penilaian tahap pelaksanaan amalan 5s dalam...
TRANSCRIPT
Journal of Business and Social Development e- ISSN: 2600-9668 Volume 6 Number 2, September 2018 ©Penerbit UMT
PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DALAM KALANGAN STAF
PENTADBIRAN MENGGUNAKAN MODEL RASCH, KAJIAN KES DI KOLEJ
PERNIAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
MOHD NORHASNI MOHD ASAAD1*, ROHAIZAH SAAD1 , MOHD AKHIR AHMAD1
DAN ROSMAN ITENG1
1Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah
*Corresponding author: [email protected]
Abstrak: Sejajar dengan perkembangan global, kerajaan Malaysia melalui
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU) telah merancang langkah-langkah untuk mengubah
perkhidmatan awam bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan.
Terdapat usaha untuk memantapkan pengurusan pejabat melalui
pengenalan amalan 5S. Walaupun banyak kajian telah dijalankan dan
dibincangkan oleh penyelidik, terutamanya dalam menerima pakai kaedah
pengurusan Jepun seperti 5S, ia masih belum menemui kesimpulan konkrit
mengapa beberapa organisasi menghadapi kegagalan. Tujuan kajian ini
adalah untuk mengkaji tahap pelaksanaan 5S di kalangan staf pentadbiran
di Universiti Utara Malaysia (UUM). Kajian ini menggunakan Item Response Theory (IRT) untuk memeriksa tahap pelaksanaan 5S. Model
Rasch dengan perisian Winsteps 3.6 telah digunakan dalam kajian ini
kerana keupayaannya dalam mentafsir dan menganalisis keupayaan
responden dalam melaksanakan perkara yang sukar. Soal selidik dalam
talian telah diedarkan secara rawak kepada staf pentadbiran. Dapatan
kajian ini dapat membangunkan suatu profil amalan 5S di mana ia
menunjukkan bahawa kejayaan pelaksanaan 5S boleh dipertingkatkan
dengan memberi tumpuan kepada inovasi dan penambahbaikan yang
berterusan.
Kata Kunci: 5S, Prestasi perkhidmatan, Model Rasch
Pengenalan
Amalan 5S merupakan satu program peningkatan kualiti di dalam sesebuah
organisasi yang dilaksanakan secara
berterusan. Amalan ini pada asalnya
dilaksanakan dalam sektor industri dan
dikembangkan ke sektor perkhidmatan di
negara Jepun. Amalan 5S mula dilaksanakan
di Malaysia di bawah Dasar Pandang Ke
Timur oleh pihak kerajaan melalui
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
dan Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Perkataan 5S ini berasal
daripada bahasa Jepun dan terjemahkan ke
dalam Bahasa Malaysia sebagai Sisih (Seiri),
Susun (Seiton), Sapu (Seiso), Seragam
(Seiketsu) dan Sentiasa Amal (Shitsuke)
(MAMPU, 2010). Ia juga adalah selaras
dengan Misi Nasional yang dibentangkan
dalam Rancangan Malaysia Kesembilan
Mohd Norhasni Mohd Asaad et.al
(RMK 9) ke arah mencapai Wawasan 2020.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah
mengumumkan dasar 5S di KPT iaitu
memastikan amalan 5S dilaksanakan secara
berterusan melalui budaya kerja cemerlang dengan mengutamakan kerja secara
berpasukan ke arah meningkatkan kualiti
perkhidmatan, persekitaran yang bersih,
selamat dan memenuhi kepuasan pelanggan.
Sehubungan itu UUM mula memperkenalkan
amalan 5S kepada staf pentadbiran semenjak
tahun 2002. Perlaksanaan program 5S ini
adalah untuk membudayakan staf UUM
tentang kepentingan kualiti (Asaad, Saad, &
Rushami Zien Yusoff, 2012). Banyak usaha
telah dijalankan dalam meningkatkan amalan
5S di kalangan staf pentadbiran namun begitu hasil audit dalaman 5S mendapati
masih ramai staf pentadbiran kurang
memahami dalam melaksanakan amalan 5S
(Mohd Norhasni Mohd Asaad, Rushami Zien
Yusoff, & Sanuri, 2013). Selain daripada
kajian 5S di Institut Pengajian Tinggi di
Malaysia terdapat beberapa kajian amalan 5S
lain seperti kajian amalan 5S dalam
kemahiran hidup di sekolah rendah (Wan
Abdullah Bin Wan Ahmad, 2013), kajian
jurang pelaksanaan 5S (Mohd Norhasni Mohd Asaad et al., 2013), kajian amalan
budaya kualiti amalan 5S (Mohammad,
2010) dan impak amalan 5S (“Laporan
Kajian Terhadap Impak Pelaksanaan Amalan
5S/QE di Jabatan Negeri dan Persekutuan
Negeri Kelantan Tahun,” 2013). Namun
begitu kebanyakan kajian yang dilaksanakan
menggunakan data audit dalaman dan hanya
melihat dari segi impak pelaksanaan tetapi
tidak mengenalpasti faktor-faktor
penyumbang kejayaan pelaksanaan amalan
5S di perkhidmatan awam. Sebahagian daripada artikel pula tidak diterbitkan di
jurnal berwasit. Oleh sebab itu kajian ini
ingin menilai sejauhmana keupayaan staf
pentadbiran dalam melaksanakan amalan 5S
dan juga mengenalpasti faktor-faktor
penyumbang kejayaan pelaksanaan amalan
5S. Disamping itu kajian ini juga akan
membentuk profil item pelaksanaan 5S.
Kajian ini hanya memfokuskan staf
pentadbiran yang berkhidmat di pejabat
Pusat Pengajian Kolej Perniagaan UUM.
Terdapat lima pusat pengajian dalam kolej
Perniagaan UUM iaitu Pusat Pengajian
Pengurusan Perniagaan, Pusat Pengajian
Perakaunan, Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Pusat Pengajian Pengurusan
Teknologi dan Logistik, Pusat Pengajian
Ekonomi, Kewangan dan Pentadbiran.
Kawasan pelaksanaan 5S merangkumi
kawasan & laluan pejabat, setor, bilik
mesyuarat, bilik fail, surau dan tandas
sepertimana terdapat dalam skop audit
dalaman 5S UUM.
Amalan 5S
Amalan 5S pada asalnya merupakan amalan
pengurusan yang dilaksanakan dalam sektor
swasta seperti syarikat dan kilang di negara
Jepun (Manuel, Suárez-Barraza, Juan, &
Ramis-Pujol, 2012). Sejak tahun 1986 idea
pengurusan pejabat daripada negara matahari
terbit ini telah tersebar ke seluruh dunia
termasuklah negara Malaysia melalui Dasar
Pandang ke Timur. Daripada perkataan Jepun ianya telah disesuaikan pula dengan
patah perkataan dalam Bahasa Malaysia iaitu
Sisih (Seiri), Susun (Seiton), Sapu (Seiso),
Seragam (Seiketsu) dan Sentiasa Amal
(Shitsuke)(MAMPU, 2010). Kaedah Amalan
5S adalah menjadi salah satu pendekatan
terbaik bagi mengubah persekitaran pejabat
menjadi kemas, teratur dan kondusif serta
membentuk budaya kerja cemerlang.
Jadual 1 menerangkan beberapa
terjemahan dalam bahasa Inggeris dan
bahasa Melayu yang berbeza tetapi
mempunyai maksud yang sama.
Mohd Norhasni Mohd Asaad et.al
Jadual 1: Definisi 5S 5S
/
Pen
gar
ang
Def
inis
i
(Per
bad
anan
Pro
dukti
vit
i
Mal
aysi
a)
Per
bad
anan
Pro
dukti
vit
i
Mal
aysi
a (M
PC
)
Univ
ersi
ti U
tara
Mal
aysi
a
(UU
M)
Gre
ene
(2002)
(Faw
az, Ja
yan
t, &
Kim
LaS
cola
, 2006)
(Esa
in, W
illi
ams,
& M
asse
y,
2008;
Mai
n,
Tau
bit
z, &
Wood, 2008
; S
ingh,
Choudhury
, T
iwar
i, &
Mau
ll,
2006)
Rod, R
on dan
Kao
ru (
2008)
Seiri Menyisih dan membuang barangyang tidak perlu di tempat kerja.
Sisih Sisih Sifting Sorting Sort Organization
Seiton Menyusun dan
menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan semula di tempatnya.
Susun Susun Sorting Straightening Set in order Cleaning
Seiso
Mencuci
tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran di lantai, mesin dan peralatan.
Sapu Suci Sweeping Sweeping and
cleaning
Shine Neatness
Seiketsu Seragam &
memelihara kebersihan dan penyusunan sepanjang masa serta mengamalkan sistem Seiri-Seiton-Seiso
dengan berkesan.
Seragam Seragam Standardize Systematizing Standardize Standardization
Shitsuke Berdisiplin dan melatih pekerja mematuhi peraturan dan berbudaya kualiti di
tempat kerja
Sentiasa Amal
Sentiasa Amal
Sustain Standardi zing
Sustain Discipline
Sumber: Mohd Norhasni Mohd Asaad & Rushami Zien Yusoff, (2014)
Mohd Norhasni Mohd Asaad et.al
Prestasi Perkhidmatan
Mengurus prestasi perkhidmatan adalah
penting dalam membentuk strategi untuk
menghadapi persaingan global dan
pasaran yang lebih kompetitif dalan
sektor perkhidmatan (Parameshwaran, R., Srinivasan P.S.S, & Punniyamoorthy, M.
2009). Tidak dinafikan sektor
perkhidmatan memainkan peranan
penting dalam memajukan sesebuah
Negara. Terdapat banyak kajian berkaitan
prestasi tertumpu kepada prestasi
pembuatan dan masih berkurangan dalam
pengukuran prestasi perkhidmatan
(Sinclair & Zairi, 2000).
Banyak kajian mengenai pengukuran
prestasi dalam bidang perkhidmatan telah
tertumpu pada adaptasi prestasi
pembuatan seperti pengukuran
produktiviti, kualiti dan kepuasan
pelanggan. Isu yang sering
diperbincangkan untuk analisis prestasi perkhidmatan termasuk bagaimana
prestasi ditakrifkan, apa kaedah
diperolehi untuk mengukur prestasi, dan
bagaimana perkhidmatan dimensi dipilih
(Chen & Yang, 2000). Kajian ini melihat
kesan perlaksanaan amalan 5S terhadap
prestasi perkhidmatan yang merangkumi
produktiviti, kualiti, kos, penghantaran
dan keselamatan. (MAMPU, 2016; MPC,
2016; Belpanno & Pinna, 2015)
Metodologi Kajian
Kajian ini merupakan kajian formal yang
diusahakan bagi menyediakan jawapan kepada persoalan-persoalan kajian ini.
Kajian akan melibatkan pengumpulan
data empirikal daripada staf pentadbiran
di pusat-pusat pengajian dalam Kolej
Perniagaan UUM melalui penggunaan
soal-selidik. Soal selidik yang akan
dibangunkan bersifat soalan berstruktur.
Soal selidik yang dibangunkan
diadaptasikan dari kajian-kajian lepas dan
mendapat pandangan dari pakar-pakar dalam organisasi (Cubalchini-Travis,
2007; Hernández Lamprea, Camargo
Carreño, & Martínez Sánchez, 2015;
Perkhidmatan, 2010). Ujian
kebolehpercayaan dilakukan untuk
memastikan pengukuran yang konsisten
mengikut masa termasuk item instrumen.
Dalam model Rasch, kebolehpercayaan
instrumen ini dapat dilihat melalui item
dan person (Andrich 2011).
Kajian tergolong dalam kategori
“probability sampling” disebabkan
jumlah populasi diketahui dan
mempunyai kebarangkalian untuk dipilih
sebagai sampel kajian (Cavana,
Delahaye, & Sekaran, 2001; Cooper &
Schindler, 2000). Jenis persampelan
rawak mudah akan digunakan dalam kajian ini. Jenis persampelan ini dipilih
disebabkan keupayaannya untuk
dilakukan generalisasi keputusan kajian
adalah tinggi (Cavana dan rakan-rakan,
2001). Oleh kerana kajian ini merupakan
kajian yang bersifat tinjauan, responden
yang dipilih terdiri dari kalangan yang
mempunyai pengetahuan, pengalaman,
kemahiran dan terlibat secara langsung
dalam pengkhidmatan pentadbiran di
universiti. Populasi kajian adalah 70 dan saiz sampel adalah 59 (Krejcie, 1970).
Proses kutipan data ini dijalankan secara
diatas talian. Sebanyak 55 data telah
dikutip dan dianalisa menggunakan
perisian Winsteps 3.6. Instrumen kajian
dibahagikan kepada dua bahagian utama
seperti berikut:
PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DALAM KALANGAN STAF PENTADBIRAN
MENGGUNAKAN MODEL RASCH. KAJIAN KES DI KOLEJ PERNIAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
(UUM)
Bahagian 1: Bahagian ini digunakan untuk
mendapatkan profil latarbelakang responden.
Dalam Winsteps responden dikenali sebagai
person dan diberi kod person. Contohnya
kod “01ABCD” menunjukkan 01 adalah
bilangan responden, A adalah Pusat
pengajian, B adalah Jawatan C adalah Jantina dan D adalah tahun
berkhidmat.Bahagian 2: Bahagian ini
mengukur item-item amalan 5S. Soalan-
soalan kajian dibahagikan kepada enam
kategori iaitu A) Produktiviti B) Kualiti C)
Kos D) Penghantaran E) Keselamatan dan F)
Inovasi & Penambahbaikan. Dalam Winsteps
soalan kajian dikenali sebagai item dan
diberi pengkodan. Contohnya kod “A1”
menunjukkan A adalah kategori Produktiviti
manakala “1” adalah bilangan item. Lima
skala Likert (1-5) digunakan dalam kajian
ini.
Model Rasch
Model Rasch mempunyai beberapa ciri
istimewa yang dapat menyelesaikan masalah.
Pertama, model Rasch melibatkan parameter yang paling sedikit supaya ia lebih mudah
diaplikasikan. Kedua, model Rasch
mempunyai objektif yang spesifik iaitu
membenarkan pemisahan lengkap item dan
keupayaan anggaran (Hambleton & Rogers,
1989). Anggaran keupayaan boleh
dilakukan tanpa kecenderungan dan secara
bebas daripada item-item yang dipilih
daripada item-item yang bersesuaian dengan
model. Tambahan pula, anggaran kesukaran
item boleh dilakukan tanpa kecenderungan dan secara bebas daripada responden yang
dipilih daripada populasi yang bersesuaian
dengan model.
Dalam ujian tradisional, taburan
berselerak digunakan untuk menubuhkan
regresi yang terbaik. Walau bagaimanapun, ramalan daripada tindak balas ordinal adalah
hampir mustahil kerana ketiadaan skala
selang. Penyelesaian biasa dalam pendekatan
regresi linear adalah untuk mewujudkan
garisan yang terbentuk daripada titik-titik
yang sesuai dengan sebaik mungkin, yang
kemudiannya akan digunakan untuk
membuat ramalan-ramalan yang diperlukan
oleh inter-polation atau exra-polation (Bond
& Fox, 2007; Saidfudin Azrilah, A. A.,
Rodzo’an, N. A., Omar, M. Z., Zaharim, A.,
& Basri, H., 2010) seperti dalam Rajah 1
Konsep garisan padanan terbaik.
y = β0 + β1 m (1)
e e
e
e
Rajah 1: Konsep garisan padanan terbaik
Mohd Norhasni Mohd Asaad et.al
Dalam mendapatkan garisan padanan
terbaik , wujud perbezaan di antara titik
sebenar; yi dan titik ramalan; ýi di atas
garisan padanan terbaik. Perbezaan ini
dirujuk sebagai ralat, e
yi – ýi = ei (2)
Disebabkan sentiasa ada kesilapan
yang terlibat di dalam model ramalan,
model berketentuan persamaan
(deterministic model of equation) (1)
menjadikan ia kurang dipercayai. Hal ini
boleh diatasi dengan mengubahnya
menjadi model kebarangkalian termasuk
ralat ramalan ke dalam persamaan;
y = β0 + β1m + e (3)
Di bawah falsafah Rasch data yang
dikumpul perlu sesuai dengan spesifikasi
model Rasch daripada cuba mewujudkan
"garisan padanan terbaik" (Bond & Fox,
2007; Saidfudin Azrilah, A. A.,
Rodzo’an, N. A., Omar, M. Z., Zaharim,
A., & Basri, H., 2010). Rasch mengalih
konsep kebolehpercayaan dari mewujudkan "garisan padanan terbaik"
data kepada mengeluarkan alat ukuran
yang boleh diulang-ulang dan boleh
dipercayai (Smith, 2004). Model Rasch
menggunakan pembaris logit yang
berskala linear dengan pemisahan sela
yang sama.
Model Rasch adalah model
kebarangkalian, ia adalah mengenai
peluang untuk memilih satu
pangkat(rank) di mana ia melibatkan
nisbah ganjil. Rajah 2 di bawah
menunjukkan rajah garisan
keberangkalian.
1/99 10/90 20/80 30/70 40/60 50/50 60/40 70/30 80/20 90/10 99/1
1/99 10/90 20/80 30/70 40/60 50/50 60/40 70/30 80/20 90/10 99/1
Rajah 2: Garisan keberangkalian
Dalam usaha untuk mencapai skala sela
yang sama, logaritma digunakan untuk
nilai kebarangkalian ganjil. Sebagai
contoh, nilai 1/99 adalah bersamaan
dengan 10-2 apabila log10 terpakai
baginya, maka log1010-2 adalah
bersamaan dengan -2.0 dan nilai log1010-1
bersamaan dengan -1 manakala nilai
log101 bersamaan dengan 0 dan
seterusnya (Aziz, 2008) Rajah 3 di bawah
menunjukkan pembaris logit yang
digunakan.
PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DALAM KALANGAN STAF PENTADBIRAN
MENGGUNAKAN MODEL RASCH. KAJIAN KES DI KOLEJ PERNIAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
(UUM)
10-2
0.01
100
1
102
100
-2 0.0 +2
Rajah 3: Pembaris logit
Ia melihat kebarangkalian kejayaan sesuatu
acara bersamaan dengan perbezaan
keupayaan person dan kesukaran item. Pengukuran Model Rasch dinyatakan sebagai
nisbah kejayaan sesuatu aktiviti;
𝑃(𝜃) =𝑒(𝛽𝑛−𝛿𝑖)
1+ 𝑒(𝛽𝑛−𝛿𝑖) (4)
di mana:
e = asas logaritma dan
nombor Euler; 2.7183 βn = keupayaan person
δi = kesukaran item
Kajian ini menggunakan Model Rasch bagi tujuan penganalisaan kerana ia amat
bersesuaian dalam penganalisaan data
kuantitatif terutama dalam sains sosial dan
juga ianya dapat mengukur keupayaan
setiap responden dalam melaksanakan item-
item yang sukar (Bond & Fox, 2007;
Saidfudin Azrilah, A. A., Rodzo’an, N. A.,
Omar, M. Z., Zaharim, A., & Basri, H.,
2010). Data yang diperolehi dianalisa
dengan mengunakan perisian Winsteps 3.6.
Perisian ini digunakan dalam kajian ini
kerana keupayaannya dalam menafsir dan
menganalisa keupayaan responden
melaksanakan perkara yang sukar dan
dapat membantu membentuk profil item amalan 5S. Data-data yang diperolehi
hendaklah fit kepada Model Rasch dengan
memenuhi kriteria di bawah;
i. ‘Point measure correlation’
(PtMea Corr); 0.4 < PtMea
Corr value < 0.80
ii. ‘Outfit mean square’ (MNSQ); 0.5 < MNSQ value
< 1.5
iii. ‘Outfit Z-standard’ (ZSTD);
-2 < ZSTD value < +2
Hasil dan Perbincangan
Responden kebanyakannya terdiri daripada
staf Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan
dan Pentadbiran (27%), dikuti Pusat
Pengajian Pengurusan Perniagaan (22%),
Pusat Pengajian Perakaunan (22%), Pusat
Pengajian Perniagaan Islam (20%) dan
Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan
Logistik (9%). Kebanyakan mereka bertugas sebagai Pembantu Tadbir (45%),
Mohd Norhasni Mohd Asaad et.al
Penolong Pegawai Tadbir (16%), Pembantu
Makmal (13%), Pembantu Operasi (11%),
Pembantu Setiausaha Pejabat (9%) dan
Pegawai Tadbir (5%). Majoriti responden
adalah perempuan (58%) manakala lelaki
(48%). Mereka telah berkhidmat dengan
UUM di antara 1-5 tahun (25%), 6-10
tahun (35%), 11-15 tahun (24%) dan
melebihi 15 tahun (16%).
Jadual 2: Deskriptif Statistik Analisis Kesesuaian Item 5S
UKURAN (Logit) OUT.
MNSQ
OUT.
ZSTD
Purata item 0.00 0.93 -0.3
Sisihan Piawai 0.65 0.18 0.8 Maksima 1.38 1.50 1.9
Minimum -1.44 0.7 -1.6
Kebolehpercayaan item: 0.80
Kebolehpercayaan person: 0.92
menunjukkan skor purata item bagi persepsi terhadap organisasi yang
melaksanakan 5S yang fit kepada Model
Rasch ialah 0.00 logit, sisihan piawai
0.65 logit. Ukuran nilai minimum dan
maksimum ialah di antara -1.44 logit
hingga 1.38 logit. Nilai maksima outfit
mean square (OUT MNSQ) ialah 1.50
logit dan nilai minimum ialah 0.7 logit .
Nilai ZSTD untuk purata item ialah -0.3
logit dan berada di antara nilai minimum
-1.6 dan nilai maksima 1.9. Menurut Fisher (2007) data-data yang fit kepada
Model Rasch mestilah berada (OUT
MNSQ) di antara 0.5 logit dan 1.5 logit,
Point measure correlation di antara 0.4
dan 0.8 logit, ZSTD di antara -2 dan 2
logit. Nilai kebolehpercayaan item ialah 0.76 manakala nilai kebolehpercayaan
person ialah 0.91. Menurut Fisher (2007)
nilai kebolehpercayaan item atau
kebolehpercayaan person yang melebihi
0.94 dikategorikan sebagai cemerlang,
0.91 hingga 0.94 adalah sangat baik, 0.81
hingga 0.90 adalah baik, 0.67 hingga 0.80
adalah biasa dan kurang dari 0.67 adalah
lemah. Nilai yang didapati menunjukkan
data berada pada tahap kebolehpercayaan
yang diyakini. Kesemua item berada di antara 95% confident interval
menunjukkan data fit kepada model dan
boleh digunakan untuk penganalisaan.
Rajah 4 Expected Score ICC 5S ini
menunjukkan bahawa secara keseluruhan data berada di antara dua garis selang
keyakinan atau Confidence Interval
Curve. Hal ini menunjukkan data-data ini
infit di mana taburannya mengikuti
garisan Ideal Logistic Regression.
PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DALAM KALANGAN STAF PENTADBIRAN
MENGGUNAKAN MODEL RASCH. KAJIAN KES DI KOLEJ PERNIAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
(UUM)
Rajah 4 Expected Score ICC 5S
Jadual 3 : Profil Amalan 5S menunjukkan
hubungan antara person (responden)
dengan item (soalan). Kedudukan person
adalah di sebelah kiri pada Profil Amalan
5S manakala kedudukan item pula di
sebelah kanan. Kedudukan person
disusun daripada paras purata (mean) di
mana kedudukan yang paling tinggi
menunjukkan keupayaan person untuk menjawab item-item. Kedudukan teratas
menunjukkan person (responden) dapat
menjawab banyak item manakala
kedudukan person di bawah sekali
menggambarkan responden hanya
mampu menjawab sedikit item.
Kedudukan item di sebelah kanan peta
pemboleh ubah menunjukkan tahap
kesukaran item. Kedudukan di bahagian
bawah menunjukkan item-item yang
mudah dijawab manakala item-item yang berada di atas menunjukkan item yang
sukar dijawab. Huruf M mewakili purata
untuk item dan person, S mewakili satu
sisihan piawai dan T untuk dua sisihan
piawai dari M. Kedudukan S dan T
menunjukkan tahap kesukaran item.
Purata item sentiasa di sifar (0 logit)
kerana ia telah ditentukur (zero-set) oleh
perisian Winstep.
Bagi memudahkan penganalisaan dibuat,
item-item ini disusun semula mengikut
Produktiviti, Kualiti, Kos, Penghantaran,
Keselamatan dan Inovasi & Penambahbaikan. Terdapat tiga puluh
empat person (responden) berada di atas
paras purata person (3.26 logit), empat
berada di atas purata manakala tujuh
belas person di bawah purata. Kedudukan
person yang paling tinggi ialah 27E6L2
dan person yang paling rendah adalah
02I1L4. Majoriti responden berada di
atas purata person menunjukkan
kebanyakan staf berkeupayaan
melaksanakan amalan 5S dengan baik.
Person (12B3P4 - 27E6L2) yang berada di atas item maksima F3
menggambarkan mereka dapat
melaksanakan keseluruhan item amalan
5S dengan mudah.
Secara keseluruhan semua item
produktiviti berada di bawah purata item
(0.00 logit). Item minima produktiviti
ialah A3 (-0.76 logit) manakala item
maksima produktiviti ialah A1 (-0.4
logit). Begitu juga bagi item kualiti,
semua item kualiti berada di bawah
purata item (0.00 logit). Item minima
kualiti ialah B3 (-1.44 logit) manakala
Mohd Norhasni Mohd Asaad et al.
item maksima kualiti ialah B5 (-0.4
logit). Kedudukan item di bawah paras
purata item (0.00 logit) menunjukkan
bahawa ia mudah dilaksanakan oleh staf
pentadbiran. Kedua-dua item kos berada di atas paras purata item (0.00 logit). Item
minima kos ialah C3 (0.42 logit)
manakala item maksima kos ialah C4
(0.77 logit). Begitu juga bagi item
penghantaran, semua item penghantaran
berada di atas purata item (0.00 logit).
Item minima penghantaran ialah D3 (0.28
logit) manakala item maksima
penghantaran ialah D5 (0.77 logit).
Kedudukan item di atas paras purata item
(0.00 logit) menunjukkan bahawa ia
sukar dilaksanakan oleh staf pentadbiran. Terdapat satu item keselamatan (E2)
berada di atas paras purata item (0.00
logit) dan dua item keselamatan di
bawahnya (E4, E1). Item minima
keselamatan ialah E1 (-0.34 logit)
manakala item maksima keselamatan
ialah E2 (0.2 logit). Ke semua item
inovasi & penambahbaikan berada di atas
purata item (0.00 logit). Item minima
inovasi & penambahbaikan ialah F1 (0.2
logit) manakala item maksima inovasi & penambahbaikan ialah F3 (1.38 logit).
Hal ini menunjukkan bahawa item ini
adalah sukar dijawab atau dilaksanakan
oleh staf pentadbiran. Item yang paling
sukar dijawab ini berkaitan dengan idea
yang ditonjolkan adalah sesuatu yang
baru dan tidak dilakukan oleh mana-mana
jabatan lain sebelum ini. Purata item
inovasi & penambahbaikan merupakan
yang paling tinggi (0.64) dan diikuti
purata item kos (0.6). Oleh itu
penumpuan harus diberikan pada item-
item di bawah kategori ini.
Hal ini menunjukkan bahawa
walaupun kebanyakan staf pentadbiran di pusat pengajian dapat melaksanakan
amalan 5S dengan baik tetapi
sebahagiannya masih gagal
melaksanakan dengan baik. Bagi
mencapai kejayaan, pusat pengajian
perlulah berusaha mengatasi halangan ini
dengan melaksanakan item-item inovasi
& penambahbaikan yang berada di atas
paras mereka.
Kesimpulan
Dalam kajian ini Model Rasch digunakan
untuk mengesahkan instrumen. Instrumen yang sah dan boleh dipercayai adalah
sangat penting bagi memastikan data
yang dikumpul boleh menjawab objektif
kajian. Setelah semua data telah
memenuhi kriteria Model Rasch, analisa
lanjut telah dijalankan. Kajian yang
dilakukan menunjukkan dengan jelas
bahawa amalan 5S adalah alat yang boleh
meningkatkan prestasi perkhidmatan
(Gear, 2006). Kejayaan pelaksanaan
amalan 5S memberi impak yang positif terhadap produktiviti, kualiti, kos,
penghantaran dan keselamatan (Belpanno
& Pinna, 2015). Berdasarkan Profil
Amalan 5S, menunjukkan majoriti staf
pentadbiran memahami kesan
perlaksanaan amalan 5S terhadap
produktiviti dan kualiti tetapi sukar
melaksanakan bagi kategori kos dan
penghantaran. Penekanan harus diberikan
pada kategori ini dengan menyediakan
aktiviti latihan dan penerangan. Begitu
juga terhadap inovasi dan penambahbaikan berterusan di mana ia
merupakan elemen terpenting dalam
peningkatan amalan 5S. Hal ini selaras
dengan pandangan sesetengah penyelidik
5S (Hutchins, 2006; Jantan, Binti,
Abidin, & Kajian). Amalan 5S tidak
sepenuhnya bergantung kepada jawatan,
jantina dan bilangan tahun bekerja
seseorang staf tetapi kejayaan atau
kegagalan dalam pelaksanaan amalan 5S
untuk cemerlang dalam prestasi perkhidmatan banyak dipengaruhi oleh
penglibatan staf melakukan inovasi dan
penambahbaikan berterusan.
PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DI KALANGAN STAF PENTADBIRAN MENGGUNAKAN MODEL RASCH. KAJIAN KES DI KOLEJ PERNIAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
Produktiviti Kualiti Kos Penghantaran Keselamatan Inovasi & Penambahbaikan
Purata:-0.6
Min:-0.76
Mak:-0.4
Purata:-0.77
Min:-1.44
Mak:-0.5
Purata:0.6
Min: 0.42
Mak: 0.77
Purata: 0.45
Min: 0.28
Mak: 0.77
Purata: -0.8
Min: -0.34
Mak: 0.2
Purata: 0.64
Min: 0.2
Mak: 1.38
Person
Purata: 3.26
Min:-0.98
Mak: 5.63
Jadual 3 AMALAN 5S COB UUM ZOU657WS.TXT Nov 27 0:54 2016
INPUT: 55 Person 32 Item REPORTED: 55 Person 28 Item 5 CATS WINSTEPS 3.81.0
--------------------------------------------------------------------------------
MEASURE Person - MAP - Item
<more>|<rare>
6 27E6L2 +
|
43T3P3 |
|
|
08I3P1 31E3P2 |
5 07I3P3 32E3P2 52A4L1 +
|
06I5L2 11I4L1 41T3P3 53A6P2 S|
23B5L2 |
05I3L3 10I6P2 29E3P3 30E2P2 |
35E3L2 42T2P2 |
4 09I5L2 49A1P4 +
20B2P2 36E4L1 37E5P3 |
15B1P4 16B3P4 22B3L2 34E4L1 48A4L1 |
03I3L1 14B2P2 21B3P3 33E2P1 51A2P1 |
13B3L4 17B5L3 28E3L1 54A6L2 M|
19B3P3 55A5L1 |
3 +
|
24E3P4 |
Purata
person: 3.26
logit
Person (12B3P4 – 27E6L2)
Mohd Norhasni Mohd Asaad et al.
|
|
|
2 44A2P2 46A3L3 +
S|
01I2P2 04I6P1 18B3P3 38E2P3 40T3P2 |
39T3L2 47A3P4 50A3P3 |
12B3P4 |T F3
|
1 +
25E4L1 | C4 D5 F4
|S F7
| C3 D2 D4 F2 F5 F6
T| D1 D3
45A3P4 | E2 F1
0 26E4L1 +M
| E4
| E1
| A1 B5 B6
|S A2 A5 A6 B2
| A3 B1 B4
-1 02I1L4 +
|
|T
| B3
Rajah 5: Profil Amalan 5S
Sukar
Mudah
Purata item: 0.0 logit
PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DALAM KALANGAN STAF PENTADBIRAN MENGGUNAKAN MODEL RASCH. KAJIAN
KES DI KOLEJ PERNIAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
Rujukan
Asaad, M. N. M., Saad, R., & Rushami Zien Yusoff.
(2012). Pengaruh Budaya Organisasi Terhadap
Amalan 5S dan Prestasi Operasi dengan
Menggunakan Penganalisaan Model Rasch.
Journal of Technology and Operations
Management, 7(1). Journal Article.
Aziz, A. A. (2008). Rasch Model Fundalmentals:
Scale Construct and Measurement Structure.
Book, Kuala Lumpur.
Belpanno, B., & Pinna, C. A. (2015). Using 5S and
Visual Management Techniques to Improve
Productivity. Lean Management Journal, 5(2),
28–31. JOUR. Retrieved from http://eserv.uum.edu.my/login?url=http://search
.ebscohost.com/login.aspx?direct=true&db=bth
&AN=101510235&site=ehost-live&scope=site
Bond, T. G., & Fox, C. M. (2007). Applying the
Rasch Model: Fundamental Measurement in
the Human Sciences. Book, New Jersey:
Lawrence Erlbaum Associates Publishers.
Cubalchini-Travis, L. (2007). 5S for the Office.
Quality Progress, 40(2), 69. JOUR. Retrieved
from
http://eserv.uum.edu.my/docview/214768719?a
ccountid=42599
Gear, K. R. (2006). 5S for Service Organizations and
Offices. Quality Progress, 39(10), 79. JOUR.
Retrieved from
http://eserv.uum.edu.my/docview/214765971?a
ccountid=42599
Hambleton, R. K., & Rogers, H. J. (1989). Detecting
Potentially Biased Test Items: Comparison of
IRT Area and Mantel-Haenszel Methods.
Applied Measurement in Education, 2(4), 313.
Journal Article. Retrieved from
http://eserv.uum.edu.my/login?url=http://search
.ebscohost.com/login.aspx?direct=true&db=a3
h&AN=7364081&site=ehost-live&scope=site
Hernández Lamprea, E. J., Camargo Carreño, Z. M.,
& Martínez Sánchez, P. M. T. (2015). Impact
of 5S on Productivity, Quality, Organizational
Climate and Industrial Safety in Caucho Metal
Ltda. Impacto de Las 5S En La Productividad, Calidad, Clima Organizacional Y Seguridad
Industrial En La Empresa Cauchometal Ltda.,
23(1), 107–117. JOUR. Retrieved from
http://eserv.uum.edu.my/login?url=http://search
.ebscohost.com/login.aspx?direct=true&db=ap
h&AN=100785536&site=ehost-
live&scope=site
Hutchins, C. B. . (2006). Five “S” Improvement
System : An Assessment of Employee Attitudes
and Productivity Improvement. Capella
University.
Jantan, N. B., Binti, Z., Abidin, Z., & Kajian, O.
(n.d.). Kajian Terhadap Impak Pelaksanaan
Amalan 5S di Kalangan Staf Politeknik
Merlimau Melaka.
Krejcie, R. V. (1970). Determining Sample Size for
Research Activities. Educational and
Psychological Measurements, 30, 610. Journal
Article.
Laporan Kajian Terhadap Impak Pelaksanaan
Amalan 5S/QE di Jabatan Negeri dan
Persekutuan Negeri Kelantan Tahun. (2013).
Retrieved from
http://www.mimet.edu.my/qe5s/images/2014/1
2/2014-12-19_kajian.pdf
MAMPU. (2016). Ekosistem Kondusif Sektor Awam
(EKSA). Retrieved July 25, 2016, from
http://www.mampu.gov.my/eksa
Mohammad, M. A. (2010). Satu Kajian Kes
Mengenai Amalan Budaya Berkualiti dan
Implikasinya. Retrieved July 19, 2016, from
http://www.mara.gov.my/c/document_library/g
et_file?uuid=0fc1b1b4-7187-440f-808a-
46fe802d3abf&groupId=30564
Mohd Norhasni Mohd Asaad, & Rushami Zien
Yusoff. (2014). Pengaruh budaya organisasi
terhadap Penyelenggaraan Produktif Keseluruhan (TPM) dan prestasi operasi
menggunakan penganalisaan model Rasch.
International Journal of Business and
Technopreneurship, 4(1), 171–185.
Mohd Norhasni Mohd Asaad, Rushami Zien Yusoff,
& Sanuri, S. (2013). Analisa Jurang
Pelaksanaan Amalan 5S Kajian Kes Jabatan
Pentadbiran di Universiti Utara Malaysia
(UUM). International Journal of Business and
Technopreneurship, 3(1), 141–159. Retrieved
from
http://ijbt.unimap.edu.my/index.php?option=co
m_content&view=article&id=73&Itemid=81
MPC. (2016). Malaysia Productivity Corporation.
Retrieved July 15, 2016, from
http://www.mpc.gov.my/recognition-and-
award/
Journal of Business and Social Development e- ISSN: 2600-9668 Volume 6 Number 2, September 2018 ©Penerbit UMT
Perkhidmatan, J. (2010). Buku Panduan Amalan 5S
Sektor Perkhidmatan Rujukan No. Pindaan :
JPA(BKP)71/17 Klt. 3 : 00, 5–6.
Saidfudin Azrilah, A. A., Rodzo’an, N. A., Omar, M.
Z., Zaharim, A., & Basri, H., M. (2010). Use of
Rasch Analysis to Measure Students
Performance in Engineering Education. In
EDUCATION’10 Proceedings of the 7th
WSEAS International Conference on
Engineering Education. Conference
Proceedings.
Smith, R. M. (2004). Introduction to Rasch
Measurement: Theory, Models and
Applications. Minnesota: Jam Press.
Wan Abdullah Bin Wan Ahmad. (2013). Amalan 5S
dalam Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup di Sekolah Rendah Zon Semerah, Batu Pahat,
Johor. Univeriti Teknologi Malaysia. Retrieved
from
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/pt
kghdfwP2/Wan Abdullah Bin Wan
Ahmad.TP.pdf