komunis dan peristiwa kereta ayer 1927 di...

10
Komunis dan Peristiwa Kereta Ayer 1927 di Singapura Oleh MAHMUD EMBONG, M.A." SYNOPSIS The lefi wing Ihe KMT (Communist) took Ihe opportunity 10 demonstrate its strength during the commemoration Dr. Sun Yat Sen's death on 12- March, 1927. Consequently the members qf the organising committee were assaulted by the demonstrators who took over Ihe platform. Anti-British pamphlets were also dis- tributed and a lew 01 the demonstrators went up on the stage to deliver in .f/amatory speeches. Tahun-tahun menjelang tertubuhnya Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1930, di Tanah Melayu (termasuk Singapura) komunis sudah berad. di ta- hap yang amat membimbangkan pihak Inggeris.' Pengacum-pengacum Hailam ter- utamanya, teiall dilaporkan berjaya mempertingkatkan aktiviti-aktiviti propaganda dan subersif komunis, dan melalui beberapa buah badan pelaksana komunis me: reka telah berjaya mencetuskan keadaan kacau bilau dan hura-hara. Penulis' ialah Pcnsyarah di Unit Pengajian Stmtegi dan Keselamatan FSKK, Universiti Kcbangsaan Malaysia ... Perkembangan gerakan Komunis di Tanah McJayu sebelum lshun 1930 agak Illcnarik. Oi samping pengJibalan Komi/ern, badan-badan Komunis yang lain seperti Projilllern, Kre,Ylintern , Far Eastern Bureau, International Re{f Aid SocielY (M.O,P.R.) dun Commulli.fl Youth (K.I.M.) turut memainkan peranan. Gandingan kcrjllsuma di antara Kominlern dun Purti Komunis China," yang ditubuhkan di China pada lahun 1921 telah mcmpercepalkan lagi Lempoh pergcrakun KOlllu- nis yang dimonopoli sepenuhnya oleh kaum Cina. Sila lihat, Basic Paper on the Malayan Communist Party (Cawangan Khas, Kuala Lumpur Vol. I, Pt. 2 MIlC, 1950); F.O. 371184482, "A report on lhe Potential' or the Malayan Communist Party:, bertarikh 24 haribulan Oktober 1950; Mahmud E," Pertubuhan dan Perkembangan Gerakan Komunis di Tanah Mclayu, 1920- 1948", (Tesis Stl.l:jana. Universili Kebllngsaan 1985). Sebenarnya di Tanah Melayu rshaman anarkisme wujud terdahulu daripada rahaman komunisrnc. Laporan menunjukkan telah lahir beberap.a pcrsatuan anarkis serta risalah-I'isalah mengenainya dan juga kehadiran bebcrapa orang tokoh anarkis scporti Lau Hok Fei, Chan A Sz, Leung Man, Mok Kim Fung dan Li Hui Chou. Lihat, C.O. 717/41, "Bomb Outrage at Chinese Protectorate", Guillcmard kepada Amery, berturikh 23 April, 1925 teriampir iaporan 2 bertajuk "Anarchism Among Chinese in British Malaya", oleh A.M. Goodman, bertarikh 5 Februari, 1925 (Secret); juga Police Journal, No.2, 4 dan 6, 1924; Supplement to Police Journal. "The Communist Movement in Malaya and Neighbouring Countries, 31 st Decem- ber, 1930". Tctapi menjclang tahun 1922 gerakan anarkis bcransur pudar dan fahaman komunis mulai berkembang dengan terjumpanya risalah-risalah mengcnai komunis yang mengandungi berits- berita mcngcnai pembebasan kaum wanita, kaedah mengajar komunis di Rusia dan China, Revolusi Rusill 'dan juga tenlang manifesto Parti Komunis Amcriku. Pads tahun 1925 sebuah parti komunis yang merupakan cabang IUar negeri Parti Komunis China (Overseas Branch of the Chinese Commlt- 40 Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Upload: hoangdien

Post on 26-Apr-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Komunis dan Peristiwa Kereta Ayer 1927 di Singapura

Oleh MAHMUD EMBONG, M.A."

SYNOPSIS

The lefi wing ~f Ihe KMT (Communist) took Ihe opportunity 10 demonstrate its strength during the commemoration ~f Dr. Sun Yat Sen's death on 12- March, 1927. Consequently the members qf the organising committee were assaulted by the demonstrators who took over Ihe platform. Anti-British pamphlets were also dis­tributed and a lew 01 the demonstrators went up on the stage to deliver in .f/amatory speeches.

Tahun-tahun menjelang tertubuhnya Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1930, di Tanah Melayu (termasuk Singapura) komunis sudah berad. di ta­hap yang amat membimbangkan pihak Inggeris.' Pengacum-pengacum Hailam ter­utamanya, teiall dilaporkan berjaya mempertingkatkan aktiviti-aktiviti propaganda dan subersif komunis, dan melalui beberapa buah badan pelaksana komunis me: reka telah berjaya mencetuskan keadaan kacau bilau dan hura-hara.

• Penulis' ialah Pcnsyarah di Unit Pengajian Stmtegi dan Keselamatan FSKK, Universiti Kcbangsaan Malaysia ... Perkembangan gerakan Komunis di Tanah McJayu sebelum lshun 1930 agak Illcnarik. Oi samping pengJibalan Komi/ern, badan-badan Komunis yang lain seperti Projilllern, Kre,Ylintern , Far Eastern Bureau, International Re{f Aid SocielY (M.O,P.R.) dun Jnl~rnQljonal Commulli.fl Youth (K.I.M.) turut memainkan peranan. Gandingan kcrjllsuma di antara Kominlern dun Purti Komunis China," yang ditubuhkan di China pada lahun 1921 telah mcmpercepalkan lagi Lempoh pergcrakun KOlllu­nis yang dimonopoli sepenuhnya oleh kaum Cina. Sila lihat, Basic Paper on the Malayan Communist Party (Cawangan Khas, Kuala Lumpur Vol. I, Pt. 2 MIlC, 1950); F.O. 371184482, "A report on lhe Potential' or the Malayan Communist Party:, bertarikh 24 haribulan Oktober 1950; Mahmud E," Pertubuhan dan Perkembangan Gerakan Komunis di Tanah Mclayu, 1920- 1948", (Tesis Stl.l:jana. Universili Kebllngsaan ~alaysia. 1985). Sebenarnya di Tanah Melayu rshaman anarkisme wujud terdahulu daripada rahaman komunisrnc. Laporan menunjukkan telah lahir beberap.a pcrsatuan anarkis ba~an-bahan serta risalah-I'isalah mengenainya dan juga kehadiran bebcrapa orang tokoh anarkis scporti Lau Hok Fei, Chan A Sz, Leung Man, Mok Kim Fung dan Li Hui Chou. Lihat, C.O. 717/41, "Bomb Outrage at Chinese Protectorate", Guillcmard kepada Amery, berturikh 23 April, 1925 teriampir iaporan 2 bertajuk "Anarchism Among Chinese in British Malaya", oleh A.M. Goodman, bertarikh 5 Februari, 1925 (Secret); juga Police Journal, No.2, 4 dan 6, 1924; Supplement to Police Journal. "The Communist Movement in Malaya and Neighbouring Countries, 31 st Decem­ber, 1930". Tctapi menjclang tahun 1922 gerakan anarkis bcransur pudar dan fahaman komunis mulai berkembang dengan terjumpanya risalah-risalah mengcnai komunis yang mengandungi berits­berita mcngcnai pembebasan kaum wanita, kaedah mengajar komunis di Rusia dan China, Revolusi Rusill 'dan juga tenlang manifesto Parti Komunis Amcriku. Pads tahun 1925 sebuah parti komunis yang merupakan cabang IUar negeri Parti Komunis China (Overseas Branch of the Chinese Commlt-

40

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

KOMUNIS DAN PERISl'IWA AVER t927 DI SINGAPURA

Peristiwa 12 haribulan Mac, 1927 rnernperlihatkan kepada kita kemampuan kornunis rnengarnbil kesernpatan menangguk di air kcruh, apabila Hari Ulang Tahun Kedua mempcringati kematian Sun Vat-Sen, seorang tokoh nasionalis China yang sepatutnya disambut dengan penllh rasa scdih dan simpati olch ma­syarakat Cina di Singaput'a telah bertukar menjadi hunt-hara serta mcmbawa kc­pada pertempuran dan akhirnya pertumpahan darah. Tulisan ini bertuju(Jn meng­alurkan bagaimana peristiwa terscbut bcrlaku. dan di samping itu juga mcndedah­kan ten tang penman pihak komunis di dalam percubaannya untuk melebar serta mempcrtingkatkan pengaruh komllnis, te!'utama di kalangan orang-orang Cina oi Tanah Melayu.

Bagi masyarakat Cina Seberang Laut, khususnya di Tallah Mclayu nama Sun Vat-Sen memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebagai seorang tokoh nasionalis yang mempcrjuangkan nasib bangsa Cina, Sun begitu dihormati dan namanya dengan Parti Kuomintang (KMT) memang tidak baleh dipisahkan. Bila disebut tentang Revolusi 1911 dall keljasama KMT - Komunis di China khususnya, sekali lagi nama tokoh nasionalis Cina ini menjadi scbutan.2 Kematian bcliau secant mengejut pada tahun 1925 merupakan satu kehilangan besar kcpada Negeri China, dan bagi orang-orang Cina di Tanah Melayu kematian Sun dianggap paling tragik. Pemergian Sun tclah meninggalkan suatu kckosongan dari segi kepimpinan kc arah mengembalikan scmula maruah scrta kehormutan China.

Apabilu berita kematian beliau sampai ke Tanah Melayu. masyarakat Cina di sini berasH terharu dan telah mcndapat arahan dari pihak Chinese Consulate-General supaya bcndera dinaikkan setcngah liang.3 Pihak KMT pula telah mengeluarkan arahan kcpada semua cawangHnnya supaya mengadakan upacara mcmperingati Sun secara formal pad a 12 haribulan 'April, 1925. Ini lelah dipaluhi oleh seluruh ahli-

lIisf Party) telah ditubuhkall. Dan pada tahlln bcrikutllya pul:l scbuah Jaw;ltan-kuasa diwujudkun olch p<.ll'ti lerscbu t dan dikcnali seh:tgai Commillcc of the South Se:ls Bureau. Lilwt c.c. Too. "Notes 011 History or the Communist P:lrty of M:daya", (C:lwHllgan Khas. Kuala Lumpur, 1 hari­bulan Mac, 1956). Kenl:tk perjalanan komunis hcrtamhah scrius dcngun keillidiran apa yung di­namakun scbag<-li Pro-/efl1 COnllllillee of tIl<' SOllth Seas Communist Party. ekoran daripada sutu pcr­jumpaan, fhe 1'.)27 First Repr('S('IIWfil'l' CfII1j'crell(,('" KcadulIll ini seterli snYII lllcmbuk" ruang yang lebih luns I:lgi kcpada komunis, di maml pad" luhun 1929 amhiln-aruhan diterimll o1ch pilwk South Se(ls Communist Pal'fy bagi ITlcrangkakan bebcrapa liwgk.lh utallla kc arah pcrjunngan revolusiollcr yang lebih mimtap di Tunuh Mclayu. Unluk hutiran lanjul, sila lihal . "Thc MuhlYHn Communist Party Own Version of its History Up 10 1940", (Nan-tao Chib eh'un) dalam c.c. Too, Nofes Oil

History (~f' Iflt' Commulli.tI Party (~f' MalaY(I (Cawnngan K has, Kualn Lumpur, 11)75). 2 Butiran 1<\Iljul mcngcnai kctokohan Sun Yet-Sen serta pcnglilnllannya dalam politik di China. silu

lihal C.M. Wilbun uan J.L.Y. lIow, ,<)'1111 Y(~{-Sl'tI: Frusffllfc'l/ Pa{riot (New York , University Press. 1976); B .Z. SchiITrin. Sun Y('/-S('n (Berkeley, University or Calirorllia Press, 1970); P. Linebarger, SUII Yef-Sl'n and fl", Chhu'/I"(' Repuhli(' (Ncw Y()rk, AMS Press. 1925); A Harrison. China Sinn! 1800. (New York, Harcourt. Brace nnd World. Inc. 1976). Mcngenai Sun Ycl-Sen dan poliliknyu di Sc­bcrang Lalit sila lihat, Yen Ching Hwang. Tlw OI'Cr.\'('tI.I' Chine.I·,' lind the 1911 Rl'valut/ol/ (Kual'l Lumpur. Oxfort University I)ress, 1976): Stephen Leong, "The Chinese in Malaya and China's Poli­tics, 19H5 - 1911", .Iournal (~I"t"e" MlIlaysion Bflmch ql"lhe Royal A,\"imic Sm:ie!y. Vol. I pL 2.1977; C.F. Yong dan K.B. Mckenna , Th" Kuomillwng Mov(,l1ll'l1f in British Malaya 1912 - 1949 (Singa­pore, Singapore University Press, 1990.

) Lihat Ku Hung-ting, "Kuomintang's Muss Movement and the Kerehl Ayer Incident ({927) in MalaYll". (Singapore, Institute of Humanities and Social Science. Occasional Paper Series. Jellluary 1976), him. 7.

41

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

MALAYSIA OAR I SEGI SEJARAH

ahli KMT di Tanah Melayu. Di Singapum upacara besar-besaran juga telah ber­langsung di atas kerjasama pihak Chine.l·e Chamher of Commerce' Memandangkan besarnya pengorbanan Sun kepada masyarakat Cina tempatan. maka pada tahun 1926 ahli-ahli KMT Singapura bercadang mengulangi sekali lagi upacara hari mempering.:lti kematian Sun dengan mengadakan satll upacara khas.

Usaha masyarakat Cina itu sesungguhnya amat dikhuatiri oleh pihak peme­rintah Inggeris. Inggeris mungkin telah dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu yang menyatakan bahawa ada ura-ura pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mcng­anjurkan gcnlkan pemul(luan kc atas barang-barang keperluan Jepun, serentak dengan hari perayaan tcrscbuL' Tetapi akhirnya um-ura untuk mengadakan sambutan pcrtama kematian Sun telah hilang bcgitu saja. Hanyalah pada tahun berikutnya, iaitu pada tahun 1927 satu usaha yang serius ·dilaksanakan oleh masyarakat Cina di Tanah Melayu bagi mempcringati hari kematian Sun. KMT yang seharusnya bertanggungjawab dalam mengalur persiapan h,iri sambutan ter­sehut nampaknya keberatan dan telah menyerahkan tugas kepada pihak hukan ahli parti. Scrcntak dengan ilu juga sehuah akhbar tempalan , Sin Kuo Min Po, yang diterbitkan di Singapura telah turut sama memaparkan berita tcnlang ura-ura mengadakan hari sambula n Ulang Tahun Kedua Kematian Sun' Dari saal itu juga masyarakat Cina. lcrutama mereka yang terlibat Sl.'Cara langsung telah me­mulakan lindakan mereka dengan mengadakan pcrjumpaan awal serta rundingan bagi menubuhkan sebuah jawatankuasa sambutan. Mendahului usaha-usaha awal ini nampaknya datang dari beberapa buah sekolah, lerutama di Selangor dan Johor, yang penyokong-penyokongnya terdiri daripada mana-mana anggola KMT.' Mereka kcmudiannya telah mengeluarkan risalah yang menggesa diadakan upacara sambutan secara besar-besaran' Risalah tersebut juga menggesa orang­orang Cina yang hidup mclarat, kaum pckerja yang tertindas dan juga saudagar­saudagar supaya meninggalkan kerja-kerja harian mereka dan keluar beramai­ramai menghadiri had upacara samhutan. Di Singapura dan juga di bandar-bandar besar Semenanjung, sekolah-sekolah semuanya dilutup kerana merayakan hari sambutan yang disiratkan sebagai "The National Memorial Day".'

Pada 8 harihulan Mac, 1927, dua orang daripada suku Hokkien telah datang menemui Setiausaha bagi Hal-Ehwal Orang-orang Cina bagi mengalur pcrunding­an awal. Pada keesokan harinya , dua orang dari badan Penasihat Orang-orang Cina, iaitu Ng Seng I'hang dan Bey Kok Leong, bersama-sama dengan liga orang Cina dari suku Hokkien telah berunding buat kali keduanya bagi mendapatkan ke­benaran pihak berkuasa Polis.1O Pada 10 haribulan Mac, satu perwakilan dari

, IMd. s C.O. 717/56, Lampiran kcpada Strnits Despatch, bcrtarikh 31 Ogos, 1972 berliljuk "The Kwo Ming

Tang in Malaya (1926 - 27)", olch A.W. Goodman bcrtarikh 10.8 .1927. (, e.O 273/535. 'Malayan Bulletin of l'oUli('(lf Intelligencf! (MOP!). No. 48. Februnri - Mac. 1927; juga

Union Tim('~ .. 12.3.1926. , C.O 273/535. MBPI. No. 4K, Februari - Mac, 1972. • Ibid. 9 Ku Hung-ling. "Kuomintang's Mass Movement and the kcrcta Ayer Incident in ~ulaya".

10 e.O. 273/535. MBPI. No. 48. Fcbruari - Mac, 1927.

42

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

KOMUNIS DAN PERISTIWA AVER 1m DI SINGAPURA

badan penganjur, Thong Ven yang ahlinya terdiri daripada dua orang dari suku kaum Hokkien dan dua orang lagi dari suku kaum Kanlonese telah ditemu ramah oleh Sctiausaha Hal-Ehwal Orang-orang Cina, dan juga pihak Polis. Akhirnya pi­hak berkuasa telah memberikan kebenaran kepada mereka bagi mengadakan upa­eara hari sambutan, iaitu pada hari Sabtu, 12 haribulan Mac, 1927."

Seperkara yang menarik di sini, di dalam kesibukan pihak-pihak yang telah bekerja keras untuk mendapatkan persetujuan daripada pihak berkuasa, orang­orang ataupun wakil dari suku kaum Hailam tidak langsung kelihatan. Jadi, sudah tentunya ini menimbulkan salu tanda tanya kepada pihak Polis. Memang telah di­laporkan tidak seorangpun wakil dari suku Hailam termasuk dalam senarai nama­nama penganjur dan juga jawatankuasa perayaan."

Pada hari berlangsungnya mesyuarat II haribulan Mac, 1927 pihak pengan­jur telah mengambil keputusan menerima syarat-syarat yang telah digariskan oleh pihak Polis, tanpa kehadi.ran dan persetujuan wakil suku Hailam." Ketua-ketua suku kaum Kamonese, Tecehiu dan Hokkien kesemuanya berikrar untuk me­matuhi peraturan-perattlran dan membuat anggapan bahawa suku Hailam juga menyetujui segala syarat-syarat yang dikenakan ol.h pihak berkuasa Polis. Ke­putusan juga telah diambil bagi memastikan para hadirin kelak sampai lebih awal daripada rakan suku Hailam mereka di tempat diadabn upacara s8mbutan, iaitu di Happy Valley, Singapura."

Pihak polis berpendapat bahawa syarat-syantt yang dikenakan itu amat perlu dipatuhi oleh scmua pihak demi menjaga keselamatan dan ketenteraman pada hari perhimpunan terscbut. Mengikut kenyataan Penolong Gabenor, Sir Hugh Clifford:

"It is obviollsly the duty of the Government to hike all necessary measure to prevent seditious subcrsivc and in nama lory sJX.-eches being delivered 10 ignorant excitable audiences, whose members arc cHpabJe as are notoriollsly the lower classes of' Chinese of being worked up by oratory to ,1 stale of sudden irascibilty". IS

Akhirnya, pel'himpunan secanl besar-besaran itu tclah diadakan di Happy Valley dihaditi olch kim-kira 20,000 orang." Sekitar kawasan telah dihiasi indah, dan gam bar Sun Vat-Sen diletakkan dalam Dewan tempat diadakan · perjtimpaan tersebut untuk diberikan penghormatan oleh orang ramai. Walaupun upacara ter­scbut sepatutnya bermula pada pukul 2.00 petang, onlng ramai telah mula daLang membanjiri kawasan Lerscbut sebelum waklu yang ditelapkan." Pada mulanya

11 Ibid. 11 Ib id. 1) Ibid. 14 KenYillmm Li Liung Kai , Pcnolong SctiulLs.tha JawlI.lankuaSH PCfllyml1l Ulang Tahufl Kcdua Ke­

matiun Sun Yel-Sen. Lihat. NUYlIllg Siang Pall, 21D.1927 IS C.O. 273/537. Lampimn I, bcrlarikh 31 Ogos, 1927, "Activities of the Kwo Man Tang Up to the

end of Jun", t\isL'tiiukan olch II. Clirrord. Iii CO. 273/538. "DisturhmlCC5 at SinWJporc", tcrlampir laporun 2, bcrtajuk, "Report of Kercta Ayer

Shooting Incident M:lrch 12, 1927 und Events Le<lding lip to the Incident", olch Inspector General of Police. Straits ScHlement (H. Fairburn).

11 Ibid.

43

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

MALAYSIA DARt SOOI SRJARAH

suasana berjalan mengikut alurcara yang disediakan. tetapi kchadiran sckumpulan kecil orang Cina suku Hailam dan rakan-rakan mcreka tclah menjadikan keadaan di kawasan sambutan menjadi tiduk tcnteram. Mereka (kumpulan Hailam) ke­lihatan mcnycbarkan risalah-risalah mengandungi kala-kata yang memburuk­burukkan pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu. Ada pula di kalangan mcreka itu yang membmtlucapan-ucapan yang mcnccmarkan kekuasaaan Inggeris.IR

Seorang daripada pihak pcnganjuJ' perayaan cuba menlenleramkan keadaan serla melarang kumpulan orang-orang Hailam ladi daripada mcneruskan ucapan mcreka, tetapi usaha tcrsebut gaga!. Onmg-orang Hailam serla pengikut-pcngikut mereka tclah bertindak eli luar peratufi:ln dan keluar beramai-ramai mcninggalkan dcwan pcrhimpunan dcngan menjcril-jerit. Kedengaran kata "we are going 10 "aile tiur procession; we do not care ahoul any police regulation". 19 K umpulan orang-orang Haih-lm tadi tcrus bcrgerak beramai-ramai menuju ke arah Jalan Anson mcmasuki Jalan Maxwell, melalui kawasan Balai Poli s Kcreta AyeI' dan lerus menuju ke arah Jalnn South Bridge. iuitu arah scbelah Timur pusat ·bandar.2()

Semasa pcrarakan ilu bcrlangsung kelihalan rnuncul sebuc.lh bas cuba mc­linlasi kawasan yang dilalui oleh kumpulan yang berarak dan kelihatan seakan­akan bas terscbut mcnghalang laluan orang ramaL Ini mcnimbulkan ketegangan. Perllsuh-perusuh J-Iailam tcrutamunya telah menaiki bas terscbut dan mcnyerang pcmandll yang berbangsa Inggeris. 21 Walau bagairnanapun pcmandu bas lel'scbut lelah bcrjaya melepaskan diri dan berlindllng di Balai Polis Kcrela AyeI' yang ber­dekatan di silu. Sejurus kemudian muncul pula seorang Inspcktor Polis bcrbangsa Inggeris yang cubn mcntcnlcramkan suasana, l.ctapi beliau gagal dan tclah di~

laporkan mcndapat ccdera parah.22

Kcadaan selepas Inspcklor ladi diccderakan bcgitu mcncemaskan . Pcrusuh­pcrusuh tclah menghalakan pandangan mcrcka kc Balai Polis Kcrcla Ayer dan te~

lah hampir sampai kc pintu llalai Polis terscbut. Mereka lelah ditentang oleh anggola-anggola Polis yang bcrsiap scdia di situ. Dad saat ilu juga Balai Polis Kercla AyeI' melljadi sasara n pcrusuh-pcrusuh. Dan memandangkan kcadaah su~ dah mulai kclam kabut, pihak Polis Icrpllksa melepaskan Icmbakan. Seramai cnam omng. lima daripadanya suku kaum Huilam lelah tcrkorban dan ramai lagi yung mendapat ccdera pHrahY

Nampaknya, lal'ikh 12 Mac 1927 yang sepalulnya disambul bagi mempc­ringati per:iuangan Sun Val-Sen yang luhur itu telah disalahgunakan olch sekul11-pulan suku Hailam yang lidak bcrtanggungjawab. I-Inri perhil11punHn lelah menjmii hari pel'tempul'Hn di anlara Polis dengan pcrusuh-pcrusuh Cina yang tclah ler­pengaruh dcngan lipu hclah kllmplilan yang disiralkan scbagai anti British. Atas segala tindak-tanduk kumpulan ekslrcmis Hailam itu juga bel'laku insiden perlum-

1M Lillat. Struifs Duilgt'f, 24.3. 1927. 1'1 C.O. 273/53X, "Disturbllm."'Cs <1.1 Singapore". Icr1umpir l11porun t. bcrl<ljuk. "Report or the Kcrcla

Ayer Incident", ulch G. Seth. ~I Ibid. I I Ibid. 22 CO. 273/538, "Report of Kcrcta Aycr Incident", bcrtarikh 12 M,lrch , 1927 olch H. rllirbufIl. ! .I lhid.

44

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

KOMUNIS DAN PBRISTIWA AYBR 1927 DI SINGAPURA

pahan darah yang mengakibatkan beberapa nyaw. terkorban. Laporan Polis me­nunjukkan insiden Kereta Ayer 1927 itu telah diilhamkan oleh pengacum-penga­cum Hailam serta disokong oleh pihak komunis."

Mungkin timbul tanda tanya mengapakah suku Hailam ini menentang pihak pemerintah? Adakah mereka ini diperalatkan, ataupun ada sesuatu yang dituntut, tetapi gagal ditunaikan oleh pihak Inggeris? Menarik pula kalau ditanya, siapakah sebenarnya orang-orang Hailam ini? Dan mengapakah mereka begitu mudah terjerumus dalam kegiatan-kegiatan subversif dan komunis dibandingkan dengan suku-suku kaum Cilla yang lain? Jadi untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan di atas serta melihat siapakah 'dalang' di sebalik peristiwa 12 Mac, maka perbincangan berikutnya cuba meneari jawapan benarkah komunis yang bertanggungjawab?

Komuniti Hailam merupakan kumpulan orang-orang Cina yang kecil jumlahnya di Tanah Melayu berbanding dengan komuniti-komuniti Cina yang lain!' Suku Hailam ini dikenali juga sebagai Hainanese atau digclar dengan nama­nama seperti Kiung-chow, Kcng-chew, Kheng Chow, Khiug Chiu, Kheng Jai dan Kiung Za." Mereka berasal dari Pulau Hainan dan sebahagian besar yang datang berhijrah ke Tanah Melayu adalah dari daerah-daerah Boon Siang, Kheng Sow, Kheng Tong dan Loke Huay.'1

Kesesakan hid up di Pulau Hainan telah memaksa sebahagian besar daripada mereka mencari nafkah di seberang laut. Tanah Mclayu merupakan tempat persinggahan yang amat sesuai, tambahan pula terdapat ramai penduduk kaum Cina yang lain yang telah berhijrah lebih awal daripada mereka. Mengikut pcr­angkaan tahun 1921 sebahagian besar daripada masyarakat Hailam ini terdiri dari­pada kaum lelaki. Dibandingkan dengan lain-lain kumpulan pekerja, suku Hailam mempunyai nisbah jan tina yang tidak setara.28

Mengenai status suku Hailam ini pula, mereka sebenarnya mempunyai kedudukan ekonomi dan sosial yang tidak begitu baik. Ekoran daripada itu juga dibanding dengan suku-suku kaum Cina yang lain, mereka adalah yang paling rendah dan peluang untuk meneari nafkah agak terbatas. Mereka terpaksalah menerima apa juga jenis kerja yang dianggap bolch menyara hid up; misalnya kerja­kerja perkhidmatan layanan dalam perusahaan-perusahaan hotel dan restoran, sebagai budak-budak suruhan, orang gaji, tukang masak, pembawa air, pekerja­pekerja kilang getah, penoreh di ladang-ladang kepunyaan orang-orang Eropah, terutama di Negeri Sembilan, dan tidak ketinggalan dalam kerja-kerja kemahiran. 29

lot Basic: Paper on 'he Mu!t~van Communis' Party, hal. 4. Ii hat juga. Strat;,f Times. 24.3.1977; Supple­ment to Po/kef Jour/wi, "Communist Youth", No. I, bertarikh 15 Jal1uI:I.l'i, 1931 , him. 3.

2Ii Lihat Lim Meng Ah. "Hainanese in Singupore". (B.A. Thesis, Department of Social Studies. Univcr-~ily of Malaya, Singapore, 1958). him. 4 - 6.

21 Ibid. him. 8 dun 9. Lihat juga C.O. 273/517, MBPI. No.7, September 1922. 2¥ Liha'i J.E. Nalhan, Briri.\'h Malayan 1921 Cen.fu.v(Londoll, Crown Agcnt.(\. 1922). him. 84 29 C.O. 273/537, ClilTord kcpadu Amery, 31 Ogos, 1927, tcrlampir laporan I, "The Kuomintang in

Malaya (1926 - 1927)", lihat juga Lee Ah Chai. "Policies and Politics in Chinese Schools in the straits Salll~ments and the FMS, 1886 - 1941", him. 135.

45

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

MALAYSlA DART SEOI SBJARAH

Seperti suku-suku Cina yang lain, suku Hailam turut sama terlibat mengikut arus politik tempatan, tetapi condong kepada aliran politik yang berhaluan kiri. Faktor mengenai sirat keperibadian amat bertanggungjawab dalam hal ini. Adalah dipercayai suku Hailam mempunyai sirat rendah diri yang agak ketara. Ini menye­babkan mereka mudah terjerumus dalam mengikuti selera gerakan-gerakan dan kesatuan yang berhaluan kiri." Memandangkan bahawa mereka yang datang ke Tanah Melayu itu terdiri daripada orang-orang yang belum berkahwin, maka su­dah tentulah mudah terpengaruh oleh unsur-unsur politik yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, terutama sekali penghasut-penghasut komunis,31

Satu lagi sebab mengapa suku Hailam berminat menyertai gerakan yang ber­haluan kiri ialah, semasa di Pulau Hainan lagi mereka pernah turut serta dalam pergolakan politik tempatan dan terlibat juga dalam aktiviti komunis. Menjelang tahun-tahun 1920-an orang-orang Hailam mulai sedar ten tang adanya suatu per­gerakan ke arah kerja-kerja penyatuan dan kemerdekaan Hainan. Telah dilaporkan bahawa Sun Yat-Sen telah berscdia untuk 'menjua!' pulau tersebut kepada Jepun bagi mendapatkan wang dan alat-alat senjatan Seorang yang bernama Wong Fu Kwan telah mempelopori gerakan menentang cita-cita Sun itu di Hainan. Usaha­usaha Wong telah mendapat perhatian ramai. Sebilangan besar penyokong gerakan tersebut telah datang ke Tanah Melayu bagi mendapatkan simpati serta bantuan pihak-pihak tertentu." Sebuah badan yang dinamakan scbagai Kesatuan Hailam Seberang Laut (Overseas Hai/am Union) telah ditubuhkan pada tahun 1922 bagi tujuan mcngutip derma." Tetapi pihak KMT akhirnya berjaya menguasai pulau Hainan dan kumpulan yang dahulunya mcnenlang kini menyokong Sun . Kejayaan K MT pula tclah memberi peluang baik kepada penyokong serta ahli sayap-kiri parti tersebut bergiat cergas dan kemudiannya lahir gerakan-gerakan menentang Inggeris di Pulau Hainan. Oerakan tersebut telah disokong oleh pihak ekstremis suku Hailam. Sebuah organisasi xang dipanggil Perikatan Revolusi Khang Ngai (Khenl( Ngai Revolutionary Alliance) telah diwujudkan." Organisasi ini juga mcng­hantar wakil mereka ke Tanah Melayu bagi mendapatkan bantuan serta sokongan . daripada golongan sayap kiri KMT. tempatan .J<I

Kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa suku Hailam ini mempllnyai bekalan politik yang kuat dan 80masa di Tanah Melayu mereka lerus bergiat dengan lebih rari lag; memandangkan di Tanah Melay" dewasa itll perjalanan politik terutama sekali gerakan yang berunsurkan komunis amat berlcluasa sekali.

1Il SUpplC'l11ellf /(I Polic(' Juurnal. "The Communist Movement in M<i1l1ya Neighbouring Countries, 31 Dicember. 19:40", him, ) lihlll juga C.O, 273/5)7. "The Kuominlang in Malaya (1926 .- 27)",

,\I Ihld. ~2 C.O. 273/537 Guillpmrud kcp<lrla Amery. 16 February, 1927. lcrlampir luponm A.M . Goodman d,,"

P,T , Allen bcrwjuk. "The Kuomint.ang in MalaY:l, 1926" , bcrlarikh 7 Januari . 1927 . . \1 Ihit! . • 1.1 Ibid. " C.O. 273/517. MBP!. no. 7, September. t922. Iilull juga C. 0.273/534. MOPt. no. 36 dan ,9. fc-

hruari dan March, 1926. . )(, Ibid.

46

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

KOMUN(S DAN PERISTIWA AVER \927 DJ SlNGAPURA

Di samping dapat kita perhatikan tindak-tanduk ekstremis daripada suku Hailam melalui badan-badan KMT sayap-kiri yang diharamkan itu, mereka juga bergerak melalui sekolah-sckolah malam Cina, persatuan-persatuan sekerja dan juga craft-guilds. Mengikut laporan, seawal-awal tahun 1920-an di Tanah Mclayu telah wujud ban yak sekolah-sekolah malam Cina, khas bagi mereka yang bckerja di waktu siang hari. Sekolah-sekolah malam ini dibuka khas bagi orang-orang dewasa dan telah dijadikan oleh pihak ekstremis sebagai saluran utama menycbar­kan dakyah serta propaganda komunis.37 Tidak syak lagi bahawa sekolah politik Hailam ini telah diperalatkan scpenuhnya oleh pihak yang tidak bertanggung­jawab, dan ban yak bahan-bahan serta risalah-risalah diterbitkan yang memburuk­burukkan sistem pemerintahan lnggeris di Tanah Melayu. J8

Adalah dipercayai sekolah-sekolah malam kon)Unis yang pertama ditubuhkan pada bulan Mac, 1923 di Kuala Lumpur dan ia dikendalikan oleh seorang yang bcrnama Han Kuo Hsing.39 Walaupun Kuala Lumpur mcrupakan tempat pertama lahirnya sekolah politik tersebut, menjelang tahun 1925 Singapura telah mula mengambil alih tugas sebagai pusat utama mengeluarkan penuntut-penuntut yang condong kepada aktiviti-aktiviti komunis serta mempunyai sikap benci kepada Inggeris. 4O

Sebuah sekolah malam, di mana kedapatan suku Hailam bergiat cergas ialah Sekolah Malam Nan Kiau yang tcrletak di Jalan Orchard, Singapura. Sekolah ini merupakan markas bagi meningkatkan kegiatan anti-British , anti-Jepun dan juga aktiviti komunis.· ' Laporan Inggeris menunjukkan bahwa pihak polis telah berjaya merampas bahan serta risalah-risalah komunis yang antaranya termasuklah I'isalah yang bertajuk, 'Catachism in Essay Book' , yang berbentuk soal jawab mengenai fahaman komunis.· 2 Perjalanan sekolah-sekolah malam komunis ini semakin men­cemaskan pihak berkuasa apabila ada laporan yang menunjukkan bahawa sekolah­sekolah tersebut t.elah dijadikan tempat berselindung oleh ahli-ahli sayap-kiri KMT, dan adalah dipercaYlti salu perjumpaan kctua-ketua cawangan KMT seluruh Nayang telah diadakan. Pertalian juga wujud di antara sekolah-sekolah malam dengan Kheng Ngai Revolutionary Alliance yang dengan sckaligus pula melibatkan badan-badan buruh Cina.·3

Aktivili dari kalangan kaum suku Hailam nampaknya lebih ketara lagi ter­utama pad a tahun 1926 apabila penglibatan mcreka dihubungkaitkan dengan se-

11 Ibid. Lilml jug .. Basic Pupllr 011 "/11(' Malayan Commul1i,\" I'{lrly: SIII'p/C'III('11I 10 [Jolke Journal. no. I, 15 January. 1931 . "The Communist Youth",

lM Milhmud E. "Pcrtumbuhan dan Pcrkembullllan Gerakan Komunis Oi Tanah Melayu", hIm . 73 -. 7ft J\l CO. 273/597, Ofliccr Administrating the Government kcp<trla Sir P. Cunliffe Lister, tcrlampir la­

pomll , Monthly Review of Chinese Amlirs (M RCA), Ogos, 1934. Lihat juga Supplement (0 Police! Journal, "The Cotnmunisl Movernmcnt in Malaya and Neighbouring Countries", No. 2, 15 Fc­hruHri 1931. him. J.

oItJ Muhmud E. "Pcl'tubuhun d~tn Perkcmbangan Gcrakan Komunis di T:mah Melayu", him, 79 , 41 e.O, 273/536. Guillcmard kcp<lda Amery. bcrtarikh 17 Februari 1927. terlampir laporan hcrlajuk,

"Catechism in F.SS<IV Book". 42 /hid, ' .1 Lihal C.O. 273 /535. MOPI. No . 47. Janu",.; 1927.

47

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

buah organisasi komunis yang dikenali sebagai Sekolah Ulama (Main School)44 Walaupun kewujudan badan komunis ini pada mulanya dapat dikesan di Singa­pura pada tahun 1926 melalui sebuah sekolah iaitu (Chi Min School) di Kuala Lumpur memperlihatkan bukti yang jelas kehadiran badan komunis tersebut yang dikatakan menjalankan aktiviti politik bukan saja di sekolah-sekolah mal am tetapi juga melalui Kesatuan-Kesatuan Buruh yang sememangnya berunsurkan komu­nis.45 Main School mempunyai cawangannya di Siam dan juga Indonesia. Diper­cayai juga badan komunis ini dinaungi oleh pihak parti komunis China.'·

Di samping itu penglibatan suku ekstremis Hailam semakin meruncing dengan kelahiran sebuah lagi badan komunis yang dikenali sebagai Sekolah Menengah (Middle School).47 Segala aktivitinya disalurkan melalui sekolah-sekolah malam dan telah berjaya menarik minat pemuda Cina. Semen tara itu pihak Inggeris juga berjaya mengesan kelahiran sebuah badan komunis yang digelar Phing Phing Kung yang pengasasnya terdiri daripada Han Tam, Bang Hong, Ju Chin Lil dan Hin Kuk.48 Sesungguhnya menjelang lahun 1927 gerakan komunis di Tanah Melayu tiba ke suatu tahap yang menjejaskan pemerintahan lnggeris. Komunis yang anggotanya lerdiri daripada suku kaum Hailam berjaya mewujud­kan sel-sel komunis melalui badan-badan serta kesatuan-kesaluan buruh dan sekolah-sekolah politik malam. Pengacum-pengacum Hailam lenlunya sentiasa ber­usaha gigih mempengaruhi belia-belia Cina supaya membencikan pemerintahan Inggeris dan menan Ii masa yang sesuai untuk mereka mencetuskan kegelisahan rakyat. Bila kedengaran ura-ura untuk mengadakan hari sambutan secara besar­besaran di Singapura pada tahun 1927, pengacum-pengacum Hailam tanpa mem­buang masa merebut peluang tersebut menghasul masyarakat Cina agar bangun menentang kekuasaan Inggeris di Tanah Melayu. Komunis pula yakin melalui suku Hailam dan badan-badan pelaksana komunis yang wujud ketika ilu Inggeris boleh ditandingi. Peristiwa Kereta Ayer 1927 memperlihalkan bagaimana pengacum­pengacum Hailam taUi bertindak dengan tidak terlebih dahulu berunding dengan pihak pemerintah, ti4ak mengikut peraluran yang digariskan, keras kepala dan membuat.syarahan yang begitu jelas dan lantang bertemakan anti-British pada hari perjumpaan tersebut, sambil menghasul orang-orang Cina lainnya supaya berarak sebagai tanda bencikan pemerintahan Inggeris.

Risalah-risalah yang berjaya dirampas oleh Polis membuktikan bahawa pengacum-pengacum Hailam bersama-sama komunis bertanggungjawab menja­lankan aktiviti subersif.49 Melalui serbuan yang dibuat pada 30 haribulan April

4~ Ol,sic.: Paper on Ihe Malayan Communis/ Party, him. 3; Supplemcml 10 Ploice Journal, "The Commu­nist Movement in Malaya and Neighbouring Countries, hIm. 3.

43 Mahmud E. "Pertubuhan dan Perkcmbang.m Gcrakan Komunis di Tanah Mclayu", him. 82. 46 Supplement to Police Joumat, No 2, "The Communist Movement in Malaya and Neighbouring

Countries", him. 3. 47 Li1ml Basil.' Paper on (he Malayan Commu/Ji,~t Party. him. 2. 411 C.O. 273/542, Clirrord kepada Amery. 8 haribulan Disember 1927, terlumpir Japonm bertajuk. "In­

terim Report on the Activities of the Kwok Man Tang in the FMS during 1927 with Refcl'cncc to Similar or Hostile Organisation", oleh P.T. Allen. 9 haribulan November 1927,

49 Lihat Ba,~ic Paper on the Malayan Communist ParlY, him, 3; juga Pred.f 0/ the Busic Paper on the Malayan Communist Party (Cawangan Khas. Kuala Lumpur, Oktober 1950), hal.2.

48

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

KOMUNIS DAN PERISTIWA AVER 1927 DI SINGAPURA

1927, yang dipercayai ialah markas komunis di' Singapura yang juga memberi per­Iindungan kepada sebuah badan yang digclar Jawatankuasa Sementara kepada Badan Jawatankllasa BlIruh (Labour Committee of the Protisional Committee). Anggotanya adalah dari kalangan sayap-kiri KMT, Kesatuan Sekerja Komunis dan · pelajar komunis-'o Badan ini dilaporkan telah direstui perjalanannya oleh pihak Central Committee of the Chinese Communist Party, yang berpusat di Shanghai."

Melalui .satu lagi serbuan yang dibual pada 8 haribulan Mei, 1927·, bertempat di No. 18 Duxton Hill, Singapura di mana terletaknya sebuah persaluan yang di­kenali sebagai, the Union of the Overseas Chinese for Backing Up Representative Concerning the Disastrous Incident of the 12th March. Di sini pihak polis berjaya membongkar bahawa adanya perhubungan rapat di antara Persatuan tersebut dengan Kesatuan Buruh Am Nanyang. 12

Memang agak sukar bagi kila menalikan akan penglibalan komunis dalam insiden 12 Mac ini. Komunis yang majoriti anggolanya terdiri daripada suku Hailam memang menunggu masa seumpama ini bagi menjelaskan kedudukan me­reka bahawa komunis berkeupayaan mengembleng tenaga. orang-orang Cina di Singapura khususnya bagi menandingi kewibawaan Inggeris yang memerintah Tanah Melayu.

Garis panduan yang dibuat oleh Komintern pada lahun 1924 dahulu ekoran daripada satu persidangan di Moskow (Moscow World Conference ~f 1924) kini di­jadikan sebagai satu blueprint, "that any success in opposing the Government or Capitalist or Imperialist countries can only be obtained by the insurrection of the people of that country"." Insiden 12 Mac, 1927 sesungguhnya memperlihatkan ten tang kejayaan komunis memperalatkan orang-orang .cina di Semenanjung am­nya, dan Singapura khususnya. Insiden tersebut telah dijadikan garis panduan unluk bergiat dengan lebih tersusun lagi. Komunis hanya memerlukan masa tiga tahun saja selepas peristiwa tersebut berlaku di mana sebuah badan komunis yang dikenali sebagai PKM telah ditubuhkan. Serentak dengan itu juga lahirlah badan­bad an komunis seperti Malayan General Labour Union dan Malayan Communist Youth." ·Ekoran daripada itu juga Tanah Melayu memasuki suatu tahap penting dalam sejarah pergerakan dan perkembangan komunis di negara ini.

$0 Basic Paper on the Malayan CommuniJ" Parly. hIm, 3. ~l Ibid. " C.O. 273/535, MBP!. No. 48. Februari-April. 1927; Mahmud E. him. 95. Backing-Up Society ini

adalah sehuah badan yang mempunyai beberapa Jahatan yang antaranya Propoganda Department, Picket Department. Finance D~partment dall Invcsfigaaun Departmenl. Cawangan-cawangan terdapat di Perak, Kelantan. Johol', Kedah. Pulau Pinang dan Siam.

33 Supplement /0 Police Journlll, "The Communist Movement in Malaya and Neighbouring Count· ries;', him. 1.

S4 Bul'iran lanjut mengenai badan-hadan komunis lerschut, sila lihat Mahmud E. "Pertubuhan dan Per­kembangal,1 Gerakan Komunis di Tanah Mclayu, 1920 - 1948", him. 97 - 123.

49

-Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia