kemahiran berfikir

Upload: badrul-hisham-ithnin

Post on 13-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Nota Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif

TRANSCRIPT

CIRI-CIRI PEMIKIRAN BIASA

KMP1022 Bab 2 Kemahiran BerfikirBAB 2KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF

Pengenalan

Ruggiero menyatakan :Thingking is any mental activity that helps formulate or solve a problem, mak e a decision, or fulfill a desire to understand. It is a searching for answers, a reaching for meaning.

Thinking Skills are the mental processes we use to do things like: solve problems, make decisions, ask questions, make plans,pass judgements, organise information andcreate new ideas. Dunia berkembang kerana ada manusia yang berfikir, mempersoal pendapat atau teori yang sudah ada dan mencipta pendapat atau teori baharu. Thomas Khun menyatakan ini sebagai paradigm shift, iatu revolusi yakni perubahan pendapat/teori yang berjaya mengubah status quo atau tradisi ilmu sedia ada.

Dewey (1909) Satu usaha yang aktif, berterusan dan berhati-hati untuk menimbang dan memeriksa sesuatu kepercayaan dan butir maklumat berdasarkan kriteria tertentu.

Kemahiran berfikir adalah sebahagian daripada soft skill iaitu antara komponen utama dalam pembinaan modal insan (human capital). Kemahiran berfikir mempunyai banyak jenisnya. Namun satu yang common ialah tujuannya adalah untuk menyelesaikan masalah dalam hidup manusia. Ia sangat berguna dalam membina, mengasah dan mencambah kebolehan kognitif (intelek) seorang pelajar.

Di peringkat kursus ini penumpuan akan diberikan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif sahaja. Ia adalah dua jenis kaedah berfikir yang asas tapi powerful untuk membentuk minda kelas pertama bagi seorang pelajar. Pelajar yang baik tidak semestinya pandai (scorer) tapi menurut Ainon Muhamad dan Abdullah Hassan ialah mereka yang mahir berfikir. Ketidakmampuan berfikir ini menatijahkan cara belajar yang pasif dan tidak efektif ini telah disinggung oleh Khoo Kay Kim :

Di negara-negara Asia, termasuk Malaysia, di mana penuntut lebih biasa menghafal dan jarang menyoal, yang spekulatif sering diterima sebagai hakikat [kebenaran/fakta]. Ini membawa kepada intelek yang statik serta sikap yang naif padahal di Amerika di mana para intelek tidak pernah berpuas hati dengan satu-satu jawapan yang diberikan tetapi sentiasa cuba mencari jawapan baru, proses perkembangan intelek itu seterusnya dinamis.[footnoteRef:1] [1: Khoo Kay Kim, Kaum, Bangsa dan Agama dalam Peradaban Malaysia dalam Globalisasi dan Peradaban di Malaysia : Kumpulan Kertas Kerja , Penyelenggara A. Aziz Deraman dan Rohani Zainal Abidin (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003) hlm. 116]

Ciri-ciri Pemikiran Biasa(Kaitkan tajuk ini dengan minda tipikal orang Malaysia. Nota Afdal ttg budaya berfikir Melayu, Cina dan India membantu sbg latar nota)

Pemikiran biasa merujuk kepada cara berfikir yang lazim diguna oleh kita. Ia tidak dipelajari secara formal sebaliknya secara tidak langsung dan tidak disedari hasil pergaulan, pembacaan, menonton dan seumpamanya.

Ciri-ciri yang dipamerkan adalah seperti berikut :1.Suatu yang didengar tiga kali atau lebih maka ia dianggap lebih benar daripada apa yang didengar sekali sahaja. Perulangan ini, secara berterusannya boleh menguasai minda dan mempengaruhi cara bagaimana minda kita memproses apa yang didengar.2.Pemikiran dikongkong atau ditakluki oleh apa yang dilihat oleh mata (persepsi).3.Tunduk kepada niat dan kepentingan sendiri.4.Pemikiran biasa tdak seimbang (balanced) sama sekali. 5.Pemikiran biasa mengutamakan kepentingan.6.Ia dipengaruhi dengan kuatnya oleh pengalaman peribadi silam. 7.Pemikiran biasa melihat sesuatu secara sempurna tanpa pengecualian langsung. Ia juga melihat sesuatu secara ekstrem, tidak ada pertengahan.

Dr Edward de Bono menyenaraikan dua belas prinsip berfikir.1.Sentiasa bersikap konstruktifKritis hanya mencari kebenaran, betul-salah. Ia tidak generatif (lateral). Kita perlu opt to postif dan konstruktif (kreatif).2.Fikir perlahan-lahan dan fikir secara simpel.Banyak yang boleh kita fikirkan kecuali dalam keadaan kecemasan.3.Lupakan ego kita, kita cuba lihat balik cara kita berfikirBila ego campur tangan, kita bersifat keakuan superior. 4.Apa tujuan kita berfikir?Lintaskan fikiran ini utk muhasabah. 5.Tukar-tukar gear dalam otak kitaSesuaikan dengan keadaan macam naik kereta walaupun auto. Kita tidak memandu dengan gear satu je, kenapa?6.Apa hasil pemikiran kita?Tentukan hasil yang nak dicapai. Kegunaannya, nilai komersil, atau sekadar untuk buat pilihan nak beli ais kerim perasa vanilla atau strwberry?7.Beri tempat pada emosi dan perasaanUnsur budi bicara, ihsan sifat kemanusiaan tinggi. Kadang-kadang. Biasanya kita tegas!8.Sentiasa fikirkan alternatif lainBack-up plan perlu ada. The Apprentice siri grand finale ke 4. 9.Tukar ganti antara berfikir secara luas dan secara terperinciBermula dengan umum bersifat generatif mencipta idea baru kemudian menjurus kepada butiran-butiran kecil yakni menumpu kepada pilihan snarai pendek (penilaian) to make it practical.10.Membezakan antara yang sepatutnya dengan yang mungkinSemak dan nilai betul-betul adakah yang kita anggap patut itu betul!11.Perbezaan pendapat dan perbezaan persepsiBeri peluang kepada semua idea utk tunjukkan abilitynya.12.Semua jenis tindakan melibatkan nilai.Ambil kira bahawa idea, dan lebih penting keputusan yang kita ambil akan menjejaskan atau melibatkan nilai orang lain. Misalnya perayaan Deepavali, wajarkah kita hadir ke rumah jiran kita kerana amalan berjiran. Jika wajar apa etikanya makan minum dan lain-lain?

Proses Pemikiran Kritis

Pakar seperti Ennis, Harry dan Garrison membangunkan teori kemahiran berfikir kritis sebagai satu proses menyelesaikan masalah.

Pemikiran kritis adalah kemahiran untuk :1.mencari definisi jelas mengenai soalan atau masalah2.mencari hujah atau alasan munasabah. Bagi opurtunis, hujah adalah dalih atau alasan.3.cuba untuk well-informed atau sentiasa up-date dengan perkembangan terbaru4.berusaha untuk sentiasa relevan dengan isu atau idea perbincanganTujuan-tujuan di atas dapat dicapai melalui proses berikut : 1.menumpu dan menjurus kepada isu atau masalah2.bertanya dan mencari jawaban untuk menjelaskan masalah3.menilai dan memahami situasi masalah4.menganalisa maslaah5.membuat dan menilai keputusan atau penyelesaian yang difikir sesuai6.memutuskan tindakan yang terbaik

Halangan Kepada Pemikiran Kritis

Berikut adalah mental habits atau blockages boleh mengekang daya kritis seseorang :1. Blind party loyalty2. Apathy (An absence of emotion or enthusiasm)3. Habit4. Lack of relevant background information5. Poor reading/listening skills6. Bias 7. prejudice8. Oversimplying9. Superstition10. Narrow-mindedness11. Closed-mindedness12. Stereotyping/Generalizing13. Fear of change14. Influence of past experienceBagaimana mengaplikasi pemikiran kritis dalam kursus akademik?

Dalam lapangan akademik, kita menggunapakai teori pemikiran kritis dari perpekstif pendidikan yang paling berpengaruh iaitu Blooms Taxanomy of Higher Thingking. Ini adalah kerana teori ini berkaitan dengan cara soalan-soalan ditanya dalam peperiksaan. Teliti Jadual 1 yang menyenaraikan kemahiran berkaitan enam tahap taksonomi Bloom dan camkan bentuk-bentuk soalan yang dimaksudkan.

Pemikiran kritis boleh dipertingkatkan apabila kita mahir bertanyakan soalan-soalan yang relevan. Perhatikan pendapat berikut :

Lebih banyak masalah dan ketidak puashatian di kalangan pekerja jika ketua jabatan adalah seorang wanita. Oleh itu, kewajaran wanita menjadi ketua jabatan perlulah dipertimbangkan semula.

Soalan kritis kepada pendapat di atas barangkali ialah : Apakah wujud bukti yang menyokong pendapat bahawa ketua jabatan wanita tidak dapat memimpin tapi hanya menimbulkan masalah? Adakah bukti-bukti tersebut mencukupi atau hanya kes terpencil? Jika benar, apakah puncanya terjadi gejala tersebut? Adakah ini berkaitan dengan kejadian fisiologi dan psikologi wanita yang lebih emosional? Adakah pendapat tersebut lahir dari kecemburuan kaum lelaki terhadap kemampuan kaum wanita menerajui jabatan sejak akhir-akhir ini ?

Semua soalan yang relevan, seperti dalam contoh di atas, berguna untuk (Ainon, hlm 121) :a)Menentukan sama ada sesuatu kenyataan itu betul atau salah.b)Menilai mutu penghujahan yang digunakan untuk menyokong rumusan yang dibuatc)Mentafsirkan idea-idea yang kompleksd)Menilai kesahihan bukti-bukti yang dikemukakane)Membezakan pendapat yang masuk akal atau sebaliknya.

Pemikiran Kreatif

Pemikiran kreatif berlawanan dengan pemikiran kritis. Jadual berikut memberikan perbandingan ringkas perbezaan kedua-dua pemikiran ini.

KritisKreatif

AnalitikalGeneratif/artistik

Sehala (convergent) Bercapah (divergent)

MenegakLateral

PenilaianMenangguhkan penilaian

ObjektifSubjektif

Satu jawapanPelbagai jawapan

LogikalKonseptual

Ya, tetapiYa dan

Bergantung kepada faktaBergantung kepada perasaan

KawalanEmosional

BerstrukturSpontan

Albert Szent-Gyorgyi adalah :

to see what everybody else has seen, and to think what nobody else has thought.

Konsep pemikiran kreatif ditandai oleh entiti berikut :1.melakukan sesuatu dengan cara unik2.keluar daripada pola yang sama3.Berfikir di luar kotak4.Melihat sesuatu dari perspektif baru5.Menggabungkan idea sedia ada kepada pembentukan idea baru (inovatif)6.Membuka minda dengan idea-idea baru7.Mencipta sesuatu yang baru 8.Mencabar andaian9.Menghubungkan idea yang tidak berkaitan10.Menerbitkan idea besar kepada idea-idea kecil11.Berfikir secara fleksibel12.Penghasilan idea, penyelesaian, konsep dan produk yang asli13.membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi

Sifat-sifat orang kreatif :1.Sukakan cabaran2.Rasa ingin tahu yang tinggi3.Berfikiran terbuka4.Memiliki sifat humor5.Suka mencuba sesuatu yang baru.6.Tidak berfikiran konvensional7.Inovator8.Adaptor9.Optimistik10.Boleh menangguhkan penilaian11.Selesa dengan imaginasi12.Lehat masalah sebagai peluang13.Lihat masalah sebagai suatu yang menarik14.Suka mencabar andaian15.Tidak mudah berputus asa16.Bekerja keras

15 Industri kreatif:1.Pengiklanan9.Muzik2.Senibina10.Seni persembahan3.Seni11.Penerbitan4.Kraf12.Penyelidikan dan pembangunan5.Reka bentuk13.Perisian6.Fesyen14.Pepatung dan permainan7.Filem15.Televisyen dan radio8.Permainan video

Idea bernilai kreatif jika :1.Asli (novel)2.Baru3.Berguna4.Praktikal5.Boleh dipasarkan (marketable)

Ciri-ciri pemikiran kreatif

1.Sengaja menghasilkan idea baru 2.mengutamakan cara lain utk melihat sesuatu yg difikirkan3.memberi fokus kepada usaha mahu mengubah idea sedia ada4.Mencari cara baru untuk menggantikan penyelesaian yang sedang digunakan5.Tidak pernah berpuas hati dengan jawapan yg digunakan sekarang6.sengaja menghasilkan idea-idea yang boleh memeranjatkan fikiran-fikiran biasa7.menganggap idea yang baik tidak perlu kelihatan logik pada awalnya.8.Menumpukan perhatian kepada kemungkinan ang mungkin akan berlaku pada masa akan datang.

Sinonim Kreatif

1.Pemikiran Bercapah (Divergent)2.Sejajar (Parallel)3.Fleksibel4.Terbuka5.Janusian6.Rekacipta7.Produktif8.Imaginatif9.Lateral10.Cuba Jaya11.Radiant12.Inovasi13.Generik14.Intuitif15.Transformasi16.Peta Minda17.Generatif

Kreativiti Sebagai Gaya Hidup

Kreativiti adalah aset modal insan yang tidak tercipta tanpa hukum atau syarat tertentu. Ia tercetus dan berkembang samada secara perlahan atau pesat - bergantung kepada gaya hidup sesebuah masyarakat itu.

Gaya hidup dipengaruhi oleh sistem kepercayaan, nilai, norma, kebiasaan, dan persekitaran. Bagi gaya hidup kreatif pula, mengikut Teresa Amabile (1995), ia dibentuk oleh motivasi, kemahiran kreatif, dan persekitaran kondusif. Ng (2001) pula dalam bukunya bertajuk Why Asians are Less Creative Than Westerners menyimpulkan gaya hidup kreatif dibentuk oleh sikap individualistik, egalitarian (Favoring social equality), masyarakat yang demokratik, kurangnya konflik sosial, dan apresiasi kepada bakat kreatif. Ini yang diperhatikan wujud sebagai baja kepada daya kreativiti masyarakat Barat. Sementara masyarakat Timur lebih mementingkan peraturan sosial yang ketat, kolektiviti, hirarki (protokol), peraturan sosial dan sarat dengan pandangan negatif dalam apa jua perkara.

Halangan Pemikiran Kreatif (p 277)1.Tidak dapat kenal pasti masalah yang hendak diselesaikan2.Memberi perhatian kepada apa yang ingin kita lihat sahaja3.Gagal menggunakan semua deria (senses)4.Kesukaran mencari hubung kait antara maklumat yang tidak berkaitan5.Takut gagal, takut dikritik, dan takut ambil risiko6.Sikap konservatif dan logikal7.Stereotaip 8.Serius dan praktikal (perfectionist)9.Birokrasi10.Sikap masyrakat

Contoh Kreativiti1.CGI dalam pembikinan filem2.Fesyen 3.Rekabentuk automatif4.

Latihan to expand horizon; unleash imagination ; overcome chalengges; realize ambitious dreams.

halaman| 13