isu guru luar bidang
DESCRIPTION
1TRANSCRIPT
SEMESTER 2 SESI 2014/2015
SME 3023
TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK PROGRAM
ADIBAH IZZATI BINTI ABDILLAH D20111047992 AT13
PENSYARAH : DR MAZLINI BINTI ADNAN
KUMPULAN : A
TARIKH : 12 MEI 2015
LAPORAN
ISU KUALITI GURU
Isi kandungan
Kandungan Muka surat
1.0 Pengenalan 1
2.0 Kualiti guru 1
3.0 Guru luar bidang 2
3.1 Punca guru luar bidang 4
3.2 Kesan terhadap guru 4
3.3 Kesan terhadap pelajar 6
3.4 Kajian berkaitan guru luar bidang 6
4.0 Kesimpulan 7
RUJUKAN 9
1.0 Pengenalan
Malaysia sedang berhadapan dengan cabaran yang getir dalam usaha menyediakan sistem
pendidikan berkualiti. Justeru, kerajaan mengambil langkah menggubal pelan pembangunan
pendidikan bagi menyediakan kerangka pembangunan yang menyeluruh untuk menzahirkan
transformasi sistem pendidikan secara mantap sehingga tahun 2025 (KPM, 2013). Sistem
pendidikan masa kini seringkali menjadi bahan perdebatan banyak pihak dari segi
kemampuannya dalam menyediakan generasi muda yang berilmu, berkemahiran dan mempunyai
nilai murni menjelang abad ke-21.
Antara salah satu faktor yang menyumbang kepada sistem pendidikan yang berkualiti
ialah penghasilan guru yang berkualiti. Guru yang berkualiti memainkan peranan yang penting
dalam membentuk satu organisasi sekolah yang teratur dan berkesan bagi melahirkan insan yang
berkualiti dan mampu membawa perubahan pada negara di masa akan datang.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (2014) menegaskan isu kualiti
guru harus ditangani bagi mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
yang menyasarkan negara berada dalam kelompok satu pertiga sistem pendidikan terbaik dunia.
Justeru, semua institusi pendidikan guru perlu proaktif dalam menghasilkan guru-guru yang
bukan sahaja mempunyai pengetahuan dan pegagogi, tetapi juga keghairahan dan kesungguhan
tinggi dalam memastikan bangsa kuta mampu bersaing dan berjaya di peringkat global.
2.0 Kualiti guru
Menurut Geo (2007), kualiti guru melibatkan empat asas utama iaitu kelayakan, karakter guru,
amalan dalam kelas, dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Asas utama bermula
daripada kelayakan guru contohnya taraf pendidikan, sijil, skor ujian guru, pengalaman, dan lain-
lain. Ditambah pula dengan karakter guru iaitu dari segi kepercayaan, efikasi, jantina, kelakuan,
dan personaliti guru. Amalan guru semasa melaksanakan PdP termasuklah perancangan,
penyampaian, penguasaan kelas, interaksi dengan pelajar, dan lain-lain. Keberkesanan kualiti
guru kemudian dapat diukur melalui skor pencapaian pelajar terhadap amalan pengajaran guru di
dalam kelas.
Manakala, menurut KPM, aspek kecemerlangan guru berkualiti pula melibatkan
kecemerlangan peribadi iaitu nilai kendiri yang positif, adil, bertimbang rasa, dan
bertanggungjawab. Aspek kedua ialah kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran dengan
mengamalkan budaya ilmu, berkebolehan menyelesaikan masalah, serta boleh dijadikan sebagai
pakar rujuk dalam bidang masing-masing.
Selain itu, guru yang berkualiti juga haruslah cemerlang dalam teknik berkomunikasi
iaitu cekap berinteraksi dengan menyampai idea secara berkesan dan berkeupayaan memelihara
hubungan mesra antara guru dan pelajar. Aspek seterusnya yang dititikberatkan ialah aspek
kecemerlangan potensi seperti menglibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ilmu (kursus-kursus
profesional, seminar, dan bengkel) serta sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran
melalui akademik dan penyelidikan. Aspek kelima kecemerlangan guru berkualiti menurut KPM
ialah personaliti unggul seperti adil, sabar, tegas, kesungguhan, prihatin, dan sebagainya.
Kualiti guru merupakan penyumbang terbesar dalam kualiti pengajaran dan pencapaian
pelajar. Menurut Walsh (2001), kualiti guru berkait rapat dengan dengan kemampuan guru
mempengaruhi murid dalam pembelajaran ke arah yang lebih positif. Justeru, kualiti berkenaan
merupakan kebolehan kognitif dan verbal guru. Oleh yang demikian, mereka berpendapat
bahawa dua aspek tersebut merupakan faktor kualiti guru yang boleh memberi kesan kepada
suasana pembelajaran pelajar.
Namun, timbul beberapa isu yang telah menjadi asbab kepada kemerosotan kualiti guru
di abad ini. Isu yang selalu dibangkitkan melibatkan kualiti guru antaranya ialah kewujudan guru
luar bidang atau guru bukan opsyen, beban guru yang semakin banyak, serta guru tidak
mengamalkan sikap profesionalisme dalam pengajaran dan pembelajaran. Di dalam laporan ini,
saya akan mengupas mengenai isu guru luar bidang yang mempengaruhi kualiti guru.
3.0 Guru Luar Bidang
Guru luar bidang atau guru bukan opsyen merupakan guru yang tidak mempunyai sijil atau
major dalam mata pelajaran yang diajar. Guru tersebut dikehendaki mengajar mata pelajaran lain
yang bukan daripada bidang setelah mereka mendapat penempatan (posting). Penempatan
mereka bergantung kepada kekosongan guru subjek yang terlibat.
Terdapat kajian dari luar Negara dan juga di Malaysia mengenai isu guru luar bidang ini.
Berdasarkan kajian di luar negara, menurut Ingersoll (2001) iaitu guru terutamanya yang
mengajar di sekolah menengah hendaklah mempunyai latar belakang pendidikan dan latihan
dalam mata pelajaran yang mereka ajar disekolah. Setiap guru perlu mengajar bidang yang
mereka pakar untuk menyampaikan pengetahuan dalam bidang tersebut dengan sepenuhnya serta
dapat mencapai matlamat dengan berkesan.
Selain itu, terdapat juga kajian di Malaysia yang menyatakan Matematik adalah mata
pelajaran teras dalam kurikulum sekolah menengah yang diajar oleh guru pelbagai bidang
(Intensification of Research in Priority Areas , 2003-2005).
Analisis data di atas menunjukkan 41% (18 orang) daripada 42 orang guru mengajar mata
pelajaran pengkhususan Matematik sementara yang selebihnya iaitu 59% (24 orang) bukan
berpengkhususan Matematik. Menurut data ini juga menunjukkan hanya 27% (5 orang) daripada
17 orang guru yang didapati mengajar mata pelajaran ini mempunyai pengkhususan dalam
bidang Sejarah; 73% (12 orang) lagi terdiri daripada guru yang pengkhususan pertama mereka
merangkumi pelbagai bidang yang tidak berkaitan.
10% (2 orang) daripada mereka terdiri daripada guru yang mempunyai pengkhususan
dalam bidang Geografi, masing-masing 11% (2 orang) dalam bidang Ekonomi, Bimbingan dan
Kaunseling, dan Sastera Melayu, manakala masing-masing seorang (6%) berlatarbelakangkan
Perakaunan, Biologi, Bahasa Melayu, Sains Sukan dan Sains Politik. Hal ini, menunjukkan kadar
ketidaksepadanan bidang yang tinggi dibimbangi akan mempengaruhi dan memberikan kesan
secara langsung terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
3.1 Punca guru luar bidang
Isu guru luar bidang timbul disebabkan oleh beberapa faktor yang masih belum ada jalan
penyelesaiannya. Antara puncanya ialah kekurangan guru subjek di sekolah disebabkan guru
bercuti tanpa gaji, sakit, atau cuti bersalin. Jadi, jalan penyelesaian yang selalu diambil oleh
pentadbiran sekolah ialah dengan menggantikan kekosongan tempat guru tersebut dengan guru
lain yang bukan opsyen terutamanya guru baru. Kes ini biasanya terjadi disebabkan oleh
pentadbiran sekolah yang tidak dipantau mengakibatkan kebanyakan sekolah mengambil
tindakan sambil lewa berikutan isu tersebut.
Selain itu, berlaku masalah kekurangan guru di sekolah terutamanya di kawasan luar
bandar menyebabkan guru bukan opsyen terpaksa mengajar subjek di luar bidang mereka bagi
mengisi kekosongan tersebut. Bekas Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
telah membuat kenyataan sebagai reaksi kepada rungutan bahawa berlaku masalah kekurangan
guru di negara ini; di sebaliknya beliau melaporkan terdapat lebihan 6000 guru (Penempatan
guru tidak seimbang, 2006). Beliau dilaporkan memberitahu bahawa lebihan itu berpunca
daripada pengagihan penempatan guru yang tidak seimbang (mismatch) iaitu kawasan bandar
mempunyai terlalu ramai guru sementara kawasan luar bandar tidak mempunyai guru yang
mencukupi.
3.2 Kesan Terhadap Guru
Guru bukan opsyen biasanya mengalami masalah untuk mengajar subjek yang bukan bidang
mereka. Mereka tidak dapat mengajar dengan sebaiknya serta mempunyai masalah
menyampaikan ilmu pengetahuan dengan berkesan dan sepenuhnya. Guru juga akan lebih
tertekan untuk berada di sekolah memandangkan beban kerja mereka semakin bertambah kerana
mereka terpaksa belajar subjek yang bukan bidang mereka dan menganggap ia satu bebanan
tugas bukannya sebagai satu tanggunggjawab. Guru akan menjadi malas untuk belajar mengenai
subjek bukan opsyen dan mengajar pelajar dengan pengetahuan sedia ada sahaja tanpa menjana
idea pelajar. Justeru, ia membuktikan guru kurang berkeyakinan, kompetensi dan komited dalam
pengajaran
Di samping itu, guru bukan opsyen juga mempunyai masalah dalam menguasai
pengetahuan isi kandungan pedagogi. Hal ini menyebabkan guru mengambil langkah mudah
dengan mengajar secara sambil lewa contohnya dengan hanya meminta pelajar membaca buku
teks dan menjawab soalan latihan yang diberikan. Guru yang tidak menguasai isi kandungan juga
lebih mudah untuk mengalami masalah dalam pengajaran menyebabkan sesetengah pelajar yang
berkemungkinan lebih berpengetahuan daripada guru tersebut menegur kesalahan guru atau guru
terpaksa ‘belajar’ daripada pelajar tersebut semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Keadaan
ini bukan sahaja mengaibkan guru tersebut, maalah turut menjatuhkan kreadibiliti guru sebagai
penyampai ilmu dan pelaksana kurikulum.
Terdapat beberapa rungutan guru yang terpaksa mengajar subjek bukan bidang mereka
yang diperoleh melalui kajian daripada Siti Zohara Yassin (2006) mengenai cabaran guru
sandaran terlatih di sekolah. Antara cabaran yang dihadapi ialah terpaksa mengajar subjek bukan
opsyen. Menurut cik Hamidah yang merupakan guru seni reka tanda, terpaksa mengajar subjek
sejarah. Beliau telah membuat rayuan untuk ditukarkan kepada subjek lain namun ditolak oleh
pihak sekolah dengan alasan beliau masih baru. Berikut ialah rungutan beliau:
Selain itu, Encik Philip juga risau dan mengakui kelemahan dirinya dari segi
pengetahuan dan kemahiran dalam pendidikan seni. Tetapi Encik Philip berusaha untuk belajar
daripada isteri beliau. Kata Encik Philip,
3.3 Kesan Terhadap Pelajar
Guru tidak menggunakan kaedah pengajaran yang dapat menarik minat pelajar seterusnya
menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran membosankan. Tambahan pula, guru tidak
yakin dengan pengajaran yang disampaikan menyebabkan pelajar merasa tidak yakin dengan
pengajaran yang disampaikan oleh guru tersebut. Sesetengah guru yang mengajar subjek bukan
bidang tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh pelajar dengan memberi alasan
akan menjawab pada waktu lain atau menyatakan bahawa soalan yang dikemukakan oleh pelajar
tersebut tidak penting menyebabkan pelajar hilang semangat untuk belajar.
Hal ini seterusnya akan melibatkan prestasi pelajar dalam subjek tertentu yang
mengakibatkan keputusan peperiksaan pelajar tidak memuaskan. Disebabkan itu, pelajar
membuat tanggapan yang negatif terhadap mata pelajaran tersebut susah disebabkan tidak boleh
menguasai dengan sepenuhnya dan kurang pengetahuan mengenai subjek yang dipelajari.
Perkara yang paling merugikan, pelajar akan hilang minat terhadap mata pelajaran tersebut.
3.4 Kajian berkaitan Guru Luar Bidang
Mardhiyatul Huda Hamdan dan Norfazelawati Abd Kadir (2012) membuat kajian dalam
meningkatkan keberkesanan guru bukan opsyen matematik mengajar topik ‘pythagoras theorem’
menggunakan kaedah konstruktivisme. Penyelidik melaksanakan kajian ini disebabkan oleh
permasalahan yang dialami oleh guru bukan opsyen matematik. Kaedah pengajaran yang
diamalkan oleh guru bukan opsyen adalah berpusatkan guru dan bergantung kepada buku teks
semata-mata. Selain itu, guru kurang pengetahuan tentang isi kandungan subjek matematik.
Justeru, masalah kefahaman pelajar adalah berpunca daripada kaedah pengajaran guru itu
sendiri.
Jadi, penyelidik membuat satu tindakan dengan mencari inisiatif meningkatkan kaedah
pengajaran guru supaya dapat membantu guru menguasai topik ‘pythagoras theorem’ dengan
lebih baik. Penyelidik membuat satu kolaborasi bersama guru bukan opsyen dimana guru bukan
opsyen diterangkan tentang langkah-langkah pengajaran yang berkesan bermula daripada set
induksi sehingga rumusan pengajaran. Tambahan lagi, mereka turut menggunakan teori
konstruktivisme dalam proses PdP.
Hasil daripada tindakan yang dilakukan, guru bukan opsyen matematik dilihat lebih
berkeyakinan dan dapat menerangkan isi kandungan dengan berkesan. Di samping itu, pelajar-
pelajar lebih aktif dalam sesi PdP yang dijalankan. Jadi, dapat dirumuskan bahawa pengetahuan
tentang pedagogi pengajaran sesuatu topik sangat penting bagi guru bukan opsyen dalam
meningkatkan mutu pengajaran. Justeru, guru-guru bukan opsyen yang dilantik perlukan kursus
pedagogi isi kandungan yang lengkap.
Walaubagaimanapun, tidak semua guru bukan opsyen tidak menguasai isi kandungan
pedagogi mahupun mengajar dengan baik. Perkara ini dibuktikan melalui kajian daripada Zamri
Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, dan Juliawati Ibrahim (2009) yang membuat
perbandingan gaya pengajaran guru bahasa melayu dan guru bahasa inggeris. Hipotesis ketiga di
dalam kajian tersebut menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi gaya
pengajaran guru bahasa opsyen dengan guru bahasa bukan opsyen.
Hasil daripada kajian menunjukkan skor min skor min gaya pengajaran pakar guru
bahasa bukan opsyen ialah 3.99 dengan nilai t=-0.758, di mana aras signifikan p=0.45 (p>0.05).
Ini menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan gaya pengajaran pakar antara guru
bahasa opsyen dengan guru bahasa bukan opsyen. Kesimpulannya, gaya pengajaran pakar guru
bahasa opsyen dengan bukan opsyen adalah sama bergantung kepada usaha guru tersebut
menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan.
4.0 Kesimpulan
Isu guru luar bidang ini membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan dalam institusi
pendidikan di Malaysia di samping menjadi faktor kemerosotan kualiti guru kebelakangan ini.
Sekiranya hal ini tidak dipantau dan diselesaikan, ramai guru yang akur untuk mengajar subjek
bukan opsyen, kerana mereka terikat dengan jolokan “Saya yang menurut perintah”. Walaupun
guru tersebut boleh mengisi kekosongan dan keperluan mata pelajaran itu, tetapi mungkin gagal
menyampaikan sesuatu ilmu itu dengan berkesan.
Sebagai langkah untuk mengatasi masalah ini, pihak kerajaan perlu mengkaji semula
penempatan guru mengikut opsyen untuk mengelakkan lebihan guru di sesebuah sekolah.
Sekiranya terdapat guru yang bukan opsyen, berikan keadilan dan keutamaan terhadap bidang
pengkhususannya. Selain itu, untuk mengelakkan graduan guru daripada Institut Pengajian
Tinggi (IPT) mengalami masalah pengangguran, unjuran kekosongan penempatan guru perlu
mendapat kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan IPT. Satu lagi usaha
yang dilakukan ialah kerajaan perlu dikaji semula umur persaraan bagi pegawai kerajaan untuk
memberikan peluang kepada guru yang baru mendapatkan penempatan mengikut opsyen mereka
sendiri.
Rujukan
Geo, Laura (2007). The Link Between Teacher Quality and Student Outcomes: A Research
Synthesis. Washington DC: National Comprehensive Center for Teacher Quality.
http://secc.sedl.org/orc/resources/LinkbetweenTQandStudentOutcomes.pdf.
KPM (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Siti Zohara Yassin (2006). Cabaran guru sandaran terlatih di sekolah. Jabatan Ilmu Pendidikan.
www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/.../SitiZ06.pdf
Walsh, Kate. 2001. Teacher Certification Reconsidered: Stumbling for Quality. A Rejoinder
https://www.google.com.my/#q=Walsh%2C+Kate.+2001.+Teacher+Certification+Re
considered%3A+Stumbling+for+Quality.+A+Rejoinder pdf
Zamri Mahamod, Nik Mohd Nik Yusoff, & Juliawati Ibrahim (2009). Perbandingan gaya
pengajaran guru bahasa melayu dan guru bahasa inggeris. Jurnal Pendidikan Malaysia
34(I)(2009): 67-92
Mardhiyatul Huda Hamdan & Norfazelawati Abd Kadir (2012). Kaedah meningkatkan
keberkesanan guru bukan opsyen matematik mengajar topik pythagoras theorem
menggunakan kaedah konstruktivisme. Kajian Tindakan Isu Kontemporari dalam
Pendidikan Matematik. Universiti Pendidikan Sultan Idris.