guidelines and procedures for issuance of certificate of fitness for cf

Upload: nik-m-farid

Post on 07-Jul-2015

43 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 5/8/2018 Guidelines and Procedures for Issuance of Certificate of Fitness for CF

    1/6

    GARIS PANDUAN PERMOHONAN KELULUSAN KELAYAKAN MENDUDUKI

    PENGENALAN

    Undang-undang menetapkan bahawa mana-mana bangunan yang akan diduduki hendaklahmemperolehi Perakuan Kelayakan Menduduki daripada Pihak Berkuasa Tempatan(Perbadanan Putrajaya). Undang-undang yang ditetapkan adalah:

    undang-undang kecil 28, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Selangor) 1986 , "Tiadaseorang pun boleh menduduki atau membenarkan diduduki mana-mana bangunan atau mana-mana bahagiannya melainkan jika suatu perakuan kelayakan menduduki, suatu perakuanmenduduki sebahagian atau suatu kelayakan menduduki sementara telah dikeluarkan di bawahUndang-Undang Kecil ini bagi bangunan itu dan apa-apa kemungkiran untuk mematuhi undang-undang kecil ini boleh menyebabkan orang itu kena dakwa di bawah Akta ini."

    Tujuan pengeluaran Perakuan Kelayakan Menduduki adalah untuk memastikan bahawabangunan yang dibina telah memenuhi ciri-ciri keselamatan, kesihatan dan kemudahan perluyang ditetapkan. Kemudahan yang diperlukan adalah:

    jalan akseslandskaptempat letak keretaparitsanitaribekalan airbekalan elektriklif bombapili bombapembentungankeperluan sampahlain-lain

  • 5/8/2018 Guidelines and Procedures for Issuance of Certificate of Fitness for CF

    2/6

    APAKAH SIJIL PERAKUAN KELAYAKAN MENDUDUKI ?

    Suatu Sijil atau Surat Pengesahan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan(Perbadanan Putrajaya) memperakukan bahawa sesuatu bangunan yang dibina dandisempurnakan menurut pelan bangunan yang diluluskan, mematuhi peruntukanundang-undang dan memperolehi perakuan daripada agensi-agensi lain yangberkaitan. Agensi-agensi lain adalah:

    Jabatan Bomba dan PenyelamatPerbadanan Urus Air Selangor (PUAS)Jabatan Perkhidmatan PembetunganTenaga Nasional BerhadSyarikat Telekom Malaysia Berhad (Boleh dikecualikan oleh Perbadanan)Jabatan Keselamatan dan KesihatanSuruhanjaya TenagaPos Malaysia Berhad (Boleh dikecualikan oleh Perbadanan)Agensi-agensi yang berkaitan (contoh Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit dan Saliran danJabatan Penerbangan Awam dll jika perlu)

    SIAPAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMOHON PERAKUAN KELAYAKANMENDUDUKI?

    Pihak yang bertanggungjawab untuk memohon Perakuan Kelayakan Menduduki ialah "orangyang berkelayakan"(yang terlibat dalam pembinaan bangunan berkenaan) iaitu :-

    Arkitek Berdaftar; atau Pelukis Pelan Berdaftar; atau Jurutera Berdaftar,

    *mengikut undang-undang kecil 2 , Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (Selangor) 1986"Orang yang berkelayakan" ertinya seorang arkitek, pelukis pelan berdaftar atau juruteraberdaftar.

  • 5/8/2018 Guidelines and Procedures for Issuance of Certificate of Fitness for CF

    3/6

    BERAPAKAH JENIS PERAKUAN KELAYAKAN MENDUDUKI?Terdapat 3 jenis Perakuan Kelayakan Menduduki iaitu :

    Perakuan Kelayakan Menduduki (CF); atau Perakuan Kelayakan Menduduki Sementara (TCF); atau Perakuan Kelayakan Menduduki Sebahagian (Partial CF).

    Definasi Perakuan Kelayakan Menduduki (CF):

    Rujukan: undang-undang kecil 25, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Selangor) 1986.

    "(1) Perakuan kelayakan menduduki sesuatu bangunan hendaklah diberi jika -

    (a) Orang-orang berkelayakan semasa kerja itu dijalankan telah memperakui dalam Borang Esebagaimana dinyatakan dalam Jadual Kedua Undang-Undang Kecil ini bahawa mereka telahmengawasi pembinaan bangunan itu, dan sepanjang pengetahuan dan kepercayaan merekabangunan itu telah dibina mengikut undang-undang kecil ini dan apa-apa syarat yang dikenakanoleh pihak berkuasa tempatan dan mereka bersetuju menerima tanggungjawab sepenuhnyamengenai bahagian-bahagian yang berkaitan dengan mereka masing-masing dan pihakberkuasa secara bertulis olehnya bagi maksud itu telah memeriksa bangunan itu(b) Semua perkhidmatan perlu, termasuk jalan akeses, pandangan darat, tempat letak kereta,parit, pemasangan alat-alat kebersihan, air dan elektrik, lif bomba, pili bomba dan lain-lain jikadikehendaki, kehendak-kehendak pembentungan dan pembuangan sampah telah disediakan.

    (2) Tiada apa-apa pun yang terkandung dalam Undang-Undang Kecil ini boleh mencegah pihakberkuasa tempatan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis olehnya bagimaksud itu daripada memeriksa apa-apa kerja bang unan pada mana-mana peringkatnya danmenarik perhatian kepada apa-apa penyimpangan daripada pelan yang diluluskan atau tidakmematuhi mana-mana Undang-Undang Kecil ini yang didapatinya dan daripada memberi notissecara bertulis memerintahkan supaya penyimpangan itu diperbetulkan."

    Definasi Perakuan Kelayakan Menduduki Sementara (TCF):

    Rujukan: undang-undang kecil 26, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Selangor) 1986.

  • 5/8/2018 Guidelines and Procedures for Issuance of Certificate of Fitness for CF

    4/6

    "(1) Tertakluk kepada pembayaran fee yang ditetapkan dalam Jadual Pertama Undang-UndangKecil ini, pihak berkuasa tempatan boleh setelah mengenakan deposit sama ada wang tunaiatau jaminan bank atas kadar yang ditetapkan mengikut budi bicaranya memberi suatu sijilkelayakan menduduki sementara sesuatu bangunan bagi suatu tempoh tidak lebih daripadaenam(6) bulan dalam hal-hal di mana hanya terdapat penyimpangan kecil dari pelan-pelanbangunan yang diluluskan itu dan sementara menunggu pematuhan sepenuhnya kepadakehendak-kehendak pihak berkuasa tempatan sebelum perakuan kelayakan mendudukidikeluarkan.

    (2) Jika sijil di bawah perenggan (1) dikeluarkan, dan pemunya atau penghuni tidak mematuhidengan sepenuhnya kehendak-kehendak yang dikenakan, pihak berkuasa tempatan bolehmenggunakan deposit bagi tujuan mematuhi kehendak-kehendak tersebut."

    Definasi Perakuan Kelayakan Menduduki Sebahagian (Partial CF):

    Rujukan: undang-undang kecil 27, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Selangor) 1986.

    "(1) Pihak berkuasa tempatan boleh mengikut budi bicaranya memberi suatu perakuankelayakan menduduki sebahagian bagi mana-mana bahagian bangunan yang telah siapsebahagian dan boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya perlu bagi kepentinganawam;

    Dengan syarat bahawa tiada sesuatu permit sedemikian boleh diberi jika -

    (a) tiada apa-apa permohonan bagi perakuan kelayakan menduduki sebahagian telah dibuatdalam tempoh pembinaan itu;(b) semua perkhidmatan perlu, termasuk jalan akses, pandangan darat, tempat letak kereta,parit, pemasangan alat-alat kebersihan, air dan elektrik, lif bomba, pili bomba dan lain-lain jikadikehendaki, kehendak-kehendak pembentungan dan pembuangan sampah belum sediakan;dan(c) pendudukan bahagian atau bahagian-bahagian bangunan yang telah siap sebahgiannya ituakan memudaratkan kesihatan atau keselamatan awam.

    (2) Suatu perakuan kelayakan menduduki sebahagian apabila dikeluarkan hendaklahberkuatkuasa berterusan sehingga keseluruhan bangunan itu siap dan suatu perakuankelayakan menduduki bangunan dikeluarkan."

  • 5/8/2018 Guidelines and Procedures for Issuance of Certificate of Fitness for CF

    5/6

    01 OAlAM KEAOAAN BAGAIMANAKAH PERAKUAN KElAYAKAN MENOUOUKI BOlEHOIKElUARKAN?Perbadanan Putrajaya sebagai Pihak Berkuasa Tempatan akan mengeluarkan PerakuanKelayakan Menduduki setelah perkara-perkara berikut dipenuhi -

    Bangunan telah disiapkan sepenuhnya menurut pelan-pelan bangunan yang telahdiluluskan, mematuhi peruntukan undang-undang dan syarat-syarat yang dikenakanoleh Perbadanan Putrajaya.

    Permohonan bagi Perakuan Kelayakan Menduduki dikemukakan oleh pemohon. Memperolehi perakuan daripada agensi-agensi berkaitan. Semua Arahan Bertulis yang dikeluarkan oleh Perbadanan Putrajaya berkenaan

    Permohonan Kelulusan Menduduki telah dipatuhi oleh pemohon.

    01 OAlAM KEAOAAN BAGAIMANAKAN PERAKUAN KElAYAKAN MENOUOUKISEMENTARA BOlEH OIKElUARKAN?Perbadanan Putrajaya akan mengeluarkan Perakuan Kelayakan Menduduki Sementara setelahperkara-perkara berikut dipatuhi -

    Bangunan telah disiapkan tetapi terdapat penyimpangan kecil dari pelan-pelanbangunan yang diluluskan, mematuhi peruntukan undang-undang dan syarat-syaratyang dikenakan oleh Perbadanan Putrajaya.

    Permohonan bagi Perakuan Kelayakan Menduduki dikemukakan oleh pemohon. Memperolehi perakuan dariapda agensi-agensi berkaitan.

    Tempoh sah Perakuan Kelayakan Menduduki Sementara (TeF) adalah tidak melebihi 6 bulan

    Jika tempoh 6 bulan itu tamat, maka permohonan Perakuan Kelayakan Menduduki baru perludikemukakan kepada Perbadanan Putrajaya.

  • 5/8/2018 Guidelines and Procedures for Issuance of Certificate of Fitness for CF

    6/6

    DI DALAM KEADAAN BAGAIMANAKAH PERAKUAN KELAYAKAN MENDUDUKISEBAHAGIAN BOLEH DIKELUARKAN?Perbadanan Putrajaya akan mengeluarkan Perakuan Kelayakan Menduduki Sebahagiansetelah perkara-perkara berikut dipenuhi-

    Apabila hanya sebahagian daripada keseluruhan bangunan atau pembangunan telahdisiapkan menurut pelan-pelan bangunan yang diluluskan, mematuhi peruntukanundang-undang dan syarat-syarat yang dikenakan oleh Perbadanan Putrajaya.

    Permohonan bagi Perakuan Kelayakan Menduduki dikemukakan oleh pemohon. Memperolehi perakuan daripada agensi-agensi berkaitan.

    BERAPA LAMAKAH JANGKA MASA YANG DIAMBIL OLEH PERBADANAN PUTRAJAYAUNTUK MENGELUARKAN PERAKUAN KELAYAKAN MENDUDUKI SETELAHPERMOHONAN YANG LENGKAP DITERIMA?Perakuan Kelayakan Menduduki akan dikeluarkan oleh Perbadanan Putrajaya tidak melebihidua (2) minggu selepas permohonan yang lengkap diterima.

    BAGAIMANA PULA SEKIRANYA TERDAPAT KEROSAKAN ATAU KEGAGALANSTRUKTUR PADA SESUATU BANGUNAN SETELAH PERAKUAN KELAYAKANMENDUDUKI DIPEROLEHI?Pemilik bangunan boleh mengemukakan aduan bertulis kepada pemaju jika tempohTanggungan Kecacatan masih berkuatkuasa untuk tindakan pembaikan. Sekiranya pihakpemaju tidak mengambil apa-apa tindakan, pemilik bangunan adalah dinasihat agarmendapatkan nasihat perundangan daripada peguam.