iman dan jihad

Upload: hafizuddin-daud

Post on 13-Jul-2015

77 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

IMAN DAN JIHADAkhukum FillahAbdul

Mubin Bin Adenan Muhammad Akmal Hakimi bin Othman Muhamad Hafizuddin bin Mohd Daud Amirul Asyraf bin Jefri

Hadith : Daripada Abu Zar r.a katanya, Aku bertanya Rasulullah SAW : Manakah satu amalan lebih utama? Baginda bersabda: Beriman di jalan Allah dan berjihad di jalan-Nya. Aku bertanya lagi : jalanMemerdekakan hamba yang manakah yang lebih utama? Baginda bersabda : Yang lebih mahal harganya dan yang lebih bernilai di sisi pemiliknya. Abu Zar bertanya lagi : Jika saya tidak dapat melakukannya? Baginda bersabda : Engkau menolong orang yang berbuat atau engkau melakukan untuk orang yang tidak dapat berbuat. Abu Zar bertanya lagi : Jika saya tidak dapat berbuat? Sabda baginda : Engkau menjauhkan orang dari kejahatan kerana ia satu sedekah yang engkau bersedekah ke atas diri mu. (al(al-Bukahri dan Muslim)Huraian Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah SWT. Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya. Maka beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas yang sememangnya sungguh besar ganjarannya. Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah. Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan. Oleh yang demikian, sebagai benteng yang kukuh, manusia mestilah mempunyai keimanan yang teguh bagi melawan hasutan syaitan tersebut kerana kebiasaannya orang yang selalu tewas dan malas dalam melakukan kebajikan adalah orang yang meremehkan pembalasan daripada Allah SWT sama ada ia merupakan pembalasan baik atau pembalasan buruk (neraka).

Jihad Kaum Wanita Hadith : Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad? Baginda terus menjawab: Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur. (al-Bukhari) HuraianHaji juga disebut oleh Rasulullah SAW sebagai ibadah yang darjatnya sama dengan jihad fi sabilillah, kerana apabila seseorang itu mati sewaktu menunaikan ibadah haji, matinya itu tergolong seperti mati syahid. Rasulullah SAW bersabda: " Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji" (an-Nasa'i). Oleh itu setiap muslim harus menunaikan ibadah haji dengan sebaik-baiknya sebagaimana ibadah-ibadah lainnya iaitu ia mestilah disertai dengan hati yang ikhlas kerana Allah dan dalam rangka memperoleh keredhaan-Nya. Apabila keikhlasan sudah tertanam di dalam jiwa, meskipun pelaksanaannya kelihatan begitu berat dan memerlukan pengorbanan harta, tenaga, waktu, perasaan bahkan nyawa, seseorang muslim akan dengan sendirinya terasa ringan untuk melakukannya. Sebaliknya, tanpa keikhlasan, bukan sahaja ibadah yang berat seperti tawaf yang memerlukan manusia bersesak-sesak, wuquf di dalam cuaca panas terik, melontar yang bakal dihujani pelbagai risiko dan sebagainya, malah ibadah yang ringan pun akan terasa berat untuk dilaksanakannya jika hati tidak disertai keikhlasan. Itulah sebabnya mengapa haji termasuk dalam konteks jihad dalam beribadah.

Kewajipan Mengawal Nafsu Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Orang yang berjihad itu ialah

mereka yang berjihad menentang nafsunya. Riwayat al-Bukhari

Huraian i) Di samping faktor-faktor luaran seperti dunia, manusia dan syaitan, faktor dalaman iaitu nafsu turut mendorong manusia melakukan maksiat kepada Allah S.W.T. ii) Mengendalikan hawa nafsu merupakan jihad terbesar yang sangat berat dan wajib dilakukan manusia. Tanpa kemampuan mengendalikan hawa nafsu, manusia akan jatuh ke jurang kehinaan kerana nafsu sentiasa mengajak kepada keburukan dan kemudaratan . iii) Orang yang mengikut hawa nafsu seringkali semakin asyik dengan kesesatannya itu bahkan sampai tidak merasa berdosa dengan maksiat yang dilakukan sehingga sanggup dan tanpa malu melakukan tindakan yang melampaui batas. Sebagai contoh, muda-mudi hari ini didapati begitu banyak yang berkelakuan tidak senonoh seperti bercumbucumbuan di khalayak ramai dan yang seumpama dengannya sedangkan kita mengetahui bahawa menurut hawa nafsu mengakibatkan kehidupan moral dan akhlak mulia manusia menjadi rosak . iv) Adalah amat penting bagi setiap umat Islam memiliki nafsu yang selalu memperoleh petunjuk dari Allah S.W.T sebagaimana nafsu yang telah dimiliki oleh Nabi Yusuf a.s sehingga beliau dapat menghindarkan dirinya dari segala bentuk kemaksiatan.

1. Iman adalah dasar dalam mengerjakan segala sesuatu 2. Iman adalah bukti dari segala sesuatu yang belum terlihat 3. Iman adalah alat perkenan TUHAN 4. Iman adalah rambu kehidupan 5. Iman adalah kekuatan untuk memanifestasikan kuasa Allah 6. Iman adalah kekuatan untuk mengalahkan dunia 7. Iman adalah alat untuk menjaga konstansi kehidupan rohani 8. Dengan iman kita berkuasa mengalahkan Iblis 9. Iman memberi keberanian untuk bersaksi 10. Dengan iman orang mampu bertahan dalam penderitaan 11. Iman berkuasa mendatangkan keselamatan

PERANAN IMAN

~Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya. ~Mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan sunat. ~Terus menerus berzikir kepada Allah dalam setiap tindak tanduk kehidupan dengan hati, lisan atau perbuatan. ~Mendahulukan apa yang dicintai Allah daripada apa yang dicintai diri sendiri. ~Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang salih. ~Menjauhi segala perkara yang dapat menghalangi pautan hati dengan Allah.

CARA MENJAGA IMAN

y

Kesanggupan seseorang untuk berjihad dijalan Allah adalah hasil kurniaan iman oleh Allah Subhanahu Wataala.Ia berkait rapat diantara satu sama lain.Iman sebagai asas kepercayaan atau iqrar kepada ALLAH,Jihad pula adalah cara untuk mencapai matlamat hidup mukmin dan membuktikan kebenaran imannya.Ia menjadi pendorong utama kpd cintakan jihad,sanggup mati dijalan ALLAH,Sanggup berqorban apa saja demi jihad.Ini berdasarkan firman ALLAH :-

y y

(15) Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak raguragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

Hubungan Iman dengan Jihad

Jihaad yang terdiri dari tiga huruf akar kata jim-ha-dhal diartikan jim-hadalam bentuk kata benda sebagai: usaha, upaya dan karya; penggunaan, penyelenggaraan, pemerasan dan pengerahan tenaga; kegiatan dan semangat; kerajinan dan ketekunan, penderitaan dan kesusahan). Khusus untuk kata jadian (derivatif) jihad dan Mujaahadat diartikan: berjuang melawan kesulitan-kesulitan; kesulitanmemerangi orang-orang kafir. Dari segi bahasa secara garis orangbesarnya, jihad dapat diartikan sebagai: Penyeruan (ad dakwah), menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran (amar maruf nahi munkar), Penyerangan (ghazwah), pembunuhan (qital), peperangan (harb), penaklukan (siyar) menahan hawa nafsu (jihad anan-nafs), dan lain yang semakna dengannya ataupun yang mendekati

Konsep Jihad Dalam Islam

Madzhab Hanafi Menurut mazhab Hanafi, sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab Badaai asShanaai, Secara literal, jihad adalah ungkapan tentang pengerahan seluruh kemampuan sedangkan menurut pengertian syariat, jihad bermakna pengerahan seluruh kemampuan dan tenaga dalam berperang di jalan Allah, baik dengan jiwa, harta, lisan ataupun yang lain. Madzhab Maliki Adapun definisi jihad menurut mazhab Maaliki, seperti yang termaktub di dalam kitab Munah al-Jaliil, adalah perangnya seorang Muslim melawan orang Kafir yang tidak mempunyai perjanjian, dalam rangka menjunjung tinggi kalimat Allah Swt. atau kehadirannya di sana (yaitu berperang), atau dia memasuki wilayahnya (yaitu, tanah kaum Kafir) untuk berperang. Demikian yang dikatakan oleh Ibn Arafah. Madzhab as Syaafii Madzhab as-Syaafii, sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab al-Iqnaa, mendefinisikan jihad dengan berperang di jalan Allah. Al-Siraazi juga menegaskan dalam kitab al-Muhadzdzab; sesungguhnya jihad itu adalah perang. Madzhab Hanbali Sedangkan madzhab Hanbali, seperti yang dituturkan di dalam kitab al-Mughniy, karya Ibn Qudaamah, menyatakan, bahwa jihad yang dibahas dalam kitaab alJihaad tidak memiliki makna lain selain yang berhubungan dengan peperangan, atau berperang melawan kaum Kafir, baik fardlu kifayah maupun fardlu ain, ataupun dalam bentuk sikap berjaga-jaga kaum Mukmin terhadap musuh, menjaga perbatasan dan celah-celah wilayah Islam.

Dawah

Sosial

Pendidikan

JihadEkonomi Siasah

Nafsu

BidangBidang-Bidang Jihad

Diri

Tenaga

Pengorbanan semasa berjihad

Masa

Harta

1)

Dari Al-Miqdam bin Maad Yakram berkata, sabda Rasulullah saw bermaksud, Bagi seorang syahid di sisi Allah mendapat 6 kelebihan, (i) diampun dosa-dosanya sebaik ditikam, (ii) diperlihatkan tempatnya di Syurga, (iii) diselamatkan dari azab kubur, (iv) diamankan dari Goncangan Besar, (v) dipakaikan tengkolok dari permata yang lebih hebat dari seisi dunia dengan dikahwinkan dengan 72 isteri dari Hurul Ain (bidadari Syurga), (vi) disyafaatkan 70 orang dari kaum kerabatnya (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah).

Kelebihan Berjihad Fi Sabilillah

Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya:Ditanyakan orang kepada nabi s.a.w, amal apakah yang sebanding dengan jihad fi sabilillah? Jawab nabi s.a.w:Engkau tidak akan sanggup mengamalkannya!. Orang itu bertanya kembali sampai dua atau tiga kali, namun nabi s.a.w tetap menjawab seperti itu. Terakhir baginda menjawab:Perbandingan seorang mujahid fi sabilillah (pejuang yang menegakkan agama Allah) sebanding dengan orang yang puasa, mendirikan solat, patuh menjalankan ayat-ayat Allah, tidak berhenti puasa dan solat sampai si mujahid pulang dari medan perjuangan.

ADA SOALAN? ~JIKA TIADA KAMI UNDUR DIRI DULU~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Sekian Terima Kasih