mohd taufik bin abd rashid - fp.utm.my · instrument and analyzed using the software statistical...

25
PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI BIOSAINS DAN BIOKEJURUTERAAN SERTA FAKULTI KEJURUTERAAN BIOPERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN UTM, SKUDAI MOHD TAUFIK BIN ABD RASHID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: phungphuc

Post on 28-Mar-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MOHD TAUFIK BIN ABD RASHID - fp.utm.my · instrument and analyzed using the software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 16. Analysis of data was expressed in

PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI

BIOSAINS DAN BIOKEJURUTERAAN SERTA FAKULTI

KEJURUTERAAN BIOPERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN UTM,

SKUDAI

MOHD TAUFIK BIN ABD RASHID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA  

Page 2: MOHD TAUFIK BIN ABD RASHID - fp.utm.my · instrument and analyzed using the software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 16. Analysis of data was expressed in

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNryERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORAI{G PENGESAHAII STATUS TESIS o

JUDUL: PENGGITNAAN E.PEMBELAJARAIT DI I(ALAI{GAN PELAJART.AKULTI BIOSAINS DAN BIOKEJURUTERAAN SERTA F'AKT]LTIKEJURUTERAAI\I BIOPERIJBATATT DAl\t SAINS KESIHATAN UTM,SKUDAI

SESI PENGAJIAN: 2fildfd,l2ld/J9

Saya MOHDTAUX'IKBINABDRASHIDflLP:850302-05-544n

mengaku membenakan tesis @Slv{/@* ini disimpan diPerpustakaan Universiti Telsnologi Malaysia dengan syamt€yarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan me,mbuat salinan untuk tujuan

pengqjian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian trnggi.4. ** Sila tandakan (/ ;

t-] (Menepndungi maklumat yang berdarjah keselamatan

. I I SIJLIT atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub didalam alra rahsia rasmi 1972)

TERHAD (Ir{engandungi maHumat TERHAD yang telahditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikandijalanl@n)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

(TANDATANGA}I PENULIS) CTANDATANGA}T PENYELIA)

Alamat Tetap: En. Hassan Bin HushinNo. 50 4 KgGeduhom, Dang,73100 Joilrol,N. Sembilan Darul Khusus.

Taritfi: 18 APRIL 2011 Tmikh: l8 APRIL 2011

tfE

CATATAN: * Potong ymg tidak berkenaan** Jikatesis ini SLILIT atau TERIIAD, silalampirkan suratdmipada

pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menydakan 5e1411i sebab dante-rnlroh tesis ini pedu dikelask4n sebagi SIILIT atau TERFIAD.

I Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazsh peft1s1' Falsaferh dan Sarjaoasecara penyelidikao" atau disertasi bagi pengajim secara kerja kursus danpeiryelidikan, atau l^aporan Projek Sarjaa Muda @SM;

Page 3: MOHD TAUFIK BIN ABD RASHID - fp.utm.my · instrument and analyzed using the software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 16. Analysis of data was expressed in

"Saya akui babawa saya telah membaca karya ini dan pda pandangan saya karya ini adalah

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujtrm penganugerahan ljazah Sarjma Mtda Teknologi

Serta Pendidikm (Kemahiran Hidup)".

Tandatangan ,............6ffi:,Nama Penyelia : EN. HASSAI.I BIN HUSHIN

Tarikh : 18 APRIL 20ll

Page 4: MOHD TAUFIK BIN ABD RASHID - fp.utm.my · instrument and analyzed using the software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 16. Analysis of data was expressed in

PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI BIOSAINS

DAN BIOKEJURUTERAAN SERTA FAKULTI KEJURUTERAAN BIOPERUBATAN DAN

SAINS KESIHATAN UTM, SKUDAI

MOHD TAUFIK BIN ABD RASHID

Laporan projek ini dikemukakan sebagai

memenuhi syarat penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 5: MOHD TAUFIK BIN ABD RASHID - fp.utm.my · instrument and analyzed using the software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 16. Analysis of data was expressed in

"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yangtiaptiap satunya telatr saya jelaskan sumbemya".

\,lw-Tandatangan :.................

Nama Pengkaji : MOHD TAUFIK BIN ABD RASHID

Taxikh : l8 APRIL 20ll

Page 6: MOHD TAUFIK BIN ABD RASHID - fp.utm.my · instrument and analyzed using the software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 16. Analysis of data was expressed in

iii

DEDIKASI

Buat ayah dan ibu tersayang;

Abd Rashid Bin Mohd Salleh;

Hamidah Bt Hassan;

Ku hargai semua pengorbanan kalian membesarkanku;

Adik-beradikku;

Mohd Hashemi, Mohammad Hafizi, Mohamad Hanafi, Abdul Hadi, Abdul Hakim,

Mohamad Akmal dan Nurul Fatihah

Teristimewa buat pensyarah pembimbingku;

En. Hassan Bin Hushin;

Teman-teman seperjuangan;

Jasamu kukenang hingga ke akhir hayat;

Jutaan terima kasih buat warga UTM;

Atas suka duka, pahit manis ketika diri ini menjadi mahasiswa.

Page 7: MOHD TAUFIK BIN ABD RASHID - fp.utm.my · instrument and analyzed using the software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 16. Analysis of data was expressed in

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t, Tuhan sekelian alam. Dengan izinnya

kajian ilmiah ini telah dapat disempurnakan sebagaimana yang dikehendaki. Salam

dan hormat buat Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi penghargaan

serta ucapan terima kasih ingin saya rakamkan buat En. Hassan Bin Hushin atas

dedikasi serta sikap profesional dalam membimbing serta memberikan tunjuk ajar

yang berguna dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Fakulti Biosains dan

Biokejuruteraan serta Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan dalam memberikan

kerjasama dan kebenaran untuk menjalankan kajian di tempat kalian.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada

rakan-rakan seperjuangan dan semua pihak yang telah memberikan apa jua bantuan,

sokongan ataupun khidmat nasihat sama ada secara langsung atau tidak langsung

dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

Page 8: MOHD TAUFIK BIN ABD RASHID - fp.utm.my · instrument and analyzed using the software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 16. Analysis of data was expressed in

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sikap, tahap kesediaan para pelajar,

kesesuaian maklumat, masalah pautan yang dihadapi oleh para pelajar dan masalah

kemudahan untuk mengakses e-pembelajaran. E-pembelajaran adalah pembelajaran

secara alam maya (pembelajaran elektronik) yang melibatkan penggunaan komputer

dan capaian internet. Ianya lebih bercorak fleksibel kerana para pelajar dapat

mengakses laman tersebut di mana-mana dan pada bila-bila masa tanpa sebarang

halangan. E-pembelajaran boleh dimanfaatkan oleh para pelajar dengan

mendapatkan nota, menyemak senarai mata pelajaran, berforum dan seumpamanya.

Sebanyak 186 responden yang sedang mengikuti program SQB/SSB, SQG/SSG dan

SWB/SEB telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Hasil daripada analisis kajian

rintis menunjukkan nilai kebolehpercayaan soal selidik ini adalah tinggi (α = 0.85).

Kaedah penyelidikan adalah berbentuk deskriptif iaitu menggunakan soal selidik

sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages

for Social Sciences (SPSS) versi 16. Analisis data dinyatakan dalam bentuk

peratusan, kekerapan dan min. Keputusan ini mendapati aspek sikap (min = 3.13),

tahap kesediaan para pelajar (min = 3.46), kesesuaian maklumat (min = 3.42),

masalah pautan yang dihadapi oleh para pelajar (min = 2.99) dan masalah

kemudahan untuk mengakses e-pembelajaran (min 2.89). Beberapa cadangan telah

dikemukakan bagi meningkatkan penggunaan e-pembelajaran kepada para pelajar.

Page 9: MOHD TAUFIK BIN ABD RASHID - fp.utm.my · instrument and analyzed using the software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 16. Analysis of data was expressed in

vi

ABSTRACT

This study aimed to determine the attitude, the readiness of the students, the

suitability of the information, related problems faced by students and facilities

problems to access e-learning. E-learning is a virtual learning (electronic learning)

involving the use of computers and Internet access. It is more flexible patterns for

students to access the site anywhere and at any time without any obstruction. E-

learning can be used by students to get notes, review the list of subjects, and similar

forums. A total of 186 respondents who are currently enrolled in SQB / SSB, SQG /

SSG and SWB / SEB has been chosen as samples for this study. The results of the

analysis of the pilot study showed the reliability of this questionnaire was high (α =

0.85). The descriptive research method is the use of questionnaires as a research

instrument and analyzed using the software Statistical Packages for Social Sciences

(SPSS) version 16. Analysis of data was expressed in percentages, frequencies and

mean. The results of the study showed that the the attitude aspects (mean = 3.13),

the level of preparedness of students (mean = 3.46), suitability of the information

(mean = 3.42), related problems faced by students (mean = 2.99) and the problem of

facilities to access e-learning (mean = 2.89). Several suggestions have been made to

improve the use of e-learning to students.

Page 10: MOHD TAUFIK BIN ABD RASHID - fp.utm.my · instrument and analyzed using the software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 16. Analysis of data was expressed in

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop kajian 9

Page 11: MOHD TAUFIK BIN ABD RASHID - fp.utm.my · instrument and analyzed using the software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 16. Analysis of data was expressed in

viii

1.8 Batasan kajian 10

1.9 Definisi operasional

1.9.1 Penggunaan 10

1.9.2 E-pembelajaran 11

1.9.3 Kesediaan 11

1.9.4 Sikap 11

1.9.5 Masalah 12

1.9.6 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 12

1.10 Penutup 12

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan. 13

2.2 Konsep E-pembelajaran 14

2.3 Perkembangan Aplikasi E-pembelajaran 17

2.4 Ciri-ciri E-pembelajaran 18

2.5 Sikap Terhadap E-pembelajaran 19

2.6 Kesediaan Pelajar 20

2.7 Kesesuaian Maklumat 21

2.8 Masalah Pautan 22

2.9 Kajian Lepas 22

2.9.1 Kajian Lepas Tempatan 23

2.9.2 Kajian Lepas Luar Negara 24

2.10 Penutup

Page 12: MOHD TAUFIK BIN ABD RASHID - fp.utm.my · instrument and analyzed using the software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 16. Analysis of data was expressed in

ix

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Tempat Kajian 27

3.3 Rekabentuk Kajian 27

3.4 Populasi dan Sempal Kajian

3.4.1 Populasi 28

3.4.2 Sampel Kajian 29

3.5 Instrumen Kajian 30

3.5.1 Bahagian A 31

3.5.2 Bahagian B 31

3.6 Kesahan Soal Selidik 33

3.7 Kajian Rintis 33

3.8 Kebolehpercayaan Soal Selidik 34

3.9 Prosedur Kajian 36

3.10 Analisis Data 37

3.11 Penutup 39

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 40

4.2 Analisis Bahagian A

4.2.1 Jantina 41

4.2.2 Umur 42

4.2.3 Bangsa 42

4.2.4 Tahun Pengajian 43

4.2.5 Program 44

4.3 Analisis Bahagian B

Page 13: MOHD TAUFIK BIN ABD RASHID - fp.utm.my · instrument and analyzed using the software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 16. Analysis of data was expressed in

x

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 : Apakah sikap para

pelajar terhadap e-pembelajaran?

44

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 : Apakah tahap

kesediaan para pelajar terhadap pengunaan e-

pembelajaran?

47

4.3.3. Analisis Persoalan Kajian 3 : Apakah maklumat

yang terdapat dalam e-pembelajaran bersesuaian

dengan pengajaran dan pembelajaran?

50

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 : Apakah masalah

pautan yang dihadapi oleh para pelajar?

52

4.3.5 Analisis Persoalan Kajian 5 : Apakah masalah

kemudahan untuk mengakses e-pembelajaran?

54

4.4 Penutup 56

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 57

5.2 Perbincangan 58

5.2.1 Latar Belakang Responden 58

5.2.2 Persoalan Kajian 1 : Apakah sikap para pelajar

terhadap e-pembelajaran?

59

5.2.3 Persoalan Kajian 2 : Apakah tahap kesediaan para

pelajar terhadap pengunaan e-pembelajaran?

60

5.2.4 Persoalan Kajian 3 : Apakah maklumat yang

terdapat dalam e-pembelajaran bersesuaian dengan

pengajaran dan pembelajaran?

61

5.2.5 Persoalan Kajian 4 : Apakah masalah pautan yang

dihadapi oleh para pelajar?

62

5.2.6 Persoalan Kajian 5 : Apakah masalah kemudahan 63

Page 14: MOHD TAUFIK BIN ABD RASHID - fp.utm.my · instrument and analyzed using the software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 16. Analysis of data was expressed in

xi

untuk mengakses e-pembelajaran?

5.3 Rumusan 64

5.4 Cadangan 65

5.4.1 Cadangan Kepada Pihak CICT 65

5.4.2 Cadangan Kepada Pensyarah 66

5.4.3 Cadangan Kepada Pelajar 66

5.5 Kajian Lanjutan 67

5.6 Penutup 68

6 Rujukan 69

7 Lampiran 76

Page 15: MOHD TAUFIK BIN ABD RASHID - fp.utm.my · instrument and analyzed using the software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 16. Analysis of data was expressed in

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Statistik capaian e-pembelajaran di UTM

sem 2 2009/2010

6

3.1 Bilangan Populasi Kajian 28

3.2 Jadual Krejcie, R.V dan Morgan D.W. yang

menunjukkan kadar menentukan jumlah

sampel daripada populasi.

29

3.3 Pengelasan Skala Likert 32

3.4 Pembahagian item soal selidik mengikut

bahagian

32

3.5 Pekali Alpha Cronbach 34

3.6 Keputusan analisa nilai kebolehpercayaan

kajian

35

3.7 Maklum balas dan skor skala Likert terhadap

item

38

3.8 Tafsiran tahap berdasarkan min 39

4.1 Taburan bilangan dan peratus mengikut

jantina

41

4.2 Taburan bilangan dan peratus mengikut

umur

42

4.3 Taburan bilangan dan peratus mengikut

bangsa

42

4.4 Taburan bilangan dan peratus mengikut

tahun pengajian

43

Page 16: MOHD TAUFIK BIN ABD RASHID - fp.utm.my · instrument and analyzed using the software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 16. Analysis of data was expressed in

xiii

4.5 Taburan bilangan dan peratus mengikut

program

44

4.6 Sikap para pelajar terhadap e-pembelajaran 45

4.7 Sikap para pelajar terhadap e-pembelajaran 48

4.8 Maklumat yang terdapat dalam e-

pembelajaran bersesuaian dengan pengajaran

dan pembelajaran.

50

4.9 Masalah pautan yang dihadapi oleh para

pelajar.

53

4.10 Masalah kemudahan untuk mengakses e-

pembelajaran.

55

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Prosedur kajian

36

Page 17: MOHD TAUFIK BIN ABD RASHID - fp.utm.my · instrument and analyzed using the software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 16. Analysis of data was expressed in

xiv

SENARAI SINGKATAN

CBT - Computer Based Training

CICT - Centre for Information and Communication Technology

FBB - Fakulti Biosains dan Biokejuruteraan

FKBSK - Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan

FPPSM - Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia

ICT - Information and Comunication Technology

IPT - Institut Pendidikan Tinggi

LMS - Learning Management System

Mbps - Mega bit per second

MMS - Multimedia Messaging Service

RMK-10 - Rancangan Malaysia Kesepuluh

SMS - Short Message Service

SPSS - Statistical Packages for the Social Sciences.

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

WBL - Web-based learning

Page 18: MOHD TAUFIK BIN ABD RASHID - fp.utm.my · instrument and analyzed using the software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 16. Analysis of data was expressed in

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang soal selidik 76

B Surat Kebenaran Fakulti 82

C Surat Permohonan Individu 83

D Statistik Capaian e-Learning @ UTM

Sem 2 – 2009/2010

85

E Kesahan Borang Soal Selidik 86

F Keputusan analisa nilai

kebolehpercayaan kajian rintis

88

Page 19: MOHD TAUFIK BIN ABD RASHID - fp.utm.my · instrument and analyzed using the software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 16. Analysis of data was expressed in

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Saban hari, negara melangkah tahap demi tahap untuk menuju Wawasan 2020.

Seiring dengan wawasan tersebut, negara menjadi sebuah perindustrian dan negara

maju sepenuhnya menjelang 2020. Bidang teknologi maklumat memang tidak dapat

dipisahkan terutamanya berasaskan komputer yang mampu membawa perubahan yang

mendadak kepada kehidupan seseorang. Teknologi Maklumat dan Komunikasi ataupun

dalam bahasa Inggerisnya Information and Comunication Technology (ICT) bukan

sahaja meningkatkan minda generasi muda ke era yang serba moden malah

membekalkan pelbagai maklumat yang sangat berguna seperti sains, teknologi, sastera,

pengurusan, perniagaan dan pendidikan.

Page 20: MOHD TAUFIK BIN ABD RASHID - fp.utm.my · instrument and analyzed using the software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 16. Analysis of data was expressed in

2  

Peranan teknologi maklumat sangat penting dalam sistem pendidikan pada masa

kini yang semakin mencabar dan menghadapi persaingan global.yang sukar dijangka.

Dunia yang dianggap sudah tidak bersempadan daripada sudut pergerakan maklumat

telah memberi inspirasi supaya tiap-tiap sekolah menerima tanpa soal jawab aplikasi

dan implimentasi ICT dalam sesebuah organisasi (Rahmad Sukor dan Mohd Subhi,

2001).

Sebagai peneraju utama dalam bidang teknologi dan inovasi, Universiti

Teknologi Malaysia (UTM) telah diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan semperna

pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Sehubungan itu, UTM

perlu lebih berdaya saing, tersohor dan menyumbang kepada pengkayaan budaya ilmu,

budaya inovasi dan minda kelas pertama. Untuk memantapkan lagi proses pengajaran

dan pembelajaran yang mengaplikasikan infrastruktur ICT bagi menyebarkan

pengetahuan dan perlaksanaan pembelajaran kolaboratif, maka e-pembelajaran ataupun

e-learning telah diwujudkan.

E-pembelajaran (pembelajaran elektronik) merupakan suatu perkara yang wajib

bagi sesebuah universiti yang mana ia beraspirasikan sistem pembangunan web (Web-

based learning – WBL). Sewaktu berada di atas talian (online), para pelajar dapat

mengakses maklumat yang dikehendaki pada bila-bila masa dan boleh menyimpan

maklumat tersebut untuk dijadikan sebagai sumber rujukan.

E-pembelajaran menawarkan peluang baru kepada pendidik dan pelajar untuk

memperkaya pengalaman belajar dan mengajar mereka melalui persekitaran maya yang

tidak hanya menyampaikan maklumat tetapi juga mengeksplorasi dan penerapan

maklumat dan mempromosi pengetahuan baru. E-pembelajaran bukan sahaja untuk

mendapatkan maklumat, tutorial, perbincangan dalam kumpulan penghantaran tugasan

dan seumpamanya tetapi mengandungi biografi terperinci pelajar, peperiksaan, profil

penilaian dan subjek yang mereka ambil (Holmes dan Gardner, 2006).

Page 21: MOHD TAUFIK BIN ABD RASHID - fp.utm.my · instrument and analyzed using the software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 16. Analysis of data was expressed in

3  

Pembelajaran berasaskan komputer boleh dijadikan suatu proses pendidikan

yang boleh memberi suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik perhatian

disamping membantu para pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah

(Norbaizura, 2008).

Menurut Rosenberg (2001), kebaikan e-pembelajaran adalah :

i. Dapat mengurangkan kos – cara paling efektif untuk menyalurkan

maklumat dan mengurangkan keperluan kelas atau infrastuktur.

ii. Maklumat adalah tetap, bergantung pada keperluan – setiap orang

mendapat maklumat yang sama, dipaparkan pada tempat yang sama.

iii. Isi kandungan yang sentiasa terkini dan boleh dipercayai – e-

pembelajaran boleh dikemaskini serta-merta, membuatkan maklumat

lebih tepat dan berguna untuk tempoh masa yang lama. Kebolehan

untuk menaiktaraf isi kandungan senang, pantas dan boleh serta-

merta diagihkan kepada pelajar.

iv. Pembelajaran 24/7 – pengguna boleh mengakses e-pembelajara di

mana-mana dan pada bila-bila masa.

v. Kadar penyertaan – program boleh bergerak dari 10 penyertaan ke

100 ataupun ke 100,000 penyertaan dengan hanya sedikit usaha.

E-pembelajaran adalah suatu kaedah terbaru menggunakan teknologi yang

terkini bagi meningkatkan tahap pembelajaran (Muhammad Sukri et al., 2007).

Ia memuatkan profil pelajar, maklumat penting, senarai subjek yang diikuti oleh

pelajar, senarai penuh subjek untuk sesuatu program, panduan menggunakan e-

pembelajaran bagi pelajar baru, khidmat bantuan dan menghebahkan sesuatu program.

Di dalam sesuatu subjek pula terdapat sinopsis kursus, maklumat pensyarah, nota

kuliah, forum dan kalender (e-learning UTM 2010).

Page 22: MOHD TAUFIK BIN ABD RASHID - fp.utm.my · instrument and analyzed using the software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 16. Analysis of data was expressed in

4  

1.2 Latar Belakang Masalah

Pada masa sekarang, pembelajaran elektronik semakin mendapat sambutan di

peringkat sekolah mahupun di universiti. Implimentasi lCT dalam pengurusan

pendidikan juga dapat memperkayakan pengajaran dan pembelajaran melalui inovasi

berasaskan pengetahuan, inovasi teknologi membentuk kurikulum, pembelajaran

menggunakan komputer dan sebagainya. Para pelajar dan guru boleh mendapatkan

maklumat lebih daripada yang terdapat dalam buku teks atau pelbagai sumber sekolah

yang terhad melalui penggunaan lCT. Melayari internet untuk mendapatkan artikel,

jurnal, kajian, soalan peperiksaan, nota rujukan dan sebagainya merupakan satu

pembaharuan dalam budaya pembelajaran (Rahmad Sukor dan Mohd Subhi, 2001).

Menurut Ahmad Rafee dan Mazlan (2007), banyak institusi latihan termasuk

universiti di dalam dan luar negara yang telah menggunakan pembelajaran tersebut

seperti Open University (UK), University of Alberta (Canada), San Francisco State

University (US), Universiti of Missouri Columbia (US), City University of Dublin

(Ireland), Humboldt State University (Australia) serta universiti-universiti utama di

Malaysia seperti USM, UKM, UM, UMS, UNITAR, UiTM, UTHM dan seumpamanya.

Di UTM, penggunaan e-pembelajaran telah dilaksanakan sejak tahun 1997.

Pada masa itu, sistem tersebut dikenali sebagai sistem pembelajaran maya dengan setiap

fakulti di UTM mempunyai laman pembelajaran maya yang dikendalikan sendiri oleh

pihak fakulti. Pada penghujung 2001, UTM telah mula menyelaraskan penggunaan

pembelajaran maya di setiap fakulti dan memperolehi sistem pengurusan e-

pembelajaran komersil iaitu WebCT. Setelah tamat lesen penggunaan WebCT pada

tahun 2004, UTM telah memilih suatu sistem pengurusan pembelajaran berasaskan

sumber terbuka yang dipanggil MOODLE / Modular Object-Oriented Dynamic

Learning (e-learning UTM 2010).

Page 23: MOHD TAUFIK BIN ABD RASHID - fp.utm.my · instrument and analyzed using the software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 16. Analysis of data was expressed in

5  

Terdapat 13 buah fakulti di UTM Skudai. Fakulti Biosains dan Biokejuruteraan

(FBB) adalah salah sebuah fakulti yang terbaru dengan menggabungkan sains dan

kejuruteraan. Ia bermula sebagai Jabatan Biologi pada tahun 2000 yang berada di

bawah Fakulti Sains dan telah menawarkan program sarjana muda sains (biologi

industri) pada tahun 1997. Semenjak tahun 2001, lebih daripada 400 lulusan yang

mendapat pekerjaan di pelbagai sektor industri yang meliputi bioteknologi,

penyelidikan, pendidikan, jualan, makanan, persekitaran, farmasi, perubatan dan lain-

lain. Terdapat dua buah program untuk sarjana muda iaitu biologi industri dan biologi

(http://fbb.utm.my, 2009).

Tanggal 28 Ogos 2007, Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan

(FKBSK) telah ditubuhkan di UTM. Fakulti ini berteraskan bidang kejuruteraan

bioperubatan dan ilmu kesihatan. Terdapat sebuah program iaitu sarjana muda

kejuruteraan bioperubatan (http://www.biomedical.utm.my, 2009).

Permasalahan yang sering berkait rapat dengan penggunaan e-pembelajaran

adalah menjurus para pelajar dari segi konteks sikap, tahap kesediaan, kesesuaian

maklumat tanpa mengetepikan masalah pada sistem itu sendiri seperti masalah pautan

yang terdapat dalam e-pembelajaran dan masalah kemudahan untuk mengakses.

Page 24: MOHD TAUFIK BIN ABD RASHID - fp.utm.my · instrument and analyzed using the software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 16. Analysis of data was expressed in

6  

Jadual 1.1 : Statistik capaian e-pembelajaran di UTM sem 2 2009/2010

Kod Fakulti Dis Jan Feb Mac April Jumlah Peratusan (%)

21 FAB 16262 21558 8841 15144 10674 72479 3.30 22 FKA 30500 25135 7621 16400 10915 90751 4.12 23 FKE 44319 52409 24524 43688 28240 193180 8.79 24 FKM 20923 29780 9792 14485 12368 87348 3.98 25 FKKKSA 39007 52616 25555 34093 12136 163407 7.44 26 FS 33655 41239 18870 27300 18802 139866 6.37 27 FKSG 30364 42649 23504 23539 11097 131153 5.97 28 FSKSM 78907 152490 76942 115163 47969 471471 21.46 29 FPPSM 38213 58642 24866 33610 20557 175888 8.00 31 FP 44129 116819 49255 85795 51352 347530 15.82 33 PPIPS 21175 71208 55699 109334 26719 284135 12.93 35 FBB 5425 7708 4056 4451 1274 22914 1.04 36 FKBSK 1233 1118 394 492 616 3853 0.18

Jumlah 409124 676900 331262 525896 254097 2197279 100 Sumber : CICT, 2010

Jadual 1.1 menunjukkan bahawa terdapat dua buah fakulti yang mempunyai

capaian (hit) yang paling rendah iaitu FBB sebanyak 1.04 peratus dan FKBSK sebanyak

0.18 peratus.

Melalui kajian ini, diharapkan pihak yang berkepentingan seperti UTM dan

CICT dapat membantu dalam menyediakan infrastruktur ICT dan kemudahan dalam

memantapkan lagi sistem pengurusan e-pembelajaran dalam perlaksanaannya di UTM

seiring dengan misi dan visinya. Tanpa penyertaan pelajar, ia seharusnya dielakkan dan

di sinilah kedua-duanya perlu bekerjasama seperti dalam sebuah pasukan.

Page 25: MOHD TAUFIK BIN ABD RASHID - fp.utm.my · instrument and analyzed using the software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 16. Analysis of data was expressed in

7  

1.3 Penyataan Masalah

UTM merupakan salah sebuah universiti tempatan yang telah mengaplikasikan

e-pembelajaran pada tahun 1997. Data yang didapati daripada pihat CICT memaparkan

bahawa pada semester dua sesi 2009/2010 menunjukkan terdapat dua buah fakulti yang

kurang aktif dalam menggunakan e-pembelajaran dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.iaitu FBB dan FKBSK. Keadaan ini menyebabkan penyelidik berminat

untuk mengkaji perlaksanaan e-pembalajaran di UTM dengan melihat secara terperinci

di kedua-dua buah fakulti tersebut. Antara perkara yang diambil perhatian oleh

penyelidik adalah seperti sikap, tahap kesediaan, kesesuaian maklumat, masalah pautan,

dan kemudahan mengakses.

1.4 Objektif Kajian

Objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut:-

i. Mengenalpasti sikap para pelajar terhadap e-pembelajaran

ii. Mengenalpasti tahap kesediaan para pelajar terhadap pengunaan e-pembelajaran

iii. Mengenalpasti kesesuaian maklumat yang terdapat dalam e-pembelajaran

iv. Mengenalpasti masalah pautan yang dihadapi oleh para pelajar

v. Mengenalpasti masalah kemudahan untuk mengakses e-pembelajaran