pembinaan modul pembelajaran kendiri … 2007 (2d) bagi mata pelajaran ... every topic for this...

24
PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI AUTOCAD 2007 (2D) BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER EMY SHAFINAZ BINTI ALIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: dokhue

Post on 19-Apr-2018

219 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI … 2007 (2D) bagi Mata Pelajaran ... Every topic for this module is based on the AutoCAD 2007 and Microsoft ... 4.2 Perkakasan Pembangunan Modul

PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI AUTOCAD

2007 (2D) BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN

KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER

EMY SHAFINAZ BINTI ALIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI … 2007 (2D) bagi Mata Pelajaran ... Every topic for this module is based on the AutoCAD 2007 and Microsoft ... 4.2 Perkakasan Pembangunan Modul

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL : PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI AUTOCAD 2007 (2D) BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN BERBANTU KOMPUTER

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya EMY SHAFINAZ BINTI ALIM (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD

__ A

Ta CA

Disahkan oleh

_____________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

lamat Tetap:

NO.97, RTBK PERLOP 3 LASAH, EN. ROSNI ZAMUDDIN SHAH SIDEK 31110 SUNGAI SIPUT (U), PERAK DARUL RIDZUAN. A

rikh : 28 APRIL 2008 Ta

TATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat dar

dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dik♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsaf

disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan

NAMA PENYELI

rikh : 28 APRIL 2008

ipada pihak berkuasa/organisasi berkenaan elaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ah dan Sarjana secara penyelidikan, atau atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI … 2007 (2D) bagi Mata Pelajaran ... Every topic for this module is based on the AutoCAD 2007 and Microsoft ... 4.2 Perkakasan Pembangunan Modul

i

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik).”

Tandatangan : …………………………….........

Nama Penyelia : ENCIK ROSNI ZAMUDDIN SHAH BIN SIDEK

Tarikh : April 2008

Page 4: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI … 2007 (2D) bagi Mata Pelajaran ... Every topic for this module is based on the AutoCAD 2007 and Microsoft ... 4.2 Perkakasan Pembangunan Modul

ii

PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI AUTOCAD 2007 (2D)

BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU

KOMPUTER

EMY SHAFINAZ BINTI ALIM

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

Page 5: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI … 2007 (2D) bagi Mata Pelajaran ... Every topic for this module is based on the AutoCAD 2007 and Microsoft ... 4.2 Perkakasan Pembangunan Modul

iii

“Saya akui kerja ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ………………………………….

Nama Penulis : EMY SHAFINAZ BINTI ALIM

Tarikh : April 2008

Page 6: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI … 2007 (2D) bagi Mata Pelajaran ... Every topic for this module is based on the AutoCAD 2007 and Microsoft ... 4.2 Perkakasan Pembangunan Modul

iv

DEDIKASI

Untuk Abah dan Ibu ,

yang membesarkan dan mendidik

dengan keringat dan kasih sayang.

Yang sentiasa menyokong, membakar

semangat dan mendoakan kejayaan ku.

Buat adik-beradik yang menjadi pendorong

untuk menjadi yang terbaik .

Buat yang teristimewa dihatiku..Hazril,

Kehadiranmu melengkapkan hidup ini..

Terima kasih atas segalanya.

Buat Encik Rosni Zamuddin Shah

yang tidak putus-putus membantu

dan memberi tunjuk ajar .

Buat teman-teman yang sentiasa membantu

dan bersama sewaktu susah dan senang.

Terima kasih di atas segalanya dan segala jasa baik

kalian akan dikenang sepanjang hayat.

Page 7: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI … 2007 (2D) bagi Mata Pelajaran ... Every topic for this module is based on the AutoCAD 2007 and Microsoft ... 4.2 Perkakasan Pembangunan Modul

v

PENGHARGAAN

Syukur kepada Allah s.w.t dengan berkat dan keizinan-Nya, akhirnya dapat

saya menyiapkan Projek Sarjana Muda saya dengan jayanya setelah segala-galanya

berjaya ditempuhi dengan baik dan setiap masalah dapat diatasi.

Di sini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia

Projek Sarjana Muda yang sentiasa memberikan komitmen terbaik, Encik Rosni

Zamuddin Shah B. Sidek atas bimbingan dan dorongan yang telah diberikan

sepanjang tempoh penyeliaan tesis ini dijalankan. Jasa baik dan sumbangan beliau

adalah amat dihargai.

Ribuan terima kasih turut dilakarkan buat ayahanda, bonda serta seluruh ahli

keluarga yang tidak pernah putus memberikan semangat dalam meneruskan

perjuangan sebagai mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia walaupun pelbagai

rintangan dan dugaan mendatang.

Ucapan terima kasih buat para sahabat yang banyak membantu dalam

menyiapkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ini sama ada secara langsung

mahupun tidak langsung. Tidak lupa juga buat sahabat-sahabat yang banyak

membantu sepanjang menempuhi perjalanan bergelar seorang mahasiswi.

Akhir sekali, penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada semua

yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan

Projek Sarjana Muda ini.

Page 8: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI … 2007 (2D) bagi Mata Pelajaran ... Every topic for this module is based on the AutoCAD 2007 and Microsoft ... 4.2 Perkakasan Pembangunan Modul

vi

ABSTRAK

Pembelajaran menggunakan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) adalah

salah satu cara untuk membantu pelajar dalam memahami sesuatu subjek dengan

lebih baik kerana MPK didapati lebih berkesan berbanding dengan kaedah

pengajaran dan pembelajaran tradisional. Oleh yang demikian, sebuah MPK

AutoCAD 2007 (2D) bagi Mata Pelajaran Lukisan Berbantu Komputer dibina untuk

membantu pelajar dalam proses pembelajaran. Modul ini dibina berdasarkan silibus

subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer (SPE2112) bagi Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Pembinaan setiap topik bagi modul ini

adalah berdasarkan kepada perisian AutoCAD 2007 dan perisian Microsoft Word

2007. Pembinaan MPK ini menggabungkan teks dan visual yang disusun berdasarkan

Teori Beban Kognitif untuk meminimakan beban kognitif ke atas minda pelajar.

Pembinaan MPK ini diharap dapat membantu para pelajar Fakulti Pendidikan dalam

mempelajari dan menguasai penggunaan perisian AutoCAD 2007 dengan lebih jelas

dan mudah kerana penggunaan MPK ini dapat membantu pelajar menghasilkan gaya

pembelajaran yang tersendiri.

Page 9: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI … 2007 (2D) bagi Mata Pelajaran ... Every topic for this module is based on the AutoCAD 2007 and Microsoft ... 4.2 Perkakasan Pembangunan Modul

vii

ABSTRACT

Learning with the use of Self Learning Module (SLM) is one of the ways to

help students to understand this subject better SLM is more effective compared to the

traditional learning and teaching method. Therefore a SLM of AutoCAD 2007 (2D)

for Computer Aided Drafting subject developed to help students during learning

process. The construction of this module is based on the syllabus of Computer Aided

Drafting (SPE2112) subject by the Faculty of Education, Universiti Teknologi

Malaysia. Every topic for this module is based on the AutoCAD 2007 and Microsoft

Word 2007 software. The development of this module combined texts and visual that

arranged according to the Cognitive Burden Theory to minimize cognitive burden

towards students’ mind. The development of this module is hoping to help students

of Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia in acquiring and mastering

the basic skills in using AutoCAD 2007 software clearly and easier because this

module can help students to develop their own self-direct learning.

Page 10: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI … 2007 (2D) bagi Mata Pelajaran ... Every topic for this module is based on the AutoCAD 2007 and Microsoft ... 4.2 Perkakasan Pembangunan Modul

viii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

ISI KANDUNGAN viii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif MPK 6

1.5 Kepentingan Kajian 6

1.5.1 Pelajar 6

1.5.2 Pensyarah 7

1.5.3 Fakulti Pendidikan UTM 7

Page 11: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI … 2007 (2D) bagi Mata Pelajaran ... Every topic for this module is based on the AutoCAD 2007 and Microsoft ... 4.2 Perkakasan Pembangunan Modul

ix

1.6 Skop Kajian 8

1.7 Rasional Pemilihan Tajuk 8

1.7.1 Kekurangan Bahan Rujukan 9

1.7.2 Penggunaan Pendekatan Self-Direct Learning 9

1.7.3 Penggunaan Bahasa Inggeris 9

1.8 Takrifan Isilah 10

1.8.1 Modul 10

1.8.2 Pengajaran Bermodul 10

1.8.3 Pengajaran Tradisional 11

1.8.4 Modul Pembelajaran Kendiri 11

1.8.5 Bahan Pengajaran dan Pembelajaran 11

1.8.6 Pembelajaran Bersifat Individu 12

1.9 Penutup 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 13

2.2 Modul Menentang Pengajaran dan

Pembelajaran Konvensional 15

2.3 Modul 15

2.3.1 Andaian Modul 17

2.3.2 Prinsip-Prinsip Modul 18

2.3.3 Kegunaan Modul 18

2.3.4 Objektif Penggunaan Modul 19

2.3.5 Proses Pembelajaran Modul 20

2.3.6 Kebaikan Penggunaan Modul 20

2.4 Modul Pembelajaran Kendiri 22

2.4.1 Takrif Modul Pembelajaran Kendiri 23

2.5 Konsep Pendekatan, Kaedah, Teknik

serta Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 25

2.5.1 Teori Beban Kognitif 26

2.6 Model Reka Bentuk Pembinaan Modul Pembelajaran 27

2.6.1 Rasional Pemilihan Model ADDIE 28

2.7 Penutup 29

Page 12: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI … 2007 (2D) bagi Mata Pelajaran ... Every topic for this module is based on the AutoCAD 2007 and Microsoft ... 4.2 Perkakasan Pembangunan Modul

x

BAB 3 REKABENTUK MODUL

3.1 Pendahuluan 31

3.2 Model ADDIE 32

3.3 Fasa Analisis 32

3.3.1 Pengenalpastian Masalah 33

3.3.2 Objektif Pembinaan MPK 33

3.3.3 Pengguna Sasaran 34

3.4 Fasa Rekabentuk 34

3.4.1 Pendekatan 34

3.4.2 Teori Pembelajaran 35

3.4.3 Susunan Isi Pelajaran 35

3.4.3.1 Objektif Pembelajaran 35

3.4.3.2 Pengenalan 35

3.4.3.3 Isi Pelajaran 36

3.4.3.4 Nota dan Tips 36

3.4.3.5 Aktiviti 36

3.5 Fasa Pembangunan 37

3.6 Fasa Pelaksanaan 37

3.7 Fasa Penilaian 38

3.8 Penutup 38

BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN

4.1 Pendahuluan 39

4.2 Perkakasan Pembangunan Modul 40

4.3 Kriteria Modul 40

4.3.1 Topik 1 40

4.3.1.1 Objektif Pembelajaran 41

4.3.1.2 Pengenalan 41

4.3.1.3 Isi Pelajaran 42

4.3.1.4 Nota 43

4.3.1.5 Aktiviti 43

4.3.2 Topik 2 44

4.3.2.1 Objektif Pembelajaran 45

Page 13: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI … 2007 (2D) bagi Mata Pelajaran ... Every topic for this module is based on the AutoCAD 2007 and Microsoft ... 4.2 Perkakasan Pembangunan Modul

xi

4.3.2.2 Pengenalan 45

4.3.2.3 Isi Pelajaran 46

4.3.2.4 Nota 47

4.3.2.5 Aktiviti 47

4.3.3 Topik 3 48

4.3.3.1 Objektif Pembelajaran 49

4.3.3.2 Pengenalan 49

4.3.3.3 Isi Pelajaran 50

4.3.3.4 Nota 50

4.3.3.5 Aktiviti 51

4.3.4 Topik 4 51

4.3.4.1 Objektif Pembelajaran 52

4.3.4.2 Pengenalan 52

4.3.4.3 Isi Pelajaran 53

4.3.4.4 Nota 54

4.3.1.5 Aktiviti 54

4.3.5 Topik 5 55

4.3.5.1 Objektif Pembelajaran 55

4.3.5.2 Pengenalan 56

4.3.5.3 Isi Pelajaran 56

4.3.5.4 Nota 57

4.3.5.5 Aktiviti 57

4.3.6 Topik 6 58

4.3.6.1 Objektif Pembelajaran 58

4.3.6.2 Pengenalan 59

4.3.6.3 Isi Pelajaran 59

4.3.6.4 Nota 60

4.3.6.5 Aktiviti 60

4.4 Penutup 61

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 62

5.2 Perbincangan 62

Page 14: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI … 2007 (2D) bagi Mata Pelajaran ... Every topic for this module is based on the AutoCAD 2007 and Microsoft ... 4.2 Perkakasan Pembangunan Modul

xii

5.2.1 Masalah 64

5.2.1.1 Masa 64

5.2.1.2 Kepakaran 64

5.2.2 Penilaian 64

5.3 Kesimpulan 65

5.4 Cadangan 66

RUJUKAN 68

LAMPIRAN 71

Page 15: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI … 2007 (2D) bagi Mata Pelajaran ... Every topic for this module is based on the AutoCAD 2007 and Microsoft ... 4.2 Perkakasan Pembangunan Modul

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Aliran kerja berdasarkan Model ADDIE 35

4.1 Objektif pembelajaran bagi topik 41

Drawing with Basic Objects

4.2 Isi pelajaran salah satu tajuk bagi topik 42

Drawing with Basic Objects

4.3 Pengenalan dan nota bagi topik 43

Drawing with Basic Objects

4.4 Contoh aktiviti dalam topik 44

Drawing with Basic Objects

4.5 Objektif pembelajaran bagi topik 45

Drawing with Precision

4.6 Isi pelajaran salah satu tajuk bagi topik 46

Drawing with Precision

4.7 Pengenalan salah satu tajuk dan nota bagi topik 47

Drawing with Precision

Page 16: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI … 2007 (2D) bagi Mata Pelajaran ... Every topic for this module is based on the AutoCAD 2007 and Microsoft ... 4.2 Perkakasan Pembangunan Modul

xiv

4.8 Contoh aktiviti dalam topik Drawing with Precision 48

4.9 Objektif pembelajaran bagi topik Correcting Mistakes 49

4.10 Pengenalan dan isi pelajaran bagi topik 50

Correcting Mistakes

4.11 Nota dan aktiviti bagi topik Correcting Mistakes 51

4.12 Objektif pembelajaran bagi topik Constructing Objects 52

4.13 Pengenalan dan isi pelajaran bagi topik 53

Constructing Objects

4.14 Contoh aktiviti dalam topik Constructing Objects 54

4.15 Objektif pembelajaran bagi topik 55

Additional Editing Option

4.16 Pengenalan dan isi pelajaran bagi topik 56

Additional Editing Options

4.17 Aktiviti bagi topik Additional Editing Options 57

4.18 Objektif pembelajaran bagi topik Placing Dimension 58

4.19 Pengenalan dan isi pelajaran bagi topik 59

Placing Dimensions

4.20 Aktiviti bagi topik Placing Dimensions 60

Page 17: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI … 2007 (2D) bagi Mata Pelajaran ... Every topic for this module is based on the AutoCAD 2007 and Microsoft ... 4.2 Perkakasan Pembangunan Modul

xv

SENARAI SINGKATAN

MPK - Modul Pengajaran Kendiri

PB - Pengajaran Bermodul

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

2D - Dua Dimensi

Page 18: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI … 2007 (2D) bagi Mata Pelajaran ... Every topic for this module is based on the AutoCAD 2007 and Microsoft ... 4.2 Perkakasan Pembangunan Modul

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Penilaian Modul Pembelajaran 71

Kendiri Autocad 2007 (2D) Bagi

Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan

Berbantu Komputer

Page 19: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI … 2007 (2D) bagi Mata Pelajaran ... Every topic for this module is based on the AutoCAD 2007 and Microsoft ... 4.2 Perkakasan Pembangunan Modul

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Sisitem Pendidikan di Malaysia sedang mengalami proses perkembangan

yang pesat dan mencabar selaras dengan hasrat dan cita-cita Falsafah Pendidikan

Kebangsaan:

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.

Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dapat dilihat bahawa pendidikan

adalah suatu usaha yang berterusan. Pendidikan merupakan proses pemerolehan dan

pemindahan pengetahuan, nilai-nilai murni dan kemahiran-kemahiran. Proses

pemerolehan dan pemindahan ini berlangsung secara berterusan dalam diri seseorang

Page 20: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI … 2007 (2D) bagi Mata Pelajaran ... Every topic for this module is based on the AutoCAD 2007 and Microsoft ... 4.2 Perkakasan Pembangunan Modul

2

sejak kecil hingga ke akhir hayat (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988). Oleh

yang demikian, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam bidang

pendidikan hendaklah sentiasa berkembang dan mampu menarik minat pelajar.

Kaedah serta bahan pengajaran yang digunakan hendaklah sesuai dengan

persekitaran kini yang menjurus ke arah pembelajaran berpusatkan pelajar. Pendidik

tidak lagi memberikan segala maklumat kepada pelajar tetapi bertindak sebagai

navigator atau fasilitator dengan membantu pelajar mencari maklumat. Dengan itu,

pembelajaran kini bersifat lebih dinamik dan aktif serta melibatkan komunikasi dua

hala.

Dengan itu, bahan pengajaran yang sistematik dan terancang amat diperlukan

untuk memaksimumkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Salah satu teknik atau kaedah yang boleh dianggap terbaik yang dapat diamalkan

untuk mengatasi masalah ini ialah kaedah Pengajaran Bermodul dengan

menggunakan modul pengajaran kendiri.

Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) adalah bahan pengajaran yang

bercirikan pembelajaran secara individu dengan mengambil kira perbezaan

pencapaian dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta dan sebagainya. Ia

merupakan pakej pembelajaran kendiri yang direkabentuk secara terancang, teratur

dan sistematik dengan menggabungkan pendekatan sistem dan humanistik

(Shaharom dan Yap, 1993).

MPK merupakan satu alternatif bagi memupuk dan memberi pendedahan

awal kepada pelajar untuk belajar sendiri tanpa bergantung kepada pensyarah selain

dapat membantu pelajar memahami sesuatu subjek dengan lebih baik. Kamdi Kamil

(1990) di dalam penulisannya menyatakan bahawa dengan menggunakan MPK, satu-

satu aktiviti itu sebenarnya telah pun dirangka dan diprogramkan selaras dengan

keupayaan dan kebolehan pelajar serta dapat menarik minat, memberikan motivasi

dan cabaran dalam proses peembelajaran. Melalui MPK ini juga para pelajar dapat

mengembangkan lagi sifat ingin tahu, berdikari untuk mendapatkan sesuatu ilmu,

berkebolehan dalam membuat keputusan dan memupuk nilai-nilai yang baik.

Page 21: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI … 2007 (2D) bagi Mata Pelajaran ... Every topic for this module is based on the AutoCAD 2007 and Microsoft ... 4.2 Perkakasan Pembangunan Modul

3

Kesesuaian sesebuah MPK dinilai berdasarkan isi kandungannya sama ada

memenuhi kehendak kurikulum sukatan pelajaran dan dilihat dari aspek perbezaan

pencapaian pelajar, keselarasan isi kandungan dengan kurikulum secara keseluruhan

serta menitikberatkan aspek-aspek nilai (Zaharatul Laili, 1999).

Pada masa kini MPK dalam bentuk perisian berpotensi menarik minat dan

perhatian serta menjadi pilihan dalam pelaksanaan pelbagai program pendidikan di

institusi pengajian tinggi di negara kita termasuklah program pendidikan jarak jauh

(Shaharom, 2000).

MPK yang benar-benar bermutu adalah MPK yang dapat membantu proses

pembelajaran seseuatu subjek mengikut tajuk-tajuk tertentu. Bahan dalam modul

sepatutnya boleh berdiri sendiri (self-contained) dan membolehkan pelajar belajar

sendiri. Setiap pelajar boleh belajar mengikut keperluan dan kadar kebolehan secara

individu (Meyer, 1998).

Oleh yang demikian, penggunaan MPK ini dirasakan sangat sesuai bagi

pelajar yang mempunyai kecerdasan sederhana dan rendah yang memerlukan

bantuan secara menyeluruh dengan mengambil kira kebolehan kognitif mereka. MPK

ini adalah sesuai sebagai bahan pembelajaran kepada pelajar untuk menguasai

perisian AutoCAD 2007 di peringkat universiti bahkan juga kepada sesiapa yang

berminat kerana MPK ini mampu memberikan penerangan yang berkesan dengan

bantuan nota, rajah dan segala maklumat yang diperlukan. MPK ini amat membantu

pelajar kerana ia berbentuk pengajaran berasaskan projek (project based-learning)

yang dapat memberikan keseronokan kepada pelajar ketika proses pembelajaran.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kecekapan sesuatu sistem pendidikan secara khusus boleh dilihat dari aspek

sistem persekolahan itu dapat menjalankan fungsinya dengan baik untuk memenuhi

Page 22: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI … 2007 (2D) bagi Mata Pelajaran ... Every topic for this module is based on the AutoCAD 2007 and Microsoft ... 4.2 Perkakasan Pembangunan Modul

4

keperluan semasa. Oleh itu, sering ditegaskan bahawa mutu pengajaran dalam bilik

darjah perlu ditingkatkan untuk memperbaiki mutu pendidikan bagi sistem

pendidikan tersebut (Koh, 1986).

Salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer ialah kaedah Pengajaran

Bermodul dengan menggunakan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK). MPK

merupakan satu alternatif bagi memupuk dan memberi pendedahan awal kepada

pelajar untuk belajar sendiri tanpa bergantung kepada pensyarah. Maka, pembinaan

modul pembelajaran kendiri merupakan salah satu cara untuk melaksanakan objektif

ini.

Pengajaran individu ialah apa juga penyediaan yang membolehkan pelajar

belajar pada setiap masa tentang perkara-perkara yang berfaedah kepada dirinya

sebagai seorang individu iaitu satu pembelajaran yang dibuat dan dihargai oleh murid

itu sendiri. Dalam pengajaran individu diakui bahawa setiap pelajar mempunyai

pencapaian yang berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta dan

sebagainya.

Menurut Corey (1967), Pengajaran Bermodul dengan menggunakan MPK

adalah berbeza daripada pengajaran secara konvensional disebabkan oleh dua ciri.

Pertama, setiap bahan yang dikemukakan akan diteliti dan dianalisa agar ianya benar-

benar sesuai dengan hasil pembelajaran yang dikehendaki dan akan disusun secara

rapi dan berturutan. Kedua, setiap isi kandungan yang disertakan telah disusun secara

teratur agar pengembangan idea pelajar jelas dan lancar. Oleh itu, penggunaan MPK

yang menekankan kepada langkah-langkah kecil dan mudah, membolehkan

seseorang pelajar dapat belajar mengikut tahap kebolehannya sekaligus menambah

keyakinan diri setiap pelajar termasuklah pelajar yang lemah kogntifnya. Leith

(1996) berpendapat bahawa pelajar yang lemah tahap kognitifnya akan terlibat secara

aktif dalam usaha mempelajari dan menyelesaikan permasalahan kecil dan hasil yang

dicapainya amat memberangsangkan.

Page 23: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI … 2007 (2D) bagi Mata Pelajaran ... Every topic for this module is based on the AutoCAD 2007 and Microsoft ... 4.2 Perkakasan Pembangunan Modul

5

1.3 Pernyataan Masalah

Perbezaan di antara individu merupakan masalah yang berlaku dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di sekolah mahupun di pusat pengajian tinggi. Para

pendidik sering mengajar dengan cara yang tersendiri tanpa mengambil kira

perbezaan ini. Mempelajari sebuah perisian adalah suatu proses pembelajaran yang

sukar kerana memerlukan masa yang lama bagi membolehkan pelajar menguasainya.

Bagi pelajar yang lemah, kaedah tradisional ini tidak akan membantu mereka

menerima pelajaran yang disampaikan. Tambahan pula penggunaan komputer amat

diperlukan bagi pelajar untuk memahirkan diri dengan sebuah perisisan agar

pelajaran yang diperolehi dapat diaplikasikan.

Suasana pembelajaran yang kurang interaktif dan hanya berpusat kepada guru

memberi kesan kepada kefahaman pelajar di dalam proses pembelajaran (Hancock,

1992). Pelajar masih bergantung kepada arahan yang diberikan oleh guru.

Penggunaan ikon yang banyak semasa demonstrasi menyukarkan pelajar untuk

memahami proses penghasilan lukisan dan mengingati proses kerja yang perlu dilalui

dalam menghasilkan sesuatu objek. Di samping itu, tahap kebolehan yang berbeza

yang ada pada pelajar menyebabkan penerangan yang diberikan oleh guru hanya

dapat dimanfaatkan oleh segolongan pelajar sahaja. Bagi pelajar yang kurang faham

dengan penerangan yang diberi tidak berpeluang lagi untuk mengulangi langkah

kerja yang telah dipelajari.

Bukan itu sahaja, masa yang diperuntukan untuk pembelajaran subjek

Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer adalah terhad. Kekurangan masa

pembelajaran menyebabkan pelajar kurang mendapat bimbingan dengan kaedah

toturial secara individu. Hal ini menyebabkan pelajar perlu mengambil masa yang

agak lama untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar.

Rentetan daripada masalah-masalah yang dinyatakan di atas, menyatakan

bahawa bahan pembelajaran untuk pengajaran individu seperti penggunaan modul

pengajaran kendiri adalah wajar kerana dapat memberi kepuasan kepada para pelajar

dalam menyelesaikan sesuatu perkara sekaligus membantu mereka memenuhi

Page 24: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI … 2007 (2D) bagi Mata Pelajaran ... Every topic for this module is based on the AutoCAD 2007 and Microsoft ... 4.2 Perkakasan Pembangunan Modul

6

keperluan sendiri. Pembangunan MPK juga dapat memenuhi keperluan kurikulum

yang menekankan penglibatan pelajar semasa proses pembelajaran.

1.4 Objektif MPK

Membina sebuah Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) untuk perisian

AutoCAD 2007 (2D) yang boleh digunakan sebagai bahan rujukan semasa

mempelajari subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer bagi pelajar Fakulti

Pendidikan, UTM. MPK ini dibina dengan menggunakan Bahasa Inggeris yang

mudah difahami sebagai bahasa pengantar untuk memudahkan para pelajar semasa

proses pembelajaran.

1.5 Kepentingan MPK

Kepentingan modul ini dibahagikan kepada tiga pihak iaitu pelajar, pensyarah

dan Fakulti Pendidikan UTM Skudai.

1.5.1 Pelajar

Pembinaan modul ini adalah untuk membantu proses pembelajaran pelajar

dalam mempelajari dan memahami subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu

Komputer. Pembelajaran berbantukan modul ini membolehkan pelajar mempunyai