordon (2005) yang menyatakan terdapat perbezaan yang signifikan bagi dimensi kepemimpinan distributif antara sekolah berprestasi tinggi dan rendah di Connecticut. Dapat dirumuskan bahawa di sekolah menengah tidak terdapat perbezaan yang signifikan merujuk kepada faktor kategori sekolah. Samaada kategori sekolah kajian adalah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) atau sekolah bukan SBT kedua-dua kategori tersebut menunjukkan tiada perbezaan min yang signifikan terhadap kepemimpinan distributif pengetua berdasarkan persepsi responden kajian. Secara keseluruhan, kedua-dua kategori sekolah samada sekolah SBT atau sekolah bukan SBT adalah

mempunyai tahap amalan yang tinggi bagi kepemimpinan distributif berdasarkan persepsi responden kajian. Ini menunjukkan bahawa kategori sekolah responden berkhidmat tidak mempengaruhi persepsi responden terhadap kepemimpinan distributif pengetua di sekolah menengah. Dapatan ini juga menyokong dapatan kajian oleh Norasmah & Fazilah (2013) yang mendapati tahap kesediaan guru SMH terhadap amalan kepemimpinan distributif adalah pada tahap tinggi. Ini bermakna guru-guru sekolah menengah harian sudahbersedia mengamalkan kepemimpinan distributif. Kesediaan ini boleh membantu pengetua dalam pengurusan sekolah dengan lebih efektif dan lancar.

Tahap Amalan Kepemimpinan Distributif

Merujuk kepada objektif kajian pertama, mengenal pasti tahap amalan kepemimpinan distributif. Merujuk kepada dapatan yang menunjukkan bahawa tahap amalan kepemimpinan distributif pengetua di sekolah menengah adalah tinggi berdasarkan persepsi responden. Didapati bahawa persepsi responden kebanyakan bersetuju dengan pernyataan tentang visi, misi dan matlamat; pernyataan perkongsian tanggungjawab; pernyataan budaya sekolah; dan pernyataan amalan kepemimpinan mengikut turutan masing-masing. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian oleh Rosnarizah & Zulkefli (2009); Nurulaim Asyikin & Suhaida (2013); Norasmah & Rofilah (2013), Zuraidah Juliana, Yahya & Siti Noor (2014).

Manakala, purata skor min persepsi responden yang tinggi keseluruhan kepemimpinan distributif dalam kajian ini menunjukkan fakta bahawa, dalam memenuhi kompetensi individu memenuhi keperluan sekolah perlu di rancang supaya kepakaran diberikan keutamaan dan dibentuk bagi memenuhi keperluan kompetensi yang wujud. “Kepemimpinan distributif memastikan tentang kemahiran dan pengetahuan individu-individu selayaknya digunakan. Kepemimpinan distributif - menggalakkan tahap tinggi komitmen dan kepuasan.”(Elmore, 2000). Skor min tinggi menunjukkan guru-guru bersetuju bahawa pengetua

Page 14: Proceedings Template - WORD J03 DL.doc · Web viewMalaysian Education Development Blueprint (PPPM) through the fifth shift (teachers and school principals) in the second wave, which

di sekolah menengah melaksanakan penetapan dan perkongsian visi, misi dan matlamat. Ianya juga selari dengan kenyataan Newmann dan Simmons (2000) yang merumuskan antara elemen utama kepemimpinan distributif ialah perkongsian visi dengan matlamat yang jelas iaitu fokus kepada pembelajaran murid. Elemen yang harus diberikan penekanan dalam perkongsian visi, misi dan matlamat ialah peranan yang lebih menyeluruh daripada pihak murid dan ibubapa mereka. Selari dengan dapatan Rosnarizah dan Zulkefli (2009) menyatakan, ibubapa dan murid sekolah masih belum menghayati visi dan misi, satu usaha perlu ditingkatkan bagi memperluaskan perkongsian visi dan misi.

Secara keseluruhannya, skor min tinggi berdasarkan persepsi responden dapat dihubungkan dengan tahap amalan kepemimpinan distributif pengetua sekolah menengah adalah pada tahap yang tinggi. Dapatan ini menunjukkan guru-guru bersetuju dengan amalan kepemimpinan distributif pada tahap yang tinggi di sekolah menengah. Dapatan tersebut selari dengan dapatan oleh Zuraidah Juliana, Yahya & Siti Noor (2014), amalan kepemimpinan distributif berada pada tahap yang tinggi di mana setiap dimensi kepemimpinan distributif juga berada pada tahap yang tinggi. Iaitu dimensi menunjukkan contoh; menginspirasikan perkongsian visi; mencabar proses, membolehkan orang lain bertindak dan memberi galakan. Dapatan ini menunjukkan bahawa secara umumnya, pemimpin di Sekolah Menengah Kebangsaan di negeri Kedah mempunyai nilai kepemimpinan distributif yang tinggi, khususnya dari segi membolehkan orang lain bertindak (Zuraidah Juliana, Yahya & Siti Noor, 2014). Menurut Jaimes (2009), didapati kepemimpinan distributif adalah memotivasi, meyakinkan dan memperkasakan individu. Analisis mendapati kewujudan visi, misi dan matlamat; pengkongsian tanggungjawab; budaya sekolah; dan amalan kepemimpinan sebagai turutan kepentingan bagi amalan kepemimpinan distributif di sekolah menengah.

Selain itu dapatan kajian oleh Nurulaim & Shuhada (2013) menunjukkan kepemimpinan distributif di sekolah di daerah Kangar, Perlis adalah pada tahap

sederhana. Namun kajian tersebut mencadangkan kepemimpinan distributif di sekolah perlu dipertingkatkan lagi supaya guru dapat memberi sumbangan yang lebih baik untuk memajukan sekolah. Selari dengan penekanan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 -2025) melalui Gelombang 2; Meluaskan sokongan pembinaan keupayaan dan keluwesan pengoperasian memartabatkan profesion keguruan dan menganjak kea rah kepemimpinan distributif. Selaras dengan amalan terbaik pada peringkat antaranbangsa, Kementerian akan berganjak ke arah model kepemimpinan distributif yang dapat meningkatkan kepemimpinan berkualiti dalam setiap peringkat organisasi di sekolah (PPPM, 2013 -2025).

Kesimpulan

Dapatan kajian juga telah berupaya memperlihatkan perbezaan persepsi yang signifikan daripada kelompok guru pasca siswazah dan kelompok guru senior di sekolah menengah terhadap kepemimpinan distributif pengetua di sekolah masing-masing. Kategori sekolah samada SBT atau bukan SBT tidak mempengaruhi persepsi guru-guru terhadap kepemimpinan distributif pengetua di sekolah masing-masing. Didapati tahap amalan kepemimpinan distributif pengetua sekolah menengah di Malaysia adalah pada tahap tinggi.

Sehubungan dengan itu beberapa kajian lanjutan dicadangkan sebagai penambahbaikan bagi kajian tahap amalan kepemimpinan distributif. Berikut merupakan cadangan yang boleh dijadikan pertimbangan bagi kajian pada masa akan datang:

i) Kajian ini dijalankan secara tinjauan dan berbentuk kuantitatif. Oleh yang demikian, dapatan kajian hanyalah berbentuk pandangan dan persepsi daripada responden. Untuk kajian yang akan datang, dicadangkan pengkaji boleh memperkembangkan kepada kaedah penyelidikan kualitatif. Pemerhatian dan temu bual boleh dilakukan ke atas

Page 15: Proceedings Template - WORD J03 DL.doc · Web viewMalaysian Education Development Blueprint (PPPM) through the fifth shift (teachers and school principals) in the second wave, which

amalan kepemimpinan distributif pengetua di sekolah. Ini dapat membantu pengkaji mengkaji dengan lebih mendalam tentang amalan kepemimpinan pendidikan di sekolah.

ii) Kajian ini dilakukan hanya mewakili negeri-negeri di zon timur Semenanjung Malaysia sahaja. Oleh yang demikian, dicadangkan agar kajian yang akan datang boleh dijalankan dengan lebih meluas menggunakan populasi berbeza merangkumi zon-zon yang lain di Malaysia untuk melihat keselarian terhadap dapatan kajian ini. Ini dapat memberi gambaran dan persepsi dalam membuat perbandingan yang lebih relevan tentang kepemimpinan pendidikan di sekolah.

iii) Kajian lanjutan boleh dijalankan dengan melihat amalan kepemimpinan distributif pengetua sebagai pemboleh ubah tak bersandar dihubungkan dengan satu lagi pembolehubah bersandar yang lain seperti pencapaian pelajar dan lain-lain. Budaya kepemimpinan sekolah daripada model hieraki ‘atas-bawah’ kepada struktur lebih mendatar yang melibatkan semua ahli komuniti sekolah perlu diperluaskan. Hal ini kerana corak kepemimpinan dan sistem pendidikan kini sedang mengalami ledakan perubahan yang ketara. Kepemimpinan semua pihak di sekolah diperlukan bagi meningkatkan kemajuan sekolah khususnya terhadap pembelajaran pelajar (Abdul Ghani Kanesan & Anandan, 2012).

iv) Kajian ini berlandaskan model yang dihasikan oleh Elmore (2000), Spillane (2001), dan Gronn (2002) bagi kepemimpinan distributif. Dicadangkan agar kajian yang akan datang dapat meneroka dan menggunakan model-model kepemimpinan distributif yang

lebih terkini seperti model oleh Spillane (2006) dan Harris (2014).

v) Kajian ini dilakukan hanya mewakili sekolah-sekolah menengah di Malaysia sahaja. Oleh itu dicadangkan kajian perbandingan dengan kajian oleh pengkaji dari luar negara, kajian amalan kedua-dua kepemimpinan berkenaan yang diamalkan terutama di negara-negara maju.

vi) Kajian ini hanya melihat amalan kepemimpinan distributif pengetua di sekolah menengah. Disebabkan data berkaitan guru penolong kanan dan ketua bidang adalah terhad diagnostik yang dijalankan menumpukan hanya kepada peranan pengetua. Seterusnya pelan tindakan ini merangkumi pendekatan yang lebih luas tentang kepemimpinan melalui jawatan di sekolah iaitu pengetua/guru besar, guru penolong kanan dan guru lain. (PPPM, 2013). Seterusnya dicadangkan satu kajian kesediaan amalan kepemimpinan distributif dan kepemimpinan guru yang melibatkan sampel yang mewakili sekolah menengah dan rendah seluruh Malaysia sebelum implimentasi dasar PPPM dilaksanakan pada gelombang ke-2 bermula tahun 2016 kelak.

Bagi memastikan amalan kepemimpinan berkenaan, pendedahan dan latihan tentang konsep dan kaedah perlaksanaan diperlukan. Berkaitan pendedahan dan latihan kepemimpinan, dicadangkan pihak institusi latihan pengurusan dan kepemimpinan pendidikan memainkan peranan berkenaan. Institut Aminuddin Baki, KPM dicadangkan untuk merancang dan melaksanakan modul-modul latihan bersesuaian. Modul berkenaan juga boleh dimasukkan dalam modul latihan bagi Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (National Professional Qualification for Educational Leaders - NPQEL). Selaku bakal pemimpin, peserta kursus berkenaan amat sesuai didedahkan dengan

Page 16: Proceedings Template - WORD J03 DL.doc · Web viewMalaysian Education Development Blueprint (PPPM) through the fifth shift (teachers and school principals) in the second wave, which

kepemimpinan berkenaan untuk diamalkan di sekolah masing-masing.

Seterusnya pihak-pihak berkenaan yang menyediakan latihan kepemimpinan pendidikan juga diharap dapat membina modul latihan yang bersesuaian. Peranan oleh semua pihak akan membudayakan amalan kepemimpinan berkenaan. Dengan adanya maklumat tentang kepemimpinan distributif ini, diharap membantu pihak KPM, JPN mahupun PPD untuk merancang dan menyediakan kursus-kursus yang berkaitan. Kursus perkembangan profesionalisma harus diadakan bagi mempromosi, melatih dan membimbing guru-guru menjadi pemimpin di sekolah dalam usaha meningkatkan kualiti profesional guru dan prestasi sekolah. Bahagian Perancangan dan Dasar KPM seharusnya dapat mengunakan dapatan kajian sebagai rujukan dan garis panduan. Kajian ini secara tidak langsung menyokong PPPM 2013-2025 bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin seterusnya menjayakan hasrat KPM bagi menempatkan pemimpin berprestasi tinggi di setiap sekolah di Malaysia.

Page 17: Proceedings Template - WORD J03 DL.doc · Web viewMalaysian Education Development Blueprint (PPPM) through the fifth shift (teachers and school principals) in the second wave, which

Rujukan

Abdul Ghani Abdullah (2009). Kepemimpinan & Penambahbaikan Sekolah. Selangor. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz dan Mohammed Zohir Ahmad (2010). Gaya-gaya Kepimpinan dalam Pendidikan. Selangor. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Abu Daud Silong (2009). Leadership Theories, Research & Practices : Framing Future Leadership Thingking. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Ahmad Mahzan Ayob (2002). Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amin Senin (2008). Institut Aminuddin Baki Melangkah Ke Hadapan. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.

Ayob Jantan (2005). Pengetua Sekolah yang Efektif. Selangor. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Azlin Norhaini Mansor. (2004). Amalan Pengurusan Pengetua : Satu Kajian Kes. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan IAB Ke 12, 2004.

Baharuddin Burhan (2009). Respective Approaches in Promoting Distributive Leadership in school. Kertas kerja dalam 16th National Seminar on Educational Management and Leadership Institute Aminuddin Baki. Malaysia: KPM.

Chamberland L. (2009). Distributed Leadership : Developing A New Practices An Action Research Study. Dissertation of Doctor of Education. University Of California. Santa Cruz.

Gronn, P. (2002). Distributed leadership as a unit of analysis. Leadership Quarterly, 13(4), hlm. 423.

Gronn, P. (2002). Distributed leadership. Dalam K. Leithwood & P. Hallinger (Eds.), International handbook of educational leadership & administration ( hlm.. 653-696). Boston: Kluwer.

Harris, A. (2004). Distributed leadership and school improvement: Leading or misleading? Educational Management Administration and Leadership, 32(1), hlm. 11-24.

Harris, A. (2014). Distributed Leadership Matters: Perspectives, Practicalities, and Potential. Thousand Oaks, CA: Corwin.

Harris, A.; Leithwood, K.; Day, C.; Sammons, P.; & Hopkins, D. (2007). Distributed Leadership and Organizational Change: Reviewing the evidence. Journal of Education Change, 8 (4), hlm. 337-347.

Harris A and Spillane J (2008) Distributed leadership through looking glass. Management in Education, 22(1): hlm. 31–34.

Harrison, N. (2005). The impact of distributed leadership on teachers. Unpublished doctoral dissertation, Indiana University, Bloomington.

Hussein Mahmood (2008). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah, Edisi Ke-2. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ishak Sin (2009). Bicara : Kepimpinan Distributif. Dimuat turun dari http://collegecottage.blogspot.com/2009_07_01_archive.html

Jaimes, I. J. (2009). Distributed Leadership Practices In School : Effect On The Development of Teacher Leadership, A Case Study. Dissertation of Doctor of Education. University Of Southern California.

Jamilah Ahmad dan Yusof Boon (2011). Amalan Kepimpinan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Di Malaysia. Journal of Edupres, 1, hlm. 323-335.

Kamaruzaman Moidunny dan Norasmah Othman (2008). Kepimpinan Pendidikan dan Pengurusan Pendidikan: Cabaran kepada Guru Besar dan Pengetua. Genting Highlands. Institut Aminuddin Baki. Press.

Lambert, L. (2010). Keupayaan Kepemimpinan untuk Pembangunan Sekolah yang Berterusan. Selangor. Institut Terjemahan Negara Malaysia Bhd. & Institut Aminuddin Baki.

Page 18: Proceedings Template - WORD J03 DL.doc · Web viewMalaysian Education Development Blueprint (PPPM) through the fifth shift (teachers and school principals) in the second wave, which

Lashway, L. (2003). Distributed leadership. ERIC Clearinghouse on Educational Management, Research Roundup, 19(4).

Maimunah Muda (2005). Kepemimpinan situasi di kalangan pengetua sekolah menengah di Malaysia. Tesis Dr Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mangin, M. M. (2005). Distributed leadership and the culture of schools: Teacher leaders’ strategies for gaining access to classrooms. Journal of School Leadership, 15(4), hlm. 456-484.

National College for School Leadership (NCSL) (2003). Distributed leadership: Full report. London: Author.

Norasmah Othman & Rofilah Md. Said (2013). Tahap Kesediaan Guru Sekolah Menengah Harian Mengamalkan Kepimpinan Tersebar. Jurnal Teknologi (Social Sciences). 64:1, hlm 93–100. Dimuat turun daripada http://www.jurnalteknologi.utm.my/index.php/jurnalteknologi/article/view/1557/1550

Northouse, P. G. (2007). Leadership: Theory and practice. Thousand Oaks: Sage Publications.

Nurulaim Asyikin Zakaria & Suhaida Abdul Kadir (2013). Kepimpinan Distributif Sekolah Menengah di Daerah Kangar, Perlis. Prosding Seminar Pasca Siswazah Dalam Pendidikan (GREDUC 2013). hlm. 131-136. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (2012). Putrajaya. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Robiah Sidin (2003). Teori Pentadbiran Pendidikan Satu Pengenalan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia

Rosnarizah Abdul Halim dan Zulkifli Abdul Manaf (2009). Kajian Eksplorasi Distributed Leadership Di Malaysia. Kertas kerja dalam 16th National Seminar on Educational Management and Leadership Institute Aminuddin Baki. Malaysia: KPM.

Ruhizan Mohammad Yasin (2010) . Latar Belakang Penyelidikan. Dalam Penyelidikan Dalam Pendidikan. Noraini Idris, (hlm. 1-15). Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Siva Rabindarang (2014). Kepimpinan Distributif, Komitmen Organisasi dan Tekanan Kerja Di Kolej Vokasional, Malaysia. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Southworth, G. (2004b). Learning Centred Leadership, Distributed Leadership Booklet. 4.1, chapter 7. UK: National College for School Leadership Nottingham.

Spillane, J., Halverson, R., & Diamond, J. (2001). Investigating school leadership practice: A distributed perspective. Educational Researcher, 30(3), 23-28.

Spillane, J. P., Diamond, J. B., and Jita, L. (2003). Leading instruction: The distribution of leadership for instruction. Journal of Curriculum Studies, 35(5): 533-43.

Spillane, J., Diamond, J., Sherer, J. & Coldren, A. (2005). Distributing Leadership. Chapter 3 in Coles, M and Southworth, G. Developing Leadership: Creating the Schools for Tomorrow. New York: OU Press.

Spillane, J. P. (2006). Distributed Leadership. San Francisco, CA: Jossey-Bass.

Spillane, J. P. & Camburn E. (2006). The Practice of Leading and Managing: The Distribution of Responsibility for Leadership and Management in the Schoolhouse. Kertas kerja yang dibentangkan di AERA San Francisco. April 2006 (www.jstor.org : December 2010)

Spillane, J. P., & Diamond, J. B. (2007). Distributed leadership in practice. New York, NY: Teachers College Press.

Spillane, J. (2008). Leading and Managing Educational Change: Engaging the Challenge in Practice; presentation at NCCA Conference, October 2008. Carrickmacross, Co. Monaghan.

Spillane, J. P., & Sherer, J. Z. (2004). A Distributed perspective on school leadership: Leadership practice as stretched over people and place. Kertas kerja yang dibentangkan di The American Education Research Association Annual Meeting and Conference, San Diego, California.

Page 19: Proceedings Template - WORD J03 DL.doc · Web viewMalaysian Education Development Blueprint (PPPM) through the fifth shift (teachers and school principals) in the second wave, which

Storey, A. (2004). The problem of distributed leadership in schools. School leadership and management, 24(3), 249-265.

Zaidatul Akmaliah Lope Pihie dan Foo Say Fooi (2003). Pengurusan Dan Kepemimpinan Pendidikan:Satu langkah ke hadapan. Serdang:Penerbit Universiti Putra Malaysia.