kesedihan wanita kematian suami · a. model kesedihan bowlby (john bowlby’s model of grief)...
TRANSCRIPT
Journal of Business and Social Development e- ISSN: 2600-9668
Volume 7 Number 1, March 2019 ©Penerbit UMT
Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39
KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI
ANURA IBRAHIM1, RUHANI MAT MIN2 DAN ZAKARIA MOHAMAD2
1Fakulti Sains Sosial, University College Bestari 2Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu
*Pengarang Koresponden: [email protected]
Abstrak: Pengalaman kehilangan orang yang tersayang ialah suatu yang amat
menyedihkan kepada wanita yang masih mempunyai anak-anak. Tujuan kajian ini
dijalankan untuk mengkaji tentang cabaran kesedihan yang dialami oleh wanita
selepas kematian suami dan proses yang dilalui semasa menghadapi kesedihan
selepas kematian suami. Pendekatan grounded theory diguna untuk kajian ini, bagi
mendapatkan data tentang isu kesedihan yang dialami. Seramai sembilan peserta
kajian yang terlibat dalam kajian ini. Peserta berumur di antara 30 hingga 50 tahun,
yang masih mempunyai anak yang bersekolah. Kesemua suami mereka meninggal
disebabkan penyakit. Hasil kajian mendapati tujuh tema cabaran kesedihan yang
dialami oleh wanita selepas kematian suami iaitu emosi terganggu, tanggungjawab
kewangan, anak-anak keutamaan, tanggungjawab pelbagai, ingatan berpanjangan,
cabaran kesihatan dan akhir sekali sub tema lebih kuat beribadah. Sebanyak tiga
proses kesedihan yang dilalui oleh peserta kajian iaitu sedih, menerima dengan reda,
bangkit kerana keutamaan kepada anak-anak dan teringat-ingat pada suami. Hasil
kajian juga mendapati terdapat perbezaan antara hasil kajian ini dengan model lepas
proses kesedihan yang dialami.
Kata Kunci: Kesedihan, Grounded Theory, Reda, Bangkit, Teringat-ingat.
Pendahuluan
Sebuah keluarga yang sempurna dan bahagia menjadi
impian setiap insan. Pada pandangan umum, keluarga yang
bahagia adalah sebuah keluarga yang sempurna yang terdiri
dari sepasang suami isteri dan anak-anak (Malinen,
Kinnunen, Tolvanen, RonkA, Wierda-Boer & Gerris,
2010). Walau bagaimanapun kadang-kadang keluarga
sempurna ini tidak berpanjangan sebagaimana yang
diinginkan. Kesedihan dirasai bila terdapat sesetengah
keluarga yang diduga dengan suami meninggal dunia.
Apabila suami meninggal disebabkan penyakit yang
dideritai, ianya satu kehilangan besar bagi wanita dan anak-
anak menyebabkan mereka merasa kesedihan dengan apa
yang menimpa mereka. Kehilangan salah seorang ahli
keluarga boleh mengganggu keseimbangan sistem keluarga,
mengubah struktur, dan memerlukan sistem penyusunan
semula dalam proses bertindakbalas, peralihan peranan dan
fungsi dalam keluarga (Isserman, Greebne, Bowen,
Hollander-Goldfein, & Cohen, 2014). Mereka perlu
menghadapi cabaran kehidupan tanpa suami di sisi.
Kesedihan adalah suatu perasaan dan keadaan sedih atau
kesusahan hati (Kamus Dewan, 2007). Menurut Archer
(1999) dan Meuser & Marwrit (2000), kesedihan adalah
satu tindakbalas kepada kematian. Ramai pakar psikologi
membincangkan proses kesedihan yang dialami seperti
Bowlby (1980) membincangkan tentang Model Kesedihan
Bowlby (John Bowlby’s Model of Grief) dan Kubler-Ross
(1969) menghasilkan Model Peringkat Kesedihan Kubler-
Ross.
Permasalahan Kajian
Isu kesedihan ini dikaitkan dengan kehilangan orang yang
disayangi atau yang bermakna dalam hidup mereka perlu
kajian mendalam bagi merungkai apa yang sebenarnya
dialami oleh mereka. Walaupun menurut (Melinda Smith,
2012) kesedihan akibat kematian mereka yang disayangi
adalah satu tindakbalas normal yang biasa berlaku kepada
mereka. Namun isu wanita yang menghadapi kematian
suami digambarkan berhadapan pelbagai cabaran terpaksa
dihadapi selepas kematian suami yang menjadikan diri
mereka mengalami kesedihan.
Cabaran pertama sekali sudah semestinya struktur
keluarga sekarang telah bertukar, menyebabkan peranan
juga bertukar (Nichols, 2010). Struktur keluarga
sempurna bertukar kepada keluarga nuklear sebelah ibu
(maternatal nuclear family) dimana ianya diketuai oleh
ibu sahaja tanpa ada sokongan atau peranan dari pihak
bapa (Azizi, 2008). Wanita ini perlu membawa peranan
sebagai ayah. Walaupun mereka berperanan sebagai ayah,
fizikalnya mereka masih lagi wanita. Mereka tidak
mampu melakukan aktiviti yang memerlukan kudrat
KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI
Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39
seorang lelaki (Dharatun Nissa, 2017). Perubahan struktur
keluarga dan peranan ini dilihat dari sudut kelemahan
wanita ini menghadapi kesedihan dalam kehidupan
mereka bersama anak-anak.
Akibat dari perubahan struktur keluarga ini juga
memberi bebanan yang berganda kepada wanita ini
(Dunn, 2015; Diyana, Doris & Nor Aini, 2009)
berbanding keluarga yang sempurna. Wanita yang perlu
keluar bekerja menyebabkan masa semakin kurang
bersama anak-anak (Hamidah, Sabariah, Mohd Taib,
Ajmain, Hamdan dan Puteri Khairul Bariah, 2006).
Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat
membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga
sehingga anak-anak terabai (Zaini, 2014). Mereka
sebenarnya berada dalam keadaan dilema, bagaimana
untuk menyeimbangkan kehidupan sebagai pekerja dan
sebagai ketua keluarga yang sihat (Albelda, Himmelweit
& Humphries, 2004). Keadaan semakin tertekan apabila
terdapat dalam kalangan anak-anak yang kematian bapa
ini menunjukkan protes dan tingkah laku yang tidak
bersesuaian kepada ibu mereka (Rozumah, Krauss, Siti
Nor & Pei, 2011). Bagi wanita kematian suami yang
muslim pula, kesibukan menggalas bebanan,
menyebabkan mereka terlepas pandang dalam
membentuk peribadi anak dalam acuan Islam yang
sebenar (Dharatun Nissa, 2017). Keadaan ini telah
menimbulkan tekanan dan dilema kepada wanita
kematian suami untuk menghadapinya.
Selain masalah disiplin dalam kalangan anak-anak,
cabaran kemiskinan, pertambahan kos hidup dengan
persekitaran ekonomi yang tidak menentu dan pelbagai
lagi merupakan antara isu yang terpaksa ditangani oleh
wanita yang kematian suami (Diyana et al., 2009).
Menurut Broussard, Joseph & Thomson (2012), isu
kemiskinan dalam kalangan wanita ini merupakan
penyebab kepada sumber tekanan yang mereka hadapi, ia
dikatakan mempunyai toksik yang tinggi sehingga boleh
mengganggu kesihatan mental dan fizikal mereka.
Rousou, Kuota, Middleton & Karanikola (2013), juga
melihat pada aspek yang sama, iaitu isu kewangan yang
menyumbang kepada tahap stres yang tinggi dikalangan
wanita kematian suami. Mereka dilihat seolah-olah
golongan yang kurang bernasib baik kerana berdepan
dengan masalah kewangan yang serius sehingga menjejas
kesejahteraan mental mereka.
Cabaran seterusnya adalah cabaran emosi. Menurut
Anura, Ruhani & Zakaria (2019), cabaran emosi
merupakan cabaran utama kepada wanita pertengahan
usia yang kematian suami. Antara cabaran emosi ialah
mengalami tekanan (Anura et al., 2019; Bharati, Sridevi
dan Kumar, 2015; Astri, 2014), kesepian dan kesedihan di
saat kenangan bersama pasangan akan selalu muncul di
saat diri berhadapan dengan masalah walaupun kematian
suami lebih dari belasan tahun (Anura et.al., 2019; Winda
Aprilia, 2014). Mereka memerlukan tempoh masa yang
panjang dan boleh membawa kepada kemurungan dan
masalah mental yang lebih serius, dan ianya merupakan
reaksi terhadap kematian yang dipengaruhi oleh fasa
bersedih yang sedang mereka dilalui (Kubler-Ross &
Kessler, 2005; Winda, 2014). Perasaan kesunyian ini
berkait rapat secara spesifiknya dengan ketidakhadiran
individu pertautan yang tidak dapat digantikan oleh
individu yang lain (Dharatun Nissa, 2017). Sekali lagi
wanita yang selepas kematian suami dilihat bermasalah,
perspektif negatif dan lemah.
Kurangnya sokongan sosial terhadap mereka juga
merupakan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh wanita
ini. Menurut Grossman, Hudson, Lefler, Jodell & Titilola
(2009), antara isu dan cabaran yang perlu dilalui oleh
wanita kematian suami ini adalah kurangnya sokongan
sosial. Antaranya masalah hubungan dengan adik-beradik
arwah suami disebabkan tidak mempunyai hubungan
yang baik dengan ahli keluarga suami, juga disebabkan
oleh pewarisan harta atau hak-hak lain yang boleh
dimiliki bersama (Dharatun Nissa, 2017). Menurut
Worden & Silverman (1993), kekurangan sokongan
daripada orang yang terdekat boleh menyebabkan tahap
kemurungan yang tinggi dialami oleh wanita kematian
suami. Oleh kerana itu, berdasarkan kepada bukti yang
dinyatakan, pentingnya kajian dilakukan untuk mengenal
pasti cabaran-cabaran yang dilalui semasa proses
kesedihan wanita berhadapan dengan kesakitan dan
kematian suami lebih terperinci.
Persoalan Kajian
Dua persoalan kajian di utarakan dalam kajian ini
iaitu;
1. Apakah cabaran kesedihan yang dilalui oleh
wanita kematian suami?
2. Apakah proses yang dilalui semasa
menghadapi kesedihan selepas kematian
suami?
Peringkat Kesedihan
Peringkat kesedihan akibat kehilangan orang yang
tersayang telah di dikemukan oleh John Bowlby (1980)
dan Kubler-Ross (1969) sebagaimana berikut;
a. Model Kesedihan Bowlby (John Bowlby’s Model of
Grief) (1980)
Teori Kedekatan Bowly memfokuskan kepada hubungan,
ianya amat sesuai untuk kajian wanita kematian suami ini,
dimana melalui teori ini dapat melihat tahap hubungan
wanita selepas kematian suami. Aspek ini dibincangkan
secara terperinci di dalam teori ini. John Bowlby
mengembangkan teorinya tentang kedekatan dengan
mengatakan bahawa manusia secara nalurinya
memperoleh dan mempertahankan ikatan kasih sayang
dengan orang terdekat melalui tingkahlaku kedekatan.
Kedekatan berlaku semasa arwah suami masih ada lagi.
Dengan kedekatan inilah menyebabkan wanita ini masih
lagi mempunyai hubungan yang kuat sehinggakan masih
lagi mengaitkan tindakan semasa seperti teringat arwah
semasa makan makanan kesukaan arwah. Tingkah laku
21
Anura Ibrahim, Ruhani Mat Min dan Zakaria Mohamad
Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39
kedekatan muncul, sehingga digambarkan individu tersebut
berada dalam penderitaan, kemarahan, mencari individu
atau benda yang hilang, berteriak, menangis dan memprotes
dalam usaha untuk mengembalikan ikatan kasih sayang
yang telah hilang (Bowlby, 1980).
Bowlby dalam kajiannya mencadangkan supaya proses
berkabung perlu dipecahkan agar individu tersebut boleh
berubah dan pulih. Pada dasarnya, kajiannya berfokus kepada
memecahkan kebimbangan. Empat peringkat yang dilalui
oleh mereka yang kematian suami mengikut Teori Kedekatan
Bowlby (1969) iaitu;
1. Peringkat terkejut, penyangkalan dan kekakuan
biasanya berlaku bermula dari beberapa jam
hingga seminggu atau minggu pertama selepas
peristiwa kematian berlaku, dan ianya mungkin
boleh mengganggu mereka, dimana ianya akan
melahirkan tekanan atau kemarahan yang
melampau.
2. Peringkat merindui dan terbayang-bayang mereka
yang telah meninggal dunia, ianya dialami oleh
mereka untuk beberapa bulan dan kadang-kadang
untuk beberapa tahun.
3. Peringkat kecelaruan dan putus asa atau putus
harapan.
4. Peringkat reorganisasi semula kognitif dan
kehidupan diri untuk memulihkan semula
hidupnya dan kesedaran diri.
b. Model Peringkat Kesedihan Kubler-Ross (1969)
Model yang kedua ialah Model Peringkat Kesedihan
Kubler-Ross (1969) telah mengkategorikan peringkat
kesedihan kepada lima peringkat utama iaitu;
1. Penafian (denial) - Penafian biasanya bersifat
sementara. Perasaan ini akan berubah apabila
wanita ini mula ada kesedaran yang tinggi
akan situasi yang berlaku dan memikirkan
suami yang masih sihat dan ada bersamanya.
Pada peringkat ini, dunia menjadi tidak
bermakna dan amat menyedihkan. Wanita ini
berada dalam keadaan terkejut dan penafian.
2. Kemarahan (anger)- Pada tahap ini, wanita ini
mula mengakui penafian tidak boleh
diteruskan. Disebabkan oleh rasa marah,
wanita ini sukar mengawal emosinya dengan
memarahi sesuatu atau seseorang tanpa
mengira tempat dan keadaan.
3. Rasa bersalah (bergaining)- Dalam fasa ini,
wanita menyalahkan diri sendiri atas apa yang
berlaku dan berharap keadaan akan kembali
seperti biasa. Mereka melakukan apa sahaja
untuk mengurangkan rasa kesakitan akibat
kehilangan ini.
4. Kemurungan (depression)- Selepas melalui
fasa rasa bersalah, perhatian wanita ini lebih
kepada apa yang ada pada masa kini. Perasaan
kesunyian mula hadir, kesedihan terhadap
kehidupan berada pada tahap yang mendalam,
lebih mendalam daripada apa yang
dibayangkan. Kemurungan mula berlaku pada
peringkat ini.
5. Penerimaan (acceptance)- Peringkat akhir
dalam tahap-tahap bersedih adalah proses
untuk menerima kenyataan bahawa
kehilangan ini termasuk kehilangan masa sihat
suami dan kehilangan suami di sisi bersifat
kekal dan cuba menerima realiti apa yang
berlaku. Apabila individu menerima
kenyataan, mereka tidak lagi bergantung pada
kehidupan lampau, tetapi mereka perlu
membuat penyesuaian untuk meneruskan
kehidupan.
Kubler–Ross (1969) juga mencadangkan langkah ini
tidak semestinya datang dalam susunan yang
dinyatakan di atas. Proses kesedihan adalah sangat
peribadi dan tidak boleh dipaksa dan semua fasa
dilalui oleh individu bergantung pada tahap kekuatan
emosi individu. Bagi wanita menjaga suami sakit dan
kematian suami, proses ini merupakan proses yang
terpaksa dihadapi oleh mereka supaya dapat
meneruskan kehidupan tanpa menoleh ke belakang.
22
KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI
Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39
a.
b.
Rajah 1: Peringkat Kesedihan (grief) Kubler-Ross (1969)
Kaedah Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif grounded
theory. Grounded theory telah dipelopori oleh dua orang
ahli sosiologi iaitu Glaser dan Strauss pada tahun 1967
(McLeod, 2001). Menurut beliau lagi, teori dalam grounded
theory bermaksud kerangka kerja formal yang dihasilkan
daripada pengumpulan data kajian. Menurut Strauss dan
Corbin (Cresswell, 2012), grounded theory merupakan
pendekatan kajian kualitatif yang digunakan untuk
memperoleh atau menemukan satu teori atau satu skema
analitik yang abstrak dari satu proses (atau tindakan atau
interaksi).
Pengalaman kesedihan selepas kematian suami ini
merupakan satu proses, di mana dalam melalui proses ini
beberapa perkara yang berkait dengan pengalaman ini di
tonjolkan, sehingga menghasilkan satu rumuasan untuk
menjelaskan tentang proses dan interaksi pengalaman yang
dilalui oleh peserta kajian ini. Menurut Strauss & Corbin
(1998), terdapat 3 jenis proses analisis data (coding) iaitu
open coding, axial coding dan selective coding. 3 jenis
coding tersebut dilakukan serentak supaya rumusan yang
dibuat hasil dari data tersebut betul dan tepat sebagaimana
Rajah 2.
Rajah 2: Prosedur Pengumpulan dan Analisis Data Menggunakan Kaedah Grounded Theory
(Sumber: Cresswell, 2012)
Penafian
Kem
arah
an
Ras
a b
ersa
lah
Kem
uru
ng
an
Penerimaan
Open
coding
Pengumpulan
Data
Theoretical sampling
Axial
coding
Selective
coding
Constant comparison
23
Anura Ibrahim, Ruhani Mat Min dan Zakaria Mohamad
Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39
Seramai 9 orang peserta yang dikenali sebagai
pserta 1 (P1), peserta 2 (P2), peserta 3 (P3),
peserta 4 (P4), peserta 5 (P5), peserta 6 (P6),
peserta7 (P7), peserta 8 (P8) dan peserta 9 (P9)
temubual separa struktur dan pemerhatian tidak
turut serta. Mereka berumur di antara 30 hingga
50 tahun yang berada di Daerah Setiu terlibat
dalam kajian ini.
Hasil Kajian
Hasil kajian menjawab persoalan ‘Apakah
cabaran kesedihan yang dilalui oleh wanita
kematian suami?’ Dan ‘Apakah proses yang
dilalui semasa menghadapi kesedihan selepas
kematian suami?’
Cabaran kesedihan yang dilalui oleh
wanita kematian suami
Sebanyak tujuh tema dihasilkan dalam tema cabaran
kesedihan selepas kematian suami. Tema paling utama
dialami ialah Emosi terganggu, diikuti tanggungjawab
kewangan, anak-anak keutamaan, tanggungjawab pelbagai,
ingatan berpanjangan, cabaran kesihatan dan akhir sekali sub
tema lebih kuat beribadah. Cabaran kesedihan yang dilalui
oleh wanita kematian suami adalah sebagaimana Jadual 1.
Jadual 1: Kesedihan Selepas Kematian Suami
Tema Sub Tema
Emosi Terganggu Berlawan dengan perasaan (DE1)*
Emosi tidak stabil (DE2)*
Kuat semangat (DE3)**
Memujuk hati (DE4)**
Merasa bersalah (DE5)*
Merasakan macam baru berlaku (DE6)*
Menerima dengan reda kematian suami (DE7)**
Perasaan sedih selepas kematian suami (DE8)*
Tekanan selepas suami meninggal (DE9)*
Merasakan kehilangan tempat berbincang (DE10)*
Merasa arwah masih ada di sisi (DE11)**
Merasa sunyi (DE12)*
Enggan bersosial (DE13)*
Merasa tidak bersalah (DE14)**
Terkejut (DE15)*
Ingatan berpanjangan Teringat-ingat pada arwah (DK1)*
Ingatan segala peristiwa bersama suami macam baru berlaku (DK2)*
Ujian untuk diri (DK3)**
Pada penilaian kognitif lebih baik arwah ada (DK4)*
Pelbagai perkara yang di fikirkan (DK5)*
Kehilangan suami masih segar diingatan (DK6)**
Tidak fikir untuk kahwin (DK7)**
Tidur bermimpi arwah suami (DK8)*
Tanggungjawab pelbagai Fobia dengan hospital (DT1)*
Memikul peranan sebagai ibu dan bapa (DT2)**
Penat bekerja (DT3)*
Sentiasa menziarahi pusara (DT4)**
Berdikari (DT5)**
Berpindah (DT6)*
Pergerakan terhad (DT7)*
Membayar hutang arwah suami (DT8)*
Tidak lena tidur (DT9)*
Bersenam untuk kesihatan diri (DT10)**
Cabaran kesihatan Sakit (DF1)*
Sakit buatan orang (DF2)*
Lebih kuat beribadat Pengharapan kepada Pencipta (DS1)**
Terasa lebih dekat dengan Tuhan (DS2)**
Pengharapan kepada Pencipta (DS1)**
Anak-anak keutamaan Keutamaan kepada anak-anak (SA1)**
Anak berjaya dalam pelajaran (SA2)**
Anak bermasalah (SA3)*
Anak hendak ayah ganti (SA4)*
Masa kurang di rumah untuk bersama anak-anak (SA5)*
Tidak sanggup serah anak kepada orang lain (SA6)**
Anak tidak bermasalah (SA7)**
Anak teringat kepada arwah suami (SA8)*
Anak-anak tidak boleh berjauhan (SA9)*
Anak rapat dengan arwah suami (SA10)*
Tanggungjawab kewangan Mendapat duit KWSP (SW6)**
Tidak cukup kewangan (SW7)*
24
KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI
Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39
Menerima bantuan zakat (SW8)**
Pendapatan dari sumber-sumber lain (SW9)**
Harta pusaka yang ditinggalkan arwah (SW10)**
Pendapatan tidak menentu (SW11)*
Bekerja makan gaji (SW12)**
Tidak ada harta yang di tinggalkan arwah suami (SW13)*
Tidak ada kenderaan untuk berjalan-jalan bersama anak-anak (SW14)*
*=item negatif **=item positif
Emosi Terganggu
Sebanyak 15 sub tema dalam tema emosi terganggu. Ianya
merupakan tema yang paling utama dialami oleh peserta,
berbanding lain-lain tema. Sub tema perasaan sedih
selepas kematian suami (DE8) dan sub tema menerima
dengan reda kematian suami (DE7) merupakan konsep
yang paling banyak dialami oleh peserta kajian iaitu
kesemua sembilan orang peserta menghadapinya
berbanding lain-lain konsep. Seterusnya sub tema terasa
arwah masih ada di sisi (DE11) sebanyak tujuh peserta
mengalaminya, sub tema kuat semangat (DE3) seramai
enam peserta, sub tema berlawan dengan perasaan (DE1),
sub tema tekanan selepas suami meninggal (DE9), sub
tema merasa sunyi (DE12) dan sub tema terkejut (DE15)
masing-masing lima orang peserta kajian mengalaminya.
Sub tema memujuk hati (DE4), sub tema merasakan
kehilangan tempat berbincang (DE10), masing-masing
empat orang peserta. Sub tema merasakan macam baru
berlaku (DE6) dan sub tema merasa tidak bersalah (DE14)
masing-masing seramai tiga orang peserta. Sub tema emosi
tidak stabil (DE2) dan sub tema merasa bersalah (DE5)
masing-masing dua orang. Akhir sekali sub tema enggan
bersosial (DE13) hanya seorang peserta sahaja yang
mengalami sub tema tersebut.
Jadual 2: Tema Emosi Terganggu
SUB TEMA PESERTA N1
P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9
Berlawan dengan perasaan
(DE1)*
/ / / / / 5
Emosi tidak stabil (DE2 )* / / 2
Kuat semangat (DE3)** / / / / / / 6
Memujuk hati (DE4)** / / / / 4
Merasa bersalah (DE5)* / / 2
Merasakan macam baru berlaku
(DE6)*
/ / 2
Menerima dengan reda kematian
suami (DE7)**
/ / / / / / / / / 9
Perasaan sedih selepas kematian
suami (DE8)*
/ / / / / / / / / 9
Tekanan selepas suami
meninggal (DE9)*
/ / / / / 5
Merasakan kehilangan tempat
berbincang (DE10)*
/ / / / 4
Merasa arwah masih ada di sisi
(DE11)**
/ / / / / / / 7
Merasa sunyi (DE12)* / / / / / 5
Enggan bersosial (DE13)* / 1
Merasa tidak bersalah (DE14)** / / / 3
Terkejut (DE15)* / / / / / 5
N2
Jumlah (*)
Jumlah (**)
10
7
3
9
6
3
3
2
1
11
6
5
9
7
2
6
4
2
10
5
5
6
3
3
5
2
3
N1= Jumlah peserta yang terlibat dengan sub tema N2= Jumlah sub tema mengikut peserta
* = item negatif
**= item positi
Tanggungjawab Kewangan
Tema kedua utama ialah tanggungjawab kewangan wanita
selepas kematian suami di antaranya; seramai enam peserta
kajian menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) (SW5). Lima orang peserta bekerja
makan gaji (SW12). Empat orang peserta menyatakan
bahawa pendapatan semakin berkurangan (SW2). Tiga
orang peserta kajian masing-masing memperoleh
pendapatan dari sumber-sumber lain (SW9), mendapat duit
25
Anura Ibrahim, Ruhani Mat Min dan Zakaria Mohamad
Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39
pencen (SW4) dan ada harta pusaka yang ditinggalkan
arwah suami (SW10). Dua orang peserta masing-masing
berniaga (SW1), tidak cukup kewangan (SW7), mendapat
duit KWSP (SW6), menerima bantuan zakat (SW8) dan
tidak ada kenderaan untuk berjalan-jalan bersama anak-
anak (SW14). Seterusnya hanya seorang peserta yang
menyatakan tidak ada harta yang ditinggalkan oleh arwah
suami (SW13) dan membuat pinjaman (SW3) sebagaimana
Jadual 3.
Jadual 3: Tema Tanggungjawab Kewangan
SUB TEMA PESERTA N1
P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9
Berniaga (SW1)** / / 2
Pendapatan semakin berkurangan
(SW2 )*
/ / / / 4
Membuat pinjaman (SW3)* / / 2
Mendapat duit pencen (SW4)** / / / 3
Menerima bantuan Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM)
(SW5)**
/ / / / / / 6
Mendapat duit KWSP (SW6)** / / 2
Tidak cukup kewangan (SW7)* / / 2
Menerima bantuan zakat
(SW8)**
/ / 2
Pendapatan dari lain-lain sumber
(SW9)**
/ / / 3
Harta pusaka yang di tinggalkan
arwah (SW10)**
/ / / 3
Pendapatan tidak menentu
(SW11)*
/ / 2
Bekerja makan gaji (SW12)** / / / / / 5
Tidak ada harta yang di
tinggalkan arwah suami (SW13)*
/ / 2
Tidak ada kenderaan untuk
berjalan bersama anak-anak*
(SW14)
/ / 2
N2
Jumlah (*)
Jumlah (**)
4
1
3
6
2
4
6
2
4
3
0
3
4
2
2
5
1
4
3
0
3
5
3
2
4
3
1
N1= Jumlah peserta yang terlibat dengan sub tema N2= Jumlah sub tema mengikut peserta
* = item negatif
**= item positif
Keutamaan kepada anak-anak
Tema ketiga ialah keutamaan kepada anak-anak. Sebanyak
10 sub tema yang dihasilkan dalam tema keutamaan kepada
anak-anak ini sebagaimana Jadual 4. Kesemua peserta
kajian mempunyai anak-anak yang masih belajar dan
sebahagian dari anak peserta sudah bekerja.
Hasil tema ini menunjukkan fikir tentang anak-anak dahulu
(SA1) menjadi perkara utama kepada setiap peserta kajian.
Seramai lima peserta didapati masa kurang di rumah
bersama anak-anak (SA5), empat orang peserta kajian
masing-masing mempunyai anak-anak berjaya dalam
pelajaran (SA2) anak teringat pada arwah suami (SA8), anak
rapat dengan arwah suami (SA10) dan mempunyai anak
tidak bermasalah (SA7). Seorang peserta masing-masing
mempunyai anak hendak ayah ganti (SA6), peserta tidak
sanggup serah anak pada orang lain (SA8) dan anak-anak
tidak boleh berjauhan (SA12).
26
KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI
Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39
Jadual 4 : Tema Keutamaan Kepada Anak-anak
SUB TEMA PESERTA N1
P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9
Keutamaan kepada anak-anak dahulu (SA1)** / / / / / / / / / 9
Anak berjaya dalam pelajaran (SA2)** / / / / 4
Anak bermasalah (SA3)* / / / / 4
Anak hendak ayah ganti (SA4)* / 1
Masa kurang di rumah untuk bersama anak-anak (SA5)*
/ / / / / 5
Tidak sanggup serah anak kepada orang lain (SA6)** / 1
Anak tidak bermasalah (SA7)** / / / / 4
Anak teringat kepada arwah suami (SA8)* / / / / 4
Anak-anak tidak boleh berjauhan (SA9)* / 1
Anak rapat dengan arwah suami (SA10)* / / / / 4
N2
Jumlah (*)
Jumlah (**)
5
2
3
5
3
2
3
0
3
4
3
1
3
1
2
8
4
4
6
4
2
4
1
3
2
1
1
N1= Jumlah peserta yang terlibat dengan sub tema
N2= Jumlah sub tema mengikut peserta
Tanggungjawab pelbagai
Hasil kajian menunjukkan bahawa sebanyak 10 sub tema
diperoleh dalam tema tanggungjawab pelbagai iaitu sub
tema fobia dengan hospital (DT1), memikul peranan
sebagai ibu dan bapa (DT2), penat bekerja (DT3), sentiasa
menziarahi pusara arwah suami (DT4), berdikari (DT5),
berpindah (DT6), pergerakan terhad (DT7), membayar
hutang arwah suami (DT8), tidak lena tidur (DT9) dan
bersenam untuk kesihatan diri (DT10). Sub tema memikul
peranan sebagai ibu dan bapa merupakan sub tema yang
dinyatakan oleh semua peserta kajian. Manakala sub tema
berpindah dan sentiasa menziarahi pusara arwah suami
sebanyak lima peserta, sub tema pergerakan terhad dan
penat bekerja seramai tiga peserta, dan sub temma berdikari
seramai dua peserta. Sub tema membayar hutang arwah
suami, bersenam untuk kesihatan diri dan fobia dengan
hospital masing-masing seorang peserta kajian sebagaimana
Jadual 5.
Jadual 5 : Sub Tema Tanggungjawab Pelbagai
KONSEP PESERTA N1
P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9
Fobia dengan hospital (DT1)* / 1
Memikul peranan sebagai ibu dan bapa (DT2 )* / / / / / / / / / 9
Penat bekerja (DT3)* / / / 3
Sentiasa menziarahi pusara (DT4)** / / / / / 5
Berdikari (DT5)** / / 2
Berpindah (DT6)* / / / / / / 5
Pergerakan terhad (DT7)* / / / 3
Membayar hutang arwah suami (DT8)* / 1
Tidak lena tidur (DT9)* / / / / / 5
Bersenam untuk kesihatan diri (DT10)** / 1
N2 Jumlah (*)
Jumlah (**)
4 3
1
3 2
1
2 2
0
9 7
2
6 4
2
4 3
1
5 4
1
2 2
0
2 2
0
N1= Jumlah peserta yang terlibat dengan sub tema
N2= Jumlah sub tema mengikut peserta * = item negatif
**= item positif
Ingatan berpanjangan
Dapatan kajian mendapati sebanyak tujuh konsep dihasilkan
dalam Sub tema Ingatan Berpanjang iaitu teringat pada arwah,
pelbagai perkara yang difikirkan, ingat tarikh arwah suami
meninggal, tidak fikir untuk berkahwin, tidak lena tidur dan
tidur bermimpi arwah suami sebagaimana Jadual 6.
Kesemua peserta kajian didapati ingat tarikh arwah
suami meninggal (DK6). Teringat-ingatkan pada arwah
(DK1) sebanyak enam peserta kajian. Tidak fikir untuk
kahwin (DK7) dan tidak lena tidur (DK9) masing-
masing sebanyak lima peserta kajian. Tidur bermimpi
arwah suami (DK8) sebanyak empat peserta. Tidak
menyangka (DK2 ) dan pelbagai perkara yang di
fikirkan (DK5) masing-masing tiga orang peserta.
* = item negatif
**= item positif
27
Anura Ibrahim, Ruhani Mat Min dan Zakaria Mohamad
Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39
Merasakan lebih baik arwah ada (DK4) sebanyak dua
orang peserta kajian dan hanya seorang peserta
menyatakan ujian untuk diri (DK3).
Jadual 6: Tema Ingatan Berpanjangan
SUB TEMA PESERTA N1
P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9
Teringat-ingat pada arwah (DK1)* / / / / / / 6
Ujian untuk diri (DK2)** / 1
Merasakan lebih baik arwah ada (DK3)* / / 2
Pelbagai perkara yang di fikirkan (DK4)* / / / 3
Kehilangan suami masih segar diingatan (DK5)**
/ / / / / / / / / 9
Tidak fikir untuk kahwin (DK6)** / / / / / / / 5
Tidur bermimpi arwah suami (DK7)* / / / / 4
N2
Jumlah (*)
Jumlah (**)
5
3
2
5
3
2
1
0
1
6
3
3
4
2
2
3
1
2
3
1
2
3
1
2
2
1
1
N1= Jumlah peserta yang terlibat dengan konsep
N2= Jumlah konsep mengikut peserta * = item negatif
**= item positif
Lebih kuat beribadah
Hasil kajian berkaitan dengan tema lebih kuat beribadat
menunjukkan kebanyakan para peserta menggunakan kaedah
sembahyang dan berdoa (DS1) dan terasa lebih dekat dengan
Tuhan (DS2) sebagaimana Jadual 7. Kesemua peserta kajian
terlibat dengan konsep sembahyang dan berdoa dan dua orang
peserta sahaja iaitu P4 dan P5 menyatakan terasa lebih dekat
dengan Tuhan.
Jadual 7: Tema Lebih Kuat Beribadat
SUB TEMA PESERTA N
P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9
Pengharapan kepada Pencipta
(DS1)**
/ / / / / / / / / 9
Terasa lebih dekat dengan Tuhan
(DS2 )**
/ / 2
N
Jumlah (*)
Jumlah (**)
1
0
1
1
0
1
1
0
1
2
0
2
2
0
2
1
0
1
1
0
1
1
0
1
1
0
1
N1= Jumlah peserta yang terlibat dengan sub tema N2= Jumlah sub tema mengikut peserta
* = item negatif
**= item positif
Kedua-dua sub tema lebih kuat beribadat adalah
item positif. Terasa lebih dekat dengan Tuhan
dan berdoa serta sembahyang merupakan
kekuatan kepada peserta kajian untuk
meneruskan kehidupan bersama anak-anak.
Hasil dapatan ini menunjukkan mereka terus
bangkit meneruskan kehidupan dengan lebih
kuat beribadat.
Cabaran kesihatan
Dua sub tema dalam tema cabaran kesihatan yang dialami oleh
wanita kematian suami yang dihasilkan dalam kajian ini iaitu
sakit (DF1) dan sakit buatan orang (DF2) sebagaimana Jadual
8. Sub tema sakit seramai empat orang peserta terlibat dan sub
tema sakit buatan orang seramai tiga peserta.
P1 dan P4 didapati terlibat dengan kesemua sub tema. P7
dan P9 masing-masing satu sub tema sahaja, manakala lain-lain
peserta iaitu, P2, P3, P5, P6 dan P8 tidak terlibat langsung
dengan sub tema cabaran kesihatan. Kedua-duanya adalah item
negatif. Penjelasan lanjut sebagaimana Jadual 8.
J
28
KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI
Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39
adual 8: Tema Cabaran Kesihatan
SUB TEMA PESERTA N1
P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9
Sakit (DF1)* / / / / 4
Sakit buatan orang (DF2)* / / 2
N2
Jumlah (*)
Jumlah (**)
2
2
0
0
0
0
0
0
0
2
0
2
0
0
0
0
0
0
1
0
1
0
0
0
1
0
1
N1= Jumlah peserta yang terlibat dengan konsep
N2= Jumlah konsep mengikut peserta
* = item negatif **= item positif
Proses yang dilalui semasa menghadapi kesedihan
selepas kematian suami
Hasil kajian menunjukkan bahawa proses yang dilalui
bagi wanita selepas kematian suami adalah;
Pertama- sedih. Semua peserta menyatakan mereka
terkejut dengan kematian suami mereka dan tidak
menyangka suami mereka meninggalkan mereka buat
selama-lamanya. Walaupun mereka mengetahui penyakit
suaminya susah untuk sembuh, harapan dan doa selalu
mengiringi mereka agar suami mereka kembali sihat.
Kesemua peserta mengalami perasaan sedih dengan apa
yang menimpa mereka. Contoh sedih yang dialami oleh
peserta kajian ialah;
“Ho la sedih la…Terlintas sedih la, anak-anak
ramai…”(temu bual 1 P1, hlm. 2).
Perasaan sedih yang dialami oleh P1 dikuatkan lagi
dengan melihat beliau mengalirkan air mata semasa sesi
temu bual dilakukan.
“…nak tengok buka pulak di surau, tapi air mata
(sedih) dari Chalok sampai ke Ia sampai ke balik pulak.
(semasa jenazah arwah di buka, P2 tidak dapat menahan
air mata dari bercucuran sejak dari pergi ke hospital,
kemudian balik semula ke rumah).” (temu bual 1 P2, hlm.
7)
Beliau nampak sedih semasa menceritakan peristiwa
yang menimpa dia (suami meninggal) tanpa disangka-
sangka. (pemerhatian 2 P3, hlm. 1)
“...tapi perasaan sedih tu ada lagi ah… Macam
terbawa-bawa jugak la, teringat… ambik masa jugak
la…”(temu bual 1 P4, hlm. 10)
“Hmm…, terasa (sedih) jugak, kalau rumah tu kan, hok
biasa tempat dia guling sokmo tu kan, nampak bayang
hmmm…”(temu bual 1 P6, hlm. 9)
“Ho la... ye la nak jaga anak, sedih jugak la...doh muga
anak kecik-kecik belaka lagi…” (temu bual 1 P7, hlm. 7)
“hmmm... saya ingat sedih jugak…doh balik dumah
dua-dua lah sakit, macam kita ni jadi misi lah…” (temu
bual 1 P8, hlm. 7)
“…lepas balik lepas sipan (ke bumi) gapo, tanam (ke
bumi) belaka baru balik duk bilik menangis-nangis tak
leh nak kawal lah.” (P9 tidak dapat menahan kesedihan
nya selepas arwah suami dikebumikan. (temu bual 1 P9,
hlm. 9)
Kedua- Menerima dengan reda. Apa yang berlaku ke atas
kesemua peserta kajian mendapati mereka menerima
dengan reda ketentuan Ilahi. P1, P2, P3, P4, P P7, P8 dan
P9 menerima dengan penuh keredaan di atas pemergian
arwah suami, apa yang di harapkan, semoga Allah
memurahkan rezeki beliau untuk membesarkan anak-
anak.
“Kita terima… nak wak krane…” (temu bual 1 P1,
hlm. 2)
“Aku reda dengan pemergiannya… Kau berilah rezeki,
untuk aku membesar anak-anak ku, dengan air mata
bercucuran...”(temu bual 1 P2, hlm 7).
“Kejut jugak…tapi nak buat krane doh…” (temu bual 1
P3, hlm. 3)
“…saya pun jadi macam ge reda doh...Biarlah
kata…”(temu bual 1 P4, hlm. 6)
“Ho lah, saya reda lah ho... doh muga sampai masa dia
doh, kita pun gitu jugak (begitu juga)
tapi tak tahu lagi dok…” (temu bual 1 P7, hlm. 14)
“Sakit 5 tahun 11 hari dia sakit…kita terima hok
berlaku…” (temu bual 1 P8, hlm. 7)
“…nak kata tu memang lah sedih, reda, apa-apa pun
kita reda.” (temu bual P9, hlm. 6)
P5 dan P6 seolah-olah tidak percaya apa yang berlaku,
menyebabkan beliau terpaksa reda dengan pemergian
29
Anura Ibrahim, Ruhani Mat Min dan Zakaria Mohamad
Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39
suami. Ia berlaku terlalu pantas, dalam keadaan P5
seolah-olah tidak percaya.
“…pastu tak dok (meninggal).. macam tak caya. Bukan
kita tak reda, kita reda, tapi hmmm… la…” (temu bual 1
P5, hlm. 5)
“Tak sangka … tapi saya terima…” (temu bual 1 P6,
hlm. 7)
Ketiga- Bangkit kerana keutamaan kepada anak-anak.
Apa yang menjadi perkara utama kepada para peserta
kajian ialah anak-anak. Mereka telah menjadi ayah dan
ibu secara serentak setelah kematian arwah suami, oleh
yang demikian para peserta kajian tidak mahu
mengabaikan anak-anak. Kesemua peserta kajian tidak
berfikir perkara lain, apa yang difikirkan ialah anak-anak
semata-mata sekarang, ingin membesar anak-anak dengan
sempurna sebagaimana orang lain. Mereka berusaha
mencari kerja untuk mendapat rezeki bagi menyara
keluarganya. Sebagai contoh;
“…duk fikir hal anak-anak… tak dok (tak ada) hok
(yang) lain…”(temu bual 1 P1, hlm. 5)
Pernyataan ini mempunyai persamaan dengan
pemerhatian pengkaji terhadap P1.
P1 dilihat tinggal di rumah peninggalan arwah suami
bersama yang anak yang masih belajar. (pemerhatian 1
P1, hlm. 1)
“…lepas pada tanam dia gapo…paling kut (ikut) tu
anak...paling kut (ikut) ni anak... tak dok aroh nak gaga
(capai)… (selepas arwah suami dikebumikan, saya tengok
sebelah kiri anak, sebelah kanak anak, buntu masa
itu).”(temu bual 1 P2, hlm. 7)
P2 terus bekerja sebagai buruh am di kolej swasta
walaupun tidak habis edah demi anak-anak. P3 pula
terpaksa membuat pinjaman dengan Bank Muamalat bagi
menampung perbelanjaan anak-anak yang menyambung
pelajaran di universiti. Walaupun beliau mendapat pencen
dari arwah suami, tetapi ianya tidak dapat menampung
perbelanjaan anak-anak pada masa itu, selain digunakan
untuk baiki kereta yang menjadi kenderaan utama kepada
mereka sekeluarga.
“Doh nak ngatar budak-budak (menghantar anak-anak
masuk universiti)... masuk bengkel RM1000 pulak, takut
rosak tengah jalan.. van jual ke Pok Ku Nuar dah kan
LKIM RM10,000 hari tu, dah nak ambik duit mana kalau
dok kita pinjam tu hok debok (sekali gus) lalu, RM2000,
RM3000, hok dia nok (yang dia nak) belajar ni minta
RM200, RM300 boleh masuk sikit-sikit, dah nak daftar,
pastu abah dia ninggal bulan 11, bulan 6 Omar gi
UiTM..nak daftar, nak ape, nak pakai duit belaka dok,
jadi kita buat pinjaman tu, bukan buat baiki rumah saja,
nak budak-budak ni…” (temu bual 1 P3, hlm. 7)
P4 tidak mempunyai masalah dari segi kewangan,
kerana beliau bekerja selain dari itu beliau juga mendapat
pencen dan sewa rumah yang ditinggalkan oleh arwah
suami. Walau bagaimanapun semua yang beliau ada,
adalah untuk membesarkan anak-anak dengan dibantu
oleh ibunya yang tinggal bersama dengan P4.
“…macam mana nak hidup lah nak besar kan anak-
anak… nok besar ke anak-anak….dan nasib baik saya
ada kerja…”(temu bual 1 P4, hlm. 7)
Isu dalam temu bual ini mempunyai persamaan dengan
pemerhatian pengkaji terhadap P4.
P4 dilihat sedang berbincang seorang staf tentang
jumlah pembahagian harta pusaka untuk anak-anak dan
dirinya sendiri yang di tinggalkan oleh arwah suami.
(pemerhatian 2 P4, hlm. 1)
Begitu juga dengan P5, P6, P7, P8 dan P9, mereka
menolak keperluan dan kepentingan diri seperti P8
walaupun berumur hampir 55 tahun tapi masih bekerja
dan kesemua peserta juga mahu tinggal bersama anak-
anak, dan ingin melihat mereka membesar sebagaimana
orang lain yang ada bapa.
“...nak cara ke anak dulu.” (temu bual 2 P5, hlm. 1)
Pernyataan ini dikukuhkan dengan pemerhatian
terhadap P5.
P5 dilihat tinggal bersama anak-anak, anak lelaki baru
balik dari sekolah, anak yang telah berkahwin juga ada di
rumah. (pemerhatian 1 P5 , hlm. 1)
“…nak duduk anak-anak.” (temu bual 1 P6, hlm. 10)
P6 bekerja sebagai cleaner di sebuah sekolah Saujana,
semata-mata ingin menanggung anak-anak dan keluarga.
“…ye la nak jaga anak, doh muga (sebab) anak kecik-
kecik belaka lagi.
(temu bual 1 P7, hlm. 7)
P7 tinggal bersama anak-anak di rumah yang di bina
sebelah rumah abang P7. Beliau juga bekerja sebagai
cleaner di sebuah sekolah di Saujana.
“…saya nak kerja lagi, sebab anak sekolah sape (siapa)
nak tanggung.” (temu bual 1 P8, hlm. 13)
Walaupun P8 sudah berusia, beliau tetap bekerja demi
anak-anak.
“Hmmm…mikir ke anak lah.” (temu bual 1 P9, hlm 12)
Walaupun P9 sakit kanser, beliau tetap menerima
tempahan menjahit baju untuk menampung perbelanjaan
anak dan keluarga beliau.
30
KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI
Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39
Keempat- Teringat-ingat pada arwah suami. Majoriti
peserta kajian mengatakan mereka masih teringat kepada
arwah suami. Teringat pada arwah tidak dapat di kesan
melalui pemerhatian kerana kebanyakan peserta sibuk
dengan kerja dan anak-anak. P1 mengatakan beliau
semakin lama semakin teringat pada arwah suami.
Sekiranya beliau teringat pada arwah suami, beliau akan
membaca ayat Al-Quran.
“Loni (sekarang) rasa macam baru la jugak, tika
(masa) ingat, macam serabut, tika (masa) ingat ko dia
(arwah), rasa macam baru-baru jah...”(temu bual 1 P1,
hlm. 3)
Kenangan ini mempunyai persamaan dengan
pemerhatian terhadap P1.
P1 dilihat sedang memperingatkan anak lelaki pertama
supaya selalu mengaji untuk ayah yang telah meninggal.
(pemerhatian 1 P1, hlm. 1)
P2 mengatakan bahawa beliau selalu teringat tempat
arwah menunggu di wakaf hospital dan bunyi siren
ambulan. Disebabkan arwah suami terlalu lama sakit
iaitu hampir 10 tahun, keluar masuk hospital dan bunyi
siren ambulan adalah perkara biasa semasa arwah masih
ada.
“…banyak kenangan, macam, mari sokmo (selalu),
macam lalu kut (ikut) spital (hospital) tu, macam dia duk
(duduk) tunggu di wakaf nampok sokmo (sentiasa), muga
banyak tubik masuk spital (kerapkali keluar masuk
hospital)… kalau ambulan tak leh (tak boleh) dengar
siren ambulan tu, teringat ke dia.”(temu bual 2 P2, hlm.
4)
P4 selalu teringat pada waktu arwah suami balik dari
kerja. P5 pula tidak boleh kalau tidak menziarahi kubur
arwah setiap Jumaat, kerana P5 akan teringat-ingatkan
arwah. P6 teringat-ingat tempat arwah biasa berbaring dan
makanan yang disukai. P7 pula semakin lama semakin
teringat terutama apabila menghadapi masalah anak-anak
remaja.
“Hmmm… sebab duduk rumah tu kan (rumah di Setiu).
Ingat macam ge time ni (masa ni) dia balik pukul 8.00
malam…”(temu bual 1 P4, hlm. 10)
“…K tie tak leh tak gi (pergi) kubur rasa teringat-
ingat…”(temu bual 1 P5, hlm. 7)
“Hmm, terasa jugak, kalau rumah tu kan, hok biasa
tempat dia guling (baring) sokmo (selalu) tu kan, nampak
bayang hmmm…. Kalau makan-makan gak, dia berehi
gotu (suka itu), goni (ini) kan teringat lah…”(temu bual 1
P6, hlm. 9)
“Kadang tu mari, baru-baru tu dia tak tu mana lagi
(tak teringat), koho lama jadi teringat (semakin
teringat).” (temu bual 1 P7, hlm. 10)
Perbincangan Hasil Kajian
Perbincangan kajian dibuat mengikut susunan persoalan
kajian iaitu; (1) cabaran kesedihan yang dilalui oleh
wanita kematian suami, (2) proses yang dilalui semasa
menghadapi kesedihan selepas kematian suami. Masing-
masing hasil kajian dibincang dan disokong dengan
pelbagai teori dan hasil-hasil kajian lepas yang dilakukan
oleh pengkaji-pengkaji sebelumnya.
Cabaran kesedihan yang dilalui oleh wanita kematian
suami
Cabaran emosi yang terganggu adalah cabaran paling
banyak dihasilkan dalam kajian ini namun mereka reda
dengan apa yang terjadi. Reda merupakan satu kekuatan
kepada mereka. Ia menyebabkan wanita ini tidak
mengalami perasaan sedih yang melampau atau mencapai
tahap kemurungan dengan reda menerima ujian. Dapatan
kajian ini ada sedikit persamaan dengan kajian oleh
Bharati et al., (2015), Enekeme (2015), Shuchter &
Zisook (1993), Bonanno, Wothman, Lehman, Tweed,
Haring, Sonnega, Carr &Nesse (2002) dan Yusnita Marlia
Suryani (2010), mereka mendapati wanita yang baru
kematian suami mengalami kesedihan. Terdapat
sebahagian dari kalangan mereka dalam kajian lepas
mencapai tahap kesedihan yang melampau. Walau
bagaimanapun wanita dalam kajian ini tidak mencapai
tahap kesedihan yang melampau.
Mereka juga perlu kuatkan semangat menghadapi
dugaan ini. Kekuatan semangat mereka bukan disebabkan
oleh pendapatan yang stabil seperti gaji yang tinggi
namun ia nya disebabkan oleh melihat kepada anak-anak
yang tiada orang lain tempat mereka bergantung selain
dari peserta kajian. Dapatan kajian ini terdapat sedikit
kesamaan dengan kajian Hamdan, Ummi Habibah &
Zuraini (2008), mendapati tahap kendiri yang tinggi
dalam kalangan ibu tunggal yang bekerja di bandar.
Mereka boleh menguruskan kehidupan yang lebih baik
salah satunya disebabkan oleh pendapatan yang agak
stabil di kalangan mereka.
Hasil kajian juga menunjukkan sebahagian wanita ini
mengalami tekanan dengan peristiwa yang menimpa
mereka. Ia disebabkan banyak tanggungjawab yang
terpaksa dilakukan selepas ketiadaan suami. Tekanan
yang dialami bagaimanapun ianya belum sampai tahap
tekanan yang agak tinggi. Ianya bermaksud tekanan
berada dalam tahap yang masih terkawal. Dapatan ini
berbeza dengan hasil dapatan Astri Nur Kusumasturi
(2014), Siti Nur Zakirah (2014), Hamidah et al., (2008),
Weitoft (2000), Holmes & Rahe (1967), dan Gass-Sternas
(1995). Hasil kajian lepas menunjukkan peserta kajian
yang menghadapi peristiwa kematian suami mengalami
tekanan hidup sehinggakan sebahagian mereka yang
mengalami tekanan yang melampau. Ianya disebabkan
pelbagai faktor seperti tanggungjawab menjadi ibu dan
31
Anura Ibrahim, Ruhani Mat Min dan Zakaria Mohamad
Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39
bapa serentak dan beberapa tanggungan yang lain. Ianya
merupakan perkara pertama dan utama yang dialami oleh
mereka.
Ingatan berpanjangan wanita ini pula mengalami
keadaan teringat-ingatkan pada arwah, mereka juga tidak
fikir untuk kahwin lagi dan apabila tidur sentiasa
bermimpi arwah suami. Dapatan kajian ini juga
bersamaan dengan kajian Dian Ratna (2007) mendapati
wanita kematian suami ini ingatan terhadap suami mereka
memang susah untuk dihilangkan. Sehinggakan ingatan
terhadap suaminya sentiasa dalam kenangan. contohnya,
suaminya sentiasa menunggu beliau untuk makan
bersama selepas balik dari kerja walaupun isterinya sudah
makan, dan sentiasa menghantar dan mengambilnya
pulang dari kerja. Wanita ini juga didapati tidak mahu
berkahwin untuk kali kedua, pelbagai perkara yang
difikirkan oleh peserta kajian, dan ia nya bertepatan
dengan hasil kajian ini mendapati, wanita ini tidak fikir
untuk kahwin dan pelbagai perkara yang di fikirkan.
Hasil kajian juga mendapati peserta kajian menganggap
apa yang berlaku merupakan ujian untuk diri dan keluarga
mereka, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Ia nya selari dengan kajian Dharatun Nissa (2017)
mendapati peserta kajian perlu berfikiran positif iaitu
dengan berfikiran terbuka dan tidak mengambil pusing
percakapan orang sekeliling. Keadaan itu menyebabkan
mereka dapat menyesuaikan diri dengan status ibu
tunggal dalam tempoh masa yang agak cepat. Beberapa
kognitif lain yang dialami oleh wanita dalam kajian ini
ialah namun kurang diberi penekanan oleh kajian lepas
ialah tidak menyangka apa yang terjadi, pelbagai perkara
yang difikirkan oleh mereka selepas suami meninggal dan
merasakan lebih baik sekiranya arwah. Ianya perlu diberi
perhatian supaya masyarakat faham apa yang dialami oleh
mereka.
Pengalaman tanggungjawab pelbagai mendapati
keseluruhan wanita ini menjadi ibu dan bapa kepada
anak-anak. Sebahagian mereka didapati berpindah.
Mereka juga sentiasa menziarahi pusara arwah suami.
Pergerakan untuk ke mana-mana terhad kerana tiada
kereta. Mereka juga mengalami rasa penat dengan
tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada keluarga.
Walau bagaimanapun mereka cuba untuk berdikari.
Seorang peserta terpaksa membayar hutang arwah suami
dan terdapat juga seorang peserta yang fobia dengan
hospital. Item negatif juga lebih banyak berbanding item
positif di dalam pengalaman tingkah laku ini.
Dapatan kajian tidak ada keselarasan dengan dapatan
kajian Hamdan et al., (2008), di mana wanita dalam
kajian mereka mempunyai tahap tingkah laku asertif yang
tinggi dan kurangnya tekanan yang lain. Ianya
mempunyai kaitan dengan faktor bekerja dan mempunyai
pendapatan melebihi RM1500.00 sebulan dan mempunyai
anak kurang dari tiga orang. Hasil kajian ini dan hasil
kajian lepas menunjukkan faktor yang berbeza dialami
oleh wanita ini dalam tingkah laku mereka yang
menyebabkan tekanan hasil kajian ini atau tidak
menyebabkan tekanan hasil kajian lepas. Begitu juga
dengan kajian Dharatun Nissa (2017) menunjukkan
wanita ini mampu untuk menangani cabaran yang
dihadapi salah satu strategi daya tindak yang digunakan
adalah bertingkah laku positif.
Wanita ini juga didapati terpaksa melakukan banyak
perkara selepas arwah suami meninggal seperti menjadi
ibu dan bapa kepada anak-anak dan penat merupakan
perkara paling utama dalam tingkah laku. Dapatan kajian
ini selaras dengan kajian Dian Ratna (2007), kerana
banyak perkara yang terpaksa dilakukan oleh peserta
kajian sedangkan sebelum arwah meninggal segala urusan
rumahtangga banyak dilakukan oleh suami. Wanita ini
telah menggantikan peranan suami yang sebelum ini tidak
pernah dilakukannya, seperti mengurus kereta, bil-bil
elektrik, telefon, memasak untuk anak-anak yang sebelum
ini dilakukan oleh suaminya, mengajar matematik dan
membawa anak-anak bersiar-siar secara sendiri. Kedua-
dua peserta sedikit tertekan dengan apa yang mereka
alami.
Mereka menjalankan pelbagai tanggungjawab seolah-
olah tiada apa yang terjadi, kerana apa yang difikirkan
adalah anak-anak. Sekiranya mereka tidak menunjukkan
tingkah laku yang baik, menyebabkan ianya memberi
kesan kepada anak-anak. Ia nya tidak bersamaan dengan
hasil kajian Yusnita Marlia Suryani (2010). Beliau
mendapati peserta tidak lalu makan pada peringkat awal
kematian suami, sehinggakan berat badan turun pada
peringkat awal kematian suami. Cabaran kesihatan
sebahagian wanita ini menunjukkan mereka mengalami
sakit dan terdapat juga yang mengalami sakit buatan
orang. Seorang peserta kajian mengalami sakit kanser,
seorang sakit gegendang telinga, seorang mengalami
ketumbuhan payu dara dan seorang mengalami gastrik.
Dapatan kajian juga tidak selaras dengan hasil kajian
(Herman, 1977). Hasil dapatan mereka mendapati peserta
kajian membunuh diri dan terlibat dengan minum alkohol
selepas suami meninggal.
Boleh dikatakan banyak tekanan yang dihadapi oleh
mereka dalam menangani diri mereka. Namun dikuatkan
dengan pengalaman lebih kuat beribadah di mana
keseluruhan peserta melakukan sembahyang dan berdoa
dan terasa lebih dekat dengan Tuhan. Perkara tersebut
menunjukkan bahawa kekuatan kerohanian membantu
wanita ini menangani situasi atau keadaan yang menekan
mereka disebabkan peristiwa kematian suami. Oleh sebab
itulah mereka boleh dan bersedia menghadapi apa yang
terjadi kepada mereka. Kajian ini sependapat dengan
kajian Nur Anifatul Aliyah (2014) menunjukkan bahawa
strategi daya tindak agama memainkan peranan besar
dalam kehidupan mereka, kerana mereka memerlukan
kebergantungan kepada Tuhan. Peserta juga banyak
menggunakan strategi daya tidak agama yang positif
berbanding dengan negatif seperti ikhlas, sabar dan
bersyukur. Begitu juga kajian oleh Dharatun Nissa (2017)
32
KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI
Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39
juga menunjukkan salah satu strategi daya tindak yang
digunakan adalah amalan pendekatan spiritual.
Persamaan hasil kajian ini juga jelas dengan hasil kajian
Hamidah (2008). Beliau mendapati spiritual dan
keagamaan boleh mengurangkan sebarang gejala negatif
berlaku dalam kalangan keluarga ibu tunggal. Begitu juga
kajian Dian Ratna (2007). Beliau mendapati peserta
kajian sentiasa berdoa ketika menghadapi masalah.
Kesemua peserta kajian ini juga sentiasa berdoa dan
sembahyang dalam menghadapi hidup tanpa suami di sisi.
Fariza (2005) menunjukkan bahawa menggunakan cara-
cara yang positif dalam menguruskan tekanan terutama
sekali menggunakan pendekatan amalan kerohanian
adalah lebih berkesan. Kemudian dikuatkan lagi dengan
Model Integrasi Kehidupan Sihat Secara Spiritual
Seaward (2006) mendapati spiritual yang baik akan
mengurangkan tekanan seseorang.
Sebagai seorang kaunselor, beberapa perkara yang
penting yang perlu diambil kira oleh kaunselor
profesional apabila mendapat klien dari wanita yang
menjaga suami sakit dan akhirnya kematian suami.
Pertamanya perlu tahu waktu yang kritikal yang dilalui
oleh wanita ini. Peringkat awal semasa menjaga suami
sakit dan disusuli dengan kematian suami merupakan
waktu yang memerlukan empati dan sokongan kuat dari
individu yang signifikan dengan mereka. Pada masa ini
wanita ini terdedah dengan emosi yang negatif seperti
kesedihan, kesunyian, tertekan dan memerlukan
perluahan emosi kepada seseorang. Melalui penceritaan
yang diceritakan oleh peserta kajian melalui temu bual,
mereka membuat refleksi dan mengimbau semula
pengalaman sedih yang dilalui. Terdapat kekuatan yang
sebenarnya ada dalam diri mereka yang kadang-kadang ia
tidak disedari oleh mereka. Perkara tersebut juga berlaku
dalam sesi kaunseling. Mereka berkongsi pengalaman dan
mengimbau kembali peristiwa yang telah mereka alami
kepada kaunselor. Empati dan mengambil berat kaunselor
kepada klien sangat perlu dalam menangani isu wanita
kematian suami yang hadir sesi kaunseling. Perhatian dari
semua pihak perlu diberikan kepada diri wanita ini
terutamanya yang melibatkan perkara yang memberi
tekanan kepada mereka. Supaya perkara yang memberi
tekanan ini tidak memberi kesan negatif kepada diri
mereka sendiri, anak-anak, keluarga dan masyarakat.
Proses dalam menghadapi kesedihan
Hasil kajian mendapati peserta melalui empat peringkat
kesedihan iaitu sedih, menerima dengan reda, bangkit
kerana keutamaan kepada anak-anak dan teringat-ingat
pada arwah suami. Sedangkan dalam Model Kesedihan
Bowlby (1980), empat peringkat yang berbeza dilalui
oleh mereka yang kematian suami iaitu; peringkat
terkejut, peringkat merindui dan terbayang-bayang
mereka yang telah meninggal dunia, peringkat kecelaruan
dan putus asa atau putus harapan dan peringkat
reorganisasi semula kognitif dan kehidupan diri untuk
memulihkan semula hidupnya dan kesedaran diri. Begitu
juga dengan Model Peringkat Kesedihan Kubler-Ross
(1969) telah mengkategorikan peringkat kesedihan
kepada lima peringkat utama iaitu penafian (denial) -
Penafian biasanya bersifat sementara, kemarahan (anger)-
Pada tahap ini, wanita ini mula mengakui penafian tidak
boleh diteruskan, rasa bersalah (bergaining)- Dalam fasa
ini, wanita akan menyalahkan diri sendiri atas apa yang
berlaku dan berharap keadaan akan kembali seperti biasa,
kemurungan (depression)- Selepas melalui fasa rasa
bersalah, perhatian wanita ini lebih kepada apa yang ada
pada masa kini dan penerimaan (acceptance)- Peringkat
akhir dalam tahap-tahap bersedih adalah proses untuk
menerima kenyataan bahawa kehilangan ini termasuk
kehilangan masa sihat suami dan kehilangan suami di sisi
bersifat kekal dan cuba menerima realiti apa yang
berlaku.
Walaupun teori Bowlby (1980) dan Kubler-Ross
(1969) tidak menyatakan secara khusus setiap peringkat
dari segi tempoh masa, namun mereka memecahkan apa
yang dialami oleh wanita ini mengikut peringkat dan
proses-proses tersebut. Sedangkan hasil kajian ini jelas
menunjukkan bahawa peringkat dan proses hampir
serentak, dalam keadaan tengah bersedih, terkejut, para
peserta terus bangkit menghadapi hari esok demi anak-
anak dan menerima segala ujian yang menimpa dengan
reda. Majoriti peserta kajian terus mencari pekerjaan, atau
bagi yang sudah mempunyai pekerjaan, mereka kembali
bekerja walaupun belum habis idah dan tanpa memikirkan
kesedihan mereka. Bagi mereka anak-anak perlu
diutamakan sekarang.
Terdapat persamaan semasa fasa pertama hasil kajian ini
dengan teori lepas. Cuma ianya berbeza semasa peringkat
kedua dan seterusnya, perbezaan yang ketara ini mungkin
disebabkan peserta kajian mempunyai anak-anak. Cara
menangani isu kesedihan mereka adalah berbeza dengan
peserta lain.
Kesimpulan
Kajian ini menunjukkan bahawa cabaran yang dihadapi
oleh wanita kematian suami ini menyumbang kepada
kesedihan mereka. Proses kesedihan yang dilalui oleh
peserta kajian berlaku seolah-olah berlaku serentak
disebabkan tindakan yang diambil oleh peserta kajian
begitu drastik demi anak-anak. Pada peringkat pertama
boleh disimpulkan berlaku perkara yang sama kepada
semua wanita yang kematian suami. Hasil kajian juga
berbeza pada peringkat kedua dan seterusnya dan ianya
berbeza dengan fasa kesedihan model yang lepas.
Rujukan
Abelda, R., Himmelweist, S., &
Humphries, J. (2004). The Dilemmas of Lone
Motherhood: Key Issues for Feminist Economics.
Feminist Economics, 10(2), 1-7.
33
Anura Ibrahim, Ruhani Mat Min dan Zakaria Mohamad
Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39
Anura Ibrahim, Ruhani Mat Min & Zakaria Mohamad.
(2019). Challenges of Single, Middle-Aged Mother.
Proceedings of the Regional Conference on Science,
Technology and Social Sciences (RCSTSS 2016).
Singapore: Springer Nature Singapore Pte Ltd.
Archer, J. (1999). The Nature of Grief: The Evolution and
Psychology of Action to Loss. New York:
Rroutledge.
Astri Nur Kusumastuti. (2014). Stres Ibu Tunggal yang
Memiliki Anak Autisme. Jurnal Psikologi Volume
2, No. 7, 54-60.
Azizi Yahaya. (2008). Pembentukan Personaliti Remaja
Johor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Bharati. P., Sridevi. G., & Kumar. K. B. (2015). Gender
Difference and Age Factor in Loneliness,
Depression and Social Network Effects of
Widowhood. International Journal of Scientific
and Research Publication, Volume 5, (11), 179-
186.
Bonanno, G.A., Wothman, C., B., Lehman, D., R.,
Tweed, R., G., Haring, M., Sonnega, J., Carr, D.,
& Nesse, R., M. (2002). Resilience to Loss and
Chronic Grief: A Prospective Study from Pre-loss
to 18-Month Post Loss. Journal of personality and
social psychology, 83(5): 1150-64.
Bowlby, J. (1969). Attachment and Loss. Vol 1:
Attachment. New York: Basic Books.
Bowlby, J. (1980). Attachment and Loss: Loss, Sadness
and Depression. (Vol. III). New York: Basic
Books.
Broussard, C.A., Joseph, Al., & Thompson, M. (2012).
Stressor and Coping Strategies used by Single
Mothers Living in Poverty. Journal of Women and
Social Work, 27(2), 190-204.
Creswell, J. W. (2012). Educational Research: Planning,
Conducting, and Evaluating Quantitative and
Qualitative Research (4th ed.). Boston, MA:
Pearson.
Dian Ratna Sawitri. (2007). Menjalani Hidup Sepeninggal
Suami: Kenangan, Perjuangan, dan Harapan.
www.eprints.undip.ac.id/8588/1/Menjalani_Hidup
_Sepeninggal_Suami.pdf
Diyana Isahak, Doris Padmini Selvaratnam & Nor Aini
Idris. (2009). Isu dan Cabaran Ibu Tunggal dalam
Menghadapi Perubahan Persekitaran Global.
Prosiding PERKEM IV, Jilid 1, 324-336.
Dharatun Nissa Puad Mohd Kari. (2017). Strategi Daya
Tindak dalam Kalangan Ibu Tunggal Kematian
Suami. (Doktor Falsafah). Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Dunn, C.R. (2015). Young widows’ grief: A Study of
Personal and Contextual Factors Associated with
Conjugal Loss. (3733815 Ph.D.) Utah State
University: Ann Arbor. Retrieved from
http://search.proquest.com/docview/1731940705?a
ccountid=27931
Enekeme. B.A., (2015). Psychological and Social
Problem of Widowhood. World Educators Forum,
Volume 7 No. 1, ISSN: 2350 - 2401
Fariza Md Sham. (2005). Tekanan Emosi Remaja Islam.
ISLA-MIYYA-T 27(1): 3 – 24. Jabatan Pengajian
Dakwah dan Kepimpinan. Fakulti Pengajian Islam.
UKM Bangi Selangor Darul Ehsan.
Gass-Sternas, K. (1995). Single Parent Widows:
Stressors, Appraisal, Coping, Resources, Grieving
Responses and Health. Marriage and Family
Review, 20 (3/4), 411-445.
Grossman, C.C., Hidson, D.B., Lefter, R.K., Jodell, R.K., &
Titilola, O. (2009). Community Leaders’
Perceptions of Hispanic, Single, Low-Income
Mothers’ Needs, Concerns, Social Support, and
Interactions with Heath Care Services. Issues in
Comprehensive Pediatric Nursing, 32, 31-46.
Hamdan Abdul Kadir, Ummi Habibah Abd Rani &
Zuraini Zakaria. (2008). Hubungan antara Tingkah
Laku Asertif dan Konsep Kendiri dengan Stress di
kalangan Ibu Tunggal Bekerja di Bandar
Mentakab, Pahang. Asertif. Skudai, Johor: Penerbit
Universiti Teknologi
Malaysia.www.bookchapter_fppsm14.pdf
Hamidah Ab. Rahman, Sabariah Din, Mohd Taib Dora,
Ajmain Safar, Hamdan Abd. Kadir & Puteri
Khairul Bariah Mohd Mansur. (2006). Faktor
Penyumbang kepada Masalah Keluarga dan
Penceraian: Kajian Kes di Johor. Universiti
Teknologi Malaysia: Fakulti Pengurusan dan
Pembangunan Sumber Manusia.
Herman, S.J. (1977). Women, Divorce and Suicide.
Journal of Divorce. 1 (2)
Isserman, N., Greene, R.R., Bowen, S.P., Hollander-
Goldfein, B., & Cohen, H. (2014).
Intergenerational Families of Holocaust Survivors:
Designing and Piloting a Family Resilience
Template. Journal of Evidence-Based Social Work,
11(3), 256-268.
34
KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI
Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39
Kamus Dewan. (2007). Edisi keempat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kubler-Ross, E. (1969). On Death and Dying. London:
Routledge.
Kubler-Ross & Kessler. (2005). On Grief and Grieving:
Finding the Meaning of Grief through the Five
Stages of Loss. New York: Scribner.
Malinen, K., Kinnunen, U., Tolvanen, A., RonkA, A.,
Wierda-Boer, H., & Geris, J., (2010. Happy
Spouses, Happy Parent? Family Relationship
Among Finnish and Dutch Dual Earnes. Journal of
Marriages & Family, 72 (2), 293-306.
McLeod, J. (2001). Qualitatives Research in Counselling
and Psychotherapy. London: SAGE Publication.
Melinda Smith. J.S. (2012) Coping and Loss. Retrieved
March 15. 2012. From helpguide.org.
http://helpguide.org/mental/grief_loss.htm
Meuser, T.M., & Marwit, S.J. (2000). An integrative Model
of Personality, Coping & Appraisal for the
Prediction of Grief Involvement in Adult. Omega:
Journal of Death & Dying, 40, 375-393.
Nichols, M.P. (2010). Family Therapy Concepts and
Methods (9th ed). Boston: Pearson Education.
Nur Anifatul Aliyah. (2014). Koping Religius Pada Ibu
yang Berperanan sebagai Orang Tua Tuan. Tesis
Sarjana Strata Satu. Yogyakarta. Fakulti Ilmu
Sosial dan Humaniora. Universitas Islam Negeri
Sunan Kalijaga.
Rousou, E., Kouta, C., Middleton, N., & Karanikola, M.
(2013). Single Mothers’ Self- assessment of
Health: A Systematic Exploration of the Literature.
International Nursing Review, 60, 425-434.
Rozumah, B., Krauss, S. E., Siti Nor, Y., & Pei, T. J.
(2011). Family Processes as Predictors of
Antisocial Behaviors among Adolescents from
Urban, Single-Mother Malay Families in Malaysia.
Journal of Comparative Family Studies, 42(4),
509-522.
Seaward, B. L. (2006). Managing Stress. Principles and
Strategies for Health and Well-Being. Fifth
Edition. Boston: Jones and Bartlett Publishers.
Shuchter & Zisook. (1993). Uncomplicated Bereavement.
J Clin Psychiatry. 54 (10): 365-72
Siti Nur Zakirah Mohd. Hashim. (2014). Hubungan
antara Tingkah Laku Tegas Diri dengan Tekanan
dalam Kalangan Ibu Tunggal Bekerja yang
Berdaftar di Pertubuhan Ibu Tunggal C. A. R.E
Negeri Johor. (Sarjana Sains), Universiti
Teknologi Malaysia.
Strauss A., & Corbin J. (1998). Basic of Qualitative
Research: Techniques and Procedures for
Developing Grounded Theory. New York: SAGE
Publication.
Weitoft, G.R. (2000). Mortality among Lone Mothers in
Sweden: A Population Study. The
Lancet. Vol. 355: 1215-1219.
Winda Aprilia. (2013). Resiliensi dan Dukungan Sosial
pada Orang Tua Tunggal (Studi pada Ibu Tunggal
di Samarinda). ejournal.psikologi.fidsp-unmul.org,
1(3): 268-279.
Worden, J. W. & Silverman, P.S. (1993). Grief and
Depression in Newly Widowed Parent with
School-age Children. OMEGA. Journal of Death
& Dying, 27, 251-261
Yusnita Marlia Suryani. (2010). Penyesuaian Diri sebagai
Kepala Keluarga. Tesis Sarjana Pendidikan.
Surakarta: Fakulti Keguruan dan Iimu Pendidikan.
Universitas Sebelas Maret.
Zaini Said. (2014). Hubungan Spiritualiti, Religiositi,
Sokongan Sosial ke atas Kesihatan Mental dalam
kalangan Ibu Tunggal di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur: (Doktor Falsafah). Universiti
Kebangsaan Malaysia.
35