pembentukan jatidiri insan melalui kisah nabi …

15
Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271 70 PEMBENTUKAN JATIDIRI INSAN MELALUI KISAH NABI YUSUF DI DALAM AL-QURAN [PROTECTION OF INJURY THROUGH THE STORY OF THE PROPHETS OF YUSUF IN THE QURAN] ROSMALIZAWATI AB RASHID [email protected] 1 Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, MALAYSIA ABSTRACT Yusuf 'alaihissalam, a prophet who was endowed with various facets invites a long story mentioned in the Quran, even immortalized as a surah name containing one hundred and eleven verses. It is not a common story to be mentioned by Allah Taala unless there are various doctrines hidden in it. Beginning with his family story, thrown into the woods, confronting the slanderous women around him until he was appointed a ruler, the Quran does not always translate his sad life simply to explain to the people that this story is very important to be exemplary and more so as we go through the end of this age. In line with the human capital development that is being sought in teaching and learning in Malaysia, the Prophet Joseph exemplified a great personality and became a role model for the people, especially for the youth and male leaders in society, and for the general public. . Therefore, through a library study, this article explores identity formation through the story of the Prophet Joseph by searching for interpretive books that discuss the story and taking into account contemporary issues to be considered in order to make the discussion a contributing factor in the treatment of social well- being is being faced by society today. Keywords: Yusuf 'Alaihissalam, Self, Human Capital, Quranic Story, Maudhui Interpretation. ABSTRAK Yusuf ‘alaihissalam, seorang nabi yang dikurniakan kelebihan dari segi paras rupa mengundang kisah yang panjang disebut di dalam al-Quran, bahkan diabadikan sebagai nama surah yang mengandungi seratus sebelas ayat. Bukanlah suatu kisah yang biasa sekiranya disebut oleh Allah Taala melainkan terdapat pelbagai iktibar yang terselit di dalamnya. Bermula dari kisah beliau bersama keluarga, dibuang ke dalam hutan, berhadapan dengan fitnah wanita-wanita di sekelilingnya sehingga dilantik menjadi penguasa, al-Quran tidak putus-putus menterjemahkan kehidupan suka-duka beliau semata- mata untuk menjelaskan kepada umat bahawa kisah ini sangat penting untuk dijadikan sebagai teladan apatah lagi ketika mengharungi dunia akhir zaman ini. Bertepatan lah dengan pembangunan modal insan yang cuba diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia ini, Nabi Yusuf menonjolkan keperibadian yang unggul dan menjadi satu role-model kepada umat terutamanya kepada remaja dan pemimpin-pemimpin lelaki di dalam masyarakat, dan kepada seluruh umat secara amnya. Oleh yang demikian, melalui kajian perpustakaan, artikel ini mengupas pembentukan jati diri

Upload: others

Post on 09-Nov-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBENTUKAN JATIDIRI INSAN MELALUI KISAH NABI …

Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

70

PEMBENTUKAN JATIDIRI INSAN

MELALUI KISAH NABI YUSUF DI DALAM AL-QURAN

[PROTECTION OF INJURY THROUGH THE STORY OF THE PROPHETS

OF YUSUF IN THE QURAN]

ROSMALIZAWATI AB RASHID

[email protected]

1 Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak,

21300 Kuala Nerus, Terengganu, MALAYSIA

ABSTRACT

Yusuf 'alaihissalam, a prophet who was endowed with various facets invites a long story mentioned

in the Quran, even immortalized as a surah name containing one hundred and eleven verses. It is not

a common story to be mentioned by Allah Taala unless there are various doctrines hidden in it.

Beginning with his family story, thrown into the woods, confronting the slanderous women around

him until he was appointed a ruler, the Quran does not always translate his sad life simply to explain

to the people that this story is very important to be exemplary and more so as we go through the end

of this age. In line with the human capital development that is being sought in teaching and learning

in Malaysia, the Prophet Joseph exemplified a great personality and became a role model for the

people, especially for the youth and male leaders in society, and for the general public. . Therefore,

through a library study, this article explores identity formation through the story of the Prophet Joseph

by searching for interpretive books that discuss the story and taking into account contemporary issues

to be considered in order to make the discussion a contributing factor in the treatment of social well-

being is being faced by society today.

Keywords: Yusuf 'Alaihissalam, Self, Human Capital, Quranic Story, Maudhui Interpretation.

ABSTRAK

Yusuf ‘alaihissalam, seorang nabi yang dikurniakan kelebihan dari segi paras rupa mengundang kisah

yang panjang disebut di dalam al-Quran, bahkan diabadikan sebagai nama surah yang mengandungi

seratus sebelas ayat. Bukanlah suatu kisah yang biasa sekiranya disebut oleh Allah Taala melainkan

terdapat pelbagai iktibar yang terselit di dalamnya. Bermula dari kisah beliau bersama keluarga,

dibuang ke dalam hutan, berhadapan dengan fitnah wanita-wanita di sekelilingnya sehingga dilantik

menjadi penguasa, al-Quran tidak putus-putus menterjemahkan kehidupan suka-duka beliau semata-

mata untuk menjelaskan kepada umat bahawa kisah ini sangat penting untuk dijadikan sebagai teladan

apatah lagi ketika mengharungi dunia akhir zaman ini. Bertepatan lah dengan pembangunan modal

insan yang cuba diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia ini, Nabi Yusuf

menonjolkan keperibadian yang unggul dan menjadi satu role-model kepada umat terutamanya

kepada remaja dan pemimpin-pemimpin lelaki di dalam masyarakat, dan kepada seluruh umat secara

amnya. Oleh yang demikian, melalui kajian perpustakaan, artikel ini mengupas pembentukan jati diri

Page 2: PEMBENTUKAN JATIDIRI INSAN MELALUI KISAH NABI …

Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

71

menerusi kisah Nabi Yusuf dengan menelusuri kitab-kitab tafsir yang membahaskan berkenaan kisah

tersebut dan mengambil kira isu-isu masyarakat masa kini untuk dikaitkan agar perbincangan menjadi

satu sumbangan dalam merawat kebejatan sosial yang sedang dihadapi oleh masyarakat masa kini.

Kata kunci: Yusuf ‘Alaihissalam, Jatidiri, Modal Insan, Kisah al-Quran, Tafsir Maudhui.

PENGENALAN

Kisah Nabi Yusuf merupakan kisah yang selalu disebut-sebut bahkan dijadikan bahan perbincangan

umat dari dahulu sampai sekarang. Yusuf ‘alaihissalam merupakan anak kepada nabi Yaakub

alaihissalam dan cucu kepada nabi Ishaq alaihissalam dan cicit kepada nabi Ibrahim alaihissalam.

Beliau adalah anak yang ketujuh daripada dua belas orang anak nabi Yaakub. Beliau merupakan anak

yang sangat disayangi oleh bapanya. Allah mengurniakan kepadanya rupa paras yang cantik, serta

ilmu pengetahuan tentang tafsir mimpi, diberikan pemerintahan di Mesir dan akhlak serta budi pekerti

yang mulia (Et. Al, t.th).

Surah Yusuf dipilih kerana padanya mengandungi teladan yang sangat bermanfaat

terutamanya dalam merawat penyakit-penyakit hati dan masalah sosial yang berlaku pada masa kini.

Pada surah ini diceritakan tentang perjalanan hidup Nabi Yusuf sejak kecil sehingga beliau diangkat

menjadi nabi dan pemerintah.

Apabila sesuatu kisah disebut di dalam al-Quran bermakna ada hikmah dan mesej yang sangat

penting untuk dihayati. Ia bukan berkisar tentang apakah nama isteri penguasa Mesir yang menggoda

nabi Yusuf, bukan juga menjadikan ia sebagai kiasan perumpamaan pasangan yang bahagia, antara

nabi Yusuf dan yang dikenali sebagai Zulaikha. Ini kerana semua ini bukanlah bersandar kepada nas-

nas yang disebut di dalam al-Quran dan hadith. Bahkan bukan juga menjadi kepentingan bagi al-

Quran untuk merakamkan perkara tersebut (Ahmad Najib, t.th).

Mesej yang ingin disampaikan lebih dari itu, iaitu sebagai role-model kepada umat Islam,

menjadi contoh dalam pembentukan personaliti yang hebat, menjadi teladan di dalam setiap detik

peristiwa yang disebut di dalam al-Quran. Allah Taala berfirman: “wahai Muhammad, sebutkan

kepada umatmu dalam ceritamu tentang kisah nabi Yusuf A.S ketika ia berkata kepada ayahnya Ibn

Ishaq, bin Ibrahim A.S.

Sebagaimana dikatakan imam Ahmad dari Ibn Umar, Nabi Muhammad SAW ketika ditanya

tentang peribadi nabi Yusuf, ini jawapan beliau:

إذا قيل من الكريم فقولوا الكريم ابن الكريم ابن الكريم ابن الكريم يوسف بن يعقوب بن إسحاق بن إبراهيم عليه السلام.

“Orang yang mulia, putera orang mulia, putera orang yang mulia, putera orang yang mulia; Yusuf

bin Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim.”

(Surah Yusuf 4: 142)

Page 3: PEMBENTUKAN JATIDIRI INSAN MELALUI KISAH NABI …

Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

72

LATAR BELAKANG SURAH YUSUF

Surah ini termasuk di dalam surah makkiyah, mengandungi seratus sebelas ayat. Menurut al-Suyuti,

di dalam satu riwayat dikemukakan bahawa setelah sekian lama ayat-ayat al-Quran diturunkan

kepada nabi dan dibacakan kepada sahabat, mereka berkata:” ya Rasulullah, bagaimana pula jika tuan

bercerita kepada kami?” maka Allah menurunkan ayat ini (surah al-Zumar: 23) sebagai penjelasan

bahawa Allah telah menurunkan sebaik-baik cerita (al-Sayuti, 1982).

Menurut Ibnu Abi Hatim, para sahabat berkata lagi, “ya Rasulullah, bagaimana pula jika tuan

mengingatkan kami?” lalu Allah turunkan ayat ini (surah al-Hadid:16) sebagai peringatan bahawa

terdapat banyak ayat yang telah diturunkan oleh Allah agar mereka taat dan patuh

kepadaNya.(diriwayatkan oleh al-Hakim dan yang lainnya daripada Saad bin Abi Waqqas) (al-Sayuti,

1982).

Manakala di dalam riwayat yang lain pula para sahabat berkata: “Ya Rasulullah, bagaimana

jika tuan menceritakan sesuatu kepada kami”. Lalu Allah menurunkan ayat ini (surah Yusuf: 3)

sebagai penjelasan bahawa di dalam al-Quran telah terdapat kisah-kisah yang baik untuk dijadikan

teladan kepada orang mukmin. (diriwayatkan oleh Ibn Jarir dari Ibn Abbas. Diriwayatkan oleh Ibn

Mardawaih daripada Ibn Mas’ud) (al-Sayuti, 1982).

Sayyid Qutb di dalam tafsirnya, fi Zilal al-Quran menjelaskan bahawa surah Yusuf ini

diturunkan sesudah surah Hud, ketika Rasulullah SAW berhadapan dengan tahun dukacita, iaitu

ketika kematian dua orang kesayangan baginda, Abu Talib dan Khadijah, dan ketika di antara Baiat

Aqabah pertama dan Aqabah kedua. Pada waktu ini baginda SAW dan kaum muslimin keluar

berdakwah. Oleh yang demikian, surah ini menjadi satu-satunya surah yang diturunkan pada masa

tersebut, sebagai hiburan dan pengajaran kepada baginda SAW (Qutub, 1982).

Sehubungan dengan itu, Allah mengungkapkan keindahan kisah ini di dalam kalamNya:

Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) seindah-indah kisah Dengan jalan Kami wahyukan

kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya Engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari

orang-orang Yang tidak pernah menyedari akan halnya.(surah Yusuf (12): 3).

Sayyid Qutub menyatakan bahawa ketika rasulullah SAW berhadapan dengan ujian ini, Allah

menceritakan kepada baginda kisah saudaranya yang juga mulia iaitu Yusuf A.S, pernah ditimpa

ujian sejak beliau masih kecil, berhadapan dengan tipu daya saudaranya sendiri, berhadapan dengan

fitnah wanita dan tuduhan yang berat sehingga dipenjarakan. Namun, semua itu tidak memutuskan

semangatnya untuk terus mengharap perlindungan dari Allah, memohon diberikan kekuatan dan

berakhir dengan kebaikan terhadap diri dan agamanya (Qutub, 1982).

RINGKASAN KISAH NABI YUSUF MENURUT AL-QURAN

Kisah ini bermula dengan mimpi Nabi Yusuf yang ditafsirkan oleh ayahandanya bahawa beliau akan

menjadi seorang yang ditinggikan darjatnya oleh Allah Taala, lalu beliau dinasihatkan oleh ayahnya

agar merahsiakan perkara tersebut kerana dibimbangi apabila diketahui oleh saudara-saudaranya akan

menyebabkan mereka iri hati dan melakukan sesuatu terhadap nabi Yusuf (Surah Yusuf 12: 4-5)

Page 4: PEMBENTUKAN JATIDIRI INSAN MELALUI KISAH NABI …

Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

73

Seterusnya Allah menceritakan tentang perancangan saudara-saudara Yusuf untuk membunuh

Yusuf ataupun membuangnya jauh dari pandangan bapanya. Ini kerana mereka merasakan bapanya

tidak adil dalam membahagikan kasih sayang antara mereka. Oleh sebab itu, jika Yusuf dipinggirkan

sudah pasti perhatian bapanya akan beralih kepada mereka. Perancangan ini diteruskan dengan

membawa Yusuf keluar bermain di hutan dengan alasan mereka dapat menjaganya dengan baik.

Setelah itu, mereka membuang Yusuf di dalam sebuah sumur (telaga) yang lama di dalam hutan

seterusnya membawa perkhabaran bahawa adiknya itu telah dibaham serigala (Surah Yusuf 12: 7-18)

Namun, Yusuf telah pun diberitahu oleh Allah Taala bahawa beliau akan diselamatkan. Sekumpulan

pengembara melalui kawasan tersebut untuk mendapatkan air, namun menemui Yusuf yang berada

di dalam perigi tersebut. Kerana keelokan paras rupanya membuatkan mereka membawa pulang

Yusuf untuk dijual. Janji Allah untuk memelihara Yusuf terlaksana apabila beliau dibeli oleh seorang

pembesar Mesir pada waktu itu, yang disebut di dalam al-Quran sebagai al-Aziz. Ketika dibawa

pulang beliau berpesan kepada isterinya agar menjaga Yusuf dengan baik (Surah Yusuf 12: 19-22).

Walau bagaimanapun, Yusuf berhadapan dengan ujian seterusnya apabila beliau disukai oleh

isteri pembesar tersebut dan cuba untuk memujuknya melakukan maksiat. Namun, kerana keimanan

yang teguh pada Allah dan menghormati al-Aziz sebagai majikannya, Yusuf menolak ajakan tersebut

sehingga terjadi perebutan di antara mereka yang menyebabkan baju Yusuf koyak dari belakang.

Tatkala al-Aziz meminta penjelasan, isterinya menuduh Yusuf yang mengajak untuk melakukan

maksiat namun Yusf menafikan. Sebagai bukti, baju Yusuf yang koyak dari belakang membuktikan

bahawa Yusuf tidak bersalah. Walaupun demikian, untuk menyembunyikan aib yang berlaku, al-Aziz

mengarahkan agar Yusuf dihantar ke penjara (Surah Yusuf 12: 23-29).

Peristiwa ini tidak terhenti setakat itu, kerana tohmahan dari wanita-wanita lain menyebabkan

isteri al-Aziz memanggil mereka untuk melihat sendiri ketampanan Yusuf di dalam satu majlis. Oleh

kerana terpegun dengan ketampanan Yusuf membuatkan mereka memotong tangan mereka dengan

pisau yang digunakan untuk memotong epal.1 Ibn Kathir merujuk kepada pernyataan imam Abul

Qasim al-Suhaili tentang rupa Yusuf, “ Yusuf mempunyai separuh dari keelokan Adam A.S, kerana

Allah menciptakan Adam dengan tanganNya dalam bentuk yang paling sempurna dan paling baik,

dan tidak ada seorang pun dari keturunannya yang menyamai keelokannya, lalu Yusuf diberi

sebahagian dari keelokan Adam A.S (Surah Yusuf 12: 30-32).

Kerana fitnah yang tidak berakhir ini, Yusuf memilih untuk berada di penjara agar dapat

memelihara dirinya dari ditimpa fitnah. Ibn Kathir menyebut bahawa beliau dipenjarakan kerana

tersebar cerita tentang perbuatan isteri al-Aziz terhadap Yusuf yang mana boleh mengaibkan keluarga

tersebut (Ibn Kathir, t.th).

Ujian di penjara semakin menampakkan kebenaran Yusuf apabila beliau berhadapan dengan

dua orang lagi tahanan yang lain yang bertanya kepadanya tentang maksud mimpi mereka. Di sinilah

bermula dakwah nabi Allah Yusuf ketika beliau terbukti mampu mentafsirkan mimpi dan dalam masa

yang sama berjaya memulakan dakwahnya kepada orang-orang sekelilingnya (Surah Yusuf 12: 32-

42).

Rentetan daripada peristiwa itu, ketika raja mencari orang yang boleh mentafsirkan

mimpinya, menyebabkan nabi Yusuf diperkenalkan dan beliau ternyata mampu memberikan tafsiran

terhadap mimpi raja tersebut. Kerana kebaikan, keperibadian unggul yang ditonjolkan oleh nabi

Yusuf membuatkan raja menjemputnya untuk menjadi penasihat terutamanya yang berkaitan dengan

Page 5: PEMBENTUKAN JATIDIRI INSAN MELALUI KISAH NABI …

Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

74

kewangan. Namun, nabi Allah Yusuf meminta agar namanya dibersihkan dan mendapatkan

pengakuan dari mereka yang menuduhnya agar kebenaran dapat ditegakkan (Surah Yusuf 12: 42-55).

Lanjutan dari peristiwa yang berlaku, ketika musim kemarau ini, saudara-saudaranya kembali

ke Mesir memohon bantuan. Kesempatan di ambil oleh nabi Yusuf untuk mengambil adik bongsunya,

bunyamin agar beliau dapat menceritakan perkara yang sebenar. Oleh kerana helah ini membuatkan

mereka menyedari kesilapan dan mengakui kesalahan yang telah mereka lakukan. Setelah itu,

keluarga ini kembali bersatu dan bapanya kembali melihat kerana mukjizat yang dikurniakan oleh

Allah kepada nabi Yusuf (Surah Yusuf 12: 56-111).

IKITIBAR KISAH NABI YUSUF DALAM PEMBENTUKAN JATIDIRI INSAN

Sabar Dan Positif Membuahkan Ganjaran.

Allah Taala sentiasa mengingatkan hambaNya agar sentiasa bertakwa dan seiring dengan

ketakwaan itu adalah bersikap sabar, setiap kesukaran dan penderitaan sekiranya dihadapi dengan

tabah dan sabar selalunya akan dibalas dengan kejayaan dan kesenangan. Allah menyebut di dalam

firmanNya:

Katakanlah (Wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu):

"Wahai hamba-hambaKu yang beriman! bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (ingatlah) orang-orang

yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di Akhirat). dan (ingatlah) bumi

Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang

bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".(surah al-Zumar

(39):10).

Seorang mukmin yang percaya kepada takdir, tidak sepatutnya merasa kecewa dan berkcil

hati apabila ditimpa musibah, orang mukmin mesti menerima dengan penuh kesabaran dan tawakkal.

Kesabaran nabi Yusuf terbukti menghasilkan ganjaran kebaikan, ketika beliau mengucapkan kepada

ayahandanya, tatkala mereka kembali bersatu, Allah menceritakan:

Dan ia dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran. dan setelah itu

mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf. dan (pada saat itu) berkatalah Yusuf:

"Wahai ayahku! Inilah Dia tafsiran mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku

itu benar. dan Sesungguhnya ia telah melimpahkan kebaikan kepadaKu ketika ia mengeluarkan daku

Page 6: PEMBENTUKAN JATIDIRI INSAN MELALUI KISAH NABI …

Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

75

dari penjara; dan ia membawa kamu ke mari dari dosa sesudah syaitan (dengan hasutannya)

merosakkan perhubungan antaraku dengan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah-

lembut tadbirNya bagi apa yang dikehendakiNya; Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mengetahui,

lagi Maha Bijaksana.(surah Yusuf (12): 100.

Hikmah Ujian Menetapkan Iman

Qaradhawi ketika membahaskan tentang sabar, ia merupakan keperluan manusia seluruhnya,

apatah lagi bagi ahli iman – lebih khusus lagi lantaran mereka terdedah kepada kesusahan dan ujian,

juga cabaran terhadap harta benda mereka, juga kemuliaan yang ada di sisi mereka. Sebagaimana

hukum alam, musuh –musuh mereka akan sentiasa merencana yang buruk terhadap mereka, menipu

daya dan menunggu untuk menghancurkan mereka. Demikianlah Allah menjadikan Iblis musuh

kepada nabi Adam dan musuh-musuh seterusnya bagi setiap nabi (Qaradhawi Yusuf, 1997).

Demikian berlaku kepada nabi Allah Yaakub, ketika kehilangan Yusuf, anak kesayangan,

yang memiliki sifat-sifat yang disenanginya sehingga menimbulkan kecemburuan di hati anak-

anaknya yang lain. Namun, apabila mendapat perkhabaran tersebut, beliau tetap bertahan dan

bersabar serta mengharapkan redha dari Tuhannya. Firman Allah SWT:

(setelah mereka kembali dan menyampaikan hal itu kepada bapa mereka) berkatalah ia: "(Tidaklah

benar apa Yang kamu katakan itu) bahkan nafsu kamu telah memperelokkan pada pandangan kamu

suatu perkara (yang kamu rancangkan). jika demikian, Bersabarlah Aku Dengan sebaik-baiknya,

Mudah-mudahan Allah mengembalikan mereka semua kepadaKu. Sesungguhnya Dia lah jua Yang

Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.(surah Yusuf (12): 83).

Sabar Di Kala Kesedihan Sifat Orang Beriman

Yusuf al-Qaradhawi, menjelaskan tentang keadaan nabi Yaakob ketika berhadapan dengan ujian yang

kedua, apabila beliau sekali lagi kehilangan anaknya iaitu Bunyamin. Namun kesedihan beliau ini

diselangi dengan kerinduan dan menyempitkan dadanya sehingga mengalir air mata menahan

kesedihan dan dirakamkan di dalam al-Quran bahawa beliau merintih menyatakan dukacita kerana

ujian tersebut (Qaradhawi, 1977). Namun kesedihannya dihalakan kepada pengaduannya kepada

Allah Taala tanpa mengeluh mahupun mempersoalkan ujian tersebut. Firman Allah Taala:

Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba-hamba kami: Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak serta Nabi

Yaakub, Yang mempunyai kekuatan (melaksanakan taat setianya) dan pandangan Yang mendalam

(memahami agamanya).

(surah Shad (38): 45).

Pada ketika ini juga, kesabaran Nabi Yusuf juga teruji, sejak kecil melalui tipudaya saudara-

saudaranya , seterusnya dipisahkan dari keluarga, berhadapan dengan fitnah dunia dan tuduhan yang

hina, pastinya ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilalui. Namun, di sebalik ujian tersebut,

Allah memberikan kebaikan dan ketinggian darjatnya.

Al-Qaradhawi menceritakan tentang imam al-Syafie ketika ditanya: manakah yang lebih

utama bagi orang mukmin, dia dipuji atau diberi jawatan dan kedudukan? Lalu beliau menjawab:

bukankah terjadinya pemberian kedudukan itu setelah mereka diuji? Lalu beliau merujuk kepada

kisah ini sebagai iktibar (Qaradhawi, 1977).

Page 7: PEMBENTUKAN JATIDIRI INSAN MELALUI KISAH NABI …

Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

76

Berpegang Kepada Syariat Menjamin Keberkatan Hidup

Satu ujian yang getir terpaksa dilalui oleh Nabi Yusuf adalah ketika beliau berhadapan dengan

seorang wanita cantik yang merayu untuk bermesra dengannya. Allah Taala menceritakan:

Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin

timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya

(tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir kami) untuk menjauhkan dari Yusuf

perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari

hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa. Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu,

serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya Dengan

suami perempuan itu di muka pintu. tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): tidak ada

balasan bagi orang Yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan Dia atau

dikenakan azab Yang menyiksanya". Yusuf pula berkata: "Dia lah yang memujukku berkehendakkan

diriku". (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada

bersama-sama) tampil memberi pendapatnya Dengan berkata:" "Jika baju Yusuf koyak dari depan

maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang Yang dusta.(surah

Yusuf (12): 24-26).

Allah SWT ingin menunjukkan kepada kita ketinggian peribadi yang ada pada nabi Yusuf,

keteguhan jiwanya membuktikan beliau berada di dalam penjagaan Allah. Jelas daripada perkataan

beliau yang beliau dapat menguasai dirinya kerana rahmat Allah, menolak ajakan isteri majikannya

kerana takutkan Allah dan sikap berpegang pada amanah, tidak sanggup mengkhianati majikannya.

Menurut al-Razi, nabi Yusuf itu suci dari kecenderungan kepada nafsu kerana beliau adalah nabi,

yang dipelihara dari segala maksiat (Al-Razi,t.th). Fadhal Abbas, ketika mengulas perkara ini

menyebut bahawa Allah Taala memberikan kebaikan kepada nabi Yusuf A.S dan pemeliharaan dalam

kehidupan di dunia dan di akhirat, maka adalah mustahil Allah membiarkan beliau terjatuh di dalam

maksiat (Abu Abbas, t.t). Demikian juga disebutkan di dalam buku “Lessons From the Stories of the

Quran” bahawa nabi Yusuf memiliki pandangan mata hati yang merasakan keberadaan Allah di

mana-mana membuatkan beliau terpelihara dari ajakan tersebut (Ali Musa, t.t).

Namun, ujian ini mahal harganya. Akibat penolakan tersebut beliau rela dipenjarakan demi

mempertahankan keluhuran budinya, keteguhan jiwanya dan kemurnian jiwanyanya. Allah

menceritakan rintihan nabi Yusuf:

Page 8: PEMBENTUKAN JATIDIRI INSAN MELALUI KISAH NABI …

Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

77

Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada

penjara dari apa Yang perempuan-perempuan itu ajak Aku kepadaNya. dan jika Engkau tidak

menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin Aku akan cenderung kepada mereka, dan Aku

menjadi dari orang-orang Yang tidak mengamalkan ilmunya".(surah Yusuf (12):33).

Sikap yang diambil oleh nabi Yusuf membuktikan bahawa beliau tetap mempertahankan kebenaran

yang ada pada pihaknya dan sanggup berhadapan dengan risiko yang bakal diambil. Sikap ini

merupakan salah satu cirri yang ada dalam membentuk jatidiri. Sebagaimana dinyatakan di dalam

buku Jatidiri Penggerak Perubahan, Norman Vincent merujuk kepada sikap yang membawa kepada

kejayaan adalah apabila seseorang itu berani berterus terang dan menerima akibat dalam

mempertahankan prinsipnya (Barbara Bartocci, 1997).

Bahkan Nabi SAW pernah bersabda: Ada tujuh orang yang akan mendapat naungan Allah

pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya. Mereka itu adalah: Pemimpin (imam) yang

adil, pemuda yang hidup (tumbuh) untuk beribadah kepada Allah, orang yang hatinya terpaut dengan

masjid, jika keluar darinya pasti kembali ke sana lagi, dan orang yang saling mencintai kerana Allah

ketika berhimpun ataupun ketika berpisah, orang yang bersedekah secara diam-diam sehingga tangan

kirinya tidak mengetahui apa yang telah disedekahkan oleh tangan kanannya, seorang yang dirayu

oleh wanita yang berkedudukan tinggi, cantik jelita tetapi ia mengatakan: Aku takut kepada Allah

dan seorang lagi yang sentiasa berzikir kepada Allah (ketika bersendirian) sehingga kedua air

matanya berlinang (Al-Bukhari, t.th).

Allah menegaskan di dalam firmanNya:

(Apa Yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah

(mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh

pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik)

terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.(surah al-Baqarah (2):112).

Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat ini di dalam kitab-nya, Tafsir al-Quran al-Azim: (ayat ini)

menjelaskan, “Allah hanya menerima amal yang mempunyai dua kriteria, pertamanya ikhlas dan

keduanya muhsin. Muhsin bermaksud melakukan sesuatu sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh

Rasulullah SAW. Jika sesuatu amal dilakukan dengan tulus ikhlas tetapi caranya tidak mengikut

(syariat) ia tidak diterima (oleh Allah). (Ibn Kathir, t.t).

Imam Tantawi ketika merujuk kepada ayat ini menyatakan bahawa kerana sifat konsisten

yang ada pada nabi Yusuf, akhlak yang mulia, kesabaran yang tinggi dan berpegang kepada amanah

membuatkan beliau meminta agar namanya dibersihkan dari segala tuduhan (Tantawi, t.th)

Berani Adalah Kekuatan Tersembunyi

Satu perkara yang jelas ada pada Nabi Yusuf adalah beliau yang diuji sejak kecil, bertahan dan

melaluinya dengan sabar, mampu menjadi seorang pemuda yang bermanfaat kepada umat. Beliau

Page 9: PEMBENTUKAN JATIDIRI INSAN MELALUI KISAH NABI …

Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

78

yang ditakdirkan oleh Allah menjadi nabi, bukan sekadar ingin menonjolkan sifat kenabian yang ada

pada beliau, namun al-Quran juga ingin memaparkan peranan seorang pemuda yang patut dicontohi

oleh generasi muda pada hari ini.

Kekuatan jati diri yang ada pada beliau terbukti apabila beliau meminta agar segala fitnah yang

dilemparkan kepadanya dibersihkan sebelum beliau dikeluarkan dari penjara. Walau beliau

sebenarnya boleh dikeluarkan dengan permintaan dari pemerintah pada waktu itu, namun untuk

mempertahankan kebenaran dan membuktikan bahawa beliau berada pada pihak yang benar, beliau

meminta agar tuduhan yang dilemparkan kepadanya disiasat dan ditentukan kebenarannya.

Oleh yang demikian, pemerintah meminta penyaksian dari mereka yang menuduh termasuklah isteri

majikannya dan wanita-wanita bangsawan pada masa itu. Sebagaimana yang diceritakan di dalam al-

Quran:

Dan (apabila mendengar tafsiran itu) berkatalah raja Mesir:" bawalah Dia kepadaku! "Maka tatkata

utusan raja datang kepada Yusuf (menjemputnya mengadap raja), Yusuf berkata kepadanya:

kembalilah kepada tuanmu kemudian Bertanyalah kepadanya: "Apa halnya perempuan-perempuan

Yang melukakan tangan mereka ? Sesungguhnya Tuhanku Maha mengetahui tipu daya mereka".

Setelah perempuan-perempuan itu dipanggil), raja bertanya kepada mereka: "Apahal kamu, semasa

kamu memujuk Yusuf mengenai dirinya?" mereka menjawab: JauhNya Allah dari Segala cacat cela,

Kami tidak mengetahui sesuatu kejahatan terhadap Yusuf". isteri Al-Aziz pun berkata: "Sekarang

ternyatalah kebenaran (yang selama ini tersembunyi), Akulah Yang memujuk Yusuf berkehendakkan

dirinya (tetapi ia telah menolak); dan Sesungguhnya adalah ia dari orang-orang Yang benar.

"(Pengakuanku) Yang demikian supaya ia Mengetahui, Bahawa Aku tidak mengkhianatinya semasa

ia tidak hadir (bersama di sini); dan Bahawa Allah tidak menjayakan tipu daya orang-orang Yang

khianat."Dan tiadalah Aku berani membersihkan diriku; Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat

menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang Yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka

terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha

Mengasihani."

Ardis Whitman mengungkapkan di dalam tulisannya tentang kekuatan yang tersembunyi,

beliau menyebut orang yang mampu mempamerkan contoh teladan adalah mereka yang mempunyai

kekuatan yang tersembunyi, lalu kekuatan itu dimaksimumkan untuk mencipta diri sendiri. Orang

yang berwibawa menurut beliau tidak hanya bermanfaat untuk dirinya bahkan dimanfaatkan untuk

orang lain (Barbara, 1997).

Page 10: PEMBENTUKAN JATIDIRI INSAN MELALUI KISAH NABI …

Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

79

Keteguhan Iman Dan Takwa

Dr Danial menyebut bahawa antara tips menjadi cemerlang adalah apabila seseorang itu mempunyai

keteguhan iman dan takwa. Ini kerana seseorang yang teguh imannya, tidak akan goyah dengan ujian

di dunia, sentiasa meletakkan kebergantungannya kepada Allah dan berjalan di atas muka bumi

dengan penuh keyakinan (Danial Zainal Abidin, 2008). Perkara ini jelas dinyatakan oleh Allah SWT:

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan

laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang

menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah),

sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan

menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara yang dikehendakiNya.

Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.(surah al-Thalaq: 2-3).

Kesinambungan dari sifat taqwa ini juga membuatkan nabi Yusuf memaafkan perbuatan

orang-orang yang mengkhianatinya serta menfitnahnya tanpa ada rasa dendam. Beliau merasakan

Allah adalah sebaik-baik tempat kembali dan menyerahkan segala urusannya kepada Allah. Sifat

hasad yang ada pada saudaranya mendorong mereka melakukan perbuatan tersebut, namun bagi nabi

Yusuf, sifat tersebut adalah berpunca dari bisikan syaitan kepada mereka agar mengkhianatinya. Di

dalam kata-katanya yang dinukilkan ketika bertemu semula dengan bapanya, beliau menyebut, “dan

ia membawa kamu ke mari dari dosa sesudah syaitan (dengan hasutannya) merosakkan perhubungan

antaraku dengan saudara-saudaraku.

Di dalam tulisan Ahmad M. Raba disebutkan bahawa sifat hasad yang ada pada saudara Yusuf

membuatkan mereka mempunyai motif yang kuat untuk melakukan kejahatan terhadap Yusuf, dan

ini menjadi sebab bagaimana mereka boleh melakukan sesuatu perkara terhadap orang yang tidak

pernah berbuat jahat terhadapnya (Ahmad M. Raba, 2001).

Seterusnya, kerana takwa jugalah yang membentuk peribadi nabi Yusuf sebagai seorang yang

sentiasa berdoa kepada Tuhannya dalam setiap kejadian yang menimpa dirinya. Ketika ditimpa

musibah, beliau mengadu kepada Tuhannya: sama sahaja kepadanya: sesiapa di antara kamu yang

merahsiakan kata-katanya dalam hati dan yang menyatakannya; juga yang bersembunyi pada waktu

malam dan yang keluar berjalan pada waktu siang.

Orang Yang Berilmu Mampu Membentuk Personaliti Yang Hebat

Allah Taala telah menetapkan bahawa Yusuf akan diangkat menjadi nabi, menjadi insan yang

ditinggikan martabatnya. Oleh yang demikian, Allah mengurniakannya ilmu dan hikmah sebagai

bekal perjalanan, bahkan menundukkan hati sesiapa yang menemuinya untuk berbuat baik kepada

beliau. Untuk itu, Allah menetapkan beliau dijual kepada penguasa kerajaan pada waktu itu

sebagaimana firmanNya:

Page 11: PEMBENTUKAN JATIDIRI INSAN MELALUI KISAH NABI …

Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

80

Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada

isterinya: "Berilah Dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan

Dia anak". dan Demikianlah caranya Kami menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk

dihormati dan disayangi), dan untuk Kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi. dan Allah

Maha Kuasa melakukan Segala perkara Yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia

tidak mengetahui. Surah Yusuf (12):21).

Dapat kita simpulkan di sini, Allah telah membentuk personaliti yang hebat pada nabi Yusuf

dengan kehebatan ilmunya dalam mentafsir mimpi bahkan kerana darjatnya sebagai seorang nabi.

Seorang yang mempunyai ilmu, tidak sekadar memanfaatkan ilmu untuk dirinya, namun juga

menggunakan ilmu tersebut sebagai jalan untuk berdakwah. Ini dapat dilihat dari tutur cara

percakapan nabi Yusuf ketika diminta oleh rakan sepenjara untuk mentafsirkan mimpinya:

Wahai sahabatku berdua yang sepenjara, memuja dan menyembah berbilang-bilang Tuhan Yang

bercerai-berai itukah Yang lebih baik atau menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa, lagi Maha

Kuasa?

Sebelum mentafsirkan mimpi yang ditanya kepadanya, beliau mengajukan pertanyaan untuk

menyampaikan dakwah kepada rakannya tentang keesaan Tuhan. Beliau menerangkan kepada

rakannya bahawa Tuhan manusia sekalian alam adalah Allah itu lebih baik dari memuja dan

menyembah tuhan yang berbagai, lalu dikuatkan lagi pernyataan tersebut dengan hujah akal,

sebagaimana Allah menceritakan:

Yusuf menjawab: "(Aku bukan sahaja dapat menerangkan takbir mimpi kamu itu, bahkan) tidak

datang kepada kamu sesuatu makanan yang diberikan kepada kamu (tiap-tiap hari dalam penjara),

melainkan aku juga dapat memberitahu kepada kamu akan nama dan jenisnya, sebelum ia dibawa

kepada kamu. Yang demikian itu ialah sebahagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku.

Dengan sebab itu aku meninggalkan agama kaum yang tidak beriman kepada Allah serta tidak pula

percayakan hari akhirat.(surah Yusuf (12): 37).

Page 12: PEMBENTUKAN JATIDIRI INSAN MELALUI KISAH NABI …

Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

81

Louay Fatoohi, di dalam bukunya “The Prophet Joseph: in the Quran, the Bible and the History”

ketika menjelaskan ayat ini menyatakan:

“Joseph clearly purposefully started off his sermon by mentioning that “no food comes (in due course)

as sustenance for you but I will inform you of its kind before it comes to you”. In order to tell the two

men that this and all other kinds of knowledge that he had were favours conferred on him by his Lord:

“that is of what my Lord has taught me”. He then told them that this knowledgeable Lord is ‘Allah’.”

(Fatoohi, 2005).

Sehubungan dengan itu, dapat kita lihat bahawa nabi Yusuf menggunakan ilmunya untuk

kebaikan diri dan umatnya, bukan sebagai alat melepaskan diri dari kesusahan namun

bertanggungjawab terhadap ilmu yang dimiliki. Sayyid Qutub melihat peranan Nabi Yusuf di dalam

menyebarkan dakwah walau berada di penjara ini adalah satu contoh yang perlu dipraktikkan oleh

semua umat Islam. (Qutub, 1977).

Berperancangan Dan Tidak Berputus Asa

Gambaran sikap berperancangan dapat dilihat dari strategi yang digunakan oleh Nabi Yusuf bermula

dari saat beliau mempamerkan keperibadian yang mulia, memulakan dakwah kepada rakan sepenjara,

dengan cara menggunakan hujah akal agar dapat memberi peluang kepada rakannya untuk berfikir.

Lanjutan dari peristiwa itu juga, Nabi Yusuf sempat berpesan kepada rakan yang dibebaskan itu agar

menyebarkan tentang perbualan mereka kepada orang ramai terutamanya kepada penguasa agar

kelebihan yang ada pada beliau diketahui. Sudah pasti tindakan ini bukan kerana untuk meraih

populariti, bukan pula untuk menunjuk-nunjuk akan tetapi bertujuan untuk meneruskan misinya

sebagai nabi. Bahkan, beliau juga mengetahui bahawa pada masa akan datang negerinya ini akan

berhadapan dengan musim kemarau yang memerlukan kepada sumbangan beliau dalam hal tersebut.

Setelah berhasil mentafsirkan mimpi raja tersebut, beliau mencadangkan langkah-langkah yang perlu

diambil agar tindakan tersebut memberikan penyelesaian yang terbaik (Al-Hulaysi, 1995). Di dalam

firmanNya:

Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut,

kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah ia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian

yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau

yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa

yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang

padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun

dan sebagainya)".

Page 13: PEMBENTUKAN JATIDIRI INSAN MELALUI KISAH NABI …

Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

82

Di dalam buku Hidup Berperancangan disebutkan bahawa antara watak dan keperibadian

yang ada pada seseorang yang berperancangan ialah, mereka berani mempertahankan pendirian dan

keyakinan, cinta kepada kebenaran adalah satu hal yang mutlak. Oleh kerana watak dan keperibadian

yang tinggi ini menjadi unsur yang penting dalam menentukan untuk mencapai prestasi dan kejayaan

dalam segala bidang kehidupan (anon, 2000).

Menerusi kata-kata Nabi Yaakub tentang usaha mencari anaknya, Yusuf juga merupakan

sikap yang perlu diambil iktibar di mana beliau menasihati anak-anaknya agar terus mencari nabi

Yusuf dan tidak berputus asa. Di dalam firmanNya:

Wahai anak-anakku! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya

(Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya

tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum Yang kafir".(surah Yusuf

(12): 87).

KESIMPULAN

Dari perbahasan tadi, dapat kita simpulkan bahawa, untuk membentuk jati diri yang hebat ia

memerlukan kepada pemuda yang tahan diuji, mampu melalui ujian-ujian keperitan hidup dengan

penuh kesabaran. Dengan adanya ujian, manusia akan menjadi lebih berdaya tahan, meneguhkan

keimanan, dan mampu berdiri dengan sendiri untuk membina kejayaan.

Melalui kesabaran yang ditonjolkan oleh Nabi Yusuf, dalam berhadapan permusuhan dan iri

hati saudara-saudaranya, tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan kehidupan. Bahkan

beliau berani mengatakan yang benar, walau terpaksa menentang orang yang menjaganya

sebagaimana berlaku di antara beliau dan isteri majikannya.

Tidak dinafikan juga, hasutan dan bisikan syaitan menjadi punca kepada ikatan sesuatu

persaudaraan akan menjadi retak. Ini dapat dilihat daripada peristiwa saudara-saudara Nabi Yusuf

sanggup membuangnya hanya kerana hasad. Hasad dengki adalah kesan daripada dendam. Daripada

al-Zubair telah bersabda Nabi: "Telah merebak kepada kamu semua penyakit umat-umat yang

sebelum kamu iaitu; hasad dan kebencian". Nabi bersabda lagi; ""Sesungguhnya hasad dengki itu

memakan kebaikan-kebaikan sepertimana api yang memakan (membakar) kayu api."2

Rentetan dari kisah Nabi Yusuf ini juga menggambarkan kepada kita hubungan di antara

penguasa dan rakyat ketika mana pemerintah pada masa itu menerima nasihat yang datang dari Nabi

Yusuf walaupun beliau tidak mengetahui bahawa orang tersebut adalah nabi. Oleh kerana sifat ini

juga menyebabkan krisis makanan dapat di atasi dan dilalui dengan sebaiknya. Dari sini, dapat kita

simpulkan bahawa untuk menjamin kebaikan pada sesuatu tamadun, ia memerlukan kepada rakyat,

iaitu mereka yang ikhlas dalam memberi nasihat kepada pemerintah, menyatakan yang benar tanpa

mempunyai apa-apa kepentingan. Generasi seperti ini akan melahirkan umat yang cemerlang dan

tamadun yang disegani.

Page 14: PEMBENTUKAN JATIDIRI INSAN MELALUI KISAH NABI …

Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

83

Sayyid Qutub menyebut di dalam tafsirnya bahawa kisah nabi Allah Yusuf ini

menggambarkan sebuah contoh yang sempurna bagi manhaj Islam dalam menyampaikan cerita

secara teoritis, sebagaimana kesempurnaan manhaj ini dalam menyampaikan hal-hal yang berkaitan

dengan hati dan jiwa, kepercayaan, pendidikan dan langkah-langkah kehidupan.

Demikian juga menurut Harun Yahya, hanya mereka yang memiliki hikmah sahaja yang

menyedari bahawa dirinya sedang diuji, dan mereka akan berjaya mengharungi ujian ini juga kerana

menggunakan hikmah yang ada pada mereka. Oleh sebab itu, seorang mukmin tidak boleh

menyangka bahawa dia akan masuk syurga hanya dengan mengucapkan, ‘saya percaya.

Begitu juga apabila dibandingkan kisah ini dengan kisah yang disebutkan di dalam Bible, terdapat

perbezaan yang jelas di mana Bible hanya merujuk kepada nabi Yusuf sebagai seorang manusia biasa,

menggambarkan nabi Yusuf juga mempunyai keinginan terhadap isteri al-Aziz dan pelbagai tafsiran

yang berbeza di antara satu versi dengan versi yang lain. Hakikat ini berbeza dengan al-Quran di

mana Allah mengangkat nabi Yusuf sebagai seorang yang mempunyai personaliti yang sangat mulia,

berani menyatakan kebenaran bahkan dipelihara dari segala maksiat dan kejahatan.

Sepanjang perjalanan hidup nabi Yusuf ini, Allah menceritakan dan menggambarkan kepada

kita agar diambil iktibar, perjuangan meneruskan hidup hanya akan diterajui oleh mereka yang

mempunyai jati diri yang kuat, bersandarkan kepada keteguhan iman, menelusuri cara hidup yang

bersyariat, ikhlas kerana Allah dan sentiasa berada di atas petunjukNya. Demikianlah iktibar yang

seiring dengan zaman dan akan sentiasa kekal mukjizatnya hingga ke akhir zaman. Maka benarlah

kata-kata Allah sebagai penutup surah ini:

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran Yang mendatangkan iktibar bagi

orang-orang Yang mempunyai akal fikiran. (kisah Nabi-nabi Yang terkandung Dalam Al-Quran)

bukanlah ia cerita-cerita Yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa Yang tersebut di Dalam

Kitab-kitab ugama Yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-

tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum Yang (mahu) beriman.(surah

Yusuf (12):111). Dengan al-Quran, kita mengharapkan rahmat dari Allah untuk kehidupan di dunia

dan di akhirat. Moga kita termasuk di dalam kalangan mereka yang mengambil iktibar, mereka yang

bahagia di dunia dan di akhirat.

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim.

Alu Syaikh, Abdullah bin Muhammad. (2006). Lubab al-Tafsir min Ibn Kathir. Edisi terjemahan: M.

Abdul Ghafar E.M. Jakarta: Pustaka Imam Syafie.

Fatoohi, Louay. (2005). The Prophet Joseph in the Quran, the Bible and the History. KL: Islamic

Book Trust.

Alia, N.Athar,(1993). Propehets: Models for Humanity. USA: KAZI Publications.

Page 15: PEMBENTUKAN JATIDIRI INSAN MELALUI KISAH NABI …

Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

84

Ahmad Sarji Abdul Hamid, Et. Al. (2008). Amalan Pendekatan Islam Hadhari. KL: Institut

Kefahaman Islam Malaysia.

Harun yahya (2003). The Moral Values of the Quran. New Delhi: Goodword Books PVT. LTD.

Qaradhawi, Yusuf. (1992). Sabar Dalam Islam. Ed. Terjemahan Ramli Awang. Johor Bharu: Bismi

Publishers.

Pusat Penyelidikan Islam. (1989). Ayat-ayat Dialog Nabi-nabi Dalam al-Quran. KL: Jabatan Perdana

Menteri.

Danial Zainal Abidin (2008). Tips-tips Cemerlang Daripada al-Quran. KL: PTS Millenia sdn.bhd.

Hidayatullah mohd Syarif Aziz.(2008). Doa-doa Taubat Para Nabi. KL: Pustaka Ilmi.

Muhajir, Ali Musa Raja. (1976). Lessons from the Stories of the Quran. Lahore: SH Muhammad

Ashraf.

Ahmed M. Raba (2001). Major Personalities in the Quran. KL: A.S Noordeen.

Batocci, Barbara. Et. Al. (1997). Jatidiri Penggerak Perubahan. Selangor: Thinker’s Library Sdn.

Bhd.

___________, (2000). Hidup Berperancangan. KL: Ciptaan Jiwa Seni Sdn. Bhd.

Husayn, Abd Qadir. (1994). Drama al-Hasad wa al-Gharizah Kisah Yusuf AS. Cetakan Pertama,

Kaherah: Arabian Gulf Est.

Abu Abbas, Muhammad Ali (t.t). Yusuf alaihissalam Baina Makr al-Ikhwah wa Kayd al-niswah fi

Kitab mafatih al-Ghaib li al-Razi. Arab Saudi: Maktabah al-Sai.

Al-Hulaysi, Nawwaf. (1995).al-Manhaj al-Iqtisodi fi al-Takhtit al-Nabi Yusuf alaihissalam. Kaherah:

Dar al-Kutub al-Qaumiyyah.

Rasyid Redha. (1982). Tafsir al-Manar. Cetakan Kedua, Juz: 12, Beirut: Dar al-Ma’rifat.

Qutb, Sayyid. (1982). Fi Zilal al-Quran. Kaherah: Dar al-Sayrq.

Al-Wahidi, Abu hasan Ali bin Ahmad. (1991). Asbab al-Nuzul. Arab Saudi: Dar al-Islah.

Abbas, Fadhal Hassan.(2000). Qasas al-Quran al-Karim. Jordan: Dar al-Furqan.

Al-Suyuti, Jalaluddin. (200). Lubab al-nuqul fi Asbab al-Nuzul, ed.terjemahan. KL: Dar al-Fajr.