fiqh muamalat islam: hukum dalam sistem jual beli …

12
Vol. 2, No.1 (2019) E-ISSN: 2637-0271 24 FIQH MUAMALAT ISLAM: HUKUM DALAM SISTEM JUAL BELI ATAS TALIAN (E-DAGANG) DARI SUDUT PANDANGAN FUQAHA [ISLAMIC MUAMALAT OF FIQH: LEGAL SYSTEM IN SELLING ONLINE (E-COMMERCE) FROM THE FUQAHA ISLAMIC VIEW] 1 NORADILAH ABDUL WAHAB [email protected] 1 WAN MOHD KHAIRUL FIRDAUS WAN KHAIRULDIN [email protected] *1 MOHD SANI ISMAIL [email protected] 1 Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, MALAYSIA *Corresponding Author ABSTRACT Internet usage is a new alternative in today's business transaction (e-commerce) and the using of this transaction is very efficient because sellers do not need certain space, and have no time boundary. The buyers will save time, even can make purchases regardless of time and place. E-commerce will be able to interpret purchases and sales in more modern and complex market. However, what is the Islamic perspective towards e-commerce regarding rules and other issues in conducting online transactions. Therefore, this article discusses previous studies on issues related to e-commerce and online transactions to ensure that it is in accordance with Islamic law. This article is a qualitative descriptive study, which review previous studies. Based on the deliberation of literature review, it is required (mubah) to run e-commerce in Islam, and it is expected to increase the level of confidence among Muslim community towards e-commerce, and further enhance muamalah activities in Malaysia. Keyword: Muamalah Islam; E-Commerce; Fuqaha Perspective ABSTRAK Penggunaan internet merupakan alternatif baru dalam urusan perniagaan (e-dagang) pada hari ini dan penggunaannya sangat efisien kerana penjual tidak memerlukan ruang yang tertentu, serta tidak terikat dengan masa. Pembeli juga dapat menjimatkan masa, malah boleh membuat pembelian tanpa mengira masa dan tempat. E-dagang dapat menginterpretasikan jual beli dalam bentuk pasaran yang lebih moden dan kompleks. Namun, bagaimana pula e-dagang menurut kaca mata Islam dan syarak, rukun serta isu ketika menjalankan transaksi online. Justeru, artikel ini membincangkan kajian terdahulu mengenai isu-isu yang berkaitan dengan e-dagang dan transaksi atas talian bagi memastikan ia bertepatan dengan kehendak syarak. Artikel ini merupakan kajian kualitatif deskriptif berdasarkan penelitian terhadap kajian-kajian lepas. Berdasarkan perbincangan terhadap kajian lepas, e-commerce diharuskan (mubah) dan diharap dapat meningkatkan keyakinan masyarakat yang beragama Islam terhadap e-dagang serta mempertingkatkan lagi perkembangan aktiviti muamalah di Malaysia. Kata kunci: Muamalah Islam; E-Dagang; Pandangan Fuqaha

Upload: others

Post on 19-Nov-2021

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FIQH MUAMALAT ISLAM: HUKUM DALAM SISTEM JUAL BELI …

Vol. 2, No.1 (2019) E-ISSN: 2637-0271

24

FIQH MUAMALAT ISLAM: HUKUM DALAM SISTEM JUAL BELI ATAS

TALIAN (E-DAGANG) DARI SUDUT PANDANGAN FUQAHA

[ISLAMIC MUAMALAT OF FIQH: LEGAL SYSTEM IN SELLING

ONLINE (E-COMMERCE) FROM THE FUQAHA ISLAMIC VIEW]

1NORADILAH ABDUL WAHAB

[email protected] 1WAN MOHD KHAIRUL FIRDAUS WAN KHAIRULDIN

[email protected]

*1MOHD SANI ISMAIL

[email protected]

1Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak,

21300 Kuala Nerus, Terengganu, MALAYSIA

*Corresponding Author

ABSTRACT

Internet usage is a new alternative in today's business transaction (e-commerce) and the using of this

transaction is very efficient because sellers do not need certain space, and have no time boundary.

The buyers will save time, even can make purchases regardless of time and place. E-commerce will

be able to interpret purchases and sales in more modern and complex market. However, what is the

Islamic perspective towards e-commerce regarding rules and other issues in conducting online

transactions. Therefore, this article discusses previous studies on issues related to e-commerce and

online transactions to ensure that it is in accordance with Islamic law. This article is a qualitative

descriptive study, which review previous studies. Based on the deliberation of literature review, it is

required (mubah) to run e-commerce in Islam, and it is expected to increase the level of confidence

among Muslim community towards e-commerce, and further enhance muamalah activities in

Malaysia.

Keyword: Muamalah Islam; E-Commerce; Fuqaha Perspective

ABSTRAK

Penggunaan internet merupakan alternatif baru dalam urusan perniagaan (e-dagang) pada hari ini dan

penggunaannya sangat efisien kerana penjual tidak memerlukan ruang yang tertentu, serta tidak

terikat dengan masa. Pembeli juga dapat menjimatkan masa, malah boleh membuat pembelian tanpa

mengira masa dan tempat. E-dagang dapat menginterpretasikan jual beli dalam bentuk pasaran yang

lebih moden dan kompleks. Namun, bagaimana pula e-dagang menurut kaca mata Islam dan syarak,

rukun serta isu ketika menjalankan transaksi online. Justeru, artikel ini membincangkan kajian

terdahulu mengenai isu-isu yang berkaitan dengan e-dagang dan transaksi atas talian bagi memastikan

ia bertepatan dengan kehendak syarak. Artikel ini merupakan kajian kualitatif deskriptif berdasarkan

penelitian terhadap kajian-kajian lepas. Berdasarkan perbincangan terhadap kajian lepas, e-commerce

diharuskan (mubah) dan diharap dapat meningkatkan keyakinan masyarakat yang beragama Islam

terhadap e-dagang serta mempertingkatkan lagi perkembangan aktiviti muamalah di Malaysia.

Kata kunci: Muamalah Islam; E-Dagang; Pandangan Fuqaha

Page 2: FIQH MUAMALAT ISLAM: HUKUM DALAM SISTEM JUAL BELI …

Vol. 2, No.1 (2019) E-ISSN: 2637-0271

25

PENGENALAN

Islam merupakan suatu cara hidup yang syumul meliputi komponen aqidah, syariah dan akhlak

sebagai panduan dan peraturan dalam menjalani kehidupan (Nasrul Hisyam, 2008), bahkan ajaran

Islam juga menitik beratkan urusan perniagaan dan muamalat (Muslim Djuned, 2009) bersandarkan

al-Quran sebagai sumber utama hukum yang bersifat fleksibel (al-Munawar, 1998). Al-Quran juga

diutuskan bagi menunjukkan manusia ke jalan yang benar.

Lantaran itu, timbulnya syarak yang bertindak sebagai pengatur tatacara serta undang-undang

kepada manusia menerusi hukum-hukumnya yang bersesuaian dengan setiap masa dan tempat (al-

Ashqar, 2003). Ahli fuqaha telah mengkategorikan bidang kehidupan manusia kepada dua kategori

utama iaitu ibadah dan muamalat. Perkataan muamalat secara umumnya membawa maksud sebarang

aktiviti manusia yang mencakupi aspek politik, ekonomi, sosial, kekeluargaan, perundangan, dan

jenayah kerana aspek-aspek tersebut tidak termasuk dalam kategori ibadah khusus (al-Suyuti 1983).

Namun, kemajuan dan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah

membawa perubahan yang besar kepada budaya kehidupan manusia yang merangkumi pelbagai

aspek kehidupan. Di katakan demikian kerana, pengaruh teknologi terbukti memberikan kesan dan

manfaat yang berskala besar kepada manusia di seluruh dunia (Noordin, 2012). Di samping itu,

ledakan perkembangan teknologi maklumat yang pesat juga telah memberi kesan kepada penggunaan

elektronik secara menyeluruh dalam pelbagai bidang, contohnya ialah e-niaga, e-dagang, e-kejaraan

(Zulfamy & Mohamad Fazli, 2016), e-tiket (Nor Adila & Nor Azlina, 2008) dan transaksi perniagaan

yang tidak memerlukan pelanggan untuk keluar daripada rumah bagi membeli sesuatu barang

keperluan (Ahmad Jazlan, Joni & Mohd Borhanuddin, 2015).

Penggunaan teknologi moden pada hari ini sebagai alat perantaraan dalam melancarkan

urusan manusia dan merupakan antara alternatif yang sangat berkesan dalam berurusan jual beli yang

dikenali sebagai e-dagang atau E-Commerce. T. Efraim et. al. (2004) telah mendefinisikan e-dagang

sebagai suatu proses pembelian, penjualan, pertukaran atau pemindahan produk, perkhidmatan atau

maklumat melalui jaringan internet. Manakala, E-Commerce menurut Thomas, (2001) pula adalah:

“The use of information and communication technologies to network economic activities and

processes, in order to reduce information related to transaction costs to gain a strategic, information

advantage.”

Memandangkan e-dagang merupakan transaksi baru dalam dunia perniagaan, maka para ahli

fuqaha berhadapan dengan cabaran baru dalam menyata dan memperjelaskan hukum-hakam yang

berkaitan (Ahmad Jazlan et. al., 2015) kerana tiada perbahasan yang khusus dalam kitab klasik (Nor

Adila & Nor Azlina, 2008). Walau bagaimanapun, perkembangan yang pesat dalam bidang sains dan

teknologi bukan sahaja memudahkan masyarakat, bahkan juga menyebabkan berlakunya hal-hal yang

rumit dan sukar untuk dihuraikan (al-Qardawi, 2002). Justeru, pelbagai isu-isu syariah telah timbul

dalam pelaksanaan e-dagang seperti hukum melakukan transaksi e-dagang, dan jenis kontrak sama

ada secara lafaz, bertulis, perbuatan atau isyarat serta pelbagai isu-isu yang lain. Oleh itu, kajian ini

berhasrat untuk mengupas serta melihat sejauh manakah konsep dan amalan jual beli dalam e-dagang

selari dengan muamalat yang dianjurkan Islam.

Page 3: FIQH MUAMALAT ISLAM: HUKUM DALAM SISTEM JUAL BELI …

Vol. 2, No.1 (2019) E-ISSN: 2637-0271

26

JUAL BELI

Jual beli dalam Bahasa arab ialah al-bai’ (البیع). Menurut Ibn Manzur (1996), al-bai’ membawa

maksud jualan yang telah ditentukan harganya. Dalam masa yang sama, al-bai’ juga bermaksud

menjual, mengganti, menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain (Hasan, 2003) atau menukar barang

dengan barang (Rachmat, 2006). Jual beli juga merupakan aqad yang merujuk kepada pertukaran

sesuatu harta dengan harta yang lain bagi tujuan pemilikan kekal. Oleh itu, konsep Jual beli harus

melibatkan sesuatu harta mengikut nilaian syarak. Ia juga perlu membabitkan, pemilikan dan

penyerahan hak milik dan tidak boleh ditetapkan untuk tempoh tertentu sahaja (Mustofa et. al., 2004).

Manakala jual beli dari segi istilah menurut Imam Hanafi ialah, menukar barang atau harta dengan

barang atau harta milik orang lain yang dilakukan dengan cara ijab dan qabul. Menurut Imam

Nawawi, jual beli merupakan proses tukar menukar barang dengan barang dengan tujuan pemilikan

(Syarbini, 2003).

Adapun menurut Ibnu Qudamah, jual beli adalah tukar menukar barang dengan barang

bertujuan memberi kepemilikan dan menerima hak milik (al-Zuhailiy, 1985). Menurut fuqaha

mazhab Maliki, jual beli dari sudut syarak ialah sesuatu aqad yang mengandungi pertukaran barangan

antara kedua-dua belah pihak yang melakukan aqad (al-Dusuqi, T.t). Manakala menurut mazhab

Syafie, jual beli menurut istilah syarak adalah pertukaran barangan dengan barangan lain melalui

vara-cara tertentu (al-Syarbini, 1981). Adapun mazhab Hambali mendefinisikan jual beli sebagai

pertukaran barangan dengan barangan lain secara pertukaran hak milik (Ibn Ahmad, 1972). Jual beli

merupakan kegiatan yang diharuskan dalam Islam. Sebagaimana firman Allah SWT:

ٱلب يع وحرم ٱلر ب وا ٢٧٥وأحل ٱلل

Maksudnya: Dan Allah SWT telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba 1(Q.S. al-Baqarah

2: 275).

Ibn Kathir (2000) menjelaskan ayat ini adalah satu gambaran tentang keharusan umat Islam untuk

berjual beli dalam segenap perkara berlandaskan kepada petunjuk syarak. Namun, dalam masa yang

sama, Allah SWT turut menjelaskan tentang perbezaan antara jual beli dan riba. Hal ini adalah untuk

menjadikan umat Islam mengelakkan daripada terlibat dalam transaksi riba ketika melakukan urusan

jual beli.

Allah SWT turut berfirman dalam ayat-ayat yang lain tentang keharusan jual beli sebagaimana

firman-firmanNya:

ت غوا فضلليس علي ١٩٨ رب كم م ن ا كم جناح أن ت ب

Maksudnya: Tidak berdosa bagimu untuk mencari rezeki (daripada hasil perniagaan) daripada

Tuhanmu (Q.S. al-Baqarah 2: 198).

1.Rahman-Terjemahan daripada Quran Pimpinan Ar.

Page 4: FIQH MUAMALAT ISLAM: HUKUM DALAM SISTEM JUAL BELI …

Vol. 2, No.1 (2019) E-ISSN: 2637-0271

27

رة عن ت راض نكم إل أن تكون ت ٢٩ م

Maksudnya: Kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu

(Q.S. al-Nisa’ 4: 29).

Manakala hadith daripada Rasulullah SAW:

، إلى يهودي من طعاما اشتى أن النبي صلى الله عليه وسلم .2حديد من درعا ورهنه أجل

Dari ‘Aisyah radliyallaahu ‘anhaa: “Bahwasannya Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam pernah

membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran tertunda dan menggadaikan baju besinya

sebagai boroh atau gadai”.

Namun, Islam juga mencegah jual beli yang tidak mematuhi syariat Islam, sebagaimana firman Allah

SWT:

نكم بٱلب لكم ب ي كلوا أموي ها ٱلذين ءامنوا ل ت رة عن ت راضي نكم طل إل أن تكون ت ا أنفسكم إن ٱلل كان قت لو ت ول م

يمبك ٢٩ ا م رح

Maksudnya: hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu

dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka

diantara kamu dan janganlah kamu membunuh diri. Sesungguhnya Allah maha penyayang kepada

kamu. (Q.S. an-Nisa’ 4:29).

Ayat di atas menjelaskan bahawa tegahan untuk mendapatkan hak orang lain dengan cara

yang batil apabila melakukan urusan jual beli (Ibn Kathir, 2000). Ayat tersebut juga menjelaskan

jalan yang batil merujuk kepada jalan yang haram menurut agama iaitu jual beli yang tidak memenuhi

rukun dan syarat-syaratnya, seperti jual beli najis dan arak (al-Suyuti, 2004). Sebagaimana firman

Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 90:

ي ها ٱلذين ءا ر وٱلنصاب ي ا ٱلمر وٱلميس رجس من وا إن ٩٠علكم ت فلحون ل ٱلشيطن فٱجتنبوه عمل م ن وٱلزل

Maksudya: Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, menyembah berhala dan

mengundi masa dengan anak panah adalah perbuatan keji dan termasuk dalam amalan syaitan. Maka

jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beruntung (Q.S. al-Maidah 5:90).

Manakala menurut Sayuti (1983), terdapat satu kaedah fiqah dalam muamalah yang menyatakan:

لي ل على الت بحة حت يدل ا لد ياء ا لإ ري الص ل ف ا لش ح

2no. 2068, 2096, 2200, 2251, 2252, 2386, 2509, 2513, 2916, 4467; Muslim Bukhari .HR[.

Nasa’i no. 4609, 4650; Ibnu Majah no. 2436; dan Ahmad no. 23626, 24746, -no. 1603; An].25467, 25403

Page 5: FIQH MUAMALAT ISLAM: HUKUM DALAM SISTEM JUAL BELI …

Vol. 2, No.1 (2019) E-ISSN: 2637-0271

28

Maksudnya: Hukum asal dalam sesuatu muamalah adalah harus sehingga ada dalil yang

mengharamkannya.

Manakala rukun jual beli pula terbahagi kepada empat iaitu, penjual, pembeli, ijab qabul dan

barang yang dijual (Asy-Syawkani, 1989). Pendapat lain menyatakan bahawa terdapat tiga rukun

penting dalam aqad jual beli iaitu pihak yang mengikat kontrak, sighah (Ijab dan Qabul) dan barang

jualan serta harganya.

Rukun yang pertama ialah pihak yang mengikat kontrak, iaitu mereka mestilah waras, baligh,

berakal dan boleh menguruskan harta dengan baik. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa

kedua-dua pihak yang beraqad perlulah berakal (al-Kusani, T.t). Justeru itu, kanak-kanak, orang gila

dan bodoh tidak boleh melakukan sebarang muamalah serta tidak boleh melakukan aqad jual beli.

Walau bagaimana pun, golongan tersebut boleh melakukan muamalah dengan keizinan wali atau

penjaga mereka (al-Kusani, T.t). Sebagaimana firman Allaw SWT dalam Surah al-Nisa’ 4:6:

هم رشد ن مى حت إذا ب لغوا ٱلن كاح فإن ءانستم م ت لوا ٱلي ت لم ول ف ا وٱب م أمو كلوها إسرافٱدف عوا إليه أن وبدارا ا ت

يكبوا

م وكفى بٱلل فقير كان ومن ف ليست عفف ا غن كان ومن لم فأشهدوا عليه م أمو كل بٱلمعروف فإذا دف عتم إليها ف ليأ

يب ٦ ا حس

Maksudnya: “Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur

(dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan

bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka

hartanya.”

Seterusnya, penjual dan pembeli bebas membuat pilihan ketika mengikat kontrak dan tidak

akan terjadi aqad sekira dipaksa. Sebagaimana menurut mazhab Syafie, tidak sah jual beli dengan

paksaan, kecuali paksaan tersebut dilakukan oleh hakim bagi melunaskan hutang orang yang dipaksa

(al-Abbas, 1967).

Seterusnya penjual dan pembeli merupakan individu yang berlainan iatu wujud dua pihak

yang berlainan yang mengikat kontrak tersebut dan bukanlah penjual serta pembeli adalah orang yang

sama (Mustofa et. al., 2004). Syarat seterusnya ialah pengikat kontrak tersebut bukanlah seorang yang

cacat penglihatan atau buta kerana jual beli yang dijalankan oleh orag buta tidak sah kerana wujudnya

kejahilan yang ketara. Melainkan penjual atau pembeli tersebut mewakilkan kepada orang yang

sempurna bagi pihaknya (Mustafa et. al., 2004).

Manakala rukun yang kedua pula ialah sighah kontrak yang melibatkan Ijab dan Qabul. Ijab

dan Qabul merupakan unsur penting ketika berlakunya aqad jual beli dengan lafaz seperti “saya

menjual kereta ini kepada anda dengan harga sekian” dan Qabul pula seperti “saya setuju atau saya

membelinya” (Zaidan, 1989). Adapun menurut mazhab Hanafi, lafaz ijab boleh dilafazkan oleh salah

seorang daripada penjual atau pembeli (al-Siwasi, 1970). Manakala Syafie, Maliki dan Hambali pula

bersepakat bahawa, lafaz ijab merupakan penyerahan hak milik daripada penjual, walaupun ia

diucapkan terkemudian daripada qabul (al-Abbas, 1967).

Manakala bagi rukun ketiga pula ialah barang jualan dan harganya iatu dikenali juga sebagai

subjek kontrak. Subjek kontrak ini perlu memenuhi beberapa syarat seperti barangan yang dijual

Page 6: FIQH MUAMALAT ISLAM: HUKUM DALAM SISTEM JUAL BELI …

Vol. 2, No.1 (2019) E-ISSN: 2637-0271

29

mestilah dalam bentuk yang bernilai mengikut syarak, berfaedah dan bermanfaat, barangan boleh

diserahkan ketika berakad, barangan dan nilai harga diketahui, dan pihak yang berkontrak mestilah

orang yang mempunyai kuasa ke atas barangan yang ingin dijual. Justeru itu, dapat disimpulkan

bahawa barangan yang dijual beli memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh syarak, agar urusan

muamalah jual beli bertepatan dengan kehendak syarak dan mengelak perselisihan antara masyarakat

berlaku.

JUAL BELI ONLINE (E-DAGANG)

Perniagaan dalam talian atau lebih dikenali sebegai E-dagang merupakan salah satu medium

perniagaan terkini yang banyak diaplikasikan oleh para peniaga pada ini (Nik Rahim, 2009). E-

dagang juga merupakan sistem perniagaan yang menggunakan kemudahan teknologi maklumat,

terutamanya telekomunikasi yang canggih dan talian internet untuk berurusan dengan pelanggan.

Selain itu, e-dagang juga melibatkan kegiatan perniagaa yang menggunakan internet sebagai

instrumen pemasaran dengan jangkauan potensi jualan seantero dunia (Noordin, 2012).

E-dagang boleh ditakrifkan sebagai satu sistem yang membolehkan penjualan dan pembelian

barangan atau perkhidmatan oleh penjual dan pengguna di internet (Suhana Safari & Maisharah,

2013). Istilah e-dagang juga boleh diinterpretasikan berdasarkan konteks yang lebih luas atau umum

dan konteks yang lebih sempit. Istilah daripada konteks yang lebih umum dilihat sebagai bentuk atau

cara pelaksanaan perniagaan secara eloktronik. Manakala daripada konteks yang lebih sempit pula

ialah satu transaksi perniagaan atau perdagangan secara elektronik (McGeachine, 1999). Manakala

Kalakota dan Whinston (1996) telah mendefinisikan e-dagang kepada empat perspektif:

i. Perspektif komunikasi- penyampai maklumat, produk atau perkhidmatan melalui cara

elektronik.

ii. Perspektif perniagaan- merupakan satu aplikasi teknologi ke arah transaksi perniagaan

automatik.

iii. Perspektif perkhidmatan- pengurangan kos besar-besaran di samping meningkatkan kualiti

dan mempercepatkan kelajuan perniagaan dan perkhidmatan penghantaran.

iv. Perspektif dalam talian- e-dagang merujuk kepada kemungkinan untuk membeli atau menjual

produk dan maklumat serta perkhidmatan dalam talian lain.

Pada asasnya, e-dagang terbahagi kepada dua jenis, iaitu e-dagang antara perniagaan dengan

perniagaan dan e-dagang antara perniagaan dengan pengguna. E-dagang antara perniagaan dengan

perniagaan melibatkan transaksi antara dua atau lebih syarikat, iaitu satu pihak merupakan syarikat

pembekal kepada satu pihak yang lain. E-dagang antara perniagaan dengan pengguna pula melibatkan

transaksi antara penjual produk akhir dengan pengguna (Zulfamy et. al., 2016).

Kemudahan internet telah memudahkan lagi perniagaan e-dagang dijalankan dan bancian

Nielsen Online mendapati jumlah pengguna internet di Asia adalah sebanyak 825,094,396 orang

(42%) berbanding populasi seramai 3,834 792,852 pada tahun 2010. Manakala di Malaysia, kajian

yang sama mendapati kadar pengguna internet telah bertambah saban hari iaitu sebanyak 3.7 juta

orang pada tahun 2000 dan meningkat kepada 20.1 juta pengguna yang dianggarkan sehingga 31

Disember 2014. Di Malaysia, dianggarkan hanya 28 peratus daripada keseluruhan syarikat

perusahaan kecil sederhana menggunakan e-dagang berbanding dengan negara lain. Sektor e-dagang

Page 7: FIQH MUAMALAT ISLAM: HUKUM DALAM SISTEM JUAL BELI …

Vol. 2, No.1 (2019) E-ISSN: 2637-0271

30

di Malaysia pada masa kini masih belum dimanfaatkan sepenuhnya walaupun telah mengalami

perkembangan yang ketara (Bernama, 29 Jun 2015).

Justeru itu, kemudahan internet pada hari ini tidak lagi dianggap sebagai trend, tetapi

merupakan media yang memudahkan urusan harian masyarakat (Siti Haniah, 2015). Internet sebagai

medan informasi yang efektif dan efisien serta dapat diakses oleh semua masyarakat (Elpina & Deni,

2015). Bukan itu sahaja, bahkan di Malaysia, seramai 37% pengguna internet terlibat dalam aktiviti

E-dagang sehingga tahun 2009 (Siti Haniah, 2015). Aplikasi e-dagang ini memudahkan lagi aktiviti

perniagaan dijalankan pada setiap masa tanpa mengira tempat (Nik Rahim, 2009; Haniah, 2015).

KELEBIHAN PERNIAGAAN SECARA E-DAGANG

Terdapat banyak kelebihan perniagaan secara e-dagang yang dapat dilihat, dan kewujudan e-dagang

telah memberi impak yang positif dalam pemasaran masa ini. Bahkan dilihat lebih banyak

mendatangkan kebaikan berbanding kekurangan (Noornizam, 2006). Namun artikel ini hanya melihat

melalui dua sudut sahaja iaitu daripada sudut peniaga dan pengguna.

1. Kelebihan Daripada Sudut Peniaga

Penyebaran melalui internet berhasil kerana ia menghubungkan pengguna akhir dengan

pengeluar secara terus. Justeru itu, penggunaan agen dan pengedar dalam pemasaran dapat

dikurangkan selain dapat mengurangkan kos yang tidak diperlukan oleh pengeluar dalam

memasarkan produk dan hasil harga yang sampai kepada pengguna lebih murah berbanding

menggunakan perantara (Peattie, 1997). Selain itu juga, e-dagang dapat mengurangkan kos

sewaan premis perniagaan atau gudang, insurans, kos-kos transaksi pemindahan barangan

atau perkhidmatan dan sebagainya. Kos buruh dan bil utiliti juga dapat dijimatkan.

a. Hubungan secara langsung dengan pengguna

Peniaga dapat berhubung terus dengan pengguna tanpa melibatkan pihak ketiga dan ini

mempercepatkan lagi urusan bersama pembeli (Keen et. al., 2004).

b. Mudah membuat perubahan

Perniagaan e-dagang dapat memudahkan peniaga melakukan perubahan dari semasa ke

semasa ke atas produk keluaran mereka daripada segi pengiklanan, harga barangan dan

perkara lain. Selain itu, medium e-dagang ini juga dapat disalurkan kepada pengguna dengan

cepat dan tepat walaupun hanya dengan berada di rumah sahaja dan medium ini juga lebih

fleksibel (Nor Adila & Nor Azlina, 2008).

c. Prospek dan pemasaran yang lebih luas

Perniagaan e-dagang dapat meluaskan lagi peluang pengiklanan dan pemasaran barangan atau

perkhidmatan. Usahawan yang mempunyai orientasi internet juga dapat dipertingkatkan

dalam memperluaskan hasil perniagaan mereka (Mostafa, Wheeler & Jones, 2006).

2. Kelebihan Daripada Sudut Pengguna

a. Banyak pilihan

Pengguna dapat membuat perbandingan dan mempunyai pilihan dari segi harga, kualiti dan

perkhidmatan. Perniagaan e-dagang dapat memberi banyak pilihan kepada pembeli dan harga

Page 8: FIQH MUAMALAT ISLAM: HUKUM DALAM SISTEM JUAL BELI …

Vol. 2, No.1 (2019) E-ISSN: 2637-0271

31

yang lebih kompetitif selain mudah untuk diakses bagi mendapatkan pelbagai maklumat

(Khristianto et al., 2012).

b. Menjimatkan masa

Menurut Grewaletal, (2002) Chen dan Leteney, (2000) membeli belah melalui internet dapat

memenuhi keperluan pengguna dengan lebih berkesan dan cekap berbanding membeli beli-

belah secara konvensional. Aplikasi e-dagang dapat memudahkan lagi aktiviti perniagaan

dijalankan tanpa mengira masa dan tempat seiring dengan perubahan kehidupan manusia yang

lebih mementingkan masa (Nik Rahim, 2009). Bahkan kenyataan ini disokong oleh Grewal

et. al., (2002) yang menyatakan bahawa membeli belah dalam talian dapat memudahkan bagi

mereka yang mementingkan masa berbanding dengan urus niaga konvensional.

c. Keselesaan membuat pilihan belian

Pembelian secara atas talian boleh memberi keselesaan kepada pengguna (Childers et. al.,

2001) dan dapat memberi maklumat yang mesra pelanggan serta terkini. Maklumat yang tepat

dan terkini membolehkan pengguna membuat pilihan, pembelian dan pertimbangan yang

tepat (Davis, 1993). Selain itu juga, pembeli dapat membuat pemilihan yang tepat kerana

pembeli boleh membuat pertimbangan masa

ISU-ISU SYARIAH DALAM BERMUALAT MENGGUNAKAN E-DAGANG

Teknologi merupakan antara salah satu daripada elemen perubahan yang terjadi dalam dunia moden

hari ini (Muhammad Fakhruddin, 2010). Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai isu yang melibatkan

undang-undang syariah dalam perniagaan e-dagang yang memerlukan penelitian dan kajian secara

terperinci. Namun, artikel ini hanya akan membincangkan isu yang berkaitan dengan kontrak e-

dagang dan isu barangan jualan e-dagang sahaja serta tidak melibatkan isu-isu syariah yang lain.

i. Isu Bentuk Kontrak E-Dagang

Bentuk kontrak sama ada melibatkan kontrak secara berlafaz, bertulis, perbuatan dan isyarat

merupakan antara isu yang sering dikaitkan dalam e-dagang dan perniagaan atas talian yang

menggunakan komputer sebagai perantara dalam melakukan transaksi e-dagang. Justeru itu,

kontrak yang berlaku boleh dikira sebagai kontrak secara bertulis kerana pembeli dan penjual

berinteraksi melalui komputer dan setiap data yang dihantar melalui dua komputer tersebut

boleh dicetak (Zamzuri & Mat Noor, 2003: 532).

Bahkan para ulama fuqaha terdahulu juga telah menjelaskan bahawa bertulis atau

bercetak merupakan antara salah satu bentuk kontrak (Badran, 1983: 379). Ia juga merupakan

satu bentuk kontrak yang dibenarkan oleh syarak bagi menunjukkan kehendak kedua belah

pihak yang berkontrak sama ada kedua-duanya mampu berkata-kata atau kedua-duanya tidak

mampu berkata-kata atau salah seorang sahaja yang mampu berkata-kata. Begitu juga dengan

situasi kedua-dua pembeli dan penjual berada dalam satu majlis atau mereka berdua berada di

dua tempat yang berlainan (Madkur, 1963: 535-536).

Menurut al-Bacli (198998), kontrak yang dilakukan secara bertulis antara dua pihak yang ghaib adalah

sama seperti kontrak yang dilafazkan oleh kedua pihak yang hadir. Mengikut asas-asas tersebut, maka

Page 9: FIQH MUAMALAT ISLAM: HUKUM DALAM SISTEM JUAL BELI …

Vol. 2, No.1 (2019) E-ISSN: 2637-0271

32

para perundangan Islam telah mengeluarkan satu kaedah an (Ibn al-Humam T.th: 79, Ibn Abidin,

1995:11).

الكتاب كالطاب

Maksudnya: Tulisan itu adalah seumpama dengan percakapan.

Walau bagaimana pun, kehendak daripada dua pihak yang berkontrak merupakan perkara

penting dalam melakukan sebarang kontrak (Shalabi, 1983: 440) kerana kehendak itu merupakan

asas kepada konsep redha-meredhai sebagai mana firman Allah s.w.t.

نكم بٱلبطل إل لكم ب ي كلوا أموي ها ٱلذين ءامنوا ل ت رة عن ت راض ي نكم أن تكون ت ٱلل كان إن أنفسكم ت قت لوا ول م

يم ٢٩ ا بكم رح

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta orang lain dengan jalan

yang batil, kecuali dengan perniagaan (jual beli) dengan suka sama suka di antara kamu (al-Quran,

al-Nisa’ 4:29).

Ayat di atas jelas menunjukkan larangan terhadap orang-orang beriman supaya tidak

memakan harta orang lain secara batil, melainkan telah berlaku jual beli di antara dua pihak iaitu

penjual dan pembeli secara reda dan meredai. Justeru itu, kontrak secara bertulis ini dibenarkan oleh

syarak jika memenuhi dua syarat yang telah ditetapkan iaitu mustabinah wa marsumah (al-Zuhayli,

1989: 103). Menurut al-Zarqa’ (1998:412), mustabinah ialah tulisan yang kekal sama ada ditulis di

atas kertas, papan tulis, tanah, ukiran di atas kayu dan tidak sah sekiranya ditulis di atas udara dan

angin. Manakala marsumah pula merupakan tulisan itu ditulis dengan cara tulisan yang biasa

diamalkan oleh kebanyakan manusia seperti dalam urusan surat menyurat dan memadai surat tersebut

mengandungi nama orang yang dikirim surat dan nama pengirim.

ii. Isu Barang Jualan E-Dagang

Terdapat dua persoalan berkaitan dengan barang jualan dalam e-dagang iaitu hukum

melakukan kontrak ke atas barang yang ghaib dan hukum melakukan kontrak ke atas barang

yang masih tidak wujud. Terdapat pelbagai pandangan daripada para ulama, dan menurut

Mazhab Hanafi, sesiapa yang membeli sesuatu barang yang tidak dilihat (ghaib) maka jual

beli tersebut adalah sah dan mempunyai hak khiyar bagi meneruskan jual beli tersebut atau

tidak tanpa mengira barang tersebut menepati sifat-sifat yang dinyatakan atau sebaliknya (Ibn

al-Human, 1989, 137-138).

Manakala mengikut Mazhab Maliki, jual beli barang secara ghaib adalah sah tetapi

disyaratkan bagi menyata sifat-sifat sekiranya barang tersebut tiada dalam majlis kontrak.

Namun, sekiranya barang tersebut wujud ketika majlis, maka tidak sah jual belinya hanya

dengan menyatakan sifat sahaja, bahkan barang itu mesti dilihat melainkan sekiranya barang

tersebut boleh menyebabkan kerosakan jika dibuka (al-Dardir 1973, 42-43).

Page 10: FIQH MUAMALAT ISLAM: HUKUM DALAM SISTEM JUAL BELI …

Vol. 2, No.1 (2019) E-ISSN: 2637-0271

33

Walau bagaimana pun, mengikut pendapat mazhab Shafie yang pertama, tidak sah

sama sekali berkaitan dengan jual beli barang yang ghaib iaitu barang yang tidak dilihat oleh

penjual dan pembeli, atau salah seorang daripada mereka berdua, sekalipun barang tersebut

wujud semasa majlis kontrak kerana terdapat unsur-unsur penipuan. Seterusnya pendapat

yang kedua pula ialah, sah jual beli tersebut dengan syarat hendaklah dinyatakan sifat-sifatnya

dan pembeli berhak khiyar sebaik sahaja melihatnya (al-Khatib al Sharnini t.th: 18).

KESIMPULAN

Kecanggihan dunia teknologi pada hari ini telah menyaksikan pelbagai aplikasi bagi memudahkan

masyarakat dalam meneruskan kehidupan seharian. Justeru itu, kemodenan telah mewujudkan

perniagaan secara e-dagang dengan pelbagai barangan yang disediakan bagi memenuhi permintaan

pengguna. E-dagang bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna, malah memberikan

kemudahan dan kebaikan kepada peniaga. E-dagang mampu meningkatkan jualan dan mengurangkan

kos-kos yang tertentu serta dapat berinteraksi dengan pengguna secara langsung. Walaupun tidak

terdapat hukum asal dalam perlaksanaan dan pembentukannya, namun fuqaha telah menetapkan asas-

asas hukum dan teori secara jelas berkaitan dengan urusan jual beli. Justeru, penyesuaian dan

pengaplikasian mengikut kesesuaian sebagai gambaran jelas berkaitan dengan keharusan e-dagang

supaya dapat mengelak berlaku kekeliruan kepada masyarakat. Kemunculan e-dagang juga

merupakan muamalah yang tidak bercanggah dengan sistem jual beli yang telah ditetapkan oleh

syarak, sekiranya menepati syarat dan rukun jual beli. Oleh kerana hukum asal bagi sesuatu itu adalah

mubah (harus), maka e-dagang juga adalah harus selagi mana ia menepati rukun dan syarat jual beli

yang telah digariskan oleh Islam bagi menjamin kemaslahatan manusia secara keseluruhannya.

RUJUKAN

Abdul Karim Zaidan. 1989. al-Madkhal Li Dirasah al-Syariah al-Islamiah. Cet. 11. Baghdad:

Maktabah al-Quds, hlm. 239.

Abi Muhammad Abdullah Ibn Ahmad. 1972. Al-Mughni. Juzuk 4. Beirut: Dar al-Kitab al-cArabi.

Hlm. 45.

Al-Allamah Syamsuddin Al-Syeikh Muhammad Al-Dusuqi.. t.t. Hasyiah Al-Dusuqi Ala Syarh Al-

Kabir, Juzuk 3. Mesir: Maktabah Isa al-Babi al-Halabi Wa Syirkuh, hlm. 2.

al-Darulqutni, ‘Ali ibn ‘Umar ibn Ahmad ibn Mahdi. 1993. Sunan al-Daruqutni. Delhi: Tab’at Delhi.

Al-Imam Kamaluddin Muhammad Ibn Abdul Wahid al-Siwasi. 1970. Op. cit., hlm. 248.

al-Suyuti, Jalaluddin Abd Rahman. 1983. Al-Ashbah wa al-Naza’ir. Beirut: Dar al-Kutub al-

‘Ilmiyyah.

al-Tirmidhi, Abu ‘Isa Muhammad ibn ‘Isa. 2011. Sunan al-Tirmidhi. Kaherah: Matba’ah Mustafa al-

Halabi.

Al-Syawkani. 1989. Fathul Qadiir. Juz 5. Mesir: al-Habib.

Badran, Abu alcAynayn. 1983. al-Sharicah al-islamiyyah tarikhuha wa nazariyyat al-milkiyyah wa

alcuqud. Iskandariah: Muassasat Shabab al-Jamicah.

Chandra, G. 2001. Pemasaran Global Edisi 1. Yongyakarta: Penerbit Andi.

Chellappa, R.K. 2002. Customer’s Trust in Electronic Commerce Transactions: The Role of

Perceived Privacy and Perceived Security. Unpublished manuscript, Emory University,

Atlanta, GA.

Page 11: FIQH MUAMALAT ISLAM: HUKUM DALAM SISTEM JUAL BELI …

Vol. 2, No.1 (2019) E-ISSN: 2637-0271

34

Chen, S. & Leteney, F. 2000. Get real! Managing the next stage of internet retail. European

Management Journal. Vol. 18 (5), 519–28.

Childers, T.L., Carr, C.L., Peck, J., & Carson, S. 2001. Hedonic and utilitarian motivations for online

retail shopping behavior. Journal of Retailing, 77(4), 511–35.

David McGeachine. l999. Defining E-Commerce dalam conference of the Measurement of Electronic

Commerce. Singapore: Singapore Department of Statistic.

Davis, F.D. 1993. User acceptance of information technology: system characteristics, user

perceptions and behavioral impacts. International Journal of Man-Machine Studies, 38(3),

475-487.

Elpina Pitriani & Deni Purnama. 2015. Dropshiping dalam Perspektif Konsep Jual Beli Islam. Jurnal

Ekonomi dan perbankan Syariah. Vol. 3. No. 2. Hlm: 87-104.

H. Said Agil Husin Al-Munawar. 1998. Konsep al-Maslahah Sebagai salah satu sumber perundangan

Islam. Jurnal Islamiyyat, 18 & 19. Hlm. 59-75.

Imam Jalaluddin al- Mahalli. 2004. Tafsir Jalalain. Jilid 1.

Kalakota, R. dan Whinston, A.B. 1996. Frontiers of 0. Boston: Addison-Wesley Longman,

Incorporated.

Mostafa, R., Wheeler, C., & Jones, M. 2005. Entrepreneurial orientation, commitment to the internet

and export performance in small and medium sized exporting firms. Journal of International

Enterprenuership, 3(4), 291– 302.

Muhammad al-Khatib al-Syarbini. (t.t). al-Iqna’. Juzuk 2. Dar A-l-Fikr, hlm. 2.

Muhammad Al-Syarbini. 2003. Mughnil-Muhtaaj, Juz 2. Beirut: Dar al-Fikr.

Muhammad Fakhruddin bin Ishak. 2010. Kesan Teknologi Moden Terhadap Perubahan Hukum:

Analisis Terhadap Penggunaan Short Message service (SMS). Tesis Sarjana Syariah.

Unpublished.

Muslim Djuned. 2009. Amar Ma’ruf Nahi Munkar Menurut Perpektif Al-Qur’an”, Jurnal Ilmiah Al-

Mua’shirah. Vol. 6, Nomor 1, Januari 2009, h. 49

Mustafa Al-Khin, Mustofa Al-Bugha, Ali al-Syarbaji. 2004. Kitab Feqah Mazhab Syafie (Jilid 6).

Terj. Ust Solehan bin Ayub. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd., hlm. 1000. (2).

Nik Rahim Bin Nik Wajis. 2009. E-dagang Menurut Perspektif Islam. Jabatan Syariah, Institut

Pengajian Islam, Universiti Brunei Darussalam.

Nor Adila & Nor Azlina. 2008. Kontrak E-Dagang: Perbandingan Aqad (Kontrak) dalam Muamalah

Islam. Vol. 1. Conference: International Conference of Entrepreneurship.

Noordin Zakaria. 2012. Perniagaan Internet patuh dengan syariah?. Dewan Ekonomi, 17–20.

Rachmat Syafei. 2006. Fiqih Muamalah. Pustaka Setia, Bandung.

Syamsuddin Muhammad Ibn Abi al-Abbas al-Ramli. 1967. Nihayah al-Muhtaj Ila Syarh al-Minhaj.

Juzuk 3. Mesir: Maktabah Wa Matbaah Mustafa al-Babi al-Halabi Wa Auluduhu, hlm. 387.

Umar Sulaiman, al- Ashqar. 2003. Tarikh al-Fiqh al-Islamiy. c. 3. Jordan: Dar al-Nafais., h. 41.

Wahbah Az-Zuhailiy. 1985. Fiqh Islam wa Adillatuhu. Juz 5. Cetakan 2.

Yusuf, al-Qaradawi. 2002. Ijtihad dalam Syariat Islam. (terj.), Kuala Lumpur: Cresent News Sdn.

Bhd., h. 61-63.

Zulfamy Mat Udi & Mohamad Fazli Sabri. 2016. Kebaikan, kelemahan dan Isu Semasa E-Dagang.

Jurnal Pengguna Malaysia. Jilid 26, Jun 2016.

Page 12: FIQH MUAMALAT ISLAM: HUKUM DALAM SISTEM JUAL BELI …

Vol. 2, No.1 (2019) E-ISSN: 2637-0271

35

SENARAI SINGKATAN

SAW Salla Allahu ‘Alayhi wa Sallam

SWT Subhanhu wa Taala