math anxiety

20
SME 3023 Trends and Issues in Education for Mathematical Sciences (Mathematics Anxiety) NAMA PELAJAR : MOHD ZULHAIRI BIN ZULHAIDI NO. MATRIK : D20081032225 SEMESTER : 1 (2011/2012) NAMA PENSYARAH : PROF. DR. MARZITA BT PUTEH

Upload: haieri

Post on 24-May-2015

749 views

Category:

Technology


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Math Anxiety

SME 3023Trends and Issues in Education for Mathematical Sciences

(Mathematics Anxiety)

NAMA PELAJAR : MOHD ZULHAIRI BIN ZULHAIDI

NO. MATRIK : D20081032225

SEMESTER : 1 (2011/2012)

NAMA PENSYARAH : PROF. DR. MARZITA BT PUTEH

Page 2: Math Anxiety

Tugasan fenomena masalah kebimbangan atau kerisauan dalam matematik.

1. Apakah definisi masalah kebimbangan dalam matematik?

Masalah kebimbangan terhadap matematik ditakrifkan sebagai campuran

perasaan cemas dan bimbang terhadap nombor dan menyelesaikan masalah matematik

dalam kehidupan seharian dan bidang akedemik. Masalah kebimbangan matematik boleh

menyebabkan seseorang lupa dan hilang keyakinan diri (Toblas,1978). Seseorang yang

mempunyai kebimbangan dalam matematik berasa mereka tidak beupaya melakukan

aktiviti dan kelas yang melibatkan matematik. Kebanyakkan orang yang mengalami

kebimbangan dalam matematik mempunyai perasaan takut atau fobia terhadap

matematik.

2. Mengapakah pekara ini berlaku?

Banyak faktor yang boleh mewujudkan masalah kebimbangan matematik ini

berlaku, terutama sekali kebanyakkan guru pelatih yang tidak mengajar matematik

dengan cara yang betul kerana tidak biasa dengan perubahan cara mengajar yang baharu

(Haylock,1995). Selain itu masalah kebimbangan dalam matematik ini berlaku kerana

guru pelatih ini memberikan arahan yang kurang jelas dan kekurangan dalam menjadikan

pengajaran matematik yang menarik (Lazarus,1974). Kekurangan dalam kemahiran

spatial (peka terhadap ruang,corak dan bentuk) dalam diri seseorang itu juga membantu

masalah ini berlaku dan sekaligus menjadikan matematik amat susah difahami oleh

seseorang.

3. Siapakah yang mengalami kebimbangan dalam matematik?

Masalah kebimbangan dalam matematik ini dialami sendiri oleh guru pelatih

kerana mereka kurang mempunyai pengalaman mengajar dan kurang mahir untuk

menggunakan pedekatan pengajaran yang betul dan berkesan kepada pelajar. Guru

pelatih juga mempunyai kurang keyakinan diri untuk mengajar matematik, oleh itu

mereka mengalami masalah ini. Selain daripada guru, pelajar juga turut mengalami

masalah ini kerana mereka selalu mengatakan bahawa matematik adalah subjek yang

susah bagi mereka, sekaligus memberi kesan buruk terhadap mereka iaitu kurang

keyakinan diri dalm menyelesaikan masalah matematik. Pelajar juga mengalami masalah

Page 3: Math Anxiety

ini kerana mereka selalu didesak oleh ibu bapa atau penjaga dan juga rasa tercabar

apabila ada sebilangan kawan mereka yang pandai dalam matematik. Selain itu, pelajar

yang kurang membuat latihan matematik juga akan mengalami masalah kebimbangan

dalam matematik ini.

4. Bilakah ianya berlaku?

Masalah ini berlaku apabila sesorang itu mempunyai tingkahlaku yang negatif

terhadap matematik. Masalah kebimbangan matematik ini akan berlaku pada sesorang

apabila mereka berasa takut. Sebagai contoh semasa peperiksaan ataupun ujian

matematik diberikan kepada mereka. Selain itu, ianya berlaku apabila mereka

panik,sebagai contoh apabila seseorang itu ditanyakan soalan matematik dengan spontan.

Kurang keyakinan diri juga menyebabkan masalah kebimbangan dalam matematik

berlaku.

5. Apakah yang mendorong pekara ini berlaku?

Pekara yang mendorong masalah kebimbangan dalam matematik ini berlaku

ialah, pengalaman belajar matematik. Sekiranya pengalaman belajar ini kurang,

seseorang itu akan merasa tidak yakin pada diri sendiri apabila diberi permasalahan

matematik dalam pembelajaran mahupun kehidupan seharian. Kedua, bagaimanakah cara

seseorang guru itu mengajar juga mendorong masalah ini berlaku. Ketiga, pekara yang

mendorong berlakunya masalah kebimbangan dalam matematik ialah sistem

pembelajaran matematik dan tekanan terhadap peperiksaan. Terakhir sekali iaitu, tekanan

yang diberikan oleh ibu bapa yang hanya tahu menyuruh anak mereka lulus dalam

peperiksaan dan rakan sebaya yang pandai juga menjadi tekanan kepada mereka yang

kurang mahir dalam matematik.

Page 4: Math Anxiety

6. Bagaimanakah cara bagi mengurangkan masalah ini?

Cara bagi mengurangkan masalah kebimbangan dalam matematik ini boleh

diatasi sekiranya guru boleh menjadikan pengajaran matematik adalah menarik dan juga

cara penyampaian yang jelas oleh guru tersebut. Selain itu, dalam mengatasi masalah ini,

subjek matematik adalah subjek yang memerlukan latih-tubi yang banyak dan bukan

hanya dengan membaca dan menghafal, kesan daripada latih-tubi ini, pelajar akan

menambah keyakinan diri apabila berhadapan dengan masalah matematik. Oleh itu, guru

perlulah memainkan peranan yang tinggi dalam memberi latihan kepada pelajar mereka.

Tambahan lagi, pengajaran matematik memerlukan pelajar memberi konsentrasi yang

lebih dan juga rajin dalam menyelesaikan masalah matematik.

7. Bagaimanakah cara untuk membuang masalah kebimbangan dalam matematik ini?

Pada pendapat saya, masalah kebimbangan dalam matematik ini tidak dapat

dibuang kerana masalah ini berkait rapat dengan sifat-sifat, daya pemikiran dan juga

tahap kecerdasan seseorang. Setiap inidividu adalah berbeza dan tidak ada manusia yang

sempurna sepenuhnya.

Page 5: Math Anxiety

SME 3023

TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES

(MATHEMATICS ANXIETY)

DISEDIAKAN OLEH:

MOHD HAIERI BIN MOHD AB.LLAH

D20081032204

PENSYARAH:

PROF. DR. MARZITA BT PUTEH

Page 6: Math Anxiety

KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK

1. Apakah definisi kebimbangan terhadap matematik?

Kebimbangan terhadap matematik ditakrifkan sebagai campuran perasaan cemas dan

bimbang terhadap nombor dan menyelesaikan masalah matematik dalam kehidupan seharian dan

bidang akademik. Kebimbangan terhadap matematik boleh menyebabkan seseorang lupa dan

hilang keyakinan diri (Toblas,1978). Seseorang yang mempunyai masalah kebimbangan dalam

matematik berasa mereka tidak berupaya melakukan aktiviti dan kelas yang melibatkan

matematik. Kebanyakkan orang yang mengalami kebimbangan dalam matematik mempunyai

perasaan takut atau fobia terhadap matematik.

2. Mengapakah perkara ini berlaku?

Kebimbangan ini berlaku disebabkan personaliti guru dan kemahiran mengajar guru

tersebut. Sebagai contoh, guru yang garang akan menakutkan pelajar untuk mempelajari subjek

ini dan seterusnya menambahkan kebimbangan mereka terhadap subjek ini. Selain itu,

peperiksaan awam juga menyumbang kepada kebimbangan ini. Tanggapan pelajar yang

mengatakan matematik merupakan suatu subjek yang mencabar akan menyebabkan mereka

bimbang terhadap subjek ini. Selain itu, menurut Lazarus (1974) kebimbangan terhadap

matematik berlaku disebabkan reka bentuk kurikulum yang tidak sesuai.

3. Siapakah yang mengalami kebimbangan ini?

Pelajar sekolah yang akan mengalami kebimbangan ini kerana mereka akan mempelajari

subjek ini sepanjang pengajian mereka. Mereka akan berasa bimbang apabila ingin menghadapi

peperiksaan. Selain itu, ibu bapa juga akan mengalami kebimbangan yang sama kerana mereka

semestinya ingin anak-anak mereka memperolehi pencapaian yang baik untuk subjek matematik

ini.

Page 7: Math Anxiety

4. Bilakah kebimbangan ini berlaku?

Kebimbangan ini biasanya berlaku apabila pelajar ingin menghadapi peperiksaan.

Mereka akan mulai berasa bimbang terhadap subjek matematik ini kerana ramai yang

beranggapan subjek matematik merupakan subjek yang mencabar. Selain itu, kebimbangan ini

akan berlaku apabila waktu pengajaran matematik bermula. Mereka takut untuk berhadapan

dengan subjek yang mencabar dan membosankan mereka serta guru yang garang.

5. Apakah yang mendorong kebimbangan ini berlaku?

Perkara yang mendorong kebimbangan ini berlaku ialah sikap pelajar itu sendiri. Mereka

tidak suka dicabar. Kebanyakkan pelajar beranggapan matematik sebagai suatu subjek yang

mencabar. Mereka menyatakan bahawa penyelesaian masalah matematik mencabar kemahiran

berfikir mereka. Pelajar yang suka dicabar menganggap matematik sebagai sesuatu yang menarik

dan provokatif dan juga tidak berasa terancam dengannya. Selain itu, pelajar yang kurang

keyakinan diri juga mendorong kepada kebimbangan ini berlaku. Mereka menganggap bahawa

mereka tidak boleh menyelesaikan tugasan matematik yang diberi. Dengan kata lain, mereka

berasa tidak cukup yakin untuk menyelesaikannya mahupun mencuba untuk menyelesaikan

soalan yang diberikan. Selain itu, perkara ini juga didorong oleh cara pengajaran guru. Terdapat

guru yang mengajar sangat laju sehinggakan sukar untuk pelajar memahami sesuatu yang diajar.

Tambahan lagi, terdapat guru yang suka menyalahkan pelajar jika pelajar tidak memahami apa

yang mereka ajar. Keadaan ini menjadi penghalang hubungan baik guru dan pelajar. Selain itu,

pengaruh keluarga dan rakan sebaya juga mendorong kepada kebimbangan pelajar terhadap

subjek matematik.

6. Bagaimana cara untuk mengurangkan kebimbangan ini?

Untuk mengurangkan kebimbangan pelajar terhadap matematik ialah mengurangkan atau

membuang ujian dan digantikan dengan penilaian lain yang dapat mengurangkan ancaman

kepada pelajar. Selain itu, elakkan daripada mengasingkan pelajar menjawab soalan dengan

memanggil pelajar secara individu menjawab soalan pada papan hitam sebaliknya meminta

pelajar bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk menyelesaikan soalan. Langkah ini dapat

mengurangkan kebimbangan mereka terhadap subjek ini. Elakkan daripada membandingkan

pelajar antara satu sama lain secara terbuka seperti mengadakan pertandingan kuiz ‘Siapa Cepat

Page 8: Math Anxiety

Dia Dapat’ di dalam kelas. Ramai pelajar tidak suka terlibat dengan persaingan seperti itu. Selain

itu, kebimbangan ini dapat dikurangkan jika pelajar mendapat galakan daripada ibu bapa. Ibu

bapa perlulah bertanyakan tentang kerja rumah anak-anak. Langkah ini dapat menyumbang

kepada minat pelajar terhadap matematik.

7. Bagaimana cara untuk menghapuskan kebimbangan ini?

Pada pendapat saya, tidak ada cara untuk membuang kebimbangan ini kerana pelajar

akan sentiasa berjumpa dengan masalah matematik ini sepanjang pengajian mereka. Selain itu,

kebimbangan ini tidak dapat dihapuskan kerana kita akan selalu mengaplikasikan matematik

dalam kehidupan seharian. Walaupun begitu, kebimbangan dalam matematik ini dapat

dikurangkan dengan menggunakan langkah-langkah tertentu.

Page 9: Math Anxiety

SME 3023

TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES

(MATHEMATICS ANXIETY)

DISEDIAKAN OLEH:

MOHD HUZAIRI BIN HUSIN

D20081032215

PENSYARAH:

PROF. DR. MARZITA BT PUTEH

Page 10: Math Anxiety

KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK

1. Apakah definisi kebimbangan terhadap matematik?

Kebimbangan terhadap matematik boleh dimaksudkan sebagai perasaan tertekan, cemas

dan kebimbangan terhadap nombor dan penyelesaian masalah matematik dalam kehidupan

seharian dan akademik. Menurut Tobias (1978), kebimbangan terhadap matematik boleh

menyebabkan seseorang lupa dan hilang keyakinan diri. Kebimbangan dalam matematik juga

ialah perasaan takut atau fobia terhadap matematik. Selain itu, kebimbangan terhadap matematik

juga boleh ditakrifkan sebagai perasaan yang boleh membuatkan seseorang sakit perut, panik,

takut, berpeluh,mulut kering, tekanan, malu dan menyebabkan seseorang tidak dapat

menyelesaikan masalah matematik tersebut.

2. Bagaimana perkara ini berlaku?

Kebimbangan terhadap matematik berlaku disebabkan oleh banyak perkara. Pertamanya,

ia berlaku kerana personaliti guru dan cara pengajarannya guru tersebut. Apabila seseorang guru

itu mempunyai personaliti yang garang, pelajarnya akan berasa takut dan bimbang semasa kelas

Matematik. Sebab yang kedua ialah peperiksaan awam dan kesannya jika pelajar gagal. Mereka

takut akann gagal dalam subjek matematik dan mereka tidak dapat menyambung pelajaran ke

peringkat yang lebih tinggi. Faktor ketiga ialah domain efektif seperti faktor persepsi.

Kebanyakkan pelajar menganggap subjek Matematik susah kerana ramai pelajar yang gagal

subjek ini. Selain itu, mereka juga memberikan persepsi bahawa Matematik susah kerana ia

melibatkan nombor dan pengiraan.

Faktor keempat ialah perasaan pelajar itu sendiri. Mereka berasa bimbang akan subjek

Matematik kerana mereka menganggap subjek ini susah. Faktor lain ialah harapan ibu bapa

terhadap pelajar untuk mendapat keputusan cemerlang dalam subjek Matematik. Ibu bapa

inginkan anak mereka mendapat A+ kerana kebanyakkan syarat untuk melanjutkan pelajaran ke

peringkat yang lebih tinggi memerlukan pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam subjek

Matematik.

Pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu faktor yang boleh menyebabkan

wujudnya kebimbangan Matematik. Ini kerana, pelajar mudah terpengaruh dengan rakan-rakan

Page 11: Math Anxiety

mereka dan percaya akan kata-kata rakan mereka iaitu subjek Matematik susah. Relevan juga

merupakan faktor kebimbangan Matematik. Ini kerana Matematik sering digunakan dalam

kehidupan seharian.

3. Siapakah yang mengalami kebimbangan ini?

Orang yang selalunya mengalami kebimbangan Matematik ialah pelajar sekolah. Mereka

akan mengalami perasaan fobia terhadap Matematik apabila mereka melihat nombor dan operasi

terutamanya semasa menghadapi peperiksaan yang melibatkan subjek Matematik. Pelajar

selalunya akan memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang kurang melibatkan

subjek Matematik.

Selain itu, guru atau guru pelatih juga akan mengalami kebimbangan Matematik. Ini

kerana, mereka juga perlu berhadapan dengan soalan Matematik daripada pelajar. Ada diantara

kalangan guru yang tidak dapat menjawab soalan berkaitan Matematik daripada pelajar mereka.

Bagi guru pelatih pula, perasaan kebimbangan Matematik akan wujud apabila mereka akan

dinilai oleh guru pembimbing. Mereka akan berasa bimbang dan takut jika melakukan kesilapan

semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

4. Bilakah kebimbangan ini berlaku?

Kebimbangan Matematik ini sering berlaku apabila seseorang itu perlu menyelesaikan

masalah yang melibatkan nombor dan operasi. Selalunya, pelajar yang akan menghadapi

peperiksaan subjek Matematik yang akan mengalami kebimbangan Matematik.

5. Apakah yang mendorong kebimbangan ini berlaku?

Perkara utama yang mendorong kebimbangan terhadap Matematik ialah sikap seseorang

itu sendiri terhadap subjek Matematik. Sikap seseorang pelajar itu bergantung kepada

pengalaman yang diperolehi semasa mempelajari Matematik. Ia juga bergantung kepada

personaliti dan cara pengajaran guru Matematik itu. Jika beliau tidak memahami tahap

pencapaian Matematik pelajarnya sendiri, maka ini akan mendorong pelajar itu bersikap negatif

terhadap Matematik dan seterusnya menimbulkan perasaan kebimbangan terhadap Matematik.

Page 12: Math Anxiety

Selain itu, kebimbangan Matematik juga boleh berlaku akibat tekanan daripada sistem

peperiksaan yang diguna pakai di sekolah. Mereka perlu mendapatkan keputusan cemerlang

dalam subjek Matematik supaya mereka lebih berpeluang cerah melanjutkan pelajaran ke

peringkat yang lebih tinggi. Ibu bapa serta rakan sebaya juga merupakan faktor yang mendorong

kebimbangan Matematik. Ini kerana ibu bapa berharap anak mereka mendapat keputusan

cemerlang dalam subjek Matematik seperti anak-anak orang lain.

6. Bagaimana cara untuk mengurangkan kebimbangan ini?

Pelbagai cara boleh digunakan untuk mengurangkan kebimbangan Matematik. Antaranya

ialah mengubah persepsi, perasaan dan sikap terhadap subjek Matematik. Menurut Haylock

(1995), persepsi ialah gambaran tentang Matematik, ia amat penting kerana ia akan memberi

respon positif atau negatif terhadap Matematik. Pelajar perlu menukarkan persepsi negatif

mereka agar mereka lebih menghargai, menikmati dan melihat Matematik sebagai suatu subjek

yang menarik dan bukanlah suatu subjek yang bosan dan susah.

Guru juga perlu mengubah hubungan mereka dengan pelajar di dalam kelas semasa

proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka perlu lebih memberi peluang kepada pelajar untuk

bertanya soalan jika pelajar tidak memahami isi pelajaran. Guru juga perlu mengetahui tahap

kemampuan pelajarnya agar dapat membantu pelajar memperbaiki kelemahan mereka. Ini dapat

mengurangkan kebimbangan pelajar terhadap subjek Matematik. Guru perlulah sabar,

mengambil berat, memberi semangat dan pembimbing kepada pelajar.

Selain itu, pelajar perlu tahu mengawal emosi mereka apabila ingin mengambil

peperiksaan Matematik. Mereka perlu membuat persediaan lebih awal mengurangkan

kebimbangan mereka bagi menghadapi peperiksaan Matematik. Faktor lain yang dapat

membantu dalam mengurangkan kebimbangan Matematik ialah ibu bapa. mereka boleh memberi

semngat yang positif serta dorongan kepada anak mereka untuk berjaya dalam subjek

Matematik. Ibu bapa juga janganlah meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap pencapaian

anak mereka dalam Matematik kerana ia akan memberi tekanan kepada anak mereka.

Page 13: Math Anxiety

7. Bagaimana cara untuk membuang kebimbangan ini?

Kebimbangan Matematik tidak boleh dibuang tetapi ianya hanya dapat dikurangkan

dengan menggunakan pelbagai cara dan kaedah. Ini kerana, ia adalah lumrah setiap manusia

yang perlu berhadapan dengan Matematik dalam kehidupan seharian mereka. Manusia selalu

menggunakan nombor dan operasi untuk menyelesaikan masalah dalam aktiviti harian mereka.

Manusia tidak dapat lari dari berjumpa dengan nombor kerana mereka perlu mengira atau

menguk masa, wang, panjang, berat dan sebagainya.

Page 14: Math Anxiety

SME 3023:

TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES

Assignment:

Math Anxiety

Name : Alif Zhafri Bin Mohamad zaki

Matriks No. : D20081032231

Program : Mathematics Education (AT 14)

Semester : I, Session 2011/2012

Lecturer : Prof. Dr. Marzita Puteh

Page 15: Math Anxiety

Kebimbangan Matematik (Math Anxiety)

1) Apakah ‘Math Anxiety’?

Kebimbangan Matematik ataupun lebih dikenali dengan math anxiety merupakan satu fenomena

yang mana, seseorang pelajar ataupun individu mempunyai perasaan yang agak hambar, tidak

bersemangat, dan berasa tertertekan bila diajukan soalan berkaitan dengan nombor ataupun

mudahnya berkaitan dengan matematik. Keadaan yang mungkin menyebabkan seseorang fobia

dengan peperiksaan matematik, walaupun mereka belum belajar sesuatu topik dalam matemaik

ini. Saya merasakan bahawa pelajar yang mempunyai masalah math anxiety ini mengalami

kesukaran dalam pembelajaran matematik di dalam kelas kerana mereka tidak minat terhadap

subjek ini.

2) Mengapakah ‘Math Anxiety’ berlaku?

Setiap masalah yang berlaku mempunyai sebab musababnya sendiri. Dalam kes ini, banyak

perkara yang berlaku yang menyebabkan wujud perasaan kebimbangan ini terutamanya di

kalangan pelajar. Perkara ini bukan sahaj berkait dengan persekitaran pembelajaran (bandar atau

pedalaman), namun pengaruh yang mungkin kita tidak terfikir boleh membawa kepada

kebimbangan ini. Perkara yang utama adalah masalah guru terutamanya guru pelatih yang

mempunyai kebimbangan ini sendiri. Meraka tidak mampu menangani masalah pelajar yang

mempunyai math anxiety ini bila berdepan dengan pelajar sedemikian. Tanggapan peribadi yang

negatif bagi seseorang individu juga mempengaruhi kebimbangan ini yang mana merupakan

kebiasaan bagi rami individu. Mereka menganggap mereka bodoh jika bercakap tentang

matematik dan nombor. Dalam hal ini juga, salah konsep memainkan faktor utama dalam

mewujudkan kebimbangan dalam matematik ini.

Page 16: Math Anxiety

3) Siapakah yang mempunyai masalah ‘Math Anxiety’ ini?

Masalah ini tidak tertumpu kepada individu yang ingin belajar matematik sahaja, namun pihak

pengajar jugak mengalami masalah yang sama. Bagi tenaga pengajar, terutamanya guru pelatih,

mereka cenderung dengan salah konsep. Mereka menganggap bahawa matematik tidak berkait

rapat dengan kehidupan seharian. Mereka turut membandingkan tahap IQ pelajar dengan

kemahiran matematik ini serta menganggap matematik memerlukan latihan, tumpuan. Ini

dianggap satu kerja berat nagi mereka.

Bagi seseorang individu pula, math anxiety ini akan dialami bila seseorang itu tidak suka

dicabar. Dengan tahap keyakinan diri yang rendah, masalah seperti ini sering manjadi bebanan

kepada mereka. Mereka akan lambat menerima pelajar dengan mempunyai tahap penghargaan

kendiri yang rendah. Individu yang mudah berputus asa juga akan mempunyai kebimbangan

matematik ini serta akan menyalahkan diri dalam kelemahan terhadap prestasi dalam subjek

matematik.

4) Bilakah ‘Math Anxiety’ ini berlaku?

Kebimbangan dalam matematik ini berlaku bila seseorang individu mempunya persepsi yang

negatif dalam fikiran mereka terhadap matematik. Kebimbangna ini wujud sebelum mereka mula

mengenali sesuatu pembelajaran matematik. Biasa keadaan ini berlak bila mereka peringkat

pembelajaran uang lebih tinggi. Contohnya dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Perkara

ini juga wujud bila subjek ini termasuk dalam sesuatu peperiksaan yang besar. Wujud perasaan

yang negatif terhadap guru matematik juga menambahkan lagi kebimbangan seseorang terhadap

matematik.

5) Siapa ataupun apakah yang mewujudkan ‘Math Anxiety’ ini?

Pada kebiasannya, kewujudan kebimbangan ini adalah disebabkan pengalaman negatif seseorang

individu dalm kehidupan mereka. Sebagai contoh, seseorang itu pernah dipersendakan apabila

melakukan kesalahan dalam matematik menyebabkan mereka tidak mahu dan malu unutk

Page 17: Math Anxiety

bersemuka dengan keadaan sedemikian lagi. Hal ini dilihat sebagai satu penyebab oleh rakan

sebaya dan mungkin juga guru yang menyebabkan mereka mempunyai perasaan sedemikian.

Kesalahan berulang turut mengundang rasa bimbang seseorang selain gaya pembelajaran yang

mana tidak selesa dan tidak sesuai yang dilaksanakan menyebabkan berlaku rasa asing dan tidak

minat terhadap matematik.

6) Bagaimanakah cara untuk mrngurangkan ‘Math Anxiety’ ini?

Bagi mengurangkan masalah ini, persepsi asal pelajar perlu ditukar menjadi sesuatu yang positif.

Mungkin pelajar menghadapi masalah ini sebelum mula pembelajaran, jadi guru seharusnya

memainkan peranan penting dlam mewujudkan suasana pembelajran yang kondusif selain

menerapkan unsur luar yang boleh membantu minat pelajar. Hal ini boleh memberikan individu

berasa seronok dan teruja untuk belajar matematik sekaligus mampu mengurangkankebimbangan

mereka dalam matapelajaran matematik.

7) Bagaimanakah cara untuk melenyapkan ‘Math Anxiety’ ini?

Setelah seseorang individu mampu mengurangkan daya kebimbangan mereka terhadapa

matematik, semua pihak pemengambil peluang untuk membasmi perasaan ini dalam diri

seseorang pelajar. Pelajar akan mengalami kebimbangan ini terutama tiba masa untuk

mengambil ujian ataupun peperiksaan. Walaupun beberapa cara boleh digunakan untuk

mengurangkan kebimbangan ini, namun ia tetap wujud. Masalah ini boleh diselesaikan sekaligus

melenyapkan kebimbangan ini dengan bantuan ibubapa pelajar dalam mendorong menyemai

sikap yang positif terhadap matematik. Rakan-rakan sebaya yang mempunyai kebolehan yang

tinggi dalam matemati seharusnya menggunakan kelebihan intu untuk menbantu individu yang

mempunyai kebimbangan dalam matematik.

Page 18: Math Anxiety

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,

35900 TANJONG MALIM, PERAK.

FAKULTI:

PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

SME3023

TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES

OLEH:

MOHD IQMAL HARLEE ABDULLAH

D20091034807

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS (AT10)

SEMESTER 1

SESI 2011/2012

PENSYARAH:

PROF. MARZITA PUTEH

Page 19: Math Anxiety

What is mathematics anxiety?

Mathematics anxiety describe as a feeling of fear of involving mathematics, manipulation of number and problem solving in a real-life situation or academic situation.

Why does it happen?

Many factor that cause fear or anxiety in mathematics. Teacher also influence student negatively and pass the fear to student. Parent at home also may transfer the fear and anxiety to child and reinforce their children anxiety. Another reason for mathematics anxiety is affective domain such as self-factor, personality and perception. Comment such as “I was never any good at math”, “I am hopeless with numbers” and so on show that was their own perception of themselves. This will block their mind and make their hard to understand and fear the mathematics itself. Another reason is myths and misconceptions that lead to mathematics anxiety. The myth such as “an aptitude for mathematics is inborn”, “men are naturally better than woman at mathematical thinking” and many more are wrong and not scientifically proven. National Examination also seem has a greater impact as turning point in producing anxiety toward mathematics.

Who has it?

Many of us thought that mathematics anxiety occur only in child and student mind. In this case, definitely not because mathematics also occur in teacher, lecturer and parent. From bad to worse, these people can pass the fear to child and reinforce the anxiety within child mind.

When does it occur?

It occur anytime within childhood or during schooling. If he fail mathematics or not doing so well, he will said that mathematics is difficult and not his strong suit and for now on, if he does not given enough encouragement, he will suffer poorer performance in mathematics. This also occurs in university level. Transfer from primary to secondary and lower to upper secondary also affect their altitudes toward mathematics.

Who created it?

Teacher responsible in creating mathematics anxiety. Teacher teaching method, misconception, and personality has led to the mathematics anxiety. Teachers play a vital role in playing their part in creating mathematics anxiety.

How do you reduce it?

We can reduce mathematics anxiety by encourage the child and teach them for not too negative self-talk and build self-esteem within themselves. Teachers should develop teaching style that fun and interesting so that student can keep focusing during class. Parent should not say about difficultly of mathematics but say that mathematics is fun and easy.

Page 20: Math Anxiety

How do you eliminate it?

We can eliminate it by introducing that interactive teaching plan that involves everyone in class so that everyone in class involve during teaching and learning sessions. Activity that involve ICT, visual, audio, games, puzzle, group work and project should keep them interested and build self-esteem and confidence in student mind.