garis panduan (standard operating procedure, sop ... · garis panduan (standard operating...

22
GARIS PANDUAN (STANDARD OPERATING PROCEDURE, SOP) PERMOHONAN PERMIT IMPORT (IMPORT PERMIT, IP) SECARA ELEKTRONIK OLEH BAHAGIAN BIOSEKURITI TUMBUHAN JABATAN PERTANIAN (JPK) EDISI MAC 2018

Upload: ngoque

Post on 17-Aug-2018

252 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN (STANDARD OPERATING PROCEDURE, SOP ... · garis panduan (standard operating procedure, sop) permohonan permit import (import permit, ip) secara elektronik oleh bahagian

GARIS PANDUAN (STANDARD OPERATING PROCEDURE, SOP)

PERMOHONAN PERMIT IMPORT (IMPORT

PERMIT, IP) SECARA ELEKTRONIK

OLEH

BAHAGIAN BIOSEKURITI TUMBUHAN

JABATAN PERTANIAN

(JPK)

EDISI MAC 2018

Page 2: GARIS PANDUAN (STANDARD OPERATING PROCEDURE, SOP ... · garis panduan (standard operating procedure, sop) permohonan permit import (import permit, ip) secara elektronik oleh bahagian

2 | 10112009/08062016/28022018

KANDUNGAN

BIL. PERKARA M/S

SEKSYEN

1. SEKSYEN A

Garis Panduan/Standard Operating Procedure (SOP) 3

2. SEKSYEN B

‘Fallback Procedure’ 14

3. SEKSYEN C

Pertanyaan 15

APPENDIX

1. APPENDIK I

Carta Aliran Memproses IP 17

2. APPENDIK II

Pegawai Yang Boleh Dihubungi (Contact Officers) 19

3. APPENDIK III

Contoh Cetakan IP 20

LAMPIRAN

SEKSYEN A

1. Lampiran 1

Borang Wang Deposit ePermit (Borang EP-1) 11

2. Lampiran 2

Senarai Pejabat JPK Yang Boleh Menerima Wang Deposit ePermit 12

3. Lampiran 3

Borang Tuntutan Pemulangan Wang Deposit ePermit (Borang EP-2) 13

Page 3: GARIS PANDUAN (STANDARD OPERATING PROCEDURE, SOP ... · garis panduan (standard operating procedure, sop) permohonan permit import (import permit, ip) secara elektronik oleh bahagian

3 | 10112009/08062016/28022018

SEKSYEN A GARIS PANDUAN/STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP)

1. PENDAHULUAN

Skop bagi pelaksanaan ePermit merangkumi permohonan berkaitan dengan Permit Import (Import

Permit, IP) secara elektronik.

DISCLAIMER :

Garis Panduan/Standard Operating Procedure (SOP) ini disediakan adalah sebagai satu panduan

untuk membolehkan pelaksanaan ePermit berjalan lancar. Ia boleh berubah dan akan diubah

mengikut keadaan semasa bergantung kepada keperluan-keperluan baru yang akan dikenalpasti.

2. PENDAFTARAN DAN KAEDAH PEMBAYARAN ePERMIT BAGI PENGELUARAN IP

A. Pendaftaran Dengan Dagang-Net Technologies Sdn. Bhd. (DNT)

i. Pengimport, Pengeksport, Agen Penghantaran (Forwarding Agent) dan individu termasuk warga

asing (Pengguna) mestilah berdaftar dengan pihak Dagang-Net supaya boleh mengakses sistem

ePermit.

ii. Pengguna mesti mengisi Borang Pendaftaran, yang boleh dimuatturun daripada laman web

DNT (www.dagangnet.com).

iii. Bayaran (*sebarang perubahan sila merujuk kepada DagangNet)

a. Bayaran Pendaftaran (untuk pengguna baru) adalah seperti berikut :

- Korporat : RM500

- Small and Medium Enterprise (SME) : RM200

b. Bayaran Tahunan : RM200

**Pengguna yang telah mempunyai akaun ePermit dengan DNT hanya perlu memaklumkan DNT

untuk menambah JPK ke dalam senarai Agensi (OGA).

B. Bayaran Deposit IP kepada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian Kuarantin (JPK)

1. Pengguna yang telah berdaftar dengan DNT hendaklah memaklumkan kepada Bahagian

Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian (JPK) untuk urusan permohonan online.

2. Pengguna hendaklah membuka akaun deposit dengan JPK untuk memohon IP secara online.

Page 4: GARIS PANDUAN (STANDARD OPERATING PROCEDURE, SOP ... · garis panduan (standard operating procedure, sop) permohonan permit import (import permit, ip) secara elektronik oleh bahagian

4 | 10112009/08062016/28022018

3. Bagi tujuan membuka atau menambah akaun deposit, pengguna perlu mengisi ’Borang Deposit

ePermit EP-1’ (Lampiran 1). Bayaran deposit boleh dibuat dalam bentuk bank deraf, wang pos

dan kiriman wang pos sahaja, dan dibayar kepada ”KETUA PENGARAH PERTANIAN”. Had

minima bayaran deposit adalah sebanyak RM150.00 (Ringgit Malysia: Satu Ratus Lima Puluh)

untuk kali pertama.

4. Pembayaran deposit boleh dibuat di pejabat-pejabat JPK seperti di Lampiran 2.

5. Pengguna perlu memastikan wang deposit sentiasa mencukupi untuk proses permohonan IP.

Sekiranya wang deposit tidak mencukupi, JPK berhak menolak permohonan tersebut.

6. Baki deposit boleh dikembalikan kepada pengguna atas permintaan pengguna dengan mengisi

Borang Pemulangan Deposit EP-2 (Lampiran 3) berserta dengan resit asal pembayaran deposit

tertakluk kepada kelulusan JPK.

3. PERMOHONAN IP SECARA ONLINE

I. Permohonan IP hanya diproses pada hari bekerja (waktu pejabat biasa) yang diwartakan oleh

kerajaan sahaja kecuali pada kes-kes tertentu.

II. Bagi item yang tersenarai di dalam sistem, kelulusan akan diberi dalam masa 5 hari bekerja

bergantung kepada kelancaran pencapai internet dan kelancaran sistem ePermit.

III. Manakala untuk item yang tidak tersenarai, kelulusan permohonan pengimportan tertakluk kepada

keputusan Jawatankuasa Analisis Risiko Perosak (Pest Risk Analysis, PRA). RUJUK PERKARA 5.I.A.

IV. Status permohonan IP secara online boleh disemak oleh pemohon melalui sistem pada bila-bila

masa selepas permohonan dihantar.

V. Bagi permohonan IP secara online bayaran fee RM15 akan ditolak daripada wang deposit setelah

kelulusan IP mencapai status ‘Approved by OGA’. Manakala bayaran kepada DNT akan dikenakan

setelah mencapai status ‘Acknowledged by Custom’.

VI. Carta Alir Permohonan IP secara atas talian seperti di Appendix I.

Page 5: GARIS PANDUAN (STANDARD OPERATING PROCEDURE, SOP ... · garis panduan (standard operating procedure, sop) permohonan permit import (import permit, ip) secara elektronik oleh bahagian

5 | 10112009/08062016/28022018

4. WAKTU BERURUSAN

I. Permohonan IP boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang mempunyai

kemudahan internet.

5. SYARAT-SYARAT KEBENARAN MENGIMPORT

I. Komoditi yang dikawal pengimportannya melalui IP (yang telah diluluskan oleh JK PRA) boleh

disemak melalui sistem ePermit DNT.

A. Prosedur Permohonan Bagi Item Yang Tidak Tersenarai Di Dalam Sistem

i. Garis Panduan/SOP Permohonan Pengimportan Tumbuhan, Produk Tumbuhan dan Artikel

Terkawal boleh dirujuk di laman web Jabatan www.doa.gov.my/myimport.

ii. Pemohon perlu menghantar surat permohonan rasmi, borang PRA dan maklumat tambahan

untuk tujuan penyelidikan secara hard copy yang boleh didapati di laman web Jabatan

www.doa.gov.my/myimport. Permohonan akan TERBATAL sekiranya Jabatan Pertanian tidak

menerima sebarang maklumat permohonan yang lengkap dalam tempoh masa 6 bulan dari

tarikh penerimaan borang permohonan.

iii. Tempoh PRA adalah 6 – 24 bulan bergantung kepada teknikal dokumen yang diterima

daripada Pihak Berkuasa Kuarantin Negara Pengeksport (National Plant Protection

Organization, NPPO) dan maklumat-maklumat tambahan yang diperolehi daripada

organisasi/pengimport/pengeksport/agen serta literature finding.

B. Prosedur Permohonan IP Bagi Bahan Organan, Mikroorganisma dan Bahan yang

Mengandungi Mikroorganisma

i. Kelulusan Pengimportan Bahan Organan, Mikroorganisma dan Bahan yang Mengandungi

Mikroorganisma tertakluk di bawah Jawatankuasa Teknikal Pengimportan Mikroorganisma

dan Bahan Organan (JKTPMOBO).

ii. Pengguna perlu menghantar borang MOBO secara hard copy yang boleh didapati di laman

web Jabatan www.doa.gov.my/myimport. Permohonan akan TERBATAL sekiranya Jabatan

Pertanian tidak menerima sebarang maklumat permohonan yang lengkap dalam tempoh

masa 6 bulan dari tarikh penerimaan borang permohonan.

Page 6: GARIS PANDUAN (STANDARD OPERATING PROCEDURE, SOP ... · garis panduan (standard operating procedure, sop) permohonan permit import (import permit, ip) secara elektronik oleh bahagian

6 | 10112009/08062016/28022018

iii. Pengimportan IP sampel bagi tujuan analisis, pengguna perlu menghantar Borang EP-4A

bersama – sama borang MOBO. Ini bertujuan mengimport 5 unit sampel bahan organan dalam

kuantiti minima 1.25 liter atau 1.25 kilogram (250ml atau 250gm per sampel).

**Permohonan IP secara Off-Module hanya dibenarkan bagi tujuan pengimportan sampel

bahan organan sahaja.

iv. Kelulusan yang diberi kepada pemohon untuk mengimport sesuatu bahan organan,

mikroorganisma dan bahan yang mengandungi mikroorganisma hanya terhad kepada

pemohon tersebut sahaja. Pengguna lain yang hendak mengimport bahan organanan,

mikroorganisma dan bahan yang mengandungi mikroorganisma yang sama perlu melalui proses

yang sama seperti di atas. Bayaran fee bagi analisa sampel akan dikenakan sejumlah RM 210.

Sila rujuk borang MOBO seperti laman web di atas.

C. Prosedur Permohonan Import Permit Bagi Kelapa Tua Biji

i. Permohonan bagi pengimportan kelapa tua biji buat kali pertama adalah tertakluk kepada

kelulusan Jawatankuasa Teknikal Kawalan Import Eksport Keluaran Pertanian di peringkat

Jabatan Pertanian (urusetia : Bahagian Padi Tanaman Industri dan Florikultur, BPTIF) dan

Jawatankuasa Induk Kawalan Import Eksport Keluaran Pertanian di peringkat Kementerian

Pertanian dan Industri Asas Tani (urusetia : Bahagian Industri Tanaman Ternakan dan

Perikanan, ITTP). Permohonan akan hanya dipertimbangkan bagi maksud pengilangan produk

nilai tambah (value added product) untuk pasaran eksport.

D. Prosedur Permohonan IP Bagi Bahan Tanaman Living Modified Organisms (LMOs)

i. Permohonan bagi pengimportan bahan tanaman LMO adalah tertakluk kepada kelulusan

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan keputusan JK PRA. Pengguna akan

dimaklumkan tentang maklumat-maklumat yang perlu dimajukan ke Kementerian Sumber Asli

dan Alam Sekitar dan JPK bagi pertimbangan kebenaran mengimport.

E. Prosedur Permohonan IP Bagi Komoditi Yang Dikenakan Kuarantin Selepas Masuk (PEQ)

i. Pengguna yang mengimport bahan tanaman yang tertakluk kepada syarat Kuarantin Selepas

Masuk (Post Entry Quarantine, PEQ) akan dipertimbangkan apabila terdapat kemudahan ruang

di Stesen Kuarantin Selepas Masuk Kebangsaan (National Post Entry Quarantine, NPEQ),

Serdang. Walaubagaimanapun, pengguna boleh mencadangkan premis mereka sendiri untuk

dijadikan tempat PEQ bergantung kepada tahap risiko sesuatu komoditi dan kesesuaian premis

yang dicadangkan. JPK akan menentukan spesifikasi premis bagi tujuan ini. Segala kos

Page 7: GARIS PANDUAN (STANDARD OPERATING PROCEDURE, SOP ... · garis panduan (standard operating procedure, sop) permohonan permit import (import permit, ip) secara elektronik oleh bahagian

7 | 10112009/08062016/28022018

sepanjang tempoh kuarantin selepas masuk adalah di bawah tanggungjawan pengguna.

Bayaran perlu dibuat di ibu pejabat JPK sebelum komoditi dilepaskan kepada pengguna.

6. KAEDAH MELULUSKAN IP

A. Peringkat-peringkat meluluskan IP adalah seperti berikut:

6.A.1. Proses Verifikasi Permohonan

I. Pegawai Penyemak (Verifier) perlu menyemak semua butiran permohonan yang diterima

adalah lengkap dan betul.

II. Pegawai Penyemak (Verifier) akan memaklumkan sebab-sebab mengapa permohonan

ditolak. Pengguna boleh mengetahui status dan sebab-sebab permohonan ditolak melalui

sistem (OGA REMARK).

Antara sebab-sebab di mana permohonan ditolak adalah seperti berikut:

a. Maklumat ‘country of origin’ yang diisytihar kepada Kastam adalah berlainan daripada yang

diisytihar kepada JPK (ruangan ‘View Import Item – Country of origin’);

b. Kuantiti yang dipohon melebihi daripada kuantiti yang dibenarkan sepertimana di laman

web Jabatan Pertanian (www.doa.gov.my/myimport).

c. Pintu masuk yang diisytihar kepada Kastam (ruangan ‘Place of Import’) adalah berlainan

daripada yang diisytihar kepada JPK (pada ruangan ‘Additional detail – Entry Point’);

d. Sekiranya komoditi yang dipilih memerlukan syarat PEQ tetapi pengguna tidak memberikan

alamat di mana PEQ dikenakan;

e. Tarikh ketibaan konsainan (pada ruangan ‘Estimated date of arrival’) yang dicadangkan

adalah tidak munasabah dengan syarat-syarat import yang dikenakan (e.g. Tarikh ketibaan

sama atau terlalu hampir dengan tarikh permohonan dibuat menyebabkan syarat-syarat IP

tidak sempat dipatuhi oleh negara pengeksport).

**Pengguna dinasihatkan untuk memohon IP 2 minggu sebelum konsainan keluar dari

negara pengeksport.

III. Pegawai Penyemak (Verifier) hendaklah mengisi tarikh sahlaku dan membuat pindaan

kepada syarat-syarat IP sekiranya perlu.

IV. Pegawai Penyemak (Verifier) akan mengesah dan mengesyorkan permohonan tersebut

untuk kelulusan Pegawai Pelulus (Approver) setelah mendapati permohonan adalah lengkap

dan betul.

Page 8: GARIS PANDUAN (STANDARD OPERATING PROCEDURE, SOP ... · garis panduan (standard operating procedure, sop) permohonan permit import (import permit, ip) secara elektronik oleh bahagian

8 | 10112009/08062016/28022018

6.A.2. Proses Kelulusan (Approval) Permohonan

I. Pegawai yang melulus (Approver) akan menyemak/memvalidasi pengesyoran permohonan

dari Pegawai Penyemak (Verifier).

II. Pegawai yang melulus (Approver) akan membuat pindaan tarikh sahlaku sekiranya perlu.

III. Pegawai yang melulus (Approver) masih boleh menolak permohonan IP atau membuat

sebarang pindaan pada syarat-syarat IP. Pengguna boleh mengetahui status dan sebab-

sebab permohonan ditolak (OGA REMARK).

IV. Pegawai yang melulus akan mengesahkan kelulusan setelah berpuashati dengan semua

maklumat permohonan. Setelah kelulusan diberi, status permohonan akan ke tahap

‘Approved by OGA’.

7. SAHLAKU IP

I. IP yang telah diluluskan sah untuk tempoh masa 90 HARI dari tarikh dikeluarkan kecuali IP

untuk kelapa tua, kelapa patek (fresh meat) dan sampel baja organan hanya sah untuk tempoh

masa 30 HARI.

II. Setiap IP hanya mengandungi satu komoditi bagi satu konsainan. Komoditi tersebut

hendaklah dibawa dalam satu pengangkutan (conveyance) untuk satu kemasukan konsainan

sahaja.

III. Setiap IP tidak boleh ditukar milik atau digunakan oleh pengguna lain.

IV. Setiap IP perlu mengandungi “Permit No.” setelah mencapai status ‘Acknowledged by

Custom”. Mana-mana IP yang tidak mempunyai “Permit No.” adalah tidak sah dan tidak boleh

digunakan dalam urusan pengimportan.

V. Permohonan yang telah mendapat status ‘Awaiting Custom Acknowledgement’ tetapi masih

tidak didaftarkan oleh SMK atas sebab-sebab tertentu, dianggap tidak diluluskan oleh JPK untuk

mengelakkan bayaran dikenakan ke atas permohonan. Pemohon hendaklah membuat

permohonan baru melalui sistem ePermit.

VI. IP yang dicetak daripada sistem tidak memerlukan tandatangan pegawai yang melulus

(Approver) dan ia merupakan dokumen pengimportan yang sah dan boleh digunakan untuk

urusan pengimportan.

Page 9: GARIS PANDUAN (STANDARD OPERATING PROCEDURE, SOP ... · garis panduan (standard operating procedure, sop) permohonan permit import (import permit, ip) secara elektronik oleh bahagian

9 | 10112009/08062016/28022018

8. MENCETAK IP YANG DILULUSKAN

I. Pengguna yang telah mendapat status “Acknowledged by Customs” dalam permohonannya boleh

mencetak IP tersebut di atas kertas bersaiz A4 (Appendix III).

II. JPK akan mencetak IP bagi pemohonan secara offline dan akan diserahkan kepada pengguna

melalui sampul surat yang beralamat sendiri yang disediakan oleh pengguna atau pengguna boleh

datang sendiri untuk mengambilnya (bagi kes permohonan IP sampel Bahan Organan dan Bahan

yang Mengandungi Mikroorganisma).

III. IP yang telah dicetak hendaklah dikemukakan kepada negara pengeksport bagi tujuan

pematuhan syarat-syarat pengimportan dan pengeluaran sijil fitosanitasi/berkaitan. Satu salinan

juga hendaklah diserahkan kepada pegawai Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia

(JABATAN MAQIS) di pintu-pintu masuk semasa membuat pengikraran.

9. PEMBATALAN IP

I. Pengguna yang telah menghantar permohonan IP kepada JPK boleh memohon untuk membatalkan

permohonan IP.

II. Permohonan yang telah mencapai status ‘Approved by OGA’, ‘Awaiting Acknowledgement by

Custom’, ‘Rejected by Custom’, atau ‘Acknowledged by Custom’ tetapi memohon untuk

membatalkan permohonannya tidak akan menerima kembali fee yang telah dibayar kepada JPK.

III. JPK berhak membatalkan permohonan IP pada mana-mana status permohonan dengan memberi

notis pembatalan secara bertulis tanpa mengembalikan fee yang telah dibuat oleh pengguna atas

alasan kepentingan dan keselamatan industri pertanian negara.

10. PENGIKRARAN BARANG DENGAN IP

I. Pengguna akan membuat pengikraran/pengisytiharan barang-barang yang diimport secara

elektronik kepada SMK menggunakan modul perisian K1 (“K1 (import) front-end software”) yang

dibekalkan oleh pihak DNT.

Page 10: GARIS PANDUAN (STANDARD OPERATING PROCEDURE, SOP ... · garis panduan (standard operating procedure, sop) permohonan permit import (import permit, ip) secara elektronik oleh bahagian

10 | 10112009/08062016/28022018

II. Pengguna hendaklah menggunakan maklumat-maklumat di dalam IP yang telah diluluskan untuk

tujuan di atas.

III. Modul perisian K1 akan menghantar maklumat pengikraran berserta maklumat permit di dalamnya

kepada SMK melalui infrastruktur SMK-DagangNet.

(Nota : Sila pastikan maklumat permit yang diisi di dalam pengikraran K1 sama dengan maklumat

permit di dalam borang IP seperti No ROB/ROC syarikat, No Permit, Tarikh Tamat Permit dan

Jumlah Kuantiti.)

11. PROSES VALIDASI DI ANTARA PENGIKRARAN K1 SISTEM MAKLUMAT KASTAM (SMK) DENGAN

MAKLUMAT IP

I. Maklumat permit yang dihantar bersama pengikraran K1 (iaitu menggunakan message

“CUSDEC”) akan divalidasi dengan permit yang telah didaftarkan oleh SMK.

II. Maklumat-maklumat yang akan divalidasi adalah:

a. No ROB/ROC syarikat

b. No Permit

c. Tarikh Tamat Permit

d. Jumlah Kuantiti

(Nota: Jika terdapat maklumat di antara pengikraran K1 dengan maklumat permit yang tidak

bertepatan, SMK akan menghantar satu “error message” untuk memaklumkan bahawa

permit salah (“invalid permit”) atau permit tidak dijumpai (“permit not found”) di dalam

rekod pangkalan data SMK.)

III. Setelah didaftarkan dalam SMK dan divalidasikan, pemeriksaan fizikal ke atas konsainan yang

diimport akan dijalankan oleh Jabatan MAQIS.

IV. Setelah pemeriksaan konsainan, Jabatan MAQIS akan memaklumkan status keputusan

pemeriksaan dalam SMK. Keputusan adalah sama ada dibenarkan masuk atau perlu tindakan

kuarantin. Jika berjaya iaitu lulus proses validasi, CUSDEC tersebut akan didaftarkan oleh SMK

dan konsainan akan dilepaskan.

Page 11: GARIS PANDUAN (STANDARD OPERATING PROCEDURE, SOP ... · garis panduan (standard operating procedure, sop) permohonan permit import (import permit, ip) secara elektronik oleh bahagian

11 | 10112009/08062016/28022018

LAMPIRAN 1 EP-1

Borang Wang Deposit ePermit Kepada: Ketua Pengarah Pertanian Tuan, Permohonan Deposit ePermit Dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas saya ingin mendepositkan wang sebanyak RM ........................ (Dengan Perkataan : Ringgit : ...................................................) secara kiriman wang/bank deraf)* bernombor ........................... bagi syarikat/individu seperti maklumat di bawah : ROC/ROB* : Nama Syarikat/Individu* : Alamat* : Tel* : Fax : Email : * Wajib diisi Pegawai yang dihubungi: Sekiranya menggunakan khidmat Agen Penghantaran Forwarding agent sila nyatakan maklumat berikut : Nama agen : Alamat : Tel : E-mail : .......................................................................................................................................................................... Nama Penghantar Permohonan : No. Kad Pengenalan : Alamat : Tel : Tandatangan : Tarikh : * Potong yang tidak berkenaan. Had minima adalah RM150.00 (Ringgit: Satu ratus lima puluh sahaja) ..........................................................................................................................................................................

Untuk Kegunaan Pejabat 1. Tarikh terima : 2. No Rujukan Syarikat/Individu : 3. No. Resit (Kew. 69) : 4. Nama penerima deposit : 5. Baki semasa deposit selepas penerimaan (RM) :

Page 12: GARIS PANDUAN (STANDARD OPERATING PROCEDURE, SOP ... · garis panduan (standard operating procedure, sop) permohonan permit import (import permit, ip) secara elektronik oleh bahagian

12 | 10112009/08062016/28022018

LAMPIRAN 2

Senarai Pejabat JPK Yang Boleh Menerima Deposit ePermit

No. Negeri Nama Pejabat

1. WP Kuala Lumpur Seksyen Kawalan Import & Eksport Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian Aras 2, Wisma Tani, Jalan Sultan Salahuddin 50632 Kuala Lumpur Tel : 03 – 2030 1500

2. Johor Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian Negeri Johor Jalan Abdul Samad, 80100 Johor Bahru, Johor Tel : 07 – 758 1211

3. Kelantan Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian Negeri Kelantan Lundang, 15200 Kota Bharu, Kelantan Tel : 09 – 744 0508

4. Kedah Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian Negeri Kedah Kompleks Jabatan Pertanian Teluk Chengai, 06600 Kuala Kedah, Kedah Tel : 04 – 771 8341

5. Perlis Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian Negeri Perlis Kompleks Pertanian Bukit Temiang 02400 Beseri, Perlis Tel : 04 – 938 8111

**PEMBAYARAN DEPOSIT ADALAH BERDASARKAN BRANCH YG DIMOHON MELALUI EPERMIT

Page 13: GARIS PANDUAN (STANDARD OPERATING PROCEDURE, SOP ... · garis panduan (standard operating procedure, sop) permohonan permit import (import permit, ip) secara elektronik oleh bahagian

13 | 10112009/08062016/28022018

LAMPIRAN 3 EP-2

Borang Tuntutan Pemulangan Wang Deposit ePermit Kepada Ketua Pengarah Pertanian Jabatan Pertanian Tuan, Permohonan Untuk Menuntut Baki Wang Deposit ePermit Dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas saya ingin menuntut baki wang deposit ePermit bagi syarikat/individu seperti maklumat di bawah : ROC/ROB (jika berkaitan) Nama Syarikat/Individu : Alamat Syarikat/Individu : Tel : Fax : Email : Nama Bank dan Cawangan : No. Akaun : ..................................................................................................................................................................... Nama Pegawai Memohon : No. Kad Pengenalan : Alamat : Tel : Tandatangan : Tarikh : ......................................................................................................................................................................

Untuk Kegunaan Pejabat

2. Tarikh terima borang tuntutan : 2. No Rujukan Syarikat/Individu : 3. Tarikh akhir permit diluluskan : 4. Baki deposit (RM) : 5. Tarikh hantar borang tuntutan ke Cawangan Akaun :

Page 14: GARIS PANDUAN (STANDARD OPERATING PROCEDURE, SOP ... · garis panduan (standard operating procedure, sop) permohonan permit import (import permit, ip) secara elektronik oleh bahagian

14 | 10112009/08062016/28022018

SEKSYEN B

‘FALLBACK PROCEDURE’

1. MAKLUMAN JIKA BERLAKU GANGGUAN KEPADA SISTEM

I. Semua pihak yang terlibat akan menerima notis berkenaan gangguan kepada sistem daripada

pihak Dagang Net iaitu Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Careline) samada melalui faks, sistem

pesanan ringkas (sms) atau e-mail.

II. Pihak ’Careline’ juga akan menghantar notis kepada semua pihak terlibat jika gangguan kepada

sistem telah pulih sepenuhnya.

III. Bagi mendapatkan perkhidmatan sistem pesanan ringkas, “sms”, semua pihak terlibat perlu

mendaftarkan nombor telefon bimbit dengan pihak “Careline”.

2. PERMOHONAN IP SECARA MANUAL

I. Permohonan IP secara manual hanya dibenarkan jika terdapat gangguan seperti berikut:

a. Pejabat JPK menghadapi masalah dengan talian komunikasi untuk mengakses sistem

ePermit lebih daripada 48 jam (jika berlaku di Ibu Pejabat JPK Kuala Lumpur).

(Nota: Sekiranya akses ke ePermit tidak boleh dibuat di sesuatu pejabat JPK lain seperti

Kota Bharu atau Alor Setar, permohonan boleh dimajukan ke Ibu Pejabat JPK Kuala

Lumpur).

b. Sistem Maklumat Kastam (SMK) menghadapi masalah dengan talian komunikasi atau

rangkaian sistem komputer untuk mendaftar IP lebih daripada 2 jam.

c. Pihak DNT menghadapi masalah dengan talian komunikasi atau rangkaian sistem

komputer lebih daripada 2 jam.

Page 15: GARIS PANDUAN (STANDARD OPERATING PROCEDURE, SOP ... · garis panduan (standard operating procedure, sop) permohonan permit import (import permit, ip) secara elektronik oleh bahagian

15 | 10112009/08062016/28022018

SEKSYEN C

PERTANYAAN

1. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan sistem ePermit, sila hubungi DNT:

Dagang Net Technologies Sdn Bhd

Tower 3, Avenue 5

The Horizon, Bangsar South

No. 8, Jalan Kerinchi

59200 Kuala Lumpur

Waktu Beroperasi: 24 jam (7 hari seminggu)

General line: 03-2730 0200

Careline: 1-300-133-133

Faks: 603-2713 2121

Pusat Pager: 603-7804 8833

Pager No: 43032 / 43033

Handphone: 017-873 3292, 017-888 0248

Email: [email protected]

Web Careline: http://www.dagangnet.com

Page 16: GARIS PANDUAN (STANDARD OPERATING PROCEDURE, SOP ... · garis panduan (standard operating procedure, sop) permohonan permit import (import permit, ip) secara elektronik oleh bahagian

16 | 10112009/08062016/28022018

2. Permohonan Latihan Penggunaan sistem ePermit http://www.dagangnet.com/index.php/products/epermit.html

3. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan IP secara elektronik dan SMK boleh menghubungi pegawai JPK dan KDRM seperti di Appendik II.

Page 17: GARIS PANDUAN (STANDARD OPERATING PROCEDURE, SOP ... · garis panduan (standard operating procedure, sop) permohonan permit import (import permit, ip) secara elektronik oleh bahagian

17 | 10112009/08062016/28022018

APPENDIK I CARTA ALIRAN PERMOHONAN IP

Aliran Proses (“Online”) Keterangan Status dalam

ePermit

Pengguna yang berdaftar dengan DNT mengemukakan permohonan IP secara elektronik melalui ePermit - Terima ID dan Katalaluan - Bayar wang deposit kepada JPK

dan memastikan wang deposit sentiasa mencukupi

a) Permohonan IP dilakukan melalui http://epermit.dagangnet.com

b) Semua maklumat perlu diisikan c) Klik butang ’Submit to OGA’

untuk menghantar permohonan

Draft Awaiting OGA approval

a) Permohonan akan disemak oleh Pegawai Penyemak untuk memastikan maklumat adalah betul

b) Jika terdapat kesalahan, permohonan akan ditolak

c) Permohonan baru perlu dikemukakan

Verified by OGA

Rejected by OGA

a) Permohonan akan dihantar kepada pelulus untuk proses kelulusan

b) Permohonan ini akan disemak sekali lagi sebelum diluluskan

c) Jika terdapat kesalahan maklumat, permohonan akan ditolak

d) Permohonan baru perlu dikemukakan

Approved by OGA

Rejected by OGA

MULA

MOHON

SEMAK

LULUS

Tidak

Ya

Tidak

Ya

Page 18: GARIS PANDUAN (STANDARD OPERATING PROCEDURE, SOP ... · garis panduan (standard operating procedure, sop) permohonan permit import (import permit, ip) secara elektronik oleh bahagian

a) Permohonan dihantar kepada

SMK untuk proses pendaftaran b) SMK akan memberi “response”

kepada setiap permit yang didaftarkan

c) Jika tidak didaftarkan, pengguna perlu membuat permohonan baru

Awaiting Customs Acknowledgement

Acknowledged by Customs Rejected by Customs

Permohonan yang diluluskan akan dikeluarkan IP yang boleh dicetak oleh pengguna menggunakan kertas A4 berwarna putih.

Acknowledged by Customs

Tidak diperlukan

DAFTAR SMK

CETAK

TANDATANGAN

TAMAT

Ya

Tidak

Page 19: GARIS PANDUAN (STANDARD OPERATING PROCEDURE, SOP ... · garis panduan (standard operating procedure, sop) permohonan permit import (import permit, ip) secara elektronik oleh bahagian

19 | 10112009/08062016/28022018

APPENDIK II

PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI

OGA (JPK) : KDRM :

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian, Aras 2, Wisma Tani Kuala Lumpur, Jalan Sultan Salahuddin, 50632 Kuala Lumpur

Bahagian Teknologi Maklumat Ibu Pejabat Kastam DiRaja Malaysia 5th Floor, Block 2G1B Kompleks Kementerian Kewangan, Precinct 2, 62592 Putrajaya

Tel : 03-2030 1500 / 1436 / 1434 / 1427 / 1522 Faks : 03-2697 7164 E-mail: [email protected]

Tel : 03-8882 2100 Fax : 03-8888 4589

Cawangan Penjenisan Tarif dan Gubalan

http://www.customs.gov.my/ms/cu/Pages/cu_tsd.aspx DAGANG NET : Dagang Net Technologies Sdn Bhd Tower 3, Avenue 5, The Horizon, Bagsar South, No.8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur

Tel : 03-2713 0200 Faks : 03-2713 2121 Careline : 1 300 133 133

Page 20: GARIS PANDUAN (STANDARD OPERATING PROCEDURE, SOP ... · garis panduan (standard operating procedure, sop) permohonan permit import (import permit, ip) secara elektronik oleh bahagian

20 | 10112009/08062016/28022018

APPENDIX III CONTOH IP YANG DICETAK

Page 21: GARIS PANDUAN (STANDARD OPERATING PROCEDURE, SOP ... · garis panduan (standard operating procedure, sop) permohonan permit import (import permit, ip) secara elektronik oleh bahagian

21 | 10112009/08062016/28022018

Page 22: GARIS PANDUAN (STANDARD OPERATING PROCEDURE, SOP ... · garis panduan (standard operating procedure, sop) permohonan permit import (import permit, ip) secara elektronik oleh bahagian

22 | 10112009/08062016/28022018