halawa afn bm 2015
DESCRIPTION
PERCUMA UNTUK YANG MENGENAL 'MUHAMMAD' DAN SEBALIKNYA.TRANSCRIPT
HALAWA
AL FATHUN NAWA
Dato’ Philosopher Dr. Halo-N Head, World Philosophical Forum Malaysian National Branch. The Earth – XXI Citizen (Id. No. 000 000 070). The First Al Quranic Scientist of the World. Expert in Future Monetary Predictions, Mathematical Engineering. The Founder of Gual Periok Foundation and social activist. He is also an author. His book in English, Al Fathun Nawa is known as the first book delivering several theories in science Al Quran. Including four (4) theories of Science Natural Products and Bio Chemistry: Nine Star Halo-N Theory, Nawiah 9x45 (1) Theory, Nawiah 9x45 (2) Theory, Halo-N 9.2 Homolength Theory. Beside sixteen (16) other known theories including: Carbon Indoorent Theory, Indoorent Carbon Hybrid Theory, Cardiac Methane Helium Theory, Cardiac Oxy Methane Spark Theory, Oxy Methane Carbon Hybrid Theory, Explosion Heart Beat Theory, Mind Heart Delighting Theory, Down Turn Heart Beat Theory, Recover Heart Beat Theory, Heart Beat Efficient Theory, Oxy Methane Spark Flame Theory, Piston Heart Beat Theory, Carbon Dioxide Breath Theory and Nitrogen Cancer Bite Theory. All these are particular theories involve in the process of expelling electron from atom of oxygen O and Nitrogen N to produce new species of CH6, CH4, C2H8, 4-Helium, C2H6N, C2H8, CH2 and NO. The new species as mentioned were born from the theories have been produced from research extracted the verse of Noble Quran indeed. Source : World Philosophical Forum, Athens -2014
HA
LAW
A A
L FAT
HU
N N
AW
A
PhilosopherDR. HALO-N
HALAWA AL FATHUN NAWA
-NPhilosopherDr. Halo
The First Al-Quranic Scientist Of The World(GUSI Laureate – 2012)
Earth-XXI CitizenWPF – United Nations – UNESCO
(Id. No. 000 000 070)
2015
VersiBAHASA MELAYU
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
i
HALAWA
AL FATHUN NAWA (Secebis Pembukaan)
Philosopher
Dr. Halo-N The First Al-Quranic Scientist
Of The World
(GUSI Laureate – 2012)
2015
Versi Bahasa Melayu
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
ii
Hak Cipta Terpelihara @ Dr. Halo-N
Adalah tidak dibenarkan kepada mana-mana orang untuk membuat salinan
kepada manuskrip ini dalam apa bentuk sekalipun. Sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa mendapat
kebenaran Pengarang terlebih dahulu. Amin Wassalam.
Peringatan:
Pada Jam 4.30 petang.
30hb Julai 2014 (hari Rabu – Hari raya Ketiga).
Bonda Pengarang, Hajjah Wan Fatimah Binti Wan Salleh
Kembali ke rahmatullah dan disemadikan Di Gual Periok.
Semoga Allah menggolongkannya di kalangan hambaNya yang Soleh.
Amin – Al Fatihah.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
iii
HALAWA
AL FATHUN NAWA
Pengarang : Dato‟ Philosopher Dr. Halo-N
Cetakan Pertama : Ogos 2014
Penerbit : Hafizul Publications
No. 10, Jalan 2/20E Bandar
Baru Selayang, 68100 Batu
Caves, Selangor
Malaysia
Editor : Hasbullah Bin Zakaria, M.Sc
Edisi : Bahasa Malaysia
Bahasa Penerbitan : Di atas permintaan pembaca di
seluruh dunia, buku ini dicetak
dan diterjemah ke dalam lima
(5) bahasa. Yakni Bahasa
Malaysia, Indonesia, English,
Spanish dan Arab.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
iv
Prime Publisher
Hafizul Publications
Selayang, Selangor
Malaysia
Website : http://www.hafizul.com.my
Email : [email protected]
In cooperation with
Gusi Peace Prize International,
Manila, Philippines http://www.gusipeaceprizeinternational.org
&
United Nations World Philosophical Forum
UNESCO
World Philosophical Forum
UNESCO-United Nations,
Athens, Greece Website : http://www.wpf-unesco.org
For
The Eyes of The World
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
v
Ambassador Barry Gusi
Chairman
Gusi Peace Prize International,
Manila, Philippines
Classical Philosopher
Prof. Dr. Igor I. Kondrashin
President, World Philosophical
Forum - UNESCO - United
Nations, Athens
Consent by Organisations
Special Project
For
The Eyes of The World
Consented by:
Gusi Peace Prize International and World
Philosophical Forum - UNESCO - United
Nations
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
vi
Prakata Bismillaahin nuurummubiin
wasultanil „aziim warabbuulkarim
zaatul „arsyil majiidu wahudan
wabusyraalil mu‟miniin.
Wasshalaatu wassalam „alaa
sayyidinaa muhammadil mustafaa
shallalaahu „alaihi wasallam. Sesungguhnya, merujuk
kepada desakan sejagat para
pembaca buku Al Fathun Nawa.
Maka pada hari ini persetujuan
Pengarang Al Fathun Nawa telah diperolehi dan beliau
telah pun bersetuju untuk menzahirkan sebuah catitan
yang dipetik secara langsung dari isi kandung buku Al
Fathun Nawa karangannya bagi membolehkan para
pembaca menikmati sebahagian kecil dari ingredients
penulisannya. Terutama pada mana-mana perbincangan
khas yang ditulis bagi diperbincangkan oleh lidah-
lidah intelektual dunia sebagai bahan pencetus, demi
munafaat keilmuan sejagat.
Sesungguhnya catitan kecil ini benar-benar
memudahkan anak cucu membacanya, lantaran ianya
diolah nipis, ringan serta boleh dibaca dalam keadaan
apa sekali pun. Justeru itu bacalah. Mudah-mudahan
isu-isu perbincangan dikalangan intelektual diperingkat dunia sebegini akan menzahirkan banyak
lagi pandangan-pandangan baru. Demi munafaat ilmu
dan agama adanya.
Sekian. Wassalam.
MOHD HAFIZUL HJ. AHMAD
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
vii
KANDUNGAN
Isi Muka Surat
Hakcipta ii
Maklumat Penerbit iii-iv
Consent by Organisations v
Prakata vi
Kandungan vii
Kata Pesan viii
Adab membaca Halawa Al Fathun
Nawa
ix - xii
Pengenalan
Baca Buku
Tempayan Emas
xiii-xv
Cebisan Pertama
Perjanjian Sumpah
Ketuhanan dan kehambaan
Diantara Allahu „azza wajalla
Dan Manusia
1-30
Cebisan Kedua
Perjanjian
Di Antara Tuhan Dan Iblis
31-178
Cebisan ketiga
Kearah Beragama
Dan Tahu Matlamat Beragama
Mendalami Agama
(Apa Perlu Diketahui)
179-194
Cebisan Keempat
Konsep
Mendalami Agama
(Apa Perlu Digali)
195-212
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
viii
Cebisan Kelima
Mengenal
Agama Paten Kehidupan
(Mengkaji Melihat Kebenaran)
213-284
Cebisan Keenam
Mengenal„Aqidah
Sunnah Dan Wasilah
(Mana SatuTapak agama)
285-338
Cebisan Ketujuh
Mengenal Modul Didikan Tasauf
(Menyuci Hati- Mendekati Tuhan)
339-356
Gambar-gambar kenangan 357-374
Kata Pesan:
Sedap Beri Tahu Kawan
Ingin Mendalam
Kenalah Bincang Istimewa untuk
Nawiah dan anak-anak
serta cucu-cucu yang dikasihi.
Educated Family And Multimillionaire
Diperbuat Dr. Halo-N
Sempena Harijadi
Keenam Puloh. Bandar Baru Selayang
22hb Julai 2014 Malaysia
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
ix
Adab Membaca
Halawa Al Fathun Nawa
Sebelum anak cucu membaca cebisan catitan
ini. Maka anak dinasihatkan agar membacanya pada
empat (4) tahap:
Tahap Pertama: Baca catitan mengikut tajuk besar Cebisan
(Cebisan Pertama, Cebisan Kedua dan seterusnya).
Dimana di tahap ini, anak cucu baca segala butiran
catitan tanpa sekali-kali perlu menoleh kepada Verse
Literature (Surah:ab:xx:cd) yang dikemukakan di
dalam penulisan. Ini bertujuan agar pemahaman awal
pembacaan tidak terganggu dan diganggu oleh method
penghujahan akademik.
Tahap Kedua:
Sebaik sahaja selesai membaca semua tajuk
cebisan catitan di tahap pertama. Sila tanya diri sendiri
sekurang-kurangnya dengan Lima (5) soalan bagi
menguji diri sendiri terhadap tahap pemahaman tentang
beberapa perkara asas berkait dengan pengetahuan
bacaan:
Soalan (1):
Sesudah membaca tajuk-tajuk cebisan yang
tertulis.
Maka tahukah diri. Siapakah manusia itu
sebenarnya. Siapakah diri sebenarnya dan
apakah tugas dan tanggungjawab diri kepada
dunia dan kepada Tuhan semesta alam.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
x
Soalan (2):
Sesudah membaca tajuk-tajuk cebisan yang
tertulis.
Maka tahukah diri. Apakah itu agama dan
kenapakah agama itu mustahak kepada diri dan
kenapa diri kena beragama Islam dan kenapa
Islam kena dipilih sebagai agama yang perlu
dianuti dan disebaliknya apakah akibat, jika diri
tidak beragama atau tidak mementingkan agama
atau tersalah pilih agama?
Soalan (3):
Sesudah membaca tajuk-tajuk cebisan yang
tertulis.
Maka tahukah diri. Kenapa agama Islam (agama
sejahtera) dizahirkan untuk dijadikan wadah
pelaksana wawasan Allah Ta‟ala. Dan kenapa
konsep wawasan Allah Ta‟ala: Aamanuu
wa’amilusshaalihaat tidak akan terlaksana dan
tidak boleh dilaksana. Jika ianya tidak
diwadahkan dengan agama Islam?
Soalan (4):
Sesudah membaca tajuk-tajuk cebisan yang
tertulis.
Maka tahukah diri. Apakah penghuraian makna:
Aamanuu dan penghuraian makna
‘Amilusshaalihaat yang dibuat oleh para
cendikiawan kini telah menepati maknanya di
sudut huraian berwawasan selari dengan
matlamat hujung jatuh wawasan Allah Ta;ala
terhadap manusia dan muka Bumi.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
xi
Malah jauh dari itu.
Apakah makna agama dan kedudukan agama
terhadap wawasan Tuhan boleh dicapai
menerusi kaedah dan pendekatan beragama
pada hari ini. Di suasana istilah Aamanu
dibayangan hukum hakam dan mentauladani
perlakuan baik para sahabat Nabi. Tanpa
menoleh kepada kecanggihan kapal terbang
dunia yang dinaiki bukannya datang dari
keupayaan ‘Amilusshalihat agama sendiri?
Soalan (5):
Sesudah membaca tajuk-tajuk cebisan yang
tertulis.
Maka tahukah diri. Apakah yang dimaksudkan
dengan nafsu dan menyuci hati dan apakah diri
terasa berpuas hati dalam beragama dengan diri
pada setiap masa tertumpu kepada soal-soal
pahala dan dosa. Tanpa diri mencari jalan untuk
memboleh diri memiliki wasilah menyuci hati
sendiri bagi memdapat keredhaan Ilahi?
Tahap Ketiga:
Ulang bacaan mengikut tajuk besar Cebisan.
Baca dari satu perenggan ke satu perenggan, sambil
menoleh kepada mana-mana Verse Literature
(Surah:ab:xx:cd) yang diberi serta rujukkanlah ianya
pada mana-mana buku pentafsiran Al Quran (balik
bahasa) agar pemahaman terhadap penghujuhan yang
tertulis dapat di-digest-kan oleh kerelevanan keilmuan.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
xii
Tahap Keempat:
Buat perbincangan dengan tokoh-tokoh
keilmuan atau buat perbincangan dengan kawan-kawan
sealiran agar butiran perbincangan dapat dikembangkan
selari dengan kematangan dan kedalaman ilmu sezaman.
Sekian wassalam.
Dr. Halo-N
Y.Bhg Ambassador Barry Gusi, Chairman Gusi Peace Prize International bersama dengan Sdr. Hasbullah Zakaria, Chairman Yayasan Gual Periok
dan Penyelaras Projek Buku Halawa Al Fathun Nawa, En. Mohammad
Nizar Mat Nor
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
xiii
Pengenalan
Baca Buku
Tempayan Emas
Buku Halawa Al Fathun Nawa, bukan buku
sebarang buku. Sebuah buku yang banyak menyimpan
rahsia ramuan kehidupan yang perlu digali dan dicari
oleh anak cucu. Sebuah buku bagai gambaran wasiat
cerita seorang tua yang mendedahkan rahsia keturunan
tentang Khazanah Tempayan Emas yang tertanam di
keliling tanah tapak rumah kediaman keluarganya. Satu
rahsia yang bukan sahaja dimiliki oleh orang tua itu.
Malah ianya menjadi rahsia lama bagi keturunannya.
“Hari ini…, Sampailah masanya.”
“Dan tibalah ketika.”
“Ayah…, Dedahkan satu rahsia.” Kata Orang
Tua membuka mulut berbicara. Satu bicara dirupa
wasiat terakhir dirinya disaatnya dirinya kini sedang
dikeliling oleh sanak saudara dan anak-anaknya menanti
saat.
“Di bawah sana….,” kata Orang Tua.
“Yakni.”
“Di dalam tanah tapak rumah kita ni, terdapat
banyak Tempayan Emas yang ditanam oleh
orang-orang tua di zaman dahulu.”
“Ayah gali. Bukanlah dalam sangat.”
“Sekaki dua saja.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
xiv
“Ayah jadi kaya dengan khazanah yang ada.”
“Maka,,,”
“Jika kamu mahu jadi kaya.”
“Macam ayah…, Galilah.”
Ayahnya meninggal. Anak-anak tujuh mula
menggali tanah di sekeliling tapak rumah mereka. Boleh
dikatakan setiap penjuru tanah tapak rumah seluas
sepuloh ekar itu berlubang. Tempayan emas yang dicari
tidak juga ditemui. Masing-masing abang dan kakak
mula mengeluh dan berputus asa. Mereka mahu
berpindah kampong kerana malu diejek oleh kawan
keliling dibayangan wasiat si tua terhampa rupa.
Namun begitu Salim Indera - Adek Bungsu
mereka berpandangan bahawa tanah pusaka tidak
seharusnya ditinggal berlubang sebegitu sahaja. Lubang-
lubang yang ada hendaklah ditimbus dahulu sebelum
berpindah. Lubang-lubang harus ditimbus dengan benih-
benih pisang pada setiap lubang yang tergali. Beratus
benih pisang tertanam padanya. Pisang tumbuh menjadi
dengan batang-batang tercegak akhirnya menghasilkan
buah kuning bertandang.
“Pisang siapa yang luas ni.”
Tanya Taukeh dari Kuala Lumpur.
“Pisang saya…,Bang.” Samput Salim Indera.
“Ber-emaslah kamu.” Kata Taukeh Kuala
Lumpur .
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
xv
“Kenapa…?” Tanya Salim.
“Saya datang ni, Nak borong pisang-pisang di
kebun kamu ni. Berduit-lah kamu.” Kata Taukeh Kuala
Lumpur menyatakan hasrat hatinya. Adek bungsu
tercengang. Di suasana di fikirannya terbayang akan
kata-kata wasiat ayahandanya tentang Tempayan Emas
yang tersimpan di tanah tapak rumahnya.
Demikianlah cerita rahsia Tempayan Emas
wasiat Orang Tua yang berjaya diterjemahkan oleh anak
bungsunya hasil keperihatinan beliau terhadap lubang-
lubang di tanah tapak rumahnya setelah digali oleh
abang dan kakaknya. Maka begitulah jua dengan cerita
penulisan Halawa Al Fathun Nawa. Sebidang penulisan
yang tersimpan banyak tempayan emas yang perlu dicari
dan digali oleh anak cucu di-akliah keilmuan tinggi
dipersimpangan persada ketinggian ilmu di alam maya
yang sepatutnya diwasiatkan pula kepada keturunan
secara berterusan sehingga ke akhir zaman adanya.
Sekian. Amin Yaa Rabbal „aalamiin.
Dr. Halo-N
Bandar Baru, Selayang,
Selangor. Malaysia.
2014
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
xvi
Berdiri dari Kiri (Atas): Herman Prof. Datuk Dr. Subahan (Menantu), Mohd
Radhuan Arif Hj. Zakaria, Shahizan Rizal Zanar Azalan (Menantu), Mohd
Radhuan Hishamudin Hasbullah, Mohammad Nizar Mat Nor, Azman Adnan. Berdiri dari kiri (Tengah): Dr. Hanita Omar, Hj. Che Yusof Che Mat,
Hasbullah Zakaria, Mohd Hafizul Dato‟ Ahmad Laksamana (Anak), Nor
Fadhliah Dato‟ Ahmad Laksamana (Anak), Mohd Aqil Hakimi (Cucu), Mohd Norazwan Dato‟ Ahmad Laksamana (Anak), Dr. Ruziana Hj. Baharudin
(Menantu).
Duduk dari kiri (Hadapan) Norazlina Dato‟ Ahmad Laksamana (Anak), Datin Nawiah Hj. Salleh (Isteri), Dato‟ Philosopher Dr. Halo-N, Norazamiah Dato‟
Ahmad Laksamana (Anak). Gambar kenangan sempena Majlis Konvokesyen
Ijazah Master Mohd Hafizul Ahmad dan Nor Fadhliah Ahmad – April 2014.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
1
Cebisan Pertama
Perjanjian Sumpah
Ketuhanan dan kehambaan
Diantara
Allahu„azzawajalla
Dan
Manusia
Nota:
Dipetik dari
Buku Al Fathun Nawa
Jilid 3
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
2
Muqaddimah
Kali ini Pengarang menzahirkan satu plot cerita
tentang kisah peristiwa perjanjian sumpah ketuhanan
dan kehambaan di maqam: Alastubirabbikum qaaluu
balaasyahidnaa (Bukankah, Aku Tuhan kamu. Ya,
kami menjadi saksi) yang diperbuat di antara
Allahu‟azzawajalla dengan manusia, selaras dengan plot
cerita yang disimpulkan oleh Al Quranul Karim.
(Surah:7: Al A‟raaf:172). Satu peristiwa penting selepas
peristiwa penerimaan tawaran amanah Allah Ta‟ala oleh
manusia (Surah:33: Al Ahzab:72). Satu peristiwa yang
membawa manusia berhijrah ke muka bumi (Surah:2: Al
Baqarah:36). Satu peristiwa yang membuat manusia
kena beragama dan bersyariat (Surah:5:Al Maidah:48)
dan satu peristiwa yang menzahirkan corak kehidupan
manusia maju di konteks kemajuan diri dan kemajuan
muka bumi (Surah:57:Al Hadid:25) selari dengan
nawaitu matlamat wawasan Allah Ta‟ala terhadap
manusia (Surah:2:Al Baqarah:30).
Sesungguhnya peristiwa ini sebenarnya bermula
dari saat tercetus dan tertimbulnya kehendak
Allahu„azzawajalla untuk menzahirkan dua (2) rupa
ibadat terhadap diriNya yang akan dilakukan oleh
kejadiannya di rupa ibadat: Aamanuu wa‟amilus
shaalihaat (Surah:29: Al Ankabuut:9). Terutama musim
setelah kejadian alam maya dan bumi disempurnakan
(Surah:32: Sajdah:7).
Maka bumi ditetapkan oleh Allahu‟azzawajalla
sebagai tempat kehidupan baru (Surah:7: Al A‟raaf:10)
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
3
dan satu tempat baru bagi membolehkan kejadianNya
menzahirkan rupa ibadat bukan sahaja di wajah ibadat
asas (tasbih dan tahmid seperti yang lazim dilakukan
oleh para malaikat) tetapi ditambah dengan satu cara
baru beribadat di konteks yang lebih canggih pada tahap
ibadat pengaslihan yang akan memberi kesan langsung
kepada proses puji-suci terhadap Tuhan serta
menzahirkan impak yang akan memajukan rupa muka
bumi dan rupa kehidupan kejadianNya di wajah
kejadian berkebolehan serta tunduk kepada Tuhannya.
Maka berikutan dengan itu Allahu„azzawajalla
mengeluarkan tawaran amanah wawasanNya kepada
seluruh kejadianNya termasuk langit, bumi, bukit-
bukau, gunung-ganang, tasik-sungai, laut-lautan
semuanya mengaku tidak berupaya memikulnya
(Surah:33: Al Ahzab:72). Tetapi tawaran amanah yang
besar ini diterima oleh manusia yang merupakan satu-
satu kejadian Tuhan yang sanggup berbuat demikian
dengan berakhir termeterinya perjanjian sumpah
ketuhanan dan kehambaan di antara Allahu‟azzawajalla
dengan manusia.
Satu perjanjian yang meletakkan Tuhan di
martabat Tuhan dan manusia di martabat hamba dengan
tugas jawatannya sebagai Khalifah Allah di muka bumi.
Malah inilah jua perjanjian yang menyebabkan manusia
kena membina kehidupannya di muka bumi. Satu
kehidupan yang berasaskan kehidupan fitrah
berpandukan kitab-kitab Tuhan pada landasan fitrah
yang bernama agama.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
4
Tujuan dan Matlamat
Mengetahui Kisah Perjanjian
Sumpah Ketuhanan dan Kehambaan.
Sesungguhnya kisah yang diabadikan oleh
Allahu„azzawajalla di bawah (Surah:7:Al A‟raaf:172)
perlu diketahui bagi membolehkan manusia beragama
mengetahui tentang beberapa perkara. Lima (5)
diantaranya adalah seperti berikut:
Satu:
Pengetahuan berkaitan dengan perjanjian
ketuhanan dan kehambaan ini perlu diketahui oleh setiap
orang beragama bagi maksud membolehkan dirinya
menyedarkan diri sendiri tentang asal usul dirinya dan
asal usul agamanya dan ketuhanannya.
Sesungguhnya perlu diingat bahawa agama
bukan terlahir di alam dunia tetapi telah pun terzahir
secara nyata di Alam Roh apabila berlakunya Majlis
Persumpahan Perjanjian ketuhanan dan kehambaan di
antara Allahu„azzawajalla dengan manusia.
Di hakikat setiap roh keturunan Adam telah pun
menyaksikan peristiwa tersebut (Surah:7:Al A‟raaf:172)
sebagai satu peristiwa penting yang menzahirkan erti
kehidupan fitrah dan agama yang bernama Islam. Di
makna Islam bukan lahir di zaman Adam di dunia dan di
zaman rasul-rasul di dunia tetapi agama keaslian fitrah
ini telah pun terlahir di zaman persumpahan ketuhanan
dan kehambaan di alam Roh, yakni di zaman
Muhammad Abu Arwah dan Adam Abu Basyar.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
5
Nota: Untuk pengetahuan lanjut.
Sila rujuk hal ini kepada para Mursyida atau
para ahli Tasauf. Dan ingatlah bahawa pengetahuan seumpama tidak ditekan
mendalam pengajian syariat dan Fiqah.
Harap maklum.
Dua:
Pengetahuan berkaitan dengan perjanjian
ketuhanan dan kehambaan ini perlu diketahui oleh setiap
orang beragama bagi maksud agar diri masing-masing
mengetahui secara hakiki hubungan dirinya dengan
Tuhannya. Hubungan kerja dirinya dengan Tuhannya
dan hubungan kerja-kerja Tuhannya dengan dirinya.
Di hakikat banyak kerja dilakukan oleh Tuhan
secara persendirian dengan natijah pekerjaanNya itu
dapat dilihat oleh manusia sebagai pekerjaan diri zat
yang berkuasa lagi teragung. Namun banyak jua kerja
bagi menzahirkan keagungan ketuhanan yang perlu
ditolong oleh manusia (Surah:57:Al Hadid:25) dan
manusia pula boleh mendapat munafaat daripadanya
serta terlihat di mata manusia kekuasaan Tuhannya.
Maka demikianlah hubungan di antara Tuhan
dengan hambaNya bagi menzahirkan maksud terlihat
akan kebesaranNya dengan manusia melihat kekuasaan
Tuhan bersama dengan faedah, nikmat yang boleh
mensejahterakan kehidupannya serta memajukan dirinya
dan muka bumi keseluruhannya.
Tiga:
Pengetahuan berkaitan dengan perjanjian
ketuhanan dan kehambaan ini perlu diketahui oleh setiap
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
6
orang beragama bagi maksud agar diri masing-masing
mengetahui kaitan perjanjian ini dengan soal godaan
Iblis terhadap manusia dan soal perjanjian Tuhan
dengan Iblis sehingga Iblis mendapat kuasa menggoda
dari Tuhannya untuk menggoda dan menguji keimanan
dan ketauhidan manusia terhadap Tuhannya. Justeru itu
soal mengetahui butiran perjanjian ketuhanan dan
kehambaan di antara Allahu„azzawajalla dengan
manusia akan membolehkan manusia dan kehidupan
bergabung-paksi pada wadah agama dan beragama di
wajah tiada yang tinggi kecuali agama.
Empat:
Pengetahuan berkaitan dengan perjanjian
ketuhanan dan kehambaan ini perlu diketahui oleh setiap
orang beragama bagi maksud agar diri masing-masing
mengetahui bahawa agama bukannya soal perbincangan
hukum, dosa dan pahala, tetapi lebih merupakan
perbincangan berkaitan dengan kehidupan dan
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh manusia di
muka bumi seperti yang dikehendaki oleh wawasan
Allah Ta‟ala.
Tidak seumpama pemahaman agama dan
doktorin agama di waktu ini yang menumpukan
pendekatan agamanya kepada soal dosa, pahala dan
fadhilat tanpa menyentuh secara mendalam tentang soal
tanggungjawab manusia yang dikaitkan dengan soal
perjanjian sumpah ketuhanan dan kehambaan yang
menjadi asas bermulanya agama pada nafas-nafas
manusia di muka bumi.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
7
Lalu jika agama dirasai hanya terwujud di
zaman Muhammad s.a.w. dan segala kegiatan agama
diterima kewujudannya hanya pada zaman Muhammad
s.a.w. Maka tidak peliklah, kalau soal sunnah dan
keluhuran perlakuan para sahabat diperbesarkan dalam
perbincangan dan pemahaman agama. Lantaran agama
hanya terwujud di zaman Muhammad dan tidak berkait
langsung dengan soal tawaran amanah dan perjanjian
sumpah ketuhanan dan kehambaan.
Namun begitu, jika disebaliknya, agama diambil
kira kewujudannya dari awal kejadian Adam a.s. dan
dikaitkannya dengan kewujudan peristiwa tawaran
amanah (Surah:33:Al Ahzab:72) serta sumpah
ketuhanan dan kehambaan (Surah:7: Al A‟raaf:172).
Maka soal yang membabitkan perkara-perkara sunnah
dan keunggulan perlakuan para sahabat yang dititik
beratkan selama ini dirupa asas kekuatan beragama akan
bertukar menjadi isu kecil. Jika dibandingkan dengan
persoalan tanggungjawab manusia terhadap wawasan
Tuhannya. Dibayangan awal bismillah, bertuhan dan
beragamanya manusia di seluruh muka bumi dan di
alam maya bertitik tolak dari amanah dan perjanjian -
persumpahan.
Justeru itu, perbetulkanlah semula pandangan
mata dengan menerima hakikat kepentingan hijaunya
rumput di padang teramat rendah, jika dibandingkan
dengan persoalan melihat puncak gunung yang menjadi
matlamat.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
8
Di hakikat terimalah kenyataan, agama Islam
bukan dibuat oleh Nabi Muhammad dan direka oleh
Nabi Muhammad. Tetapi agama Islam adalah agama
asal fitrah manusia dan kemanusiaan yang diterima oleh
Adam a.s dan para rasul selepasnya dengan berakhir
diwarisi oleh Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dengan
baginda jua tetap berdiri di landasan Aamanuu
wa‟amilushaalihaat yang kemudiannya disimpulkan
oleh Tuhannya dengan perkataan RAHMAT pada
kalimah ayat: Wamaa arsalnaaka illaa rahmatal lil
„aalamiina (Surah:21:Al Anbiyaak:107). Satu
kenyataan Tuhan di wajah umat yang beriman lagi maju
semaju-majunya.
Lima:
Pengetahuan berkaitan dengan perjanjian
ketuhanan dan kehambaan ini perlu diketahui oleh setiap
orang beragama bagi maksud agar manusia beragama
lebih mengerti tentang pengertian istilah beramal soleh
(„Amilushaalihaat). Satu pengertian terminologi yang
dikabur-ertikan oleh pemahaman doktorin agama
dengan satu pengertian yang teramat jauh dari menepati
makna hakiki pengertiannya. Jika ianya dikaitkan
dengan persoalan tanggungjawab manusia di muka bumi
yang secara langsung berkait rapat dengan soal
penerimaan amanah dan perjanjian sumpah ketuhanan
dan kehambaan.
Di hakikat menzahirkan pengertian
„Amilushaalihaat (beramal soleh) di rupa bayangan
memberi sedekah, memberi derma atau dibayangan
membuang duri di jalan bukan lagi relevan, apabila soal
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
9
pemahaman perjanjian ketuhanan dan kehambaan
difahami sepenuhnya. Satu pemahaman yang akan
mengubah kedewasaan diri seseorang dalam beragama
dibayangan tuanya mereka dalam beragama, bukannya
terus bersifat kanak-kanak yang tidak mengerti erti
membesar dan pembesaran.
Justeru itu, soal menghidupkan pengetahuan
agama yang dihubungkaitkan dengan soal perjanjian
sumpah ketuhanan dan kehambaan perlulah dihidupkan
agar agama tidak lagi mati di lubuk puaka dosa dan
pahala dibayangan seumpama cara beragama yang
digunapakai di masa kini.
Kisah bermula.
Tawaran
Disiar Dan Diwartakan.
“Wahai seluruh kejadian maya. Seluruh
kejadian yang Aku jadikan kamu sekalian. Maka
ketahuilah Aku ingin menawarkan satu amanah Aku di
rupa sebuah wawasan kepada mana-mana golongan
kejadian Aku yang sanggup memikulnya.” Demikianlah
kata tawaran Tuhan ketika menawarkan amanah
wawasanNya.
Sesungguhnya berita tawaran amanah yang
dicanangkan oleh Allahu„azzawajalla telah disambut
dingin oleh semua kejadianNya. Tiada suara yang
sanggup melaungkata menerima amanah yang
ditawarkan. Masing-masing berdiam diri setelah
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
10
mendapati rupa amanah yang ditawarkan teramat berat
untuk dipikul dan dilaksanakan.
Laungan tawaran terus dilaung berulangkali
agar setiap telinga dan pendengaran makhluk kejadian
Tuhan tidak terluput dan tidak terpinggir dari
mendengar tawaran yang dibuat.
“Pada hari ini…” Kata Allahu„azzawajalla.
“Barang siapa yang mempunyai kekuatan
menzahirkan furqan dari barang kejadian aku di muka
bumi. Maka mereka itu layak menerima amanahku dan
ganjaranku yang besar.” Laung Allahu„azzawajalla
kepada kejadianNya.
Maka di dalam sedu-bisu kejutan pelawaan itu
terlahirlah suara-suara langit dan bumi menyuarakan
pandangan dan bertanya kepada Allahu„azzawajalla.
Mereka bertanya.
“Apa lagi rupa syarat-syarat yang boleh
melayakkan kami menerima tawaran kamu dan
bolehkah Kamu terangkan kepada kami tujuan
dan matlamat tawaran kamu kepada kami.”
Tanya bumi dan langit.
Lalu Tuhan menjawab.
“Tawaran ini dibuka kepada semua kejadian
Kami yang mempunyai kekuatan bagi
menzahirkan rupa furqan dari kejadian Kami
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
11
(Surah:6: Al An‟aam:104) yang berada di langit
dan di muka bumi, bagi menatijahkan
terzahirnya rupa kecerdikan kepada kejadian
Kami dibayangan sebaik-baik kejadian yang
tidak ada tolak bandingnya (Surah: 98: Al
Bayyinah:7)”
“Disamping impak daripadanya akan membuat
muka bumi menjadi maju sesuai dengan
tarafnya sebagai tempat kediaman baru bagi
mana-mana kejadian yang menerima tawaran
yang dibuat pada hari ini (Surah:7: Al
A‟raaf:25). Di suasana faedah untuk diri
kejadian yang menerima tawaran teramat jelas
keuntungannya.”
“Itu pertama.”
Kata Tuhan menjawab soalan.
“Di makna.” Kata Tuhan.
“Pada mana-mana kejadian yang tidak sanggup
menunjuk kekuatan dan kecerdikan untuk
menzahirkan furqan dari sumber yang terwujud
di langit dan di muka bumi. Maka mereka tidak
layak menerima tawaran yang ditawarkan.”
“Kedua.” Ujar Tuhan.
“Tawaran ini dibuka kepada mana-mana
kejadian Kami yang sanggup melaksanakan
segala rupa ibadat asas yang bersifat Aamanu
seperti yang dilakukan oleh para malaikat pada
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
12
lazimnya di dalam kehidupan mereka di dunia
nanti. Di mana pada mana-mana kejadian yang
menerima tawaran ini mereka diwajibkan
menzahir kehidupan di muka bumi bersama
keturunannya sehingga ke hari kiamat.”
“Di makna.” Kata Tuhan.
“Pada mana-mana kejadian yang tidak sanggup
mengerja ibadat asas yang bersifat Aamanu
seperti yang diamalkan oleh parta malaikat atau
seperti yang akan diperintahkan oleh Kami
melalui syariat kehidupan fitrah. Maka mereka
tidak layak menerima tawaran ini.”
“Ketiga.” Ujar Tuhan.
“Tawaran ini dibuka kepada mana-mana
kejadian Kami yang sanggup melihat dan
mengintai Kami serta menyucikan Kami secara
baru, tidak seumpama tasbih dan tahmid yang
dilakukan oleh para malaikat. Di mana
kebesaran Kami, kekuasaan Kami dan sifat-sifat
keagungan Kami akan dilihat menerusi rupa
furqan yang ditemui oleh kejadian yang
menerima tawaran ini. Lalu mereka
memperbesarkan Kami dan menyucikan Kami
dinilai yang teramat canggih lagi seni method
ibadatnya.”
“Di makna.” Kata Tuhan.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
13
“Pada mana-mana kejadian yang tidak sanggup
menjalankan ibadat secara baru ditaraf
‟Amilusshalihaat seperti yang dirancangkan
oleh Kami kepada penghuni di muka bumi.
Maka mereka tidak layak menerima tawaran
ini.”
“Keempat.” Ujar Tuhan lagi.
“Tawaran ini dibuka kepada mana-mana
kejadian Kami yang sanggup memajukan muka
bumi dengan menggunapakai sumber perhiasan
yang Kami sediakan untuk maksudnya
(Surah:18: Al Kahfi:7). Di suasana rupa
furqannya disembunyikan dengan harapan ianya
akan ditemui oleh kejadian yang sanggup
menerima amanah kami (Surah:32: Sajdah:17)
dengan terzahirnya kecerdikan kepada mereka
di mata umum penyaksian.”
“Di makna.” Kata Tuhan.
“Pada mana-mana kejadian yang tidak sanggup
memajukan muka bumi dan membuat muka
bumi menjadi maju serta impak daripadanya
menzahirkan rupa kemajuan kepada kehidupan
kejadian yang menerima amanah. Maka mereka
tidak layak menerima tawaran ini.”
“Kelima.” Ujar Tuhan lagi
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
14
“Tawaran ini dibuka kepada mana-mana
kejadian Kami yang tahu menggunapakai semua
sumber-sumber kejadian (Surah:6: Al
An‟aam:104) yang akan Kami tundukkan
kepadanya (Surah:45:Al Jaatsyiah:13), demi
faedahnya dan demi kemajuan muka bumi di
hakikat kejadian yang menerima tawaran
amanah perlulah tahu menghurai dan mentafsir
sumber natural yang terwujud (Surah:57: Al
Hadid:25) dengan menzahirkan rupa furqan
yang boleh digunapakai, demi memajukan
kehidupan di muka bumi di sepanjang masa
sehingga hari kiamat.”
“Di makna.” Kata Tuhan.
“Pada mana-mana kejadian yang tidak sanggup
menggunapakai sumber-sumber kejadian yang
Kami tundukkan kepada mereka dan
menzahirkan furqan daripadanya demi
kemajuannya, maka mereka tidak layak untuk
menerima tawaran ini.”
“Keenam.” Ujar Tuhan lagi.
“Tawaran ini ditawarkan kepada mana-mana
kejadian Kami yang sanggup bertuhan kepada
Kami dan tidak mensyirikkan Kami pada bila-
bila masa buat selama-lamanya. Di hakikat
matlamat wawasan Kami untuk membolehkan
kejadian Kami berhambakan kepada Kami di
samping berkhidmat memajukan muka bumi
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
15
akan terlaksana di wajah rupa „abidin. Yakni
kejadian yang rela berkhidmat kepada Tuhannya
tanpa mengabaikannya.”
“Di makna.” Kata Tuhan.
“Pada mana-mana kejadian yang tidak sanggup
bertuhan kepada Kami. Maka mereka tidak
layak menerima tawaran ini.”
“Ketujuh.” Ujar Tuhan lagi.
“Tawaran ini ditawarkan kepada mana-mana
kejadian Kami yang sanggup hidup mengikut
peraturan fitrah Kami dengan mewujudkan
kehidupan kejadian yang sanggup menerima
tawaran dalam suasana mendapat nikmat dan
berjaya menzahirkan kesejahteraan.”
“Di makna.” Kata Tuhan.
“Pada mana-mana kejadian yang tidak sanggup
melunaskan fitrah hidupnya berperaturan fitrah
yang ditentukan oleh Kami dan gagal
menzahirkan nikmat dan kesejahteraan. Maka
jawabnya mereka tidak layak untuk menerima
tawaran ini.”
Lalu…,
Setelah mendengar syarat-syarat tawaran yang
diberi. Maka semua kejadian termasuk langit, bumi,
gunung-ganang serta para malaikat menyatakan ketidak
sanggupan mereka untuk melunaskan segala syarat-
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
16
syarat yang ditentukan oleh tawaran. Namun begitu
dalam keheningan sambutan terhadap tawaran. Maka
terzahirlah satu suara kerdil melaung kata.
“Wahai Tuhan..,”
“Aku mewakili manusia sanggup menerima
tawaran kamu.”
Laung Muhammad Abu Arwah. Ketua segala
roh manusia di alam roh (Surah:61: As Shaf:6), Yakni
roh kepada Adam Abu Basyar yang menjadi bapa
kepada seluruh manusia (dan selepas ini dipanggil Abu
Arwah).
“Penerimaan ini…,” Kata Abu Arwah
“Adalah satu penerimaan tawaran bersyarat
yang perlu dilunaskan secara perjanjian dan
diwartakan kepada alam maya.”
“Di hakikat setiap syarat di pihak Kamu
(Tuhan) hendaklah diterangkan secara nyata.
Disamping dinyatakan jua faedah dan munafaat
yang terwujud apabila perjanjian penerimaan
tawaran amanah ini diwartakan.”
Suara penerimaan Abu Arwah disambut baik
oleh Allahu„azzawajalla. Di suasana fajar wawasan
Tuhan untuk memajukan muka bumi pasti akan terzahir
dan manusia yang sanggup menerima amanah akan
menerima faedah yang teramat besar lagi dihargai oleh
Tuhannya.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
17
“Syabas manusia.”
“Syabas.” Kata Tuhan.
“Kamu adalah harapan wawasan Kami dan
muka bumi akan ceria berwajah dunia sebagai
tempat kehidupan baru (7:Al A‟raaf:10) serta
tempat kezahiran ketauhidan cara baru dengan
dua (2) rupa ibadat yang akan diperkenalkan.”
Sambut Tuhan setelah mendengar laungan dari
ketua Insan di Alam Roh.
“Namun demikian …” Kata Tuhan
“Kenapa dan mengapa kamu sanggup menerima
amanah yang sebegini besar dan kenapa pula
pada pandangan kamu, langit, bumi dan
gunung-ganang tidak mahu menerima tawaran
yang dibuat kepada mereka sedangkan mereka
pada zahirnya lebih gagah dan utuh daripada
kamu.” Tanya Tuhan menguji kekuatan
manusia.
“Wahai Tuhan….” Kata Abu Arwah.
“Sesungguhnya langit dan bumi tidak nampak
faedah bagi mereka. Jika mereka menerima
amanah wawasan Kamu. Mereka tidak seperti
kami manusia nampak faedahnya, bila kami
menerima tawaran Kamu dan memulakan
kehidupan kami di muka bumi.”
“Langit tidak nampak faedah huraian Oksigen
(O2) kepada dirinya dan tidak ada faedah
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
18
huraian biru terhadap warnanya. Sedangkan
bagi kami manusia, Oksigen besar bagi
kehidupan dan warna kebiruan langit adalah
lebih berupa simbolik lambang refleksi lautan
keilmuan yang boleh diterokai oleh manusia
nanti.”
“Begitulah dengan bumi,” Kata Abu Arwah.
“Apalah faedah almari pada pokok kayu di
bumi. Sedangkan ianya berasal dari diri pokok
kayu itu sendiri dan untuk apa permata bagi batu
gunung-ganang. Jika batu tidak memerlukan
permata dalam kehidupannya.”
“Demikianlah dengan soal-soal furqan lain yang
terbit dari muka bumi tidak dapat
dimunafaatkan oleh muka bumi bagai tidak
bergunanya sebuah almari cantik kepada
sepokok batang balak di belantara.”
“Sebab itulah Tuhan…,” Kata Abu Arwah.
“Bumi, lautan, sungai dan tasik beserta gunung-
ganang tidak berminat untuk menerima tawaran
Kamu sedangkan kami manusia ternampak
faedah almari pada kehidupan. Faedah permata
pada cincin berlian dan faedah oksigen kepada
nafas-nafas kehidupan. Justeru itulah kami
meminta Kamu Tuhan agar menerima pelawaan
kami untuk menerima tawaran amanah yang
ditawarkan, demi faedah Kamu dan faedah
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
19
kami. Faedah bersama di antara Tuhan dan
manusia.”
“Sesungguhnya pada kedudukan inilah…”
“Kami manusia sanggup menunaikan segala
syarat yang ditentukan oleh Kamu dengan
pertolongan Kamu dan kekuatan Kamu.”
“Sesungguhnya…,” Ujar Abu Arwah.
“Syarat pertama hingga ketujuh (Surah:23: Al
Mukminuun:17) yang dikena oleh Kamu, bukan
suatu yang teramat payah untuk dilunaskan. Jika
terzahirnya pertolongan Kamu dan kekuatan
Kamu di sisi kami (Surah:35: Faathir:10). Di
hakikat tidak ada kelemahan bagi kami apabila
kuasa Tuhan berada di sisi kami.”
“Sebaliknya…,” Kata Abu Arwah.
“Jika Kamu mensyaratkan kepada kami, kena
melayakkan diri bagi menerima tawaran Kamu.
Maka Kamu jua tidak akan terlepas dari syarat-
syarat yang bakal dikenakan oleh kami kepada
Kamu. Jika tawaran ini hendak diberikan
kepada kami.”
“Syarat pertama.” Kata Abu Arwah.
“Kamu Allahu„azzawajalla, yakni Diri Kuasa
yang bersifat khaliq yang menjadikan setiap
sesuatu kejadian di alam maya hendaklah
mengisytiharkan diri Kamu sebagai Tuhan
semesta alam (Surah:3: Ali „Imran:18) dengan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
20
kami manusia akan menyaksi kewujudan dan
kezahiran ketuhanan Allahu„azzawajalla di
singgahsana ketuhanan dengan diri setiap
manusia memperakukan diri bertaraf hamba
kepada Tuhannya.”
“Syarat kedua.” Kata Abu Arwah.
“Kamu setelah mengisytiharkan diri Kamu
sebagai Tuhan semesta alam dan disaksikan
oleh kami manusia sejagat. Maka Kamu
hendaklah bersifat dengan sifat Asma ul Husna
(Surah:20: Taaha:8). Di taraf nama Asma ul
„Azam yang mempunyai sembilan puluh
sembilan (99) nama perjawatan bagi mencukupi
keperluan alam pemerintahan Tuhan semesta
alam serta ianya hendaklah dikuatkuasakan
sebelum terlahirnya manusia pertama yang
bersifat Adam Abu Basyar yang kemudian akan
dihantar ke muka bumi bersama manusia kedua
yang bernama Hawa Ummul Basyar.”
“Syarat ketiga.” Kata Abu Arwah.
“Kamu hendaklah menjadi Tuhan sebenar-benar
Tuhan (Surah:20: Taaha:49-50) dan Kamu tidak
akan sekali-kali membenar mana-mana diri atau
kuasa mensyirikkan kamu buat selama-lamanya
(Surah:112: Al Ikhlaas:4) dengan Kamu
bersedia untuk disembah dan bersedia untuk
menolong hamba Kamu (Surah:1: Al Fatihah:5)
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
21
apabila diminta pertolongan daripada Kamu.
(Surah:2: Al Baqarah:186)”
“Syarat keempat.” Kata Abu Arwah
“Kamu di sifat Tuhan hendaklah mengajar
manusia dengan ilmu dan hikmah pada setiap
masa dan setiap ketika. (Surah:96:Al „Alaq:5)
Dan Kamu hendaklah mengadakan kitab-kitab
Kamu yang mengandungi ayat-ayat Kamu
dirupa perintah dan peringatan Kamu dan
dengan sifat Ar Rahman jualah Kamu mengajar
manusia. (Surah: 55:Ar Rahman :1-4). Ini
bermakna segala punca kemajuan yang berada
di alam ilmu Kamu hendaklah Kamu zahirkan
kepada manusia menerusi keupayaan akliah dan
laduni bagi membolehkan manusia
mengarcakan ilmunya di wajah kemajuan diri
dan kemajuan muka bumi.”
“Syarat kelima.” Kata Abu Arwah
“Kamu hendaklah menjadikan bumi tempat
kehidupan yang dihiasi dengan sumber-sumber
kehidupan yang sempurna (Surah:18: Al
Kahfi:7) bagi membolehkan manusia beribadat
kepadamu pada dua rupa ibadat yakni ibadat
asas ditaraf Aamanu dan ibadat Pengaslihan di
taraf ibadat „Amilusshalihaat.”
“Syarat keenam.” Kata Abu Arwah
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
22
“Kamu Tuhan hendaklah menzahirkan rezeki
kepada kehidupan manusia meskipun kuasa
penentuan terhadap pembahagian rezeki tersebut
terletak kepada kuasa mutlak Kamu. Di hakikat
Tuhan yang tidak memiliki tabung rezeki
kepada hambaNya tidak layak menjadi Tuhan
dan Tuhan yang tidak ada tabung rezeki wajib
tertandus kuasa pertolongan ketuhanannya. Satu
amaran kepada Tuhan agar melihat soal rezeki
dan kesenangan kepada mereka yang beriman
bukan boleh dipermainkan.”
“Syarat ketujuh.” Kata Abu Arwah
“Kamu Tuhan hendaklah memanggil pulang
pada mana-mana manusia yang sepatut pulang
ke pangkuan kamu. Dengan diri mereka akan
dinilai sepenuhnya oleh Kamu berdasarkan
usaha amalan yang dibuat oleh mereka di
sepanjang hayat di dunia (Surah:53:An
Najm:39-40) serta mempertimbangkan kesucian
nafsu mereka (Surah:11: Hud:23) di taraf yang
boleh melayakkan hamba kamu menemui
Tuhannya (Surah:18: Al kahfi:110) dengan rupa
syurga adalah kampong halaman lama yang
dapat dipijak semula oleh mereka setelah
berjuang di muka bumi di atas kehendak
Tuhannya.”
“Syarat kedelapan.” Kata Abu Arwah
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
23
“Kamu sebagai Tuhan kenalah mengetahui
kelemahan manusia. Di makna sebarang
kesalahan manusia terhadap kamu selain dari
syirik (Surah:4: An Nissak:48) hendaklah diberi
pengampunan (Surah:39: Az Zumar:53). Jika
seseorang hamba tersebut telah bertaubat di
maqam Taubatan Nasuha (Surah:66: At
Tahrim:8). Sesungguhnya inilah pengampunan
yang membayangkan sifat Ar Rahim terwujud
pada Tuhan semesta alam dan tiada sekutu
bagiNya.” Kata Abu Arwah mengakhir kata
memuji Tuhannya.
Lalu Tuhan mencelah.
KataNya.
“Kami bersetuju dengan syarat-syarat yang
dikemukakan oleh kamu manusia dan Kami
akan menunainya. Jika kamu manusia
memenuhi kehendak-kehendak yang
disyaratkan oleh tawaran.”
“Sebaliknya…,” Kata Tuhan.
“Manusia juga kenalah mengetahui kelebihan
dirinya yang dikurniakan oleh kerajaan
ketuhanan kepada mereka di atas persetujuan
mereka menerima tawaran ini.”
Ujar Tuhan.
“Adapun kelebihan dan keistimewaan
ketuhanan yang diberi secara khusus kepada
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
24
manusia setelah manusia menerima tawaran ini
bolehlah diklasifikasikannya kepada lima (5)
perkara.”
“Satu.” Kata Tuhan.
“Manusia akan berkelayakan menjadi hamba
dan akan bertaraf hamba kepada Kami. Yakni
Kami, Tuhan sekelian alam. Satu taraf yang
tidak pernah diwujudkan sebelumnya tetapi
taraf ketinggiannya ini dikurniakan oleh Kami
di atas sifatnya sebagai „Aabidin (orang yang
berbakti kepada Tuhannya) ditaraf jawatan
Khalifah Allah di muka bumi (Surah:6: Al
An‟aam:165).”
“Ini bermakna.” Kata Tuhan.
“Manusia akan menjadi serugi-rugi makhluk.
Jika peluang sebesar ini dipermainkan oleh
mereka.”
“Dua.” Kata Tuhan.
“Kami, Tuhan sekelian alam akan
memerintahkan pada setiap kejadianNya di alam
maya agar tunduk kepada manusia (Surah:22:
Al Hajj:65). Di hakikat manusia berhak
menggunapakai mana-mana makhluk Allah
untuk kepentingan kebaikannya atau
menggunapakai makhluk Allah untuk kemajuan
dirinya dan muka bumi, meskipun di tahap
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
25
terpaksa membunuh dan membinasakan
makhluk berkenaan.”
“Ini bermakna.” Kata Tuhan
“Manusia akan menjadi serugi-rugi makhluk.
Jika peluang sebesar ini dipermainkan oleh
mereka.”
“Tiga.” Kata Tuhan.
“Manusia yang hidup di muka bumi nanti
berhak kembali ke alam akhirat dengan dirinya
berkampung semula di syurga seumpama awal
baka kejadiannya setelah terlahirnya hari
kebangkitan (hari akhirat). Jika dirinya di masa
itu memiliki bekalan akhirat yang cukup
(Surah:59:Al Hasyr:18-19). Di tahap dirinya
bertaraf taqwa (Surah:65:At Talaq:2-3),
mukmin (Surah:23:Al Mukminun:1-11) dan
bernafsu Mutmainnah (Surah:89:Al Fajr:27-30)
serta dirinya tidak pula sekali-kali syirik kepada
Tuhannya (Surah:18:Al Kahfi:110).”
“Ini bermakna.” Kata Tuhan
“Manusia akan menjadi serugi-rugi makhluk.
Jika peluang sebesar ini dipermainkan oleh
mereka.”
“Empat.” Kata Tuhan.
“Manusia yang hidup di muka bumi selepas
bersetuju menerima tawaran amanah kami.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
26
Maka mereka berpeluang menjana kemajuan
dan kemewahan hidup dengan menggunapakai
sumber natural alam (Surah:57: Al Hadid:25)
serta menterjemahkannya menjadi furqan
(Surah:6: Al An‟aam:104).”
“Di samping pada masa yang sama manusia
berpeluang meneroka rahsia ayat-ayat Kami
yang terkandung di dalam kitab-kitab Kami
(Surah:27: An Naml:75). Bagai rupa penerokaan
khazanah rahsia yang terdapat pada sumber-
sumber alam maya. Satu penerokaan dari dua
(2) sumber yang tidak terwujud dan diwujudkan
oleh Kami kepada mana-mana makhluk
sebelumnya.”
“Ini bermakna.” Kata Tuhan.
“Manusia akan menjadi serugi-rugi makhluk.
Jika peluang sebesar ini dipermainkan oleh
mereka.”
“Lima.” kata Tuhan.
“Manusia yang hidup di muka bumi selepas
bersetuju menerima tawaran amanah kami.
Maka mereka berpeluang memiliki ilmu di
tahap yang tertinggi. Satu tahap ilmu dan
keilmuan berbentuk teori dan formula
(Surah:72: Al Jin:16) yang boleh
mempermudahkan dan mempercepatkan
manusia di dalam urusan kehidupan bagai
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
27
terurusnya urusan hidup dalam sekelip mata
(Surah:54: Al Qamar:49-50).”
“Ini bermakna.” Kata Tuhan.
“Manusia akan menjadi serugi-rugi makhluk.
Jika peluang sebesar ini dipermainkan oleh
mereka.”
Maka setelah kedua-dua pihak meneliti butiran
syarat-syarat yang diberi oleh pihak masing-masing.
Maka kedua-dua pihak bersetuju mengadakan majlis
sumpah perjanjian ketuhanan dan kehambaan. Satu
majlis yang dihadiri oleh segala roh keturunan Adam
Abu Basyar. (Surah:7:Al A‟raaf:172) Satu perjanjian
yang mengikat Tuhan terhadap hambaNya dan mengikat
hamba terhadap Tuhannya. Masing-masing harus
menjalankan tugas masing-masing disifat Tuhan kena
bersifat Tuhan dan manusia kena bersifat hamba kepada
Tuhannya.
Selesai
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
28
Pusaka Tua
Bekalan Wanita
Muqaddimah
Sejauh mana burung melayang. Pasti berakhir
kakinya di dahan. Demikian ibarat suami bertapakkan isteri di
dalam sebuah rumahtangga. Justeru itu keceriaan dahan mesti
dijaga. Hati isteri mesti terpelihara. Baru anak dilihat perhati.
Rumahtangga bercahaya bahagia.
Maka sesungguhnya di ruangan ini tidak lengkap
rasanya, jika pusaka tua tidak dihadiahkan kepada ibu berjasa.
Sedangkan kegersangan banyak berlaku pada dahan.
Terutama apabila burung bersayap dan terlupa paruh tajam
mungkin tertumpul. Justeru itu terimalah ibu sedikit halawa
peninggalan tua yang berkat lagi menjadi untuk dipusakai di
tapak baiah keilmuan nabi dipangkal wasilah asli.
Pertama:
Doa Tali Kecintaan Ibu
Ikatan kasih Tidak Terputus
`Bismilaahi nurum mubiin -+-
Wasultaanul kariim -+- Wabi‟ainillaahil hakim -
+- fi azwaajii -+- wa baiti hubbaa „umratil
wustaa -+- Lamfishaamalaha -+- Wallaahi
quwwatallaah -+- Wallaahi quwwatallaah -+-
waquwwata baiti hubbaa -+-
Yaa hubbi qalbi -+- farudduu ilaa
„indinafsi -+- bal buyuutis samaai a‟laa -+- lam
yukhlif ardhi abada -+- Salaamun „alaika -+-
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
29
wasalaamun „alaa „indi -+- Walhamdu lillaahi
rabbil „aalamiin.
Dengan nama Allah (pemilik) cahaya nyata. Pemilik
kuasa yang mulia. Dan dengan mata Allah yang
bijaksana. (melihat) ke atas suamiku dan rumah
kecintaanku. Diikatan tidak terputus. (Maka) Wahai
kekasih hati. Kembalilah ke sisiku. Sedangkan
burung di langit tinggi. Tidak pernah melupai bumi
abadi. Sejahteralah ke atas engkau dan sejahteralah
ke atas sisiku. Dan segala puji bagi Tuhan sekalian
alam.
Munafaat Berkat
Sedu Sedih Kecintaan Ibu
Kata Si Tua.
Jika suami terhilang di mata. Mulut tertutup tidak
berbicara. Dihubung tidak terhubung. Kerinduan
tidak pernah terhenti. Maka bacalah doa di atas pasti
suami akan kembali. Ke pangkuan isteri. Lalu bila
terjadi. Sambutlah suami seumpama-seperti. Senyum
manis hendaklah diberi. Membuat suami terpaut hati
dan rindu kepada rumah tangga sendiri. Amin-amin
berkat doa sama-sama dikongsi. Wallaahu a‟alam.
…Lihat m/s:177
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
30
Gambar kenangan tanda persetujuan World Philosophical
Forum oleh Classical Philosopher Prof. Dr. Igor Kondrashin,
President WPF bekerjasama dengan Hafizul Publications menzahirkan Special Project For The Eyes Of The World
menerusi pengedaran buku Halawa Al Fathun Nawa. Gambar
kenangan ini dirakam semasa Persidangan Tahunan ke Lima World Philosophical Forum di Athens, Greece pada 1hb
Oktober 2014.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
31
Cebisan Kedua
Perjanjian
Di Antara Tuhan Dan Iblis
Dipetik Dari Buku
Al Fathun Nawa.
Jilid 3 - 2014
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
32
Satu Perbincangan
Mengenai Kuasa-kuasa Penggoda
Iblis Terhadap Manusia
Di Bawah Perjanjian: Irrevocable Power Of
Attorney.
Muqaddimah
Buat kali ini Pengarang cuba memberanikan diri
menzahirkan satu plot cerita tentang kisah Iblis dan
Tuhan berikutan peristiwa keengganan Iblis sujud
menghormati kezahiran Adam a.s sebagai khalifah Allah
pertama di muka bumi dengan berakhir Iblis bertindak
di rupa penggoda manusia. Satu fenomena kehidupan
yang perlu diawasi oleh manusia di sepanjang hayat di
dunia.
Maka untuk kali ini Pengarang cuba
menzahirkan plot ceritanya bukan secara prosa (bahasa
biasa). Tetapi diplotkan secara novelist style agar
butiran cerita yang diriwayatkan oleh Al Quran dapat
difahami secara mudah oleh anak cucu dengan ibrah
pengajarannya dapat diserap terus dan dipraktikkan
secara langsung oleh anak cucu di dalam kehidupan
seharian.
Sesungguhnya catitan ini teramat mustahak
dibuat agar membolehkan anak cucu melahirkan
tujuan penulisan kepada lima (5) perkara:
Satu: Bertujuan membuka ruang kepada diri
mengenal diri dan mengenal asal usul diri. Di hakikat
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
33
biar diri tahu. Dari mana datangnya diri. Dan
kemanakah diri selepas ini serta dimaksud apakah diri
dizahirkan di dunia. Sesungguhnya sikap ingin
mengetahui asal usul diri dan tujuan diri didatangkan ke
dunia ini akan membuka minda dan pemikiran diri bagi
membolehkan diri bertindak dalam kehidupan seharian
secara yang lebih berkesan. Maka bagi tujuan ini
tanyalah kepada diri sendiri dan jawapannya berada di
dalam kisah yang akan diperkatakan.
Dua: Bertujuan membuka ruang kepada diri
mengenal Iblis dan syaitan. Di hakikat bila diri
mengenal Iblis dan syaitan. Maka secara automatik diri
akan mengenal Tuhan. Lantaran kedua-duanya
mempunyai sifat bertentangan di rupa gelap dan siang.
Lalu diri diasuh ke arah Tuhan dan meninggalkan Iblis
dan syaitan. Justeru itu kisah Iblis dan Tuhan perlu
diberi perhatian.
Tiga: Bertujuan membuka ruang kepada diri
mengenal rupa wawasan Tuhan. Satu wawasan yang
perlu dizahirkan oleh diri yang ingin bertaraf manusia
dengan mewajahkan diri di rupa Khalifah Allah Di
muka bumi. Di suasana diri tahu berusaha ke arah
pencapaian diri di tahap: A‟abidin (orang berbakti
kepada Tuhannya) pada taraf darjat: „Ibaadillaahis
shaalihiin (Hamba Allah yang soleh). Maka kisah Iblis
dan Tuhan boleh menzahirkan kesimpulan panduan.
Empat: Bertujuan membuka ruang kepada diri
mengenal dan mengetahui rupa modul taktik dan strategi
Iblis dan syaitan menggoda manusia. Satu pengetahuan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
34
yang patut diketahui agar diri dapat menjaga diri. Diri
boleh mengelak diri dan diri boleh mencari sasar. Di
hakikat kehidupan dan syaitan tetap berada di
gelanggang dengan diri harus diletakkan dalam
kewaspadaan. Di kedudukan kisah Iblis dan Tuhan
boleh mendedahkan rupa kerenah kebiadapan Iblis dan
syaitan.
Kelima: Bertujuan membuka ruang kepada diri
mengenal agama. Mengenal asal usul agama. Apakah
dia yang dikatakan agama. Kenapakah agama
diperlukan oleh manusia. Lalu kenapakah pula Islam
dipilih sebagai agama yang perlu dianuti. Di samping
dari kisah ceritanya nanti dapatlah pula anak cucu
menggali beberapa perkara penting tentang agama yang
jarang didedahkan oleh para pendakwah agama
selazimnya. Enam (6) diantaranya adalah seperti
berikut:
(a): Inilah satu kisah yang mendedahkan
ingredient agama tentang soal terwujudnya martabat
Tuhan dan hamba yang diwujudkan oleh
Allahu„azzawajalla (Surah:7: Al A‟raaf:172) dengan
mengamanahkan taraf terpenting ini (Yakini taraf
hamba) kepada manusia setelah manusia menerima
tawaran amanahnya (Surah:33: Al Ahzab:72) dengan
berakhir manusia dihantar ke muka bumi untuk
mengarcakan wawasan Allahu„azzawajalla di atas
konsep: Aamanuu wa‟amilusshaalihat di wajah
bangsa kejadian Tuhan yang maju dan berupaya menjadi
maju di dunia dan maju di akhirat dengan menjadikan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
35
dunia sebagai wakaf pelaburan kehidupan (Surah:18: Al
Kahfi:7).
(b): Inilah satu kisah yang mendedahkan
ingredient agama tentang terzahirnya tugas manusia di
dunia dan manusia kena hidup di dunia dan kena mati di
dunia (Surah:7: Al „Araaf:25) sebelum setiap diri
manusia boleh kembali semula ke alam akhirat. Maka
semasa hidup di dunia manusia kena ada peraturan
hidup (Surah:22: Al Hajji:67). Lalu diadakan oleh
Allahu„azzawajalla peraturanNya (Syariat cara
hidupnya) dan peraturan-peraturan itulah yang dikatakan
syariat agama yang bersifat Add-Diin – The Natural
Way of life.
(c): Inilah satu kisah yang mendedahkan
ingredient agama dikala kezahiran peraturan hidup di
muka bumi (agama) yang menghurai cara dan kaedah
pelaksanaan (Syariat) konsep wawasan: Aamanuu
wa‟amilusshaalihat. Maka pada setiap zaman bermula
dari zaman Adam a.s manusia mula dibekalkan oleh
Tuhan semesta alam dengan syariatnya masing-masing
(Surah:22: Al Hajji:67). Lantas bagi umat terakhir.
Syariat Muhammad s.a.w digunapakai sebagai syariat
yang terunggul untuk manusia selama-lamanya
(Surah:34: As Sabak:28).
(d): Inilah satu kisah yang mendedahkan
soal akujanji manusia dan sumpah keta‟atan manusia
kepada Tuhannya. Di mana sumpah yang dibuat tidak
akan ke mana. Jika akujanji yang dibuat tidak diuji
(Surah:29: Al Ankabuut:2). Maka kebetulan dengan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
36
berlaku peristiwa Iblis. Batu penguji terbentuk bagi
maksudnya. Iblis dan syaitan diperturunkan kuasa dan
diberi kuasa menguji kekuatan manusia dalam
beragama. Mereka menguji manusia dalam soal
keimanan dan ketauhidan terhadap Tuhannya. Di
samping terus melalaikan manusia dari tugas dan
tanggungjawabnya di muka bumi.
(e): Inilah satu kisah yang mendedahkan kepada
manusia tentang perlunya manusia memahami bahawa
setiap manusia itu adalah baka akhirat dan kena
kembali ke alam akhirat. Dan setiap manusia itu
adalah baka syurga dan kena kembali ke syurga seperti
taraf kejadian asalnya. Manusia jua kena kenal bahawa
dirinya adalah baka kenal Tuhan (ma‟rifat Tuhan) dan
baka mengenal Tuhan (mema‟rifatkan Tuhan). Maka
usaha ke arahnya perlulah dilakukan. Terutama apabila
kisah Iblis dan Tuhan terpacak difikiran.
(f): Inilah satu kisah yang mendedahkan kepada
manusia tentang isu konsep dan falsafah yang
diterangkan oleh Allah Ta‟ala melalui ayat-ayat
KitabNya. Satu keterangan yang teramat penting
diketahui oleh setiap manusia beragama.
Oleh itu bacalah anak cucu. Semoga catitan
novelis style yang diperbuatkan ini akan menzahir
faedah adanya dan sebarang kelemahan penulisan
dimohon maaf adanya.
Terima Kasih.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
37
Kuasa-Kuasa
Pengoda Iblis Terhadap Manusia Di Bawah
Perjanjian: Irrevocable Power Of Attorney.
Sesungguhnya sifat jahat Iblis dan sifat
penggodanya bersama syaitan untuk memesong
ketauhidan dan keimanan manusia (Surah:38: Shaad:82)
terhadap Tuhan menerusi syirik dan kejahatan
(Surah:24: An Nuur:21) telah lama diketahui umum.
Satu kerenah yang merumitkan manusia dalam
mentauhidkan Tuhannya (Surah:36:Yaasin: 60-61),
Satu kerenah yang perlu diawasi oleh manusia
(Surah:41:Fussilat:36) agar kesyirikan terhadap
Tuhannya tidak berlaku dengan keimanan dirinya pula
tidak tercacat kerana godaannya.
Namun begitu tahukah anak cucu dari manakah
kuasa-kuasa pengoda ini terzahir dan di atas nama kuasa
dan authority manakah yang digunapakai oleh Iblis
sehingga sifat dan sikap biadabnya melahirkan keadaan
semacam Tuhan sendiri tidak berkuasa untuk
menghalangnya (Surah:38: Shaad:79-83).
Di suasana sifat Tuhan: Sebaik-baik Pemelihara
(Ahsanul Haafizan – Surah:12:Yusuf:64) tercabar di
kala manusia sendiri turut menyalahkan Tuhannya
kerana tidak memberi petunjuk kepada dirinya ketika
berlakunya kerja-kerja kejahatan sedangkan kuasa
pencegahannya tetap berada di tangan Tuhan semesta
alam.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
38
Maka bagi tujuan ini adalah tidak berat rasanya.
Jika anak cucu meruangkan masa seketika melihat dan
merenung kembali tentang kisah keengganan Iblis sujud
kepada Adam a.s. (Surah:2: Al Baqarah:34),
Satu peristiwa yang menjadi asas terlahir sebuah
perjanjian di antara Tuhan dengan Iblis dengan Tuhan
bersetuju melantik dan memperturunkan kuasa-kuasa
penggodaNya (Surah:7:Al A‟araf:15-18) terhadap
manusia dan keturunannya di sepanjang hayat manusia
bermula dari Adam a.s sehinggalah ke hari kiamat.
(Surah:7:Al A‟araf:27).
Satu perjanjian penangguhan murka yang
memenuhi sifat-sifat terwujud tawaran (Demand of
offer) Terlahirnya penerimaan (Acceptance of conditon),
Terwujudnya perkara-perkara persetujuan (Subject
matter), balasan dan faedah (Valuable Consideration)
serta tempuh tamat penguatkuasaan (Due of expired)
sepertimana penuhnya syarat-syarat perjanjian
perlantikan Wakil Kuasa pada sebuah perjanjian
memperturunkan kuasa: Power Of Attorney.
Satu perjanjian yang bersifat: Irrevocable
Power Of Attorney yang tidak boleh dibatalkan oleh
Tuhan sehinggalah cukup masa dan tempuhnya yang
dipersetujui.
Satu perjanjian yang benar-benar memenuhi
syarat-syarat perundangan seiring dengan proses
perundangan yang boleh diterimapakai oleh mana-mana
mahkamah di dunia.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
39
Chronology
Peristiwa Power Of Attorney.
Sejak dari awal masa, hubungan di antara Tuhan
dengan para malaikat begitu baik. Tuhan sentiasa dipuji.
Tuhan sentiasa ditasbih dan disuci-muliakan oleh
mereka. Satu sifat fitrah para malaikat yang dimuliakan
oleh Tuhan di sudut keta‟atan makhlukNya itu beribadat
kepada Tuhannya (Surah:21:Al Anbiyak:19-21).
Namun demikian keheningan hubungan di
antara Tuhan dan para malaikat terubah apabila
sempurnanya kejadian muka bumi dan Tuhan ketika itu
pula berkeinginan untuk mempelbagaikan cara dan
kaedah beribadat hambaNya kepada Tuhannya dari
konsep ibadat konvensional bertasbih dan bertahmid
yang diamalkan oleh para malaikat kepada satu cara dan
kaedah beribadat baru makhlukNya di muka bumi yang
lebih bersifat kontemporari berlandaskan konsep baru:
Aamanuu wa‟amilusshaalihat (beriman dan berashlih).
Satu modul baru kaedah pendekatan kehidupan
dan cara beribadat yang boleh menatijahkan muka bumi
menjadi maju dengan makhluknya tetap mentauhidkan
Tuhan dan beriman kepadaNya.
Maka bagi merealisasikan maksudNya ini. Lalu
Allah Ta‟ala mempelawa amanah wawasanNya itu
kepada seluruh makhluk dan kejadianNya. Semuanya
menolak termasuklah para malaikat. Tetapi diterima
oleh manusia. Meskipun manusia ketika itu masih
bertubuh ruh tanpa berjasad (Surah:33: Al Ahzab:72).
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
40
Sesungguhnya berita penerimaan manusia
terhadap amanah wawasan Allah Ta‟ala yang
berkonsep: Aamanuu wa‟amilusshaalihat di kedudukan
Allah Ta‟ala sendiri mengetahui sifat fitrah manusia itu
zalim dan jahil (Surah:33:Al Ahzab:72) mula
dipertikaikan.
Satu berita perkembangan baru yang menjadi
bahan rungutan dan perbualan para malaikat.
Kebimbangan para malaikat mula tertimbul. Bimbang
tentang kejahilan manusia tentang erti ketuhanan.
Bimbang tentang kejahilan manusia terhadap erti
memuliakan Tuhan dan menyucikan kedudukan Tuhan.
Di samping mereka bimbang tentang kezaliman
manusia terhadap sesama manusia dan kezaliman
manusia terhadap alam semula jadi. Malah mereka juga
teramat bimbang ke tahap manusia akan sanggup
mensyirik Allah dalam kehidupannya di muka bumi.
Meskipun muka bumi di masa itu akan menjadi maju
dengan keistimewaan kebolehan manusia yang tidak
dapat dilakukan oleh makhluk lain.
Sesungguhnya berita dan rungutan penerimaan
manusia dan kerestuan Tuhan terhadap manusia
menjalankan amanah Allah terus memuncak. Terutama
apabila berlakunya majlis perjanjian dan persumpahan
ketuhanan dan kehambaan di antara Tuhan dan manusia
(Surah:7:Al A‟raaf:172). Satu sumpah perjanjian yang
mengesahkan manusia akan dizahirkan secara berjasad
dan akan dihantar ke muka bumi bagi menjawat jawatan
Khalifah Allah di muka bumi.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
41
Ketegangan berita perlantikan manusia sebagai
Khalifah Di muka bumi bertambah lagi apabila Tuhan
memanggil Azazil – Ketua Malaikat yang teramat
dekat denganNya. Lalu menyatakan hasratNya untuk
menzahirkan manusia hidup berjasad di muka bumi
sesuai dengan fitrah untuk memajukan manusia dan
muka bumi sebagai tempat kediaman baru bagi manusia
berbakti kepada Tuhannya.
Dalam pertemuan itu, Azazil terang-terang
membantah dan menentang hasrat Tuhannya. Satu
penentangan dari suara para malaikat yang
menyebabkan golongan malaikat terbahagi dua, apabila
Azazil bersama penyokongnya enggan sujud
menghormati kezahiran Adam a.s dengan berakhir
Azazil dimurka dan berlakulah peristiwa penurunan
kuasa di bawah perjanjian perlantikan Wakil Kuasa:
Power Of Attorney penggoda keimanan dan ketauhidan
manusia terhadap Tuhannya.
Preamble
Power of Attorney
“Aku tidak setuju.”
“Dengan hasrat Kamu.”
“Malah Aku tetap berpendapat dan sependapat
dengan Kamu yang manusia itu sifat fitrahnya
zalim dan jahil dalam banyak hal.” Kata Azazil
memulakan bantahan.
“Mereka jahil
dalam soal beribadat kepada Tuhan.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
42
Mereka tidak boleh bersifat seperti kami para
malaikat yang setia beribadat dan mentasbihkan
Kamu.”
“Apatah mereka tidak pernah diuji dan teruji
tentang soal kesetiaan kepada kamu.”
Kata Azazil menerangkan isu.
Ujarnya lagi
“Penentangan ini…,”
“Bukan sekali-kali kami cuba menafikan
keupayaan manusia memajukan muka bumi.
Dan kami tidak menentang, jika muka bumi
hendak dijadikan tempat kediaman baru bagi
manusia.(Surah:7:Al A‟araf:10).”
“Penentangan kami…,”
“Hanya di atas kekhuatiran kami terhadap sifat
kezaliman dan kejahilan manusia sehingga
boleh mencemarkan kesucian Kamu. Tuhan
yang kami sembah dan Tuhan yang kami
beribadat dan mentasbih kepadaNya sejak
sekian lama dengan rekod perkhidmatan kami
yang tidak pernah tercalar (Surah:21:Al
Anbiyaak:19-21).”
“Jadi buat apa.”
“Dizahirkan manusia…,”
“Dengan niat untuk memajukan muka bumi
dengan wawasan kontemporari kaedah
beribadat. Di sebalik maruah dan kesucian
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
43
ketuhanan Tuhan yang kami sembah tercalar
kerana kezaliman mereka.”
“Percayalah Tuhan” Kata Iblis
“Seperti Kamu tahu.”
“Mereka bukan saja jahat kepada Kamu
(Surah:36: Yaasin:77) Tetapi jahat dan zalim
terhadap sesama mereka. Mereka akan bunuh
membunuh sesama mereka. Darah akan
mengalir. Api menjulang ke langit apabila sifat
dengki, khianat dan fasik tertumbuh pada hati
mereka. (Surah:2:Al Baqarah:30).”
“Lagi pun.”
“Percayalah. Tuhan.”
“Mereka tidak akan mengenal erti keamanan.”
“Mereka tidak akan mengenal erti kemurnian.”
“Sebaliknya.”
“Sifat ingin cepat (Surah:76:Al Inssan:27) dan
gelojoh dalam segala hal (Surah:90: Al Balad:4)
di sifat asalnya akan menjahanam keharmonian
alam sejagat,”
“Lalu apakah tidak cukup dengan apa yang ada.
(Surah:2:Al Baqarah:30). Tidak cukupkah lagi
pemujaan kami terhadap Kamu.”
“Tidak cukupkah kesucian dan kebesaran yang
kami berikan kepada Kamu. Tidak cukupkah
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
44
lagi dengan tasbih dan tahmid yang dilakukan
oleh kami. Satu makhluk yang tidak tahu
berehat kecuali terus menerus beribadat kepada
Kamu.” Hujah Azazil (Surah:21:Al
Anbiyaak:19-21).
“Maka di atas logik…..”
“Apakah.”
“Mustahaknya manusia dizahirkan dengan
amanah kamu akan terabai.”
“Malah banyak menyusahkan kamu dalam soal
penentuan kejituan keimanan dan ketauhidan
mereka terhadap kamu dengan mereka
diperakukan mereka sebagai hamba kepada
Kamu.”
“Maka…,”
“Percayalah Tuhan.”
“Manusia bukan sebaik-baik kejadian
(Surah:98: Al Bayyinah:6). Tetapi satu makhluk
kejadian kamu yang mudah hanyut dan terubah
rupa apabila diuji ketahanan dirinya
(Surah:34:As Sabak:20).”
“Oleh itu….”
“Aku nasihatkan Kamu agar membatalkan
hasrat Kamu untuk menzahirkan manusia dan
berpadananlah Kamu dengan apa yang ada
bersama dengan kami.” Seru Azazil.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
45
Jawab Tuhan.
“Tidak boleh…,Azazil.”
“Tidak boleh.”
“Bentangan amanah telah Aku buat.”
(Surah:33:Al Ahzab:72).
“Manusia telah sanggup menerima amanah.”
“Majlis sumpah setia ketuhanan dan kehambaan
telah pun dibuat (Surah:7:Al A‟raaf;172). Maka
Janji Aku tidak akan Aku permainkan
(Surah:3:Ali „Imran:9).”
“Lagi pun…,” Ujar Tuhan.
“Kenapa kamu tidak menerima amanah yang
ditawarkan (Surah:33:Al Ahzab:72).”
“Kenapa yang gagah berdiam diri dan menolak
tawaran amanah yang ditawarkan oleh Aku.
Termasuk kamu Azazil dan para malaikat yang
lain.”
“Ketika itu…,” Kata Tuhan
“Seribu alasan diberi. Seribu dalih diada-
adakan. Maka kenapa dibiarkan makhluk yang
zalim lagi jahil (manusia) tampil ke hadapan
dan berani menyahut cabaran dan menerima
tawaran.”
“Sedang di masa itu…,”
“Manusia tidak lagi layak menerima amanah.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
46
“Malah manusia juga tidak bertubuh dan
berjasad sama seperti kamu.”
“Dimakna mereka jua tidak layak untuk
memajukan muka bumi dan memunafatkan
barang yang ada di muka bumi. Justeru makhluk
yang bertubuh dan berjasad sahaja layak
melakukan kerja-kerja seumpama.”
“Di suasana kamu tahu Aku boleh menzahirkan
tubuh berjasad untuk kamu seperti apa yang
Aku akan lakukan terhadap manusia.”
“Lantas…,”
“Jika alasan kamu ketika itu sebegitu.”
“Maka kenapa pula pada pertemuan kali ini.
Kamu membantah hasrat Aku melantik
manusia sebagai khalifah di muka bumi
sehingga soal maruah kesucian Aku
dibimbangkan oleh kamu. Justeru sifat zalim
dan jahilnya manusia.”
“Kenapa…?” Tanya Tuhan.
Azazil terdiam.
“Oleh itu….,Azazil,”
Kata Tuhan.
“Serahkanlah kepada Aku.”
“Aku lebih mengetahui dengan barang yang
kamu tidak mengetahui (Surah:2: Al
Baqarah:30).
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
47
Pertemuan berakhir.
Tuhan tetap meneruskan hasratNya. Adam
manusia pertama dizahirnya secara berjasad. Satu jasad
hidup yang bertubuh dua. Jasmani dan rohani yang
teramat relevan untuk berfungsi mengarcakan kehidupan
di dunia (Surah:18:Al Kahfi:7) dan kemajuan untuk
akhirat (Surah:59: Al Hasyr:18).
Setelah Adam sempurna dijadikan. Hawa isteri
Adam pula dizahirkan. Adam diajar dengan ilmu di
tahap: Ilmu Asmaa ul a‟zam (Surah:2: Baqarah:31).
Satu taraf berilmu yang diperakui tinggi oleh para
malaikat (Surah:2:Al Baqarah:32). Satu taraf ilmu yang
menjadi ibu segala ilmu yang cukup sempurna lagi
berupaya memajukan dunia dan diri manusia.
Maka demi menghormati kezahiran Adam.
Makhluk baru yang dilantik menjadi khalifah di muka
bumi. Allah terus meminta semua para malaikat sujud
kepada Adam (Surah:2:Al Baqarah:34).
Azazil seperti sikap awal dipertemuannya
dengan Tuhan tetap dengan pendiriannya. Dia enggan
sujud. Di hakikat pandangannya terhadap manusia tidak
jua berubah.
“Aku tidak mahu tunduk.”
“Aku tetap dengan pengetahuan ilmu yang
diajar olah Tuhan aku.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
48
“Kejahilan dan kezaliman manusia terhadap
Tuhan dan muka bumi wajib berlaku. Nilai
ketuhanan tidak akan terserlah kerana mereka.
Mereka akan sembah Tuhan. Bukan kerana
Tuhan. Tetapi kerana benda..”
“Jadi kenapa perlunya aku sujud kepada
kejahatan seumpama ini.”
.
“Sedang Tuhan sendiri tahu akan kerenah dan
padah yang akan menimpa kepada alam
ketuhanannya dan menzahirkan bencana pada
muka bumi,”
“Maka…,”
“Demi kesucian Tuhan aku dan demi kejadian
aku lebih baik dari mereka
(Surah:38:Shaad:76).”
“Maka patutkah aku memberi penghormatan
kepada makhluk (Adam dan keturunannya)
yang akan mencelakakan Tuhan aku. Dengan
aku berdiam diri di hadapan kejahatan yang
telah aku ketahui akan berlaku di dunia.”
“Jawabnya tidak.”
“Selagi Azazil bernama Azazil dan Tuhan
bertahtakan Tuhan. Manusia tidak perlu
dihormati.”
“Ini bermakna…,”
“Aku tidak bermusuh dengan Kamu - Tuhan.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
49
“Aku tidak sekali-kali syirik dengan kamu. Aku
cuma tidak mahu menghormati manusia yang
akan menjahanamkan maruah ketuhanan aku.
Yakni Tuhan yang aku sembah dan Tuhan aku
yang sanjung selama ini.”
“Nanti…,”
“Kamu akan tengok .”
“Manusia akan lupa tujuan asal mereka dihantar
ke muka bumi.”
“Manusia akan lupa tentang amanah yang
diterimanya.”
“Manusia akan lupa tentang soal ketuhanan.”
“Manusia akan lupa tentang soal ketauhidan.”
“Mereka akan lupa soal menyucikan Tuhan.”
“Di sebalik kesibukan diri masing-masing lebih
tertumpu kepada soal kehidupan yang
melalaikan mereka terhadap ketuhanan.”
“Kamu tengoklah Tuhan.”
“Majunya muka bumi bukan kerana manusia
bertuhan kepada Kamu.”
“Majunya muka bumi banyak dibuat oleh orang
bukan bertuhan (kafir) kepada kamu.”
“Sedangkan orang yang bertuhan kepada kamu
di muka bumi ketika itu lalai untuk memajukan
dirinya dan memajukan muka bumi. Malah
mereka asyik dalam kehidupannya seharian
berbincang dan mencari benda lain agar syurga
dapat dimiliki dengan Tuhan diletakkan di
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
50
belakang dan mendakwa kamilah golongan
rapat dengan Tuhan.”
“Lalu…,” Kata Azazil.
“Apakah golongan makhluk seumpama ini
kezahirannya perlu diberi penghormatan. Perlu
disujud dan dibelai” Tegas Azazil membuat
keadaan bertambah tegang.
Tuhan Murka Azazil
Maka melihat kepada sikap Azazil dan
penyokong-penyokongnya terus berdegil dan tidak
mahu bertolak ansur dengan kehendak Tuhannya. Maka
Tuhan mula murkainya.
“Baiklah…!”
“Kalaulah begitu,”
“Keluarlah kamu dari sini (syurga) dan kamu
semua termasuk di kalangan mereka yang
dimurkai (Surah:38:Shaad:77).”
Sergah Tuhan seseru alam.
Satu sergahan yang mengejutkan Azazil. Satu
sergahan keputusan di luar jangkaannya. Satu sergahan
besar yang tidak pernah berlaku di sepanjang
berhambanya dia dengan Tuhan sekalian alam.
Azazil termenung seketika. Kemurkaan Tuhan
benar-benar dirasainya. Jauh dari telahan ianya akan
berlaku. Tetapi berlaku di hadapannya. Di suasana
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
51
dirinya tahu niat baiknya terhadap Tuhan dan
pandangannya itu bukannya sekali-kali berupa
penghinaan terhadap Tuhan yang sekian lama
didampinginya.
Sebaik reda.
Azazil perlahan meluah kata.
“Apakah…,”
“Sampai ke tahap ini…Tuhan”
“Tindakan Kamu terhadap aku,”
“Sedangkan kita…,”
“Telah lama berhamba – Bertuhan.”
“Bukannya sehari dua.”
“Sejak dahulu kala.”
“Maka apakah kerana manusia hendak dijadikan
Khalifah di muka bumi. Kusut hubungan kita.”
“Sesungguhnya Tuhan.”
“Teguran aku…,.”
“Bukannya untuk aku. Tapi untuk Kamu dan
sebagai hamba lama yang diajar dengan ilmu
oleh Kamu. Patutkah aku berpeluk tubuh dan
berdiam diri.”
“Walhal Kamu sendiri lebih mengetahui akibat
hujung jatuh berurusan dengan manusia zalim
dan manusia jahil. Di sebalik perkara yang
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
52
dibangkit bukan soal lain. Tetapi soal maruah
ketuhanan Kamu tercalar dan ianya tidak pernah
berlaku di zaman kami para malaikat berbakti
kepada Tuhan kami.”
“Namun….,”
“Kalaulah itu keputusan Kamu.”
“Tak mengapalah.”
“Aku terima.” Sahut Azazil sedih.
“Walau bagaimana pun….,”
Ujar Azazil.
“Berikanlah tempuh kepada aku dan puak-puak
aku untuk membuktikan kepada manusia dua (2)
perkara yang menjadi pokok pertikaian kami.”
“Dua perkara yang melibatkan sifat fitrah asal
kejadian manusia yang dicipta oleh Kamu.”
“Yakni sifat.”
“Zalim dan Jahil.”
“Dua sifat yang difitrah oleh Kamu di awal
kejadian mereka. Dua sifat yang telah
difitrahkan Kamu sebelum manusia menerima
amanah dan dicadangkan menjadi khalifah di
muka bumi.”
“Dua sifat seumpama api dan panas yang
tersembunyi di dalam seketul batu dan ianya
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
53
boleh menyala pada bila masa. Jika digoriskan
permukaannya,”
“Dua sifat yang boleh menzahirkan perangai
dan tingkah laku manusia yang akan
mencalarkan maruah kehambaan dan ketuhanan
kamu.”
“Dua sifat yang teramat rapuh lagi mudah pecah
menjadikan rupa dan sifat hakikinya lebih hina
dari binatang ternakan (Surah:7: Al
A‟raaf:179).”
“Dua sifat yang mendorong manusia menjadi
musuh Kamu yang nyata dan tidak berpadanan
dengan harapan kamu di kala ini (Surah:36:
Yasin:77).”
“Tak mengapalah.”
“Tuhan…,Di kala ini.”
“Kamu murkakan aku…,”
“Kerana aku enggan sujud kepada manusia.”
“Aku dikatakan angkuh.”
“Kerana enggan menghormati manusia yang
akan mencemar maruah ketuhanan.”
“Tetapi…”
“Apakah di masa depan…,”
“Aku sebagai hamba lama Kamu terpaksa
berkata…,”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
54
“Di saat Kamu melihat manusia yang menjadi
harapan Kamu ketika ini, bersifat durhaka dan
menjadi musuh kepada Kamu (Surah:36:
Yasin:77). Sinis Azazil.
“Lagi pun…,” Kata Azazil
“Apakah Kamu di masa depan nanti…?
“Sanggup mendengar aku berkata di hadapan
Kamu di muka bumi.”
“Tak...,”
“Mengapalah Tuhan.” Sindir Azazil
“Manusia itu hanya dari segumpal darah
(Surah:96: Al „Alaq:2) dan dijadikannya bukan
dari barang yang mulia - dari air yang hina
(Surah:77: Al Mursalaat:20).”
“Maka tidak peliklah…,”
“Kalau manusia mudah lupa diri dan lupa
sejarah kejadiannya (Surah:36:Yaasin:77-79)
serta sanggup menjadi musuh yang nyata
kepada Kamu (Surah:16:An Nahl:4). Di saat
Kamu di ketika ini telah pun mengetahui apa
yang akan terjadi di muka bumi.”
“Lalu…,”
“Jika itulah yang Kamu mahu kerana beria-ria
hendak mengubah kaedah beribadat dan kerana
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
55
Kamu ingin melihat muka bumi maju kerana
manusia.”
“Maka…,”
“Aku berlindung dari fitnah yang amat nyata.”
Hujah Azazil mencurah rasa.
Soal Jahil Manusia
Katanya lagi.
“Percayalah Tuhan.”
“Manusia tetap jahil dan tidak akan mengubah
kejahilan asalnya (Surah:33:Al Ahzab:72). Satu
sifat yang tidak akan diperbaiki oleh manusia.
Malah manusia lebih senang bersifat jahil dan
terus menjadi jahil.
“Manusia…,”
“Tetap akan jadi jahil.”
“Apabila dirinya berilmu. Tidak tahu yang
dirinya berilmu dan tidak tahu untuk apakah
ilmu yang dimiliki oleh dirinya dan tidak tahu
kenapa perlu dirinya berilmu dengan ilmu yang
dituntut olehnya. (Surah:13: Ar Ra‟d:16).”
“Sesungguhnya kejahilan manusia mengetahui
dirinya berilmu akan membuat dirinya berdiri di
rupa manusia yang tidak berilmu (Surah:2: Al
Baqarah:44) dan kejahilan manusia mengenal
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
56
ilmu miliknya akan menyebabkan bisa-raja
ilmunya terhilang kegunaannya dalam
kehidupan (Surah:6: Al An‟aam:104). Manakala
kejahilan manusia mengetahui tentang perlunya
diri berilmu akan membuat dirinya kehilangan
peluang berhikmah dalam kehidupan (2: Al
Baqarah:269)”
“Sesungguhnya…,”
“Inilah satu fenomena yang tertimbul pada
manusia dalam soal berilmu. Satu fenomena
sebab yang akan membuat manusia menjadi
jahil dan bodoh di suasana dirinya telah
tergolong di kalangan ilmuan yang banyak
ilmu.”
“Dan sesungguhnya…,”
“Inilah penyakit kejahilan di alam kealiman.
Penyakit „alim berhakikatkan jahil yang
membuat manusia terbuta untuk menterjemah
peluang dan sumber furqan (Surah:6:Al
An‟aam:104) kemajuan yang terzahir di pentas
kehidupannya.”
“Dengan diri berwajah celek berhakikikan buta
(Surah:22:Al Hajji:46) yang setentunya akan
gagal menzahirkan mercu tanda hidupnya di
muka bumi berasaskan ilmu dan keilmuannya.”
“Maka…,”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
57
“Manusia sebeginikah yang diharapkan oleh
Kamu untuk memajukan manusia dan muka
bumi.”
“Jika inilah…,”
“Jawabnya kecewa.”
“Manusia…,”
“Tetap akan jadi jahil.”
“Apabila hatinya terbuta pada kedudukan
hatinya gagal menghasilkan akal pada dirinya
(Surah:22: Al Hajji:46). Di hakikat manusia
akan menjadi buta dalam kehidupannya. Buta
dalam mencari erti kesejahteraan dan buta
dalam mencari erti ketuhanan.”
“Satu kebutaan yang akan meletakkan manusia
di rupa sehina-hina kejadian (Surah:98: Al
Bayyinah:6) di kala dirinya terbuta melihat
hatinya adalah penjana kezahiran akal dan ilmu
yang menjadi sumber kekuatan kepada
kehidupan dirinya (Surah:22: Al Hajji:46).”
“Lalu…,” Kata Iblis
“Jika manusia sebeginilah diharapkan oleh
Kamu bagi menzahirkan erti kesejahteraan dan
ketuhanan disifatnya sebagai Khalifah di muka
bumi. Maka jawabnya kecewa.”
“Manusia…,”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
58
“Tetap akan jadi jahil.” Kata Iblis
“Apabila dirinya tidak dapat membezakan di
antara kebenaran dan kebatilan (Surah:5:Al
Maidah:100). Malah terasa kejahatan adalah
kebenaran yang perlu diamalkan (Surah:2:Al
Baqarah:11-12).”
“Sesungguhnya…,”
“Kejahilan sebegini adalah kebutaan kepada
manusia yang menatijahkan manusia menjadi
mundur dan tidak berdaya maju. Malah ianya
boleh menjadi punca bencana kepada muka
bumi.” Kata Iblis.
“Lalu…,” Ujarnya
“Jika manusia sebegini diharapkan. Maka
jawabnya kecewa.”
Tambah Iblis lagi.
“Manusia…,”
“Tetap akan jadi jahil.”
“Apabila manusia terlupa akan matlamat dirinya
dizahirkan dan dihantar ke muka bumi (Surah:2:
Al Baqarah:30). Terlupa untuk memahami
konsep: Aamanuu wa‟amilus shaalihat. Satu
konsep beribadat bertaraf tinggi yang
melebihkan manusia. Jika dibandingkan dengan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
59
konsep ibadat asas yang diamalkan oleh kami
para malaikat (Surah:39: Az Zumar:75).”
“Malah teramat jahil lagi manusia itu…” Kata
Azazil
“Apabila mereka tidak diberitahu oleh ibu bapa
mereka dan melupai sumpah ketuhanan dan
kehambaan di alam roh (Surah:7: Al
A‟raaf:172). Satu sumpah yang menjadi paksi
ketuhanan dan kehambaan yang membuka
peluang bagi manusia berbakti kepada
Tuhannya (Surah:98: Al Bayyinah:5). Satu
persumpahan yang akan memberi peluang
kepada Tuhan menunjuk diriNya dan kuasaNya
sebagai Tuhan sebenar dan Tuhan sekalian
alam. Di suasana manusia di dunia
menerimanya di wajah acahan
mempermainkannya.”
“Lalu…,”
“Jika manusia sebegini diharapkan. Maka
kecewalah Kamu jawabnya.
“Manusia….,”
“Tetap akan jadi jahil.”
“Apabila dirinya menganggap diri akan
tergolong di kalangan manusia yang bodoh
(Surah:2: Al Baqarah:13) di kala diri dinasihat
dan diperingatkan bahawa kerja mensyirikkan
Tuhan dan mengkufurkan dirinya denganTuhan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
60
adalah kerja yang merugikan dirinya (Surah:4:
An Nisaak:119). Malah ditulikan telinga dan
dibutakan mata di kala diri dinasihat (Surah:2:
Al Baqarah:18).
“Manusia…,”
“Tetap akan jadi jahil.”
“Apabila dirinya rela menjadi kera (Surah:7:Al
A‟raaf:166). Kera yang berwajah orang. Tetapi
gagal menjadi orang. Di suasana dirinya suka
melihat cabang (fura‟) dan suka melompat pada
cabang istilah. Tanpa menyedari bahawa tanah
Al Quran adalah tempat tapak berdirinya
berpijak.”
“Maka…,”
“Jika manusia sebeginilah yang diharapkan oleh
kamu untuk dirinya memajukan muka bumi.”
“Jawabnya…,”
“Kamu akan kecewa.”
“Manusia…,”
“Tetap akan jadi jahil.”
“Apabila dirinya tidak tahu menyusun tatacara
kerja kehidupannya. Gopoh dan ingin segala-
galanya cepat, mudah dan segera (Surah:21: Al
Anbiyaak:37).”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
61
“Mereka lupa akan fitrah kerja dan kaedah kerja
Tuhannya. Di suasana di dunia, nanti Tuhan
sendiri pun tetap mengamalkan konsep
menciptakan sesuatu kejadianNya berdasarkan
proses fitrah.”
“Di mana rupa kejayaan dan kesempurnaan
terhadap sesuatu kerjaNya dilakukanNya secara
tersusun dan berperaturan (Surah:94: Al
Insyiraah:7-8) tanpa diselit dengan sifat-sifat
gopoh dengan menghendaki sesuatu itu terjadi
secara segera. Walau pun ianya berkuasa
berbuat demikian (Surah:36: Yaasin:82)..
“Lantas…”
“Jika kepada manusia sebegini diletakkan
harapan. Maka jawabnya kecewa.”
“Manusia…,”
“Tetap akan jadi jahil.”
“Apabila dirinya terlepas pandang pada konsep:
Di dalam kesusahan terwujudnya kesenangan
dan di dalam kesenangan terwujudnya
kesusahan (Surah:94;Al Insyiraah:5-6).”
“Satu sikap yang akan mematikan kehendak dan
usaha untuk maju apabila dilihatnya akan
sesuatu itu susah.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
62
“Satu sikap yang mematikan kewaspadaan
kesenangan boleh bertukar menjadi susah
apabila diri dinikmatkan.
“Maka…”
“Manusia sebeginikah yang diharapkan oleh
Kamu untuk memajukan dirinya dan muka
bumi. Jawabnya kecewa.”
“Manusia…,”
“Tetap akan jadi jahil “
“Apabila manusia gagal menjaga kedudukan
hatinya dan menjadikan nafsu ammarah sebagai
paksi kehidupannya sehingga nafsunya
berwajah Tuhan (Surah:25: Al Furqan:43) serta
Penjajah kepada dirinya (Surah:12:Yusuf:53).
Di hakikat nafsu akan melahirkan bencana
(Surah:23:Al Mukminun:71).”
“Satu konsep penyeliaan hati dan pembersihan
hati yang sepatutnya dilakukan oleh mereka
dengan baik dan kembali ke pangkuan
Tuhannya serta melihat wajah Tuhannya
(Surah:75: Al Qiyaamah:23) di rupa: Manusia
Mutmainnah di taraf insanul kamil
(Surah:89:Al Fajr:27).
“Sesungguhnya.”
“Jika manusia sebegini kamu harapkan. Maka
jawabnya kecewa,”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
63
“Manusia…,”
“Tetap akan jadi jahil,”
“Apabila terlupa dirinya adalah baka akhirat
yang dihantar ke muka bumi buat sementara
(Surah:2: Al Baqarah:36) dan terpaksa kembali
semula ke alam akhirat (Surah:28: Al
Qashash:77). Baka yang kenal Tuhannya dan
mengenal Tuhannya.”
“Satu baka yang akan dinilai mutu kebaktiannya
kepada Tuhannya (Surah:29: Al Ankabuut:2)
menerusi konsep ibadat: Aamanuu
wa‟amilusshaalihat (Surah:103: Al Asri:1-3).
“Harapan sebegini.”
“Jika Kamu harapkan manusia. Pasti akan
mengecewakan kamu dan manusia pasti akan
terlupa segala-galanya. Maka jawabnya Kamu
akan kecewa.”
Soal Manusia Zalim
“Seperkara lagi yang perlu aku timbul di
hadapan Kamu…..Tuhan.” Ujar Iblis
“Tentang sifat zalim dan kezaliman manusia. Di
mana manusia akan menzahirkan sifat zalim dan
kezalimannya di muka bumi di rupa kezaliman
tangan manusia (Surah:30: Ar Rum:41).
Manusia zalim terhadap Tuhannya. Zalim
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
64
terhadap manusia dan zalim terhadap makhluk
dan muka bumi.”
“Manusia…,”
“Akan tunjuk zalimnya.”
“Apabila dirinya gagal menunaikan amanah
yang diterima dari Tuhannya (Surah:33:Al
Ahzaab:72). Terlalai mengarcakan rupa
penyaksian: Alastubirabbikum Qaaluubalaa
syahidnaa (Surah:7:Al „Araaf:172).”
“Di hakikat manusia akan terlalai untuk
melaksanakan rupa ketauhidan ketuhanan dan
kerja pengaslihan muka bumi menerusi konsep
ibadat kontemporari: Aamanuu wa‟amilus
shaalihat. (Surah:103:Al Asri:1-2).”
“Satu sifat kezaliman yang akan membuat
manusia bertuhan. Bagai tidak Tuhan dan gagal
menzahirkan kuasa ketuhanan pada dirinya
(Surah:8:Al Anfaal:17). Satu sikap kezaliman
manusia, jahil dalam menggunapakai Tuhan
yang sepatut digunakan oleh dirinya yang telah
bertuhan.”
“Di suasana.”
“Manusia terus bertuhan - Tetapi tidak terasa
adanya Tuhan. Tidak terasa kewujudan Tuhan
secara hakiki di sisi dirinya. Satu sikap yang
akan menatijahkan diri tidak terasa pentingnya
Tuhan dalam kehidupan. Satu sikap yang
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
65
membuat manusia membelakangkan Tuhan.
Sedangkan manusia di masa itu tidak tahu
kelalaian yang berlaku pada dirinya setelah
dirinya bertuhan.”
“Justeru itu…,” Kata Azazil
“Jika harapan amanah sebegitu besar diharapkan
kepada manusia. Maka pasti akan
mengecewakan Kamu dan manusia akan lupa
segala-galanya.”
Ujarnya lagi.
“Manusia….,”
“Akan tunjuk zalimnya.”
“Apabila terhakisnya sifat kasih sayang pada
dirinya (Surah:19: Maryam:96). Terhilang sifat
persaudaraan pada jiwanya (Surah:49: Al
Hujuraat:10). Malah kepentingan diri, tamak
dan sifat-sifat khianat tertumbuh subur pada
dirinya.”
“Maka bertolak dari situlah akan berlakunya
permusuhan dan pembunuhan sesama manusia.
Terutama dikala kuasa disalah-gunakan oleh
orang berkuasa (Surah:18: Al Kahfi:20). Di
samping kekayaan dan nikmat digunakan oleh
orang kaya bagi menentang kebenaran
(Surah:111: Al Lahab:2) dengan nafsu
dijadikannya Tuhan (Surah:45: Al Jatsiyah:23
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
66
dan kebatilan nafsu berpaksi dalam kehidupan
(Surah:23: Al Mukminun:71).
“Maka…,”
“Jika harapan Kamu diharapkan kepada
manusia. Jawabnya kecewa.”
Tambah Azazil lagi.
“Manusia….,”
“Akan tunjuk zalimnya.”
“Apabila dirinya terbuta dan terlupa melihat
Tuhan di sisinya. Mereka akan melihat nikmat
yang dinikmati oleh mereka adalah datang dari
ilmu dan usaha mereka (Surah:28: Al
Qashash:78). Bukannya datang dari Tuhan
(Surah:46: Al Ahqaf:23). Satu sikap yang akan
membuat manusia kufur kepada Tuhannya. Satu
sikap yang akan meletakkan manusia di tahap
manusia yang tidak bersyukur (Surah:14:
Ibrahim:7).
“Malah jauh dari itu.”
“Manusia tidak akan terasa di dalam haknya
terdapat hak orang lain (Surah:51: Az
Zaariyaat:19) dengan berakhir sifat bakhil
tertumbuh pada dirinya (Surah:47:
Muhammad:38). Satu sifat menggunapakai
nikmat semata-mata untuk dirinya. Tanpa mata
dan hatinya melihat kepada kepentingan
kampong dan masyarakat di wajah nikmat
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
67
Tuhan dikongsi bersama. Di samping kebesaran
Tuhan dapat dilihat dan dipuji bersama.”
“Maka jika jenis manusia sebegini diharapkan.
Kecewalah jawabnya.
Hukuman
Ditangguhkan
“Lantas melihat kepada suasana ini.
Penangguhan hukuman terhadap kami perlu
diberikan.” Ujar Azazil.
“Apatah lagi permintaan kami ini bukannya
sekali-kali untuk kami dan kepentingan kami.
Tetapi untuk Kamu dan kepentingan Kamu.
Demi maruah Kamu dan ketuhanan Kamu.”
“Baiklah…, Aku setuju.”
Jawab Tuhan pendek.
“Maka dengan persetujuan yang diberi.”
Sambut Azazil.
“Kami ingin memohon restu Kamu…”.
“Tentang beberapa perkara yang kami boleh
nikmati di sepanjang musim penangguhan
hukuman berjalan.” Ujar Azazil.
“Apa benda pula…!”
“Cakaplah.” Sambut Tuhan.
“Satu.” Kata Azazil.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
68
“Berilah aku dan puak-puak aku (para malaikat)
tempuh sampai ke hari kiamat dan aku tidak
akan dipanggil pulang ke hadhrat Kamu (mati)
selagi terwujudnya manusia di muka bumi
(Surah:38:Shaad:79-83).”
“Dua.” Kata Azazil.
“Berikan aku gelaran Iblis dan gelaran Syaitan
kepada mana-mana makhluk yang ingin
bersama dengan aku dalam menjalankan kerja
aku untuk Kamu. Satu nama gelaran rasmi yang
diiktiraf oleh Tuhan di alam ketuhanan, Satu
gelaran yang melambangkan kepada kejahatan,
kefasikan dan kedurhakaan.”
“Satu gelaran hak untuk menerima caci maki
lidah kotor manusia.”
“Satu gelaran yang boleh dijadikan tapak
sandaran sebab dan musabbab apabila satu-satu
kejahatan dilakukan oleh manusia. Di
kedudukan manusia tidak akan menyalahkan
Kamu kerana mengizinkan kejahatan berlaku
(Surah:3: Ali „Imran:182) dengan natijah
manusia boleh disabitkan kesalahan kerana
tangan dan kelalaiannya sendiri (Surah:4: An
Nisaak:79).”
“Satu gelaran yang boleh membezakan kerja.”
“Samada itu kerja Tuhan atau itu kerja aku dan
puak-puak aku. Di mana kerja Kamu dibuat di
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
69
atas nama Kamu (Bismillah) dan kerja aku
dibuat di atas nama aku (A‟uuzubillah).”
“Tiga.” Kata Azazil.
“Berikan kuasa kepada aku bagi membolehkan
aku membuktikan kepada manusia seumpama
Kamu tahu, bahawa rungutan pedas aku ketika
kezahiran Adam adalah benar (Surah:2: Al
Baqarah:30).”
“Satu kebuktian yang akan memperjelaskan
kepada manusia bahawa mereka bukannya
sebaik-baik kejadian (Surah:98: Al Bayyinah:6).
Satu kejadian Tuhan yang rapuh ketauhidannya
dan rendah nilai budi keimanan dan
ketuhanannya terhadap Kamu, Tuhan sekalian
alam (Surah:36: Yasin:77).”
“Empat:” Kata Azazil.
“Berikan aku peluang untuk terus memperakui
bahawa kamu adalah sebenar-benar Tuhan dan
benarkan aku bertuhan kepada kamu buat
selama-lamanya.”
“Di makna aku bukan sekali-kali termasuk di
kalangan makhluk yang syirik kepada Kamu.
Aku hanya boleh disifat sebagai pengabai
perintah dan kafir terhadap Kamu. Tetapi bukan
sekali-kali boleh digolongkan di kalangan
makhluk Kamu yang syirik dan hilang
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
70
ketauhidan kepada Kamu sebagai Tuhan
sekalian alam.”
“Di hakikat keingkaran aku terhadap Kamu
hanya kerana enggan sujud kepada Adam.”
“Tetapi aku tidak sekali-kali mencari Tuhan lain
daripada Kamu sebagai Tuhan yang sebenar.
Tetapi aku tidak akan sekali mencari Tuhan lain
daripada Kamu sebagai Tuhan sebenar-benar
Tuhan.”
“Malah aku dihukum oleh Kamu nanti tidak
kerana perkara lain. Kecuali kerana keengganan
aku sujud kepada manusia yang disifatkan oleh
aku sebagai pengkhianat kepada ketuhanan
Kamu.”
“Lima.” Kata Azazil.
“Berikan aku kuasa bagi membolehkan aku
menggoda manusia. Di mana aku berhak
merekacipta sebarang langkah bagi menjayakan
cita-cita aku dengan kuasa yang diberikan oleh
Kamu kepada aku.”
“Di kedudukan Kamu pada bila-bila masa tidak
boleh menggunapakai sebarang kuasa Kamu
yang boleh disifatkan oleh aku sebagai kuasa
penghalang dan menghalang kerja-kerja
menggoda yang dibentuk dan sedang dilakukan
oleh aku dan puak-puak aku.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
71
“Satu kuasa penguji berauthoriti ketuhanan
(Surah:29:Al Ankabuut:2) yang diperturunkan
kepada aku secara sah agar manusia mengetahui
bahawa kerja-kerja yang dilakukan oleh aku dan
puak aku bukan terlahir dari rupa kegiatan
haram (Surah:17: Al Israak:64). Tetapi satu
kegiatan yang diizin-kuasakan oleh Kamu di
atas penguatkuasaan bagi pihak Kamu – Tuhan
sekalian alam.”
“Enam:” Kata Azazil.
“Berikan aku kuasa pengecualian dituduh dan
disabit kesalahan kerana turut melakukan
kesalahan atau bersubahat dengan mana-mana
manusia yang termakan dengan helah godaan
aku. Meskipun aku dan Kamu-Tuhan pada masa
itu berada di lokasi kejadian dan menyaksikan
kejadian.”
“Di kedudukan aku dan puak-puak aku bebas
berkata kepada manusia: Bahawa Aku
berlindung dengan Tuhan kamu di atas apa yang
kamu kerjakan (Surah:14:Ibrahim:22).
Meskipun kerja mensyirikkan Tuhan, kerja
kejahatan dan kefasikan yang dilakukan oleh
manusia sebenarnya didorong oleh aku dan
puak-puak aku.”
“Tujuh:” Kata Azazil.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
72
“Aku bermohon dan ingin meminta kepada
Kamu agar kamu menghebah
(Surah:36:Yaasin:60-62) dan memperkenalkan
aku dan puak-puak aku kepada manusia bahawa
Iblis dan syaitan sebagai musuh mereka yang
nyata (Surah:20:Tahaa:117). Musuh yang tidak
tahu kasihan belas dan tidak memilih bulu
dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
sebagai penggoda manusia.”
“Kedudukan ini.”
Kata Azazil.
“Penting dan perlu dibuat bagi membolehkan
manusia bersiap sedia dan mengambil langkah-
langkah perlu bagi mengelak dirinya terjerumus
ke alam godaan yang setentunya akan dihadapi
oleh mereka.”
“Lapan: Kata Azazil.
“Berikutan dengan bersetujunya Kamu memberi
peluang penangguhan terhadap hukuman.”
“Maka eloklah Kamu memperturunkan kuasa-
kuasa tertentu Kamu kepada aku sebagai Wakil
Kuasa Tuhan bagi menggoda manusia dengan
satu rupa perjanjian disifat sebuah: Irrevocoble
Power of Attoney dan aku berjanji akan
menjalankan tugas dan kuasa-kuasa yang diberi
dengan baik lagi sempurna seumpama rekod
perkhidmatan aku terhadap Kamu sebelumnya.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
73
“Satu tindakan penting agar manusia tidak
menuduh aku dan puak-puak aku main tikam
belakang. Dayus dan pengecut. Di hakikat
Kamu juga boleh disifatkan oleh mereka bukan
bersifat: Sebaik-baik pemelihara
(Surah:12:Yusuf:64).”
“Baiklah…. Azazil.”
Sampuk Tuhan.
Valuable Consideration
“Namun begitu,”
“Bolehkah kamu memberitahu Aku agar
manusia mengetahui rupa balasan (Valuable
Consideration) faedah dan keuntungan bagi
Aku di atas kepentingan perjanjian yang hendak
dibuat. Jika Aku merestuinya. “
“Kenapa tidak boleh.”
“Boleh…,”
“Biar manusia tahu tentang adanya faedah bagi
Tuhan terhadap perjanjian ini.” Jawab Azazil
“Satu:” Jelas Azazil.
Menguji Sumpah
Ketuhanan Di Alam
Roh.
“Sebagai hamba lama dan hamba yang paling
ikrab dengan Kamu. Aku tidak rela melihat
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
74
maruah ketuhanan dipermainkan oleh manusia
yang kita sama-sama tahu sifat fitrahnya adalah
zalim dan jahil (Surah:33: Al Ahzab:72). Di
hakikat mereka ternampak baik di luar. Tetapi
teramat dahsyat apabila perangai aslinya terzahir
di kala diuji kejituannya.”
“Manusia akan syirik kepada Kamu.”
“Manusia akan melupai Kamu. Tidak
seumpama kami para malaikat. Malah manusia
akan terbuta dalam melihat Tuhannya.
Walaupun ikrar, sumpah dan janji penyaksian
dilakukan oleh mereka (Surah:7:Al A‟raaf:172)
sehingga ada di kalangan mereka akan sanggup
mencari Tuhan lain dan bertuhan kepada barang
yang mempersekutukan Kamu (Surah:21:Al
Anbiya‟:66).”
“Sesungguhnya hal seperti ini tidak pernah
berlaku di musim kami. Tetapi akan belaku di
musim manusia hidup di muka bumi.”
“Lalu apakah keadaan sebegini sanggup dilihat
oleh Kamu dengan kami para malaikat - hamba
lama Kamu pula berdiam diri, lantaran
Tuhannya ingin melihat majunya muka bumi
dengan maruah ketuhananNya tergadai.”
“Justeru itu…,”
“Kehadiran manusia ke alam ketuhanan
harus diuji kejituannya. Di hakikat biarlah
manusia sendiri akan menilai mutu ketauhidan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
75
dan keimanan mereka dengan satu piawaian
gelagat godaan aku dan puak-puak aku menjadi
kayu pengukur ke atas nilai kesanggupan
mereka menerima amanah Tuhannya (Surah:29:
Al Ankabuut:2).”
“Di suasana manusia mukhlis tidak perlu gusar
dan pasti akan terlepas (Surah:15:Al Hijr:40).
Malah akan terbukti kesahihan nilai diri mereka
di rupa sebaik-baik kejadian di sisi Tuhannya
(Surah:98: Al Bayyinah:7).”
“Dua.” Kata Azazil.
Jangan Permainkan
Ketauhidan Dan
keimanan.
“Sebagai hamba lama dan hamba yang paling
ikrab dengan Kamu.”
“Aku tidak rela melihat soal ketauhidan dan
keimanan dipermainkan oleh manusia yang
sering mengaku dirinya mentauhidkan Allah
dan beriman kepada Allah, tetapi ternyata
kosong sehingga kekosongan tauhid dan
keimanan tidak diketahui oleh manusia itu
sendiri. Meskipun mereka telah bertuhan kepada
Kamu sekian lama.”
“Suasana seumpama ini…,”
“Tidak boleh dibiarkan.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
76
“Lantaran wawasan Kamu tidak akan
membuahkan hasilnya. Jika soal Tauhid dan
soal iman tidak diuji kejituannya.
“Tiga:” Kata Azazil.
Jahat Jangan Dilabel
Atas Nama Tuhan.
“Sebagai hamba lama dan hamba yang paling
ikrab dengan Kamu. Aku tidak rela melihat soal
kejahatan dibuat atas nama Kamu. Aku tidak
mahu Tuhan dituduh menjadi pendorong kepada
manusia melakukan kejahatan dan terlibat sama
melakukan kerja-kerja jahat.”
Di suasana Kamu tetap berada bersama manusia
pada setiap masa dan di mana mereka berada
(Surah:57: Al Hadid:4).
“Di hakikat manusia akan meletakkan soal kerja
jahat yang dilakukannya disifat: Act Of God
(Surah:2:Al Baqarah:156). Lantaran segala-
segala perlakuan di alam maya semuanya
berpunca dari pengetahuan dan kuasa Kamu dan
keizinan pengetahuan Kamu (Surah:6: Al
An‟aam:59) dengan manusia boleh melepaskan
tanggungjawab dan tidak perlu
bertanggungjawab ke atas sebarang kerja
kejahatan yang dilakukan oleh mereka. Malah
manusia akan terlepas dari sabitan kesalahan
dan hukuman.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
77
“Maka inilah satu perkara yang perlu dilihat
agar suasana tidak sampai ke tahap memberi
ruang kepada manusia mengatakan saya tidak
mencuri kecuali dengan izin Tuhan saya
dan kawan saya tidak dibunuh oleh tangan
saya tetapi dibunuh oleh kuasa dan keizinanan
mushibah Tuhan semesta alam (Surah:64: At
Taghaabun:11).”
“Oleh itu bagi menangani kerenah jahat manusia
itu. Maka alangkah eloknya. Jika gambaran
jahat dan kerja buat jahat yang dilakukan oleh
manusia dilabelkan sebagai kerja dan perlakuan
di atas nama aku Azazil atau di atas nama: Iblis
disifat wakil Kuasa Kejahatan atau dilabelkan di
atas nama: Syaitan.”
“Yakni…,”
“Nama puak-puak aku yang dimandat oleh
aku.”
“Maka dengan itu barulah nama Kamu di atas
sifat Kamu sebagai Tuhan tetap suci dan tidak
dituduh Tuhan buat kerja jahat dan mendorong
manusia membuat kerja jahat.”
“Empat:” Kata Azazil.
“Sebagai hamba lama dan hamba yang paling
ikrab dengan Kamu. Aku tidak mahu melihat
manusia melakukan satu-satu pekerjaan bukan
kerana Kamu. Di hakikat tidak terwujudnya di
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
78
hati dan di lidah mereka rupa: Lillaahi ta‟aala
(Surah:6: Al An‟aam:162).
“Justeru itu...,”
“Bila terlahirnya kerja aku dan proses godaan
aku. Maka dengan sendiri akan terlahirnya
impak langsung pada dua (2) kedudukan.”
“(i): Terlahir kerja yang diklasifikasikan sebagai
kerja kerana Kamu yang dibuat oleh manusia
kerana Kamu dan dilakukannya di atas nama
Kamu: Bismillah (Surah:1:Al Fatihah:1).”
“(ii): kerja yang diklasifikasikan sebagai kerja
aku. Di mana kerja yang dibuat oleh mereka
bukan di atas nama Kamu. Maka secara
automatiknya akan menjadi hak kerja aku dan
dibuat di atas nama aku: Na‟uuzubillah
(Surah:16: An Nahl:98). Maka keuntungan bagi
Kamu adalah keuntungan disifat siaran langsung
perlakuan manusia yang boleh ditonton oleh
Kamu tentang baik jahatnya manusia terhadap
Kamu di wajah hamba yang bersyukur atau
yang kufur (Surah:76: Al Insan:1-3).”
“Lima.” Kata Azazil.
“Sebagai hamba lama dan hamba yang paling
ikrab dengan Kamu. Ingin aku nyatakan
bahawasanya aku tidak akan sekali-kali
mempercayai manusia akan buat kemajuan
dengan kebaikan.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
79
“Seruan untuk buat kebaikan, membaik-pulih
dan pengaslihan muka bumi tidak akan tejadi
kerana seruan: Hayya‟alal falah tetapi proses
kebaikan, baik-pulih dan pengaslihan akan lebih
terserlah apabila kejahatan terzahir di hadapan
mereka.”
“Di hakikat...,”
“Mangga pintu rumah manusia tidak akan
menjadi canggih tanpa kejahatan.”
“Di kedudukan bala dan bencana membuat
manusia menjadi maju. Termasuk bala bencana
dari tangan manusia sendiri.”
“Sedangkan di masa yang sama di muka bumi.
Janganlah sekali-kali kamu mengharapkan
orang yang bertuhan kepada Kamu akan
menzahirkan kemajuan di muka bumi.”
“Manusia yang bertuhan kepada Kamu tidak
akan berbincang tentang kemajuan muka bumi.
Sebaliknya mata mereka lebih tertumpu untuk
mendapat syurga dengan membayangkan syurga
di rupa pusat pengumpulan binatang. Pusat
manusia bersifat binatang (Hayawaanun naatiq).
Bukannya insan (Ahsani taqwiim) yang sanggup
hidup berjuta-juta tahun di alam akhirat pada
bayangan mulut tidak terhenti mengunyah dan
barang jantan di bawah keras sentiasa (Surah:2:
Al Baqarah:25).”
“Mereka siang malam beribadat untuk kembali
ke pangkuan Kamu bagi mendapat rahmat mulut
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
80
dan perut serta kenyang barang jantan di bawah.
Di suasana mereka kembali kepada Kamu bukan
kerana Kamu tetapi kerana liur mulut dan keras
barang disifat tabi‟i binatang yang hanya tahu
makan dan berjantan (Surah:2: Al Baqarah:25).”
“Satu sifat jelek....,”
“Dihadirkan oleh manusia bertuhan sehingga
mata dan perasaan mereka semacam tidak perlu
lagi bertuhan dan beribadat kepada Tuhannya
apabila syurga dapat dinikmati oleh mereka. Di
hakikat soal makan dan bidadari sahaja dikira
bahagi,”
“Inilah….”
“Satu kegilaan pegangan ketuhanan yang jenuh
berlaku di muka bumi (Surah:2: Al Baqarah:25).
Di suasana kami para malaikat tidak pernah
terasa kerja-kerja ibadat akan terhenti,
meskipun syurga dinikmati bagai berlakunya
tabi‟at seumpama sejak syurga dinikmati
selamanya (Surah:21: Al Anbiyaak:19-20). Di
suasana Tuhan tetap sentiasa dipuji dan
disucikan (tasbih dan tahmid) di wajah diri
diserlahkan pada rupa „Aabidin yang berkekalan
(Surah:39:Az Zumar:11-12).”
“Enam:” Kata Azazil.
“Sebagai hamba lama dan hamba yang paling
ikrab dengan Kamu. Aku tidak rela melihat soal
kejahilan dan kezaliman manusia akan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
81
menggagalkan wawasan kamu untuk manusia
dan muka bumi. Lantaran tingkah laku dan
perlakuan manusia yang tidak diuji kejituannya.
Di hakikat merit keupayaan bukan terlahir pada
kesanggupan. Tetapi terlahir pada keupayaan
kerja di atas kesanggupan.”
“Maka keuntungan bagi Kamu akan teramat
jelas. Bila Kamu dipersembahkan ketulenan
hamba oleh mereka setelah mereka terlepas
dari pancaroba godaan yang dilakukan oleh aku
dan puak-puak aku yang diiktiraf oleh Kamu
sebagai ujian besar kepada manusia (Surah:76:
Al Insan:1-3).”
“Justeru itu adalah ….,”
“Dicadangkan Empat (4) langkah yang perlu
diambil tindakan oleh Kamu di sifat Kamu
sebagai Tuhan semesta alam agar manusia tidak
mudah menuduh aku dan puak-puak aku
melakukan proses penggodaan disifat ujian dari
Kamu terhadap mereka tanpa diberitahu awal-
awal tentangnya (Surah:17:Al Israak:53).”
“Pertama:..,” Kata Azazil
“Isytihar Aku Musuh.”
“Kamu hendaklah memberitahu Adam dan
Hawa bahawa aku adalah musuh mereka yang
nyata (Surah:20:Taaha:117) dan permusuhan
menggoda manusia ini tetap akan berlaku dan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
82
dilakukan oleh aku dan puak-puak aku di
sepanjang kehidupan mereka di muka bumi
(Surah:12: Yusuf:5).”
“Satu rupa permusuhan yang akan melibatkan
seluruh anak keturunan Adam dan Hawa selagi
kiamat belum tiba.”
“Kedua.” Kata Azazil.
“Beritahu Pokok Pangkal
Modul Godaan.”
“Kamu hendaklah memberitahu Adam dan
Hawa serta keturunan mereka bahawa pokok
pangkal modul godaan dan proses penggodaan
aku dan puak-puak aku tetap berkisar kepada
persoalan membuktikan bahawasanya manusia
itu tetap jahil dan zalim.”
“Di makna aku akan membuktikan kepada
mereka bahawa mereka tetap bersifat zalim dan
jahil serta akan menunjuk rupa sifat asalnya itu
apabila diuji-godakan.”
“Di samping membuktikan kepada manusia
bahawa manusia bukannya sebaik-baik tempat
untuk meletakkan harapan kebaktian ketuhanan.
Malah mereka adalah golongan yang lalai lagi
kufur kepada Tuhannya. Terutama apabila diri
dan hati mereka dikuasai oleh godaan aku dan
puak-puak aku.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
83
“Ketiga:” Kata Azazil.
“Tulis Peringatan
Dalam Kitab Dan Hantar
Imam (Rasul).”
“Kamu hendaklah memberitahu Adam dan
Hawa serta anak keturunannya tentang segala
butiran modul proses penggodaan aku dan puak-
puak aku terhadap manusia (Surah:3:Ali
„Imran:175)”
“Peringatan sebegini hendaklah dibuat dan
ditulis di dalam kitab-kitab Kamu (Surah:27:
An Naml:77) dan kemudiannya dihantarkan
oleh Kamu kepada mereka (Surah:17: Al
Israak:14-15).”
“Maka bagi maksud ini Kamu patutlah
menzahirkan dan melantik beberapa orang di
kalangan manusia terpilih menjadi Imam (para
rasul) kepada mereka untuk satu-satu zaman
(Surah:32: As Sajdah:24)”
“Agar peringatan sering berada disamping
mereka (Surah:2:Al Baqarah:38) dengan para
Imam mereka bertindak dan mengasuh mereka
ke arah Kamu (Surah:32: As Sajdah:23).
“Tanpa membiarkan mereka sunyi keseorangan
ketika menghadapi godaan dari aku dan puak-
puak aku. Di suasana ketika itu Kamu di sifat
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
84
Tuhan terharam menggunakan kuasa Kamu:
Ahsanul haafizan untuk menolong mereka
ketika proses ujigoda sedang dijalankan.”
“Keempat.” Kata Azazil.
“Peringatkan
Manusia itu Makhluk
Syurga.”
“Kamu hendaklah memberitahu Adam dan
Hawa serta keturunan mereka bahawasanya
mereka itu sebenarnya adalah Makhluk
Syurga. Mereka itu berasal dari alam akhirat.
Dihantar ke muka bumi buat sementara dan
kena kembali semula ke alam akhirat dengan
diri masing-masing kenalah menempatkan diri
mereka di syurga.”
“Sesungguhnya peringatan seumpama ini
teramat penting bagi mereka agar mereka
mengetahui akan hakikat bahawa bukan senang
bagi mereka untuk kembali ke syurga serta
menikmati rahmat dan nikmat di syurga
(Surah:2:Al Baqarah:214). Apatah lagi untuk
bertemu Tuhan (Surah:18: Al Kahfi:110) dan
menatap wajah Tuhannya (Surah:75: Al
Qiyaamah:22-23).”
“Inilah empat (4) langkah bagi membolehkan
Kamu tidak disalahkan oleh manusia kerana
membiarkan mereka digoda serta membuka
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
85
ruang bagi mereka membuat alasan dengan
berkata: Kami tidak diperingatkan
(Surah:20:Taaha:117).”
Tuhan Setuju Buat
Power of Attorney.
Setelah mendengar rayuan Azazil dan
terdapatnya kemunasabahan faktor (Preamble -
Reasonable factors) serta terwujudnya kepentingan
(Valuable consideratioan) kepadaNya. Di suasana
mengambil kira tentang kelemahan manusia yang boleh
dipertikaikan (Forseeable - Look hole in eyes in
performance) dan terwujudnya kebenaran dakwaan
Azazil (Beyond any shadow of doubt) terhadap
kelemahan manusia (Surah:34:As Sabak:20).
Maka Tuhan terus menyatakan persetujuannya
(Acceptance) terhadap penangguhan hukuman dan
butiran perbincangan seperti mana yang dikehendaki
oleh Azazil.
Terzahir Sebuah
Irrevoceble Power
Of Attoney
Lalu Tuhan berfirman.
“Aku setuju menangguhkan pelaksanaan
kemurkaan Aku terhadap kamu
(Surah:38:Shaad:79-83) dan persetujuan Aku ini
akan diwartakan (Gazette) di dalam kitab-kitab
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
86
Aku yang bersifat perlembagaan dan undang-
undang kehidupan manusia (Constitutional law)
di sisi Aku.”
“Maka berikutan dengan ini. Aku akan
sampaikan persetujuan Aku ini kepada seluruh
manusia di syurga (Adam dan Hawa) dan
manusia di muka bumi yang akan berkuatkuasa
mulai sekarang sampailah ke hari kiamat yang
akan Aku tentukan. (Surah:38:Shaad:60-62).”
Tertubuh Dua Parti
Di Alam ketuhanan
Tuhan berfirman lagi.
“Maka keluarlah kamu (Iblis dan syaitan) dari
syurga ini dan jalankanlah kerja kamu seperti
yang dikehendaki oleh kamu selari dengan
kuasa-kuasa Kami yang diperturunkan kepada
kamu. Di wajah sebuah Irrevocable Power of
Attorney – Watikah Wakil Kuasa yang kekal
kuasanya sehingga tibanya hari kiamat
(Surah:38: Shaad:60-62).”
“Dan…,”
“Mulai pada hari ini.”
“Tertubuh dan terzahirlah dua (2) parti di alam
ketuhanan. Aku (Tuhan) dengan puak Aku
(Surah:5: Al Maidah:56) dan kamu (Iblis)
dengan puak kamu (Surah:58:Al
Mujaadalah:19). Maka terserahlah kepada
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
87
Adam dan keturunannya memilih di antara hak
dan kebatilan (Surah:32: Sajdah:18-20).”
“Barang siapa (manusia) yang ingin mengikut
kamu. Ambillah untuk kamu (Surah:3: Ali
„Imran:175) dan barang siapa yang mukhlis
dengan Aku. Maka untuk Aku (Surah:23:Al
Mukminuun:97-98).
Taklimat Azazil
Kepada Puaknya.
Sementara itu.
Sebaik sahaja dihalau keluar dari majlis
perbincangan perjanjian Power of Attorney. Maka.
Azazil terus menemui pengikut-pengikutnya dan
membuat ucapan dasarnya yang pertama.
Iblis berkata.
“Aku telah berjaya mendapat penangguhan dari
Tuhan semesta alam. Aku telah mendapat restu
dan keizinan dengan Tuhan memperturunkan
kuasa-kuasaNya disifat wakil kuasaNya untuk
dilaksanakan oleh Aku dan kamu sekalian
(Surah:38:Shaad:60-62).”
“Kini…,”
“Aku bergelar.”
“Iblis.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
88
“Dimakna:
“Anaa - Bil -Laisi.
“Dimaksud…,”
“Aku dengan tidak ada
apa-apa.”
“Satu gelaran di rupa diri yang tidak perlu
bertanggung jawab terhadap kerusakan dan
bencana yang terzahir dari effect dan impact
gerakan modul penggodaan terhadap manusia
yang bakal kita sama-sama laksanakan.”
“Satu gelaran yang bakal digelar oleh manusia
dengan gelaran: Iblis laknatullah.
“Anaa . Bil . Laisi . La‟natullah. ”
“Di kedudukan aku berhak berkata kepada
manusia: Aku tidak akan bertanggjawab dengan
perbuatan kamu.”
“Sementara itu kamu yang rela menjadi
kakitangan penggoda manusia di bawah
kepimpinan aku akan bergelar: Syaitan.”
“Dimakna:…,”
“Syai in min-tiini.”
“Sesuatu daripada tanah
hitam .”
“Di hakikat setiap tumpuan kamu dalam setiap
ketika di musim menjalankan tugas hendaklah
ditumpukan sepenuh kepada At-tiin. Yakni
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
89
manusia yang dijadikan daripada tanah hitam
(att - tiin).”
“Dimakna….,”
“Menggoda manusia (at-tiin) sehingga matlamat
Modul Penggodaan yang dicipta oleh kita
tercapai sepenuhnya.”
“Satu gelaran bagi diri kamu yang bakal digelar
oleh manusia dengan gelaran: Ass Syaitanur
rajiim.”
“Satu gelaran tempat letaknya caci maki
manusia bagi membolehkan mereka
mengklasifikasikan perbuatan mereka. Samada
kerana Tuhannya (Lillaahi ta‟alaa) atau kerana
syaitan (Bissyaitanur rajiim).”
“Sesungguhnya…,”
“Inilah satu penghormatan Tuhan kepada kita
bersama di rupa golongan penguji kesahihan
mutu dan nilai manusia yang bersifat manusia.”
“Di mana golongan kita sahajalah satu-satu
golongan yang dimandatkan oleh Tuhan secara
sah bagi menzahirkan perakuan kepada Tuhan
di rupa perakuan Minit Ceraian terhadap
telatah manusia menzahirkan sifat asalnya: Jahil
dan zalim, kufur dan syirik kepada Tuhannya.
Satu perakuan telatah manusia yang akan
dinilai-selia oleh Tuhannya.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
90
Menzahir
Artikel matlamat Penggodaan
“Maka untuk tujuan ini. Adalah teramat baik.
Jika diwujudkan satu Artikel Matlamat
Penggodaan (Proceeding ultimate aims of
standing order) bagi memudahkan proses
gerakan penggodaan dijalankan. Di hakikat
setiap daripada kita (Syaitan) kenalah
mengetahui target yang perlu dicapai pada
setiap misi penggodaan yang dilakukan.”
“Oleh yang demikian, demi Tuhan dan kesucian
martabat ketuhanan kita terhadap Tuhan kita
dan demi membuktikan kebatilan manusia
terhadap Tuhan dan demi kejahilan dan
kezaliman manusia.”
“Maka mulai pada ketika ini. Bangunlah wahai
penggoda manusia. Jalankanlah tugas kita demi
Tuhan kita.”
Modul Dan Etika Matlamat Godaan
Iblis Dan Syaitan.
“Maka…,”
“Sesungguhnya di antara rupa artikel Matlamat
Misi Penggodaan yang perlu dijalankan oleh
kamu syaitan sekalian adalah seperti berikut:
“Pertama.” Kata Iblis
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
91
“Zahirkan
Kejahilan Dan Kezaliman
Manusia.”
“Zahirkan pada manusia sifat-sifat fitrah
asalnya. Yakni zalim dan jahil (Surah:33: Al
Ahzab:72). Dua sifat asli manusia yang
menjuruskan manusia menjadi jahat dan
bernafsu jahat (Surah:12: Yusuf:53) sehingga
meletakkan mereka di taraf binatang
(Surah:95:At Tin:4-5). Malah lebih hina dari
binatang.”
“Satu kerja mematikan fungsi hati, mata dan
telinga manusia (Surah:7: Al A‟raaf:179)
dengan natijah memesongkan mereka dari
melihat Tuhan dan ketuhanan serta melemahkan
mereka dalam memajukan diri dan muka bumi.”
“Maka bagi menzahirkan rupa matlamat ini.
Hati manusia kenalah diubah fitrahnya agar
punca kekuatan manusia yang bernama: akal
(akliah - Surah:22: Al Hajji:46) dan bashiirah
(mata hati - Surah:6: Al An‟aam:104) tidak
dizahirkan oleh hati mereka.”
“Oleh itu proses membunuh akal dan mata
hati manusia hendaklah dilakukan. Di mana di
pihak kita kenalah menjajah dan menguasai hati
manusia dan penekanan ke arahnya hendaklah
diberi secara khusus oleh kita semua.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
92
“Kedua:,,,.” Ujar Iblis.
“Perbesarkan Sifat
Jahil Manusia.”
“Perbesarkan sifat jahil pada manusia. Satu sifat
yang berupaya berwajah penyakit kepada
kehidupan mereka. Di hakikat manusia akan
menjadi mundur dan tidak akan memiliki darjat
dalam kehidupan. Bila sifat jahil diterima dan
diperbesarkan olehnya.”
“Di hakikat…,”
“Manusia akan bersifat mengikut kata. Bila jahil
berada di sisinya (Surah:2: Al Baqarah:78).
Malah manusia akan berada dalam keadaan
buta. Bila jahil menguasainya (Surah:13:Ar-
Ra‟d:16).”
“Ketiga:” Kata Iblis.
“Perbesarkan Sifat
Zalim Manusia.”
“Perbesarkan sifat zalim manusia di kalangan
manusia. Terutama kepada mereka yang
berkuasa dan kaya. Satu sifat yang diwajahkan
oleh manusia melalui sikap dan pendirian yang
berupaya menukarkan manusia agar tidak jadi
manusia.”
“Keempat:..,” Kata Iblis.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
93
“Halangkan Manusia
Menguasai kekuatan
Ketuhanan.”
“Sebagaimana kamu semua maklum, bahawa
kekuatan manusia itu berhakikatkan kepada
kekuatan Tuhan (Surah:35:Al Faathir:10). Di
hakikat manusia sahaja yang berupaya
menerima sifat-sifat Tuhan sebagai sifat
majazinya (Surah:8:Al Anfaal:17). Satu
kekuatan yang akan memajukan manusia. Di
suasana Tuhan terus menggalakkan manusia
menguasai sifat-sifat hasanahNya (Surah:3: Al
„Imran:200 ).”
“Ini bermakna…,”
“Manusia akan berilmu dan menjadi cerdik (Ar
raashidu) dan pandai. Bila sifat: Al „Aalimuun
Tuhan dapat dikuasai oleh manusia (Surah:64:
At Taghaabun:18).”
“Manusia akan menjadi sabar dan menjadi
orang yang sabar. Bila sifat As Shaabir Tuhan
dapat dikuasai oleh manusia (Surah:3: Ali
„Imran:200).”
“Manusia akan rapat dan ikrab dengan
Tuhannya apabila manusia dapat menguasai
sifat: Al Mukminuun (Surah:23:Al
Mukminuun:1-11) dan Att Taqwa Tuhannya.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
94
“Sifat-sifat hasanah yang menjadi pendorong
terzahirnya sifat-sifat mahmudah dan menjadi
penghalang kepada terzahir sifat-sifat
mazmumah.”
“Oleh yang demikian adalah menjadi tugas kita
bersama mencari jalan menghalang manusia
dari menguasai sifat-sifat Tuhannya.” Ujar Iblis
yakin.
“Kelima:..,” Kata Iblis lagi.
Pujuk
Jin Dan manusia Jadi
Syaitan kehormat.
“Kita perlu menambah Ahli Penggoda dengan
kesedaran bahawa di dunia nanti, bilangan
manusia dan jin akan bertambah. Mereka akan
beranak pinak pada penempatan yang luas di
serata muka bumi.”
“Kedudukan Adam dan Hawa di dalam syurga
kini. Percayalah buat sementara sahaja
berdasarkan kepada dua (2) faktor utama.”
“Satu:….”
“Telah menjadi ketetapan awal. Adam dan
manusia akan dihantar ke bumi. (Surah:2: Al
Baqarah:30).”
“Dua:..,”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
95
“Kejahilan Adam di rupa rebun baru - setahun
jagung. Serahlah kepada aku. Tahulah aku
dengan budak ini. Di kedudukan Adam masih
jahil dengan duri-duri kehidupan.”
“Di hakikat mungkin Adam dapat membezakan
di antara nasi dan tahi. Tetapi percayalah Adam
teramat jahil untuk menbezakan di antara
nasihat dan hasutan (Surah:7:Al „Araaf:21).
Sedangkan Tuhan telah memberi isyarat kepada
aku (Surah:2:Al Baqarah:35) Tuhan larang
budak ini dari menghampiri pokok khaldi. Satu
helah manis Tuhan bagi memboleh aku mencari
celah menggodanya. Di wajah aku sebagai
penyebab Adam dan Hawa dihalau ke dunia.
(Surah:20:Taaha:120)”
“Melihat kepada peluang inilah. Kita perlu
mengambil kesempatan dengan merancang
awal-awal lagi kerja merekrutkan syaitan
kehormat di kalangan keturunan Adam
(Surah:41: Al Fussilat:29)”
“Satu taraf syaitan yang tertakluk kepada sabit
hukuman (Surah:19: Maryam:68). Satu taraf
syaitan yang sanggup syirik kepada Tuhannya
dan lupa dirinya manusia (Surah:36:Yaasin:77)
Satu taraf syaitan yang akan bekerja lebih kuat
dari syaitan dan lebih syaitan dari syaitan.”
“Inilah strategi.”
“Mata Kapak.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
96
“Di mana kita yang berupa mata kapak teramat
payah untuk menumbangkan pokok besar.
Tetapi mata kapak akan senang menumbangkan
sebatang pokok apabila terlahirnya dahan dari
pokok itu sendiri sanggup menjadi ulu kapak
(Surah:41:Fussilat:29).”
“Di makna…,”
“Teramat senanglah bagi kita syaitan. Jika
manusia bersama kita menjadi syaitan
(Surah:114: An Naas:6) untuk menghancurkan
manusia dan kemanusiaan. Di wajah bala di
darat dan bala di laut kerana kerenah tangan
manusia (Surah:30:Ar Rum:41). Di suasana
manusia melihat kejahatan yang dilakukan
mereka adalah berwajah kebaikan. (Surah:2: Al
Baqarah:11-12).”
“Keenam:…,” Seru Iblis
Pesongkan mata
Manusia Dari Kitab-
kitab Tuhan.
“Sesungguhnya bagi membuktikan kejujuran di
pihak kita. Aku telah meminta agar Tuhan
memperingatkan manusia tentang godaan Iblis
dan syaitan. Sebab kita semua tahu, manusia
mudah digoda dan tergoda.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
97
“Maka untuk tujuan ini beberapa buah kitab
Tuhan akan dizahirkan melalui PesuruhNya dari
kalangan manusia yang terpilih.”
“Di hakikat…,”
“Jika manusia berpegang kepada kitab. Maka
harapan kita untuk menggoda mereka agak
teramat payah (Surah:35: Al Faathir:6). Namun
jika kitab diabaikan oleh mereka (Surah:2:Al
Baqarah:38). Maka peluang bagi kita menjajah
manusia adalah teramat cerah (Surah:43: Az
Zukhruf:36).”
“Oleh itu kita harus mengambil langkah-
langkah tertentu dengan pendekatan yang
berkesan sehingga langkah kita boleh membuat
manusia meninggalkan kitab-kitab Tuhan yang
diberikan.”
“Sesungguhnya…” Kata Iblis
“Pendekatan kita haruslah ditumpukan kepada
tiga (3) sudut yang disasarkan kepada tiga (3)
kumpulan sasar.”
“Satu…,” Jelas Iblis
“Jahilkan mereka sehingga tidak tertumbuh
pada hati dan kehendak mereka untuk melihat
kitab-kitab Tuhan. Kumpulan ini adalah
kumpulan yang sengaja menjahilkan hidupnya
tanpa diri mereka mengenal erti jahil dan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
98
kejahilan serta tidak terasa hina meskipun diri
mereka jahil.”
“Dua…,” Terang Iblis
“Jahilkan mereka sehingga tidak tertumbuh
pada hati dan pada kehendak mereka untuk
melihat kitab-kitab Tuhan. Lantaran mereka
telah berilmu dan boleh hidup tanpa panduan
kitab Tuhan. Kaedah ini disasarkan kepada
golongan manusia yang berkedudukan tinggi
dalam masyarakat. Ahli politik yang sibuk. Ahli
perniagaan yang sibuk. Di suasana kemewahan
yang ada melalaikan mereka untuk melihat
kitab-kitab Tuhan di saat mereka lali dengan
ayunan kesenangan dunia yang dimilikinya
(Surah:41: Fussilat:50).
“Tiga…,” Tambah Iblis
“Jahilkan mereka sehingga tidak tertumbuh
pada hati dan kehendak mereka untuk melihat
kitab-kitab Tuhan. Justeru mereka merasai diri
mereka telah berilmu. Mereka bukan di
kalangan orang tidak suka kepada kitab-kitab
Tuhan. Mereka suka, malah mereka
menyanjungi kitab Tuhan.”
“Namun demikian tertumbuh pada pandangan
mereka. Kitab-kitab Tuhan tidak sempurna. Di
hakikat kitab-kitab Tuhan masih memerlukan
sumber-sumber lain untuk dijadikannya benar-
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
99
benar sempurna. Meskipun Tuhan kata kitab-
kitabNya telah disempurnakan (Surah:21:Al
Anbiyaak:106).
“Maka dengan sikap sedemikian, mata mereka
dan hati mereka akan lebih tertumpu kepada
sumber lain (Surah:25: Al Furqan:30) di konteks
berilmu dan beramal dengan anggapan sumber
luar yang digunapakai adalah senilai dengan
kitab-kitab Tuhan.”
“Di natijah akhir…,
“Matlamat kita agar mereka meninggalkan
kitab-kitab Tuhan berhasil. Di suasana mereka
masih terasa diri mereka tetap bergayut dan
berpegang dengan kitab-kitab Tuhannya.”
“Ketujuh…,”Kata Iblis
“Pesongkan Konsep
Beribadat Untuk
Mendapat Benda.”
“Pesongkan pandangan dan pegangan manusia
terhadap matlamat hari akhirat. Di hakikat hari
akhirat adalah hari dihimpunkan manusia
setelah diri masing dibangkitkan semula selepas
dimatikan, pada suasana manusia kembali ke
kampong halaman bakanya dahulu. Dengan
ingatan Adam dan Hawa itu dari syurga. Maka
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
100
keturunannya kenalah jua kembali kepada
kampong asalnya syurga.”
“Namun perlulah diingat.”
“Bahawasanya syurga dan masuk syurga,
bukannya matlamat sebenar manusia dihidupkan
semula oleh Tuhan selepas kiamat. Malah
gambaran kemewahan di syurga bukannya jua
matlamat manusia dibangkitkan semula selepas
mati.”
“Di hakikat…,”
“Kemewahan di syurga yang dibayangkan oleh
Tuhan melalui kitab-kitabNya serta masuknya
manusia ke dalam syurga. Bukan sekali-kali
matlamat kembalinya manusia ke pangkuan
Tuhannya.”
“Di hakikat syurga tidak lebih dari bersifat kayu
pengukur kepada taraf gambaran keredhaan
Tuhan (Surah:23: Al Mukminuun:1-11)
terhadap sifat manusia yang berjaya menjadikan
dirinya di wajah hamba Tuhan yang diiktirafkan
oleh Tuhannya dan syurga itu adalah kampong
abadi bagi manusia.
“Sedangkan…,”
“Matlamat sebenar manusia dibangkitkan dan
diwujudkan oleh Tuhan hari akhirat adalah
bertujuan bagi membolehkan manusia datang
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
101
kembali bertemu dengan Tuhannya (Surah:84:
Al Insyiqaaq:6) dan menatap wajah Tuhannya
(Surah:75: Al Qiyaamah:22-23) dengan
wajahnya berseri-seri di syurga (kampong asal
manusia) bagi menyerah rupa kebaktian diri
masing-masing (Surah:75:Al Qiyaamah:10-15)
terhadap Tuhannya yang dilakukan olehnya di
sepanjang hidupnya di dunia (Surah:18: Al
Kahfi:110).
“Maka adalah menjadi tugas kita Iblis dan
syaitan menentukan bahawa matlamat suci
tersebut hendaklah dipesongkan dari mata
matlamat ibadat manusia di dunia sehingga
manusia sanggup menjadikan syurga sebagai
matlamat dirinya kembali ke pangkuan
Tuhannya.”
“Lantas bagi tujuan ini.”
“Soal makan sedap. Hidup senang (Surah:Al
Baqarah:25) dan Bidadari di syurga (Surah:55:
Ar Rahman:56) hendaklah dicanang secara
besar-besar dan dibuat secara berterusan.”
“Sehingga…,”
“Setiap manusia merasai matlamat hidup
selepas mati itu adalah untuk mendapat bidadari
dan syurga semata-mata. Di suasana
terhilangnya nilai ibadat dan keikhlasan ibadat
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
102
mereka ditaraf kejituan: Lillaahi rabbil
„aalamina. (Surah:6: Al An‟aam:162-163).”
“Sesungguhnya….”
Tegas Iblis.
“Inilah tugas besar kita dalam menzahirkan
sikap kepuraan ibadat manusia terhadap
Tuhannya. Satu tugas rumit yang memerlukan
tenaga manusia bagi menolong pihak kita dalam
menjayakannya. Justeru manusia sesama
manusia sahajalah yang sanggup berbuat
sedemikian.”
“Kedelapan.”
“Langkah seterusnya.”
Kata Iblis.
Kotorkan Hati Manusia
Sumbat Sifat-Sifat
Mazmumah.
“Kita hendaklah bertindak menjajah hati
manusia dengan tiga (3) kaedah pada
matlamatnya yang khusus.”
“Satu..,” Kata iblis.
“Tutup hati manusia dengan sifat-sifat
mazmumah. Tutup hati mereka dengan sifat
dengki, khianat dan kedurhakaan. Tiga (3)
kekotoran maknawi yang akan menzahirkan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
103
penyakit pada hati manusia (Surah:2: Al
Baqarah:10).”
“Di mana penyakit hati ini akan mengakibatkan
terbantutnya pertumbuhan akal manusia
(Surah:22: Al Hajji:46) yang menatijahkan
manusia menjadi buta dan tidak berakliah.
Malah bersifat bodoh.”
“Satu penyakit yang akan menghakis perhiasan
hati dan keimanan manusia kepada Tuhannya
(Surah:49: Al Hujuraat:7). Satu penyakit yang
akan merebak dan mendorong terzahirnya
kezaliman - bala bencana (Surah:12:Yusuf:53)
kepada manusia dan muka bumi (Surah:30: Ar
Rum:41) kerana kerakusan tangan manusia .”
“Dua…,” Terang Iblis.
“Tutup hati manusia dengan sifat mazmumah
dan perbesarkan sifat dan rupa nafsu Ammarah
(Surah:12:Yusuf:53). Di suasana manusia
hendaklah dilalaikan dari peringatan menyuci
hati mereka. Malah dorongkan mereka terlupa
mengingati Tuhannya (Surah:5:Al Maidah:91).
Hatta sampai ke tahap berat lidah mereka untuk
menyebut nama Tuhannya.”
“Di samping pada masa yang sama zahirkan
perasaan pada ingatan hati dan fikiran manusia
akan satu perasaan: Tak Mengapa – Tak ingat
ke Tuhan. Sebab kalau setakat nak makan. Nasi
beras tetap jua ke perut. Walaupun tak ingat ke
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
104
Tuhan.” Tegas Iblis disambut senyum oleh
hadhirin,
“Ya….”
“Memang sebegitu.”
Tegas Iblis menyahut senyum yang hadir.
“Dan...,”
“Kenapa tidaknya.”
“Inilah rupa perangai sebenar manusia di dunia
nanti yang sememang sudah memasang
berpendirian sebegitu. Cuma mereka hanya
menunggu rebah di kala dikataliskan oleh
godaan kita.”
“Perangai ini bukan sahaja diamalkan oleh
orang-orang rendah. Malah diamal oleh raja-raja
mereka.”
“Ini bermakna..,”
“Slogan: Tak Mengapa – Tak ingat ke Tuhan
hendaklah diperbesarkan. Kempen untuknya
harus diperluaskan ke seluruh dunia sebagai
dasar asas kita melalaikan manusia terhadap
Tuhannya.”
“Satu slogan dasar yang tidak perlu dipaksa-
paksa. Tetapi mereka akan mengikut matlamat
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
105
kita. Di suasana mereka terlupa akan tugas
mereka terhadap Tuhan mereka.”
“Tiga…,”
“Tutup hati manusia terhadap soal ketauhidan
dan soal mengenal Tuhan dan ketuhanan yang
menjadi asas kepada rupa persumpahan
ketuhanan dan kehambaan di alam roh (Surah:7:
Al A‟raaf:172). Satu persumpahan yang
meletakkan manusia di taraf khalifah di muka
bumi (Surah:6:Al An‟aam:165).”
“Satu jawatan tugas melaksanakan wawasan
Tuhan. Demi kepentingan Tuhan dan Demi
kepentingan manusia.”
“Di suasana manusia mengadap dan bertemu
dengan Tuhannya di wajah diri memiliki taraf
kesucian hati di maqam: Qalbissalim
(Surah:50:Qaaf:32-33) di tahap nafsu
Mutmainnah (Surah:89: Al Fajr:27-30).
“Satu tahap nafsu manusia yang menzahirkan
rupa manusia yang sempurna – Insanul kamil.
Satu tahap mencapaian martabat nafsu yang
diperakui oleh Tuhan.”
“Di mana pada peringkat ini seseorang manusia
akan diiktiraf oleh Tuhan sebagai hambaNya
serta dijemput kembali ke pangkuan Tuhan
dengan penuh keredhaan serta dijemput
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
106
mendiami kampong asal keturunannya – Syurga
dan bertemu Tuhannya.”
“Justeru menyedari,”
“Persoalan ini serta di pihak kita mengetahui
punca segala punca kejayaan ke arahnya. Maka
Jalan Wasilah (Surah:5:Al Maidah:35) harus
ditutup kemin-kemin.”
“Di makna di pihak kita tidak akan membuka
peluang bagi manusia bertaraf Insanul kamil
serta di pihak kita tidak akan membiarkan
manusia memiliki taraf nafsu: Mutmainnah dan
datang bertemu pangkuan Tuhannya dengan hati
bertaraf: Qabissaliim.” Ujar Iblis
“Kesembilan:..,” Ujar Iblis lagi
“Jadikan
Kejahatan Dan Kesusahan
Punca Memajukan
Muka Bumi.”
“Sebagai makluman.”
“Dunia dan muka bumi tidak menjadi maju
dalam jangka masa yang singkat. Ini bermakna
kemajuan dunia dan muka bumi dimajukan oleh
manusia secara evolusi. Bukan secara revolusi.”
“Satu fenomena dilema dunia dan muka bumi
yang akan dihadapi oleh manusia dan di pihak
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
107
kita perlu mengambil ruang kesempatan
daripadanya.”
“Sesungguhnya….”
“Kelemahan manusia dalam menzahirkan
kemajuan dunia dan muka bumi sebenarnya
telah membuka peluang bagi kita
menggunapakai produk pengeluaran kita:
Kejahatan dan kesusahan sebagai senjata bagi
membolehkan manusia menjadi jahat dan maju
kerana kita.”
“Kita akan mendorong anak buah syaitan kita
(Jin-manusia - Surah:41:Fussilat:29) membuat
jahat dan bergiat cergas dalam kerja-kerja
kejahatan. Disebaliknya pada masa yang sama
kita dorongkan manusia yang ingkar (kafir) agar
bangkit menzahirkan jalan penyelesaian
terhadap kejahatan dan kesusahan yang
ditimbulkan oleh golongan pembuat masalah.”
“Sebagai contoh…,”
“Kita lahirkan pencuri dan perompak di
kalangan syaitan kita. Mereka memenggalkan
(merosak) penyelak pintu kayu. Kita lahirkan
orang pembuat mangga.”
“Maka,”
“Mangga itulah…,”
“Kemajuan.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
108
“Lalu dari mana datang kemajuan itu. Kalau
tidak dari kejahatan dorongan kita. Itulah
sebenarnya kerja kita – Syaitan. Sesungguhnya
hakikat kebenaran ini akan diperakui oleh
kawan, maupun lawan.” Ujar Iblis. Hadhirin
tersengih.
“Oleh itu…,”
“Tidak peliklah.”
“Jika ramai manusia mahu jadi syaitan, kerana
mereka melihat keindahan kerja kejahatan di
wajah kebaikan (Surah:5: Al Maidah:100).”
“Di samping itu…,”
“Kerja kita adalah melahirkan kesusahan kepada
kebaikan. Setiap kerja berorientasikan kebaikan
mesti diwujudkan penghalang dari kalangan
anak buah syaitan kita (manusia).”
“Dengan satu natijah,”
“Semakin kuat dugaan. semakin banyak
rintangan dan kesusahan. Maka semakin hero-
lah orang yang membuat kebaikan.”
“Maka soalnya.”
“Dari mana datang hero tersebut. Jika tidak
kerana kejahatan kita di kalangan syaitan,”
“Justeru itu.”
“Dapatlah disimpulkan bahawa golongan
syaitan kita-lah punca pendorong kemajuan
dunia.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
109
“Di suasana kita akan membuat orang-orang
kuat Tuhan hanya berpeluk tubuh tanpa usaha
(Surah:53:An Najm:39-40) dan mengaku
mereka-lah pewaris bumi (Surah:21: Al
Anbiyaak:105) dan penzahir kemajuan dunia
(Surah:18:Al Kahfi:7) dengan berkata: “Kita-lah
yang paling tinggi dan tiada yang lebih tinggi
daripada kita.”
“Di hakikat mereka dibutakan mata dan
dipesongkan pegangan dari memiliki taraf
mukmin yang sepatutnya dimiliki oleh dirinya
(Surah:23:Al Mukminun:1-11).”
“Kesepuluh:…,” Kata Iblis
“Jadikan Dunia
Di rupa Permainan.”
“Sebagaimana kita semua ketahui bahawasanya
muka bumi yang bersifat dunia adalah tempat
manusia berbakti kepada Tuhannya.”
“Di samping di sanalah manusia akan membuat
bekalan mereka bagi melayakkan mereka
kembali ke kampong asalnya (Surah:59:Al
Hasyr:18-19) dan kembali ke pangkuan
Tuhannya serta diperakui oleh Tuhannya
sebagai hamba Tuhannya yang diredhai
(Surah:89: Al Fajr:28).
“Namun demikian.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
110
Tegas Iblis
“Adalah menjadikan tugas kita sebagai tenaga
penggoda manusia menukarkan fungsi dunia
dari makna: Dunyya – Tempat Di sisi Kami.
Tempat manusia berserta Tuhannya kepada satu
fungsi baru di wajah: Dunyaa „ulghruur –
Tempat permainan (Surah:3: Ali „Imran:185)
dan kelekaan (Surah:6:Al An‟aam:70).”
“Di makna…,”
“Kita jadikan dunia.”
“Di rupa tempat kelekaan manusia kepada
Tuhannya dan tempat kelekaan manusia
terhadap matlamat hidupnya dan matlamat ianya
dijadikan Tuhannya serta dizahirkan ke dunia.”
“Kita tumbuhkan pada hati mereka menyintai
dunia tanpa akhirat (Surah:16:An Nahl:107).
Kita tumbuhkan di jiwa mereka berkehendakkan
kepada barang segera (Surah:75: Al
Qiyaamah:20) dengan melupakan mereka dari
berbekal (Surah:59: Al Hasyr:18-19) untuk
melayakkan diri mereka kembali ke kampong
asal dan ke pangkuan Tuhannya.”
“Dan…,:
“Sesungguhnya sifat kelekaan yang akan
dihasilkan oleh kita akan membukti kebenaran
pandangan kita dan kerapuhan manusia dalam
pendirian mereka di wajah kejadian yang layak
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
111
menanggung amanah rahsia Tuhannya seperti
yang kita nyatakan diawalnya.”
“Kesebelas:…,” Kata Iblis
Lindungkan Furqan
Dari Mata manusia.
“Seperkara lagi yang perlu ditekan oleh kita
bersama adalah persoalan furqan. Satu
persoalan barang rahsia yang terselindung di
sebalik kejadian Tuhan (Surah:32: Sajdah:7), di
mana Tuhan sendiri pun secara mutlak tidak
boleh menggunakan kuasa: Qudrat dan
IradatNya untuk menzahirkan barang-barang
berkenaan selagi Tuhan ingin menjadi Tuhan
yang sebenar.”
“Satu-satu rupa barang yang perlu dizahirkan
oleh manusia disifat mereka menolong Tuhan
mereka dengan menzahirkan barang ghaib dari
sumber kejadian Tuhan (Surah:57:Al Hadid:25)
dan mengeluarkan barang hidup dari barang
mati atau mengeluarkan barang mati dari barang
hidup (Surah:10:Yunus:31).”
“Sesungguhnya barang yang terselindung di
rupa sebeginilah merupakan punca segala
pembangunan dan kemajuan manusia dan muka
bumi dengan setiap mata dari kalangan kita
kena tidak sekali-kali teraleh pandang
terhadapnya.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
112
“Manusia akan maju dan muka bumi akan
membangun. Jika rahsia barang yang
terselindung (Surah:32:Sajdah:17) pada
kejadian Tuhan ini dapat diterokai dan
dizahirkan oleh manusia (Surah:18:Al Kahfi:7)”
“Di samping manusia akan lebih rapat kepada
Tuhannya dan lebih mengerti akan erti Tuhan
dan ketuhanannya, di kala Zikir Khafi terlahir
pada hatinya (Surah:7:Al A‟raaf:205) dan dari
situlah mereka akan dapat melihat kekuasaan
Tuhannya (Surah:3:Ali „Imran:191) dan dapat
merasai nikmat mengingati Tuhannya dengan
pujian yang lebih bermakna lagi mendalam.”
“Di suasana faedah dan munafaat untuk diri
tetap terlahir di sisi mereka dengan matlamat
rupa konsep ibadat baru: „Amilusshaalihaat
yang diperkenal oleh Tuhan untuk amalan
manusia akan membuah tujuannya (Surah:57:Al
Hadid:25)”
“Keduabelas…,” Kata Iblis
Timbulkan
Musuh Penghalang
Kerasulan.
“Dalam pada itu kita semua kenalah sedar
bahawa sifat kejahilan dan kezaliman manusia
yang payah untuk diubah akan menjadi sebab
besar kenapa dan mengapa Tuhan semesta alam
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
113
perlu menzahirkan kitab-kitabNya sebagai
panduan hidup kepada manusia (Surah:2:Al
Baqarah:2).”
“Sesungguhnya persoalan ini terpaksa dilakukan
oleh Tuhan semesta alam. Lantaran manusia
mudah melupai sejarah (Surah:36:Yaasin:77).
Mudah melupai matlamat dan wawasan Tuhan
yang diamanah kepada mereka.”
“Apatah lagi bila terzahir golongan kita yang
akan bertindak sebagai Penguji ketulenan
kehambaan manusia terhadap Tuhannya.”
“Di mana…,”
“Tuhan secara terang-terang memperakui.
Manusia akan bermusuh di antara mereka
(Surah:2:Al Baqarah:36). Tuhan memperakui
bahawa manusia mudah terbuta dalam menilik
diri sendiri. Malah manusia mudah bersifat suka
memusing mata mereka (Surah:5: Al
Maidah:100), di suasana yang batil tidak dapat
dilihat kebatilan. Sedang yang baik dijadikan
bahan permainan yang melekakan.”
“Maka melihat kepada fenomena sikap manusia
sedemikian. Tuhan tiada pilihan kecuali
manusia kena dibekalkan dengan Kitab-
kitabNya, agar panduan dan suluhan kebenaran
tetap boleh dilihat oleh manusia di kala dirinya
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
114
hanyut di dalam arus kehidupan seharian di
dunia (Surah:2: Al Baqarah:38)”
“Lantas bagi tujuan ini.”
“Tuhan terpaksa memilih dan melantik beberapa
orang di kalangan manusia agar bertindak
menjadi kepala panduan hidup kepada manusia.
Mereka akan menjadi imam kepada manusia
dan golongan inilah dinamakan Tuhan: Nabi
dan Rasul kepadaNya.”
“Nabi di makna Naba‟. Yakni manusia yang
ditumbuhkan ilmu pada dirinya. Ilmu yang
diajar dan dididik sendiri oleh Tuhannya
(Surah:96: Al „Alaq:5). Manusia yang berguru
dengan Tuhannya sendiri.”
“Manakala…,”
“Rasul di makna penerima perintah dan
bimbingan dari Tuhannya menerusi wahyu
Tuhannya dan kemudian dari itulah terlahirlah
kitab-kitab Tuhan yang disusun kemas
(Surah:52:At Tur:2-3) untuk disebarkan oleh
para rasul dan digunapakai oleh manusia.”
“Maka di sinilah terzahirnya sudut kepentingan
kepada kita. Yakni kita perlu bertindak
menghalang dan menyusahkan mereka agar
berlakunya kelewatan proses penyebaran
kebenaran dan terhalang kejayaan wawasan
Tuhan menerusi manusia.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
115
“Lalu…,”
“Bagi menjayakan rencana ini. Sekali lagi
peranan Syaitan kehormat di kalangan manusia
puak-puak kita akan diberikan tugas khas
untuk berperanan sebagai duri dalam daging
kepada pergerakan para rasul,”
“Kita akan melantik syaitan kehormat di
kalangan mereka yang terdekat dengan para
rasul (Surah:111:Al Lahab:1-3) untuk menjadi
penghalang utama kepada gerakan mereka.”
“Ketigabelas…” Ujar Iblis
Buihkan Umat Terakhir
Di pasca Khataman Nabiyyiin.
“Sesungguhnya ingatlah proses peringatan
Tuhan menerusi kitab-kitab yang akan
dizahirkan olehNya dan diturunkan olehNya
kepada para RasulNya akan terus berlaku
sehingga ianya benar-besar tamat dan
disempurnakan (Surah:6:Al An‟aam:115)
setelah segala konsep kehidupan yang bersifat:
Mustafaa lakumuddin (Surah:2: Al
Baqarah:132) seluruh pada kitabNya (Surah:5:
Al Maidah:3).”
“Maka di saat itu akan berakhirlah zaman
kenabian dan kerasulan dengan kewafatan Nabi
yang terakhir (Muhammad s.a.w) yang
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
116
disifatkan oleh Tuhan sebagai ikon penjana
rahmat pada sekelian alam.”
“Ini bermakna.”
“Selepas tamatnya zaman kerasulan dan
wafatnya Nabi yang terakhir. Manusia di muka
bumi akan kehilangan imam dan pemelihara
sesama mereka (Surah:32: Sajdah:23-24).
“Mereka tidak lagi berpeluang mendapat rahmat
ilmu dan maklumat langsung daripada para rasul
kecuali di masa itu manusia hanya boleh
meneruskan langkahan hidup dan kehidupannya
berpandu kepada kitab-kitab yang ditinggal oleh
rasul-rasul mereka.”
“Sesungguhnya kedudukan sebegini akan
meletakkan manusia di suasana kekosongan
kepimpinan (empty leadership) yang akan
membuka ruang besar kepada kita untuk
menggoda manusia pada menzahirkan matlamat
kita di setiap ketika sehingga di hari terakhir
sebelum kiamat terjadi.”
“Maka bagi maksud ini.”
“Kita akan menzahirkan kedudukan manusia
ketuhanan di muka bumi di rupa buih di tepi
pantai dan di tengah-tengah lautan. Buih yang
ternampak masih bersama lautan. Buih yang
ternampak masih bertapak pada lautan. Namun
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
117
nilai diri dan kediriannya ternyata hampa
dengan kemasinan dan diri tidak lagi boleh
membentuk seketul garam.”
“Demikianlah…,”
Ujar Iblis
“Gambaran buih di musim itu. Ternampak saja
banyak tetapi kekuatan diri dan kejatian
ketuhanan telah terhilang pada diri mereka.
Malah hanyut di arus ombak gelora perubahan
perdana.”
“Justeru itulah di musim itu nanti, pihak kita
kena bertindak sekurang-kurang pada sembilan
(9) perkara:…,”
Kata Iblis
Sembilan kaedah
pendekatan Membuihkan Ummat.
“Satu:..,” Ujar Iblis.
“Buihkan ummat menerusi projek dan aktiviti.”
“Melahirkan sebanyak mungkin syaitan dengan
diri mereka (manusia) tidak terasa dirinya telah
menjadi syaitan (Surah:114: An Naas:5- 6). Satu
kumpulan syaitan yang terdiri dari kalangan Jin
dan Manusia (Surah:41:Fussilat:29) yang boleh
diklasifikasikan kepada lima (5) kumpulan.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
118
“Yakni:…,”
“Kumpulan satu: Kumpulan syirik kepada
Tuhan (Surah:2:Al Baqarah:8). Kumpulan dua:
Kumpulan cintakan duniawi dan hanyut dengan
arus duniawi (Surah:76: Al Insan:27).
Kumpulan tiga: Kumpulan menganut ajaran
rasul tetapi suka mengerjakan kejahatan
(Surah:38:Shaad:28). Kumpulan empat:
Kumpulan yang berteraskan ajaran rasul
(agama) tetapi mengabaikan didikan rasulnya
(Surah:5: Al Maidah:61). Kumpulan lima:
Kumpulan (kononnya) kuat berpegang dengan
ajaran rasul (agama) tetapi meninggalkan
kitaabullah (Surah:25:Al Furqan:30).”
“Dua..,” Ujar Iblis
“Buihkan umat menerusi projek dan aktiviti.”
“Di mana kita harus bertindak sehingga manusia
lupa kepada soal ketuhanan dengan diri manusia
berkenaan tetap sanggup mengaku dirinya
bertuhan tetapi tidak terasa bertuhan.”
“Tiga:..,”
“Buihkan umat menerusi projek dan aktiviti.”
“Di mana kita tumbuhkan puak-puak di
kalangan mereka dengan sikap mereka
menyalahkan di antara satu dengan lain.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
119
“Pecahkan mereka dengan pemahaman dan
pegangan yang berbeza. Perkuatkan mereka
dengan mulut-mulut yang kuat, dengan
memperakui merekalah yang benar dan berhak
menguasai masyarakat manusia. Golongan lain
semuanya tidak berguna. Malah bertentangan
dengan kebenaran.”
“Empat…,”
Tekan Iblis lagi.
“Buihkan umat menerusi projek dan aktiviti.”
“Melahirkan orang kuat agama sehingga
berwajah Tuhan (Surah:9: At Taubah:31).
Barang yang akan diperkatakan oleh mereka
harus dilihat oleh masyarakat manusia bertuhan
di rupa perintah Tuhannya. Malah akan
dihukum dan dihina. Jika kata-kata mereka
dilanggar (Surah:18: Al Kahfi:30).”
“Lima..,” Ujar Iblis lagi.
“Buihkan umat menerusi projek dan aktiviti.”
“Melahirkan golongan manusia yang suka
merekacipta barang yang kononnya berpaksikan
kepada amalan rasul (Surah:7: Al A‟raaf:203) di
suasana barang yang diperkatakan seolah
diawalnya terlupa dinyatakan oleh rasul
sebelum peninggalannya (Surah:20:
Taahaa:88).”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
120
“Galakkan penggunaan barang bukan kitab –
Dikatakan barang kitab atau senilai dengan kitab
(Surah:3: Ali „Imran:79). Malah galakkan di
kalangan mereka menzahirkan perkara-perkara
perselisihan (Khilaf) di rupa kesimpulan yang
perlu dinilai - senilai dengan nilai kitab.”
“Enam…,” Tambah Iblis.
“Buihkan umat menerusi projek dan aktiviti.”
“Lupakan manusia dari menggunapakai
Tuhannya (Surah:2: Al Baqarah:186) dan tidak
pula sanggup dipergunakan oleh Tuhannya
(Surah:47:Muhammad:7). Lupakan manusia
dari mengharapkan Tuhan (Surah:94: Al
Insyirah:8) dan timbulkan perasaan yang
Tuhannya tidak sekali-kali boleh diharapkan
untuk memberi pertolongan daripadaNya
(Surah:2:Al Baqarah:214).”
“Lupakan manusia untuk menjadi hamba yang
sentiasa mengingati Tuhannya (Surah:41:
Fussilat:29) serta menjadikan diri mereka di
kalangan golongan kejadian Tuhan yang boleh
menzahirkan barangan sumber furqan yang
boleh memajukan manusia dan muka bumi
(Surah:6: Al An‟aam:104) dengan dirinya tidak
berkesanggupan dipergunakan oleh Tuhannya
untuk membolehkan wawasan Tuhannya
mencapai matlamatnya (Surah:57: Al
Hadid:25),”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
121
“Tujuh…,” Tegas Iblis
“Buihkan umat menerusi projek dan aktiviti.”
“Perbesarkan barang remeh menjadi besar dan
dipandang besar sehingga barang yang menjadi
matlamat tidak dipandang. Malah dipandang
remeh dan tidak mustahak.”
“Istilah takut kepada Tuhan dan istilah
merapatkan diri kepada Tuhan hendaklah
diselewengkan, sehingga rupa barang yang
diselewengkan oleh kita semacam bersifat
Tuhan.”
“Takut kepada barang semacam takut kepada
Tuhan. Ta‟at dan kasih kepada barang semacam
ta‟at dan kasih kepada Tuhan (Surah:2: Al
Baqarah:165).”
“Di hakikat..,.”
“Di pihak kita buatlah dengan apa cara
sekalipun agar mereka terpesong di suasana diri
mereka merasai barang yang diselewengkan
oleh kita senilai dengan makna hakiki takut dan
rapat dengan Tuhan.”
“Lapan…,” Kata Iblis lagi.
“Buihkan umat menerusi projek dan aktiviti.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
122
“Lahirkan manusia zuhud yang hanya lihat
akhirat tanpa dunia. Yakni golongan manusia
yang cuba menjadi malaikat. Beribadat
seumpama malaikat (Surah:21: Al Anbiyaak:19-
20). Di suasana malam dan siang dirinya fana‟
di alam ketuhanan tanpa menghirau tentang
persoalan dunia dan kehidupan (Surah:28: Al
Qashash:77.”
“Buatkan mata dan hati mereka menghina dunia
dan mengagung alam ketuhanan semata-mata
dengan berakhir mereka melupai diri mereka
dan tanggungjawab mereka terhadap konsep
ibadat baru: Aamanuu wa‟amilusshaalihat
yang diperkenal oleh Tuhan dan harus pula
disempurnakan oleh manusia.”
“Dan di akhirnya.”
“Bagi perkara…,”
“Sembilan,,,”
Seru Iblis kepada puaknya.
“Buihkan umat menerusi projek dan aktiviti.”
“Lahirkan manusia bertuhan dan beragama yang
bersikap suka melihat kejayaan orang dan
menggunapakai rupa kejayaan orang dengan diri
sanggup mundur dan terus mundur.”
“Di hakikat…,”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
123
“Bentukkan dan ukirkan pada diri mereka sikap
berbangga menggunapakai rupa kejayaan orang
lain. Tanpa dirinya malu dan segan melihat
kemunduran dirinya dan kealpaan dirinya untuk
menzahir furqan dari diri sendiri di wajah
manusia yang maju dengan kebolehan diri
sendiri. Malah telah terasa maju apabila diri
telah berjaya menggunapakai rupa kejayaan
orang lain.”
“Sesungguhnya…” Kata Iblis.
“Dengan terlaksananya perancangan Sembilan
(9) perkara yang disebutkan tadi. Maka sudah
pasti rancangan membuihkan manusia di
konteks ibadat baru akan membuah kejayaan. Di
suasana manusia terus leka bersama
kealpaannya.”
Mengakhiri kalam
“Demikianlah…,”
“Saudara-saudara semua.” Kata Iblis.
“Sedikit sebanyak Dasar Awal yang sempat
dihemburkan di ketika ini. Satu dasar yang akan
membawa kita kearah kejayaan kita sebagai
Penggoda kepada kelalaian manusia dengan
janji kita tidak akan sekali-kali leka dalam
menjalankan tugas kita dengan matlamat akan
terbuktinya kata-kata pendirian kita bahawa
manusia bukan boleh dijadikan harapan untuk
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
124
mendaulat ketuhanan kita yang selama ini
disanjung oleh kita.”
“Hidup Tuhan.”
“Hidup Tuhan.”
“Hidup Tuhan.”
“Jangan dijahanamkan oleh manusia.” Laung
Iblis bersemangat mengakhiri ucapan dasarnya.
Majlis bersurai.
Reaksi Awal Tuhan
Dalam pada itu berita perhimpunan pertama
Iblis bersama puak-puaknya tidak mendapat reaksi apa-
apa dari Tuhan semesta alam.
Sikap tunggu dan lihat jelas terpapar pada
pendirianNya. Justeru Tuhan masih berkeyakinan Adam
dan Hawa bersama roh keturunannya tidak akan
termakan dengan hasutan Iblis dan puak-puaknya.
Lantaran di awal-awal lagi Tuhan telah memberitahu
Adam siapakah Iblis kepada dirinya dan keturunannya
dan janganlah sekali-kali merapatkan diri dengannya
(Surah:20: Taaha:117).
Situasi Berubah
Namun begitu situasi berubah. Iblis dan puak-
puaknya telah mula menjalankan tugas menggoda
manusia. Adam dan Hawa menjadi sasaran mereka yang
pertama. Iblis mula bertindak mengambil langkah
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
125
berjinak-jinak dengan Adam. Dibuatnya Adam bagai
kawan rapat dengan menunjuk laku bagai diri yang tidak
bersalah. Malah sayang kepada Tuhan dan kasih kepada
Adam suami isteri.
Adam Terpedaya
Sikap Iblis semacam kasihan kepada Adam
berdua kerana mereka tidak lama lagi akan dihantar ke
muka bumi dan terpaksa meninggalkan segala
kemewahan yang tersedia di dalam syurga.
“Adam..,”
“Kamu berdua, suka tak tinggal di syurga.”
Tanya Iblis memula langkahnya.
“Suka,,., Kenapa?”
Jawab Adam pendek.
“Tidak ada apa-apa.”
“Tanya aja.”
Jawab Iblis selamba sambil berjalan mengajak
Adam melihat keindahan keliling syurga,
“Aku ni bukan apa-apa.”
“Cuma kasihan kepada engkau berdua. Lagi pun
aku benar-benar tidak faham. Kenapa perlunya
engkau berdua dihantar ke muka bumi dan
perlunya engkau berdua sanggup meninggal
kemewahan yang ada dan pergi ke tempat
susah.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
126
“Dunia dan muka bumi bukan tempat sesenang
bagai senangnya kita di syurga.”
“Di sini,.., Adam.”
“Seperti engkau lihat.”
“Barang dipinta barang boleh. sebarang
kehendak tetap menjadi.”
“Di dunia susah.”
“Usahkan benda lain…, Makan minum pun
kena cari.”
“Bagi aku…,”
“Kalau susah kamu berdua aja. Tidak mengapa.
Tidaklah masuk sangat dalam kepala.”
“Tetapi…, ini tidak.”
“Susah sampai ke anak cucu. Bukannya sehari
dua.”
“Lama..,.”
“Lagi pun manalah kita tahu bila kiamat tu akan
tiba.”
“Jadi.., Adam.”
“Tak fikirkah kamu benda macam ini,”
Hujah Iblis membuat Adam tersentak dengan
barang yang tidak pernah terlintas di fikirannya sebelum
ini.
“Lalu kalau begitu…,”
“Bagaimana?”
Celah Adam mengarah mata ke Iblis.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
127
Katanya.
“Aku sebenarnya…,”
“Tidak ada jalan untuk mengelak dari tugas
yang diberi.”
“Aku kena terima.”
Keloh Adam sambil menoleh ke arah Hawa
yang ketika berada di sisinya. Hawa menganguk akur
tanda bersetuju.
“Aaaaaaah…,”
“Kenapa kena terima.”
Sergah Iblis bersungguh.
“Ada jalannya.” Kata Iblis
“Kamu tahu tak.”
Tanya Iblis.
“Tuhan larang kamu pergi dekat pokok tu
(Pokok Khaldi) kerana Tuhan tahu. Kamu
berdua akan melahirkan anak. Bila kamu makan
buahnya.”
“Sedangkan Tuhan ingin kamu beranak pinak di
muka bumi dan hidup di muka bumi. Jadi aku
rasa jika kamu beranak di sini dan dapat anak di
sini. Maka Tuhan tidak akan hantar kamu ke
dunia. Maka kekallah kamu di syuga ini.”
“Percayalah…,”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
128
“Ada munasabahnya barang yang aku katakan
itu. Sedangkan kamu tahu aku bukanlah ada
apa-apa…, Cuma nak bagi tahu kamu di atas
sifat aku sebagai makhluk yang lama dengan
Tuhan.”
“Maka,,,,”
“Aku nasihat.”
“Dan terpulanglah kepada Engkau.
(Surah:7:Al A‟raaf:21)”
Kata-kata pujuk saranan Iblis benar-benar
menyusuk kepala Adam dan isterinya Hawa. Hati
mereka berdua mula terpaut dengan isu cadangan iblis
(Surah:20:Taaha:120). Maklum sajalah pandangan itu
datang dari diri satu malaikat yang teramat rapat dengan
Tuhan sebelum peristiwa kezahirannya. Lalu tanpa
berfikir panjang Adam dan Hawa terus menghampiri
pokok terlarang – Pokok Khaldi yang ditegahkan Tuhan.
Sebaik sahaja sampai di lokasi pokok Khaldi,
Adam terus bertanya Iblis.
“Bagaimana caranya.”
“Tuan,”
Jawab Iblis.
“Ambillah buah tu,.,”
“Makan.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
129
Adam dan Hawa pun terus memetik buah di
pokok Khaldi dan memasukkannya ke mulut – Makan
(Surah:20:Taaha:121). Lalu serta merta tertimbul di hati
mereka perasaan berahi dan terus membogelkan diri
masing-masing untuk melakukan persetubuhan
(Surah:7: Al A‟raaf:22),
Satu perlakuan larangan mutlak kepada mereka
berdua ketika di syurga dan sebelum mereka dihantar
dan bertapak di muka bumi. Tetapi ianya telah terlanjur
dilakukan oleh mereka berdua.
Maka di suasana inilah Adam dan Hawa
dimurkai oleh Tuhannya (Surah:36: Yaasin:60-62)
dengan Iblis tersenyum lebar (Surah:34:As Sabak:20),
justeru percubaan pertamanya telah berjaya
membuktikan bahawa manusia teramat rapuh dalam
menghadapi ujian serta ternyata jahil dan zalim
(Surah:34: As Sabak:20).
Maka berikutan itu Adam bermohon ampun
kepada Tuhannya (Surah:7: Al „Araaf:23). Di hakikat
terlalai dirinya pada pesanan Tuhannya
(Surah:20:Tahaa:117) dan menerima hukuman Tuhan
keluar dari syurga dan dipindah serta merta ke muka
bumi (Surah:20: Taaha:123-124).
Namun demikian sebelum Adam dan Hawa
bertolak ke muka bumi. Tuhan mengambil kesempatan
mengajar dan memberi ulasan penerangan kepada Adam
dan Hawa (Surah:2: Al Baqarah:37) di rupa ulasan
dasar kenapa dan mengapa Adam dan Hawa (manusia)
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
130
dizahirkan dan perlunya mereka bertapak di muka bumi
membentuk kehidupan di muka bumi di wajah
kehidupan dunia (Surah:2: Al Baqarah:36).
Dalam majlis sedu hiba yang disaksikan oleh
seluruh roh manusia dan para Malaikat yang setia
kepada Tuhannya.
Tuhan berkata.
Ulasan Dasar
Manusia Ke Muka Bumi.
“Di sini.”
“Perlu diulaskan kepada kamu sekalian.
Terutama kepada kamu Adam dan Hawa
tentang Lapan (8) perkara yang membabitkan
soal kepentingan Aku dan kepentingan manusia
tentang kenapa dan mengapa kamu berdua perlu
memulakan kehidupan di muka bumi.”
“Satu ulasan dasar yang terbuta dilihat oleh
mata dan ilmu Iblis dan puak-puaknya. Satu
ulasan dasar Kami yang akan memperlihatkan
kepada kamu tentang mustahaknya kehadiran
kamu berdua di muka bumi yang akan
melebihkan kamu dari taraf makhluk yang lain.
Satu taraf kedudukan yang tidak pernah Kami
kurniakan kepada makhluk lain selain dari
manusia,” Terang Tuhan memulakan
ulasanNya, demi diingat oleh manusia.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
131
Pertama: Mewujudkan
Taraf „Ibaadillah
KataNya.
“Iblis terbuta dalam melihat kepentingan
terzahirnya istilah: „Ibaadillah (Hamba Allah)
yang perlu diwujudkan demi kepentingan Aku
Tuhan kamu dan kepentingan kamu yang akan
berkhidmat kepada Aku Tuhan semesta alam.”
“Iblis terbuta melihat besarnya nilai kedudukan
istilah: „Abdillah (Hamba Allah) di sisi Kami.
Satu pangkat dan taraf kebesaran ketuhanan
yang tidak pernah diperbuat dan dikurniakan
oleh Kami kepada mana-mana makhluk sejak
bertahtanya Kami di singgahsana maya
ketuhanan ini.”
“Satu taraf yang dibuat menerusi tawaran
Penerimaan Amanah (Surah:33: Al
Ahzab:72). Satu taraf bukan tawaran jalanan.
Tetapi tawaran khusus yang dibuat oleh Aku
dan diterima oleh manusia setelah seluruh
makhluk Aku termasuklah si-cerdik itu (Iblis)
menolak tawaran untuk dikurniakan pangkat
kebesaran ketuhanan Aku yang membawa gelar:
‟Ibaadillah (Hamba Tuhan).” Tegas Tuhan
membuat para malaikat yang hadir tercengang.
“Maka kenapa,,.,”
“Kamu semua tercengang.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
132
“Kamu ingat para malaikat yang sujud dan
bertasbih kepada Kami siang dan malam itu –
Bertaraf Hamba Allah ? “
“Jawabnya…,”
“Tidak”
“Mereka bukan bertaraf hamba Tuhan. Sebab
taraf hamba tidak cukup dengan tasbih. Malah
taraf hamba Tuhan tidak akan terzahir pada
mereka yang hanya bersifat: Aaamanuu
semata-mata tanpa terzahir sama padanya sifat:
„Amilusshaalihat.”
“Satu konsep ibabat baru („Amilusshaalihat)
yang akan digabungkan dengan cara beribadat
lama (Aamanuu) yang diperkenalkan oleh Aku
untuk kepentingan Aku dan kepentingan
manusia yang menerima tawaran amanah Aku
di taraf hamba yang soleh (Surah:29:Al
Ankabuut:9).
“Sesungguhnya.”
“Ini fakta yang membutakan Iblis dalam melihat
pentingnya Adam dan manusia dizahirkan.
Demi memartabat nilai ketuhanan Aku. Raja
segala raja di maya kejadian Aku..”
“Sebab itulah Aku kata….”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
133
“Baik ambil makhluk bodoh yang boleh diajar
dari ambil makhluk cerdik yang tidak boleh
ditumpang.”
Kedua: Bumi Tempat
Menzahirkan Ibaadillah
“Sebagai pengetahuan kamu semua.”
“Salah satu planet di alam cakrawala maya
Kami telah siap diperbuatkan oleh Kami dan
planet ini adalah Planet Bumi (Surah:32:
Sajdah:7). Di mana ianya dicipta khusus oleh
Kami untuk didiami oleh makhluk yang
berupaya mengubah corak dirinya menjadi
layak untuk menerima gelaran kebesaran Kami
bergelar: „Ibaadillah.”
“Di hakikat,,,:
“Taraf gelaran: „Ibaadillah adalah satu darjat
tertinggi di sisi Kami dan ianya tidak mungkin
layak dikurniakan oleh Kami kecuali kepada
makhluk Kami yang sanggup menerima tawaran
amanah Kami (Surah:33: Al Ahzab:72) dan
memperakui Kami Tuhannya dengan dirinya
berikrar melayakkan diri masing-masing
berwajah hamba kepada Kami (Surah:7:Al
A‟raaf:172) serta sanggup di hantar dan
mendiami muka bumi dengan diri masing-
masing mengamalkan konsep ibadat baru:
Aamanuu wa‟amilusshaalihat dengan tugas-
tugas dan bertanggungjawabnya sebagai
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
134
Khalifah Allah di muka bumi (Surah:6: Al An
„aam:165).”
“Ini bermakna,,,.”
Terang Tuhan.
“Istilah: „Ibaadillah dan istilah: Al-Ardhi tidak
boleh dipisahkan di antara satu dengan lain. Di
suasana taraf: „Ibaadillah hanya boleh dibentuk
di muka bumi oleh manusia di sepanjang nafas-
nafasnya sebelum ianya dipanggil kembali oleh
Kami ke pangkuan Kami.”
“Maka ini bermakna,”
“Syurga…,”
“Apatah lagi neraka, bukan sekali-kali tempat
membentuk diri bertaraf: „ibaadillah (89: Al
Fajr:29). Sebab itulah para malaikat yang selesa
tinggal di syurga sejak dahulu tidak ditaraf oleh
Kami sebagai: „Ibaadiilah kecuali ditarafkan
pada tahap: Ruhul Qudus (Surah:2:Al
Baqarah:87). Meskipun mereka beribadat dan
bertasbih kepada Kami siang dan malam
(Surah:21: Al Anbiyaak:19-20).”
“Sesungguhnya,”
“Inilah kelebihan manusia yang boleh dicari-
teroka oleh manusia di kala peluang sebegini
terzahir kepada mereka hasil dari natijah
kesanggupan mereka menerima tawaran amanah
Kami.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
135
“Inilah satu lagi…,”
“Fakta yang membutakan Iblis dalam melihat
pentingnya Adam dan manusia dizahirkan serta
dihantar ke muka bumi. Satu fakta yang jua
membutakan Adam dan Hawa di jerubu nasihat
kejahilan Iblis pada melihat wawasan Kami.”
Tegas Tuhan membuat Adam dan Hawa tunduk
malu dan pilu.
“Justeru itulah,,,,.”
Kata Tuhan,
“Manusia sepatutnya mengambil kesempatan
yang ada. Malah kena terasa bertuah yang
dirinya dihantar dan dizahirkan ke muka bumi
kerana di muka bumi-lah sahaja darjat tertinggi
di taraf: „Ibaadillah dapat dibentuk dan
diterokai.”
“Namun pun begitu.”
Ujar Tuhan,
“Benar sangkaan Iblis (Surah:34: As Sabak:20)
bahawa banyak menusia keturunan Adam di
Muka bumi terlajak pandang (over look) tentang
peluang yang dikurniakan ini. Mereka tidak
mengambil berat tentang persoalannya. Mereka
leka dan dilekakan dengan persoalan lain.
Malah mereka terasa darjat: „Ibaadillah terzahir
secara automatik dimiliki oleh mereka.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
136
“Di hakikat mereka faham dan difahamikan
bahawa pada setiap manusia di muka bumi
adalah hamba Tuhannya kerana dirinya bukan
Tuhan. Maka secara automatik dirinya adalah
hamba Tuhan tanpa sekali-kali teringat akan
hakikat bahawa taraf hamba Tuhan adalah satu
kurniaan Tuhan setelah diri seseorang manusia
berjaya melayakkan dirinya ditarafkan sebagai
hamba Tuhan („Ibaadillah).
“Inilah satu kesilapan pemahaman yang payah
untuk diperbetulkan nanti terutama apabila
canangan Iblis dan syaitan menghasut mereka
dengan berpandangan sedemikian.”
“Lantaran itu,,,,” Seru Tuhan,
“Berwaspadalah,”
“Semoga peluang yang terwujud tidak disia-
siakan,”
Ketiga: Memajukan
Muka Bumi
“Sebagai pengetahuan kamu semua. Bumi
dijadikan khusus oleh Kami untuk diwujudkan
sebagai tempat asas penerokaan rahsia Kami
(Surah:32:Sajdah:17) yang terwujud padanya
(Surah:6: Al An‟aam:104).”
“Satu penerokaan rahsia muka bumi yang akan
membongkar rahsia kecanggihan kekuasaan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
137
Kami yang tersimpan (Surah:10:Yunus:101) di
wajah cahaya di dalam cahaya pada setiap
kejadian yang Kami ciptakan di muka bumi
(Surah:32: Sajdah:17).”
“Satu penerokaan rahsia (Secret exploration)
yang bersifat serampang dua mata. Di mana
semasa penerokaan dibuat, manusia akan
dapat melihat Aku dalam rahsia Aku dan
mengingati Aku dengan rahsia Aku (Surah:3:
Ali „Imran:191) serta di masa yang sama akan
terlihat oleh mereka faedah dan munafaat bagi
kehidupan mereka di muka bumi (Surah:6: Al
An‟aam:104) di rupa kehidupan dunia yang
sentiasa digerak kearah maju dan sejahtera.”
“Sesungguhnya kerja penerokaan seumpama ini
tidak boleh dilakukan melainkan dilakukan
menerusi kerja-kerja pengaslihan (penghuraian
sumber) yang berupaya menzahirkan rupa rahsia
(furqan) di sifat kerja berwajah:
„Amilusshaalihaat (Surah:57: Al Hadid:25)
Yakni satu rupa ibadat baru yang amat ternilai
di sisi Kami dinatijah terzahirnya manusia
mukmin mewarisi muka bumi (Surah:21:Al-
Anbiyaak:105).”
“Demikianlah akan majunya muka bumi dan
terpecahnya rahsia Kami yang berada di maya
sejagat yang tidak pernah diterokai sebelum ini
dan hanya akan berlaku setelah manusia
dizahirkan dan dihantar di muka bumi.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
138
“Dan…,”
“Sesungguhnya ingatlah bahawa rahsia Kami
yang tersimpan tidak boleh dizahir dan terzahir
menerusi rupa ibadat asas (Aamanuu) seperti
yang diamalkan oleh para malaikat.”
“Di suasana rupa sebuah Almari. Yakni rupa
rahsia sebatang balak dari sebatang pokok kayu
di muka bumi mithalnya tidak akan terzahir
dengan zikir dan tasbih.”
“Di hakikat ketinggian ketauhidan ketuhanan
dengan mulut dan hati menyebut nama Tuhan
siang dan malam tidak akan menzahir kemajuan
fiskal kehidupan. Meskipun ianya berfaedah
untuk hati dan jiwa. Sedangkan kesucian hati
dan ketauhidan yang tinggi tanpa rupa kemajuan
material kehidupan akan mewajahkan rupa
kehinaan pada kehidupan.”
“Maka…,”
“Demi kedudukan inilah perlunya manusia
dizahirkan serta dihantar mendiami muka bumi
dan berkhidmat untuk Kami di wajah menolong
Kami menzahirkan yang ghaib (Surah:57: Al
Hadid:25).”
“Satu rupa kegiatan ibadat yang terbuta dilihat
oleh Iblis dan tidak boleh dilakukan oleh para
malaikat tetapi sangat diperlukan oleh Kami
Tuhan sekalian alam. Demi martabat
keperkasaan ketuhanan Kami.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
139
“Sesungguhnya.”
“Kelalaian dan kealpaan manusia di muka bumi
nanti pada melihat tugas dan tanggungjawab
mereka memajukan diri dan muka bumi akan
meletakkan dirinya dan kaumnya menjadi
mundur selari dengan kehendak dasar Iblis
terhadap manusia.”
“Maka berawaslah.”
Keempat: Menzahirkan
Penjana Kesejahteraan
UjarNya lagi.
“Sesungguhnya ketahuilah semua, bahawasanya
konsep ibadat baru: Aamanuu wa‟amilus
shaalihat adalah satu konsep penjana rahmat
dan kesejahteraan. Satu konsep penjana rahmat
dan kesejahteraan duniawi dan akhrawi
(Surah:19: Maryam:15) pada mereka yang
mukhlis kepada kehidupan.”
“Satu rupa penjana rahmat dan kesejahteraan
kepada mereka yang tahu tujuan hidup dan
matlamat hidup. Tahu tujuan dirinya dizahirkan
dan tahu tujuan dirinya dikembalikan kepada
pangkuan Kami.”
“Sesungguhnya ketahuilah bahawasanya rahmat
dan kesejahteraan akan terlahir pada diri
seseorang manusia apabila dirinya
melaksanakan ibadat asas: Aamanuu.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
140
“Di makna…,”
“Mereka beriman dan mentauhidkan Tuhannya
dengan melaksanakan barang yang disuruh dan
menjauhi barang yang ditegah serta bersih
hatinya di maqam: Qalbissalim berpandukan
kitab-kitab Allah yang turunkan menerusi rasul-
rasul Kami.”
“Demikianlah jua,,,”
“Rahmat dan kesejahteraan akan terwujud pada
diri seseorang dan masyarakatnya apabila
konsep: „Amilusshaalihaat dilaksanakan dan
diterokai oleh manusia di muka bumi.”
“Sesungguhnya cabaran beribadat pada dua (2)
konsep seumpama ini tidak pernah terwujud di
alam para malaikat dan makhluk-makhluk lain
tetapi hanya terwujud di alam manusia di muka
bumi.”
“Di hakikat…,”
“Darjat: As shaalihiin di maqam: „ibaadiyas
shaalihiin (hamba Aku yang soleh) tidak
mungkin boleh dimiliki oleh para malaikat di
alam ibadat mereka,”
“Di kedudukan beriman dan mentauhidkan
Tuhan serta melaksana barang yang disuruh dan
menjauhi barang ditegah, bukanlah boleh
diklasifikasi sebagai rupa kerja di wajah:
„Amilus shaalihat. Tetapi kerja seumpama
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
141
hanya layak dikategorikan di peringkat ibadat
asas: Aamanuu.”
“Satu keindahan beribadat yang tidak dapat
dikecapi oleh para malaikat dan makhluk–
makhluk Allah yang lain tetapi boleh dikecapi
oleh manusia yang dizahir dan dihantar ke muka
bumi.”
“Maka inilah..,”
“Sebenarnya kejahilan Iblis dan kebutaannya
sehingga dirinya bangkit menentang kewarasan
wawasan kami.”
“Satu kejahilan diri Iblis yang merasai bahawa
dengan mengamalkan syariat ibadat
bertasbih telah cukup untuk dijadikan jalan
kehidupan (way of life) dan sebarang
pembentangan pendekatan baru yang
bercanggah dengan rupa kaedah yang sedia ada
boleh dianggap lari dari aqidah para malaikat
dan setentunya sesat.”
“Sesungguhnya…,”
“Justeru kejumudan inilah Iblis berani berkata:
Tidak cukupkah Kamu (Tuhan) dengan syariat
hidup kami dan cara ibadat kami (bertasbih)
mengagungkan Kamu sedangkan kaedah baru
yang dibentangkan oleh Kamu boleh
mendatangkan kerusakan dan bercanggah
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
142
dengan syariat yang sedia ada (Surah:2: Al
Baqarah:30).”
“Satu kejumudan dilema pendekatan dan sikap
yang tidak boleh dikembangkan. Malah lebih
bersifat di rupa batang penghalang kepada
perubahan.”
Kelima: Menzahirkan
Hati Dan Akal
“Sesungguhnya bagi tujuan menzahirkan rahmat
dan kesejahteraan duniawi dan akhrawi yang
akan dijana oleh manusia. Maka dua (2) perkara
penting, iaitu hati dan akal perlu diwujudkan
oleh Kami pada diri setiap manusia. Di
kedudukan tanpa terzahirnya hati dan akal pada
manusia. Maka kerja-kerja: Aaamanuu
wa‟amilus shaalihat (Surah:29: Al Ankabuut:9)
tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh
mereka.”
“Satu kedudukan gambaran tentang pentingnya
peranan hati dan akal dalam mewajahkan
konsep rupa ibadat: Aamanuu dan rupa
ibadat:‟Amilusshaalihaat.”
“Di hakikat…,”
“Hanya manusia yang berakliah sahajalah yang
mampu beriman dan mentauhidkan Tuhan.
Hanya manusia yang berakliah sahajalah
berupaya menilai kebenaran dan kebatilan.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
143
“Maka begitulah,”
“Hanya manusia yang berakliah sahajalah yang
berupaya memiliki ilmu dan pengetahuan bagi
membolehkan mereka mencari dan menerokai
alam rahsia kejadian (Surah:29: Al
Ankabuut:43) serta menggunapakai kelebihan
furqan yang ditemui (Surah:6: Al
An‟aam:104).”
“Oleh yang demikian,”
“Ingatlah kamu semua bahawa hati sahaja
yang boleh menghasilkan akal dan akal
hanya boleh terzahir dan dizahirkan oleh
hati yang suci. Manakala hati yang suci
sekurang-kurang di maqam nafsu: Mutmaninah
sahajalah yang akan dijemput oleh Kami untuk
dikurniakan darjat kebesaran Kami bertaraf
„ibaadillah (Surah:89:Al Fajr:27-30).”
“Disamping bagi mereka yang bersifat
Mutmainnah serta berjaya menjadikan dirinya
pengaslih muka bumi akan dikurniakan darjat di
peringkat: „Ibaadiyasshaalihiin (Hamba Ku
yang soleh - (Surah:29: Al Ankabuut:9).”
“Sesungguhnya pada kedudukan inilah sekali
lagi kejahilan dan kebutaan Iblis terserlah.”
“Di suasana dirinya dan para malaikat tidak
berpeluang memilikinya. Satu kurniaan Kami
yang tidak pernah diwujud dan dizahirkan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
144
kecuali kepada manusia yang hidup di muka
bumi.” Tegas Tuhan semesta alam.
TegasNya lagi.
“Namun begitu,”
“Banyak manusia di muka bumi nanti akan
terlalai untuk menzahirkan akal dari hatinya.
Sebaliknya mereka lebih suka menggunapakai
fikiran dari kepalanya sebagai bahan suluhan ke
arah apa yang disifatkannya sebagai kebenaran.”
“Di hakikat,”
“Manusia tetap buta dan tidak berpeluang
menampakkan dirinya kepada kezahiran
kebenaran yang bertaraf tinggi di luar kotak
kuasa keupayaan fikiran. Di suasana kuasa
keupayaan fikiran tetap terhad di sudut
menzahirkan kebenaran. Terutama apabila
menghadapi sebarang perkara baru yang tidak
terwujud pada tapak perbandingan (Nil
empirical of literature) yang sedia ada.”
“Maka akibat daripadanya akan banyak terlahir
peristiwa pembiasan target yang meletakkan
manusia berada di alam prasangka (Mirage
perceptions) dan tersimpang jauh dari barang
yang disangka (Righteous deviation) dengan
berakhir pendapat dan pandangan ramai (Market
stand) dijadikan asas kepada kaedah
perbincangan (task disputed) terhadap
kebenaran (Righteous facts),”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
145
“Dalam pada itu perlulah ingat tidak sekali-kali
salah. Malah digalakkan manusia menggunakan
fikiran dan daya pemikirannya dalam
kehidupan. Jika barang yang difikir dan
diperbincangkan itu dapat dilandaskan kepada
perbandingan.”
“Dimakna pada sebarang permasalahan atau
pada sebarang proses menambah-baik terhadap
sesuatu dan jalan penyelesaian terhadapnya
tertimbul sesudah terzahirnya barang
perbandingan. Maka fikiran bolehlah
digunapakai bagi menzahirkan kebaikan di
sudut bertambahnya nilai dan mutu kebaikan di
rupa perbandingan.”
“Namun demikian.”
“Untuk sebarang perkara baru yang masih
ternafi rupa perbandingan. Maka fikiran
janganlah sekali-kali digunakan bagi
menentukan kebenaran atau bagi menzahirkan
rupa furqan. Justeru itu akal harus ditumbuhkan
dengan rupa kebenaran dan rupa furqan yang
terlahir wajib disangsi oleh kebanyakan.”
“Di hakikat setiap kebenaran wajib ditentang.
Lantaran gila dan kegilaan dilihat dan dinilai
oleh daya fikiran dan pemikiran (Surah:68: Al
Qalam:1-4).”
“Demikianlah…,”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
146
“Dilema manusia dalam menzahirkan kebenaran
dan rupa furqan yang berwajah cahaya dari
Kami Tuhan sekalian alam yang menjadi
petunjuk pada setengah kalangan dan
menyesatkan kalangan yang lain. (Surah:2: Al
Baqarah:26).”
“Maka dalam kegelisahan delima pemikiran dan
akliah inilah kesempatan diambil oleh Iblis dan
syaitan menzahirkan barang semacam cahaya di
dalam cahaya di suasana logik terkurung dalam
dilema dengan Iblis dan syaitan mencari bibit-
bibit alasan kukuh dengan menceriakan
pemikiran secara logik ke mulut pandangan
ramai dan mendesak agar kebenaran atas
kebenaran (Haqqu „aalahaqqin) ditolak sebagai
unsur perubahan baru dan pembangunan.”
“Justeru itu.”
“Kami tidak pelik.”
“Nanti.”
“Jika berlakunya ketimbusan terhadap cetusan
kebenaran dan rupa furqan di muka bumi akibat
kerenah keutamaan diberi oleh manusia kepada
logik dan fikiran. Lantaran peranan akal yang
berupaya menzahirkan kebenaran dan furqan
berwajah gila dan kegilaan di sudut pandangan
logik pemikiran ditendang dan digelongsor –
timbuskan oleh tumit-tumit berfikiran usang.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
147
“Oleh itu ingatlah kamu semua, bahawa tidak
semua kebenaran yang dikatakan kebenaran
yang dizahirkan oleh fikiran adalah tulin
daripada Kami Tuhan sekalian alam. Tetapi
banyak kebenaran yang dirasai kebenaran
ditumbuhkan oleh Iblis dan syaitan.”
“Di hakikat.”
“Penilaian fikiran Adam pada kisah tegahan
khaldi, satu iktibar tentang kebatilan di kala
rupa nasihat dan hasutan berwajah seiras di
kamar beradu kembar siam.”
“Sementara itu ingatlah jua bahawa setiap ilham
itu wajib dari Tuhan semesta alam
(Surah:91:Asy Syams:8) dan bukan dari bisikan
Iblis dan syaitan. Justeru ilham tidak boleh
dihasilkan oleh kotak pemikiran tetapi wajib
ianya terzahir dari akal yang dijana oleh hati
yang suci (Surah:91:Asy Syams:9) lagi dikuasai
oleh Kami Tuhan semesta alam dan terhindar
ianya dari penjajahan Iblis dan syaitan
(Surah:91:Asy Syams:10) dan sesungguhnya
tidak dikatakan ilham. Jika ianya tidak datang
dari Kami Tuhan seseru alam.”
Keenam: Menzahirkan
ilmu dan Kekuatan
Ketuhanan.
“Sementara itu…,” Kata Tuhan.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
148
“Menyedari akan hakikat kehadiran hati bagi
menzahirkan akal dan akal pula berperanan
untuk menerima ilham. Maka ilham yang
diterima tidak akan dapat diterjemah dan
dihuraikan serta disimpan di rupa pengetahuan
tanpa suatu yang bernama ilmu.”
“Justeru itu.”
“Ilmu dizahirkan untuk manusia dan boleh
dikuasai oleh manusia sebagai alat pengetahuan
berhikmah (Surah:2:Al Baqarah:269) lagi
mempunyai kuasa menterjemah, menghurai dan
melahirkan satu-satu rupa kaedah penzahir
furqan pembangunan serta memperkasakan
kebolehan manusia dalam melakukan sesuatu
bagi menegak, merubah dan membangunkan
kehidupan mereka.”
“Maka bagi tujuan membolehkan manusia
memiliki ilmu. Kami kurniakan ilmu-ilmu
berkenaan kepada manusia melalui dua (2)
kaedah. Yakni melalui jalan Ilmu Laduni
(Surah:18: Al Kahfi:65) dan jalan Ilmul Qalam
(Surah:96: Al „Alaq:4), Dua jalan pemilikan
ilmu yang boleh dikembangkan dan diperturun-
didikkan kepada generasi baru di wajah pusaka
harta pengetahuan yang amat bernilai.”
“Sesungguhnya…,” Kata Tuhan.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
149
“Inilah satu kejahilan Iblis dalam melihat rupa
ingredient wawasan Kami di sudut berilmu yang
tidak terwujud di alam para malaikat.”
“Di hakikat tahap ilmu para malaikat tidak
sekali-kali berupaya menzahirkan sebuah almari
dari sebatang balak. Apatah untuk memecah
struktur atom dan menghurai sumber semulajadi
sehingga terzahirnya rupa furqan di wajah
sebatian terhurai (isolated compound) yang
berupaya berfungsi untuk tujuan-tujuan
tertentu.”
(Nota Ingatan:
Gelas pecah. Melambung
tinggi - semasa menulis
skrip ini – Pengarang.)
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
150
Gambar gelas pecah diabadikan.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
151
“Disamping itu…,”
“Perlulah diingatkan dan didedahkan di sini
bahawa manusia tidak akan berupaya
menzahirkan kekuatan dan kebolehannya untuk
memajukan kehidupan dan muka bumi tanpa
kekuatan Tuhannya. Di hakikat manusia harus
menggunapakai kekuatan Tuhannya, demi
kehidupannya dan kemajuan di muka bumi.”
“Justeru itu…,”
“Demi kepentingan Kami dan kepentingan
manusia bagi membolehkan manusia melihat
kekuasaan Kami dan memuji kesucian Kami
dengan manusia pula dapat munafaat
daripadanya (Surah:3: Ali „Imran:191). Maka
Kami bertindak meminjamkan sifat-sifat kuasa
kekuatan Kami kepada manusia (Surah:35: Al
Fathir:10) sebagai sifat majazi manusia dari
Tuhannya.”
“Sesungguhnya kekuatan majazi sebegini
(Surah:8:Al Anfaal:17) tidak akan terlahir
dengan sendirinya pada jasad dan jiwa manusia
kecuali manusia itu sendiri bertindak
merapatkan dirinya (bertaqwa) dengan Kami
dan menerokainya (Surah:84:Al Insyiqaaq:6)
bagi tujuan memilikinya sehingga terlahir sifat-
sifat kekuatan Kami pada dirinya di rupa Kami
sendiri melakukannya (Di maqam: Innallaaha
baa lighu amrihi - Allah sendiri melakukan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
152
urusannya - Surah:65: At Talaq:3) pada
kenyataan terzahirnya (di-tajalli-kannya)
perlakuan Tuhan (Di maqam: Wamaaramaitaa
izramaitaa walaakinnallaaha rama (Surah:8:Al Anfaal:17) di wajah manusia yang
bertawakkal.”
“Sesungguhnya.”
“Inilah satu kekuatan manusia yang perlu dilihat
dan dimiliki oleh manusia di sepanjang
hayatnya di dunia kerana di muka bumi
sahajalah kekuatan sebegini dapat dibentuk dan
dimiliki oleh mereka.”
“Sesungguhnya.”
“Demi Kami.”
“Kekuatan sebegini tidak pernah terwujud dan
diwujudkan oleh Kami di dalam modul
kehidupan para malaikat dan menjadi unsur
kejahilan Iblis dalam melihatnya. Satu kejahilan
yang membuat dirinya bangun menentang
wawasan Kami untuk manusia di muka bumi.”
Ketujuh:
Menzahirkan Kitab
“Sesungguhnya.”
Tegas Tuhan.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
153
“Setelah melihat secara mendalam dan
menimbangkannya secara halus di wajah
kesenian kebenaran. Maka Kami sedar bahawa
Adam dan Hawa baru saja dizahirkan. Adaptasi
dirinya terhadap suasana keliling dan matlamat
wawasan Kami tidak dapat diajar dengan
sempurna pada konsep menitik setitik demi
setitik ingredient didikan berilmu kepadanya.
Apatah lagi berlakunya peristiwa khaldi
terhadap mereka berdua di kedudukan mereka
terpaksa keluar dari syurga di tempuh didikan
yang belum mencukupi. Maka pemergian Adam
dan Hawa harus dijamin selamat.”
“Justeru itu…,”
Kata Tuhan.
“Kami memutuskan untuk mengadakan dan
membekalkan kepada kamu dan anak keturunan
kamu dengan ayat-ayat Kami yang boleh
dijadikan panduan hidup oleh kamu dan
keturunan kamu berdua di dunia, di suasana
kamu dan keturunan kamu tidak perlu takut
ketika kamu semua membentuk kehidupan baru
di muka bumi (Surah:2: Al Baqarah:38).”
“Maka,”
“Untuk tujuan ini.”
“Di suasana masa ketika ini tidak mengizinkan
dengan kamu berdua terpaksa bertolak ke muka
bumi disamping Kami melihat kepada
banyaknya perubahan yang akan berlaku di
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
154
dunia serta meletakkan ayat-ayat kami tetap
relevan dengan masa dan zaman.”
“Maka.”
“Kami memutuskan yang ianya akan diturunkan
oleh Kami secara berperingkat-peringkat
melalui para rasul Kami yang terdiri dari
kalangan kamu yang dipilih oleh Kami
(Surah:2: Al Baqarah:151) dan kitab-kitab yang
dikurniakan itu haruslah dilihat dan diikuti oleh
kamu dan keturunan kamu di sepanjang masa
sehinggalah ke hari kiamat.”
“Sesungguhnya,”
“Ketahuilah di dalam kitab-kitab Kami yang
berupa himpunan ayat-ayat Kami akan
menjuruskan manusia kepada Sembilan (9)
perkara.”
“Satu…,” Kata Tuhan
“Kami memperkenalkan Kami semula kepada
manusia yang Kami adalah Tuhan semesta alam
(Surah:43: Az Zukhruf:64-65). Tuhan yang
diperakui oleh manusia di alam ruh dengan
sumpah ketuhanan dan kehambaan (Surah:7:Al
A‟raaf:172) setelah manusia sanggup menerima
amanah Tuhannya (Surah:33: Al Ahzab:72).”
“Kedudukan ini teramat penting bagi Kami dan
bagi manusia diperingatkan semula agar tujuan
kakinya berpijak di lantai bumi tidak dilupainya
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
155
dan wawasan Kami tidak dipermainkannya
(Surah:2: Al Baqarah:30). Terutama apabila
Iblis dan syaitan berada di sekeliling manusia
dan hanyutnya manusia dengan permainan
dunia (Surah:57: Al Hadid:20).”
“Dua…,” Kata Tuhan.
“Kami zahirkan padanya ayat-ayat Kami yang
bersifat: Ummul Kitab (Surah:43:Az
Zukhruf:4) untuk menjadi hidangan dan
santapan jiwa bagi menusia cerdik (Surah:72: Al
Jin:2) yang berilmu lagi berakal (Surah:29: Al
Ankabuut:43).”
“Ayat-ayat yang boleh dikembang-huraikan
secara berilmu (Surah:14:Ibrahim:24-25), di
suasana setiap ayat padanya terdapat rupa
furqan (Surah:27: An Naml:75) yang berupaya
majukan manusia (Surah:45: Al Jaastsiyah:20)
dan memantau cara kehidupan manusia
(Surah:3: Ali „Imran:138) agar terbentuk
padanya rupa kehidupan yang bertaraf:
Mustafaa Lakumuddiin (Surah:2: Al
Baqarah:132) serta terzahirnya kaedah hidup
sejahtera (Surah:19:Maryam:15) dan memiliki
sejahtera (Islam) di dunia dan di akhirat di
wajah kehidupan yang terbaik (Surah:2: Al
Baqarah:201).”
“Tiga…,”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
156
“Kami didik manusia melalui ayat-ayat Kami
dengan konsep berilmu dan menggali ilmu
padanya (Surah:41:Fussilat:3) dan di luarnya
(Surah:6: Al An‟aam:104) meliputi segala ilmu
yang ada di dunia maya menerusi pendekatan
berfikir (In-box of mind), berakal (Out-box of
mind) dan berpakaran (expert in doing - zikri).”
“Pendekatan seumpama ini teramat mustahak
bagi membolehkan manusia berilmu: Nampak
(Surah:50:Al Qaaf:22) dan bersifat: Nampak
(Tubshiruu – Surah:6: Al An„aam:104) pada
keupayaan menghurai dan tidak bersifat buta
ikut-kata dan ikut-diberi (Di maqam:
Ummiyyuunalaa ya‟lamuunal kitaab -
Surah:2:Al Baqarah:78) dengan jiwa terikat
jahil berprasangka tanpa kejituan keyakinan dan
pendirian diri sendiri.”
“Inilah satu pendekatan yang akan
menampakkan manusia dan membolehkan
manusia tahu dan mencarigali tentang Al Aayah
(punca prinsip dan falsafah). Menampakkan
manusia tentang: Al Bayan (punca konsep dan
idea). Menampakkan manusia tentang: Al
Burhan (punca pendidikan dan hikmah) dan
menampakkan manusia tentang: Al Furqan
(punca rupa pembaharuan dan inovasi).”
“Empat,,,,”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
157
“Kami zahirkan pada ayat-ayat Kami isyarat
terwujudnya teori dan formula (Surah:72:Al
Jin:16) yang berupa kesimpulan ingredient
kaedah berilmu bagi menzahirkan hikmah.
Yakni rupa faedah dan kelebihan yang boleh
digunapakai oleh manusia dengan ilmunya.”
“Satu kaedah kedudukan ilmu dan berilmu yang
berupaya menzahirkan tenaga maknawi
pengetahuan di wajah kesimpulan kejituan
hakiki sehingga terlahirnya rupa: Simple –
Natural – Accurate pada kesimpulan ilmu yang
akan memudahkan barang yang payah dan
mempermudahkan lagi barang yang mudah
dengan menzahirkan hasil dan munafaat kepada
manusia dengan manusia pula boleh melihat
tentang kecanggihan Tuhannya dalam
mengendalikan urusan alam maya
kejadianNya.”
“Di hakikat,”
“Berilmu tanpa hikmah akan berwajah hampa
dan sia-sia (Surah:2: Al Baqarah:269). Di
suasana meletakkan manusia tahu (berilmu)
berwajah tidak tahu (Tidak berilmu - Al
„aalimun bilaa „ilmii). Jahil dengan terasa
dirinya alim. Di taraf diri berwajah keldai
(Surah:62: Al Jumaah:5) dengan suara lantang
yang teramat hina (Surah:31: Luqman:19).”
“Di suasana diri.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
158
“Sering bercakap barang yang tidak diamalkan.
Apatah lagi diri berani menghembur kata
terhadap barang yang tidak diketahui (Surah:17:
Al Israak:36).”
“Inilah.”
Kata Tuhan.
“Pentingnya,,,.”
“Kezahiran hikmah pada satu-satu ilmu. Di
hakikat kezahiran hikmah akan menzahirkan
rupa kekuatan ketuhanan apabila ditajallikan
sifat Tuhan di wajah sifat majazi (pinjaman)
kepada manusia dengan diketemukanNya akan
kaedah Pendek Menjadi (Di maqam: Wa an
lawis taqaamu „alattariiq…ilakh – Surah:72:
Al Jin:16) pada kesedaran bahawa
perjalanan pada setiap suatu kejadian Tuhan
tetap tertaklok kepada teori dan formula
(Surah:54:Al Qamar:49). Jika kaedah mudah
lagi tetap berfitrah hendak dicari dan diperolehi
oleh manusia.”
“Lima,,,” Kata Tuhan
“Kami terang dan Kami perjelaskan pada ayat-
ayat Kami tentang sifat-sifat dan watak
perlakuan manusia yang hendak menuju ke arah
Kami (Surah:23: Al Mukminuun:1-11) dan
Kami tunjukkan dan perakukan beberapa orang
di kalangan kamu yang berjaya (Surah:29: Al
Ankabuut:27) di rupa orang yang berjaya
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
159
mendapat rahmat dari Kami dan Kami tunjuk
contoh mereka yang ditarafkan oleh Kami di
taraf hamba Kami yang soleh (Surah:16:An
Nahl:120-123).”
“Inilah satu lagi…,” Kata Tuhan.
“Pendekatan yang Kami dekatkan kepada
manusia agar mereka boleh meniru-ikut (copy
strike) perlakuan watak-watak hamba Kami itu
di wajah ikon (Waaliyatul bai‟ii) yang tidak
terluntur mutu perakuan dan pengiktirafan Kami
terhadapnya.”
“Sementara itu,” Ujar Tuhan.
“Kami dedahkan jua sifat-sifat dan perlakuan
manusia yang menyimpang dari arah Kami dan
Kami zahirkan pendedahan tentang kekafiran
mereka, kefasikan mereka dan kedurhakaan
mereka terhadap Kami. Di hakikat Kami tidak
keberatan untuk menjatuhkan hukuman terhadap
mereka. Walaupun kiamat belum tiba.”
“Satu contoh amaran di wajah peringatan yang
perlu dilihat dan dinilai oleh manusia di muka
buni dalam keadaan Kami Tuhan yang tidak
dapat dilihat oleh mata zahir mereka. Di hakikat
Kami tidak pernah jauh dari mereka dan Kami
tetap melihat perlakuan mereka (Surah:2:Al
Baqarah:19).”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
160
“Enam…,”
“Kami zahirkan kisah-kisah di masa kini (ketika
ucapan ini dibuat) dan kisah-kisah yang akan
berlaku selepas ini di muka bumi dan di alam
sejagat untuk dijadikan ibrah oleh manusia, Satu
kisah benar yang berlaku. Satu-satu kisah yang
boleh dizahirkan furqan keilmuan dan
pengetahuan yang teramat tinggi nilainya. Jika
ianya dihurai-kaji oleh manusia yang berfikir
(Surah:12: Yusof:111). Di wajah kisah yang
boleh bersifat tauladan dan sempadan.”
“Satu tauladan yang boleh dikembangkan oleh
para pengkaji di kalangan kamu di muka bumi
tentang kemajuan mereka di sudut ketuhanan
(Surah:37:As Shaaffaat:84) dan di konteks
kemajuan mereka di muka bumi (Surah:57: Al
Hadid:25). Di suasana pada kisah-kisah mereka
itu tersimpannya rahsia yang perlu digali akan
hikmah dan kebijaksanaannya (Surah:24:An
Nur:34) memandangkan kisah-kisahnya itu
diberi perhatian sendiri oleh mata kerajaan
Kami, Tuhan semesta alam.”
“Maka…,”
“Begitulah disebaliknya.”
“Di hakikat kisah-kisah sempadan jua
dilabuhkan agar warnanya diawasi oleh manusia
(Surah:111:Al Lahab:1-5). Warna-warna yang
berupa racun perosak kepada kemurnian
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
161
manusia dan kemanusiaan pada kedudukan jagat
tidak akan berseri apabila terzahirnya perlakuan
mereka di tengah maya masyarakat bumi. Dan
sesungguhnya inilah dua (2) rupa ibrah dan
kepentingan ibrah yang perlu dilihat dan diselia-
kaji oleh manusia generasi depan (Surah:12:
Yusuf:111).”
“Tujuh…,” Kata Tuhan.
“Kami zahirkan pada ayat-ayat Kami barang
yang bersifat: Bashaair (sumber semulajadi -
Surah: 6: Al An‟aam:104) sebagai bahan asas
pencetus kemajuan muka bumi dan sebagai alat
pendorong zikrillah.”
“Satu kezahiran pendekatan baru bagi
mendorong manusia melihat kelebihan
Tuhannya. Di suasana pada kitab-kitab Kami
telah Kami sembunyikan segala barang kejadian
Kami yang ada di langit dan di bumi (Surah:27:
An Naml:75) di wajah perhiasan (18: Al
Kahfi:7) bagi menguji manusia dalam konteks
buta-celeknya mereka terhadap sumber
kehidupan yang terzahir di hadapannya.”
“Usahkan yang zahir. Malah barang bersifat
ghaib sekali pun terdapat ianya di dalam kitab-
kitab Kami (Surah:27: An Naml:75).”
“Sesungguh…,”
Kata Tuhan.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
162
“Inilah satu pendekatan Kami yang
membezakan kitab-kitab Kami dengan buku
pengetahuan yang bakal ditulis oleh manusia
(Surah:17: Al Israak:88). Satu rahsia kelebihan
kitab-kitab Kami yang tidak mungkin dapat
ditiru oleh manusia dan makhluk kejadian Kami
yang lain (Surah:2: Al Baqarah:23-24) di rupa
sekatan taraf ilmu ketuhanan dan ilmu
kehambaan serta inilah jua salah satu rahsia sifat
kitab-kitab Kami untuk digali selia furqannya
oleh manusia di jagat maya (Surah:42:
Muhammad:24).”
“Satu kedudukan,”
“Di mana ayat-ayat Kami di dalam kitab-kitab
boleh bersifat bagai khazanah hutan belantara
(Surah:14:Ibrahim:24-25) dan bersifat bagai
khazanah lautan (Surah:31:Luqman:27) yang
tidak mungkin habis diterokai oleh manusia
sampai ke kiamat.”
“Satu rahsia pendekatan khazanah ilmu dan
berilmu yang seharusnya diterokai dan
diceriakan oleh manusia dengan semangat
berilmu luas dan dalam (Surah:18:Al Kahfi:109)
tanpa tersinggong di hati masing-masing di
kalangan kamu terasa tahap berilmu akan habis
atau tersekat pada dinding sekatan ilmunya.”
“Demikianlah ilmu itu bagai rupa karak api
(ubur) di malam hari. Di hakikat ianya boleh
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
163
menerangkan seluruh negeri. Jika apinya
diambil dan dikarak-barukan.”
“Delapan…,” Kata Tuhan lagi.
“Kami zahirkan pada ayat-ayat Kami di dalam
kitab-kitab Kami dengan terang kerenah
perlakuan Iblis dan syaitan untuk menggoda dan
menjatuhkan maruah manusia dan kemanusiaan
(Surah:36: Yaasin:60).”
“Kami terangkan padanya taktik (Surah:113: Al
Falaq:1-5) dan strategi Iblis dan syaitan
(Surah:114:An Naas:1-6) bagi maksud
menzahirkan matlamat wawasan mereka dan
proses penggodaan mereka seperti yang
dipersetujui oleh Kami dengan mereka.”
“Di hakikat penggodaan mereka tidak akan
menjejaskan pelaksanaan wawasan kami
terhadap manusia dan muka bumi. Jika manusia
sentiasa mengambil kira dan berwaspada
terhadapnya (Surah:43: Az Zukhruf:62).”
“Di kedudukan bahawa Iblis dan syaitan tidak
akan dapat membinasa dan merosakkan batang
tubuh manusia dan jiwa manusia (Surah:3: Ali
„Imran:175) selagi manusia berpegang dengan
ayat-ayat Kami (Surah:43: Az Zukhruf:36) yang
termaktub di dalam kitab-kitab Kami (Surah:2:
Al Baqarah:38).”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
164
“Namun demikian perlu diingatkan bahawa
manusia akan rosak dan boleh mendatangkan
musibah besar kepada manusia lain dan muka
bumi apabila syaitan-syaitan kehormat
(Surah:41:Fussilat:29) di kalangan manusia
menzahirkan rupa kebenaran berpaksikan nafsu
(Surah:23: Al Mukminuun:71) di persimpangan
gelora Ammarah (Surah:12:Yusuf:53) dengan
menunjuk belang kejahatan dan kezaliman
mereka menerusi tangan-tangan durjana
(Surah:30: Ar Rum:41).”
“Justeru itulah…,”
“Kami memberi nasihat dan mengarahkan
manusia beriman agar tidak berdiam diri dan
bertindaklah seumpama apa yang diperlakukan
oleh mereka (Surah:2:Al Baqarah:194). Malah
jika perlu perangilah mereka sehingga mereka
kembali ke pangkal kesedaran dengan dasar
kebenaran akan menghancurkan kebatilan
(Surah:17: Al Israak:81) dan kebatilan akan
lenyap dengan kebaikan.”
“Sembilan…, “
“Kami nyatakan pada ayat-ayat Kami tentang
perlantikan (Surah:33: Al Ahzab:7) bagi orang-
orang tertentu yang dipilihkan oleh Kami
sebagai Rasul Kami (Surah:42: As Syuraa:13).
Di mana mereka akan ditugaskan untuk
menerima wahyu (Surah:42: As Syuraa:51) dari
Kami dan dikitabkannya di rupa kitab yang
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
165
tersusun (Surah:52:At Thur:2-3) serta
membolehkan ayat-ayat Kami itu disebar oleh
para rasul (Surah:26:Asy-Syu‟ara‟:178-179) dan
diterima oleh manusia dalam bahasa manusia
dan difahami oleh manusia (Surah:14:
Ibrahim:4).”
“Di samping.”
“Pada masa yang sama para rasul akan
bertindak sebagai pemelihara kepada umatnya
(Surah:4: An Nissak:80) serta bertugas
menzahirkan syariat kehidupan fitrah yang akan
Kami tentukan pada satu-satu kaum (Surah:5:
Al Maidah:48) mengikut penyesuaian masa dan
zaman (Surah:2: Al Baqarah:106).”
“Sesungguhnya perubahan syariat yang
dimaksudkan itu akan terus berlaku dan
dilakukan oleh Kami (Surah:22: Al Hajji:67)
sehinggalah ianya benar-benar sempurna
(Surah:5: Al Maidah:3) apabila Nabi dan rasul
Kami terakhir terzahir di muka bumi di rupa
utusan Kami untuk maya sejagat (Surah:34: As
Sabak:28).”
“Maka….”
“Dengan itu jua akan sempurnalah titah perintah
Kami dengan Kami mengkhatamkan ayat-ayat
Kami dengan satu pengisytiharan, di mana ayat-
ayat Kami serta kalimahnya ditamatkan dan
tidak ada lagi tambahan padanya. Malah tidak
boleh dikurangkan dengan apa yang telah
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
166
tertulis pada awalnya (Surah:6: Al
An‟aam:115).”
“Maka bernatijahkan kepada itu. Manusia
kenalah terima hakikat bahawa cukup atau tidak
cukup ayat-ayat Kami hendaklah dikira cukup
dan ianya hendak dianggap sempurna
(Surah:43: Az Zukhruf:78). Malah lebih pada
cukup untuk diamalkan oleh kehidupan manusia
pada pandangan Kami (Surah:21:Al
Anbiyaak:106).”
“Sesungguhnya..”
“Ingatan ini…, perlu dibuat.”
“Lantaran akan terlahir pendapat bahawa ayat-
ayat kami yang termaktub di dalam kitab Kami
tidak cukup untuk melengkapkan rupa isi
kandung yang termaktub. Malah perlu
diwujudkan barang-barang luar dari kitab Kami
dan kemudian diperakukannya di rupa bertaraf
ayat-ayat kitab Kami (Surah:3: Ali „Imran:78),”
“Kedudukan ini berlaku, terutama di kala
terlahirnya zaman para pendita dan para ilmuan
syariat ketuhanan bertindak lebih pandai dari
Tuhan dan lebih berkuasa dari Tuhan (Surah:3:
Ali „Imran:79) di atas dasar di kala diri
berpandangan bahawa barang luar perlulah
digunapakai bagi menerangkan ayat-ayat Kami.
Meskipun ianya menafikan kehendak Kami
(Surah:41: Fussilat:3).”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
167
“Dengan berakhir ayat-ayat Kami digunapakai
sebagai ladas-helah (ambil hati) kerana takut
dikata keliling: Ini bukan lagi cara kehidupan
yang dianjurkan oleh Tuhan.” (Surah:3: Ali
„Imran:81).
“Demikianlah…,”
“Seni dan halusnya tipu daya syaitan kehormat
di alam kecanggihan ilmu manusia yang
melahirkan rupa kebatilan di wajah kebenaran
dengan mata manusia keliling takut menegur
dan buta membezakannya.”
“Maka.”
“Demi Allah,”
“Kebenaran itu tetap berada di dalam kitab-kitab
Allah. Yakni kitab Kami Tuhan sekalian alam.”
Tegas Tuhan menghuraikan kedudukan
martabat kitab-kitabNya untuk ingatan manusia
sejagat.”
Kedelapan:
Menolak Hujah Dan Berawas Dengan
Tindak-Tanduk Iblis.
“Dalam pada itu dikesempatan ini patutlah jua
Kami perjelaskan kepada kamu bahawa ada
terdapat kebenaran dalam kejahilan yang
terwujud pada pandangan dan sangkaan Iblis
(Surah:34:As Sabak:20) sehingga dirinya rela
bangkit menentang wawasan Kami untuk
menzahirkan khalifah Allah Di muka bumi yang
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
168
ditugaskan melaksanakan modul baru konsep
beramal ibadat kepada Kami.”
“Maka bagi maksud untuk menentang hasrat
Kami ini. Lalu Iblis membangkitkan persoalan
pokok pada tiga (3) perkara.”
“Satu…”
“Kenapakah jalan kehidupan (way of life) yang
diamalkan oleh mereka kini perlu diubah dan
tidak cukupkah dengan cara dan kaedah jalan
kehidupan (way of life) yang ada (Surah:2:Al
Baqarah:30).”
“Maka…,”
“Kami jawab,”
“Tidak cukup.”
“Justeru taraf jalan kehidupan (way of life) yang
ada tidak akan menzahirkan kemajuan fiskal di
wajah makhluk Kami yang tahu berakal dan
berakliah (Surah:38:Shaad:46-47) serta boleh
mempertingkat darjat mereka di taraf:
Ibaadillah (Hamba Allah). Yakni satu taraf
yang tidak terwujud di alam para malaikat.
Tetapi terwujud pada alam manusia di dunia.”
“Di hakikat…,” Kata Tuhan.
“Jalan raya, bangunan kediaman dan lain-lain
rupa pembangunan fiskal tidak mungkin akan
terzahir. Jika cara ibadat para malaikat tidak
diubah selaras dengan keperluan kemajuan di
muka bumi.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
169
“Dua…,”
“Iblis menimbulkan kesangsiannya tentang sifat
kejahilan dan kezaliman manusia.”
“Maka…,”
“Kami jawab.”
“Baik ambil yang bodoh. Boleh buat kerja
daripada ambil yang cerdik menolak kerja (tidak
terima amanah). Di hakikat yang bodoh. Tahu
dirinya bodoh. Boleh dididik dan diajar.
Sedangkan yang cerdik bersikap hendak tunjuk
pandai dengan diri terlepas pandang untuk
melihat kelemahan dan kejahilan sendiri. Tidak
perlulah dibuat kira bicara.”
“Tiga…”
“Iblis bertanya tidak cukupkah tasbih yang kami
berikan kepada Kamu selama ini.”
“Maka…,”
“Kami jawab.”
“Tidak cukup.”
“Justeru perlakuan tasbih dengan melafazkan
kalimah sifat Kami tidak mungkin akan ternyata
sifat ketuhanan Kami di rupa kenyataan fiskal
yang boleh dilihat dan dipersaksikan.”
“Di hakikat…,”
“Kamu para malaikat tidak pernah menyaksikan
sendiri dengan mata lender kamu akan hakikat
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
170
rupa sifat kekuasaan Kami yang boleh
dipersaksikan di maqam: Wa‟bud rabbaka
hatta ya‟tiyakal yaqiin pada tahap keyakinan
yang hakiki (Surah:15: Al Hijr:19).”
“Lantas.”
“Jika amalan sebegitu terus diamalkan tanpa
tertimbul konsep beribadat baru yang Kami
akan perkenalkan. Maka siapakah yang dapat
membuktikan dengan keyakinan hakiki yang
Kami adalah benar-benar memiliki kuasa
ketuhanan yang diperkatakan.”
“Di sebaliknya.” Ujar Tuhan.
“Bila manusia dizahirkan dan dihantar ke muka
bumi disifatnya sebagai khalifah Allah yang
dipertanggungjawabkan pada melaksanakan
konsep ibadat baru: Aamanuu
wa‟amilusshaalihaat. Maka bukan sahaja Kami
akan mendengar pujian tasbih (zikrillah) dari
mulut manusia seumpama yang kamu para
malaikat lakukan pada ketika ini.”
“Malah manusia jua akan dapat menyaksi dan
mempersaksikan sifat-sifat kekuasaan Kami
secara nyata apabila rahsia furqan yang
tersimpan pada dirinya dan pada kejadian Kami
terlahir di depan mata lender mereka
(Surah:51:Az Zaariyaat:19-20).”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
171
“Maka ketika itu Kami juga dapat
memperkenalkan Kami dan berbangga dengan
kekuasaan Kami yang dapat dipersaksikan oleh
manusia di rupa kezahiran impak dari kerja
yang mereka lakukan di atas nama Kami serta
manusia pula dapat munafaat furqan
daripadanya bagi membolehkan mereka
mendayung kehidupan maju di muka bumi
(Surah:32: Sajdah:17).”
“Disamping pada masa yang sama akan
terlahirlah pula manusia yang bersyukur. Yakni
manusia yang berjaya melihat dan
mempersaksikan kekuasaan Tuhannya
(Surah:29: Al Ankabuut:63) di wajah ingatan
yang amat mendalam (Surah:27:An Naml:19).”
“Demikianlah Kami tetapkan pendirian Kami
dengan lafaz: Wallahu ya‟lamu wantum
laata‟lamuuna (Surah:2: Al Baqarah:30).
Penutup Ucapan
“Sementara itu tidak lengkap rasanya ucapan
amanah ini. Jika Kami tidak bangkitkan sekali
lagi persoalan jahil dan kezaliman manusia.”
“Di hakikat.”
“Soal yang dibangkit oleh Iblis tentang
kejahilan manusia dan kezaliman manusia di
wajah sifat azalli manusia terwujud
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
172
kebenarannya (Surah:33: Al Ahzab:72) dan
ianya harus diterima sebagai asas peringatan
manusia terhadap diri mereka sendiri tentang
sifat asalnya itu.”
“Sifat asal kejahilan dan kezaliman manusia
yang masih bersifat api di dalam batu akan
terzahir di rupa percikan api yang boleh
menyala dan membakar apabila digesirkan
dengan ujian. Meskipun api yang tersimpan di
waktu ini masih bersifat sejuk dan jinak untuk
dijamah.”
“Sesungguhnya.”
Kata Tuhan.
“Inilah satu-satu sifat negatif yang tersembunyi
pada manusia yang perlu dilihat oleh manusia
sendiri di sifat kewaspadaan tanpa penghujung
di sepanjang hayatnya. Di hakikat kejahilan dan
kezaliman mereka bukan sahaja boleh
menatijahkan keburukan kepada orang lain
(Surah:43: Az Zukhruf:54) Tetapi ianya boleh
jua menatijahkan keburukan kepada diri
manusia itu sendiri, apabila manusia sanggup
menzalimi dirinya sendiri (Surah:2: Al
Baqarah:9).”
“Justeru itu.”
“Manusia tidak ada pilihan kecuali
mencerdikkan mereka dan mengasuh jiwanya
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
173
menjadi manusia yang baik berlandaskan rupa
kebaikan yang dibayangkan oleh Kami
menerusi kitab-kitab Kami dan para rasul
Kami.”
“Dalam pada itu…,”
“Sebagai persiapan kamu dalam menghadapi
rencana jahat Iblis dan syaitan. Maka empat (4)
tindakan hendaklah diberi perhatian,”
“Satu..,”
“Bacalah elok-elok tentang selok belok taktik
dan strategi hasutan dan penggodaan yang
hendak dilakukan oleh Iblis dan syaitan dengan
memahami dan menerima hakikat bahawa Iblis
dan syaitan adalah musuh kekal bagi kamu
(Surah:36:Yaasin:60) dan tahu akan
pekerjaannya adalah membawa kamu ke arah
kejahatan, kefasikan dan kedurhakaan kepada
Kami Tuhan sekalian alam (Surah:24:An
Nur:21).
“Dua…,”
“Sedarkan diri akan hakikat bahawa satu-satu
kekuatan tanpa diuji keteguhannya akan
meletakkan nilai kekuatan yang didakwa payah
untuk dipercayai.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
174
“Maka justeru itulah ujian perlu dibuat dan
diterima di rupa fitrah dan bertindak sebagai alat
pengesah keteguhan yang tidak boleh lagi
dipertikaikan (Surah:29:Al Ankabuut2-3 ).”
“Tiga…,”
“Ambillah tindakan dan asuhlah diri sendiri agar
diri mengenal Iblis dan syaitan. Di hakikat
barang siapa yang mengenal Iblis dan syaitan.
Maka mereka akan mengenal Kami Tuhannya
dan sesungguhnya hanya manusia yang mukhlis
sahajalah akan mengenal Tuhannya dengan
dirinya tidak akan sekali-kali membiarkan Iblis
dan syaitan menguasai hatinya.”
“Empat…,”
“Ambillah tindakan dan asuhlah diri
menghampiri para rasul Kami dan mengenali
mereka sebagai agen pembawa rupa kehidupan
fitrah yang bersifat: Mustafaa lakumuddin
(Surah:2: Al Baqarah:132-133).Satu rupa jalan
kaedah kehidupan (way of life) yang
bermatlamat terzahirnya sejahtera kepada
kehidupan (Surah:19: Al Maryam:15) di wajah
baik di dunia dan baik di akhirat (Surah:2:Al
Baqarah:201).”
“Justeru mereka diutuskan oleh Kami dan
diperintah oleh Kami agar menggunapakai
barang dari isi kandung ayat-ayat Kami yang
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
175
diwahyukan kepada mereka (Surah:33:Al
Ahzab:2).”
“Di hakikat tidak akan terwujud para rasul Kami
menggunapakai barang yang dibuat olehnya
sendiri (Surah:33: Al Ahzab:2) atau
menggunapakai barang lain, selain dari barang
yang diwahyukan kepadanya (Surah:53:An
Najm:3-4) di dalam proses menzahirkan rupa
jalan kehidupan (way of life) yang dikehendaki
oleh Kami (Surah:2:Al Baqarah:131) selari
dengan jalan ke arah kejayaan terhadap
wawasan Kami.”
“Sesungguhnya,”
“Ketegasan ini perlu dibuat agar situasi semasa
tidak mengubah persepsi pendekatan dan rupa
jalan kehidupan (way of life) dengan sesuatu
barang di luar dari sumber wahyu yang
diwahyukan (Surah:47: Muhammad:2) sehingga
menatijahkan rupa kehidupan fitrah (way of life)
yang terwujud tidak lagi berwajah di tapak
keasliannya.”
“Akhir kata.”
“Diucapkan.”
“Selamat berangkat ke muka bumi dengan
keyakinan bahawa Kami Tuhan kamu akan
bersama kamu pada setiap masa. Walaupun di
mana kamu berada (Surah:57: Al Hadid:4).”
“Di wajah.”
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
176
“Pesanan yang dibuat tidak dilupakan.”
“Di hakikat.”
“Terima Kasih”
Peringatan:
Maka berikutan dengan itu. Berlindunglah kita
semua daripada syaitan (Surah:23: Al Mukminuun:97-
98) agar diri tidak menyesal di hari kemudian (Surah:23:
Al Mukminuun:99-100). Amin. Ya Rabbal „aalamiina.
Selesai.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
177
Rahsia Tua
Bekalan Wanita
Kedua:
Doa Air Tangan Keibuan
Dihidangan keluarga.
Haazaa baraktil maa‟ -+- Wabiaidil maa‟-+-
Bismillaahi rabbil maa‟ -+- bihubbal zami
-+- „Alaa zam zami -+- syarafaindi baiti
-+- wabaitilaahi qalbi -+- wallaahu hubba -3x -
+- „alaa siraatimmustaqiim -+- Walhamdulilaahi
rabbil‟aalamin.
Inilah air yang berkat -+- Ditanganku air yang
berkat-+- Dengan nama Tuhan (pemilik) air -+-
Dengan takungan kasih-+- Di atas takung-
takung kasih -+- bersangatan di sisi rumahku -
+- dan di sisi rumah Tuhan di hati ku-+-Maka
demi Allah kasih ku -3x -+- di atas jalan yang
benar -+- dan segala puji bagi Tuhan sekalian
alam.
Munafaat terbit
dari lidah kewanitaan.
Kata Si Tua. Di natijah berkat doa dibaca. Pasti
berkat rumahtangga. Sejuk hidup dalam bahagia. Rezeki
bertandang tidak terkira. Hati tenang tanpa derita. Inilah
janji peraja wanita muda. Di wajah harta pusaka. Di
singgahsana berumahtangga. Wallahu a‟lam. …Lihat:m/s:335
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
178
Presiden World Philosophical Forum Classical Philosopher Prof. Dr.
Igor Kondrashin sedang menyatakan sesuatu kepada Dato‟
Philosopher Dr. Halo-N, Head WPF Malaysia sebaik tiba dari Kuala
Lumpur di Athens pada 30hb September 2014.
Gambar kenangan Dato‟ Philosopher Dr. Halo-N dan Mohammad Nizar Mat Nor (Malaysia) bersama sebahagian daripada perwakilan
Persidangan Tahunan ke Lima World Philosophical Forum di Athens.
Kelihatan Prof. Renata Mikhailova (Rusia), Prof. Jack Harte (Ireland), Prof. Surgei (Rusia), Maria Retali (Greece), dan Envoy
WPF Asia Junyan He (China) di Athens pada 30hb September 2014.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
179
Cebisan Ketiga
Kearah Beragama
Dan Tahu Matlamat Beragama (Apa Perlu Diketahui)
Dipetik Dari Buku
Al Fathun Nawa.
Jilid 2 - 2011
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
180
Kearah Beragama
Dan Tahu Matlamat Beragama.
Sebagaimana telah diketahui umum, beragama
itu bukan suatu permainan. Beragamanya manusia
kerana manusia mempunyai matlamat yang boleh
menjuruskan mereka ke jalan fitrah pengarcaan hidup di
sudut duniawi dan akhrawi dalam hubungkait dirinya
dengan Tuhannya. Justeru itu matlamat beragama adalah
teramat penting didedah dan difahami secara mendalam
oleh setiap orang yang beragama agar tidak tertumbuh
pada dirinya tiga (3) sifat manusia yang beragama tetapi
tidak tahu matlamat beragama:
Pertama: Ingatlah, seseorang yang tidak tahu
matlamat beragama akan bersifat beragama Pak Turut.
(Surah:21: Al Anbiyaak:53). Orang beragama diri pun
beragama. Orang bertuhan diri pun mahu bertuhan. Di
suasana tidak tertimbul hasrat di hati untuk mengkaji
agama (Surah:47: Muhammad:24) sehinggalah
membawa di musim tua, diri dan lidahnya masih keras
seperti orang yang tidak beragama. Demikianlah apa
yang terjadi kepada kebanyakan diri. Lantaran diri
kononnya telah beragama hasil dari ikutan pusaka
keturunan yang tidak perlu dipersoal lagi oleh sesiapa.
Akibatnya terzahirlah manusia-manusia buta
dalam celik beragama di wajah beragama di sifat agama
untuk hari mati semata-mata. Di mana di masa muda
tidak perlu ditekankan soal agama dan beragama.
Namun di kala tua terutama ketika tubuh melihat tubuh
tidak lagi berdaya membawa diri. Maka di saat itu
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
181
barulah diri terpingin untuk mendapat agama dan
mencari agama. Sesungguhnya inilah satu sikap manusia
yang perlu diubah agar agama yang dimiliki tidak lagi
bersifat agama untuk mati.
Kedua: Ingatlah, seseorang yang tidak tahu
matlamat beragama akan bersifat dengan berperasaan
adanya Tuhan baginya sama seperti tidak ada Tuhan.
Percayanya kepada Tuhan sekadar percaya. Di makna
kata saja percaya (Surah:2: Al Baqarah:8). Sedangkan
dihatinya tidak pernah pun mengerti erti Tuhan dan
ketuhanan.(Surah:26:Asy Syu‟araak:47). Malah tidak
pula cuba meruangkan masa untuk dirinya mendalami
erti Tuhan dan ketuhanan.
Di hakikat diri sanggup terus bertuhan semacam
tidak ada Tuhan. Terasa adanya Tuhan, bila nama Tuhan
disebut. Namun bila fikiran berpaling, hati terus terlupa
tentang Tuhan. Terlupa untuk mengingati Tuhan.
Terlupa tentang faedah bertuhan dan terlupa munafaat
mengingati Tuhan (Surah:2:Al Baqarah:152). Malah diri
tidak kurang terlupa yang Tuhan itu sentiasa hampir
dengan dirinya pada setiap masa di mana dirinya berada.
(Surah:57:Al Hadid:4). Demikianlah orang beragama
dan bertuhan secara ikutan di wajah beragamanya diri di
rupa beragama baka dari pusaka baka dan keturunan.
(Surah:5: Al Maidah:104).
Ketiga: Ingatlah, seseorang yang tidak tahu
matlamat beragama akan jahil dalam menggunapakai
dan memunafaatkan Tuhannya. Jahil dalam mengerti
istilah: Iyyaaka na‟budu waiyyaaka nastaiin.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
182
(Surah:1: Al Fatihah:5). Jahil dalam mengambil
kesempatan untuk mengenal kelebihan Tuhannya. Jahil
dalam mengambil peluang pertolongan Tuhan yang
berada di sisinya (Surah:2:Al Baqarah:186). Jahil dalam
menumbuhkan kepada dirinya sendiri sifat –sifat
mukmin dan taqwa yang boleh memuliakan diri.
(Surah:49:Al Hujuraat:13) serta tahu mengambil
peluang dari sifat bertaqwa kepada Tuhannya
membentuk limpahan rezeki dan kesejahteraan kepada
hidupnya (Surah:65:At Thalaaq:2-3). Jahil dalam
melihat perhiasan dan furqan kejadian alam di dunia
(Surah:6:Al An‟aam:104) dan jahil dalam melihat
kampung akhirat yang disediakan oleh Tuhannya.
(Surah:28: Al Qashash:83). Di kedudukan bagai
beragama sambil lewa. Beragama di rupa batuk
ditangga. Oleh yang demikian matlamat beragama
hendaklah diketahui dan dikaji-teliti agar terbentuk
wajah beragamanya seseorang itu di wajah beragama
yang mempunyai matlamat.
Maka sesungguhnya matlamat beragama itu
bolehlah disimpulkan kepada enam (6) matlamat:
Pertama: Manusia beragama.
Bermatlamat untuk mendapat dan memiliki
Tuhan yang sebenar. (Surah:47:Muhammad:19). Tuhan
yang disembah (Surah:114:An Naas:3) dan Tuhan yang
berupaya memberi pertolongan kepada manusia
(Surah:47:Muhammad:5). Di arca terserlahnya konsep:
Iyyaaka na‟buduu wa iyyaaka nasta‟iin. (Surah:1: Al
Fatihah:5). Keperluan ini diperlukan oleh manusia,
lantaran banyaknya kerja dan urusan tidak dapat
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
183
diselesaikan oleh keupayaan manusia kecuali manusia
memperolehi suatu kuasa agung yang dapat memberi
pertolongan kepadanya.
Maka dalam melangkah mencari Tuhan.
Manusia tidak mempunyai pilihan kecuali mereka
terpaksalah mendampingkan diri dengan agama. Justeru
wadah agama sahajalah yang membincangkan persoalan
Tuhan dan ketuhanan. Lalu Islam dipilih kerana Islam
adalah sebuah agama di sisi Tuhan. (Surah:3: Al
Imran:19). Sebuah agama (wadah cara hidup) yang
berjaya memperkenalkan Tuhan yang
sebenar.(Surah:10:Yunus:32). Yakni Allah, Tuhan
semesta alam yang berupaya memberi pertolongan,
petunjuk dan nikmat kepada manusia berasaskan
prinsip: Sembah Saja Tuhan. Tentu Dapat
PertolonganNya.(Surah:1:Al Fatihah:4-7).
Kedua: Manusia beragama.
Bermatlamat untuk mengarcakan konsep:
Liya‟buduun (berbakti kepada Tuhannya), di arca
terlaksananya rupa ibadat asas dan rupa ibadat
pengaslihan dalam menyempurnakan tanggungjawabnya
sebagai Khalifah Allah di muka bumi. Di makna maju di
dunia dan maju di akhirat. (Surah:6: Al An „aam:165).
Di hakikat menyedari bahawa dirinya adalah kejadian
Tuhan. Suatu kejadian yang dicipta khusus oleh
Tuhannya untuk membezakan dirinya dengan matlamat
kejadian para Malaikat. Di natijah dunia tidak akan maju
dan bertamaddun. Jika tugas yang besar seumpama
diserahkan kepada para Malaikat yang hanya dicipta dan
ditugaskan untuk mengarcakan ibadat asas berupa
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
184
bertasbih dan bertahmid kepada Tuhannya. (Surah:21:
Al Anbiyaak:19-20).
Ketiga: Manusia beragama.
Bermatlamat bersama Tuhannya, membuktikan
kepada maya bahawa kejadiannya adalah sebaik-baik
kejadian. (Surah:95:At Tin:4). Di hakikat dakwaan Iblis
dan kuncu-kuncunya di zaman kejadian Adam dahulu
adalah satu telahan yang meleset. (Surah:2:Al
Baqarah:30). Di hakikat manusia seharusnyalah
berjuang menegakkan martabat kejadiannya, agar ianya
tidak dipermain dan diperkotak-katikkan oleh musuh
Tuhannya. (Surah:36:Yaasin:60-62).
Satu tugas yang tidak boleh dileka-mainkan,
lantaran godaan menggagalkan matlamat ini boleh
berlaku pada setiap masa. (Surah:38: Shaad:79-83) di
suasana musuh tidak terlihat tetapi boleh menyusup ke
lubuk jiwa, menjajah dan menguasai diri dengan
matlamat menukarkan martabat manusia ditaraf
Ahsanitaqwiim (Sebaik-baik kejadian) menjadi
Asfalasaafiliin (seburuk-buruk kejadian). (Surah:95:At
Tin:4-5).
Keempat: Manusia beragama.
Bermatlamat menjadikan dirinya seorang
manusia yang berdarjat di sisi Tuhannya. Manusia yang
paling mulia di sisi Tuhannya. (Surah:49:Al
Hujuraat:13). Manusia yang berjaya menzahirkan
martabat taqwa pada dirinya dengan mewajahkannya di
wajah seorang mukmin yang diberi makhraja (jalan
rezeki) serta nikmat yang tidak terhitung. (Surah:65:At
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
185
Thalaaq:2-3). Di makna dirinya kaya di dunia dan kaya
pula di akhirat. Di hakikat berpadananlah baginya
bertuhan kepada Tuhan semesta alam. (Surah:4: An
Nissak:45).
Kelima: Manusia beragama.
Bermatlamat untuk memiliki tatacara
penghidupan berasaskan fitrah. Satu tatacara dan gaya
kehidupan yang boleh mensejahterakan diri, keluarga,
masyarakat dan negeri (Surah:7:Al A‟raaf:96). Satu
tatacara hidup yang benar-benar berasaskan fitrah Tuhan
berpandukan kitab-kitab yang diturunkan oleh Tuhan
kepada RasulNya.(Surah:2: Al Baqarah:3-5) terutama Al
Quran.(Surah:43: Az Zukhruf:4). Satu kitab yang
berjaya mentafsirkan sendiri ayat-ayatnya (Surah:41:
Fussilat:3) serta meletakkan arca didikannya tetap
relevan (bilqisti) dengan perubahan zaman. Maka untuk
tujuan ini Al Quran hendaklah digunapakai sepenuhnya.
Keenam: Manusia beragama.
Bermatlamat untuk menemui Tuhannya di hari
kebangkitan. Satu matlamat besar yang perlu diarca
berasaskan kesucian hati. Lalu jalan wasilah dicari.
(Surah:5: Al Maidah:35). Dihakikat diri seseorang
manusia tidak mungkin dapat bertemu Tuhannya. Jika
hatinya kotor. Justeru itu manusia tidak ada pilihan
kecuali kena berjaya menyucikan hatinya di maqam
Qalbissalim. (Surah:26:Asy Syu‟araak:88-89) di arca
Mutmainnah. Satu maqam yang diperakui oleh Tuhan di
wajah maqam hambaNya yang diredhai. (Surah:89:Al
Fajr:27-30). Sesungguhnya ingatlah bahawa setinggi-
tinggi nikmat adalah bertemu dengan Tuhannya.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
186
(Surah:18: Al Kahfi:110). Demikianlah matlamat asal
beragama dan tiada matlamat lain darinya.
Memandang kepada matlamat di atas.
Kemudian di bandingkan dengan apa yang berlaku kini.
Di suasana serata alam telah pun berubah paksi. Maka
matlamat beragama kini semakin pudar. Di kala hukum
dan galakan beragama yang dibina-tafsirkan banyak
menjurus kearah lain di suasana matlamat asal beragama
semacam dipandang remeh dan dilupai. Malah tidak
keterlaluan rasanya. Jika dikatakan keutamaan telah
diberi kepada benda. Di kedudukan benda dijadikan
matlamat. Dengan hati masing-masing sanggup bersifat
hamba di wajah kuli. Upah pawah diutamakan.
Keikhlasan keabdian bertuhan semacam terhakis dalam
fikrah dan ingatan. (Surah:6:Al An„aam:162-163).
Melihat kepada fenomena ini terus berlaku.
Maka adalah menjadi tanggungjawab kepada para
cendekiawan kini menilaikannya semula, agar paksi
matlamat beragama dapat diperjelaskan sejelas-jelasnya
kepada masyarakat. Di hakikat agama dan beragama
hendaklah didakwahkan kepada masyarakat berasaskan
paksi matlamat beragama. Bukan didakwahkan dengan
wawasan kebendaan akhirat seperti yang berlaku kini.
Justeru itu, Al Quran hendaklah ditafsirkan secara lebih
luas agar pemahaman terhadap matlamat beragama
dapat didahulukan sebelum perkara cabang yang lain
disumbat dan diterapkan. Wallahu a‟lam.
Soalan Tambahan.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
187
Soalan: Apakah seseorang yang tidak
mengetahui tujuan dan matlamat dirinya beragama
boleh disifatkan sebagai orang yang telah bergama. Di
suasana dirinya ternampak bagai orang telah beragama
dengan dirinya mengamal dan mengerja segala suruhan
agamanya ?
Jawab: Sesungguhnya seseorang beragama
dengan dirinya tidak mengetahui matlamat beragama
tidaklah boleh sekali-kali disifatkan sebagai seorang
yang telah beragama. Di suasana dirinya bagai rupa
batang tebu yang telah berbatang tebu. Tetapi tidak
mengetahui matlamat berbatangnya pokok tebu dengan
menafikan dirinya perlu mengetahui tentang manis dan
memiliki manis ketika batangnya telah berbatang.
Lalu apakah batang tebu yang tidak mengetahui
tentang istilah manis dan erti kemanisan pada batangnya
boleh disifatkan di rupa batang tebu yang berbatang.
Meskipun batangnya telah lama berbatang di rupa
batang tebu dalam kehidupannya. Sesungguhnya
sukatan jawapan sebegini disukat pada kedudukan diri
seseorang ketika beragama. Jika dirinya itu dikaji secara
halus lagi mendalam di sudut kejituannya dalam
beragama pada empat (4) faktor kedewasaan keilmuan:
Satu: Bagaimanakah hendak dikatakan
seseorang itu beragama. Jika terzahir pada dirinya tiga
(3) sifat rupa kejahilan seseorang beragama sepertimana
yang dibincangkan di awal perbincangan ini hasil dari
kegagalan diri seseorang itu mengetahui matlamat
dirinya beragama. Justeru itu soal mengetahui dan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
188
mendalami pengetahuan berkaitan dengan matlamat
beragama perlulah diambilkira secara terperenci. Jika
diri seseorang itu ingin beragama. Oleh itu fikir-fikirlah
dan tanyalah kepada diri sendiri.
Dua: Bagaimanakah hendak dikatakan
seseorang itu beragama. Jika dirinya beragama secara
Pak Turut. Di suasana dirinya beragama tanpa
mengetahui yang agamanya berjaya membekalkan
Tuhan yang sebenar kepada dirinya. Yakni Tuhan yang
layak untuk disembah dan layak diminta pertolongan
kepadaNya (Surah:1: Al Fatihah:5). Disamping layak
dijadikannya sebagai tempat bergantung harap hamba-
hambaNya terhadapNya (As Samad – Surah:112:Al
Ikhlaas:2).
Sesungguhnya ketahuilah bahawa kejahilan
manusia dalam menentukan kejituan ketuhanan
miliknya yang dibekalkan oleh agamanya akan
menyebabkan banyak manusia beragama terhilang
tumpuan terhadap kepentingan dan kemustahakan
Tuhan kepada dirinya. Satu sikap di wajah tidak
mengambil kisah terhadap Tuhannya tertumbuh pada
dirinya. Terutama apabila Tuhan agamanya dirasai
olehnya semacam ada-tidak-ada dengan perasaan rupa
harapan dan pertolongan dari Tuhan yang diminta
olehnya (apabila berdoa) tidak benar-benar bersifat:
Wailaarabbika faghrab ( Dan kepada Tuhan mu –
berharaplah -Surah:94: Al Insyirah:8).
Satu tabiat rupa harapan dan pertolongan yang
diharap oleh mereka di wajah harap tanpa harapan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
189
sepertimana rupa penerimaan ramai di kalangan orang
beragama kini terhadap cerita kemakbulan Tuhan
terhadap mana-mana doa mereka selama ini.
Dimakna diri mereka tidak lagi mengambil
kisah bagai kelaziman anggapan ramai di wajah adanya
Tuhan sama seperti tidak ada Tuhan. Maka inilah satu
penyakit orang beragama yang tidak tahu matlamat
dirinya beragama. Oleh itu soal mengetahui dan
mendalami pengetahuan berkaitan dengan matlamat
beragama perlulah diambilkira. Jika diri seseorang itu
benar-benar ingin beragama. Fikir-fikirlah dan tanyalah
kepada diri sendiri adanya.
Tiga: Bagaimanakah hendak dikatakan
seseorang itu beragama. Jika dirinya beragama secara
ikut-ikut. Di suasana dirinya beragama tidak mengetahui
matlamat hidup di muka bumi di wajah kehidupan
dunia sebagai tempat pelaburan kehidupan. Satu
wajah kehidupan dalam menjayakan tugasan yang
bertanggungjawab terhadap amanah wawasan Tuhan
yang diterima oleh manusia (Surah:33:Al Ahzab:72)
sehingga terlahirnya dilegar-legar ruang kehidupan
akan istilah-istilah Tuhan, hamba dan agama (Surah:7:
Al A‟raaf:172).
Sesungguhnya ketahuilah bahawa kejahilan
manusia dalam menentukan muka bumi dan dunia
sebagai tempat pelaburan kehidupan seperti yang
terkandung di dalam matlamat agama dan beragama
telah banyak melahirkan manusia-manusia di muka
bumi yang terhilang kesungguhan diri untuk berjaya
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
190
dalam kehidupan. Di suasana diri beragama terus
bersifat dan bersikap yakin tidak yakin dalam konteks
menyediakan bekalan untuk kehidupan di dunia dan
bekalan untuk kehidupan di akhirat (Surah:59:Al
Hasyr:18-19).
Di hakikat banyak terjadi pada sikap manusia
beribadat untuk bekalan akhirat sekadar acah-acah dan
bekerja untuk bekalan kehidupan di dunia di wajah ala-
kadar tanpa tertanam pada dirinya sifat-sifat
kesungguhan berwawasan dalam mendayung kehidupan
di wajah kehidupan sejati (Surah:28:Al Qashash:77).
Maka inilah satu penyakit orang beragama yang tidak
tahu matlamat dirinya beragama. Satu penyakit yang
perlu diubat segera. Maka justeru itulah, soal
mengetahui dan mendalami pengetahuan berkaitan
dengan matlamat beragama perlulah diambilkira. Jika
diri seseorang itu benar-benar ingin beragama adanya.
Oleh itu fikir-fikirlah dan tanyalah kepada diri sendiri.
Empat: Bagaimanakah hendak dikatakan
seseorang itu beragama. Jika dirinya beragama secara
ikut-arus. Di suasana dirinya beragama tanpa
mengetahui bahawa matlamat hidup selepas hidup di
dunia dan apabila diri kembali ke kampung akhirat
adalah untuk bertemu dan berjumpa dengan Tuhannya
(Surah:18:Al Kahfi:110). Maka untuk tujuan ini,
manusia tidak ada pilihan lain kecuali dirinya kenalah
menyediakan untuk dirinya hati yang suci. Yakni hati di
maqam: Qalbissalim (Surah:26:Asy Syu‟araak:88-89)
dan sesungguhnya hati Qalbissalim hanya boleh
dihasilkan oleh proses penyucian hati yang disediakan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
191
oleh jalan wasilah (Surah:5:Al Maidah:35). Yakni jalan
Tasauf.
Sesungguhnya ketahuilah bahawa kejahilan
manusia dalam menentukan matlamat untuk menemui
Tuhan di kampung akhirat seperti yang dinyatakan oleh
matlamat beragama telah menyebabkan banyak manusia
beragama dengan separuh matlamat di akhirat.
Masing-masing beragama dengan hanya bercita-cita
untuk masuk syurga dan menikmati barang yang
disediakan di dalam syurga (Surah:2:Al Baqarah:25).
Tanpa diri dalam kehidupan seharian beragama
memasang niat secara jitu untuk menemui dan berjumpa
dengan Tuhan (Surah:18: Al Kahfi:110) semasa berada
di kampung akhirat (Surah:75: Al Qiyaamah:22-23).
Tanpa diri menyediakan diri dengan muka yang bersih
di wajah hati yang suci seumpama datangnya Ibrahim
a.s. menghadap Tuhannya (Surah:37:Asshaffaat:83-84)
seperti yang diceritakan oleh Al Quran kepada anak
cucu.
Ini bermakna,
jika diri tidak tahu matlamat beragama di wajah
bermatlamat untuk menemui Tuhan sebagaimana yang
digariskan oleh Tuhan (Surah:84:Al Insyiqaaq:6). Maka
akan terlahirlah manusia-manusia beragama di arus
ustaz di wajah beragama di arus perdana dengan
memasang sikap bagai berhari-rayanya budak-budak di
rumah orang bukan kerana hendak menemui tuan
rumahnya tetapi kerana hendak kepada duit ang-pau
berhari raya. Fikir-fikirlah.
Wassalam.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
192
Gam
bar
k
enan
gan
ru
pa
Pen
gh
orm
ata
n
Ten
tera
F
ilip
ina
y
ang
dib
eri
ole
h
ker
ajaa
n
Fil
ipin
a kep
ada
seti
ap
ora
ng
pen
erim
a an
ug
erah
Gu
si L
aure
ate.
Pen
gho
rmat
an s
ebeg
ini
tela
h m
enja
di
adat
dan
tra
dis
i d
i dal
am m
ajli
s pen
gan
ug
erah
an
Gu
si P
eace
Pri
ze I
nte
rnat
ion
al A
war
d s
ejak
dar
i ta
hun
20
02
seh
ingg
alah
ke
maj
lis
tera
khir
20
14
. D
an b
egin
ilah
ju
a
pen
gho
rmat
an y
ang
tel
ah d
iter
ima
ole
h D
ato
‟ P
hil
oso
pher
Dr.
Hal
o-N
, se
tela
h b
erku
man
dan
gny
a L
ag
u N
egara
Ku
(Lag
u K
eban
gsa
an M
alay
sia
di
Ph
illi
pin
e In
tern
atio
nal
Conv
enti
on
Cen
tre
di
Man
ila
- 2
012
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
193
Gam
bar
ken
ang
an D
ato
‟ P
hil
oso
ph
er D
r. H
alo
-N d
eng
an d
ua
(2)
ora
ng
to
koh
Gu
si L
aure
ate
- 2
014
ket
ika
men
ghad
iri
Maj
lis
Jam
uan
Mak
an M
alam
sem
pen
a m
ajli
s P
engan
ug
erah
an G
usi
Pea
ce P
rize
In
tern
atio
nal
Aw
ard 2
01
4 d
i M
anil
a.
Kel
ihat
an H
ono
rab
le D
om
iniq
ue
Hopp
e (N
eth
erla
nd
) d
an P
rofe
sso
r V
irim
a M
udog
o (
Co
ngo
).
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
194
Gambar kenangan Dato‟ Philosopher Dr. Halo-N bersama dengan Senator Emanuel Jones – Georgia United States – President Gusi
Peace Prize Foundation (2014-2016) ketika menghadiri Majlis Jamuan Makan Malam sempena majlis Penganugerahan Gusi
Peace Prize International Award 2014 di Manila.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
195
Cebisan Keempat
Konsep
Mendalami Agama (Apa Perlu Digali)
Dipetik Dari Buku
Al Fathun Nawa.
Jilid 3 - 2014
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
196
Soal Jawab Mu‟allaf
Tajuk: Jahil Baru Beragama
Soal
Mendalami Agama.
Muqaddimah
Ketika diri jauh dari agama. Soal mendalami
agama tidak pernah terlintas dalam benak fikiran. Apa
yang ada ketika itu hanya kesibukan diri dalam tugas-
tugas harian atau kesibukan diri dalam mencari sumber
kehidupan agar kesenangan terjelma bagai impian.
Namun begitu, bila tua bertandang dan
keinsafan difajarkan oleh Tuhan. Maka soal agama mula
dipandang dan dilihat sebagai sebahagian dari keperluan
kehidupan. Agama mula dijamah oleh tangan kesedaran.
Agama mula ingin didalamkan agar kesan keinsafan
beragama boleh membawa kesan terbaik di alam agama
dan ketuhanan.
Oleh yang demikian, soal apakah perkara yang
perlu diberi perhatian dan dititikberatkan oleh diri ketika
diri mendalami agama dan di tahap manakah harus
dicapai oleh diri sehingga diri boleh menyifatkan diri
sendiri sebagai seorang yang berjaya mendalami
agamanya. Moga-moga dengan sedikit penerangan dari
soalan yang terwujud berfaedah adanya.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
197
Soalan:
Bila bertemu dengan orang agama atau diri
menghadiri ceramah agama. Maka soal mendalami
agama sering diperkatakan. Namun begitu di sepanjang
ceramah yang diberi. Soal apa yang perlu didalamkan
pada agama tidak pula diterangkan. Di hakikat jika
perigi hendak didalamkan. Maka lumpur dan keladak
yang mencetekkan perigi berkenaan perlu diangkat
buang. Lalu dalam soal beragama apa yang perlu
diperdalamkan?.
Jawab:
Terima kasih. Satu soalan yang teramat penting
dan perlu dijawab serta diketahui oleh setiap orang yang
ingin beragama. Lantaran soalan sebegini jarang
dikemukakan oleh umat Islam. Justeru kecuaian mereka
dalam melihat kepentingan soalan seumpama disoal
ketika diri sedang beragama.
Maka dalam menjawab soalan ini, alangkah
baiknya anak cucu mengenali terlebih dahulu apakah
yang dikatakan agama. Di mana agama bolehlah
didefinasikan sebagai satu wadah berkaedah
menentukan diri memiliki Tuhan yang sebenar
(Surah:23: Al Mukminuun:23) Tuhan yang berupaya
memberi pertolongan kepada hambaNya
(Surah:20:Taaha:49-50). Disifatnya sebagai sebaik-baik
pemelihara dengan diri pula berbakti kepadaNya di
wajah seorang hamba yang bersifat: Aabidiin (Orang
berbakti kepada Tuhannya) serta mengenali Tuhannya.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
198
Langkah-Langkah
Mendalami Agama
Adapun kerja-kerja yang harus dan perlu dibuat
ketika mendalami agama itu bolehlah disimpulkannya
kepada Tiga Belas (13) perkara dengan langkah-
langkahnya diatur seperti berikut:
Langkah Satu:
Mengenali Makna Agama Sebenar
Bila diri beragama dan hendak mendalami
agama. Maka tentukan dahulu agama yang hendak
dianuti adalah agama yang boleh menzahirkan wadah
kehidupan yang baik (Surah:2: Al Baqarah:132). Satu
agama yang bersifat: Mustafaa lakumuddiin. Satu
agama yang boleh membawa rahmat (Surah:6:Al-
An‟aam:157) dan nikmat (Surah:3: Ali „Imran:3) serta
kesejahteraan duniawi dan akhrawi (Surah:19:
Maryam:15). Di samping berupaya menzahir kehidupan
yang baik di dunia dan di akhirat (Surah:2: Al
Baqarah:201-202) serta diperakui oleh Tuhan semesta
alam akan kejituan agamanya (Surah:3:Ali „Imran:19).
Langkah Dua:
Mengenali Makna Tuhan Sebenar
Bila diri beragama dan diri hendak mendalami
agama. Maka pemahaman diri terhadap Tuhan
hendaklah diberi penekanan. Di mana diri kenalah
menentukan diri bertuhan kepada Tuhan yang sebenar
(Surah:23: Al Mukminuun:23). Yakni Tuhan semesta
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
199
alam (Surah:26:Asy-Syu‟araak:47-48). Tuhan yang
boleh digunapakai oleh hamba untuk kesejahteraan
kehidupannya, di mana Tuhannya itu benar-benar
berupaya memberi segala sesuatu yang sempurna
bersama petunjuk dan hidayatNya (Surah:20:Taaha:50).
Di suasana Tuhan pada setiap masa memerlukan
hambaNya (Surah:57: Al-Hadid:25) dan menolong
hambaNya untuk kepentingan ketuhanan DiriNya
(Surah:47:Muhammad:7). Di samping di pihak hamba
juga memerlukan Tuhan dan menolong Tuhannya
(Surah:3:Ali „Imran:52) untuk kepentingannya (Surah:2:
Al Baqarah:186) di tahap terlahirnya kedudukan di
maqam: iyyaaka na‟buduu wa iyyaaka nasta‟iin
(Kepada Engkau aku sembah dan kepada engkau aku
minta pertolongan – (Surah:1: Al Fatihah:5). Oleh itu
janganlah sekali-kali diri bertuhan kepada Tuhan palsu
meskipun ianya disifatkan oleh pihak-pihak tertentu
sebagai Tuhan (Surah:74: Al Muddatstsir:5).
Langkah Tiga:
Mengasuh Diri Mentauhidkan Tuhan
Bila diri beragama dan bertuhan. Maka soal
ketauhidan hendaklah diberi penekanan dengan diri
bertindak mendalami pemahaman tentangnya. Di
hakikat diri hendaklah bertauhid kepada Tuhan dengan
menjadikanNya tempat bergantung di maqam: Allahus
shamad (Surah:112:Al-Ikhlas:2) serta di masa yang
sama jadikanNya Tuhan yang disembah dan kepadaNya-
lah jua dipohon pertolongan (Surah:1: Al Fatihah:5). Di
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
200
samping diri kenalah mengasuh diri berbuat baik dan
tidak sekali-kali syirik kepadaNya (Surah:18: Al
Kahfi:110).
Langkah Empat
Mengenal Makna Yakin Dan Keimanan
Bila diri beragama dan bertuhan. Maka soal
pemahaman terhadap isu yakin dan keyakinan
hendaklah diberi penekanan dengan diri bertindak
mendalami pemahaman tentangnya. Di mana soal yakin
kepada Tuhan yang disembah (Surah:15: Al-Hijr:99)
adalah merupakan pokok pegangan asas kepada nilai
bertuhan (Surah:56: Al Waaqi‟ah:95). Di hakikat agama
dan bertuhan tidak akan bermakna. Malah hanyut dan
lusuh. Jika keyakinan tidak tertumbuh pada diri dan jiwa
dikala diri beragama dan bertuhan.
Maka begitulah dengan soal iman dan
keimanan. Di mana ianya perlu dipertingkatkan
pemahaman terhadapnya. Di hakikat semua perkara
yang berkaitan dengan rukun Iman hendaklah difahami
secara mendalam. Justeru keimanan itu adalah
merupakan hiasan dalaman kepada agama (religion‟s
interior decoration) yang wajib terwujud dan kena
tertumbuh di dalam diri seseorang yang beragama.
Peringatan:
Untuk pengetahuan lanjut, sila rujuk pada
perbincangan ringkas bertajuk: Persoalan Islam, Iman, Tauhid Dan Makrifat di Muka
Surat:234 Catitan ini. Harap maklum.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
201
Langkah Lima
Menggali Makna Hakiki Rukun Agama
Bila diri beragama dan bertuhan. Maka soal
perkara-perkara yang terkandung di dalam rukun agama
hendaklah diberi perhatian dan dititikberatkan di dalam
kehidupan seharian. Ini bermakna selain dari
menunaikan kerja-kerja rukun agama sebagai amalan
harian. Maka soal memahami makna hakiki rukun
agama jua harus dititikberatkan.
Soal memahami syuhadat dan erti syuhadat
serta mendalami makna ruhul ma‟ani syuhadat
hendaklah digali-cari. Soal sholat dan menunaikan
sholat hendaklah ditentukan tertunai. Lima waktu yang
ditetapkan, janganlah sekali-kali diabaikan. Di samping
di masa yang sama soal pemahaman terhadap pengertian
sholat dan mendalami ruhul ma‟ani pengertian sholat
secara hakiki hendaklah diperolehi dari kalangan
mursyida (guru berwasilah) dan begitulah dengan soal
puasa, zakat dan haji. Dimana kedalaman pemahaman
terhadap perkara-perkara berkenaan perlulah dititik
beratkan.
Langkah Enam
Menyuci Diri Dan Mengenal Nafsu
Bila beragama dan bertuhan serta tertumbuhnya
pada hati untuk mendalami agama. Maka soal menyuci
diri selari dengan kesucian fitrah wasilah kejadian
manusia hendaklah diberi penekanan. Lantaran manusia
tidak berupaya mengelak tiupan mazmumah (bisikan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
202
kejahatan) yang terlahir dari gelora godaan iblis dan
syaitan.
Justeru itu langkah mencari dan menerokai jalan
wasilah (Surah:5: Al-Maidah:35) hendaklah dibuat.
Maka carilah para ahli tasauf atau ahli tarikat yang
mempunyai pertalian ilmu wasilah agama dan
ketuhanan. Lalu berbaiah-lah (bergurulah - Surah:33:Al
Ahzab:7) dengan guru berwasilah berkenaan dan
berjuanglah ke arah wasilahnya sehingga diri menjadi
suci dengan taraf nafsu berjaya dipertingkatkan pada
sekurang-kurang di martabat nafsu: Mutmainnah
(Surah:89: Al-Fajr:27-30). Satu martabat nafsu yang
dijamin syurga dan mendapat keredhaan Tuhan semesta
alam. Oleh itu bertindaklah segera dan janganlah
ditangguh-tangguh sehingga diri berumur tua. Jika diri
ingin beragama dan mendalami agama.
Peringatan:
Untuk pengetahuan lanjut,
Sila rujuk pada perbincangan ringkas
bertajuk: Mengenal Diri Dan Nafsu di catitan Malam Muka Tiga – Al Fathun
Nawa – Jilid 1- Muka Surat:619.
Harap maklum.
Langkah Tujuh
Cintakan Al Quran Dan Gali Al Quran
Bila diri beragama dan bertuhan serta
tertumbuhnya perasaan ingin mendalami agama. Maka
soal kitab agama hendaklah diambil berat. Dimakna Al
Quran perlulah dilihat (Surah:56: Al Waaqi‟ah:77-81).
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
203
Perasaan cinta kepada Al Quran hendaklah
ditumbuhkan. Janganlah dijadikan Al Quran hiasan
almari. Maka perangai dan tabiat tradisi orang
kebanyakan hendaklah diketepikan dan diganti dengan
semangat baru menghiasi diri. Di hakikat Al-Quran
dicintai.
Lantas bagi menzahirkan tujuan dan
menggalakkan diri mendalami dan menggali Al Quran.
Tiga (3) tabiat lama hendak dibuang jauh-jauh agar tidak
menguasai persekitaran diri;
Satu: Buang jauh-jauh tabiat melihat Al Quran
adalah hak orang alim, hak ulama, hak ustaz, hak Pak
Lebai atau hak Tuan Guru hendaklah dibuang pada diri.
Disebalik lihatlah Al Quran itu adalah hak diri. Justeru
diri telah pun bertuhan dan kena membaca Al Quran
serta mendalami Al Quran. Maka sikap mengenepikan
dakwaan Al Quran hak orang tertentu hendaklah
diperteguhkan pada diri agar kecuaian melihat Al Quran
tidak berlanjutan seperti di masa yang lalu.
Dua: Buang jauh-jauh tabiat melihat Al Quran
payah dibaca dan payah difahami hendaklah dibuang
pada diri. Di hakikat jika ilmu yang payah boleh
diterokai semasa di universiti. Maka kenapa di luar
universiti, ilmu yang dikatakan payah diterima
dakwaanya sebagai rupa ilmu yang payah, sedangkan
suasana sebegini berlaku, lantaran kepayahan Al Quran
diceritakan oleh golongan lembat yang menguasai
agama dengan berakhir jiwa-jiwa pengkaji yang ingin
mengkaji Al Quran menjadi mati dan mengakibatkan Al
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
204
Quran tidak dikaji, meskipun di ketika itu keliling telah
berpelajaran tinggi.
Sesungguhnya inilah satu rupa akibat dan kesan
dakyah petua belantara yang mempetuakan Al Quran itu
payah untuk dikaji mengakibatkan istilah tiang dan
almari – furqan rahsia khazanah belantara - tidak
mungkin ditemui selamanya (Surah:10:Yunus:101).
Tiga: Buang jauh-jauh tabiat melihat Al Quran
hanya boleh ditafsir dan tafshilkan berasaskan
pandangan syariat dan aqidah semasa semata-mata. Di
hakikat tidak sama pendekatan kaedah protokol
pentafsiran di sudut (contoh) membuat jalan raya
dengan pendekatan protokol pentafsiran di sudut
(contoh) menguatkuasakan peraturan jalan raya.
Dimananya kedua-duanya sudah tentu berbeza.
Di suasana, jika jumlah dan berat batu diambil kira
ketika penterjemah di sudut membina jalan raya. Maka
kaedah penterjemahan seumpama tidak akan terwujud
dalam konteks pentafsiran kaedah menguatkuasa
peraturan jalan raya.
Sesungguhnya pandangan membezakan di
antara keduanya hendaklah diwujudkan. Di hakikat
ibarat orang undang-undang (peguam) tidak boleh
campur tangan dalam soal pentafsiran jurutera
(engineer) di taraf membuat jalan raya. Meskipun
perkara yang dibuat ada kaitan di antara satu dengan
lainnya.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
205
Demikianlah halnya dengan orang fiqah (ahli
faqahah) akan mentafsir Al Quran dengan cara
pentafsirannya. Maka janganlah mudah dikatakan salah.
Bila satu-satu pentafsiran yang dibuat oleh pihak lain
(seumpama ahli sains) tidak seiring dengan kehendak
dan kesimpulan ilmu fiqah (Syariat).
Justeru itu perakuilah bahawa soal teori ilmu
dan formula ilmu (Surah:2: Al Baqarah:106) yang
berkait dengan perkara lain seumpama di bidang sains
dan ekonomi (Surah:54:Al Qamar:49-50) tidak terwujud
dan tidak boleh diwujudkan menerusi kaedah ilmu fiqah.
Di hakikat ilmu fiqah bukannya gambaran
keseluruhan pada agama. Apatah lagi rupa
penghuraian lautan Al Quran (Surah:18: Al Kahfi:109)
tidak tertaklok kepada keluasan ilmu dan kealiman ilmu
fiqah atau pendekatan yang diamalkan oleh para ahlinya.
Malah lautan ilmu Al Quran bebas mencakupi semua
bidang ilmu di alam maya di wajahnya sebagai Ummul
Kitab (Surah:43: Al-Zukhruf:4).
Lantaran itu, beranikanlah diri melihat dan
mengkaji Al Quran di bidang masing-masing, walau pun
ianya tidak disambut baik oleh golongan fiqah agar
hakikat kenyataan: Semua ada di dalam Al Quran
(Surah:27: An Naml:75), dapat dizahirkan secara bukti.
Bukan hanya secara cakap-cakap dakyah tanpa bukti
(hear say) di gelagat telatah berhujah tanpa fakta dan
ternafinya furqan (Surah:25: Al Furqan:33).
Peringatan:
Untuk pengetahuan lanjut.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
206
Sila rujuk pada perbincangan Kaedah
Menggali Al Quran yang baru
diperkenalkan di bahagian Muqaddimah - Al Fathun Nawa – Jilid 3
Harap maklum.
Langkah Delapan
Berilmu Dan Menzahirkan ilmu
Bila diri beragama dan bertuhan serta
tertumbuhnya di hati untuk mendalami agama. Maka
persoalan mengarcakan rupa ilmu dan rupa bidang ilmu
yang tertanam di dada masing-masing hendaklah
dizahirkan (Surah:6: Al An‟aam:132). Di hakikat ilmu
yang ada di dada bukan hanya menjadi alat mencari
kesenangan diri atau alat menzahirkan hikmah dan
furqan kepada diri dan masyarakat semata-mata.
Namun yang lebih besar adalah menolong Allah
Ta‟ala dan para rasulNya menzahirkan barang yang
ghaib, yakni menzahirkan furqan (seumpama
menzahirkan almari dalam balak) di maqam: Waliya‟
laman nallaahu man yanshuruhuu wa rasuulahuu bil ghaib – (Surah: 57: Al Hadid:25) dalam mengarcakan
gambaran kuasa dan kebesaranNya sebagai Tuhan agar
dikenali oleh manusia (Surah:18: Al Kahfi:7).
Disamping hasilnya dapat pula dimunafaat oleh
manusia (Surah:57: Al Hadid:25) dengan meletakkan
kedudukan dan taraf kehidupan manusia berkeadaan
relevan dengan perubahan dunia di maqam: Liyaquu
mannaasu bil qiisti –Surah:57:Al Hadid:25).
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
207
Justeru itu persoalan kebangkitan para ilmuan
sekular menjadi orang kuat agama teramat penting
dibangkitkan. Lantaran orang kuat agama di kalangan
ilmuan sekular sahajalah yang berupaya menggunakan
akal keupayaan akliahnya melahirkan furqan kemajuan
kepada muka bumi dan manusia.
Di hakikat membiarkan agama terus dikuasai
oleh cendikiawan fiqah (syariat) akan membuat negeri
dan masyarakat tidak berdaya maju. Di samping
mendalami agama dengan ilmu fiqah (ilmu hukum
hakam) semata-mata tidak akan membawa negeri dan
masyarakat boleh memiliki isi perkembangan dunia.
Lantaran agama telah disempit dan cetekkan seluas
bidang hukum hakam yang diperkatakan.
Inilah satu dilema agama dan pendekatan agama
yang perlu dipecahkan. Di hakikat dunia dan masyarakat
Islam perlu melihat bahawa mempelajari ilmu selain
daripada ilmu fiqah (syariat) dan menzahirkan hikmah
ilmu (Surah:2: Al Baqarah:269) yang tidak berwajah
ilmu fiqah juga adalah merupakan aktiviti mendalami
agama dan melaksanakan kerja-kerja agama. Fikir-
fikirlah.
Langkah Sembilan
Mengasuh Diri Tahu Bersyukur
Bila diri beragama dan bertuhan serta tertumbuh
di hati untuk mendalami agama. Maka soal mengasuh
diri menjadi hamba yang bersyukur hendaklah
ditekankan. Satu persoalan besar yang perlu diberi
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
208
perhatian dan dikuatkuasa kepada diri sendiri. Satu
perkara yang amat-amat diperhatikan oleh Tuhan
terhadap hambaNya (Surah:29:Al Ankabuut:63).
Maka percayalah anak cucu. Sepayah-payah
perkara yang hendak dizahirkan oleh manusia kepada
Tuhannya adalah bersyukur dan disebaliknya semudah-
mudah barang yang boleh dinyatakan oleh seseorang
hamba kepada Tuhannya adalah bersyukur.
Inilah dilema satu perkara, di dua persimpangan
keinginan dan kehendak yang perlu diperhatikan.
Maka permudahkanlah barang yang mudah dan
janganlah memayahkan diri terhadap barang yang
mudah. Di hakikat sikap bersyukur adalah hadiah yang
teramat besar di sisi Tuhan semesta alam. Fikir-fikirlah.
Langkah Sepuluh
Mengasuh Diri Mengingati Tuhan
Bila diri beragama dan bertuhan serta tertumbuh
di hati untuk mendalami agama. Maka soal mengingati
Tuhan (Surah:56: Al Waaqiah:96) dan mendalami erti
mengingati Tuhan secara hakiki hendaklah dipelajari
secara mendalam, agar terlahir pada diri sifat dan tabiat
yang dibayangkan oleh Allah Ta‟ala di maqam:
Allaziina yazkuruu nallaaha qiyaaman waqu‟uudan
wa‟alaa junuu bihim,,,ilakh (Surah:3:Ali „Imran:191).
Maka begitulah jua tentang soal kasih kepada
para nabi dan para rasul hendaklah diwujudkan di dalam
kehidupan. Lalu sebagai umat yang terakhir, selawat
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
209
kepada Junjungan Nabi Muhammad s.a.w adalah satu
kepastian yang tidak seharus dipermainkan. Di hakikat
soal syufaat Nabi di hari kemudian hendaklah difikirkan.
Lantaran teramat payah bagi manusia untuk mendapat
syurga kurniaan Tuhan tanpa syufaat dari Junjungan.
Maka berselawatlah kepada Nabi. Jika diri merasai diri
adalah umat kepada Nabi (Surah:33:Al Ahzab:56).
Langkah Sebelas
Menzahirkan Wawasan Junjungan
Bila diri telah beragama dan bertuhan serta
tertubuh di hati hendak mendalami agama. Maka
persoalan menzahir dan mengarcakan rahmat haruslah
difikirkan. Di hakikat setiap umat Junjungan
Muhammad s.a.w hendaklah mengarcakan wawasan
kerasulan Muhammad s.a.w. Yakni wawasan
menzahirkan rupa rahmat pada sekelian alam (Surah:21: Al Anbiyaak:107). Rupa rahmat yang akan
disempurnakan oleh dua (2) elemen tindakan. Iaitu
Menghasilkan Nikmat Dan Menzahirkan Sejahtera dalam kehidupan meliputi duniawi dan akhrawi.
Langkah Dua Belas
Mendalami Makna Sumpah Ketuhanan
Bila diri telah beragama dan bertuhan serta
tertumbuh di hati ingin mendalami agama. Maka
persoalan amanah dan penerimaan amanah oleh manusia
(Surah:33:Al Ahzab:72) hendaklah didalami
sepenuhnya. Di hakikat persoalan sumpah ketuhanan
dan kehambaan di alam ruh (Surah:7:Al „Araaf:172)
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
210
juga perlu difahami sedalam-dalamnya. Lantaran
terbitan natijah dari dua (2) perkara inilah timbulnya
wawasan Allah menzahirkan dua (2) rupa ibadat. Yakni:
Ibadat asas di rupa: Aamanuu dan ibadat pengaslihan di
rupa: „Amilusshaalihat.
Sesungguhnya bertolak dari wawasan:
Aamanuu wa‟amilus shaalihaat inilah, kemudiannya
manusia diajak oleh Tuhan mengadakan perjanjian
sumpah ketuhanan dan kehambaan dan seterusnya
manusia dilantik menjadi khalifah di muka bumi
(Surah:6: Al An‟aam:165) dengan Adam a.s dizahirkan
(Surah:2: Al Baqarah:30) dan dihantar ke dunia
(Surah:2: Al Baqarah:36-38).
Maka dengan itu terzahirlah manusia di dunia
(Surah:32: Sajdah:7-9) dan terlahirlah rasul dan agama
yang ditugaskan memelihara dan mengawal perlakuan
manusia (Surah:32: Sajdah:23-24) agar bergerak di
bawah aturan fitrah (Surah:5:Al Maidah:48) dan tidak
dikhianati oleh angkara Iblis dan syaitan (Surah:20:
Taahaa:117) dengan umat yang terakhir diarahkan agar
mengikuti agama Ibrahim (Surah:6:Al An‟aam:161).
Yakni agama Islam (Surah:2: Al Baqarah:131) yang
diwarisi oleh Junjungan Muhammad s.a.w. (Surah:16:
An Nahl:123).
Langkah Tiga Belas
Mendalami Taktik Godaan Iblis
Bila diri telah beragama dan bertuhan serta
tertumbuh di hati ingin mendalami agama. Maka soal
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
211
Iblis dan syaitan hendaklah diberi perhatian secara
serius. Justeru itu soal perjanjian di antara Tuhan dan
Iblis berkait dengan kuasa-kuasa penggodaan terhadap
manusia hendaklah difahami dan diperhatikan secara
mendalam.
Kesimpulan
Maka demikianlah anak cucu tiga belas (13)
langkah mendalami agama yang dapat diperjelaskan
pada catitan kali ini. Di hakikat kerja mendalami pahala
dan dosa serta memahami fadhilat itu dan fadhilat ini
tidak akan mencukupi dalam istilah mendalami agama.
Sedangkan itulah yang berlaku disekeliling kini tanpa
perkara-perkara yang diperkatakan di atas disentuh
secara mendalam.
Maka dengan itu amalkanlah apa yang
diluahkan agar ianya boleh merubahkan keadaan ke satu
tahap paradima baru dalam konteks beragama dan
bertuhan. Wallahu a‟lam.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
212
Dato‟ Philosopher Dr. Halo-N di saat-saat berusia enam puluh
tahun - 22hb Julai 2014. Mula mengarang Halawa Al Fathun
Nawa.
Dato‟ Philosopher Dr. Halo-N sedang semak buku Halawa Al
Fathun Nawa. Banyak demo-demo kata. Baca buku ni…Luas
otak – Mudah cari makan. Cuba-cubalah.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
213
Cebisan Kelima
Mengenal
Agama Paten Kehidupan (Mengkaji Melihat Kebenaran)
Dipetik Dari Buku
Al Fathun Nawa.
Jilid 3 - 2014
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
214
Soal Jawab Mu‟allaf
Tajuk: Jahil Baru Beragama.
Mengenal
Agama Paten Kehidupan (Mengkaji Melihat Kebenaran)
Muqaddimah.
Soal lama dan baru bukan boleh dijadikan kayu
pengukur kepada kedalaman umat Islam dalam
beragama. Di hakikat ramai di kalangan umat Islam
tetap jahil dalam beragama meskipun bangsanya telah
lama memeluk Islam.
Di Malaysia, lebih enam ratus tahun Melayu
menganut Islam. Sejak sejarah Melaka (1402) dibuka
sehinggalah ke zaman Malaysia maju di hari ini (2012).
Orang Melayu tidak pernah pun beragama lain selepas
sejarah Melaka kecuali beragama Islam. Dakwah dan
kerja mengajar agama tidak pernah terhenti. Ulamak
silih berganti. Taraf beragama dikatakan semakin tinggi.
Tetapi sayang kenapa tahap barang asas agama pun
jarang orang Melayu mengetahui.
Sesungguhnya persoalan sebegini menzahirkan
dilema. Apakah orang Melayu teramat bodoh untuk
beragama. Apakah orang Melayu tidak diajar beragama
atau apakah orang Melayu dididik beragama dengan
pendekatan yang tidak mengena sehingga kejahilan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
215
beragama pada orang Melayu semakin membesar di
tengah-tengah masyarakat pendakwah yang kini
sebegitu ramai.
Lalu berasaskan kepada soalan-soalan yang
dikemukakan oleh para pembaca Al Fathun Nawa, Jilid
1 dan Jilid 2. Maka di ruangan ini disentuhkan sedikit
persoalan yang ditimbulkan. Semoga ianya boleh
menzahirkan semangat untuk diri mendalami agama
adanya.
Isu (1)
Persoalan Agama Dan
Doktorin.
Sesungguhnya persoalan agama dan doktorin
adalah dua (2) perkara yang sering diperbincangkan.
Dua (2) perkara yang dijadikan oleh dunia sebagai teras
kehidupan bermasyarakat yang perlu diikut. Jika
seseorang itu ingin hidup di suasana bermasyarakat dan
tidak dipulau oleh masyarakatnya. Sesungguhnya inilah
dua (2) perkara yang dijadikan bahan didikan dan
pendidikan kepada masyarakat dengan pemahaman
terhadap kedua-duanya disuburkan dan diperkukuhkan
sehingga ianya menjadi teras pegangan yang perlu
diterima dan diamalkan selari dengan kehendak
masyarakatnya.
Namun begitu dalam soal ini tidak semua ahli
masyarakat mengetahui secara mendalam tentangnya
terutama di sudut pengertian dan perbezaan diantara
kedua-duanya. Oleh itu patutlah ianya diperbincangkan.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
216
Soalan:
Apakah itu Agama?
Jawab: Agama pada umumnya bolehlah
didefinasikan sebagai satu wadah kaedah kehidupan
yang diamal oleh manusia berteraskan kepada cara dan
corak kehidupan anjuran Tuhan dan ketuhanan
berdasarkan kepercayaan yang diasaskan atau diaulakan
oleh seseorang yang diperakui sebagai Utusan Tuhan
berpandukan kitab pengajaran dan didikan kitabnya
sebagai satu kaedah kehidupan manusia di muka bumi
dan kehidupan manusia di hari sesudah hari-hari
kehidupan di dunia.
Soalan:
Apakah itu Doktorin ?
Jawab: Doktorin pada umumnya bolehlah
didefinasikan sebagai satu wadah kaedah pendekatan
kehidupan yang diamalkan oleh manusia berteraskan
kepada sistem, cara dan corak kehidupan anjuran
seseorang manusia atau kumpulan manusia berdasarkan
kepercayaan yang ianya boleh menzahirkan kebaikan
selari dengan pandangan masyarakatnya atau boleh
memperkukuhkan kuasa seseorang atau kumpulan orang
berpandukan kepada proses pendekatan pengajaran dan
didikan berprinsip dan berfalsafah sehingga kesan
didikannya menjadi bahan pegangan kehidupan dalam
bermasyarakat.
Soalan:
Apakah Sifat-Sifat Agama ?
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
217
Jawab: Adapun setiap agama yang dikatakan
agama hendaklah memiliki sekurang-kurangnya enam
(6) sifat:
(i): Terwujud padanya istilah Tuhan dan
mempercayai Tuhan sebagai kuasa pemelihara,
pelindung yang boleh memberi pertolongan kepada
orang yang bertuhan kepada Tuhannya. Terutama pada
barang di luar dari keupayaan lazim manusia.
(ii): Terwujud padanya istilah Utusan Tuhan.
Yakni seorang manusia atau kumpulan manusia yang
mengaku dirinya adalah Utusan Tuhan dan mengajar
kaedah ketuhanan dan kehidupan yang diperakukan
olehnya sebagai cara dan kaedah kehidupan yang
dianjurkan oleh Tuhan melalui kitab yang kononnya
diterima olehnya dari Tuhannya untuk diamalkan oleh
penganut ajarannya.
(iii): Terwujud padanya istilah penganut. Yakni
pengikut ajaran dan didikan serta mengamalkan ajaran
dan didikannya selaras dengan kehendak pengajaran
yang diberi sepertimana kaedah dan cara yang
ditentukan oleh kitab ajaran yang diperkenalkan oleh
orang yang mengaku dirinya Utusan Tuhan dan
kemudian diperakui oleh penganutnya.
(iv): Terwujud padanya tempat khusus bagi
membolehkan penganutnya mengadakan majlis
sembahyang atau pemujaan Tuhan berdasarkan kaedah
dan cara yang ditentukan oleh didikan ajaran
kepercayaan yang berkenaan.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
218
(v): Terwujud padanya Penguasa dan kumpulan
penguasa yang telah mendalami butiran ajaran serta
diterima oleh masyarakat sebagai kepala dan ketua
kepada penganut ajaran.
(vi): Terwujud padanya peraturan hidup dan
kehidupan yang diamalkan oleh penganutnya serta
terzahirnya aktiviti dakwah dan dakyah sebagai proses
mentarbiahkan penganutnya agar butiran ajaran dapat
diperkemaskan serta difahami secara mendalam
disepanjang zaman.
Soalan:
Apakah Sifat-Sifat Doktorin
Jawab: Adapun setiap doktorin yang dikatakan
doktorin itu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) sifat:
(i): Terwujud padanya istilah Pencetus idea,
prinsip dan falsafah dari seseorang manusia atau
kumpulan manusia yang mula-mula menzahirkan satu
rupa pemahaman terhadap satu-satu perkara tertentu
yang perlu dijadikan bahan pegangan oleh masyarakat
ramai serta dikuatkuasakan oleh pemerintah semasa
yang sealiran dengan ajaran berkenaan.
(ii): Terwujud padanya proses dakwah dan
dakyah bagi memperkuatkan kepercayaan umum
terhadap isi pemahaman dan diperkenalkan secara
berterusan. Malah tidak kurang darinya dimasukkannya
ke dalam sistem pendidikan masyarakat setempat
sebagai suatu yang perlu diikut dan difahamkan.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
219
(iii): Terwujud padanya ketetapan dan
keputusan dasar pemerintah agar setiap penduduk yang
berlindung di kawasan wilayah pemerintahan mematuhi
pemahaman ajaran dan didikan berkenaan serta
menjadikannya sebagai pegangan hidup dan kehidupan
seharian pada makna melanggarnya bererti salah dan
padah.
Soalan:
Apakah terwujud rupa doktorin agama
dalam beragama ?
Jawab: Dalam menjawab soalan ini definasi
doktorin agama perlulah diterangkan terlebih dahulu
sebelum soalan ini dijawab.
Di mana istilah Doktorin Agama bolehlah
didefinasikan sebagai satu rupa didikan dan ajaran yang
menukarkan rupa keaslian agama kepada satu rupa ilusi
agama di wajah fatamorgana dengan mata ramai melihat
kewujudannya di rupa keaslian agama. Di hakikat
kezahirannya bukan lagi satu kezahiran agama yang
sebenar dikala kepalsuan dan kebatilan tertumbuh dan
timbul di persada kesedaran.
Sesungguhnya kedudukan seumpama ini
terwujud dalam beragama kini dirupa satu dilema yang
setentunya tidak sepatut digunapakai oleh mereka yang
celik lagi ingin memiliki mata yang sihat. Fikir-fikirlah.
Soalan:
Kenapa terwujudnya doktorin agama dalam
agama ?
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
220
Jawab: Sesungguhnya kedudukan ini terjadi
berikutan tertimbulnya empat (4) perkara dalam
pendekatan agama dan beragama:
(i): Tertimbulnya pemikiran di kalangan
cendikiawan agama berpandangan bahawa huraian
terhadap isu-isu agama tidak cukup sempurna dihurai
menerusi kitab asal ajaran agama berkenaan (Surah:7:
Al A‟raaf: 203) sehingga mendorongkan mereka
mencari dan menggunapakai sumber luar dari kitab
ajaran asal (Surah:3: Ali „Imran:78-82) dengan
menjadikannya sebagai sebahagian dari sumber agama
senilai kitab ajaran asal (Surah:47:Muhammad:24)
dengan menatijahkan isi kandung kitab ajaran asal
dibelakangkan (Surah:25:Al Furqan:30). Sedangkan
sumber yang digunapakai boleh dipertikaikan kesahihan
dan kebenarannya. Malah palsu dan diketahui
kepalsuannya (Surah:4: An Nissak:82).
(ii): Berikutan dengan tindakan pendekatan
agama mengguna sumber luar dari kitab ajaran asal
diterima sebagai sumber agama dan banyaknya barang
luar digunapakai (Surah:3: Ali „Imran:78). Maka
timbullah pelbagai pendapat dan petua terhadap satu-
satu perkara yang membabitkan soal agama dengan di
pihak ini kata begini dan pihak lain pula kata begitu
(Surah:4:An Nisaak:82). Di suasana kedudukan
seumpama pada mulanya dianggap rahmat (Khilaf para
ulamak itu rahmat). Maka inilah satu dilema yang
terpaksa dihadapi oleh agama apabila corak pendekatan
amalan agama berubah dan diubah dari wajah asalnya.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
221
Maka di sini perlulah ditegaskan bahawa agama
itu bukanlah sekali-kali doktorin. Ianya adalah agama
dan tetap agama di wajah wadah berkaedah kehidupan
natural anjuran Tuhan. Di suasana agama bergerak di
atas kitab Tuhan dan ajaran Tuhan (Surah:7: Al
A‟raaf:203) sedang doktorin bergerak di atas pandangan
prinsip dan falsafah pemikiran manusia dan persepsi
manusia.
Di hakikat agama itu tetap bergerak untuk
kepentingan Tuhan, manusia dan alam semesta. Bukan
seumpama doktorin yang hanya bergerak untuk
kepentingan puak-puak dalam kumpulan manusia
berlandaskan ajaran dan pemahaman pemikiran manusia
bersandarkan kepada prinsip, falsafah atau rupa agama.
Ini bermakna. Jika terwujudnya rupa
doktorin dalam agama. Maka agama itu bukan lagi
agama (Surah:4: An Nisaak:82). Malah ianya boleh
disifatkan sebagai doktorin yang berilusikan rupanya
dengan rupa agama di wajah fatamorgana (Surah:24: An
Nur:39). Di suasana mata ramai melihat terwujudnya air
dalam kepalsuan biasan kilauan pasir yang luas dengan
butiran unsur ajaran dan didikan lebih berupa kepada
punca pencetus pertelagahan umat di wajah cerita gajah
(Gajah serupa pokok pinang) pada penilaian kumpulan
orang buta.
Di suasana puak masing-masing berbangga
dengan puak masing-masing serta anggota puak
memperlekehkan pemahaman puak-puak yang lain. Di
hakikat ternafinya kata: Khilaf pendapat para ulamak itu
rahmat.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
222
(iii): Tertimbulnya sikap di kalangan para
cendikiawan agama yang sanggup menjadikan diri
mereka di rupa cangkul yang boleh digunapakai oleh
pihak lain pada dua tujuan di wajah boleh diguna
sebagai alat untuk Buat Batas Ubi atau Buat timbus tahi.
Di suasana soal kepentingan hidup diletakkan di
hadapan dengan menggunapakai sumber luar yang
diterima sebagai sumber sahih agama untuk dijadikan
dalil-dalih yang boleh meyakinkan puak berkepentingan.
(iv): Tertimbulnya pendekatan beragama
berlandaskan hukum hakam dengan mata perhatian
agama tertumpul untuk melihat akan matlamat asal-usul
tujuan manusia beragama dengan berakhir pendekatan
sedemikian meletakkan rupa agama di wajah agama
hukum hakam dengan persepsi mata ramai beranggapan
agama itu hukum dan hukam hakam itulah yang
dikatakan agama. Sesungguhnya inilah satu situasi yang
menyempitkan agama. Lantaran banyak masa terbuang
kerananya di suasana barang galakan agama di sudut
yang lain terabai dan diabaikan.
Soalan:
Apakah akibat di kala terwujudnya Doktorin
Agama dalam agama ?
Jawab: Jika terwujudnya doktorin dalam
agama. Maka akibatnya boleh disimpulkan kepada
empat (4):
(i): Bila doktorin agama terwujud dalam agama.
Maka agama tidak lagi berwajah agama dan berupa
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
223
agama. Lalu jadilah seseorang itu beragama - tidak
beragama. Di suasana diri terkunci dengan doktorin
didikan sehingga diri terlupa untuk meruangkan kepada
diri sendiri melihat matlamat kenapa diri kena
beragama.
(ii): Bila doktorin agama terwujud dalam
agama. Maka agama jadi hak orang. Bukannya hak
Tuhan. Di suasana orang kuat berautoritikan agama
berlagak di rupa Tuhan (Surah:9:At Taubah:31). Dengan
mata pemikiran seharian melihat orang. Bukan melihat
Tuhan. Kecacatan orang dicari. Kelebihan Tuhan tidak
digunapakai (Surah:35: Al Faathir:10) dengan diri
berwajah paku. Tidak bertubuhkan besi (pucuk paku).
Di suasana diri mengaku kuat. Tetapi tetap bersifat
ulaman orang.
(iii): Bila doktorin agama terwujud dalam
agama. Maka agama menjadi tukul. Dijadikan alat
memukul orang. Tangan ganas menggunakan tukul.
Kononnya untuk menzahirkan kebaikan. Bising gelora
di seluruh kampung. Terzahirnya rupa perselisihan
faham. Masa melayang – waktu terbuang. Akhirnya
tumpang kapal terbang orang. Dengan mulut kata maju
– Dengan muka tidak tahu malu. Di hakikat mengatakan
orang dengan diri sendiri tidak dapat menentukan diri
masuk syurga secara mutlak berlandaskan kejituan
pegangan yang dipegang,
Inilah satu rupa ilusi kemantapan kebenaran
pada pegangan diri dinilai perjudian number ekor. Demo
sedap kepala tujuh (7). Teman sedap kepala lapan (8).Di
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
224
sifat teka meneka tanpa terzahir jaminan di atas kejituan
dan kesahihan pada kebenaran yang dipegang.
(iv): Bila doktorin terwujud dalam agama. Maka
agama menjadi wadah kedegilan dalam berfikir dengan
otak penganut bagai diracun tuba (Surah:4: An
Nisaak:82). Pening terhilang arah. Dengan diri bagai
disorok hantu dan sanggup makan telor semut disifatkan
nasi puteh dan katak kering disangkanya ayam
panggang. Demikianlah pandangan yang dilihat oleh
orang di luar telaga buruk (Surah:2: Al Baqarah:11-12)
dalam melihat kerenah hantu sorokan doktorin agama di
konteks sikap yang payah untuk diubah di kala orang
yang disorok tidak tahu ianya dimamah oleh hantu di
istana kepalsuan.
Soalan:
Bagaimanakah
asal salsilah terlahirnya agama.?
Jawab: Bila dikatakan agama. Maka sudah
tentu ianya dikaitkan langsung dengan Tuhan. Yakni
satu kuasa yang dipercayai terwujud di alam kehidupan
seharian yang boleh menjadi pemelihara, pelindung dan
penolong kepada manusia. Satu kuasa yang boleh
melahirkan kekuatan kepada manusia terutama ketika
manusia menghadapi satu-satu permasalah di luar
keupayaan lazimnya dan kelemahan sedemikian banyak
terjadi di sepanjang nafas-nafas kehidupan.
Sesungguhnya keyakinan terwujudnya kuasa
seumpama bukan sahaja terlahir di zaman moden tetapi
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
225
telah terwujud sejak awal manusia menzahirkan
kehidupan mereka di muka bumi bermula dengan
evolusi Agama Anamisma (bertuhankan hantu
belantara) yang diperkenalkan oleh dukun dan bomoh-
bomoh hantu dengan syariat jalan kehidupan mereka
hinggalah ke zaman evolusi agama di zaman baru yang
diperkenalkan oleh Utusan Tuhan dengan ajaran
kehidupan anjuran Tuhan berpandukan kitab didikan
Tuhan.
Soalan:
Bagaimanakah asal salsilah terlahirnya
agama Islam?
Jawab: Berasaskan ruhul ma‟ani kenyataan Al
Quranul Kariim. Agama Islam diasaskan oleh
Allahu„azzawajalla (Surah:3: Ali „Imran:19) bagi
memenuhi kehendakNya untuk menjayakan
wawasanNya menerusi manusia dan muka bumi
berasaskan prinsip dasar bertuhan, berhamba dan
beribadat melalui konsep ibadat: Aamanuu wa‟amilus
shaalihaat (Beriman dan beraslih).
Satu konsep beriman dan mematuhi Tuhan serta
mengingati Tuhan menerusi zikir dan ibadat asas serta
mengenal rupa erti kuasa kekuatan ketuhananNya
sebagai Tuhan di wajah penerokaan dan penemuan rupa
rahsia khazanah diri (Surah:30:Ar Rum:8) dan rupa
rahsia khazanah alam maya (Surah:6:Al An‟aam:104)
dengan diri manusia boleh menggunapakai barang rahsia
yang ditemui dan diterokai untuk hidup dan
kehidupannya semasa hayat di dunia
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
226
(Surah:10:Yunus:101) dan berbekal hati taqwa
(Surah:22: Al Hajji:32) dan ganjaran ibadat untuk alam
akhirat (Surah:59:Al Hasyr:18-19). Yakni tempat asal
kampung kejadian manusia (Surah:28: Al Qashash:83).
Sesungguhnya sejarah kronologi penubuhan
agama Islam mengikut kenyataan Al Quran dapatlah
disimpulkan kepada Dua Belas (12) peringkat proses
kesempurnaan penubuhannya sehinggalah ianya
diterima oleh manusia pada hari ini:
Peringkat Pertama:
Tertimbulnya kehendak Tuhan untuk
memperkenalkan konsep ketuhanan dan kehambaan di
wajah Tuhan „azzawajallaa dan di wajah hamba:
„Ibaadiyasshaalihiin. Di kala didapatiNya konsep dan
ibadat asas (Aamanuu) di wajah bertasbih (Surah:21:Al
Anbiyaak:19-21) yang diamalkan oleh para malaikat
bersifat pasif, lemah dan gagal menzahir aktiviti
mengenal Tuhan dan mentauhidkan Tuhan menerusi
konsep yang lebih seni lagi canggih. Yakni menerusi
konsep mencari, meneroka dan menemui barang rahsia
kejadian Tuhan yang terdapat pada kejadian Tuhan yang
diwujudkan oleh kuasa keagungan Tuhan.
Peringkat Kedua:
Tuhan mencipta planet bumi dan
menyempurnakan kejadian bumi dan muka bumi serta
alam cakerawala (universe) yang lain (Surah:32:
Sajdah:4-7) sebagai medium rupa rahsia keagungan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
227
Tuhan yang tersembunyi padanya. Satu-satu rahsia rupa
keagungan ketuhananNya yang perlu dipecah dan
ditemui (Surah:6:Al An‟aam:104) dengan bernatijahkan
makhluk kejadianNya akan mengenal DiriNya dan
mengenal keagungan ketuhananNya serta memajukan
muka bumi dengan manusia dapat menikmati munafaat
daripadanya.
Peringkat ketiga:
Menawar amanah wawasan ketuhanan kepada semua makhluk kejadianNya (Surah:33: Al
Ahzab:72). Satu wawasan yang bertujuan untuk
membolehkan Tuhan memperkenal diriNya disifatNya
sebagai Tuhan sebenar-benar Tuhan dengan diriNya
dipersaksikan oleh manusia disifat hamba kepadaNya
serta berkhidmat di muka bumi di atas sifatnya sebagai
Khalifah Allah (Surah:2: Al Baqarah:30).
Maka tawaran ini dibuat tetapi ditolak oleh
semua makhlukNya kecuali diterima oleh satu makhluk
yang besifat jahil dan zalim. Yakni manusia (Surah:33:
Al Ahzab:72).
Peringkat keempat:
Mengadakan Majlis persumpahan
ketuhanan dan kehambaan dengan Tuhan diiktiraf
sebagai Tuhan dan manusia mengaku akan menjadi
hamba kepadaNya (Surah:7: Al „Araaf:172).
Peringkat kelima:
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
228
Menyatakan hasratNya kepada para
Malaikat untuk menzahirkan manusia pertama dengan
dirinya memiliki ruh manusia yang bersumpah untuk
menjadi hamba kepada Tuhan dengan diri masing
berjasad untuk dihantar ke muka bumi di wajah jawatan
Khalifah Allah Di Muka Bumi. Satu peristiwa yang
dibantah oleh Iblis (Surah:2: Al Baqarah).
Peringkat keenam.
Adam dan Hawa dihantar ke muka bumi (Surah:2: Al Baqarah:36) dengan berbekalkan pesanan
Tuhan kepadanya (Surah:2:Al Baqarah:37-38) dengan
misi pertamanya sebagai bapa kepada manusia dan
penjana tubuh-tubuh baru yang hidup ditaraf anak
keturunan (Surah:4: An Nisaak:1) di wajah tahap kedua
revolusi proses kejadian manusia yang diubah oleh
Tuhan ke satu cara baru di mana manusia dijadikan
melalui mani (Surah:32: Sajdah:7-8) hasil proses
persetubuhan manusia lelaki dan perempuan (Adam dan
Hawa) di tengah-tengah gelora ancaman Iblis dan
syaitan (Surah:38:Shaad:82-83).
Peringkat Ketujuh
Menzahirkan seruan ketauhidan ketuhanan dan kehambaan serta syariat kehidupan seperti yang
dikehendaki oleh Tuhan sekalian alam (Surah:22: Al
Hajji:67), bermula dari saat terutusnya Nabi Idris a.s
sebagai nabi dan rasul selepas Adam a.s. Sesungguhnya
kedudukan ini teramat penting dibentuk memandangkan
ancaman Iblis dan syaitan (Surah:34:As Sabak:20)
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
229
sekali lagi berjaya menumbangkan nilai manusia dan
kemanusiaan di kala berlakunya tragedi pembunuhan
Habil dan Qabil (Surah:5: Al Maidah:27-31).
Peringkat Kedelapan
Menzahirkan Islam secara rasmi di musim
Nabi Nuh a.s (Surah:42:As Syuura:13). Di mana pada
masa ini bukan sahaja syariat dan ketauhidan ketuhanan
dizahirkan. Malah di masa yang sama jua ilmu dan
teknologi tinggi tamaddun manusia mula diperkenalkan
(Surah:21:Al Anbiyaak:80) di suasana gelora kerenah
Iblis dan syaitan terus melanda zamannya.
Peringkat Kesembilan
Proses memperkenalkan Islam diteruskan. Kerja mendakwah syariat dan rupa kemajuan ilmu dan
teknologi ketuhanan yang boleh diadaptasikan oleh
kemampuan manusia terus dikembangkan menerusi para
nabi dan para rasul yang diutuskan oleh Tuhan dengan
jayanya menzahirkan rupa manusia relevan (Surah:57:
Al Hadid:25) yang boleh berdiri di watak pencipta
sejahtera kebaikan duniawi dan akhrawi (Surah:2: Al
Baqarah:201) sampailah di zaman Isa a.s dengan konsep
syariat dan ketauhidan ketuhanan berkonsepkan:
Sejahtera ketika dilahirkan (hidup) – sejahtera ketika
dimatikan dan sejahtera ketika dibangkitkan kembali. -
(Surah:19:Maryam:15).
Peringkat Kesepuluh
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
230
Proses menyempurnakan Islam dilakukan
oleh Tuhan di musim Junjungan Muhammad s.a.w di
kala baginda dilantik menjadi nabi dan rasul terakhir
(Surah:33: Al Ahzab:40) bagi sekalian umat manusia
(Surah:34:As Sabak:28) serta baginda diperintahkan
oleh Tuhan agar baginda beragama dengan agama Islam
Nuh a.s (Surah:42:As Syuura:13) selari dengan agama
Islam Ibrahim a.s (Surah:16:An Nahl:123) berasaskan
wahyu Al Quran yang diterima olehnya (Surah:6:Al
An‟aam:106) serta Islam kemudiannya disempurnakan
oleh Tuhan (Surah:21:Al Anbiyaa‟:106) sebaik sahaja
siap dan khatamnya ayat-ayat wahyu Al Quran diterima
oleh Junjungan (Surah:6: Al An‟aam:115) dengan
pengisytiharan Allahu„Azzawajalla terhadap
kesempurnaan agama Islam di rupa agama di sisiNya
(Surah:5:Al Maidah:3).
Peringkat kesebelas
Terzahirnya zaman wasilah di pasca
kewafatan Junjungan Muhammad s.a.w di mana segala
corak dan kaedah tulin yang diamal dan diajar oleh
baginda disinambungkan oleh para sahabat baginda
seperti yang dikehendaki oleh Al Quran (Surah:5: Al
Maidah:35) dan diterima oleh para attaabi‟iin yang
terkemudian diwajahkan persambungan ilmu dan
amalan ketuhanan, ketauhidan serta teknologi ketuhanan
yang diterbitkan dari Al Quran dan ketulinan Al Quran.
Namun kedudukan ini tidak dapat meluas dan
bernafas panjang apabila tertimbul ajaran doktorin Islam
yang bertindak membunuh pertumbuhan didikan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
231
berwasilah di kala terzahirnya dakyah yang beranggapan
didikan wasilah adalah ajaran sesat, kufur dan fasik.
Walhal di tengah-tengah dakyah yang dibuat,
puak doktorin terus mengajak masyarakat memakan
buah-buah elemen ajaran yang telah terkena najis dan
diketahui terlesek najis untuk dijadikan hidangan, di
wajah pelahapnya lidah dan perut umat dalam mencari
kejituan makanan yang bersih, dengan diri tidak tahu
makna loya dan kembang pipi, dibayangan telatah tabiat
ayam yang tergamak memakan dan menelan barang
kuning, sedangkan mata manusia yang sihat tahu itu
adalah racun dan najis.
Satu pendekatan didikan yang membuat umat
terlihat beragama pada mata tetapi terhilang pada
kenyataan. Di wajah bagai rupa terwujudnya kaki langit
dengan langit tidak pernah mencecah air lautan pada
taraf umat di rupa buih memutih di sepanjang pantai
keagamaan.
Peringkat kedua belas.
Tertimbul ajaran doktorin agama dalam
agama Islam di wajah kezahiran punca segala punca
perpecahan umat (Surah:5: Al Maidah:77) yang tidak
mengenal penghujung pada suasana meletakkan Islam di
wajah fatamorgana dengan diri umat beragama di
suasana bagai tidak beragama (Surah:24: An Nur:39)
Satu rupa pendekatan ajaran yang membuat
umat terlupa pada kronologi salsilah agama dan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
232
matlamat diri beragama dengan mata masing-masing
lebih tertumpu kepada pengarcaan ibadat asas dan
fadhilat. Di suasana diri terjahil untuk mengetahui lagi
mendalami hujung jatuh hakiki kenapa dan mengapa
agama diwujudkan oleh Allah s.w.t.
Peringkat Ketiga belas.
Terzahirnya zaman kebangkitan semula Al
Quran. Di suasana tertimbul kesedaran masyarakat
Islam terhadap kecacatan pendekatan beragama dan
didikan doktorin agama yang tidak berkesan. Di
kedudukan pegangan umat keliling terhadap agama tetap
bersifat longgar. Meskipun kerja dakwah dan berdakwah
tidak putus-putus dilakukan oleh para pendakwah.
Apatah lagi di kedudukan semasa,
kecenderungan penggunaan barang luar dari Al Quran
secara melampau telah menimbulkan feedback
kesedaran dari kalangan ramai. Menyebabkan agama
dan orang agama dilihat tidak mempunyai nilai
keagamaan. Malah banyak dari perkara yang dibentang
dan ditimbul-petuakan menjadi barang senyum sinis dan
tidak lagi dipandang tinggi. Meskipun dikuatkuasakan
dengan autoriti pemerintah.
Sesungguhnya dalam ruang sebeginilah
terwujudnya penyakit penghakisan nilai keaslian agama
dan ianya terus berlaku di suasana dibibit-bibit
pertelagahan puak merebak di wajah penyakit H.I.V
yang melemahkan kuasa daya tahan dan keupayaan
umat yang memerlukan kepada penawar mengubatinya.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
233
Maka di suasana inilah terlahirlah semula
kesedaran terhadap Al Quran di rupa penawar tunggal
ketuhanan yang perlu diambil semula dan diperbesarkan
kegunaannya di wajah tonggak awalan seorang itu
beragama Islam.
Demikianlah kronologi pembentukan agama
Islam dan perkembangan evolusinya sehingga rupa
Islam yang war-warkan pada hari ini diterima pakai oleh
umat Islam semasa adanya.
Sesungguhnya soal kronologi ini dibangkitkan
adalah dengan maksud agar anak cucu mengetahui akan
kepentingannya pada empat (4) tujuan:
Satu: Mengasuh diri mengetahui dari mana
datangnya agama Islam.
Dua: Mengasuh diri agar diri mengetahui tujuan
diri beragama dan tahu matlamat diri beragama serta
tahu tentang hujung jatuh dan arah tuju diri beragama
dengan mengarcakan diri selari dengan tujuan dan
matlamat diri beragama seumpama anjuran wawasan
Allah Ta‟ala pada awalnya. Bukan bertindak
mengalihkan pandangan dan perlakuan ke arah yang lain
daripadanya.
Tiga: Mengasuh diri mengenal Tuhan dan
mengenal kuasa keagungan Tuhan dengan berjaya
meletakkan maqam keyakinan ketuhanan di peringkat
yang tinggi di wajah rupa golongan: Ibaadiyas
shaalihiin menerusi proses zikri (diisyarat kepada ibadat
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
234
asas) dan menzahirkan furqan rahsia khazanah diri dan
khazanah alam maya (diisyarat kepada ibadat
pengaslihan – Surah: 29: Al Ankabuut:9) di sifat
seorang: Aabidiin pada taraf jawatan: Khalifah Allah di
Muka bumi.
Empat: Mengasuh diri agar menolak persepsi
agama itu adalah hukum hakam dan hukum hakam itu
adalah agama. Dimakna belajar hukum hakam bukanlah
lagi boleh dikategorikan sebagai belajar agama dan
mendalami agama seperti apa yang difahami oleh arus
perdana keislaman semasa. Sebaliknya istilah: Aamanuu
wa‟amilus shaalihat hendaklah diperdalamkan
pemahaman terhadapnya agar lubang tempurung tidak
dianggap matahari seumpama anggapan gelita
kesempitan golongan berkenaan.
Isu (2)
Persoalan: Islam . Iman .
Tauhid Dan Makrifat
Bila seseorang itu menganut agama Islam. Maka
soal mengetahui apakah itu Islam, Apakah itu iman,
Tauhid dan Makrifat sering diberi penekanan. Di hakikat
akan terhampalah Islam seseorang tanpa Iman dan tidak
sempurnalah iman seseorang tanpa tauhid dan tidak
akan terserlah ketauhidan ketuhanan seseorang itu tanpa
makrifat.
Justeru itu soal mengetahui apakah itu Islam.
Apakah itu iman. Apakah itu tauhid dan apakah itu
makrifat dan bagaimanakah ianya dapat diarcakan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
235
kepada diri sehingganya terserlahnya secara nyata sifat-
sifat tersebut perlulah dibincangkan.
Soalan:
Apakah itu Islam?
Jawab: Dalam menerangkan tentang Islam
banyak jenis jawapan diberi oleh para cendikiawan
Islam. Ada yang mengatakan Islam adalah agama fitrah
(Surah:30:Ar Rum:30). Ada yang mentafsirkan Islam
sebagai agama menyerah dan mengabdikan diri kepada
Tuhan (Surah:98: Al Bayyinah:5) dan ada yang
menerangkan islam di rupa sebuah agama bersyariatkan
kepada syariat Nabi Muhammad s.a.w (Surah:45:Al-
Jaatsiyah:17-18) dan lain jawapan yang setara
dengannya.
Namun pada kali ini alangkah baiknya, jika
istilah: Islam yang diperkatakan ini dihuraikan dan
diterangkan secara definasi agar kemantapan
pemahamanbya boleh dikembangkan kemudian.
Definasi Islam
Islam bolehlah didefinasikan sebagai satu
wadah kehidupan yang terbaik lagi diperakui oleh
Tuhan (Surah:3:Ali „Imran:19) bersifat Mustafaa
lakumuddiin (Surah:2: Al Baqarah:132) berasaskan
kepada agama Ibrahim a,s (Surah:16: An-Nahl:120-123)
yang memiliki wawasan mensejahterakan manusia di
dunia dan di akhirat (Surah:19:Maryam:15) di rupa
rahmat kepada maya dengan bertuhankan kepada Tuhan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
236
yang sebenar (Surah:10:Yunus:32). Yakni Allah Yang
Maha Esa berpandukan kitab Al Quranul karim
(Surah:47:Muhammad:2) yang diturunkan kepada
Junjungan Nabi Muhammad s.a.w (Surah:26:Al
Furqan:1) disifatnya sebagai Nabi dan rasul yang
terakhir (Surah:33:Al Ahzab:40) untuk sekalian manusia
(Surah:34:As Sabak:28).
Maka dengan itu dapatlah disimpulkan bahawa
Islam bukanlah hanya boleh disifatkan sebagai agama semata-mata. Sebaliknya manusia harus
menerimanya sebagai wadah cara berkaedah untuk
mengarcakan hidup bagi menzahirkan rupa kehidupan
yang sejahtera berasaskan konsep: Aamanuu
wa‟amilus shaalihat (Beriman dan beraslih) yang
berupaya menzahirkan ganjaran dalam kehidupan
(Surah:41: Fussilat:8). Tetapi jarang di kalangan orang
Islam dapat merasai dan menerima Islam sebagai cara
dan gaya kehidupannya (addiin) menyeluruh dalam
hidup sehariannya (Surah:2: Al Baqarah:208). Satu
kekurangan yang perlu dipenuhi segera agar kekosongan
sebegini tidak berterusan di jiwa orang Islam di
sepanjang masa mereka beragama.
Satu kesedaran penting yang perlu diperkasakan
bagi membolehkan terzahirnya secara nyata rupa
kehidupan fitrah pada istilah: Mustafaa lakumuddiin
dalam kehidupan seharian selari dengan wasiat Ibrahim
a.s (Surah:2: Al Baqarah:132) yang meletakkan manusia
Islam itu di wajah manusia yang cerdik dalam mencari
erti kehidupan (Surah:2:Al Baqarah:130-131). Satu
kesedaran yang akan membangkitkan jiwa kefahaman
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
237
umat Islam untuk mengkaji ingredient rahmat yang
terdapat pada agamanya. Terutama ingredient rahmat
yang terkandung di dalam Al Quran.
Di hakikat Islam adalah satu cara dan gaya
kaedah kehidupan yang mempunyai pertalian ikrab
dengan Tuhan (Surah:47:Muhammad:7) bagi
membolehkan manusia berbakti kepada Tuhan dan
menggunapakai Tuhannya (Surah:1: Al Fatihah:5)
dalam mengarcakan kehidupan di suasana konsep:
Tolong menolong berlaku, demi faedah kedua-dua pihak
(Surah:1: Al Fatihah:4). Di suasana Tuhan menolong
hambaNya di atas kepentingan hambaNya (Surah:40:Al
Mukmin:51). Manakala hamba menolong Tuhannya
demi kepentingan TuhanNya (Surah:57:Al Hadid:25).
Sesungguhnya kedua-dua konsep ini terbentuk
di wajah rapat dan keminnya ikatan hubungan di antara
Tuhan dan hamba bagi menjayakan wawasan Tuhan
terhadap manusia (Surah:2:Al Baqarah:30) dan terhadap
muka bumi (Surah:18: Al Kahfi:7) di sifatNya sebagai
Tuhan sejati di wajah sebaik-baik pemelihara
(Surah:12:Yusuf:64) dengan hambaNya pula disifatkan
sebagai sebaik-baik khalifahNya Di muka Bumi
(Surah:6: Al An‟aam:165) di wajah golongan aabidiin
yang berupaya melahirkan rupa kehidupan maju dan
relevan buat selama-lamanya di maqam: Liyaquu
mannaasu bilqisti – Surah:57: Al Hadid:25).
Justeru itu dapatlah dirumuskan bahawa Islam
adalah satu wadah yang berupaya menzahirkan Tuhan
yang sebenar kepada manusia bagi membolehkan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
238
manusia menjadikanNya sebagai teras tempat
bergantung (Surah:112:Al Ikhlaas:2). dan tempat
mendapat pertolongan (Surah:3:Ali „Imran:150). Satu
kedudukan yang membuatkan Islam terbukti di wajah
agama yang sebenar lagi terbaik (Surah:2: Al
Baqarah:132-133),
Mengarcakan
Wajah Islam Pada Diri.
Sesungguhnya keindahan Islam yang bersifat:
Mustafaa lakumuddin ini tidak akan terserlah pada diri
seseorang. Jika dirinya tidak tahu meletakkan Islam
pada dirinya. Di hakikat rupa berketayap, berjubah dan
berjanggut tidaklah sekali-kali boleh membawa imej
keperibadian Islam ke muka dunia.
Malah imej seumpama akan membayangkan
telatah satu-satu bangsa yang suka meniru budaya kaum
lain dengan menyifatkannya sebagai rupa keperibadian
Islam. Sesungguhnya suasana seumpama ini tertimbul
lantaran tertandusnya diri untuk meletakkan gambaran
Islam pada diri sendiri. Di hakikat terhilangnya punca
pada diri dalam mencari rupa Islam yang sepatutnya
digambarkan oleh diri kepada dunia.
Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab bagi
setiap orang Islam menggambarkan Islam pada dirinya
(Di maqam: Wa umirtu an akuu naminal muslimiin -
Surah:10:Yunus:72) dengan bukan semata-mata
berkempen jubah dan ketayap. Di suasana rupa
keperibadian diri seseorang umat Islam hendaklah
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
239
digambarkan secara langsung seperti rupa gambaran
yang diisyaratkan oleh Al Quran.
Mengarca wajah Islam
Pada Diri.
Maka adapun cara dan kaedah mewajahkan
rupa Islam pada diri itu hendaklah dibentuk
menerusi enam (6) rupa. Enam rupa yang tidak boleh
dipisahkan oleh diri. Jika wajah Islam hendak dizahirkan
di maqam: Liyuzhirahuu „aladdiinni kullih – Surah:9:
At Taubah:33).
Satu: Wajahkan
Diri Terasa Bertuhan
Asuhlah diri agar tubuh dan jiwa sendiri terasa
bertuhan dan bertuhan kepada Tuhan sebenar-benar
Tuhan pada setiap ketika dan setiap masa. Di makna di
kala tubuh berdiri biarlah berdiri secara orang ada tuhan.
Berfikir biarlah secara orang ada Tuhan. Berjalan
biarlah berjalan secara orang ada Tuhan.
Bekerja biarlah berkerja secara orang ada
Tuhan. Di makna biarlah ternampak diri bertuhan. Di
suasana segala-segala-nya biarlah dibuat secara
bertuhan. Di hakikat biarlah terzahir pada diri sifat:
Allaziina yazkuruu nallaaha qiyaaman waqu‟uudan wa‟alaa junuu bihim...ilakh (Surah:3: Ali „Imran:191).
Di suasana terzahirnya pada diri ketika itu sifat:
Yaa ayyuhal muddassir qumfa anzir warab
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
240
bakafakabbir wathiyaabaka fatahhir....ilakh
(Surah:74: Al Muddatstsir:1-5) di wajah watak gagah
lagi bermaya sepadan dengan diri bertuhan dengan
Tuhan sekalian alam (Surah:2: Al Baqarah:131).
Gagah di makna tidak bersikap tidur dalam
hidup tetapi sentiasa bangun dan berdiri di wajah: Wal
‟aadiyaa tidhabhaa –Surah:100: Al „Aadiyaat:1) dalam
mencari dan meneroka warna-warna kehidupan
(Surah:18: Al Kahfi:7).
Bangun dengan rupa diri bertuhan dengan
pakaian yang unggul. Di makna menghiaskan diri
dengan pakaian yang kemas, cantik dan segak (Di
maqam: Wathiyaa baka fatahhir – Surah:75: Al
Muddatstsir:4) dan tidak sekali-kali lusuh dan selekeh.
Di samping menghiaskan hati dengan pakaian
taqwa (Di maqam: Libaasuttaqwa - Surah:7: Al
A‟raaf:26) serta mengelak diri dari bersifat syirik
kepada Tuhan dan bertuhan kepada Tuhan yang tidak
berupaya menzahirkan munafaat dan pertolongan
kepada manusia (Surah:21:Al Anbiyaak:66). Fikir-
fikirlah.
Dua: Wajahkan
Diri Terlihat Cerdik
Asuhlah diri dan letakkan pada diri di rupa
manusia yang cerdik dan terlihat cerdik. Sebab Islam
disediakan untuk orang cerdik (Surah:2:Al Baqarah:130)
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
241
dan Al-Quran jua disediakan untuk orang cerdik
(Surah:72: Al Jin:2).
Ini bermakna rupa Islam pada tubuh hendaklah
digambarkan di wajah orang cerdik. Di hakikat bercakap
biarlah cerdik dan ternampak cerdik. Berjalan biarlah
cerdik dan ternampak cerdik. Buat kerja biarlah cerdik
dan ternampak cerdik serta berfikir biarlah cerdik dan
ternampak cerdik.
Cerdik di makna berilmu dan mengamalkan
ilmu. Di rupa ilmu berdaya nampak. Bukan ilmu buta.
(Surah:6:Al An‟aam:104). Yakni ilmu nampak sebelum
terlihat. Ternampaknya sebuah almari di dalam balak
(Surah:32:As Sajdah:17). Ilmu yang berupaya meneroka
barang yang tersirat di sebalik barang yang tersurat
(furqan) - (Surah:29: Al Ankabuut:43) serta ilmu yang
berdaya maju menzahirkan ekonomi dan kewangan. Di
kedudukan ilmu di dalam Al Quran tidak boleh digali
kecuali oleh orang cerdik (Surah:29:Al Ankabuut:43)
lagi berilmu dan berakliah tinggi (Surah:43:Az
Zukhruf:3).
Maka inilah rupa orang Islam yang perlu
digambarkan oleh anak cucu dan digambarkan diri
setiap orang Islam. Jika kegagahan Islam ingin dilihat
oleh diri sendiri dan dilihat oleh mata dunia. Fikir-
fikirlah.
Tiga: Wajahkan Diri
Menzahirkan Konsep
Beriman Dan Beraslih.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
242
Asuhlah diri dan letakkan pada diri biar diri
mengerti makna dan rupa: Aamanuu wa‟amilus
shaalihaat sebagai konsep amalan dalam menzahirkan
rupa sejahtera yang menjadi makna kepada Islam.
Di hakikat terzahirnya rupa sejahtera di maqam:
Wasalaa mun „alaihiyau mawulida wayau
mayamuutu wayaumayub „asuhaiiyaa -
Surah:19:Maryam:15 di wajah: Innaddiina „indallaahil
islaam – Surah:3: Ali „Imran:19) tidak akan terzahir
tanpa terlaksananya aktiviti rupa amalan di wajah
Aaamanu wa‟amilus shaalihhat.
Satu konsep kerja berwajah aktiviti bersifat
universal yang mencangkupi segala aktiviti-aktiviti
hidup yang boleh menatijahkan majunya diri dan muka
bumi dengan terzahirnya keunggulan kehidupan serta
relaven dengan keperluan zaman. Satu konsep ibadat
dan beribadat yang diiktiraf oleh Tuhan semesta alam.
Maka berikutan dengan itu janganlah sekali-kali
difahamkan bahawa istilah yang berkonsep seumpama
di lapisan pemahaman selapis masyarakat Islam
sekarang. Sebaliknya ubahkanlah ianya kepada satu
pengertian yang lebih besar seimbang dengan wajah
Islam yang tinggi dan rahmat bagi sekalian alam.
Justeru itu yakinlah bahawa rupa Islam tidak
akan terzahir tanpa Aamanu wa‟amilus shaalihaat dan
konsep: Aaamanuu wa‟amilus shaalihaat pula tidak akan
sempurna keserlahannya tanpa dilakukan secara fitrah
keislaman. Fikir-fikirlah.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
243
Empat: Wajahkan Diri
Bersifat Rajin, Berani
Dan Berkebolehan.
Asuhkanlah diri dan letakkan pada diri sifat
rajin dan terlihat rajin. Asuhkan diri dan letakkan pada
diri sifat berani dan terlihat berani. Asuhkan diri sifat
berkebolehan dan terlihat berkebolehan di rupa bangsa
yang kental berusaha mewarnakan rupa tamaddun dan
kejayaan kepada kehidupan (Surah:57:Al-Hadid:25). Di
hakikat tersedarnya diri bahawa nilai tamaddun dan rupa
satu-satu kejayaan dalam hidup tidak datang bergolek
(Surah:53:Najm:39). Sedangkan peluang kehidupan
tertumbuh di mana-mana (Surah:29: Al Ankabuut:56)
dengan rupa usaha pelbagai (Surah:92:Al Laili:4-7).
Di suasana diri dan muka bumi tidak akan
terubah dan menjadi maju tanpa sifat rajin dan
kebolehan diri ditunjukkan oleh manusia itu sendiri.
Maka justeru itulah sifat rajin dan berkebolehan perlu
ditawang-persadakan ke dada masyarakat di wajah sifat
rupa umat Islam yang perkasa. Fikir-fikirlah.
Kelima: Wajahkan Diri
Berwajah Sejahtera
Asuhkan diri dan letakkan pada diri sifat
bertanggungjawab untuk mencari dan menerokai
kesejahteraan serta menzahirkan rupa kesejahteraan
yang diterokai itu pada diri sendiri (Surah:27: An
Naml:15).
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
244
Di makna asuhkan-lah dan letakkan-lah pada
diri kehendak dan terasa berkehendak dengan diri
menunjuk keupayaan diri untuk mensejahterakan diri
dalam konteks berilmu (Surah:80: „Abasa3-5). Asuhkan-
lah diri dan letakkan-lah pada diri kehendak dan terasa
berkehendak (Surah:11:Hud:15) dengan diri menunjuk
keupayaan diri untuk mensejahterakan diri dalam
konteks berekonomi (Surah:29:Al Ankabuut:56).
Sehingga rupa kesenangan hidup dan ketenangan hidup
terlahir pada diri dan keluarga (Surah:27: An Naml:19).
Fikir-fikirlah.
Keenam: Wajahkan diri
Dengan Makanan Dan Permakanan Yang
Baik.
Asuhkanlah diri dengan mentabiatkan diri,
makan makanan yang baik-baik (Surah:2: Al
Baqarah:57). Asuhkanlah diri meminum, minuman yang
baik. Dimakna asuhkan diri agar tidak makan makanan
sebarangan. Tanpa diri terlebih dahulu menentukan
ianya baik dan terbaik. Sesungguhnya sikap seumpama
ini perlu dibentuk pada diri dan keluarga. Lantaran soal
sihat dan kesihatan adalah punca kezahiran sifat
keaktifan seseorang insan dalam kehidupan.
Ketujuh: Wajahkan diri
Dengan Pakaian Kemas
Dan Baik.
Asuhkanlah diri dengan mentabiatkan diri pakai
pakaian yang baik-baik. Di wajah tindakan menceriakan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
245
diri di rupa kemas dan cantik. Di hakikat cerdik
digambaran otak tidak mudah terserlah. Jika wajah diri
digambarkan dengan rupa yang dhaif. Malah cantik pada
rupa jua tidak akan terserlah tanpa diri dipakai dengan
pakaian yang cantik. Demikanlah segak diri tidak akan
terserlah tanpa disarongkan dengan pakaian yang kemas.
Oleh itu wajahkanlah Islam yang tinggi dengan
perwatakan yang tinggi. Di suasana watak yang tinggi
mudah dikenali mata. Jika tubuh disalut dengan pakaian
yang baik. kemas dan bermutu. Fikir-fikirlah.
Kedelapan: Wajahkan Diri
Dengan Amalan Fardhu.
Asuhlah diri dan letakkan-lah pada diri
tanggungjawab qata‟i dengan menunaikan segala
tanggungjawab ibadat yang difardhukan oleh Allah
Ta‟ala kepada setiap umat Islam yang beriman
kepadaNya. Satu tanggungjawab yang perlu dirupakan
dan disempurnakan mengikut syarat dan rukunnya. Di
makna bila diri telah beragama Islam. Maka tunaikan-
lah Solat. Tunaikan-lah Puasa. Tunaikan zakat dan
tunaikan-lah Haji. Satu perlakuan lazim yang perlu
ditunai dan ditunjukkan agar rupa Islam terarca pada diri
adanya.
Rumusan Pengarcaan
Rupa Islam Pada Diri.
Lalu, jika kelapan-lapan rupa di atas diamalkan
dan ditunjukkan oleh anak cucu dan setiap orang Islam.
Maka tidakkah ternampak besarnya Islam. Unggulnya
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
246
Islam dan cantiknya Islam serta bertuahnya diri, bila diri
beragama Islam terutama bila diri sendiri berjaya
menzahirkan rupa Islam pada diri sendiri.
Wallahu‟alam.
Apakah itu Iman?
Apabila disentuh tentang soal iman dan
pengertian iman dalam konteks beragama. Banyak
pengertiannya diterangkan oleh para cendikiawan Islam.
Ada yang memaknakan iman dierti percaya. Ada yang
mengulasnya dierti keteguhan kepercayaan. Malah di
masa yang sama ada yang mentafsirkannya sebagai
perlakuan membulatkan hati dan jiwa dalam beragama
serta lain-lain huraian yang setara dengannya.
Namun begitu dalam ruangan kali ini pengertian
iman akan dihuraikan secara definasi. Di mana iman di
rupa perhiasan hati di maqam: Hahabba ilaikumul
imaana wazayyanahuu fii quluubikum – (Surah:49:
Al Hujuraat:7) didefinasikan sebagai rupa perhiasan hati
yang berupaya memperteguh dan memperkuatkan diri
seseorang terhadap Tuhannya dan agamanya sehingga
dirinya tahu menggunapakai Tuhannya (Surah:3:Ali
„Imran:160) serta menggayakan hidupnya dengan lunas-
lunas fitrah Allahu„azzawajalla sebagai rupa gaya
kehidupan seseorang yang cerdik (Surah:72:Al Jin:2)
yang sering mendapat pertolongan dari Tuhannya
(Surah:3:Ali „Imran:126) di suasana hatinya tenang dan
gembira lagi diperteguhkan di tahap: Yusab bitullaahul
laziina aamanuu bilqaulith thaabitifil hayaatiddunya
wafil aakhirah (Surah:14:Ibrahim:27) serta menjelma
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
247
ianya menjadi rupa pegangan hidup yang boleh
digunapakai oleh dirinya di sepanjang musim hidupnya.
Ini bermakna beriman tanpa pegangan dan
terteguhnya pegangan akan menzahirkan kehampaan
dalam keimanan. Di hakikat percaya tanpa tahu barang
yang diimani dan jahil dalam menggunapakai barang
yang dipercayai tidak akan berguna
(Surah:10:Yunus:101).
Di makna percaya kepada Allah. Tetapi tidak
tahu siapakah Dia Allah dan tidak tahu menggunapakai
Allah. Maka jawabnya tidak berguna. Percaya kepada
kitab. Tidak tahu menggunapakai kitab. Maka tidak
berguna. Demikianlah jika percaya kepada rasul tetapi
tidak tahu menggunakan rasul. Jawabnya tidak berguna.
Di hakikat nilai percaya seseorang itu hanya
akan terserlah harganya dikala istilah tahu
menggunapakai barang yang percayai diamalkan oleh
diri seseorang. Oleh kerana itu, maka soal tahu
menggambarkan iman dan digambarkan iman pada diri
sehingga ternampak diri di rupa seorang yang beriman
perlu ditunjukkan dan diberi penekanan apabila diri
seseorang itu hendak menumbuhkan iman dan
menyuburkan iman pada dirinya.
Cara Mewajahkan
Iman pada Diri.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
248
Adapun cara mengarcakan iman pada diri
terhadap Allah (sebagai contoh) hendaklah dibentuk
pada empat (4) cara:
Satu: Letakkan
Sifat Tauhid Pada Diri.
Letakkan pada diri sikap bertauhid. Yakni
berpegang mati dengan Tuhan yang dipercayai (iaitu
Allah) sehingga ternyatanya rupa pegangannya di
maqam: Allahhus Samad (Allah tempat bergantung -
Surah:112: Al Ikhlaas:2) di wajah pegangan yang
bersifat nekad beristiqamah serta terhilangnya perasaan
syak, ragu dan bimbang pada diri di sudut apa sekalipun
apabila diri bertuhan kepada Tuhan sebenar-benar
Tuhan (Surah:3: Ali „Imran:139).
Di suasana sifat dan sikap bertawakkal biarlah
tertumbuh subur pada diri di sepanjang diri beragama
(Surah:94: Al Insyiraah:8). Di hakikat iman tanpa diikat-
kemin dengan sikap bertauhid dan bertawakkal. Maka
iman tidak akan berkuntum mekar di rupa pegangan
yang jitu. Malah akan bersifat hati longgar terhadap
Tuhan yang diimani (Surah:2:Al Baqarah:8).
Dua: Letakkan Sikap
Menaruh Harapan.
Letakkan pada diri sikap bertauhid dengan
menanam semangat menaruh harapan kepada Allah
(Surah:94: Al Insyiraah:8) sebagai tempat bergantung
(Surah:112: Al Ikhlaas:2). Di suasana terasa Allah
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
249
sentiasa berada di sisi (Surah:2: Al Baqarah:186) dan
sentiasa bersedia menolong hambaNya apabila
hambaNya berdoa (Surah:40: Al Mukmin:51). Di
hakikat rupa kejayaan pada barang yang dipohon akan
dimakbulkan Tuhan di wajah barang terakhir lebih baik
dari yang awal lagi memuaskan hati (Surah:93: Adh
Dhuhaa:4-5).
Tiga: Letak Sikap
Suka Menyuci Diri.
Letakkan pada diri sikap bertauhid dengan suka
menyuci hati dan bertekad untuk menzahirkan sikap
tidak sekali-kali syirik kepada Allah (Surah:18:Al
Kahfi:110) dengan diri menjauhkan diri dari dikuasai
oleh syaitan (Surah:43: Az Zukhruf:36) serta
mencegahnya (Surah:58:Al Mujaadalah:19). Malah di
masa yang sama diri hendaklah mengasuh hati sehingga
pada hati terzahir sifat kebencian secara automatik
terhadap kejahatan dan kedurjanaan (Surah:49: Al
Hujuraat:7).
Empat: Letak Pada Diri
Bersifat Beriman Dan
Beraslih.
Letakkan pada diri sikap bertauhid dengan diri
suka mengamalkan konsep: Aamanuu wa ‟amilus
shaalihaat dalam kehidupan seharian. Dimakna sukanya
diri melaksanakan rupa ibadat asas dan melaksanakan
rupa ibadat pengaslihan bagi membolehkan diri
membentuk kesejahteraan (Islam) pada tiga (3) masa
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
250
(Surah:19: Maryam:15) dengan menzahirkan
kerelevanan hidup pada diri di wajah umat yang maju
(Surah:57: Al Hadid:25) di rupa terlahirnya ingredient
rahmat sekalian alam yang menjadi tema kepada
gambaran kemajuan Islam dalam mendayung kehidupan
insan. Wallahu a‟lam.
Soalan (3):
Apakah itu Tauhid.
Menyentuh tentang istilah tauhid terdapat
beberapa pengertian telah pun dihurai oleh para
cendikiawan Islam. Ada yang memberi pengertian
bahawa tauhid adalah satu sifat kecekalan hati dalam
mempercayai Tuhan. Ada pula yang memberi
pengertian bahawa tauhid itu adalah sikap kekuatan jiwa
untuk berpegang dengan sesuatu. Terutama barang yang
dikaitkan dengan agama, Tuhan dan ketuhanan. Namun
pada kali ini pengertian tauhid akan disampaikan
menerusi definasi.
Adapun tauhid bolehlah didefinasikan sebagai
rupa teras kepada iman dan keimanan seseorang
bertuhan dan beragama yang terbentuk pada hatinya
sehingga dirinya berupaya menjadikannya sebagai rupa
pegangan dan menzahirkan kekuatan pegangan hatinya
terhadap barang yang diimaninya itu di wajah keyakinan
yang padat lagi jitu.
Satu rupa teras pegangan yang bertaup secara
langsung kepada suatu yang bernama yakin dan
keyakinan. Di hakikat tauhid tidak akan terwajah di
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
251
rupa tauhid dan menjelma bersifat tauhid pada diri
seseorang tanpa ianya dizahirkan dengan keyakinan
(Surah:15: Al Hijr:99). Yakni yakin di peringkat: Ilmul
Yaqin (Surah:102: At Takaatsur:5). Yakin di peringkat:
„Ainul Yaqin (Surah:102: At Takaatsur:7). Yakin di
peringkat: Haqqul Yaqin (Surah:69: Al Haaqqah:51)
dan Yakin di peringkat: Kamalul Yaqin (Surah:4: An
Nisaak:45).
Sesungguhnya inilah empat (4) jenis kategori
keyakinan yang berupaya mempertingkatkan tahap
keimanan dan ketauhidan seseorang dalam bertuhan dan
beragama. Justeru itu adalah teramat mustahak bagi
seseorang mengarcakannya pada dirinya rupa tauhid
agar rupa ketauhidan dirinya itu ternyata di rupa wajah
kenyataan pada dirinya.
Mewajahkan
Tauhid Pada Diri (Ditahap Pertama).
Adapun tauhid bolehlah diarcakan oleh
seseorang pada dirinya menerusi tiga (3) Tahap:
Pertama: Letakkan Tahap Tauhid
Bersifat Yakin Pada Diri.
Tumbuhkan dan letakkan pada diri sifat yakin
sehingga diri boleh bertapak dengan keyakinan terhadap
setiap barang yang dipercayai. Di hakikat biarlah
bertapak kemin pada diri yakin kepada Allah (Surah:94:
Al Insyiraah:8) dan bertapak keminnya pada diri yakin
kepada rasul (Surah:2: Al Baqarah:285). Letak pada diri
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
252
biarlah benar-benar yakin kepada kitab (Surah:2:Al
Baqarah:4). Letak pada diri biar diri benar-benar yakin
kepada Malaikat (Surah:2:Al Baqarah:285). Letak pada
diri biar benar-benar yakin kepada hari akhirat
(Surah:2:Al Baqarah:4) dan letakkan pada diri yakin
kepada Qada‟ dan Qadar (Surah:9:At Taubah:51).
Dua: Letak Sifat Yakin
Pada Diri Di tahap Empat
Maqam.
Letakkan pada diri sifat yakin dengan diri
diasuh agar memahami dan berpegang yakin pada empat
(4) peringkat tahap keyakinan:
Pertama: Letakkan Yakin Di Peringkat
Ilmul Yaqin.
Di Peringkat awal. Letakkan sifat yakin dan
keyakinan pada diri di peringkat: Ilmul Yaqin. Yakni
yakin secara berilmu. Yakin kepada ilmu di maqam:
Kallaa lauta‟lamuuna „ilmal yaqiin (Surah:102: At
Takaatsur:5). Di suasana yakinnya diri apabila mendapat
maklumat ilmu dari punca yang sah.
Di hakikat terwujud dan terlahirnya pada diri
wajah keyakinan di kedudukan: Zaalikal kitaabulaa
raibafiiihi hudallil muttaqiin – Surah:2: Al
Baqarah:2). Lalu maklumat yang diterima kemudiannya
dijadikan bahan pegangan yang tiada kompromi
padanya bagai terzahirnya rupa pegangan di maqam:
Yaa yahyaa khuzil kitaababi quwwah (Surah:19:
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
253
Maryam:9). Dimana sifat yakin di peringkat ilmu yakin
hendaklah diarcakan pada diri dan diletakkannya pula
pada tiga (3) maqam:
(i):Letakkan Keyakinan Ilmu
Di maqam
Yaqin Bil Kitaab:
Yakni yakin kepada kitab. Yakin berdasarkan
kepada kenyataan yang diterangkan oleh buku-buku
bacaan sebagai punca keterangan terhadap satu-satu
perkara yang diterima dan hendak dipercayai.
Satu keyakinan bersifat keyakinan awal dalam
meredah informasi berilmu bagi membolehkan diri
berpengetahuan terhadap satu-satu perkara serta
terzahirnya keyakinan kepada diri untuk mengetahuinya
secara lebih lanjut lagi mendalam.
Sebagai contoh:
Dalam menghadapi kejahilan diri tentang
kerenah pokok Keladi. Buku bacaan memberitahu yang
Keladi itu gatal. Maka ketika itu diri kenalah yakin
bahawa pokok Keladi itu sememangnya gatal. Meskipun
diri ketika itu masih tidak mengenali pokok Keladi.
Justeru kesahihan butiran buku bacaan itu telah disahkan
oleh orang berpengalaman. Lalu demikianlah halnya
anak cucu dengan persoalan agama, tuhan dan
ketuhanan di konteks yakin di tahap: Yaqin Bil Kitaab
pada peringkat: Ilmul Yaqiin.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
254
(ii): Letakkan Keyakinan ilmu
Di maqam
Yaqin Bil Mursyida
Yakni yakin berdasarkan kemursyidan guru.
Yakin dengan penerangan guru. Yakin dengan petua
mursyid (khitab al Aalimiin) yang diberikan oleh
gurunya berpandukan ilmu dan pengalaman wasilahnya.
Satu bentuk keyakinan bagi membolehkan seseorang
murid menguasai ilmu perguruannya berasaskan kaedah
wasilah dan bidang pengajiannya. Di suasana semangat
dorongan dari informasi yang diperolehi akan
menggalakkan diri untuk mendalami dan menguasai
rupa hikmah dan kelebihannya.
Sebagai contoh:
Bila seorang guru (mursyid) mempetuakan
bahawa tindakan menangkap ikan di laut lepas akan
memungkinkan diri mendapat ikan yang banyak. Namun
katanya gelora yang tinggi perlu dihadapi. Maka dalam
keadaan sebegini murid haruslah menyakinkan diri akan
kata-kata petua gurunya itu. Meskipun diri murid
berkenaan tidak pernah ke laut lepas (Blue Ocean).
Maka demikianlah anak cucu dengan hal persoalan
agama, Tuhan dan ketuhanan adanya.
(iii):Letakkan Keyakinan ilmu
Di maqam
Yaqin Bil Muhaddas
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
255
Yakni yakin berdasarkan kepada punca
kedapatan dari ilmu Laduni hasil dari gerak kerja
amalan ilmu berwasilah yang diterima olehnya dari
gurunya. Yakin dengan kesahihan dalil yang menjadi
kenyataan lagi boleh disaksikan oleh diri sendiri tanpa
perlu ianya berpaut dengan kata-kata orang atau
pengalaman orang lain setelah kemahiran ta‟wiilul
ahaadith seumpama ini terbentuk pada dirinya dan
diperakui oleh didikan gurunya dan wasilah
perguruannya.
Sebagai contoh:
Berasaskan amalan ilmu wasilah. Diri misalnya
bermimpi keretapi melanggar Bas. Diri selamat tetapi
ramai kawan-kawan mati. Lalu kemudian mimpi
menjadi kenyataan. Barang yang dimimpi benar-benar
berlaku (Surah:37:As Saaffaat:105). Justeru Haddasal
ilmaa (mimpi berilmu) seumpama sering menjadi bukti
kebenaran kepada mereka yang mengamalinya.
Nota: Kenangan Pengarang -
Peristiwa Keretapi Lemal - 1970.
Kedua: Letakkan Yakin
Di Peringkat „Ainul Yaqin
Di peringkat kedua. Letakkan sifat yakin dan
keyakinan pada diri di peringkat: „Ainul Yaqin. Yakni
yakin dengan telikan mata zahir dan yakin dengan
telikan mata hati sehingga sifat percaya tertumbuh pada
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
256
diri tanpa terzahirnya titik-titik ragu, syak dan waham
terhadap barang yang dibentang dan ditelik olehnya
(Surah:2:Al Baqarah:26).
Di suasana mata zahir dan mata hati hendaklah
diletak dan ditumpukan kepada Lima (5) peringkat:
„Ainul Yaqin:
Pertama: Letak keyakinan pada maqam:
Ru’yah Bi’ainir Ru’yah. Kedua: Letak keyakinan pada
maqam: Ru’yah Lin Naaziratur ru’yah. Ketiga: Letak
keyakinan pada maqam: Ru’yah - Bizzuuqir Ru’yah.
Keempat: Letak keyakinan pada maqam: Ru’yah -
Rabbani ruy’yah. Kelima: Letak keyakinan pada
maqam: Ru’yah – Li Ma’rifatur - Ru’yah.
(i): Letakkan Keyakinan Mata
Di maqam:
Ru‟yah Bi‟ainir Ru‟yah.
Di peringkat ini tumpuan dan pemerhatian mata
dibuat secara: Ru‟yah bi‟ainir ru‟yah (Lihat dengan
mata terlihat). Dimakna lihat barang terlihat. Di suasana
bila diri melihat atau terlihat sesuatu barang yang
terbentang pada alam atau dibentang oleh orang.
Maka di saat itu telikan dan pemerhatian mata
yang dibuat oleh diri boleh melahirkan pada hati
keyakinan tanpa tertimbulnya lagi sifat-sifat ragu, syak
dan waham. Malah sifat keyakinan yang timbul
menguatkan lagi sifat keyakinan yang telah ditimbulkan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
257
pada diri di peringkat: Ilmul Yaqiin (Yakin dengan
ilmu).
Sebagai Contoh.
Sesungguhnya kedudukan di atas bolehlah
diterangkan bagai kedudukan seseorang bila melihat
matahari, bulan dan bintang atau di kedudukan
seseorang melihat pokok dan binatang. Lalu di saat
penglihatannya sebegitu. Maka tertimbul di hatinya
perasaan aneh dan kagum dengan kejadian yang
terwujud dan terlihat padanya akan kebesaran
Tuhannya.
(ii): Letakkan Keyakinan Mata
Di maqam:
Ru‟yah Lin Naaziratur ru‟yah
Di peringkat ini tumpuan dan pemerhatian mata
dibuat secara: Ru‟yah Lin Naaziratur Ru‟yah
(Nampak barang yang ternampak). Dimakna nampak –
barang - ternampak. Di suasana bila diri melihat atau
terlihat sesuatu barang yang dibentang oleh alam atau
dibentang oleh orang. Maka di saat itu telikan mata yang
dibuat oleh diri ternampak pada hati barang yang
tersirat disebalik barang yang tersurat serta terlahir
pada hati keyakinan tanpa tertimbulnya lagi sifat-sifat
ragu, syak dan waham. Malah sifat keyakinan yang
timbul menguatkan lagi sifat keyakinan yang telah
ditumbuhkan pada diri di peringkat: Ilmul Yaqiin
(Yakin dengan ilmu).
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
258
Sebagai Contoh
Sesungguhnya keadaan di atas bolehlah
diterangkan seumpama kedudukan seseorang yang
diberi peluang berkhemah di hutan belantara. Di sana
dirinya berpeluang melihat cerung curan dan pokok-
pokok tumbuhan menghijau. Maka dalam banyak-
banyak pemerhatian dirinya.
Terlintas dan ternampak di fikirannya gambaran
almari dan meja yang boleh dibentuk dari batang pokok
yang tercegak di hadapannya dan hatinya ketika itu
yakin dengan gambaran yang terlahir pada fikiran
akliahnya itu, di suasana terzahirnya keyakinan
pendirian dirinya di maqam: Wayatafakkaruuna
fiikhalqis samaa waatiwal ardhi Rabbaanaa
maakhalaqtahaa zaabaatilaa (Surah:3: Ali
„Imran:191).
Di wajah satu keyakinan yang akan
menatijahkan munafaat kepada dirinya serta ternampak
di sisinya akan kebesaran Tuhannya.
(iii): Keyakinan Mata
Di maqam:
Ru‟yah - Bizzuuqir Ru‟yah
Di peringkat ini tumpuan dan pemerhatian mata
di buat secara: Ru‟yah - Bizzuuqir Ru‟yah. (Lihat
barang terasa kecapan). Dimakna lihat barang terasa dan
dapat dirasa. Di suasana bila diri melihat atau terlihat
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
259
sesuatu barang yang dibentang oleh alam atau dibentang
oleh orang.
Maka di saat itu telikan mata yang dibuat oleh
diri akan terasa pada mata, lidah dan hati akan nikmat
dan keindahannya serta di masa yang sama terlahir pada
hati keyakinan terhadap Tuhan dan kebesaran Tuhan
tanpa tertimbulnya lagi sifat-sifat ragu, syak dan waham.
Malah sifat keyakinan yang tumbuh boleh menguatkan
lagi sifat keyakinan yang telah ditumbuhkan pada diri di
peringkat keyakinan: Ilmul Yaqiin (Yakin dengan
ilmu).
Sebagai Contoh
Lalu bagi menerangkan kedudukan di peringkat
ini bolehlah diibaratkan bagai diri berada di bendang
padi menguning dengan kehijauan rumput selaut mata.
Di suasana jauh di sana terlihat banjaran gunung
membiru telah menimbulkan perasaan tenang, indah dan
lunaknya pemandangan.
Maka di kala itulah terlihat di hati sendiri akan
kebesaran Tuhan serta tertimbulnya keyakinan di
maqam: Faainamaa tuwalluu fasam mawajhullaah
(Surah:2:Al Baqarah:115). Di natijah terzahirnya
ingatan tersembunyi (zikir khafi) terhadap Tuhannya
(Surah:7: Al A‟raaf:205) di wajah keasyikan hati: Di
mana kamu menghadap. Maka di situlah wajah Allah
(Surah:2:Al Baqarah:115).
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
260
Demikianlah lunaknya gambaran hati mereka
yang rapat dengan Allah dalam melihat Tuhannya di
peringkat: „Ainul Yaqin.
(iv): Keyakinan Mata
Di maqam:
Ru‟yah – Rabbaanir - ruy‟yah
Di peringkat ini tumpuan dan pemerhatian mata
dibuat secara: Ru‟yah - Rabbanir - Ruy‟yah (Tengok
Tuhan – Tengok di maqam ketuhanan). Dimakna
nampak barang – ternampaknya Tuhan dan binasanya
barang yang terlihat. Di suasana fana‟ (Surah:55: Ar
Rahman:26-27). Di kala diri melihat atau terlihat sesuatu
barang yang dibentang oleh alam atau dibentang oleh
orang.
Maka di saat itu telikan mata yang dibuat oleh
diri ternampak pada hati akan kebesaran dan kekuasaan
Tuhan pencipta terhadap barang. Yakni Tuhan sekalian
alam serta di saat yang sama terhilangnya pandangan
mata dan hati terhadap rupa barang di maqam asyik
maksyud dirinya di tahap: Kulluman „alaihaa faan
wayabqaa wajhurabbika zuljalaa liwal ikraam (Surah:55: Ar Rahman:26-27) di taraf asyik maksyud
hatinya di maqam terzahirnya kenyataan: Faainamaa
tuwalluu fasam mawajhullaah (Surah:2: Al
Baqarah:115). Di samping pada masa yang sama terlahir
pada hatinya keyakinan tanpa tertimbulnya lagi sifat-
sifat ragu, syak dan waham. Malah sifat yakin yang
timbul menguatkan lagi sifat keyakinan yang telah
ditumbuhkan pada diri di peringkat: Ilmul Yaqiin
(Yakin dengan ilmu).
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
261
Sebagai Contoh
Sesungguhnya kedudukan ini bolehlah
diterangkan bagai keadaan seseorang yang berada di
alam lamunan cinta yang teramat sangat lagi mendalam.
Cinta kepada kekasihnya tidak dapat dilukiskan oleh
perkataan dirinya sendiri tetapi dilukis dan dinyatakan
oleh dirinya melalui tingkah laku perlakuannya. Di
hakikat jika tuan diri (kekasihnya) tidak dapat menjelma
di hadapannya. Maka sudah cukuplah baginya melintas
lalu di kampung kekasihnya dengan melihat lambaian
daun kelapa yang berada di tepi rumah kekasihnya
dipandangnya bagai lambaian kekasihnya.
Maka demikianlah gambaran terhilangnya rupa
rumah dan rupa pokok kelapa pada perasaan dirinya
ketika itu dan terzahirnya gambaran lambaian kekasih di
suasana dirinya dilamun cinta di alam fana‟ percintaan
bersangatan (Asyaddu hubbaa). Dan sesungguhnya
perlakuan sebegini adalah sering berlaku kepada mereka
yang dilamun cinta dengan Tuhannya. Di suasana bagai
syair alunan para ahli tasauf: Hasbiirabbi jallallah –
Maafii qalbi ghairullah…. Ilakh.
(v): Keyakinan Mata
Di maqam:
Ru‟yah – Li Ma‟rifatur Ru‟yah.
Di peringkat ini tumpuan dan pemerhatian mata
dibuat secara: Ru‟yah – Li ma‟rifatur ru‟yah (Lihat
kenal melihat). Dimakna lihat barang – terlihatnya tuan
– Pencipta barang. Di suasana bila diri melihat atau
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
262
terlihat sesuatu barang yang dibentang oleh alam atau
dibentang oleh orang. Maka di saat itu penglihatan mata
yang dibuat oleh dirinya ternampak pada hati akan tuan
pencipta barang yang dilihat serta terlahir pada hatinya
itu keyakinan tanpa tertimbulnya lagi sifat-sifat ragu,
syak dan waham. Malah sifat keyakinan yang timbul
menguatkan lagi sifat keyakinan yang telah
ditumbuhkan pada dirinya di peringkat: Ilmul Yaqiin
(Yakin dengan ilmu).
Sebagai contoh.
Sesungguhnya kedudukan ini bolehlah
diterangkan bagai keadaan seseorang yang berjaya
mengasuhkan dirinya melihat Tuhan. Di hakikat bila
dirinya berilmu. Terlihatnya ilmu Tuhan (Surah:96: Al
„Alaq:4-5). Bila dirinya menerima nikmat. Terlihatnya
nikmat Tuhan (Surah:2:Al Baqarah:122). Malah di
sebaliknya, bila dirinya ditimpa musibah. Maka matanya
terlihat ujian TuhanNya (Surah:2: Al Baqarah:156) di
wajah terzahir pada dirinya sifat-sifat seorang hamba
yang redha dengan Tuhannya (Surah:98: Al Bayyinah:8)
dan sentiasa bersyukur kepada Tuhannya (Surah:27: Al
Naml:15).
Ketiga: Letakkan Yakin
Di Peringkat Haqqul Yaqin
Di peringkat ketiga. Letakkan sifat yakin dan
keyakinan pada diri di maqam: Haqqul Yaqin
(Surah:69: Al Haaqqah:51). Yakni yakin dengan
sebenar-benar yakin pada hati sehingga sifat percaya
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
263
tertumbuh pada diri tanpa terzahirnya titik-titik ragu,
syak dan waham terhadap kuasa dan kemampuan
keagungan Tuhan di atas sifat diriNya sebagai Tuhan.
Satu sifat keyakinan diri digambaran keteguhan hati
dalam bertuhan dan tiada kompromi padanya.
Satu keyakinan bukan sahaja pada kata. Tetapi
ternyata pada perlakuan diri. Maka sesungguhnya taraf
keyakinan diri di peringkat ini hendaklah diarcakan pada
diri menerusi sekurang-kurangnya pada empat (4)
perkara:
(i): Yakin dengan sebenar-benar yakin bahawa
Tuhan itu sentiasa berada di sisi diri (Surah:57: Al
Hadid:4). Dekat dan rapat (Surah:50:Qaaf:16) dan
sentiasa bersiap sedia untuk menolong hambaNya
(Surah:2:Al Baqarah:186) dengan menzahirkan sifat
keagungan ketuhananNya (Surah:40: Al Mukmin:51).
(ii): Yakin dengan sebenar-benar yakin bahawa
Tuhan itu tetap bersifat sebaik-bak pemelihara
(Surah:12:Yusuf:64) dan layak bagiNya bersifat wali
kepada diri (Surah:73: Al Muzammil:9) dan menjadi
tempat bergantung hambaNya (Surah:112: Al Ikhlaas:2)
buat selama-lamanya.
(iii): Yakin dengan sebenar-benar yakin bahawa
Tuhan itu pemilik rezeki (Surah:38:As Shad:54) dan
pembahagi rezeki (Surah:29:Al Ankabuut:17) dengan
diri dimasukkan olehNya (Surah:29: Al Ankabuut:62)
pada kalangan manusia yang berkat (Surah:23: Al
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
264
Mukminuun:29) lagi dimurahkan rezeki olehNya
(Surah:74: Al Muddatstsir:14).
(iv): Yakin dengan sebenar-benar yakin bahawa
Tuhan itu adalah tuan kepada kesejahteraan yang
berorientasikan nikmat dan rahmat dengan memasukkan
diri di kalangan manusia yang sejahtera pada tiga (3)
masa (Surah:19: Maryam:15) di wajah baik di dunia dan
baik di akhirat (Surah:2: Al Baqarah:201).
Keempat: Letakkan Yakin
Di peringkat
Kamaalul Yaqin
Di peringkat keempat. Letakkan sifat yakin dan
keyakinan pada diri di peringkat: Kamalul yaqin
(Surah:4: An Nisaak:45). Yakni yakin ditahap
kesempurnaan keyakinan. Di mana keyakinan di
peringkat ini adalah merupakan taraf keyakinan yang
paling tertinggi di sudut ketuhanan manusia dengan
Tuhannya. Satu rupa keyakinan yang merentasi taraf
keyakinan di peringkat ilmul yaqin, „Ainul yaqin dan
Haqqul Yaqin.
Satu taraf keyakinan yang melibatkan erti
pengarcaan makna ketuhanan dan kehambaan di suasana
Tuhan memajazikan (pinjamkan) sifat-sifat tertentuNya
kepada hambaNya bagi membolehkan hambaNya itu
menzahirkan kekuatan ketuhanannya di maqam:
Wamaa ramaitaa izramaitaa walaakinallaah
haramaa (Surah:8: Al Anfal:17). Demi kepentingan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
265
dirinya dan kepentingan alam maya di sifat rahmat
kehadiran dirinya sebagai khalifah di muka bumi.
Sesungguhnya Inilah satu darjat keyakinan
keupayaan bertuhan (Surah:3: Ali „Imran:160) yang
terzahir kepada seseorang (Surah:35:Al Faathir:10),
Terutama kepada para rasul dan para ambiyaak serta
diwarisi sama kelebihan seumpama oleh para waliyallah
yang mengamalkan ilmu wasilah ketuhanan (Surah:5: Al
Maidah:35).
Sesungguhnya perihal keyakinan di tahap ini
terzahir pada hati dan pegangan seseorang apabila
berlakunya perihal pada dua (2) keadaan:
(i): Apabila ilmu amalannya menjadi dan terus
menjadi di kedudukan barang yang terjadi adalah di luar
kuasa dan keupayaan lazimnya apabila ingredient ilmu
yang diwasilahkan kepadanya oleh gurunya digunapakai
olehnya.
(ii): Apabila ucatan (kod bisa ketuhanan)
menerusi kod: Asmaa ul a‟zam digunapakai oleh
seseorang yang dikurniakan kepadaNya oleh Tuhannya
menerusi ilmu laduninya (Surah:18: Al Kahfi:65) pada
bayangan Tuhan sendiri yang mengajarnya di maqam:
Allazii „allamabil qalam „allamal insaana maalam
ya‟lam (Surah:96: Al „Alaq:4-5).
Mewajahkan
Tauhid (Di Tahap Kedua) Mewajah Tauhid:
Letakkan Sifat Tauhid Di Tahap
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
266
Mu‟arrif Pada Diri Sendiri.
Jika di peringkat pertama rupa tauhid diarcakan
dengan sifat yakin dan keyakinan. Maka di peringkat
kedua pula tauhid hendaklah diarcakan pada diri dengan
sifat Mu‟arrifu nafsah. Yakni meletakkan sifat
mengenal diri sendiri dengan diri berjaya melihat dan
mengenal diri (Surah:30: Ar Rum:8) dengan
menatijahkan diri mengenal Tuhan dan mentauhidkan
Tuhan.
Lantas bagi tujuan ini seseorang itu hendaklah
memuhasabahkan dirinya dan bertanya pada dirinya
akan enam (6) perkara di setiap masa di sepanjang
hidup di muka bumi agar dirinya tidak melupai dirinya
(Surah:59:Al Hasyr:19) di suasana jalinan ikatan
ketauhidan kepada Tuhannya tetap terteguh kemin di
wajah ikatan hubungan yang tidak mungkin terputus
buat selama-lamanya (Surah:2: Al Baqarah:256).
(i): Mu‟arrif di konteks soal diri dengan
menyoal diri sendiri: Siapakah diri sebenarnya?.
Maka jawapan yang diberi hendaklah ditumpukan
kepada dua (2) perkara:
(i): Beritahulah kepada diri bahawasanya diri
adalah hamba Allah bersifat: „Aabidiin. Di wajah diri
yang sanggup berbakti kepada Tuhannya (Surah:51: Az
Zaariyaat:56).
(ii): Beritahulah kepada diri, bahawa diri adalah
pengarca (tukang penzahir) wawasan Allah dengan diri
akan menentukan diri menjadi manusia di tahap:
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
267
„Ibaadiyas shaalihiin serta diri akan kembali ke
kampung asal abadi (Surah:28:Al Qashash:83) menemui
Tuhan Izzaati (Surah:18: Al Kahfi:110).
(2): Mu‟arrif
Di konteks menyoal diri sendiri:
Soalan: Apakah tugas diri dizahirkan ke
dunia?.
Maka jawapan untuk tujuan ini, hendaklah
ditumpukan kepada lima (5) perkara:
(i): Beritahulah kepada diri bahawa diri
bertanggungjawab dengan tugas bertuhan dan
mentauhidkan Tuhan sekalian alam (Surah:98: Al
Bayyinah:5) dengan jiwa berwawasan: Iyyaaka
na‟buduu wa iyyaaka nasta‟iin (Surah:1: Al Fatihah:5-
7).
(ii): Beritahulah kepada diri sendiri bahawa diri
bertanggungjawab dengan tugas mengenal pasti makna
solat dan menunaikan solat (Surah:98:Al Bayyinah:5).
Mengenal pasti kebaikan dan membuat kebaikan
(Surah:5: Al Maidah:2). Mengenal pasti erti hidup dan
melaksanakan kehidupan dan mengenal mati dan
bersedia untuk kembali ke pangkuan Tuhan (Surah:6: Al
An‟aam:162-163) dengan segala-galanya yang dibuat
oleh diri adalah di atas namaNya dan keranaNya semata-
mata (Surah:6: Al An‟aam:162). Sesungguhnya
pendirian sedemikian dibuat, demi untuk mendapat
keredhaanNya di kala kembali ke pangkuanNya.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
268
(iii): Beritahulah kepada diri bahawa diri
bertanggungjawab dengan tugas menzahirkan barang
yang tidak boleh dizahirkan sendiri oleh Tuhan demi
martabat ketulinan ketuhananNya dan sebaliknya tugas
seumpama ditugaskan oleh Tuhan kepada manusia
menzahirkannya (bagai menzahirkan almari dari batang
balak) mengikut kemampuan ilmu dan teknologi yang
ada serta bersyukur kepadaNya dan terlihat kebesaran
ketuhananNya (Surah:57: Al Hadid:25)..
(iv): Beritahu diri bahawa kerja dan tugas
menyediakan diri dan keluarga tempat tinggal yang
selesa (Surah:18: Al Kahfi:17) dan membekalkan diri
dan keluarga dengan makanan dan pemakanan yang
cukup, baik lagi bermutu (Surah:20:Taaha:81) agar taraf
kesihatan terjamin dalam kehidupan adalah satu
tanggungjawab.
(v): Beritahu diri bahawa kerja dan tugas
membekalkan diri dengan rupa penjana ekonomi dan
kewangan dengan melahirkan satu-satu wadah penjana
kewangan adalah tugas dan tanggungjawab agar rupa
kesenangan terlahir pada diri di sepanjang hidup dan
kehidupan di dunia. Malah daripadanya akan membuka
peluang bagi masyarakat mengecapi sama nikmat yang
diperolihi (Surah:43:Az Zukhruf:32).
(3): Mu‟arrif
Di konteks Soal Diri sendiri.
Soalan: Apakah bekalan diri ketika hidup di
dunia?.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
269
Inilah satu soalan penting bagi membolehkan
diri mengenal diri dan menentukan diri berbekal di
dunia di wajah khalifah Allah yang maju selaras dengan
diri bertuhan kepada Tuhan yang menzahirkan diri ke
dunia untuk menjayakan wawasanNya dengan diri
menzahirkan kesenangan dan kesejahteraan ditaraf diri
bertuhan dan mentauhidkan Tuhan yang Maha Esa.
Maka untuk tujuan ini, jawapan yang diberi
kepada diri hendak ditumpukan kepada tiga (3) perkara:
(i): Beritahulah kepada diri agar membekalkan
diri dengan ilmu pengetahuan selaras dengan
perkembangan dunia serta membekalkan bekalan
keperluan kehidupan yang diperlukan oleh kehidupan di
dunia di tahap kehidupan orang senang-senang dengan
gambaran ternampaknya kezahiran rupa kesejahteraan.
Di hakikat ilmu dan bekalan yang disediakan akan
menzahirkan sifat-sifat diri bertuhan dan mentauhidkan
Tuhan.
(ii): Beritahulah diri agar membekalkan diri
dengan hikmah dan keberkatan. Di makna berilmu
biarlah terzahirnya hikmah (Surah:2:Al Baqarah:269)
dan terzahir pada diri keberkatan
(Surah:19:Maryam:31). Di hakikat berilmu tanpa
hikmah itu hampa. Di suasana diri tahu dibuta tahu
dengan tubuh mungkin berupaya mendakwahkan orang
lain (Surah:2: Al Baqarah:44) tanpa diri boleh
mendakwahkan diri sendiri terhadap barang yang
diketahui dari natijah ilmu yang dimiliki.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
270
Satu delima berimu di wajah berilmunya Betik
Jantan yang berjaya bernabur debunga dirinya (sperma)
kepada pokok betik lain (Surah:2: Al Baqarah:44)
dengan batang tubuh sendiri tidak pernah mengenal dan
melihat buah dari bunga keberkatan ilmu diri sendiri.
(iii) Beritahulah diri agar membekalkan diri
dengan nostalgia Tuhan dan ketuhanan. Di hakikat
biarlah diri berjaya membuktikan kepada diri sendiri
tanda rapatnya diri dengan Tuhan sehingga terzahirkan
rupa pertolongan istimewa dari kekuatan ketuhanan
(Surah:35: Al Fathir:10) di maqam: Iyyakana‟budu
waiyyaaka nasta‟iin (Surah:Al Fathihah:5) yang boleh
dikenang oleh diri (Surah:19:Maryam:6-7) di wajah
manusia yang bertuhan (Surah:19:Maryam:2-5) dan tahu
menggunapakai Tuhan (Surah:3: Ali „Imran:160). Fikir-
fikirlah.
(4): Mu‟arrif
Di konteks menyoal diri sendiri.
Soalan: Apakah rupa kejayaan diri ketika
hidup di dunia?
Maka jawapan yang diberi hendaklah
ditumpukan pada tiga (3) perkara:
(i): Tumpuan kepada kejayaan di sudut berilmu
dan berakademik. Yakni berjaya memiliki taraf
pendidikan tinggi dengan ijazah di peringkat tertinggi
serta tahu menggunapakai ilmu yang ada. Demi
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
271
kemajuan kehidupan di dunia dan pembekalan untuk
akhirat.
(ii): Tumpuan kepada kejayaan di sudut
penjanaan ekonomi dan kewangan di tahap terzahirnya
kesenangan material yang boleh dilihat dan terlihat oleh
masyarakat. Di suasana diri dan keluarga memiliki
kesenangan dan terlepas dari neraka dunia.
(iii): Tumpuan kepada kejayaan menzahirkan
furqan dari sumber-sumber furqan yang boleh
memajukan masyarakat dan negeri berasaskan ilmu dan
teknologi yang diterokai oleh diri di sepanjang hayat
selari dengan kehendak dan wawasan Allah s.w.t
(Surah:57:Al Hadid:25).
(5): Mu‟arrif
Di konteks menyoal diri sendiri.
Soalan: Apakah bekalan diri untuk
kehidupan di kampung akhirat?
Maka jawapan yang diberi hendaklah
ditumpukan kepada dua (2) perkara:
(i): Beritahu diri agar membekal hati yang suci
untuk dipersembahkan kepada Tuhan di wajah seorang
hamba yang mukhlis (Surah:15:Al Hijr:3) seumpama
datangnya Ibrahim a.s kehadrat Tuhannya
(Surah:37:Asshaffaat:83-84).
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
272
(ii): Beritahu diri agar membekalkan diri dengan
amal „ibadat dengan menentukan dan menjadikan pada
setiap langkah dan setiap perlakuan diri seharian di rupa
„ibadat yang mewajahkan diri sebagai agen pelaksana
kepada konsep ibadat: Aamanuu wa‟amilus shaalihat.
Di hakikat bukan sahaja solat, zikir dan tasbih
diwajahkan sebagai rupa ibadat. Tetapi rupa kerja yang
dibuat di dalam hidup seharian jua hendak diarcakan
pada rupa ibadat dan ianya sememang ibadat.
(6): Mu‟arrif
Di konteks menyoal diri sendiri.
Soalan: Apakah rupa taraf diri yang hendak
dicapai ketika hidup di dunia dan apakah pula taraf diri
yang hendak dicapai ketika hidup di akhirat?
Maka jawapan yang diberi hendaklah
ditumpukan kepada dua (2) penegasan:
(i): Di taraf tidak sanggup
Mati sebelum memiliki sejahtera.
Beritahulah diri dengan tegas bahawa diri kena
bertaraf di rupa seorang yang bertaup dengan konsep
kehidupan di maqam: Mustafaa lakumuddin dan tidak
akan membiarkan diri mati kecuali setelah diri dapat
memiliki sejahtera dan kesejahteraan seperti yang
dikehendaki oleh Allahu„azzawajalla (Surah:2: Al
Baqarah:128) di wajah konsep hidup dan kehidupan
yang ditentukanNya kepada Ibrahim a.s (Surah:2: Al
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
273
Baqarah:132) dan kemudian diwasiatkan pula oleh Nabi
Israeil a.s (Yaakob a.s) kepada anak keturunannya
(Surah:2: Al Baqarah:133) serta diwariskan selanjutnya
kaedah kehidupan sebegini kepada Junjungan Besar
Nabi Muhammad s.a.w (Surah:16:An Nahl:123) dan
dipesan semula oleh Allah agar ianya diamalkan oleh
seluruh manusia sampai ke akhir zaman (Surah:45:Al
Jaatsiyah:18).
(ii): Ditaraf diri memiliki
taraf taqwa dan terzahirnya diri
di wajah manusia yang mukmin.
Beritahulah kepada diri dengan tegas bahawa
diri kena menentukan diri memiliki taraf taqwa dan
terzahirnya taraf mukmin pada diri. Dua (2) taraf
pencapaian di dalam kehidupan yang perlu dibentuk dan
dijayakan sepenuhnya semasa hayat di muka bumi.
Dua (2) taraf yang berupaya menzahirkan
kesejahteraan di rupa punca penjana kezahiran rezeki
(Surah:65: Al Thalaaq:2-3) dengan diri dan harta akan
dibeli oleh Allah Ta‟ala dengan harga yang teramat
tinggi (Surah:9: At Taubah:111). Dua (2) taraf yang
akan menzahirkan rupa Islam (sejahtera) di tiga (3)
kedudukan. Sejahtera ketika dilahirkan (semasa hayat),
Sejahtera ketika mati dan sejahtera ketika dibangkitkan
(Surah:19: Maryam:15).
Tahap Ketiga:
Letakkan Sifat Tauhid
Di Tahap Mu‟arrif Pada
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
274
Alam Maya.
Jika di peringkat pertama rupa tauhid diarcakan
dengan sifat yakin dan keyakinan dan di peringkat kedua
pula tauhid hendaklah diarcakan pada diri dengan sifat
Mu‟arrifu nafsah. Maka di peringkat ketiga rupa tauhid
hendaklah diarcakan pada diri dengan sifat Mu‟arriful
„alam.
Yakni meletakkan sifat mengenal alam pada
diri dengan diri berjaya melihat dan mengenal rahsia
furqan yang tersimpan pada alam maya (Surah:18: Al
Kahfi:7) Di suasana diri mengambil faedah darinya
untuk kehidupan (Surah:6: Al An‟aam:104) dengan
menatijahkan diri mengenal Tuhan dan mentauhidkan
Tuhan.
Lantas bagi tujuan ini seseorang itu hendaklah
memuhasabahkan dirinya di konteks mengenal alam dan
bertanya pada dirinya akan tiga (3) perkara:
Satu: Mu‟arrif
Dikonteks menyoal diri sendiri.
Soalan: Apakah makna alam dan rupa alam
sebenarnya?
Maka untuk soalan ini, jawapan yang diberi
hendaklah ditumpukan kepada dua (2) perkara:
(i): Beritahulah kepada diri sendiri
bahawasanya alam adalah khazanah rahsia Tuhan yang
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
275
perlu diterokai oleh manusia. Satu khazanah rahsia yang
tersimpan pada setiap barang yang diciptakan oleh
Tuhan (Surah:6: Al An‟aam:104) meliputi pada setiap
barang yang terletak di muka bumi dan segala yang ada
di alam semesta yang boleh dizahirkan oleh setiap
barang berkenaan yang berupaya digunapakai oleh
manusia untuk kehidupannya di muka bumi serta
dengan rupa keanehan furqan (Surah:32:Sajdah:17)
yang diterbitkan dari sumber alam tersebut akan
membuat manusia dapat mengenali kebesaran Tuhannya
(Surah:3: Ali „Imran:191).
(ii): Beritahulah kepada diri bahawasanya alam
adalah punca dan pencetus kemajuan kepada kehidupan.
Pencetus rupa rezeki dan rahmat kepada manusia.
Justeru itu soal mengenali alam di sudut kegunaannya
kepada kehidupan hendaklah ditekankan agar barang
yang berwajah furqan yang tersimpan padanya dapat
diterbitkan dan digunapakai sepenuhnya, demi kebaikan
kehidupan.
Dua: Mu‟arrif
Di konteks menyoal diri sendiri.
Soalan: Berapa banyakkah sumber alam yang
dijadikan Tuhan telah dikenali oleh diri akan
munafaat dan kegunaannya?
Maka untuk soalan ini, jawapan yang dibei
hendaklah ditumpukan kepada dua (2) perkara:
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
276
(i): Tanya sekali lagi kepada diri sendiri.
Apakah diri termasuk dari kalangan manusia yang
bertanya tentang munafaat satu-satu kejadian Tuhan atau
diri telah tergolong di kalangan manusia yang leka untuk
berbuat demikian atau jahil untuk memunafaatkan
furqan alam maya (Surah:10:Yunus:101). Di suasana
kezahiran rupa furqan yang terwujud dari proses
penerokaan rahsia alam akan mengukuhkan jalinan
ikatan ketauhidan kepada Tuhannya pada keteguhan
sifat melihat keagongan Tuhan pada kejadiannya
(Surah:2: Al Baqarah:256).
(ii): Tanya sekali lagi kepada diri sendiri.
Sejauh manakah kegunaan faedah yang diterbitkan dari
satu-satu kejadian Tuhan yang telah dapat
dimunafaatkan oleh diri dalam kehidupan seharian dan
sejauh manakah lagi diri ketinggalan dalam menerokai
faedah dan kegunaannya. Tanya-tanyalah.
Soalan:
Apakah itu makrifat?
Apabila disentuh tentang soal makrifat,
pengertian makrifat dan kegunaan istilah makrifat
dalam konteks beragama. Maka istilah makrifat adalah
teramat jarang digunapakai oleh pengajian syariat.
Tetapi teramat arif digunapakai oleh pengajian dibidang
ilmu Tasauf. Di hakikat istilah ini hanya genuh
digunapakai oleh orang-orang Tasauf sahaja.
Adapun istilah ma‟rifat pada sepintas lalu
bolehlah diertikan sebagai kenal dan mengenal akan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
277
sesuatu yang perlu dikenal bagi membolehkannya
tertimbul perasaan kasih sayang yang mendalam
(Asyadduhubba) dan tertimbulnya sifat keteguhan
keyakinan pegangan terhadap barang yang dipegang.
Bermula istilah makrifat pada konteks agama
dan beragama bolehlah didefinasikan sebagai satu
proses didikan jiwa dan fikiran berasaskan kewarasan
akliah dengan berpandukan ilmu dan teras pegangan
ilmu untuk mengenali Tuhan yang dipertuhankan
sifatNya di wajah diri zat wajibalwujud khaliqul „alam
yang berhak disembah (Di maqam: Alastubi rabbikum
Qaaluu balaa syahidnaa – Surah:7: Al A‟raaf:172)
serta meminta pertolongan daripadaNya (Di maqam:
iyyaaka na’buduu waiyyaka nasta’iin – Surah:1:Al
Fatihah:5) sehingga terzahirnya pada diri seseorang itu
rupa kejituan keyakinan (Di maqam: Wa’budd hattaa
ya’tiyakal yaqin – Surah:15:Al Hijr:99) dengan
kekuatan ketuhanan tertajalli (menjelma) pada dirinya di
dalam kehidupan seharian (Surah:) di wajah
kesejahteraan ketuhanan (Di maqam: Qaala aslamtu
lirabbil ‘aalamiin – Surah:2: Al Baqarah:128) selaras
dengan kehendak Al Quraanul Karim yang tiada
keraguan padanya (Surah:2: Al Baqarah:2).
Soalan:
Kenapakah mustahaknya
kerja memakrifatkan Tuhan
di dalam beragama?
Sesungguhnya kerja memakrifatkan Tuhan
adalah satu amalan yang teramat penting diterokai,
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
278
digali dan ditumbuhkan pada jiwa diri seseorang
beragama. Lantaran kemustahakannya dapat
disimpulkan kepada empat (4) perkara:
Satu: Beragama tanpa mengenali Tuhan hampa.
Di suasana bertuhan bagai tidak bertuhan dengan jiwa
beriman dan bertauhid di wajah hati yang tidak terasa
terhadap barang yang ditauhidkan dan diimani. Di
hakikat ianya sekadar ada pada kata tetapi terhampa
zahirnya ditahap: Zuqiah ketuhanan. Yakni kemanisan
perasaan jiwa dikala diri telah bertuhan.
Dua: Beragama tanpa mengenali Tuhan akan
membuat diri bersifat melihat Tuhan pada tahap
keagongan cerita dengan jiwa terhampa percaya.
Percaya dalam keadaan tidak percaya. Lantaran tiada
bukti ternyata pada nostalgia diri dengan diri dapat
mensabitnya bukti yang terjadi benar-benar datangnya
dari Ilahi. Yakni diri zat Tuhan yang disembah.
Tiga: Beragama tanpa mengenali Tuhan akan
membuat diri berkeyakinan longgar. Satu keyakinan
bertuhan hanya terwujud pada kata tetapi terhampa pada
pendirian diri dalam amalan. Satu pendirian di wajah
harap tidak harap yang menatijahkan kehampaan dalam
bertuhan.
Maka sesungguhnya ingatlah kejituan keyakinan
tidak akan tertumbuh pada hati seseorang dan harapan
tidak akan diletakkan terhadap sesuatu itu selagi dirinya
tidak mengenali barang yang berkenaan.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
279
Empat: Beragama tanpa mengenali Tuhan akan
membuat diri beramal ibadat diwajah batuk di tangga.
Satu rupa amal ibadat dibuat tanpa bersungguh.
Lantaran diri terbuta dalam melihat ganjaran yang
dijanji dan akan diperolehi. Di suasana tuan yang
menjanjikan ganjaran tidak dikenali. Apatah janji dan
ganjaran lambat untuk dinikmati. Yakni selepas mati.
Inilah dilema bertuan tidak kenal tuan. Dilema beragama
tidak kenal Tuhan.
Soalan: Apakah rupa taraf makrifat yang
diamalkan dikalangan orang Tasauf sehingga dirinya
boleh ditarafkan sebagai orang yang berjaya makrifatkan
dirinya akan Tuhannya?
Menyentuh tentang soal makrifat. Maka para
ahli Tasauf mengklasifikasikan makrifat kepada Tuhan
itu pada tiga (3) peringkat:
Satu: Di peringkat:
Ma‟rifatullahi bi‟ilmi.
Yakni mengenal Allah dengan Ilmu berasaskan
konsep: Iqra‟ bismirabbika (Bacalah dengan nama
Tuhan engkau – Surah:96:Al „Alaq:1). Sesungguhnya
kaedah memakrifatkan Tuhan pada peringkat ini diasuh
oleh seseorang guru mursyid kepada muridnya
diperingkat awal pengajian ilmu Tasauf. Di peringkat ini
asuhan guru dibuat bagi membolehkan anak asuhannya
mengenal Tuhannya sambil dimasa yang sama
mengasuh muridnya akan kaedah-kaedah membersih
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
280
hati dengan zikrillah sepertimana yang diasaskan oleh
wasilah ilmu perguruan tasaufnya.
Di mana pada peringkat ini murid akan
dibekalkan informasi keilmuan tentang keimanan dan
ketauhidan terhadap Tuhannya. Satu kaedah bagi
mengukuhkan pegangan dan pemahaman murid
terhadap Tuhannya.
Dua: Di peringkat
Ma‟rifatullahi binafsih.
Yakni mengenal Allah dengan diri sendiri.
Maka diperingkat ini konsep mengenal Tuhan
berasaskan konsep mengenal diri sendiri di maqam:
Wafii anfusikum afalaa tubshiruun (Pada diri kamu.
Kenapa kamu tidak melihat –Surah:51: Az Zaariyaat:21)
dilaksanakan.
Sesungguhnya pada peringkat ini murid kepada
seseorang mursyid Tasauf akan diajar kaedah memerhati
diri sendiri sehingga terlihat oleh matanya dan mata
hatinya akan tanda kebesaran Tuhan yang terdapat pada
dirinya serta memuhasabah kekurangan dirinya dalam
konteks hubungan dirinya dengan Tuhannya. Dihakikat
yang lemah diperbaiki dan yang baik ditambahkan lagi
mutu kebaikannya selari dengan kehendak dan galakan
Tuhannya.
Tiga: Diperingkat
Ma‟rifatullahi quwwa tallahi.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
281
Yakni mengenal Allah dengan kekuatan Allah.
Di mana konsep mengenal Allah di peringkat ini
diasaskan pada konsep kekuatan ruhul ma‟ani ayat:
Mankaanayuriidul‟izzata falillaahil „izzatujamii‟aa –
Surah:35:Faathir:10 dan konsep kekuatan ruhul ma‟ani
ayat: Faman yakfur bittaaghuuti wayu‟mimbillahi
faqadistam sakabil „urwatil wusqaa lamfishaa
maalaha – (Surah:2:Al Baqarah:256). Dua (2) konsep
kekuatan maknawi yang akan mendorong seseorang itu
lebih mengenali kekuatan dan kekuasaan Tuhannya
(Surah:3: Ali „Imran:160).
Sesungguhnya pada peringkat ini seseorang
murid terus digalak agar terus menyuci hatinya serta
mempertingkatkan martabat nafsunya. Di samping
diberi penekanan agar mengamalkan konsep ruhul
ma‟ani: Wahuwa ma‟akum ainamaakuntum –
Surah:57:Al Hadid:4) bersama konsep ruhul ma‟ani:
Wanahnu aqrabu ilaihi min hablil wariid –
Surah:50:Qaaf:16) sehingga te rwujud dan terzahir pada
dirinya keyakinan pegangan bahawa Tuhan dan
kebesaran Tuhannya tetap bersamanya di mana saja
dirinya berada (Surah:2:Al Baqarah:115).
Selesai
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
282
Y.Bhg Classical Philosopher, Prof. Dr. Igor I Kondrashin President World Philosophical Forum sedang memberi
ceramah di Universiti Teknikal Melaka sempena lawatan
beliau ke Malaysia pada 23hb Mei 2014.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
283
Gam
bar
ken
angan
Hono
rab
le A
mb
assa
do
r B
arry
Gu
si,
Ch
airm
an G
usi
Pea
ce P
rize
Fou
ndat
ion
ket
ika
ber
uca
p d
i M
ajli
s
Jam
uan
Mak
an M
alam
se
mpen
a m
ajli
s P
eng
anuger
ahan
G
usi
P
eace
P
rize
In
tern
atio
nal
A
war
d 201
4 di
Hote
l P
enin
sula
Man
ila,
Fil
ipin
a.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
284
Gambar kenangan tanda rapat dan mesranya Dato‟ Philosopher Dr.
Halo-N dengan Blood Master beliau Professor Qausar Yoshinory
Asakawa (Jepun) ketika gurunya itu mengurutnya di bilik Suite 1062 Hotel Peninsula Manila sempena majlis Penganugerahan
Gusi Peace Prize International Award 2014 di Manila, Filipina.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
285
Cebisan Keenam
Mengenal
„Aqidah
Sunnah Dan Wasilah (Mana SatuTapak agama)
Dipetik Dari Buku
Al Fathun Nawa.
Jilid 3 - 2014
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
286
Soal Jawab Mua‟alaf
Tajuk: Jahil Baru Beragama
Mengenal
„Aqidah
Sunnah Dan Wasilah
Soalan: Apakah dia yang dikatakan wasilah dan
apakah pula dikatakan Sunnah dalam beragama?
Jawab: Dalam menjawab soalan ini. Maka
alangkah baiknya di sini diterangkan terlebih dahulu
tentang definasi istilah wasilah agama dan beragama dan
istilah amalan wasilah dalam beragama dan istilah
Sunnah dalam konteks agama dan beragama dan istilah
amalan Sunnah dalam konteks agama dan beragama.
Definasi: Istilah wasilah agama
dan beragama
Adapun istilah wasilah agama dan beragama itu
bolehlah didefinasikan sebagai satu tonggak teras
pegangan kaedah dan peraturan hidup dan kehidupan
bertuhan yang perlu diamalkan oleh setiap manusia di
sepanjang hayatnya di muka bumi selari dengan rupa
wawasan Tuhan menzahirkan manusia ditaraf dirinya
sebagai Khalifah Allah Di Muka Bumi (Surah:2: Al
Baqarah:30) berpandukan kepada konsep kaedah hidup
dan kehidupan (agama) Nuh a.s (Surah:42:Asy
Syuuraa:13) yang diperturun-wariskan kepada para
rasul-rasul Allah selepasnya dan bersambung kepada
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
287
Ibrahim a.s. (Surah:23: Al Mukminuun:78) dan diwarisi
selanjutnya oleh Junjungan Muhammad s.a.w (Surah:16:
An Nahl:123) berkonsepkan kehidupan: Sejahtera -
Prosper – (Di maqam: Qaala aslamtu lirabbil
„aalamina - Surah:2: Al Baqarah:128) di wajah
sejahtera ketika hidup. Sejahtera ketika mati dan
sejahtera ketika dibangkitkan (Surah:19: Maryam:15)
ditaraf kehidupan baik di dunia dan baik di akhirat
(Surah:2: Al Baqarah:201) pada tahap diri masing-
masing memiliki darjah taqwa dengan Tuhannya. Dan
sesungguhnya kaedah dan cara yang sama jualah
diperwariskan pula kepada manusia terkemudian
(Surah:2: Al Baqarah:132-133) di rupa kaedah
konsepnya yang tidak dipinda atau diubah seumpama
asalnya dari seorang mursyid kepada seorang mursyid
sampailah ke hari kiamat.
Definasi: Istilah wasilah ilmu
dan amalan dalam beragama.
Dan adapun istilah wasilah di konteks ilmu dan
amalan dalam beragama (Surah:5: Al Maidah:35)
bolehlah didefinasikan sebagai rupa mata rantai
persinambungan dan persambungan ilmu dan kaedah
amalan yang diterima dan diamalkan oleh Junjungan
Muhammad s.a.w yang kemudiannya diwaris-baiahkan
rupa ilmu dan kaedah amalannya kepada para
sahabatnya dan kemudiannya diwaris-baiahkan pula
kepada seorang mursyid kepada seorang mursyid yang
lain tanpa ianya diubah pada rupa ilmu asalnya
sampailah ke hari kiamat. Di suasana mutu hasil hikmah
amalan ilmunya tetap terwujud di rupa yang sama
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
288
(Surah:2: Al Baqarah:269) seperti yang terwujud di
zaman awalnya dan sesungguhnya kaedah pendekatan
amalan ini lazimnya diamalkan oleh para ahli tasauf dan
para ahli tarikat.
Definasi: Istilah Sunnah
Dalam Beragama.
Adapun istilah Sunnah dalam agama dan
beragama bolehlah didefinasikan sebagai rupa
keperibadian kata-kata dan perbuatan yang dilakukan
oleh Nabi Muhammad s.a.w di sepanjang hayatnya. Di
mana ianya telah dijadikan sebagai sumber teras agama
oleh para ulamak syariat dengan alasan bahawa pada
setiap kata-kata dan perlakuan Nabi Muhammad s.a.w
itu adalah tingkah laku perangai Al Quran yang perlu
diikuti oleh setiap orang yang ingin menyempurnakan
pegangan amalan agamanya.
Definasi: Istilah Sunnah
Dalam Amalan Beragama.
Adapun definasi istilah Sunnah dalam amalan
beragama pula bolehlah didefinasikan sebagai rupa
langkah menjejak-tiru dan mengamalkan keperibadian
kata-kata dan perlakuan yang kononnya dilakukan oleh
Nabi Muhammad s.a.w sebagai amalan keperibadian
bagi membolehkan diri seseorang bersifat orang kuat
agama pada bayangan menjejak keperibadian Junjungan
dengan merasai diri telah sempurna dalam beragama dan
berpahala pada setiap masa tanpa mengira hasil kesan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
289
amalan terwujud pada diri di sudut hikmah kerelevanan
tamaddun semasa.
Soalan:
Apakah perbezaan di antara Wasilah dan
Sunnah dalam konteks beragama dan amalan beragama?
Jawab:
Dalam melihat persoalan ini empat (4) perkara
perlu diberi perhatian:
Satu: Wasilah adalah merupakan konsep
amalan satu-satu ilmu yang setentunya boleh
menzahirkan hikmah (Surah:2: Al Baqarah:269)
berasaskan ilmu yang diajar oleh Tuhan kepada
Junjungan Muhammad s.a.w dan diamal oleh baginda
dan kemudian cara dan kaedah amalan ilmunya bersama
hikmah ilmunya diperturun-baiahkan (Surah:48: Al
Fath:10) kepada para sahabat tertentu dan kemudiannya
para sahabat baginda memperturun-baiahkan illmu dan
hikmah ilmunya itu pula kepada orang terkemudian dan
diperturun-baiahkan seterusnya (Surah:48: Al Fath:18)
kepada golongan baru sebagai proses persinambungan
ilmu yang berwajah mata rantai sampailah ke zaman
baru tanpa terubahnya rupa ilmu dan cara-kaedah
berilmu dengan pengamalnya tetap boleh menikmati
hikmah ilmunya seumpama kezahiran hikmah ilmu
diawalnya.
Manakala Sunnah adalah merupakan proses
mewajahkan amalan menjejak-tiru perlakuan
keperibadian Nabi Muhammad s.a.w berasaskan cerita
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
290
para sahabat baginda dan cerita yang dinyatakan oleh
satu-satu hadith tertentu untuk dijadikan rupa
keperibadian orang kuat agama dengan pahala bertali
arus tanpa mengaitkan perlakuannya itu kepada satu-
satu rupa ilmu dan hikmah ilmu serta mengamalkan rupa
keperibadian yang diperolehinya dari cerita-cerita
berkaitan tanpa menoleh pada perlakuan keperibadian
amalannya itu di sudut keperluan budaya setempat dan
kerelevanan semasa.
Dua: Dalam konteks amalan wasilah. Istilah
ikut Sunnah Junjungan Muhammad s.a.w diasaskan
kepada konsep ikut Al Quran (Surah:47:Muhammad:2)
seperti yang diperintahkan oleh Tuhan semesta alam
kepada Junjungan Muhammad s.a.w agar baginda jua
menentukan diri baginda ikut Al Quran (Surah:6;Al
An‟aam:106). Satu konsep pendekatan asal bagi
membolehkan diri pengamal bukan Arab („Ajam)
terkemudian boleh mengekalkan rupa budaya
keperibadian bangsa asalnya tanpa menoleh kepada sifat
keperibadian Junjungan Muhammad s.a.w yang
berbangsa Arab. Di gambaran bangsa pengamal
terkemudian (bukan Arab) bebas berbudaya ketika
membentuk cara dan kaedah kehidupan sejahtera
melalui islam.
Manakala dalam konteks amalan Sunnah pada
pandangan ulamak syariat di sudut istilah Ikut Sunnah
dibuat berasaskan kepada rupa keperibadian Nabi
Muhammad s.a.w di rupa bangsa Arab. Di hakikat tidak
akan dilihat seseorang itu kuat beragama. Jika tidak
berjubah dan berjanggut Arab. Makan seumpama orang
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
291
Arab. Bercakap kena bercampur kalimah Arab.
Semuanya kena jadi Arab. Barulah diri boleh bersifatkan
di rupa orang kuat agama dengan sangkaan pahala
bertali arus. Meskipun setengah dari rupa pelakuan
amalan dirinya jauh dari menjejak realiti kerelevanan
dunia. Malah rupa baru yang terzahir telah membuat
imej dirinya terlihat lebih naif dari darjat rupa bangsa
asalnya setelah dirinya menjadi orang kuat agama.
Tiga: Dalam amalan Wasilah penekanan secara
khusus dibuat bagi menentukan ilmu dan hikmah dari
ilmu yang dituntut benar-benar berasal dari Junjungan
Muhammad s.a.w. Maka soal original ilmunya
ditentukan terlebih dahulu berpandukan salsilah ilmu itu
diwarith-bai‟ahkan dari guru asalnya. Sebelum
seseorang murid itu berguru dan berbai‟ah dengan
seseorang mursyid ilmu tasauf atau ilmu tarikat. Bukan
boleh belajar sebarang. Bukan boleh ikut-ikut. Tetapi
ada aturan tetapnya.
Sedangkan dalam amalan Sunnah mengikut
ilmu syariat. Soal penentuan amalan keperibadian Nabi
Muhammad s.a.w boleh diikut bila-bila masa tanpa
perlu berguru. Di hakikat tengok orang pakai jubah -
pakai jubah. Tengok orang pakai capa (selipar) – Pakai
capa. Kedudukan ini terjadi lantaran tidak tertimbulnya
di sudut pemahaman tentang istilah ilmu dan
mengamalkan ilmu pada rupa keperibadian Nabi
Muhammad s.a.w. dengan mata pada setiap ketika
duduk mengira pahala. Di suasana hati kosong. Jauh dari
mengetahui hikmah dan munafaat dari amalannya.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
292
Empat: Dalam konsep amalan Wasilah. Proses
mempelajari dan mendalami agama dibuat pada tiga (3)
fasa.
Fasa Pertama: Didikan ditumpukan kepada
soal mengenal Tuhan dan mentauhidkan Tuhan. Fasa
Kedua: Didikan tertumpu kepada proses menyuci hati
dan melatih manusia agar merapatkan dirinya dengan
Tuhannya sehingga terzahir pada diri sifat-sifat di taraf:
Insaanul Kamil dan bertaraf taqwa dengan Tuhannya
dan Fasa ketiga: Didikan ditumpukan kepada proses
menzahir furqan dan rupa hiasan hidup (Surah:18: Al
Kahfi:7) agar rupa sejahtera kehidupan yang menjadi
matlamat agama terzahir dalam kehidupan seharian.
Manakala dalam amalan Sunnah. Proses
mempelajari dan mendalami agama jua dibuat pada tiga
(3) fasa.
Fasa Pertama: Didikan ditumpukan kepada
kepandaian seseorang terhadap perkara-perkara fardu
„ain, fardhu kifayah, sunat, harus, makruf, harám dan
halal.
Fasa kedua: Didikan ditumpukan kepada soal
memperkukuhkan rupa keperibadian bangsa Nabi
Muhammad s.a.w sebagai syiar gambaran seseorang itu
menjadi orang agama dan orang kuat agama dengan
persoalan pahala, azab dan syurga dijadikan perbualan
agama.
Fasa Ketiga: Didikan Sunnah ditumpukan
kepada soal mengenal hadith dan mendalami hadith. Di
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
293
suasana tidak akan disifatkan seseorang itu alim dalam
agama. Jika ianya tidak mahir dengan hadith.
Inilah satu rupa kesimpulan aqidah dalam
beragama di masa kini yang terhasil dari kempen
menggunapakai hadith dengan menzahirkan natijah Al
Quran terbelakang dari hadith dalam kegunaannya
(Surah:25: Al Furqan:30).
Di wajah Al Quran dirasai tidak lengkap.
Meskipun kedudukan mutu kebenaran hadith dalam
konteks keilmuan banyak meragukan (Surah:47:
Muhammad:24). Satu kedudukan bagai agama -
beragama ayam beraqidah nasi dengan tahi. Di suasana
ayam dan tahi tidak mungkin dapat dipisahkan, selagi
mata dan fikiran ayam beranggapan bahawa tidak
sempurnanya nasi tanpa diulas-makan di rupa tahi.
Lantaran tahi adalah huraian nasi dan tidak akan
sempurna nasi dihurai tanpa tahi.
Sesungguhnya ingatlah, Ayam sekarang pun
sudah jarang makan tahi. Cuma Ayam Padi Hantu,
masih suka makan tahi. Lalu janganlah larang ianya
makan tahi. Sebab ianya ayam tahi. Fikir-fikirlah.
Soalan
Apakah perbezaan diantara Sunnah dan Syariat
serta sejauh manakah peranan sunnah dalam beragama?
Jawab: Sebelum soalan ini dijawab. Maka perlu
ditegaskan di sini bahawa hakikat tanpa syariat itu
hampa. Di hakikat setinggi mana seseorang itu
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
294
beragama. Maka soal syariat tidak boleh sekali-kali
ditinggalkan. Satu amaran keras kepada mereka yang
mendalami agama, kononnya berasaskan kepada ilmu
tasauf atau ilmu tarikat. Maka di sini perlu diperingatkan
bahawa tidak terwujud pada mana-mana didikan ilmu
tasauf dan ilmu tarikat yang berteraskan wasilah
meninggalkan syariat atau mempermainkan syariat.
Namun demikian perlulah jua difahamkan
bahawa syariat dan sunnah adalah dua (2) perkara
berbeza. Di hakikat solat, puasa, zakat dan haji
umpamanya bukan boleh diklasifikasikan sebagai
Sunnah tetapi ianya hendaklah ditarafkan sebagai unsur-
unsur Syariat yang ditentukan oleh Al Quran dan perlu
dipatuhi oleh Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam
keseluruhannya.
Maka ini bermakna bila seseorang itu
menunaikan solat bukan bermakna ianya mengikuti
sunah Nabi. Tetapi menunaikan satu tanggungjawab
terhadap agamanya seperti yang dikehendaki oleh
Tuhannya. Ini sekali lagi bermakna bahawa kerja
menunaikan solat bukan sekali-kali kerja mengikut
Sunnah Muhammad. Tetapi kerja mengikut Syariat
Muhammad yang perlu dipatuhi oleh setiap orang Islam
termasuk Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Jika Nabi
Muhammad s.a.w mahu jadi orang Islam. Justeru itulah
baginda mematuhinya. Demi dirinya Islam (Surah:2: Al
Baqarah:128).
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
295
Sesungguhnya kedudukan ini perlu dijelaskan
memandang terdapatnya banyak perkara-perkara dalam
Sunnah yang diaqidahkan oleh agama kini tidak
tergolong di rupa barang syariat yang disyariatkan
seumpama kerja pakej Upah haji (Badal Haji) dan Upah
Tahlil Di Mekah. Kerja bacaan Talqin (Surah:35: Al
Faathir:22). Kerja kahwin Cina Buta, Kerja Cukur
jambul dan sebagainya yang diwujudkan di alam agama
di rantau Nusantara dikatakan sunnah (Surah:35: Al
Faathir:22).
Satu gambaran jelas bahawa tidak semua yang
disunnahkan oleh agama kini berteraskan syariat
Muhammad s.a.w. Tetapi telah disunnahkan oleh adat
dan agama sebagai barang agama. Malah ianya ditegah
agar jangan sekali-kali dikatakan kerja-kerja seumpama
ini bukan kerja agama.
Di suasana umat semacam diperbodohkan
dengan diri masing-masing kena kata bahawa kerja-
kerja sebegitu adalah kerja agama – Kerja sunnah –
kerja sunat dengan pahala yang akan diganjarkan. Di
hakikat serata umat kena mendefinasikan semula istilah
Sunnah agar ianya relevan dengan kedudukan amalan
agama semasa di wajah Agama Ayam. Di mana nasi
dan tahi boleh berganding di dalam juadah hidangan, di
suasana diri sanggup menafikan perasaan kembang pipi
dan loya (Surah:2: Al Baqarah:42).
Maka sesungguhnya di kedudukan inilah
peringatan kena diberi kepada diri sendiri agar diri
memperingatkan diri bahawa dalam beragama diri
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
296
diperintah agar bersyariat dan mengamalkan syariat
(Surah:5: Al Maidah:48) dan tidak sekali-kali
diperintahkan beragama sunnah dan bersunah. Tetapi
beragama syariat. Yakni syariat Nabi Muhammad s.a.w
berpandukan kepada syariat yang diwartakan oleh Allah
di dalam Al Quran.
Satu rupa syariat yang bukan sahaja harus
diamalkan oleh umat Nabi Muhammad s.a.w. (Surah:45:
Al Jaatsiyaah:17-18). Malah rupa syariat yang sama
jualah yang perlu diamalkan sendiri baginda Rasulullah
s.a.w di sepanjang hayat baginda (Surah:45: Al
Jaatsiyah:18).
Satu syariat yang tetap tidak sekali-kali
bercampur dengan barang luar rekaan para ulamak
agama kini yang dikatakan barang agama (Surah:2: Al
Baqarah:42) dan dipaksa terima sebagai barang agama.
Jika tidak diri akan dihukum. Meskipun diri bertapak
kepada hak dan kebenaran terhadap agama (Surah:18:
Al Kahfi:20).
Maka dalam pada itu perlulah ditegaskan di sini
bahawa tidak menjadi kesalahan beragama berpandukan
sunnah perlakuan keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.
Malah galakan ke arahnya harus diperkasakan dengan
diri melihatnya pada tiga (3) syarat:
Syarat Pertama: Ikutlah perlakuan Nabi yang
masih relevan dengan masa dan bersifat evergreen dan
sebaliknya janganlah sekali-kali menjadikan perlakuan
dan perbuatan Nabi yang tidak relevan sebagai rupa
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
297
Sunnah (Surah:57: Al Hadid:25), Di hakikat melakukan
perbuatan tidak relevan di zaman ini akan meletakkan
perbuatan tersebut di taraf menjakunkan Nabi dan
menghina Nabi.
Sebagai contoh ikut perlakuan menjadikan
khemah tempat kediaman atau ikut berniaga dengan
kenderaan unta atau ikut menyimpan air dalam kulit
Kibas atau ikut cara berperang dengan menggunakan
pedang di zaman nuklear. Maka jika sebegitu
perbuatannya dikatakan sunnah. Maka jawabnya itulah
sunnah gila.
Maka sesungguhnya di kedudukan inilah sekali
lagi perlu diperingatkan kepada diri akan banyak unsur-
unsur yang tidak relevan sebegitu diamalkan oleh
sebahagian umat Islam dengan beranggapan bahawa
kerja seumpama itu adalah kerja Sunnah Nabi s.a.w.
Lantaran butanya ilmu dalam melihat konsep hidup
beragama yang diasaskan kepada konsep: Walal
aakhiratu khairullaka minal uulaa (Surah:93: Adh
Dhuha:4-5). Satu kebutaan sikap yang akan membawa
umat menjadi bangsa kebelakang dengan bersikap Kera
berbanggakan belantara.
Syarat Kedua: Ikut sunnah bukan bermakna
ikut jadi orang Arab dan cuba mengarabkan diri kerana
ingin ikut sunnah Rasulullah s.a.w. Satu sikap yang
merendahkan nilai budaya bangsa sendiri dengan diri
terasa berbangga meniru buta budaya bangsa orang
sehingga diri terasa beragama dan kuat beragama bila
diri berpakaian Arab.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
298
Sesungguhnya sikap seumpama ini telah
menumbuhkan rasa bahawa setiap unsur budaya bangsa
sendiri yang tidak kedapatan di Padang Pasir adalah
bukan budaya agama. Malah banyak unsur budaya
seumpama itu telah diharamkan oleh pihak berkuasa
dari golongan orang sebegitu. Demikianlah biyulnya
otak dalam menilai budaya. Lantaran diri ingin
beragama berpahala dari natijah berjubah Arab. Fikir-
fikirlah kerana kewarasan fikiran bukan terletak di
hiasan janggut sejemput.
Syarat Ketiga: Ikut sunnah berasaskan hadith
hendaklah dilihat secara teliti agar kepalsuan sunnah
tidak terzahir pada diri. Penelitian ini hendaklah dilihat
pada dua (2) sudut:
Satu: Lihatlah dahulu, di sudut betulkah hadith
itu hadith. Dihakikat terzahirnya hadith palsu dan hadith
dhaif. Malah banyak perkara-perkara besar dalam
kehidupan didhaifkan oleh hadith, digalakkan oleh Al
Quran dan sebaliknya banyak perkara-pekara kecil,
disahihkan oleh hadith. Apatah lagi banyak cadangan
amalan agama yang dibuat oleh hadith jauh dari
bertapak pada hakikat kerelevanan semasa di wajah
mengagongkan kura-kura kononnya menang berlumba.
Dua: Lihatlah dahulu, di sudut perkara sunnah
yang diikut berasaskan hadith. Di suasana penelitian
hendaklah dibuat secara teliti terhadap sikap dan amalan
orang dahulu dan petua qias orang-orang dahulu.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
299
Di hakikat ikutan dan amalan mereka tidak
semestinya betul belaka. Dengan di pihak orang baru
menerima perlakuan mereka di taraf perlakuan ulamak
muktabar yang kemudiannya dijadikan bahan Qias
agama yang bertukar menjadi unsur-unsur aqidah dan
boleh disifatkan kemudiannya sebagai melawan aqidah
dan tergelincirnya aqidah. Jika ianya dipertikaikan
kejituannya.
Sedangkan amalan yang dibuat. Tidak bertapak
kepada hak dan kebenaran. Malah hala tujunya
menghala ke tujuan lain. Buat cari makan. Bagai minta
derma – Ambil komisyen – buat cari makan. Ambil
upah Haji - kerana cari makan. Maka beragamalah diri
dengan agama buat cari makan pada Qias muktabar
berselindungkan tujuan beragama untuk buat cari makan
(Surah:36: Yaasin:21).
Maka fikir-fikirlah anak cucu. Jika diri ingin
ikut sunnah baru. Sunah beragama cari makan. Agama
ambil upah. Agama trend baru – Di musim baru. Tuhan
pun boleh ditipu dengan asas aqidah (Surah:2: Al
Baqarah:9-10). Wallahu a‟lam.
Soalan: Apakah akan terjadi. Jika seorang itu
beragama tanpa wasilah dan apakah akan terjadi, jika
seseorang itu beragama tanpa sunnah?
Jawab: Setiap orang beragama bersyariatkan
syariat Nabi Muhammad s.a.w wajib berwasilah dan
mengamalkan wasilah (Surah:5: Al Maidah:35).
Dihakikat syariat dan wasilah tidak boleh sekali-kali
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
300
diceraikan. Di kedudukan bersyariat tanpa hakikat itu
hampa dan berhakikat tanpa syariat itu binasa. Justeru
itu kedua-duanya perlulah diamalkan serentak, tanpa
ianya dipisahkan di antara satu dengan lainnya.
Lantaran itulah, di sini perlu difahamkan
bahawa istilah wasilah adalah satu istilah asas kepada
agama. Di hakikat Islam yang diterima oleh Junjungan
Muhammad s.a.w adalah agama yang berasaskan kepada
agama wasilah dan berwasilah (Surah:22: Al Hajji:78).
Yakni agama yang berwasilah kepada agama
Nabi Nuh a.s yang kemudian diwasilah- pusakakan
agama itu kepada para Nabi dan para Rasul terkemudian
(Surah:42:Asy Syuuraa:13), sampailah ianya terus
berwasilah kepada Nabi Ibrahim a.s dan dipusakakan
selanjutnya wasilah agama Islam itu kepada Junjungan
Muhammad s.a,w (Surah:16: An Nahl:123) dengan
orang di zaman baru terus berwasilah dengan agama
yang sama dan dipusakakan wasilah agamanya itu
kepada anak keturunannya dengan agama yang sama
(Surah:2: Al Baqarah:132-133).
Lantas, jika agama Islam pun berasaskan
wasilah. Maka sudah setentunya segala amalan
agamanya tetap kena berasas kepada wasilah. Di hakikat
wasilah tidak sekali-kali boleh dihilangkan dari agama.
Selagi agama Islam itu ingin diasaskan kepada agama
Muhammad dan syariat Muhammad s.a.w.
Sebaliknya, jika agama terhilang wasilah dan
umat tidak mencari dan mengamalkan wasilah. Maka
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
301
lima (5) perkara akan terjadi pada agama dan kepada
orang beragama. Jika agama terhilang wasilah
amalannya:
Satu: Jika agama terhilang wasilah. Maka tidak
bolehlah dikatakan agama itu agama Islam. Jika agama
tidak menggunapakai wasilah Muhammad s.a.w di taraf
dirinya sebagai pembawa wasilah agama Islam
(Surah:16: Al Nahl:123) dengan dirinya bersifat nabi
dan rasul terakhir yang menerima wasilah agamanya
dari wasilah agama Ibrahim a.s.
Dua: Jika agama terhilang wasilah. Maka satu-
satu amalan tidak lagi akan bersifat amalam agama. Jika
ianya tidak bertapak kepada amalan dan kaedah
berwasilah kepada wasilah amalan Nabi Muhammad
s.a.w yang berteraskan kepada wasilah amalan agama
Ibrahim a.s (Surah:3: Ali „Imran:68). Justeru amalan
sebegitu sahajalah yang boleh bersifat amalan agama
yang boleh membawa manusia mengenal Tuhannya dan
mentauhid Tuhannya dengan iman dan taqwa (Surah:5:
Al Maidah:35).
Tiga: Jika agama terhilang wasilah. Maka
manusia tidak akan berjaya merasai erti bertuhan dan
merasai nikmat bertuhan serta memperolehi zuqiah
ketuhanan. Jika manusia beragama tidak mengamalkan
amalan wasilah agamanya. Yakni satu amalan yang
tetap berwajah asli dan terus mengekalkan asal
keasliannya pada butiran amalannya dan cara kaedah
amalannya. Di wajah amalan fitrah. Di sisi agama fitrah.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
302
Satu amalan yang mengajar manusia beragama
mengenali Tuhannya dan mengajar manusia menikmati
erti bertuhan dan mentauhidkan Tuhan dengan dirinya
tahu mendekati Tuhannya (Surah:84:Al Insyiqaaq:6)
serta tahu dan arif menggunapakai Tuhannya
(Surah:94:Al Insyirah:8). Di suasana Tuhannya sentiasa
bersiap sedia untuk memberi pertolongan kepada
hambaNya (Surah:2: Al Baqarah:186).
Sebaliknya perlulah diingat bahawa kehampaan
perasaan bertuhan akan tertumbuh di hati seseorang
beragama. Jika dirinya beramal dengan amalan yang
tidak berasaskan amalan wasilah agamanya. Lantaran
kewujudan Tuhannya, kosong pada perasaannya. Di
hakikat bagai ada barang yang tidak ada. Bagai adanya
Tuhan dalam perasaan tidak ada. Maka jika inilah
terjadi, bertuhankah manusia sebegini. Fikir-fikirlah.
Empat: Jika agama terhilang wasilah dan orang
beragama tidak mengamalkan amalan wasilah. Maka
diri seseorang beragama tidak akan berjaya merasai
dirinya diberkati dan memiliki keberkatan bertuhan. Di
mana perasaan hamba tetap menyelubungi hati, bagai
Tuhan hanya ada pada kata dengan hati terlalai pandang
tanpa terzahirnya bibit terpandang kekuasaan Tuhan dan
menaruh harapan (Surah:94: Al Insyirah:8) di kala
harapan diletakkan kepada Tuhan.
Di hakikat bagai berdoa - Terhilang harapan.
Doa dibaca tidak tahu diterima (Surah:42: Asy
Syuuraa:26), Dengan diri beralasan seribu di rupa
memujuk diri sendiri. Jika barang yang diminta tidak
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
303
menjadi kenyataan. Satu kedudukan bertuhan terasa
kehampaan dengan diri tidak memiliki kejituan tempat
mengadu di maqam keberkatan rupa: Iyyaaka na‟budu
waiyyaka nasta‟iina (Kepada Engkau aku berhamba
dan kepada Engkau aku meminta pertolongan - Surah:1:
Al Fatihah:5).
Di hakikat kedudukan hikmah dan pertolongan
di wajah: Wamaa ja‟alahullaahu illaa bushraa lakum
walitat maina quluubu kumbih…ilakh (Surah:3: Ali
„Imran:126) tidak terjelma nyata dalam nostalgia
kehidupan. Di suasana diri terasa hampa dan buta
harapan pada makna diri yang telah lama beragama dan
bertuhan.
Lima: Jika agama terhilang wasilah. Maka diri
tidak akan terasa Tuhan dekat dan teramat dekat dengan
diri (Surah:50:Qaaf:16). Jika amalan wasilah tidak
dipautkan pada diri dan kedudukan ini ternyata berlaku
di kala mata terbeliak naik ke langit ketika berdoa dalam
kesusahan (Surah:14: Ibrahim:43). Inilah satu perlakuan
lazim tanpa disengajakan diisyarat diri terasa Tuhan
teramat jauh.
Satu dalil ternafinya hakikat ketuhanan.
Lantaran didikan agama tidak diasuh pada paksi didikan
wasilah dan berwasilah. Lalu beragama apakah begini.
Jika Tuhan dan kelazatan bertuhan tidak dapat dirasai
oleh diri. Jawablah sendiri.
Enam: Jika agama terhilang wasilah. Agama
tidak akan dapat diwajah sebagai wadah pemaju
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
304
kehidupan manusia. Di hakikat moto agama berasaskan
kata: Aamanuu wa‟amilusshaalihat tidak berfungsi
kejituannya. Lantaran roh kejituan fungsi istilahnya
dikaburkan oleh aqidah sunnah yang sentiasa membawa
mata dan hati manusia ke arah pahala dan dosa dengan
diri kononnya berkelakuan ikut perlakuan Nabi.
Di suasana pengertian istilah: Aamanu
Wa‟amilusshaalihat diperkecilkan ertinya di sudut
mubalaghah pengertiannya sehingga mata dan hati
manusia lebih memandang kepada solat berjumaah dari
usaha mencari jalan membentuk diri menguasai
penerokaan kemajuan dan berusaha menzahirkan
kemajuan dalam keadaan diri sentiasa mendekati Tuhan
agar diri dan masyarakat boleh berdiri di maqam:
Liyaquumannasu bilqisti – Berdiri di taraf kerelevanan
Insan yang memiliki kekuatan kebolehan (Surah:57: Al
Hadid:25) sebagaimana didikan agama berwasilah dan
wasilah matlamat kejadian manusia memajukan muka
bumi (Surah: 18: Al Kahfi:7) selari dengan wawasan
Tuhannya.
Demikianlah anak cucu. Jauhnya perbezaan
orang beragama dengan syariat berasaskan wasilah
berbandingan dengan orang yang beragama dengan
syariat berasaskan sunnah. Bagai jauhnya nilai unta dan
kereta di sudut kenderaan dan mutu kenderaan.
Maka dalam pada itu, bila dikaji. Kenapa boleh
berlaku perbezaan besar kesan didikan beragama syariat
berteraskan wasilah berbeza jauh dengan kesan didikan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
305
beragama berteras sunnah. Jawabnya kerana empat (4)
sebab yang perlu diperhatikan:
Satu: Pemahaman didikan syariat berasaskan
sunnah tidak menekankan didikannya kepada manusia
agar manusia mengetahui tujuan dan matlamat sebenar.
Kenapa dan mengapa perlunya manusia bertuhan dan
perlunya manusia beragama dan kenapa pula agama
Islam perlu dipilih sebagai agama dalam kehidupannya.
Dua: Pemahaman didikan syariat berasaskan
sunnah tidak menekankan permahamannya kepada
manusia tentang kepentingan manusia menzahirkan
keupayaan dirinya agar menentukan dirinya berupaya
menjadi manusia bertaraf: Bilqisti (relevan) maju dan
bersifat inovatif (Surah:57: Al Hadid:25) dengan diri
memiliki: Wisdom, Reason, Morality, Responsibility
dan Justice. Maju di dunia dan maju di akhirat.
Tiga: Pemahaman didikan syariat berasaskan
sunnah dan berpaksikan hadith dan Qias banyak
merendahkan usaha manusia di sudut kehidupan dunia.
Istilah-istilah seperti dunia bagai tandas. Kaya banyak di
soal di hari kebangkitan. Orang miskin dahulu masuk
syurga dan seumpamanya. Di suasana didikan terus
mencanang kata tentang dosa dan pahala digambaran
manusia Islam mudah berpeluang masuk neraka, telah
menjadi racun kepada kemajuan dan pemikiran manusia.
Di kedudukan pada masa yang sama masyarakat
keliling pula tidak dapat merasai diri pemikirannya telah
terkena racun. Di sebalik menerimanya sebagai
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
306
pandangan qatai‟ agama yang dianutinya. Meskipun
terdapat segelintir daripadanya merungut jauh-jauh akan
bibit keracunan yang terzahir di kelilingnya.
Empat: Pemahaman didikan syariat
berdasarkan sunnah mendidikan manusia Islam ke arah
meninggalkan Al Quran (Surah:25: Al Furqan:30). Di
suasana suara ulamak merata memberitahu manusia
bahawa ulasan agama berdasarkan ulasan Al Quran
tidak mungkin sempurna tanpa hadith dan Qias ulamak.
Ini bermakna. Jika pemahaman ini diterima
sebagai pandangan sejagat. Maka konsep Al Quran
mentafsir Al Quran (Surah:41:Fussilat:3) yang menjadi
asas kaedah pentafsiran Junjungan Muhammad s.a.s
(Surah:16: An Nahl:4) sebagai model pentafsiran
berwasilah bukan lagi boleh digolongkan sebagai teras
sunnah wasilah yang boleh dijadikan idola pentafsiran.
Disebaliknya masyarakat terus dibisik dengan
kata-kata: Pentafsiran tanpa hadith tidak sempurna
dan Pentafsiran Al Quran tanpa hadith adalah
pentafsiran aqal dan bukannya datang dari ahli agama.
Lalu masyarakat digesa agar elakkan diri dari menerima
konsep pentafsirannya dan menerima konsep Al Quran
ditafsirkan oleh hadith dan Qias. Meskipun konsep
pentafsiran berdasarkan hadith dan Qias yang dibaca
selama ini ternyata gagal menerangkan ulasannya
terhadap mana-mana ayat Al Quran.
Sesungguhnya inilah satu dilema dan kelemahan
yang perlu diperhatikan. Jika Islam asal yang
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
307
sememangnya bertapak kepada Al Quran hendak
ditegakkan. Satu dilema yang menolak kaedah
pentafsiran asal yang kini dianggap bukan lagi boleh
disifatkan di rupa pentafsiran Sunnah Junjungan. Malah
pentafsiran seumpama dianggap semacam telah
terkeluar dari sunnah perlakuan nabi s.a.w yang perlu
diketepi dan tidak perlu lagi diikuti dan diutamakan.
Satu dilema bagai berlakunya pertembungan
keilmuan pada dua dunia yang berbeza. Dunia ayam dan
dunia manusia, di suasana manusia dipaksa menerima
kemuktabaran dari kealiman ilmu ayam yang
mentafsirkan reban yang berlumuran tahi lebih
sempurna dari rumah asal manusia di konteks
pentafsiran terhadap suatu yang bernama kediaman. Di
suasana konsep pentafsiran terhadap tahi yang
sepatutnya bersifat najis dipaksa dilihat sebagai
pentafsiran tidak beraqal dan tidak datang dari
pandangan ahli agama.
Di suasana kehidupan dan corak kehidupan
perlu diubah bagi mendapat kesempurnaan dengan
menggunapakai pendapat dunia ayam di wajah tahi
sebagai makanan. Malah lebih sempurna lagi makanan
yang dihidang, jika nasi makanan asal manusia
dicampurkan dengan tahi kealiman baru dalam usaha
manusia mempermodenkan corak pemakanan lama
kepada permodenan baru di rupa lebih daripada zaman
kejahilan. Maka fikir-fikirlah, sesungguhnya fikiran dan
aqal itu adalah tunjang kehidupan (Surah:29: Al
Ankabuut:43).
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
308
Lima: Pemahaman didikan syariat berasaskan
sunnah mendidik manusia bersifat tidak berkonsistansi
dalam berhukum hakam. Terutama apabila banyak
berlaku pada hukum kelonggaran di istilah: Dharurah
disalahgunakan oleh pihak tertentu, demi kepentingan
tertentu yang menatijahkan hukum hakam dalam hidup
beragama tidak lagi bersifat di rupa hukum hakam yang
bersifat konsistan.
Di suasana kedudukan haram dan halal terhadap
satu-satu isu kes boleh diubah-ubah mengikut
kepentingan dan keperluan semasa. Apatah lagi ianya
boleh berbeza pandangan hukum terhadap satu-satu isu
kes dari satu tempat dengan satu tempat yang lain
bergantung kepada pandangan jumaah ulamaknya
sehingga ternampak dan dapat dibaca bahawa ada satu-
satu hukum dibuat bukan berasaskan kehendak Tuhan,
tetapi berasaskan kepada kehendak manusia dan
pemerintah semasa. Maka fikir-fikirlah.
Soalan: Apakah yang dikatakan Aqidah dalam
beragama sehingga orang boleh berkata: Jika rosak
aqidah seseorang itu. Maka rosaklah agamanya?
Jawab: Satu soalan yang baik. Tetapi teramat
sensitif dijawab. Bagai merokok di stesyen minyak.
Pengarang kena berhati-hati dalam menjawabnya.
Namun begitu soalan kenalah dijawab. Justeru banyak
orang tahu istilah „aqidah. Tetapi jarang orang tahu
tentang apakah itu „aqidah dan dari manakah asal usul
datangnya aqidah.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
309
Lalu, jika ditanya dari manakah datang „aqidah.
Maka jawablah dari orang Islam. Bukan dari Tuhan.
Justeru Al Quran bukannya „aqidah tetapi lebih bersifat
perlembagaan hidup dan kehidupan berpaksikan Tuhan
dan bertuhan. Di suasana Al Quran boleh ditafsir dan
boleh ditafshilkan.
Sebaliknya ketahuilah anak cucu, „aqidah itu
adalah satu ketetapan yang tidak boleh dilawan dan
tidak boleh ditafsirkan dengan diri terpaksa turut
membuta dengan hasil kajian ilmiah pembaharuan
dijadikan penyekat kemajuan dengan rupa aqidah
teramat tajam untuk dilawan sehingga setiap hati ramai
terasa tidak terlawan, apabila senjata aqidah itu
diacukan.
Kedudukan ini berlaku lantaran istilah „aqidah
tidak diterang dengan baik oleh orang Islam. Di sebalik
„aqidah dijadikan senjata pembunuh kepada
perkembangan pemahaman dan menzahirkan rupa sikap
menurut kata: Sami‟naa wa‟ata‟na (Dengar dan taat) di
wajah „aqidah agama dan beragama bersifat lebih
berkuasa dari Al Quran. Di kala orang Islam beraqidah
sanggup bersifat lebih dari Tuhan dan boleh
menerakakan orang (Surah:18: Al Kahfi:20) pada
kedudukan „aqidah yang ditetapkan oleh mereka
sahajalah agama dengan kesimpulan („aqidah) orang lain
semuanya bukan agama. Malah salah dan sesat.
Ada pun pada asasnya. Istilah „aqidah bolehlah
difahami sebagai rupa kesimpulan yang perlu dipegang
dan amalkan. Satu kesimpulan yang terbit dari doktorin
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
310
didikan pemahaman berpandukan konsep: Literature
unaskable di wajah kebenaran yang tidak boleh ditanya,
dipertikai dan dipersoalkan. Meskipun padanya terdapat
banyak lookhole dan pinhole yang boleh dipertikai-
ilmukan.
Satu konsep pegangan pemahaman beragama
berasaskan sumber-sumber tertentu apabila sumber
agama utama yang berpaksikan kitab suci gagal
menghurai jelas terhadap satu-satu isu pegangan dan
cara kaedah amalan. Maka bagi orang Islam yang
beragama pada paksi „aqidah. Mereka mengasaskan
kesimpulan agama terhadap sesuatu yang tidak bersifat
terang pada kezahiran makna pada mana-mana ayat Al
Quran, bolehlah ianya diterang dan diperjelaskan
melalui kesimpulan („aqidah) berasaskan kepada tiga (3)
sumber lain yang dianggap suci dan kena menganggap
suci senilai Al Quran. Malah seseorang akan dihukum,
jika ianya menghina dan mempersendakan „aqidah yang
dibuat. Maka sumber-sumber yang dimaksudkan itu
adalah Hadith, Qias dan „Ijmak ulamak.
Tiga (3) sumber yang memperluaskan agama
dengan ilmunya, di satu sudut dan tiga (3) sumber, di
sudut yang lain melusuhkan agama di arus kehanyutan
kepalsuan, ketidak-ilmuan dan kebatilan apabila sumber
yang digunapakai lari dari Al Quran dan jauh dari
menepati kehendak Al Quran serta gagalnya sumber
berkenaan menerangkan kehendak pada mana-mana
ayat Al Quran.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
311
Lantas, jika suasana ini berlaku. Maka kezahiran
Al Quran tidak memberi sebarang makna pada asas
Islamnya seseorang. Di natijah seseorang itu akan
beragama dengan suatu yang tidak agama. Lalu jadilah
seseorang beragama itu di wajah orang tidak beragama.
Kosong pada rasa dan perasaan dengan mulut terasa diri
masih beragama dan berpegang dengan agama.
Definasi „Aqidah
Adapun „aqidah Islam boleh didefinasikan
sebagai pokok ulasan dan kesimpulan yang dibuat oleh
seseorang ulamak Islam atau kumpulan jumaah Islam
dalam mengulas dan mentafsir sesuatu isu yang berkait
rapat dengan hukum hakam Islam dan peradapan
kehidupan secara Islam berpandukan tiga (3) sumber
cabang perundangan Islam yang dikatakan ianya
berteraskan kepada Al Quran dengan natijah
kemudiannya dijadikan ia kesimpulan („aqidah) yang
dibuat terhadap isu yang berbangkit senilai dengan Al
Quran. Malah boleh dihukum, jika ianya dipertikaikan.
Di suasana hadith banyak hadith palsu. Namun
dihalalkan penggunaannya bagai dihalalkannya rupa
new water. Suci ber-standard dunia dan diterima oleh
badan kesihatan dunia, di wajah air yang suci lagi
menyucikan.
Sementara itu kedudukan Qias pula di sudut
„aqidah berwajah Right Literature (bersifat qata‟i)
yang tidak boleh dipertikaikan. Justeru ianya disifatkan
barang yang terlahir dari lidah dan penulisan para
ulamak muktabar. Di suasana bagai diterimanya petua
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
312
bomoh tua bahawa Hantu Pari-pari itu wajib betina dan
Hantu Raya itu wajib jantan. Lantaran petuanya datang
dari bomoh besar sealam. Satu petua yang tidak boleh
dilawan. Di persimpangan hear says yang tidak
memerlukan hujah keilmuan baru dan tidak pula boleh
dipertikaikan.
Dalam pada itu, selain dari hadith dan Qias
berperanan dalam menentukan elemen „aqidah. Para
ulamak dan ijmak ulamak juga berperanan besar dalam
menentukan banyak perkara yang berkaitan dengan
„aqidah. Di mana rupa dan nilai keputusan ijmak ulamak
dalam membuat kesimpulan („aqidah) tetap juga
berpandukan kepada Hadith dan Qias dengan
melahirkan satu-satu ijtihad. Yakni satu rupa
pandangan baru jumaah ulamak, apabila isi terhadap isu
yang tertimbul gagal dilihat pada hadith dan dilihat pada
qias. Maka di kala itu ijtihad ulamak akan dizahirkan
dan kemudiannya diklasifikasikan ianya sebagai
sebahagian dari elemen „aqidah.
Maka dalam menzahirkan ijtihad inilah banyak
kesangsian hujah keilmuan tertimbul. Di suasana ijtihad
yang dibuat jauh dari relevan. Malah terzahirnya rupa
kebatilan yang nyata memperbodohkan keilmuan umat
serata. Satu rupa ijtihad dikenyataan terzahirmya
„aqidah, di mana asal dan rupa DNA dari satu-satu
kejadian diaqidahkan sama dengan daging (Lahmaa –
Surah:5: Al Maidah:3).
Satu „aqidah keloncongan ilmu, tanpa
mengambil kira kedudukan pada kenyataan rupa struktur
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
313
kejadian alam. Bagai rupa struktur molikul Oksigen (O2)
tidak sekali-kali sama dengan rupa molikul air (H2O).
Meskipun molikul Oksigen terdapat dalam molikul air
(H2O). Maka di sini teramatlah jelas bahawa molikul
Oksigen (O2) bukannya molikul air (H2O) dan tidak
sama dengan air. Di hakikat tidak sama di antara DNA
babi dan daging babi. Meskipun DNA babi terdapat
dalam daging babi.
Inilah rupa ijtihad yang akan membuat orang
kuat agama di masa hadapan payah hendak makan.
Apabila alim ilmunya terpandai dan mengetahui bahawa
banyak ikan di dalam sungai terdapat DNA babi dan
banyak sayur-sayuran di Pasar Borong di bandar
terdapat padanya DNA Babi (Nota: Rujuk ahli Sains
Natural Products. Pengarang juga ahli Sains Natural
Products dan Bio Chemisty).
Maka demikianlah jua dengan persoalan.
Apakah ijtihad „aqidah terhadap sistem perbankan Islam
itu adalah sistem Islam. Justeru konsep perbankannya
tidak sekali–kali berpandukan hadith, qias dan Al Quran
(Nota: Cukupkah dengan ayat: Wata‟aawanuu
„alalbirri wataqwa - Surah 5: Al Maidah:2 - dijadikan
asas penubuhan perbankan Islam). Sedangkan
pelaksanaan sistem perbankannya tetap berasaskan
sistem mengubah suai sistem yang ada dan mengekalkan
keperluan yang perlu bagi maksud kononnya untuk
mengelak berlakunya kerenah Riba (Surah:3:Ali
„Imran:130).
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
314
Lalu soalnya di sini, jika proses forensik DNA
kewangan di sudut halal dan haram diteliti-alimkan.
Maka selepas satu-satu pinjaman dari pihak bank diberi
kepada pelanggannya di atas dasar Mudharabah
(mudah rebah) dan dianggap dapat mengelakkan dari
kerenah Riba. Maka apakah pihak bank perbankan Islam
tidak mengamalkan konsep: irregular business dengan
meminjam pula wang dari pihak lain bagi memenuhi
semula tabung semasa (current fund) kewangan bank
bersama interestnya tidak bersifat riba atau subahah.
(Nota: Tanya orang bank).
Malah jauh dari itu kenapa pula tidak
diforensikkan punca wang dari penyimpannya. Sedang
banyak orang bukan Islam menjadi penyimpan di dalam
perbankan Islam. Lalu bagaimana jika wang yang
disimpan kemudiannya dibuat niaga oleh bank Islam
datangnya dari hasil jual arak dan jual babi.
Sedangkan disebaliknya pada kedudukan yang
sama tindakan terhadap pelaburan saham di Pasaran
Saham (Stock Exchange) benar-benar diperhalusi
tentang halal dan haramnya pada asas kounter
perniagaannya pada mana-mana kaunter berniaga
barang haram. Maka di suasana pelaburan bank akan
ditegahkan.
Demikianlah bayangan tentang susahnya hidup
beragama, di kala agama dan ilmu cendikiawan terlebih
pandai di tahap Tuhan kata daging. Boleh dikatakan
DNA pun bertaraf daging. (Sebelum dihukumkan
semula dengan istilah Dharurah - haram pun boleh jadi
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
315
halal) di wajah hukum tidak bersifat konsisten lagi boleh
dipermainkan.
Begitulah contoh-contoh. Di antara dua (2)
contoh gelabah aqidah yang terpaksa diterima sebagai
unsur tidak gelabah, apabila agama diasaskan kepada
ijtihad di simpangan aqidah yang tidak lagi berpaksikan
kepada kerelevanan ilmu dan keilmuan menyebabkan
banyak perkara mudah menjadi payah dan bertambah
payah. Lantaran alim dan pakarnya ilmu orang Islam
yang berijazah tinggi di puncak keilmuan memayahkan
perkara yang mudah menjadi payah dalam
mempermodenkan agama di arus globalisasi.
Justeru itu, ingatlah anak cucu bahawa dalam
mempertimbangkan soal kebenaran satu-satu „aqidah
yang dibuat oleh para ulamak. Maka di sudut ilmiah
anak cucu kenalah melihatnya kepada tiga (3) perkara:
Satu: Gunapakailah pada mana-mana butiran
„aqidah, yang dibuat oleh ulamak selagi ianya dibuat
berasaskan Al Quran. Lantaran Islamnya seseorang itu
kerana Al Quran dan bukan kerana barang lain, selain
dari Al Quran.
Dua: Gunapakailah pada mana-mana butiran
„aqidah. Jika ianya dibuat oleh pihak ulamak bukan
kerana puak atau pertelagahan yang boleh menatijahkan
bencana kepada negeri dan muka bumi. Lantaran
keganasan tangan manusia akibat dari „aqidah yang
dibuat.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
316
Tiga: Gunapakailah pada mana-mana butiran
„aqidah. Jika sunnah amalan tidak berwajah unta di
zaman kereta dengan unta dilihat relevan dan
sesungguhnya peringatan ini perlu dibuat. Lantaran
banyak unta dikatakan kereta. Wallahu‟alam.
Perlakuan
Primitif Bukannya Sunnah
Soalan: Kenapakah persoalan sunnah unta di
zaman kereta tidak sepatutnya timbul dalam pemahaman
umat Islam dan kenapakah pula ianya perlu dijadikan isu
perbincangan di konteks pemahaman umat Islam
bersunnah kepada Sunnah Nabi?
Jawapan: Sesungguhnya penjelasan terhadap
persoalan di atas perlu diperjelaskan, lantaran
terwujudnya di musim kini fenomena kelahiran
pemahaman bahawa setiap perlakuan yang berlaku di
zaman Nabi Muhammad dan dilakukan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. perlu disifatkan sebagai barang
sunnah dan eleman sunnah yang perlu diamalkan oleh
umat Islam tanpa memerlukan umat Islam membuka
otak kepala masing-masing melihat keadaan yang
terwujud dan kenapa ianya terwujud. Di hakikat gelagak
para intelektual Islam kini sengaja memperbesarkan
persoalan sunnah lebih berupa perlakuan helah bagi
membolehkan mereka memecah kebuntuan diri dalam
soal cari makan agar perut anak bini tidak kelaparan,
justeru terjahilnya diri dalam menciptareka rupa
gelanggang penjana rezeki di konteks mudahnya diri
dalam soal cari makan.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
317
Lalu dalam melihat kebuntuan yang terwujud.
Maka terlahirlah idea pemikiran di kalangan intelektual
Islam agar menzahirkan satu-satu rupa petua agama
yang berupaya mencetus punca kelahiran rezeki kepada
golongan mereka agar kerja di rupa kerja-kerja dakwah
boleh menjelma di wajah perniagaan berteraskan agama.
Terutama di kala elemen-elemen sunnah kononnya
boleh menjadi punca penjana rezeki untuk kehidupan.
Lantaran itulah anak cucu, tidak pelik di musim
ini terlahirnya istilah-istilah dalam agama seumpama
kelahiran istilah: Perniagaan Sunnah, Makanan
Sunnah, Sukan Sunnah dan Alat Solek Sunnah
diwujudkan di tengah-tengah gelanggang masyarakat.
Di suasana buah kurma dikatakan makanan sunnah
dengan membayangkan bahawa kurma adalah makanan
Nabi Muhammad s.a.w tanpa terzahir di kotak
pemikiran bahawa kurma jua telah menjadi makanan
lazim kepada Abu Jahal dan Abu Lahab sebelum
kelahiran Muhammad dan jua menjadi makanan Firaun
dan Namrud di zaman Musa dan Ibrahim.
Maka soalnya di sini. Apakah kerja berak
(membuang air besar) di atas pasir gurun dan menimbus
tahi dengan pasir di rupa perlakuan kucing boleh jua
diterima dan dianggap sebagai perlakuan sunnah? Jika
tidak - kenapa? Sedangkan di zaman Muhammad s.a.w,
meskipun baginda itu Nabi dan Rasul, baginda tetap
bersifat manusia biasa: Ana basyarun mislukum
(Surah:18: Al Kahfi:110). Dimakna baginda jua terpaksa
berak di atas pasir gurun tanpa bertandas. Lalu
kenapakah kerja berak di atas pasir, tidak boleh
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
318
diklasifikasikan sebagai perlakuan sunnah dan tidak
patutkah sunnah berak di atas pasir dijadikan bahan
dakwah yang perlu didakwahkan kepada masyarakat di
rupa amalan sunnah yang senilai dengan sunnah makan
kurma di wajah makanan sunnah.
Malah jauh daripada itu. Jika buah kurma masih
terwujud dan buah kurma perlu diterima sebagai
makanan sunnah. Maka kenapa pula tunggul batang
kurma tidak disunnahkan sebagai Mimbar Sunnah
pada masjid dan diletakkan di dalam masjid bagi
membolehkan Pak Imam Masjid membaca khatbah
jumaatnya di atas tunggul kurma tersebut. Malah jauh
daripada itu tunggul kurma jua boleh dijadikan bahan
import dan eksport berlandaskan Sunnah dengan
membuka peluang kepada golongan tertentu mencari
rezeki halal dengan terwujudnya ruang perniagaan
berlandaskan Sunnah seumpama perniagaan buah
Tamar Nabi di musim Haji.
Maka demikianlah anak cucu, celarunya agama
di kala doktorin agama menjadikan agama sebagai
pentas tempat cari makan. Di hakikat pada awal musim
lagi, dunia tidak perlu kata apa-apa dan dunia kena
senyap di kala banyaknya terlahir amalan-amalan dalam
agama dijadikan pentas alat cari makan dengan
perlakuan sunnah rekaan dizahirkan tanpa segan-silu.
Malah dunia kena senyap dan tidak perlu kata apa-apa,
apabila kerja ambil upah Haji dan ambil upah Umrah
(Haji Umrah Badal) dilakukan oleh orang kuat agama.
Lantaran bila ditanya: Kenapakah kerja semacam ini
dibenarkan kepada mereka. Lalu (patutkah) mereka
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
319
menjawab: Sebab Nabi Muhammad pun pernah
ambil upah kerja haji dan ambil upah kerja Umrah (Tentu pembaca jawab: Bohong!). Dan benarlah ianya
bohong. Namun disebaliknya, kenapakah pula mereka
boleh buat barang yang Nabi tidak buat sedangkan
mereka di kalangan pengamal sunnah dan orang kuat
agama (Celah Pengarang).
Maka di sinilah ternampak banyak sudah kerja-
kerja agama yang dibuat selama ini adalah kerja-kerja
reka. Termasuk kerja reka sunnah dengan sunnah rekaan
mereka kena dikatakan sunnah dan diterima sebagai
sunnah. Sesungguhnya inilah satu kerja bersifat jahat
yang dilakukan oleh orang baik-baik di rupa kerja
syaitan kehormat (Surah:41: Fussilat:29) dengan
menjadikan agama tempat ambil upah dan unsur sunnah
dijual lelong murah-murah oleh mereka.
Oleh itu ingat-ingatlah sikit kepada logo halal,
kerana najis mughallazah bukan sahaja datang dari babi
hidup-hidup. Babi plastik pun ada yang haram. Jika najis
dan racun terleset padanya. Oleh itu tanyalah diri
sendiri: Sanggupkah mulut menelan seketul makanan
di rupa kepala babi. Di mana babinya diperbuat
daripada kacang soya dan terdapat logo halal berautoriti
padanya. Lalu makanlah kepala Babi Soya itu, jika
tergamak kerana perut tidak perlu bersifat orang,
apabila mulut, tangan dan selera telah menguasai perut
dengan diri sendiri tidak tertimbul lagi padanya perasaan
mual dan loya. Fikir-fikirlah.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
320
Klasifikasi
Sifat perlakuan Sunnah Nabawi
Sesungguhnya tidak lengkap rasanya
perbincangan ini. Jika persoalan rupa sunnah yang
bersifat sunnah tidak diperjelaskan. Di suasana rupa
sunnah yang boleh bersifat sunnah hanya boleh
terwujud, jika perkataan dan perbuatan Nabi
Muhammad s.a.w di sepanjang hayatnya itu boleh
memenuhi sekurang-kurang pada tujuh (7) syarat
berikut:
Satu: Perkataan dan perlakuan Nabi
Muhammad s.a.w hanya boleh bersifat sunnah dan boleh
diterima sebagai unsur sunnah, apabila perkataan atau
perbuatannya benar-benar datang dari perlakuan Nabi
Muhammad s.a.w dan diaulakan (dimula-utamakan)
oleh baginda. Di makna pada mana-mana perlakuan
yang bukan dimula-utamakan oleh baginda dan bukan
dilakukan oleh baginda s.a.w. Maka ianya bukanlah
sekali-kali boleh disifatkan dan diterima sebagai elemen
sunnah adanya. Fikir-fikirlah.
Dua: Perkataan dan perlakuan Nabi Muhammad
s.a.w hanya boleh bersifat sunnah dan boleh diterima
sebagai unsur sunnah, apabila satu-satu rupa perkataan
dan perbuatan baginda Rasulullah s.a.w itu berlandaskan
kepada Al Quran dan didikan Al Quran berasaskan
konsep: Maayantiqu „anilhawaa inhuwa illawahyun
yuuhaa (Surah:53: An Najm:3). Dimakna pada setiap
perkataan dan perlakuan Nabi Muhammad s.a.w yang
dilakukan oleh baginda tanpa berlandaskan Al Quran (di
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
321
sifat kata dan perlakuan di wajah perangai manusia biasa
di maqam: Ana basyarun mithlukum (Surah:18: Al
Kahfi:110) tidaklah boleh sekali-kali disifatkan dan
diterima sebagai unsur sunnah.
Sebagai contoh
Untuk diperbincangkan.
Bolehkah perlakuan Nabi Muhammad s.a.w:
Merasai Tuhan telah lupainya (Surah:93: Adh-
Dhuha:3) diterima sebagai sunnah dan dijadikannya
sebagai bahan sunnah dan disenaraikan sebagai sumber
amalan sunnah. Dan bolehkah sifat gelisah Nabi
Muhammad s.a.w digambaran tidak menaruh harapan
kepada Tuhan (Surah:94: Al Insyirah:8) ketika kisah
kehilangan Aishah r.a (Surah:24: An Nur:11-16)
dijadikan bahan sunnah dan sumber amalan sunnah.
Sedangkan kedua-dua perlakuan baginda tersebut telah
ditegur dan diperbetulkan oleh Tuhannya menerusi
wahyuNya kepada baginda dan diwartakan oleh Al
Quranul karim adanya. Fikir-fikirlah.
Tiga: Perkataan dan perlakuan Nabi
Muhammad s.a.w hanya boleh bersifat sunnah dan
boleh diterima sebagai unsur sunnah, apabila satu-satu
rupa perkataan dan perbuatan baginda Rasulullah s.a.w
itu menzahirkan rupa konsep: Aamanuu
wa‟amilusshaalihaat (Surah:29: Al Ankabuut:9) yang
berupaya menzahirkan munafaat yang bersifat:
Falahum ajrun ghairu mamnuun (Surah:95: At Tin:6)
dengan matlamat terlahirkan rupa sejahtera (Surah:18:Al
Kahfi:15) di wajah terserlahnya kehidupan yang baik di
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
322
dunia dan baik jua di akhirat (Surah:2:Al Baqarah:201)
di taraf berdirinya diri dimaqan: Wainnaka la ajran
ghairumamnuun (Surah:68: Al Qalam:3) dan di
maqam: Wa innakala „alaakhuluqin „aziim (Surah:68:
Al Qalam:4).
Ini bermakna pada setiap perkataan dan
perlakuan Nabi Muhammad s.a.w yang dilakukkan oleh
baginda tanpa berlandaskan kepada rupa konsep:
Aamanu wa‟amilusshaalihat (Surah:29: Al
Ankabuut:9) dengan matlamat melahirkan rupa sejahtera
(Surah:18:Al Kahfi:15) di wajah terserlahnya kehidupan
yang baik di dunia dan baik jua di akhirat (Surah:2:Al
Baqarah:201) tidaklah boleh sekali-kali disifatkan dan
diterima sebagai unsur sunnah.
Empat: Perkataan dan perlakuan Nabi
Muhammad s.a.w hanya boleh bersifat sunnah dan boleh
diterima sebagai unsur sunnah, apabila satu-satu rupa
perkataan dan perbuatan baginda Rasulullah s.a.w itu
berwajah dengan sifat: Walall aakhiratu khairul laka
minal uula walasaufa yu‟tiika rabbuka fatardaa
(Surah:93:Adh-Dhuha:4-5) di wajah sunnah transfomasi
yang boleh menzahirkan keadaan yang lebih baik dari
keadaan semasa serta kerelevanannya menjangkau
zaman. Bukannya sunnah yang bersifat permusuhan,
primitif dan berundur ke belakang seumpama barang
jualan sunnah yang dijual oleh para doktorin agama
berasaskan kepada barang luar dari Al Quran (Surah:4:
An Nisaak:82).
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
323
Satu sikap tidak mempedulikan keperihatinan
terhadap majunya sikap Muhammad s.a.w. Tanpa diri
mereka sendiri cuba membuat andaian: jika Nabi
Muhammad s.a.w masih lagi bernafas di musim ini.
Apakah unta yang menjadi kenderaan sunnahnya tetap
disunnahkan oleh baginda kepada umatnya. Dan apakah
pasir keliling di kediaman baginda tetap bersifat sebagai
tandas dengan baginda terus sanggup menggunapakai
lantai pasir gurun sebagai tandasnya. Fikir-fikirlah.
Lima: Perkataan dan perlakuan Nabi
Muhammad s.a.w hanya boleh bersifat sunnah dan boleh
diterima sebagai unsur sunnah, apabila satu-satu rupa
perkataan dan perbuatan baginda Rasulullah s.a.w itu
berwajah dengan sifat: Liyaquu mannaasu bilqisti –
(Bagi membolehkan manusia berdiri dengan relevan -
Surah:57: Al Hadid:25). Yakni maju dengan diri berjaya
berdiri dengan kaki sendiri. Maju untuk memajukan diri
dan maju untuk memajukan muka bumi. Lantas, ini
bermakna pada setiap perkataan dan perlakuan Nabi
Muhammad s.a.w yang dilakukan oleh baginda tanpa
berlandaskan rupa konsep: Liyaquu mannaasu bilqisti
tidaklah sekali-kali boleh disifatkan dan diterima
sebagai unsur sunnah. Fikir-fikirlah.
Enam: Perkataan dan perlakuan Nabi
Muhammad s.a.w hanya boleh bersifat sunnah dan boleh
diterima sebagai unsur sunnah, apabila satu-satu rupa
perkataan dan perbuatan baginda Rasulullah s.a.w itu
berwajah dengan sifat: Beragama tanpa paksaan.
Beragama dengan keinsafan dan kesedaran. Beragama
dengan terlihat kebatilan dan berkehendakkan kepada
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
324
kebaikan serta beragama dengan keteguhan hati
mentauhidkan Tuhan dan beriman kepada rasul dan Al
Quran. Satu suasana dasar dan perlakuan yang
digambarkan secara jelas oleh Allah „azzawajalla
melalui firmanNya pada ayat: Surah 2:Al Baqarah:256.
Disamping menegah umat Islam menghina
agama dan sembahan orang lain yang tidak beriman
kepada Tuhan melalui kaedah Al Quran dan syariat
Muhammad adanya (Surah:6: Al An‟aam:108). Maka
ini bermakna, jika satu-satu perkataan atau perbuatan
baginda Rasulullah s.a.w melanggar kehendak ayat
(2:Al Baqarah:256) dengan umatnya terus mengamalkan
sikap brutal (ganas) dan terrorisme (pengganas). Maka
perlakuan sebegitu bukanlah sekali-kali boleh disifatkan
di taraf perlakuan sunnah adanya.
Malah tidak terlaluan rasanya, jika pandangan
wasatiah Allahu „azzawajalla digunapakai dalam
memurnikan masyarakat dan permasyarakatan.
Terutama dalam masyarakat majmuk (plural society -
Surah:49: Al Hujuraat:13) dengan dasar kehidupan
bermasyarakat dilandaskan pada keceriaan konsep
kehidupan seperti yang dibayangkan oleh firmanNya
dalam Surah: 2: Al Baqarah: 62. Fikir-fikirlah.
Tujuh: Perkataan dan perlakuan Nabi
Muhammad s.a.w hanya boleh bersifat sunnah dan boleh
diterima sebagai unsur sunnah, apabila perkataan dan
perbuatannya itu berlandaskan kepada sifat-sifat
kerasulannya. Yakni: Sidiq – Amanah – Tabligh -
Fatanah. Maka dengan ini bermakna pada setiap
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
325
perkataan dan perlakuan Nabi Muhammad s.a.w yang
dilakukkan oleh baginda tanpa berlandaskan kepada
rupa konsep sifat: Sidiq – Amanah – Tabligh –
Fatanah, tidaklah sekali-kali boleh disifatkan dan
diterima sebagai unsur sunnah dan muktamad.
Kesimpulan
Di hakikat ketujuh-tujuh sifat perlakuan sunnah
yang diperkatakan itu perlulah dilihat dahulu secara
teliti sebelum ianya diamalkan. Lantaran kebatilan
sunnah secara automatik akan terwajah pada mana-mana
amalan yang dikatakan sunnah, jika salah satu daripada
perkara tujuh (7) yang diperkatakan itu terwujud
padanya.
Disebaliknya pula, jika satu-satu amalan sunnah
itu telah terbukti ianya sunnah. Maka adalah menjadi
tanggungjawab umat Muhammad s.a.w.
mengamalkannya serta ianya haruslah dizahirkan
kepada mata dunia di rupa amalan perlakuan sunnah
umat Muhammad s.a.w yang bersifat: Liyuz hirahuu
„aladdiini kullihi walau karihal musyrikuun (Surah:9:
At Taubah:33). Satu-satu rupa perlakuan umat yang
maju di wajah penjana rahmat dan kesejahteraan maya
selaras dengan fungsi kebangkitan utusan rasulNya di
maqam: Wamma arsalnaaka illaarahmatallil
„aalamiina (Surah:21: Al Anbiyaak:107). Fikir-fikirlah.
Sunnah
Di Sudut Al Quran
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
326
Soalan: Apakah tidak ada istilah Sunnah di
dalam Al Quran. Satu sunnah yang menzahirkan
kebenaran secara fitrah untuk membolehkan manusia
beragama maju dan sejahtera di dunia dan di akhirat.
Jika ada apakah yang dimaksudkan dengan sunnah
tersebut.
Jawab: Sesungguhnya soalan sebegini lega
untuk dijawab, sebab ianya melibatkan Al Quran dan
tidak sekali-kali melibatkan orang. Berbeza dengan
soalan dan persoalan sunnah di luar Al Quran, di
suasana jawapan yang diberi terpaksa dibuat secara
berhati-hati untuk menjaga hati orang agar tidak
menyentuh pegangan orang terutama bila
membincangkan soal sunnah dan aqidah yang
diciptareka oleh orang.
Di mana di dalam Al Quran istilah Sunnah
ternyata dengan terang apabila Allahu‟azzawajalla
menegaskan bahawa sunnah adalah suatu hak kebenaran
ke atas manusia (Surah:33: Al Ahzab:38-39) disifat
perlakuan fitrah (Surah:30: Ar Ruum:30) yang perlu
ditunaikan. Meliputi sunnah (perintah dan iktibar)
perlakuan matlamat kejadian manusia (Surah:2: Al
Baqarah:30) di awalnya, sampailah ke tahap manusia
dihantar ke bumi dan menjalani kehidupan di muka
bumi disifat Khalifah Allah di Muka Bumi.
Di samping rupa sunnah yang dinyatakan oleh
Al Quran boleh dikembangkan ke tahap
penterjemahannya di rupa ikon dan idola pada tingkah
laku dan cara pendekatan beragama dan memajukan diri
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
327
dalam penghidupan di dunia di rupa pengaslih muka
bumi yang mewarisi jagat maya kejadiannya dan
sesungguhnya bumi ini adalah khazanah yang akan
diwarisi oleh hamba Tuhan di kalangan para pengaslih
muka bumi – (Surah:21: Al Anbiyaak:105). Satu bentuk
sunnah meliputi rupa perintah dan iktibar perlakuan para
ambiyak secara komprehensif yang setentunya berbeza
dengan pandangan istilah sunnah di luar Al Quran yang
hanya tertumpu kepada cerita perlakuan dan kata-kata
Junjungan semata-mata.
Definasi
Sunnah Al Quran
Sesungguhnya istilah Sunnah pada pandangan
Al Quran bolehlah didefinasikan sebagai semua
perlakuan dan perbuatan amalan para nabi dan para rasul
yang diutuskan oleh Allah s.w.t yang dinyatakan di
dalam Al Quran termasuk perlakuan Junjungan
Muhammad s.a.w di dalam misi dan visi menzahirkan
rahmat kepada sekalian alam dengan menatijahkan
manusia bersifat hamba kepada Tuhannya pada sifat
pengaslih dan pemaju diri dan dunia serta bertaqwa
kepada Tuhannya. Di sebalik terwujudnya perlakuan-
perlakuan di wajah musuh Tuhan dan perlakuan baik
yang terhilang kerelevanannya yang perlu ditinggalkan.
Satu sifat ikutan perlakuan yang bersifat fitrah
kejituan manusia dan kemanusiaan yang dijadikan oleh
Tuhan di bawah perintah dan kepentingan wawasanNya
seperti yang diperturunkan olehNya di dalam kitab-
kitabNya dan di dalam Al Quran.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
328
Maka dalam menghurai dan mengklasifikasikan
istilah Sunnah Al Quran (sunnah dalam Al Quran)
yang bersifat fitrah kerestuan Tuhan yang dinyatakan
oleh Al Quran, bolehlah ianya diklasifikasikan kepada
tujuh (7) sudut:
Satu: Sunnah Al Quran di rupa satu-satu bentuk
perlakuan cara dan kaedah mentauhidkan Allah serta
cara dan kaedah menentang kerenah manusia yang
menghalang manusia lain mentauhidkan Tuhannya. Di
suasana kekuatan hati dan jiwa diambil kira serta
kesabaran ditanam-tumbuh di jiwa dengan harapan
keredhaan daripada Tuhannya dapat dimiliki di dalam
kehidupan di dunia dan disejahterakan di hari kemudian.
Sesungguhnya perlakuan sebegitulah yang harus
disunnahkan (diikon dan diidolakan) oleh manusia
beragama yang mencari Islam di makna kesejahteraan
dari Tuhannya di maqam Qaala aslam tu lirabbil
„aalamin (Surah 2:Al Baqarah:131).
Dua: Sunnah Al Quran di rupa satu-satu bentuk
perlakuan menerima wasilah agama dan mengarcakan
rupa wasilah agama (Surah:22: Al Hajji:78) menerusi
syariat Muhammad s.a.w (Surah:45: Al Jaatsiyah:17-18)
yang berteraskan kepada ikon dan idola perlakuan para
rasul dan para nabi terdahulu daripadanya seperti mana
yang diperintahkan oleh Tuhan kepada baginda agar
mengiktibar kisah-kisah orang lama yang dipandang
tinggi oleh Tuhannya (Surah:24:An Nur:34).
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
329
Lalu dipanjangkan oleh baginda kehendak
Tuhannya itu kepada umatnya melalui sebuah agama
yang bernama Agama Sejahtera yang disempurnakan
oleh Tuhannya semasa hayat baginda (Surah:5: Al
Maidah:3) sebagaimana yang diwasilahkan (Surah:16:
An Nahl:123) dan diwahyukan kepada baginda
berasaskan Al Quran (Surah:6: Al An‟aam:106). Maka
demikianlah peranan Al Quran dalam mewasilahkan
Sunnah Al Quran yang menjadi teras perlembagaan
perjuangan Junjungan Muhammad s.a.w yang diutuskan
oleh Tuhan di rupa rahmat sekalian alam (Surah:21: Al
Anbiyaak:107).
Sesungguhnya perlakuan sebegitulah yang harus
disunnahkan (diikon dan diidolakan) oleh manusia
beragama yang mencari Islam dimakna kesejahteraan
dari Tuhannya di maqam Qaala aslam tu lirabbil
„aalamin (Surah 2:Al Baqarah:131).
Tiga: Sunnah Al Quran di rupa satu-satu bentuk
perlakuan berwajah ikon dan idola sebagai asas
kemajuan kemanusiaan agar barang yang berlaku di
zaman lama dan tidak terwujud lagi di zaman baru harus
ditauladankan. Terutama di dalam soal berilmu dan
memiliki taraf ilmu dengan suatu ingatan bahawa asas
kemajuan yang begitu tinggi yang telah dinyatakan di
dalam Al Quran bukan sekali-kali bersifat noktah
penghalang yang tidak boleh dikembangkan (Surah:14:
Ibrahim:24-26). Malah barang yang hilang hendaklah
dikembalikan semula rupa nostalgia kegemilangannya di
tahap: Maanan sakhmin aayatin aunun sihaa …ilakh
(Surah:2: Al Baqarah:106).
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
330
Apatah lagi dengan invention baru ilmu yang
setentunya berkembang dan terus berkembang sehingga
ditahap taraf perkembangan ilmunya dan keupayaan
ilmunya melintasi keupayaan zaman ilmu para
utusan Tuhan di rupa kepimpinan tua yang meletakkan
asas tamaddun kemanusiaan dalam memajukan alam
semesta dengan rupa kejayaan dibentuk oleh orang
muda terkemudian.
Sesungguhnya perlakuan sebegitulah yang harus
disunnahkan (diikon dan diidolakan) oleh manusia
beragama yang mencari Islam di makna kesejahteraan
dari Tuhannya di maqam Qaala aslam tu lirabbil
„aalamin (Surah 2:Al Baqarah:131).
Empat: Sunnah Al Quran di rupa satu bentuk
perlakuan berwajah ikon dan idola sebagai asas
kemajuan kemanusiaan agar barang yang terzahir di
zaman lama dan tidak terwujud lagi di zaman baru harus
ditauladankan. Terutama tentang rupa material dan
fiskal kemajuan pembangunan untuk kehidupan
manusia bagi membolehkan manusia itu berdiri di wajah
kerelevanan (Bilqisti – Surah 57:Al Hadid:25) dengan
bertindak menterjemahkan sumber alam yang
disediakan oleh Tuhan dan mencari rupa furqan yang
ada disisinya, demi memajukan manusia dalam
kebolehan dan kemajuan tanpa terwujudnya sekatan dan
sempadan.
Sesungguhnya perlakuan sebegitulah yang harus
disunnahkan (diikon dan diidolakan) oleh manusia
beragama yang mencari Islam di makna kesejahteraan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
331
dari Tuhannya di maqam Qaala aslam tu lirabbil
„aalamin (Surah 2:Al Baqarah:131).
Lima: Sunnah Al Quran di rupa satu-satu
bentuk perlakuan berwajah ikon dan idola sebagai asas
kemajuan manusia dan kemanusiaan agar bertindak
mengkaji dan mentadabbur Al Quran.
(Surah:47:Muhammad:24) dengan harapan manusia
menjadi golongan yang cerdik kerana Al Quran (Surah
72:Al Jin:2) setelah mereka menyedari bahawa setiap
sesutu yang terzahir di alam maya. Usahkan barang di
bumi. Malah barang di langit sekalipun, telah dikitabkan
di dalam Al Quran (Surah:27: An Naml:75) di wajah
lautan ilmu yang berupaya menzahirkan Qadar
Kejadian (Surah:54:Al Qamar:49-50) di rupa teori dan
formula (Surah:72:Al Jin:16) dalam mengarca
keistimewaan alam yang ditundukkan Tuhan kepada
Manusia (Surah:31: Luqman:20).
Sesungguhnya perlakuan sebegitulah yang harus
disunnahkan (diikon dan diidolakan) oleh manusia
beragama yang mencari Islam di makna kesejahteraan
dari Tuhannya di maqam Qaala aslam tu lirabbil
„aalamin (Surah 2:Al Baqarah:131).
Enam: Sunnah Al Quran di rupa satu-satu
bentuk perlakuan berwajah ikon dan idola sebagai asas
kemajuan manusia dan kemanusiaan di sudut penelitian
terhadap perjanjian Tuhan dan Iblis dalam
membenarkan Iblis menggoda manusia
(Surah:38:Shaad:79-83). Satu bentuk godaan yang
mengotorkan hati dan merosakkan hubungan ketuhanan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
332
manusia dengan Tuhannya dengan melalaikan manusia
dari tonggak matlamat kejadian asalnya serta
memesongkan manusia ke arah kefasikan, kedurjanaan
dan kedurhakaan.
Lalu bertindak mencari jalan wasilah menyuci
hati sehingga di tahap sekurang-kurangnya manusia
memiliki taraf nafsu di tahap kesucian nafsu
Mutmainnah (Surah:89: Al Fajr:27-30) dengan diri
tidak melupai diri dan Tuhannya (Surah:59:Al Hasy:18-
20) dan mengingati Tuhannya pada setiap saat di dalam
nafas-nafas kehidupannya (Surah:33: Al Ahzab:41-42)
di wajah hamba yang dijemput dan dijaminkan syurga
serta berkeupayaan bertemu dengan Tuhannya dan
menatap wajah Rabbul „izzati Tuhannya (Surah:75:Al
Qiyaamah:22-23) di hari kebangkitan di kampung yang
kekal abadi di taraf memiliki mahligai kediaman dan
bersahabat dengan para nabi dan para As-sholihin
(Surah:4: An Nisa‟:69).
Sesungguhnya perlakuan sebegitulah yang harus
diikon dan diidolakan oleh manusia beragama yang
mencari Islam di makna kesejahteraan dari Tuhannya di
maqam Qaala aslam tu lirabbil „aalamin (Surah 2:Al
Baqarah:131).
Tujuh: Sunnah di rupa perlakuan iktibar yang
perlu dijauhi oleh seseorang yang ingin beriman kepada
Allah dan rasulNya. Di hakikat bagai gambaran tingkah
laku Iblis, perlakuan Firaun, perlakuan Abu Lahab,
perlakuan Musa As Samiri dan Abrahah adalah
sebahagian daripada contoh sunnah muzakkir yang perlu
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
333
diperhatikan. Lantaran perlakuan seumpama ini terus
melanda dunia meskipun manusia berilmu tinggi dengan
kemajuan yang tinggi. Maka di atas kepentingan inilah
sunnah tuzakkir dizahirkan oleh Al Quran agar umat
terkemudian tidak mengulangi perlakuan seumpama
atau menambahkan lagi nilai kejahatan seumpama
dengan Tuhan tidak menzahirkan sunnah muzakkir yang
berbentuk ingatan tauladan buruk yang perlu
disempadankan.
Sesungguhnya perlakuan seumpama perlakuan
jahat yang disunnah-tuzakkirkan di dalam Al Quran
adalah satu sunnah-tuzakkir perlakuan manusia jahat
yang perlu diberi perhatian, termasuklah telatah manusia
mengadakan kitab baru dengan mendakwa kitabnya
adalah dari Allah Taala dengan meletakkan agama di
tahap agama ayam dengan tahi dan nasi dinilai pada
nilai yang serupa dengan tamaddun kura-kura dengan
kera di belantara (di maqam Faja‟alna nakalallima
bainaya daiha wamaa khalfahaa wamau „izatallil
muttaqiin Surah:2:Al Baqarah:66).
Lalu sesungguhnya perlakuan sebegini tidaklah
boleh dijadikan ikon dan diidolakan oleh manusia
beragama yang mencari Islam di makna kesejahteraan
dari Tuhannya di maqam Qaala aslam tu lirabbil
„aalamin (Surah 2:Al Baqarah:131).
Maka demikianlah anak cucu rupa sunnah yang
diwasilahkan oleh Allah untuk diamalkan oleh
Junjungan Muhammad s.a.w berasaskan Al Quran yang
diturunkan kepadanya. Lantas begitulah dengan ummat
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
334
Junjungan seharusnya jua meletakkan ransangan yang
sama dalam mensunnahkan diri pada kehidupan bagai
Islamnya diri kerana Al Quran. Fikir-fikirlah.
Wallahualam.
Selesai
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
335
Rahsia Tua
Bekalan Wanita
Ketiga:
Doa Mantap Kacip Fatimah
Yaa hubba -+- quwwata hubba -+- Yaa
marrahiimu -+- wayaa marrahiim -+-
Wara‟sil rahmaani -+- wara‟sil wadudi -+-
Fijannatil waduudi -+- Walhamdulillaahi
rabbil‟aalamina
Wahai kasih -+- kekuatan kasih -+- Wahai
pemilik kasih dan wahai pemilik kasih -+-
Demi kepala penyayang dan demi kepala
pengasih -+- Pada syurga pengasih -+- Dan
segala puji bagi Tuhan sekalian alam -+-
Kaedah Dan Cara Amalan:
Satu:
Baca doa ini, bila puteri ibu dilamar bapa atau di
musim ibu menawar buah. Maka bacalah doanya tiga
(3) kali serta digosokkan pada puteri sulit di setiap
kali doa dibaca.
Dua:
Lalu ajaklah suami menari. Meskipun lantai pentas
tidak rata. Gendang muzik tidak selari.
Apakah
Kelebihan Ajakan Ibu.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
336
Kata si Tua. Tidak mungkin dikatakan kacit pinang.
Jika pinang muda tidak terbelah. Jika pautan isteri tidak
kemin. Tanda garangnya rindu berbalas. Ibu bergayut jantan
menari. Isteri ketawa di hati sendiri. Tidak tersia kalau ke
perigi. Meskipun sejuk di pagi hari. Wallahu a‟alam.
Rahsia Tua
Bekalan Wanita.
Keempat:
Doa Tiang Jantan
Maya Tiang Seri
Yaa rijaalu rabbiir rijaali -+- Waqiyaamir rijaali
ma‟aka rijaali -+- waquwwata rijaali -+- wa
anzalni bitajallanii -+- maa idatan zuuqillatii -
+- hubbun „alaa hubbin -+- Rijaalan
jannatul qubra -+- Walhamdulilaahil waduud -
+-
Wahai kejantanan Tuhan (bersifat) jantan - +- Maka
bangunlah kejantananku -+- bersama engkau
(bersifat) jantan -+- Dengan kekuatan jantan
-+- Lalu perturun-jelmakanlah -+- hidangan rasa -+-
Kasih di atas kasih -+- jantan dari kebesaran syurga
-+- Dan segala puji bagi Tuhan yang Maha memiliki
kasih -+-
Faedah Tercegak
Tiang Terpacak.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
337
Kata Si Tua.
Bila suami dijeling isteri. Tanda ibu bersedia hadiah.
Tanda lubuk ber-ikan mandi. Maka bacalah doa ini dan
gosoklah pada batang tiang sendiri sebanyak tiga (3) kali.
Maka nescaya tiang menjadi. Ibu kata bapa pandai berbudi.
Terhilang resah bertubuh basah. Rela berbakti ke rumah
sendiri.
Wallaahu a‟laam.
Gambar kenangan Dato‟ Philosopher Dr. Halo-N semasa membahas Draf Resolusi Persidangan Tahunan ke Lima World Philosophical
Forum untuk diserahkan kepada UNESCO dan United Nations, pada
2hb Oktober 2014 di Athens. Satu sejarah yang akan menjadi kenangan
di atas peluang yang diberi kepadanya.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
338
Gambar kenangan Dato‟ Philosopher Dr. Halo-N di hadapan National University of Athens, tempat Persidangan Tahunan ke Lima World
Philosophical Forum pada 29hb September 2014 hingga 2hb Oktober
2014.
Gambar kenangan Dato‟ Philosopher Dr. Halo-N dan Mohammad Nizar
Mat Nor di hadapan National University of Athens, tempat Persidangan
Tahunan ke Lima World Philosophical Forum pada 29hb September
2014 hingga 2hb Oktober 2014.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
339
Cebisan Ketujuh
Mengenal
Modul Didikan Tasauf (Menyuci Hati- Mendekati Tuhan)
Dipetik Dari Buku
Al Fathun Nawa.
Jilid 3 - 2014
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
340
Perbincangan Khas
Tajuk: Di Anjung Alam Tasauf
Modul Didikan Ilmu
Tasauf.
Muqaddimah
Dalam sibuk-sibuk kumpulan ramai mengejar
pahala berasaskan petua dan kaedah ilmu fiqah (syariat).
Maka sudah tentu terdapat satu golongan lain yang ingin
mencari ketenangan dan keredhaan Tuhannya menerusi
petua dan kaedah ilmu tasauf (ilmu wasilah). Satu
cabang ilmu yang memiliki cara dan kaedah untuk
merapatkan diri dengan Tuhan semesta alam serta
tersuci hatinya dari sifat-sifat mazmumah dan
terlahirnya pula sifat-sifat mahmudah yang dipuji oleh
Tuhannya. Di samping diri jua boleh mempertingkatkan
taraf nafsu masing-masing dari serendah-rendah taraf
nafsu Ammarah meningkat ke taraf nafsu Mutmainnah,
radhiah dan mardhiah.
Namun demikian dalam usaha diri meneroka
ilmu di alam tasauf, tentulah ada di kalangan tertentu
bertanya tentang rupa modul dan kurikulum didikan
yang bakal diberikan oleh setiap mursyid perguruan
tasauf sepertimana yang ditetapkan oleh kaedah wasilah
ilmunya. Satu maklumat yang jarang dihurai oleh
peguruan tasauf sebelum ini. Tetapi akan dihurai secara
kasar dalam penulisan ini. Semoga ianya bermunafat
adanya.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
341
Meneroka Modul
Soalan: Kepentingan menuntut ilmu tasauf
terlihat teramat penting di sudut ketauhidan dan
ketuhanan dalam beragama. Lalu bolehkah diterangkan
di sini apakah ingredient didikan yang diterapkan oleh
ilmu tasauf sehingga terzahirnya manusia yang memiliki
taraf ketauhidan yang tinggi serta dapat menzahirkan
keutuhannya dengan rupa bukti hikmah ilmunya dengan
nyata?
Jawab: Adapun modul dan kurikulum
pendidikan dan penekanan didikan ilmu tasauf bolehlah
diklasifikasikan kepada Dua Belas (12) Fasa modulnya:
Modul Dua Belas
Fasa Satu (1) Modul Tasauf
Setiap murid dan mursyid hendaklah
menentukan soal punca ilmu, pertalian punca ilmu dan
kemursyidan guru dalam mendidik anak buah
perguruannya benar-benar tulen berasal salsilah dari
Junjungan Muhammad s.a.w di wajah terzahirnya jalan
wasilah sejati seperti yang dimaksud oleh Al Quranul
karim (Surah:5: Al Maidah:35). Di makna pada setiap
orang yang ingin menceburkan diri ke alam tasauf
hendaklah menentukan guru dan ilmu gurunya memiliki
taraf wasilah yang sah.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
342
Fasa Dua (2) Modul Tasauf
Setiap orang mursyid ilmu tasauf akan
menentukan setiap anak murid didikannya benar-benar
ingin berwasilah dan ingin berjuang di jalan wasilah. Di
suasana dirinya benar-benar ingin beriman dengan Allah
dan RasulNya berasaskan agama Islam yang diwarisi
oleh Nabi Muhammad s.a.w dari Ibrahim a.s (Surah:6:
Al-An‟aam:161) di rupa persinambungan agama
(kaedah cara hidup fitrah) Adam a.s dengan memasang
tekad perjuangan bagi menzahir keteguhan bertauhid
dengan Allah menerusi jalan wasilah (Surah:5: Al
Maidah:35).
Bersyariatkan kepada syariat Muhammad s.a.w
(Surah:45: Al-Jaatsyiah:18). Menyuci diri, hati dan jiwa
(Surah:37:Asshaffaat:83-84) sehingga terzahirnya pada
diri sifat-sifat mahmudah di maqam insaniah:
Ahsanitaqwiim (Surah:95: At Tin:4) di wajah seorang
berwatak insanul kamil (Surah:98: Al Bayyinah:8-9)
yang mukhlis terhadap agamanya (Surah:39: Az
Zumar:11-12) di maqam lil laahi Ta‟ala (Surah:6:Al-
An‟aam:162-163) serta berjuang melahirkan furqan
kesejahteraan kehidupan di dunia (Surah:57: Al
Hadid:25) dan bekalan kesejahteraan kehidupannya di
akhirat (Surah:19: Maryam:15).
Fasa Tiga (3) Modul Tasauf
Setiap anak didik kepada mana-mana mursyid
ilmu tasauf akan mengadakan Majlis Baiah Perguruan
dengan mursyidnya (Surah:33: QAl Ahzaab:7). Satu
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
343
perjanjian perguruan bagi menandakan saat bermulanya
persambungan wasilah dan ilmu wasilah di wajah
bersambungnya ilmu dan kaedah mendapat ilmu seperti
mana yang dilakukan oleh mursyid-mursyidnya yang
terdahulu (Surah:48: Al Fath:18). Satu acara yang
teramat penting yang akan menatijahkan terzahirnya
wasilah yang boleh dititihkan asal bermulanya di kala
persambungan ilmu berlaku di masa akan datang oleh
murid baiahnya kepada muridnya terkemudian.
Sesungguhnya kedudukan ini tidak terwujud di dalam
pengajian ilmu syariat tetapi terwujud dalam pengajian
ilmu berwasilah.
Fasa Empat (4) Modul Tasauf
Setiap orang mursyid ilmu tasauf akan
membincangkan dan menerangkan kepada anak
didikannya tentang soal sejarah asal usul manusia dan
kejadian manusia (Surah:7:Al „Araaf:172) serta
menerangkan matlamat wawasan Allah Ta‟ala terhadap
manusia. Yakini pada dirinya dan pada muka bumi
(Surah:57: Al Hadid:25).
Di kedudukan pentingnya manusia itu
dizahirkan Allah ke dunia (Surah:2: Al Baqarah:30) di
atas sifatnya sebagai Khalifah Allah Di Muka bumi
(Surah:6: Al An‟aam:165). Maka dengan langkah
kurikulum sedemikian akan terlahirlah manusia yang
mengenal siapa dirinya dan mengenal Tuhannya serta
tertumbuhnya semangat pada jiwanya untuk berbakti
kepada Tuhannya.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
344
Fasa Lima (5) Modul Tasauf
Setiap orang mursyid ilmu tasauf akan
membincangkan dan menerangkan kepada anak
asuhannya tentang tugas dan tanggungjawab seseorang
manusia terhadap Tuhannya dan menerangkan tugas dan
tanggungjawab seseorang itu terhadap dirinya,
keluarganya, masyarakatnya serta terhadap negerinya
dengan mengarcakan didikannya sehingga terzahirnya
rupa konsep kehidupan yang berlandaskan prinsip:
Aamanuu wa‟amilusshaalihat yang menatijahkan anak
didikannya boleh tergolong ke dalam kalangan hamba
Tuhan yang soleh (Surah:29:Al Ankabuut:9).
Maka dengan kurikulum sedemikian akan
terlahirlah manusia yang tahu tentang tugasannya dalam
kehidupan serta tahu berkeinginan untuk menjadi maju
di wajah kerelevanan hidup yang benar-benar terwujud
di dalam kehidupannya di maqam: Liyaquu mannaasu
bilqisti (Surah:57: Hadid:25).
Fasa Enam (6) Modul Tasauf
Setiap orang mursyid ilmu tasauf akan
membincangkan dan menerangkan kepada anak
didikannya tentang dunia (Surah:15: Al Hijr:20) dierti
dunia pada sudut kelebihannya (Surah:18: Al-Kahfi:7)
dan pancarobanya (Surah:3: Ali „Imran:185).
Dibincangkan jua tentang persoalan Iblis dan syaitan di
wajah musuh kepada manusia (Surah:17: Al Israak:53).
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
345
Dibincangkannya soal hati dan mudahnya hati
dikuasa oleh Iblis dan syaitan yang boleh mengakibat
terencatnya keikraban hubungan manusia dengan
Tuhannya dan merosakkan manusia dari sifat
kemanusiaannya.
Diajarkannya kepada muridnya akan kaedah dan
cara mempertahankan diri dari kerenah Iblis dan syaitan
pada sukatan didikan di peringkat: Khaafa di tahap:
Wanahannafsa‟anilhawaa (Surah:79: An Naaziaat:40)
dan dididik jua pada sukatan didikannya di peringkat:
Khasyiya di tahap: Zaalikaliman khasyi yarabbah
(Surah:98: Al Bayyinah:8). Di samping pada waktu
yang sama anak didiknya akan diajar tentang kaedah
menzahirkan sifat taqwa pada dirinya.
Maka dengan tindakan kurikulum sedemikian
akan terlahirlah manusia yang mengerti tentang dunia
dan mengetahui erti dunia di sudut kelebihan dan
kekurangannya di ruang kesempatan menerokainya di
wajah dunia sebagai tempat pelaburan kesejahteraan
kehidupan.
Fasa Tujuh (7) Modul Tasauf
Setiap orang mursyid ilmu tasauf akan
membincangkan dan menerangkan kepada anak
didikannya tentang persoalan nafsu. Dibincangkannya
tentang nafsu Ammarah (Surah:12:Yusuf:53) yang
boleh menjahanamkan nilai manusia dan kemanusiaan
(Surah:7: Al A‟raaf:179). Satu nafsu yang menzahirkan
karat pada hati (Surah:83: Al Mutaffifiin14-15) dan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
346
membutakan manusia dengan manusia terhilang daya
berakliah untuk menunjuk maju dengan Tuhannya
(Surah:22: Al Hajji:46).
Disamping pada masa yang sama. Mursyid ilmu
tasauf akan memperkenalkan kepada muridnya lain-lain
martabat nafsu yang boleh mempertingkatkan manusia
dengan mutu kemanusiaan di wajah seorang hamba
yang soleh lagi bertaqwa kepada Tuhannya.
Maka dengan tindakan kurikulum sedemikian
akan terlahirlah manusia yang mengenal nafsunya dan
mengenal martabat dirinya di sisi Tuhannya diolahan
semangat untuk membaik pulih kekurangan dirinya.
Fasa Lapan (8) Modul Tasauf
Setiap orang mursyid ilmu tasauf akan
membincangkan dengan anak didiknya tentang
persoalan syirik dan perkara-perkara yang boleh
menzahirkan syirik. Satu persoalan halus yang perlu
dititikberatkan (Surah:4: An Nisaak:116). Serta di masa
yang sama membincang dan mengajar anak didikannya
tentang kaedah membersihkan hati menerusi zikir dan
solat (Surah:87: Al A‟alaa:14-15).
Lalu dikurniakan kepada anak didikannya satu
persatu zikir yang seharusnya diamalkan oleh anak
didikannya (Surah:73:Al Muzzammil:8) dari satu
peringkat ke satu peringkat sehinggalah anak didikannya
mencapai tahap di rupa seorang Insanul kamil
(Surah:89: Al Fajr:27-30) dengan terzahirnya bukti-
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
347
bukti keanehan anugerah Allah ternyata pada dirinya
sebagai tanda pencapaian taraf darjat kesucian nafsu dan
hatinya.
Fasa Sembilan (9) Modul Tasauf
Setiap orang mursyid ilmu tasauf akan
membincangkan dan menerangkan kepada anak
didikannya tentang kewujudan Ilmu Laduni
(Surah:18:Al Kahfi:65) dan kaedah cara menerima ilmu
Laduni (Surah:16:An Nahl:2). Satu ilmu yang tidak
mungkin diperolehi oleh pengamal ilmu syariat. Tetapi
terwujud di alam ilmu tasauf di sepanjang ketika anak
didikannya mengamalkan ingredient ilmu pengajiannya.
Satu kelebihan berilmu yang tidak terwujud di
alam sistem pendidikan lahiriah tetapi terwujud di alam
zuqiyah ketuhanan. Yakni di alam percintaan di antara
hamba dengan Tuhannya.
Fasa Sepuluh (10) Modul Tasauf
Setiap orang mursyid ilmu tasauf akan
membincangkan dan menerangkan kepada anak
didiknya tentang istilah fana‟ dan istilah: zuhud. Di
kedudukan pada setiap seorang mursyid ilmu tasauf
akan mengawasi tingkah laku anak didikannya dengan
rapi ketika anak didikannya mengamalkan ingredient
ilmu tasauf didikannya.
Sesungguhnya kedudukan ini perlu
dilakukannya di sepanjang musim didikannya, terutama
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
348
di kala musim berlakunya zuhuq (lupa urusan dunia)
dan fana‟ qalbi .Yakni satu fenomena maduk cinta di
alam asyid – ma‟suk jiwa muridnya di alam
ketuhanannya sebelum muridnya itu boleh bertapak di
alam fana‟ baqaaillah di wajah manusia yang berjaya
menempatkan ingatan dirinya terhadap Tuhannya di
maqam: „Alaa shalaatihim daaaimun (Surah:70: Al
Ma‟aarij:23) di taraf pencapaian ingatan ditahap
penyaksian (sholat) yang kekal terhadap Tuhannya
diarca berwatak lazim sebagai manusia biasa.
Sesungguhnya tindakan pengawasan seumpama
ini adalah teramat penting bagi mengelakkan anak
didiknya terjebak dan terperangkap di alam zuhub yang
bersifat sanggup meninggalkan urusan dunia dan
bersikap suka bersila di masjid berzikir semata-mata.
Lantaran hanyut dirinya di alam percintaan dengan
Tuhannya. Sedangkan Allah Ta‟ala menegur sikap
seumpama ini adanya (Surah:9:At Taubah:108).
Fasa Sebelas (11) Modul Tasauf
Setiap orang mursyid ilmu tasauf akan
membincangkan dan menerangkan kepada anak
didiknya tentang kaedah memunafaatkan Tuhan dalam
kehidupan. Di makna tahu lagi arif menggunapakai
Tuhan yang disembah sehingga terarcanya konsep:
Iyyakana‟buduu waiyyaaka nasta‟iin (Kepada
Engkau aku sembah dan kepada Engkau aku minta
pertolongan – Surah:1: Al Fatihah:4) di suasana
terzahirnya rupa tawaran Allah Ta‟ala di maqam:
Waizaa sa alaka „ibaadii „annii faiinii qariib
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
349
ujiibuda‟ watddaa „iizaada‟aan ...ilakh (Surah:2:Al
Baqarah:186) di wajah tertegakNya Tuhan sebagai
penolong (Surah:3: Ali „Imran:150) dan pemelihara
yang Maha agung (Surah:12:Yusuf:64).
Di hakikat banyak orang bertuhan tidak tahu
menggunapakai Tuhannya. Sedangkan Tuhannya adalah
Tuhan yang sebenar. Tidak sekali-kali macam Tuhan
bapa Ibrahim yang dikapakkan oleh Ibrahim a.s.
Lantaran Tuhan bapanya tidak berupaya menzahirkan
istilah: Pertolongan (Surah:21:Al Anbiyaak:66).
Sesungguhnya anak cucu, kedudukan
seumpama ini tidak terwujud pada didikan ilmu syariat.
Jika ada sekalipun hanya setakat suruh orang berdoa
dengan doa yang tiada ketentuan dimaqbulkan Tuhan.
Di suasana orang yang berdoa terdongak-dongak mata
dan kepalanya ke langit dengan hati yang kosong
(Surah:14:Ibrahim:43). Maka di sinilah letaknya
keistimewaan berilmu tasauf. Satu pendekatan ilmu
yang dapat membawa seseorang berjiwa tetap bersama
dengan Tuhannya dan terbukti mendapat pertolongan
dariNya (Surah:8: Al Anfaal:17) di tahap: Innallaaha
baalighu amrihi (Surah:65: At Thalaaq:3). Satu
keistimewaan kehambaan yang tiada tolak banding
rahmatnya (Surah:48: Al Fath:3). Dan,
Fasa Dua Belas (12) Modul Tasauf
Setiap orang mursyid ilmu tasauf akan mengajar
dan menerangkan kepada anak didiknya tentang kaedah
mengiqrakkan Al Quran dan munafaat yang akan
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
350
diperolehi oleh murid didikannya samada di musim
pengajian mereka dan selepas pengajiannya. Di hakikat
setiap murid didikan mursyid yang unggul akan diajar
tentang Al Quran meliputi perkara-perkara berikut:
(i): Menggesa dan menggalakkan murid
didikannya membaca dan memutala‟ah Al Quran dari
awal Surah:1: Al Fatihah sampai ke akhir Surah: 114:
An-Naas. Satu proses mentala‟ah Al Quran secara
teratur dan bukan lompat-lompat berasaskan konsep:
Warattilil quraaana tartiilaa (Surah:73:Al
Muzzammil:4). Sesungguhnya kaedah ini bertujuan agar
setiap murid didikannya mengetahui segala isi kandung
Al Quran secara sepintas lalu.
(ii): Menggesa, mengajar dan menggalakkan
murid didikannya agar sentiasa bersemangat untuk
membaca ayat-ayat suci Al Quran dengan harapan
tenaga maknawi dari bacaan Al Quran menjadi darah
daging tubuh kehidupan muridnya. Sesungguhnya
kaedah ini bertujuan bagi menghasilkan tiga (3)
maksud:
(a): Menjadikan Al Quran sebagai benting
kekuatan diri dan hati dari dijajah oleh Iblis dan syaitan
(Surah:58:Al Mujaadalah:19). Di hakikat kelalaian
terhadap Al Quran membuat manusia mudah dijajah
oleh Iblis (Surah:43: Az Zukhruf:36-37).
(b): Menjadikan ayat-ayat Al Quran sebagai
zikrillah yang menzahirkan kekuatan kepada dirinya
(Surah:73: Al Muzzammil:5) serta menjadi alat
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
351
menghalau Iblis dan syaitan yang berada di hati dan di
darah daging tubuh murid asuhannya (Surah:16: An
Nahl:98).
(c): Menggalak dan mengajar murid didikannya
mendalami dan mentadabburkan Al Quran di sepanjang
musim pengajiannya. Sesungguhnya langkah ini bagi
membolehkan mursyid menilai dan mengetahui serta
mengukur kedudukan hati murid didikannya pada Dua
(2) perkara:
(i): Mengukur keupayaan hati muridnya samada
terkunci atau telah terbuka untuk dididik (Surah:47:
Muhammad:24). Di hakikat jika murid didikannya
malas melihat Al Quran. Maka dapatlah disimpulkannya
hati muridnya itu masih terkunci. Disamping
memperkenalkan kaedah bagi mengelak muridnya
terjerumus ke alam kelalaian dan pengabaian terhadap
Al Quran (Surah:25: Al Furqan:30) seperti yang
dibimbangi oleh Rasulullah s.a.w. adanya.
(ii): Mengukur kedudukan hati murid
didikannya samada tebal dan nipisnya sukatan garis
godaan syaitan pada hati murid didikannya itu
berasaskan kepada rajin atau malasnya muridnya itu
dalam melihat dan membaca Al Quran (Surah:43:Al
Zukhruf:36).
Demikianlah dua belas (12) modul asas
sukatan pendidikan pengajian tasauf yang dapat
dirumuskan dari amalan para mursyida berwasilah sejak
dari awal pengajiannya diperkenal kepada dunia. Moga-
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
352
moga ianya dapat dijadikan panduan pada mana-mana
orang yang ingin mencari wasilah dan berjuang ke
arahnya. Wallahu a‟alam.
Soalan:
Kenapa orang Syariat tidak boleh menerima
Tasauf. Sedangkan orang tasauf boleh menerima syariat.
Malah pendekatan ilmu syariat tetap diamalkan secara
langsung oleh setiap orang tasauf ?
Jawab:
Satu soalan yang baik dan perlu dijawab. Satu
soalan yang boleh merungkai rahsia dilema yang selama
ini tidak ditanya dan dipersoalkan meskipun dilema
pemulauan orang syariat terhadap orang tasauf telah pun
lama berlaku. Maka dalam meninjau persoalan ini
dapatlah dirumuskan sebab musabbabnya kepada tiga
(3):
Satu: Terlahirnya sifat keegoan di kalangan
orang syariat. Terasa dirinya lebih. Satu sikap terasai
diri berilmu dan terasa diri „alim. Malah terasa
dirinyalah orang kuat agama. Sedang orang lain semua
jahil dan tidak kuat beragama.
Dua: Terlahir perasaan di kalangan orang
syariat bahawa kaedah pendekatan syariat sahajalah
satu-satu pendekatan agama dan tidak ada jalan dan
kaedah pendekatan lain yang boleh disifatkan
pendekatan agama. Di makna jalan ilmu syariat
sahajalah ilmu agama yang perlu dititikberat dan perlu
dituntut dan diamalkan. Ilmu tasauf tidak tergolong di
rupa ilmu agama yang perlu dituntut. Soal membersih
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
353
hati dan jiwa tidak perlu dipandang. Apa yang perlu
dipandang adalah persoalan hukum hakam dosa, pahala,
haram dan halal sepertimana yang dikumpul di dalam
aqidah yang disimpulkan oleh para muktabar menerusi
empat sumber: Al Quran, hadith, Qias dan ijma‟ ulamak.
Inilah satu kejahilan para ilmuan syariah di
wajah golongan „alim berilmu tetapi terlepas pandang
terhadap kenyataan bahawa hukum hakam dan konsep
pencegahan maksiat semata-mata tidak berupaya
membersihkan hati dan jiwa manusia. Lalu di sinilah
letaknya kepentingan ilmu tasauf dalam agama dan
beragama di suasana kedua-dua kaedah Syariat dan
Tasauf diperlukan oleh agama seperti yang dikehendaki
oleh Tuhan semesta alam.
Tiga: Terlahirnya perasaan terasa diri pandai
berbahasa Arab dan boleh membaca buku-buku Arab
lebih layak disifatkan sebagai orang kuat agama. Sebab
diri digelar dengan gelaran Ustaz. Kata-kata ustaz kena
dipakai. Apatah lagi diri pula dipuja. Maka diri terasa
dimulia kerana pegangan syariat. Maka orang tasauf
tidak perlu dibawa ke tengah. Tidak perlu dipandang
setaraf. Malah perlu dicanang sebagai ilmu pinggiran
yang boleh dihukum salah dan sesat.
Sedangkan di pihak orang tasauf persoalan
penguasaan bahasa Arab dan pembacaan buku Arab
yang banyak bukanlah boleh dijadikan kayu pengukur
kepada kuat atau lemahnya seseorang itu terhadap
agama. Mereka lebih mementingkan soal amalan, soal
kuat beramal disifat seorang „abid (ahli ibadat). Di
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
354
hakikat sepatah yang diamal lebih baik dari seribu yang
diketahui. Sedangkan di saat yang sama banyak terlahir
di kalangan cerdik pandai syariat yang tahu bercakap
dengan ilmu Qalam-nya tidak mengamalkan barang
yang dicakap (Surah:2: Al Baqarah:44) dan lebih
dahsyat lagi kekosongan tertumbuh pada jiwa sendiri di
suasana keberkatan maknawi dan keberkesanan amalan
ketuhanan tidak terzahir. Malah hampa untuk dilihat dan
disaksi oleh diri sendiri. Fikir-fikirlah.
Selesai
Nota:
Demikianlah secebis dari barang yang
ditulis. Hidangan sebenar tetap berada di
dalam santapan Al Fathun Nawa. Bacalah Al Fathun Nawa. Mudah-
mudahan darinya akan terzahir lagi cebisan-cebisan pandangan baru yang akan
membawa pemikiran ke arah paradigma
keintelektualan di zaman kontemporari ilham keilmuan adanya. Selamat membaca
buku Al Fathun Nawa. Wallaahu‟alam
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
355
Perhatian: Muat turun (Download)
(1): Muat turun (Download): Di atas ihsan dan keizinan Pengarang. Maka
pembaca dimaklumkan bahawa pembaca boleh memuat-turunkan
(download). Buku Al Fathun Nawa Jilid 1, Jilid 2 dan Jilid 3 dalam pelbagai bahasa. (2): Taraf Muat-turun (download): Percuma (Free of charge). (3):
Laman Web: http://www.hafizul.com.my, Harap maklum dan terima kasih.
Al Fatihah
Penerbit
Nota:
Inilah rupa buku
Al Fathun Nawa
Jilid 1, Jilid 2 dan Jilid 3.
Harga buku kulit tebal
USD100.00 sebuah
Bayaran pos dan hantar
USD10.00 sebuah.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
356
.
Surat Presiden WPF kepada Y.A.B Perdana Menteri Malaysia. Dato‟ Seri
Mohd Najib Tun Abdul Razak
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
357
Gambar-gambar Kenangan
Pengarang di sepanjang masa menyiapkan catitan ini.
Dato‟ Philosopher Dr. Halo-N di hari kedua selepas serangan
jantung. Yakni pada 14hb Mei 2014 di Wad 5D Hospital Selayang.
Terima kasih Hospital Selayang.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
358
“Mind spark expression natural
resources for harmony, development
and unity”
Dr. Halo-N - 2014
"Our objective is to promote a sense
of global citizenship".
Irina Bokova,
UNESCO Director-General, 2013
Classical Philosopher Prof. Dr. Igor I Kondrashin, Presiden WPF-United
Nations-UNESCO bersama Ambassador Barry Gusi, Pengerusi GUSI
Peace Prize International ketika melawat Dato‟ Philosopher Dr. Halo-N, Head WPF Malaysian National Branch di Wad CICU Hospital Pakar
Tawakkal Kuala Lumpur. Turut kelihatan Alexander Gudkov. Pakar
kewangan Rusia. 20hb Mei 2014. Terima kasih di atas kunjungan.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
359
Y.Bhg Dato‟ Dr. Tamil Selvan, Pakar Jantung terkemuka
Malaysia bersama dengan Dato‟ Philosopher Dr. Halo-N
(patientnya) selepas sebulan surgery – 30hb Jun 2014, di Klinik
Pakar,Hospital Pakar KPJ Damansara. Terima kasih Dato‟.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
360
Dar
i k
iri
: M
oham
mad
Niz
ar,
Haf
izu
l, Y
ang
Bhg
. P
rof.
Dr.
Wil
liam
Chu
a, D
ato
‟ P
hil
oso
ph
er D
r.
Hal
o-N
dan
No
r A
zwan
.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
361
Gambar kenangan Profesor Dr. Berna Elya, M.Si. Apt (Saintis Al Quran Indonesia) bersama suaminya Didik Akhmadi, Ak. M.Comm di Majlis
Pidato Upacara Pengukuhan Gelaran Profesor kepadanya. Pada hari Rabu,
17 Disember 2014 di Balai Sidang Universitas Indonesia, Kampus UI Depok, Jakarta Indonesia. Tahniah Profesor dan terima kasih kerana sudi
membantu Dato‟ Philosopher Dr. Halo-N membuat kajian Sains Al Quran
(Biochemistry).
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
362
Gambar kenangan Dato‟ Philosopher Dr. Halo-N bersama Tuan
Syed Hussin Al Attas. Seorang pengarang tersohor di Malaysia.
Seorang bakal lagenda bangsa yang dinilai oleh bangsanya di
sudut ketajaman mata ilmu beliau dalam melihat arus gelora
politik Malaysia. Seorang tokoh Tasauf yang tidak boleh dinafikan. Allah memberkati kamu Habib dan Allah tetap bersama
kita di mana kita berada – Pengarang.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
363
Buku Halawa Al Fathun Nawa adalah Tempayan Emas. Bagai cerita wasiat orang tua agar anak-anaknya selepas ketiadaannya (mati) nanti
menggali tanah tapak rumahnya. Lantaran di dalam tanahnya itu
terdapat banyak tempayan emas yang ditanam oleh orang dulu kala.
Satu nostalgia kata-kata cerita hikmah Cikgu Karim Husain untuk
diabadikan. Kelihatan Dato‟ Philosopher Dr. Halo-N bersama Cikgu
Karim, bapa dan gurunya ketika berkunjung di kediamannya di
Selayang, November 2014.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
364
Gam
bar
ken
angan
Dat
o‟
Ph
ilo
sop
her
Dr.
Hal
o-N
ber
sam
a Y
AB
Dat
o M
ente
ri B
esar
Sel
ang
or,
Dat
o‟
Azm
in A
li d
an D
atin
iste
ri d
i m
ajli
s p
erkah
win
an a
nak
Tu
an H
j. S
ayuti
Hj.
Om
ar (
MS
O).
Seo
ran
g p
eng
aran
g d
an p
engu
las
po
liti
k t
erk
em
uk
a d
i
Mal
aysi
a. S
eora
ng
pen
gar
ang
yan
g b
akal
men
dap
at p
erh
atia
n d
ari
cen
dik
iaw
an b
angsa
nya
di
saat
per
soal
an p
oli
tik
dik
aji
seli
a. a
kan
sej
arah
nya.
Ses
ungg
uhn
ya
buk
u –
buk
u k
aran
gan
M
SO
adal
ah k
haz
anah
sej
arah
ban
gsa
yan
g b
akal
dig
ali
ole
h
gen
eras
i. T
ahn
iah
Tuan
Hj.
Dar
i A
ban
g m
u D
r. H
alo
-N.
Tu
rut
kel
ihat
an H
ajah
Nai
mah
Hj.
Yaa
kob
, D
atin
Naw
iah
Hj.
Sal
leh d
an P
uan
Haj
ah R
amal
ah H
j. A
bdu
llah
. – 2
5h
b O
kto
ber
20
14
.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
365
Gambar kenangan Dato‟ Philosopher Dr. Halo-N bersama Intan dan Imee di Pejabat Tan Sri Dr. Yahya Awang di Hospital Pakar, KPJ
Damansara ketika beliau membuat kunjungan perubatan lanjut dengan
Tan Sri Dr. Yahya pada 10hb Oktober 2014.
Gambar kenangan Dato‟ Philosopher Dr. Halo-N bersama Dyla di
Pejabat Dato‟ Dr. Tamil Selvan Muthusamy di Hospital Pakar, KPJ
Damansara ketika beliau membuat kunjungan perubatan lanjut dengan Dato‟ Dr. Tamil Selvan pada 10hb Oktober 2014.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
366
Gam
bar
ken
ang
an D
ato
‟ P
hil
oso
ph
er D
r. H
alo
-N b
ersa
ma
sebah
agia
n d
ari
angg
ota
per
sid
angan
per
bah
asan
Res
olu
si
Wo
rld
P
hil
oso
ph
ical
F
oru
m u
ntu
k U
NE
SC
O d
an U
nit
ed N
atio
ns
di
Ath
ens
pad
a 2hb
O
kto
ber
201
4.
Tu
rut
had
ir
Moh
amm
ad N
izar
Mat
No
r (M
alay
sia)
.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
367
Gam
bar
ken
angan
Dat
o‟
Ph
ilo
sop
her
Dr.
Hal
o-N
ber
sam
a C
lass
ical
Phil
oso
ph
er P
rof.
Dr.
Ig
or
Kon
dra
shin
set
elah
per
setu
juan
mel
anca
rkan
Sp
ecia
l P
roje
ct F
or
The
Ey
es O
f T
he
Wo
rld
den
gan
Haf
izul
Pu
bli
cati
on
s dib
uat
di
Ath
ens
pad
a 2h
b O
kto
ber
2014
. T
uru
t h
adir
Pro
f E
llia
s (G
reec
e),
Pen
ger
usi
Uru
seti
a P
ersi
dan
gan
Tah
un
an k
e L
ima
Wo
rld
Ph
ilo
sop
hic
al F
oru
m.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
368
Gambar kenangan Dato‟ Philosopher Dr. Halo-N bersama Classical
Philosopher Prof. Dr. Igor Kondrashin ketika acara menyerah
dokumen butiran persetujuan untuk melancarkan Special Project For The Eyes Of The World menerusi penulisan buku Halawa Al
Fathun Nawa dan jilid-jilid buku Al Fathun Nawa oleh Hafizul
Publications di Athens. Turut hadir Prof. Ellias, Pengerusi Persidangan Tahunan ke Lima WPF.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
369
Gambar kenangan Dato‟ Philosopher Dr. Halo-N bersama Mohammad Nizar Mat Nor di pintu Penjara Socrates Athens pada
2hb Oktober 2014. Satu gambaran kenangan yang tidak mungkin
akan berulang lagi di zaman keilmuan moden. Di mana penentangan arus pendapat seseorang cendikiawan tidak mungkin
akan membunuh dirinya seumpama di zaman Socrates.
Gambar kenangan Dato‟ Philosopher Dr. Halo-N bersama Prof. Jack
Harte (Ireland) seorang Pengarang buku terkenal di Benua Eropah sedang memerhati buku Halawa Al Fathun Nawa hasil nukilan Dato‟
Philosopher Dr. Halo-N di Athens, sempena Persidangan Tahunan
Ke Lima World Philosophical Forum yang berlangsung di National University of Athens pada 1hb Oktober 2014
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
370
Gambar kenangan di pintu sebelah dalam Penjara Socrates. Satu
pintu civilization kemanusiaan yang dibuahkan di wajah penderitaan dikala jauhnya pandangan seseorang cendikiawan
diluahkan ke muka masyarakat dengan berakhir racun Hamlock
terpaksa mengakhiri hayatnya. Dengan generasi manusia kemudian menerimanya sebagai kebenaran di suasana mata masing-masing
melihat kesan penderitaan seorang pendita terbilang. Athens 2hb
Oktober 2014.
Gambar kenangan Dato‟ Philosopher Dr. Halo-N bersama Envoy WPF Asia Junyan He (China) ketika turun dari bukit Penjara Socrates
menuju ke arah kota Acropolis Athens pada 2hb Oktober 2014.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
371
Gambar kenangan Dato‟ Philosopher Dr. Halo-N bersama Envoy WPF Asia Junyan He (China) ketika turun dari bukit Penjara Socrates
menuju ke arah kota Acropolis Athens pada 2hb Oktober 2014.
Kelihatan kota Acropolis dalam proses pembaikpulih
Gambar Kota Acropolis yang diambil dari beranda dalam Muzium
Athens pada 2hb Oktober 2014 sempena Persidangan Tahunan Ke
Lima World Philosophical Forum di Athens Greece.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
372
Gam
bar
k
enan
gan
D
ato
‟ P
hil
oso
pher
D
r.
Hal
o-N
ber
sam
a ro
mb
ong
an
Gu
si
Lau
rete
dar
i It
aly
se
mp
ena
Maj
lis
Pen
gan
ug
erah
an
Gu
si
Pea
ce
Pri
ze
Inte
rnat
ional
A
war
d
20
14
. K
elih
atan
sa
ma
di
dal
am
maj
lis
Has
bu
llah
Z
akar
ia,
Pen
ger
usi
Yay
asan
Gu
al P
eriu
k d
an M
oh
amm
ad N
izar
Mat
No
r, P
eny
elar
as P
roje
k H
alaw
a A
l F
athu
n N
awa.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
373
Gam
bar
ken
angan
Dat
o‟
Ph
ilo
sop
her
Dr.
Hal
o-N
ket
ika
ber
bin
cang
ten
tang i
su P
hy
toch
emic
al S
oci
ety
den
gan
Pre
siden
t
Ph
yto
chem
ical
So
ciet
y o
f A
sia
Pro
fess
or
Qau
sar
Yo
shin
ory
Asa
kaw
a (J
epu
n)
di
Man
ila
2014
. T
uru
t h
adir
du
a la
gi
tokoh
bio
chem
istr
y d
un
ia P
rofe
sso
r V
irim
a M
udo
go
(C
ongo
) d
an P
rofe
sso
r D
r. K
azim
ierz
Glo
wn
iak
(P
ola
nd
) se
rta
had
ir s
ama
Has
bu
llah
Zak
aria
, P
eng
eru
si Y
ayas
an G
ual
Per
iuk
.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
374
Gam
bar
k
enan
gan
D
ato
‟ P
hil
oso
pher
D
r.
Hal
o-N
d
engan
M
anta
n
Pre
sid
ent
Lit
hu
ania
, H
is
Ex
cell
ency
V
yta
uta
s
Lan
dsb
erg
is
sala
h
seo
ran
g
pen
erim
a an
uger
ah
Gu
si
Lau
reat
e 20
14
. D
an
kel
ihat
an
sam
a M
dm
M
aris
u,
Set
iau
saha
Pen
yel
aras
Maj
lis
Pen
gan
ug
erah
an G
usi
Pea
ce P
rize
Inte
rnat
ional
Aw
ard
20
14
Man
ila.
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
375
Banyak demo-demo kata.
Baca buku ni…,
Luas Otak – Murah Rezeki
Mudah Cari Makan
Bagi hamba
Kalau Sedap Beritahu Kawan.
Hendak beli - Silalah berhubung
Di
Mohammad Nizar Mat Nor
Tel: +6019 3810097
Email: [email protected]
Harga buku berkulit tebal
USD20.00
Bayaran pos dan hantar
USD5.00
Halawa
Al Fathun Nawa Dr. Halo-N
376
Perhatian:
Muat turun (Download)
Softcopy buku Halawa Al Fathun Nawa
(1): Muat turun (Download): Di atas ihsan dan
keizinan Pengarang. Maka pembaca dimaklumkan
bahawa pembaca boleh memuat-turunkan (download).
Buku Halawa Al Fathun Nawa dalam pelbagai bahasa
bagi membolehkan para pembaca melihat, memerhati
dan meneliti mutu penulisan (sebahagian isi) buku Al
Fathun Nawa sebelum pembaca membeli dan memiliki
buku Al Fathun Nawa berkulit tebal. (2): Taraf Muat-
turun (download): Percuma (Free of charge). (3):
Laman Web: http://www.hafizul.com.my, Harap
maklum dan terima kasih.
Al Fatihah Penerbit