Lear Corporation
Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan
Isi Kandungan
Mesej daripada Ray Scott
Gambaran Keseluruhan Syarikat
Pernyataan Visi dan Misi
Pengenalan kepada Kod Kita 6
Pematuhan Undang-undang dan Peraturan 7
Pelaporan Kebimbangan
Anti Tindakan Balas 8
Konflik Kepentingan 9
Hadiah dan Hiburan
Sumbangan Politik
Peluang Korporat
Perdagangan Orang Dalam 12
Persaingan dan Antitrust
Pengeksporatan dan Urus niaga Terlarang 14
Kerahsiaan dan Maklumat Proprietari 15
Perlindungan dan Penggunaan Wajar Aset Syarikat
Pematuhan dan Keselamatan Teknologi Maklumat
Rekod Perniagaan dan Kewangan yang Tepat
Kesihatan dan Keselamatan Alam Sekitar 18
Kelestarian
Kepelbagaian, Peluang Sama rata dan Hormat
Penepian Kod
Pengawasan Program Pematuhan
Ikrar Pekerja
Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Lear Corporation
1
2
3
4
5
6
6
7
8
9
9
10
11
12
13
14
15
16
17
17
18
19
19
20
Di Lear, kita mempunyai komitmen berterusan untuk menjalankan perniagaan kita secara berintegriti dan mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang terpakai. Komitmen kepada integriti adalah amat penting dalam menentukan cara kita menjalankan perniagaan dan mengekalkan reputasi cemerlang kita dalam komuniti di mana perniagaan kita dijalankan. Kita semua perlu memahami tanggungjawab kita dan memastikan kita memenuhinya.
Saya meminta anda semua untuk menyertai saya membuat satu komitmen untuk mematuhi Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan kita dan untuk sentiasa menunjukkan standard integriti dan kelakuan beretika yang paling tinggi dalam semua aktiviti perniagaan. Standard-standard ini diterangkan dengan jelas dalam Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan ’ Lear Corporation.
Tanggungjawab anda di bawah Kod ini termasuk:
- Memahami standard-standard yang terkandung di dalam Kod
- Mematuhi semua standard yang terkandung di dalam Kod
- Memaklumkan kepada syarikat jika anda yakin pelanggaran undang-undang atau standard telah berlaku
Adalah menjadi harapan saya yang Kod ini akan memperkukuhkan kepentingan isu-isu pematuhan serta memberikan panduan bagi membantu membuat keputusan yang beretika setiap hari.
Semua pekerja dikehendaki mematuhi Kod sepenuhnya. Sesiapa sahaja yang melanggar standard-standard di dalam Kod akan dikenakan tindakan disiplin sehingga ke dan termasuk dibuang kerja.
Yang benar,
Ray Scott
Presiden dan CEO
1
Mesej daripada Ray Scott
Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Lear Corporation
Gambaran Keseluruhan SyarikatLear ditubuhkan pada tahun 1917 di Detroit sebagai American Metal
Products, pengilang himpunan tempat duduk dan komponen-
komponen lain untuk industri automotif dan pesawat.
Lear menyempurnakan tawaran awam permulaan pada tahun 1994
dan berkembang menjadi pembekal global melalui pertumbuhan
organik dan beberapa siri pengambilalihan.
Lear adalah pembekal utama Peringkat 1 dua sistem kritikal kepada
industri automotif global - Sistem Pengurusan Tempat Duduk dan
Kuasa Elektrik.
Kami membekalkan produk-produk kami kepada hampir semua
pembuat kenderaan utama di dunia, dan kandungan Lear boleh
ditemui pada lebih daripada 300 plat nama kenderaan di seluruh
dunia.
Pasukan Lear memacu kejayaan melalui fokus yang tidak henti-henti
untuk memberi perkhidmatan kepada para pelanggan dan
mengekalkan kecemerlangan dalam semua operasi kami di seluruh
dunia.
2
Loji Logam Wuhan, China
Ibu Pejabat Global, Amerika Syarikat
Loji Elektrik Navegantes, Brazil
Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Lear Corporation
Pernyataan Visi dan MisiVisi
Untuk diiktiraf secara konsisten sebagai:
• Pilihan pembekal
• Pilihan Majikan
• Pilihan Pelaburan
• Sebuah Syarikat yang menyokong komuniti di mana kami menjalankan
perniagaan kami
MISI
Melangkaui ’ keperluan dan jangkaan para pelanggan kami dengan:
• memberikan produk dan perkhidmatan yang berkualiti paling tinggi
• menyediakan penyelesaian dengan kos yang rendah dan tambah nilai
yang tinggi
• meningkatkan kecekapan operasi kami secara berterusan
• menjalankan perniagaan kami secara berintegriti
Memberikan para kakitangan kami, iaitu sumber kami yang paling berharga dengan
persekitaran yang:
• melayan semua individu dengan cara yang bermaruah dan hormat
• membenarkan semua orang untuk mencapai potensi mereka
sepenuhnya
• menggalakkan pemasukan dan penyertaan aktif
• memupuk semangat “boleh buat” dalam pasukan Lear
Memaksimakan nilai untuk para pemegang saham kami
Melayan para pembekal kami dengan hormat dan memupuk hubungan yang
menguntungkan kedua belah pihak
Menyokong komuniti di mana kita menjalankan perniagaan dan melindungi alam sekitar
3
Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Lear Corporation
Pengenalan kepada Kod Kita
KENAPA KITA MEMPUNYAI KOD?
Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan( “Kod”) adalah asas kepada
komitmen kita untuk bertindak secara berintegriti dan mematuhi
undang-undang serta peraturan yang terpakai dalam operasi kita di
seluruh dunia. Ianya direka untuk membantu anda mengenalpasti
dan menangani isu-isu etika dan membimbing anda ke arah haluan
tindakan yang betul.
Meskipun Kod ini menetapkan garis panduan am amalan dan
prosedur am perniagaan, ia tidak merangkumi setiap undang-
undang atau polisi yang terpakai untuk setiap daripada kita. Kita
bertanggungjawab untuk memahami dengan lebih jelas prisip-
prinsip asas Kod dan berkelakuan sewajarnya.
SIAPA YANG PERLU MEMATUHI KOD KITA?
Semua kakitangan, pegawai, pengarah atau ejen Lear Corporation
atau anak-anak syarikatnya dan/atau syarikat gabungan yang
dikawalnya (secara individual, “Syarikat” dan secara kolektif
“Syarikat-syarikat”) dan sesiapa sahaja atau entiti yang bertindak
bagi pihak Syarikat-syarikat (secara kolektif dirujuk sebagai “para
pekerja” dalam Kod ini), perlu mengetahui dan mematuhi semua
polisi dan keperluan undang-undang Syarikat kerana ia berkait
dengan kerja anda. Sebagai sebuah perniagaan global, kita
tertakluk kepada undang-undang dan peraturan di semua negara
operasi kita, dan setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab
untuk mengetahui dan mematuhi undang-undang tempatan yang
terpakai. Sekiranya undang-undang tempatan berbeza dengan
Kod kita, anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada
Corporate Compliance (Pematuhan Korporat) atau Legal
Department (Jabatan Perundangan).
4
APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN JIKA ANDA MENGETAHUI ATAU
MENGESYAKI TERDAPAT PELANGGARAN KOD KITA?
Semua kakitangan mempunyai kewajipan untuk melaporkan sebarang
pelanggaran Kod yang mungkin berlaku atau disyaki berlaku.
Sila rujuk Polisi Pelaporan Aduan Lear untuk panduan mengenai bagaimana
untuk membuat laporan.
Lear tidak bertolak ansur dengan sebarang tindakan balas terhadap mana-
mana kakitangan yang melaporkan aduan secara jujur. Mana-mana
Pekerja yang membuat tindakan balas terhadap seseorang yang telah
melaporkan Aduan atau memberi kenyataan dalam proses siasatan secara
jujur, akan dikenakan tindakan disiplin sehingga ke dan termasuk dibuang
kerja. Jika anda atau mana-mana Pekerja merasakan anda telah dikenakan
tindakan balas, sila rujuk kepada ’Polisi Anti Tindakan Balas Syarikat untuk
panduan.
Semua kakitangan mempunyai
tanggungjawab untuk:
• Menjalankan perniagaan secara adil dan
jujur
• Melaporkan sebarang pelanggaran atau
kemungkinan pelanggaran Kod tanpa
bimbangkan pembalasan.
• Menghalang pelanggaran pematuhan dan
melindungi reputasi Lear dengan
bertindak dalam cara yang beretika
• Mematuhi semua undang-undang,
peraturan dan polisi yang terpakai di
bawah Kod dan di kawasan kita
beroperasi
TANGGUNGJAWAB PEKERJA
Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Lear Corporation
Pematuhan Undang-undang dan Peraturan
Sebagai sebuah syarikat antarabangsa dengan hubungan-hubungan di
pelbagai negara di seluruh dunia, Lear komited untuk mengekalkan
standard kelakuan perniagaan yang tinggi di semua wilayah operasi Lear.
Kita mengharapkan semua Pekerja menjalankan perniagaan kita
mengikut undang-undang, aturan dan peraturan yang terpakai dan dalam
cara yang beretika. Mematuhi undang-undang, secara tersurat dan
tersirat, adalah asas kepada pembinaan standard etika kita.
Anda mesti menghormati dan mematuhi undang-undang di bandar,
negeri dan negara di mana Lear beroperasi. Walaupun anda tidak
diharapkan untuk mengetahui perincian undang-undang yang terpakai,
adalah penting untuk anda mengetahui secukupnya supaya anda dapat
menentukan bila anda perlu merujuk kepada penyelia anda, wakil sumber
manusia atau jabatan lain yang sewajarnya. Semua urus niaga di
antara Lear dengan mana-mana anak syarikatnya atau di antara anak-
anak syarikat sesama sendiri perlu memenuhi semua keperluan undang-
undang yang terpakai.
Pelanggaran undang-undang ini boleh mengakibatkan denda yang besar,
penjara dan sekatan teruk ke atas keupayaan Syarikat untuk
menjalankan perniagaan.
Jika sesuatu undang-undang bercanggah dengan polisi dalam Kod ini,
anda mesti mematuhi undang-undang; walau bagaimanapun, jika adat
atau amalan tempatan bercanggah dengan Kod ini, anda mesti mematuhi
Kod ini. Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai kemungkinan
konflik, sila dapatkan bantuan daripada penyelia anda atau kakitangan
Lear lain yang sewajarnya. Sebarang soalan mengenai keperluan
undang-undang yang terpakai patut dirujuk kepada Legal Department
(Jabatan Undang-undang).
5
The U.S. Foreign Corrupt Practices Act (FCPA) (Akta Amalan Korup
Asing A.S) melarang memberikan sebarang benda yang mempunyai nilai,
sama ada secara langsung atau tidak langsung, kepada pegawai kerajaan
asing atau calon politik asing bagi mendapatkan atau mengekalkan
perniagaan. Lear sama sekali melarang membuat bayaran yang
menyalahi undang-undang kepada pegawai kerajaan. Akta tersebut
terpakai kepada semua organisasi Amerika Syarikat, sama ada awam atau
sendirian berhad, tanpa menghiraukan di mana mereka beroperasi, dan
mana-mana entiti, termasuk orang atau firma asing, yang didapati
melanggar FCPA Amerika Syarikat. Mana-mana entiti boleh dikenakan
tindakan di bawah FCPA kerana aktiviti-aktiviti anak syarikat dan syarikat
gabungan terkawal asingnya yang tidak wajar jika entiti tersebut diberi
kebenaran untuk atau melakukan tindakan yang tidak sah.
Selain itu, kerajaan-kerajaan dalam wilayah operasi Syarikat mempunyai
beberapa undang-undang dan peraturan tambahan berkenaan ganjaran
perniagaan kepada kakitangan kerajaan Amerika Syarikat. Janji, tawaran
atau penghantaran hadiah, bantuan atau ganjaran lain yang melanggar
peraturan-peraturan ini kepada pegawai atau pekerja kerajaan Amerika
Syarikat bukan hanya melanggar polisi Lear tetapi juga mungkin
merupakan kesalahan jenayah. Banyak kerajaan negeri dan tempatan,
dan juga kerajaan asing, mempunyai peraturan yang serupa.
The United Kingdom Bribery Act (UK Bribery Act) (Akta Rasuah
United Kingdom) melarang sebarang benda yang mempunyai nilai
diberikan kepada sesiapa sahaja, bukan hanya para pegawai kerajaan
asing, untuk membuatkan mereka bertindak secara tidak wajar. Bayaran
kemudahan adalah dilarang di bawah Akta ini. “Bayaran Kemudahan”
ditakrifkan sebagai bayaran yang dibuat kepada pegawai kerajaan untuk
memudahkan kelulusan sesetengah jenis urus niaga atau aktiviti
perniagaan. AktaRasuah UK terpakai kepada rakyat, penduduk UK dan
syarikat yang ditubuhkan di bawah undang-undang UK. Selain itu,
syarikat-syarikat bukan ditubuhkan di UK boleh dikenakan tindakan di atas
kegagalan untuk menghalang rasuah jika mereka menjalankan perniagaan
di UK.
Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Lear Corporation
Pelaporan Kebimbangan
6
Integriti adalah teras kepada ’ identiti dan reputasi Lear, dan kita semua
bertanggungjawab untuk melaksanakan semua perkara yang kita lakukan
secara berintegriti. Kita juga bertanggungjawab untuk menyuarakan
kebimbangan mengenai risiko kepada Syarikat — sebaiknya, sebelum
risiko-risiko ini menjadi masalah sebenar.
Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan’Lear untuk
menjalankan perniagaan secara berintegriti dan mematuhi semua undang-
undang dan peraturan yang terpakai, Lear melaksanakan Talian
Pematuhan dan Etika untuk membolehkan pelaporan tanpa
nama. Nombor telefon bebas tol dan tempatan ini membolehkan mana-
mana Pekerja untuk menelefon 24 jam sehari, mana-mana hari dalam
seminggu, dan bercakap dengan pihak ketiga dalam bahasa tempatan
mereka. Tujuan talian Pematuhan dan Etika ini adalah untuk
mendapatkan kebimbangan Pematuhan dan Etika berkenaan dengan
kemungkinan pelanggaran Kod Kelakuan dan Etika perniagaan kita
dan/atau kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan yang
terpakai. Kami menggalakkan anda untuk mengkaji semula dan
memahami Polisi Pelaporan Aduan dan melaporkan dengan segera
kebimbangan jika anda mengesyaki terdapat pelanggaran.
Di Lear, terdapat banyak pilihan untuk melaporkan isu-isu pematuhan.
Walaupun kami berharap agar pekerja selesa untuk berbincang mengenai
sebarang perkara dengan pengurus mereka, terdapat masa-masa tertentu
di mana pekerja lebih suka menggunakan alternatif lain untuk menangani
isu Pematuhan dan Etika. Dalam kes-kes ini, seseorang pekerja itu boleh
menggunakan salah satu daripada yang berikut untuk melaporkan
kebimbangannya:
Talian Pematuhan dan Etika — Laporan boleh dibuat tanpa memberikan nama, bebas talian, dalam bahasa tempatan anda
Boarang Web Aduan Lear Dalam Talian — Laporan boleh dibuat tanpa memberikan nama, dalam bahasa tempatan anda
Surat menyurat — butiran kepada Ketua Pegawai Pematuhan (Chief Compliance Officer) di Lear Corporation, 21557 Telegraph
Rd, Southfield, MI 48033
E-mel — Pematuhan Lear di [email protected]
Menelefon — Ketua Pegawai Pematuhan ’atau Ketua Peguam Lear di 248-447-1500
Anti Tindakan BalasTiada sesiapa yang melaporkan isu Pematuhan dan Etika secara
jujur akan menghadapi gangguan, pembalasan atau kesan buruk
terhadap pekerjaan mereka akibat daripada laporan mereka
mengenai isu tersebut. Ini termasuklah sebarang cubaan untuk
menghalang pekerja daripada melaporkan kebimbangan atau
menyertai siasatan.
Anda dikehendaki untuk mematuhi sepenuhnya Polisi Anti
Tindakan Balas Syarikat untuk menggalakkan:
• Pelaporan sebarang kelakuan yang disyaki menyalahi
undang-undang atau tidak beretika
• Kerjasama dan penyertaan sepenuhnya dalam siasatan
sebarang kebimbangan yang dilaporkan
• Pematuhan penuh Kod dan undang-undang serta
peraturan yang terpakai
Lear tidak akan bertolak ansur dengan sebarang
bentuk tindakan balas terhadap sesiapa sahaja
yang dengan jujur menyuarakan kebimbangan,
melaporkan salah laku atau menyertai siasatan.
Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Lear Corporation
Konflik Kepentingan
7
S. Pasangan saya bekerja di jabatan
Jualan di salah sebuah syarikat ’
pembekal Lear. Adakah saya perlu
melaporkan perkara ini kepada
penyelia saya?
J: Ya, jika anda memegang jawatan yang
akan mempengaruhi perniagaan yang
Lear berikan kepada pembekal ini.
Dalam kebanyakan kes, tiada tindakan
tambahan yang perlu dilakukan oleh
pekerja atau Syarikat untuk
mengelakkan daripada kelihatan
seolah-olah terdapat konflik.
SOALAN & JAWAPAN
Semua Pekerja dikehendaki mengelak daripada melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti yang mempunyai konflik dengan, atau kelihatan seolah-
olah mempunyai konflik dengan, kepentingan Syarikat dan para
pemegang sahamnya. Situasi konflik mungkin timbul apabila
seseorang pekerja membuat tindakan atau mempunyai kepentingan
yang mungkin menjadikannya sukar untuk seseorang individu itu
menjalankan tugasnya untuk Syarikat secara objektif dan berkesan.
Contoh-contoh kemungkinan konflik kepentingan termasuklah:
● Seorang Pekerja, atau ahli keluarga terdekat, yang termasuk
pasangan anda (walaupun dia tidak tinggal bersama anda); ibu
bapa dan ibu bapa tiri; anak-anak dan anak-anak tiri; adik
beradik; ibu bapa mertua; menantu; serta ipar duai dan mana-
mana orang lain (sama ada penyewa atau pekerja) yang tinggal
bersama anda, menerima manfaat yang tidak sewajarnya oleh
kerana kedudukan atau hubungan individu tersebut’ dengan
Syarikat
● Pinjaman kepada pekerja dan/atau ahli keluarga terdekat
mereka masing-masing daripada pembekal atau pelanggan
Syarikat
● Pekerja juga bekerja secara serentak dengan pesaing,
pelanggan atau pembekal Syarikat
● Pekerja bekerja untuk pesaing sebagai perunding atau ahli
lembaga pengarah (atau dalam jawatan yang setara)
● Pekerja cuba untuk mempengaruhi pemilihan penjual atau
pembekal tertentu di mana ahli keluarganya mempunyai
kepentingan kewangan di dalam penjual atau pembekal tersebut
Konflik kepentingan tidak selalunya nyata. Anda patut merujuk
penyelia anda, wakil Sumber Manusia tempatan, Corporate
Compliance (Pematuhan Korporat) atau Legal Department
(Jabatan Undang-undang) jika terdapat sebarang soalan
mengenai kemungkinan konflik. Pendedahan segera dan
sepenuhnya sentiasa menjadi langkah pertama yang wajar ke
arah mengenal pasti dan menyelesaikan sebarang kemungkinan
masalah konflik kepentingan. Jika anda mengetahui konflik
kepentingan yang telah berlaku atau mungkin berlaku, anda
patut memaklumkannya kepada penyelia anda dan Corporate
Compliance (Pematuhan Undang-undang) atau Legal
Department (Jabatan Undang-undang).
Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Lear Corporation
Hadiah dan Hiburan Hadiah dan hiburan dalam persekitaran komersial kadang-kadang
mungkin sesuai untuk menggalakkan hubungan kerja yang baik.
Walau bagaimanapun, anda tidak boleh memberi atau menerima
hadiah, kredit, bayaran, perkhidmatan, hiburan melampau atau
benda-benda lain yang bernilai daripada pesaing, pembekal atau
pelanggan sebenar atau berpotensi kecuali hadiah tersebut mematuhi
Polisi Global Hadiah dan Hiburan Lear.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai hadiah yang
diberikan atau diterima, anda digalakkan untuk merujuk Polisi Global
Hadiah dan Hiburan, yang menerangkan secara terperinci, , s garis
panduan dan prosedur Lear mengenai memberi, menerima dan
melaporkan hadiah serta hiburan. Selanjutnya, hadiah yang diberi
atau diterima dan hiburan yang diterima patut dimasukkan ke dalam
Log Hadiah dan Hiburan.
Peruntukan-peruntukan utama Polisi ini ialah:
• Hadiah tunai adalah dilarang
• Hadiah tidak boleh melebihi USD $50, atau nilai yang
setanding dalam mata wang tempatan anda, bagi setiap orang,
setiap acara
• Kewajaran pemberian dan penerimaan hiburan mestilah
diluluskan terlebih dulu oleh Kepimpinan bahagian atau
kefungsian
• Apa-apa hadiah atau hiburan yang diberikan atau diterima
tidak boleh melanggar Kod ini atau undang-undang serta
peraturan yang terpakai dalam apa jua keadaan sekalipun.
• Semua Hadiah dan Hiburan untuk mana-mana pegawai
kerajaan mesti diluluskan terlebih dulu oleh Legal Department
(Jabatan Undang-undang)
8
Meskipun Polisi Global Hadiah dan Hiburan bertujuan untuk
memberikan panduan mengenai pemberian, penerimaan dan
pelaporan hadiah serta hiburan, ia tidak boleh menyenaraikan
semua kemungkinan situasi.
Sentiasa pertimbangkan konteks, sifat dan tujuan hadiah atau
hiburan apabila menentukan apakah yang wajar, berpatutan
dan mempunyai justifikasi.
Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Lear Corporation
Sumbangan Politik Pekerja tidak boleh membuat sebarang sumbangan politik dalam apa
juga bentuk menggunakan nama Syarikat, atau dengan
menggunakan dana, aset, perkhidmatan atau kemudahan Lear.
Selain itu, anda tidak boleh menetapkan syarat atau meminta untuk
pembekal atau vendor Lear membuat apa jua bentuk sumbangan
politik bagi menjalankan perniagaan dengan Syarikat.
Sebagai pekerja anda bebas untuk membuat sumbangan politik
peribadi atau terlibat dalam aktiviti politik peribadi selagi sumbangan
atau aktiviti tersebut tidak mengganggu tanggungjawab kerja anda,
atau memperlihatkan seolah-olah terdapat konflik kepentingan.
9
Tiada pekerja yang boleh menggunakan aset, harta, maklumat, atau
kedudukan dalam Syarikat untuk mendapatkan keuntungan peribadi,
termasuk keuntungan ahli keluarga atau rakan-rakan. Kita semua
mempunyai tanggungjawab dengan Syarikat untuk memajukan
kepentingan sah Syarikat pada bila-bila masa sahaja kita mempunyai
peluang untuk berbuat demikian.
Peluang Korporat
Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Lear Corporation
S. Saya mengetahui mengenai peluang perniagaan yang tidak
diteruskan oleh Syarikat. Adakah saya dibenarkan untuk
merebut peluang ini untuk diri saya sendiri?
J: Tidak, ini tidak dibenarkan, kerana ini adalah peluang yang
anda ketahui semasa anda bekerja melalui penggunaan
harta, maklumat dan kedudukan syarikat.
SOALAN & JAWAPAN
Perdagangan Orang Dalam
10
Perdagangan orang dalam, urus niaga orang dalam dan 'stock tipping'
adalah kesalahan jenayah di kebanyakan negara di mana Syarikat
menjalankan perniagaan. Perdagangan atau urus niaga orang dalam
bermaksud membeli atau menjual sendiri sekuriti mana-mana syarikat
semasa mempunyai maklumat material dan sulit mengenai syarikat
tersebut.
'Stock tipping' bermaksud mendedahkan maklumat dalaman mengenai
sesebuah syarikat, sebagai contoh, kepada ahli keluarga atau rakan,
bagi membolehkan orang tersebut membeli atau menjual sekuriti
syarikat tersebut berdasarkan maklumat tersebut.
Jika anda mengetahui maklumat material mengenai Lear atau
sebarang syarikat lain yang telah tersedia untuk orang awam selama
kurang daripada dua (2) hari perniagaan penuh, anda dilarang oleh
undang-undang dan juga polisi Syarikat daripada (a) menggunakan
maklumat tersebut untuk tujuan perdagangan saham atau untuk
sebarang tujuan lain kecuali untuk digunakan pengendalian,
’perniagaan Lear yang biasa (b) mendedahkan maklumat tersebut
secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana orang lain
(termasuk ahli keluarga atau rakan-rakan) supaya mereka boleh
menggunakan maklumat tersebut bagi tujuan perdagangan saham atau
bagi apa-apa tujuan lain, atau (c) mengesyorkan atau mencadangkan
kepada orang lain untuk membeli, menjual atau mengekalkan sekuriti
Lear atau mana-mana syarikat lain.
Setiap Pekerja Lear dikehendaki mematuhi
undang-undang sekuriti yang terpakai. Kejahilan
undang-undang bukanlah satu pembelaan.
Adalah sukar untuk menerangkan secara menyeluruh apa yang
membentuk “maklumat” material, tetapi anda patut menganggap bahawa
sebarang maklumat, positif atau negatif, yang mungkin bererti atau
penting kepada pelabur dalam menentukan sama ada untuk membeli,
menjual atau menyimpan sekuriti adalah material. Maklumat mungkin
bererti untuk tujuan ini walaupun ia bukanlah satu-satunya yang
menentukan keputusan pelabur. Anda patut merujuk dengan Legal
Department (Jabatan Undang-undang) jika anda mempunyai soalan.
Kami menekankan bahawa senarai ini hanyalah ilustrasi.
Contoh-contoh Maklumat Material Sulit mungkin termasuk:
• Pendapatan syarikat
• Keuntungan atau kerugian penting
• Pengambilalihan, penggabungan atau pelupusan perniagaan
yang berpotensi
• Maklumat kewangan dalaman
• Kemenangan atau kehilangan kontrak utama
• Inovasi produk yang baru
S. Saya mengetahui mengenai urus janji yang akan diumumkan
oleh Lear tidak lama lagi. Saya memberitahu rakan saya
mengenainya dan dia membeli saham berdasarkan maklumat
ini. Adakah ini dikira sebagai perdagangan orang dalam?
J: Ya, peraturan mengenai “maklumat dalaman” terpakai jika
anda membeli atau menjual saham atau jika anda memberikan
maklumat kepada orang lain yang menjual atau membeli
saham. Ini adalah pelanggaran undang-undang sekuriti
persekutuan, dan anda berdua mungkin dituduh.
SOALAN & JAWAPAN
Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Lear Corporation
Persaingan dan Antitrust Undang-undang antitrust dan persaingan melindungi perusahaan bebas
dan menggalakkan persaingan yang adil dan jujur.
Di Lear, kami mendapatkan kelebihan persaingan melalui prestasi yang
lebih baik, tidak pernah melalui amalan yang tidak beretika atau
menyalahi undang-undang. Mencuri atau mengambil maklumat
proprietari secara tidak sah, memiliki maklumat rahsia dagangan, atau
mendorong bekas pekerja atau pekerja syarikat lain untuk mendedahkan
maklumat adalah dilarang. Jika anda mendapatkan maklumat proprietari
secara tidak wajar daripada para pesaing, pembekal atau pihak ketiga,
anda patut menganggap maklumat tersebut sebagai sulit dan tidak
menggunakannya untuk tujuan perniagaan yang tidak wajar. Selain itu,
anda patut melaporkan dengan segera situasi tersebut kepada Legal
Depatment (Jabatan Undang-undang) Syarikat.
Anda dikehendaki untuk mematuhi semua undang-undang antitrust dan
persaingan domestik dan antarabangsa. Terlibat di dalam, berkomplot
untuk, atau bersetuju untuk melakukan sebarang tindakan berikut adalah
dilarang:
• Penetapan Harga - berunding dengan pesaing(-pesaing)
berkenaan harga, terma-terma atau syarat-syarat jualan, output,
atau pengeluaran
• "Bid Rigging" - bersetuju dengan pesaing(-pesaing) berkenaan bid
yang akan diserahkan
• Boikot Berkumpulan - bersetuju dengan pesaing(-pesaing) untuk
tidak berurus niaga dengan penjual atau pengedar, pesaing lain,
atau pelanggan
• Pembahagian Wilayah atau Pelanggan - bersetuju dengan
pesaing(-pesaing) untuk membahagikan wilayah atau pelanggan
• Rasuah atau Suapan - menawarkan rasuah atau suapan dalam
cubaan untuk melakukan mana-mana daripada yang di atas
Senarai di atas bukan menyeluruh tetapi, sebaliknya,
adalah ilustrasi beberapa jenis kelakuan tertentu yang membentuk
kelakuan antitrust yang menyalahi undang-undang.
11
Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Lear Corporation
S. Bagaimana jika saya berjumpa dengan pesaing di
persidangan dan kami berbincang apa yang kami percaya
merupakan harga pasaran yang adil bagi alat ganti yang
kami berdua bekalkan. Kedua-dua kami tidak mencatatkan
apa-apa, adalah ini kebimbangan Persaingan?
J: Ya, ia adalah satu kebimbangan dan anda patut berkongsi
dengan segera perbincangan anda dengan legal department
(jabatan undang-undang). “Bersetuju” termasuk
persefahaman yang nyata atau tersirat, rasmi atau tidak
rasmi, lisan atau bertulis.
SOALAN & JAWAPAN
Pengeksportan dan Urus niaga TerlarangSebarang aktiviti yang melibatkan pengeksportan komoditi atau
penghantaran data teknikal atau perisian ke negara lain mungkin
memerlukan lesen eksport yang sah.
“Eksport”ditakrifkan sebagai mana-mana cara pemindahan produk
atau data kepada individu atau syarikat asing, secara lisan atau
bertulis, termasuk jualan, latihan dan rundingan, serta promosi
produk. Tidak kira di negara mana anda bekerja, Peraturan
Kawalan Eksport Amerika Syarikat terpakai kepada yang berikut:
• Eksport terus dari Amerika Syarikat
• Eksport semula komoditi dan data teknikal tertentu yang
berasal dari A.S. dari negara di luar Amerika Syarikat kepada
negara ketiga
• Alat ganti dan komponen berasal dari Amerika Syarikat yang
digunakan dalam perkilangan produk akhir bukan dari Amerika
Syarikat
• untuk eksport atau eksport semula produk langsung yang
dihasilkan di negara luar AS hasil daripada data teknikal yang
berasal dari Amerika Syarikat
Lesen sah mungkin diperlukan jika komoditi tersebut boleh didapati
secara meluas di Amerika Syarikat atau jika data teknikal atau
perisian bukan proprietari.
Pelbagai negara di seluruh dunia, termasuk Kesatuan Eropah
mengekalkan embargo ketat yang menghalang, dan sekatan yang
lebih ringan menghadkan, urus niaga komersial dengan negara,
entiti perniagaan, organisasi dan individu tertentu.
Terdapat pelbagai undang-undang embargo yang menyekat urus
niaga dengan negara-negara tertentu. Adalah menjadi
tanggungjawab anda untuk memastikan kita tidak melanggar
sebarang undang-undang atau sekatan ini.
12
Di Kesatuan Eropah peraturan-peraturan ini dan penggunaannya
di anak-anak syarikat asing berbeza bergantung kepada entiti
yang terlibat dan jenis urus niaga.
Penggunaannya tidak terhad kepada perdagangan berteknologi
tinggi tetapi boleh diperluaskan kepada semua jenis urus niaga
dengan negara, entiti dan individu yang tersenarai.
Jika anda mengetahui mengenai kemungkinan pelanggaran
undang-undang kawalan eksport atau embargo yang terpakai,
atau mempunyai kebimbangan mengenai negara, individu, atau
organisasi tertentu yang mana Syarikat menjalankan perniagaan
dengannya, anda patut mendapatkan nasihat daripada Legal
Department (Jabatan Undang-undang).
Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Lear Corporation
Maklumat Sulit dan Proprietari
13
Semasa anda bekerja dengan Lear, anda mungkin mempeoleh
maklumat sulit mengenai Syarikat, para pelanggan atau pembekalnya.
Maklumat sulit termasuklah, tanpa had, semua maklumat bukan-awam
seperti:
• Penyata kewangan
• Prospek
• Perjanjian
Maklumat proprietari, yang termasuk pengetahuan dan harta intelek
lain, perniagaan, jualan, pelan pemasaran dan perkhidmatan, idea dan
amalan kejuruteraan serta perkilangan, rekaan, pangkalan data, rekod,
maklumat gaji dan pampasan serta manfaat lain, dan juga sebarang
data dan laporan kewangan yang tidak diterbitkan, mestilah dilindungi
daripada penggunaan dan pengedaran yang tidak dibenarkan.
Penggunaan dan pengedaran ’maklumat proprietari Lear yang tidak
dibenarkan mungkin menyalahi undang-undang dan boleh
mengakibatkan hukuman sivil atau jenayah dikenakan.
Adalah tanggungjawab setiap pekerja semasa dan selepas tempoh
pekerjaan mereka, untuk melindungi dan tidak mendedahkan maklumat
ini kecuali apabila pendedahan tersebut dibenarkan atau dikehendaki
oleh undang-undang.
Anda tidak harus membincangkan hal-hal atau perkembangan dalaman
Syarikat dengan sesiapa sahaja di luar Syarikat, kecuali seperti yang
diperlukan bagi melaksanakan tugas-tugas Syarikat anda yang biasa
atau di bawah undang-undang yang terpakai. Para pekerja digalakkan
untuk mengkaji semula Peraturan FD Syarikat mengenai Polisi
Pendedahan untuk maklumat lanjut mengenai perlindungan maklumat
Syarikat.
Larangan ini terpakai secara khusus (tetapi bukan secara eksklusif)
kepada pertanyaan mengenai Syarikat yang mungkin dibuat oleh:
• Pihak media
• Pelabur
• Pelabur berpotensi
• Penganalisa kewangan
Kita mesti sentiasa menghormati dan melindungi maklumat para
pelanggan, pembekal kita dan para Pekerja yang lain dengan tahap
ketelitian sama yang Syarikat ambil untuk memastikan kerahsiaan
maklumat proprietarinya sendiri.
Kegagalan untuk mematuhi prosedur-prosedur ini boleh mengakibatkan
hukuman berat dikenakan ke atas Pekerja yang terlibat dan juga Lear.
Kecuali jika anda dibenarkan secara khusus untuk membuat komen,
semua pertanyaan bersifat sebegini, patut dirujuk kepada Investor
Relations and Communications Department (Jabatan Perhubungan
Pelabur dan Komunikasi) di Lear Corporation, 21557 Telegraph Road,
Southfield, Michigan 48034 atau melalui telefon di (248) 447-1500.
• Ramalan harga komoditi
• Kemungkinan urus niaga korporat
• Terma-terma dan syarat-syarat komersial
Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Lear Corporation
S. Saya bekerja dengan salah satu rakan kongsi ’s komersial
Syarikat dan mereka mahu kita berkongsi beberapa
rekaan baru kita kerana ia berkaitan dengan produk yang akan
kita keluarkan. Bolehkah saya memberikan maklumat ini
kepada mereka?
J: Tidak, jangan sesekali mendedahkan sebarang maklumat
proprietari tanpa kelulusan pihak pengurusan dan perjanjian
kerahsiaan bertulis.
SOALAN & JAWAPAN
Perlindungan dan Penggunaan Wajar Aset Syarikat Anda mempunyai tanggungjawab untuk melindungi aset Syarikat dan
memastikan penggunaannya yang cekap. Aset syarikat patut
digunakan untuk tujuan perniagaan yang sah, walaupun penggunaan
peribadi mungkin dibenarkan. Aset-aset syarikat termasuk aset
ketara, seperti kelengkapan pejabat, telefon, mesin fotostat dan aset
tak ketara, seperti harta intelek, tanda dagangan, paten, dan rahsia
dagangan.
Para pekerja diberikan komputer, sumber elektronik dan kelengkapan
lain untuk melakukan kerja mereka. Sumber-sumber elektronik dan
pengkomputeran Lear ’adalah harta Lear dan patut digunakan
terutamanya untuk tujuan Syarikat. Kelengkapan seperti komputer
dan media elektronik lain mestilah tidak digunakan untuk tujuan-tujuan
yang tidak sah atau untuk mengakses atau mengedarkan bahan-bahan
pornografi atau haram atau bahan-bahan lain yang mungkin
mewujudkan persekitaran kerja yang bersifat permusuhan kepada
orang lain.
Oleh yang demikian, sebarang insiden fraud, kecurian, buangan atau
penyalahgunaan aset Syarikat yang disyaki hendaklah dilaporkan
dengan segera seperti yang diterangkan dalam Polisi Pelaporan
Aduan Lear.
14
Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Lear Corporation
Pematuhan dan Keselamatan Teknologi MaklumatUmum
• Penglibatan dalam aktiviti yang boleh memudaratkan aset atau sumber
Lear adalah dilarang.
• Penggunaan akses internet yang disediakan oleh Lear secara beretika
dan mematuhi undang-undang adalah diwajibkan.
• Jangan gunakan perkhidmatan e-mel internet umum (cthnya, Gmail,
Yahoo, dll) untuk komunikasi Lear yang sensitif.
• Penggunaan sistem e-mel Lear untuk menghantar sebarang mesej atau
lampiran yang mempunyai kandungan yang melanggar mana-mana
dasar Lear, undang-undang atau peraturan setempat, negeri atau
negara adalah dilarang.
• Jangan gunakan e-mel sebagai pengganti untuk kemudahan
pemindahan fail.
• Pemindahan fail perlu mempertimbangkan bahagian ‘Maklumat Sulit
dan Proprietari’ dalam Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan.
• Fail data kritikal, penting atau sensitif perlu disimpan menggunakan
perkhidmatan yang diluluskan oleh IT Korporat.
Keselamatan Peranti Perkomputeran (telefon mudah alih, komputer
riba, desktop, storan, dll.)
• Peranti perkomputeran perlu dipastikan selamat untuk mencegah
kehilangan peralatan dan maklumat sensitif yang terkandung di
dalamnya.
• Pengguna perlu mengunci paparan peranti perkomputeran mereka atau
log keluar apabila peranti tersebut ditinggalkan tanpa berjaga.
Kelayakan Pengguna
• Pengguna akan dipertanggungjawabkan untuk tindakan yang dilakukan
atas ID pengguna/akaun yang diperuntukkan kepada mereka.
• Penggunaan nama, kata laluan, fail, data orang lain atau sebaliknya
menyalahgambarkan identiti peribadi adalah dilarang.
• Kata laluan pengguna perlu dirahsiakan.
• Kata laluan perlu ditukar serta-merta apabila diarah untuk berbuat
demikian oleh pentadbir keselamatan atau jika disyaki bahawa kata
laluan telah dikompromi.
Pengurusan Perisian
• Perisian yang dipasang pada aset Lear perlu diluluskan sewajarnya
seperti yang disampaikan dalam Senarai Perisian Global.
• Pematuhan dengan undang-undang hak cipta & pelesenan perisian
adalah diwajibkan.
• Perisian milik peribadi tidak boleh dipasang pada komputer milik
syarikat.
Perlindungan Virus/Tampalan
• Pengguna tidak boleh membuat pintasan atau menyahdayakan langkah
berjaga-jaga keselamatan maklumat.
• Pengguna perlu menghidupkan semula komputer mereka sekurang-
kurangnya sekali sebulan untuk memastikan tampalan keselamatan
dipasang.
• Peranti perkomputeran yang disambungkan dengan rangkaian Lear
dari jauh perlu beroperasi dengan anti virus dan tampalan yang terkini.
Pemantauan
• Sehingga tahap yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan
tempatan, negeri atau negara, komunikasi dan aktiviti pada sistem,
peralatan dan peranti milik Lear boleh dipantau.
Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Lear Corporation
Laporkan tindakan komputer yang meragukan atau
kehilangan peranti Syarikat kepada:
Meja Khidmat Global Lear
+1 248 447 1008
Layari Garis Panduan Pengguna Komputer untuk
maklumat tambahan berkenaan Pematuhan &
Keselamatan IT
PODÁVÁNÍ ZPRÁV a INFORMACE
15
Rekod Perniagaan dan Kewangan yang TepatRekod perniagaan dan kewangan yang tepat adalah amat penting
bagi memenuhi kewajipan kewangan, undang-undang dan
perniagaan kita. Buku kewangan, rekod, akaun dan penyata
kewangan Syarikat mestilah disenggara tepat pada masanya dengan
butiran yang sewajarnya dan mestilah menunjukkan sepenuhnya dan
secara tepat ’aset, liabiliti dan urus niaga Syarikat, mematuhi semua
keperluan undang-undang, polisi kewangan dan prosedur ’sistem
kawalan dalaman Syarikat yang terpakai serta amalan perakaunan
yang diterima umum. Rekod-rekod perniagaan dan kewangan ini
bukan hanya merangkumi penyata kewangan dan akaun tetapi juga
rekod-rekod lain seperti laporan masa, laporan perbelanjaan dan
borang tuntutan. Kita semua, bukan hanya kakitangan akaun dan
kewangan Lear, bertanggungjawab untuk memastikan rekod-rekod
perniagaan dan kewangan yang tepat dan sempurna. Tiada urus
niaga yang boleh dijalankan dalam cara yang menyebabkan isi urus
niaga tersebut kabur atau direkodkan secara tidak sepatutnya.
Kita mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan ketepatan
rekod-rekod Syarikat. Maklumat yang salah atau mengelirukan tidak
harus diberikan kepada mana-mana jabatan. Jika Pekerja
mempunyai apa-apa kebimbangan berkenaan perakaunan atau
pengauditan, seperti maklumat yang tidak tepat, salah atau
mengelirukan, Pekerja tersebut patut melaporkannya dengan segera
mengikut ’ Polisi Pelaporan Aduan Syarikat.
16
Contoh-contoh ketidaktepatan termasuklah:
• Memutarbelitkan urus niaga kewangan
• Kerja agakan
• Pencirian orang, acara dan syarikat yang tidak wajar
Larangan ini terpakai, tetapi tidak terhad kepada, e-mel, media
elektronik, memorandum dalaman, laporan rasmi dan juga surat
perniagaan.
Sistem e-mel dan sistem teknologi maklumat yang disediakan oleh Lear
hanya patut digunakan untuk memajukan tujuan perniagaan kita yang
sah sahaja.
Rekod harus sentiasa disimpan atau dimusnahkan mengikut Polisi
Pengurusan Rekod Syarikat. Rekod berkenaan pertikaian atau
siasatan yang ada tidak patut dimusnahkan dalam apa jua keadaan,
kecuali jika diarahkan oleh Legal Department (Jabatan Undang-
undang).
Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Lear Corporation
Kelestarian
17
Lear komited untuk mematuhi semua keperluan undang-undang alam
sekitar dan melindungi kualiti alam sekitar. Para pekerja dikehendaki
mematuhi semua keperluan undang-undang alam sekitar yang terpakai
dan melaporkan sebarang insiden atau keadaan yang mungkin
mengakibatkan pelanggaran undang-undang atau polisi Syarikat.
Para Pekerja juga digalakkan untuk menyokong program alam sekitar
di tempat kerja mereka.
Syarikat berusaha untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat
dan sihat untuk setiap Pekerja. Setiap Pekerja mempunyai
tanggungjawab untuk mengekalkan tempat kerja yang selamat dan
sihat bagi semua Pekerja dengan mematuhi peraturan dan amalan
keselamatan dan kesihatan serta melaporkan kemalangan,
kecederaan dan kelengkapan, amalan atau keadaan yang tidak
selamat seperti yang dinyatakan di dalam Polisi Kesihatan dan
Keselamatan Syarikat.
Tingkah laku yang ganas atau mengancam adalah tidak dibenarkan di
tempat kerja dalam apa jua keadaan sekalipun. Para pekerja patut
melaporkan diri ke tempat kerja dalam keadaan untuk melaksanakan
tugas mereka, dan mestilah bebas daripada pengaruh dadah dan
alkohol. Penggunaan dadah haram atau penyalah gunaan alkohol atau
dadah yang dipreskripsikan secara sah di tempat kerja tidak akan
diterima.
Selain itu, para pekerja dikehendaki untuk mematuhi semua polisi
kesihatan dan keselamatan yang lain, termasuk larangan membawa
senjata di mana-mana premis Syarikat. Para Pekerja boleh
mendapatkan polisi kesihatan dan keselamatan Syarikat diIntranet
Lear atau mendapatkan salinannya daripada wakil sumber manusia
tempatan.
Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan
Kelestarian secara amnya ditakrifkan sebagai
“memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan
keupayaan generasi masa hadapan untuk memenuhi
keperluan mereka sendiri.” Di Lear, ini bermaksud mengakui
bahawa keputusan kita mengenai apa yang kita gunakan,
hasilkan dan buang mempunyai kesan persekitaran dan sosial
terhadap masyarakat masa kini, dan juga generasi masa
hadapan. Perjalanan kelestarian Lear berkisar mengenai
mencari cara yang lebih baik dan lebih bijak untuk melakukan
sesuatu perkara, di samping memastikan kesihatan dan vitaliti
komuniti kita.
Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Lear Corporation
Kepelbagaian, Peluang Sama rata dan Hormat Di Lear objektif adalah untuk mewujudkan dan mengekalkan
persekitaran yang merangsang kerjasama, interaksi, toleransi dan
hormat.
Kita percaya bahawa cara terbaik untuk memberikan produk dan
perkhidmatan yang berkualiti adalah untuk membina pasukan yang kuat
dan pelbagai yang terdiri daripada pekerja yang paling sesuai. Kita
menghargai pengalaman, latar belakang, keetnikan, orientasi budaya
dan kepercayaan yang pelbagai serta menggalakkan hubungan yang
yang saling dan menghormati bermanfaat dengan para pelanggan,
pembekal, pekerja dan orang lain.
Syarikat telah menerima pakai Standard Buruh Global yang melarang
Syarikat daripada menggunakan sebarang jenis buruh paksa atau
buruh kanak-kanak atau terlibat dalam amalan perniagaan yang
mendera atau korup. Selain itu, Terma-terma dan Syarat-syarat
Pembelian Global Syarikat melarang semua pembekal Lear dan
kontraktor kecil mereka daripada menggunakan sebarang jenis buruh
paksa atau buruh kanak-kanak atau terlibat dalam amalan perniagaan
yang mendera atau korup di semua wilayah operasi Lear.
Polisi Syarikat adalah untuk tidak masuk campur dalam hak kebebasan
berpersatuan para Pekerjanya. Selain itu, pendirian Syarikat
berkenaan dengan hubungan buruh adalah para Pekerja mempunyai
hak memilih (atau tidak) untuk menyertai organisasi yang diberi
kebenaran oleh undang-undang tanpa sebarang campur tangan yang
tidak sah. Jika terdapat kesatuan sekerja, adalah polisi Syarikat untuk
melayan mereka secara adil dan menjalankan rundingan dalam cara
yang penuh azam dan tidak berseteru.
18
Kami amat komited untuk memberikan peluang sama rata dalam
semua aspek pekerjaan dan tidak akan bertolak ansur dengan
sebarang bentuk diskriminasi atau gangguan seperti yang
dinyatakan di dalam Polisi Bebas Gangguan di Tempat Kerja.
Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Lear Corporation
• Komen menghina berdasarkan kaum, jantina atau
keetnikan
• Cubaan bermesra secara seksual yang tidak diundang
• Sentuhan fizikal yang tidak diingini
• Paparan visual gambar atau gerak isyarat yang
menghina atau bersifat sek
• Komen atau jenaka yang bersifat menggertak atau
merendahkan martabat
CONTOH-CONTOH DISKRIMINASI ATAU
GANGGUAN
Penepian KodPenepian Kod ini untuk para pegawai eksekutif atau pengarah
Syarikat hanya boleh dibuat oleh Lembaga Pengarah Syarikat atau
jawatankuasa Lembaga Pengarah yang bertindak bagi pihak
Lembaga Pengarah dan akan didedahkan dengan segera setakat
yang dikehendaki oleh undang-undang dan keperluan penyenaraian
Bursa Saham New York. Penepian Kod ini untuk semua pekerja lain
hanya boleh dibuat oleh ’ Legal Department (Jabatan Undang-
undang) Syarikat.
19
Pengawasan Program Pematuhan Syarikat mengawasi dan menguatkuasakan Kod dan polisi-polisi lain
yang mempengaruhi hak-hak asasi di tempat kerja melalui program
pematuhan yang merangkumi pengawasan oleh Jawatankuasa
Pematuhan yang melaporkan secara langsung kepada ’ Jawatankuasa
Audit Ahli Lembaga Pengarah Syarikat. Syarikat juga menilai dengan
kerap keberkesanan program-program pematuhannya.
Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Lear Corporation
Ikrar Anda untuk Melakukan Perkara yang Betul
Kod Lear mewakili komitmen untuk melakukan perkara yang betul.
Apabila anda bekerja di atau mewakili Lear anda bersetuju untuk
mendukung komitmen ini, memahami standard dan garis panduan yang
terpakai untuk kerja anda dan sentiasa patuhinya. Para Pekerja yang
gagal mematuhi standard-standard ini, atau sesiapa yang gagal untuk
mematuhi semua undang-undang negeri, antarabangsa dan tempatan,
meletakkan diri mereka sendiri dan Lear dalam risiko.
Berkuatkuasa pada 13 September 201920
Jika anda mempunyai soalan mengenai
undang-undang yang terpakai untuk
aktiviti anda, hubungi penyelia anda, wakil
Human Resource (Sumber Manusia)
tempatan anda, Legal Department (jabatan
undang-undang) atau Corporate
Compliance (Pematuhan Korporat).
Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Lear Corporation
Corporate Headquarters
21557 Telegraph Road
Southfield, MI 48033-4248
USA